3. SISTEM
PEMERINTAHAN
BERAJA MUTLAK
MAKSUD
Raja mempunyai kuasa
sepenuhnya ke atas
pemerintahan negara
dan rakyatnya
Kehendak pemerintah
ialah undang-undang
dan tidak dikawal oleh
parlimen
Penganjuran doktrin
Hak Ketuhanan Raja
(Devine Right of Kings)
oleh Absolutists
memberi justifikasi
kepada kekuasaan raja
Raja-raja mutlak
mendakwa mereka
hanya menjawab
kepada tuhan dan
bukan kepada manusia
lain terutama wakil
rakyat di parlimen
Harta yang melimpah
ruah serta pasukan
tentera yang besar
memberi mereka lebih
kuasa meneguhkan
doktrin ini
Pemerintahan sebegini
lazimnya memerintah
dengan zalim
5. • Menyusun semula pentadbiran pusat negara kepada empat majlis utama .
• Melantik menteri-menteri bagi membantunya mentadbir spt Colbert (Menteri
Kewangan), Le Tellier (Menteri Hal Ehwal Luar), Louvois (Menteri Peperangan)
dan Vauban (Menteri Ketenteraan).
• Menggunakan intendent bagi melaksanakan dasar-dasar diraja.
• Antara tugas intendent spt menyelia pentadbiran,keadilan,ketenteraan dan
pengutipan cukai di peringkat daerah.
Majlis Peranan
Majlis Negara Menguruskan hal ehwal luar negara
Majlis
Despatches
Menguruskan hal ehwal tempatan
kecuali kewangan
Majlis
Kewangan
Menguruskan masalah
percukaian,tarif,perbelanjaan dan
pendapatan
Majlis Privy Menguruskan pentadbiran keadilan
6. • Mendirikan istana besar di Versailes kerana percaya bahawa pemerintah
mutlak harus hidup bergaya.
• Arkitek termuka digaji untuk mereka bentuk bangunan manakala pelukis
termuka diupah untuk mengindahkannya.
• Golongan bangsawan bergantung hidup kepada pencen daripada raja
atau kerja-kerja yang memberikan gaji yang tinggi.
• Pengikut-pengikut raja tidak mendapat pencen atau gaji melainkan
mereka tinggal di istana untuk tempoh masa yang lama.
• Golongan bangsawan banyak menghabiskan hidup mereka di istana
Versailes untuk mendapatkan sokongan.
• Kejayaan Louis XIV dibantu oleh Menteri Kewangannya,Jean Baptiste
Colbert(1619-1683).
• Melalui dasar-dasar Colbert,Perancis menjadi negara industri dan
berkuasa militer.
• Zaman Louis XIV dikenali zaman keemasan bagi kesusasteraan Perancis.
• Antara tokoh seni terkenal :- Racine dan Moliere.
7. • Mendapatkan bantuan Louvois untuk melakukan reformasi
ketenteraan.
• Menubuhkan angkatan tentera laut bagi menyekat penguasaan laut
oleh England.
• Mempunyai kawalan penuh ke atas angkatan tentera.
• Menghapuskan dominasi golongan bangsawan dalam bidang
ketenteraan dan memulakan kawalan langsung dalam bidang
ketenteraan.
• Pelantikan pegawai-pegawai tentera dilakukan berasakan merit.
• Kerajaan bertanggungjawab merekrut tentera,menyediakan
perumahan dan membekalkan makanan.
• Menyediakan angkatan tentera terdiri daripada 4000 tentera.
• Tentera Perancis muncul sebagai tentera terkuat di Eropah.
8. Melaksanakan dasar ekonomi merkantilisme.
Colbert memulakan industri baharu,memansuhkan tarif
tempatan,tol,mengurangkan kadar bunga ke atas hutang
kerajaan,mengawal upah dan harga barangan.
Dasar Colbert telah meningkatkan pendapatan kerajaan,tetapi
perbelanjaan untuk perang bertambah.
9. • Memaksa golongan Huguenot untuk menerima agama Katolik.
• Perjanjian Edict of Nantes (1598) :
(a) Memberi kebebasan kepada golongan Huguenot untuk menganuti
agama pilihan mereka.
(b) Berpeluang memegang jawatan dalam kerajaan.
• Tahun 1685,Louis XIV membatalkan Edicts of Nantes.
• Seramai 200 000 golongan Huguenot meninggalkan Perancis dan
berpindah ke England,Holand dan Amerika.
• Tindakan Louis XIV mendapat sokongan rakyat tempatan.