Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Nilai tanah kampung baru
1. NILAI TANAH DI KAMPONG BHARU
Tanah di Kampung Baru terletak dalam utara Pusat Bandar Raya Kuala Lumpur yang
disempadani dengan Jalan Raja Muda Abdul Aziz di bahagian Utara, Jalan Tun Razak di Timur,
Sunga Kelang / Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur di Selatan dan Jalan Tuanku
Abdul Rahman di Barat dikatakan mempunyai nilai yang tinggi. Masalah yang dihadapi bagi
menilaikan tanah di Kampung Baru adalah disebabkan perbezaan antara prinsip penilaian antara
kerajaan dengan penilaian dari sudut pandangan penduduk kawasan tersebut.
Seperti yang kita ketahui bahawa kawasan Kampung Baru di kelilingi dengan kawasan-kawasan
yang pesat membangun seperti KLCC, Chow Kit, Dang Wangi dan Medan Tuanku. Pada
pandangan penduduk kerajaan seharusnya menilaikan tanah di Kampung Baru mengikut nilai
tanah yang berdekatan dengannya iaitu kawasan KLCC dan Chow Kit yang dikatakan nilai tanah
terkini di kawasan KLCC mencecah RM1,200 hingga RM1,500 sekaki persegi dan di Chow Kit
ialah RM800 sekaki persegi bagi maksud penilaian pampasan sekiranya kerajaan mahu
mengambil tanah di Kampung Baru untuk tujuan pembangunan. Daripada hasil temuramah
dengan penduduk kawasan tersebut, majoriti daripada mereka mahukan kerajaan menilaikan
tanah mereka setanding dengan nilai tanah di KLCC.
Berita mengenai bayaran RM4 juta yang bakal diberikan kerajaan sekiranya mereka bersetuju
dengan cadangan pembangunan semula kawasan itu mungkin menyebabkan penduduk kawasan
tersebut merasakan mereka seharusnya mendapat pampasan yang lebih untuk penilaian tanah
mereka. Mereka tidak akan setuju melainkan kerajaan setuju dengan permintaan mereka. Ini
menunjukkan penduduk di kawasan itu juga mempunyai pengetahuan mengenai nilai tanah di
kawasan sekitarnya secara fakta namun tidak mengetahui secara terperinci sesuatu teori iaitu
faktor-faktor lain yang perlu diambilkira dalam menilaikan sesuatu tanah.
2. Sekiranya kawasan itu telah dimajukan dalam RM20 billion ia perlu dibahagikan dengan lebih
kurang 5,000 pemilik, anggaran lebih RM4 juta (seorang) yang bakal diperoleh oleh pemilik
tanah namun sebab-musabab yang menyebabkan pemilik tidak mungkin dapat RM4 juta itu
kerana disebabkan daripada lot-lot tanah dikawasan tanah itu ada tanah yang besar dan yang
kecil malah mungkin tidak ekonomik maka tidak semestinya setiap pemilik bakal dapat RM4
juta. Ia akan dinilaikan mengikut keluasan lot tanah pemilik.
Namun, penilaian kerajaan telah mengambil kira faktor lain yang menyebabkan tanah di
Kampung Baru mempunyai nilaian yang murah berbanding KLCC dan Chow Kit. Faktor yang
menyebabkan nilai tanah di Kampung Baru begitu murah berbanding nilai tanah di kawasan
bersebelahannya seperti di KLCC dan Chow Kit adalah kerana terikat dengan Akta MAS. Dalam
dokumen Pelan Tempatan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah dicatat harga tanah
Kampung Baru ialah RM350 sekaki persegi dan ia dikatakan sepatutnya perlu lebih rendah
daripada nilai tersebut.
Kawasan Kampung Baru yang mempunyai keluasan 122.93 hektar dan berdasarkan penilaian
tanah yang dibuat oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) pada Mac 2007 yang
melibatkan keluasan 54.4 hektar di kawasan itu menetapkan kadar RM270 hingga RM300 per
kaki persegi bagi tanah kediaman dan RM500 ke RM600 per kaki persegi bagi tanah
perdagangan.
Berdasarkan maklumat-maklumat di atas dapat disimpulkan bahawa masalah penilaian tanah di
kawasan Kampung Baru juga adalah antara yang menjadi punca kepada pembangunan di
Kampung Baru sehingga kini gagal dilaksanakan walaupun pelbagai usaha dan cadangan
pembangunan dikemukakan.