1. ZM ENTERPRISE
1.0
Pengenalan Perniagaan
Kumpulan kami telah bercadang untuk menjalankan perniagaan menjual sarung dan
bantal kusyen yang bercorak batik. Pada zaman moden ini, produk bercorak batik merupakan
pilihan kepada semua orang. Kebanyakkan orang, terutamanya golongan berada menempah dan
membeli sarung dan bantal kusyen bercorak batik sabagai hiasan pada kerusi mereka dan dalam
kereta mereka.
Masyarakat kini sentiasa meminati pakaian atau fabrik yang bercorak batik kerana
penggunaan corak batik menampakkan pengguna lebih elegen dan bergaya, maka syarikat kami
telah mengeluarkan produk sarung dan bantal kusyen yang dapat memenuhi permintaan
pengguna dalam menyediakan sarung dan bantal kusyen. Produk ini menggunakan fabrik yang
bermutu tinggi dan hiasan tambahan yang dijahit menggunakan tangan bagi mencantikkan dan
mengukuhkan lagi jahitan.
Kami telah menyediakan 3 jenis produk iaitu produk pertama ialah sarung bantal kusyen
yang menggunakan fabrik bercorak batik, produk kedua ialah produk yang menggunakan fabrik
tanpa corak batik tetapi dihias bercorak batik dengan menggunakan bahan hiasan dan produk
ketiga adalah bantal kusyen yang pelbagai bentuk mengikut citarasa pelanggan. Disamping itu,
kami juga menjual bahan-bahan hiasan pada fabrik dan fabrik yang bercorak batik.
Kami akan mengutamakan dua aktiviti iaitu produk dan perkhidmatan. Perkhidmatan
yang akan diberikan adalah memberi nasihat tentang fesyen atau rekaan yang sesuai dengan
bentuk sarung bantal kusyen dan menerima tempahan menjahit sarung bantal kusyen yang
dikehendaki pelanggan. Bagi produk pula kami menyediakan pelbagai bentuk dan rekaan sarung
dan bantal kusyen yang menarik dengan harga yang berpatutan.
1
2. ZM ENTERPRISE
2.0
Nama Dan Alamat Perniagaan
Nama syarikat kami ialah ZM Enterprise. Penggunaan ZM Enterprise akan tertera pada
label yang terdapat pada sarung bantal kusyen yang sayrikat kami keluarkan. Objektif syarikat
kami adalah untuk memberi jaminan kepada pelanggan berpuas hati dengan kualiti jahitan yang
syarikat kami lakukan. Perniagaan kami akan beroperasi di Bandar Marang Terengganu. Tujuan
kami beroperasi perniagaan kami di sana kerana populasi orang di sana banyak.
Kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan kaya dan golongan yang bekerja serta
berkereta. Terdapat juga di pusat peranginan dan hotel.
3.0
Tujuan Penyediaan Rancangan
Tujuan utama rancangan diperlukan adalah untuk memberi keterangan atau maklumat
berkenaan dengan sebuah perniagaan yang hendak dijalankan dan dilaksanakan. Selain itu,
dengan adanya rancangan perniagaan yang terperinci, ini akan meyakinkan para pihak yang
bekerjasama dengan syarikat kami, termasuk pihak pemiutang iaitu institusi kewangan dan pihak
pembekal bahan mentah bahawa perniagaan yang akan dijalankan dapat dimajukan dan dapat
diusahakan. Dengan penyelidikan terhadap saiz pasaran dan persaingan yang dihadapi, syarikat
boleh menyediakan rancangan yang sepatutnya untuk menghadapi saingan di pasaran. Di
samping itu, rancangan perniagaan ini juga dapat dijadikan sebagai alat untuk mempromosikan
produk yang dihasilkan oleh sesebuah organisasi. Selain itu, rancangan perniagaan juga dapat
membantu pemilik perniagaan mengenalpasti keberkesanan perniagaan yang dijalankan olehnya.
Tujuan penyediaan rancangan ini dan pihak yang memerlukannya.
Usahawan
Pembekal
Institusi kewangan atau pelabur
Kakitangan
2
3. ZM ENTERPRISE
Usahawan
Usahawan untuk membolehkannya memahami projek atau perniagaan yang mendalam.
Rancangan ini boleh memberi rujukan kepada usahawan untuk menguruskan perniagaan tersebut
dan tujuan pelaburan dan pembiayaan.
Pembekal
Rancangan perniagaan yang terperinci memberikan keyakinan kepada pembekal yang
bekerjasama dengan syarikat. Dengan itu, kami boleh mendapat bekalan dan bahan yang
diperlukan secara kredit.
Institusi kewangan atau pelabur
Rancangan perniagaan disediakan kepada institusi kewangan adalah untuk memantapkan
permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman, skim khas atau mendapatkan rakan
kongsi pelaburan tambahan untuk perniagaan yang dijalankan.
Kakitangan
Rancangan perniagaan mendedahkan kakitangan syarikat dengan arah tujuan syarikat, oleh itu,
kakitangan mempunyai matlamat yang jelas untuk membantu syarikat mencapai objektif yang
ditetapkan.
3
4. ZM ENTERPRISE
4.0
Latar Belakang Perniagaan
Nama Perniagaan: ZM Enterprise
Alamat Perniagaan: No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang, Terengganu
Alamat surat Menyurat: ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,
Terengganu
No telefon: 09-6182223/09-6182224
Bentuk syarikat: Perkongsian
Kegiatan utama: Menjual produk sarung dan bantal kusyen
Tarikh mulakan perniagaan: 17 Oktober 2013
Tarikh pendaftaran: 14 Ogos 2013
Nombor pendaftaran: PG0036918-W
Modal permulaan : RM 300,000.00
Nama bank: CIMB Bank
Jenis Akaun: Akaun semasa
Nombor akaun Syarikat: 2009203698710170
Syarikat kami adalah berbentuk perkongsian yang terdiri daripada 2 orang pekongsian.
Kedua-dua daripada kami bukan sahaja merupakan pekongsi kepad syarikat tetapi juga
merupakan orang yang bertugas dalam bahagian pentadbiran, pengeluaran, kewangan dan
pemasaran. Syarat-syarat perkongsian yang akan dipersetujui oleh kami adalah tertakluk kepada
Akta Perkongsian 1967. Dalam aspek modal permulaan, modal yang diperlukan adalah sejumlah
RM300,000.00.
4
5. ZM ENTERPRISE
Oleh kerana syarikat kami merupakan syarikat yang bermodal kecil maka setiap pekongsi akan
mengeluarkan wang simpanan sendiri atau bantuan ahli keluarga untuk memulakan perniagaan
ini.
4.1
Senarai kakitangan pengurusan
Nama
Jawatan
Bil
Muhd Zulkifli Bin Hamzah
Pengurus besar, pentadbiran dan Operasi
1
Mastura `Aqasiah binti Muktar
Pengurus Kewangan dan Pemasaran
1
4.2
Latar belakang pemilik (rakan kongsi)
4.2.1
Latar belakang rakan kongsi 1
Jawatan : Pengurus Besar, Pentadbiran dan Operasi
Nama penuh: Muhd Zulkifli Bin Hamzah
No I/C : 871017-11-5553
Tarikh lahir: 17 Oktober 1987
Umur : 26 tahun
Jantina : Lelaki
Alamat Tetap : Lot 1353 Kg Telaga Batu, 21600 Marang Terengganu.
No Telefon: 013-333888
Taraf Perkahwinan : Bujang
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, sesi motivasi francaisi-francaisor,
bengkel perdagangan, kursus pengurusan syarikat, seminar pembuatan, seminar pengurusan
pengeluaran operasi, kursus kualiti barangan.
5
6. ZM ENTERPRISE
Pengalaman: ketua pentadbiran, pengarah eksekutif,penolong pengarah eksekutif, Penolong
penyelia, pembantu penolong operasi.
Modal sumbangan : RM 150,000.00
4.2.2
Latar belakang rakan kongsi 2
Jawatan : Pengurus Kewangan dan Pemasaran
Nama penuh : Mastura `Aqasiah binti Muktar
No I/C : 890621 – 06 – 5558
Tarikh lahir: 21 Jun 1989
Umur : 24 tahun
Jantina : Perempuan
Alamat Tetap : No. 342 Blok C, Bukit Kechil,Kuala Terengganu.
Telefon: 013 - 9177777
Taraf Perkahwinan : Berkahwin
Kursus Yang Pernah Dihadiri : seminar keusahawanan, kurus kewangan syarikat, seminar
perdagangan, bengkel pemasaran, kursus pelanggan dan pengguna
Pengalaman: pengurus kewangan, juruaudit, Wakil jualan, eksekutif pemasaran
Modal sumbangan : RM 150,000.00
6
7. ZM ENTERPRISE
5.0
Latar Belakang Projek
5.1
Lokasi tapak projek
Alamat:
ZM Enterprise, No 13, Bangunan Mara, Bandar Marang, 21600 Marang,
Terengganu
7
9. ZM ENTERPRISE
6.0
Rancangan Pemasaran
6.1
Analisa pasaran
Konsep utama syarikat kami adalah berdasarkan keutamaan dan keperluan pelanggan. Selain tiu,
syarikat juga mementingkan persaingan yang sedia ada dalam pasaran. Oleh itu, rancangan
pemasaran syarikat kami juga mengambil faktor persaingan yang wujud dalam pasaran,
perniagaan ini berpotensi di kawasan ini sebab terdapat bilangan yang sedikit di kawasan ini.
Oleh itu, persaingan adalah terhad dan perniagaan ini mempunyai potensi yang cerah untuk
berkembang di kawasan ini.
9
10. ZM ENTERPRISE
6.2
Bentuk pasaran
Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan:
Penjualan pelbagai rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen.
Perkhidmatan tempahan rekabentuk sarung bantal kusyen pelanggan
Memberi nasihat dan pereka fesyen pelanggan tetap.
Potensi perniagaan
Tren pasaran
Pasaran produk bantal dan sarung bantal kusyen yang semakin meningkat di
Malaysia telah menjadi salah satu sebab wujudnya produk sayrikat kami. Kami juga
menyedari potensi yang sedia ada di dalam perniagaan ini kerana terdapat permintaan
yang tinggi terhadap produk bantal dan sarung bantal kusyen yang bersesuaian dan
memberi satu kepuasan kepada pengguna.
Dalam menentukan tren pasaran untuk memasarkan produk ini, kami akan
memberi tumpuan kepada pasaran di Kuala Terengganu, Kemaman, Dungun dan
Kuantan pada permulaannya. Setelah perniagaan ini mencapai peringkat yang lebih
stabil, kami akan mengembangkan skop pasaran yang lebih luas dan bercadang untuk
membuka cawangan di lokasi yang berlaianan jika keadaan membenarkan syarikat
berbuat demikian. Syarikat kami juga berhasrat akan mengembangkan pasaran sehingga
peringkat antarabangsa.
Jangkaan permintaan dan tren permintaan yang memberangsangkan
Secara umumnya, permintaan terhadap produk sayrikat kami iaitu rekabentuk
baru batanl dan sarung bantal kusyen dijangka akan mengalami peningkatan. Keadaan ini
adalah selaras dengan perubahan zaman iaitu zaman sekarang menekankan keunikan
rekabentuk bantal dan sarung bantal kusyen untuk keselesaan dan kecantikan hiasan
10
11. ZM ENTERPRISE
mereka. Para pemilk kereta juga sudah meminta untuk menyediakan bantal dan sarung
bantal kusyen yang sesuai untuk diletakkan dalam kereta mereka.
Perubahan demografi penduduk
Dengan bertambahnya saiz penduduk dan lebih ramai pemilik kereta dan
penghuni rumah yang berkeluarga pada zaman sekarang, maka bertambahlah permintaan
ke atas produk keluaran syarikat kami ini terutamanya produk yang dijamin berkualiti
dan bertepatan dengan kehendak pengguna. Oleh itu, perniagaan ini mat berpotensi untuk
dikembangkan.
Keadaan ekonomi yang baik dan berkemampuan setiap individu
Harga produk keluaran sayrikat kami adalah berpatutan dan para pengguna adalah
berkeupayaan membeli. Di samping itu, sayrikat kami juga terpaksa bertukar-tukar
maklumat dan mendapatkan informasi terkini seperti majalah-malajah dekorasi dan bukubuku rekabentuk kerusi terkini sebagai panduan kepada sayrikat kami untuk
menghasilkan produk yang seiring dengan kemajuan rekabentuk kerusi mengikut
kehendak pengguna.
6.3
Aktiviti perniagaan dan perkhidmatan
Produk keluaran dapat dibahagikan kepada dua jenis dan harganya dapat dilihat
dalam jadual di bawah :
Produk
Harga(RM)/1unit
Bantal kusyen
15
Sarung bantal kusyen
35
Jumlah
50
11
12. ZM ENTERPRISE
6.4
Pelanggan
Sasaran pelanggan syarikat adalah:
Penghuni rumah yang berkeluarga
Pejabat kerajaan dan swasta
Pengeluar perabot kerusi
6.5
Pemilik kereta
Hotel dan pusat peranginan
Saiz pasaran
Terdapat lebih kurang 5 ribu penduduk yang berkeluarga, 10 ribu pemilik kereta,
30 syarikat dan pejabat dan 10 pengeluar perabot kerusi.
6.6
Pesaing sedia ada
Nama syarikat pesaing
RY Design
Kekuatan/kelebihan
Kelemahan/keburukan
Mempunyai rekabentuk yang Jauh dari Bandar (lokasi tidak
pelbagai
dan
berkualiti
fabrik
tinggi
yang strategik) dan harga produk
serta mahal.
peralatan yang sempurna.
6.7
Penyediaan ramalan jualan
Bulan
Tahun pertama (unit)
Tahun kedua (unit)
Januari
830
950
Februari
870
1010
12
13. ZM ENTERPRISE
Mac
1080
April
930
1150
Mei
950
1180
Jun
1000
1230
Julai
1100
1250
Ogos
1230
1300
September
1300
1350
Oktober
1500
1400
November
1800
1500
Disember
1990
1600
Jumlah
6.8
900
14400
15000
Strategi penjualan
Semasa pemasaran produk kami, usaha-usaha promosi, barangan yang bermutu dan harga
yang berpatutan tidak akan memberikan makna selagi barangan tidak diedarkan berhampiran
dengan pelanggan. Oleh yang demikian, sistem jualan yang mantap akan dapat memastikan
setiap barangan sampai di tangan pembeli pada masa yang sesuai dengan efektif. Bakal
pelanggan akan berasa kecewa jika mereka tidak dapat memiliki barangan yang telah diiklankan
kerana kegagalan pihak perniaga membekalkan barangan di pusat-pusat jualan.
Syarikat kami mengamalkan 2 jenis strategi pengagihan iaitu “zero-level channel” yang
merupakan jualan secara terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakalan “one-level channel”
iaitu jualan dengan cara pengeluar menjual kepada pengusaha perabot kerusi dan pegusaha
perabot kerusi menjual bersama kerusi kepada pengguna.
13
14. ZM ENTERPRISE
Strategi “zero-level cahnnel”
Dalam strategi ini syarikat kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal
kusyen ZM Enterprise kepada pengguna secara terus tanpa pengantaraan. Tujuan syarikat
kami memilih strategi ini adalah untuk memegang kuasa kawalan dalam urusniaga jualan
produk kami. Maka syarikat tidak bercadang mengagihkan kepada pengedar-pengedar
untuk menjualkannya dan pembeli akan membuat pembelian di kedai kami.
Strategi “one-level channel”
Melalui strategi ini kami akan mengedarkan produk sarung dan bantal kusyen
keluaran syarikat kami kepada pihak pengeluar perabot kerusi dan seterusnya akan
memasarkan praoduk kami bersama-sama dengan produk mereka. Strategi ini dapat
membantu syarikat kami menjalankan kerja pengkhususan tenaga pekerja dan tidak perlu
menumpukan perhatian yang lebih dalam hal pengedaran dan penembusan pasaran lain.
Ini adalah kerana penjualan produk kami kepada pengeluar perabot kerusi dapat
memudahkan sistem saluran pengagihan dan meluaskan pengedaran ke pasaran lain yang
lebih luas.
Dengan menggunakan strategi ini syarikat dapat merendahkan risiko syarikat
dengan membahagikan produk kepada pengedar-pengedar yang berlainan tempat.
Sekirannya syarikat pengeluar perabot kerusi berlaku masalah, syarikat kami tidak perlu
risau tentang keuntungan syarikat kerana terdapat pengedar perabot kerusi lain yang akan
menyumbangkan keuntungan kepada syarikat. Selain itu, strategi ini dapat menjimatkan
masa dan kos syarikat untuk mengedarkan hasil syarikat kami ke tempat yang lebih jauh.
14
15. ZM ENTERPRISE
7.0
Rancangan Organisasi
7.1
Matlamat dan strategi organisasi
Misi organisasi
Memaksimumkan keuntungan perniagaan dalam jangka masa pendek dan jangka masa
panjang.
Menyediakan produk bantal dan sarung bantal kusyen yang dapat memenuhi kepuasan
dan permintaan pengguna.
Menghasilkan rekabentuk sarung dan bantal kusyen yang terkini.
Memastikan kemampuan perniagaan untuk bersaing dengan pesaing di pasaran.
Matlamat organisasi
Matlamat uatam setiap organisasi adalah untuk memperolehi keuntungan dan terus kekal
sebagai sebuah organisasi yang berdaya saing. Matlamat organisasi ini adalah untuk:
Memastikan perniagaan terus unggul dalam memberikan produk perkhidmatan yang
terbaik.
Memastikan hubungan yang baik antara pihak pengurusan, pekerja dan pelanggan.
Memastikan kebajikan pekerja terjamin.
7.2
Strategi jangka pendek
Memberikan kepuasan maksimum kepada pelanggan
Mengekalkan kesetaian pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
Memaksimumkan keuntungan.
Menghasilkan produk sarung dan bantal kusyen mengikut standard piawaian yang telah
ditetapkan.
15
16. ZM ENTERPRISE
Memperluaskan pasaran.
Sentiasa memberikan layanan mesra kepada pelanggan.
7.3
Strategi jangka panjang
Sentiasa menyediakan bantal dan sarung bantal kusyen mengikut piawaian standard.
Mengekalkan harga standard
Memaksimumkan kepuasan pelanggan
Meluaskan pasaran dengan membuka cawangan-cawangan di setiap negeri di Malaysia.
7.4
Carta organisasi
7.5
Fungsi dan tanggungjawab
Pengurus besar, pentadbiran dan operasi
Merancang dan mengenalpasti dasar-dasar syarikat, menentukan misi, membentuk
peraturan dan prosedur syarikat.
Mengawal dan memberi arahan kepada kakitangan bawahan.
16
17. ZM ENTERPRISE
Mengenalpasti dan menyelesaikan masalah dengan berkesan.
Menjaga kebajikan pekerja.
Berfungsi menyusun jadual dan menguruskan hal produktiviti pengeluaran.
Mengawal mutu pengeluaran, jumlah pengeluaran dan urusan pembelian input.
Memastikan perkhidmatan bermutu dan kualiti sentiasa berada dalam keadaan yang
terbaik.
Menyelenggara komen, pendapat dan sebagainya daripada pelanggan.
Memastikan produk yang dikeluarkan sentiasa mencukupi.
Membuat penyata keperluan stok dan inventori
Merekod jualan harian
Memastikan keadaan kedai sentiasa berada dalam keadaan kemas dan bersih.
Pengurus kewangan dan pemasaran
Menyelia belanjawan bulanan dan tahunan syarikat agar selaras seperti yang dirancang.
Melakukan urusan pembahagian keuntungan, penyata untung rugi, penyata pendapatan
dan penyata kira-kira.
Bertanggungjawab dalam mengeluarkan dan menyimpan wang syarikat ke dalam bank
untuk dijadikan sebagai modal pusingan dan urusan-urusan lain yang berkaitan dengan
perniagaan.
Memastikan hasil keluaran mendapat tempat dan memenuhi kehendak pelanggan.
Menyelia urusan promosi serta menghebahkan kemunculan syarikat kepada orang ramai.
Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat kepad aorang ramai.
17
18. ZM ENTERPRISE
Mengeluarkan tanda pengenalan syarikat (papan tanda dan tanda arah)
Memastikan sasaran pasaran harian tercapai dan pelanggan berpuas hati dengan mutu
nperkhidamatan syarikat.
Melakukan pelbagai aktiviti untuk menghargai pelanggan seperti potongan harga,
pemberian baucer serta kad ahli.
7.6
Senarai kakitangan
Bil
Jawatan
Bilangan pekerja
1.
Pengurus besar, operasi dan pentadbiran
1
2.
Pengurus pemasaran dan kewangan
1
3.
Pekerja am
2
4.
Pereka
3
5.
Tukang jahit
6
6.
Jurujual
3
Jumlah
7.7
16
Bayaran imbuhan kepada kakitangan
Cuti sakit
Sekiranya terdapat pekerja yang mengalami kecedraan ataupun kemalangan semasa
bekerja, pihak syarikat akan memberi cuti bergaji di samping memberi rawatan perubatan
secara percuma.
18
19. ZM ENTERPRISE
Cuti tahunan
Pihak syarikat akan memberi cuti tahunan kepada pekerja selama dua minggu ataupun 14
hari.
Kenaikan gaji
Pekerja yang menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan akan diberi kenaikan gaji.
Pihak syarikat juga kan memberi gaji bonus pada setiap hujung tahun bergantung kepada
peratus keuntungan yang diperolehi pada tahun berkenaan.
Kumpulan Wang SImpanan Pekerja (KWSP)
Bagi menjamin masa depan pekerja, mereka diwajibkan mendaftar dalam KWSP.
8.0
Rancangan Operasi
8.1
Senarai barangan yang dihasilkan
Produk
Harga
Sarung bantal kusyen yang menggunakan fabrik
RM35
bercorak batik
Sarung bantal kusyen yang menggunakan
RM45
hiasan sebagai corak batik
Bantal kusyen
RM15
Tempahan mengikut rekaan pengguna
Bergantung pada penggunaan bahan dan
kesukaran.
19
20. ZM ENTERPRISE
8.2
Carta aliran proses
8.3
Senarai bahan mentah yang diperlukan (bulanan)
Bahan
Kuantiti
Harga/kuantiti (RM)
Jumlah (RM)
Fabrik bercorak batik
1000 M
28/M
28 000.00
Farik kosong
1000 M
10/M
10 000.00
Benang
150 gelung
98/gelung
14 700.00
Hiasan
100 kotak
40/kotak
4000.00
Kapas
100KG
4.10/KG
410.00
Jumlah
RM 57,110
20
21. ZM ENTERPRISE
8.4
Senarai mesin, perabot, dan alat kelengkapan
Jenis mesin
Trimmer
controller
Bilangan
Harga seunit
Jumlah (rm)
ADX-112
1
104,100
104,100
DB-736
4
25,588
102,350
NV-4000
2
49,275
98,550
NV-700E
quality
Model
2
97,500
195,000
and
labeling machine
Industrial
lockstitch
and
other machines
Industrial
overlock
machines
and
accessories
Embroidery
sewing machines
JUMLAH
8.5
500,000
Perabot dan kelengkapan pejabat
Pejabat kami dilengkapi dengan beberapa bilik kakitangan syarikat. Selain itu, pejabat kami juga
mempunyai sebuah stor untuk penyimpanan barang dan sebagainya. Bagi alatan komunikasi dan
teknologi pula, pejabat kami mempunyai beberpa buah telefon pejabat, mesin faks, komputer dan
internet. Pejabat kami mempunyai banyak almari untuk menyimpan stok-stok baru dan stok
tempahan. Bilik tetamu pejabat kami dilengkapi dengan 3 buah sofa, sebuah meja. Televisyen,
astro dan rak majalah supaya pelanggan kami dapat menunggu atau berehat dalam keadaan yang
selesa. Pejabat kami dilengkapi dengan alat penghawa dingin pada setiap bilik termasuk bilik
tetamu dan ruang hadapan pejabat.
21
22. ZM ENTERPRISE
9.0
Rancangan Kewangan
9.1
Kos projek
Perkara
Unit
Status
Nilai (RM)
Bangunan
1 buah
Sewa
24,000 (2,000/bulan)
Van
1 buah
Pinjaman
40,000
Peralatan Pejabat
6 set
Belian tunai
2,500
Mesin Pemproses
9 buah
Belian tunai dan
500,000
kredit
Perabot dan almari
10 set
Belian tunai
31,500
Komputer
5 set
Belian tunai
15,000
Jumlah
9.2
613,000
Sumber pembiayaan
Modal sendiri (Ahli kongsi)
Nilai Sumbangan
Muhd Zulkifli Bin Hamzah
RM 150,000.00
Mastura `Aqasiah binti Muktar
RM 150,000.00
Pinjaman
RM 500 000.00
Jumlah
RM 800 000.00
22
23. ZM ENTERPRISE
9.3
Pinjaman
Tujuan memohon pinjaman : Sebagai modal tambahan untuk membiayai syarikat
pinjaman dibuat melalaui Bank Bumiputera- Commerce pada kadar faedah 5% setahun.
Jangkamasa pembayaran balik pinjaman RM 500,000 adalah dalam tempoh 5 tahun.
9.4
Jadual bayaran balik pinjaman
Jumlah Pinjaman : RM 500,000.00
Kadar Faedah: 5%
Jangka bayar balik : 5 Tahun
Kaedah : Bayaran Bulanan
9.5
Jadual susut nilai aset tetap
Jenis Aset : Mesin Pemproses ( 8 buah)
Jumlah Harga : RM 500,000.00
Hayat Ekonomi: 5 tahun
Nilai skrap : RM 250,000
23
30. ZM ENTERPRISE
10.0
Jadual Perlaksanaan Projek
Tinjauan Pemasaran
Tempoh : Tiga Bulan
Penyediaan Perancangan Perniagaan
Tempoh : Sebulan
Permohonan Pinjaman
Tempoh : Enam Bulan
Penyediaan Hasil
Tempoh: Satu Tahun
11.0
Rumusan
Daripada perancangan yang kami hasilkan, kami berpendapat bahawa syarikat kami iaitu
ZM Enterprise, sebuah perniagaan yang berasaskan produk sarung dan bantal kusyen bercorak
batik mampu melangkah jauh dalam bidang perniagaan ini dan bersaing secara sihat dengan
syarikat-syarikat sarung kusyen lain yang ada di pasaran.
Dengan modal yang mencukupi dan komitmen yang padu daripada setiap ahli, maka
kami optimis dengan perniagaan yang kami ceburi ini. Tambahan pula, masyarakat kini, tidak
kira tua atau muda masing-masing menitikberatkan keselesaan dan dekorasi di dalam rumah
mahupun kereta.
Dalam pengalaman dan cara pemasaran yang rapi yang telah kami atur, kami mampu
untuk bersaing dengan syarikat-syarikat yang telah sedia ada. Dalam operasi kami menggunakan
mesin jahit industri yang tahan lasak dan pekerja-pekerja yang mahir dan terlatih. Dengan ini
kami berupaya mengeluarkan produk yang berkualiti dan memenuhi cita rasa pengguna. Kami
juga amat yakin bahawa perniagaan ini akan terus berkembang lagi masa hadapan selara dengan
perkembangan teknologi dan gaya hidup terkini.
30