SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 102
PEREALISASIAN
    ITEM

  PENTAKSIRAN PENDIDIKAN
    SATU GARIS PANDUAN

       KE ARAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN



                             Oleh:-
                             asrina1963
ABDUL RAHIM BIN
       SULAIMAN
 SK SUNGAI MEGAT ARIS
34250 TANJONG PIANDANG


                0164315302




         1. Guru
            Bahasa Melayu
         2.…………………….
         3.…………………….
PEREALISASIAN ITEM

 AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK
MELAHIRKAN GURU ATAU AHLI PANEL
     YANG BERPENGETAHUAN,
       BERKEMAHIRAN DAN
    BERSAHSIAH TINGGI DALAM
   KERJA – KERJA PEMBINAAN
        & PENILAIAN ITEM
    SELARAS DENGAN PRINSIP
    & PROSEDUR PENTAKSIRAN
APA ITU PENTAKSIRAN ?
  SATU PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT & SETERUSNYA
   MEMBUAT PENGHAKIMAN TENTANG PRODUK SESUATU
                 PROSES PENDIDIKAN

PROSES – Langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk
         mendapatkan hasil yang dikehendaki.

MAKLUMAT – Evidens (bukti) tentang prestasi pelajar dalam
           sesuatu perkara yang ditaksir.

PENGHAKIMAN – Merupakan proses pertimbangan tentang
              pencapaian pendidikan pelajar } (menilai).

PRODUK – Pengetahuan, kemahiran & nilai yang diperolehi
         pelajar setelah melalui proses pendidikan.

   DENGAN LAIN PERKATAAN PENTAKSIRAN IALAH SATU
      PROSES MENDAPATKAN GAMBARAN TENTANG
     PRESTASI SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN
RUKUN PENTAKSIRAN
INSTRUMEN - Kertas Soalan

KUMPULAN YANG DITAKSIR - Pelajar

ITEMS - Soalan

RESPONS - Jawapan

KUMPULAN YANG MENTAKSIR - Pemeriksa

SKOR - Hasil Pentaksiran ( Penilaian )
INSTRUMEN – KERTAS SOALAN

 Instrumen ialah alat atau kaedah yang
  digunakan bagi mendapatkan respons
     calon dalam pentaksiran sesuatu
    konstruk. Instrumen mengandungi
     maklumat yang berkaitan dengan
 pentaksiran seperti arahan, masa, nama
     kertas/ mata pelajaran dan item.
Instrumen boleh terdiri dari satu item atau
             sekumpulan item.
APA DIA ITEM - SOALAN


    Item ialah perkara atau alat yang
digunakan untuk mendapatkan respons
  yang merupakan evidens yang boleh
 dipertimbangkan dalam pengukuran
            sesuatu konstruk
KENAPA KITA PERLU MENTAKSIR ?

-   Mengetahui keberkesanan pengajaran
-   Mengetahui kelemahan pengajaran
-   Mengetahui keberkesanan pembelajaran
-   Mengetahui kelemahan pembelajaran
-   Mengetahui keberkesanan program
-   Mengetahui kelemahan program
-   Melihat perbezaan antara pelajar
-   Mengetahui keupayaan pelajar
-   Pensijilan
KAEDAH MENTAKSIR



1.   Kaedah konvensional – Kertas / Pensil
     (objektif, subjektif, kerja kursus, amali, lisan)

2. Kaedah alternatif - Portfolio, pemerhatian,
   soal selidik, senarai semak, persembahan,
   penilaian rakan sebaya.
BILA KITA PERLU MENTAKSIR


-   SEBELUM PEMBELAJARAN BERMULA

-   DI AKHIR UNIT PEMBELAJARAN

-   DI AKHIR TEMPOH SATU-SATU PEMBELAJARAN
    (mingguan, bulanan, pertengahan semester/tahun,
    akhir semester/akhir)

-   SEPANJANG TEMPOH PEMBELAJARAN
CIRI-CIRI PEMBINAAN ITEM YANG BAIK

MESTI ADA KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN.
(Kesahan – benar/pasti/nyata)
(kebolehpercayaan – dapat dipercayai/yakin)


KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN DALAM
PENTAKSIRAN DILIHAT KEPADA SKOR UJIAN.
(HASIL PENTAKSIRAN)

  KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN PENTING KERANA
  SKOR MELAMBANGKAN:

  a) Kualiti
  b) Kredibiliti

  SISTEM PEPERIKSAAN.
KESAHAN SESUATU ITEM DILIHAT DARI :-

1. KERELEVANANNYA TERHADAP –
   a. Kumpulan sasar
   b. Jadual Spesifikasi Ujian
   c. Kurikulum
   d. Aras kesukaran yang dihasratkan
   e. Konteks dan situasi

2. MEWAKILI –
   a. Cakupan kurikulum
   b. Kepelbagaian item
   c. Aras kesukaran yang dihasratkan
   d. Kepelbagaian cara penyoalan


         KONSEP KESAHAN IALAH SESUATU UJIAN ITU
         SEPATUTNYA MENGUKUR APA YANG PATUT
         DIUKUR. (uji apa yang diajar)
KEBOLEHPERCAYAAN PULA DILIHAT DARI :-

1. TEMPOH MASA UJIAN DIJALANKAN
2. KANDUNGAN ITEM YANG BERMUTU
3. KESESUAIAN INSTRUMEN DENGAN PELAJAR
4. STABIL – TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN
5. STANDARD
6. TIDAK BERAT SEBELAH
CIRI ITEM

ITEM YANG BERKUALITI HARUS
MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT :-

1.KEAKURAN

2.KETEPATAN & KEJELASAN

3.KESESUAIAN
1. KEAKURAN (AKUR)                           AKUR – diakui, setuju,
                                                    diterima
a. Akur Kurikulum
   - Perkara yang ditaksir/dinilai (konstruk) mestilah
     sebahagian daripada kurikulum. Item yang dibuat
     mestilah yang terdapat dan terkandung dalam SP & HSP.
     Ianya mestilah akur dengan objektif dan kandungan SP
     dan HSP.

b. Akur Spesifikasi
   - Konstruk yang dibuat mestilah akur dengan spesifikasi
     ujian. Masa dan bilangan item mestilah sesuai serta
     selari dengan kebolehan pelajar. Item yang dibuat
     mestilah melibatkan JSU dari yang mudah, sederhana
       dan tinggi. Ikut spesifikasi yang sesuai. Kalau uji
              imbuhan jangan libatkan spesifikasi yang lain,
          seperti tanda baca, struktur ayat dan sebagainya.
c. Akur Peluang
   - Pelajar yang diuji mestilah diberi peluang yang
     sama serta mencukupi dalam mempelajari
     perkara yang ditaksir.
     Semua pelajar berpeluang untuk mempelajari
     perkara yang sama baik dari segi kemudahan,
     kelengkapan, tenaga pengajar dan kepakaran
     dalam menyampaikan ilmu. Item yang dibina
     mestilah ada kaitan dengan pengalaman serta
     pengetahuan harian pelajar.

    Contoh :- Bila membina soalan tentang LRT,
              adakah pelajar yang duduk di pedalaman
              dapat membayangkannya atau tahu
              tentang LRT ?
2. KETEPATAN DAN KEJELASAN

a. Tepat Konstruk (apa / perkara yang ditaksir)
   - Item yang ditulis mestilah menepati konstruk yang
     ditaksir. Istilah, ayat, petunjuk dalam item mestilah
     tepat dan dapat menjana pemikiran pelajar dalam
     mengemukakan evidens yang relevan.(jawapan)
     Item yang dibina tidak mengelirukan pelajar dari segi
     istilah. Istilah mesti yang telah dipelajari.

b. Tepat Tajuk / Konteks
   - Item yang ditulis mestilah menepati tajuk/konteks
     apa yang ditaksir. Pelajar mesti biasa dengan perkara
     atau idea yang dikemukakan. Jangan biarkan pelajar
     tidak dapat menjawab kerana belum belajar perkara
     yang di taksir, tetapi disebabkan mereka tidak
     menguasai item yang diberi. Bina item berdasarkan
     tajuk yang telah dipelajari.
c. Jelas
   - Item yang dibina biarlah jelas dari segi tugasan
     yang diberi, arahan dapat difahami dan
     rangsangan (stimulus) yang ada sesuai dengan
     kehendak items. Bila membaca item yang
     diberi, pelajar dapat memberikan isyarat tentang
     apa yang harus dilakukan serta dapat
     mengemukakan respons yang dikehendaki.
     Selain itu, respons yang ada juga tidak boleh
     dipertikai dan pelajar tidak dapat meneka
     dengan mudah respons yang diberi.

    Contoh - Soalan Penulisan.
3. KESESUAIAN

a. Aras Kesukaran
   - Items yang dibina mestilah menepati aras
     kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada
     aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau
     tinggi (T).
     . Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian
        besar pelajar
     . Item aras S boleh dijawab oleh pelajar yang
        berprestasi sederhana dan cemerlang
     . Item aras T boleh dijawab oleh pelajar
        berprestasi cemerlang sahaja

   Aras kesukaran tidak menguntungkan sebelah
   pihak sahaja. Ketiga-tiga aras mesti sesuai dan
   seimbang bilangannya.
b. Kepentingan
   - Oleh kerana item yang dikemukakan itu
     merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk/
     tajuk, maka adalah penting untuk memastikan
     bahawa idea, isi, kandungan atau perkara yang
     dikemukakan dalam item adalah perkara yang
     penting dalam pembelajaran pelajar.
     Setiap tajuk dan perkara mesti diajar dan
     dipelajari. Item mesti berpandukan SP dan HSP.

c. Adil
   - Item yang dikemukakan mestilah tidak memberikan
     faedah secara sistematik/automatik kepada golongan/
     kelompok tertentu dalam masyarakat sama ada
     mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status
     ekonomi. Item yang dibina mestilah tidak merugikan
     pihak yang lain.
PRINSIP PEMBINAAN ITEM SECARA AM


1. TENTUKAN KONSTRUK ATAU PERKARA YANG
   HENDAK DITAKSIR ITU AKUR KURIKULUM DAN
   AKUR SPESIFIKASI.

2. PASTIKAN DI MANA PERKARA ITU AKAN DITAKSIR
   AKUR KURIKULUM DAN AKUR SPESIFIKASI.

3. PASTIKAN PELAJAR BERPELUANG MEMPELAJARINYA.

4. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONSTRUK.

5. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONTEKS.

6. PASTIKAN ARAS KESUKARAN YANG DITETAPKAN
   BERDASARKAN PERTIMBANGAN PROFESIONAL.
7.   PASTIKAN PERKARA YANG DIKEMUKAKAN
     BERDASARKAN ASPEK PENTING DALAM KURIKULUM.

8.   PRIHATIN DENGAN KEADILAN SUPAYA TIADA
     GOLONGAN YANG MENDAPAT FAEDAH SECARA
     SISTEMATIK.

9.   PASTIKAN KOMPONEN ITEM JELAS.
     - STIMULUS BERKAIT RAPAT DENGAN TUGASAN DAN
       ARAHAN ITEM
     - SETIAP ITEM PERLU PENDEK DAN PADAT DI SAMPING
       MENGUTAMAKAN KEJELASAN ITEM.
     - ARAS KESUKARAN DALAM ITEM PERLU PADA TAHAP
       YANG BERSESUAIAN DENGAN PELAJAR.
     - ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH YANG KABUR.

10. ELAKKAN RANGKAIKATA ATAU AYAT DARI BUKU
    TEKS SECARA LANGSUNG.
11.   ELAKKAN ITEM YANG BERKAITAN ANTARA
      SATU SAMA LAIN.
      JAWAPAN BAGI SESUATU ITEM ITU HENDAKLAH
      BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT DARIPADA
      STIMULUS ITEM DAN BUKAN DARIPADA
      KEBOLEHAN MENJAWAB ITEM LAIN.

12.   PASTIKAN PERKARA YANG DIUJI ADALAH
      YANG TERKINI DAN TELAH DIPELAJARI SERTA
      TERKANDUNG DALAM SUKATAN DAN HURAIAN
      SUKATAN.
PERSEDIAAN PEMBINA ITEM
Mengetahui dan memiliki dokumen rasmi
 seperti:
  - SP / HSP
  - Pekeliling yang berkuat kuasa
  - Format kertas peperiksaan yang lalu
  - Buku teks / rujukan
  - JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)
  - Kamus Dewan
  - Tatabahasa Dewan
  - Daftar kata
CIRI-CIRI ITEM
         (SISTEM 9 POIN)
Item yang berkualiti perlulah ada
        ciri-ciri berikut:

          * KEAKURAN
  (Kurikulum, Spesifikasi, Peluang)

   * KETEPATAN & KEJELASAN
      (Konstruk, Tajuk, Jelas)

          * KESESUAIAN
     (Kesukaran, Penting, Adil)
AGIHAN SOALAN OBJEKTIF
    MENGIKUT ARAS
  Rendah     20 soalan

Sederhana    12 soalan

  Tinggi     8 soalan

  Jumlah     40 soalan
SUSUN ATUR
 ITEM OBJEKTIF
        Stimulus
           Stem
Pilihan   jawapan/Opsyen
   Jawapan/Kunci
   Distraktor
Contoh

         Gambar
    (011 BM 2006)
                      Stimulus / rangsangan


 Ibu _______ ayam        stem
itu dengan rempah
sebelum
memanggangnya.             A, B, C, D
                    pilihan jawapan / opsyen

A    mengadun       D jawapan / kunci
B    menabur
C    mencalit          A, B, dan C,
                        distraktor
D    melumur
(2006)




Ibu    ayam itu dengan rempah sebelum
memanggangnya.

A   mengadun
B   menabur
C   mencalit
D   melumur
JENIS ITEM OBJEKTIF
  ANEKA PILIHAN
A. Aneka pilihan mudah
   (ada satu jawapan yang betul
    sahaja)
B. Aneka pilihan kompleks
   (berbilang jawapan)
A.   ANEKA PILIHAN MUDAH
Mempunyai satu jawapan sahaja yang betul
atau terbaik daripada beberapa cadangan
jawapan bagi soalan itu.

1 : Bentuk soalan lengkap
Contoh: (011 BM 2005)
Beg yang berat itu tidak _____________
olehnya.
A     bergalas
B     tergalas
C     penggalas
D     menggalas
2 : Bentuk melengkapkan pernyataan

Contoh: (011 BM 2005)

Kita perlu menjaga kebersihan alam sekitar
supaya
A udara tidak berkurangan.
B negara kita menjadi aman.
C kehidupan kita menjadi sihat.
D pelancong asing datang.
B. ANEKA PILIHAN KOMPLEKS
M emer lukan calon memilih jawapan yang
 betul
ber dasar kan senar ai cadangan pilihan
 jawapan.
Contoh
 I Warna dinding itu hilang akibat perubahan cuaca.
II Datuk hilang punca pendapatan pada musim hujan.
III Kapal terbang itu telah hilang daripada pandangan.
IV Dia telah hilang kepercayaan terhadap ketuanya.

   A   I dan II sahaja
   B   III dan IV sahaja
   C   I, II dan III sahaja
STIMULUS
1. Relevan

2. Dinyatakan dalam bentuk yang paling
   berkesan

3. Maklumat yang autentik (benar /
   dipercayai)
CONTOH STIMULUS PERNYATAAN



Masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan harmoni
dan suka tolong-menolong.
A    Bagai menatang minyak yang penuh
B    Bagai sirih pulang ke gagang
C    Bagai kunyit dengan kapur
D    Bagai aur dengan tebing
CONTOH STIMULUS GRAFIK
 Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah.




11 Encik Chin sedang _________ buluh
   untuk membuat sangkar burung.
    A   meraut
    B   melentur
    C   merincih
    D   menghiris
STEM
1.   Tugasan dinyatakan dengan jelas,
     tepat dan ringkas, tiada pembaziran
     perkataan sebagai hiasan

2.   Tidak memetik terus frasa daripada
     buku teks atau buku ulang kaji

3.   Tidak memberikan bayangan kepada
     jawapan seperti penggunaan pertalian
     perkataan (words association)
STEM
1. Elakkan menyatakan tugasan dalam
   bentuk negatif sekiranya perlu
   penggunaannya perlu ditegaskan

2. Idea utama item perlulah dinyatakan
   pada stem bukan stimulus atau
   opsyen

3. Elakkan item berasaskan pendapat
Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas
Kecergasan Fizikal ialah
A. ciri individu yang sihat
B. ukuran keaktifan seseorang individu
C. dapat menjalankan aktiviti harian dengan cergas
D. dapat menjalankan aktiviti fizikal dalam tempoh yang lama


     Baik     : Stem lengkap dan jelas
     Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai
     kecergasan fizikal yang tinggi ?
A.   Mudah tercedera semasa latihan fizikal
B.   Kerap mengalami masalah pernafasan
C.   Boleh mengatasi cabaran dalam aktiviti fizikal seharian
D.   Cepat hilang daya penumpuan semasa menjalankan aktiviti
     fizikal
Lemah: Menggunakan keterangan yang tidak perlu

Pada hujung minggu, kakak suka membantu ibu
di dapur. Tangannya berbau __________ setelah
menyiang beberapa ekor ikan sungai.

     A     hamis
     B     hanyir
     C     hapak
     D     hancing
Lemah : Menggunakan ayat atau keterangan yang
                tidak perlu

  Melihat kepada perkembangaan masa kini
  dalam bidang perhubungan dan teknologi ,
  beberapa kemajuan pesat telah dicapai .
  Merenung kembali sumbangan yang sangat
  besar ertinya, yang manakah sumbangan
  pereka terkenal Alexander Graham Bell?
  A Kapal
  B Kereta
  C Telefon
  D Jambatan
Lebih baik : Stem lebih padat dan
               jelas
 Antara berikut yang manakah dicipta oleh
Alexander Graham Bell?
A   Kapal
B   Kereta
C   Telefon
D   Jambatan
Lemah : Item berasaskan pendapat


Pada pendapat anda, apakah tujuan aktiviti
itu diadakan?
A. mengisi masa lapang
B. mengeratkan silaturahim
C. menambahkan pendapatan
OPSYEN
1. Semua opsyen harus bebas antara
   satu sama lain. Elakkan opsyen yang
   saling bercanggah atau mempunyai
   makna yang sama
2. Semua opsyen homogen dan selari
   dengan opsyen yang lain

3 Elakkan pengulangan perkataan yang
  serupa dalam semua opsyen
OPSYEN
4. Elakkan opsyen negatif


5. Semua opsyen dinyatakan dengan
   tatabahasa yang selaras dengan
   tugasan terutamanya jenis pelengkap
OPSYEN
6.    Susun opsyen dalam susunan yang logik (teratur &
      bersistem) berdasarkan:

      Urutan nombor

      Kronologi peristiwa

      Opsyen yang serupa dalam pasangan

      Susunan huruf ikut putaran jam, atas ke bawah atau kiri
      ke kanan
OPSYEN
7. Gunakan bilangan opsyen yang
   sesuai bagi mengurangkan calon
   mendapatkan “skor nasib” dengan
   meneka secara rambang

8. Elakkan menggunakan perkataan
   penentu spesifik seperti selalu,
   sangat, lebih kurang
OPSYEN

9 Bagi item aneka pilihan kompleks
  elakkan menggunakan satu cadangan
  jawapan pada setiap opsyen

10 Elakkan menggunakan opsyen
   “semua di atas betul”, “Tiada
   satupun betul” atau “Saya tidak
   pasti”
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
        DICADANGKAN

A   ____________
B   ____________
C   ____________
D   ____________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
        DICADANGKAN

A   ________
B   __________
C   _____________
D   ________________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
        DICADANGKAN

A   ________________
B   ______________
C   ____________
D   __________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
        DICADANGKAN

A   ______________
B   _________
C   __________
D   ______________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
        DICADANGKAN

A   ________
B   ______________
C   ______________
D   ________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
         TIDAK SESUAI

A   _______
B   __________________
C   ___
D   _____________
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
         TIDAK SESUAI

A   ____________________
B   _______
C   ____________________
D   _______
SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG
         TIDAK SESUAI

A   __________________
B   __________________
C   ______
D   ______
Lemah: Opsyen berulang
Bagaimanakah penghantaran maklumat itu
boleh dibuat oleh pengirim?
A Pengirim boleh menghantarnya melalui pos
B Pengirim boleh menghantarnya melalui faks
C Pengirim boleh menghantarnya melalui telegram

Pengirim boleh menghantar maklumat tersebut melalui
A pos
B faks
C telegram                  
Lemah : Opsyen berulang
Antara berikut apakah fungsi kalori meter bom?
A. Alat untuk mengukur tenaga yang dibebaskan oleh sampel
   makanan
B. Alat untuk mengukur kandungan nutrien dalam sampel
   makanan
C. Alat untuk mengukur kadar respirasi organisma kecil
D. Alat untuk mengukur denyutan nadi



Kalori meter bom berfungsi untuk mengukur
A tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan
B kandungan nutrien dalam sampel makanan
C kadar radiasi organisma kecil
D mengukur denyut nadi
                                   
Lemah : Opsyen berulang

     Apakah yang mereka lakukan sewaktu
     sampai di galeri itu?
A   Mereka melawat ke bilik gerakan.
B   Mereka melawat ke bilik pameran.
C   Mereka melawat ke bilik suntingan.
D   Mereka melawat ke bilik pencetakan.
Lemah : Setiap opsyen mempunyai cadangan
                        jawapan yang sama
I     Markah itu perlu digenapkan kepada nombor bulat.
II    Hati Asri telah bulat untuk berpindah ke Ipoh.
III   Saya suka memandang mata adik yang bulat itu.
IV    Jangan percaya bulat tentang cerita hantu itu.


        A     I dan II sahaja
        B     I dan IV sahaja
        C     I, II dan III sahaja
        D     I, II, III dan IV
Lebih baik : Tiada cadangan jawapan yang
                 sama dalam setiap opsyen

I       Markah itu perlu digenapkan kepada nombor
   bulat.
II Asri telah bulat fikiran untuk ke Kuala Lumpur.
III Saya suka memandang mata adik yang bulat itu.
IV Jangan percaya bulat tentang cerita hantu itu.


      A     I dan II sahaja
      B     III dan IV sahaja
      C     I, II dan III sahaja
      D     II, III dan IV sahaja
Lemah : Urutan opsyen
Bilakah penulis melanjutkan pelajarannya ke Mesir?
A 22 Januari 2005
B 6 Disember 2000
C 18 Julai 2000
D 30 Februari 2003

         A     18 Julai 2000
         B      6 Ogos 2000
         C      2 Februari 2003
         D     22 Januari 2005
JAWAPAN

1.   Tepat atau paling sesuai dan tidak
     boleh dipertikaikan

2.   Homogen dengan opsyen yang lain
     dan tidak menonjol sebagai jawapan
     seperti lebih panjang atau diiringi
     dengan penjelasan
Lemah : Jawapan / kunci terlalu panjang


Mengapakah penulis tidak berkata apa-apa?
A   Dia tergamam melihat ular sawa batik
    itu membaham seekor ibu ayam.
B   Dia seorang bisu
C   Berasa penat
D   Terkejut
Lebih Baik : Opsyen diseragamkan panjangnya

   Mengapakah penulis tidak berkata apa-apa?

   A   Dia tergamam melihat ular sawa batik itu
       membaham seekor ibu ayam.
   B   Dia seorang yang bisu sejak dilahirkan dua
       puluh tahun yang lalu.
   C   Dia berasa sangat penat setelah beberapa hari
       tidak menjamah apa-apa makanan.
   D   Dia terkejut kerana peristiwa itu berlaku sama
       seperti mimpinya malam tadi.
Lemah : Tugasan memberikan bayangan



   Antara berikut    agensi kerajaan yang
manakah       bertanggungjawab     terhadap
alam sekitar?

   A    Kementerian Buruh
   B    Kementerian Pertanian
   C    Kementerian Sains dan Alam Sekitar
   D    Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
Lebih Baik : Tugasan tidak memberikan bayangan


  Antara berikut, agensi kerajaan yang manakah
  bertanggungjawab terhadap masalah penebangan
  hutan yang berleluasa?

  A   Kementerian Buruh
  B   Kementerian Pertanian
  C   Kementerian Sains dan Alam Sekitar
  D   Kementerian Kebudayan dan Pelancongan
DISTRAKTOR

1.   Gunakan hanya distraktor yang
     berfungsi berdasarkan ciri:

    Munasabah
    Tidak terpencil
    Salah konsep yang biasa
    Maklumat yang biasa (familiar)
     tetapi bukan jawapan
DISTRAKTOR

2.   Elakkan distraktor yang tidak
     munasabah

3.   Gunakan pernyataan yang betul tetapi
     bukan sebagai jawapan

4.   Elakkan menggunakan pernyataan
     yang melucukan
DISTRAKTOR yang lemah
Contoh:

Pisau pemotong daging itu tajam seperti
____________ .

A   sembilu
B   aiskrim
C   kapak
D   garfu
GARIS PANDUAN PENYEDIAAN ITEM
                BAHASA MELAYU


1. Nama yang digunakan dalam kertas Bahasa Melayu
   SK mestilah nama yang bercirikan kemelayuan dan
   tidak terlalu glamour atau yang bersifat muhibah dan
   melambangkan kepelbagaian kaum.

  Contoh ;-

  a. Erra mengilhamkan ciptaan itu dengan menggunakan
     bahan-bahan asli dari laut.

  b. Mike dan Jamil akan bertanding dalam pertandingan
     badminton tidak lama lagi.


2. Untuk SJK nama mestilah melambangkan muhibah.
3.   Ayat mestilah progresif – jangan tunjukkan
     kelemahan orang melayu atau sesuatu bangsa.

     Contoh :-

     a. Pak Ali terpaksa bekerja sebagai jaga
        pada waktu malam untuk             keluarganya.

       A.   menyara
       B.   mencari
       C.   membimbing
       D.   memikat

     b. Gerak-geri Husin sentiasa diperhatikan,
                     lagi dia bekas banduan.

       A.   mula-mula
       B.   ragu-ragu
       C.   lebih-lebih
       D.   agak-agak
4. Elakkan unsur-unsur negatif dalam membina item

  Contoh :-

  a.   Saedah menghasut Mei Ling supaya tidak
       berkawan dengan Salmah. Dia memang
                   .

       A. banyak mulut
       B. batu loncatan
       C. batu api
       D. mulut murai

  b.   Pengemis yang berpakaian         itu selalu
       tidur di tepi gerai Pak Ali.

       A.   calar-balar     C. warna-warni
       B.   kusut-masai     D. compang-camping
Perkataan berlawan

c.   Perpaduan yang erat dapat menjadikan negara
     kita aman damai.

     A.   padu …….kacau
     B.   longgar …… huru hara
     C.   kental …… hangar
     D.   lemah …… miskin


d.   Kita mestilah taat kepada kedua ibu bapa kita.

     A.   benci      C. derhaka
     B.   geram      D. marah
5. Jangan sentuh-sentuh perkara yang boleh menyentuh
   perasaan calon seperti kematian, kemalangan,
   kebakaran dan yang seumpamanya.

6. Tiada lagi soalan yang bercirikan hukum-hukum linguistik
   Contoh, kata ganda berulang, kata ganda menunjukkan
   banyak, kata ganda tunggal dan sebagainya.

7. Soalan-soalan yang bercirikan matematik, sejarah,
   pengetahuan am mestilah dielakkan.

   Contoh :-

   a.   Malaysia telah berjaya mengeluarkan motosikal
        pertama negara iaitu…

        A.   Jaguh         C. Kancil
        B.   Kris          D. Tiara
b.              terletak di negeri

          A. Gunung Tahan …… Singapura
          b
          B. Gunung Ledang ….. Sarawak
          .
          C. Gunung Everest …… Malaysia
          D. Gunung Kinabalu ….. Sabah

8.   Soalan yang baik mengandungi nilai-nilai murni
     dan unsur-unsur pengetahuan serta dalam
     lingkungan pengetahuan murid.

9.    Elakkan daripada mengiklan jenama-jenama
      yang sedia ada di pasaran.

10. Tiada mempunyai unsur politik.

11. Aras soalan S dan T.

12. Aras Taksonomi Bloom - Pengetahuan dan
    Pemahaman sahaja.
13. Keempat-empat penganggu (distraktor) mestilah
    mestilah berfungsi dan homogen.

    Contoh :-

    a.   Mereka terpegun apabila melihat air laut yang
                     itu.

         A.   kebiru-biruan   C. kehijau-hijauan
         B.   kemerah-merahan D. kekuning-kuningan

    b. Adat resam yang telah kita amalkan sejak
       hendaklah dikekalkan.(kata ganda)

         A. Anak-beranak
         B. lama-kelamaan
         C. dahulu lagi
         D. asal-usul
c.   Dia amat        melihat penderitaan
     hidup
              jirannya.(imbuhan)

              A.   terasa            C. sedih
              B.   terpegun          D. terkilan

d.    Terimalah                daripada kami yang tidak
      sepertinya ini. (simpulan bahasa)

      A.   Buah hati          C. Buah tangan
      B.   Buah fikiran       d. Bekas tangan

e.    Sultan Kedah             Encik Idris pingat Ahli
      Mangku Negara pada hari keputeraan baginda
      baru- baru ini.(imbuhan)

      A. anugerah             C. memperanugerahi
      B. menganugerahi        D. menganugerahkan
e.            telah ditabalkan menjadi Sultan
               Selangor. (kata ganti nama)

          A.   Beta                 C. Patik
          B.   Saya                 D. Baginda

f.   Nenek rindu            cucu-cucunya di
     Kuala Lumpur. (kata sendi)

     A.    pada               C. kepada
     B.    akan               D. Terhadap

g.   Bola sepak berbentuk

     A. bulat                 C. lonjong
     B. bujur                 D. segiempat
h.   Penggunaan kata banyak makna.

     i.   Ibu gemar membeli kain berwarna terang
     ii.  Pemuda itu sedang terang perkara sebenar
          kepada pegawai polis
     iii. Rohaya bangkit daripada tidur ketika hari
          sudah terang
      iv. Ladang yang terbiar itu sudah terang
           setelah diusahakan semula oleh penduduk

     A.    i, ii dan iii
     B.    i, ii dan iv
     C.    i, iii dan iv
     D.    i, ii, iii dan iv
14.   Kata tugas dan arahan mestilah
      sama dengan format LPM.

15.   Perkataan yang diuji mestilah terdapat
      dalam senarai kata HSP/SP.

16.   Tatabahasa haruslah berdasarkan Tatabahasa
      Dewan

17.   Item mestilah adil dan tidak berpihak kepada
      sesuatu kaum, budaya, agama dan adat.
CIRI – CIRI ITEM BAHASA MELAYU UPSR.

1.    Saiz font        - 12
2.    Jenis font       - Times New Roman
3.    Arahan umum - Italic
4.    Jarak antara perenggan - 1.5 lines spacing
5.    Jarak antara soalan - double lines spacing
6.    Kedudukan petikan mesti berada di bahagian kiri
      muka surat dan diikuti oleh soalan pada muka
      surat sebelah kanan.
7.    Panjang petikan antara 150 - 180 pp.
8.    Jumlah perkataan untuk pernyataan soalan
      seeloknya 9 - 14 pp kecuali dialog.
9.    Jawapan seeloknya sama panjang bilangan pp.
10.   Pernyataan item tidak terlalu panjang.
APAKAH JSU?
 JADUAL
 SPESIFIKASI UJIAN
TUJUAN
 PENTING UNTUK MENGGUBAL
  SOALAN
 MENENTUKAN JUMLAH ITEM
  KESUKARAN DAN DISKRIMINASI
  BAGI SETIAP UJIAN
 DAPAT MENSTABIIL DAN
  MENYAMAKAN TARAF, MUTU DAN
  ARAS KESUKARAN UJIAN DARI
  SEMASA KE SEMASA
 MENENTUKAN KESAHAN DAN
  KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
PENYEDIAAN JSU
• MESTILAH BERDASARKAN SUKATAN
  PELAJARAN ATAU HURAIAN SUKATAN
  PELAJARAN ATAU BUKU TEKS
• ASPEK YANG DIBERI FOKUS:
  - SKOP DAN CAKUPAN,
  - PENDEKATAN,
  - ARAS KEMAHIRAN YANG DIUJI,
  - BILANGAN ITEM UNTUK SETIAP
  TAJUK,
  - MASA DIPERUNTUKKAN DAN CARA
    PENSKORAN
LANGKAH PENYEDIAAN JSU



1.MENGKAJI         2. MENENTUKAN
  SUKATAN            JENIS SOALAN
  PELAJARAN



 3. MENENTUKAN    4. MENGANALISIS
    BILANGAN         OBJEKTIF
    SOALAN           PENGAJARAN
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU UPSR (UMUM)

1. KATA GANTI DIRI
2. KATA SENDI              ARAS JSU PETIKAN
3. KATA HUBUNG                KARANGAN ?
4. IMBUHAN
5. KATA ADJEKTIF
6. PENJODOH BILANGAN
7. PERIBAHASA                   ARAS JSU ITEM
8. KATA GANDA                   TATABAHASA ?
9. PENGGUNAAN KATA TEPAT
10.SINONIM
11.ANTONIM
12.AYAT YANG SAMA MAKSUD
                           A
13.MEMBINA JAWAPAN
14.MEMBINA SOALAN
15.PENANDA WACANA
16.STRUKTUR/SUSUNAN AYAT YANG BETUL
17.KATA BANYAK MAKNA
JSU BAHASA MELAYU
    KERTAS 1
ERDIRI DARIPADA

.   MORFOLOGI
    - PEMBENTUKAN KATA
      ( JENIS KATA )

.   SINTAKSIS
    - JENIS AYAT
      (SUSUNAN KATA DALAM AYAT)
JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU
      KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA               NO. ITEM &
             (MORFOLOGI)                          ARAS       JUM
                     KONTEKS                    R   S   T



1. Kata ganti nama
2. Kata kerja            a. K/Kerja Transitif
                         b. K/K Tak Transitif
                         a. Sifat/keadaan
                         b. Ukuran
                         c. Bentuk
3. Kata adjektif
                         d. Pancaindera
                         e. Waktu
                         f. Cara
                         g. Perasaan
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA               NO. ITEM &
            (MORFOLOGI)                           ARAS    JUM
                KONTEKS                         R   S T



                 a. Kata hubung
                 b. Kata tanya
                 c. Kata perintah
                 d. Kata seru
                 e. Kata bantu
4. Kata Tugas
                 f. Kata nafi (dalam ayat)
                 g. Kata pemeri (dalam ayat)
                 h. Kata sendi nama
                 i. Kata bilangan
                 j. Kata arah
                 k. Penanda wacana
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA            NO. ITEM &
             (MORFOLOGI)                        ARAS    JUM
                    KONTEKS                   R   S T



5. Kata terbitan        a. Imbuhan awalan
                        b. Imbuhan akhiran
                        c. Imbuhan apitan
6. Kata majmuk
7. Kata ganda           a. penuh
                        b. separa
                        c. berentak
8. Ketepatan kata
9. Kata banyak makna
10. Kata seerti
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA          NO. ITEM &
(MORFOLOGI)                             ARAS    JUM
                    KONTEKS           R   S T



11. Kata berlawan
12. Penjodoh bilangan
13. Simpulan bahasa
KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM AYAT
(SINTAKSIS)
14. Ayat penyata
15. Ayat tanya (dlm ayat)
16. Ayat perintah
17. Ayat seruan
18. Jawapan bagi soalan
19. Soalan bagi jawapan
KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA                NO. ITEM &
             (MORFOLOGI)                           ARAS       JUM
                  KONTEKS                        R   S   T



20. Bentuk ayat       a. Ayat tunggal
                      b. Ayat majmuk
                      c. Ayat majmuk pancangan
                      d. Ayat majmuk gabungan
21. Ayat sama maksud a. Cakap ajuk/pindah
                      b. Ayat aktif
                      c. Ayat pasif
KONSTRUK : MEMBACA & MEMAHAMI         NO. ITEM &
(PETIKAN)                               ARAS     JUM
                KONTEKS               R   S   T



22. Petikan 1       a. Teks
                    b.
                    c.
                    d.
                    e. Maksud frasa
23. Petikan 2       a. Teks
                    b.
                    c.
                    d.
                    e. Maksud frasa
                JUMLAH
JSU BAHASA MELAYU
    KERTAS 2
ERDIRI DARIPADA

.   MEMBINA AYAT

.   MENULIS KARANGAN

.   MENCARI NILAI MURNI /
    PENGAJARAN / AMALAN BAIK
KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR
BERKISAR KEPADA;-


 KELUARGA &
 MASYARAKAT


 SEKOLAH           UPSR - LITERASI BAHASA
                   PMR - PENGETAHUAN BAHASA
                   SPM - ILMU BAHASA



                   LITERASI   - KEBOLEHAN
     DIRI
                                MENULIS DAN
                                MEMBACA
                              - CELIK HURUF
ASPEK PENGAJARAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN
DALAM PENTAKSIRAN;

- KOSA KATA
- KATA (IMBUHAN/PENGGANDAAN/
        PEMAJMUKAN)
- IDEA
                                UPSR
- AYAT
- TANDA BACA/EJAAN
- PENGOLAHAN




- PEMERENGGANAN                 PMR/SPM
- PENGGUNAAN UNGKAPAN
- WACANA
BAHAGIAN A – MEMBINA AYAT (10 MARKAH)

BIL.           JENIS     TEMA     PILIHAN
 1     GAMBAR TUNGGAL
 2     GAMBAR BERSIRI
 3     CARTA
 4     JADUAL
 5     GRAF
 6     PETA
 7     PELAN
BAHAGIAN B – MENULIS KARANGAN (30 MARKAH)

BIL     BENTUK             JENIS      TEMA   PILIHAN
1                 CERITA
2                 MELENGKAP CERITA
3     TIDAK       FAKTA
4     BERFORMAT   KEPERIHALAN
5                 AUTOBIOGRAFI
6                 BIOGRAFI
1                 SURAT RASMI
2                 SURAT TIDAK RASMI
3                 SYARAHAN
4                 DIALOG
5     BERFORMAT   LAPORAN
6                 BERITA
7                 UCAPAN
8                 CATATAN HARIAN
BAHAGIAN C – MENULIS NILAI/PENGAJARAN/AMALAN BAIK
             ( 20 MARKAH )


 BIL     JENIS          TEMA          PILIHAN

  1    RENCANA

  2    CERITA

  3    PUISI

  4    CATATAN

  5    SURAT

  6    LAPORAN
SEPINTAS LALU…..

MARILAH KITA MEMBETULKAN YANG BIASA
DAN MEMBIASAKAN YANG BETUL.




 SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH
 SEKIAN TERIMA KASIH…

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Konsep Penilaian Autentik
Konsep Penilaian Autentik Konsep Penilaian Autentik
Konsep Penilaian Autentik Ifik Firdaus
 
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)SMANEDA HIJAU BERSERI
 
Analisis karakteristik siswa dan lingkungan
Analisis karakteristik  siswa dan lingkunganAnalisis karakteristik  siswa dan lingkungan
Analisis karakteristik siswa dan lingkunganSalsabila Arini
 
Modul 3. pengembangan asesmen alternatif
Modul 3. pengembangan asesmen alternatifModul 3. pengembangan asesmen alternatif
Modul 3. pengembangan asesmen alternatifNaita Novia Sari
 
Penilaian hasil belajar siswa
Penilaian hasil belajar siswaPenilaian hasil belajar siswa
Penilaian hasil belajar siswaFerry Pratama
 
Penilaian Proses Dan Hasil Belajar
Penilaian Proses Dan Hasil BelajarPenilaian Proses Dan Hasil Belajar
Penilaian Proses Dan Hasil BelajarAmin Herwansyah
 
Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorRanah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorSyaifOer
 
Slide KTSP
Slide KTSPSlide KTSP
Slide KTSPpujimr
 
30. penilaian psikomotorik
30. penilaian psikomotorik30. penilaian psikomotorik
30. penilaian psikomotorikf' yagami
 

Mais procurados (20)

Konsep Penilaian Autentik
Konsep Penilaian Autentik Konsep Penilaian Autentik
Konsep Penilaian Autentik
 
4. kontrak kuliah bio sma 2
4. kontrak  kuliah bio sma 24. kontrak  kuliah bio sma 2
4. kontrak kuliah bio sma 2
 
Taksonomi bloom - Evaluasi Pembelajran di PAUD
Taksonomi bloom - Evaluasi Pembelajran di PAUDTaksonomi bloom - Evaluasi Pembelajran di PAUD
Taksonomi bloom - Evaluasi Pembelajran di PAUD
 
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)
Penilaian bimtek 7region _iwan 30082015_ok(1)
 
Penilaian pembelajaran ips
Penilaian pembelajaran ipsPenilaian pembelajaran ips
Penilaian pembelajaran ips
 
Ranah kognitif atau pengetahuan dalam pai
Ranah kognitif atau pengetahuan dalam paiRanah kognitif atau pengetahuan dalam pai
Ranah kognitif atau pengetahuan dalam pai
 
Analisis karakteristik siswa dan lingkungan
Analisis karakteristik  siswa dan lingkunganAnalisis karakteristik  siswa dan lingkungan
Analisis karakteristik siswa dan lingkungan
 
Modul 3. pengembangan asesmen alternatif
Modul 3. pengembangan asesmen alternatifModul 3. pengembangan asesmen alternatif
Modul 3. pengembangan asesmen alternatif
 
Bab 4(PENYUSUNAN INSTRUMEN DAN TEKNIK PENSKORAN) 27/12/13
Bab 4(PENYUSUNAN INSTRUMEN DAN TEKNIK PENSKORAN) 27/12/13Bab 4(PENYUSUNAN INSTRUMEN DAN TEKNIK PENSKORAN) 27/12/13
Bab 4(PENYUSUNAN INSTRUMEN DAN TEKNIK PENSKORAN) 27/12/13
 
Penilaian hasil belajar siswa
Penilaian hasil belajar siswaPenilaian hasil belajar siswa
Penilaian hasil belajar siswa
 
Bahasa inggris
Bahasa inggrisBahasa inggris
Bahasa inggris
 
PENILAIAN UNJUK KERJA MATEMATIKA
PENILAIAN UNJUK KERJA MATEMATIKAPENILAIAN UNJUK KERJA MATEMATIKA
PENILAIAN UNJUK KERJA MATEMATIKA
 
Penilaian Proses Dan Hasil Belajar
Penilaian Proses Dan Hasil BelajarPenilaian Proses Dan Hasil Belajar
Penilaian Proses Dan Hasil Belajar
 
Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan PsikomotorRanah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
Ranah Kognitif, Afektif, dan Psikomotor
 
4. sistem penilaian ktsp sma
4. sistem penilaian ktsp sma4. sistem penilaian ktsp sma
4. sistem penilaian ktsp sma
 
Slide KTSP
Slide KTSPSlide KTSP
Slide KTSP
 
Ppt penilaian autentik
Ppt penilaian autentikPpt penilaian autentik
Ppt penilaian autentik
 
30. penilaian psikomotorik
30. penilaian psikomotorik30. penilaian psikomotorik
30. penilaian psikomotorik
 
Grafik sains
Grafik sainsGrafik sains
Grafik sains
 
Model penilaian rev
Model penilaian revModel penilaian rev
Model penilaian rev
 

Destaque

Penyediaan pembelajaran multimedia
Penyediaan pembelajaran multimediaPenyediaan pembelajaran multimedia
Penyediaan pembelajaran multimediagovernment
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputergovernment
 
Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012government
 
Teknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakanTeknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakangovernment
 
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbes
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbesComparision of idealogy john locke & thomas hobbes
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbessaimfn82
 
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJKDOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJKJalalludin Ibrahim
 
Montesquieu and locke
Montesquieu and lockeMontesquieu and locke
Montesquieu and lockeRaviv Baxter
 
Thomas Hobbes vs. John Locke
Thomas Hobbes vs. John LockeThomas Hobbes vs. John Locke
Thomas Hobbes vs. John LockeTom Richey
 
Concepts of state and government
Concepts of state and governmentConcepts of state and government
Concepts of state and governmentNoel Jopson
 

Destaque (13)

Penyediaan pembelajaran multimedia
Penyediaan pembelajaran multimediaPenyediaan pembelajaran multimedia
Penyediaan pembelajaran multimedia
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012Bahasa Melayu 2012
Bahasa Melayu 2012
 
Kata Adjektif Sek Rendah
Kata Adjektif Sek RendahKata Adjektif Sek Rendah
Kata Adjektif Sek Rendah
 
Teknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakanTeknik pemarkahan dan penyemakan
Teknik pemarkahan dan penyemakan
 
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbes
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbesComparision of idealogy john locke & thomas hobbes
Comparision of idealogy john locke & thomas hobbes
 
Locke vs hobbes
Locke vs hobbesLocke vs hobbes
Locke vs hobbes
 
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJKDOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
DOKUMEN STANDARD KSSR BM THN 2 SJK
 
Montesquieu and locke
Montesquieu and lockeMontesquieu and locke
Montesquieu and locke
 
Thomas Hobbes vs. John Locke
Thomas Hobbes vs. John LockeThomas Hobbes vs. John Locke
Thomas Hobbes vs. John Locke
 
Unit 6 lampiran
Unit 6 lampiranUnit 6 lampiran
Unit 6 lampiran
 
State and government
State and governmentState and government
State and government
 
Concepts of state and government
Concepts of state and governmentConcepts of state and government
Concepts of state and government
 

Semelhante a Tiga tatabahasa bm b baharu

BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdf
BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdfBUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdf
BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdfRosilahSamad1
 
Peralatan Gudang
Peralatan Gudang Peralatan Gudang
Peralatan Gudang lombkTBK
 
Penilaian berbasis kompetensi
Penilaian berbasis kompetensiPenilaian berbasis kompetensi
Penilaian berbasis kompetensiJihan12
 
Teknik penulisan & analisis soal
Teknik penulisan & analisis soalTeknik penulisan & analisis soal
Teknik penulisan & analisis soalImron ali
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)gpbsmkjk
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Cikgu Syahidon
 
modul3-190412092336.pptx
modul3-190412092336.pptxmodul3-190412092336.pptx
modul3-190412092336.pptxOlfieJorgen
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Instrumen supervisi-akademik-apsi
Instrumen supervisi-akademik-apsiInstrumen supervisi-akademik-apsi
Instrumen supervisi-akademik-apsisugainanaf
 
BNSP Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdf
BNSP  Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdfBNSP  Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdf
BNSP Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdfajeng702284
 
11.kajian si, sk dan kd
11.kajian si, sk dan kd11.kajian si, sk dan kd
11.kajian si, sk dan kdMohamad Ilyas
 
[4] rpp inggris
[4] rpp inggris[4] rpp inggris
[4] rpp inggrisdikz86
 
Panduan penulisan laporan kajian tindakan pismp yang di selaras dan dik...
Panduan  penulisan  laporan  kajian  tindakan  pismp  yang di selaras dan dik...Panduan  penulisan  laporan  kajian  tindakan  pismp  yang di selaras dan dik...
Panduan penulisan laporan kajian tindakan pismp yang di selaras dan dik...محمد فوزي
 

Semelhante a Tiga tatabahasa bm b baharu (20)

BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdf
BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdfBUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdf
BUKU PANDUAN PEMBINAAN ITEM PENTAKSIRAN.pdf
 
QUESTIONING TECHNIQUES.pptx
QUESTIONING TECHNIQUES.pptxQUESTIONING TECHNIQUES.pptx
QUESTIONING TECHNIQUES.pptx
 
Peralatan Gudang
Peralatan Gudang Peralatan Gudang
Peralatan Gudang
 
6 ktsp
6 ktsp6 ktsp
6 ktsp
 
Pedoman PTK
Pedoman PTKPedoman PTK
Pedoman PTK
 
Penilaian berbasis kompetensi
Penilaian berbasis kompetensiPenilaian berbasis kompetensi
Penilaian berbasis kompetensi
 
Teknik penulisan & analisis soal
Teknik penulisan & analisis soalTeknik penulisan & analisis soal
Teknik penulisan & analisis soal
 
Tata busana
Tata busanaTata busana
Tata busana
 
Kisi uka tata busana
Kisi uka tata busanaKisi uka tata busana
Kisi uka tata busana
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
 
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
Ladap p.point skpm 2010 versi oktober 2013 ok (1)
 
Latihan pembuatan ptk
Latihan pembuatan ptkLatihan pembuatan ptk
Latihan pembuatan ptk
 
ASESMEN.pptx
ASESMEN.pptxASESMEN.pptx
ASESMEN.pptx
 
modul3-190412092336.pptx
modul3-190412092336.pptxmodul3-190412092336.pptx
modul3-190412092336.pptx
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Instrumen supervisi-akademik-apsi
Instrumen supervisi-akademik-apsiInstrumen supervisi-akademik-apsi
Instrumen supervisi-akademik-apsi
 
BNSP Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdf
BNSP  Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdfBNSP  Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdf
BNSP Merencanakan Evaluasi Hasil Pembelajaran.pdf
 
11.kajian si, sk dan kd
11.kajian si, sk dan kd11.kajian si, sk dan kd
11.kajian si, sk dan kd
 
[4] rpp inggris
[4] rpp inggris[4] rpp inggris
[4] rpp inggris
 
Panduan penulisan laporan kajian tindakan pismp yang di selaras dan dik...
Panduan  penulisan  laporan  kajian  tindakan  pismp  yang di selaras dan dik...Panduan  penulisan  laporan  kajian  tindakan  pismp  yang di selaras dan dik...
Panduan penulisan laporan kajian tindakan pismp yang di selaras dan dik...
 

Tiga tatabahasa bm b baharu

  • 1. PEREALISASIAN ITEM PENTAKSIRAN PENDIDIKAN SATU GARIS PANDUAN KE ARAH KECEMERLANGAN PEPERIKSAAN Oleh:- asrina1963
  • 2. ABDUL RAHIM BIN SULAIMAN SK SUNGAI MEGAT ARIS 34250 TANJONG PIANDANG 0164315302 1. Guru Bahasa Melayu 2.……………………. 3.…………………….
  • 3. PEREALISASIAN ITEM AKTIVITI YANG DIRANCANG UNTUK MELAHIRKAN GURU ATAU AHLI PANEL YANG BERPENGETAHUAN, BERKEMAHIRAN DAN BERSAHSIAH TINGGI DALAM KERJA – KERJA PEMBINAAN & PENILAIAN ITEM SELARAS DENGAN PRINSIP & PROSEDUR PENTAKSIRAN
  • 4. APA ITU PENTAKSIRAN ? SATU PROSES MENDAPATKAN MAKLUMAT & SETERUSNYA MEMBUAT PENGHAKIMAN TENTANG PRODUK SESUATU PROSES PENDIDIKAN PROSES – Langkah/tindakan/operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki. MAKLUMAT – Evidens (bukti) tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksir. PENGHAKIMAN – Merupakan proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajar } (menilai). PRODUK – Pengetahuan, kemahiran & nilai yang diperolehi pelajar setelah melalui proses pendidikan. DENGAN LAIN PERKATAAN PENTAKSIRAN IALAH SATU PROSES MENDAPATKAN GAMBARAN TENTANG PRESTASI SESEORANG DALAM PEMBELAJARAN
  • 5. RUKUN PENTAKSIRAN INSTRUMEN - Kertas Soalan KUMPULAN YANG DITAKSIR - Pelajar ITEMS - Soalan RESPONS - Jawapan KUMPULAN YANG MENTAKSIR - Pemeriksa SKOR - Hasil Pentaksiran ( Penilaian )
  • 6. INSTRUMEN – KERTAS SOALAN Instrumen ialah alat atau kaedah yang digunakan bagi mendapatkan respons calon dalam pentaksiran sesuatu konstruk. Instrumen mengandungi maklumat yang berkaitan dengan pentaksiran seperti arahan, masa, nama kertas/ mata pelajaran dan item. Instrumen boleh terdiri dari satu item atau sekumpulan item.
  • 7. APA DIA ITEM - SOALAN Item ialah perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respons yang merupakan evidens yang boleh dipertimbangkan dalam pengukuran sesuatu konstruk
  • 8. KENAPA KITA PERLU MENTAKSIR ? - Mengetahui keberkesanan pengajaran - Mengetahui kelemahan pengajaran - Mengetahui keberkesanan pembelajaran - Mengetahui kelemahan pembelajaran - Mengetahui keberkesanan program - Mengetahui kelemahan program - Melihat perbezaan antara pelajar - Mengetahui keupayaan pelajar - Pensijilan
  • 9. KAEDAH MENTAKSIR 1. Kaedah konvensional – Kertas / Pensil (objektif, subjektif, kerja kursus, amali, lisan) 2. Kaedah alternatif - Portfolio, pemerhatian, soal selidik, senarai semak, persembahan, penilaian rakan sebaya.
  • 10. BILA KITA PERLU MENTAKSIR - SEBELUM PEMBELAJARAN BERMULA - DI AKHIR UNIT PEMBELAJARAN - DI AKHIR TEMPOH SATU-SATU PEMBELAJARAN (mingguan, bulanan, pertengahan semester/tahun, akhir semester/akhir) - SEPANJANG TEMPOH PEMBELAJARAN
  • 11. CIRI-CIRI PEMBINAAN ITEM YANG BAIK MESTI ADA KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN. (Kesahan – benar/pasti/nyata) (kebolehpercayaan – dapat dipercayai/yakin) KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN DALAM PENTAKSIRAN DILIHAT KEPADA SKOR UJIAN. (HASIL PENTAKSIRAN) KESAHAN & KEBOLEHPERCAYAAN PENTING KERANA SKOR MELAMBANGKAN: a) Kualiti b) Kredibiliti SISTEM PEPERIKSAAN.
  • 12. KESAHAN SESUATU ITEM DILIHAT DARI :- 1. KERELEVANANNYA TERHADAP – a. Kumpulan sasar b. Jadual Spesifikasi Ujian c. Kurikulum d. Aras kesukaran yang dihasratkan e. Konteks dan situasi 2. MEWAKILI – a. Cakupan kurikulum b. Kepelbagaian item c. Aras kesukaran yang dihasratkan d. Kepelbagaian cara penyoalan KONSEP KESAHAN IALAH SESUATU UJIAN ITU SEPATUTNYA MENGUKUR APA YANG PATUT DIUKUR. (uji apa yang diajar)
  • 13. KEBOLEHPERCAYAAN PULA DILIHAT DARI :- 1. TEMPOH MASA UJIAN DIJALANKAN 2. KANDUNGAN ITEM YANG BERMUTU 3. KESESUAIAN INSTRUMEN DENGAN PELAJAR 4. STABIL – TIDAK BOLEH DIPERTIKAIKAN 5. STANDARD 6. TIDAK BERAT SEBELAH
  • 14. CIRI ITEM ITEM YANG BERKUALITI HARUS MEMPUNYAI CIRI-CIRI BERIKUT :- 1.KEAKURAN 2.KETEPATAN & KEJELASAN 3.KESESUAIAN
  • 15. 1. KEAKURAN (AKUR) AKUR – diakui, setuju, diterima a. Akur Kurikulum - Perkara yang ditaksir/dinilai (konstruk) mestilah sebahagian daripada kurikulum. Item yang dibuat mestilah yang terdapat dan terkandung dalam SP & HSP. Ianya mestilah akur dengan objektif dan kandungan SP dan HSP. b. Akur Spesifikasi - Konstruk yang dibuat mestilah akur dengan spesifikasi ujian. Masa dan bilangan item mestilah sesuai serta selari dengan kebolehan pelajar. Item yang dibuat mestilah melibatkan JSU dari yang mudah, sederhana dan tinggi. Ikut spesifikasi yang sesuai. Kalau uji imbuhan jangan libatkan spesifikasi yang lain, seperti tanda baca, struktur ayat dan sebagainya.
  • 16. c. Akur Peluang - Pelajar yang diuji mestilah diberi peluang yang sama serta mencukupi dalam mempelajari perkara yang ditaksir. Semua pelajar berpeluang untuk mempelajari perkara yang sama baik dari segi kemudahan, kelengkapan, tenaga pengajar dan kepakaran dalam menyampaikan ilmu. Item yang dibina mestilah ada kaitan dengan pengalaman serta pengetahuan harian pelajar. Contoh :- Bila membina soalan tentang LRT, adakah pelajar yang duduk di pedalaman dapat membayangkannya atau tahu tentang LRT ?
  • 17. 2. KETEPATAN DAN KEJELASAN a. Tepat Konstruk (apa / perkara yang ditaksir) - Item yang ditulis mestilah menepati konstruk yang ditaksir. Istilah, ayat, petunjuk dalam item mestilah tepat dan dapat menjana pemikiran pelajar dalam mengemukakan evidens yang relevan.(jawapan) Item yang dibina tidak mengelirukan pelajar dari segi istilah. Istilah mesti yang telah dipelajari. b. Tepat Tajuk / Konteks - Item yang ditulis mestilah menepati tajuk/konteks apa yang ditaksir. Pelajar mesti biasa dengan perkara atau idea yang dikemukakan. Jangan biarkan pelajar tidak dapat menjawab kerana belum belajar perkara yang di taksir, tetapi disebabkan mereka tidak menguasai item yang diberi. Bina item berdasarkan tajuk yang telah dipelajari.
  • 18. c. Jelas - Item yang dibina biarlah jelas dari segi tugasan yang diberi, arahan dapat difahami dan rangsangan (stimulus) yang ada sesuai dengan kehendak items. Bila membaca item yang diberi, pelajar dapat memberikan isyarat tentang apa yang harus dilakukan serta dapat mengemukakan respons yang dikehendaki. Selain itu, respons yang ada juga tidak boleh dipertikai dan pelajar tidak dapat meneka dengan mudah respons yang diberi. Contoh - Soalan Penulisan.
  • 19. 3. KESESUAIAN a. Aras Kesukaran - Items yang dibina mestilah menepati aras kesukaran yang dihasratkan, iaitu sama ada aras kesukaran rendah (R), sederhana (S), atau tinggi (T). . Item aras R boleh dijawab oleh sebahagian besar pelajar . Item aras S boleh dijawab oleh pelajar yang berprestasi sederhana dan cemerlang . Item aras T boleh dijawab oleh pelajar berprestasi cemerlang sahaja Aras kesukaran tidak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Ketiga-tiga aras mesti sesuai dan seimbang bilangannya.
  • 20. b. Kepentingan - Oleh kerana item yang dikemukakan itu merupakan perwakilan bagi beberapa konstruk/ tajuk, maka adalah penting untuk memastikan bahawa idea, isi, kandungan atau perkara yang dikemukakan dalam item adalah perkara yang penting dalam pembelajaran pelajar. Setiap tajuk dan perkara mesti diajar dan dipelajari. Item mesti berpandukan SP dan HSP. c. Adil - Item yang dikemukakan mestilah tidak memberikan faedah secara sistematik/automatik kepada golongan/ kelompok tertentu dalam masyarakat sama ada mengikut ras, jantina, tempat tinggal atau status ekonomi. Item yang dibina mestilah tidak merugikan pihak yang lain.
  • 21. PRINSIP PEMBINAAN ITEM SECARA AM 1. TENTUKAN KONSTRUK ATAU PERKARA YANG HENDAK DITAKSIR ITU AKUR KURIKULUM DAN AKUR SPESIFIKASI. 2. PASTIKAN DI MANA PERKARA ITU AKAN DITAKSIR AKUR KURIKULUM DAN AKUR SPESIFIKASI. 3. PASTIKAN PELAJAR BERPELUANG MEMPELAJARINYA. 4. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONSTRUK. 5. PASTIKAN ITEM ITU TEPAT KONTEKS. 6. PASTIKAN ARAS KESUKARAN YANG DITETAPKAN BERDASARKAN PERTIMBANGAN PROFESIONAL.
  • 22. 7. PASTIKAN PERKARA YANG DIKEMUKAKAN BERDASARKAN ASPEK PENTING DALAM KURIKULUM. 8. PRIHATIN DENGAN KEADILAN SUPAYA TIADA GOLONGAN YANG MENDAPAT FAEDAH SECARA SISTEMATIK. 9. PASTIKAN KOMPONEN ITEM JELAS. - STIMULUS BERKAIT RAPAT DENGAN TUGASAN DAN ARAHAN ITEM - SETIAP ITEM PERLU PENDEK DAN PADAT DI SAMPING MENGUTAMAKAN KEJELASAN ITEM. - ARAS KESUKARAN DALAM ITEM PERLU PADA TAHAP YANG BERSESUAIAN DENGAN PELAJAR. - ELAKKAN PENGGUNAAN ISTILAH YANG KABUR. 10. ELAKKAN RANGKAIKATA ATAU AYAT DARI BUKU TEKS SECARA LANGSUNG.
  • 23. 11. ELAKKAN ITEM YANG BERKAITAN ANTARA SATU SAMA LAIN. JAWAPAN BAGI SESUATU ITEM ITU HENDAKLAH BERDASARKAN KEPADA MAKLUMAT DARIPADA STIMULUS ITEM DAN BUKAN DARIPADA KEBOLEHAN MENJAWAB ITEM LAIN. 12. PASTIKAN PERKARA YANG DIUJI ADALAH YANG TERKINI DAN TELAH DIPELAJARI SERTA TERKANDUNG DALAM SUKATAN DAN HURAIAN SUKATAN.
  • 24. PERSEDIAAN PEMBINA ITEM Mengetahui dan memiliki dokumen rasmi seperti: - SP / HSP - Pekeliling yang berkuat kuasa - Format kertas peperiksaan yang lalu - Buku teks / rujukan - JSU (Jadual Spesifikasi Ujian) - Kamus Dewan - Tatabahasa Dewan - Daftar kata
  • 25. CIRI-CIRI ITEM (SISTEM 9 POIN) Item yang berkualiti perlulah ada ciri-ciri berikut: * KEAKURAN (Kurikulum, Spesifikasi, Peluang) * KETEPATAN & KEJELASAN (Konstruk, Tajuk, Jelas) * KESESUAIAN (Kesukaran, Penting, Adil)
  • 26.
  • 27. AGIHAN SOALAN OBJEKTIF MENGIKUT ARAS Rendah 20 soalan Sederhana 12 soalan Tinggi 8 soalan Jumlah 40 soalan
  • 28. SUSUN ATUR ITEM OBJEKTIF Stimulus Stem Pilihan jawapan/Opsyen  Jawapan/Kunci  Distraktor
  • 29. Contoh Gambar (011 BM 2006) Stimulus / rangsangan Ibu _______ ayam stem itu dengan rempah sebelum memanggangnya. A, B, C, D pilihan jawapan / opsyen A mengadun D jawapan / kunci B menabur C mencalit A, B, dan C, distraktor D melumur
  • 30. (2006) Ibu ayam itu dengan rempah sebelum memanggangnya. A mengadun B menabur C mencalit D melumur
  • 31. JENIS ITEM OBJEKTIF ANEKA PILIHAN A. Aneka pilihan mudah (ada satu jawapan yang betul sahaja) B. Aneka pilihan kompleks (berbilang jawapan)
  • 32. A. ANEKA PILIHAN MUDAH Mempunyai satu jawapan sahaja yang betul atau terbaik daripada beberapa cadangan jawapan bagi soalan itu. 1 : Bentuk soalan lengkap Contoh: (011 BM 2005) Beg yang berat itu tidak _____________ olehnya. A bergalas B tergalas C penggalas D menggalas
  • 33. 2 : Bentuk melengkapkan pernyataan Contoh: (011 BM 2005) Kita perlu menjaga kebersihan alam sekitar supaya A udara tidak berkurangan. B negara kita menjadi aman. C kehidupan kita menjadi sihat. D pelancong asing datang.
  • 34. B. ANEKA PILIHAN KOMPLEKS M emer lukan calon memilih jawapan yang betul ber dasar kan senar ai cadangan pilihan jawapan. Contoh I Warna dinding itu hilang akibat perubahan cuaca. II Datuk hilang punca pendapatan pada musim hujan. III Kapal terbang itu telah hilang daripada pandangan. IV Dia telah hilang kepercayaan terhadap ketuanya. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja
  • 35. STIMULUS 1. Relevan 2. Dinyatakan dalam bentuk yang paling berkesan 3. Maklumat yang autentik (benar / dipercayai)
  • 36. CONTOH STIMULUS PERNYATAAN Masyarakat di negara ini hidup dalam keadaan harmoni dan suka tolong-menolong. A Bagai menatang minyak yang penuh B Bagai sirih pulang ke gagang C Bagai kunyit dengan kapur D Bagai aur dengan tebing
  • 37. CONTOH STIMULUS GRAFIK Soalan 11 berdasarkan gambar di bawah. 11 Encik Chin sedang _________ buluh untuk membuat sangkar burung. A meraut B melentur C merincih D menghiris
  • 38. STEM 1. Tugasan dinyatakan dengan jelas, tepat dan ringkas, tiada pembaziran perkataan sebagai hiasan 2. Tidak memetik terus frasa daripada buku teks atau buku ulang kaji 3. Tidak memberikan bayangan kepada jawapan seperti penggunaan pertalian perkataan (words association)
  • 39. STEM 1. Elakkan menyatakan tugasan dalam bentuk negatif sekiranya perlu penggunaannya perlu ditegaskan 2. Idea utama item perlulah dinyatakan pada stem bukan stimulus atau opsyen 3. Elakkan item berasaskan pendapat
  • 40. Lemah : Stem tidak lengkap dan jelas Kecergasan Fizikal ialah A. ciri individu yang sihat B. ukuran keaktifan seseorang individu C. dapat menjalankan aktiviti harian dengan cergas D. dapat menjalankan aktiviti fizikal dalam tempoh yang lama Baik : Stem lengkap dan jelas Antara berikut yang manakah ciri individu yang mempunyai kecergasan fizikal yang tinggi ? A. Mudah tercedera semasa latihan fizikal B. Kerap mengalami masalah pernafasan C. Boleh mengatasi cabaran dalam aktiviti fizikal seharian D. Cepat hilang daya penumpuan semasa menjalankan aktiviti fizikal
  • 41. Lemah: Menggunakan keterangan yang tidak perlu Pada hujung minggu, kakak suka membantu ibu di dapur. Tangannya berbau __________ setelah menyiang beberapa ekor ikan sungai. A hamis B hanyir C hapak D hancing
  • 42. Lemah : Menggunakan ayat atau keterangan yang tidak perlu Melihat kepada perkembangaan masa kini dalam bidang perhubungan dan teknologi , beberapa kemajuan pesat telah dicapai . Merenung kembali sumbangan yang sangat besar ertinya, yang manakah sumbangan pereka terkenal Alexander Graham Bell? A Kapal B Kereta C Telefon D Jambatan
  • 43. Lebih baik : Stem lebih padat dan jelas Antara berikut yang manakah dicipta oleh Alexander Graham Bell? A Kapal B Kereta C Telefon D Jambatan
  • 44. Lemah : Item berasaskan pendapat Pada pendapat anda, apakah tujuan aktiviti itu diadakan? A. mengisi masa lapang B. mengeratkan silaturahim C. menambahkan pendapatan
  • 45. OPSYEN 1. Semua opsyen harus bebas antara satu sama lain. Elakkan opsyen yang saling bercanggah atau mempunyai makna yang sama 2. Semua opsyen homogen dan selari dengan opsyen yang lain 3 Elakkan pengulangan perkataan yang serupa dalam semua opsyen
  • 46. OPSYEN 4. Elakkan opsyen negatif 5. Semua opsyen dinyatakan dengan tatabahasa yang selaras dengan tugasan terutamanya jenis pelengkap
  • 47. OPSYEN 6. Susun opsyen dalam susunan yang logik (teratur & bersistem) berdasarkan:  Urutan nombor  Kronologi peristiwa  Opsyen yang serupa dalam pasangan  Susunan huruf ikut putaran jam, atas ke bawah atau kiri ke kanan
  • 48. OPSYEN 7. Gunakan bilangan opsyen yang sesuai bagi mengurangkan calon mendapatkan “skor nasib” dengan meneka secara rambang 8. Elakkan menggunakan perkataan penentu spesifik seperti selalu, sangat, lebih kurang
  • 49. OPSYEN 9 Bagi item aneka pilihan kompleks elakkan menggunakan satu cadangan jawapan pada setiap opsyen 10 Elakkan menggunakan opsyen “semua di atas betul”, “Tiada satupun betul” atau “Saya tidak pasti”
  • 50. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG DICADANGKAN A ____________ B ____________ C ____________ D ____________
  • 51. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG DICADANGKAN A ________ B __________ C _____________ D ________________
  • 52. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG DICADANGKAN A ________________ B ______________ C ____________ D __________
  • 53. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG DICADANGKAN A ______________ B _________ C __________ D ______________
  • 54. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG DICADANGKAN A ________ B ______________ C ______________ D ________
  • 55. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG TIDAK SESUAI A _______ B __________________ C ___ D _____________
  • 56. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG TIDAK SESUAI A ____________________ B _______ C ____________________ D _______
  • 57. SUSUNAN JAWAPAN OBJEKTIF YANG TIDAK SESUAI A __________________ B __________________ C ______ D ______
  • 58. Lemah: Opsyen berulang Bagaimanakah penghantaran maklumat itu boleh dibuat oleh pengirim? A Pengirim boleh menghantarnya melalui pos B Pengirim boleh menghantarnya melalui faks C Pengirim boleh menghantarnya melalui telegram Pengirim boleh menghantar maklumat tersebut melalui A pos B faks C telegram 
  • 59. Lemah : Opsyen berulang Antara berikut apakah fungsi kalori meter bom? A. Alat untuk mengukur tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan B. Alat untuk mengukur kandungan nutrien dalam sampel makanan C. Alat untuk mengukur kadar respirasi organisma kecil D. Alat untuk mengukur denyutan nadi Kalori meter bom berfungsi untuk mengukur A tenaga yang dibebaskan oleh sampel makanan B kandungan nutrien dalam sampel makanan C kadar radiasi organisma kecil D mengukur denyut nadi 
  • 60. Lemah : Opsyen berulang Apakah yang mereka lakukan sewaktu sampai di galeri itu? A Mereka melawat ke bilik gerakan. B Mereka melawat ke bilik pameran. C Mereka melawat ke bilik suntingan. D Mereka melawat ke bilik pencetakan.
  • 61. Lemah : Setiap opsyen mempunyai cadangan jawapan yang sama I Markah itu perlu digenapkan kepada nombor bulat. II Hati Asri telah bulat untuk berpindah ke Ipoh. III Saya suka memandang mata adik yang bulat itu. IV Jangan percaya bulat tentang cerita hantu itu. A I dan II sahaja B I dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, II, III dan IV
  • 62. Lebih baik : Tiada cadangan jawapan yang sama dalam setiap opsyen I Markah itu perlu digenapkan kepada nombor bulat. II Asri telah bulat fikiran untuk ke Kuala Lumpur. III Saya suka memandang mata adik yang bulat itu. IV Jangan percaya bulat tentang cerita hantu itu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja
  • 63. Lemah : Urutan opsyen Bilakah penulis melanjutkan pelajarannya ke Mesir? A 22 Januari 2005 B 6 Disember 2000 C 18 Julai 2000 D 30 Februari 2003 A 18 Julai 2000 B 6 Ogos 2000 C 2 Februari 2003 D 22 Januari 2005
  • 64. JAWAPAN 1. Tepat atau paling sesuai dan tidak boleh dipertikaikan 2. Homogen dengan opsyen yang lain dan tidak menonjol sebagai jawapan seperti lebih panjang atau diiringi dengan penjelasan
  • 65. Lemah : Jawapan / kunci terlalu panjang Mengapakah penulis tidak berkata apa-apa? A Dia tergamam melihat ular sawa batik itu membaham seekor ibu ayam. B Dia seorang bisu C Berasa penat D Terkejut
  • 66. Lebih Baik : Opsyen diseragamkan panjangnya Mengapakah penulis tidak berkata apa-apa? A Dia tergamam melihat ular sawa batik itu membaham seekor ibu ayam. B Dia seorang yang bisu sejak dilahirkan dua puluh tahun yang lalu. C Dia berasa sangat penat setelah beberapa hari tidak menjamah apa-apa makanan. D Dia terkejut kerana peristiwa itu berlaku sama seperti mimpinya malam tadi.
  • 67. Lemah : Tugasan memberikan bayangan Antara berikut agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap alam sekitar? A Kementerian Buruh B Kementerian Pertanian C Kementerian Sains dan Alam Sekitar D Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan
  • 68. Lebih Baik : Tugasan tidak memberikan bayangan Antara berikut, agensi kerajaan yang manakah bertanggungjawab terhadap masalah penebangan hutan yang berleluasa? A Kementerian Buruh B Kementerian Pertanian C Kementerian Sains dan Alam Sekitar D Kementerian Kebudayan dan Pelancongan
  • 69. DISTRAKTOR 1. Gunakan hanya distraktor yang berfungsi berdasarkan ciri:  Munasabah  Tidak terpencil  Salah konsep yang biasa  Maklumat yang biasa (familiar) tetapi bukan jawapan
  • 70. DISTRAKTOR 2. Elakkan distraktor yang tidak munasabah 3. Gunakan pernyataan yang betul tetapi bukan sebagai jawapan 4. Elakkan menggunakan pernyataan yang melucukan
  • 71. DISTRAKTOR yang lemah Contoh: Pisau pemotong daging itu tajam seperti ____________ . A sembilu B aiskrim C kapak D garfu
  • 72. GARIS PANDUAN PENYEDIAAN ITEM BAHASA MELAYU 1. Nama yang digunakan dalam kertas Bahasa Melayu SK mestilah nama yang bercirikan kemelayuan dan tidak terlalu glamour atau yang bersifat muhibah dan melambangkan kepelbagaian kaum. Contoh ;- a. Erra mengilhamkan ciptaan itu dengan menggunakan bahan-bahan asli dari laut. b. Mike dan Jamil akan bertanding dalam pertandingan badminton tidak lama lagi. 2. Untuk SJK nama mestilah melambangkan muhibah.
  • 73. 3. Ayat mestilah progresif – jangan tunjukkan kelemahan orang melayu atau sesuatu bangsa. Contoh :- a. Pak Ali terpaksa bekerja sebagai jaga pada waktu malam untuk keluarganya. A. menyara B. mencari C. membimbing D. memikat b. Gerak-geri Husin sentiasa diperhatikan, lagi dia bekas banduan. A. mula-mula B. ragu-ragu C. lebih-lebih D. agak-agak
  • 74. 4. Elakkan unsur-unsur negatif dalam membina item Contoh :- a. Saedah menghasut Mei Ling supaya tidak berkawan dengan Salmah. Dia memang . A. banyak mulut B. batu loncatan C. batu api D. mulut murai b. Pengemis yang berpakaian itu selalu tidur di tepi gerai Pak Ali. A. calar-balar C. warna-warni B. kusut-masai D. compang-camping
  • 75. Perkataan berlawan c. Perpaduan yang erat dapat menjadikan negara kita aman damai. A. padu …….kacau B. longgar …… huru hara C. kental …… hangar D. lemah …… miskin d. Kita mestilah taat kepada kedua ibu bapa kita. A. benci C. derhaka B. geram D. marah
  • 76. 5. Jangan sentuh-sentuh perkara yang boleh menyentuh perasaan calon seperti kematian, kemalangan, kebakaran dan yang seumpamanya. 6. Tiada lagi soalan yang bercirikan hukum-hukum linguistik Contoh, kata ganda berulang, kata ganda menunjukkan banyak, kata ganda tunggal dan sebagainya. 7. Soalan-soalan yang bercirikan matematik, sejarah, pengetahuan am mestilah dielakkan. Contoh :- a. Malaysia telah berjaya mengeluarkan motosikal pertama negara iaitu… A. Jaguh C. Kancil B. Kris D. Tiara
  • 77. b. terletak di negeri A. Gunung Tahan …… Singapura b B. Gunung Ledang ….. Sarawak . C. Gunung Everest …… Malaysia D. Gunung Kinabalu ….. Sabah 8. Soalan yang baik mengandungi nilai-nilai murni dan unsur-unsur pengetahuan serta dalam lingkungan pengetahuan murid. 9. Elakkan daripada mengiklan jenama-jenama yang sedia ada di pasaran. 10. Tiada mempunyai unsur politik. 11. Aras soalan S dan T. 12. Aras Taksonomi Bloom - Pengetahuan dan Pemahaman sahaja.
  • 78. 13. Keempat-empat penganggu (distraktor) mestilah mestilah berfungsi dan homogen. Contoh :- a. Mereka terpegun apabila melihat air laut yang itu. A. kebiru-biruan C. kehijau-hijauan B. kemerah-merahan D. kekuning-kuningan b. Adat resam yang telah kita amalkan sejak hendaklah dikekalkan.(kata ganda) A. Anak-beranak B. lama-kelamaan C. dahulu lagi D. asal-usul
  • 79. c. Dia amat melihat penderitaan hidup jirannya.(imbuhan) A. terasa C. sedih B. terpegun D. terkilan d. Terimalah daripada kami yang tidak sepertinya ini. (simpulan bahasa) A. Buah hati C. Buah tangan B. Buah fikiran d. Bekas tangan e. Sultan Kedah Encik Idris pingat Ahli Mangku Negara pada hari keputeraan baginda baru- baru ini.(imbuhan) A. anugerah C. memperanugerahi B. menganugerahi D. menganugerahkan
  • 80. e. telah ditabalkan menjadi Sultan Selangor. (kata ganti nama) A. Beta C. Patik B. Saya D. Baginda f. Nenek rindu cucu-cucunya di Kuala Lumpur. (kata sendi) A. pada C. kepada B. akan D. Terhadap g. Bola sepak berbentuk A. bulat C. lonjong B. bujur D. segiempat
  • 81. h. Penggunaan kata banyak makna. i. Ibu gemar membeli kain berwarna terang ii. Pemuda itu sedang terang perkara sebenar kepada pegawai polis iii. Rohaya bangkit daripada tidur ketika hari sudah terang iv. Ladang yang terbiar itu sudah terang setelah diusahakan semula oleh penduduk A. i, ii dan iii B. i, ii dan iv C. i, iii dan iv D. i, ii, iii dan iv
  • 82. 14. Kata tugas dan arahan mestilah sama dengan format LPM. 15. Perkataan yang diuji mestilah terdapat dalam senarai kata HSP/SP. 16. Tatabahasa haruslah berdasarkan Tatabahasa Dewan 17. Item mestilah adil dan tidak berpihak kepada sesuatu kaum, budaya, agama dan adat.
  • 83. CIRI – CIRI ITEM BAHASA MELAYU UPSR. 1. Saiz font - 12 2. Jenis font - Times New Roman 3. Arahan umum - Italic 4. Jarak antara perenggan - 1.5 lines spacing 5. Jarak antara soalan - double lines spacing 6. Kedudukan petikan mesti berada di bahagian kiri muka surat dan diikuti oleh soalan pada muka surat sebelah kanan. 7. Panjang petikan antara 150 - 180 pp. 8. Jumlah perkataan untuk pernyataan soalan seeloknya 9 - 14 pp kecuali dialog. 9. Jawapan seeloknya sama panjang bilangan pp. 10. Pernyataan item tidak terlalu panjang.
  • 84. APAKAH JSU? JADUAL SPESIFIKASI UJIAN
  • 85. TUJUAN  PENTING UNTUK MENGGUBAL SOALAN  MENENTUKAN JUMLAH ITEM KESUKARAN DAN DISKRIMINASI BAGI SETIAP UJIAN  DAPAT MENSTABIIL DAN MENYAMAKAN TARAF, MUTU DAN ARAS KESUKARAN UJIAN DARI SEMASA KE SEMASA  MENENTUKAN KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN
  • 86. PENYEDIAAN JSU • MESTILAH BERDASARKAN SUKATAN PELAJARAN ATAU HURAIAN SUKATAN PELAJARAN ATAU BUKU TEKS • ASPEK YANG DIBERI FOKUS: - SKOP DAN CAKUPAN, - PENDEKATAN, - ARAS KEMAHIRAN YANG DIUJI, - BILANGAN ITEM UNTUK SETIAP TAJUK, - MASA DIPERUNTUKKAN DAN CARA PENSKORAN
  • 87. LANGKAH PENYEDIAAN JSU 1.MENGKAJI 2. MENENTUKAN SUKATAN JENIS SOALAN PELAJARAN 3. MENENTUKAN 4. MENGANALISIS BILANGAN OBJEKTIF SOALAN PENGAJARAN
  • 88. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU UPSR (UMUM) 1. KATA GANTI DIRI 2. KATA SENDI ARAS JSU PETIKAN 3. KATA HUBUNG KARANGAN ? 4. IMBUHAN 5. KATA ADJEKTIF 6. PENJODOH BILANGAN 7. PERIBAHASA ARAS JSU ITEM 8. KATA GANDA TATABAHASA ? 9. PENGGUNAAN KATA TEPAT 10.SINONIM 11.ANTONIM 12.AYAT YANG SAMA MAKSUD A 13.MEMBINA JAWAPAN 14.MEMBINA SOALAN 15.PENANDA WACANA 16.STRUKTUR/SUSUNAN AYAT YANG BETUL 17.KATA BANYAK MAKNA
  • 89. JSU BAHASA MELAYU KERTAS 1 ERDIRI DARIPADA . MORFOLOGI - PEMBENTUKAN KATA ( JENIS KATA ) . SINTAKSIS - JENIS AYAT (SUSUNAN KATA DALAM AYAT)
  • 90. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN BAHASA MELAYU KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM & (MORFOLOGI) ARAS JUM KONTEKS R S T 1. Kata ganti nama 2. Kata kerja a. K/Kerja Transitif b. K/K Tak Transitif a. Sifat/keadaan b. Ukuran c. Bentuk 3. Kata adjektif d. Pancaindera e. Waktu f. Cara g. Perasaan
  • 91. KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM & (MORFOLOGI) ARAS JUM KONTEKS R S T a. Kata hubung b. Kata tanya c. Kata perintah d. Kata seru e. Kata bantu 4. Kata Tugas f. Kata nafi (dalam ayat) g. Kata pemeri (dalam ayat) h. Kata sendi nama i. Kata bilangan j. Kata arah k. Penanda wacana
  • 92. KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM & (MORFOLOGI) ARAS JUM KONTEKS R S T 5. Kata terbitan a. Imbuhan awalan b. Imbuhan akhiran c. Imbuhan apitan 6. Kata majmuk 7. Kata ganda a. penuh b. separa c. berentak 8. Ketepatan kata 9. Kata banyak makna 10. Kata seerti
  • 93. KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM & (MORFOLOGI) ARAS JUM KONTEKS R S T 11. Kata berlawan 12. Penjodoh bilangan 13. Simpulan bahasa KONSTRUK : SUSUNAN KATA DALAM AYAT (SINTAKSIS) 14. Ayat penyata 15. Ayat tanya (dlm ayat) 16. Ayat perintah 17. Ayat seruan 18. Jawapan bagi soalan 19. Soalan bagi jawapan
  • 94. KONSTRUK : PEMBENTUKAN KATA NO. ITEM & (MORFOLOGI) ARAS JUM KONTEKS R S T 20. Bentuk ayat a. Ayat tunggal b. Ayat majmuk c. Ayat majmuk pancangan d. Ayat majmuk gabungan 21. Ayat sama maksud a. Cakap ajuk/pindah b. Ayat aktif c. Ayat pasif
  • 95. KONSTRUK : MEMBACA & MEMAHAMI NO. ITEM & (PETIKAN) ARAS JUM KONTEKS R S T 22. Petikan 1 a. Teks b. c. d. e. Maksud frasa 23. Petikan 2 a. Teks b. c. d. e. Maksud frasa JUMLAH
  • 96. JSU BAHASA MELAYU KERTAS 2 ERDIRI DARIPADA . MEMBINA AYAT . MENULIS KARANGAN . MENCARI NILAI MURNI / PENGAJARAN / AMALAN BAIK
  • 97. KONSEP SOALAN-SOALAN UPSR BERKISAR KEPADA;- KELUARGA & MASYARAKAT SEKOLAH UPSR - LITERASI BAHASA PMR - PENGETAHUAN BAHASA SPM - ILMU BAHASA LITERASI - KEBOLEHAN DIRI MENULIS DAN MEMBACA - CELIK HURUF
  • 98. ASPEK PENGAJARAN YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENTAKSIRAN; - KOSA KATA - KATA (IMBUHAN/PENGGANDAAN/ PEMAJMUKAN) - IDEA UPSR - AYAT - TANDA BACA/EJAAN - PENGOLAHAN - PEMERENGGANAN PMR/SPM - PENGGUNAAN UNGKAPAN - WACANA
  • 99. BAHAGIAN A – MEMBINA AYAT (10 MARKAH) BIL. JENIS TEMA PILIHAN 1 GAMBAR TUNGGAL 2 GAMBAR BERSIRI 3 CARTA 4 JADUAL 5 GRAF 6 PETA 7 PELAN
  • 100. BAHAGIAN B – MENULIS KARANGAN (30 MARKAH) BIL BENTUK JENIS TEMA PILIHAN 1 CERITA 2 MELENGKAP CERITA 3 TIDAK FAKTA 4 BERFORMAT KEPERIHALAN 5 AUTOBIOGRAFI 6 BIOGRAFI 1 SURAT RASMI 2 SURAT TIDAK RASMI 3 SYARAHAN 4 DIALOG 5 BERFORMAT LAPORAN 6 BERITA 7 UCAPAN 8 CATATAN HARIAN
  • 101. BAHAGIAN C – MENULIS NILAI/PENGAJARAN/AMALAN BAIK ( 20 MARKAH ) BIL JENIS TEMA PILIHAN 1 RENCANA 2 CERITA 3 PUISI 4 CATATAN 5 SURAT 6 LAPORAN
  • 102. SEPINTAS LALU….. MARILAH KITA MEMBETULKAN YANG BIASA DAN MEMBIASAKAN YANG BETUL. SUNGAI KLANG SUDAH BERSIH SEKIAN TERIMA KASIH…