SlideShare a Scribd company logo
1 of 12
Konda- Kondi
Konda Kondi.Ape benda itu?.Binatang?.Bangunan?.Ataupun
makanan?.Erm.Konda Kondi itu sebenarnya adalah permainan tradisional
kita.Saya baru sahaja mengetahui bagaimana hendak bermain pemainan
tradisional ini.Ibu saya mengajar saya bagaimana hendak bermain permainan
ini.Kami sekeluarga bermain permainan ini di pantai petang tadi.Maklum lah.Cuti
sekolah.Jadi kami meluangkan masa lapang bersama keluarga dengan bermain
permainan tradisional.Saya rasa,ramai yang tidak tahu bagaimana hendak
bermain permainan ini.Jangan risau.Saya akan terangkan.

Konda- kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam
dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis
kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan
ini memerlukan kawasan lapang.Peralatan yang diperlukan adalah terdiri
daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua- dua
batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang
pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm
juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.Undian secara 'wan to som'
dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus
memainkan terlebih dahulu.

~Permainan Pertama

Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek
melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu
supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula
melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut
kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan
lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang
bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan,
tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana- mana ahli hendaklah
membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu
panjang.Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang
yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati.
Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang
atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan
mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu
mata.

~Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara,
kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak
tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.Sekali bagi pemain
lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata,
dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada
langkah pertama tadi.

~Permainan Ketiga

Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular.
Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung
kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu
pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul
kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang.
Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya.
Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini




KEMPLING: SATU KESENIAN JAWA DI JOHOR
Oleh HAI ROZZAMAN JALAL

DALAM masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan
kesenian ada pada masyarakat masing-masing.
  Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan
Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian
yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden.
    Banyak kesenian masyarakay Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit,
ketoprak, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi
baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada.
    Kesenian itu sesetengahnya masih hidup lagi terutama di kampung-
kampung yang dihuni oleh masyarakat Jawa di mana generasi tua masih ada.
     Kempling merupakan salah satu kesenian masyarakat Jawa yang telah
wujud sejak dahulu lagi dan kini hampir dilupakan oleh masyarakat itu sendiri
tanpa ada inisiatif untuk menghidupkannya agar tidak pupus dari ingatan
generasi yang ada.
     Kesenian kempling ini pada kebiasaannya dipersembahkan di majlis-majlis
keramaian seperti majlis berkhatan, perkahwinan, Maulidur Rasul, menyambut
kelahiran bayi, potong jambul dan sebagainya.
     Pada dasarnya, kumpulan kempling ini ditubuhkan sebagai kesenian
hiburan masyarakat Jawa kerana pada ketika itu tiada alat-alat hiburan seperti
radio dan televisyen.
Selain itu, dengan adanya kumpulan kempling di sesebuah kampung,
masyarakatnya sama ada golongan tua atau muda dapat disatukan dan
berkumpul mempelajari kesenian nenek moyang mereka.
     Permainan kempling ini mempunyai unsur-unsur keagamaan yang memuji-
muji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW.
     Nazam atau lirik bagi permainan kempling ini berpandukan kepada
berzanji atau rawi.
     Terdapat enam jenis alat permainan kempling yang mempunyai bunyi dan
fungsi yang berlainan.
     Alat-alat itu ialah jidur, gendang, karon, kempling dan dua buah kempol.
Kesemua alat-alat ini diperbuat dari kulit kambing manakala baluhnya
daripada kayu.
     Kombinasi keenam-enam alatan kempling ini melahirkan satu bunyian
yang indah dan menarik. Ada ketikanya, ia dapat didengar sehingga
beberapa kilometer terutama pada waktu malam.
     Bagi memulakan permainan kempling ini, bacaan surah al-Fatihah dan
selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dibaca terlebih dahulu. Kemudian
barulah dimulakan berpandukan bab-bab yang terdapat di dalam berzanji.
     Sebenarnya permainan kempling tiada had masa yang tertentu tetapi ia
memerlukan masa yang agak panjang bergantung kepada berapa lagu dan
bab di dalam berzanji.
     Pada kebiasaannya, permainan kempling ini dimainkan pada waktu
malam dan akan membawa ke pagi. Ia juga boleh dimainkan atau
dipersembahkan pada waktu siang atau malam mengikut kehendak tuan
rumah.
     Mereka akan bermain secara bergilir-gilir dan berjaga dari malam hingga
ke pagi atau dipanggil "lek-lek'an" dalam bahasa Jawa.
     Apabila sesebuah lagu atau bab selesai dimainkan, ia akan
diselangselikan dengan bacaan berzanji dan akan dimulakan semula apabila
bacaan satu bab berzanji tamat.
     Tuan rumah akan menyediakan hidangan kuih-muih dan minuman bagi
menghilangkan rasa mengantuk para pemain kempling.
     Permainan kempling ini akan ditamatkan dengan selawat ke atas Nabi
Muhammad SAW.
     Sebenarnya, kesenian kempling ini merupakan salah satu cara memuji-muji
Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh masyarakat Jawa dahulu
berpandukan berzanji.
     Masyarakat dahulu yang tinggal di desa-desa menggunakan kesenian
seumpama ini untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah sambil
berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu.
     Untuk itu, bagi memelihara kesenian tradisional ini agar ia terus wujud dan
kekal sebagai kesenian warisan, generasi muda perlulah berusaha untuk
mewarisinya.
Pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini perlu sama-sama
mengambil daya usaha tertentu demi kesinambungan kesenian tradisional ini
supaya tidak luput dibawa arus kemodenan dan kebudayaan liar.

[Dipetik dari akhbar TRAS, Jumaat, 28 Jun
1996]                                         ^



                             KEMPELINGAN
KEMPELINGAN satu lagi kesenian yang diwarisi dari masyarakat Jawa oleh
rakyat negeri Johor. Ia adalah sejenis permainan genderang mengiringi
bacaan rawi yang diambil dari berzanji sama ada bacaannya dalam bahasa
Arab (seperti dalam berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau bahasa Jawa.
  Pada asasnya, peralatan Kemplingan terdiri daripada tiga jenis alat iaitu
sebuah gendang, sebuah jidur dan empat buah kempeling yang bernada
berlainan. Ada yang menamakannya sebagai kempeling, tempong, kempol
dan piong. Namun pada masa ini, peralatan berkenaan sudah bertambah
dengan sepasang markas dan sebuah tambrin hingga menjadikan permainan
Kempelingan lebih rancak dan menarik.
  Rangka alat Kempelingan ini diperbuat daripada pungka (pangkal) batang
kelapa, batang cempedak, leban atau durian mengikut kesesuaiannya.
  Kawasan yang terdapat kumpulan Kempelingan ini kebanyakannya di
daerah Batu Pahat dan Muar. Pemainnya terdiri daripada 10 hingga 20 orang
dan ada juga kumpulan pemainnya mempunyai 23 orang.
  Selain daripada memain alat Kempelingan sebahagiannya adalah
pembaca rawi atau nazam berzanji. Masing-masing boleh bergilir ganti serta
permainan itu sering diadakan untuk memeriahkan majlis keagamaan seperti di
majlis kesyukuran, perkahwinan, potong jambul dan berkhatan.
  Ia juga berperanan seperti kompang untuk mengiringi perarakan pengantin.

[Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (30), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor,
2000]    ^



               KUMPULAN KEMPELINGAN TERTUA

KUMPULAN Kempelingan tertua di negeri Johor ialah Kumpulan Kempelingan
Kampung Parit Simpan, Senggarang, Batu Pahat.
  Ia ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Wak Taib, tokoh kempelingan yang
berasal dari Jawa.
Apabila kumpulan berkenaan tidak bergiat selama beberapa tahun
kemudiannya ia dipugar kembali oleh Saniman (ketua) dan Haji Marhaban
(penolong) dalam tahun 1930.
   Selepas itu Haji Marhaban Kasto (tokoh kesenian Kemplingan Johor) terus
mengasuh dan memimpin hingga menjadikan beliau adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap pembangunan kumpulan berkenaan.
   Peralatan yang digunakan oleh kumpulan ini adalah alat-alat yang berasas
sahaja iaitu sebuah jidur, sebuah gendang dan empat buah kempelingan yang
berlainan nada. Alat yang terpenting dalam permainan kempelingan ialah
jidur.
   Permainan ini sebenarnya mengiringi bacaan rawi dan nazam berzanji yang
dilagukan. Ia dibuat dalam bahasa Arab atau terjemahan ke bahasa Melayu.
   Bacaannya dikepalai oleh seorang ketua sebagai pelagu solo diiringi empat
hingga lima orang pembaca lain sebagai suara latarnya.
   Sekurang-kurangnya 18 lagu dapat dimainkan oleh kumpulan ini dalam satu-
satu persembahan.
   Kumpulan Kempelingan ini mempunyai 23 orang ahli dan pernah membuat
persembahan di luar negeri seperti di Pesta Kesenian Islam Berlin, Jerman.
   Pada tahun 1986, mereka sekali lagi dijemput membuat persembahan di
Perancis, Belanda dan Itali.

[Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (31), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor,
2000]    ^



                KEMPELINGAN DI PARIT SULONG
PARIT Sulong sebuah pekan kecil terletak di antara Muar (Bandar Maharani) -
Yong Peng dan Batu Pahat (Bandar Penggaram).
  Untuk ke pekan berkenaan dari arah Batu Pahat ia boleh dilalui menerusi
Jalan Parit Jalil atau Jalan Simpang Lima.
  Dengan memalui Jalan Simpang Lima, kita akan melintasi Kampung Parit
Lapis Maimon di mana sebuah kumpulan kempelingan boleh didapati.
  Kumpulan itu ditubuhkan sebelum merdeka (1955) dan tenaga pengajarnya
yang pertama ialah Jaafar Sulaiman.
  Kemudiannya ia dipimpin oleh Sulam Husain, Tusin Salamon dan Kasmi
Othman.
  Selain daripada membuat persembahan lagu-lagu rawi dan nazam berzanji
dalam bahasa Arab, kumpulan berkenaan juga boleh membuat persembahan
dalam bahasa Jawa.
  Ini menyebabkan ia banyak mendapat jemputan bermain terutama di
malam-malam rewang (gotong royong membuat persiapan jamuan) untuk
majlis kenduri atau walimah pada hari keesokannya.
sekurang-kurangnya empat hingga lima lagu dapat dipersembahkan dalam
sekali permainan.
  Peralatan kempelingan untuk kumpulan itu dibuat sendiri oleh seorang
penduduk tempatan, Shahan Sharif yang amat berpengalaman menukangi
alat-alat berkenaan.
  Jidurnya diperbuat daripada pangkal batang kelapa manakala gendang-
gendang yang lain (gendang, kempelingan, tepung, kempol dan piong)
diperbuat daripada batang cempedak.
  Usaha membuat alat-alat berkenaan memakan waktu yang agak lama
sehingga setengah tahun.

[Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (32), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor,
2000]    ^



              KUMPULAN KEMPELINGAN DI MUAR
SEKITAR daerah Muar, Johor terdapat beberapa kumpulan kempelingan seperti
di Kampung Parit Kemang, Parit Kasan, Parit Gani, Melayu Raya, Parit Satu dan
Parit Dua Sagil.
    Di Kampung Parit Kasan, kumpulan kempelingan ini disebut sebagai
perkumpulan 'kempeling' sahaja, pada hal 'kempeling' itu adalah satu
daripada alat yang digunakan.
    Kumpulan itu diketuai oleh Wahid Rebin dengan jurulatihnya Haji Tamyiz Alias.
    Pada tahun ini, kumpulan berkenaan tersenarai dalam Projek Pemuliharaan
Kesenian Kemplingan Johor.
    Peralatan yang digunakan terdiri daripada enam jenis alat tabuhan iaitu
jidur, gendang, kempeling, karon dan dua buah kempol.
    Karon memainkan nada untuk meningkah tiga peralatan lain: kempeling dan
dua buah kempol.
    Kombinasi keenam-enam peralatan ini dapat melahirkan irama yang
sungguh menarik untuk mengiringi bacaan rawi atau nazam petikan daripada
berzanji.
    Sebenarnya, untuk mempelajari kesenian kempelingan ini memakan waktu
yang agak panjang kerana setiap pemain diperlukan untuk menghayati rentak
irama, kaedah menabuh dan cara memasukkan lagu nazam atau bacaan
rawi.
    Seperti halnya, bermain kompang, kompang jidur atau mana-mana
genderang, kemasukan nada tingkah yang tidak tepat akan merosakkan irama
lagu yang dimainkan.
    Bagi seseorang ketua kumpulan, peningkahan nada alat-alat permainan
inilah yang sangat diperhatikan.
[Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (33), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor, 13 OGOS 2000]




       JIDUR                                     GENDANG
KEMPLING




  KEMPOL                                       KARON
BERZANJI
Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak
  perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara
              berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

 Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain
berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima
                          biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

  Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau
dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih.
 Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan
                                   tersebut dimainkan.

                                   Menentukan Giliran

  Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang
buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai
  pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan
   kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya
hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut
                            itu adalah dikira sebagai mata.

                                      Cara Bermain

 Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah
  yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan
sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau
                      peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Buah Satu

Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan
buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk
dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara
buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama
pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah
digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga
kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
Buah Dua

Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip
mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu
dilakukan.

Buah Tiga

Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji
buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah
serentak.

Buah Empat

Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama
hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan.

Buah Lima

Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan
tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah
baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja.

Buah Enam

Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji
buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi
buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga
selesai.

Buah Tujuh

Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih
berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah
hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji
disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah
hendaklah juga disambut.

Menimbang

Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk
mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama
seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah
yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara
mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya.

Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi
mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan
seterusnya sehingga mati.
Mati Permainan

Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan
mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau
semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati
(permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.




Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di
   luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang
            bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk.

Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari
                 bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga.

                                     Membuat Bola

 Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu
 ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang
  paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara
          4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat.

Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi
 ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi
dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan
 kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat.

                                     Cara Bermain

 Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran.
  Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu
     memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah
timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih
                                            dahulu.

 Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit
  kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan,
  jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih
               pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah.

 Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan
seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah
    jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah
    dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah
  menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka
                  denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat.

  Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap
pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya
  dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah
                           pemain tidak melebihi lima orang.

Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli.
Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu
                      kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki.

                                      Gelanggang

  Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan
     tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan
  menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang
induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan
                    ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan.

                                      Cara Bermain

Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam
 lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira
   sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua
                                hampir dan seterusnya.

Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan
bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua
 akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua
              pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya.

 Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli
 miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya
   sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini
                      memudahkan mereka mengawal permainan.

 Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran
  dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum
boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk
                                  pemain lain diberikan.

 Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga
                             semua pemain selesai giliran.

    Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata
 terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan
 semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain
      menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.

More Related Content

What's hot

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan bNur Dria
 
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKN
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKNBahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKN
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKNajelestari
 
T1 a1
T1 a1T1 a1
T1 a1yysy
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosionalWan Azmi
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7An Hawa
 

What's hot (6)

Contoh karangan b
Contoh karangan bContoh karangan b
Contoh karangan b
 
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKN
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKNBahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKN
Bahan Ajar & Materi Divisi Pendidikan Kelompok KKN
 
T1 a1
T1 a1T1 a1
T1 a1
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosional
 
Seni musik jawa barat angklung
Seni musik jawa barat angklungSeni musik jawa barat angklung
Seni musik jawa barat angklung
 
Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7Karangan kelas 6 a7
Karangan kelas 6 a7
 

Similar to Kondi

Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaBangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaHaslin Bahkiar
 
Falsafah-di-sebalik-kompang
Falsafah-di-sebalik-kompangFalsafah-di-sebalik-kompang
Falsafah-di-sebalik-kompangPendidikan
 
Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Yoga Yps
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]Seni musik jawa barat angklung [autosaved]
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]eliaferlanda
 
Budaya provinsi jawa timur
Budaya provinsi jawa timurBudaya provinsi jawa timur
Budaya provinsi jawa timurathifah_h
 
tugas zainia scarpbook.pptx
tugas zainia scarpbook.pptxtugas zainia scarpbook.pptx
tugas zainia scarpbook.pptxherry susanto
 

Similar to Kondi (20)

Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnyaBangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
Bangsa melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya
 
Seni musik jawa barat angklung
Seni musik jawa barat angklungSeni musik jawa barat angklung
Seni musik jawa barat angklung
 
Muzik ensembel sape dan jatung
Muzik ensembel sape dan jatungMuzik ensembel sape dan jatung
Muzik ensembel sape dan jatung
 
Falsafah-di-sebalik-kompang
Falsafah-di-sebalik-kompangFalsafah-di-sebalik-kompang
Falsafah-di-sebalik-kompang
 
Seni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten munaSeni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten muna
 
Seni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten munaSeni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten muna
 
Seni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten munaSeni budaya kabupaten muna
Seni budaya kabupaten muna
 
Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04Ilmu sosial dasar 1 ia04
Ilmu sosial dasar 1 ia04
 
Alat Musik Tradisional Nusantara
Alat Musik Tradisional NusantaraAlat Musik Tradisional Nusantara
Alat Musik Tradisional Nusantara
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
Kliping Tari Daerah Nusantara
Kliping Tari Daerah NusantaraKliping Tari Daerah Nusantara
Kliping Tari Daerah Nusantara
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
 
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]Seni musik jawa barat angklung [autosaved]
Seni musik jawa barat angklung [autosaved]
 
Budaya provinsi jawa timur
Budaya provinsi jawa timurBudaya provinsi jawa timur
Budaya provinsi jawa timur
 
GENDERANG SISIBAH.pptx
GENDERANG SISIBAH.pptxGENDERANG SISIBAH.pptx
GENDERANG SISIBAH.pptx
 
tugas zainia scarpbook.pptx
tugas zainia scarpbook.pptxtugas zainia scarpbook.pptx
tugas zainia scarpbook.pptx
 
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten munaDaftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
 
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten munaDaftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
 
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten munaDaftar kebudayaan di kabupaten muna
Daftar kebudayaan di kabupaten muna
 
Alatmusik tradisional nusantara
Alatmusik tradisional nusantaraAlatmusik tradisional nusantara
Alatmusik tradisional nusantara
 

Kondi

  • 2. Konda Kondi.Ape benda itu?.Binatang?.Bangunan?.Ataupun makanan?.Erm.Konda Kondi itu sebenarnya adalah permainan tradisional kita.Saya baru sahaja mengetahui bagaimana hendak bermain pemainan tradisional ini.Ibu saya mengajar saya bagaimana hendak bermain permainan ini.Kami sekeluarga bermain permainan ini di pantai petang tadi.Maklum lah.Cuti sekolah.Jadi kami meluangkan masa lapang bersama keluarga dengan bermain permainan tradisional.Saya rasa,ramai yang tidak tahu bagaimana hendak bermain permainan ini.Jangan risau.Saya akan terangkan. Konda- kondi juga dikenali sebagai Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikir arah yang selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan. Permainan ini memerlukan kawasan lapang.Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua- dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.Undian secara 'wan to som' dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. ~Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana- mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. ~Permainan Kedua
  • 3. Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. ~Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini KEMPLING: SATU KESENIAN JAWA DI JOHOR Oleh HAI ROZZAMAN JALAL DALAM masyarakat majmuk di negara kita, pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian ada pada masyarakat masing-masing. Kedatangan masyarakat Jawa ke tanah air kita terutamanya di selatan Semenanjung beberapa kurun yang lalu telah membawa banyak kesenian yang kini hampir dilupakan, dibawa oleh arus kemewahan teknologi moden. Banyak kesenian masyarakay Jawa seperti kuda kepang, wayang kulit, ketoprak, barongan, pencak silat dan kempling hampir dilupakan oleh generasi baru kerana usaha-usaha untuk memeliharanya tiada. Kesenian itu sesetengahnya masih hidup lagi terutama di kampung- kampung yang dihuni oleh masyarakat Jawa di mana generasi tua masih ada. Kempling merupakan salah satu kesenian masyarakat Jawa yang telah wujud sejak dahulu lagi dan kini hampir dilupakan oleh masyarakat itu sendiri tanpa ada inisiatif untuk menghidupkannya agar tidak pupus dari ingatan generasi yang ada. Kesenian kempling ini pada kebiasaannya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian seperti majlis berkhatan, perkahwinan, Maulidur Rasul, menyambut kelahiran bayi, potong jambul dan sebagainya. Pada dasarnya, kumpulan kempling ini ditubuhkan sebagai kesenian hiburan masyarakat Jawa kerana pada ketika itu tiada alat-alat hiburan seperti radio dan televisyen.
  • 4. Selain itu, dengan adanya kumpulan kempling di sesebuah kampung, masyarakatnya sama ada golongan tua atau muda dapat disatukan dan berkumpul mempelajari kesenian nenek moyang mereka. Permainan kempling ini mempunyai unsur-unsur keagamaan yang memuji- muji kebesaran Allah SWT dan Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW. Nazam atau lirik bagi permainan kempling ini berpandukan kepada berzanji atau rawi. Terdapat enam jenis alat permainan kempling yang mempunyai bunyi dan fungsi yang berlainan. Alat-alat itu ialah jidur, gendang, karon, kempling dan dua buah kempol. Kesemua alat-alat ini diperbuat dari kulit kambing manakala baluhnya daripada kayu. Kombinasi keenam-enam alatan kempling ini melahirkan satu bunyian yang indah dan menarik. Ada ketikanya, ia dapat didengar sehingga beberapa kilometer terutama pada waktu malam. Bagi memulakan permainan kempling ini, bacaan surah al-Fatihah dan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dibaca terlebih dahulu. Kemudian barulah dimulakan berpandukan bab-bab yang terdapat di dalam berzanji. Sebenarnya permainan kempling tiada had masa yang tertentu tetapi ia memerlukan masa yang agak panjang bergantung kepada berapa lagu dan bab di dalam berzanji. Pada kebiasaannya, permainan kempling ini dimainkan pada waktu malam dan akan membawa ke pagi. Ia juga boleh dimainkan atau dipersembahkan pada waktu siang atau malam mengikut kehendak tuan rumah. Mereka akan bermain secara bergilir-gilir dan berjaga dari malam hingga ke pagi atau dipanggil "lek-lek'an" dalam bahasa Jawa. Apabila sesebuah lagu atau bab selesai dimainkan, ia akan diselangselikan dengan bacaan berzanji dan akan dimulakan semula apabila bacaan satu bab berzanji tamat. Tuan rumah akan menyediakan hidangan kuih-muih dan minuman bagi menghilangkan rasa mengantuk para pemain kempling. Permainan kempling ini akan ditamatkan dengan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Sebenarnya, kesenian kempling ini merupakan salah satu cara memuji-muji Nabi Muhammad SAW yang dilakukan oleh masyarakat Jawa dahulu berpandukan berzanji. Masyarakat dahulu yang tinggal di desa-desa menggunakan kesenian seumpama ini untuk memupuk semangat kerjasama dan muhibah sambil berbincang mengenai masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung itu. Untuk itu, bagi memelihara kesenian tradisional ini agar ia terus wujud dan kekal sebagai kesenian warisan, generasi muda perlulah berusaha untuk mewarisinya.
  • 5. Pihak yang bertanggungjawab dalam bidang ini perlu sama-sama mengambil daya usaha tertentu demi kesinambungan kesenian tradisional ini supaya tidak luput dibawa arus kemodenan dan kebudayaan liar. [Dipetik dari akhbar TRAS, Jumaat, 28 Jun 1996] ^ KEMPELINGAN KEMPELINGAN satu lagi kesenian yang diwarisi dari masyarakat Jawa oleh rakyat negeri Johor. Ia adalah sejenis permainan genderang mengiringi bacaan rawi yang diambil dari berzanji sama ada bacaannya dalam bahasa Arab (seperti dalam berzanji), bahasa Melayu (terjemahan) atau bahasa Jawa. Pada asasnya, peralatan Kemplingan terdiri daripada tiga jenis alat iaitu sebuah gendang, sebuah jidur dan empat buah kempeling yang bernada berlainan. Ada yang menamakannya sebagai kempeling, tempong, kempol dan piong. Namun pada masa ini, peralatan berkenaan sudah bertambah dengan sepasang markas dan sebuah tambrin hingga menjadikan permainan Kempelingan lebih rancak dan menarik. Rangka alat Kempelingan ini diperbuat daripada pungka (pangkal) batang kelapa, batang cempedak, leban atau durian mengikut kesesuaiannya. Kawasan yang terdapat kumpulan Kempelingan ini kebanyakannya di daerah Batu Pahat dan Muar. Pemainnya terdiri daripada 10 hingga 20 orang dan ada juga kumpulan pemainnya mempunyai 23 orang. Selain daripada memain alat Kempelingan sebahagiannya adalah pembaca rawi atau nazam berzanji. Masing-masing boleh bergilir ganti serta permainan itu sering diadakan untuk memeriahkan majlis keagamaan seperti di majlis kesyukuran, perkahwinan, potong jambul dan berkhatan. Ia juga berperanan seperti kompang untuk mengiringi perarakan pengantin. [Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (30), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor, 2000] ^ KUMPULAN KEMPELINGAN TERTUA KUMPULAN Kempelingan tertua di negeri Johor ialah Kumpulan Kempelingan Kampung Parit Simpan, Senggarang, Batu Pahat. Ia ditubuhkan pada tahun 1924 oleh Wak Taib, tokoh kempelingan yang berasal dari Jawa.
  • 6. Apabila kumpulan berkenaan tidak bergiat selama beberapa tahun kemudiannya ia dipugar kembali oleh Saniman (ketua) dan Haji Marhaban (penolong) dalam tahun 1930. Selepas itu Haji Marhaban Kasto (tokoh kesenian Kemplingan Johor) terus mengasuh dan memimpin hingga menjadikan beliau adalah orang yang bertanggungjawab terhadap pembangunan kumpulan berkenaan. Peralatan yang digunakan oleh kumpulan ini adalah alat-alat yang berasas sahaja iaitu sebuah jidur, sebuah gendang dan empat buah kempelingan yang berlainan nada. Alat yang terpenting dalam permainan kempelingan ialah jidur. Permainan ini sebenarnya mengiringi bacaan rawi dan nazam berzanji yang dilagukan. Ia dibuat dalam bahasa Arab atau terjemahan ke bahasa Melayu. Bacaannya dikepalai oleh seorang ketua sebagai pelagu solo diiringi empat hingga lima orang pembaca lain sebagai suara latarnya. Sekurang-kurangnya 18 lagu dapat dimainkan oleh kumpulan ini dalam satu- satu persembahan. Kumpulan Kempelingan ini mempunyai 23 orang ahli dan pernah membuat persembahan di luar negeri seperti di Pesta Kesenian Islam Berlin, Jerman. Pada tahun 1986, mereka sekali lagi dijemput membuat persembahan di Perancis, Belanda dan Itali. [Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (31), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor, 2000] ^ KEMPELINGAN DI PARIT SULONG PARIT Sulong sebuah pekan kecil terletak di antara Muar (Bandar Maharani) - Yong Peng dan Batu Pahat (Bandar Penggaram). Untuk ke pekan berkenaan dari arah Batu Pahat ia boleh dilalui menerusi Jalan Parit Jalil atau Jalan Simpang Lima. Dengan memalui Jalan Simpang Lima, kita akan melintasi Kampung Parit Lapis Maimon di mana sebuah kumpulan kempelingan boleh didapati. Kumpulan itu ditubuhkan sebelum merdeka (1955) dan tenaga pengajarnya yang pertama ialah Jaafar Sulaiman. Kemudiannya ia dipimpin oleh Sulam Husain, Tusin Salamon dan Kasmi Othman. Selain daripada membuat persembahan lagu-lagu rawi dan nazam berzanji dalam bahasa Arab, kumpulan berkenaan juga boleh membuat persembahan dalam bahasa Jawa. Ini menyebabkan ia banyak mendapat jemputan bermain terutama di malam-malam rewang (gotong royong membuat persiapan jamuan) untuk majlis kenduri atau walimah pada hari keesokannya.
  • 7. sekurang-kurangnya empat hingga lima lagu dapat dipersembahkan dalam sekali permainan. Peralatan kempelingan untuk kumpulan itu dibuat sendiri oleh seorang penduduk tempatan, Shahan Sharif yang amat berpengalaman menukangi alat-alat berkenaan. Jidurnya diperbuat daripada pangkal batang kelapa manakala gendang- gendang yang lain (gendang, kempelingan, tepung, kempol dan piong) diperbuat daripada batang cempedak. Usaha membuat alat-alat berkenaan memakan waktu yang agak lama sehingga setengah tahun. [Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (32), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor, 2000] ^ KUMPULAN KEMPELINGAN DI MUAR SEKITAR daerah Muar, Johor terdapat beberapa kumpulan kempelingan seperti di Kampung Parit Kemang, Parit Kasan, Parit Gani, Melayu Raya, Parit Satu dan Parit Dua Sagil. Di Kampung Parit Kasan, kumpulan kempelingan ini disebut sebagai perkumpulan 'kempeling' sahaja, pada hal 'kempeling' itu adalah satu daripada alat yang digunakan. Kumpulan itu diketuai oleh Wahid Rebin dengan jurulatihnya Haji Tamyiz Alias. Pada tahun ini, kumpulan berkenaan tersenarai dalam Projek Pemuliharaan Kesenian Kemplingan Johor. Peralatan yang digunakan terdiri daripada enam jenis alat tabuhan iaitu jidur, gendang, kempeling, karon dan dua buah kempol. Karon memainkan nada untuk meningkah tiga peralatan lain: kempeling dan dua buah kempol. Kombinasi keenam-enam peralatan ini dapat melahirkan irama yang sungguh menarik untuk mengiringi bacaan rawi atau nazam petikan daripada berzanji. Sebenarnya, untuk mempelajari kesenian kempelingan ini memakan waktu yang agak panjang kerana setiap pemain diperlukan untuk menghayati rentak irama, kaedah menabuh dan cara memasukkan lagu nazam atau bacaan rawi. Seperti halnya, bermain kompang, kompang jidur atau mana-mana genderang, kemasukan nada tingkah yang tidak tepat akan merosakkan irama lagu yang dimainkan. Bagi seseorang ketua kumpulan, peningkahan nada alat-alat permainan inilah yang sangat diperhatikan.
  • 8. [Dipetik dari Kuiz Warisan Johor (33), Berita Minggu & Yayasan Warisan Johor, 13 OGOS 2000] JIDUR GENDANG KEMPLING KEMPOL KARON BERZANJI
  • 9. Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Kanak-kanak perempuan gemar memainkannya secara individu dan kebiasaannya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih. Guli kaca, biji getah, ketulan batu kerikil sederhana besar atau ketulan-ketulan objek lain berbentuk bulat biasanya digunakan oleh kanak-kanak dalam permainan ini sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah. Permainan ini sering dimainkan diwaktu lapang, di serambi rumah, di dalam rumah atau dimana sahaja yang mereka gemari dengan memerlukan permukaan yang rata dan bersih. Para pemain hendaklah duduk di atas lantai, dengan cara begini memudahkan permainan tersebut dimainkan. Menentukan Giliran Sebelum permainan dimulakan, seorang demi seorang pemain dikehendaki menimbang buah, bagi mendapatkan mata sebagai penentuan siapa yang akan bermain dahulu sebagai pemain pertama, kedua, ketiga dan seterusnya. Cara menimbang buah adalah dengan kesemua buah diletakkan di atas tapak tangan dan dilambung keudara, kemudiannya hendaklah disambut pula dengan belakang tapak tangan. Jumlah buah yang dapat disambut itu adalah dikira sebagai mata. Cara Bermain Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepada peringkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh. Buah Satu Kesemua buah hendaklah diselerakkan dengan cara menabur di atas lantai, berkeadaan buah-buah itu tidak bersentuhan antara satu dengan yang lain. Sebiji buah diambil untuk dijadikan ibu, dan ibu hendaklah dilambungkan keudara, dalam masa yang sama sementara buah ibu masih berada diudara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu, apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan yang sebelah lagi. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut.
  • 10. Buah Dua Cara buah dua dimainkan adalah serupa seperti buah satu, tetapi buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak, ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Buah tiga pula terdapat sedikit perbezaan. Langkah pertama adalah dengan mengutip sebiji buah dahulu, pada lambungan kali kedua pemain hendaklah mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Diperingkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Buah Enam Ditahap buah enam terdapat perbezaan, ianya juga dinamakan buah tukar dimana dua biji buah dijadikan buah ibu. Apabila sebiji daripadanya dilambungkan ke udara maka sebiji lagi buah ibu itu hendaklah ditukarkan dengan buah lain yang terdapat di atas lantai, sehingga selesai. Buah Tujuh Buah tujuh adalah urutan dari peringkat permainan buah enam. Dua biji buah yang masih berada di dalam tangan hendaklah dilambungkan serantak. Sementera itu sebiji buah hendaklah dikutip. Buah ibu hendaklah disambut dengan kedua belah tangan, sebiji disebelah kanan dan sebiji lagi disebelah kiri. Pada buah ibu yang terakhir dilambungkah hendaklah juga disambut. Menimbang Setelah selesai kesemua peringkat dilalui, pemain hendaklah menimbang buah untuk mendapatkan mata. Menimbang buah diperingkat ini ada dua kaedah. Cara pertama sama seperti permulaan menentukan pemain, mata dikira hanya mengikut bilangan biji buah yang dapat ditimbang. Tetapi jika buah yang ditimbang itu disambut dengan cara mencangkuk, maka mata dikira sekali ganda dari jumlah biji buah yang dapat disambutnya. Sekiranya pemain dapat bermain sehingga keperingkat menimbang dengan memperolehi mata, maka pemain tersebut boleh meneruskan permainan semula, buah satu dan seterusnya sehingga mati.
  • 11. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan ditamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya. Permainan ini dikenali juga sebagai sepak bulu ayam, sebuyam atau chapteh. Dimainkan di luar rumah oleh kanak-kanak lelaki seramai dua atau lebih. Jika terdapat ramai yang bermain, kumpulan dengan terdiri beberapa orang boleh dibentuk. Permainan ini adalah seperti permainan sepak raga, tetapi bola yang digunakan adalah dari bulu ayam yang telah dibentuk seperti sejambak bunga. Membuat Bola Beberapa bahan asas diperlukan bagi membuat bola bulu ayam ini. Beberapa helai bulu ayam yang terdapat pada ekor atau kepak ayam (tidak kurang dari tiga helai). Sebatang paku sederhana besar, kepingan tiub tayar yang telah dibentuk bulat berukuran antara 4sm. garispusat dan getah skrap atau getah gelang sebagai pengikat. Beberapa keping getah tiub yang telah dibentuk bulat hendaklah dicucok paku menembusi ditengah-tengahnya. Lima helai bulu ayam sama panjang dilekatkan disekeliling paku tadi dan diikat dengan getah sekrap atau getah gelang dengan kemas. Jika untuk mendapatkan kekemasan bola tersebut sejenis gam yang kuat boleh digunakan sebelum ikatan dibuat. Cara Bermain Sebelum permainan dimulakan undian dijalankan terbelih dahulu bagi menentukan giliran. Undian secara lai lai li tam plong untuk semua pemain bagi menentukan siapa yang perlu memulakan terlebih dahulu mengikut gilirannya. Penentuan mata samada jumlah timbangan terbanyak atau penetapan jumlah mata tertentu juga harus dipersetujui terlebih dahulu. Pemain disyaratkan menimbang bola bulu ayam tersebut dengan menggunakan tepi tumit kaki (tepi kaki sebelah dalam) sahaja atau juga dengan lutut. Sepakan tidak dibenarkan, jika dilakukan oleh pemain, ia dikira mati dan giliran pemain seterusnya mengambil alih pula. Permainan juga dikira mati sekiranya bola jatuh ketanah. Mata dikira dengan cara, pemain mestilah menimbang bola tanpa henti atau mati dengan seberapa banyak timbangan yang dapat dilakukan. Pemain yang mendapat mata terendah jumlah timbangan dikira kalah, dan ia akan dikenakan denda. Pemain yang kalah dikehendaki melambungkan bola kepada pemenang, dan pemenang pula mestilah menimbang bola sebanyak tiga kali, sekiranya pemenang gagal berbuat demikian maka denda terhadap pemain yang kalah akan dikira tamat. Pusingan seterusnya boleh dilakukan beberapa kali, pemain yang memenangi disetiap pusingan atau jumlah kemenangan banyak kali dan melebihi dari yang lainnya dikira juara.
  • 12. Permainan guli ialah melontarkan guli dengan tepat mengenai sasarannya. Ia biasanya dimainkan oleh kanak-kanak lelaki berumur antara tujuh dan dua belas tahun. Jumlah pemain tidak melebihi lima orang. Kawasan tanah rata dan lapang adalah gelanggang yang sesuai untuk tempat bermain guli. Biji guli yang digunakan untuk permainan ini adalah jenis guli yang diperbuat daripada batu kapur, berwarna putih dan sebesar ibu jari kaki. Gelanggang Satu bulatan dilukiskan di atas tanah berukuran garispusat 1m. Ditengah-tengah bulatan tersebut dilekukkan sebuah lubang sebesar 10sm. lebar dan sedalam 7sm. dengan menggunakan tumit kaki yang dihentakkan ketanah. Lubang tersebut dinamakan lubang induk. Satu garisan lurus dibina dengan jarak 3m. daripada garisan besar tersebut. Garisan ini adalah sebagai penanda mula tempat permainan. Cara Bermain Untuk memulakan permainan setiap pemain hendaklah meleretkan biji guli masuk ke dalam lubang induk. Guli yang masuk ke dalam lubang induk atau yang terhampir adalah dikira sebagai pemain yang pertama memulakan permainan dan diikuti oleh guli-guli kedua hampir dan seterusnya. Pemain pertama akan menjentik gulinya kepada semua guli yang berada di dalam kawasan bulatan agar terkeluar. Sekiranya jentikan tidak mengena ia dikira mati dan pemain kedua akan membuat jentikan kepada guli-guli yang ada, begitulah seterusnya sehingga semua pemain selesai membuat jentikan ke atas guli pemain lainnya. Pemain boleh melepaskan gilirannya tetapi dengan syarat, ia mestilah memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu. Pemain akan memastikan guli miliknya sentiasa berada berhampiran dengan lubang induk setiap kali jentikan dilakukan. Ini memudahkan mereka mengawal permainan. Setiap pertukaran giliran kepada pemain berikutnya, pemain yang mengambil alih giliran dikehendaki memasukkan guli miliknya ke dalam lubang induk terlebih dahulu sebelum boleh menjetik guli lawan. Sekiranya guli tidak masuk ke dalam lubang induk, giliran untuk pemain lain diberikan. Kiraan mata berdasarkan banyaknya jumlah jentikan dibuat terhadap guli lawan sehingga semua pemain selesai giliran. Dua cara dendaan akan dikenakan terhadap pemain yang memungut jumlah mata terendah. Pemain yang kalah akan memasukkan guli miliknya kedalam lubang induk dan semua pemain akan memangkah guli tersebut. Cara kedua adalah dengan setiap pemain menjentik sekali seorang ke atas guli yang kalah itu jauh dari kawasan bulatan.