SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Baixar para ler offline
Ihsan
                                                         Disusun oleh Abu Haniff

Dan adapun ihsan, penjelasan tentangnya ialah sebagaimana yang Rasulullah
sabdakan di dalam sebuah hadis 1 ketika dia menjawab soalan yang dimajukan oleh
                                                    0F

Jibril a.s. kepadanya, “Beritahukanlah kepadaku tentang ihsan”. Lalu Rasulullah
bersabda, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu”. Dan berbuat ihsan itu, maka sesungguhnya Allah memerintahkan supaya
berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang
Dia perintahkan dengan firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:90,

                                               
yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh yang adil dan juga ihsan”. Dan
adapun berbuat adil, ia dijelaskan dengan indahnya oleh Muhammad bin Ka’b kepada
Umar bin Abdul Aziz, sebagaimana yang diceritakan oleh Muhammad bin Ka’b di dalam
sebuah athar, di mana dia berkata, 2 “Umar bin Abdul Aziz pernah memanggil aku lalu
                                                         1F

berkata, ‘Terangkan kepadaku tentang keadilan’. Aku berkata, ‘Bagus, engkau bertanya
tentang perkara yang besar. Jadilah engkau ayah untuk anak kecil, anak untuk orang
tua, saudara untuk yang sebaya, dan untuk kaum perempuan demikian pula. Kemudian
jatuhkanlah hukuman kepada manusia sesuai dengan dosa dan ukuran tubuhnya. Dan
janganlah engkau memukul kerana marahmu dengan sekali sebatan sehingga engkau
termasuk di dalam golongan orang yang melampaui batas’ ”. Sedemikianlah Allah
menyuruh berbuat adil dengan wajar, sederhana dan seimbang. Tidak cenderung
kerana hawa nafsu, tidak terpengaruh dengan emosi kasih dan benci, tidak berubah
kerana memelihara hubungan kekeluargaan, tidak terpesong kerana kaya dan miskin,
atau kerana kuat dan lemah. Keadilan itu tetap berjalan lurus memberi sukatan dan
pertimbangan yang sama kepada semua orang. Allah berfirman di dalam ayat Al-
Maidah 5:8,

                       
                                                                                                                         

                                                                                  
yang bermaksud, “Dan janganlah kebencian kepada suatu kaum mendorong kamu ke
dalam dosa, dengan bahawa kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, ia adalah lebih
dekat kepada takwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Memaklumi dengan apa yang kamu lakukan”. Demikianlah penjelasan tentang keadilan,
tetapi ihsan, ia sesungguhnya menjangkau melebihi yang demikian itu. Ia mempunyai
pengertian yang amat luas. Ia merangkumi dua kaedah, iaitu kaedah mengerjakan
sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-baiknya terhadap

1
    Muslim
2
    Ibnu Abu Hatim

                                                                   1
orang lain. Setiap perbuatan yang baik adalah semuanya ihsan. Ia adalah memberi
respons terhadap sesuatu perbuatan yang baik dengan perbuatan yang lebih baik, atau
memberi respons kepada kejahatan dengan pemaafan. Mengerjakan amalan-amalan
yang difardukan adalah berbuat adil, sedangkan menjangkaui melebihi yang demikian
itu untuk mengerjakan yang sunatnya dengan sebaik mungkin adalah ihsan. Di dalam
banyak ayat-ayat yang lain, Allah menggabungkan perintah untuk berbuat adil dan
ihsan, sebagaimana firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:126,

                   
                                             
yang bermaksud, “Dan jika kamu menghukum, maka hukumlah dengan seumpama apa
yang kamu telah disakiti dengannya. Dan sesungguhnya jika kamu bersabar, pastinya
ia adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”. Adapun firmanNya,

                                               
yang bermaksud, “Maka hukumlah dengan seumpama apa yang kamu telah disakiti”,
ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,

                                                           
yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu bersabar”, ianya adalah perintah untuk
berbuat ihsan. Di dalam ayat Asy-Syura 42:40, Allah berfirman,

                               
                                                                                     
yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya. Maka
barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian, maka pahalanya ke atas
Allah”. Maka firmanNya,

                                                  
                                                                  
yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya”,
ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,

                                                      
yang bermaksud, “Maka barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian”,
ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Dan di dalam ayat Al-Maidah 5:45, Allah
berfirman,

                               
                                                           
yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas. Maka barang siapa yang
menyedekahkan dengannya, sedemikian ianya ialah penebus dosa baginya”. Maka
firmanNya,

                                                     

                                                                  2
yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas”, ianya adalah perintah untuk
berbuat adil, dan firmanNya,

                                             
                                                       
yang bermaksud, “Maka barang siapa yang menyedekahkan dengannya”, ianya adalah
perintah untuk berbuat ihsan. Dan banyak lagi perintah Allah menyuruh berbuat adil
dan ihsan di dalam ayat-ayat yang lain. Demikianlah maka ihsan itu dapat membuka
pintu kepada orang-orang yang ingin bertoleransi di dalam sesetengah hak mereka
kerana mengutamakan semangat kasih sayang, dan menghapuskan perasaan dendam
kesumat dari hati mereka. Ia membuka pintu kepada orang-orang yang ingin
menunjukkan sikap yang lebih dari dasar keadilan yang ketat dan tegas untuk
mengubat hati yang luka atau untuk mendapat kelebihan. Dan demikianlah juga
sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan
terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan di dalam sebuah
hadis, 3 “Sesungguhnya Allah, Dia telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Lalu
         2F

apabila engkau membunuh, maka berbuat ihsanlah terhadap pembunuhan itu. Dan
apabila kamu menyembelih, maka berbuat ihsanlah terhadap penyembelihan itu. Dan
hendaklah setiap dari kamu menajamkan pisaunya, lalu hendaklah menyenangkan
binatang sembelihannya”. Contoh perbuatan menyembelih yang diberikan di dalam
hadis ini, ianya merangkumi dua kaedah ihsan yang telah disebutkan, iaitu kaedah
mengerjakan sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-
baiknya terhadap orang lain. Lalu di dalam amalan penyembelihan itu hendaklah ada
ihsan, dan terhadap binatang sembelihan itu hendaklah berlaku ihsan. Dan adapun
perintah berlaku ihsan ini, adakalanya ia adalah wajib dan adakalanya sunat.
Contohnya, perintah berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa adalah satu perintah wajib,
tetapi bersedekah, walaupun perintah untuk bersedekah adalah juga satu perintah
berbuat ihsan, ianya adalah satu amalan sunat. Walau bagaimanapun perlulah dihayati
bahawa ihsan ialah sesuatu yang sangat-sangat dicari. Allah memerintahkannya dan
Dia mencintai orang yang berbuat ihsan. Dengan itu seorang yang benar-benar
beriman, hendaklah ia sentiasalah berbuat ihsan di dalam sesuatu dan terhadap setiap
sesuatu tanpa mengira sama ada ianya wajib atau sunat. Lalu sekiranya ia merasakan
bahawa di dalam amalannya kekurangan ihsan, atau ia belum lagi menjangkau tahap
yang minimum, maka seharusnyalah ia tidak merasa puas. Ia seharusnya mengetahui
bahawa terdapat satu tahap yang lebih tinggi yang ia harus berusaha untuk
mencapainya, iaitu tahap ihsan. Dan daripada penjelasan Rasulullah tentang ihsan
bahawa, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu”, maka sebahagian ulama, seperti Ibnu Rajab, Ibnu Hajar dan selainnya,
mereka berpendapat bahawa hadis ini menerangkan dua tahap ihsan berlainan. Tahap
ihsan yang pertama, di mana seseorang itu menyembah Allah seolah-olah ia
melihatNya, adalah lebih tinggi tahapnya dari tahap ihsan yang kedua, di mana orang
yang menyembah itu tidak mampu mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia
melihatNya, lalu ia menyembah Allah dengan kesedaran bahawa Allah melihatnya.
Seorang muhsin yang mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya,

3
    Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ad-Darami, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Baihaqi

                                                     3
maka ia adalah pada kedudukan al-musyahadah, iaitu melihat atau menyaksikan. Yang
demikian itu bukanlah ia melihat atau menyaksikan Allah dengan mata kepalanya,
tetapi suatu perasaan yang kuat di dalam hati, di mana kesedaran akan kewujudan
Allah, dengan ilmuNya dan belas kasihanNya, begitu kuat sekali sehingga ia seolah-
olah melihatNya di hadapannya. Lalu pemikiran dan ingatannya menjadi begitu harmoni
dengan ibadat yang ia sedang kerjakan. Dan kalaulah ia sebenarnya dapat melihat
Allah, maka tidak dapat dibayangkan kesannya itu terhadap ibadat dan ketaatannya
kepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis, 4
“Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malam
mencari ahli zikir. Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepada
Allah, mereka memanggil di antara satu sama lain, ‘Datanglah kepada hajat kamu’ ”.
Rasulullah menyambung sabdanya, “Maka para malaikat itu mengelilingi ahli-ahli zikir
itu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia. Lalu Tuhan mereka menyoal para
malaikat itu, sedang Dia lebih mengetahui dari mereka, ‘Apakah yang hamba-hambaKu
itu katakan’. Para malaikat menjawab, ‘Mereka memuliaMu, dan mereka bertakbir
kepadaMu, dan mereka memujiMu, dan mereka mengagungkan Engkau’. Lalu Allah
bertanya, ‘Apakah mereka melihat Aku’. Maka para malaikat menjawab, ‘Tidak, demi
Allah, tidaklah mereka melihatMu’. Lalu Allah menyoal, ‘Dan bagaimanakah agakya
kalau mereka melihatKu’. Para malaikat menjawab, ‘Kalau mereka melihatMu, adalah
mereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu, dan lebih hebat
mengagungkan Engkau, dan lebih banyak memuliakan engkau’ ”. Demikianlah kesan
dari perasaan seolah-olah melihat Allah di hadapannya akan membuat seseorang itu
mengerjakan ibadatnya dengan paling sempurna yang mungkin, kerana ia amat sedar
bahawa Allah mengawasi setiap apa yang ia kerjakan. Lalu ia menjadi amat malu dan
segan untuk mengerjakan sesuatu dengan tidak sempurna. Dan juga ia akan merasa
takut terhadap Allah, di samping ia merasa kagum terhadapNya. Lalu ia akan
melakukan setiap apa yang mungkin, tanpa ada cacat celanya supaya Allah reda
terhadap apa yang ia kerjakan. Dengan itu orang yang mencapai tahap ihsan yang
pertama, iaitu di mana ia menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, sesungguhnya
ia telah mencapai tahap di mana hatinya seolah-olah menyaksikan Tuhannya, lalu ia
dipenuhi dengan kegembiraan apabila ia bersendirian dengan Tuhannya, dan apabila ia
bermunajat kepadaNya, dan memohon kepadaNya. Semuanya ini menjadi amalan-
amalan yang tersangat indah dan menyeronokkan pada matanya. Di dalam sebuah
hadis, 5 Rasulullah pernah bersabda, “Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat”.
Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak dapat mencapai tahap ihsan yang
pertama, atau susah baginya untuk memperolehinya, maka ia beralih kepada tahap
yang kedua, di mana ia menyembah Allah dengan penuh kesedaran bahawa Allah
melihatnya dan mengawasinya, mengetahui setiap sesuatu yang tersembunyi di dalam
hati dan jiwanya. Seseorang yang berada pada tahap ini, maka ia adalah pada
kedudukan al-muraqabah, iaitu diperhatikan atau diawasi. Di kedudukan ini ia adalah
juga seorang muhsin yang akan merasai kenikmatan menyembah Tuhannya. Namun
begitu tahap al-muraqabah tidaklah sama dengan tahap al-musyahadah. Perasaan
diperhatikan dan diawasi mungkin pada ketika-ketikanya akan akan menjadi kendur. Ia
tidak dapat mengalami perasaan malu, takut, kagum, dan rendah diri sebagaimana

4
    Bukhari
5
    An-Nasa’i, Ahmad

                                          4
yang dialami oleh orang yang seolah-olah melihat Tuhannya di hadapannya.
Sesungguhnya seorang muhsin yang telah mencapai tahap ihsan, sama ada tahap
yang pertama atau yang kedua, ia adalah jauh ke hadapan dari orang yang hanya
mengetahui dan percaya bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu.
Sememangnya setiap orang Islam wajib mengetahui dan percaya bahawa Allah
mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu, tetapi selagi yang demikian itu tidak
meninggalkan kesan terhadap ibadatnya kepada Allah, bukanlah ia seorang muhsin,
walaupun ia sesungguhnya telah melaksanakan tanggungjawabnya di dalam ibadatnya
kepada Allah. Sebahagian ulama yang lain seperti Imam Nawawi, Al-Sindi, dan
Uthmani, mereka berpendapat bahawa kedua-dua sabda Rasulullah, “Ihsan itu ialah
bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya”, dan sabdanya,
“Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”, maka
kedua-duanya itu menunjukkan kepada satu konsep.

                                       5

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanHubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanandriandika
 
102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-ekoMohammad Mustakim
 
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesia
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesiaKeikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesia
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesiaHarunyahyaBahasaIndonesia
 
Husnuzan (Perilaku Terpuji)
Husnuzan (Perilaku Terpuji)Husnuzan (Perilaku Terpuji)
Husnuzan (Perilaku Terpuji)Yanasta Pratama
 
Husnuzan kepada sesama manusia
Husnuzan kepada sesama manusiaHusnuzan kepada sesama manusia
Husnuzan kepada sesama manusiaAbdul H-u
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...EmaMitaApriani
 
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)Lola Nurhidayaty
 
Memahami makna dosa besar dan kecil
Memahami makna dosa besar dan kecilMemahami makna dosa besar dan kecil
Memahami makna dosa besar dan kecilMuhsin Hariyanto
 
Menjadi hamba Allah yang berakhlak
Menjadi hamba Allah yang berakhlakMenjadi hamba Allah yang berakhlak
Menjadi hamba Allah yang berakhlaksyaiful hadi
 
Control diri husnuzzan_ukhuwah
Control diri husnuzzan_ukhuwahControl diri husnuzzan_ukhuwah
Control diri husnuzzan_ukhuwahoyounk wantedz
 
Iman kepada-allah-swt2dani-yahya
Iman kepada-allah-swt2dani-yahyaIman kepada-allah-swt2dani-yahya
Iman kepada-allah-swt2dani-yahyacmata07
 
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Adisa Alifya
 
Husnuzan kepada sesama~Akidah Akhlak
Husnuzan kepada sesama~Akidah AkhlakHusnuzan kepada sesama~Akidah Akhlak
Husnuzan kepada sesama~Akidah AkhlakKhofifahh Indrianii
 
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baik
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baikX mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baik
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baikaurelnd_
 
Mais procurados (19)

Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihanHubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
Hubbud dunya adalah cinta dunia yang berlebihan
 
102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko
 
Husnudzon
HusnudzonHusnudzon
Husnudzon
 
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesia
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesiaKeikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesia
Keikhlasan dalam telaah al qur`an. indonesian. bahasa indonesia
 
Husnuzan (Perilaku Terpuji)
Husnuzan (Perilaku Terpuji)Husnuzan (Perilaku Terpuji)
Husnuzan (Perilaku Terpuji)
 
Husnuzan kepada sesama manusia
Husnuzan kepada sesama manusiaHusnuzan kepada sesama manusia
Husnuzan kepada sesama manusia
 
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
ema mita apriani C1G021082 agribisnis, UAS agama islam Dr.Taufik Ramdani S.Th...
 
Pembagian kafir
Pembagian kafirPembagian kafir
Pembagian kafir
 
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)
Hadits - كبائر الذنوب (Dosa-Dosa Besar)
 
Memahami makna dosa besar dan kecil
Memahami makna dosa besar dan kecilMemahami makna dosa besar dan kecil
Memahami makna dosa besar dan kecil
 
Menjadi hamba Allah yang berakhlak
Menjadi hamba Allah yang berakhlakMenjadi hamba Allah yang berakhlak
Menjadi hamba Allah yang berakhlak
 
Control diri husnuzzan_ukhuwah
Control diri husnuzzan_ukhuwahControl diri husnuzzan_ukhuwah
Control diri husnuzzan_ukhuwah
 
Iman kepada-allah-swt2dani-yahya
Iman kepada-allah-swt2dani-yahyaIman kepada-allah-swt2dani-yahya
Iman kepada-allah-swt2dani-yahya
 
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
 
Husnuzan kepada sesama~Akidah Akhlak
Husnuzan kepada sesama~Akidah AkhlakHusnuzan kepada sesama~Akidah Akhlak
Husnuzan kepada sesama~Akidah Akhlak
 
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baik
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baikX mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baik
X mia 2 kelompok 1 kontrol diri, persaudaraan, prasangka baik
 
Dosa-dosa besar dan taubat
Dosa-dosa besar dan taubatDosa-dosa besar dan taubat
Dosa-dosa besar dan taubat
 
IMAN KEPADA ALLAH SWT
 IMAN KEPADA ALLAH SWT  IMAN KEPADA ALLAH SWT
IMAN KEPADA ALLAH SWT
 
Bersangka baik
Bersangka baikBersangka baik
Bersangka baik
 
Semelhante a Ihsan

H viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahH viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahFajar Zain
 
102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-ekoMohammad Mustakim
 
Hadits arbain ke 27
Hadits arbain ke 27Hadits arbain ke 27
Hadits arbain ke 27lilissofiani
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasadHelmon Chan
 
al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11desikapyromaniacs
 
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaan
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaanPerintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaan
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaanMuhsin Hariyanto
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Haryanti Puji
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1kreasi tk
 
Termuliakan dengan menjadi sang pemaaf
Termuliakan dengan menjadi sang pemaafTermuliakan dengan menjadi sang pemaaf
Termuliakan dengan menjadi sang pemaafMuhsin Hariyanto
 
Id agar doa di ijabah
Id agar doa di ijabahId agar doa di ijabah
Id agar doa di ijabahLoveofpeople
 
Al asma' al-husna edit
Al asma' al-husna editAl asma' al-husna edit
Al asma' al-husna editfaizatuzzulfa
 
Adil-Ikhsan 5.docx
Adil-Ikhsan 5.docxAdil-Ikhsan 5.docx
Adil-Ikhsan 5.docxMohZaini6
 
Semelhante a Ihsan (20)

H viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimahH viii akhlakul karimah
H viii akhlakul karimah
 
membiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpujimembiasakan perilaku terpuji
membiasakan perilaku terpuji
 
Tugas agama
Tugas agamaTugas agama
Tugas agama
 
102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko102334671 materi-akhlaq-p-eko
102334671 materi-akhlaq-p-eko
 
Hadits arbain ke 27
Hadits arbain ke 27Hadits arbain ke 27
Hadits arbain ke 27
 
7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad7 cara mengatasi penyakit hasad
7 cara mengatasi penyakit hasad
 
al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11al islam semester 1 kelas 11
al islam semester 1 kelas 11
 
Dalil
DalilDalil
Dalil
 
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaan
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaanPerintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaan
Perintah untuk saling menolong dalam mewujudkan kebaikan dan ketakwaan
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
Hidup nyaman dengan perilaku jujur smk nusa 1
 
Termuliakan dengan menjadi sang pemaaf
Termuliakan dengan menjadi sang pemaafTermuliakan dengan menjadi sang pemaaf
Termuliakan dengan menjadi sang pemaaf
 
Id agar doa di ijabah
Id agar doa di ijabahId agar doa di ijabah
Id agar doa di ijabah
 
Al asma' al-husna edit
Al asma' al-husna editAl asma' al-husna edit
Al asma' al-husna edit
 
Adil-Ikhsan 5.docx
Adil-Ikhsan 5.docxAdil-Ikhsan 5.docx
Adil-Ikhsan 5.docx
 
Pilar pilar muhasabah
Pilar pilar muhasabahPilar pilar muhasabah
Pilar pilar muhasabah
 
Pilar pilar muhasabah
Pilar pilar muhasabahPilar pilar muhasabah
Pilar pilar muhasabah
 
Mais de Bicara Ilmu

Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBicara Ilmu
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzBicara Ilmu
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuzBicara Ilmu
 
Mais de Bicara Ilmu (20)

Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas SolatBacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
Bacaan Dalam Solat 12. Zikir Selepas Solat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. SalamBacaan Dalam Solat - 11. Salam
Bacaan Dalam Solat - 11. Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamPenjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum SalamBacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
Bacaan Dalam Solat 10. Doa Sebelum Salam
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. SelawatPenjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. SelawatBacaan Dalam Solat 9. Selawat
Bacaan Dalam Solat 9. Selawat
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. TasyahhudBacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
Bacaan Dalam Solat 8. Tasyahhud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua SujudBacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
Bacaan Dalam Solat 7. Duduk Di Antara Dua Sujud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. SujudPenjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. SujudBacaan Dalam Solat 6. Sujud
Bacaan Dalam Solat 6. Sujud
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. IktidalPenjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. IktidalBacaan Dalam Solat 5. Iktidal
Bacaan Dalam Solat 5. Iktidal
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. RukukPenjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. RukukBacaan Dalam Solat 3. Rukuk
Bacaan Dalam Solat 3. Rukuk
 
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuzPenjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
Penjelasan Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta’awwuz
 
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuzBacaan Dalam Solat  2. Bacaan Ta'awwuz
Bacaan Dalam Solat 2. Bacaan Ta'awwuz
 
Ihsan

  • 1. Ihsan Disusun oleh Abu Haniff Dan adapun ihsan, penjelasan tentangnya ialah sebagaimana yang Rasulullah sabdakan di dalam sebuah hadis 1 ketika dia menjawab soalan yang dimajukan oleh 0F Jibril a.s. kepadanya, “Beritahukanlah kepadaku tentang ihsan”. Lalu Rasulullah bersabda, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”. Dan berbuat ihsan itu, maka sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang Dia perintahkan dengan firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:90,       yang bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh yang adil dan juga ihsan”. Dan adapun berbuat adil, ia dijelaskan dengan indahnya oleh Muhammad bin Ka’b kepada Umar bin Abdul Aziz, sebagaimana yang diceritakan oleh Muhammad bin Ka’b di dalam sebuah athar, di mana dia berkata, 2 “Umar bin Abdul Aziz pernah memanggil aku lalu 1F berkata, ‘Terangkan kepadaku tentang keadilan’. Aku berkata, ‘Bagus, engkau bertanya tentang perkara yang besar. Jadilah engkau ayah untuk anak kecil, anak untuk orang tua, saudara untuk yang sebaya, dan untuk kaum perempuan demikian pula. Kemudian jatuhkanlah hukuman kepada manusia sesuai dengan dosa dan ukuran tubuhnya. Dan janganlah engkau memukul kerana marahmu dengan sekali sebatan sehingga engkau termasuk di dalam golongan orang yang melampaui batas’ ”. Sedemikianlah Allah menyuruh berbuat adil dengan wajar, sederhana dan seimbang. Tidak cenderung kerana hawa nafsu, tidak terpengaruh dengan emosi kasih dan benci, tidak berubah kerana memelihara hubungan kekeluargaan, tidak terpesong kerana kaya dan miskin, atau kerana kuat dan lemah. Keadilan itu tetap berjalan lurus memberi sukatan dan pertimbangan yang sama kepada semua orang. Allah berfirman di dalam ayat Al- Maidah 5:8,                          yang bermaksud, “Dan janganlah kebencian kepada suatu kaum mendorong kamu ke dalam dosa, dengan bahawa kamu tidak berlaku adil. Berlaku adillah, ia adalah lebih dekat kepada takwa. Dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Memaklumi dengan apa yang kamu lakukan”. Demikianlah penjelasan tentang keadilan, tetapi ihsan, ia sesungguhnya menjangkau melebihi yang demikian itu. Ia mempunyai pengertian yang amat luas. Ia merangkumi dua kaedah, iaitu kaedah mengerjakan sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik-baiknya terhadap 1 Muslim 2 Ibnu Abu Hatim 1
  • 2. orang lain. Setiap perbuatan yang baik adalah semuanya ihsan. Ia adalah memberi respons terhadap sesuatu perbuatan yang baik dengan perbuatan yang lebih baik, atau memberi respons kepada kejahatan dengan pemaafan. Mengerjakan amalan-amalan yang difardukan adalah berbuat adil, sedangkan menjangkaui melebihi yang demikian itu untuk mengerjakan yang sunatnya dengan sebaik mungkin adalah ihsan. Di dalam banyak ayat-ayat yang lain, Allah menggabungkan perintah untuk berbuat adil dan ihsan, sebagaimana firmanNya di dalam ayat An-Nahl 16:126,                 yang bermaksud, “Dan jika kamu menghukum, maka hukumlah dengan seumpama apa yang kamu telah disakiti dengannya. Dan sesungguhnya jika kamu bersabar, pastinya ia adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar”. Adapun firmanNya,       yang bermaksud, “Maka hukumlah dengan seumpama apa yang kamu telah disakiti”, ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,   yang bermaksud, “Dan sesungguhnya jika kamu bersabar”, ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Di dalam ayat Asy-Syura 42:40, Allah berfirman,                yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya. Maka barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian, maka pahalanya ke atas Allah”. Maka firmanNya,       yang bermaksud, “Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan seumpamanya”, ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,    yang bermaksud, “Maka barang siapa memaafkan dan mengadakan perdamaian”, ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Dan di dalam ayat Al-Maidah 5:45, Allah berfirman,            yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas. Maka barang siapa yang menyedekahkan dengannya, sedemikian ianya ialah penebus dosa baginya”. Maka firmanNya,    2
  • 3. yang bermaksud, “Dan luka-luka ada hukuman qisas”, ianya adalah perintah untuk berbuat adil, dan firmanNya,     yang bermaksud, “Maka barang siapa yang menyedekahkan dengannya”, ianya adalah perintah untuk berbuat ihsan. Dan banyak lagi perintah Allah menyuruh berbuat adil dan ihsan di dalam ayat-ayat yang lain. Demikianlah maka ihsan itu dapat membuka pintu kepada orang-orang yang ingin bertoleransi di dalam sesetengah hak mereka kerana mengutamakan semangat kasih sayang, dan menghapuskan perasaan dendam kesumat dari hati mereka. Ia membuka pintu kepada orang-orang yang ingin menunjukkan sikap yang lebih dari dasar keadilan yang ketat dan tegas untuk mengubat hati yang luka atau untuk mendapat kelebihan. Dan demikianlah juga sesungguhnya Allah memerintahkan supaya berbuat ihsan di dalam setiap sesuatu dan terhadap setiap sesuatu, sebagaimana yang Rasulullah sabdakan di dalam sebuah hadis, 3 “Sesungguhnya Allah, Dia telah mewajibkan ihsan ke atas setiap sesuatu. Lalu 2F apabila engkau membunuh, maka berbuat ihsanlah terhadap pembunuhan itu. Dan apabila kamu menyembelih, maka berbuat ihsanlah terhadap penyembelihan itu. Dan hendaklah setiap dari kamu menajamkan pisaunya, lalu hendaklah menyenangkan binatang sembelihannya”. Contoh perbuatan menyembelih yang diberikan di dalam hadis ini, ianya merangkumi dua kaedah ihsan yang telah disebutkan, iaitu kaedah mengerjakan sesuatu amalan itu sebaik-baiknya, dan juga kaedah berlaku sebaik- baiknya terhadap orang lain. Lalu di dalam amalan penyembelihan itu hendaklah ada ihsan, dan terhadap binatang sembelihan itu hendaklah berlaku ihsan. Dan adapun perintah berlaku ihsan ini, adakalanya ia adalah wajib dan adakalanya sunat. Contohnya, perintah berbuat ihsan kepada kedua ibu bapa adalah satu perintah wajib, tetapi bersedekah, walaupun perintah untuk bersedekah adalah juga satu perintah berbuat ihsan, ianya adalah satu amalan sunat. Walau bagaimanapun perlulah dihayati bahawa ihsan ialah sesuatu yang sangat-sangat dicari. Allah memerintahkannya dan Dia mencintai orang yang berbuat ihsan. Dengan itu seorang yang benar-benar beriman, hendaklah ia sentiasalah berbuat ihsan di dalam sesuatu dan terhadap setiap sesuatu tanpa mengira sama ada ianya wajib atau sunat. Lalu sekiranya ia merasakan bahawa di dalam amalannya kekurangan ihsan, atau ia belum lagi menjangkau tahap yang minimum, maka seharusnyalah ia tidak merasa puas. Ia seharusnya mengetahui bahawa terdapat satu tahap yang lebih tinggi yang ia harus berusaha untuk mencapainya, iaitu tahap ihsan. Dan daripada penjelasan Rasulullah tentang ihsan bahawa, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”, maka sebahagian ulama, seperti Ibnu Rajab, Ibnu Hajar dan selainnya, mereka berpendapat bahawa hadis ini menerangkan dua tahap ihsan berlainan. Tahap ihsan yang pertama, di mana seseorang itu menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, adalah lebih tinggi tahapnya dari tahap ihsan yang kedua, di mana orang yang menyembah itu tidak mampu mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, lalu ia menyembah Allah dengan kesedaran bahawa Allah melihatnya. Seorang muhsin yang mencapai tahap menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, 3 Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasa’i, Ibnu Majah, Ad-Darami, Ibnu Hibban, At-Tabrani, Al-Baihaqi 3
  • 4. maka ia adalah pada kedudukan al-musyahadah, iaitu melihat atau menyaksikan. Yang demikian itu bukanlah ia melihat atau menyaksikan Allah dengan mata kepalanya, tetapi suatu perasaan yang kuat di dalam hati, di mana kesedaran akan kewujudan Allah, dengan ilmuNya dan belas kasihanNya, begitu kuat sekali sehingga ia seolah- olah melihatNya di hadapannya. Lalu pemikiran dan ingatannya menjadi begitu harmoni dengan ibadat yang ia sedang kerjakan. Dan kalaulah ia sebenarnya dapat melihat Allah, maka tidak dapat dibayangkan kesannya itu terhadap ibadat dan ketaatannya kepada Allah, sebagaimana sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis, 4 “Sesungguhnya Allah mempunyai para malaikat yang pergi berkeliling siang dan malam mencari ahli zikir. Lalu apabila mereka menjumpai satu kaum yang berzikir kepada Allah, mereka memanggil di antara satu sama lain, ‘Datanglah kepada hajat kamu’ ”. Rasulullah menyambung sabdanya, “Maka para malaikat itu mengelilingi ahli-ahli zikir itu dengan sayap mereka sehingga ke langit dunia. Lalu Tuhan mereka menyoal para malaikat itu, sedang Dia lebih mengetahui dari mereka, ‘Apakah yang hamba-hambaKu itu katakan’. Para malaikat menjawab, ‘Mereka memuliaMu, dan mereka bertakbir kepadaMu, dan mereka memujiMu, dan mereka mengagungkan Engkau’. Lalu Allah bertanya, ‘Apakah mereka melihat Aku’. Maka para malaikat menjawab, ‘Tidak, demi Allah, tidaklah mereka melihatMu’. Lalu Allah menyoal, ‘Dan bagaimanakah agakya kalau mereka melihatKu’. Para malaikat menjawab, ‘Kalau mereka melihatMu, adalah mereka itu lebih bersungguh-sungguh beribadat kepadaMu, dan lebih hebat mengagungkan Engkau, dan lebih banyak memuliakan engkau’ ”. Demikianlah kesan dari perasaan seolah-olah melihat Allah di hadapannya akan membuat seseorang itu mengerjakan ibadatnya dengan paling sempurna yang mungkin, kerana ia amat sedar bahawa Allah mengawasi setiap apa yang ia kerjakan. Lalu ia menjadi amat malu dan segan untuk mengerjakan sesuatu dengan tidak sempurna. Dan juga ia akan merasa takut terhadap Allah, di samping ia merasa kagum terhadapNya. Lalu ia akan melakukan setiap apa yang mungkin, tanpa ada cacat celanya supaya Allah reda terhadap apa yang ia kerjakan. Dengan itu orang yang mencapai tahap ihsan yang pertama, iaitu di mana ia menyembah Allah seolah-olah ia melihatNya, sesungguhnya ia telah mencapai tahap di mana hatinya seolah-olah menyaksikan Tuhannya, lalu ia dipenuhi dengan kegembiraan apabila ia bersendirian dengan Tuhannya, dan apabila ia bermunajat kepadaNya, dan memohon kepadaNya. Semuanya ini menjadi amalan- amalan yang tersangat indah dan menyeronokkan pada matanya. Di dalam sebuah hadis, 5 Rasulullah pernah bersabda, “Dan dijadikan penyejuk mataku di dalam solat”. Walau bagaimanapun, jika seseorang itu tidak dapat mencapai tahap ihsan yang pertama, atau susah baginya untuk memperolehinya, maka ia beralih kepada tahap yang kedua, di mana ia menyembah Allah dengan penuh kesedaran bahawa Allah melihatnya dan mengawasinya, mengetahui setiap sesuatu yang tersembunyi di dalam hati dan jiwanya. Seseorang yang berada pada tahap ini, maka ia adalah pada kedudukan al-muraqabah, iaitu diperhatikan atau diawasi. Di kedudukan ini ia adalah juga seorang muhsin yang akan merasai kenikmatan menyembah Tuhannya. Namun begitu tahap al-muraqabah tidaklah sama dengan tahap al-musyahadah. Perasaan diperhatikan dan diawasi mungkin pada ketika-ketikanya akan akan menjadi kendur. Ia tidak dapat mengalami perasaan malu, takut, kagum, dan rendah diri sebagaimana 4 Bukhari 5 An-Nasa’i, Ahmad 4
  • 5. yang dialami oleh orang yang seolah-olah melihat Tuhannya di hadapannya. Sesungguhnya seorang muhsin yang telah mencapai tahap ihsan, sama ada tahap yang pertama atau yang kedua, ia adalah jauh ke hadapan dari orang yang hanya mengetahui dan percaya bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu. Sememangnya setiap orang Islam wajib mengetahui dan percaya bahawa Allah mengetahui dan menyaksikan segala sesuatu, tetapi selagi yang demikian itu tidak meninggalkan kesan terhadap ibadatnya kepada Allah, bukanlah ia seorang muhsin, walaupun ia sesungguhnya telah melaksanakan tanggungjawabnya di dalam ibadatnya kepada Allah. Sebahagian ulama yang lain seperti Imam Nawawi, Al-Sindi, dan Uthmani, mereka berpendapat bahawa kedua-dua sabda Rasulullah, “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya”, dan sabdanya, “Tetapi jika tidaklah engkau melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu”, maka kedua-duanya itu menunjukkan kepada satu konsep. 5