1. MERANCANG
PERNIAGAAN /
BUSINESS PLANNING
Dr Sharifah Osman@Liew
Fakulti Sains Kognitif & Pembangunan Manusia
2. OBJEKTIF / OBJECTIVE
Memahami maksud dan tujuan Rancangan
Perniagaan / Understanding meaning and aims of a business
plan
Memahami kepentingan Rancangan Perniagaan
/ understanding importance of business plan
Mendapatpanduan dalam menyediakan
Rancangan Perniagaan / obtaining guidance in preparing
a business plan
3. KANDUNGAN / CONTENT
Kepentingan rancangan perniagaan / importance
of business plan
Format rancangan perniagaan / format of
business plan
Senarai semak rancangan perniagaan / checklist
business plan
4. DEFINISI RANCANGAN PERNIAGAAN
Rancangan Perniagaan ialah suatu
dokumen bertulis menerangkan secara
menyeluruh tentang perniagaan atau
projek yang hendak dijalankan.
Rancangan perniagaan pada umumnya
merangkumi analisis, ramalan dan
jangkaan dan cara perlaksanaan strategi
perniagaan.
5. KEPENTINGAN RANCANGAN PERNIAGAAN
Memberi peluang untuk seseorang melihat dan
menilai idea atau projek perniagaan dengan
teliti, objektif, kritikal dan praktikal
Memberi gambaran tentang daya maju sesuatu
projek yang dirancang
Membantu seseorang membuat anggaran
berkaitan keperluan sumber perniagaan dan
seterusnya membuat pengagihan dengan lebih
berkesan
Menyedarkan seseorang tentang kemungkinan
permasalahan yang akan timbul dalam
melaksanakan projek perniagaan
6. FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN
i. Tajuk muka surat hadapan
Helaian tersebut merupakan helaian pertama
dalam sesebuah Rancangan Perniagaan. Antara
perkara yang terdapat di muka surat hadapan
Rancangan Perniagaan ialah:
Tajuk Rancangan Perniagaan
Nama dan alamat perniagaan
Nama penulis
Tarikh disediakan
7. FORMAT RANCANGAN PERNIAGAAN
ii.Muka surat isi kandungan
Muka surat ini menyenaraikan isi kandungan
tajuk-tajuk utama mengikut muka surat dalam
sesebuah Rancangan Perniagaan.
iii.Ringkasan Eksekutif
Ringkasan eksekutif ialah bahagian utama
rancangan perniagaan. Ia secara ringkas
menerangkan elemen-elemen utama perniagaan
yang dicadangkan. Panjang ringkasan eksekutif
meliputi satu atau dua muka surat dan mesti
dianggap sebagai dokumen penting yang
berasingan.
8. FORMAT RANCANGAN PERNIAGAA
iv.Badan utama Rancangan Perniagaan
- Pengenalan
- Tujuan
- Latarbelakang Perniagaan
- Latarbelakang Pemilikan
- Pemasaran (kaedah dan strategi)
- Kewangan (modal dan kos)
- Rumusan dan Justifikasi
v.Lampiran
9. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN PENGENALAN
1. Apakah nama perniagaan atau syarikat?
2.Kepada siapakah rancangan perniagaan ini
ingin dimajukan?
3.Siapakah pemilik atau rakan kongsi
perniagaan?
4.Nama, alamat dan nombor telefon pihak
utama untuk dihubungi?
10. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN TUJUAN
1. Apakah matlamat rancangan perniagaan ini disediakan?
2. Adakah rancangan perniagaan disediakan untuk memohon
pembiayaan?
3. Siapakah yang memohon pembiayaan?
4. Berapakah jumlah kos perlaksanaan projek? Berapakah jumlah
pembiayaan yang diperlukan?
5. Bagaimankah pembiayaan ini akan digunakan?
6. Bagaimanakah pembiayaan ini dapat memberi kebaikan kepada
perniagaan atau syarikat?
7. Bagaimanakah pembiayaan ini akan dibayar balik?
8. Apakah sumber-sumber lain yang boleh digunakan untuk
memastikan projek ini berjaya?
11. SENARAI SEMAK FORMAT
RANCANGAN PERNIAGAAN
BAHAGIAN LATARBELAKANG PERNIAGAAN
MAKLUMAT UMUM
1. Apakah jenis perniagaan yang ingin dijalankan perdagangan,
pembuatan atau perkhidmatan?
2. Adakah perniagaan yang akan dilaksanakan perniagaan baru
atau perniagaan yang ingin dikembangkan?
3. Apakah bentuk perniagaan yang dipilih untuk menjalankan
projek?
4. Mengapakah bentuk perniagaan yang dikemukakan ini dipilih?
5. Apakah ciri-ciri yang unik mengenai produk atau perkhidmatan
yang ingin ditawarkan?
6. Apakah kekuatan dan kelemahan perniagaan atau syarikat?
7. Bagaimanakah kelemahan akan diatasi?
8. Kenapakah projek yang dicadangkan dijangka menguntungkan?
12. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
MAKLUMAT INDUSTRI
1.Adakah industri yang ingin diceburi
mengembang atau menguncup?
2. Bagaimanakah kedudukan industri ini jika
dibandingkan dengan suasana ekonomi
keseluruhannya?
3.Adakah bakal pembekal akan membentuk
perniagaan atau syarikat dari segi kemudahan
teknikal atau kredit?
4.Apakah syarat-syarat kredit yang akan
dikenakan?
13. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN PEMASARAN
MAKLUMAT BARANGAN ATAU
PERKHIDMATAN
1.Apakah barangan atau perkhidmatan yang ingin
ditawarkan?
2.Apakah konsep barangan atau perkhidmatan
yang ingin ditawarkan?
3.Kenalpasti ciri-ciri khusus produk atau
perkhidmatan yang ingin ditawarkan?
4.Adakah pembelian barangan atau perkhidmatan
yang ditawarkan oleh pengguna berulang?
14. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
MAKLUMAT PASARAN
1. Siapakah pelanggan perniagaan atau syarikat?
2. Kenalpasti segmen sasaran pasaran perniagaan?
3. Di manakah sasaran pasaran perniagaan?
4. Berapa besarkah saiz pasaran?
5. Berapakah syer pasaran yang dijangkan?
6. Apakah kaedah-kaedah yang digunakan untuk menembusi
dan mengekalkan pasaran?
7. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat meluaskan
pasaran? Adakah barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan berpotensi untuk berkembang?
8. Jikalau pasaran untuk barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan berkembang adakah syer pasaran perniagaan
meningkat atau menurun?
15. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
HARGA
1. Berapakah harga yang akan dikenakan untuk barangan
atau perkhidmatan yang ditawarkan?
2. Adakah perniagaan mempunyai julat harga?
3. Bagaimanakah perniagaan menentukan harga barangan
atau perkhidmatan?
4. Adakah harga barangan atau perkhidmatan kompetitif?
5. Adakah harga yang ditawarkan memberi keuntungan
kepada perniagaan?
6. Mengapakah pelanggan perniagaan sanggup membayar
pada harga yang ditawarkan?
16. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
PROMOSI
1. Apakah kaedah promosi yang akan digunakan?
2. Mengapakah kaedah ini dipilih?
3. Adakah kaedah yang digunakan sesuai dengan barangan
atau perkhidmatan yang ditawarkan?
4. Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai peruntukan
untuk aktiviti-aktiviti promosi?
5. Bagaimanakah peruntukan untuk promosi ditentukan?
6. Berapakah jumlah peruntukkan untuk akiviti promosi?
7. Apakah kaedah yang akan digunakan untuk memantau
keberkesanan aktiviti promosi?
17. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
PENGEDARAN
1. Bagaimanakah perniagaan atau syarikat menjual
barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan?
2. Apakah saluran pengedaran yang akan digunakan?
3. Bagaimanakah penghantaran barangan akan dilakukan?
4. Apakah polisi perniagaan atau syarikat berkaitan dengan
pemulangan barangan oleh pelanggan?
5. Apakah pendekatan yang akan digunakan untuk
membentuk dan mengekal perhubungan pelanggan
yang baik?
18. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
PERSAINGAN
1.Di manakah pesaing-pesaing perniagaan?
2.Siapakah pesaing anda yang paling ketara?
3.Apakah kekuatan dan kelemahan pesaing?
4.Apakah persamaan dan perbezaan barangan
atau perkhidmatan perniagaan dengan pesaing?
5.Adakah kaedah operasi yang digunakan oleh
perniagaan lebih dari pesaing?
6.Apakah kaedah-kaedah yang akan digunakan
untuk memantau pesaing perniagaan?
19. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN/PENGURUSAN
1.Adakah perniagaan atau syarikat mempunyai
pengalaman yang berkaitan dengan rancangan
perniagaan yang ingin diusahakan?
2.Apakah pengalaman yang dimiliki oleh pihak
pengurusan?
3.Apakah tugas-tugas yang perlu dilakukan?
4.Siapakah yang akan menjalankan tugas-tugas
yang telah dikenalpasti?
5.Siapakah yang akan membuat keputusan di
dalam perniagaan atau syarikat?
6.Bagaimanakah perancangan akan dikendalikan?
20. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
7. Apakah jenis personel yang diperlukan oleh perniagaan
atau syarikat?
8. Apakah kemahiran dan kelayakan yang diperlukan oleh
pengurus-pengurus perniagaan/syarikat?
9. Adakah personel yang diambil, bekerja sepenuh masa atau
sambilan?
10. Berapakah imbuhan jasa yang akan diterima oleh
personel perniagaan/syarikat?
11. Adakah latihan diperlukan untuk personel
perniagaan/syarikat? Berapakah kos latihan kepada
perniagaan dari segi masa dan kewangan?
12. Adakah perniagaan/syarikat mempunyai dasar-dasar
yang berkaitan dengan personel?
21. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN OPERASI
1.Apakah proses-proses pengeluaran yang terlibat
di dalam perniagaan?
2.Adakah proses pengeluaran memerlukan
kemudahan tertentu?
3.Apakah jenis mesin dan peralatan yang
diperlukan?
4.Berapakah tahap inventori bahan mentah,
barang separa siap dan barang siap yang perlu
dikekalkan?
5.Berapakah kos yang terlibat untuk menyimpan
inventori yang diperlukan?
22. SENARAI SEMAK FORMAT RANCANGAN
PERNIAGAAN
BAHAGIAN KEWANGAN
1.Berapakah kos yang terlibat untuk menjalankan
projek yang dirancangkan?
2.Apakah sumber pembiayaan yang akan
digunakan?
3.Berapakah modal yang akan disumbangkan oleh
pemilik?
4.Bagaimanakah sumber kewangan akan
diagihkan?