2. Aspek penting Korpus Berkomputer
Dapat membantu guru menjana apa jua aspek
imbuhan yang dikehendaki seperti imbuhan
meN..kan, di…, ter.. dan sebagainya. Dengan memberi
arahan tertentu,komputer akan menjana korpus dan
seterusnya menyenaraikan bentuk-bentuk imbuhan
yang dikehendaki.
Secara amnya, korpus komputer boleh dijana dalam
bentuk baris-baris konkordans,ayat dan
perenggan.Ketiga-tiga bentuk ini dapat membantu
guru mengajar atau memaparkan sesuatu aspek
imbuhan dengan lebih berkesan.
3. a) Korpus Berbentuk Konkordans
256 in-Kementerian Kesihatan **menyediakan**lebih 110000 vaksin jenama BHLR27
257 negara ini yang berhasrat **menunaikan**haji di Makkah,bulan depan BHLR27
258 ak akn menghadapi masalah **mendapatkan**vaksin itu dari hospital a BHLR27
259 di. “Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan**bakal haji dari seluruh du BHLR27
260 suki negara terbabit untuk **mengerjakan**haji atau umrah. “Saya s BHLR27
261 pemberita demikian selepas **merasmikan**bangunan Persatuan Keturun BHLR27
4. b) Korpus berbentuk ayat
Kementerian Kesihatan **menyediakan**lebih 110000 vaksin jenama
Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat Islam
negara ini yang berhasrat**menunaikan**haji di Makkah, bulan
depan.
Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji tidak akan
menghadapi masalah **mendapatkan**vaksin itu dari hospital atau
klinik kerajaan di seluruh negara.
“Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan**bakal haji dari seluruh dunia
mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki negara
terbabit untuk **mengerjakan**haji atau umrah.
5. c) Korpus berbentuk perenggan
Kementerian Kesihatan**menyediakan lebih 110000 vaksin
jenama Mencevax dari Belgium bagi menampung keperluan umat
Islam negara ini yang berhasrat **menunaikan** haji di Makkah,
bulan depan. Kementerian berkenaan memberi jaminan jemaah haji
tidak akan menghadapi masalah **mendapatkan** vaksin itu dari
hospital atau klinik kerajaan di seluruh negara.
“Kerajaan Arab Saudi **mewajibkan** bakal haji dari seluruh
dunia mengambil vaksin anti-meningitis itu sebelum memasuki
negara terbabit untuk **mengerjakan** haji atau umrah.
6. Bagi tujuan proses p & p, guru boleh mencetak mana-mana bahagian
yang sesuai dan mengedarkan korpus ini kepada semua murid
ataupun boleh juga menggunakan komputer jika terdapat kemudahan
komputer yang mencukupi untuk semua murid.
Penggunaan kemudahan komputer seperti di makmal komputer
merupakan suatu kelebihan berbanding cetakan kertas. Ini kerana
guru atau murid dapat mencari sesuatu bentuk imbuhan dengan
pantas berdasarkan bantuan carian atau find yang terdapat dalam
komputer.