Modul ini merangkumkan 6 modul utama mengenai Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Ia membincangkan pengenalan pengajian ketamadunan, konsep dan ciri tamadun, serta interaksi antara tamadun. Modul ini juga meninjau tamadun Islam, Melayu, India, dan Cina dari segi sejarah, budaya, agama, dan falsafah. Modul terakhir membincangkan konsep dialog antara tamadun untuk memahami perbezaan dan mencapai penghargaan bersama
1. UW00202
TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)
PUSAT PENATARAN ILMU DAN BAHASA
DISUSUN OLEH
DR ABD HAKIM MOHAD
DG.HAFIZAH AG.BASIR
2. PRAKATA
Modul yang dihasilkan ini adalah berasaskan kepada modul kursus Tamadun Islam dan
Tamadun Asia (TITAS) oleh Kementerian Pengajian Tinggi. Ia telah diadaptasi
sedemikian rupa agar lebih sesuai dengan keperluan untuk Program Pengijazahan Guru
(PPG), di Universiti Malaysia Sabah. Adalah diharapkan agar modul ini dapat membantu
para pelajar untuk mengikuti kursus ini dengan lebih baik.
Perlu dijelaskan di sini bahawa kursus ini mempunyai matlamat yang sangat
murni, iaitu untuk melahirkan insan yang bukan sahaja dapat menghargai tamadunnya
sendiri, tetapi juga mempunyai sikap hormat kepada tamadun orang lain. Dalam
kehidupan di dunia global yang kompleks dan penuh kerencaman ini, kita tidak punya
pilihan lain melainkan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain.
Mempelajari dan mendalami tamadun orang lain dapat menghindarkan diri kita
daripada sikap bersangka buruk dan prejudis. Sekiranya wujud pertikaian dalam
kehidupan ini, ia perlu diuruskan dengan berhikmah. Sekurang-kurangnya kita dapat
mencapai kata sepakat, “Bersetuju untuk tidak bersetuju”.
Akhir kata, setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam
penyediaan modul ini,sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tahniah juga
saya ucapkan kepada semua pihak yang telah memberi ruang untuk kursus TITAS ini
bertapak. Semoga segala usaha yang dicurahkan dapat memberi manfaat dalam
membina masyarakat yang bertamadun.
Dr. Abd Hakim Mohad
Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa
Universiti Malaysia Sabah.
3. ISI KANDUNGAN
Prakata
Isi Kandungan
Pengenalan Modul UW00202 Tamadun Islam dan Tamadun Asia
Modul 1 :Pengajian Ketamadunan
Unit 1 Pengenalan Pengajian Ketamadunan
Unit 2 Pandangan Semesta dalam Ketamadunan
Unit 3 Takrif, Ciri dan Konsep Tamadun
Unit 4 Model Peradaban: Teori Kelahiran, Perkembangan Dan Kejatuhan
Tamadun
Unit 5 Interaksi dan Persamaan Antara Tamadun
Modul 2 :Tamadun Islam
Unit 1 Pengenalan
Unit 2 Asas Tamadun
Unit 3 Prinsip Syariah Dalam Tamadun Islam
Unit 4 Konsep Tamadun Islam
Unit 5 Sumber Tamadun Islam
Unit 6 Pandangan SEmesta Tamadun Islam
Unit 7 Keutamaan Jihad Dalam Islam
Modul 3 : Tamadun Melayu
Unit 1 Pengenalan
Unit 2 Konsep Melayu
Unit 3 Sejarah Dan Latar Belakang Tamadun Melau
Unit 4 Pandangan Semesta Tamadun Melayu
Unit 5 Peranan Tamadun Melayu Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia
Modul 4 : Tamadun India
Unit 1 Pengenalan
Unit 2 Konsep Melayu
Unit 3 Masyarakat dan Budaya Dalam Tamadun India
Unit 4 Agama Dan Falsafah Dalam Tamadun India
Unit 5 Pencapaian Tamadun India
4. Modul 5 : Tamadun Cina
Unit 1 Pengenalan
Unit 2 Konsep Tamadun Cina
Unit 3 Pandangan Semesta Tamadun Cina
Unit 4 Pencapaian Tamadun Cina
Modul 6 :
Unit 1
Unit 2
Unit 3
Unit 4
Bibliografi
Lampiran
Pengenalan
Konsep Dialog
Matlamat Dialog
Isu-isu Dialog Dalam Tamadun