SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER JANUARI 2015
HBEF2303
TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN
NO. MATRIKULASI : 80111112540501
NO. KAD PENGNEALAN : 801111125405
NO. TELEFON : 0128685939
E-MEL : apendy80@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LERNING CENTER
BAHAGIAN A
GARIS MASA PERKEMBANGAN SISTEM OPERASI MICROSOFT WINDOWS.
Windows 1.0
MS DOS.
Windows/286
2.1
Windows/386
2.1
Windows 3.0
MS DOS
+
VGA
Windows 3.1
Graphic
User
Interface
(GUI)
Windows 95
-Kernel Hybrids 16/32 Bit
-Original service Release 1
-Windows Explorer
-System FAT32
-Internet Explorer 4.0
Microsoft Plus!
Windows 95
(1995)
Additional
version
1985 1990
Windows 2.0
1987
VGA
1992 1995
1998
Upgraded to
Windows ME
-Upgraded version Win
95 & 97
-More Hard drive
-New System FAT32
with support 2gigabytes
capacity portion.
Windows 98,
2nd Edition
2000
Windows 98
Windows 2000
-Windows NT 4.0
-Workstation &
server
-Active directory
-Kernel NT
-DirectX
2001
Upgrade
version from
Win 9x and
Win me
2003
SERVER
Edition
2006
-New
version
-windows
Aero GUI
2009
Windows 7
Vista upgrade
version
2012
Windows Vista
Windows xp
Windows 8
New Version
with win 8
UI
2013
Windows
8 upgrade
version
2015
…
BAHAGIAN B
Pengenalan
Teknologi Maklumat sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi
ataupun menjalankan tugas masing-masing. Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian
daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia
telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan
sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada
kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data
yang penting.
Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan
kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa
dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan Teknologi Maklumat dapat membantu guru
menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai ejen
perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi
rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang Teknologi Maklumat dapat membantu pelajar-pelajar untuk
menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan
ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang
digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang
komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan
yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
Mengapa Penggunaan Teknologi Diperlukan?
1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks.
2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.
3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat.
4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan.
5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa
6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan.
7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid.
8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid.
9) Menggalakkan murid merealisasikan:
- Pembelajaran terarah kendiri.
- Pembelajaran akses kendiri.
Teknologi Maklumat dalam pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu
gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria
pelajar, iaitu dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan juga mungkin deria sentuh.
Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar
dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan
pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah
mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya.
Teknologi Maklumat merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia
digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk
hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi
merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-
aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan,
kesimpulan dan penilaian.
Kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Tidak dapat
dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alatbantu mengajar sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek
bahasa dengan lebih baik Ianya juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan
dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alatbantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu
bidang pelajaran. Di samping itu, jika Teknologi Maklumat dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu
menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Di samping itu, kesan penggunaan Teknologi Maklumat dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih
aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya Teknologi Maklumat, guru dapat mempelbagaikan
proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengajaran yang biasa bahkan dapat mempertingkatkan
kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam Teknologi Maklumat. Penggunaan internet
adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet
membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu
menunggu masa yang lama.
Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran
ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak
semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan Teknologi
Maklumat mampu membantu murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan
pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.
Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBBK) semakin banyak digunakan dalam sistem dan institusi pendidikan
dimana-mana sahaja di dunia termasuk di Malaysia. Keadaan ini adalah berikutan penggunaan PBBK dalam pengajaran dan
pembelajaran dapat memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi, menyeronokkan dan yang paling penting dapat menggantikan
kaedah pengajaran tradisional. Menurut Omar Zakaria et.al (2011) dalam Teknologi maklumat dalam pendidikan, PBBK
ialah”....pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang di sampaikan melalui komputer”.
PPBK juga dikenali sebagai Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika dan Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom.
Perisian kursus PPBK biasanya dibangunkan untuk meningkatkan motivasi, mengarah dan menarik perhatian pelajar melalui
penggunaan teks, video, warna, animasi, grafik dan audio yang sesuai. Strategi penggunaan perisian kursus PPBK adalah berpusatkan
murid sementara guru membantu secara minimum dan perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar oleh guru. Pembelajaran gaya
PPBK juga dijalankan mengikut kemajuan dan penguasaan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri.
Cadangan Kaedah Sistem Penyampaian Melalui Internet berasaskan PPBK
Internet
Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi
lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna
dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta
bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang
guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran
seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000
kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang
tentang perkara yang sama. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi.
Antara fungsi internet kepada Guru ialah:
I. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab-
maktab perguruan.
II. Melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan.
III. Merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah
mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif
berasaskan teknologi maklumat.
Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK)
Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, pelbagai unsur media digabungjalinkan. Unsur-unsur tersebut
ialah video, audio, animasi, teks dan grafik. Oleh yang demikian, maklumat bermutu dan berkesan mampu disampaikan sekiranya ia
digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Menurut Omar Zakaria et al (2006) dalam modul ‘Teknologi Maklumat dalam Pendidikan’, Pengajaran Pembelajaran
Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina
oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan
iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran
Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke sekolah-sekolah.
Cadangan kaedah PPBK
1. Tutorial
Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan bagi maksud mempersembahkan bahan pengajaran baru yang mana ianya
mempunyai beberapa langkah-langkah penerangan yang tersusun (Allesi & Trollip, 1991). Dalam hal ini, PPBK yang dibina akan
bersifat tutorial yang berfungsi sebagai tutor dalam menyampaikan sesebuah pengajaran. Dengan kata lain kaedah tutorial ini lazimnya
digunakan untuk menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan mengenai sesuatu perkara kepada murid. Kaedah ini sesuai
digunakan ketika menyampaikan maklumat dan memulakan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh PPBK yang
boleh dibangunkan adalah menggunakan MS Word, Power Point, Publisher dan Authorware. Sebagai contohnya, melalui kaedah
tutorial, guru dapat menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan
konsep-konsep asas contohnya dalam subjek Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga sekaligus
boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. Guru boleh menggunakan internet untuk mencari bahan-
bahan serta maklumat yang berkaitan dengan subjek yang dipilih dan seterusnya mengunakan bahan-bahan tersebut dalam pakej
pengajaran.
2. Ujian
Pada masakini, penggunaan komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan maklumat dan data pelajar. Ini sekaligus
akan menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah muridnya. Penggunaan kaedah manual walaupun masih digunakan,
namun jika jumlah bilangan murid adalah ramai, maka kaedah ini tidak lagi begitu sesuai. Dalam hal untuk menyediakan ujian kepada
murid-murid, penggunaan PPBK ini amat membantu. Guru boleh membina PPBK dengan menggunakan MS Word dan boleh dijalankan
baik secara online, kuiz dan sebagainya. Ujian menggunakan PPBK ini lebih menarik minat murid dan yang utama guru boleh
menyemak markah murid dengan cepat, pentas dan julat kesalahan yang kecil.
3. Permainan
Permainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi “trade-mark” kepada murid-murid, dan tidak menghairankan jika mereka
sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mengunjungi siber-siber. Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil
peluang ini untuk menarik minat murid-murid belajar melalui permainan dalam komputer. Guru yang berkemahiran boleh
membangunkan elemen permainan P&P melalui program-program sedia ada yang terdapat di Internet. Hampir semua perisian
pengajaran dan pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan mereka. Kaedah PPBK
ini sangat diminati oleh murid-murid. Antara perisian yang dibangukan adalah termasuk “Hang Man” dan “Tidy Up”. Kementerian
Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) pada suatu ketika dahulu telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk
membangunkan perisian interaktif dalam mata pelajaran Matematk dan Sains yang rata-rata mempunyai elemen permainan. Permainan
yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar.
Penggunaan PPBK kaedah permainan ini menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar disebabkan aktivitinya
berbentuk pertandingan di mana murid akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan
dimasukkan bersama-sama semasa murid mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan
kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi
juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan
yang hendak diambil oleh murid. Murid pasti akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat.
4. Tunjukcara
Tunjukcara sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada murid sesuatu prosedur yang hendak
dilakukan. Melalui kaedah ini murid mampu memahami sesuatu prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar.
Tunjukcara ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas
disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Misalannya, guru
dapat menunjukkan kepada murid dengan lebih jelas lagi bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power Point.
Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa murid melawat ke tempat pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, murid
dapat memahami prosedur tersebut dengan lebih jelas.
5. Simulasi
Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan sistem yang dimodelkan oleh komputer yang
mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sesuatu sistem itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letusan gunung
berapi berlaku, peredaran planet mengelilingi matahari, tanah runtuh dan sebagainya. Penggunaan PPBK melalui simulasi ini dapat
member peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menguji hipotesis dan sekaligus akan membolehkan pemahaman
murid itu dalam sesuatu sesuatu pengajaran dan pembelajaran semakin mendalam. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk
membangunkan PPBK simulasi ialah Phoenix Simulation Software yang mana perisian ini berkaitan dengan simulasi sains dan angkasa.
Cadangan Perkakasan dan Bajet PPBK
1. Pelantar/platform/OS
Pelantar atau platform yang sesuai digunakan untuk PPBK adalah sekurang-kurangnya Microsoft Windows 7 atau Microsoft Windows
8. Ianya boleh diaplikasikan secara bersendirian (standalone), networking ataupun intranet.
Anggaran Harga bagi DVD/CD: RM450 seunit.
2. Peralatan Komputer
6 Set Komputer Peribadi sekolah untuk kegunaan guru dan murid.
Minimum spesikasi:
Part Requirement
Processor (CPU) 1 GHz or faster CPU
Memory (RAM) 1 GB RAM
Hard drive free space 16 GB
Disc drive DVD drive
Graphics memory 128 MB or more
Speaker 600 watt
Mouse & Pad Logitech
Keyboard Logitech
Monitor 15” SVGA
Anggaran Harga: RM2500/set.
3. Server
1 unit IBM server / Yes server yang boleh digunakan sebagai medium untuk menghubung jaringan internet (Internet Connection).
Anggaran Harga: RM5000 seunit
4. 6 set Microsoft Office 2010
Anggaran Harga: RM200
5. Scanner
Canon Scanner / Brother Scanner
Anggaran Harga: RM350
6. Printer
Brother / Canon Multifunction Printer. Anggaran Harga: RM350
Brother / Canon Laser Printer. Anggaran Harga: RM400
7. 3 set Komputer Riba / NoteBook untuk kegunaan guru.
Anggaran Harga: RM2000
8. 3 set LCD Projector LED High Definition
Anggaran Harga: RM1300
SENARAI BAJET PERALATAN PPBK
BIL NAMA/JENIS PERALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT
(RM)
JUMLAH HARGA
(RM)
1 Dvd/cd MIRCOSOFT WINDOWS 7 /
WINDOWS 8
6 450 2700
2 Komputer Peribadi 6 2500 15000
3 Server 1 5000 5000
4 Microsoft Office 2010 (DVD) 6 200 1200
5 Scanner 1 350 350
6 Printer
Laser Printer
1
1
350
400
350
400
7 Komputer riba / Notebook 3 2000 6000
8 LCD Projector LED 3 1300 3900
Jumlah : RM34900
RUMUSAN
Secara konklusinya, Teknologi Maklumat yang diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan
yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa
akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu medium
seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih
efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi
bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain.
Teknologi maklumat juga jelas mampu menjadikan sesuatu rancangan pengajaran harian menarik serta berkesan dengan penerapan
model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan model reka bentuk yang sesuai serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar.
Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) semakin meluas penggunaannya dalam pendidikan. PPBK yang
dibangunkan dengan baik dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap apa yang dipelajari, meningkatkan motivasi
pelajar, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan serta mencabar minda dan membimbing pelajar belajar terarah kendiri.
Oleh yang demikian, pembangunan PPBK haruslah dilakukan dengan teliti agar penggunaannya berkesan dan dapat memenuhi
kehendak kursus serta keperluan pengguna khasnya kepada para pelajar. Hussien Hj. Ahmad (2002) dalam Dayang Azizah bte Mohd
Salleh (2008) menekankan pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran perlu menekankan sifat-sifat kritis, kreatif, inovatif dan
interaktif. PPBK merupakan satu daripada bahan pembelajaran bersifat interaktif.
Walau bagaimanapun, PPBK haruslah bersesuaian dengan kandungan pelajaran yang ingin disampaikan, kemahiran yang ingin
diajar dan nilai yang ingin diterapkan. Dengan itu, guru harus peka terhadap pemilihan perisian sama ada menggunakan tutorial, latih
tubi, simulasi ,tunjukcara dan sebagainya. Secara keseluruhan konsep pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan proses
pembelajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dengan bimbingan guru. Ia merupakan cara untuk membolehkan
pelajar memperolehi proses pembelajaran dengan lebih yakin dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan pemahaman dan daya
ingatan pelajar.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Membangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictMembangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictSlamet Wibowo Ws
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Muhammad Akbar
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranZaini Nie
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanSiti Zulaikha
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...kristianti89
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictyommi25
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyahkhamdiyah
 
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesia
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesiaModul media pembelajaran digital bahasa indonesia
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesiaNadiaPutri86
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahNurul Iqah
 
Pembelajaran berbasis tik
Pembelajaran berbasis tikPembelajaran berbasis tik
Pembelajaran berbasis tikWan Yogaswara
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerindaahfbr
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)rabiatulnazari
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...latansa.com
 

Mais procurados (19)

Makalah ict
Makalah ictMakalah ict
Makalah ict
 
Membangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ictMembangun media belajar berbasis ict
Membangun media belajar berbasis ict
 
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
Pembinaan media pengajaran berasaskan multimedia di kalangan
 
Peranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaranPeranan teknologi dalam pengajaran
Peranan teknologi dalam pengajaran
 
tmk dalam pdp
tmk dalam pdptmk dalam pdp
tmk dalam pdp
 
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikanMultimedia & aplikasinya dalam pendidikan
Multimedia & aplikasinya dalam pendidikan
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...
Peningkatan Keterampilan Bercerita Melalui Media Power Point dengan teknik Be...
 
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ictPengembangan media pembelajaran berbasis ict
Pengembangan media pembelajaran berbasis ict
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah KhamdiyahMakalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
Makalah Penerapan TIK dalam Pembelajaran di Sekolah Khamdiyah
 
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesia
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesiaModul media pembelajaran digital bahasa indonesia
Modul media pembelajaran digital bahasa indonesia
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Pembelajaran berbasis tik
Pembelajaran berbasis tikPembelajaran berbasis tik
Pembelajaran berbasis tik
 
Media pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputerMedia pembelaaran berbasis komputer
Media pembelaaran berbasis komputer
 
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
Esei teknologi (jenis alat bantuan dan kepentingannya)
 
Asimen hbef233
Asimen hbef233Asimen hbef233
Asimen hbef233
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
 

Destaque

Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)
Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)
Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)Dr. Omar Gonzalez UANL
 
Story of Use (Loughborough Social Quarter)
Story of Use (Loughborough Social Quarter)Story of Use (Loughborough Social Quarter)
Story of Use (Loughborough Social Quarter)Khash Faiz
 
супровідний лист - Корпус миру
супровідний лист - Корпус мирусупровідний лист - Корпус миру
супровідний лист - Корпус мируUkraineCrisisMediaCenter
 
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...El Cid Vacations Club
 
CV_Swapnadip GhoshJuly2015
CV_Swapnadip GhoshJuly2015CV_Swapnadip GhoshJuly2015
CV_Swapnadip GhoshJuly2015swapnadip ghosh
 
Turkish education system
Turkish education systemTurkish education system
Turkish education systemMurat Akkurt
 
Ignite! Waterloo 14 Presentation
Ignite! Waterloo 14 PresentationIgnite! Waterloo 14 Presentation
Ignite! Waterloo 14 PresentationAndrew Persaud
 
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNI
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNICircular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNI
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNINicolás Munilla Korzeniowski
 
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...UkraineCrisisMediaCenter
 
Enviroment
Enviroment Enviroment
Enviroment Lidia L
 
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...El Cid Vacations Club
 
Www samwinter com_gulf_coast_mls
Www samwinter com_gulf_coast_mlsWww samwinter com_gulf_coast_mls
Www samwinter com_gulf_coast_mlsTerry Ewing
 
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...UkraineCrisisMediaCenter
 
The poetic baring of the soul through motion
The poetic baring of the soul through motionThe poetic baring of the soul through motion
The poetic baring of the soul through motionsaheliray82
 
Thakur shiva singh
Thakur shiva singhThakur shiva singh
Thakur shiva singhShiva Singh
 

Destaque (20)

Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)
Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)
Cancer mortality in older mexican individuals (200 - 2010)
 
Story of Use (Loughborough Social Quarter)
Story of Use (Loughborough Social Quarter)Story of Use (Loughborough Social Quarter)
Story of Use (Loughborough Social Quarter)
 
супровідний лист - Корпус миру
супровідний лист - Корпус мирусупровідний лист - Корпус миру
супровідний лист - Корпус миру
 
招商簡報 0905
招商簡報 0905招商簡報 0905
招商簡報 0905
 
Dec
DecDec
Dec
 
Kremlin black book english february 2015
Kremlin black book english february 2015Kremlin black book english february 2015
Kremlin black book english february 2015
 
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...
Las Mejores Excursiones de un Día en Mazatlán Reveladas por El Cid Vacations ...
 
CV_Swapnadip GhoshJuly2015
CV_Swapnadip GhoshJuly2015CV_Swapnadip GhoshJuly2015
CV_Swapnadip GhoshJuly2015
 
Turkish education system
Turkish education systemTurkish education system
Turkish education system
 
Ignite! Waterloo 14 Presentation
Ignite! Waterloo 14 PresentationIgnite! Waterloo 14 Presentation
Ignite! Waterloo 14 Presentation
 
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNI
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNICircular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNI
Circular n° 4 2016 - actualización de tasas de DNI
 
Denuncia contra Jorge Difonso
Denuncia contra Jorge DifonsoDenuncia contra Jorge Difonso
Denuncia contra Jorge Difonso
 
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...
Seit Beginn des militärischen Konflikts im Donbass sind nach gesicherten Erke...
 
Enviroment
Enviroment Enviroment
Enviroment
 
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...
5 Razones Para Visitar Mazatlán en Primavera-Verano 2016 Reveladas por El Cid...
 
Www samwinter com_gulf_coast_mls
Www samwinter com_gulf_coast_mlsWww samwinter com_gulf_coast_mls
Www samwinter com_gulf_coast_mls
 
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...
Бойові втрати військовослужбовців РФ зі складу 1 та 2 армійських корпусів ро...
 
The poetic baring of the soul through motion
The poetic baring of the soul through motionThe poetic baring of the soul through motion
The poetic baring of the soul through motion
 
Thakur shiva singh
Thakur shiva singhThakur shiva singh
Thakur shiva singh
 
Pirin perre
Pirin perrePirin perre
Pirin perre
 

Semelhante a (801111125405) asignment hbef2303

TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dlldr2200s
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranfitrahfahruddin
 
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialModul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialDian R
 
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialPemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialSitha98
 
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialModul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialSiti Sholihah
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for educationtryfitriany
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...latansa.com
 
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptx
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptxBab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptx
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptxzhenkekamahendra
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranMustapa Alba
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah baratravelptik
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajarannurasiyahnabil
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajarannurasiyahnabil
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajarannurasiyahnabil
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajarannurasiyahnabil
 

Semelhante a (801111125405) asignment hbef2303 (20)

TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dllTekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
TekPenddkn_Rasidah,NoorAsrinawati,MdFadillah dll
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaran
 
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model TutorialModul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Modul Pembelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
 
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model TutorialPemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
Pemebelajaran Berbasis Komputer Model Tutorial
 
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorialModul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
Modul pembelajaran berbasis komputer model tutorial
 
ICT for education
ICT for educationICT for education
ICT for education
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
Strategi guru pai dalam pengembangan media dan ict dan pembelajaran bermutu p...
 
Ict
IctIct
Ict
 
Materi 1; tik
Materi 1; tikMateri 1; tik
Materi 1; tik
 
Modul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorialModul pembelajaran tutorial
Modul pembelajaran tutorial
 
Materi 1; tik
Materi 1; tikMateri 1; tik
Materi 1; tik
 
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptx
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptxBab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptx
Bab 2. Lingkungan Belajar Abad 21.pptx
 
Inovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaranInovasi teknologi pembelajaran
Inovasi teknologi pembelajaran
 
contoh makalah barat
contoh makalah baratcontoh makalah barat
contoh makalah barat
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 
Teknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaranTeknologi dan media pembelajaran
Teknologi dan media pembelajaran
 

(801111125405) asignment hbef2303

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2015 HBEF2303 TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PENDIDIKAN NO. MATRIKULASI : 80111112540501 NO. KAD PENGNEALAN : 801111125405 NO. TELEFON : 0128685939 E-MEL : apendy80@gmail.com PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LERNING CENTER
  • 2. BAHAGIAN A GARIS MASA PERKEMBANGAN SISTEM OPERASI MICROSOFT WINDOWS. Windows 1.0 MS DOS. Windows/286 2.1 Windows/386 2.1 Windows 3.0 MS DOS + VGA Windows 3.1 Graphic User Interface (GUI) Windows 95 -Kernel Hybrids 16/32 Bit -Original service Release 1 -Windows Explorer -System FAT32 -Internet Explorer 4.0 Microsoft Plus! Windows 95 (1995) Additional version 1985 1990 Windows 2.0 1987 VGA 1992 1995 1998 Upgraded to Windows ME -Upgraded version Win 95 & 97 -More Hard drive -New System FAT32 with support 2gigabytes capacity portion. Windows 98, 2nd Edition 2000 Windows 98 Windows 2000 -Windows NT 4.0 -Workstation & server -Active directory -Kernel NT -DirectX 2001 Upgrade version from Win 9x and Win me 2003 SERVER Edition 2006 -New version -windows Aero GUI 2009 Windows 7 Vista upgrade version 2012 Windows Vista Windows xp Windows 8 New Version with win 8 UI 2013 Windows 8 upgrade version 2015 …
  • 3. BAHAGIAN B Pengenalan Teknologi Maklumat sering dikaitkan dengan era penggunaan digital dalam aktiviti manusia untuk memudahkan komunikasi ataupun menjalankan tugas masing-masing. Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio, televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi, menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam mengendalikan penyimpanan data-data yang penting. Sebagai guru yang berdepan dengan ledakan maklumat dalam dunia tanpa sempadan ini kita perlu melangkah sederap dengan kemajuan dan kecanggihan ilmu serta teknologi sebagai langkah awal demi menggalas amanah dan tanggungjawab terhadap bangsa dalam membina negara bangsa yang mampu berdiri gah di persada dunia. Penguasaan Teknologi Maklumat dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai ejen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang Teknologi Maklumat dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • 4. Mengapa Penggunaan Teknologi Diperlukan? 1) Meningkatkan kefahaman sesuatu konsep, memberi gambaran visual dan memudahkan pengiraan kompleks. 2) Merangsang murid untuk belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum. 3) Membantu murid dalam proses penyelesaian masalah dan komunikasi dengan lebih cepat dan tepat. 4) Mewujudkan peluang pembelajaran yang sama kepada murid yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kecerdasan. 5) Membantu murid mendapat dan mengumpul maklumat yang mungkin sukar diperoleh dalam keadaan biasa 6) Mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok, mencabar dan berbentuk penerokaan. 7) Memupuk sifat ingin tahu dan ingin mencuba di kalangan murid. 8) Meningkatkan daya kreativiti, inovasi dan imaginasi murid. 9) Menggalakkan murid merealisasikan: - Pembelajaran terarah kendiri. - Pembelajaran akses kendiri. Teknologi Maklumat dalam pendidikan dapat membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir kerana ia memberi sesuatu gambaran yang menyeluruh dan jelas sesuatu konsep dan kaitanya dengan kehidupan seharian yang mana ia melibatkan pelbagai deria pelajar, iaitu dengan penggunaan visual yang diikuti oleh audio akan melibatkan deria lihat dan dengar dan juga mungkin deria sentuh. Penglibatan deria ini akan meningkatkan daya ingatan pelajar. Ia juga memberi kelainan dan kepelbagaian kepada kaedah mengajar agar dapat membantu pelajar mendapat kesan pembelajaran yang maksimum dengan penggunaan masa yang minimum dan memperkayakan pengalaman pelajar dengan menggunakan media bergerak yang mana boleh memperkayakan pengalaman murid yang tidak pernah mereka lihat atau alami akan dapat disaksikan sendiri seolah-olah mengalaminya. Teknologi Maklumat merupakan sebagai bahan bantu mengajar dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan pengajaran. Ia digunakan untuk membantu guru mengajar sesuatu topik dengan lebih berkesan. Ia mesti digunakan untuk pengajaran dan bukan untuk hiburan dan membuang masa di mana penggunaannya mesti dirancang dalam tiga peringkat iaitu pada peringkat sebelum kegunaan bagi merancang cara bagaimana mengaitkannya dengan topik pengajaran. Kegunaannya akan dapat merancang ulasan dan penekanan aspek-
  • 5. aspek penting yang dapat membantu pembelajaran dan selepas kegunaanya pula dapat merancang aktiviti lanjutan seperti soalan-soalan, kesimpulan dan penilaian. Kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran tidak dapat disangkal lagi. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa teknologi atau sesuatu alatbantu mengajar sememangnya dapat membantu pencapaian pelajar menguasai aspek bahasa dengan lebih baik Ianya juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alatbantu mengajar terkini dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika Teknologi Maklumat dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu, kesan penggunaan Teknologi Maklumat dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan adanya Teknologi Maklumat, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan hanya tertumpu kepada teknik pengajaran yang biasa bahkan dapat mempertingkatkan kualiti pengajaran dan dengan menggunakan pelbagai kemudahan yang terdapat dalam Teknologi Maklumat. Penggunaan internet adalah sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih cepat serta efisien tanpa perlu menunggu masa yang lama. Selain itu, manfaat yang diperoleh kesan daripada penggunaan Teknologi Maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah dapat memberi peluang pembelajaran yang sama kepada semua pelajar yang pelbagai keupayaan. Di dalam sesebuah kelas tidak semua pelajar mempunyai kebolehan yang sama dalam menerima sesuatu yang diajar oleh guru. Justeru itu penggunaan Teknologi Maklumat mampu membantu murid-murid dalam memahami apa yang diajar dengan lebih jelas kerana proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih menarik serta berkesan hasil daripada penggunaan alatan teknologi tersebut.
  • 6. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PBBK) semakin banyak digunakan dalam sistem dan institusi pendidikan dimana-mana sahaja di dunia termasuk di Malaysia. Keadaan ini adalah berikutan penggunaan PBBK dalam pengajaran dan pembelajaran dapat memberikan satu pengalaman yang baik, bermotivasi, menyeronokkan dan yang paling penting dapat menggantikan kaedah pengajaran tradisional. Menurut Omar Zakaria et.al (2011) dalam Teknologi maklumat dalam pendidikan, PBBK ialah”....pengajaran atau pembelajaran yang dilakukan dengan menggunakan perisian kursus yang di sampaikan melalui komputer”. PPBK juga dikenali sebagai Computer Assisted Instruction (CAI) di Amerika dan Computer Aided Learning (CAL) di United Kingdom. Perisian kursus PPBK biasanya dibangunkan untuk meningkatkan motivasi, mengarah dan menarik perhatian pelajar melalui penggunaan teks, video, warna, animasi, grafik dan audio yang sesuai. Strategi penggunaan perisian kursus PPBK adalah berpusatkan murid sementara guru membantu secara minimum dan perisian digunakan sebagai bahan bantu mengajar oleh guru. Pembelajaran gaya PPBK juga dijalankan mengikut kemajuan dan penguasaan pelajar iaitu pada kadar kendiri dan terarah kendiri. Cadangan Kaedah Sistem Penyampaian Melalui Internet berasaskan PPBK Internet Internet atau ' International Network of Networks ' ialah sebuah rangkaian komputer diperingkat antarabangsa. Ia mengandungi lebih daripada 50 ribu rangkaian komputer di seluruh dunia, lebih daripada 6.6 juta komputer hos dan lebih daripada 50 juta pengguna dari lebih daripada 160 buah negara ( Zoraini, 1995 ). Dalam rangkaian Internet, terdapat berbagai jenis sumber yang berjuta-juta bilangannya. Sumber ini termasuklah kertas persidangan, artikel majalah, perisian komputer, gambar, video dan sebagainya. Seseorang guru boleh mendapat rancangan pengajaran dari guru lain atau pun dari komputer yang menyimpannya. Atau pun sumber pengajaran seperti peta, gambar dari angkasa lepas dan sebagainya boleh didapati dalam Internet. Di dalam Internet terdapat lebih daripada 8 000 kumpulan diskusi eletronik. Kumpulan ini mungkin terdiri dari beberapa orang sehinggalah ke beberapa ribu orang yang berbincang tentang perkara yang sama. Topik-topik perbincangan bermacam-macam dari Antropologi sehinggalah ke Zoologi. Antara fungsi internet kepada Guru ialah: I. Menyediakan kemudahan dan perkhidmatan rangkaian kepada para pelajar dan golongan pendidik di sekolah dan maktab- maktab perguruan.
  • 7. II. Melatih dan membimbing guru-guru dengan kemahiran menggunakan kemudahan yang disediakan. III. Merancang, melaksana dan menyelia pelbagai aktiviti pendidikan berasaskan penggunaan rangkaian meluas ke arah mengembangkan minda dan pengetahuan di samping menggalakkan perlaksanaan pelbagai aktiviti kreatif dan inovatif berasaskan teknologi maklumat. Pengajaran dan Pembelajaran Berasaskan Komputer (PPBK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Berbantukan Komputer, pelbagai unsur media digabungjalinkan. Unsur-unsur tersebut ialah video, audio, animasi, teks dan grafik. Oleh yang demikian, maklumat bermutu dan berkesan mampu disampaikan sekiranya ia digunakan secara berfikrah, terancang dan bersesuaian dengan aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Menurut Omar Zakaria et al (2006) dalam modul ‘Teknologi Maklumat dalam Pendidikan’, Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ialah pengajaran atau kursus, yang disampaikan menggunakan pakej perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian dengan menggunakan komputer. Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer telah lama diperkenalkan iaitu kira-kira pada sekitar tahun 50an. Di Malaysia, Kementerian Pelajaran telah menyediakan pelbagai perisian Pengajaran Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) ke sekolah-sekolah. Cadangan kaedah PPBK 1. Tutorial Tutorial merupakan sejenis PPBK yang digunakan bagi maksud mempersembahkan bahan pengajaran baru yang mana ianya mempunyai beberapa langkah-langkah penerangan yang tersusun (Allesi & Trollip, 1991). Dalam hal ini, PPBK yang dibina akan bersifat tutorial yang berfungsi sebagai tutor dalam menyampaikan sesebuah pengajaran. Dengan kata lain kaedah tutorial ini lazimnya digunakan untuk menyampaikan sesuatu fakta ataupun penerangan mengenai sesuatu perkara kepada murid. Kaedah ini sesuai digunakan ketika menyampaikan maklumat dan memulakan sesuatu topik pengajaran dan pembelajaran. Antara contoh PPBK yang boleh dibangunkan adalah menggunakan MS Word, Power Point, Publisher dan Authorware. Sebagai contohnya, melalui kaedah tutorial, guru dapat menyediakan pakej-pakej pengajaran seperti dalam bentuk persembahan ( MS Power Point ) untuk menerangkan
  • 8. konsep-konsep asas contohnya dalam subjek Matematik seperti fakta asas, peratus, pecahan dan lain-lain lagi. Guru juga sekaligus boleh menyediakan soalan-soalan berdasarkan isi pelajaran yang berkaitan. Guru boleh menggunakan internet untuk mencari bahan- bahan serta maklumat yang berkaitan dengan subjek yang dipilih dan seterusnya mengunakan bahan-bahan tersebut dalam pakej pengajaran. 2. Ujian Pada masakini, penggunaan komputer banyak membantu guru di dalam mengumpulkan maklumat dan data pelajar. Ini sekaligus akan menyenangkan guru membuat statistik dan pengiraan markah muridnya. Penggunaan kaedah manual walaupun masih digunakan, namun jika jumlah bilangan murid adalah ramai, maka kaedah ini tidak lagi begitu sesuai. Dalam hal untuk menyediakan ujian kepada murid-murid, penggunaan PPBK ini amat membantu. Guru boleh membina PPBK dengan menggunakan MS Word dan boleh dijalankan baik secara online, kuiz dan sebagainya. Ujian menggunakan PPBK ini lebih menarik minat murid dan yang utama guru boleh menyemak markah murid dengan cepat, pentas dan julat kesalahan yang kecil. 3. Permainan Permainan pada masa kini seolah-olah telah menjadi “trade-mark” kepada murid-murid, dan tidak menghairankan jika mereka sanggup menghabiskan wang dan masa untuk mengunjungi siber-siber. Seorang guru yang berkreativiti dan berinovasi akan mengambil peluang ini untuk menarik minat murid-murid belajar melalui permainan dalam komputer. Guru yang berkemahiran boleh membangunkan elemen permainan P&P melalui program-program sedia ada yang terdapat di Internet. Hampir semua perisian pengajaran dan pembelajaran yang dicipta memasukkan elemen permainan dalam kandungan perisian rekaan mereka. Kaedah PPBK ini sangat diminati oleh murid-murid. Antara perisian yang dibangukan adalah termasuk “Hang Man” dan “Tidy Up”. Kementerian Pendidikan Malaysia (kini Kementerian Pelajaran Malaysia) pada suatu ketika dahulu telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk membangunkan perisian interaktif dalam mata pelajaran Matematk dan Sains yang rata-rata mempunyai elemen permainan. Permainan yang menarik bertujuan menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar. Penggunaan PPBK kaedah permainan ini menaikkan semangat dan keinginan murid untuk belajar disebabkan aktivitinya berbentuk pertandingan di mana murid akan membuat keputusan, mengikut arahan dan peraturan. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan
  • 9. dimasukkan bersama-sama semasa murid mempelajari sesuatu kemahiran dalam PPBK. Ianya akan dapat memperkembangkan kemahiran mental, logik, pengetahuan dan penyelesaian masalah. Murid-murid akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk menjadi juara. Penyelesaian masalah adalah jenis PPBK yang dapat digabungkan dengan kaedah permainan untuk menghasilkan suatu keputusan yang hendak diambil oleh murid. Murid pasti akan melakukan pilihan yang sesuai dan tepat. 4. Tunjukcara Tunjukcara sebenarnya adalah kaedah PPBK yang digunakan untuk menunjukkan kepada murid sesuatu prosedur yang hendak dilakukan. Melalui kaedah ini murid mampu memahami sesuatu prosedur itu sebelum melakukannya dalam situasi keadaan sebenar. Tunjukcara ini amat sesuai digunakan untuk memahami sesuatu prosedur yang tidak boleh atau tidak sesuai dilakukan di dalam kelas disebabkan kekurangan peralatan, terlalu kompleks ataupun yang boleh mendatangkan bahaya kepada murid-murid. Misalannya, guru dapat menunjukkan kepada murid dengan lebih jelas lagi bagaimana proses sesuatu kitar semula dijalankan melalui slaid Power Point. Sememangnya agak menyukarkan untuk membawa murid melawat ke tempat pengkitaran semula dan melalui kaedah PPBK ini, murid dapat memahami prosedur tersebut dengan lebih jelas. 5. Simulasi Thomas & Miligan (2004), telah mendefinisikan simulasi sebagai keadaan dan sistem yang dimodelkan oleh komputer yang mengandungi maklumat tentang bagaimana keadaan atau sesuatu sistem itu berfungsi. Contohnya simulasi bagaimana letusan gunung berapi berlaku, peredaran planet mengelilingi matahari, tanah runtuh dan sebagainya. Penggunaan PPBK melalui simulasi ini dapat member peluang kepada pelajar menjalankan aktiviti-aktiviti seperti menguji hipotesis dan sekaligus akan membolehkan pemahaman murid itu dalam sesuatu sesuatu pengajaran dan pembelajaran semakin mendalam. Contoh perisian yang boleh digunakan untuk membangunkan PPBK simulasi ialah Phoenix Simulation Software yang mana perisian ini berkaitan dengan simulasi sains dan angkasa.
  • 10. Cadangan Perkakasan dan Bajet PPBK 1. Pelantar/platform/OS Pelantar atau platform yang sesuai digunakan untuk PPBK adalah sekurang-kurangnya Microsoft Windows 7 atau Microsoft Windows 8. Ianya boleh diaplikasikan secara bersendirian (standalone), networking ataupun intranet. Anggaran Harga bagi DVD/CD: RM450 seunit. 2. Peralatan Komputer 6 Set Komputer Peribadi sekolah untuk kegunaan guru dan murid. Minimum spesikasi: Part Requirement Processor (CPU) 1 GHz or faster CPU Memory (RAM) 1 GB RAM Hard drive free space 16 GB Disc drive DVD drive Graphics memory 128 MB or more Speaker 600 watt Mouse & Pad Logitech Keyboard Logitech Monitor 15” SVGA Anggaran Harga: RM2500/set.
  • 11. 3. Server 1 unit IBM server / Yes server yang boleh digunakan sebagai medium untuk menghubung jaringan internet (Internet Connection). Anggaran Harga: RM5000 seunit 4. 6 set Microsoft Office 2010 Anggaran Harga: RM200 5. Scanner Canon Scanner / Brother Scanner Anggaran Harga: RM350 6. Printer Brother / Canon Multifunction Printer. Anggaran Harga: RM350 Brother / Canon Laser Printer. Anggaran Harga: RM400 7. 3 set Komputer Riba / NoteBook untuk kegunaan guru. Anggaran Harga: RM2000 8. 3 set LCD Projector LED High Definition Anggaran Harga: RM1300
  • 12. SENARAI BAJET PERALATAN PPBK BIL NAMA/JENIS PERALATAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) JUMLAH HARGA (RM) 1 Dvd/cd MIRCOSOFT WINDOWS 7 / WINDOWS 8 6 450 2700 2 Komputer Peribadi 6 2500 15000 3 Server 1 5000 5000 4 Microsoft Office 2010 (DVD) 6 200 1200 5 Scanner 1 350 350 6 Printer Laser Printer 1 1 350 400 350 400 7 Komputer riba / Notebook 3 2000 6000 8 LCD Projector LED 3 1300 3900 Jumlah : RM34900
  • 13. RUMUSAN Secara konklusinya, Teknologi Maklumat yang diintegrasikan ke dalam bidang pendidikan mampu membawa satu perubahan yang positif kepada golongan pendidik serta pelajar. Sekaligus mampu melahirkan guru dan pelajar yang celik teknologi pada masa akan datang. Melalui pengintegrasian teknologi maklumat dan komunikasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sesuatu medium seperti teks, audio, video, grafik dan animasi mampu disampaikan kepada pelajar dengan berkesan melalui rangsangan deria yang lebih efektif. Para pendidik juga mampu menjadikan teknologi maklumat dan komunikasi sebagai satu wadah untuk mengakses dan berkongsi bahan pengajaran dengan murid dan komuniti pengajar yang lain. Teknologi maklumat juga jelas mampu menjadikan sesuatu rancangan pengajaran harian menarik serta berkesan dengan penerapan model reka bentuk pengajaran yang sesuai. Pemilihan model reka bentuk yang sesuai serta bertepatan mampu menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran itu berjalan dengan lancar. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) semakin meluas penggunaannya dalam pendidikan. PPBK yang dibangunkan dengan baik dapat meningkatkan kefahaman dan penguasaan pelajar terhadap apa yang dipelajari, meningkatkan motivasi pelajar, mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokan serta mencabar minda dan membimbing pelajar belajar terarah kendiri. Oleh yang demikian, pembangunan PPBK haruslah dilakukan dengan teliti agar penggunaannya berkesan dan dapat memenuhi kehendak kursus serta keperluan pengguna khasnya kepada para pelajar. Hussien Hj. Ahmad (2002) dalam Dayang Azizah bte Mohd Salleh (2008) menekankan pembelajaran dan pengajaran dan pembelajaran perlu menekankan sifat-sifat kritis, kreatif, inovatif dan interaktif. PPBK merupakan satu daripada bahan pembelajaran bersifat interaktif. Walau bagaimanapun, PPBK haruslah bersesuaian dengan kandungan pelajaran yang ingin disampaikan, kemahiran yang ingin diajar dan nilai yang ingin diterapkan. Dengan itu, guru harus peka terhadap pemilihan perisian sama ada menggunakan tutorial, latih tubi, simulasi ,tunjukcara dan sebagainya. Secara keseluruhan konsep pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) merupakan proses pembelajaran yang membolehkan pelajar berinteraksi dengan komputer dengan bimbingan guru. Ia merupakan cara untuk membolehkan pelajar memperolehi proses pembelajaran dengan lebih yakin dan seronok. Seterusnya ia dapat meningkatkan pemahaman dan daya ingatan pelajar.