SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 18
YB MENTERI KEDUA KERAJAAN
Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan
seperjuangan yang berpandangan jauh delegasi
kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan,
seterusnya sidang perwakilan hadirin dan hadirat yang
dihormati sekalian. Salam perpaduan, salam
perdebatan, salam kerukunan bumi Tuhan.
Tuan Yang Dipertua,
Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan
satu usul yang cukup bernaslagi menarik untuk
diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi PENERBANGAN
TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA.
Bangkit pembangkang pertama telah mentakrifkan usul.
Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka
tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tersendiri
untuk menunjukkan usul pada hari ini wajar DITOLAK.
Selesai sudah masalah pentakrifan usul dan
menegakkan kembali pentakrifan kami dibarisan
kerajaan.
Tuan Speaker Dewan, (BIDAS HUJAH KETUA
PEMBANGKANG)
1
Bangkit pembangkang pertama sebentar tadi membawa
hujah
…………………………………………………………………
……………………….
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
………………………………………………………………
Namun masalahnya ialah
…………………………………………………………………
.
…………………………………………………………………
………………………………..
………………………………………………………………
…………………………………
Saya buktikan dengan fakta kes ini
………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………….
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………….
Selesai bidasan pembangkang pertama.
Tuan Yang Dipertua,
2
Menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata
kunci iaitu DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU
MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN
UDARA
Menurut Tan Sri Tony Fernandes sebelum wujudnya
penerbangan tambang murah, hanya 6 peratus rakyat
Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang.
Oleh itu, apabila dijalankan kajian, ramai yang mahu
perkhidmatan tambang murah ini dijalankan kerana
pasarannya memang tersedia.
Kini, penerbangan tambang murah banyak
mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia.
Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah
untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri
di universiti dan kolej di seluruh negara bagi
meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan
Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di
bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang
kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan
tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke
Miri. Semua orang mampu!
Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan
kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah
dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr
3
Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh
sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula
ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari
menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu
menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu
seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan
Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah
Ahmad Badawi, 2005)
Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata
Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit
dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga
tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi
pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V.
Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia,
Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air
sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik
kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya
dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang
berpeluang naik kapal terbang.
Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib
Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang
banyak dengan adanya penerbangan tambang murah
apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke
tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk
bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan
4
dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk
negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini
berlaku kerana mereka mampu membeli tiket
penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga
mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini,
memang terjadi dan terbukti.
Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah
Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas
pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara
ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang
sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga
tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga
bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol,
gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah
kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan
‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan
keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!”
“Now everybody lets fly.”
Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan
Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih
lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala
Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh
itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama
untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30
5
minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan.
Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan
kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu
berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah
pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat
dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa
Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak,
Encik Abdillah Adam)
Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor
sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini.
Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga
diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di
dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now
Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh
Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang
tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu,
AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai
kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua
orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang
mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk
Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke
Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan
pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah
dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS,
Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli,
esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata!
6
Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita
bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan
dengan adanya penerbangan tambang murah.
Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang
murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika
dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung
dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala-
galanya amat mudah dengan adanya penerbangan
tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga
dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan
melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara
sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan Warisan,
Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya tambang yang
murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah manakah rakyat
Sabah mampu ke Perlis, mampu ke Kedah.
Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times
menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air
Asia memberi peluang kepada segenap lapisan
masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya
awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka
mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara
sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi
lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket
bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa,
7
terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat
yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar.
The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah
melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang
murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi
minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung
minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang
diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad.
Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan
pengguna.
Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih.
Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu
dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos
makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang
pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau
ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini
lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu
menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh
dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak
mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos
penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya
membayar mengikut keperluan mereka sahaja.
8
Seterusnya hujah ketiga di bawah mauduk bicara DARI
ASPEK MENGHASILKAN PELAJAR CONTOH DAN
BERSAHSIAH TERPUJI DALAM MASYARAKAT.
Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka
mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan
pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan
pekerjaan yang baik. Costa (1985), mengatakan
pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan
luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya
diproses dan digunakan. Oleh sebab itu,
kecemerlangan akademik semata-mata belum
mencukupi jika tidak disokong dengan sahsiah terpuji
umpama mempunyai daya ketahanan untuk
menghadapi cabaran dan memanfaatkan ilmu yang
diperoleh dengan cara yang baik.
Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung
kepada minda dan potensi rakyatnya. Kekuatan
sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan
kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut.
Rakyat Malaysia kini memerlukan bukan sahaja
pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan
berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju,
iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan
masyarakat Malaysia mempunyai keyakinan ditunjangi
9
oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati
kehidupan dalam sebuah negara demokrasi, liberal lagi
bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya,
progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai
ekonomi yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam
Sarimah (2008).
Kestabilan politik negara akan menjamin sesebuah
negara itu mencapai matlamat pembangunannya.
Lantaran itu, kestabilan negara menjadikan proses
pengajaran dan pembelajaran mengalami satu
perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif dalamnya. Menurut kenyataan
Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaan
sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis
dan kreatif (News Straits Time , 9 Januari 2006) dalam
Sarimah (2008).
Poh Swee Hiang (1999) dalam Adnan et. al (2006)
menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk
membentuk warganegara yang tahu dan mampu
menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi
pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala
pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif
mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif
dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik
yang tinggi.
10
Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar
melalui rangsangan dan latihan yang diberi, pelajar tidak
akan menerima sesuatu perkara begitu sahaja. Mereka
boleh berfikir untuk membezakan perkara yang baik
dengan yang buruk di samping membuktikan mereka
bukan sahaja terbukti berkualiti dari segi intelektualnya
malah dari segi emosi dan fizikalnya.
Vincent Ryan Ruggiero (1991) menyatakan berfikir ialah apa
sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi
atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan
menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami
sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Saya
membuktikannya dengan satu fakta kes. Pelajar yang
terlibat dalam gengsterisme, buli, vandalisme dan lain-
lain tidak membimbangkan negara, kes ini masih dapat
ditangani.
Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari
tahun 2008 hingga 2011, sebanyak 2,127 kes
dilaporkan, kebanyakannya membabitkan remaja
berusia 16 hingga 18 tahun. Bilangan ini bukan
semuanya melibatkan pelajar sekolah. Statistik ini,
termasuk remaja yang keciciran. Maksudnya, bilangan
ini tidak sampai 1% pelajar Malaysia yang terlibat.
11
Oleh hal demikian, kurikulum pendidikan kini melahirkan
rakyat yang berpengetahuan tinggi disertai semangat
cinta akan negara agar mereka menghormati lagu
kebangsaan, bahasa kebangsaan, rukun negara dan
menghayati dasar negara.
PENGGULUNGAN
KERAJAAN
Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan nan budiman,
rakan-rakan seperjuangan kerajaan yang bervisi dan
berwawasan, barisan pembangkang sekalian, dan
sidang perwakilan parlimen yang dimuliakan.
Salam perdebatan, salam satu Malaysia.
Setelah penat bertikam lidah sebentar tadi kita bertemu
lagi dalam arena yang lebih tenang iaitu sesi
penggulungan.Pihak kerajaan telah mengemukakan
satu usul untuk dibahaskan oleh dewan yang mulia ini
iaitu, GRADUAN DALAM NEGARA LEBIH MEMENUHI
12
PASARAN KERJA.Usul yang dikemukakan oleh pihak
kerajaan merupakan usul yang berasas.Namun,
tindakan pembangkang dengan hujah-hujah palsu
umpama menakik darah dibatu.Oleh itu kami tegaskan
bahawa kami menyokong 100% usul ini.Kami telah
memberikan pendefinisian konseptual yang jelas bagi
membuktikan usul wajar diterima.Kami telah
memperincikan pencirian atas perkataan yang menjadi
mauduk perbahasan pada hari ini.
Tuan Yang Dipertua dan perwakilan sekalian,
TERLEBIH DAHULU DENGARKAN BIDASAN KONSEP
DAN KES PEMBANGKANG.
Kita lihat timbang tara perdebatan ini. Melalui timbang
tara inilah kita dapat mengenal pasti kesilapan dan
kelemahan yang dilakukan oleh pembangkang.
Sebentar tadi pihak pembangkang memberikan
HUJAHPERTAMA iaitu …………………………….
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………
Namun begitu, kami telah bidas dengan mengatakan
bahawa ……………………….
13
…………………………………………………………………
………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………
HUJAH KEDUA pembangkang juga kami patahkah
dengan mengatakan
…………………………………………………………………
………………..
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
……………………………………………………………….
Kami juga telah berani kerana benar mematahkan
HUJAH KETIGA PEMBANGKANG iaitu
…………………………………………………………………
…….
…………………………………………………………………
……………………………....
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
14
…………………………………………………………………
…………………………….
Kami bidas dengan
mengatakan………………………......................................
...........
…………………………………………………………………
…………………………………………………………...........
...... …………………………………………………………..
SETERUSNYA SAYA AKAN MEMBUAT RUMUSAN
DAN PENGUKUHAN KES DAN HUJAH KERAJAAN.
Sepanjang perbahasan ini kami telah berjaya
membuktikan hujah pertama iaitu DARI SUDUT
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, KURSUS YANG
DITAWARKAN OLEH UNIVERSITI TEMPATAN
SESUAI DENGAN PERMINTAAN PASARAN KERJA
DI NEGARA KITA.
kami telah buktikan bahawa SEMUA KURSUS DI
NEGARA KITA MENGADAKAN TEMPOH PRAKTIKAL
BAGI MAHASISWA SEBELUM MEREKA MELANGKAH
KE ALAM PEKERJAAN. TEMPAT PRAKTIKAL
MEREKA IALAH SYARIKAT-SYARIKAT YANG
TERDAPAT DALAM NEGARA KITA. HAL INI TELAH
MEMBUKTIKAN BAHAWA SEMUA KURSUS YANG
DITAWARKAN MEMANG BERDASARKAN
PERMINTAAN PASARAN KERJA DI NEGARA KITA.
15
Namun, pembangkang langsung tidak menepis hujah
kami.
Melalui hujah kedua kerajaan iaitu Kami telah tunjukkan
bahawa GRADUAN DALAM NEGARA CEPAT
MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT PEKERJAANNYA
BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA
KERANA GRADUAN DALAM NEGARA SUDAH
BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA
KITA.
Namun, pihak pembangkang mengatakan
………………………………………………
…………………………………………………………………
…………………………………………………………………
………………………………………………………………..
Ini tidak boleh diterima oleh ahli-ahli yang berhormat.
Dan hujah terakhir kerajaan iaitu Kami berjaya buktikan
melalui kenyataan DARI ASPEK HUBUNGAN
MAJIKAN DENGAN GRADUAN, GRADUAN DALAM
NEGARA LEBIH MUDAH BERGAUL DAN LEBIH
MESRA. HAL INI DEMIKIAN KERANA GRADUAN
TIDAK ADA MASALAH UNTUK MENYAMPAIKAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA
BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA
YANG MENERIMA PENGAJIAN DALAM BAHASA
LAIN.
16
Malangnya bidasan pembangkang tidak mengena pada
tempatnya.
Jadi, rangkuman keseluruhannya, GRADUAN DALAM
NEGARA KITA MEMANG LEBIH BERKUALITI DALAM
MEMENUHI PASARAN KERJA DI NEGARA KITA.
KURSUS YANG DITAWARKAN SENTIASA
MENGIKUTI PERMINTAAN DAN KEHENDAK
PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. TINDAKAN INI
TELAH MENJAMIN SETIAP GRADUAN MUDAH
MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS PENGAJIAN
MEREKA TAMAT, KECUALI SIKAP MAHASISWA
SENDIRI YANG TERLALU MEMILIH PEKERJAAN,
BARULAH MENYEBABKAN GRADUAN
MENGANGGUR.
TAMBAHAN PULA, TEMPOH PRAKTIKAL TELAH
DIMASUKKAN DALAM KURSUS PENGAJIAN
TEMPATAN TELAH SEKALI LAGI MEMBUKTIKAN
BAHAWA KURSUS YANG DITAWARKAN MEMANG
MEMPUNYAI PASARAN KERJA. DALAM TEMPOH
PRAKTIKAL INI JUGA TELAH MENDORONG PARA
MAHASISWA MEMPERLENGKAP DIRI SUPAYA
MENJADI LEBIH BERKUALITI SEBELUM
MELANGKAH KE MEDAN PEKERJAAN. AKHIR
SEKALI, DISEBABKAN PARA GRADUAN SUDAH
BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA
17
KITA, JADI MEREKA TELAH BERJAYA MENJADI
REBUTAN PARA MAJIKAN.
Dengan segala hujah-hujah mantap kerajaan dan hujah
amat rapuh di pihak pembangkang, saya rasa sudah tiba
masanya usul yang dikemukakan iaitu PENERBANGAN
TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA
perlu diterima. Mohon untuk terus mencadang.
18

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Saadiah Smk.Kampar
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinN2S2KJDream
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaMages Panjaman
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNAamiraaa96
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Ila Ali
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangfiro HAR
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)sblm1053uum
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahsiti hajar pauzi
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacanaRubini Rubi
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahSharifah Nadia
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)Mohd Fadzil Ambok
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuShahrul Zaini
 

Mais procurados (20)

Teks syarahan
Teks syarahan Teks syarahan
Teks syarahan
 
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
Contoh karangan-bahasa-inggeris-3
 
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' ArrasyidinKerajaan Khulafa' Arrasyidin
Kerajaan Khulafa' Arrasyidin
 
Kepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysiaKepelbagaian budaya-malaysia
Kepelbagaian budaya-malaysia
 
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNATOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
TOKOH ISLAM: IMAM HASSAN AL-BANNA
 
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)Cara penulisan-bibliografi (apa style)
Cara penulisan-bibliografi (apa style)
 
piagam madinah
piagam madinahpiagam madinah
piagam madinah
 
CONTOH KAJIAN KES (3).pptx
CONTOH KAJIAN KES (3).pptxCONTOH KAJIAN KES (3).pptx
CONTOH KAJIAN KES (3).pptx
 
Alam sekitar pidato
Alam sekitar pidatoAlam sekitar pidato
Alam sekitar pidato
 
Dakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAWDakwah rasulullah SAW
Dakwah rasulullah SAW
 
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undangBab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
Bab-4- Pensejarahan-berbentuk-undang-undang
 
Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)Contoh penulisan rujukan (APA)
Contoh penulisan rujukan (APA)
 
Riwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah sawRiwayat hidup rasulullah saw
Riwayat hidup rasulullah saw
 
Kata tunggal
Kata tunggalKata tunggal
Kata tunggal
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullahKurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
Kurikulum pendidikan islam zaman rasulullah
 
6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana6454012 senarai-penanda-wacana
6454012 senarai-penanda-wacana
 
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan AbbasiyahKhalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
Khalifah-Khalifah Kerajaan Abbasiyah
 
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)Penulisan rujukan mengikut format apa   contoh (1)
Penulisan rujukan mengikut format apa contoh (1)
 
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayuSistem pendidikan vernakular di tanah melayu
Sistem pendidikan vernakular di tanah melayu
 

Destaque

1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-21 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2thanesvari isha
 
87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-newGi Riedy
 
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiVince Here
 
PPPM dan SISC
PPPM dan SISCPPPM dan SISC
PPPM dan SISCAsniem CA
 
Erfolg Ausgabe Nr. 9 2016
Erfolg Ausgabe Nr. 9  2016Erfolg Ausgabe Nr. 9  2016
Erfolg Ausgabe Nr. 9 2016Roland Rupp
 
Informe de gestión 13 14
Informe de gestión 13 14Informe de gestión 13 14
Informe de gestión 13 14JSASevilla
 
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance Broumand
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance BroumandWhat You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance Broumand
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance BroumandBizBash
 
Les dessalinitzadores (grup III)
Les dessalinitzadores (grup III)Les dessalinitzadores (grup III)
Les dessalinitzadores (grup III)pompeufabrasalt
 
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-14811.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148Alexander Decker
 
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimiento
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimientoAprendizaje colaborativo y redes de conocimiento
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimientoAyala Pulido
 
Presentatie hawala linkedin
Presentatie hawala   linkedinPresentatie hawala   linkedin
Presentatie hawala linkedinGeert DELRUE
 

Destaque (20)

1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-21 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
1 1kertas-konsep-bahas-ala-parlimen ms1-24-2
 
87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new87368389 kertas-kerja-debat-new
87368389 kertas-kerja-debat-new
 
smartphone
 smartphone  smartphone
smartphone
 
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
Pengajaran dan pembelajaran abad ke 21
 
P & P CEMERLANG
P & P CEMERLANGP & P CEMERLANG
P & P CEMERLANG
 
Sekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi TinggiSekolah Berprestasi Tinggi
Sekolah Berprestasi Tinggi
 
PPPM dan SISC
PPPM dan SISCPPPM dan SISC
PPPM dan SISC
 
Pelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st centuryPelajar guru 21st century
Pelajar guru 21st century
 
Erfolg Ausgabe Nr. 9 2016
Erfolg Ausgabe Nr. 9  2016Erfolg Ausgabe Nr. 9  2016
Erfolg Ausgabe Nr. 9 2016
 
Axplc100 manual
Axplc100 manualAxplc100 manual
Axplc100 manual
 
Informe de gestión 13 14
Informe de gestión 13 14Informe de gestión 13 14
Informe de gestión 13 14
 
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance Broumand
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance BroumandWhat You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance Broumand
What You Don't Know About Event Sponsorship Today by Lance Broumand
 
Campaña De Sensibilizacion Internet Segura
Campaña De Sensibilizacion Internet SeguraCampaña De Sensibilizacion Internet Segura
Campaña De Sensibilizacion Internet Segura
 
Hathor
HathorHathor
Hathor
 
Les dessalinitzadores (grup III)
Les dessalinitzadores (grup III)Les dessalinitzadores (grup III)
Les dessalinitzadores (grup III)
 
Las Iguanas Cap Cana
Las Iguanas Cap CanaLas Iguanas Cap Cana
Las Iguanas Cap Cana
 
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-14811.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148
11.isea vol 0004www.iiste.org call for paper no 2 pp. 136-148
 
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimiento
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimientoAprendizaje colaborativo y redes de conocimiento
Aprendizaje colaborativo y redes de conocimiento
 
Presentatie hawala linkedin
Presentatie hawala   linkedinPresentatie hawala   linkedin
Presentatie hawala linkedin
 
UEA Magazine n32
UEA Magazine n32UEA Magazine n32
UEA Magazine n32
 

Semelhante a Penerbangan Murah

Orasi Djusuf Kalla, itb koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...
Orasi Djusuf Kalla, itb  koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...Orasi Djusuf Kalla, itb  koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...
Orasi Djusuf Kalla, itb koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...temanna #LABEDDU
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET A
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET ATRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET A
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET AKasmadi Rais
 
Majalah I Am President Edisi Juni 2013
Majalah I Am President Edisi Juni 2013Majalah I Am President Edisi Juni 2013
Majalah I Am President Edisi Juni 2013Mudrikan Nacong
 
Kebijakan Publik dan Globalisasi
Kebijakan Publik dan GlobalisasiKebijakan Publik dan Globalisasi
Kebijakan Publik dan Globalisasifeninagunawan
 

Semelhante a Penerbangan Murah (7)

Orasi Djusuf Kalla, itb koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...
Orasi Djusuf Kalla, itb  koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...Orasi Djusuf Kalla, itb  koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...
Orasi Djusuf Kalla, itb koreksi 6 januari 2020. MENDORONG PRODUKTIVITAS, MEN...
 
Gunakan BM dengan betul
Gunakan BM dengan betulGunakan BM dengan betul
Gunakan BM dengan betul
 
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET A
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET ATRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET A
TRYOUT 4 BHS INDONESIA PAKET A
 
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskiniRangka karangan spm 2019 kemaskini
Rangka karangan spm 2019 kemaskini
 
Majalah I Am President Edisi Juni 2013
Majalah I Am President Edisi Juni 2013Majalah I Am President Edisi Juni 2013
Majalah I Am President Edisi Juni 2013
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Kebijakan Publik dan Globalisasi
Kebijakan Publik dan GlobalisasiKebijakan Publik dan Globalisasi
Kebijakan Publik dan Globalisasi
 

Penerbangan Murah

  • 1. YB MENTERI KEDUA KERAJAAN Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan, rakan-rakan seperjuangan yang berpandangan jauh delegasi kerajaan, barisan pembangkang yang berwawasan, seterusnya sidang perwakilan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian. Salam perpaduan, salam perdebatan, salam kerukunan bumi Tuhan. Tuan Yang Dipertua, Pada hari ini, dewan bersidang untuk membahaskan satu usul yang cukup bernaslagi menarik untuk diperdebatkan. Usul hari ini berbunyi PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA. Bangkit pembangkang pertama telah mentakrifkan usul. Kesalahan utama pihak pembangkang ialah mereka tidak menunjukkan pendirian yang jelas dan tersendiri untuk menunjukkan usul pada hari ini wajar DITOLAK. Selesai sudah masalah pentakrifan usul dan menegakkan kembali pentakrifan kami dibarisan kerajaan. Tuan Speaker Dewan, (BIDAS HUJAH KETUA PEMBANGKANG) 1
  • 2. Bangkit pembangkang pertama sebentar tadi membawa hujah ………………………………………………………………… ………………………. ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ……………………………………………………………… Namun masalahnya ialah ………………………………………………………………… . ………………………………………………………………… ……………………………….. ……………………………………………………………… ………………………………… Saya buktikan dengan fakta kes ini ……………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………. ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………. Selesai bidasan pembangkang pertama. Tuan Yang Dipertua, 2
  • 3. Menyusul kepada hujah kami yang kedua di bawah kata kunci iaitu DARI ASPEK SEMUA ORANG MAMPU MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN UDARA Menurut Tan Sri Tony Fernandes sebelum wujudnya penerbangan tambang murah, hanya 6 peratus rakyat Malaysia sahaja yang pernah menaiki kapal terbang. Oleh itu, apabila dijalankan kajian, ramai yang mahu perkhidmatan tambang murah ini dijalankan kerana pasarannya memang tersedia. Kini, penerbangan tambang murah banyak mendatangkan manfaat kepada rakyat Malaysia. Golongan pelajar, misalnya tidak mempunyai masalah untuk membeli tiket kapal terbang untuk melaporkan diri di universiti dan kolej di seluruh negara bagi meneruskan pengajian. Rakyat dari Sabah dan Sarawak, naik kapal terbang bagaikan naik bas di bandaraya Kuching mahupun Kota Kinabalu. Tambang kapal terbang lebih murah atau sama nilainya dengan tambang bas dari Kuching ke Sibu atau dari Kuching ke Miri. Semua orang mampu! Pelbagai urusan masyarakat dengan jabatan-jabatan kerajaan dapat diselesaikan dengan begitu mudah dengan adanya penerbangan tambang murah, Tun Dr 3
  • 4. Mahathir (2007). Rakyat dari seluruh negara boleh sampai ke Putrajaya pada waktu pagi dan balik semula ke tempat mereka pada sebelah petang atau esok hari menggunakan pengangkutan udara. Mereka tidak perlu menunggu lama untuk menyelesaikan kes-kes tertentu seperti pendaftaran kelahiran lewat di Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya. (Tun Abdullah Ahmad Badawi, 2005) Pengarah Urusan MAS, Idrus Jala, pernah berkata Tambang Firefly bermula dari RM9 seorang, lebih sedikit dari harga sepinggan nasi kandar. Dengan harga tambang AirAsia serendah 30 sen satu hala, apa lagi pengguna mahu? Menurut aktivis konsumer V. Supramaniam, perang harga antara MAS, Air Asia, Malindo Air dan Firefly serta yang terbaharu Riyani Air sangat baik untuk pengguna. Semua orang mampu naik kapal terbang! Bukan seperti dahulu, hanya orang kaya dan kakitangan kerajaan yang berkursus sahaja yang berpeluang naik kapal terbang. Tuan Yang Terutama Tan Sri Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, rakyat Sarawak mendapat manfaat yang banyak dengan adanya penerbangan tambang murah apabila berlakunya penghijrahan anak-anak muda ke tanah Semenanjung meningkat secara drastik untuk bekerja dalam pelbagai sektor terutamanya perkilangan 4
  • 5. dan pembinaan. Kira-kira 13% daripada penduduk negeri Johor merupakan rakyat Sarawak. Situasi ini berlaku kerana mereka mampu membeli tiket penerbangan untuk membawa rakan-rakan dan keluarga mencari pekerjaan demi membaiki taraf hidup. Realiti ini, memang terjadi dan terbukti. Wartawan Utusan Malaysia, MOHD. KHUZAIRI ISMAIL sejak MAS melancarkan kempen 'Tambang Murah Setiap Hari' bermula 5 Mei 2008 lalu dan memperluas pula ke laluan antarabangsa terutamanya ke negara ASEAN bagaikan satu bonus kepada orang ramai yang sebelum ini berkira-kira untuk melancong kerana harga tambang penerbangan yang mahal. Sewaktu harga bahan keperluan utama kehidupan seperti beras, petrol, gula, tepung dan sebagainya naik, ada jugalah kesempatan untuk rakyat Malaysia menghilangkan ‘stres’ untuk terbang pergi bercuti ke destinasi pilihan keluarga masing-masing. “Viva MAS!” “Viva AirAsia!” “Now everybody lets fly.” Penerbangan Tambang Murah Menguntungkan Pengguna kerana urusan-urusan kerajaan menjadi lebih lancar dan berkesan. Kini, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sibu dilakukan sebanyak 6 kali sehari. Oleh itu, pengguna tidak perlu menunggu waktu yang lama untuk terbang kerana secara puratanya setiap 2 jam 30 5
  • 6. minit ada satu penerbangan akan dilangsungkan. Pengguna boleh merancang waktu. Bagi kakitangan kerajaan terutamanya golongan guru yang perlu berkursus, mereka masih boleh mengajar pada sebelah pagi dan terbang pada sebelah petang kerana terikat dengan konsep MMI, yakni Melindungi Masa Instruksional (Bekas Pengarah Pendidikan Sarawak, Encik Abdillah Adam) Nama Datuk Seri Anthony Fernandes cukup tersohor sebagai ikon dunia penerbangan komersil pada hari ini. Beliau mampu memimpian syarikat AirAsia sehingga diiktiraf sebagai penerbangan tambang murah terbaik di dunia. AirAsia cukup sinonim dengan slogan “Now Everyone Can Fly” — (Kini Semua Orang Boleh Terbang). Perkataan ‘semua’ bermaksud tiada yang tertinggal. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat itu, AirAsia cukup bertungkus lumus menyediakan pebagai kemudahan dan merendahkan tambang supaya semua orang dapat ‘terbang’. Hasilnya hampir semua orang mampu terbang hingga ke hari ini. Terima kasih Datuk Seri Tony Fernandes! Dahulu, jika si anak pergi ke Semenanjung Malaysia untuk bekerja atau melanjutkan pelajaran, hanya surat jadi pengubat rindu bagi si ayah dan si ibu. Kini, jika rindu, klik sahaja laman web MAS, Air Asia, atau Malindo Air, tengok harga tiket dan beli, esok datanglah ibu, muncullah ayah di depan mata! 6
  • 7. Hubungan kekeluargaan tidak terjejas walaupun kita bekerja jauh beribu batu. Inilah nikmat dan keseronokan dengan adanya penerbangan tambang murah. Nikmat yang diperoleh daripada penerbangan tambang murah ialah integrasi wilayah dapat diperhebat. Jika dahulu, hubungan penduduk di tanah semenanjung dengan borneo bagaikan terlalu jauh, kini segala- galanya amat mudah dengan adanya penerbangan tambang murah. Segala syak wasangka dan curiga dapat dikikis dari jiwa apabila kita datang sendiri dan melihat sendiri, cara hidup dan adat resam antara sesama (Bekas Menteri Kesenian, Budaya dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim) Dengan adanya tambang yang murah, rakyat Perlis mampu ke Sabah manakah rakyat Sabah mampu ke Perlis, mampu ke Kedah. Anirban Chowdhury, penulis The Econimic Times menyatakan penerbangan tambang murah seperti Air Asia memberi peluang kepada segenap lapisan masyarakat merasai keseronokan melihat indahnya awan di udara. Dengan adanya peluang ini mereka mampu menjelajah sekurang-kurangnya di negara sendiri dengan lebih mudah dan murah. Hidup menjadi lebih bermakna dan lebih ceria. Masalah harga tiket bukanlah masalah utama, luangkan sedikit masa, 7
  • 8. terbanglah ke mana-mana untuk memulihkan semangat yang kian pudar agar kembali bercahaya dan bersinar. The Wall Street Journal bertarikh 08.08.2015 pernah melaporkan tentang kelebihan penerbangan tambang murah kepada pengguna daripada aspek rekreasi minda. Urusan beli belah jadi lebih mudah. Pada hujung minggu, kita boleh beriadah ke destinasi-destinasi yang diingini. Pergi petang Jumaat dan balik pada hari Ahad. Isnin boleh bekerja semula. Ini memang menguntungkan pengguna. Pengguna untung kerana tidak perlu membayar lebih. Mereka boleh tidur sepanjang perjalanan tanpa perlu dikejutkan oleh kabin krew untuk makan kerana kos makanan tidak dimasukkan dalam kos tambang pengangkutan. Makanan dan minuman akan dijual atau ditempah terlebih dahulu sebelum penerbangan. Jadi, ini lebih jimat bagi pengguna. Mereka juga tidak perlu menanggung kos bagasi yang banyak. Kos bagasi boleh dibeli sendiri mengikut kemampuan. Bagi yang tidak mampu, guna sahaja beg sandang. Oleh itu, kos penerbangan boleh dikurangkan. Pengguna hanya membayar mengikut keperluan mereka sahaja. 8
  • 9. Seterusnya hujah ketiga di bawah mauduk bicara DARI ASPEK MENGHASILKAN PELAJAR CONTOH DAN BERSAHSIAH TERPUJI DALAM MASYARAKAT. Setiap ibu bapa pasti mengharapkan anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan supaya anak mereka dapat meneruskan pengajian atau sebagai tiket untuk mendapatkan pekerjaan yang baik. Costa (1985), mengatakan pemikiran sebagai proses penerimaan rangsangan luar oleh minda melalui deria-deria yang kemudiannya diproses dan digunakan. Oleh sebab itu, kecemerlangan akademik semata-mata belum mencukupi jika tidak disokong dengan sahsiah terpuji umpama mempunyai daya ketahanan untuk menghadapi cabaran dan memanfaatkan ilmu yang diperoleh dengan cara yang baik. Pembangunan sesebuah negara amatlah bergantung kepada minda dan potensi rakyatnya. Kekuatan sebenar sesebuah negara terletak pada tahap ilmu dan kemahiran yang dikuasai oleh rakyat negara tersebut. Rakyat Malaysia kini memerlukan bukan sahaja pencapaian akademik yang cemerlang malah kebolehan berfikir agar dapat memenuhi keperluan negara maju, iaitu sebuah negara yang bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai keyakinan ditunjangi 9
  • 10. oleh nilai-nilai moral dan etika yang utuh, menikmati kehidupan dalam sebuah negara demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama ekonominya, progresif dan makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu bersaing. (Mahathir 1991) dalam Sarimah (2008). Kestabilan politik negara akan menjamin sesebuah negara itu mencapai matlamat pembangunannya. Lantaran itu, kestabilan negara menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran mengalami satu perubahan dengan menyebatikan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalamnya. Menurut kenyataan Alimuddin Mohd Dom, soalan-soalan peperiksaan sekarang memerlukan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif (News Straits Time , 9 Januari 2006) dalam Sarimah (2008). Poh Swee Hiang (1999) dalam Adnan et. al (2006) menyatakan pemikiran kritis amat penting untuk membentuk warganegara yang tahu dan mampu menggunakan pemikiran mereka dalam menghadapi pelbagai cabaran, tekanan dan perubahan manakala pemikiran kreatif dapat membentuk individu lebih inovatif mempunyai daya kreativiti yang baik, ideal, imaginatif dan mempunyai unsur-unsur humanistik dan artistik yang tinggi. 10
  • 11. Apabila kedua-dua kemahiran ini dikuasai oleh pelajar melalui rangsangan dan latihan yang diberi, pelajar tidak akan menerima sesuatu perkara begitu sahaja. Mereka boleh berfikir untuk membezakan perkara yang baik dengan yang buruk di samping membuktikan mereka bukan sahaja terbukti berkualiti dari segi intelektualnya malah dari segi emosi dan fizikalnya. Vincent Ryan Ruggiero (1991) menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna). Saya membuktikannya dengan satu fakta kes. Pelajar yang terlibat dalam gengsterisme, buli, vandalisme dan lain- lain tidak membimbangkan negara, kes ini masih dapat ditangani. Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dari tahun 2008 hingga 2011, sebanyak 2,127 kes dilaporkan, kebanyakannya membabitkan remaja berusia 16 hingga 18 tahun. Bilangan ini bukan semuanya melibatkan pelajar sekolah. Statistik ini, termasuk remaja yang keciciran. Maksudnya, bilangan ini tidak sampai 1% pelajar Malaysia yang terlibat. 11
  • 12. Oleh hal demikian, kurikulum pendidikan kini melahirkan rakyat yang berpengetahuan tinggi disertai semangat cinta akan negara agar mereka menghormati lagu kebangsaan, bahasa kebangsaan, rukun negara dan menghayati dasar negara. PENGGULUNGAN KERAJAAN Yang Arif Tuan Yang Dipertua Dewan nan budiman, rakan-rakan seperjuangan kerajaan yang bervisi dan berwawasan, barisan pembangkang sekalian, dan sidang perwakilan parlimen yang dimuliakan. Salam perdebatan, salam satu Malaysia. Setelah penat bertikam lidah sebentar tadi kita bertemu lagi dalam arena yang lebih tenang iaitu sesi penggulungan.Pihak kerajaan telah mengemukakan satu usul untuk dibahaskan oleh dewan yang mulia ini iaitu, GRADUAN DALAM NEGARA LEBIH MEMENUHI 12
  • 13. PASARAN KERJA.Usul yang dikemukakan oleh pihak kerajaan merupakan usul yang berasas.Namun, tindakan pembangkang dengan hujah-hujah palsu umpama menakik darah dibatu.Oleh itu kami tegaskan bahawa kami menyokong 100% usul ini.Kami telah memberikan pendefinisian konseptual yang jelas bagi membuktikan usul wajar diterima.Kami telah memperincikan pencirian atas perkataan yang menjadi mauduk perbahasan pada hari ini. Tuan Yang Dipertua dan perwakilan sekalian, TERLEBIH DAHULU DENGARKAN BIDASAN KONSEP DAN KES PEMBANGKANG. Kita lihat timbang tara perdebatan ini. Melalui timbang tara inilah kita dapat mengenal pasti kesilapan dan kelemahan yang dilakukan oleh pembangkang. Sebentar tadi pihak pembangkang memberikan HUJAHPERTAMA iaitu ……………………………. ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… …………………………… Namun begitu, kami telah bidas dengan mengatakan bahawa ………………………. 13
  • 14. ………………………………………………………………… ……………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………… HUJAH KEDUA pembangkang juga kami patahkah dengan mengatakan ………………………………………………………………… ……………….. ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………. Kami juga telah berani kerana benar mematahkan HUJAH KETIGA PEMBANGKANG iaitu ………………………………………………………………… ……. ………………………………………………………………… …………………………….... ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… 14
  • 15. ………………………………………………………………… ……………………………. Kami bidas dengan mengatakan………………………...................................... ........... ………………………………………………………………… …………………………………………………………........... ...... ………………………………………………………….. SETERUSNYA SAYA AKAN MEMBUAT RUMUSAN DAN PENGUKUHAN KES DAN HUJAH KERAJAAN. Sepanjang perbahasan ini kami telah berjaya membuktikan hujah pertama iaitu DARI SUDUT PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN, KURSUS YANG DITAWARKAN OLEH UNIVERSITI TEMPATAN SESUAI DENGAN PERMINTAAN PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. kami telah buktikan bahawa SEMUA KURSUS DI NEGARA KITA MENGADAKAN TEMPOH PRAKTIKAL BAGI MAHASISWA SEBELUM MEREKA MELANGKAH KE ALAM PEKERJAAN. TEMPAT PRAKTIKAL MEREKA IALAH SYARIKAT-SYARIKAT YANG TERDAPAT DALAM NEGARA KITA. HAL INI TELAH MEMBUKTIKAN BAHAWA SEMUA KURSUS YANG DITAWARKAN MEMANG BERDASARKAN PERMINTAAN PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. 15
  • 16. Namun, pembangkang langsung tidak menepis hujah kami. Melalui hujah kedua kerajaan iaitu Kami telah tunjukkan bahawa GRADUAN DALAM NEGARA CEPAT MENYESUAIKAN DIRI DI TEMPAT PEKERJAANNYA BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA KERANA GRADUAN DALAM NEGARA SUDAH BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA KITA. Namun, pihak pembangkang mengatakan ……………………………………………… ………………………………………………………………… ………………………………………………………………… ……………………………………………………………….. Ini tidak boleh diterima oleh ahli-ahli yang berhormat. Dan hujah terakhir kerajaan iaitu Kami berjaya buktikan melalui kenyataan DARI ASPEK HUBUNGAN MAJIKAN DENGAN GRADUAN, GRADUAN DALAM NEGARA LEBIH MUDAH BERGAUL DAN LEBIH MESRA. HAL INI DEMIKIAN KERANA GRADUAN TIDAK ADA MASALAH UNTUK MENYAMPAIKAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN MEREKA BERBANDING DENGAN GRADUAN LUAR NEGARA YANG MENERIMA PENGAJIAN DALAM BAHASA LAIN. 16
  • 17. Malangnya bidasan pembangkang tidak mengena pada tempatnya. Jadi, rangkuman keseluruhannya, GRADUAN DALAM NEGARA KITA MEMANG LEBIH BERKUALITI DALAM MEMENUHI PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. KURSUS YANG DITAWARKAN SENTIASA MENGIKUTI PERMINTAAN DAN KEHENDAK PASARAN KERJA DI NEGARA KITA. TINDAKAN INI TELAH MENJAMIN SETIAP GRADUAN MUDAH MENDAPAT PEKERJAAN SELEPAS PENGAJIAN MEREKA TAMAT, KECUALI SIKAP MAHASISWA SENDIRI YANG TERLALU MEMILIH PEKERJAAN, BARULAH MENYEBABKAN GRADUAN MENGANGGUR. TAMBAHAN PULA, TEMPOH PRAKTIKAL TELAH DIMASUKKAN DALAM KURSUS PENGAJIAN TEMPATAN TELAH SEKALI LAGI MEMBUKTIKAN BAHAWA KURSUS YANG DITAWARKAN MEMANG MEMPUNYAI PASARAN KERJA. DALAM TEMPOH PRAKTIKAL INI JUGA TELAH MENDORONG PARA MAHASISWA MEMPERLENGKAP DIRI SUPAYA MENJADI LEBIH BERKUALITI SEBELUM MELANGKAH KE MEDAN PEKERJAAN. AKHIR SEKALI, DISEBABKAN PARA GRADUAN SUDAH BIASA DENGAN BUDAYA PEKERJAAN DI NEGARA 17
  • 18. KITA, JADI MEREKA TELAH BERJAYA MENJADI REBUTAN PARA MAJIKAN. Dengan segala hujah-hujah mantap kerajaan dan hujah amat rapuh di pihak pembangkang, saya rasa sudah tiba masanya usul yang dikemukakan iaitu PENERBANGAN TAMBANG MURAH MENGUNTUNGKAN PENGGUNA perlu diterima. Mohon untuk terus mencadang. 18