SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 7
Pemanasan global (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global)
Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua
darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan
Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku
dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja,
jarak hanya 2 generasi sahaja.
Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di
Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang
kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan
keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan
Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak.
Faktor pemanasan global
Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan
Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi
yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan
mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada
kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan
jangka pendek dan panjang daripadanya.





Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim
dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau
tamadunnya.
Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim.
Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) .

Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat
pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan
tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan
iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi.
Pelepasan karbon dioksida
Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan
bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280
bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379
ppm pada tahun 2005.
Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan.
Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90
peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan
bumi akan menjadi seperti itu.
IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di
atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan
karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau
apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit.
Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air
atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan
dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti
India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion
penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan.
Kesan pemanasan global di Malaysia
Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan
berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan
sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan ,
manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur.
Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala
Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali
kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih
banyak kejadian banjir.
Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat
Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan
banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka
cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat.
Tenaga alternatif
Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia
perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia
menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..
PEMANASAN GLOBAL (GLOBAL WARMING) -http://my-work-global-warming.blogspot.com/

GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN
GLOBAL

Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas
rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada
terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari
menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh
gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana,
nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai
dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian,
kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL
1. PERINDUSTRIAN

Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global.
Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan
jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida.
Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan
terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global.
2. PENGANGKUTAN

Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan
pergerakan mereka di bumi ini.
Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi
menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak
membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida
3. PEMBAKARAN HUTAN
Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan
kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah
menyumbang kepada pemanasan global .
Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida
tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global
Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas
karbon dioksida.
4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN

Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara
berlebihan. Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini
telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana.
Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis
haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak
gas metana ke angkasa.

LETUSAN GUNUNG BERAPI
Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga
disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi.
Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak
gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan
sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global.
Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung
Krakatoa di Selat Sunda.
KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL

Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di
kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais
berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negaranegara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang
rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan
kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan
harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur
akan turut termusnah.
Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak
sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur
seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada
suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas
teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia.

Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak
mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar
hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan
udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan
global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin
lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang
bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur
Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Pemanasan global
Pemanasan global Pemanasan global
Pemanasan global
 
PEMANASAN GLOBAL KELAS XI
PEMANASAN GLOBAL KELAS XIPEMANASAN GLOBAL KELAS XI
PEMANASAN GLOBAL KELAS XI
 
Pemanasan global
Pemanasan globalPemanasan global
Pemanasan global
 
FISIKA Pemanasan global
FISIKA Pemanasan global FISIKA Pemanasan global
FISIKA Pemanasan global
 
Artikel global warming
Artikel global warmingArtikel global warming
Artikel global warming
 
Dampak pemanasan global
Dampak pemanasan globalDampak pemanasan global
Dampak pemanasan global
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Dampak pemanasan global
Dampak pemanasan globalDampak pemanasan global
Dampak pemanasan global
 
Kesan rumah hijau
Kesan rumah hijauKesan rumah hijau
Kesan rumah hijau
 
Pendalaman pemanasan-global
Pendalaman pemanasan-globalPendalaman pemanasan-global
Pendalaman pemanasan-global
 
PowerPoint Pemanasan Global (Global Warming) kelas 11
PowerPoint Pemanasan Global (Global Warming) kelas 11PowerPoint Pemanasan Global (Global Warming) kelas 11
PowerPoint Pemanasan Global (Global Warming) kelas 11
 
Presentasi KKPI
Presentasi KKPIPresentasi KKPI
Presentasi KKPI
 
Pemanasan Global
Pemanasan GlobalPemanasan Global
Pemanasan Global
 
Fisika Kelas XI Pemanasan Global
 Fisika Kelas XI  Pemanasan Global Fisika Kelas XI  Pemanasan Global
Fisika Kelas XI Pemanasan Global
 
Bumi semakin panas
Bumi semakin panasBumi semakin panas
Bumi semakin panas
 

Semelhante a PEMANASAN GLOBAL

globalwarming.ppt
globalwarming.pptglobalwarming.ppt
globalwarming.pptAsriMuly
 
Global warming Kelas IX
Global warming Kelas IXGlobal warming Kelas IX
Global warming Kelas IXDinda Hayyun
 
X 9_17-Muhammad Amal Dzaky
X 9_17-Muhammad Amal DzakyX 9_17-Muhammad Amal Dzaky
X 9_17-Muhammad Amal DzakyAmal Dzaky
 
FISIKA - PEMANASAN GLOBAL
FISIKA - PEMANASAN GLOBALFISIKA - PEMANASAN GLOBAL
FISIKA - PEMANASAN GLOBALtiogalib
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warmingnilnafrktn
 
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptx
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptxKelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptx
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptxWaudyIstanaFiljannah
 
Fisika pemanasan global
Fisika pemanasan globalFisika pemanasan global
Fisika pemanasan globalAMIGOSTV
 
Makalah cara mencegah pemanasan global
Makalah cara mencegah pemanasan globalMakalah cara mencegah pemanasan global
Makalah cara mencegah pemanasan globalSeptian Muna Barakati
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)Asmawi Abdullah
 
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baena
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baenaMakalah cara mencegah pemanasan global wa baena
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baenaSeptian Muna Barakati
 
Global warming sahaday
Global warming sahadayGlobal warming sahaday
Global warming sahadayshadday hebrew
 

Semelhante a PEMANASAN GLOBAL (20)

Global Warming
Global WarmingGlobal Warming
Global Warming
 
Tugas plh global warrming
Tugas plh global warrmingTugas plh global warrming
Tugas plh global warrming
 
Global Warming
Global WarmingGlobal Warming
Global Warming
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warming
 
Global Warming
Global WarmingGlobal Warming
Global Warming
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warming
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warming
 
globalwarming.ppt
globalwarming.pptglobalwarming.ppt
globalwarming.ppt
 
Global warming Kelas IX
Global warming Kelas IXGlobal warming Kelas IX
Global warming Kelas IX
 
X 9_17-Muhammad Amal Dzaky
X 9_17-Muhammad Amal DzakyX 9_17-Muhammad Amal Dzaky
X 9_17-Muhammad Amal Dzaky
 
FISIKA - PEMANASAN GLOBAL
FISIKA - PEMANASAN GLOBALFISIKA - PEMANASAN GLOBAL
FISIKA - PEMANASAN GLOBAL
 
A166658 bandar terjejas dengan pemanasan global
A166658 bandar terjejas dengan pemanasan globalA166658 bandar terjejas dengan pemanasan global
A166658 bandar terjejas dengan pemanasan global
 
Global warming
Global warmingGlobal warming
Global warming
 
Pp
PpPp
Pp
 
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptx
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptxKelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptx
Kelompok 9 Pemanasan Global dan Efek Rumah Kaca revisi.pptx
 
Fisika pemanasan global
Fisika pemanasan globalFisika pemanasan global
Fisika pemanasan global
 
Makalah cara mencegah pemanasan global
Makalah cara mencegah pemanasan globalMakalah cara mencegah pemanasan global
Makalah cara mencegah pemanasan global
 
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
SISTEM ATMOSFERA DAN MANUSIA - PERUBAHAN IKLIM (PEMANASAN GLOBAL)
 
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baena
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baenaMakalah cara mencegah pemanasan global wa baena
Makalah cara mencegah pemanasan global wa baena
 
Global warming sahaday
Global warming sahadayGlobal warming sahaday
Global warming sahaday
 

Mais de adibaamira

Minit mesyuarat bil1.2019
Minit mesyuarat bil1.2019Minit mesyuarat bil1.2019
Minit mesyuarat bil1.2019adibaamira
 
Panduan penggunaan modul_perekodan
Panduan penggunaan modul_perekodanPanduan penggunaan modul_perekodan
Panduan penggunaan modul_perekodanadibaamira
 
Bpermainan bahasa penggayaan
Bpermainan bahasa penggayaanBpermainan bahasa penggayaan
Bpermainan bahasa penggayaanadibaamira
 
Pksr 2 tahun 6 sivik terkini
Pksr 2 tahun 6 sivik terkiniPksr 2 tahun 6 sivik terkini
Pksr 2 tahun 6 sivik terkiniadibaamira
 

Mais de adibaamira (6)

Minit mesyuarat bil1.2019
Minit mesyuarat bil1.2019Minit mesyuarat bil1.2019
Minit mesyuarat bil1.2019
 
RPH MATEMATIK
RPH MATEMATIKRPH MATEMATIK
RPH MATEMATIK
 
6 abadi
6 abadi6 abadi
6 abadi
 
Panduan penggunaan modul_perekodan
Panduan penggunaan modul_perekodanPanduan penggunaan modul_perekodan
Panduan penggunaan modul_perekodan
 
Bpermainan bahasa penggayaan
Bpermainan bahasa penggayaanBpermainan bahasa penggayaan
Bpermainan bahasa penggayaan
 
Pksr 2 tahun 6 sivik terkini
Pksr 2 tahun 6 sivik terkiniPksr 2 tahun 6 sivik terkini
Pksr 2 tahun 6 sivik terkini
 

PEMANASAN GLOBAL

  • 1. Pemanasan global (http://ms.wikipedia.org/wiki/Pemanasan_global) Pemanasan global berkaitan dengan peningkatan suhu dunia. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu. Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Perubahan iklim biasanya berlaku dalam tempoh 10,000 tahun tetapi kini perubahan iklim berubah dalam tempoh 100 tahun sahaja, jarak hanya 2 generasi sahaja. Suhu bumi meningkat sejak tahun-tahun 90an. Kajian mendapati iklim panas melampau di Perancis, iklim lebih panas di rantau Siberia dan pencairan "permafrost" (lapisan tanah yang kekal beku di rantau paling sejuk) terutamanya di rantau Artik. Ahli sains meramalkan keseluruhan ais laut di Artik akan cair pada musim panas 2099. Litupan ais Greenland dan Antartika Barat akan mencair . Paras laut akan meningkat kira-kira 7 meter secara mendadak. Faktor pemanasan global Panel Antara Kerajaan tentang Perubahan Cuaca (IPCC) ditubuhkan pada 1988 oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia serta Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Kegiatan terasnya adalah menyemak dan menilai maklumat saintifik, teknikal dan sosio-ekonomi yang terkini. Saintis alam sekitar telah ditempatkan dipelbagai lokasi strategik dan mengumpulkan laporan ilkim dan cuaca seluruh dunia secara sistermatik. Dapatan daripada kajian ini amat memeranjatkan terutama berhubung tentang faktor pemanasan global dan kesan jangka pendek dan panjang daripadanya.    Laporan 1 (1990) dan Laporan 2 (1995) IPCC menunjukkan banyak ketidakpastian iklim dunia dan bersifat negatif . Pemanasan global ini akan menjejaskan manusia atau tamadunnya. Laporan ketiga (2001) berkisar kepada "Menangani Perubahan Iklim. Laporan Penilaian Keempat tentang (Perubahan Iklim 2007) . Kajian mendapati 98 % punca pemanasan global ialah pelepasan karbon dioksida akibat pembakaran bahan bakar fosil yang telah dilakukan sejak abad ke-18. . Perubahan penggunaan tanah menyumbang 30 peratus pelepasan karbon dioksida. Kesan rumah hijau lebih hebat dan iklim dunia akan berubah secara mendadak, tanpa dapat dibendung lagi. Pelepasan karbon dioksida Impak pelepasan karbon dioksida tidak difahami ramai kerana gas tersebut tidak berbau dan bukan toksik.Konsentrasi karbon dioksida di atmosfera telah meningkat daripada kira-kira 280 bahagian sejuta (ppm) dicatat di kurun ke-18 (sebelum era revolusi perindustrian) kepada 379 ppm pada tahun 2005. Menjelang 2099 kadarnya meningkat kepada 700 ppm jika cara hidup sekarang berterusan. Secara bandingan , planet lain seperti Marikh, suhunya kira-kira 400 darjah celcius dan 90 peratus daripada atmosferanya adalah karbon dioksida. Hampir tiada kehidupan di Marikh dan bumi akan menjadi seperti itu.
  • 2. IPCC mendesak seluruh kerajaan dan penduduk dunia menstabilkan tahap karbon dioksida di atmosfera kepada paras yang boleh diuruskan iaitu 450 ppm. Bagi menghapuskan kepekatan karbon dioksida di dalam atmosfera, ia mengambil masa antara 200 atau 300 tahun . Walau apapun tindakan pemulihan dilakukan , untuk kembali pulih amat sedikit. Mulai abad ke-18 majoriti warga dunia menggunakan bahan bakar fosil daripada sumber asas air atau kayu . Dunia ada banyak alternatif tetapi kita tidak menggunakannya secara bijak , berkesan dan menyeluruh. Kita terlalu bergantung kepada bahan bakar fosil. Negara membangun seperti India dan China tidak setuju dengan pengurangan pengggunaan bahan bakar fosil. 2 bilion penduduk di India dan China menggunakan bahan bakar fosil secara keterlaluan. Kesan pemanasan global di Malaysia Sumber ekosistem yang ada telah digunakan ke paras maksimum dengan penangkapan ikan berlebihan dan pemupusan kawasan besar hutan. Enam bilion penduduk dunia kini menggunakan sumber asli bumi secara berlebihan dan tidak terkawal . Jika pemanasan global berterusan , manusia dan tamdunnya akan pupus sebagaimana pupusnya dinosaur. Ramalan saintis menunjukkan peningkatan 7.0 meter paras laut, kawasan rendah seperti Kuala Muda (Kedah) dan Kelantan akan ditenggelami air. Keadaan monsun akan bertukar sama sekali kerana kita akan menerima lebih banyak hujan sewaktu monsun timur laut, yang bermakna lebih banyak kejadian banjir. Kesedaran rakyat Malaysia dan amnya masyarakat dunia sukar ditingkatkan. Hanya 3 /10 rakyat Malaysia yang prihatin kepada isu-isu alam sekitar. Kejadian gempa bumi 26 Disember 2004 dan banjir besar di Johor adalah pengajaran terbaik. Mendidik bukanlah untuk membuat mereka cemas tetapi meminta mereka bertindak secara betul dan tepat. Tenaga alternatif Tenaga alternatif seperti tenaga nuklear dan suria sebagai alternatif yang berdaya maju. Malaysia perlu meneroka dan mempelajari sendiri tenaga nuklear sebagaimana Korea dan Jepun. Malaysia menerima 300 hingga 400 watt satu meter persegi cahaya matahari..
  • 3. PEMANASAN GLOBAL (GLOBAL WARMING) -http://my-work-global-warming.blogspot.com/ GAMBARAJAH DI BAWAH MENUNJUKKAN KEJADIAN FENOMENA PEMANASAN GLOBAL Pemanasan global merupakan satu fenomena pemerangkapan gas yang dikenali sebagai gas rumah hijau yang mana kumpulan gas ini menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa. Sifat kumpulan gas ini ialah membenarkan bahangan matahari menembusinya tetapi menghalang pembebasan semula bahangan bumi ke atmosfera. Contoh gas rumah hijau ialah karbon dioksida, karbon monoksida, kloroflorokarbon (CFC), metana, nitrogen oksida dan lain-lain. Kebiasaannya, fenomena pemanasan global dapat dirasai dengan lebih jelas di kawasan kutub utara dan selatan, kawasan pembangunan perindustrian, kawasan perbandaran dan banyak lagi tempat dunia.
  • 4. PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA PEMANASAN GLOBAL 1. PERINDUSTRIAN Aktiviti perindustrian merupakan punca utama kepada fenomena pemanasan global. Pembakaran bahan api fosil seperti gas dan arang batu bagi menggerakkan mesin dan jentera telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas karbon dioksida. Semakin banyak gas karbon dioksida dihasilkan, semakin banyak haba yang dan terperangkap oleh lapisan gas lalu meningkatkan suhu udara secara global. 2. PENGANGKUTAN Kenderaan bermotor kini merupakan pengangkutan utama bagi manusia memudahkan pergerakan mereka di bumi ini. Penggunaan kenderaan yang menggunakan minyak sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan enjin kenderaan khususnya minyak tanpa plumbum telah banyak membebaskan gas karbon dioksida dan gas karbon monoksida 3. PEMBAKARAN HUTAN
  • 5. Kegiatan pembakaran hutan secara besar-besaran dan berleluasa untuk membersihkan kawasan hutan bagi menjalankan aktiviti pertanian, petempatan atau sebagainya telah menyumbang kepada pemanasan global . Pembakaran hutan telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah pemanasan global Asap yang terbebas ke angkasa daripada pembakaran hutan juga mengandungi banyak gas karbon dioksida. 4. PERTANIAN DAN PENTERNAKAN Aktiviti pertanian yang menggunakan racun-racun serangga dan baja kimia secara berlebihan. Penggunaan racun-racun serangga dan baja kimia yang secara berlebihan ini telah mengeluarkan banyak gas rumah hijau terutamanya gas metana. Kegiatan perternakan juga menyebabkan berlakunya pemanasan global. Hasil buangan najis haiwan ternakan seperti kambing dan lembu telah menghasilkan dan membebaskan banyak gas metana ke angkasa. LETUSAN GUNUNG BERAPI
  • 6. Selain punca pemanasan global yang disebabkan oleh aktiviti manusia terdapat juga disebabkan oleh faktor semulajadi iaitu letusan gunung berapi. Letupan gunung berapi yang banyak mengeluarkan asap dan debu yang mengandungi banyak gas rumah hijau contohnya karbon dioksida, gas karbon monoksida, gas sulfur dioksida dan sebagainya telah menyumbang kepada berlakunya pemanasan global. Contoh gunung berapi yang pernah meletus ialah Gunung Tambore di Sumbawa dan Gunung Krakatoa di Selat Sunda. KESAN-KESAN AKIBAT PEMANASAN GLOBAL Peningkatan suhu secara global sudah tentu akan mencairkan litupan salji dan glasier di kawasan-kawasan pergunungan dan kedua-dua kutub. Kenaikan air laut akibat pencairan ais berupaya memberi dampak yang dahsyat seperti kejadian banjir besar terhadap negaranegara kepulauan contohnya Fiji dan Maldives serta negara-negara pada ketinggian yang rendah contohnya Belanda dan Bangladesh. Akibat pencairan ais yang menyebabkan kejadian banjir besar ini akan mengakibatkan kemusnahan bukan sahaja nyawa manusia dan harta benda akan musnah tetapi bekalan makanan seperti tanah-tanah pertanian yang subur akan turut termusnah.
  • 7. Suhu bumi yang tinggi menyebabkan tanah-tanah yang subur menjadi tandus dan tidak sesuai bagi aktiviti pertanian. Pokok-pokok tanaman juga tidak dapat hidup dengan subur seterusnya mengurangkan hasil pertanian. Walaupun hanya berlaku perubahan kecil pada suhu, taburan hujan dan sinaran matahari,ia boleh menyebabkan hasil pertanian terjejas teruk, sekaligus mengancam bekalan makanan dunia. Kekeringan sumber air permukaan bumi/ kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan, udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering memudahkan terbentuknya jerebu/ partikulat-partikulat terampai. Pemanasan global mengakibatkan peningkatan suhu di Lautan Pasifik. Hal ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kencang bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembab pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan kejadian ribut, banjir dan taufan.