1. PEMBELAJARAN
DAN
PEMBANGUNAN
SUMBER
MANUSIA
BSMH3033
KOLEJ PERNIAGAAN UUM
2. APA DIA
PEMBELAJARAN?
• Perubahan tingkah laku, kognitif
atau afektif yang secara relatifnya
kekal akibat daripada perhubungan
seseorang dengan persekitaran.
• Proses memperoleh pengetahuan,
kemahiran dan perubahan tingkah
laku individu akibat daripada
pengalaman.
3. ASPEK-ASPEK PENTING
DALAM PEMBELAJARAN
• Pertama: pembelajaran memfokuskan
kepada perubahan.
• Kedua: perubahan mestilah bertahan,
tekal dan stabil
• Ketiga: fokus pembelajaran terdiri
daripada tingkah laku, kognitif, afektif
atau gabungan ketiga-tiganya.
• Keempat: pembelajaran berlaku akibat
daripada perhubungan individu dengan
persekitaran. 3
4. HASIL PEMBELAJARAN
• Robert Gagne telah mengelaskan hasil
pembelajaran kepada 5 iaitu;
– Maklumat verbal – fakta, pengetahuan, prinsip dan
maklumat (declarative knowledge)
– Kemahiran intelektual – pembelajaran konsep,
peraturan dan tatacara (procedural knowledge)
– Strategi kognitif – penggunaan maklumat, teknik dan
memahami bagaimana dan bila untuk menggunakan
maklumat (strategic knowledge)
– Kemahiran motor –menjalankan pergerakan fizikal
dengan cepat dan tepat.
– Sikap – kepercayaan dan pandangan yang
ditunjukkan melalui tingkah laku.
4
5. Teori
Pengukuhan
Teori Teori
Pemprosesan Pembelajaran
Maklumat Sosial
TEORI-TEORI
PEMBELAJARAN
Teori
Teori
Pembelajaran
Matlamat
Dewasa
Teori Teori
Jangkaan Keperluan
6. TEORI PENGUKUHAN (1drp.2)
• Menekankan yang manusia bermotivasi
untuk melakukan atau mengelak
sesuatu tingkah laku disebabkan oleh
hasil yang didapati daripada melakukan
tingkah laku tersebut di masa lepas.
– Pengukuhan positif (Positive reinforcement)
– Pengukuhan negatif (Negative
reinforcement)
– Penghapusan (Extinction)
– Hukuman (Punishment)
6
7. TEORI PENGUKUHAN (2 drp.2)
• Dari perspektif latihan, ia mencadangkan
bagi pelajar untuk memperoleh
pengetahuan, mengubah tingkah laku,
atau menyesuaikan kemahiran, jurulatih
perlu mengetahui apakah hasil yang
pelajar anggap paling positif (dan
negatif)
• Jurulatih kemudiannya perlu mengaitkan
hasil-hasil ini dengan kehendak pelajar
untuk mendapatkan pengetahuan,
kemahiran atau perubahan tingkah laku.
7
8. PENJADUALAN
PENGUKUHAN
Penjadualan Mengikut Penjadualan Jeda Masa
Nisbah (Ratio Schedules) (Interval Schedules)
• Nisbah tetap (Fixed-ratio • Jeda masa tetap (Fixed-
schedule) interval schedule)
• Pengukuhan berterusan • Jeda masa tidak tetap
(Continuous (Variable-interval
reinforcement) schedule)
• Nisbah tidak tetap
(Variable-ratio schedule)
8
9. TEORI PEMBELAJARAN
SOSIAL (1 drp. 2)
• Menekankan yang manusia belajar dengan
melihat kepada orang lain (model) yang
dianggap berpengetahuan dan boleh
dipercayai.
• Mengiktiraf bahawa tingkah laku yang
dikukuhkan atau diberi ganjaran akan terus
diulangi.
• Tingkah laku atau kemahiran model yang diberi
ganjaran akan diamalkan oleh pemerhati.
9
10. TEORI PEMBELAJARAN
SOSIAL (2 drp. 2)
• Mempelajari kemahiran atau tingkah laku
baharu datangnya daripada:
– pengalaman secara langsung kesan penggunaan
tingkah laku atau kemahiran atau
– proses pemerhatian terhadap orang lain dan melihat
kesan tingkah laku mereka
• Pembelajaran juga dipengaruhi oleh kecekapan
diri (self-efficacy) seseorang
– Kecekapan diri (self-efficacy) ialah tanggapan
seseorang sama ada ia boleh mempelajari
pengetahuan dan kemahiran dengan jayanya
10
11. PROSES TEORI
PEMBELAJARAN SOSIAL
• Ransangan Model • Koding • Keupayaan fizikal • Pengukuhan
• Ciri-ciri pelatih • Organisasi • Ketepatan
• Latihan • Maklum balas
Penghasilan Sepadan
Proses
Perhatian Pengekalan dengan
semula Motor Motivasi prestasi
model
11
13. TEORI PENETAPAN
MATLAMAT (1 drp. 3)
• Teori penetapan matlamat menganggap
bahawa sesuatu tingkah laku terhasil akibat
daripada matlamat dan hasrat yang disedari
oleh seseorang
• Matlamat mempengaruhi tingkah laku melalui:
– penumpuan tenaga dan perhatian
– meneruskan usaha secara berterusan
– mendorong seseorang untuk membangunkan
strategi bagi mencapai matlamat
13
14. TEORI PENETAPAN
MATLAMAT (2 drp. 3)
• Matlamat spesifik yang mencabar
menghasilkan prestasi yang baik berbanding
dengan matlamat yang kabur dan kurang
mencabar
• Matlamat akan menggalakkan prestasi yang
tinggi hanya apabila seseorang itu komited
terhadap matlamat tersebut
• Para pekerja akan kurang komited terhadap
matlamat sekiranya mereka merasakan
matlamat tersebut adalah sukar untuk dicapai
14
15. TEORI PENETAPAN
MATLAMAT (3 drp. 3)
• Teori penetapan matlamat digunakan dalam
reka bentuk program latihan
• Ia mencadangkan pembelajaran akan menjadi
lebih mudah dengan menyediakan matlamat
dan objektif pembelajaran kepada pelatih
• Pengaruh teori penetapan matlamat boleh
dilihat semasa membangunkan rancangan
pelajaran latihan
15
16. ORIENTASI MATLAMAT
(1 drp. 3)
• Orientasi matlamat – merujuk kepada
matlamat pelatih semasa pembelajaran
berjalan
– Orientasi kepakaran (Mastery
orientation): cuba menambah keupayaan
atau kecekapan dalam menjalankan tugas
– Orientasi prestasi (Performance
orientation): fokus kepada prestasi pelajar
dan dan bagaimana prestasi mereka
berbanding dengan pelajar lain
17. ORIENTASI MATLAMAT
(2 drp. 3)
• Orientasi matlamat memberi kesan
kepada usaha yang akan diberikan oleh
pelatih dalam pembelajaran (motivasi
untuk belajar)
• Pelajar dengan orientasi kepakaran
yang tinggi –
– memberi lebih tumpuan kepada tugas
– belajar kerana hendak belajar
17
18. ORIENTASI MATLAMAT
(3 drp. 3)
• Pelajar dengan orientasi prestasi yang tinggi:
– lebih memberi tumpuan terhadap prestasi yang baik
– kurang usaha untuk belajar
• Pelatih yang berorientasikan kepakaran
memberi lebih usaha dan menggunakan
strategi pembelajaran yang lebih kompleks
berbanding dengan pelajar yang
berorientasikan prestasi
18
19. TEORI KEPERLUAN
• Membantu menerangkan nilai yang ditentukan
oleh seseorang terhadap hasil tertentu
• Mencadangkan bahawa untuk mendorong
pembelajaran:
– jurulatih mestilah mengenal pasti keperluan pelatih
dan
– beritahu bagaimana kandungan program dapat
memenuhi keperluan tersebut
• Sekiranya keperluan asas pelatih tidak
dipenuhi, mereka tidak akan terdorong untuk
belajar
19
20. TEORI JANGKAAN (1 drp. 2)
• Teori jangkaan mencadangkan bahawa
tingkah laku seseorang adalah
berasaskan kepada tiga faktor:
– jangkaan (expectancy) – kepercayaan untuk
melakukan sesuatu tingkah laku dengan
jayanya
– instrumentaliti (instrumentality) – kepercayaan
di mana apabila melakukan sesuatu tingkah
laku ianya mempunyai kaitan dengan sesuatu
hasil tertentu
– valens (valance) – nilai terhadap hasil tersebut
21. TEORI JANGKAAN (2 drp. 2)
• Teori jangkaan mencadangkan yang
pembelajaran besar kemungkinan akan berlaku
apabila pekerja percaya yang:
– Mereka berupaya untuk mempelajari kandungan
program (jangkaan)
– Pembelajaran mempunyai kaitan dengan hasil seperti
prestasi kerja yang lebih baik mempunyai kaitan
dengan kenaikan gaji atau pengiktirafan rakan
sejawat (instrumentaliti)
– Setakat mana para pekerja menghargai hasil tersebut
iaitu kenaikan gaji atau pengiktirafan rakan sejawat
(valens)
21
22. TEORI JANGKAAN
Adakah pelatih
mempunyai keupayaan Adakah pelatih percaya Adalah hasil yang
untuk belajar? yang hasil latihan akan berkaitan dengan latihan
tercapai? bernilai?
Adakah pelatih percaya
yang ia boleh belajar?
Jangkaan Instrumentaliti Valens
X X = Usaha
Usaha Prestasi Prestasi Hasil Nilai hasil
22
23. TEORI PEMBELAJARAN
DEWASA
Ia berasaskan kepada beberapa tanggapan:
– Orang dewasa perlu tahu mengapa mereka perlu
belajar
– Orang dewasa berupaya bertindak ke arah konsep
kendiri (self-concept)
– Orang dewasa membawa pengalaman yang berkaitan
dengan pekerjaan ke dalam situasi pembelajaran
– Orang dewasa belajar dengan menggunakan
pendekatan pembelajaran berasaskan masalah yang
dihadapi (problem-centered approach to learning)
– Orang dewasa terdorong untuk belajar disebabkan
oleh pendorong ektrinsik dan juga intrinsik
23
24. KESAN TEORI PEMBELAJARAN
DEWASA TERHADAP LATIHAN
Isu Kesan
Konsep kendiri Perancangan secara bersama dan kerjasama dalam
arahan
Pengalaman Gunakan pengalaman pelajar sebagai contoh
Kesediaan Bangunkan arahan berdasarkan kepada minat dan
kecekapan pelajar
Perspektif masa Penggunaan kandungan latihan secara segera
Orientasi terhadap Berasaskan masalah dan bukannya berasaskan subjek
pembelajaran
24
25. TEORI PEMPROSESAN
MAKLUMAT
• Teori ini lebih memberi penekanan
kepada proses dalaman yang
berlaku kandungan latihan
dipelajari dan dihayati (rujuk rajah)
• Juga menerangkan bagaimana
faktor luaran mempengaruhi
pembelajaran
25
26. MODEL PEMPROSESAN
MAKLUMAT
Ransangan Saraf Rakaman Ingatan Ingatan
Penerima
atau Deria Singkat Lama
Mata
Mesej Telinga
Hidung
Kulit
Persekitaran
Penjana
Pengukuhan Kesan Gerak Balas
Maklum Balas
26
27. PROSES
PEMBELAJARAN
Tiga soalan utama ditimbulkan:
1. Apakah proses fizikal dan mental
yang terlibat dalam
pembelajaran?
2. Bagaimana pembelajaran
berlaku?
3. Adakah pelatih mempunyai gaya
pembelajaran yang berlainan?
27
28. PROSES PEMBELAJARAN:
PROSES MENTAL DAN FIZIKAL
Jangkaan
Kepuasan (Expectancy) Tanggapan
(Gratifying) (Perception)
PEMBELAJARAN Penyimpanan
Generalisasi
(Working Storage)
Mendapatkan Pengekodan
Semula (Retrieval) Semantik
Penyimpanan
Jangkamasa Panjang
28
30. GAYA PEMBELAJARAN
• Cara pembelajaran (mode of learning) –
orientasi seseorang dalam mengumpul dan
memproses maklumat semasa belajar.
• 4 cara utama:
– Pengalaman konkrit – kegemaran untuk belajar
secara langsung, menekankan kepada perasaan
berbanding dengan pemikiran.
– Konsepsualisasi abstrak – kegemaran untuk belajar
secara berfikir mengenai sesuatu isu dalam bentuk
teori.
– Pemerhatian relatif – kegemaran untuk belajar
secara memerhati dan memeriksa pandangan yang
berlainan untuk memahami sesuatu.
– Eksperimentasi aktif – kegemaran untuk belajar
dengan melakukannya dan menilai amalannya.
30
31. PROSES PEMBELAJARAN
• Diverger (Konkrit • Converger (Abstrak
dan Refleksi) dan Aktif)
– “Kenapa” – “Bagaimana”
– Menggalakkan – Jurulatih sebagai
motivasi yang ada fasilitator – panduan
dalam diri pelajar dan maklum balas
• Assimilator • Accommodator
(Abstrak dan (Konkrit dan Aktif)
Refleksi) – “Bagaimana jika”
– “Apa” – Jurulatih sebagai
pemerhati untuk
– Jurulatih mesti memberi peluang
bertindak sebagai penerokaan oleh
pakar pelajar
31
32. KESAN PROSES PEMBELAJARAN
TERHADAP ARAHAN (1 drp. 2)
• Para pekerja mesti tahu mengapa mereka
perlu belajar
• Para pekerja memerlukan kandungan latihan
yang bermakna
• Para pekerja mesti berpeluang untuk berlatih
apa yang telah dipelajari
• Para pekerja mengingati dan menghayati
kandungan latihan
• Para pekerja memerlukan maklum balas
32
33. KESAN PROSES PEMBELAJARAN
TERHADAP ARAHAN (1 drp. 2)
• Para pekerja belajar melalui:
– Pemerhatian
– Pengalaman
– Perhubungan sesama mereka
• Para pekerja memerlukan program
latihan yang diselaras dan disusun
secara teratur
33