SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 64
Baixar para ler offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG
SEMESTER 4

MODUL

MAJOR

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada November 2008
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan,
berketrampilan,
berakhlak
mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan Jun 2010
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada
kepentingan
komersial,
tidak
dibenarkan
sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

i
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan Jun 2010
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

ii
KANDUNGAN
MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafal Pendidikan Guru
Kata-Alu-aluan
Panduan Pembelajaran
Pengenalan
Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul )

Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Pengenalan kepada perkembangan Kreativiti

1–8

1.1 Sinopsis
1.2 Hasil Pembelajaran
1.3 Kerangka Tajuk
1.4 Kandungan (rujuk lampiran )

Tajuk 2 Seni Visual

9 - 16

2.1 Sinopsis
2.2 Hasil Pembelajaran
2.3 Kerangka Tajuk
2.4 Kandungan (rujuk lampiran )
Tajuk 3 Musik Dan Pergerakan
3.1 Sinopsis

17 - 27

3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Kandungan (rujuk lampiran )

iii
Tajuk 4 Sosiodrama
3.1 Sinopsis
3.2 Hasil Pembelajaran
3.3 Kerangka Tajuk
3.4 Kandungan (rujuk lampiran )
Tajuk 5 Seni Boneka
5.1 Sinopsis
5.2 Hasil Pembelajaran
5.3 Kerangka Tajuk
5.4 Kandungan (rujuk lampiran )

Tajuk 6 Sastera Awal Kanak-kanak
6.1 Sinopsis
6.2 Hasil Pembelajaran
6.3 Kerangka Tajuk
6.4 Kandungan (rujuk lampiran )

Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul
Struktur Pelaksanaan

iv
PANDUAN PELAJAR

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

v
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

vi
Pengenalan
Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan
Kreativiti Kanak-kanak Kandungan modul meliputi teori dan asas pembelajaran
Kreativiti kanak-kanak, seni visual dan amalan bersesuaian dengan kanak-kanak
prasekolah, musik dan pergerakan, sosiodrama, Seni Boneka peringkat prasekolah
dan Sastera Awal Kanak-kanak. Modul ini juga akan

membantu anda untuk

meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda
juga akan diberikan latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda
bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan
menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan
konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran
sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi
memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang
dedikasi dan berinovasi.

vii
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna

Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.

(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma)

Bil.

Tajuk/Topik

Interaksi
Bersemuka
(jam)

Modul
(jam)

Jum.
Jam

1.

Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti

3

5

8

2.

Seni Visual

10

3

13

3.

Muzik dan Pergerakan

10

3

13

4.

Sosiodrama

6

2

8

8

1

5.

Seni Boneka

6.

Sastera Awal Kanak-kanak

9
8

1
9

45

15

60

*** isi ikut pecahan berikut:
Pecahan kredit
( 3+0)
(2+1)
(2+0)
(1+1)
(1+0)

Interasksi
Bersemuka (jam)
30
45
15
30
0

viii

Modul (jam)

Jum. Jam

15
15
15
15
15

45
60
30
45
15
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tajuk 1

1.1

Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti

Sipnosis

Unit ini merupakan pengenalan kepada pengenalan kepada perkembangan kreativti
yang akan membincangkan tentang perkembagan kreativiti yang melibatkan tentang
bahagian-bahagian otak serta fungsinya dan teori pelbagai kecergasan. Disamping
itu modul ini juga akan menerangkan kaitan dengan proses kreativiti dengan teoriteori yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti.
1.2

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan
bahagian-bahagian otak.
2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori
pelbagai kecergasan.

1.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Pengenalan Kepada
Perkembangan
Kreativiti

Subtajuk 1

Subtajuk 2

Subtajuk 3

Subtajuk 4

Konsep Kreativiti
Ciri kreativiti

Bahagian hemisfera
otak

Fungsi otak kiri

Fungsi otak kanan

1
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.4





Konsep Kreativiti dan bahagian-bahagian Otak
Definisi Kreativiti
Ciri Kreativiti
Bahagian Hemisfera Otak
Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri

1.4.1

Definisi Kreativiti

Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada
keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu
yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu
yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang
terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri
manusia.

Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan
mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan
yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi
sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance.

Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud
“membuat”

Manakala

daripada

perkataan Greek pula

“creare”

bermaksud

“memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan
dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai
kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan
asli.

Ringkasnya,

kreativiti

adalah

kebolehan

dan

kemampuan

seseorang

menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang
mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada
sebelumnya.

Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di
kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan
merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat

2
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak
menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan
kraf, muzik, drama dan lakonan.
ANDA adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda tetapkan tahap atau fasa
dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku.tempat di mana kanak-kanak
bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan
merasa selesa untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari.
Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara
berikut:

(a)

Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan
yang tidak mudah mengalah.

(b)

Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti
atau bidang yang diceburi.

(c)

Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa
berada pada tahap kecemerlangan.

(d)

Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut
gagal.

(e)

Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan
hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar
autoriti.

3
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

1.4.1.1 Ciri kreativiti
Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri-ciri kreativiti. Ini ditunjukkan
dalam Rajah 2.1:

Rajah 1.1: Empat ciri kreativiti

Huraiannya adalah seperti berikut:
i. Pengurusan Imaginasi
Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia
juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan
proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental
yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan
terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil
kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan
diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang
yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran
4
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan
antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat.
ii. Mempunyai Tujuan
Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku
secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses
cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan
dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun,
disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin
mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti
adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh
Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk
menyelamatkan diri.
iii. Bersifat Asli
Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini
bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu
atau pun berkumpulan.

Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:


Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil
kerjanya sendiri yang terdahulu.



Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja
rakan-rakannya.



Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh
mana-mana pihak dalam mana-mana bidang.

Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan
individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara
global.

5
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

iv. Bernilai
Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada
tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk
menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea
menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai
berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian
sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan.
Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan
praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok.
1.4.2 Bahagian Hemisfera Otak
Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang pernah dikenal
di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang
sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat
oleh tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang
berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun.
1.4.3 Fungsi Otak kiri dan otak kanan
Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal
bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri
anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza
(lihat rajah 1.2).

Rajah 1.2: Fungsi otak kiri dan kanan
Sumber: http://library.thinkquest.org

6
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Bahagian otak kiri memproses maklumat secara rasional dan logikal serta
bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan
memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang
seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk
mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam
bentuk logikal.

Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti,
bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat lama
(long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan,
misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi
akan terganggu .

Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak
mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang
dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi
dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran.
Kebanyakan kanak-kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan.
Kanak-kanak pada tahun-tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau,
dan suara yang sudah dikenali. Dalam proses membesar, hubungan antara dua
belahan otak mula terbentuk dan mereka mula memperlihatkan kemampuan kognitif
yang lebih baik pada belahan otak kanan, kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri.
Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan, dan daya imaginasi.
Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun,
disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi
otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan
yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti
menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994).
Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah
merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam
pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian.
S
Pada pendapat anda, apakah perbezaan fungsi otak kanan dan
otak kiri yang lebih ketara?
7
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Seni Visual

Tajuk 2
EMAK KENDIRI 1.1
2.1

Sinopsis

Unit ini menerangkan tentang beberapa teori yang menerangkan peranan seni visual dalam
perkembangan kanak-kanak. Teori ini secara umum menyatakan bahawa pendedahan kepada
seni visual dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikoanalitik dan
persepsi. Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengaitkan kepentingan seni visual
dalam meningkatkan kecerdasan visual-ruang dalam diri kanak-kanak.

2.2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1.

Menjelaskan teori-teori Seni Visual iaitu Teori Kognitif, Psikoanalitik, Persepsi dan
Kecerdasan Ruang;

2. Mengenal pasti strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam
pendidikan seni visual.
2.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Teori
Perkembangan
Seni Visual

Subtajuk 1

Teori kognitif

Subtajuk 2

Subtajuk 3

Teori Persepsi

Teori
Psikoanalitik

8

Subtajuk 4

Teori
Kecerdasan
visual ruang
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

2.4 Teori Kognitif
Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 4.1). Beliau ialah
seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan.
Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak
dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatanperalatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang
mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak
membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh.
Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknikteknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan
peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang
dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur
dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak
mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran
pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif
boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami
dan menginterpretasikan hasil atau karya seni.

Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara
langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut:
i. Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal.
Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang
kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak
dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan
kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng
mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun,
kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis.
Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan
maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari

9
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

segi warna, bentuk dan sebagainya.

ii. Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun)
Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan
pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.
Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti
melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah
untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung
dan mulut (sila lihat Rajah 4.1). Cara melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang.
Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan
untuk mewakili sesuatu objek.

Rajah 4.2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun
Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)

iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan
kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang
terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar.
Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak
berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan
bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu
objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui
pengalaman (sila lihat Rajah 4.3). Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam
kotak berkenaan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil
dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep
perspektif.

10
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 4.3: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun
Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)

iv. Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema
tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 4.4). Imej lukisan mula
mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya
sendiri. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini
menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya
yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis
objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali
mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk melukis
kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa
menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut.

Rajah 4.4: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun
Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)
v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan
lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej (sila lihat Rajah
4.5). Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di
hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

11
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 4.5: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun
Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947)
vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan
penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan
dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

Apakah aktiviti yang berkesan yang boleh guru laksanakan di bilik
darjah untuk meningkatkan kemahiran seni visual murid prasekolah?

2.5 Teori Psikoanalitik

Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau
membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni.
Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa
seni visual adalah bahan perantara yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran
bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan
menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga
mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka.

Rajah 4.6: Sigmund Freud
Sumber: http://en.wikiped ia.org/wiki/Sigmund Freud

12
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka
terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari
dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi
kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing
kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang
perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga.

Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak
berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan
tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak
dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis
satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan
pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar
dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di
dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget
adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila
dipisahkan daripada ibunya.

Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya.
Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan
gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil
kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe
merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri
dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung
kepada ibunya.
2.6

Persepsi dan Representasi

Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik
yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap
perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang
dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita
mencerminkan diri dalam seni.

13
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu
daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah
teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan
bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak
dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar
meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanakkanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanakkanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada
kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza.

SEMAK KENDIRI
Cuba terangkan kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanakkanak
dari aspek kognitif, psikoanalitik dan persepsi.
2.7 Kecerdasan Visual Ruang
Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan

“Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan
mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman
visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan” (m/s 173)
Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar
serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek
visual. Ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif
kepada ciri-ciri visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga
mudah mengira jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas.
Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang
alam sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam
persekitaran. Mereka juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi.
Di samping itu juga mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta
mempersembahkan idea dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih
suka akan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya.
Individu yang tinggi kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera,

14
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

juruterbang, juru lukis, artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan
manipulasi corak dan ruang.
Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan
menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya
kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni
visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah
dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni
visual.
Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya
persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur
kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut.
Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di
samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang
dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur
yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni
dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai
keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan
pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif.
Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira,
menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanakkanak sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak
mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai
dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan
selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang.

2.8 Rumusan


Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah pada
keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni
visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi
visual, imaginasi dan daya pemikiran



Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan
ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka
menyatakan idea dan ekspresi diri.
15
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tajuk 3

3.1

Musik Dan Pergerakan

Sinopsis

Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan
dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanakkanak. Pengalaman awal muzik
dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh
membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada
tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan
motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering
menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak-

16
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

kanak. Justeru, dalam topik ini kita akan membincangkan teori-teori perkembangan muzik
serta maksud kecerdasan muzik.
3.2

Hasil Pembelajaran

Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Menjelaskan teori-teori perkembangan muzik Dalcroze, Orff dan Kodaly;
2. Menerangkan maksud kecerdasan muzik
3.3

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Teori
Perkembangan
Musik

Subtajuk 1

Subtajuk 2

Subtajuk 3

Subtajuk 4

Teori
Dalcroza

Teori Orff

Teori
Kodaly

Teori
Kecerdasan
musik

3.4 Teori-Teori Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly
Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli
dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan
Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka
masingmasing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea
yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri,
maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka erbeza.
3.4.1 Kaedah Dalcroze

17
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Emile Jaques Dalcroze (1865 1950) (Rajah 3.1) telah memperkenalkan satu kaedah untuk
mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics.
Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnya cekap dari
segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah
mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak dan
improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif
seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini.

Rajah 3.1: Emile Jaques Dalcroze
Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Dalcroze

Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa:
i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan bunyi
ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik.

Kandungan kurikulum pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan
kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat,
membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak,
kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak. Rajah 3.2
menunjukkan perkara yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze.

18
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 3.2: Perkara yang ditekankan dalam Kaedah Dalcroze

Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak
tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik.
Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan
sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini,
Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan
menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak
berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang
menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui
muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan
bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan.
Dua ciri yang penting ialah:
i.

Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai
melalui pergerakan dan bunyi.

ii.

Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan
yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan
menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau
pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut
Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya kanakkanakbelajar mendengar,
mengenali dan menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep ini adalah seperti
berikut:

19
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa
luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam
kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi
bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan
gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka.
3.4.2

Kaedah Orff

Carl Orff (Rajah 3.3) ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan
pendekatan pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan
perkembangan muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada
mulanya, Orff Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan
iubahsuai khusus untuk mengajar kanak-kanak.

Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen perantara yang digunakan dalam
Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi.
Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan dengan rima.
Meneroka dan mencuba pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia ada serta
mengikut rentak muzik yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini.

Rajah 3.3: Carl Orff
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Carl_Orff

20
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar atau
mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh
dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai
kombinasi semasa latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh
dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu:

i. Penjelajahan
Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk
suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba.

ontohnya,

bergerak seperti seekor binatang.

ii. Peniruan
Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk
menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak.

iii. Improvisasi
Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan
berupaya membuat improvisasi terhadap melodi.

iv. Penciptaan
Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas
penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi,
pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya,
pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan dengan
pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan penerapan
unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa
pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini
kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai
hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

21
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

3.4.3 Kaedah Kodaly
Zoltan Kodaly (Rajah 3.4) ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly
diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah
nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan budaya
sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah sistem kod
nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik.
Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah
penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal.
Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu:
i. Konsep solfej dari Itali dan Dalcroze.
ii. Suku kata rentak Cheve dari Perancis
iii. Nyanyian tangan Curven dari England.
Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu:
i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang.
ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti mana
mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan pengalamannya, Kodaly
sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari tahap prasekolah.
Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu, Kodaly
menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak mula
belajar membaca. Rajah 3.5 menunjukkan diri-ciri yang terdapat di dalam kaedah
Kodalay.

22
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 3.4: Kodaly Zoltan Sumber: http://en.wikipedia .org/wiki/Kodaly

23
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

3.5

Kecerdasan Muzik

Kecerdasan muzik ialah satu daripada sembilan kecerdasan yang ada pada manusia.
Kecerdasan muzik ialah kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan bunyi dan
muzik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini peka kepada rentak, tala dan nada. Menurut
Gardner, terdapat bahagianbahagian di hemisfera kanan otak manusia yang memainkan
peranan penting dalam membentuk persepsi dan produksi muzik. Tambahan pula terdapat
bukti kajian-kajian berkaitan dengan ciri perkembangan bayi yang menunjukkan bahawa
mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memproses aspek-aspek muzik.

Gardner mendefinisikan kecerdasan muzik sebagai kemahiran aspek persembahan,
penggubahan dan penghargaan pelbagai bentuk dan corak muzik. Menurut Gardner,
kecerdasan ini membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami makna yang
dihasilkan daripada bunyi. Pada pandangan Gardner, struktur kecerdasan muzik dalam otak
hampir selari dengan struktur kecerdasan linguistik. Semua orang mempunyai tahap
kecerdasan muzik yang berbeza-beza. Mereka mempunyai bakat atau tahap kecerdasan muzik
semula jadi yang pelbagai. Tetapi pada umumnya, semua orang boleh dan harus digalakkan
mengembangkan kebolehan muzikal mereka. Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner
telah merangkumi aspek-aspek yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze, Kodaly dan
Orff daripada beberapa aspek. Ini ditunjukkan dalam Rajah 3.6.

24
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 3.5: Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner

Gardner percaya bahawa semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan semua
jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan,
ngalaman dan persekitaran yang bermakna. Kecerdasantersebut boleh dipelajari, dibentuk,
ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat melalui pelbagai cara termasuklah muzik.
Dalam konteks pendidikan prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, kecerdasan muzik
lebih mudah dikembangkan melalui penggunaan alat audiovisual dan penggunaan ICT
(Information and Communication Technology) dalam pengajaran. Penggunaan ICT merujuk
kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan

memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Penggunaan komputer, pengimbas, kamera
digital, pencetak serta internet yang disertakan dengan kesan bunyi dan muzik akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Jelasnya,
nyanyian dan muzik adalah teknik pengajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak.
Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan
kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat
dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas
bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi
vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan,
kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan padaawal dan akhir sesuatu perkataan
akan menghasilkan rima yang selalunya membantu kanak-kanak mengingat perkataan.
Sebutan, nyanyian dan pergerakan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten.

25
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

3.6

Rumusan

Aktiviti nyanyian

dan pergerakan memberi peluang

kepada kanak-kanak untuk

merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti
melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, drama, puisi, dan sebagainya.
Kanak-kanak akan rasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti nyanyian

Tajuk 4
4.1

Sosiodrama

Sinopsis

26
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Topik ini membincangkan tentang definisi permainan sosial, permainan sosio
dramatik dan drama kreatif.
4.2

Hasil Pembelajaran

1. Mengetahui definisi permainan sosial dan permainan sosio dramatik.
2. Mengenal pasti tujuan permainan sosial dan permainan sosio dramatik.
4.3

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Lakonan dan drama
kreatif

Subtajuk 1
Permainan sosial

4.4

Subtajuk 2
Permainan Sosio
dramatik

Lakonan dan drama kreatif

Lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan di
mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis,
pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-kanak perlu
bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting.
Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik
minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak
terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru
dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu
kaedah terus, elektif dan audiolingual.

Tujuan teknik lakonan dan drama kreatif adalah untuk melatih kanak-kanak :
i)

memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan

27
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

intonasi); dan
ii)

bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain)
dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan
perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga bebas
meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.
4.4.1

Permainan sosial

Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui main
kerana main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan
persekitarannya. Main dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak.
Permainan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan
kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai.

Tujuan bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka:
(a)

mempelajari peranan-peranan individu dewasa;

(b)

menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan
ketegangan dan

(c)

menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan.

Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain
bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan
permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan.

Mengikut Parten (1932) terdapat enam jenis main sosial di kalangan kanak
kanak, antaranya ialah:
(i)

Main “unoccupied” iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun

28
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

dan juga sebarang permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa
membuat sesuatu.
(ii)

Main “solitary” (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak
bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan-rakan dan keadaan
sekeliling.

(iii)

Main “onlooker” (pemerhati) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat
rakan-rakan bermain. Mereka memberikan fokus kepada permainan kanakkanak lain.

(iv)

Main “parallel” iaitu kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan
cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan mereka.

(v)

Main “associative” iaitu kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama
lain dengan bertanya atau meminjam peralatan atau bahan, tetapi mereka
tidak bermain bersama-sama.

(vi)

Main

“cooperative” iaitu kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu

kumpulan bermain bersama. Permainan koperatif adalah hasil daripada
organisasi guru.
Hampir semua kanak-kanak prasekolah bermain dengan rakan sebaya mereka.
Namun, tahap penyertaan sosial mereka adalah berbeza-beza. Mildred Parten
(1932) menggariskan peringkat-peringkat penyertaan sosial (permainan sosial) yang
mana hampir kesemua kanak-kanak melaluinya semasa berada dalam prasekolah.
Jadual 6.1 menunjukkan peringkat-peringkat tersebut.

Jadual 4.1: Peringkat-peringkat Penyertaan Sosial Parten

Peringkat

Huraian

Tingkah laku - lapang
“unoccupied”

Menunjukkan minat yang kurang terhadap
barang mainan, orang dan aktiviti yang
berlangsung berhampiran;

Tingkah laku - Pemerhati
“onlooker”

Menunjukkan minat terhadap rakan sebaya
dan memerhati aktiviti dengan teliti. Tetapi
mereka tidak menjalinkan hubungan sosial;

Main “parallel”

Menyertai aktiviti berhampiran rakan sebaya
yang lain, tetapi jarang bercakap atau

29
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

berinteraksi;
Main assosiatif
“associative”

Bermain mengikut tema permainan individu
tetapi berinteraksi dengan kerap, bercakap
dengan rakan sebaya dan berkongsi bahan; dan

Main koperatif
“cooperative”

Menggunakan permainan yang dikongsi
dengan rakan sebaya; merancang, berunding
dan membezakan peranan dalam menuju
matlamat berkongsi.

Ringkasnya, menjalin perhubungan dengan orang lain, mempelajari bagaimana
hidup dalam sempadan jangkaan masyarakat dan menaksir kedudukan dalam
sesuatu kumpulan merupakan tugas-tugas utama dalam masa awal kanak-kanak.
Ia juga mencerminkan aspek-aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Sejauh
mana kanak-kanak dapat menangkap, mentafsir dan bertindak balas terhadap
pelbagai situasi sosial ialah ukuran kebolehan sosial mereka. Justeru, guru dan ibu
bapa boleh membantu kanak-kanak dalam memperoleh kemahiran sosial dan juga
berkawan.

Permainan sosio dramatik dan permainan fantasi adalah sebahagian daripada
drama kreatif. Permainan sosio dramatik juga dikatakan sebagai permainan
dramatik. Permainan sosio dramatik adalah sejenis drama yang dicipta.Permainan
sosio dramatik juga dikenali role playing.
Apa yang jelas, main sosio dramatik merujuk kepada permainan di mana kanakkanak bermain sebagai ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.Manakala
main fantasi biasanya lebih merujuk kepada cerita-cerita dongeng dan cerita-cerita
kepahlawanan. Dalam permainan sosio dramatik, kanak-kanak biasanya memberi
peluang kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak.
Permainan ini melibatkan peristiwa semasa yang benar dan realistik. Manakala
permainan fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi. Dalam
permainan sosio dramatik, tiada skrip diberikan. Kanak-kanak akan diberikan
dengan satu situasi yang telah diterangkan kepada mereka dan mereka perlu

30
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

menunjukkan tindak balas terhadap situasi tersebut dengan menganggap situasi itu
adalah benar-benar berlaku.

Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran berunding atau
berbincang apabila mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-kanak
memahami konsep, peranan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Peranan
permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalahuntuk memberi
mereka:


menganalisa sesuatu situasi;



memilih alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah;



Menghadapi situasi-situasi tertentu; dan



Memahami tentang orang lain;



Melahirkan emosi; dan



Kemahiran berinteraksi dan mencipta.

Cara melaksanakan permainan sosio dramatik:
 Mengemukakan sesuatu masalah - guru akan bertanya kepada kanak-kanak
apakah kegiatan yang ingin mereka lakukan. Setiap kanak-kanak boleh
mencadangkan misalnya, cadangan untuk bermain doktor-doktor,main jualbeli, main masak-masak dan sebagainya;


Melakonkan masalah - setelah kanak-kanak berunding dan menentukan
mainan yang mereka pilih, kanak-kanak akan memainkan peranan watakwatak yang terlibat dalam situasi yang dipilih; dan



Membincangkan hasil aktiviti drama - setelah lakonan selesai, perbincangan
diadakan dengan kanak-kanak yang berada dalam kelas tersebut.

Permainan sosio dramatik ini biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat
permainan sosio dramatik biasanya dilengkapkan dengan prop atau persekitaran
yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu pekerjaan yang menjadi minat kanakkanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu dikemaskinikan sesuai dengan
minat kanak-kanak.
4.4.3 Drama Kreatif

31
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Drama kreatif adalah suatu proses spontan yang bertujuan untuk
menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan menggunakan
teknik-teknik drama.

Frasa

“drama kreatif”

ini memberikan makna yang berbeza-beza bagi setiap

program dan sekolah. Definisi dan panduan melaksanakan drama kreatif bergantung
kepada matlamat program dan umur kanak-kanak. Namun, kita akan mendapati
bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan main sering disebutsebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif.

Drama kreatif merupakan medium bagi kanak-kanak untuk
meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui
pergerakan, bahasa badan, bahasa (verbal) dan nonverbal

Teknik drama membentuk keadaan di mana kanak-kanak belajar dengan cara
berinteraksi di antara satu sama lain. Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu,
membuat penemuan, memberi, berkongsi sesuatu dan sebagainya. Melalui medium
drama kreatif ini, kanak-kanak akan dapat berkomunikasi secara total.

... is concerned with the world of letÊs pretend; it asks the learner to
project himself imaginatively into another situation, outside the
classroom, or into the skin and personal of another person”.
(Susan Holder, 1981)

Kaedah dan teknik drama kreatif di dalam bilik darjah bukan hanya mengajar kanakkanak tentang kemahiran bersosial, tetapi juga sikap terhadap masyarakat
sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses membentuk pertumbuhan
dan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa
akan datang. Selain itu, drama kreatif juga menggalakkan kanak-kanak berimaginasi
dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Bahan-bahan yang digunakan
dalam drama kreatif boleh merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Drama
kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu:

32
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

i.

Permainan dramatik

ii.

Drama berpandu

iii.

Boneka

iv.

Sosio drama

“...... the use of drama as a teaching tool is not new, historically, both
drama and theatre have long been recognised as potent means of
education and indoctrinations”.
(Mc Caslin, 1984)

Drama kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak :


berlakon, beraksi, main peranan, mereka cipta, berimaginasi serta bersifat
fleksibel; dan



memberi tumpuan dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan
berbahasa.

Rajah 4.1 menunjukkan kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa
kanak-kanak melakukan atau memerhati aktiviti drama kreatif.

33
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 4.1: Kemahiran-kemahiran yang boleh di pupuk semasa melakukan dan
memerhatikan drama kreatif

“ ...drama (kreatif) merupakan satu aktiviti yang memberi peluang
kepada murid-murid belajar secara bermain. Sesungguhnya belajar
sambil bermain adalah satu konsep dalam alam pendidikan yang dapat
menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran
menjadi menarik dan penuh bererti”
(Azman Wan Chik, 1981)

Bermain drama, bagi kanak-kanak bermakna, bermain dalam keadaan sebenar
dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat. Kanak-kanak akan
berpuas hati dan yakin pada diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran
menerusi daya usaha sendiri. Guru pendidikan awal kanak-kanak perlu memupuk

34
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai
supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain.

Cuba baca bahan-bahan mengenai drama kreatif.

LATIHAN 1:
LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru
prasekolah untuk memupuk kemahiran sosio drama kepada kanak-kanak
prasekolah.
Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder
anda.

LATIHAN 2:
Apakah yang dimaksudkan dengan
(a) sosio drama
(b) main peranan
(c) drama kreatif
(d) drama berpandu
Buatlah satu contoh aktiviti dengan kanak-kanak bagi dan sediakan
laporan. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan
dalam folder anda.

35
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tajuk 5

5.1

Seni Boneka

Sinopsis

Unit ini akan membincangkan secara mendalam apa yang dikatakan dengan seni
boneka atau puppetry dan bagaimana penggunaan boneka ini dapat disesuaikan
dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

5.2

Hasil Pembelajaran

1. Mentakrifkan definisi boneka
2. Menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam pengajaran
dan pembelajaran di prasekolah.
5.3

Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini

Boneka

Subtajuk 1

Subtajuk 2

Definisi Boneka

Jenis Boneka

36
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

5.4

Definisi Boneka

Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang
perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah
“hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan
watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain.
Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca
ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa
boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian
pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya
memotivasikan pelajar.

Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi
boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita
yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun
bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh
dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak.

37
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

5.5 Jenis-jenis Boneka

Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1

Rajah 5.1: Jenis-jenis boneka

(a)

Boneka Jari

Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang
dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari
ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan
gaya jari mereka.

Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari
kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut
kecuali bahagian untuk dimasukkan jari; seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2.

38
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 5.2: Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh dimainkan serentak.

(b) Boneka Tangan
Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal
digunakan

oleh

kanak-kanak.

Ini

kerana

kanak-kanak

akan

memasukkan

keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk
(sila lihat Rajah 5.3).

Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya
ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk
bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor,
bekas dadih dan lain-lain supaya menarik.

Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan
mereka lebih bebas.

39
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 5.3: Boneka tangan

(c) Boneka berbatang
Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan
oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan
dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian
badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini ditunjukkan
di dalam Rajah 5.4.

Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka
bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu
pergerakkan dan lebih fleksibel.

40
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 5.4: Boneka berbatang

(d) Boneka tali
Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa
bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat
dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan
dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali (sila lihat Rajah 5.5).

Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak
tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh
berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan
pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu
kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak.

41
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 5.5: Boneka tali

(e) Shadow Pupppets
Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan
nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula
boleh

menggunakan

samada

boneka

jari,

tangan

ataupun

boneka

yang

menggunakan pemegang kayu (sila lihat Rajah 7.6).

Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak
untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik
seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan
sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi
dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita.

42
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rajah 5.6: Shadow puppets

Terdapat pelbagai jenis boneka sama ada jenis kaku atau boleh
bergerak. Bincangkan secara ringkas jenis-jenis boneka yang anda
ketahui.

43
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Tajuk 6

6.1

Sastera Awal Kanak-kanak

Sinopsis

Tajuk ini berfokus kepada sastera awal kanak-kanak dan kesesuaiannya dalam
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah
6.2

Hasil Pembelajaran

1. Mentakrifkan definisi sastera awal kanak-kanak;
2. Menjelaskan keperluan bahan bacaan kepada kanak-kanak.
6.3

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Sastera Awal Kanakkanak

Subtajuk 1

Subtajuk 2

Definisi Sastera Awal

Persekitaran

44
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

6.4

Definisi

Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk
buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan
kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya,
penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan
ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah-satu elemen yang dikenal
pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini
kerana,

sastera

awal

kanak-kanak

mampu

memberi

keseronokan,

dapat

merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri,
dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan
maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak.
8.1.1 Sastera Awal Kanak-Kanak
Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan
cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan
dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan
Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama,
cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak
merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan
bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur,
membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka perlu:


didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna;



didedahkan dengan aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan membaca
mereka bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria
penglihatan; atau



membaca buku cerita, melihat buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan
mengumpulkan buku berwarna-warni.

Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula
menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas
bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu
konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah
kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan atau persiapan sebelum
membaca” atau “reading readiness”.
45
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Oleh itu, bahan-bahan yang diterbitkan bukan sahaja perlu untuk kanak-kanak yang
sudah boleh membaca, tetapi perlu juga untuk kanak-kanak yang belum boleh
membaca. Mereka perlu disediakan dengan pengalaman-pengalaman menerusi
bahan-bahan yang disediakan khas untuk menyedia dan mempersiapkan mereka
menghadapi pembacaan.

Keperluan membaca kepada kanak-kanak adalah untuk:


Persediaan bagi mereka untuk pembacaan formal apabila mereka
memasuki sekolah rendah;



Menanam bibit gemarkan melihat, meneliti, dan membaca buku;



Mensosialisasi dan mengakulturasikan kanak-kanak; dan



Memperluaskan pengalaman kanak-kanak mengenai benda-benda dan
konsep-konsep asas.

Walau bagaimanapun, keperluan membaca tersebut adalah objektif yang ditetapkan
oleh orang dewasa iaitu ibu bapa, guru dan komuniti demi kebaikan kanak-kanak
tersebut. Sebenarnya, apabila kanak-kanak membaca dan berminat untuk
membaca, ini menunjukkan bahawa:



Adanya keinginan mereka untuk menatap atau membaca bahan-bahan
bacaan;



Bahan-bahan bacaan itu ada;



Bahan-bahan bacaan itu sampai ke tangan mereka;



Bahan-bahan bacaan itu menarik minat kepada kanak-kanak kerana
kesesuaiannya dari segi bentuk fizikal, kematangan dan jenis isi kandungan,
harga, gambar, warna dan ilustrasi;



Adanya usaha orang dewasa (guru dan ibu bapa) menggalakkan aktiviti
pembacaan dengan membeli dan menyediakan bahan bacaan;



Adanya usaha orang dewasa memberikan mereka motivasi untuk menatap
atau membaca bahan-bahan bacaan;



Adanya usaha orang dewasa memberikan kanak-kanak alasan yang wajar
terhadap kepentingan aktiviti membaca;

46
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH



Bahan-bahan bacaan tidak mematikan keinginan kanak-kanak untuk
membaca - kerana isi kandungan, kematangan, teknik, bentuk, dan lain-lain
seumpamanya tidak sesuai.

Justeru, menurut Awang Had Salleh (1979 sastera awal kanak-kanak berkembang
mengikut umur) untuk membolehkan hubungan kanak-kanak dengan buku atau
bahan cerita menjadi realiti, dan untuk mendapatkan kanak-kanak menatap dan
membaca bahan-bahan bacaan, perkara berikut perlu diberi
perhatian iaitu (sila lihat Jadual 6.1) :

Jadual 6.1: Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian berkenaan bahan
bacaan

serta

pihak-pihak

yang

terlibat

dalam

melaksanakan

tugas

dan

tanggungjawab tersebut.

Perkara-perkara yang perlu diberikan

Pihak yang terlibat

perhatian
1.

Mesti ada bahan bacaan

Penulis, Penerbit dan
Pengedar

2. Hendaklah sesuai dan secocok
dengan kegemaran, minat dan peringkat
pemikiran kanak-kanak
3. Kepelbagaian bahan bacaan agar
kanak-kanak boleh memilih bahan
bacaan sesuai dengan kegemaran dan
minat mereka
4.
Bahan-bahan
bacaan
mesti Guru, ibu bapa dan
dipertemukan dengan mereka
komuniti
5. Mesti ada cara-cara berkesan
mempertemukannya
Penulis

dan penerbit perlu

memastikan

bahan-bahan bacaan yang

lebih

memberangsangkan serta menangkap perhatian dan minat kanak-kanak seperti
bahan-bahan yang berwarna, garis lukisannya besar dan mengandungi unsur yang
dibesar-besarkan. Manakala guru, ibu bapa dan komuniti pula perlu mengetahui
bahawa jarak perhatian (attention span) mereka pendek. Oleh itu, bahan bacaan
mestilah banyak dan beraneka.

47
PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

FIKIRKAN ???
Cuba bacakan bahab-bahan mengenai sastera awal kanak-kanak
dan bilakah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
prasekolah?

48
PRA3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

RUJUKAN :
BUKU
Barbara J.Taylor ( 2004 ). A Child Goes Forth, A curriculum Guide For Preschool Children.
New Jersey : Pearson Parentice Hall.
Brewer, J.A ( 1992 ). Introduction to Early Childhood Education Preschool Through Primary
Grade. Boston : Ally and Bacon.
Boriss-Krimsky, C. (1999). The creativity handbook: A visual art guide for parent. Springfield:
Charles C. Thomas Publishers Ltd.
Dewey, John. (1934). Art as experience. New York: Milton, balch & Co.
Edward de Bon. (1994). Serious creativity: Using the power of lateral thinking to create new
ideas. New York: Harper-Collins.
Essa,E (2002 ). Introduction to Early Childhood Education ( 3rd Education ). Albany
Delmar Publishers.
Gardner, H. (1993). Multiple Intelligence : The theory in practice. New York: Basic Books.
Gardner, H. 1985). Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligence. London: Heinmann.
Georges-Henri Luquet. (2001). Children's drawings. Free Association Books.
Gruber, H.E. (1981). Darwin on man: A Psychologycal study of scienctific creativity. (2nd ed.).
Chicago: University of Chicagi Press.
Hurwitz, A., & Day, M. (1991). Children and their art: Methods for the elementary school (5th
edition). New York; Harcourt, Brace, Jovanovich Lowenfeld, V. (1947). Creative and
mental growth. Macmillan New York Co.
Jarboe, E.C. (2008). Art therapy: A proposal for inclusion in school settings. Kementerian
Pendidikan Malaysia. (2008). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Seni Visual.
Piaget, Jean. (1958). The language and thought of the child, (Fourth Printing). Meridian Book.
Machado, J.M.(2002).
Early Childhood Experiences in Language Arts: Emerging
Literacy,7th ed. NY: Thomson Delmer Learning.
Mohamad Bin Aman dan Kasim Bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal
Kanak-kanak. Kajang; Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Morrison G.S ( 2001 ). Early Childhood Education Today ( 8th Edition ). New Jersey :
Merill Printice Hall.
Nelsen, M.R. & Nelsen-Parish,J. (2002). Peak With Books : An Early Childhood
Resourcefor Balanced Literacy,3rd ed. Ny : Thomson Delmer Learning.
Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah.
Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.

1
PRA3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Rohani Abdullah dan Nani Menon (2003). Bahasa Kemahiran Berkomunikasi dan Literasi
Awal. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.
Sawyer, W. (2004). Growing Up With Literature,4th ed. NY: Thomson Delmer Learning.
Sowers, J.(2002). Language Arts in Early Education. NY: Thomson Delmar Learning.
Spodek B & Sarach O.N ( 1994 ). Right From The Start, Teaching Children Ages Three
to Eight. Massachessetts : Ally and Bacon.
Srernberg, R.J., Kaufmann, J.C and Pretz, J.E. (2002). The creativity conundrum. New York:
Pyschilogy Press.
Teresa M. McDevitt (2004), Child development. Pearson Education, Inc. Torrance, E.P, (1989).
Scientific views of creativity and factors affecting its growth. In J. Kagan, ed., Creativity
learning, Bostom: Houghton Mifflin. p.p 73-91.

2
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
(PRA3104 :PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK)
NAMA
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

KELAYAKAN
Kelulusan:
PhD.(Sosiolinguistik), UM
Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM
B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Kelulusan:
M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM
Bac.Pend. PBMP. UPM
Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani),
MPIK
Sijil Perguruan (Sejarah dan Geografi)

ujangserdang@yahoo.com

Pengalaman:
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
(Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah,
Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun
Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun

En. ZULKIPLY BIN YAAKOB

Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
B.Ed. Hons. (Muzik)
Sijil Guru Khas (Muzik)
Sijil Guru (PPAK)

Pensyarah
IPGM Kampus Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat,
Johor.

NORMASURA BINTI HJ JANI
Pensyarah
IPGM Kampus perempuan Melayu
Melaka

Pengalaman:
Pesyarah IPTHO
Pensyarah MPTAA
Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun)

Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Awal kanak-kanak)
B.Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu)
Sijil Guru (PPAK)
Pengalaman:
Pesyarah IPGKPM (14 tahun)
Guru Sekolah ( 3 tahun)
NAMA
HASLINDA BINTI MD.ALI
Pensyarah
IPGM Kampus Perempuan Melayu
Melaka

KELAYAKAN
Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
B.Ed. Hons. (TESL)
Pengalaman:
Pesyarah IPG KPM (6 tahun)
Guru Sekolah Menengah (15 tahun)
PANEL PEMURNIAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
(XXX PENDIDIKAN RENDAH)
NAMA
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia

EN. XXXXXXX
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
XXXXXXr@hotmail.com

Dr XXXXX
Pensyarah
Institut Perguruan Raja Melewar
Jalan Sikamat
70990 Seremban
Negeri Sembilan Darul Khusus
datinshar@hotmail.com

EN. XXXXXXX
Pensyarah
Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan
KM 10, Jalan Padang Tengku
27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur
datinshar@hotmail.com

KELAYAKAN
Kelulusan:
PhD.(Sosiolinguistik), UM
Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM
B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM

Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian Sejarah),
UKM
B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM
Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK
Pengalaman:
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
(Pengajian Sosial & Bestari)
Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah
Rendah)
Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun)
JE Sejarah PPK
Guru Sekolah Menengah (7 tahun)
Guru Sekolah Rendah (14 tahun)
Guru Bestari (5 tahun)

Kelulusan:
Phd. (Sosiologi Pendidikan), UKM
M Ed. (Sains Sosial), UM
B.A. Hons. (Geografi), UM
Dip. Pendidikan (Geografi), UM
Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan (4 tahun)
Pensyarah Jabatan Kajian Sosial (4 tahun)
Pensyarah Latihan Guru Bestari (2 tahun)
Ketua Unit Pendidikan Alam Sekitar (5 tahun)

Kelulusan:
MA Ed. (Pendidikan Sains Sosial), UM
B.A. Hons. (Geografi), UM
Sijil Guru (Matematik Moden), MPPPP
Pengalaman:
Pensyarah Kanan Geografi ( 3 tahun )
Pensyarah Jabatan Kajian Sosial (21 tahun)
Guru Sekolah Menengah (5 tahun)
LAMPIRAN A

IKON
Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakMasitah Musa
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifAwatif Atif
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranasihwiniy viniy
 
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikkuliahpismp09
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasAtikah Amran
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordNorlelaAlim
 
Senarai semak fizikal
Senarai semak fizikalSenarai semak fizikal
Senarai semak fizikalshasmileys
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyIzzat Najmi
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualSabariah Bahrum
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanWany Hardy
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 

Mais procurados (20)

Kajian ringkas boneka
Kajian ringkas bonekaKajian ringkas boneka
Kajian ringkas boneka
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
Aktiviti Muzikal (Penggabungan Aspek Nyanyian, Pergerakan secara Kreatif dan ...
 
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanakKepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
Kepentingan pendidikan awal sains kepada kanak
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Pelajar Hiperaktif
Pelajar HiperaktifPelajar Hiperaktif
Pelajar Hiperaktif
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronikTajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
Tajuk 10 bahan p&p bukan elektronik
 
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khasImplikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
Implikasi teori pembelajaran kognitif terhadap kanak kanak pendidikan khas
 
Gaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumfordGaya pembelajaran honey & mumford
Gaya pembelajaran honey & mumford
 
Senarai semak fizikal
Senarai semak fizikalSenarai semak fizikal
Senarai semak fizikal
 
Teori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotskyTeori Kognitif Lev vygotsky
Teori Kognitif Lev vygotsky
 
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visualKreativiti, estetika dan ekspresi visual
Kreativiti, estetika dan ekspresi visual
 
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakanTopik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
Topik 6 pengetahuan asas dalam pergerakan
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 

Destaque

psv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekapsv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekashare with me
 
Traditional Game : Gasing
Traditional Game : GasingTraditional Game : Gasing
Traditional Game : GasingNurul Azuwa
 
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikTeknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikohdmoh
 
SENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHSENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHnurulanwar
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikanNorazira Arifin
 
Pendidikan Seni Visual PSV 3043
Pendidikan Seni Visual PSV 3043Pendidikan Seni Visual PSV 3043
Pendidikan Seni Visual PSV 3043NurEffazatul79
 
Buku teks bahasa malaysia tahun 3
Buku teks bahasa malaysia tahun 3Buku teks bahasa malaysia tahun 3
Buku teks bahasa malaysia tahun 3Haris Mohd Yunus
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kankRozaidi Yusof
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASAAdila Dila
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Amir Aiman Akashah
 

Destaque (19)

psv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan bonekapsv t4 Pembentangan boneka
psv t4 Pembentangan boneka
 
Motivasi a-z
Motivasi a-zMotivasi a-z
Motivasi a-z
 
Pengenalan boneka
Pengenalan bonekaPengenalan boneka
Pengenalan boneka
 
Teori seni
Teori seniTeori seni
Teori seni
 
Traditional Game : Gasing
Traditional Game : GasingTraditional Game : Gasing
Traditional Game : Gasing
 
Gasing
GasingGasing
Gasing
 
TEORI SENI - Teori Seni 1
TEORI SENI - Teori Seni 1TEORI SENI - Teori Seni 1
TEORI SENI - Teori Seni 1
 
86494264 boneka
86494264 boneka86494264 boneka
86494264 boneka
 
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarikTeknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
Teknik penghasilan skrip dan efek boneka yang menarik
 
SENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAHSENI BONEKA PRASEKOLAH
SENI BONEKA PRASEKOLAH
 
TEORI SENI - Pengertian Seni
TEORI SENI - Pengertian SeniTEORI SENI - Pengertian Seni
TEORI SENI - Pengertian Seni
 
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
60948651 konsep-dan-latar-belakang-seni-dalam-pendidikan
 
Pendidikan Seni Visual PSV 3043
Pendidikan Seni Visual PSV 3043Pendidikan Seni Visual PSV 3043
Pendidikan Seni Visual PSV 3043
 
Pendidikan seni visual
Pendidikan seni visualPendidikan seni visual
Pendidikan seni visual
 
Buku teks bahasa malaysia tahun 3
Buku teks bahasa malaysia tahun 3Buku teks bahasa malaysia tahun 3
Buku teks bahasa malaysia tahun 3
 
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
36760501 teori-dan-model-an-awal-kanak-kank
 
CONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASACONTOH PERMAINAN BAHASA
CONTOH PERMAINAN BAHASA
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
Contoh Kertas Peperiksaan Bahasa Malaysia Tahun 3 (Kertas 1)
 

Semelhante a Boneka

Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmamirSKKT
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmikashafiqah
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianRibut Taufan
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdfAzalidaTajudin1
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01nahrul_khair
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfHALIZAHBINTIRAMTHANM1
 
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020ssuser1ffb13
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docwanhafshah
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Hemah Naidu
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3Rosell Roseliana Rusli
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Zulfadhli Zulpress
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Jebat Melayu
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Mie Rozaimi
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIvibila
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4iyatieku ayune
 

Semelhante a Boneka (20)

Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bmModul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
Modul pengajaran-sains-tahun-2-versi-bm
 
Nota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan KajianNota Penyelidikan Kajian
Nota Penyelidikan Kajian
 
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
02-modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-121019190518-phpapp02.pdf
 
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp0102 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
02 modulpengajaransainstahun1versibahasamalaysia-111129200552-phpapp01
 
Dst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bmDst thn 1 versi bm
Dst thn 1 versi bm
 
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdfModul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
Modul Pengajaran dan Pembelajaran Sains Tahun 2 SK.pdf
 
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020BUKU           TEKS  SAINS  TAHUN 1 2020
BUKU TEKS SAINS TAHUN 1 2020
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
Modul pendidikan khas
Modul pendidikan khasModul pendidikan khas
Modul pendidikan khas
 
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.docKUMPULAN !0 jpk.rph.doc
KUMPULAN !0 jpk.rph.doc
 
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
Modul pengajaran dan pembelajaran sains tahun 3 sk (1)
 
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
KSSR SK: MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SAINS TAHUN 3
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-5
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
Modul kemahiran-proses-sains-thn-4
 
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARIKSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
KSSR SAINS TAHUN 4 PENDEKATAN INKUARI
 
Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4Modul kemahiran proses sains thn 4
Modul kemahiran proses sains thn 4
 

Boneka

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG SEMESTER 4 MODUL MAJOR INSTITUT PENDIDIKAN GURU KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008
  • 2. Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2010 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia. i
  • 3. MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT. Cetakan Jun 2010 Institut Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ii
  • 4. KANDUNGAN MUKA SURAT Falsafah Pendidikan Kebangsaan Falsafal Pendidikan Guru Kata-Alu-aluan Panduan Pembelajaran Pengenalan Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Pengenalan kepada perkembangan Kreativiti 1–8 1.1 Sinopsis 1.2 Hasil Pembelajaran 1.3 Kerangka Tajuk 1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) Tajuk 2 Seni Visual 9 - 16 2.1 Sinopsis 2.2 Hasil Pembelajaran 2.3 Kerangka Tajuk 2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) Tajuk 3 Musik Dan Pergerakan 3.1 Sinopsis 17 - 27 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk 3.4 Kandungan (rujuk lampiran ) iii
  • 5. Tajuk 4 Sosiodrama 3.1 Sinopsis 3.2 Hasil Pembelajaran 3.3 Kerangka Tajuk 3.4 Kandungan (rujuk lampiran ) Tajuk 5 Seni Boneka 5.1 Sinopsis 5.2 Hasil Pembelajaran 5.3 Kerangka Tajuk 5.4 Kandungan (rujuk lampiran ) Tajuk 6 Sastera Awal Kanak-kanak 6.1 Sinopsis 6.2 Hasil Pembelajaran 6.3 Kerangka Tajuk 6.4 Kandungan (rujuk lampiran ) Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul Struktur Pelaksanaan iv
  • 6. PANDUAN PELAJAR Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. v
  • 7. 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahanbahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda. vi
  • 8. Pengenalan Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak Kandungan modul meliputi teori dan asas pembelajaran Kreativiti kanak-kanak, seni visual dan amalan bersesuaian dengan kanak-kanak prasekolah, musik dan pergerakan, sosiodrama, Seni Boneka peringkat prasekolah dan Sastera Awal Kanak-kanak. Modul ini juga akan membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi. vii
  • 9. AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proforma) Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1. Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti 3 5 8 2. Seni Visual 10 3 13 3. Muzik dan Pergerakan 10 3 13 4. Sosiodrama 6 2 8 8 1 5. Seni Boneka 6. Sastera Awal Kanak-kanak 9 8 1 9 45 15 60 *** isi ikut pecahan berikut: Pecahan kredit ( 3+0) (2+1) (2+0) (1+1) (1+0) Interasksi Bersemuka (jam) 30 45 15 30 0 viii Modul (jam) Jum. Jam 15 15 15 15 15 45 60 30 45 15
  • 10. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 1 1.1 Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti Sipnosis Unit ini merupakan pengenalan kepada pengenalan kepada perkembangan kreativti yang akan membincangkan tentang perkembagan kreativiti yang melibatkan tentang bahagian-bahagian otak serta fungsinya dan teori pelbagai kecergasan. Disamping itu modul ini juga akan menerangkan kaitan dengan proses kreativiti dengan teoriteori yang berkaitan dengan perkembangan kreativiti. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui asas perkembangan kreativiti kanak-kanak yang melibatkan bahagian-bahagian otak. 2. Mengenalpasti fungsi bahagian-bahagian otak dan kaitannya dengan teori pelbagai kecergasan. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Pengenalan Kepada Perkembangan Kreativiti Subtajuk 1 Subtajuk 2 Subtajuk 3 Subtajuk 4 Konsep Kreativiti Ciri kreativiti Bahagian hemisfera otak Fungsi otak kiri Fungsi otak kanan 1
  • 11. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.4     Konsep Kreativiti dan bahagian-bahagian Otak Definisi Kreativiti Ciri Kreativiti Bahagian Hemisfera Otak Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri 1.4.1 Definisi Kreativiti Kreativiti merupakan proses yang berterusan dan biasanya merujuk kepada keupayaan seseorang untuk memproses maklumat yang menghasilkan sesuatu yang baru dan asli. Kreativiti lazimnya berkait rapat dengan penghasilan sesuatu yang asli. Walau bagaimanapun, terdapat pelbagai pendapat mengenai proses yang terlibat dalam aktiviti kreatif dan kemudahan mengembangkannya dalam diri manusia. Pfeiffer (dalam Goetz, 19981:297) mendefinisikan kreativiti sebagai kebolehan mencipta produk kreatif yang baru, asli dan unik yang menunjukkan tahap kejayaan yang tinggi dalam bidang yang berkaitan. Ahli psikologi yang paling banyak memberi sumbangan terhadap bidang kreativiti ialah Ellis Paul Torrance. Kreativiti berasal daripada perkataan Latin iaitu “creare” yang membawa maksud “membuat” Manakala daripada perkataan Greek pula “creare” bermaksud “memenuhi”. Kamus Dewan, (2002) mentakrifkan kreativiti sebagai satu kemampuan dan kebolehan mencipta daya kreatif. Manakala kreatif pula sebagai mempunyai kebolehan mencipta, menghasilkan dan mengembangkan sesuatu idea baru dan asli. Ringkasnya, kreativiti adalah kebolehan dan kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang kreatif, baru dan asli. Ada juga pendapat yang mentakrifkan kreatif dan kreativiti sebagai penghasilan sesuatu yang tidak ada sebelumnya. Kreativiti ialah semangat yang tidak boleh diajar tetapi boleh disemai dan dipupuk di kelas anda. Kreativiti adalah terbuka, segar, baru, original, tersendiri, unik dan merupakan naluri semulajadi kanak-kanak. Kreativiti adalah kuasa yang dapat 2
  • 12. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH membantu kanak-kanak mengembangkan potensi sepenuhnya. Setiap kanak-kanak menunjukkan kreativiti mereka dalam bentuk dan tahap berbeza seperti lukisan dan kraf, muzik, drama dan lakonan. ANDA adalah pemangkin kepada kelas yang kreatif. Anda tetapkan tahap atau fasa dan sediakan sesuatu yang menarik akan berlaku.tempat di mana kanak-kanak bebas untuk melahirkan sesuatu yang menarik, melahirkan kebolehan kendiri dan merasa selesa untuk membuat atau merekacipta sesuatu setiap hari. Menurut Gardner (1999), kreativiti kanak-kanak boleh ditingkatkan melalui cara-cara berikut: (a) Pendedahan awal kepada individu lain yang selesa mengambil risiko dan yang tidak mudah mengalah. (b) Memberi peluang untuk cemerlang dalam sekurang-kurangnya satu aktiviti atau bidang yang diceburi. (c) Menyediakan persekitaran yang sentiasa mencabar supaya murid sentiasa berada pada tahap kecemerlangan. (d) Membentuk hubungan dengan rakan sebaya yang rela diuji dan tidak takut gagal. (e) Menyediakan persekitaran keluarga yang menggalakkan atau mewujudkan hubungan toleransi terhadap sifat kanak-kanak yang gemar mencabar autoriti. 3
  • 13. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 1.4.1.1 Ciri kreativiti Dalam penghasilan kreativiti, terdapat empat ciri-ciri kreativiti. Ini ditunjukkan dalam Rajah 2.1: Rajah 1.1: Empat ciri kreativiti Huraiannya adalah seperti berikut: i. Pengurusan Imaginasi Aktiviti yang bersifat imaginatif adalah proses atau menjanakan sesuatu yang asli. Ia juga memberi alternatif kepada sesuatu yang biasa dijangka. Aktiviti ini melibatkan proses perbuatan dan berfikir. Aktiviti ini boleh dikatakan sebagai permainan mental yang diarahkan terhadap sesuatu objektif yang kreatif di mana ia memfokuskan terhadap memperbaiki sesuatu situasi menggunakan pelbagai perspektif. Hasil kreatif biasanya berlaku apabila idea yang sedia ada digabungkan dan diinterpretasikan semula dengan cara yang baru atau diaplikasikan ke dalam bidang yang baru atau yang sebelum ini dirasakan tiada kaitan. Aspek penting pemikiran 4
  • 14. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH kreatif adalah kebolehan membuat hubungan yang pelik, melihat analogi dan kaitan antara idea dan objek yang sebelum ini belum pernah dilihat. ii. Mempunyai Tujuan Imaginasi dan pemikiran wujud dengan tujuan tertentu. Imaginasi biasanya berlaku secara kebetulan. Kebiasaannya ia berlaku apabila seseorang sedang dalam proses cuba mencapai sesuatu objektif yang lain. Objektif ini pada awalnya tidak berkaitan dengan kandungan imaginasi kreatif yang dihasilkan. Walau bagaimanapun, disebabkan pemikiran kreatif berpotensi membawa idea baru, objektif awal mungkin mengalami perubahan atau diganti sama sekali. Ini menunjukkan bahawa kreativiti adalah gabungan dua elemen iaitu aksi dan tujuan. Contohnya, bot yang dinaiki oleh Samad tenggelam dan Samad cuba sedaya upaya memikirkan kaedah lain untuk menyelamatkan diri. iii. Bersifat Asli Sesuatu pemikiran atau perlakuan yang dianggap kreatif haruslah asli. Ini bermaksud ia merupakan suatu idea baru yang dihasilkan secara unik oleh individu atau pun berkumpulan. Keaslian boleh dikategorikan kepada tiga iaitu:  Hasil kerja seorang individu mungkin asli apabila dibandingkan dengan hasil kerjanya sendiri yang terdahulu.  Ianya boleh dikatakan asli apabila dibandingkan dengan hasil-hasil kerja rakan-rakannya.  Paling asli adalah hasil kerja yang belum pernah dihasilkan sebelum ini oleh mana-mana pihak dalam mana-mana bidang. Kategori keaslian pertama dan kedua lebih memfokuskan kepada perkembangan individu manakala kategori ketiga penting untuk perkembangan masyarakat secara global. 5
  • 15. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH iv. Bernilai Hasil pemikiran atau perlakuan kreatif pada dasarnya patut menyumbang kepada tujuan atau objektif asal. Kemudian, terpulanglah kepada individu yang terlibat untuk menilai secara kritikal idea-idea mana yang berguna atau setakat mana sesuatu idea menyumbang kepada pencapaian objektif tersebut. Idea yang dinilai sebagai berguna dikekalkan dan idea yang kurang berguna digugurkan. Kriteria penilaian sesuatu idea yang kreatif bergantung kepada tujuan dan bidang aktiviti berkenaan. Contohnya, penilaian boleh dibuat berdasarkan aspek keberkesanan, kegunaan praktikal, kesahihan, kepuasan atau elemen seronok. 1.4.2 Bahagian Hemisfera Otak Otak manusia adalah bahagian anggota yang paling kompleks yang pernah dikenal di alam semesta. Otak adalah satu-satunya organ yang sangat berkembang sehingga dapat mempelajari dirinya sendiri. Saintis berpendapat bahawa jika dirawat oleh tubuh yang sihat dan lingkungan yang menimbulkan rangsangan, otak yang berfungsi dapat tetap aktif dan reaktif selama lebih dari seratus tahun. 1.4.3 Fungsi Otak kiri dan otak kanan Otak terbahagi kepada dua hemisfera iaitu kanan dan kiri. Hemisfera kiri mengawal bahagian kanan anggota badan, manakala hemisfera kanan mengawal bahagian kiri anggota badan. Kedua-duanya mempunyai fungsi yang berbeza (lihat rajah 1.2). Rajah 1.2: Fungsi otak kiri dan kanan Sumber: http://library.thinkquest.org 6
  • 16. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Bahagian otak kiri memproses maklumat secara rasional dan logikal serta bertanggungjawab terhadap penggunaan bahasa, penyelesaian masalah dan memproses maklumat dengan lebih spontan dan kreatif, terutamanya dalam bidang seni dan muzik. Contohnya, seorang penulis menggunakan otak kanan untuk mencipta dan otak kiri untuk mengurus dan menyusun apa yang dicipta dalam bentuk logikal. Bahagian otak kanan pula berfungsi dalam hal persamaan, khayalan, kreativiti, bentuk atau ruang, emosi, muzik dan warna. Daya ingat otak kanan bersifat lama (long term memory). Sekiranya terdapat kerosakan pada bahagian otak kanan, misalnya penyakit strok atau tumor otak, maka fungsi kemampuan visual dan emosi akan terganggu . Walaupun keduanya mempunyai fungsi yang berbeza, namun setiap kanak-kanak mempunyai kecenderungan untuk menggunakan salah satu bahagian otak yang dominan dalam kehidupan sehariannya. Setiap belahan otak saling mendominasi dalam aktiviti namun keduanya terlibat dalam hampir semua proses pemikiran. Kebanyakan kanak-kanak lahir dengan kecenderungan dominan pada otak kanan. Kanak-kanak pada tahun-tahun awal memberikan tindak balas kepada bentuk, bau, dan suara yang sudah dikenali. Dalam proses membesar, hubungan antara dua belahan otak mula terbentuk dan mereka mula memperlihatkan kemampuan kognitif yang lebih baik pada belahan otak kanan, kemudian diikuti fungsi belahan otak kiri. Belahan otak kanan adalah sumber intuisi, kiasan, dan daya imaginasi. Pada umumnya, semua orang mempunyai potensi menjadi kreatif. Namun, disebabkan nilai-nilai kehidupan moden lebih menggalakkan penggunaan fungsi otak kiri, manusia jarang mempunyai masa melibatkan diri dalam aktiviti otak kanan yang lebih kreatif seperti menulis novel atau melukis. Oleh sebab itu, daya kreativiti menjadi kurang aktif disebabkan kurang penggunaannya (Edward de Bon, 1994). Sehubungan itu, dalam mana-mana aktiviti yang berbentuk kreatif kita perlulah merangsang otak sebelah kanan supaya lebih aktif. Ini boleh dilakukan dalam pelbagai aktiviti masa lapang termasuk aktiviti yang berbentuk kesenian. S Pada pendapat anda, apakah perbezaan fungsi otak kanan dan otak kiri yang lebih ketara? 7
  • 17. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Seni Visual Tajuk 2 EMAK KENDIRI 1.1 2.1 Sinopsis Unit ini menerangkan tentang beberapa teori yang menerangkan peranan seni visual dalam perkembangan kanak-kanak. Teori ini secara umum menyatakan bahawa pendedahan kepada seni visual dapat membantu perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif, psikoanalitik dan persepsi. Selain itu, Teori Kecerdasan Pelbagai juga mengaitkan kepentingan seni visual dalam meningkatkan kecerdasan visual-ruang dalam diri kanak-kanak. 2.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori Seni Visual iaitu Teori Kognitif, Psikoanalitik, Persepsi dan Kecerdasan Ruang; 2. Mengenal pasti strategi-strategi yang boleh digunakan oleh guru dalam pendidikan seni visual. 2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Teori Perkembangan Seni Visual Subtajuk 1 Teori kognitif Subtajuk 2 Subtajuk 3 Teori Persepsi Teori Psikoanalitik 8 Subtajuk 4 Teori Kecerdasan visual ruang
  • 18. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 2.4 Teori Kognitif Seorang tokoh penting dalam seni visual ialah Viktor Lowenfeld (Rajah 4.1). Beliau ialah seorang professor dalam bidang pendidikan seni di Universiti Pennsylvania di Macmillan. Lowenfeld (1947) menyatakan bahawa sejak kecil lagi proses pembelajaran kanak-kanak dibantu dengan penggunaan alat bantuan sensori seperti peta, gambar-gambar dan peralatanperalatan sains. Ini kerana pemikiran abstrak tanpa representasi visual bukanlah sesuatu yang mudah untuk ditangani. Semakin kanak-kanak membesar, seni visual semakin banyak membantu perkembangan minda yang lebih menyeluruh. Lowenfeld juga menyatakan bahawa dalam bidang seni halus, pengetahuan teknikteknik seni halus serta kemahiran memanipulasi ciri-ciri lukisan dan seni dapat memainkan peranan yang penting untuk meningkatkan kemahiran seni melukis serta imej artistik yang dihasilkan dalam kalangan kanak-kanak. Pengetahuan serta lebih mendalam dan berstruktur dari segi konvensi-konvensi artistik mewujudkan bahan perantara untuk kanak-kanak mengembangkan kreativiti. Pengetahuan ini memerlukan penganalisisan, kemahiran pemikiran rasional dan pemprosesan maklumat secara kognitif. Oleh itu, keupayaan kognitif boleh ditingkatkan melalui keupayaan individu untuk membentuk dan mencipta, memahami dan menginterpretasikan hasil atau karya seni. Lowenfeld menjelaskan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak dan hubungannya secara langsung terhadap perkembangan mental boleh dilihat dari klasifikasi tahap yang berikut: i. Peringkat Contengan (Scribbling : 2-4 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan. Contengan yang dibuat oleh kanak-kanak pada tahap ini tidak dihasilkan secara sukasuka dan tanpa tujuan. Sebaliknya, kanak-kanak mempamerkan kesedaran tentang corak dan koordinasi tangan-mata. Lama-kelamaan selepas menconteng mereka akan menamakan apa yang telah mereka lukis. Lebih kurang pada umur 2 tahun, kanak-kanak akan memberitahu apa yang akan mereka lakukan sebelum mereka melukis. Apabila mereka meningkat kepada umur 3 tahun, kanak-kanak mula menambahkan maklumat dengan lebih terperinci dan sudah boleh bercakap mengenai lukisan mereka dari 9
  • 19. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH segi warna, bentuk dan sebagainya. ii. Peringkat Praskematik (Preschematic : 4-7 Tahun) Peringkat ini ialah peringkat peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan. Pada tahap ini kanak-kanak biasanya melukis gambar bentuk orang yang mudah seperti melukis satu bulatan kecil untuk kepala, satu bulatan untuk badan dan dua garisan ke bawah untuk kaki. Mereka akan melukis tanda-tanda yang kecil. Dalam bulatan untuk mata, hidung dan mulut (sila lihat Rajah 4.1). Cara melukis yang sama digunakan untuk melukis binatang. Lukisan mereka pada tahap ini dikatakan berciri simbolik di mana simbol-simbol digunakan untuk mewakili sesuatu objek. Rajah 4.2: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 4-7 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) iii. Peringkat Skematik (Schematic :7-9 Tahun) Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. Lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Ciri-ciri lukisan pada tahap ini menunjukkan apa yang difikirkan oleh kanak-kanak berbanding dengan apa yang sebenarnya dilihat oleh kanak-kanak. Tahap ini juga melibatkan bentuk lukisan x-ray iaitu lukisan yang mempunyai ciri-ciri luaran dan dalaman sesuatu objek. Ini menunjukkan kanak-kanak melukis sesuatu yang mereka ketahui melalui pengalaman (sila lihat Rajah 4.3). Contohnya, lukisan sebuah kotak dan melukis isi di dalam kotak berkenaan. Pada tahap ini juga kanak-kanak melukis objek yang jauhdengan saiz kecil dan objek dekat dengan saiz yang besar. Ini menunjukkan permulaan pemahaman konsep perspektif. 10
  • 20. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 4.3: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) iv. Peringkat Kesedaran Realisma (Dawning Realism : 9-12 Tahun) Pada peringkat ini kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Imej yang dilukis secara realistik dan teliti (sila lihat Rajah 4.4). Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya mereka dengan karya rakan sebaya. Keadaan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan. Lukisan kanak-kanak pada peringkat ini lebih cenderung untuk melukis objek seperti objek yang sebenar. Kesukaran menyamai ciri-ciri yang sebenar kerap kali mengecewakan mereka. Pada tahap ini ramai kanak-kanak yang hilang minat untuk melukis kerana tidak puas hati dengan hasil kerja mereka. Inilah sebabnya, mengapa orang dewasa menganggap kemahiran melukis mereka masih pada tahap tersebut. Rajah 4.4: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 9-12 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) v. Peringkat Rasional (Pseudonaturalistic atau Reasoning :12-14 Tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej (sila lihat Rajah 4.5). Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi. 11
  • 21. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 4.5: Contoh Lukisan Kanak-kanak Berumur 7-9 Tahun Sumber: Creative And Mental Growth oleh Lowenfeld V., (1947) vi. Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun) Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni. Apakah aktiviti yang berkesan yang boleh guru laksanakan di bilik darjah untuk meningkatkan kemahiran seni visual murid prasekolah? 2.5 Teori Psikoanalitik Pendekatan psikoanalitik berkaitan dengan penggunaan bahasa untuk menganalisa atau membincangkan seni visual terutama sekali dari segi emosi yang diluahkan melalui seni. Pendekatan ini mula diperkenalkan oleh Sigmund Freud (Rajah 4.6). Freud percaya bahawa seni visual adalah bahan perantara yang sangat penting dalam mengenal pasti pemikiran bawah sedar manusia. Freud menyatakan bahawa tahap ini dapat dicapai dengan menganalisis prosesproses kreatif yang terlibat dalam penghasilan seni visua l.Freud juga mengkaji hubungan antara sejarah hidup artis dengan karya mereka. Rajah 4.6: Sigmund Freud Sumber: http://en.wikiped ia.org/wiki/Sigmund Freud 12
  • 22. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Dalam konteks kemahiran seni kanak-kanak, Freud mempercayai bahawa interpretasi mereka terhadap seni visual dan penghasilan mereka boleh menunjukkan perasaan dan emosi. Selari dengan ini, penggunaan seni visual dalam rawatan mental dan emosi sangat penting bagi kanak-kanak. Kaedah ini dikenali sebagai psikoterapi. Sebagai contoh, membimbing kanakkanak melukis ahli keluarganya boleh memberi gambaran dan maklumat tentang perspektif kanak-kanak serta emosinya terhadap keluarga. Contohnya, dalam kajian kes Jarboe (2008) terhadap seorang kanak-kanak berumur 5 tahun yang bernama Bridget. Pada peringkat awal, didapati Bridget menunjukkan tingkah laku aneh apabila dia menghadapi perubahan. Bridget akan menjerit-jerit dan tidak dapat dikawal. Dalam sesi terapi, Jarboe memerhati tingkah laku Bridget. Bridget melukis satu bulatan yang sangat kecil, diikuti dengan bulatan yang lebih besar di sekeliling bulatan pertama. Beliau memberitahu bahawa bulatan kecil itu adalah dirinya dan bulatan besar dalah ibunya. Beliau menyatakan bahawa ibunya sedang mengandung dan dirinya berada di dalam perut. Daripada gambar tersebut, pakar terapi mendapati bahawa umur mental Bridget adalah lebih kurang 3 tahun dan dia mempunyai sindrom risau dan gementar apabila dipisahkan daripada ibunya. Selepas beberapa siri terapi, Bridget disuruh melukis sebuah lagi gambar mengenai dirinya. Bridget melukis gambar yang menunjukkan bahawa dirinya sudah lebih besar dan enyatakan gambar kecil di sebelahnya adalah ibunya. Bridget mengatakan bahawa ibunya bersaiz kecil kerana ibunya berada jauh daripadanya. Berdasarkan pemerhatian tersebut, Jarboe merumuskan bahawa terapi yang dilalui oleh Bridget berjaya meningkatkan konsep kendiri dan persepsi dirinya sebagai individu yang lebih berdikari dan yang tidak terlalu bergantung kepada ibunya. 2.6 Persepsi dan Representasi Konsep persepsi dalam teori seni visual adalah berkaitan rapat dengan konsep psikoanalitik yang telah dibincangkan sebelum ini. Pengendalian corak-corak visual menunjukkan tahap perkembangan mental kanak-kanak. Persepsi visual boleh diterangkan sebagai apa yang dilihat. Manakala representasi visual pula ialah berkaitan dengan bagaimana kita mencerminkan diri dalam seni. 13
  • 23. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Kanak-kanak jarang melukis dengan cara realistik dan tepat dari segi ruang. Salah satu daripada teori yang memberi penerangan tentang persepsi kanakkanak dalam seni visual ialah teori kognitif yang mengatakan bahawa kanakkanak melukis apa yang mereka tahu dan bukan apa yang mereka lihat. Lowenfeld (1975) percaya bahawa setiap kanak-kanak dilahirkan kreatif. Penyataan ini disokong dengan sifat semula jadi kanak-kanak yang gemar meneroka, dan penuh dengan perasaan ingin tahu. Piaget (1958) merumuskan bahawa kanakkanak kecil bukanlah tidak mempunyai kapasiti untuk berfikir secara kreatif, cuma kanakkanak dewasa lebih matang. Jawapan dan hasil lakaran kanak-kanak kecil berbeza daripada kanak-kanak dewasa kerana cara berfikir mereka yang berbeza. SEMAK KENDIRI Cuba terangkan kepentingan seni visual kepada pertumbuhan kanakkanak dari aspek kognitif, psikoanalitik dan persepsi. 2.7 Kecerdasan Visual Ruang Gardner (1993) menerangkan, kecerdasan, visual ruang sebagai keupayaan “Membuat persepsi tentang dunia luar dengan tepat, menukar dan mengubahsuai persepsi awalan untuk mencipta semula aspek pengalaman visual tanpa kehadiran punca stimuli fizikal berkenaan” (m/s 173) Ringkasnya, kecerdasan visual ruang ialah kecerdasan yang boleh berfikir melalui gambar serta mampu untuk menyerap, mengubah dan menciptakan kembali berbagai macam aspek visual. Ciri-ciri kanak-kanak yang memiliki kecerdasan ini ialah mereka peka dan sensitif kepada ciri-ciri visual, keseimbangan, warna, garis, bentuk dan ruang. Kanak-kanak juga mudah mengira jarak, ruang serta membuat lakaran idea dengan jelas. Kecenderungan dalam kecerdasan ini membolehkan seseorang membuat persepsi tentang alam sekitar secara tepat. Mereka dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Mereka juga boleh berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan tiga dimensi. Di samping itu juga mereka bijak menghubungkaitkan antara objek dan ruang serta mempersembahkan idea dalam bentuk grafik seperti peta, graf dan lakaran. Mereka lebih suka akan maklumat yang dipersembahkan dalam bentuk carta, grafik, video dan sebagainya. Individu yang tinggi kecerdasan visual-ruang cenderung dalam pekerjaan seperti jurutera, 14
  • 24. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH juruterbang, juru lukis, artis, arkitek dan lain-lain pekerjaan yang berhubung dengan manipulasi corak dan ruang. Definisi yang diberikan oleh Gardner (1993) ternyata menunjukkan kepentingan menggalakkan perkembangan kecerdasan visual ruang dari segi meningkatkan daya upaya kognitif dan kreativiti kanak-kanak. Kecerdasan visual ruang banyak digunakan dalam seni visual. Oleh itu, salah satu cara yang paling efektif untuk meningkatkan kecerdasan ini ialah dengan mendedahkan kanak-kanak kepada aktiviti-aktiviti seni visual atau pendidikan seni visual. Amalan pendidikan seni visual sangat penting kerana ia menggalakkan pemahaman, daya persepsi dan pengenalan simbol-simbol visual secara beransur, sesuai dengan tahap umur kanak-kanak. Seterusnya, ia mendorong kanak-kanak menggunakan simbol-simbol tersebut. Amalan seni visual berfungsi mengembangkan kemahiran motor dan daya persepsi di samping memberi pengetahuan tentang pelbagai konsep seni visual. Aktiviti yang dicadangkan di dalam kurikulum pendidikan seni visual adalah mengikut peringkat umur yang membantu perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh. Penglibatan dalam seni dapat mewujudkan keadaan mental dan fizikal yang baik. Pendidikan seni perlu mempunyai keseimbangan dari segi penciptaan, tanggapan, dan respons yang menggalakkan pertumbuhan fizikal, kognitif dan afektif. Bagi kanak-kanak prasekolah, seni visual menggalakkan daya pemikiran seperti mengira, menyusun dan mengklasifikasikan. Melalui teknik penyoalan, guru boleh membuat kanakkanak sedar akan konsep nombor dalam hasil seni mereka. Seni juga membantu kanak-kanak mengembangkan kemahiran merancang dan akhirnya mencapai matlamat yang ingin dicapai dalam pendidikan prasekolah. Peralatan dan bahan mesti disimpan di tempat yang disediakan selepas aktiviti seni untuk memudahkan urusan penggunaan pada masa akan datang. 2.8 Rumusan  Secara umumnya kanak-kanak pada peringkat tadika dan prasekolah pada keseluruhannya adalah kreatif, ekspresif dan aktif. Pembelajaran pendidikan seni visual memainkan peranan memperkembangkan sifat sifat seni ini melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran  Aktiviti pembelajaran yang bercorak perkembangan pemikiran, penerokaan dan ciptaan reka bentuk dalam pelbagai jenis seni visual akan membolehkan mereka menyatakan idea dan ekspresi diri. 15
  • 25. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 3 3.1 Musik Dan Pergerakan Sinopsis Muzik adalah satu cabang seni. Muzik adalah satu aspek yang sangat penting dan berkesan dalam perkembangan emosi, sosial, fizikal dan kognitif kanakkanak. Pengalaman awal muzik dalam kalangan kanak-kanak adalah satu peringkat yang sangat penting yang boleh membantu kanak-kanak dari segi pembinaan, penukaran dan pengembangan konsep. Pada tahap ini kanak-kanak mengalami perkembangan dalam persepsi multisensori, pengawalan motor, kemahiran penyelesaian masalah, mencipta dan kemahiran menyoal. Muzik sering menjadi elemen yang memberi keseronokan dan alat untuk meluahkan perasaan bagi kanak- 16
  • 26. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH kanak. Justeru, dalam topik ini kita akan membincangkan teori-teori perkembangan muzik serta maksud kecerdasan muzik. 3.2 Hasil Pembelajaran Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan teori-teori perkembangan muzik Dalcroze, Orff dan Kodaly; 2. Menerangkan maksud kecerdasan muzik 3.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Teori Perkembangan Musik Subtajuk 1 Subtajuk 2 Subtajuk 3 Subtajuk 4 Teori Dalcroza Teori Orff Teori Kodaly Teori Kecerdasan musik 3.4 Teori-Teori Perkembangan Muzik Dalcroze, Orff Dan Kodaly Kebanyakan jenis pendidikan dan perkembangan muzik berdasarkan falsafah tiga orang ahli dan pendidik muzik. Mereka ialah Emili Dalcroze dari Switzeland, Carl Orff dari Jerman dan Zoltan Kodaly dari Hunggary. Berdasarkan idea-idea muzik yang ditemui di negara mereka masingmasing , ianya telah digunakan secara meluas di serata dunia. Disebabkan idea-idea yang mereka peroleh mempunyai kaitan dengan budaya dan konteks negara mereka sendiri, maka ia telah menyebabkan pendekatan dan isi kandungan teori-teori mereka erbeza. 3.4.1 Kaedah Dalcroze 17
  • 27. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Emile Jaques Dalcroze (1865 1950) (Rajah 3.1) telah memperkenalkan satu kaedah untuk mempelajari dan mengekspresikan muzik melalui pergerakan yang dipanggil eurhythmics. Semasa mengajar Dalcroze mendapati bahawa ramai daripada pelajar-pelajarnya cekap dari segi teknikal tetapi mempunyai kelemahan dari segi pemahaman muzik. Kesedaran ini telah mendorong Dalcroze mencipta satu kaedah yang menggabungkan pergerakan, rentak dan improvisasi. Menurut Dalcroze, pembelajaran dan latihan muzik yang lengkap dan kreatif seharusnya menggabung ketiga-tiga aspek ini. Rajah 3.1: Emile Jaques Dalcroze Sumber:http://en.wikipedia.org/wiki/Dalcroze Kaedah Dalcroze ini menegaskan bahawa: i. Tubuh badan pelajar dianggap sebagai peralatan muzik dalam menginterpretasikan bunyi ii. Tindak balas seluruh tubuh badan perlu aktif dalam mempelajari muzik. Kandungan kurikulum pendekatan Dalcroze adalah bertujuan untuk memperkembangkan kebolehan pelajar untuk merasa, mendengar, mencipta, berimaginasi, berhubung, mengingat, membaca, mempersembahkan dan menginterpretasikan muzik. Kepekaan terhadap rentak, kebolehan mengenali muzik dan koordinasi otot dikembangkan secara serentak. Rajah 3.2 menunjukkan perkara yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze. 18
  • 28. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 3.2: Perkara yang ditekankan dalam Kaedah Dalcroze Dalam mendidik kanak-kanak, Dalcroze cuba sedaya upaya untuk mengajar kanak-kanak tentang cara menghayati muzik dan cara mengekspresikan perasaan mereka melalui muzik. Dalcroze sentiasa cuba mengendalikan pengajarannya supaya tidak membosankan dan sentiasa cuba mengintegrasikan sebanyak deria yang boleh. Berdasarkan pengalaman ini, Dalcroze memerhatikan bahawa walaupun kadang kala kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan menyanyi mengikut rentak, namun mereka boleh berjalan atau berlari mengikut rentak berkenaan. Ini merupakan elemen paling penting dalam menyokong hujah beliau yang menekankan bahawa pergerakan adalah salah satu cara mengungkapkan perasaan melalui muzik. Mengikut kaedah dan aktiviti-aktiviti pengajaran, Dalcroze memberikan pandangan bahawa pergerakan dan nyanyian dianggap sebagai kemahiran asas yang mesti ditekankan. Dua ciri yang penting ialah: i. Pendengaran Dalaman iaitu kebolehan mengenali sensasi yang dirasai melalui pergerakan dan bunyi. ii. Kinesthesia iaitu sensasi yang dirasai melalui pergerakan ditukar kepada perasaan yang kemudiannya dihantar ke otak. Otak pula akan memproses maklumat dan menukar maklumat yang diterima menjadi pengetahuan. Improvisasi tau pengubahsuaian adalah satu lagi yang sangat penting dalam kaedah ini. Mengikut Dalcroze, muzik harus sentiasa diubah supaya kanakkanakbelajar mendengar, mengenali dan menghayati muzik. Falsafah di sebalik konsep ini adalah seperti berikut: 19
  • 29. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Berdasarkan pendapat dan pandangan Dalcroze di atas, dapatlah disimpulkan di sini bahawa luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kanak-kanak berkomunikasi secara verbal dan bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan estetik yang menjurus kepada isyarat yang merupakan gambaran kepada emosi dalaman, jiwa dan pemikiran mereka. 3.4.2 Kaedah Orff Carl Orff (Rajah 3.3) ialah seorang ahli muzik dari German yang memperkenalkan pendekatan pendidikan muzik yang menggunakan pergerakan sebagai asas penguasaan perkembangan muzik kanak-kanak. Pendekatan ini dikenali sebagai Orff Shulwerk. Pada mulanya, Orff Shulwerk dicipta untuk mengajar orang dewasa tetapi lama kelamaan iubahsuai khusus untuk mengajar kanak-kanak. Suara, pergerakan dan peralatan muzik adalah tiga elemen perantara yang digunakan dalam Shulwerk. Lagu dan rima pentatonik digunakan untuk mengajar kanak-kanak menyanyi. Pentatonik ialah skala lima nota. Pelbagai pergerakan direka dan disesuaikan dengan rima. Meneroka dan mencuba pergerakan badan menggunakan ruang yang sedia ada serta mengikut rentak muzik yang berlainan adalah penting dalam kaedah ini. Rajah 3.3: Carl Orff Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Carl_Orff 20
  • 30. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Manakala peralatan muzik yang digunakan dalam kaedah Shulwerk adalah dari jenis bar atau mallet seperti xylophone. Alat ini dipanggil instrumen Orff kerana kunci-kunci yang boleh dikeluarkan atau dipindahkan membolehkan nota-nota muzik disusun semula dalam berbagai kombinasi semasa latihan pengubahsuaian. Proses pengajaran pendekatan Shulwerk boleh dibahagikan kepada empat bahagian yang digunakan dalam pelbagai cara iaitu: i. Penjelajahan Kanak-kanak menjelajahi dan mencuba semua aspek Shulwerk. Semua instrumen termasuk suara dicuba untuk menghasilkan bunyi. Pelbagai pergerakan juga dicuba. ontohnya, bergerak seperti seekor binatang. ii. Peniruan Kanak-kanak banyak belajar dengan meniru pergerakan yang dilihat dan didengar. Shulwerk menggunakan teknik ini untuk mengembangkan kemahiran muzik kanak-kanak. iii. Improvisasi Selepas kanak-kanak belajar tentang pergerakan, rentak dan melodi, kanak-kanak akan berupaya membuat improvisasi terhadap melodi. iv. Penciptaan Fungsi Shulwerk dalam aspek ini adalah menyediakan alat untuk penciptaan. Selepas penjelajahan akan menggunakan pengetahuan tentang muzik, pengetahuan tentang melodi, pergerakan dan bahasa untuk mencipta satu gubahan muzik yang lengkap. Jelasnya, pandangan Carl Orff terhadap pengajaran muzik kanak-kan k tidak banyak perbezaan dengan pendapat Dalcroze. Kedua-dua mereka member penekanan kepada kepentingan penerapan unsur muzik dan pergerakan dalam pendidikan kanak-kanak. Mereka percaya bahawa pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka. Ini kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi. 21
  • 31. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3.4.3 Kaedah Kodaly Zoltan Kodaly (Rajah 3.4) ialah tokoh muzik yang berasal dari Hungary. Konsep Kodaly diperkenalkan sebagai kaedah dalam pendidikan muzik. Asas dalam kaedah ini ialah nyanyian, pembelajaran bahan muzik instrinsik iaitu muzik yang berkait rapat dengan budaya sesuatu masyarakat dan penggunaan solmization yang relatif. Solmization ialah sistem kod nada yang menggunakan suku kata do-re-mi-fa-so-la-ti-do untuk skala atau skor muzik. Perbezaan utama antara kaedah ini dengan kaedah-kaedah pendidikan muzik yang lain ialah penekanan kepada pembelajaran dan pembacaan skor muzik secara formal. Kaedah ini adalah berdasarkan kepada gabungan tiga konsep iaitu: i. Konsep solfej dari Itali dan Dalcroze. ii. Suku kata rentak Cheve dari Perancis iii. Nyanyian tangan Curven dari England. Pendekatan Kodaly mempunyai dua objektif iaitu: i. Membantu dalam perkembangan sosial seni kanak-kanak yang seimbang. ii. Menghasilkan individu dewasa yang dapat membaca dan menulis skor muzik seperti mana mereka mahir membaca dan menulis dalam bahasa. Berdasarkan pengalamannya, Kodaly sedar bahawa pendidikan muzik kanak-kanak haruslah bermula dari tahap prasekolah. Kodaly menekankan kepentingan muzik dalam kurikulum. Di samping itu, Kodaly menegaskan bahawa pengajaran muzik harus dimulakan pada masa kanak-kanak mula belajar membaca. Rajah 3.5 menunjukkan diri-ciri yang terdapat di dalam kaedah Kodalay. 22
  • 32. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 3.4: Kodaly Zoltan Sumber: http://en.wikipedia .org/wiki/Kodaly 23
  • 33. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3.5 Kecerdasan Muzik Kecerdasan muzik ialah satu daripada sembilan kecerdasan yang ada pada manusia. Kecerdasan muzik ialah kepekaan terhadap unsur-unsur yang berkaitan dengan bunyi dan muzik. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini peka kepada rentak, tala dan nada. Menurut Gardner, terdapat bahagianbahagian di hemisfera kanan otak manusia yang memainkan peranan penting dalam membentuk persepsi dan produksi muzik. Tambahan pula terdapat bukti kajian-kajian berkaitan dengan ciri perkembangan bayi yang menunjukkan bahawa mereka mempunyai kebolehan semula jadi untuk memproses aspek-aspek muzik. Gardner mendefinisikan kecerdasan muzik sebagai kemahiran aspek persembahan, penggubahan dan penghargaan pelbagai bentuk dan corak muzik. Menurut Gardner, kecerdasan ini membolehkan individu mencipta, berkomunikasi dan memahami makna yang dihasilkan daripada bunyi. Pada pandangan Gardner, struktur kecerdasan muzik dalam otak hampir selari dengan struktur kecerdasan linguistik. Semua orang mempunyai tahap kecerdasan muzik yang berbeza-beza. Mereka mempunyai bakat atau tahap kecerdasan muzik semula jadi yang pelbagai. Tetapi pada umumnya, semua orang boleh dan harus digalakkan mengembangkan kebolehan muzikal mereka. Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner telah merangkumi aspek-aspek yang ditekankan dalam pendekatan Dalcroze, Kodaly dan Orff daripada beberapa aspek. Ini ditunjukkan dalam Rajah 3.6. 24
  • 34. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 3.5: Aspek muzik dalam teori kecerdasan Gardner Gardner percaya bahawa semua kanak-kanak berpotensi berfikir secara kreatif dan semua jenis kecerdasan ini bekerjasama secara kompleks, berkembang melalui pendidikan, ngalaman dan persekitaran yang bermakna. Kecerdasantersebut boleh dipelajari, dibentuk, ditingkatkan dan sentiasa berubah sepanjang hayat melalui pelbagai cara termasuklah muzik. Dalam konteks pendidikan prasekolah dan pendidikan awal kanak-kanak, kecerdasan muzik lebih mudah dikembangkan melalui penggunaan alat audiovisual dan penggunaan ICT (Information and Communication Technology) dalam pengajaran. Penggunaan ICT merujuk kepada penggunaan alatan digital dan elektronik dengan memanipulasikan perisian-perisian yang ada. Penggunaan komputer, pengimbas, kamera digital, pencetak serta internet yang disertakan dengan kesan bunyi dan muzik akan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih kreatif dan menyeronokkan. Jelasnya, nyanyian dan muzik adalah teknik pengajaran yang menarik dan sesuai untuk kanak-kanak. Selain turut meningkatkan kemahiran kinestetik, nyanyian dan muzik juga meningkatkan kemahiran dalam sebutan. Sebutan adalah penting dalam nyanyian. Organ yang terlibat dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan rahang. Sebutan yang jelas bergantung kepada koordinasi antara organ-organ tersebut. Dalam nyanyian, sebutan bunyi vokal dan konsonan hendaklah jelas. Bentuk mulut yang betul akan menghasilkan sebutan, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan padaawal dan akhir sesuatu perkataan akan menghasilkan rima yang selalunya membantu kanak-kanak mengingat perkataan. Sebutan, nyanyian dan pergerakan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang konsisten. 25
  • 35. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 3.6 Rumusan Aktiviti nyanyian dan pergerakan memberi peluang kepada kanak-kanak untuk merealisasikan imaginasi mereka di dalam pelbagai cara. Ini termasuklah aktiviti seni seperti melukis, mewarna, kraf tangan, muzik, nyanyian, tarian, drama, puisi, dan sebagainya. Kanak-kanak akan rasa seronok melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti nyanyian Tajuk 4 4.1 Sosiodrama Sinopsis 26
  • 36. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Topik ini membincangkan tentang definisi permainan sosial, permainan sosio dramatik dan drama kreatif. 4.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui definisi permainan sosial dan permainan sosio dramatik. 2. Mengenal pasti tujuan permainan sosial dan permainan sosio dramatik. 4.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Lakonan dan drama kreatif Subtajuk 1 Permainan sosial 4.4 Subtajuk 2 Permainan Sosio dramatik Lakonan dan drama kreatif Lakonan dan drama kreatif merupakan salah satu teknik dan alat bantu pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Lakonan dan “main peranan” ialah permainan di mana kanak-kanak bermain sebagai ibu, bapa, kakak, abang, adik, doktor, polis, pelakon dan lain-lain dalam sesuatu peristiwa yang sesuai. Kanak-kanak perlu bertutur atau melakonkan watak-watak berkenaan dalam satu situasi atau setting. Teknik main peranan bertujuan untuk mengekalkan perhatian dan tumpuan, menarik minat kanak-kanak serta untuk membangkitkan rasa ingin tahu kanak-kanak terhadap sesuatu perkara. Teknik main peranan ini sering digunakan oleh guru dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan teknik lakonan dan drama kreatif adalah untuk melatih kanak-kanak : i) memperkembangkan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan 27
  • 37. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH intonasi); dan ii) bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, badan dan lain-lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan. Pendekatan dan aktiviti ini mampu mendorong kanak-kanak untuk menghubungkan perasaan mereka dengan komponen yang dipelajari. Kanak-kanak juga bebas meluahkan emosi, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu. 4.4.1 Permainan sosial Kanak-kanak dan main ibarat irama dan lagu. Kanak-kanak belajar melalui main kerana main adalah cara paling asas untuk kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Main dapat menimbulkan perasaan gembira kepada kanak-kanak. Permainan menggalakkan interaksi positif. Aktiviti bermain mampu menyatukan kanak-kanak yang mempunyai pengalaman dan bakat atau potensi yang pelbagai. Tujuan bermain di kalangan kanak-kanak adalah untuk membolehkan mereka: (a) mempelajari peranan-peranan individu dewasa; (b) menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta untuk mengurangkan ketegangan dan (c) menerima maklumat yang dapat membantu perkembangan. Main sosial ialah situasi di mana kanak-kanak bermain bersama dalam kumpulan atau dalam lingkungan kawasan permainan secara sendirian atau berinteraksi dengan bahan. Mengikut Parten (1932) terdapat enam jenis main sosial di kalangan kanak kanak, antaranya ialah: (i) Main “unoccupied” iaitu kanak-kanak tidak bermain dengan sesiapapun 28
  • 38. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH dan juga sebarang permainan. Mereka hanya berdiri atau duduk tanpa membuat sesuatu. (ii) Main “solitary” (bersendirian) iaitu suatu permainan di mana kanak-kanak bermain seorang diri tanpa menghiraukan rakan-rakan dan keadaan sekeliling. (iii) Main “onlooker” (pemerhati) iaitu kanak-kanak memerhati dan melihat rakan-rakan bermain. Mereka memberikan fokus kepada permainan kanakkanak lain. (iv) Main “parallel” iaitu kanak-kanak bermain sendirian dengan menggunakan cara dan alatan yang sama dengan rakan-rakan mereka. (v) Main “associative” iaitu kanak-kanak hanya berinteraksi di antara satu sama lain dengan bertanya atau meminjam peralatan atau bahan, tetapi mereka tidak bermain bersama-sama. (vi) Main “cooperative” iaitu kanak-kanak terlibat secara aktif sebagai satu kumpulan bermain bersama. Permainan koperatif adalah hasil daripada organisasi guru. Hampir semua kanak-kanak prasekolah bermain dengan rakan sebaya mereka. Namun, tahap penyertaan sosial mereka adalah berbeza-beza. Mildred Parten (1932) menggariskan peringkat-peringkat penyertaan sosial (permainan sosial) yang mana hampir kesemua kanak-kanak melaluinya semasa berada dalam prasekolah. Jadual 6.1 menunjukkan peringkat-peringkat tersebut. Jadual 4.1: Peringkat-peringkat Penyertaan Sosial Parten Peringkat Huraian Tingkah laku - lapang “unoccupied” Menunjukkan minat yang kurang terhadap barang mainan, orang dan aktiviti yang berlangsung berhampiran; Tingkah laku - Pemerhati “onlooker” Menunjukkan minat terhadap rakan sebaya dan memerhati aktiviti dengan teliti. Tetapi mereka tidak menjalinkan hubungan sosial; Main “parallel” Menyertai aktiviti berhampiran rakan sebaya yang lain, tetapi jarang bercakap atau 29
  • 39. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH berinteraksi; Main assosiatif “associative” Bermain mengikut tema permainan individu tetapi berinteraksi dengan kerap, bercakap dengan rakan sebaya dan berkongsi bahan; dan Main koperatif “cooperative” Menggunakan permainan yang dikongsi dengan rakan sebaya; merancang, berunding dan membezakan peranan dalam menuju matlamat berkongsi. Ringkasnya, menjalin perhubungan dengan orang lain, mempelajari bagaimana hidup dalam sempadan jangkaan masyarakat dan menaksir kedudukan dalam sesuatu kumpulan merupakan tugas-tugas utama dalam masa awal kanak-kanak. Ia juga mencerminkan aspek-aspek perkembangan sosial kanak-kanak. Sejauh mana kanak-kanak dapat menangkap, mentafsir dan bertindak balas terhadap pelbagai situasi sosial ialah ukuran kebolehan sosial mereka. Justeru, guru dan ibu bapa boleh membantu kanak-kanak dalam memperoleh kemahiran sosial dan juga berkawan. Permainan sosio dramatik dan permainan fantasi adalah sebahagian daripada drama kreatif. Permainan sosio dramatik juga dikatakan sebagai permainan dramatik. Permainan sosio dramatik adalah sejenis drama yang dicipta.Permainan sosio dramatik juga dikenali role playing. Apa yang jelas, main sosio dramatik merujuk kepada permainan di mana kanakkanak bermain sebagai ibu, bapa, doktor, polis, penjahat dan sebagainya.Manakala main fantasi biasanya lebih merujuk kepada cerita-cerita dongeng dan cerita-cerita kepahlawanan. Dalam permainan sosio dramatik, kanak-kanak biasanya memberi peluang kepada rakan-rakan sebaya mereka untuk melakonkan pelbagai watak. Permainan ini melibatkan peristiwa semasa yang benar dan realistik. Manakala permainan fantasi melibatkan perkara yang tidak realistik dan fantasi. Dalam permainan sosio dramatik, tiada skrip diberikan. Kanak-kanak akan diberikan dengan satu situasi yang telah diterangkan kepada mereka dan mereka perlu 30
  • 40. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH menunjukkan tindak balas terhadap situasi tersebut dengan menganggap situasi itu adalah benar-benar berlaku. Kanak-kanak yang bermain sosio dramatik memerlukan kemahiran berunding atau berbincang apabila mereka berhubung kerana ia dapat membantu kanak-kanak memahami konsep, peranan dan pekerjaan yang sesuai untuk mereka. Peranan permainan sosio dramatik dalam pembelajaran kanak-kanak adalahuntuk memberi mereka:  menganalisa sesuatu situasi;  memilih alternatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah;  Menghadapi situasi-situasi tertentu; dan  Memahami tentang orang lain;  Melahirkan emosi; dan  Kemahiran berinteraksi dan mencipta. Cara melaksanakan permainan sosio dramatik:  Mengemukakan sesuatu masalah - guru akan bertanya kepada kanak-kanak apakah kegiatan yang ingin mereka lakukan. Setiap kanak-kanak boleh mencadangkan misalnya, cadangan untuk bermain doktor-doktor,main jualbeli, main masak-masak dan sebagainya;  Melakonkan masalah - setelah kanak-kanak berunding dan menentukan mainan yang mereka pilih, kanak-kanak akan memainkan peranan watakwatak yang terlibat dalam situasi yang dipilih; dan  Membincangkan hasil aktiviti drama - setelah lakonan selesai, perbincangan diadakan dengan kanak-kanak yang berada dalam kelas tersebut. Permainan sosio dramatik ini biasanya dijalankan di pusat permainan. Pusat permainan sosio dramatik biasanya dilengkapkan dengan prop atau persekitaran yang menyerupai keadaan sebenar sesuatu pekerjaan yang menjadi minat kanakkanak. Pusat permainan dramatik ini sentiasa perlu dikemaskinikan sesuai dengan minat kanak-kanak. 4.4.3 Drama Kreatif 31
  • 41. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Drama kreatif adalah suatu proses spontan yang bertujuan untuk menyampaikan mesej, emosi atau cerita dengan menggunakan teknik-teknik drama. Frasa “drama kreatif” ini memberikan makna yang berbeza-beza bagi setiap program dan sekolah. Definisi dan panduan melaksanakan drama kreatif bergantung kepada matlamat program dan umur kanak-kanak. Namun, kita akan mendapati bahawa perkataan-perkataan seperti berlakon, imaginasi dan main sering disebutsebut dalam mentafsirkan makna drama kreatif. Drama kreatif merupakan medium bagi kanak-kanak untuk meluahkan atau memperlihatkan diri mereka sendiri iaitu melalui pergerakan, bahasa badan, bahasa (verbal) dan nonverbal Teknik drama membentuk keadaan di mana kanak-kanak belajar dengan cara berinteraksi di antara satu sama lain. Kanak-kanak bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi, berkongsi sesuatu dan sebagainya. Melalui medium drama kreatif ini, kanak-kanak akan dapat berkomunikasi secara total. ... is concerned with the world of letÊs pretend; it asks the learner to project himself imaginatively into another situation, outside the classroom, or into the skin and personal of another person”. (Susan Holder, 1981) Kaedah dan teknik drama kreatif di dalam bilik darjah bukan hanya mengajar kanakkanak tentang kemahiran bersosial, tetapi juga sikap terhadap masyarakat sekeliling. Kemahiran-kemahiran ini penting dalam proses membentuk pertumbuhan dan perkembangan fizikal, mental dan emosi kanak-kanak dalam menghadapi masa akan datang. Selain itu, drama kreatif juga menggalakkan kanak-kanak berimaginasi dan bertindak secara spontan melalui aksi mereka. Bahan-bahan yang digunakan dalam drama kreatif boleh merangsang imaginasi dan ekspresi diri mereka. Drama kreatif boleh dibahagikan kepada empat kategori yang sama pentingnya iaitu: 32
  • 42. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH i. Permainan dramatik ii. Drama berpandu iii. Boneka iv. Sosio drama “...... the use of drama as a teaching tool is not new, historically, both drama and theatre have long been recognised as potent means of education and indoctrinations”. (Mc Caslin, 1984) Drama kreatif dalam pendidikan awal kanak-kanak membolehkan kanak-kanak :  berlakon, beraksi, main peranan, mereka cipta, berimaginasi serta bersifat fleksibel; dan  memberi tumpuan dan dalam masa yang sama meningkatkan keupayaan berbahasa. Rajah 4.1 menunjukkan kemahiran-kemahiran yang boleh dipupuk semasa kanak-kanak melakukan atau memerhati aktiviti drama kreatif. 33
  • 43. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 4.1: Kemahiran-kemahiran yang boleh di pupuk semasa melakukan dan memerhatikan drama kreatif “ ...drama (kreatif) merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada murid-murid belajar secara bermain. Sesungguhnya belajar sambil bermain adalah satu konsep dalam alam pendidikan yang dapat menggalakkan murid cenderung untuk belajar kerana pembelajaran menjadi menarik dan penuh bererti” (Azman Wan Chik, 1981) Bermain drama, bagi kanak-kanak bermakna, bermain dalam keadaan sebenar dengan tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat. Kanak-kanak akan berpuas hati dan yakin pada diri apabila dapat melakukan dan mencapai kemahiran menerusi daya usaha sendiri. Guru pendidikan awal kanak-kanak perlu memupuk 34
  • 44. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH nilai-nilai sosial yang sesuai dengan umur dan peringkat kefahaman yang pelbagai supaya kanak-kanak dapat berinteraksi dan bersosial dengan orang lain. Cuba baca bahan-bahan mengenai drama kreatif. LATIHAN 1: LATIHAN : Cadangkan aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan oleh guru prasekolah untuk memupuk kemahiran sosio drama kepada kanak-kanak prasekolah. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda. LATIHAN 2: Apakah yang dimaksudkan dengan (a) sosio drama (b) main peranan (c) drama kreatif (d) drama berpandu Buatlah satu contoh aktiviti dengan kanak-kanak bagi dan sediakan laporan. Email jawapan kepada pensyarah dan simpan satu salinan dalam folder anda. 35
  • 45. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 5 5.1 Seni Boneka Sinopsis Unit ini akan membincangkan secara mendalam apa yang dikatakan dengan seni boneka atau puppetry dan bagaimana penggunaan boneka ini dapat disesuaikan dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. 5.2 Hasil Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi boneka 2. Menghuraikan jenis-jenis boneka yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. 5.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Boneka Subtajuk 1 Subtajuk 2 Definisi Boneka Jenis Boneka 36
  • 46. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 5.4 Definisi Boneka Boneka adalah objek-objek yang diukir untuk mewakili watak-watak cerita. Apa yang perlu ada pada sesuatu boneka adalah ia mesti boleh digerak-gerakkan seolah-olah “hidup”. Boneka juga mempunyai sifat-sifat yang tersendiri, yang menampilkan watak-watak riang, sedih, marah dan lain-lain. Boneka ialah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan skrip yang dibaca ataupun cerita yang disesuaikan. Nillie Mc Caslin (1984), menyatakan bahawa boneka dapat berfungsi sebagai alat bantuan mengajar dan dapat menarik perhatian pelajar, menghidupkan suasanan yang lebih menyeronokkan dan seterusnya memotivasikan pelajar. Biasanya, penggunaan boneka tidak hanya terhad kepada bentuk orang, tetapi boleh juga berbentuk haiwan dan objek-objek lain mengikut watak, situasi dan cerita yang tertentu. Ketika boneka dimainkan atau digerakkan, muzik latar, suara ataupun bunyi-bunyian dimainkan bagi mengiringi pergerakan yang dibuat. Boneka boleh dimainkan oleh guru sendiri ataupun sekumpulan kanak-kanak. 37
  • 47. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 5.5 Jenis-jenis Boneka Terdapat pelbagai jenis boneka. Ini ditunjukkan dalam Rajah 5.1 Rajah 5.1: Jenis-jenis boneka (a) Boneka Jari Boneka jari atau lebih dikenali dengan finger puppets, merupakan boneka yang dimainkan oleh kanak-kanak secara sendiri. Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara dan gaya jari mereka. Boneka tersebut boleh dibuat dari kertas yang dilukiskan wataknya, kecil bersaiz jari kanak-kanak, diwarnakan dan kemudian digam keliling bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari; seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.2. 38
  • 48. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.2: Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh dimainkan serentak. (b) Boneka Tangan Boneka tangan atau hand puppets, yang lebih mudah disediakan dan lebih praktikal digunakan oleh kanak-kanak. Ini kerana kanak-kanak akan memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka ke dalam watak yang dilukis atau dibentuk (sila lihat Rajah 5.3). Bagi menyediakan boneka jenis ini, pelbagai bahan boleh digunakan. Antaranya ialah stokin, sarung tangan, beg kertas sandwic dan sampul surat. Manakala untuk bahagian watak seperti kucing, tikus dan sebagainya, boleh digunakan bekas telor, bekas dadih dan lain-lain supaya menarik. Boneka tangan, kanak-kanak lebih bebas menggunakan tangan mereka, pergerakan mereka lebih bebas. 39
  • 49. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.3: Boneka tangan (c) Boneka berbatang Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus, gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada bahagian bawah kepala tersebut. Ini ditunjukkan di dalam Rajah 5.4. Kanak-kanak lebih gemar menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan dan lebih fleksibel. 40
  • 50. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.4: Boneka berbatang (d) Boneka tali Boneka menggunakan tali atau string puppets, berbeza dari segi saiz dan rupa bentuk. Ia lebih kompleks kerana kepala watak akan dibentuk dan akan diikat dengan tali dan bagi tujuan pergerakkan. Bahagian kaki dan tangan watak juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan dengan menggunakan tali (sila lihat Rajah 5.5). Boneka jenis ini sesuai digunakan bagi cerita-cerita yang memerlukan watak tersebut untuk lari, terbang, lompat dan mengelongsor. Tali yang digunakan boleh berupa tali biasa atau pun tali tangsi yang lebih elastik yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar masuk sesuatu watak. 41
  • 51. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.5: Boneka tali (e) Shadow Pupppets Shadow puppets, telah lama digunakan untuk persembahan bercerita, diikuti dengan nyanyian dan tarian. Ia memerlukan ruang yang khas seperti skrin, watak-watak pula boleh menggunakan samada boneka jari, tangan ataupun boneka yang menggunakan pemegang kayu (sila lihat Rajah 7.6). Ia boleh juga berbentuk drama dan memerlukan lebih dari seorang kanak-kanak untuk memainkan peranannya. Watak-watak yang dibentukkan juga perlu menarik seperti bentuk yang boleh digerak-gerakkan, mulut yang boleh dibuka dan tutup dan sayap yang boleh dikepakkan. Shadow puppet, memerlukan kemahiran yang tinggi dalam pengawalan pergerakkan watak-watak dalam sesuatu cerita. 42
  • 52. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rajah 5.6: Shadow puppets Terdapat pelbagai jenis boneka sama ada jenis kaku atau boleh bergerak. Bincangkan secara ringkas jenis-jenis boneka yang anda ketahui. 43
  • 53. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Tajuk 6 6.1 Sastera Awal Kanak-kanak Sinopsis Tajuk ini berfokus kepada sastera awal kanak-kanak dan kesesuaiannya dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah 6.2 Hasil Pembelajaran 1. Mentakrifkan definisi sastera awal kanak-kanak; 2. Menjelaskan keperluan bahan bacaan kepada kanak-kanak. 6.3 Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini Sastera Awal Kanakkanak Subtajuk 1 Subtajuk 2 Definisi Sastera Awal Persekitaran 44
  • 54. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH 6.4 Definisi Sastera awal kanak-kanak ialah sastera kanak-kanak yang dihasilkan dalam bentuk buku yang boleh dibaca oleh kanak-kanak dan mampu menimbulkan keseronokan kepada mereka. Bagi mencapai tahap tertinggi nilai sastera dan estetika karya, penghasilan sastera awal kanak-kanak ini dilakukan dalam bentuk tulisan dan ilustrasi. Sastera awal kanak-kanak merupakan salah-satu elemen yang dikenal pasti berupaya melengkapkan perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana, sastera awal kanak-kanak mampu memberi keseronokan, dapat merangsang imaginasi, dapat membantu mengenal dan memahami diri sendiri, dapat memahami bahasa secara semula jadi, dapat membantu mendapatkan maklumat dan dapat memupuk nilai-nilai murni kepada individu kanak-kanak. 8.1.1 Sastera Awal Kanak-Kanak Sastera adalah hasil kreatif yang menggunakan bahasa yang indah, baik dengan cara pengucapan atau bertulis. Sastera biasanya digunakan sebagai bahan hiburan dan bahan pengajaran untuk mengenal diri dan masyarakat sesuatu bangsa (Atan Long, 1977). Hasil kreatif sastera itu mungkin terdiri daripada cerita, puisi, drama, cerpen, novel, hikayat, dan lain-lain karya. Justeru, sastera awal kanak-kanak merujuk kepada hubungan kanak-kanak dengan hasil kreatif iaitu buku atau bahan bacaan dan cerita. Hubungan ini boleh dalam bentuk mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka perlu:  didedahkan kepada buku-buku bergambar berwarna;  didedahkan dengan aplikasi bahan audio visual kerana kebolehan membaca mereka bergantung kepada ketajaman deria pendengaran dan deria penglihatan; atau  membaca buku cerita, melihat buku, ditunjukkan cara menjaga buku dan mengumpulkan buku berwarna-warni. Hal ini boleh berlaku kerana pada usia lima tahun, kanak-kanak telah mula menguasai asas-asas bahasa seperti semantik, sintaksis dan pragmatik. Asas-asas bahasa ini akan terus berkembang mengikut pertambahan umur mereka. Satu konsep yang penting dalam pendidikan berhubung dengan pembacaan ini ialah kanak-kanak ini harus disediakan dengan “kesediaan atau persiapan sebelum membaca” atau “reading readiness”. 45
  • 55. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Oleh itu, bahan-bahan yang diterbitkan bukan sahaja perlu untuk kanak-kanak yang sudah boleh membaca, tetapi perlu juga untuk kanak-kanak yang belum boleh membaca. Mereka perlu disediakan dengan pengalaman-pengalaman menerusi bahan-bahan yang disediakan khas untuk menyedia dan mempersiapkan mereka menghadapi pembacaan. Keperluan membaca kepada kanak-kanak adalah untuk:  Persediaan bagi mereka untuk pembacaan formal apabila mereka memasuki sekolah rendah;  Menanam bibit gemarkan melihat, meneliti, dan membaca buku;  Mensosialisasi dan mengakulturasikan kanak-kanak; dan  Memperluaskan pengalaman kanak-kanak mengenai benda-benda dan konsep-konsep asas. Walau bagaimanapun, keperluan membaca tersebut adalah objektif yang ditetapkan oleh orang dewasa iaitu ibu bapa, guru dan komuniti demi kebaikan kanak-kanak tersebut. Sebenarnya, apabila kanak-kanak membaca dan berminat untuk membaca, ini menunjukkan bahawa:  Adanya keinginan mereka untuk menatap atau membaca bahan-bahan bacaan;  Bahan-bahan bacaan itu ada;  Bahan-bahan bacaan itu sampai ke tangan mereka;  Bahan-bahan bacaan itu menarik minat kepada kanak-kanak kerana kesesuaiannya dari segi bentuk fizikal, kematangan dan jenis isi kandungan, harga, gambar, warna dan ilustrasi;  Adanya usaha orang dewasa (guru dan ibu bapa) menggalakkan aktiviti pembacaan dengan membeli dan menyediakan bahan bacaan;  Adanya usaha orang dewasa memberikan mereka motivasi untuk menatap atau membaca bahan-bahan bacaan;  Adanya usaha orang dewasa memberikan kanak-kanak alasan yang wajar terhadap kepentingan aktiviti membaca; 46
  • 56. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH  Bahan-bahan bacaan tidak mematikan keinginan kanak-kanak untuk membaca - kerana isi kandungan, kematangan, teknik, bentuk, dan lain-lain seumpamanya tidak sesuai. Justeru, menurut Awang Had Salleh (1979 sastera awal kanak-kanak berkembang mengikut umur) untuk membolehkan hubungan kanak-kanak dengan buku atau bahan cerita menjadi realiti, dan untuk mendapatkan kanak-kanak menatap dan membaca bahan-bahan bacaan, perkara berikut perlu diberi perhatian iaitu (sila lihat Jadual 6.1) : Jadual 6.1: Perkara-perkara yang perlu diberikan perhatian berkenaan bahan bacaan serta pihak-pihak yang terlibat dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut. Perkara-perkara yang perlu diberikan Pihak yang terlibat perhatian 1. Mesti ada bahan bacaan Penulis, Penerbit dan Pengedar 2. Hendaklah sesuai dan secocok dengan kegemaran, minat dan peringkat pemikiran kanak-kanak 3. Kepelbagaian bahan bacaan agar kanak-kanak boleh memilih bahan bacaan sesuai dengan kegemaran dan minat mereka 4. Bahan-bahan bacaan mesti Guru, ibu bapa dan dipertemukan dengan mereka komuniti 5. Mesti ada cara-cara berkesan mempertemukannya Penulis dan penerbit perlu memastikan bahan-bahan bacaan yang lebih memberangsangkan serta menangkap perhatian dan minat kanak-kanak seperti bahan-bahan yang berwarna, garis lukisannya besar dan mengandungi unsur yang dibesar-besarkan. Manakala guru, ibu bapa dan komuniti pula perlu mengetahui bahawa jarak perhatian (attention span) mereka pendek. Oleh itu, bahan bacaan mestilah banyak dan beraneka. 47
  • 57. PRA 3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH FIKIRKAN ??? Cuba bacakan bahab-bahan mengenai sastera awal kanak-kanak dan bilakah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah? 48
  • 58. PRA3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH RUJUKAN : BUKU Barbara J.Taylor ( 2004 ). A Child Goes Forth, A curriculum Guide For Preschool Children. New Jersey : Pearson Parentice Hall. Brewer, J.A ( 1992 ). Introduction to Early Childhood Education Preschool Through Primary Grade. Boston : Ally and Bacon. Boriss-Krimsky, C. (1999). The creativity handbook: A visual art guide for parent. Springfield: Charles C. Thomas Publishers Ltd. Dewey, John. (1934). Art as experience. New York: Milton, balch & Co. Edward de Bon. (1994). Serious creativity: Using the power of lateral thinking to create new ideas. New York: Harper-Collins. Essa,E (2002 ). Introduction to Early Childhood Education ( 3rd Education ). Albany Delmar Publishers. Gardner, H. (1993). Multiple Intelligence : The theory in practice. New York: Basic Books. Gardner, H. 1985). Frames of mind: The Theory of Multiple Intelligence. London: Heinmann. Georges-Henri Luquet. (2001). Children's drawings. Free Association Books. Gruber, H.E. (1981). Darwin on man: A Psychologycal study of scienctific creativity. (2nd ed.). Chicago: University of Chicagi Press. Hurwitz, A., & Day, M. (1991). Children and their art: Methods for the elementary school (5th edition). New York; Harcourt, Brace, Jovanovich Lowenfeld, V. (1947). Creative and mental growth. Macmillan New York Co. Jarboe, E.C. (2008). Art therapy: A proposal for inclusion in school settings. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Seni Visual. Piaget, Jean. (1958). The language and thought of the child, (Fourth Printing). Meridian Book. Machado, J.M.(2002). Early Childhood Experiences in Language Arts: Emerging Literacy,7th ed. NY: Thomson Delmer Learning. Mohamad Bin Aman dan Kasim Bin Abd. Majid (2003). Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-kanak. Kajang; Aras Mega (M) Sdn. Bhd. Morrison G.S ( 2001 ). Early Childhood Education Today ( 8th Edition ). New Jersey : Merill Printice Hall. Nelsen, M.R. & Nelsen-Parish,J. (2002). Peak With Books : An Early Childhood Resourcefor Balanced Literacy,3rd ed. Ny : Thomson Delmer Learning. Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003). Panduan Pendidikan Prasekolah. Bentong; PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. 1
  • 59. PRA3106 PERKEMBANGAN KREATIVITI DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH Rohani Abdullah dan Nani Menon (2003). Bahasa Kemahiran Berkomunikasi dan Literasi Awal. Bentong : PTS Publications & Distributors Sdn Bhd. Sawyer, W. (2004). Growing Up With Literature,4th ed. NY: Thomson Delmer Learning. Sowers, J.(2002). Language Arts in Early Education. NY: Thomson Delmar Learning. Spodek B & Sarach O.N ( 1994 ). Right From The Start, Teaching Children Ages Three to Eight. Massachessetts : Ally and Bacon. Srernberg, R.J., Kaufmann, J.C and Pretz, J.E. (2002). The creativity conundrum. New York: Pyschilogy Press. Teresa M. McDevitt (2004), Child development. Pearson Education, Inc. Torrance, E.P, (1989). Scientific views of creativity and factors affecting its growth. In J. Kagan, ed., Creativity learning, Bostom: Houghton Mifflin. p.p 73-91. 2
  • 60. PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3104 :PERKEMBANGAN BAHASA KANAK-KANAK) NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM Kelulusan: M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac.Pend. PBMP. UPM Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Perguruan (Sejarah dan Geografi) ujangserdang@yahoo.com Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah, Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun En. ZULKIPLY BIN YAAKOB Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) B.Ed. Hons. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pensyarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Km 7.75 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. NORMASURA BINTI HJ JANI Pensyarah IPGM Kampus perempuan Melayu Melaka Pengalaman: Pesyarah IPTHO Pensyarah MPTAA Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun) Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Awal kanak-kanak) B.Sastera (Bahasa & Linguistik Melayu) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pesyarah IPGKPM (14 tahun) Guru Sekolah ( 3 tahun)
  • 61. NAMA HASLINDA BINTI MD.ALI Pensyarah IPGM Kampus Perempuan Melayu Melaka KELAYAKAN Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) B.Ed. Hons. (TESL) Pengalaman: Pesyarah IPG KPM (6 tahun) Guru Sekolah Menengah (15 tahun)
  • 62. PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (XXX PENDIDIKAN RENDAH) NAMA Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia EN. XXXXXXX Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia XXXXXXr@hotmail.com Dr XXXXX Pensyarah Institut Perguruan Raja Melewar Jalan Sikamat 70990 Seremban Negeri Sembilan Darul Khusus datinshar@hotmail.com EN. XXXXXXX Pensyarah Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan KM 10, Jalan Padang Tengku 27200 Kuala Lipis Pahang Darul Makmur datinshar@hotmail.com KELAYAKAN Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Sejarah & Pengajian Sejarah), UKM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun) Kelulusan: Phd. (Sosiologi Pendidikan), UKM M Ed. (Sains Sosial), UM B.A. Hons. (Geografi), UM Dip. Pendidikan (Geografi), UM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan (4 tahun) Pensyarah Jabatan Kajian Sosial (4 tahun) Pensyarah Latihan Guru Bestari (2 tahun) Ketua Unit Pendidikan Alam Sekitar (5 tahun) Kelulusan: MA Ed. (Pendidikan Sains Sosial), UM B.A. Hons. (Geografi), UM Sijil Guru (Matematik Moden), MPPPP Pengalaman: Pensyarah Kanan Geografi ( 3 tahun ) Pensyarah Jabatan Kajian Sosial (21 tahun) Guru Sekolah Menengah (5 tahun)
  • 63.
  • 64. LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat