SlideShare a Scribd company logo
1 of 10
Halangan Pemikiran Kreatif Dalaman Dan Stail Pemikiran Minda
                        Guru Pelatih KDPM Semester 3

                                         oleh

                                  Chua Yan Piaw
                                Jabatan Penyelidikan
                             Maktab Perguruan Ilmu Khas
                                   Kuala Lumpur

                                     ABSTRAK

       Tujuan kajian deskriptif ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Halangan
       pemikiran kreatif dalaman, dan 2) Stail pemikiran minda bagi sekumpulan
       guru pelatih KDPM Semester Tiga dari Maktab Perguruan Ilmu Khas
       (N=224).      Tiga Instrumen digunakan dalam kajian ini. Instrumen-
       instrumen“The Story-Writing Test” dan “The Two Strings Test” (Dacey,
       1989) digunakan untuk mengenal pasti halangan pemikiran kreatif
       dalaman subjek, manakala Instrumen Yanpiaw Stail Pemikiran Otak
       (Ybrains) digunakan untuk mengenal pasti stail pemikiran minda subjek.
       Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti subjek mempunyai stail
       pemikiran otak kiri yang memusat kepada pemikiran lojik, rasional dan
       sistematik. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa keupayaan
       pemikiran kreatif majoriti subjek (87.95%) dihalang secara serius oleh
       salah satu halangan pemikiran kreatif dalaman, iaitu ketetapan ransangan.
       Hasil kajian memberi implikasi bahawa pensyarah-pensyarah bagi
       kumpulan guru pelatih ini seharusnya membimbing mereka untuk melepasi
       halangan dalaman ini, sebelum berusaha untuk memupuk keupayaan
       pemikiran kreatif dalam mereka.

                                LATAR BELAKANG

Manusia bertindak secara berbeza terhadap situasi-situasi tidak menentu (ambiguous
situations), iaitu situasi yang menyebabkan ketegangan pemikiran kepada seseorang
individu, dan menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kreatif. Beberapa orang
penulis dan pengaji (Sarnoff & Cole, 1983 dan Torrance, 1984) berpendapat bahawa
keupayaan untuk terus berfikir secara terbuka dan bebas semasa berdepan dengan situasi-
situasi tidak menentu adalah tanda bagi personaliti pemikiran kreatif.

Halangan pemikiran kreatif boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu halangan pemikiran
kreatif luaran dan halangan pemikiran kreatif dalaman. Menurut Dacey (1989), dua jenis
halangan pemikiran kreatif dalaman yang menghalang manusia daripada terus berfikir
secara bebas dan terbuka semasa berdepan dengan situasi-situasi tidak menentu ini ialah
ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi.

Dacey (1989) mendefinisi ketetapan ransangan sebagai keadaan di mana seseorang yang
berdepan dengan ransangan tertentu akan hanya dapat menumpukan perhatian kepada
ransangan tersebut, sehingga tidak dapat membuka mindanya secara kreatif, untuk
memikirkan perkara-perkara selain daripada ransangan tersebut. Halangan ketetapan
ransangan inilah yang menyebabkan seseorang itu hilang pemikiran kreatif semasa
berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menentu. Di samping itu, hasil kajian yang
dilakukan oleh Dacey (1989) ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan
bahawa hampir 75% daripada pemikiran pelajar-pelajar tersebut kaku dan tidak dapat
berfikir secara kreatif kerana faktor ketetapan ransangan. Beliau mengulas bahawa
pemikiran pelajar-pelajar tersebut terkongkong dengan ransangan di depan mereka,
sehingga tidak dapat memikir maklumat-maklumat lain secara kreatif. Torrance (1984)
menyifatkan keadaan ini sebagai “penutupan pra-matang”, iaitu salah satu halangan di
mana seseorang itu tidak dapat membuka atau membebaskan pemikirannya, dan memikir
lebih daripada rangsangan yang dihadapinya. Ketetapan fungsi pula didefinasi sebagai
keadaan di mana seseorang tidak berupaya membuka minda untuk berfikir lebih daripada
fungsi objek tertentu. Hasil kajian Dacey (1989) menunjukkan bahawa majoriti subjek
kajiannya, iaitu pelajar sekolah menengah kurang kreatif di sebabkan oleh halangan
ketetapan fungsi.

Di Malaysia, kajian Chua (2002) menunjukkan bahawa min skor piawai bagi indeks
pemikiran kreatif segolongan pelajar sekolah menengah Malaysia adalah lebih rendah
berbanding dengan min skor piawai bagi indeks pemikiran kreatif segolongan pelajar
Amerika Syarikat yang sama umur.

Di samping itu, beberapa penulis dan pengaji (Norrizan, 2000; Kim dan Michael, 1995)
berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan kurikulum di sekolah pada masa kini lebih
mementingkan kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang “berorientasikan otak
kiri”, yang mementingkan proses menghafal, pemikiran konvergen, dan yang berpatuh
kepada arahan dan keinginan para guru di sekolah. Torrance & Sato (1979) pula
berpendapat bahawa hemisfera kiri dan hemisfera kanan adalah bahagian-bahagian otak
yang berfungsi bersama-sama untuk memproses maklumat, dan kedua-duanya diperlukan
untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. William (1983) mengatakan bahawa manusia
mempunyai dua hemisfera otak tetapi sistem pendidikan lazimnya beroperasi seolah-olah
kita hanya mempunyai satu otak sahaja, dan ini secara tidak langsung menjadi penghalang
kepada pemikiran kreatif.

Sehubungan ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti halangan-
halangan pemikiran kreatif dalaman dan stail pemikiran minda sekumpulan guru pelatih
maktab perguruan.

                                 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti 1) Halangan pemikiran kreatif dalaman
guru-guru pelatih dari segi: a) ketetapan ransangan dan b) ketetapan fungsi., dan 2) Stail
pemikiran minda bagi sekumpulan guru pelatih.


                                        KAEDAH

Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan data-data kuantitatif dan
kualitatif.

Subjek Kajian
Subjek kajian ini terdiri daripada seramai 224 orang guru pelatih semester 3 (ambilan
Januari 2002) Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

Instrumen Kajian

Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini.

Instrumen yang pertama ialah “The Story-Writing Test” (Dacey, 1989). Instrumen ini
merupakan ujian kertas-pensil yang mengandungi gambar seekor kucing yang sedang
memandang ke arah sebuah segi empat (Lampiran B). Subjek diminta menulis cerita
pendek yang menarik dan luar biasa, yang orang lain tidak terpikir. Instrumen ini
digunakan untuk mengumpul maklumat tentang halangan pemikiran kreatif dalaman, iaitu
ketetapan ransangan.

Instrumen yang kedua ialah “The Two Strings Test” (Dacey, 1989). Instrumen ini
merupakan ujian kertas-pensil yang mengandungi gambar seorang pemuda yang sebelah
tangannya memegang tali yang diikat pada siling bilik, dan sebelah tangannya ingin
mencapai tali yang jauh darinya (Lampiran C). Subjek kajian diminta untuk membantu
pemuda menyelesaikan masalah dengan menggunakan sebuah alat perangkap tikus.
Instrumen ini digunakan untuk mengumpul maklumat tentang halangan pemikiran kreatif
dalaman, iaitu ketetapan fungsi.

Instrumen yang ketiga ialah Yanpiaw Stail Pemikiran Otak (YBRAINS, Chua, 2001) yang
digunakan untuk mengumpul maklumat tentang stail pemikiran otak subjek. YBRAINS
dibina berdasarkan hasil-hasil kajian hemisferisiti otak. Ia merupakan ujian kertas-pensil
yang mengandungi 40 item. Setiap item tersebut mempunyai pilihan-pilihan stail
pemikiran otak kiri dan otak kanan.

Prosedur Kajian

Subjek kajian menjawab soalan-soalan dalam tiga-tiga instrumen kajian dalam kelas
secara individu di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah yang mengajar kelas-kelas
yang berkenaan. Masa yang diperuntukan untuk setiap instrumen pertama dan instrumen
kedua ialah 8 minit, manakala masa yang diperuntukkan untuk instrumen ketiga ialah 30
minit.

Analisis Data

Disebabkan kajian ini merupakan kajian deskriptif, data bagi halangan pemikiran kreatif,
iaitu ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi dijadualkan berdasarkan frekuensi dan
peratusan. Data tersebut juga dianalisis secara kualitatif, dimana jawapan-jawapan pelajar
dihuraikan berdasarkan kepada definasi ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi. Bagi
stail pemikiran minda, data (stail otak kiri, otak kanan dan seluruh otak) yang
dikumpulkan dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan.
DAPATAN KAJIAN

1. Halangan Pemikiran Kreatif Dalaman

Frekuensi dan peratusan bagi halangan pemikiran kreatif dalaman subjek berdasarkan
ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi ditunjukkan dalam Jadual 1 (Lampiran A).

Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 87.95% daripada subjek kajian mengalami
halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan ransangan dan 3.13% daripada subjek
mempunyai masalah halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan fungsi. Hasil kajian
ini menunjukkan bahawa ketetapan ransangan merupakan halangan pemikiran kreatif
dalaman yang dihadapi oleh majoriti subjek kajian. Walau bagaimanapun, hanya
sekumpulan kecil sahaja subjek kajian yang mengalami masalah ketetapan fungsi.

Ketetapan Ransangan

Apabila cerita-cerita pendek subjek dinalisis secara kuantitatif, didapati bahawa kebanyak
subjek hanya dapat menulis cerita yang berpusatkan garis segiempat dalam gambar
tersebut. Contoh-contoh cerita pendek yang mewakili kumpulan subjek ini ialah:

       “Di dalam kotak itu terdapat makanan. Seekor kucing terbau ikan goreng tersebut
dan cuba mendekati kotak tersebut. Tapi malangnya kucing itu tidak dapat buka kotak
itu…” (subjek 22)

        “Kucing berlari dengan pantas. Matanya melihat ke arah sekeliling. Ada sebuah
kotak terletak di depannya. Kucing membuka kotak dan seekor tikus sedang tidur di dalam
kotak itu…” (subjek 25)

       “Suatu hari kucing ternampak satu lubang di dinding rumah tuannya. Kucing ingin
melihat apa yang ada di dalamnya. Lalu kucing itu memerhati di depan lubang itu sambil
menunggu, tiba-tiba seekor tikus melompat keluar…” (subjek 8)

        “Seekor kucing ingin mencari kawannya yang telah lama hilang. Ketika ia
berjalan-jalan mencari kawannya yang hilang itu, ia ternampak sebuah kotak yang sangat
besar. Ia cuba membukanya tetapi tidak boleh kerana kotak itu terlalu berat…” (subjek
117)

        Data kajian jelas menunjukkan bahawa keupayaan subjek-subjek di atas untuk
berfikir secara terbuka dan bebas semasa berdepan dengan situasi-situasi tidak menentu
adalah rendah. Kelemahan ini (pemikiran terkongkong dengan segiempat dalam gambar
yang mewakili situasi tidak menentu) adalah halangan mereka untuk berfikir secara kreatif
sebelum berupaya menghasilkan idea yang unik.

        Contoh-contoh cerita pendek yang ditulis oleh kumpulan subjek kedua, yang
bebas daripada ketetapan ransangan adalah seperti berikut:

       “Pada satu malam yang sunyi. Saya merasa letih dan tertidur di atas katil. Saya
membuat satu mimpi yang aneh. Di dalam mimpi saya, seekor kucing yang badannya
berbulu kuning sedang kelaparan. Ia mencari makanan di sekeliling rumah tuannya dan
akhirnya berjumpa dengan seekor ikan di atas meja. Semasa kucing itu ingin memakan
ikan itu, ia nampak seekor kucing lain yang lapar dan sakit. Ia teringat ibunya yang baik
hati dan sering menolong kucing-kucing lain yang memerlukan bantuan…” (subjek 34)

        “Kamal ialah seorang pelukis. Pada satu hari, kamal melukis sebuah gambar yang
cantik (gambar seekor kucing seperti dalam gambar di atas). Kamal mewarnanya dengan
warna yang cantik. Dia ingin menjual lukisan ini kepada tuan punya sebuah restoran,
tetapi tuan punya restoran tidak mahu membeli lukisan itu kerana tidak faham apa maksud
lukisan itu. Kamal menjelaskan bahawa lukisan itu akan membawa tuah kepada tuan
punya restoran kerana kucing dalam gambar itu mewakili pelanggan yang sangat berminat
dengan makanan restorannya, dan jika lukisan itu digantung pada dinding restoran,
peniagaan restoran akan bertambah baik…” (subjek 77)

Perbezaan kedua-dua jenis contoh cerita di atas ialah cerita kumpulan pertama mengarang
cerita seolah-olah terdapat arahan bahawa cerita tersebut harus berpusat kepada garis
segiempat dalam gambar tersebut. Di bawah keadaan begini, pemikiran mereka adalah
terkongkong dan tidak dapat menghasilkan cerita yang luar biasa dan unik. Pemikiran
mereka terhalang dan tidak dapat berkembang secara kreatif. Walau bagaimanapun,
cerita kumpulan yang kedua tidak terkongkong dengan garis segi empat dalam gambar,
tetapi menggunakan seluruh gambar atau unsur-unsur dalam gambar sebagai tanda asas
untuk dikembangkan menjadi cerita baru yang lebih bebas dan unik. Pemikiran mereka
tidak terhalang dengan ketetapan ransangan.

Ketetapan Fungsi

Data kajian dalam Jadual 1 (Lampiran A) jelas menunjukkan bahawa hanya sebilangan
kecil (3.13%) daripada guru-guru pelatih tidak dapat menyelesaikan masalah (berdepan
dengan situasi tidak tetap) secara kreatif, kerana mereka tidak dapat membayangkan
bagaimana perangkap tikus digunakan untuk fungsi lain selain daripada fungsinya yang
asalnya. Guru-guru pelatih ini mencadangkan supaya perangkap tikus digunakan untuk
menangkap tikus dan menggunakan tikus untuk membantu pemuda mencapai kedua-dua
tali tersebut.

Walau bagaimanapun, kebanyakan subjek dapat berfikir secara lojik dan rasional, dengan
menggunakan konsep tarikan graviti (berat perangkap), menghayung perangkap yang
diikat dengan tali B untuk mencapai tali A.

2. Stail Pemikiran Minda

Taburan frekuensi dan peratusan stail pemikiran minda pelajar-pelajar dipamerkan dalam
Jadual 2 (Lampiran A). Didapati bahawa kebanyakan pelajar cenderung menggunakan
otak kiri untuk berfikir (otak kiri 63.4%; otak kanan 30.8%; dan seluruh otak 5.8%).

                                  PERBINCANGAN

Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan (87.95%) guru-guru pelatih mangalami
masalah ketetapan rangsangan. Mereka tidak berupaya menentang kecenderungan untuk
menumpukan perhatian kepada ransangan sahaja apabila berhadapan dengan keadaan-
keadaan tidak menentu. Keadaan ini merupakan halangan kepada pemikiran kreatif
dalaman yang menyekat pemikiran mereka daripada berfungsi secara kreatif.

Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian Dacey (1989), yang mendapati bahawa 75%
daripada subjek kajiannya menghadapi masalah ketetapan ransangan.           Keadaan ini
mungkin disebabkan oleh sistem pendidikan di sekolah yang secara langsung atau tidak
langsung menekankan pemikiran yang berorientasikan “sistematik, lojik, dan berstruktur”.
Pelajar-pelajar diajar supaya mengikut arahan selangkah demi selangkah dan berfikir
secara lojik sejak mereka masuk ke sekolah (Hart, 1983). Penekanan ini secara tidak
langsung akan melatih mereka untuk memusat dan melihat setiap ransangan dari satu
perspektif sahaja. Penekanan sebegini hanya meningkatkan keupayaan lojik pelajar, tetapi
sebaliknya melenyapkan pemikiran kreatif mereka.

Dapatan kajian ini seterusnya disokong oleh data kajian tentang ketetapan fungsi, di mana
kebanyakan guru pelatih dapat berfikir secara lojik, dengan menggunakan konsep-konsep
sains, iaitu tarikan graviti (berat perangkap tikus) dan ayunan tali dan pemberat untuk
menyelesaikan masalah dalam ujian dua tali. Mereka dapat melihat fungsi perangkap
tikus sebagai pemberat, tetapi bukan fungsi-fungsi lain yang luar biasa. Dapatan kajian ini
juga disokong oleh data dalam jadual 2, yang menunjukkan bahawa kebanyakkan guru
pelatih ini cenderung menggunakan otak kiri yang memusatkan kepada pemikiran lojik,
rasional dan sistematik untuk berfikir.

Walau bagaimanapun, hasil kajian tentang ketetapan fungsi ini tidak selaras dengan
dapatan kajian Dacey (1989). Ketidakselarasan kedua-dua kajian ini mungkin dapat
menjelaskan hasil kajian Chua (2002), yang menunjukkan bahawa min skor piawai indeks
pemikiran kreatif pelajar Malaysia lebih rendah berbanding dengan min skor piawai
indeks pemikiran kreatif pelajar Amerika Syarikat yang sama umur.

                            IMPLIKASI DAN CADANGAN

Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa guru-guru pelatih dalam kajian ini menghadapi
masalah ketetapan ransangan semasa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menentu.
Untuk membebaskan guru-guru pelatih daripada halangan pemikiran kreatif ini, adalah
dicadangkan supaya para pensyarah menyedarkan guru-guru pelatih tentang halangan
pemikiran kreatif dalaman mereka, dan menjelaskan keadaan semula jadi proses pemikiran
kreatif, di samping menyediakan persekitaran yang membenarkan pemikiran kreatif
kepada mereka. Ini dapat membantu mereka menyingkirkan halangan pemikiran dalaman
mereka, iaitu ketetapan ransangan, sebelum keupayaan pemikiran kreatif mereka
diperkembangkan.

                                        RUJUKAN
Chua, Y. P. 2002. Corak pembelajaran dan pemikiran, keupayaan kreatif pelajar, dan cara
       penilaian guru Pendidikan seni ke atas hasil kerja pelajar. Kertas kerja dibentang di
       Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan JPPG 2002, Alor Setar, Kedah.

Dacey, J. S. 1989. Fundamentals of creative thinking. New York: Lexington Books.

Hart, L. A. 1983. Human brain and human learning. New York: Longman.
Kim, J. and Michael, W. B. 1995. The relationship of creativity measures to school achievement
        and to preferred learning and thinking style in a sample of Korean high school students.
        Educational and Psychological Measurement 55 (1), 60-74.

Norrizan, R. 2000. More than passing exams. The Sun. April 22, 2000, p16.

Sarnoff & Cole, 1983. Creative and personal growth. Journal of Creative behaviour. 1983, 17(2),
        95-102

Torrance, E. P. 1984. TTCT streamlined (revised) manual including norm and direction for
       administrating and scoring Figural A and B. Lexington, Mass: Personal Press/Ginn and
       company

Torrance, E. P. and Sato, S. 1979. Difference in Japanese and United States styles of thinking.
       Creative Child and Adult Quarterly, 4, 145-151.

Williams, L. V. 1983. A Guide to Right/Left Brain Education: Teaching for the Two Sides Mind.
       Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.




                                        Lampiran A




Jadual 1:      Frekuensi dan peratusan bagi halangan pemikiran kreatif dalaman subjek

                                       Halangan Pemikiran Kreatif

       Ujian             Ketetapan Ransangan                   Ketetapan Fungsi

                       Frekuensi        Peratusan         Frekuensi         Peratusan
  “The Story-
 Writing Test”            197             87.95                -                  -
    (N=224)
   “The Two
 Strings Test”             -                  -               7                 3.13
    (N=224)




Jadual 2:      Stail pemikiran minda subjek

Stail Pemikiran Minda                Bilangan (N=224)                   Peratus

Kiri                                        142                          63.4
Kanan             69        30.8
Seluruh Otak      13         5.8




               Lampiran B
Ujian Menulis Cerita



Tulis sebuah cerita pendek tentang gambar di sebelah atas. Fikirkan sebuah cerita yang

menarik, yang orang lain tidak terpikir.

                                                                                (8 minit)




                                       Lampiran C



                                      Ujian Dua Tali

Bagaimana anda membantu orang dalam gambar di bawah mencapai tali A (di sebelah

kiri), supaya dia boleh mengikat kedua-dua hujung tali A dan B? Untuk membantu orang

itu, anda diberi sebuah perangkap tikus (trap).
(8 Minit)

More Related Content

What's hot

Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_edited
Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_editedModul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_edited
Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_editedNor Mah
 
Kaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasiKaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasiSyahremie Teja
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1v ong
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifshare with me
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Amira Farhanah
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 

What's hot (7)

Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_edited
Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_editedModul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_edited
Modul pgsr penyelidikan_tindakani_pra3113_9dec2011_edited
 
Konsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah PenyelidikanKonsep & Kaedah Penyelidikan
Konsep & Kaedah Penyelidikan
 
Kaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasiKaedah penyelidikan komunikasi
Kaedah penyelidikan komunikasi
 
Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1Pkp 3133-tutorial-1
Pkp 3133-tutorial-1
 
Penyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatifPenyelidikan kualitatif
Penyelidikan kualitatif
 
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
Nota penyelidikan tindakan 1 (bab 1 3,14,15)
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 

Viewers also liked

Kertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarKertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarMails Riduan
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitianggerikvilla
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiOsni Osman
 
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-KanakMetodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-KanakLaili Farhana M.I.
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
Teknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifTeknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifMazmon Mahmud
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananSyahremie Teja
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasiWanBK Leo
 
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiMohd Helmi Md Suhaimi
 
Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2inatunyusof
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidikZainal Mohd
 
International Business Strategy Coca-Cola.
International Business Strategy Coca-Cola.International Business Strategy Coca-Cola.
International Business Strategy Coca-Cola.Sanjay Vaid (MLE℠)
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 

Viewers also liked (19)

Kertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarKertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminar
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Emk kreativiti
Emk kreativitiEmk kreativiti
Emk kreativiti
 
Buku panduan kreativiti
Buku panduan kreativitiBuku panduan kreativiti
Buku panduan kreativiti
 
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-KanakMetodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
Metodologi: Analisis Kreativiti dan Kemahiran Kanak-Kanak
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Modul Mengelola peralatan kantor
Modul Mengelola peralatan kantorModul Mengelola peralatan kantor
Modul Mengelola peralatan kantor
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
Teknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatifTeknik pemikiran kreatif
Teknik pemikiran kreatif
 
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawananKreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
Kreativiti dan inovasi dalam keusahawanan
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
 
Kertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminarKertas cadangan seminar
Kertas cadangan seminar
 
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & InovasiProposal Kursus Kreativiti & Inovasi
Proposal Kursus Kreativiti & Inovasi
 
Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2Model dan teori perkembangan k2
Model dan teori perkembangan k2
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
International Business Strategy Coca-Cola.
International Business Strategy Coca-Cola.International Business Strategy Coca-Cola.
International Business Strategy Coca-Cola.
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 

Similar to Contoh kertas kerja 2

Similar to Contoh kertas kerja 2 (20)

Ulasan jurnal
Ulasan jurnalUlasan jurnal
Ulasan jurnal
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitifTeori teori pembelajaran sosial dan kognitif
Teori teori pembelajaran sosial dan kognitif
 
08 isi pelajaran_-_topik_1
08 isi pelajaran_-_topik_108 isi pelajaran_-_topik_1
08 isi pelajaran_-_topik_1
 
Interactive activity
Interactive activityInteractive activity
Interactive activity
 
projek penyelidikkan
projek penyelidikkan projek penyelidikkan
projek penyelidikkan
 
Kps penting
Kps pentingKps penting
Kps penting
 
Luas dan perimeter
Luas dan perimeterLuas dan perimeter
Luas dan perimeter
 
Boneka
BonekaBoneka
Boneka
 
Bloom
BloomBloom
Bloom
 
taksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohltaksonomi bloom dan domain krathwohl
taksonomi bloom dan domain krathwohl
 
Taksonomi dan domain
Taksonomi dan domainTaksonomi dan domain
Taksonomi dan domain
 
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematikKemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pentaksiran matematik
 
K tokt18
K tokt18K tokt18
K tokt18
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
Kbkk
KbkkKbkk
Kbkk
 
Kbkk
KbkkKbkk
Kbkk
 
Kem menaakul
Kem menaakulKem menaakul
Kem menaakul
 
Soalan erc431
Soalan erc431Soalan erc431
Soalan erc431
 
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).pptBab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
Bab 1 (Pengenalan kepada Penyelidikan Pend).ppt
 

More from Cahaya Yahya

More from Cahaya Yahya (6)

Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2Mengenal pecahan 2
Mengenal pecahan 2
 
EQUIVALENT FRACTIONS
EQUIVALENT FRACTIONSEQUIVALENT FRACTIONS
EQUIVALENT FRACTIONS
 
pecahan setara
pecahan setarapecahan setara
pecahan setara
 
pecahan setara
pecahan setarapecahan setara
pecahan setara
 
Membandingkanpecahan
MembandingkanpecahanMembandingkanpecahan
Membandingkanpecahan
 
Mengenal pecahan
Mengenal pecahanMengenal pecahan
Mengenal pecahan
 

Recently uploaded

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 

Recently uploaded (13)

PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 

Contoh kertas kerja 2

  • 1. Halangan Pemikiran Kreatif Dalaman Dan Stail Pemikiran Minda Guru Pelatih KDPM Semester 3 oleh Chua Yan Piaw Jabatan Penyelidikan Maktab Perguruan Ilmu Khas Kuala Lumpur ABSTRAK Tujuan kajian deskriptif ini ialah untuk mengenal pasti: 1) Halangan pemikiran kreatif dalaman, dan 2) Stail pemikiran minda bagi sekumpulan guru pelatih KDPM Semester Tiga dari Maktab Perguruan Ilmu Khas (N=224). Tiga Instrumen digunakan dalam kajian ini. Instrumen- instrumen“The Story-Writing Test” dan “The Two Strings Test” (Dacey, 1989) digunakan untuk mengenal pasti halangan pemikiran kreatif dalaman subjek, manakala Instrumen Yanpiaw Stail Pemikiran Otak (Ybrains) digunakan untuk mengenal pasti stail pemikiran minda subjek. Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti subjek mempunyai stail pemikiran otak kiri yang memusat kepada pemikiran lojik, rasional dan sistematik. Keputusan kajian juga menunjukkan bahawa keupayaan pemikiran kreatif majoriti subjek (87.95%) dihalang secara serius oleh salah satu halangan pemikiran kreatif dalaman, iaitu ketetapan ransangan. Hasil kajian memberi implikasi bahawa pensyarah-pensyarah bagi kumpulan guru pelatih ini seharusnya membimbing mereka untuk melepasi halangan dalaman ini, sebelum berusaha untuk memupuk keupayaan pemikiran kreatif dalam mereka. LATAR BELAKANG Manusia bertindak secara berbeza terhadap situasi-situasi tidak menentu (ambiguous situations), iaitu situasi yang menyebabkan ketegangan pemikiran kepada seseorang individu, dan menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kreatif. Beberapa orang penulis dan pengaji (Sarnoff & Cole, 1983 dan Torrance, 1984) berpendapat bahawa keupayaan untuk terus berfikir secara terbuka dan bebas semasa berdepan dengan situasi- situasi tidak menentu adalah tanda bagi personaliti pemikiran kreatif. Halangan pemikiran kreatif boleh dibahagi kepada dua jenis, iaitu halangan pemikiran kreatif luaran dan halangan pemikiran kreatif dalaman. Menurut Dacey (1989), dua jenis halangan pemikiran kreatif dalaman yang menghalang manusia daripada terus berfikir secara bebas dan terbuka semasa berdepan dengan situasi-situasi tidak menentu ini ialah ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi. Dacey (1989) mendefinisi ketetapan ransangan sebagai keadaan di mana seseorang yang berdepan dengan ransangan tertentu akan hanya dapat menumpukan perhatian kepada ransangan tersebut, sehingga tidak dapat membuka mindanya secara kreatif, untuk memikirkan perkara-perkara selain daripada ransangan tersebut. Halangan ketetapan
  • 2. ransangan inilah yang menyebabkan seseorang itu hilang pemikiran kreatif semasa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menentu. Di samping itu, hasil kajian yang dilakukan oleh Dacey (1989) ke atas sekumpulan pelajar sekolah menengah menunjukkan bahawa hampir 75% daripada pemikiran pelajar-pelajar tersebut kaku dan tidak dapat berfikir secara kreatif kerana faktor ketetapan ransangan. Beliau mengulas bahawa pemikiran pelajar-pelajar tersebut terkongkong dengan ransangan di depan mereka, sehingga tidak dapat memikir maklumat-maklumat lain secara kreatif. Torrance (1984) menyifatkan keadaan ini sebagai “penutupan pra-matang”, iaitu salah satu halangan di mana seseorang itu tidak dapat membuka atau membebaskan pemikirannya, dan memikir lebih daripada rangsangan yang dihadapinya. Ketetapan fungsi pula didefinasi sebagai keadaan di mana seseorang tidak berupaya membuka minda untuk berfikir lebih daripada fungsi objek tertentu. Hasil kajian Dacey (1989) menunjukkan bahawa majoriti subjek kajiannya, iaitu pelajar sekolah menengah kurang kreatif di sebabkan oleh halangan ketetapan fungsi. Di Malaysia, kajian Chua (2002) menunjukkan bahawa min skor piawai bagi indeks pemikiran kreatif segolongan pelajar sekolah menengah Malaysia adalah lebih rendah berbanding dengan min skor piawai bagi indeks pemikiran kreatif segolongan pelajar Amerika Syarikat yang sama umur. Di samping itu, beberapa penulis dan pengaji (Norrizan, 2000; Kim dan Michael, 1995) berpendapat bahawa kaedah pengajaran dan kurikulum di sekolah pada masa kini lebih mementingkan kaedah pengajaran, pembelajaran dan penilaian yang “berorientasikan otak kiri”, yang mementingkan proses menghafal, pemikiran konvergen, dan yang berpatuh kepada arahan dan keinginan para guru di sekolah. Torrance & Sato (1979) pula berpendapat bahawa hemisfera kiri dan hemisfera kanan adalah bahagian-bahagian otak yang berfungsi bersama-sama untuk memproses maklumat, dan kedua-duanya diperlukan untuk menyelesaikan masalah secara kreatif. William (1983) mengatakan bahawa manusia mempunyai dua hemisfera otak tetapi sistem pendidikan lazimnya beroperasi seolah-olah kita hanya mempunyai satu otak sahaja, dan ini secara tidak langsung menjadi penghalang kepada pemikiran kreatif. Sehubungan ini, kajian ini bertujuan untuk meneroka dan mengenalpasti halangan- halangan pemikiran kreatif dalaman dan stail pemikiran minda sekumpulan guru pelatih maktab perguruan. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini ialah untuk mengenalpasti 1) Halangan pemikiran kreatif dalaman guru-guru pelatih dari segi: a) ketetapan ransangan dan b) ketetapan fungsi., dan 2) Stail pemikiran minda bagi sekumpulan guru pelatih. KAEDAH Kajian ini merupakan kajian deskriptif yang menggunakan data-data kuantitatif dan kualitatif. Subjek Kajian
  • 3. Subjek kajian ini terdiri daripada seramai 224 orang guru pelatih semester 3 (ambilan Januari 2002) Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Instrumen Kajian Tiga instrumen digunakan dalam kajian ini. Instrumen yang pertama ialah “The Story-Writing Test” (Dacey, 1989). Instrumen ini merupakan ujian kertas-pensil yang mengandungi gambar seekor kucing yang sedang memandang ke arah sebuah segi empat (Lampiran B). Subjek diminta menulis cerita pendek yang menarik dan luar biasa, yang orang lain tidak terpikir. Instrumen ini digunakan untuk mengumpul maklumat tentang halangan pemikiran kreatif dalaman, iaitu ketetapan ransangan. Instrumen yang kedua ialah “The Two Strings Test” (Dacey, 1989). Instrumen ini merupakan ujian kertas-pensil yang mengandungi gambar seorang pemuda yang sebelah tangannya memegang tali yang diikat pada siling bilik, dan sebelah tangannya ingin mencapai tali yang jauh darinya (Lampiran C). Subjek kajian diminta untuk membantu pemuda menyelesaikan masalah dengan menggunakan sebuah alat perangkap tikus. Instrumen ini digunakan untuk mengumpul maklumat tentang halangan pemikiran kreatif dalaman, iaitu ketetapan fungsi. Instrumen yang ketiga ialah Yanpiaw Stail Pemikiran Otak (YBRAINS, Chua, 2001) yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang stail pemikiran otak subjek. YBRAINS dibina berdasarkan hasil-hasil kajian hemisferisiti otak. Ia merupakan ujian kertas-pensil yang mengandungi 40 item. Setiap item tersebut mempunyai pilihan-pilihan stail pemikiran otak kiri dan otak kanan. Prosedur Kajian Subjek kajian menjawab soalan-soalan dalam tiga-tiga instrumen kajian dalam kelas secara individu di bawah pengawasan pensyarah-pensyarah yang mengajar kelas-kelas yang berkenaan. Masa yang diperuntukan untuk setiap instrumen pertama dan instrumen kedua ialah 8 minit, manakala masa yang diperuntukkan untuk instrumen ketiga ialah 30 minit. Analisis Data Disebabkan kajian ini merupakan kajian deskriptif, data bagi halangan pemikiran kreatif, iaitu ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan. Data tersebut juga dianalisis secara kualitatif, dimana jawapan-jawapan pelajar dihuraikan berdasarkan kepada definasi ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi. Bagi stail pemikiran minda, data (stail otak kiri, otak kanan dan seluruh otak) yang dikumpulkan dijadualkan berdasarkan frekuensi dan peratusan.
  • 4. DAPATAN KAJIAN 1. Halangan Pemikiran Kreatif Dalaman Frekuensi dan peratusan bagi halangan pemikiran kreatif dalaman subjek berdasarkan ketetapan ransangan dan ketetapan fungsi ditunjukkan dalam Jadual 1 (Lampiran A). Hasil kajian menunjukkan bahawa sebanyak 87.95% daripada subjek kajian mengalami halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan ransangan dan 3.13% daripada subjek mempunyai masalah halangan pemikiran kreatif dari segi ketetapan fungsi. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa ketetapan ransangan merupakan halangan pemikiran kreatif dalaman yang dihadapi oleh majoriti subjek kajian. Walau bagaimanapun, hanya sekumpulan kecil sahaja subjek kajian yang mengalami masalah ketetapan fungsi. Ketetapan Ransangan Apabila cerita-cerita pendek subjek dinalisis secara kuantitatif, didapati bahawa kebanyak subjek hanya dapat menulis cerita yang berpusatkan garis segiempat dalam gambar tersebut. Contoh-contoh cerita pendek yang mewakili kumpulan subjek ini ialah: “Di dalam kotak itu terdapat makanan. Seekor kucing terbau ikan goreng tersebut dan cuba mendekati kotak tersebut. Tapi malangnya kucing itu tidak dapat buka kotak itu…” (subjek 22) “Kucing berlari dengan pantas. Matanya melihat ke arah sekeliling. Ada sebuah kotak terletak di depannya. Kucing membuka kotak dan seekor tikus sedang tidur di dalam kotak itu…” (subjek 25) “Suatu hari kucing ternampak satu lubang di dinding rumah tuannya. Kucing ingin melihat apa yang ada di dalamnya. Lalu kucing itu memerhati di depan lubang itu sambil menunggu, tiba-tiba seekor tikus melompat keluar…” (subjek 8) “Seekor kucing ingin mencari kawannya yang telah lama hilang. Ketika ia berjalan-jalan mencari kawannya yang hilang itu, ia ternampak sebuah kotak yang sangat besar. Ia cuba membukanya tetapi tidak boleh kerana kotak itu terlalu berat…” (subjek 117) Data kajian jelas menunjukkan bahawa keupayaan subjek-subjek di atas untuk berfikir secara terbuka dan bebas semasa berdepan dengan situasi-situasi tidak menentu adalah rendah. Kelemahan ini (pemikiran terkongkong dengan segiempat dalam gambar yang mewakili situasi tidak menentu) adalah halangan mereka untuk berfikir secara kreatif sebelum berupaya menghasilkan idea yang unik. Contoh-contoh cerita pendek yang ditulis oleh kumpulan subjek kedua, yang bebas daripada ketetapan ransangan adalah seperti berikut: “Pada satu malam yang sunyi. Saya merasa letih dan tertidur di atas katil. Saya membuat satu mimpi yang aneh. Di dalam mimpi saya, seekor kucing yang badannya berbulu kuning sedang kelaparan. Ia mencari makanan di sekeliling rumah tuannya dan
  • 5. akhirnya berjumpa dengan seekor ikan di atas meja. Semasa kucing itu ingin memakan ikan itu, ia nampak seekor kucing lain yang lapar dan sakit. Ia teringat ibunya yang baik hati dan sering menolong kucing-kucing lain yang memerlukan bantuan…” (subjek 34) “Kamal ialah seorang pelukis. Pada satu hari, kamal melukis sebuah gambar yang cantik (gambar seekor kucing seperti dalam gambar di atas). Kamal mewarnanya dengan warna yang cantik. Dia ingin menjual lukisan ini kepada tuan punya sebuah restoran, tetapi tuan punya restoran tidak mahu membeli lukisan itu kerana tidak faham apa maksud lukisan itu. Kamal menjelaskan bahawa lukisan itu akan membawa tuah kepada tuan punya restoran kerana kucing dalam gambar itu mewakili pelanggan yang sangat berminat dengan makanan restorannya, dan jika lukisan itu digantung pada dinding restoran, peniagaan restoran akan bertambah baik…” (subjek 77) Perbezaan kedua-dua jenis contoh cerita di atas ialah cerita kumpulan pertama mengarang cerita seolah-olah terdapat arahan bahawa cerita tersebut harus berpusat kepada garis segiempat dalam gambar tersebut. Di bawah keadaan begini, pemikiran mereka adalah terkongkong dan tidak dapat menghasilkan cerita yang luar biasa dan unik. Pemikiran mereka terhalang dan tidak dapat berkembang secara kreatif. Walau bagaimanapun, cerita kumpulan yang kedua tidak terkongkong dengan garis segi empat dalam gambar, tetapi menggunakan seluruh gambar atau unsur-unsur dalam gambar sebagai tanda asas untuk dikembangkan menjadi cerita baru yang lebih bebas dan unik. Pemikiran mereka tidak terhalang dengan ketetapan ransangan. Ketetapan Fungsi Data kajian dalam Jadual 1 (Lampiran A) jelas menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil (3.13%) daripada guru-guru pelatih tidak dapat menyelesaikan masalah (berdepan dengan situasi tidak tetap) secara kreatif, kerana mereka tidak dapat membayangkan bagaimana perangkap tikus digunakan untuk fungsi lain selain daripada fungsinya yang asalnya. Guru-guru pelatih ini mencadangkan supaya perangkap tikus digunakan untuk menangkap tikus dan menggunakan tikus untuk membantu pemuda mencapai kedua-dua tali tersebut. Walau bagaimanapun, kebanyakan subjek dapat berfikir secara lojik dan rasional, dengan menggunakan konsep tarikan graviti (berat perangkap), menghayung perangkap yang diikat dengan tali B untuk mencapai tali A. 2. Stail Pemikiran Minda Taburan frekuensi dan peratusan stail pemikiran minda pelajar-pelajar dipamerkan dalam Jadual 2 (Lampiran A). Didapati bahawa kebanyakan pelajar cenderung menggunakan otak kiri untuk berfikir (otak kiri 63.4%; otak kanan 30.8%; dan seluruh otak 5.8%). PERBINCANGAN Hasil kajian menunjukkan bahawa kebanyakan (87.95%) guru-guru pelatih mangalami masalah ketetapan rangsangan. Mereka tidak berupaya menentang kecenderungan untuk menumpukan perhatian kepada ransangan sahaja apabila berhadapan dengan keadaan-
  • 6. keadaan tidak menentu. Keadaan ini merupakan halangan kepada pemikiran kreatif dalaman yang menyekat pemikiran mereka daripada berfungsi secara kreatif. Hasil kajian ini selaras dengan dapatan kajian Dacey (1989), yang mendapati bahawa 75% daripada subjek kajiannya menghadapi masalah ketetapan ransangan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh sistem pendidikan di sekolah yang secara langsung atau tidak langsung menekankan pemikiran yang berorientasikan “sistematik, lojik, dan berstruktur”. Pelajar-pelajar diajar supaya mengikut arahan selangkah demi selangkah dan berfikir secara lojik sejak mereka masuk ke sekolah (Hart, 1983). Penekanan ini secara tidak langsung akan melatih mereka untuk memusat dan melihat setiap ransangan dari satu perspektif sahaja. Penekanan sebegini hanya meningkatkan keupayaan lojik pelajar, tetapi sebaliknya melenyapkan pemikiran kreatif mereka. Dapatan kajian ini seterusnya disokong oleh data kajian tentang ketetapan fungsi, di mana kebanyakan guru pelatih dapat berfikir secara lojik, dengan menggunakan konsep-konsep sains, iaitu tarikan graviti (berat perangkap tikus) dan ayunan tali dan pemberat untuk menyelesaikan masalah dalam ujian dua tali. Mereka dapat melihat fungsi perangkap tikus sebagai pemberat, tetapi bukan fungsi-fungsi lain yang luar biasa. Dapatan kajian ini juga disokong oleh data dalam jadual 2, yang menunjukkan bahawa kebanyakkan guru pelatih ini cenderung menggunakan otak kiri yang memusatkan kepada pemikiran lojik, rasional dan sistematik untuk berfikir. Walau bagaimanapun, hasil kajian tentang ketetapan fungsi ini tidak selaras dengan dapatan kajian Dacey (1989). Ketidakselarasan kedua-dua kajian ini mungkin dapat menjelaskan hasil kajian Chua (2002), yang menunjukkan bahawa min skor piawai indeks pemikiran kreatif pelajar Malaysia lebih rendah berbanding dengan min skor piawai indeks pemikiran kreatif pelajar Amerika Syarikat yang sama umur. IMPLIKASI DAN CADANGAN Hasil kajian ini memberi implikasi bahawa guru-guru pelatih dalam kajian ini menghadapi masalah ketetapan ransangan semasa berdepan dengan situasi-situasi yang tidak menentu. Untuk membebaskan guru-guru pelatih daripada halangan pemikiran kreatif ini, adalah dicadangkan supaya para pensyarah menyedarkan guru-guru pelatih tentang halangan pemikiran kreatif dalaman mereka, dan menjelaskan keadaan semula jadi proses pemikiran kreatif, di samping menyediakan persekitaran yang membenarkan pemikiran kreatif kepada mereka. Ini dapat membantu mereka menyingkirkan halangan pemikiran dalaman mereka, iaitu ketetapan ransangan, sebelum keupayaan pemikiran kreatif mereka diperkembangkan. RUJUKAN Chua, Y. P. 2002. Corak pembelajaran dan pemikiran, keupayaan kreatif pelajar, dan cara penilaian guru Pendidikan seni ke atas hasil kerja pelajar. Kertas kerja dibentang di Seminar Kebangsaan Profesion Perguruan JPPG 2002, Alor Setar, Kedah. Dacey, J. S. 1989. Fundamentals of creative thinking. New York: Lexington Books. Hart, L. A. 1983. Human brain and human learning. New York: Longman.
  • 7. Kim, J. and Michael, W. B. 1995. The relationship of creativity measures to school achievement and to preferred learning and thinking style in a sample of Korean high school students. Educational and Psychological Measurement 55 (1), 60-74. Norrizan, R. 2000. More than passing exams. The Sun. April 22, 2000, p16. Sarnoff & Cole, 1983. Creative and personal growth. Journal of Creative behaviour. 1983, 17(2), 95-102 Torrance, E. P. 1984. TTCT streamlined (revised) manual including norm and direction for administrating and scoring Figural A and B. Lexington, Mass: Personal Press/Ginn and company Torrance, E. P. and Sato, S. 1979. Difference in Japanese and United States styles of thinking. Creative Child and Adult Quarterly, 4, 145-151. Williams, L. V. 1983. A Guide to Right/Left Brain Education: Teaching for the Two Sides Mind. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall. Lampiran A Jadual 1: Frekuensi dan peratusan bagi halangan pemikiran kreatif dalaman subjek Halangan Pemikiran Kreatif Ujian Ketetapan Ransangan Ketetapan Fungsi Frekuensi Peratusan Frekuensi Peratusan “The Story- Writing Test” 197 87.95 - - (N=224) “The Two Strings Test” - - 7 3.13 (N=224) Jadual 2: Stail pemikiran minda subjek Stail Pemikiran Minda Bilangan (N=224) Peratus Kiri 142 63.4
  • 8. Kanan 69 30.8 Seluruh Otak 13 5.8 Lampiran B
  • 9. Ujian Menulis Cerita Tulis sebuah cerita pendek tentang gambar di sebelah atas. Fikirkan sebuah cerita yang menarik, yang orang lain tidak terpikir. (8 minit) Lampiran C Ujian Dua Tali Bagaimana anda membantu orang dalam gambar di bawah mencapai tali A (di sebelah kiri), supaya dia boleh mengikat kedua-dua hujung tali A dan B? Untuk membantu orang itu, anda diberi sebuah perangkap tikus (trap).