SlideShare a Scribd company logo
1 of 34
Download to read offline
8.0   LAPORAN PENGURUS PEMASARAN

8.1   Profil Pengurus Pemasaran


                                   ENCIK MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI
               Pengurus Pemasaran bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010


                           Encik Muzakkir Ihsan bin Yang Razali, warganegara
                              Malaysia, berumur 17 tahun, menjadi salah seorang Ahli
                              Lembaga Pengarah sejak 4 Februari 2010 sehingga 31
                              Oktober    2010.     Beliau    juga      diberikan   kepercayaan
                             mengendalikan Jabatan Pemasaran selaku Pengurus
                           Pemasaran.


                                        Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan
                                        sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP)
                                         .Beliau juga telah dilantik menjadi ahli MPP
                                          sejak 2007. Beliau telah memegang jawatan
                                           Penolong Ketua Biro Ekonomi pada tahun
                                           2010. Seterusnya, pada tahun 2011 beliau
                                           telah      diamanahkan          untuk      memegang
                                           jawatan         sebagai     Ketua   Biro    Ekonomi
                                           Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan
                                           Shah pada 2011. Sepanjang berada dalam
                                           biro      ini      beliau      ditugaskan      untuk
                                          meningkatkan ekonomi Majlis Perwakilan
                                        Pelajar.


                                        Beliau mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia
                                        perniagaan sejak tiga tahun kebelakangan ini
setelah dilantik menjadi salah seorang ahli Lembaga Koperasi sekolah. Sepanjang
penglibatan sebagai ahli Lembaga Koperasibeliau telah dilantik menjadi Ketua Biro
Pemasaran dan Promosi.
Pasukan beliau telah menjadi johan bola baling bagi kategori bawah 14 tahun. Seterusnya,
beliau juga telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah bawah 15 tahun.
Semasa berada di tingkatan 5, beliau telah memenangi Pertandingan bola baling peringkat
daerah. Beliau juga telah dipilih untuk menjalani pemilihan untuk mewakili daerah bagi
pertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Akhir sekali, beliau juga telah terpilih mewakili
pasukan KFC Perak bagi Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di PICC
Putrajaya pada tahun 2010.
SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI




          Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah

      Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
8.2    Tinta Pengurus Pemasaran




Salam keusahawanan,
       Saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL
Sdn. Bhd. Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan sepenuh
kesyukuran kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya maka saya
dapat menyiapkan laporan seadanya.
       Tugas sebagai Pengurus Pemasaran adalah amat penting dalam mengatur strategi
bagaimana untuk memasarkan produk syarikat. Hasil bimbingan dan dorongan yang padu
daripada semua pihak, beberapa strategi yang kukuh dan mantap dapat dirangka untuk
bahagian pemasaran syarikat ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada guru
pembimbing Persatuan Usahawan Muda SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Encik Saharizal
bin Mohd. Baharuddin.
       Akhir kata, semoga Allah membalas segala penat lelah seluruh warga kakitangan
syarikat serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan tahunan syarikat ini,
Insya Allah, jasa kalian tidak terbalas dan akan dikenang sampai bila-bila.
“Usahawan penjana ekonomi”


Wassalam dan terima kasih.




………………………………...................
(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)
Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
8.3    Tugas dan tanggungjawab
Sebagai seorang pengurus pemasaran , tanggungjawab utama adalah memastikan produk
dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat dapat dipasarkan dan boleh menyaingi pasaran
sedia ada. Antara tugas lain adalah seperti berikut :


       Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan syarikat supaya setiap projek berjalan
       lancar serta memenuhi kehendak pelanggan .
       Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk keluaran dan akan
       menyertai setiap pertandingan yang akan dianjurkan
       Mengenalpasti kelemahan pesaing dan mengatasinya serta mengetahui kelebihan
       produk yang dimiliki supaya dapat mengatasi saingan pesaing.
       Memastikan setiap aktiviti dan jualan yang dianjurkan oleh syarikat mendapat
       sambutan.
       Merancang strategi syarikat untuk menarik minat para pembeli untuk membeli produk
       daripada syarikat.
       Merancangkan aktiviti jualan seperti kaedah pengagihan, penghantaran dan galakan
       jualan
       Mengawal dan mengesan aktiviti jualan setiap ahli syarikat seterusnya menyimpan
       rekod jualan.
       Menyimpan rekod pemasaran syarikat dan menyediakan laporan jualan.
       Memastikan projek-projek yang dirancang oleh syarikat dijalankan mengikut jadual
       yang telah ditetapkan.
8.4      Penilaian Prestasi Syarikat


PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)
Sebagai seorang Pengurus Pemasaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri,
beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir
operasi syarikat. Sebagai Penrus Pemasaran beliau telah menetapkan Key Performance
Index (KPI).KPI ini merupakan petunjuk prestasi utama yang perlu dicapai oleh Pengurus
Pemasaran.


               - Melaksanakan strategi pemasaran terbaik
               - Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan
               - Meningkatkan produktiviti syarikat


KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI)

Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu
“Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”,
beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pemasaran. Berikut
merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI).


         MATLAMAT            KEPUTUSAN                          CATATAN
                                                Pelbagai strategi dan promosi dapat diatur
 Melaksanakan strategi
                                 Tercapai       dengan baik sepanjang proses penjualan
      pemasaran terbaik
                                                produk.
Menembusi pasaran luar                          Sentisa menerima pelbagai tempahan baju
                                 Tercapai
dan mendapat sambutan                           dan juga makanan.
                                                Produk yang berkualiti berjaya dikeluarkan
        Meningkatkan
                                 Tercapai       oleh syarikat sehingga menarik minat para
  produktiviti syarikat
                                                pelanggan.
PRESTASI PEMASARAN SYARIKAT
Strategi pemasaran yang berkesan dan efektif adalah amat penting. Ini kerana
strategi pemasaran yang baik membolehkan perkhidmatan dan produk yang
diberikan oleh syarikat mendapat respons dan sambutan daripada pelanggan.
       Untuk melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, setiap ahli syarikat
telah bekerjasama antara satu sama lain dan membanting tulang untuk
mempromosikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan dengan
menggunakan setiap kemudahan yang ada.
       Sebagai seorang pengurus pemasaran, kerjasama ahli-ahli syarikat dan
sokongan serta dorongan amatlah penting. Ini akan menjamin kejayaan dalam
memasarkan sesuatu produk mahupun aktiviti yang dijalankan oleh syarikat
kami.Ahli-ahli   syarikat   yang   menganggotai   jawatankuasa   pemasaran    terdiri
daripada:
       Pada awal operasi perniagaan, syarikat kurang mendapat sambutan dalam
memasarkan produk dan perkhidmatan. Masalah yang dihadapi pada awal operasi
adalah seperti berikut:
             Kelewatan mendapat bekalan
             Kesuntukan masa perniagaan (tempoh operasi singkat)
             Menghadapi persaingan yang berbagai
       Setelah dikenalpasti masalah yang dihadapai, syarikat mengatur semula
strategi pemasaran yang lebih sistematik dan efisyen. Seluruh ahli syarikat terlibat
sama memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan pernigaan mendapat
sambutan dan menjadi pilihan utama pelanggan. Keuntungan syarikat bertambah
baik dan mencapai tahap optimum mulai bulan april hingga berterusan ke akhir
operasi pada bulan Oktober 2010.
8.5    Prinsip Dan Matlamat Pemasaran


DEFINISI PEMASARAN
Pemasaran ialah rangkaian aktiviti perniagaan yang melibatkan pemindahan barangan atau
perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna untuk memenuhi kehendak pengguna, dan
dalam masa yang sama mencapai objektif syarikat.
       Pemasaran juga dapat didefinasikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskan
serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran selagi
ianya tidak berlawanan dengan hukum-hukum agama

PRINSIP PEMASARAN
Dalam perniagaan , nilai – nilai murni diterapkan agar perniagaan yang dijalankan mendapat
kepercayaan para pelanggan kerana ini menjadi lambang kejujuran syarikat kami dalam
berurusan dengan masyarakat.

Di antara amalan dan prinsip yang menjadi pegangan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dalam
pemasaran ialah :


          Amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.


          Memastikan penghantaran cekap, selamat, dan teratur.


          Tidak mengamalkan rasuah sesama ahli syarikat dan orang lain.

          Informasi tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tepat.

          Pengedaran dan penghantaran barang dibuat dengan cekap, selamat,
           dan bersistematik

MATLAMAT PEMASARAN
Syarikat I‟ExCel Sdn. Bhd bermatlamat untuk mengorientasikan kepuasan pelanggan
dengan produk terbaik, memberikan perkhidmatan yang memuaskan, menghasilkan produk
kreatif yang dapat menembusi pasaran dan meningkatkan jual beli barang pada tahap yang
paling cemerlang agar syarikat dapat memperoleh keuntungan yang maksimum dan
meletakkan syarikat setaraf dengan syarikat yang berjaya.
PROSES PEMASARAN



                          SASARAN PELANGGAN
                               (PEOPLE)
                                                        TINJAUAN KEPERLUAN
                                                       KEPERLUAN PELANGGAN


                                 PRODUK



        TINJAUAN
        PESAING

                              LOKASI (PLACE)

                                                          TINJAUAN HARGA
                                                              PASARAN

                               PENETAPAN
                              HARGA(PRICE)
        TINJAUAN
       PERMINTAAN

                                PROMOSI
                              (PROMOTION)



                                 JUALAN




                    MASALAH                  PENGUBAHSUAIAN


                                STRATEGI
                               PEMASARAN
8.6    Tinjauan Pemasaran


Tinjauan Pemasaran dibuat adalah bertujuan untuk membuat ramalan yang boleh
menentukan potensi pasaran berdasarkan keperluan pelanggan, permintaan pasaran dan
keunikan produk dan pesaing-pesaing luar.
       Aspek yang perlu dititik beratkan boleh dibahagikan kepada lima perkara iaitu
keperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran pasaran, kekuatan dan
kelemahan produk sedia ada dan syer pasaran.


A.    KEPERLUAN DAN PERMINTAAN PASARAN
          Aliran perkembangan pemasaran syarikat dikenalpasti samada prestasi jualan
           meningkat atau menurun, stabil atau berkembang serta mengenalpasti statistik
           pengeluaran dan permintaan pengguna.
          Perubahan citarasa dan keinginan semasa pengguna sentiasa mengalami
           perubahan. Syarikat seharusnya peka dengan keperluan pengguna dengan
           melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan tertinggi semasa.
          Selain itu, ramalan permintaan, citarasa dan keinginan pengguna pada masa
           depan juga boleh dilakukan seterusnya dapat membantu syarikat memenuhi
           kehendak pelanggan sepanjang masa.


B.    PESAING TERDEKAT
          Menganalisa keadaan pasaran semasa untuk melihat prestasi perniagaan
           sedia ada di sekitar lokasi terdekat.
          Mengenalpasti kemampuan pesaing dari segi kualiti produk yang dihasilkan,
           harga yang ditawarkan dan kapisiti pengeluaran produk semasa.
          Agen pemasaran ditugaskan untuk memerhatikan pesaing yang mengeluarkan
           produk yang sama seperti pengeluaran produk syarikat.
          Syarikat dapat mempelbagaikan variasi produk yang sedia ada dipasaran
           dengan lebih kreatif dan mengatasi pasaran semasa.
          Pesaingan dalam perniagaan menjadi salah satu cabaran bagi sesebuah
           syarikat untuk dijadikan pemangkin semangat dan meningkatkan prestasi
           syarikat.
C.   SASARAN PASARAN
        Analisa pengguna produk diperjelaskan dengan teliti untuk mengetahui sejauh
         mana produk dapat menembusi pasaran. Mengenalpasti siapakah pengguna
         produk dengan jelas mengenai profil pengguna yang disasarkan berasaskan
         demografi iaitu umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, taraf pendidikan, serta
         bilangan ahli keluarga.
        Selain itu, kaedah psiko garafik juga boleh dilakukan iaitu keinginan, citarasa,
         ego, dan status.
        Potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa
         tertentu diambilkira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang
         mengguna produk syarikat.
        Syarikat dapat menentukan kadar pengeluaran produk mengikut jumlah
         pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan
         menjadikan produk syarikat pilihan utama.


D.   Kekuatan dan Kelemahan Produk Sedia Ada
        Produk yang berada dipasaran tidak semestinya menjadi pilihan utama
         pelanggan. Faktor Harga dan Kualiti sesuatu produk merupakan jaminan untuk
         pengguna memilih produk pilihan mereka.
        Faktor kesukaran mendapatkan produk di sekitar lokasi perniagaan dan
         jaminan kualiti diambil kira untuk membolehkan harga yang ditawarkan adalah
         berbaloi-baloi.
        Kualiti produk dikenalpasti dari segi pembungkusan, material atau bahan
         ramuan, tarikh luput serta memenuhi kepuasan pengguna.


E.   Syer Pasaran
        Dalam perniagaan aspek pesaing mengambil kira syer pasaran sebagai aspek
         utama untuk melihat naik-turun prestasi peniagaan. Bilangan pengguna untuk
         setiap pesaing dilokasi perniagaan diambilkira bagi mengira kadar peratus(%)
         syer pasaran

     


        Oleh itu, syarikat perlu mempengaruhi pengguna untuk memilih produk
         syarikat seterusnya menguasai syer pesaingan pasaran.
8.7    Strategi Pemasaran


Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa berusaha bagi menghasilkan suatu produk, barangan
dan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan. Sebelum sesuatu perniagaan
dijalankan, pelbagai strategi perniagaan telah dirangka. Strategi ini dirangka bagi
melicinkan perniagaan tanpa sebarang kesulitan yang akan dihadapi oleh setiap ahli.
Selain itu, strategi yang diperkenal juga perlu untuk memperkenalkan nama syarikat yang
mempunyai strategi pemasaran yang terbaik dan berkesan. Antara strategi yang telah
iatur oleh pihak pemasaran ialah


      1.      Sentiasa mencari peluang yang terbaik untuk memasarkan barangan dan
              produk keluaran syarikat.
      2.      Memperbaharui segala teknik pemasaran mengikut aspek-aspek pemasaran
              yang terkini untuk menggantikan teknik pemasaran yang lama supaya lebih
              efektif bagi kepentingan pemasaran syarikat.
      3.      Memasarkan barangan atau produk yang bermutu dan berkualiti tinggi.
      4.      Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap produk yang telah
              dijual
      5.      Memastikan hasil keluaran syarikat mendapat nilai tempat yang tertinggi dalam
              pasaran.


ASAS STRATEGI PEMASARAN
Rangka asas dalam membentuk strategi pemasaran adalah bergantung kepada
tinjauan pemasaran yang telah dibuat. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. perlu memastikan
strategi yang digunakan dapat melengkapi dan mengatasi masalah yang dihadapi
dalam perniagaan. Hasilnya pengurus Pemasaran telah memperkenalkan asas
strategi perniagaan kepada lima bahagian penting iaitu STRATEGI 5P


      PRODUCT                               STRATEGI                           PLACE
       (Produk)                            PEMASARAN                          (Lokasi)




            PRICE                             PEOPLE                        PROMOTION
           (Harga)                          (Pengguna)                       (Promosi)
8.8   Pembahagian Strategi


Berdasarkan asas Strategi Pemasaran 5P Syarikat I‟ExCel Sdn Bhd telah menyediakan
pembahagian strategi pemasaran dengan menitik beratkan kualiti produk, kepuasan
pengguna dan keuntungan syarikat


STRATEGI PRODUK
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. menjadikan asas strategi untuk menghasilkan produk dan
menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk memberikan manfaat kepada para
pengguna.
      Syarikat telah merekabentuk dan membungkus produk secara kreatif di mana dapat
menarik perhatian para pelanggan Setiap produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihan
dan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat dan mendapat sambutan yang
menggalakan.



Bil   Projek/Produk/Perkhidmatan              Ciri Kelebihan/Keistimewaan

1.    I`ExCeL IQ CHALLENGE            Ciri-ciri
                                              Berbentuk “Games” menguji minda
                                              Diminati golongan pelajar/remaja
                                              Permainan yang mudah
                                              Sambutan yang ramai
                                              Yuran penyertaan yang murah
                                              Tiada pesaingan dari pesaing terdekat
                                              Modal yang rendah
      Cabaran Soduku                  Faedah Pengguna :
      Spell It Right                        pengguna boleh menguji tahap permainan
      Rubic Cube                            individu dalam pertandingan
      Qhat Writing
                                            pengguna boleh mempertingkatkan kemahiran
      Chess Challenge
                                            dalam permainan
                                            pemenang menerima hadiah lumayan yang
                                            ditawarkan.
2.    I`ExCeL Sports                  Ciri-ciri
                                              diperkenalkan untuk pengguna yang ingin
                                              mempelajari
                                              mendapat sambutan yang ramai
                                              menjemput jurulatih yang diiktiraf
                                              Modal yang rendah
      Basketball                      Faedah Pengguna
      Bowling                               Dapat menguji kemahiran dan membina
                                            kecergasan
                                            Belajar teknik permainan yang betul
3.   I`ExCeL Access                 Ciri-ciri
                                           Mendapat sambutan yang ramai selaras
                                           dengan keperluan pelajar celik IT
                                           Pelajar tidak perlu pergi ke Kafe Siber diluar
                                           Kerjasama dengan Penyelaras ICT sekolah
                                           Kelengkapan 20 buah komputer
                                           Tiada modal pembelian komputer
                                           Keuntungan melalui komisyen dan khidmat
     Kemudahan                             kemahiran individu
     Internet Surfing                      100% pengguna adalah pelajar.
     Printing                       Faedah pengguna
     Binding                               Tidak perlu keluar sekolah
     Graphic Designer                      Menikmati Internet berkelajuan tinggi
     Montage Designer
                                           Kadar bayaran yang murah
                                           Memudahkan menyiapkan kerja atau tugasan
                                           yang diberikan di sekolah.
4.   Seratas`s Hostel Open Day      Ciri-ciri
                                           Pertandingan keceriaan antara dorm
                                           Sambutan daripada pelajar dan guru
                                           Jemputan VIP
                                           Kos yang rendah
                                           Menarik perhatian pengunjung luar
                                    Faedah pengguna
     Persembahan Silat                     Menikmati makanan khasiat buah-buahan
     Jualan Buku Terpakai                  Pesaingan sihat antara dorm
     Jualan Aiskrim                        Impak kepada sekolah menerima Anugerah
     Jualan Rojak/Buahan                   Asrama terbilang
     Game Corner                           Pelajar seronok bermain permainan rakyat
     -Melempar gelung
     - Boling Kelapa
5.   Jualan Hari Kebudayaan Islam   Ciri-ciri
                                           Minat dalam permainan Tradisional
                                           Menerapkan nilai agama dan moral
                                           Sambutan pengguna yang kumpulkan koleksi
                                           „button badge‟
                                           Menarik perhatian pelajar yang gemar
                                           menonton wayang bercirikan islam
     Tayangan Filem                        Kadar bayaran yang murah
     - Ayat-ayat Cinta                     Sambutan paling ramai dalam permainan
     - Syurga Cinta                        tradisional
     Jualan Button Badge                   Tiada pesaingan
     Jualan Makanan Halal           Faedah pengguna
     Permainan Tradisional
                                           Menjalinkan ukhwah islamiah lebih erat
     - Congkak
                                           Memahami konsep islam dalam berniaga
     -Batu Seremban
                                           Cintai Islam dapat dipupuk
     - Galah Panjang
                                           Halal dan Haram ditekankan dalam Jualan
     - Sepak Raga
     Jualan Tafsir Al-Quran                Makanan
                                           Memupuk nilai rohaniah lebih kukuh
                                           Mengenal permainan tradisional melayu
6.      Delicious Pizza And Cakes           Ciri-ciri
                                                   menyediakan bahan makanan yang 100%
                                                   halal untuk pengguna
                                                   disediakan tanpa bahan pengawet atau bahan
                                                   pewarna
                                                   harga yang berpatutan
                                                   Tiada pesaingan terdekat
        Jualan Kek                          Faedah Pengguna
        Jualan Pizza                               Harga yang murah
                                                   Halal dimakan tanpa was-was
                                                   Tidak perlu caj khidmat penghantaran
                                                   Puas hati dengan khidmat layanan
7.      I`ExCeL Ex_Design                   Ciri-ciri
                                                   Pereka yang kreatif
                                                   Harga berpatutan
                                                   Pilihan corak yang pelbagai
                                                   Boleh ditempah dengan kuantiti yang sedikit
                                                   Tiada pesaingan konsep
                                            Faedah Pengguna
                                                   Puas hati
                                                   Harga yang murah
        Tempahan T-Shirt                           Berkualiti tinggi
        Jualan rekaan t-shirt                      Pilihan menarik
        Tempahan “Batch T-shirt”
        Merekabentuk T-shirt
8.      I`ExCeL`s Menu                      Ciri-ciri
                                                   memberi kemudahan kepada pelajar untuk
                                                   mendapatkan keperluan yang diingini ketika
                                                   berada di asrama
                                                   memenuhi kehendak pelajar
                                                   menjana keuntungan syarikat
                                                   kurang pesaingan
                                            Faedah Pengguna
                                                   menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk
                                                   memenuhi kehendakan pelajar asrama
        Jualan Makanan setiap minggu               harga yang berpatutan



Secara keseluruhannya, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.menetapkan satu piawaian kualiti
produk yang dihasilkan untuk dipasarkan berlandaskan cirri-ciri berikut :
     a) Pembuatan : Syarikat menghasilkan, memperkemaskan pembuatan setanding
        dengan jenama seumpamanya di pasaran.
     b) Harga :Syarikat meletakkan harga yang berpatutan pada setiap produk dengan
        keuntungan minimum.
     c) Pembungkusan : Pembungkusan produk yang baik memberi tarikan pembelian
        hampir 95%.Pembungkusan yang menarik boleh mendapat sambutan yang
        menggalakan.
     d) Kualiti : Syarikat memastikan produk yang dihasilkan terjamin dan berkualiti.
STRATEGI HARGA (PRICE)
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan.
Harga kos setiap produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan
merupakan nilai sebenar yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk
atau perkhidmatan. Antara strategi penetapan dan penawaran harga yang perlu
dipertimbangkan adalah :


1.    Membuat tinjauan harga pasaran
      Tinjauan harga berasaskan :-
             jenis produk dan kualiti produk
             tarikan produk yang serba guna


2.    Tawaran harga dari pesaing luar
      Kadar harga pasaran dari luar lokasi perlu diambil kira untuk melihat kos
      pengangkutan pengguna (pelajar) untuk mendapatkan produk boleh dikira sebagai
      harga kos produk.


3.    Tawaran harga daripada pembekal
             Harga daripada pembekal yang paling minimum dipilih untuk menjadi
             pembekal utama dalam penawaran produk jualan.
             Permintaan sebut harga produk di minta terlebih dahulu sebelum pemilihan
             pembekal dibuat. Penawaran harga daripada pembekal yang paling minimum
             adalah pilihan utama syarikat.


4.    Penurunan harga
             Harga produk perlu mengambil kira ketahanan produk dan tempoh luput
             produk tersebut. Produk makanan terutamanya, perlu ditentukan tarikh
             keluaran dan tempoh sebelum luput.
             Penurunan harga perlu dibuat untuk memastikan barangan habis terjual.


5     Penilaian harga semula (stok akhir)
             Harga setiap produk yang tidak habis dijual perlu dibuat penilaian semula
             berdasarkan harga pasaran, kualiti asas dan keperluan pelanggan.
             Sekiranya harga kos sesuatu produk ini telah tercapai keuntungan yang
             diharapkan, harga produk diturunkan sehingga ke harga kos produk tersebut.
Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk jualan Syarikat I‟ExCeL Sdn.
Bhd. adalah berpatutan dan menarik. Syarikat sentiasa memberikan harga yang selaras dan
berpatutan daripada pihak saingan syarikat dengan memberikan penekanan pada mutu,
kualiti dan mesra pelanggan.
                            Tawaran harga diskaun juga diberi sekiranya pelanggan diambil
                        kira sebagai pelanggan tetap syarikat, sekali gus menarik minat
                    pelanggan untuk terus menjadi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. pilihan utama
                   pelanggan.
                                   Bagi penjualan Produk Kreatif dan Perkhidmatan Syarikat
                             pula, margin keuntungan yang diambil adalah mengikut kepada
                           kreativiti produk yang dijual. Bagi kedua-dua aktiviti ini, syarikat
                         boleh menerima sehingga 90% margin keuntungan syarikat.


STRATEGI PELANGGAN (PEOPLE)


Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd. mensasarkan pemasaran produk
keseluruhannya kepada warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah,
pelawat atau pengunjung, ibu bapa dan komuniti sekitar premis
perniagaan     merupakan      pelanggan     Syarikat   I‟ExCeL   Sdn.
Berdasarkan prestasi jualan produk dan pilihan perkhidmatan yang
ditawarkan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Berikut adalah Carta Analisa
mengikut produk dan perkhidmatan I‟ExCeL Sdn. Bhd.


I’ExCeL IQ Challenge

  Carta Pelanggan
             2%
                                    Pelajar SM SAINS RAJA
          8%                        TUN AZLAN SHAH

                                    Ahli Syarikat


                                    Anak-anak Guru
                  90%
I`ExCeL Sports


  Carta Pelanggan

                 15%           Pelajar SM Sains
                               Raja Tun Azlan Shah
                               Lain-lain


                         85%




I`ExCeL Access

  Carta Pelanggan


                                      Pelajar


                   100%




I`ExCeL`s Menu

  Carta Pelanggan



                                      Pelajar


                       100%
I`ExCeL Ex_Design


  Carta Pelanggan
                                  Pelajar SM Sains
                                  Raja Tun Azlan Shah
                  9%
            10%                   Guru

                                  Staf
           23%              58%
                                  Lain-lain




Delicious Pizza And Cakes

  Carta Pelanggan



                                   Pelajar


                    100%




Seratas`s Hostel Open Day


 Carta Pelanggan
             5%        1%

                                     Pelajar SM Sains
                                     Raja Tun Azlan Shah
                                     Guru


                       94%           Lain-lain
Jualan Hari Kebudayaan Islam


  Carta Pelanggan
                  5%

                                         Pelajar SM Sains
                                         Raja Tun Azlan Shah
                                         Lain-lain


                       95%




Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. telah mensasarkan segala pekhidmatan dan aktiviti jualan yang
diadakan kepada semua pelajar SMS Raja Tun Azlan Shah. Selain itu, pihak pemasaran
juga mensasarkan perniagaan kepada guru-guru, dan juga kakitangan SMS Raja Tun Azlan
Shah.
        Sambutan daripada kesemua pelanggan amat menggalakkan. Hal ini telah
menaikkan semangat setiap ahli supaya bekerja lebih gigih dan seterusnya dapat
menaikkan imej syarikat.



                 Carta Pelanggan Keseluruhan

                             3%
                   10%                               Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan
                                                     Shah

                                                     Guru


                                  87%                Lain-lain
STRATEGI PROMOSI (PROMOTION)
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mengadakan kaedah promosi yang berkesan seperti strategi
berkomunikasi antara syarikat dan pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikan
mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas dari pengguna.
       Promosi boleh merangkumi dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan,
dan juga diskaun yang telah diberikan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. juga telah menampal
iklan di setiap papan kenyataan untuk memberitahu sesuatu
perkara kepada pelajar.
       Promosi adalah salah satu aspek penting dalam pasaran.
Kurang melakukan promosi ataupun memberi maklumat yang salah
semasa promosi sedang dijalankan akan menjejaskan jualan serta akan
mengakibatkan kerugian.

PENGIKLANAN
Pengiklanan adalah kaedah yang mudah, murah dan efektif. Semua maklumat mengenai
jualan boleh dipaparkan didalam iklan. Strategi pengiklanan yang menarik perhatian
pelanggan mengandungi ciri-ciri seperti berikut :-
           tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami.
           paparan produk yang jelas mengikut spesifikasi produk sebenar.
           mengandungi maklumat yang tepat seperti harga, lokasi dan waktu operasi.
           cetakan berwarna lebih menarik perhatian pelanggan.
              CONTOH IKLAN YANG TELAH DIPAMERKAN PADA PELANGGAN




Iklan ditampal di papan kenyataan yang sesak dikunjungi pelanggan. Di edarkan dari bilik
kebilik seperti berbentuk edaran risalah. Menggunakan laman social seperti facebook atau
weblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan.
PROMOSI JUALAN

Kaedah promosi berbentuk “JUALAN PROMOSI” selalu diamalkan oleh syarikat yang
berhasrat untuk menghabiskan stok akhir. Promosi kaedah ini lebih banyak menarik
perhatian pelanggan yang suka membeli produk penghabisan stok.


       Jualan ini selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Dalam istilah lain, ia
dipanggil sebagai jualan penghabisan stok. Walaubagaimanapun, tujuan utama jualan ini
diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya untuk membeli di premis
perniagaan kami.


       Harga yang ditawarkan juga rendah, istilah atau propaganda seperti “SALE”, “YES”-
Year End Sale dan Jualan Harga Runtuh sering digunakan untuk menarik perhatian
pelanggan.


       Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak terlepas peluang mengadakan promosi jualan
penghabisan stok pada 23-24 Oktober 2010 yang diadakan untuk menghabiskan stok T-
Shirt dan produk yang lain.
PENGUMUMAN


                Membuat pengumuman serta penerangan yang lebih terperinci selepas
                waktu solat jemaah di surau dan waktu perhimpunan asrama. Selain itu,
                pihak syarikat juga membuat pengumuman melalui alat pembesar suara
                yang terdapat di bilik warden dan asrama yang telah disediakan oleh pihak
                pengurusan asrama.
                         Kaedah   pengumuman      sering    dilakukan   sebelum   syarikat
                mengadakan jualan. Kaedah ini sering digunakan oleh pihak pemasaran
                kerana    lebih   mudah   tanpa   perlu    mengeluarkan   sebarang   kos.
Pengumuman selalunya akan dibuat setiap kali selepas sahaja waktu PREP tamat




                   Pengumuman di buat di surau selepas solat jemaah



DISKAUN
Promosi ini adalah strategi syarikat yang dapat menarik minat para pembeli untuk membeli
produk syarikat. Strategi ini dijalankan setiap kali sebelum cuti persekolahan untuk
menghabiskan stok. Namun pihak syarikat tetap berhati-hati semasa memberikan diskaun
supaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian.
STRATEGI LOKASI (PLACE)
Lokasi Perniagaan merupakan peranan penting untuk memudahkan pelanggan
membeli dan mendapatkan produk jualan syarikat.
      Namun demikian, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak bergantung kepada satu
tempat jualan sahaja. Pembukaan gerai-gerai kecil ditempat yang sering dikunjungi
pelanggan juga diadakan.
      Lokasi perniagaan yang strategik meningkatkan jualan kerana pelanggan
mudah mendapatkan barangan jualan sekiranya lokasi berdekatan dengan tempat
tumpuan ramai.
      Kaedah     jualan   langsung   juga   diadakan   menjaja   barangan    jualan
menggunakan bakul atau beg plastik dari dorm ke dorm, dari kelas ke kelas.
8.9    Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran


PERKHIDMATAN I`EXCEL
Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad mengadakan perkhidmatan
I`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telah
ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin
Yang Razali setelah melihat kegilaan pelajar sekolah
Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah bermain permainan
`Rubic Cube‟.
       Oleh itu, pihak syarikat telah memutuskan untuk
mengadakan beberapa pertandingan terbuka kepada semua pelajar. Bahagian pemasaran
telah mengadakan hebahan melalui cara mengadakan pengumuman dan juga menampal
iklan di papan kenyataan.
       Bahagian pemasaran juga menyediakan yuran yang berpatutan bagi menarik minat
pelajar untuk menyertainya Pelajar yang ingin menyertai pertandingan yang diadakan perlu
menyediakan yuran sebanyak RM1.00 bagi setiap penyertaan. Antara pertandingan-
pertandingan yang diadakan ialah:
                 `Spell It Right‟
                 Cabaran Sudoku
                 Rubic Cube
                 Catur
                 Jawi`s writing
       Syarikat telah menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan untuk menarik minat
peserta


Strategi Pemasaran :
Produk : Permainan Menguji Minda
Harga : Yuran Penyertaan serendah RM 1.00
Pelanggan : Minat pelajar bermain permainan menguji minda
Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan
Lokasi : Tempat awam yang efektif untuk pelanggan gemar mempamerkan bakat.
I`ExCeL Sports

Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad bukan sahaja menumpukan kepada penjualan semata-mata,
                           namun      membentuk       perkembangan       modal   insan   bagi
                           melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan
                           mental.    Oleh   itu,   Syarikat   I`ExCeL   telah   mengadakan
                           perkhidmatan I`ExCeL Sports.
                                   Syarikat telah mengadakan pertandingan 3 on 3
                           basketball. Permainan ini telah dimainkan di gelanggang bola
                           keranjang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
                           Setiap peserta perlu mendaftar nama terlebih dahulu dan
                           membayar yuran terlebih dahulu sebelum menyertai permainan
                           ini. Satu lagi permainan yang dianjurkan adalah permainan
                           bowling.   Syarikat      menyediakan   perkhidmatan    permainan
                           bowling kepada para pelajar dan juga terbuka kepada guru-
                           guru. Mana-mana individu mahupun kumpulan yang ingin
menyertai akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi setiap individu. Pengurus
pemasaran telah mengadakan pengumuman pada setiap hari sebelum pertandingan
bermula.


Strategi Pemasaran :
Produk : Permainan Menguji Kemahiran dan Fizikal
Harga : Yuran Penyertaan RM 20.00
Pelanggan : Kemudahan prasarana yang disediakan
Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan
Lokasi : Tempat awam yang efektif dan sesuai



I`ExCeL Access
Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada para
pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tujuan diadakan perkhidmatan ini
adalah para pelajar di sekolah sering menggunakan komputer bagi tujuan pendidikan dan
menyiapkan tugasan seperti kerja kursus dan folio. Pelajar menghadapi kesukaran untuk
keluar ke bandar hanya semata-mata untuk mencari kafe siber. Namun ada kalanya kafe
siber di luar juga turut sesak dengan pengguna lain. Jadi kami mengambil kesempatan
bekerjasaman dengan Penyelaras ICT untuk menyediakan perkhidmatan yang diberi
jenama I`ExCeL Access. Perkhidmatan ini telah banyak membantu pelajar dalam
menyiapkan tugasan mereka. Bayaran dikenakan berdasarkan tempoh masa pelajar-pelajar
menggunakan komputer tersebut. Syarikat menyediakan sebanyak 20 komputer kepada
pelajar supaya tidak berlaku kesesakan terutama ketika ingin menyiapkan kerja-kerja yang
penting. I`ExCeL`Access ini dibuka pada setiap hujung minggu bagi semua pelajar. Berikut
merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan.

                    Perkhidmatan                           Bayaran
                       Internet                           1.50 sejam
                       Printing                              20sen
                  Printing berwarna                          50sen
                       Binding                               50sen
                      Photostat                              20sen


Strategi Pemasaran :
Produk : Kemudahan penggunaan komputer
Harga : Bayaran serendah RM 1.50 /jam
Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah
Promosi : Khidmat lain seperti cetakan berwarna dan fotokopi
Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.


Aktiviti Jualan
Aktiviti jualan merupakan penyumbang utama pendapatan syarikat.Syarikat I`EcXeL Sdn.
Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 4 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikat
terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu:
                  Jualan Hari Sekolah
                  Jualan Hari Mingguan
                  Jualan Hari Peristiwa
                  Jualan Penghabisan Stok


       Jualan hari sekolah tertakluk pada jualan semasa persekolahan iaitu umumnya hari
Isnin hingga Jumaat yang melibatkan masa petang,dan malam sahaja. Masa operasi
syarikat dijalankan sekitar 30 minit sehingga 2 setengah jam. Manakala Jualan Hari
Mingguan dijalankan pada hari minggu yang melibatkan hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti-
cuti umum yang jatuh pada hari bekerja.
Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kali
sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujung
masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman dan
barangan yang tinggal.


Strategi Pemasaran :
Produk : Produk makanan yang sukar didapati di asrama
Harga : Harga barangan berbaloi
Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah
Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah
Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.


Jualan Hari Kebudayaan Islam
       Syarikat   I`eXcEl      menerapkan   unsur-insur   islamik   dalam    menjalankan
perniagaan.Maka dari situlah telah tercetusnya idea daripada ahli lembaga syarikat. pihak
syarikat telah mengadakan jualan semasa Hari Kebudayaan Islam. pihak syarikat telah
mengadaka pertandingan permainan tradisional seperti galah panjang. selain itu, pihak
syarikat juga turut mengadakan jualan air penawar, kismis, kurma, tafsir al-quran, button,
dan sebagainya. pihak syarikat juga telah mengadakan tayangan berkaitan cerita islam yang
ditayangkan di dewan kuliah.


Strategi Pemasaran :
Produk : Produk makanan yang Halal
Harga : Harga barangan berbaloi
Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah
Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah
Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.
Delicious Pizza And Cakes
Syarikat I‟ExCeL telah mengadakan jualan pizza dan kek. Jualan ini telah diadakan pada
setiap hujung minggu. Pihak Syarikat telah mengambil kesempatan keluar ke bandar pada
hujung minggu dengan setelah mengambil tempahan dari pelanggan secara pukal. Borang
tempahan diedarkan dan dikumpulkan sehari sebelum barangan dibeli. Berikut butiran
barangan tempahan yang dijual dalam perkhidmatan ini.

                Makanan                                       Kuantiti

                   Piza                                     25 unit kotak

                   Kek                                       100 potong

                 Kerepek                                    300 bungkus




Strategi Pemasaran :
Produk : Produk Makanan
Harga : Harga Pasaran + Harga Perkhidmatan
Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah
Promosi : Iklan dan Borang tempahan
Lokasi : Tiada lokasi – Pengedaran dibuat berdasarkan tempahan.
8.10   Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk


PERSAINGAN
       Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya terdapat persaingan. Hal ini kerana ,
sesuatu perniagaan yang tidak mempunyai pesaing pastinya akan berada pada prestasi
yang sama dan tidak akan melangkah kehadapan.Syarikat kami menghadapi persaingan
daripada beberapa pihak antaranya jualan persatuan dan kelab lain, koperasi sekolah serta
jualan individu. Oleh itu, syarikat kami sentiasa akan membuat penambahbaikkan untuk
memajukan syarikat.
       Pihak syarikat juga menjadikan persaingan sebagai pemangkin semangat setiap ahli
syarikat supaya lebih gigih dalam menjalankan jualan dan aktiviti. Selain itu persaingan yang
dihadapi juga untuk melatih setiap ahli lembaga pengarah memainkan peranan masing –
masing semasa sedang menjalankan tugas yang diamanatkan.



                                               Koperasi
                                               Sekolah




                                             Persaingan


                              Persatuan                          Jualan
                                Kelab                           Individu




RAKAN NIAGA DAN PEMBEKAL
       Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya
usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak
langsung.Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan
yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi
pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat.
Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL      Sdn.Berhad. menjalinkan hubungan
perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telah
ditetapkan.

       1.     Boon Beng Sdn Berhad
       2.     Dirt-Tee Sdn Berhad
       3.     Best One Frozen Product Enterprise
       4.     Seven Eleven
       5.     Nestle Sdn Berhad
       6.     City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd
       7.     Nilai Sports Sdn Berhad
       8.     Brotherhoodarts.Sdn Berhad
       9.     Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd
       10.    Yui Hong Trading Sdn. Bhd

       Agensi rakan niaga inilah yang menjadi tulang belakang dalam perancangan syarikat
yang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu
dalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap bagi menjamin
perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik.




STRATEGI PEMASARAN YANG EFEKTIF

Keistimewaan Produk
       Harga yang munasabah dan berpatutan dapat memenuhi kehendak dan keinginan
pengguna kerana mereka memilih barangan yang bersesuaian dengan kehendak dan
citarasa semasa mereka.


Faedah Kepada Pelanggan
       Pelanggan membayar harga untuk nilai nilai faedah yang dipercayai dapat dinikmati
melalui barangan yang dibeli itu. Jika terdapat kerosakan pada barangan tersebut, maka
kepercayaan para pelanggan akan mula goyah dan perkara sebegini seharusnya menjadi
keutamaan bagi pihak organisasi syarikat. Kita selaku penjual seharusnya menganggap
pembeli adalah raja dan kita sewajarnya menukarkan dengan barangan yang baru.
Terus Kepada Pelanggan
       Hasil produk syarikat hendaklah diagihkan kepada para pelanggan secara terus
pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Selain itu, perkhidmatan yang pihak syarikat
sediakan juga terus kepada pelanggan.


Harga Berbaloi-baloi
       Pembeli mengharapkan barangan yang dibeli itu boleh memberikan kepuasan yang
maksimum jika dibandingkan dengan harganya. Tidak berguna sekiranya membeli barangan
yang murah tetapi kualitinya jauh di sebalik harga.


Daya Tarikan Promosi
       Susunan dan peragaan barangan yang teratur telah menarik perhatian pengunjung.
Di samping itu juga, produk yang dihasilkan dengan daya kreatif yang tinggi dan inovatif
telah menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli.
8.11       Pengesahan
Berkat kerjasama para pemegang saham yang sentiasa memberi komitmen yang terbaik
dan komited dengan kerja yang diamanahkan telah membuahkan impak yang positif.
Hasilnya, kebanyakan hasil jualan dan perkhidmatan syarikat berjaya dikomersialkan ke
dunia luar.


           Selain itu,sektor ini telah menjalankan kajian ke atas pelanggan mengenai cita rasa
dan kehendak mereka,Segala maklumat disalurkan terus kepada bahagian pengeluaran
bagi      mengeluarkan               atau       memberi             perkhidmatan   mengikut   kehendak   pelanggan.
Keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
menunjukkan bahawa syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan mantap
untuk menghadapi persaingan dalam bidang perniagaan.


           Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan menepati syarat dan kehendak
syarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2006.




Disediakan oleh,




.................................................................
(MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI)
Pengurus Pemasaran,
Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.

More Related Content

What's hot

Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanstpd2213
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanZafarul_Irshard
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusanEmy Amiera
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANNor Syazwani
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Said Hafiz
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...Park Hae Ra
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penKedai Kami
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Afifah Nabilah
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaSyahira Md Desa
 
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produkyunnach
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusanJoan Ang
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANCkg Nizam
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Shamsul De Bagio
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananNaveen Segaran
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)Amra Nusroh
 

What's hot (20)

Pemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaanPemasaran perniagaan
Pemasaran perniagaan
 
Proses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusanProses pembuatan keputusan
Proses pembuatan keputusan
 
Asas pengurusan
Asas pengurusanAsas pengurusan
Asas pengurusan
 
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAANCONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
CONTOH RANCANGAN PERNIAGAAN
 
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan) Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
Slide penyediaan rp penuh (Rancangan Perniagaan)
 
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
CONTOH PBS Pengajian Perniagaann [Rancangan Perniagaan Produk Penjagaan Kulit...
 
Rancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan penRancangan perniagaan pen
Rancangan perniagaan pen
 
Rancangan Perniagaan
Rancangan PerniagaanRancangan Perniagaan
Rancangan Perniagaan
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan HargaUnit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
Unit 2 Campuran Pemasaran - Perletakan Harga
 
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
9. pembangunan produk baharu & kitaran hayat produk
 
Bab 8 kawalan
Bab 8  kawalanBab 8  kawalan
Bab 8 kawalan
 
Memulakan Perniagaan
Memulakan PerniagaanMemulakan Perniagaan
Memulakan Perniagaan
 
Contoh rumusan
Contoh rumusanContoh rumusan
Contoh rumusan
 
Rancangan pemasaran
Rancangan pemasaranRancangan pemasaran
Rancangan pemasaran
 
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSANDEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
DEFINISI DAN KEPENTINGAN PENGURUSAN
 
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan (for education purpose)
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
BAB1:PENGURUSAN(1.3 Perancangan)
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 

Similar to Laporan pengurus pemasaran

Laporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewanganLaporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewanganandromendas
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbingaynNUR
 
Laporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranLaporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranandromendas
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranandromendas
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranandromendas
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Thanushah Soniyasee
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAZainab Arshad
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniAbang Heikal
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKNur Arissa
 
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdf
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdfTingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdf
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdfsyafinijumaah
 
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanMary Mala
 
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Alip Anuar
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaanhard.Life
 
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaan
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaanPpt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaan
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaanNik Hasyudeen
 

Similar to Laporan pengurus pemasaran (20)

Laporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewanganLaporan pengarah kewangan
Laporan pengarah kewangan
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
 
Laporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiranLaporan pengurus pentadbiran
Laporan pengurus pentadbiran
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaran
 
Laporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaranLaporan pengurus pengeluaran
Laporan pengurus pengeluaran
 
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
Contoh Kerja Kursus Pengajian Perniagaan Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( ...
 
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited126843571 rancangan-perniagaan-edited1
26843571 rancangan-perniagaan-edited1
 
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARAPANDUAN PENASIHAT PUM MARA
PANDUAN PENASIHAT PUM MARA
 
Marketing
MarketingMarketing
Marketing
 
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaaniEbx0032 topik7 merancangperniagaani
Ebx0032 topik7 merancangperniagaani
 
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSKREPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
REPORT LATIHAN INDUSTRI DSK
 
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdfASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
ASAS KEWANGAN PERNIAGAAN.pdf
 
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdf
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdfTingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdf
Tingkatan 5 Perniagaan (Buku Teks).pdf
 
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaanDiploma eksekutif pengurusan perniagaan
Diploma eksekutif pengurusan perniagaan
 
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
Goat Milk Sepet Sdn. Bhd.
 
Konsep Pemasaran
Konsep PemasaranKonsep Pemasaran
Konsep Pemasaran
 
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan PerniagaanPengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
Pengajian Perniagaan Rancangan Perniagaan
 
anime shop.pptx
anime shop.pptxanime shop.pptx
anime shop.pptx
 
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
Profil Syarikat Passion Beauty Training Consultancy 2014
 
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaan
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaanPpt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaan
Ppt asas tadbirurus kepimpinan pengurusan perniagaan
 

More from andromendas

Laporan pengurus besar
Laporan pengurus besarLaporan pengurus besar
Laporan pengurus besarandromendas
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reactionandromendas
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010andromendas
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeandromendas
 

More from andromendas (9)

Pre test2
Pre test2Pre test2
Pre test2
 
Guru pengelola
Guru pengelola Guru pengelola
Guru pengelola
 
Laporan pengurus besar
Laporan pengurus besarLaporan pengurus besar
Laporan pengurus besar
 
SPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONSSPM FAVOURITE QUESTIONS
SPM FAVOURITE QUESTIONS
 
Calculation
CalculationCalculation
Calculation
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Group work rate of reaction
Group work rate of reactionGroup work rate of reaction
Group work rate of reaction
 
Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010Chemistry perfect score module 2010
Chemistry perfect score module 2010
 
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer schemeChemistry perfect score module 2010 answer scheme
Chemistry perfect score module 2010 answer scheme
 

Laporan pengurus pemasaran

  • 1.
  • 2. 8.0 LAPORAN PENGURUS PEMASARAN 8.1 Profil Pengurus Pemasaran ENCIK MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI Pengurus Pemasaran bermula 4 Februari 2010 sehingga 30 Oktober 2010 Encik Muzakkir Ihsan bin Yang Razali, warganegara Malaysia, berumur 17 tahun, menjadi salah seorang Ahli Lembaga Pengarah sejak 4 Februari 2010 sehingga 31 Oktober 2010. Beliau juga diberikan kepercayaan mengendalikan Jabatan Pemasaran selaku Pengurus Pemasaran. Sebelum ini beliau pernah menjawat jawatan sebagai ahli Majlis Perwakilan Pelajar(MPP) .Beliau juga telah dilantik menjadi ahli MPP sejak 2007. Beliau telah memegang jawatan Penolong Ketua Biro Ekonomi pada tahun 2010. Seterusnya, pada tahun 2011 beliau telah diamanahkan untuk memegang jawatan sebagai Ketua Biro Ekonomi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada 2011. Sepanjang berada dalam biro ini beliau ditugaskan untuk meningkatkan ekonomi Majlis Perwakilan Pelajar. Beliau mula menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan sejak tiga tahun kebelakangan ini setelah dilantik menjadi salah seorang ahli Lembaga Koperasi sekolah. Sepanjang penglibatan sebagai ahli Lembaga Koperasibeliau telah dilantik menjadi Ketua Biro Pemasaran dan Promosi.
  • 3. Pasukan beliau telah menjadi johan bola baling bagi kategori bawah 14 tahun. Seterusnya, beliau juga telah memenangi pertandingan bola sepak peringkat daerah bawah 15 tahun. Semasa berada di tingkatan 5, beliau telah memenangi Pertandingan bola baling peringkat daerah. Beliau juga telah dipilih untuk menjalani pemilihan untuk mewakili daerah bagi pertandingan bola sepak bawah 18 tahun. Akhir sekali, beliau juga telah terpilih mewakili pasukan KFC Perak bagi Pertandingan Catur Bistari peringkat kebangsaan di PICC Putrajaya pada tahun 2010.
  • 4. SIJIL DAN PENGHARGAAN YANG DIPEROLEHI Sijil Penyertaan Kursus Kecemerlangan Ahli Lembaga Pengarah Sijil Penyertaan Kursus Penyediaan Laporan dan Pembentangan Syarikat
  • 5. 8.2 Tinta Pengurus Pemasaran Salam keusahawanan, Saya telah diberi tanggungjawab sebagai Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. Alhamdulillah, pertama dan selamanya, marilah kita mengucapkan sepenuh kesyukuran kita kehadrat Allah S.W.T, kerana dengan rahmat dan keizinan-Nya maka saya dapat menyiapkan laporan seadanya. Tugas sebagai Pengurus Pemasaran adalah amat penting dalam mengatur strategi bagaimana untuk memasarkan produk syarikat. Hasil bimbingan dan dorongan yang padu daripada semua pihak, beberapa strategi yang kukuh dan mantap dapat dirangka untuk bahagian pemasaran syarikat ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih ditujukan kepada guru pembimbing Persatuan Usahawan Muda SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Encik Saharizal bin Mohd. Baharuddin. Akhir kata, semoga Allah membalas segala penat lelah seluruh warga kakitangan syarikat serta pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan laporan tahunan syarikat ini, Insya Allah, jasa kalian tidak terbalas dan akan dikenang sampai bila-bila. “Usahawan penjana ekonomi” Wassalam dan terima kasih. ………………………………................... (MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI) Pengurus Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.
  • 6. 8.3 Tugas dan tanggungjawab Sebagai seorang pengurus pemasaran , tanggungjawab utama adalah memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan syarikat dapat dipasarkan dan boleh menyaingi pasaran sedia ada. Antara tugas lain adalah seperti berikut : Memasarkan hasil keluaran dan perkhidmatan syarikat supaya setiap projek berjalan lancar serta memenuhi kehendak pelanggan . Mengetahui sasaran pembeli yang akan membeli produk keluaran dan akan menyertai setiap pertandingan yang akan dianjurkan Mengenalpasti kelemahan pesaing dan mengatasinya serta mengetahui kelebihan produk yang dimiliki supaya dapat mengatasi saingan pesaing. Memastikan setiap aktiviti dan jualan yang dianjurkan oleh syarikat mendapat sambutan. Merancang strategi syarikat untuk menarik minat para pembeli untuk membeli produk daripada syarikat. Merancangkan aktiviti jualan seperti kaedah pengagihan, penghantaran dan galakan jualan Mengawal dan mengesan aktiviti jualan setiap ahli syarikat seterusnya menyimpan rekod jualan. Menyimpan rekod pemasaran syarikat dan menyediakan laporan jualan. Memastikan projek-projek yang dirancang oleh syarikat dijalankan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
  • 7. 8.4 Penilaian Prestasi Syarikat PENETAPAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Sebagai seorang Pengurus Pemasaran yang mempunyai wawasan dan matlamat sendiri, beliau sentiasa menetapkan halatuju syarikat dan sasaran yang perlu dicapai di akhir operasi syarikat. Sebagai Penrus Pemasaran beliau telah menetapkan Key Performance Index (KPI).KPI ini merupakan petunjuk prestasi utama yang perlu dicapai oleh Pengurus Pemasaran. - Melaksanakan strategi pemasaran terbaik - Menembusi pasaran luar dan mendapat sambutan - Meningkatkan produktiviti syarikat KEBERHASILAN KEY PERFORMANCE INDEX (KPI) Melalui pengambilan salah satu prinsip umum yang yang diterapkan guru pengelola iaitu “Cekal menghadapi masalah dan kesulitan (Preserverance in the face of adversity)”, beliau telah berjaya melaksanakan segala tugas seorang Pengurus Pemasaran. Berikut merupakan rajah matlamat beserta keputusan Key Performance Index (KPI). MATLAMAT KEPUTUSAN CATATAN Pelbagai strategi dan promosi dapat diatur Melaksanakan strategi Tercapai dengan baik sepanjang proses penjualan pemasaran terbaik produk. Menembusi pasaran luar Sentisa menerima pelbagai tempahan baju Tercapai dan mendapat sambutan dan juga makanan. Produk yang berkualiti berjaya dikeluarkan Meningkatkan Tercapai oleh syarikat sehingga menarik minat para produktiviti syarikat pelanggan.
  • 8. PRESTASI PEMASARAN SYARIKAT Strategi pemasaran yang berkesan dan efektif adalah amat penting. Ini kerana strategi pemasaran yang baik membolehkan perkhidmatan dan produk yang diberikan oleh syarikat mendapat respons dan sambutan daripada pelanggan. Untuk melaksanakan strategi pemasaran yang berkesan, setiap ahli syarikat telah bekerjasama antara satu sama lain dan membanting tulang untuk mempromosikan setiap perkhidmatan dan produk yang ditawarkan dengan menggunakan setiap kemudahan yang ada. Sebagai seorang pengurus pemasaran, kerjasama ahli-ahli syarikat dan sokongan serta dorongan amatlah penting. Ini akan menjamin kejayaan dalam memasarkan sesuatu produk mahupun aktiviti yang dijalankan oleh syarikat kami.Ahli-ahli syarikat yang menganggotai jawatankuasa pemasaran terdiri daripada: Pada awal operasi perniagaan, syarikat kurang mendapat sambutan dalam memasarkan produk dan perkhidmatan. Masalah yang dihadapi pada awal operasi adalah seperti berikut:  Kelewatan mendapat bekalan  Kesuntukan masa perniagaan (tempoh operasi singkat)  Menghadapi persaingan yang berbagai Setelah dikenalpasti masalah yang dihadapai, syarikat mengatur semula strategi pemasaran yang lebih sistematik dan efisyen. Seluruh ahli syarikat terlibat sama memastikan pemasaran produk dan perkhidmatan pernigaan mendapat sambutan dan menjadi pilihan utama pelanggan. Keuntungan syarikat bertambah baik dan mencapai tahap optimum mulai bulan april hingga berterusan ke akhir operasi pada bulan Oktober 2010.
  • 9. 8.5 Prinsip Dan Matlamat Pemasaran DEFINISI PEMASARAN Pemasaran ialah rangkaian aktiviti perniagaan yang melibatkan pemindahan barangan atau perkhidmatan dari pengeluar kepada pengguna untuk memenuhi kehendak pengguna, dan dalam masa yang sama mencapai objektif syarikat. Pemasaran juga dapat didefinasikan sebagai usaha yang dijalankan bagi melariskan serta meningkatkan hasil jualan dan perkhidmatan yang ditawarkan di dalam pasaran selagi ianya tidak berlawanan dengan hukum-hukum agama PRINSIP PEMASARAN Dalam perniagaan , nilai – nilai murni diterapkan agar perniagaan yang dijalankan mendapat kepercayaan para pelanggan kerana ini menjadi lambang kejujuran syarikat kami dalam berurusan dengan masyarakat. Di antara amalan dan prinsip yang menjadi pegangan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. dalam pemasaran ialah :  Amanah dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab yang diberikan.  Memastikan penghantaran cekap, selamat, dan teratur.  Tidak mengamalkan rasuah sesama ahli syarikat dan orang lain.  Informasi tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan tepat.  Pengedaran dan penghantaran barang dibuat dengan cekap, selamat, dan bersistematik MATLAMAT PEMASARAN Syarikat I‟ExCel Sdn. Bhd bermatlamat untuk mengorientasikan kepuasan pelanggan dengan produk terbaik, memberikan perkhidmatan yang memuaskan, menghasilkan produk kreatif yang dapat menembusi pasaran dan meningkatkan jual beli barang pada tahap yang paling cemerlang agar syarikat dapat memperoleh keuntungan yang maksimum dan meletakkan syarikat setaraf dengan syarikat yang berjaya.
  • 10. PROSES PEMASARAN SASARAN PELANGGAN (PEOPLE) TINJAUAN KEPERLUAN KEPERLUAN PELANGGAN PRODUK TINJAUAN PESAING LOKASI (PLACE) TINJAUAN HARGA PASARAN PENETAPAN HARGA(PRICE) TINJAUAN PERMINTAAN PROMOSI (PROMOTION) JUALAN MASALAH PENGUBAHSUAIAN STRATEGI PEMASARAN
  • 11. 8.6 Tinjauan Pemasaran Tinjauan Pemasaran dibuat adalah bertujuan untuk membuat ramalan yang boleh menentukan potensi pasaran berdasarkan keperluan pelanggan, permintaan pasaran dan keunikan produk dan pesaing-pesaing luar. Aspek yang perlu dititik beratkan boleh dibahagikan kepada lima perkara iaitu keperluan dan permintaan pasaran, pesaing terdekat, sasaran pasaran, kekuatan dan kelemahan produk sedia ada dan syer pasaran. A. KEPERLUAN DAN PERMINTAAN PASARAN  Aliran perkembangan pemasaran syarikat dikenalpasti samada prestasi jualan meningkat atau menurun, stabil atau berkembang serta mengenalpasti statistik pengeluaran dan permintaan pengguna.  Perubahan citarasa dan keinginan semasa pengguna sentiasa mengalami perubahan. Syarikat seharusnya peka dengan keperluan pengguna dengan melakukan kaedah soal-selidik untuk mengetahui permintaan tertinggi semasa.  Selain itu, ramalan permintaan, citarasa dan keinginan pengguna pada masa depan juga boleh dilakukan seterusnya dapat membantu syarikat memenuhi kehendak pelanggan sepanjang masa. B. PESAING TERDEKAT  Menganalisa keadaan pasaran semasa untuk melihat prestasi perniagaan sedia ada di sekitar lokasi terdekat.  Mengenalpasti kemampuan pesaing dari segi kualiti produk yang dihasilkan, harga yang ditawarkan dan kapisiti pengeluaran produk semasa.  Agen pemasaran ditugaskan untuk memerhatikan pesaing yang mengeluarkan produk yang sama seperti pengeluaran produk syarikat.  Syarikat dapat mempelbagaikan variasi produk yang sedia ada dipasaran dengan lebih kreatif dan mengatasi pasaran semasa.  Pesaingan dalam perniagaan menjadi salah satu cabaran bagi sesebuah syarikat untuk dijadikan pemangkin semangat dan meningkatkan prestasi syarikat.
  • 12. C. SASARAN PASARAN  Analisa pengguna produk diperjelaskan dengan teliti untuk mengetahui sejauh mana produk dapat menembusi pasaran. Mengenalpasti siapakah pengguna produk dengan jelas mengenai profil pengguna yang disasarkan berasaskan demografi iaitu umur, jantina, pendapatan, pekerjaan, taraf pendidikan, serta bilangan ahli keluarga.  Selain itu, kaedah psiko garafik juga boleh dilakukan iaitu keinginan, citarasa, ego, dan status.  Potensi pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam suatu jangka masa tertentu diambilkira untuk melihat siapa sasaran pengguna tertinggi yang mengguna produk syarikat.  Syarikat dapat menentukan kadar pengeluaran produk mengikut jumlah pengguna pada satu-satu masa seterusnya menentukan pengguna setia dan menjadikan produk syarikat pilihan utama. D. Kekuatan dan Kelemahan Produk Sedia Ada  Produk yang berada dipasaran tidak semestinya menjadi pilihan utama pelanggan. Faktor Harga dan Kualiti sesuatu produk merupakan jaminan untuk pengguna memilih produk pilihan mereka.  Faktor kesukaran mendapatkan produk di sekitar lokasi perniagaan dan jaminan kualiti diambil kira untuk membolehkan harga yang ditawarkan adalah berbaloi-baloi.  Kualiti produk dikenalpasti dari segi pembungkusan, material atau bahan ramuan, tarikh luput serta memenuhi kepuasan pengguna. E. Syer Pasaran  Dalam perniagaan aspek pesaing mengambil kira syer pasaran sebagai aspek utama untuk melihat naik-turun prestasi peniagaan. Bilangan pengguna untuk setiap pesaing dilokasi perniagaan diambilkira bagi mengira kadar peratus(%) syer pasaran   Oleh itu, syarikat perlu mempengaruhi pengguna untuk memilih produk syarikat seterusnya menguasai syer pesaingan pasaran.
  • 13. 8.7 Strategi Pemasaran Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. sentiasa berusaha bagi menghasilkan suatu produk, barangan dan perkhidmatan yang memuaskan hati para pelanggan. Sebelum sesuatu perniagaan dijalankan, pelbagai strategi perniagaan telah dirangka. Strategi ini dirangka bagi melicinkan perniagaan tanpa sebarang kesulitan yang akan dihadapi oleh setiap ahli. Selain itu, strategi yang diperkenal juga perlu untuk memperkenalkan nama syarikat yang mempunyai strategi pemasaran yang terbaik dan berkesan. Antara strategi yang telah iatur oleh pihak pemasaran ialah 1. Sentiasa mencari peluang yang terbaik untuk memasarkan barangan dan produk keluaran syarikat. 2. Memperbaharui segala teknik pemasaran mengikut aspek-aspek pemasaran yang terkini untuk menggantikan teknik pemasaran yang lama supaya lebih efektif bagi kepentingan pemasaran syarikat. 3. Memasarkan barangan atau produk yang bermutu dan berkualiti tinggi. 4. Memastikan setiap pelanggan berpuas hati dengan setiap produk yang telah dijual 5. Memastikan hasil keluaran syarikat mendapat nilai tempat yang tertinggi dalam pasaran. ASAS STRATEGI PEMASARAN Rangka asas dalam membentuk strategi pemasaran adalah bergantung kepada tinjauan pemasaran yang telah dibuat. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. perlu memastikan strategi yang digunakan dapat melengkapi dan mengatasi masalah yang dihadapi dalam perniagaan. Hasilnya pengurus Pemasaran telah memperkenalkan asas strategi perniagaan kepada lima bahagian penting iaitu STRATEGI 5P PRODUCT STRATEGI PLACE (Produk) PEMASARAN (Lokasi) PRICE PEOPLE PROMOTION (Harga) (Pengguna) (Promosi)
  • 14. 8.8 Pembahagian Strategi Berdasarkan asas Strategi Pemasaran 5P Syarikat I‟ExCel Sdn Bhd telah menyediakan pembahagian strategi pemasaran dengan menitik beratkan kualiti produk, kepuasan pengguna dan keuntungan syarikat STRATEGI PRODUK Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. menjadikan asas strategi untuk menghasilkan produk dan menyediakan perkhidmatan yang berkualiti untuk memberikan manfaat kepada para pengguna. Syarikat telah merekabentuk dan membungkus produk secara kreatif di mana dapat menarik perhatian para pelanggan Setiap produk dan perkhidmatan mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri untuk menarik minat dan mendapat sambutan yang menggalakan. Bil Projek/Produk/Perkhidmatan Ciri Kelebihan/Keistimewaan 1. I`ExCeL IQ CHALLENGE Ciri-ciri Berbentuk “Games” menguji minda Diminati golongan pelajar/remaja Permainan yang mudah Sambutan yang ramai Yuran penyertaan yang murah Tiada pesaingan dari pesaing terdekat Modal yang rendah Cabaran Soduku Faedah Pengguna : Spell It Right pengguna boleh menguji tahap permainan Rubic Cube individu dalam pertandingan Qhat Writing pengguna boleh mempertingkatkan kemahiran Chess Challenge dalam permainan pemenang menerima hadiah lumayan yang ditawarkan. 2. I`ExCeL Sports Ciri-ciri diperkenalkan untuk pengguna yang ingin mempelajari mendapat sambutan yang ramai menjemput jurulatih yang diiktiraf Modal yang rendah Basketball Faedah Pengguna Bowling Dapat menguji kemahiran dan membina kecergasan Belajar teknik permainan yang betul
  • 15. 3. I`ExCeL Access Ciri-ciri Mendapat sambutan yang ramai selaras dengan keperluan pelajar celik IT Pelajar tidak perlu pergi ke Kafe Siber diluar Kerjasama dengan Penyelaras ICT sekolah Kelengkapan 20 buah komputer Tiada modal pembelian komputer Keuntungan melalui komisyen dan khidmat Kemudahan kemahiran individu Internet Surfing 100% pengguna adalah pelajar. Printing Faedah pengguna Binding Tidak perlu keluar sekolah Graphic Designer Menikmati Internet berkelajuan tinggi Montage Designer Kadar bayaran yang murah Memudahkan menyiapkan kerja atau tugasan yang diberikan di sekolah. 4. Seratas`s Hostel Open Day Ciri-ciri Pertandingan keceriaan antara dorm Sambutan daripada pelajar dan guru Jemputan VIP Kos yang rendah Menarik perhatian pengunjung luar Faedah pengguna Persembahan Silat Menikmati makanan khasiat buah-buahan Jualan Buku Terpakai Pesaingan sihat antara dorm Jualan Aiskrim Impak kepada sekolah menerima Anugerah Jualan Rojak/Buahan Asrama terbilang Game Corner Pelajar seronok bermain permainan rakyat -Melempar gelung - Boling Kelapa 5. Jualan Hari Kebudayaan Islam Ciri-ciri Minat dalam permainan Tradisional Menerapkan nilai agama dan moral Sambutan pengguna yang kumpulkan koleksi „button badge‟ Menarik perhatian pelajar yang gemar menonton wayang bercirikan islam Tayangan Filem Kadar bayaran yang murah - Ayat-ayat Cinta Sambutan paling ramai dalam permainan - Syurga Cinta tradisional Jualan Button Badge Tiada pesaingan Jualan Makanan Halal Faedah pengguna Permainan Tradisional Menjalinkan ukhwah islamiah lebih erat - Congkak Memahami konsep islam dalam berniaga -Batu Seremban Cintai Islam dapat dipupuk - Galah Panjang Halal dan Haram ditekankan dalam Jualan - Sepak Raga Jualan Tafsir Al-Quran Makanan Memupuk nilai rohaniah lebih kukuh Mengenal permainan tradisional melayu
  • 16. 6. Delicious Pizza And Cakes Ciri-ciri menyediakan bahan makanan yang 100% halal untuk pengguna disediakan tanpa bahan pengawet atau bahan pewarna harga yang berpatutan Tiada pesaingan terdekat Jualan Kek Faedah Pengguna Jualan Pizza Harga yang murah Halal dimakan tanpa was-was Tidak perlu caj khidmat penghantaran Puas hati dengan khidmat layanan 7. I`ExCeL Ex_Design Ciri-ciri Pereka yang kreatif Harga berpatutan Pilihan corak yang pelbagai Boleh ditempah dengan kuantiti yang sedikit Tiada pesaingan konsep Faedah Pengguna Puas hati Harga yang murah Tempahan T-Shirt Berkualiti tinggi Jualan rekaan t-shirt Pilihan menarik Tempahan “Batch T-shirt” Merekabentuk T-shirt 8. I`ExCeL`s Menu Ciri-ciri memberi kemudahan kepada pelajar untuk mendapatkan keperluan yang diingini ketika berada di asrama memenuhi kehendak pelajar menjana keuntungan syarikat kurang pesaingan Faedah Pengguna menyediakan pelbagai pilihan makanan untuk memenuhi kehendakan pelajar asrama Jualan Makanan setiap minggu harga yang berpatutan Secara keseluruhannya, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.menetapkan satu piawaian kualiti produk yang dihasilkan untuk dipasarkan berlandaskan cirri-ciri berikut : a) Pembuatan : Syarikat menghasilkan, memperkemaskan pembuatan setanding dengan jenama seumpamanya di pasaran. b) Harga :Syarikat meletakkan harga yang berpatutan pada setiap produk dengan keuntungan minimum. c) Pembungkusan : Pembungkusan produk yang baik memberi tarikan pembelian hampir 95%.Pembungkusan yang menarik boleh mendapat sambutan yang menggalakan. d) Kualiti : Syarikat memastikan produk yang dihasilkan terjamin dan berkualiti.
  • 17. STRATEGI HARGA (PRICE) Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd menawarkan produk yang berkualiti dan harga yang berpatutan. Harga kos setiap produk mengikut kemampuan pelanggan. Oleh itu, harga yang ditawarkan merupakan nilai sebenar yang harus dibayar oleh pengguna untuk mendapatkan produk atau perkhidmatan. Antara strategi penetapan dan penawaran harga yang perlu dipertimbangkan adalah : 1. Membuat tinjauan harga pasaran Tinjauan harga berasaskan :- jenis produk dan kualiti produk tarikan produk yang serba guna 2. Tawaran harga dari pesaing luar Kadar harga pasaran dari luar lokasi perlu diambil kira untuk melihat kos pengangkutan pengguna (pelajar) untuk mendapatkan produk boleh dikira sebagai harga kos produk. 3. Tawaran harga daripada pembekal Harga daripada pembekal yang paling minimum dipilih untuk menjadi pembekal utama dalam penawaran produk jualan. Permintaan sebut harga produk di minta terlebih dahulu sebelum pemilihan pembekal dibuat. Penawaran harga daripada pembekal yang paling minimum adalah pilihan utama syarikat. 4. Penurunan harga Harga produk perlu mengambil kira ketahanan produk dan tempoh luput produk tersebut. Produk makanan terutamanya, perlu ditentukan tarikh keluaran dan tempoh sebelum luput. Penurunan harga perlu dibuat untuk memastikan barangan habis terjual. 5 Penilaian harga semula (stok akhir) Harga setiap produk yang tidak habis dijual perlu dibuat penilaian semula berdasarkan harga pasaran, kualiti asas dan keperluan pelanggan. Sekiranya harga kos sesuatu produk ini telah tercapai keuntungan yang diharapkan, harga produk diturunkan sehingga ke harga kos produk tersebut.
  • 18. Secara keseluruhannya harga pemasaran bagi semua produk jualan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. adalah berpatutan dan menarik. Syarikat sentiasa memberikan harga yang selaras dan berpatutan daripada pihak saingan syarikat dengan memberikan penekanan pada mutu, kualiti dan mesra pelanggan. Tawaran harga diskaun juga diberi sekiranya pelanggan diambil kira sebagai pelanggan tetap syarikat, sekali gus menarik minat pelanggan untuk terus menjadi Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. pilihan utama pelanggan. Bagi penjualan Produk Kreatif dan Perkhidmatan Syarikat pula, margin keuntungan yang diambil adalah mengikut kepada kreativiti produk yang dijual. Bagi kedua-dua aktiviti ini, syarikat boleh menerima sehingga 90% margin keuntungan syarikat. STRATEGI PELANGGAN (PEOPLE) Syarikat I‟ExCeL Sdn Bhd. mensasarkan pemasaran produk keseluruhannya kepada warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah, pelawat atau pengunjung, ibu bapa dan komuniti sekitar premis perniagaan merupakan pelanggan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Berdasarkan prestasi jualan produk dan pilihan perkhidmatan yang ditawarkan Syarikat I‟ExCeL Sdn. Berikut adalah Carta Analisa mengikut produk dan perkhidmatan I‟ExCeL Sdn. Bhd. I’ExCeL IQ Challenge Carta Pelanggan 2% Pelajar SM SAINS RAJA 8% TUN AZLAN SHAH Ahli Syarikat Anak-anak Guru 90%
  • 19. I`ExCeL Sports Carta Pelanggan 15% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Lain-lain 85% I`ExCeL Access Carta Pelanggan Pelajar 100% I`ExCeL`s Menu Carta Pelanggan Pelajar 100%
  • 20. I`ExCeL Ex_Design Carta Pelanggan Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah 9% 10% Guru Staf 23% 58% Lain-lain Delicious Pizza And Cakes Carta Pelanggan Pelajar 100% Seratas`s Hostel Open Day Carta Pelanggan 5% 1% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Guru 94% Lain-lain
  • 21. Jualan Hari Kebudayaan Islam Carta Pelanggan 5% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Lain-lain 95% Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. telah mensasarkan segala pekhidmatan dan aktiviti jualan yang diadakan kepada semua pelajar SMS Raja Tun Azlan Shah. Selain itu, pihak pemasaran juga mensasarkan perniagaan kepada guru-guru, dan juga kakitangan SMS Raja Tun Azlan Shah. Sambutan daripada kesemua pelanggan amat menggalakkan. Hal ini telah menaikkan semangat setiap ahli supaya bekerja lebih gigih dan seterusnya dapat menaikkan imej syarikat. Carta Pelanggan Keseluruhan 3% 10% Pelajar SM Sains Raja Tun Azlan Shah Guru 87% Lain-lain
  • 22. STRATEGI PROMOSI (PROMOTION) Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. mengadakan kaedah promosi yang berkesan seperti strategi berkomunikasi antara syarikat dan pengguna untuk memudahkan syarikat menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas dari pengguna. Promosi boleh merangkumi dari segala aspek seperti pengiklanan, promosi jualan, dan juga diskaun yang telah diberikan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. juga telah menampal iklan di setiap papan kenyataan untuk memberitahu sesuatu perkara kepada pelajar. Promosi adalah salah satu aspek penting dalam pasaran. Kurang melakukan promosi ataupun memberi maklumat yang salah semasa promosi sedang dijalankan akan menjejaskan jualan serta akan mengakibatkan kerugian. PENGIKLANAN Pengiklanan adalah kaedah yang mudah, murah dan efektif. Semua maklumat mengenai jualan boleh dipaparkan didalam iklan. Strategi pengiklanan yang menarik perhatian pelanggan mengandungi ciri-ciri seperti berikut :- tulisan yang jelas dan bahasa yang mudah difahami. paparan produk yang jelas mengikut spesifikasi produk sebenar. mengandungi maklumat yang tepat seperti harga, lokasi dan waktu operasi. cetakan berwarna lebih menarik perhatian pelanggan. CONTOH IKLAN YANG TELAH DIPAMERKAN PADA PELANGGAN Iklan ditampal di papan kenyataan yang sesak dikunjungi pelanggan. Di edarkan dari bilik kebilik seperti berbentuk edaran risalah. Menggunakan laman social seperti facebook atau weblog yang memudahkan paparan seperti gambar produk ataupun video iklan.
  • 23. PROMOSI JUALAN Kaedah promosi berbentuk “JUALAN PROMOSI” selalu diamalkan oleh syarikat yang berhasrat untuk menghabiskan stok akhir. Promosi kaedah ini lebih banyak menarik perhatian pelanggan yang suka membeli produk penghabisan stok. Jualan ini selalunya dilakukan pada musim akhir tahun. Dalam istilah lain, ia dipanggil sebagai jualan penghabisan stok. Walaubagaimanapun, tujuan utama jualan ini diadakan adalah untuk menarik minat para pelajar khususnya untuk membeli di premis perniagaan kami. Harga yang ditawarkan juga rendah, istilah atau propaganda seperti “SALE”, “YES”- Year End Sale dan Jualan Harga Runtuh sering digunakan untuk menarik perhatian pelanggan. Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak terlepas peluang mengadakan promosi jualan penghabisan stok pada 23-24 Oktober 2010 yang diadakan untuk menghabiskan stok T- Shirt dan produk yang lain.
  • 24. PENGUMUMAN Membuat pengumuman serta penerangan yang lebih terperinci selepas waktu solat jemaah di surau dan waktu perhimpunan asrama. Selain itu, pihak syarikat juga membuat pengumuman melalui alat pembesar suara yang terdapat di bilik warden dan asrama yang telah disediakan oleh pihak pengurusan asrama. Kaedah pengumuman sering dilakukan sebelum syarikat mengadakan jualan. Kaedah ini sering digunakan oleh pihak pemasaran kerana lebih mudah tanpa perlu mengeluarkan sebarang kos. Pengumuman selalunya akan dibuat setiap kali selepas sahaja waktu PREP tamat Pengumuman di buat di surau selepas solat jemaah DISKAUN Promosi ini adalah strategi syarikat yang dapat menarik minat para pembeli untuk membeli produk syarikat. Strategi ini dijalankan setiap kali sebelum cuti persekolahan untuk menghabiskan stok. Namun pihak syarikat tetap berhati-hati semasa memberikan diskaun supaya syarikat tidak mengalami sebarang kerugian.
  • 25. STRATEGI LOKASI (PLACE) Lokasi Perniagaan merupakan peranan penting untuk memudahkan pelanggan membeli dan mendapatkan produk jualan syarikat. Namun demikian, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. tidak bergantung kepada satu tempat jualan sahaja. Pembukaan gerai-gerai kecil ditempat yang sering dikunjungi pelanggan juga diadakan. Lokasi perniagaan yang strategik meningkatkan jualan kerana pelanggan mudah mendapatkan barangan jualan sekiranya lokasi berdekatan dengan tempat tumpuan ramai. Kaedah jualan langsung juga diadakan menjaja barangan jualan menggunakan bakul atau beg plastik dari dorm ke dorm, dari kelas ke kelas.
  • 26. 8.9 Laporan Ringkas Aktiviti Pemasaran PERKHIDMATAN I`EXCEL Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad mengadakan perkhidmatan I`ExCeL IQ Challenge pada bulan Februari. Idea ini telah ditimbulkan oleh Pengurus Pemasaran,Muzakkir Ihsan bin Yang Razali setelah melihat kegilaan pelajar sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah bermain permainan `Rubic Cube‟. Oleh itu, pihak syarikat telah memutuskan untuk mengadakan beberapa pertandingan terbuka kepada semua pelajar. Bahagian pemasaran telah mengadakan hebahan melalui cara mengadakan pengumuman dan juga menampal iklan di papan kenyataan. Bahagian pemasaran juga menyediakan yuran yang berpatutan bagi menarik minat pelajar untuk menyertainya Pelajar yang ingin menyertai pertandingan yang diadakan perlu menyediakan yuran sebanyak RM1.00 bagi setiap penyertaan. Antara pertandingan- pertandingan yang diadakan ialah: `Spell It Right‟ Cabaran Sudoku Rubic Cube Catur Jawi`s writing Syarikat telah menyediakan pelbagai hadiah yang lumayan untuk menarik minat peserta Strategi Pemasaran : Produk : Permainan Menguji Minda Harga : Yuran Penyertaan serendah RM 1.00 Pelanggan : Minat pelajar bermain permainan menguji minda Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan Lokasi : Tempat awam yang efektif untuk pelanggan gemar mempamerkan bakat.
  • 27. I`ExCeL Sports Syarikat I`ExCeL Sdn Berhad bukan sahaja menumpukan kepada penjualan semata-mata, namun membentuk perkembangan modal insan bagi melahirkan pelajar-pelajar yang seimbang dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, Syarikat I`ExCeL telah mengadakan perkhidmatan I`ExCeL Sports. Syarikat telah mengadakan pertandingan 3 on 3 basketball. Permainan ini telah dimainkan di gelanggang bola keranjang Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Setiap peserta perlu mendaftar nama terlebih dahulu dan membayar yuran terlebih dahulu sebelum menyertai permainan ini. Satu lagi permainan yang dianjurkan adalah permainan bowling. Syarikat menyediakan perkhidmatan permainan bowling kepada para pelajar dan juga terbuka kepada guru- guru. Mana-mana individu mahupun kumpulan yang ingin menyertai akan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 bagi setiap individu. Pengurus pemasaran telah mengadakan pengumuman pada setiap hari sebelum pertandingan bermula. Strategi Pemasaran : Produk : Permainan Menguji Kemahiran dan Fizikal Harga : Yuran Penyertaan RM 20.00 Pelanggan : Kemudahan prasarana yang disediakan Promosi : Hadiah Lumayan ditawarkan Lokasi : Tempat awam yang efektif dan sesuai I`ExCeL Access Syarikat I`ExCeL turut menyediakan perkhidmatan penggunaan komputer kepada para pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Tujuan diadakan perkhidmatan ini adalah para pelajar di sekolah sering menggunakan komputer bagi tujuan pendidikan dan menyiapkan tugasan seperti kerja kursus dan folio. Pelajar menghadapi kesukaran untuk keluar ke bandar hanya semata-mata untuk mencari kafe siber. Namun ada kalanya kafe siber di luar juga turut sesak dengan pengguna lain. Jadi kami mengambil kesempatan bekerjasaman dengan Penyelaras ICT untuk menyediakan perkhidmatan yang diberi
  • 28. jenama I`ExCeL Access. Perkhidmatan ini telah banyak membantu pelajar dalam menyiapkan tugasan mereka. Bayaran dikenakan berdasarkan tempoh masa pelajar-pelajar menggunakan komputer tersebut. Syarikat menyediakan sebanyak 20 komputer kepada pelajar supaya tidak berlaku kesesakan terutama ketika ingin menyiapkan kerja-kerja yang penting. I`ExCeL`Access ini dibuka pada setiap hujung minggu bagi semua pelajar. Berikut merupakan bayaran yang dikenakan bagi perkhidmatan yang disediakan. Perkhidmatan Bayaran Internet 1.50 sejam Printing 20sen Printing berwarna 50sen Binding 50sen Photostat 20sen Strategi Pemasaran : Produk : Kemudahan penggunaan komputer Harga : Bayaran serendah RM 1.50 /jam Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah Promosi : Khidmat lain seperti cetakan berwarna dan fotokopi Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama. Aktiviti Jualan Aktiviti jualan merupakan penyumbang utama pendapatan syarikat.Syarikat I`EcXeL Sdn. Bhd. mula menjalankan aktiviti jualan pada 4 Februari 2010. Aktiviti jualan syarikat syarikat terbahagi kepada 4 aktiviti sepanjang operasi syarikat pada tahun 2010 iaitu: Jualan Hari Sekolah Jualan Hari Mingguan Jualan Hari Peristiwa Jualan Penghabisan Stok Jualan hari sekolah tertakluk pada jualan semasa persekolahan iaitu umumnya hari Isnin hingga Jumaat yang melibatkan masa petang,dan malam sahaja. Masa operasi syarikat dijalankan sekitar 30 minit sehingga 2 setengah jam. Manakala Jualan Hari Mingguan dijalankan pada hari minggu yang melibatkan hari Sabtu dan Ahad dan juga cuti- cuti umum yang jatuh pada hari bekerja.
  • 29. Syarikat I`ExCeL Sdn. Bhd. menjalankan Jualan Hari Peristiwa sebanyak 5 kali sepanjang tempoh pengoperasian dan Jualan Penghabisan Stok dilakukan pada hujung masa operasi bagi menghabiskan dan melariskan stok-stok makanan, minuman dan barangan yang tinggal. Strategi Pemasaran : Produk : Produk makanan yang sukar didapati di asrama Harga : Harga barangan berbaloi Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama. Jualan Hari Kebudayaan Islam Syarikat I`eXcEl menerapkan unsur-insur islamik dalam menjalankan perniagaan.Maka dari situlah telah tercetusnya idea daripada ahli lembaga syarikat. pihak syarikat telah mengadakan jualan semasa Hari Kebudayaan Islam. pihak syarikat telah mengadaka pertandingan permainan tradisional seperti galah panjang. selain itu, pihak syarikat juga turut mengadakan jualan air penawar, kismis, kurma, tafsir al-quran, button, dan sebagainya. pihak syarikat juga telah mengadakan tayangan berkaitan cerita islam yang ditayangkan di dewan kuliah. Strategi Pemasaran : Produk : Produk makanan yang Halal Harga : Harga barangan berbaloi Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah Promosi : Iklan dan Pengumuman /Jualan murah Lokasi : Tempat yang berdekatan dengan asrama.
  • 30. Delicious Pizza And Cakes Syarikat I‟ExCeL telah mengadakan jualan pizza dan kek. Jualan ini telah diadakan pada setiap hujung minggu. Pihak Syarikat telah mengambil kesempatan keluar ke bandar pada hujung minggu dengan setelah mengambil tempahan dari pelanggan secara pukal. Borang tempahan diedarkan dan dikumpulkan sehari sebelum barangan dibeli. Berikut butiran barangan tempahan yang dijual dalam perkhidmatan ini. Makanan Kuantiti Piza 25 unit kotak Kek 100 potong Kerepek 300 bungkus Strategi Pemasaran : Produk : Produk Makanan Harga : Harga Pasaran + Harga Perkhidmatan Pelanggan : Pelajar dalam kawasan sekolah Promosi : Iklan dan Borang tempahan Lokasi : Tiada lokasi – Pengedaran dibuat berdasarkan tempahan.
  • 31. 8.10 Faktor Mempengaruhi Pemasaran Produk PERSAINGAN Setiap perniagaan yang diwujudkan pastinya terdapat persaingan. Hal ini kerana , sesuatu perniagaan yang tidak mempunyai pesaing pastinya akan berada pada prestasi yang sama dan tidak akan melangkah kehadapan.Syarikat kami menghadapi persaingan daripada beberapa pihak antaranya jualan persatuan dan kelab lain, koperasi sekolah serta jualan individu. Oleh itu, syarikat kami sentiasa akan membuat penambahbaikkan untuk memajukan syarikat. Pihak syarikat juga menjadikan persaingan sebagai pemangkin semangat setiap ahli syarikat supaya lebih gigih dalam menjalankan jualan dan aktiviti. Selain itu persaingan yang dihadapi juga untuk melatih setiap ahli lembaga pengarah memainkan peranan masing – masing semasa sedang menjalankan tugas yang diamanatkan. Koperasi Sekolah Persaingan Persatuan Jualan Kelab Individu RAKAN NIAGA DAN PEMBEKAL Perniagaan dalam sesebuah syarikat tidak akan sepenuhnya berjaya tanpa adanya usahasama daripada rakan-rakan niaga yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.Dengan adanya kerjasama seperti ini,syarikat akan berjaya mencapai keuntungan yang lebih maksima daripada apa yang disasarkan. Pihak rakan niaga yang memberi pertolongan merupakan nadi kepada sesebuah syarikat.
  • 32. Sehubungan dengan itu, Syarikat I`ExCeL Sdn.Berhad. menjalinkan hubungan perniagaan dengan beberapa agensi rakan niaga bagi mencapai sasaran jualan yang telah ditetapkan. 1. Boon Beng Sdn Berhad 2. Dirt-Tee Sdn Berhad 3. Best One Frozen Product Enterprise 4. Seven Eleven 5. Nestle Sdn Berhad 6. City Fruits and Vegetables Supplier Sdn Bhd 7. Nilai Sports Sdn Berhad 8. Brotherhoodarts.Sdn Berhad 9. Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Sdn Bhd 10. Yui Hong Trading Sdn. Bhd Agensi rakan niaga inilah yang menjadi tulang belakang dalam perancangan syarikat yang lebih optimistik. Namun peranan ahli lembaga syarikat yang bersama-sama membantu dalam proses mendapatkan barangan mentah dan barangan siap bagi menjamin perkhidmatan dan pengeluaran produk yang terbaik. STRATEGI PEMASARAN YANG EFEKTIF Keistimewaan Produk Harga yang munasabah dan berpatutan dapat memenuhi kehendak dan keinginan pengguna kerana mereka memilih barangan yang bersesuaian dengan kehendak dan citarasa semasa mereka. Faedah Kepada Pelanggan Pelanggan membayar harga untuk nilai nilai faedah yang dipercayai dapat dinikmati melalui barangan yang dibeli itu. Jika terdapat kerosakan pada barangan tersebut, maka kepercayaan para pelanggan akan mula goyah dan perkara sebegini seharusnya menjadi keutamaan bagi pihak organisasi syarikat. Kita selaku penjual seharusnya menganggap pembeli adalah raja dan kita sewajarnya menukarkan dengan barangan yang baru.
  • 33. Terus Kepada Pelanggan Hasil produk syarikat hendaklah diagihkan kepada para pelanggan secara terus pada masa dan tempat yang telah ditetapkan. Selain itu, perkhidmatan yang pihak syarikat sediakan juga terus kepada pelanggan. Harga Berbaloi-baloi Pembeli mengharapkan barangan yang dibeli itu boleh memberikan kepuasan yang maksimum jika dibandingkan dengan harganya. Tidak berguna sekiranya membeli barangan yang murah tetapi kualitinya jauh di sebalik harga. Daya Tarikan Promosi Susunan dan peragaan barangan yang teratur telah menarik perhatian pengunjung. Di samping itu juga, produk yang dihasilkan dengan daya kreatif yang tinggi dan inovatif telah menjadi tarikan kepada pelanggan untuk membeli.
  • 34. 8.11 Pengesahan Berkat kerjasama para pemegang saham yang sentiasa memberi komitmen yang terbaik dan komited dengan kerja yang diamanahkan telah membuahkan impak yang positif. Hasilnya, kebanyakan hasil jualan dan perkhidmatan syarikat berjaya dikomersialkan ke dunia luar. Selain itu,sektor ini telah menjalankan kajian ke atas pelanggan mengenai cita rasa dan kehendak mereka,Segala maklumat disalurkan terus kepada bahagian pengeluaran bagi mengeluarkan atau memberi perkhidmatan mengikut kehendak pelanggan. Keberkesanan strategi pemasaran yang dijalankan oleh Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd. menunjukkan bahawa syarikat ini merupakan sebuah organisasi yang kukuh dan mantap untuk menghadapi persaingan dalam bidang perniagaan. Laporan yang dibentangkan ini adalah benar dan menepati syarat dan kehendak syarikat sepanjang tempoh operasi bagi tahun 2006. Disediakan oleh, ................................................................. (MUZAKKIR IHSAN BIN YANG RAZALI) Pengurus Pemasaran, Syarikat I‟ExCeL Sdn. Bhd.