PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
1. 2.0 PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN
ASPIRASI NEGARA
Peranan Guru Pendidikan Moral dalam Rukun Negara
Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu
tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa
untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak
yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat,
semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia
tanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru juga semakin besar.
Dalam merealisasikan prinsip-prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara,
guru Pendidikan Moral sememangnya memainkan peranan yang amat penting
kerana mereka adalah guru yang mengajar secara langsung tentang amalan murni
dan nilai patriotik di sekolah, tidak seperti guru-guru lain yang hanya menggabung
jalin nilai-nilai ini ke dalam mata pelajaran teras.
Prinsip pertama dalam Rukun Negara adalah Kepercayaan Kepada Tuhan.
Faktor kepercayaan kepada agama merupakan perkara utama yang harus
ditekankan oleh guru Pendidikan Moral kepada murid-murid. Ibu bapa
mengharapkan agar pihak sekolah dan juga guru dapat meningkatkan kepercayaan
anak-anak mereka kepada Tuhan dan agama. Perkara ini menjadi lebih kritikal
dalam era globalisasi. Hal ini kerana, kehidupan yang begitu mementingkan
materialistik, teknologi dan hiburan dapat menjejaskan keinginan manusia kepada
Tuhan. Dalam kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu
kerohanian melalui pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan
suci akan melahirkan akal yang sihat, jasmani yang cergas dan sahsiah yang terpuji
dalam kalangan murid. Pembinaan kekuatan dalaman ini akan lebih mudah
dilaksanakan jika guru melaksanakan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat
membangunkan modal insan.
Prinsip kedua Rukun Negara ialah Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.
Prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan Negara menjadi unsur dan ciri
penting dalam soal kewarganegaraan di negara ini. Setiap warganegara Malaysia
perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang Dipertuan
2. Agong dan negara. Di peringkat negeri pula, rakyat dikehendaki menumpukan taat
setia kepada raja yang memerintah negeri tempat mereka bermastautin tanpa
mengurangkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong. Penghayatan terhadap
prinsip kedua mampu membentuk satu bangsa Malaysia yang patriotik dan bersatu
padu kerana Raja adalah “payung negara” yang menaungi seluruh rakyat di negara
ini. Justeru, institusi raja tidak boleh dicemari, diperlekeh atau dihina serta ia tidak
wajar dipolitikkan sama sekali.
Guru sebagai penyampai ilmu (Mu’allim), perlu mendedahkan kepentingan
mengenali dan hormati institusi raja dengan memberi pendedahan tentang Sejarah
Kesultanan Melayu, sistem Raja Berpelembagaan dan Majlis Raja-Raja. Guru
perlu menyampaikan ilmu yang berkaitan dengan nilai-nilai murni tersebut dengan
menyampaikan isi kandungan pendidikan dengan lebih berkesan tanpa
mengabaikan nilai-nilai murni dalam menyampaikan apa juga disiplin ilmu.
Contohnya, menimbulkan perasaan kasih sayang terhadap pemimpin, raja dan
negara dan kesan-kesan negatif andainya perasaan tersebut diabaikan seperti
berlakunya rusuhan dan negara tidak akan aman sekiranya perasaan sayang pada
negara tidak wujud. Murid-murid juga perlu memikirkan kesan terhadap dunia ini
sekiranya mereka tidak menyayangi dan taat kepada negara, raja dan pemimpin.
Demi memberi kesan yang lebih baik, guru boleh membuat lawatan sambil
belajar ke Muzium Negara dan Perpustakaan Negara bagi mencari maklumat. Di
samping itu murid dapat merehatkan fikiran dengan menyaksikan barang-barang
bersejarah agar dapat menimbulkan perasaan bangga dengan sistem pemerintahan
yang terdapat di Malaysia. Guru juga perlu membimbing murid membuat peta minda
tentang peranan dan fungsi raja dalam sistem pemerintahan negara supaya mereka
sedar besarnya peranan pemerintahan raja pada kerajaan Melayu lama. Dengan
demikian, murid-murid akan mengenali dan menghormati institusi raja yang terdapat
di Malaysia.
Prinsip ketiga adalah Keluhuran Perlembagaan. Perlembagaan menjadi asas
penting untuk menjamin keadilan, kerjasama, kesepakatan dan kepentingan
bersama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Setiap rakyat
mempunyai kedudukan atau taraf yang sama di sisi undang-undang. Justeru,
3. perlembagaan memberi jaminan terhadap hak asasi, kebebasan rakyat dan keadilan
sosial untuk semua kaum di negara ini.
Sebagai guru Pendidikan Moral, guru perlu menegaskan tentang kepentingan
kesepaduan antara kaum yang sentiasa menjadi perkara asas dalam membina
kerukunan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa. Antara perkara yang
boleh dipraktikkan oleh guru ialah menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan
dalam pertuturan seharian. Penggunaan bahasa yang sama antara kaum lain dapat
memupuk semangat perpaduan kaum yang jitu selain dapat meningkatkan lagi
semangat cinta akan tanah air. Bahasa Melayu merupakan bahasa yang paling
wajar digunakan oleh pelajar semasa berkomunikasi dengan bangsa lain di Malaysia
tambahan pula kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia
telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Prinsip keempat ialah Kedaulatan Undang-undang. Kedaulatan undang-
undang bermaksud setiap rakyat adalah sama tarafnya di sisi undang-undang
negara tanpa sebarang driskiminasi kaum, gender mahupun kedudukan. Dalam
mendidik murid untuk sentiasa menjadi warganegara yang sentiasa mengamalkan
peraturan dalam kehidupan seharian, guru Pendidikan Moral boleh memulakannya
dengan perkaran yang kecil dan mudah sahaja contohnya sentiasa menggalakkan
murid-murid untuk mengikuti peraturan sekolah seperti hadir ke sekolah tepat pada
masanya dan tidak membuang sampah merata-rata. Walaupun hal ini kedengaran
tidak penting, namun apabila kita menerapkan murid dengan asas yang kukuh,
maka tidak mustahil jika ia berkembang ke arah yang lebih baik pada masa
hadapan.
Guru juga haruslah sentiasa meningkatkan amalan pedagogi dalam
pengajaran, sesuai dengan ragam murid yang pelbagai. Kepelbagaian dalam cara
mengajar membolehkan murid terus fokus dan tidak bosan serta objektif
pembelajaran yang dirancang juga dapat dicapai. Ini secara tidak langsung dapat
mengelakkan masalah ponteng sekolah akibat pengajaran guru yang tidak
memberangsangkan, secara tidak langsung murid-murid sendiri dapat mengamalkan
peraturan sekolah dengan lebih berintegriti.
Prinsip kelima ialah Kesopanan dan Kesusilaan. Guru sentiasa menjadi
perhatian umum dari hujung rambut ke hujung kaki. Apa sahaja yang dipakai,
4. diperkatakan, dilakukan atau ke mana sahaja guru pergi, mereka tetap menjadi
perhatian masyarakat. Guru mu’addib adalah guru yang mengajarkan adab dan budi
pekerti. Dalam hal ini, guru berusaha memastikan adab dan budi pekertinya adalah
ditahap yang cemerlang. Ini adalah kerana guru merupakan model kepada murid-
murid dan masyarakat sekelilingnya. Guru tidak seharusnya umpama ketam
mengajar anaknya berjalan betul. Guru Mu’addib bukan sahaja perlu mengajar nilai-
nilai murni tetapi mesti mengamalkan nilai-nilai murni tersebut.
Melalui aktiviti main peranan, guru bolehlah memainkan peranannya sebagai
Mu’addib iaitu sebagai pendidik adab dan budi pekerti dalam aktiviti ini. Guru
mewujudkan situasi perayaan Deepavali. Guru mengarahkan beberapa murid
memainkan peranan sebagai tuan rumah dan tetamu yang datang ke rumah untuk
beraya bersama-sama. Dalam aktiviti ini akan memainkan ramai pelajar bagi
mewujudkan suasana sebenar sesuatu perayaan. Penerapan adab budi pekerti
melayan tetamu dan hormat menghormati amat ditekankan dalam aktiviti main
peranan. Cara meminta maaf ketika hari perayaan agama juga akan ditekankan
agar murid memahami pentingnya saling memaafkan antara satu sama lain.