SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 20
Baixar para ler offline
202 DASAR EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA
SEMESTER 3 (2012/2012)

KERTAS KERJA ILMIAH (KKI)

NAMA

: SITI NORSAHLIZA BINTI WAGIAH

NO. KAD PENGENALAN

: 911015016724

NO. MATRIK

: 110463

MASA TUTORIAL

: KHAMIS (2.00 – 2.50 PETANG)

NAMA PENSYARAH

: PROF. MADYA DR. OSMAN MD
YUSOFF
ABSTRAK
Proses perbandaran adalah berpunca daripada pertambahan penduduk dan perubahan untuk
meningkatkan kualiti hidup sosial di sesebuah bandar. Pembangunan bandar, jika dirancang
dan dikawal dengan baik dapat membantu dalam meningkatkan tahap pembangunan ekonomi
dalam sesebuah masyarakat. Kawasan kajian yang dipilih adalah kawasan Pusat Perdagangan
Pontian yang merupakan kawasan kajian kerana terdapat berlakunya proses perbandaran.
Pelbagai kalsifikasi yang dapat melalui kajian yang dilaksanakan di kawasan tersebut kerana
proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berkenaan memberi impak
yang meyakinkan untuk kerajaan tempatan untuk bersedia melakukan aktiviti pembangunan
dari masa ke masa dengan memberi perhatian sepenuhnya akan kepentingan kemudahan yang
diberkan kepada masyarakat. Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian
telah memberi gambaran yang jelas dalam kajian bahawa pembangunan adalah amat penting
untuk meningkatkan ekonomi sesebuah kawasan. Sehubungan dengan itu, pelbagai gambaran
aktiviti-aktiviti pembangunan yang dibincangkan dalam kajian di Pusat Perdagangan Pontian
ini. Kemajuan yang ingin dicapai melalui pelbagai inisiatif dan strategi telah digiatkan oleh
kerajaan tempatan untuk membawa perubahan kawasan yang dahulunya sebagai kawasan
nelayan tetapi berubah kepada aktiviti-aktiviti yang lebih pesat lagi seperti perniagaan dan
perkhidmatan awam yang wujud di Pusat perdagangan Pontian.

1
1.0 Pendahuluan
Proses perbandaran berlaku apabila aktiviti-aktiviti yang melibatkan ekonomi yang
tertumpu di kawasan tersebut. Pihak yang berwajib seperti Majlis Daerah juga memainkan
peranan penting untuk membangunkan kawasan tersebut untuk menarik lagi minat
masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, membuka
premis perniagaan dan menyediakan perkhidmatan. Sehubungan dengan proses perbandaran,
kita perlu mendalami yang dimaksudkan dengan bandar. Definisi bandar adalah dapat dilihat
secara luas kerana pelbagai aspek dapat dikaitkan dengan definisi bandar iaitu dari segi
fizikal sebgai output yang wujud, bilangan penduduk atau komuniti yang wujud dan aktivitiaktiviti ekonomi yang dilakukan di kawasan bandar tersebut. Namun, secara ringkasnya
bandar dapat dijelaskan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk memenuhi
kehendak dan keperluan komuniti dan berlakunya perubahan-perubahan fizikal seperti
bangunan, kemudahan perhubungan seperti jalan raya dan kemudahan untuk komuniti
berurusan dalam kehidupan seharian. Apabila bandar dikaitkan dengan proses perubahan
yang berlaku, dapat dikaitkan dengan pembangunan bandar. Pembangunan amat berkait rapat
dengan bandar kerana jika tiada pembangunan, perubahan untuk menjadikan sesebuah
kawasan itu menjadi sebuah bandar. Pembangunan pula, dapat didefinisikan sebagai ukuran
ekonomi – KDNK, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran1 dan kadar inflasi yang melibatkan
daripada pelbagai sudut pandangan ekonomi mengenai pembangunan

1

Pengangguran - perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan
bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ bermusim pengangguran yg
terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu
pekerjaan dilaksanakan dll);

2
2.0 Kawasan Kajian :
2.1 Perbandaran di Pusat Perdagangan, Pontian
Pengkaji telah memilih kawasan yang terlibat dengan proses perbandaran adalah di
Pusat Perdagangan, Pontian. Kawasan tersebut mengalami proses perbandaran kerana
perubahan secara evolusi yang diperuntukkan oleh Majlis Daerah yang merupakan pihak
yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan Pusat Perdagangan, Pontian
tersebut. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian di kawasan tersebut kerana kini perbandaran
di kawasan tersebut sudah jelas apabila pelbagai aktiviti-aktiviti sosioekonomi2 berjalan
dengan lancar dan bilangan komuniti yang melibatkan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi turut
meningkat dari semasa ke semasa. Pada dahulunya, Pusat perdagangan Pontian tidak
dipanggil sebagai pusat perdagangan kerana aktiviti sosioekonomi di kawsan tersebut adlah
terhad kerana hanya menumpukan dengan kegiatan nelayan dan pasar menjual bahan-bahan
makanan basah seperti ikan. Hasil tangkapan ikan-ikan adalah yang segar dari laut yang
berhampiran di kawasan tersebut dan dijual terus kepada pelanggan yang datang di pasar
berkenaan. Taraf ekonomi pada ketika itu juga rendah dan mempunyai skala pendapatan yang
rendah dengan hanya menjalankan aktiviti mennagkap ikan. Pada ketika itu juga, tiada
pembangunan yang dilaksanakan keran kawasan tersebut berhampiran dengan laut dan perlu
ditambak jika ingin mewujudkan pembangunan di kawasan tersebut. Oleh hal demikian,
masyarakat di kawasan itu menggelarkan kawasan tersebut sebagai tambak Pontian kerana
kebanyakkan tempat-tempat yang inigin dibangunkan dengan pembangunan, telah ditambak
untuk mewujudkan sebuah bandar di Pusat Perdagangan Pontian.

2

Sosioekonomi - berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi:
kajian-kajian ~.

3
3.0 Pemerhatian :
3.1 Klasifikasi pembangunan yang dapat dilihat
Proses perbandaran di Pusat Perdagangan Pontian, sudah pasti yang melibatkan
dengan aktiviti-aktiviti pembangunan yang mempunyai pelbagai dimensi yang dapat
dikasifikasikan seperti fizikal sebagai output, sosiekonomi dan sosiobudaya. Pembangunan
fizikal yang wujud di Pusat Perdagangan Pontian banyak yang dapat dilihat dengan
terbinanya bangunan-bangunan yang menjalankan aktiviti-ativiti perniagan dan bukan itu
sahaja malah turut terbinanya bangunan-bangunan yang menawarkan perkhidmatan untuk
komuniti seperti Bank dan perkhidmatan pengangkutan seperti sistem pengangkutan bas dan
teksi. Pembangunan dari sudut fizikal (output) dapat kita kenalpasti dengan prasaranaprasaranan yang wujud seperti yang dapat kita lihat di kawasan yang dikaji iaitu di Pusat
Perdagangan Pontian. Prasarana yang disediakan dapat melancarkan lagi aktiviti-aktiviti
komuniti setempat unutk berurusan dan di samping itu juga dapat menarik kedatangan
masyarakat luar untuk datang ke bandar Pusat Perdagangan Pontian yang telah berubah
menjadi bandar untuk memenuhi kehendak dan keperluan komuniti di Pusat Perdagangan
Pontian. Pembangunan yang berkaitan dengan fizikal juga dapat dilihat apabila wujudnya
pembangunan tempat-tempat kediaman sebagai perumahan turut disediakan untuk komuniti
di kawsan bandar tersebut yang manjadi suatu mekanisma sebagai kemudahan dan
perkhidmatan yang secara asas yang perlu untuk menarik kedatangan komuniti unutk bergiat
dalam berurusan di Pusat Perdagangan Pontian di samping komuniti juga sebagai mekanisma
untuk kemajuan pembangunan sebagai output di Pusat Perdagangan Pontian. Sistem jalan
raya yang wujud juga dapat memudahkan aktiviti perhubungan yang dilakukan oleh komuniti
untuk berurusan di Pusat Perdagangan Pontian.

4
Pembangunan di Pusat Perdagangan Pontian dari sudut sosioekonomi dapat dilihat
apabila perindustrian turut wujud di kawasan bandar tersebut. Perindustrian bukan sahaja
dapat meningkatkan ekonomi tempatan malah meningkatkan pendapatan masyarakat
khususnya di Pontian. Sosioekonomi berlaku apabila kitaran yang melibatkan urusan wang
berjalan dengan lancar. Perniagaan-perniagaan telah dibuka di kawasan Pusat Perdagangan
Pontian, telah menyebabkan aktiviti ekonomi dapat dijanakan. Selain itu, masyarakat dapat
berurusan di Pusat Perdagangan Pontian seperti membeli barangan di premis-premis
perniagaan yang disediakan dan ditawarkan oleh peniaga. Pusat Perdagangan Pontian juga
telah membawa kesedaran kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan terutama
kepada kaum Melayu yang kurang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Usaha dan
insentif yang diberikan oleh kerajaan tempatan, telah membawa masyarakat untuk terlibat
dengan perniagaan secara kecil-kecilan seperti Industri Kecil Sederhana (IKS) yang diberikan
kepada masyarakat untuk menjadi peniaga dan usahawan kecil di Pusat Perdagangan Pontian.
Perubahan perbandaran ini, telah membawa perubahan kepada pembangunan yang memberi
kebaikan kepada masyarakat. Jelaslah, bahawa di kawasan tersebut bersesuaian untuk
dibangunkan oleh kerajaan tempatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang
dibangunkan. Selain itu, masayarakat juga dapat menikmati kemudahan dengan
perkhidmatan Bank yang disediakan seperti Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian. Ekonomi yang pada mulanya adalah berskala
kecil sebelum bandar berkenaan dibangunkan, seperti aktiviti nelayan yang terhad di kawasan
tersebut akan tetapi kini kawasan bandar tersebut telah dibangunkan dan ekonominya
semakin meningkat berkoordinasikan dengan Pusat Perdagangan Pontian yang strategi
menjadi tumpuan masyarakat di kawasan tersebut.

5
Pembangunan yang dilihat daripada sudut sosiobudaya adalah dapat dikaitkan dengan
sosial masyarakat di kawasan bandar tersebut iaitu di Pusat Perdagangan Pontian. Masyarakat
dapat membentuk identiti yang sejahtera dengan aktiviti beriadah bersama keluarga. Di Pusat
Perdagangan Pontian, kawasan tersebut adalah berdekatan dengan laut yang bersebelahan
dengan Pulau Pisang yang dapat dilihat dari jauh. Pada waktu petang, kawasan di Pusat
Perdagangan Pontian yang berhampiran dengan laut, amat sesuai dengan aktiviti beriadah
seperti bersenam, bermain layang-layang dan berkelah. Tidak hairan jika pada dahulu
kawasan tersebut tidak dilawati oleh orang ramai tetapi kini menjadi tumpuan orang ramai
untuk menikmati kemudahan dan keindahan yang ada di Pusat Perdagangan Pontian terutama
di kawasan yang berhampiran dengan laut. Selain itu, masyarakat juga dapat mengeratkan
hubungan antara pelbagai kaum dengan mengenali antara satu sama lain walaupun berbeza
kaum dan agama. Masyarakat dapat meningkatkan hubungan yang sejahtera3 dengan
bersama-sama menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Perdagangan Pontian.
Tiada syarat dan peraturan yang tertentu untuk masyarakat telah menyebabkan masyarakat
mengenali antara satu sama lain. Kebiasaannya, di Pusat Perdagangan Pontian, pada waktu
pagi, masyarakat Cina gemar melakukan aktiviti bersenam yang dikanali sebagai senaman
Tai Chi yang memerlukan kawasan yang aman dan damai. Terdapat juga masyarakat Melayu
yang mengikuti senaman tersebut untuk memperoleh kebaikan dan kesihatan disamping itu
juga dapat mengeratkan perpaduan antara satu sama lain.

3

Sejahtera - aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll):
moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan,
menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup
dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat.

6
3.2 Pelaksanaan ekonomi dan pembangunan yang wujud
Pembangunan bagi sesebuah bandar adalah amat sinonim dengan ekonomi
pembangunan. Pada masa kini ekonomi pembangunan adalah amat penting untuk
menggerakkan proses pembangunan itu bergerak dan memberi kesan yang dapat memberikan
kesan yang positif dan manfaat dengan berlakunya pembangunan di Pusat Perdagangan
Pontian. Strategi ekonomi dengan mengubah tahap pendapatan di kawasan tersebut oleh
kerajaan tempatan telah menyebabkan strategi tersebut mendapat perubahan yang positif.
Pada ketika dahulu, ekonomi yang dijalankan adalah aktiviti yang begitu terhad iaitu aktiviti
penangkapan ikan yang sangat minimum dan terdapat juga kedai-kedai makan nelayan yang
terdapat di kawasan tersebut. Pihak kerajaan tempatan telah membuat perubahan dengan
mengalihkan struktur kawasan tersebut dengan menambak sebahagian kawasan tersebut.
Pada ketika proses penambakan, masyarakat di kawasan tersebut mengelarkan kawasan
tersebut adalah ‘tambak Pontian’ kerana tiada aktiviti ekonomi yang dijalankan dan
pembangunan juga masih kurang dilaksanakan. Kerajaan tempatan telah membuat keputusan
untuk mengalihkan penumpuan aktiviti nelayan dan penangkapan ikan di kawasan yang lebih
strategi dan bersesuaian iaitu di kawasan bersebelahan Pusat Perdagangan Pontian. Bagi
perubahan proses pembangunan yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian, tenaga buruh
yang diperlukan untuk perubahan membina bangunan-bangunan adalah memerlukan tenaga
buruh yang tinggi. Kedatangan buruh asing yang menyumbang tenaga buruh dalam sektor
pembinaan telah wujud di kawasan tersebut. Bilangan tenaga buruh yang diperlukan yang
banyak telah menyebabkan proses pembinaan berjalan dengan lancar dan dapat dibina
dengan sepenuhnya. Tambahan pula, dari semasa ke semasa perbandaran di Pusat
Perdagangan Pontian, memerlukan tenaga buruh yang banyak untuk pelaksanaan
pembangunan yang bakal dibangunkan pada masa akan datang.

7
3.3 Kawasan membangun dan keselamatan turut dikuatkuasakan
Perubahan sesuatu kawasan yang menjadi bandar akan mengalami perubahan yang
paling jelas iaitu keadaan sosial di kawasan berkenaan. Semakin membangun sesuatu
kawasan, keselamatan perlu dikuatkuasakan dan diambil perhatian sepenuhnya, terutama
pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan yang terjamin. Apabila
Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan tumpuan,4 kemasukan dan perubahan
masyarakat turut berlaku iaitu kawasan menjadi tumpuan masayarakat. Bandar yang selamat
perlu dijaga dengan betul dan sentiasa mengambil perhatian yang penuh dengan menghalang
berlakunya jenayah5 yang dapat membimbangkan keselamatan orang ramai yang datang ke
Pusat Perdagangan Pontian. Sehubungan dengan itu, kerajaan tempatan telah menyediakan
tempat khas Polis Daerah Pontian untuk menjaga keselamatan6 di persekitaran Pusat
Perdagangan Pontian supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat untuk orang ramai. Selain
itu juga, tempat khas Polis Daerah Pontian di kawasan tersebut juga berperanan sebagai
tempat membuat aduan mengenai masalah yang dihadapi oleh orang ramai berkenaan bandar
kawasan Pusat Perdagangan Pontian

4

Tumpuan - sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat
perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau
tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll.
5

Jenayah - kejahatan, kesalahan jenayah; hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatanperbuatan jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan (perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg
jenayah; kitab undang-undang hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah.
6

Keselamatan - Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer
supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak.

8
3.4 Menjana aktiviti pelancongan
Pusat Perdagangan Pontian berhampiran dengan kawasan bandar-bandar yang lain
kerana Pusat Perdagangan Pontian adalah berada di bahagian tengah antara jalan Benut, jalan
Johor Bharu dan jalan Kukup. Kedudukannya yang strategic telah menarik orang ramai untuk
datang ke Pusat Perdagangan Pontian. Walaupun tiada persekitaran yang lebih tertumpu
kepada alam semula jadi, akan tetapi kedudukannya yang bersebelahan dengan laut telah
menyebabkan terbinanya Hotel Pontian. Terbinanya Hotel Pontian dapat memberi
kemudahan kepada orang ramai yang datang ke Pontian dengan menginap di Hotel Pontian.
Perkhidmatan yang disediakan adalah kondusif7 walaupun Hotel Pontian hanya dibina satu
sahaja, tetapi itu membuktikan bahawa ada satu usaha untuk membangunkan kawasan Pusat
Perdagangan dengan perbandaran yang sesuai. Selain itu, Hotel Pontian bergabung dengan
sebuah restoran yang terkenal di kawasan tersebut iaitu Restoran Aliff yang menyediakan
pelbagai jenis makanan yang sangat istimewa untuk para pengunjung yang datang ke Pusat
Perdagangan Pontian. Restoran berkenaan juga menyediakan perkhidamatan jalur lebar untuk
orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan kemudahan internet. Ini
membuktikan

proses

perbandaran

di

kawasan

Pusat

perdagangan

Pontian

amat

memberansangkan dan memenuhi kehendak orang ramai dan penduduk di Pontian.

7

Kondusif - sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan
persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini
dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa.

9
Selain itu, Pusat Perdagangan Pontian turut menyediakan kawasan untuk orang ramai
memancing ikan di laut berkenaan. Aktiviti memancing di Pusat Perdagangan Pontian bukan
sahaja tidak mendapat perhatian orang ramai malah orang luar yang bukan penduduk di
Pontian, turut tertarik dengan aktiviti memancing di laut berkenaan. Pelbagai aktiviti yang
berkaitan dengan memancing dengan pertandingan joran8 turut diadakan setiap kali bagi
menarik kedatangan orang ramai ke Pusat Perdagangan Pontian dengan aktiviti memancing
tidak kira sama ada aktiviti memancing yang diadakan dalam pertandingan 9 mahupun aktiviti
untuk mengisi masa lapang bagi penggemar memancing ikan di laut. Penarikan tempattempat yang besesuaian untuk menarik orang ramai datang ke Pusat Perdagangan Pontian
dari masa ke masa telah membawa perubahan yang lebih tetumpu dengan menyediakan
pelbagai tempat-tempat permainan dan bersukan. Misalnya, di Pusat Perdagangan Pontian
turut menyediakan kawasan untuk bermain futsal dan tempat untuk bersenam. Keperihatinan
kerajaan tempatan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti itu merupakan satu usaha10
bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran yang mempunyai impak
positif kepada penarikan orang ramai terhadap Pusat Perdagangan Pontian.

8

Joran - batang pancing; tangkai pancing.

9

Pertandingan - perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu
~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan
(utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan.
10

Usaha - menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan
(menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup
telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan
langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu;

10
4.0 Dapatan kawasan kajian :
4.1 Proses perbandaran telah mewujudkan peluang pekerjaan
Proses dan perkembangan sesebuah bandar memerlukan mekanisma buruh untuk
mencapai kitaran bandar itu berjalan dengan lancar. Sebelum Pusat Perdagangan dibina,
kawasan tersebut tidak menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kerana keadaan pembangunan
adalah amat terhad. Setelah Pusat Perdagangan Pontian dibangunkan dari masa ke masa telah
menyebabkan kadar permintaan untuk peluang pekerjaan adalah semakin tinggi kerana
pelbagai pekerjaan dapat ditawarkan kepada orang ramai. Selain itu, premis-premis
perniagaan turut dibuka menyebabkan masyarakat meminta pekerjaan di premis-premis
perniagaan untuk memperoleh kebaikan yang berada di Pusat Perdaganagan Pontian. Usaha
mewujudkan peluang pekerjaan bukan sahaja member kebaikan dan keuntungan kepada
pemilik dan usahawan, malah amat memberi kebaikan kepada masyarakat untuk
meningkatkan pendapatan masyarakat. Jelaslah bahawa, proses perbandaran di Pusat
Perdagangan Pontian, bukan sahaja dapat mewujudkan kawasan yang kondusif dan
membuktikan Pusat Perdagangan Pontian mengalami perubahan perbandaran tetapi usaha ini
dapat member peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pandapatan dengan bekerja di
pelbagai bidang dan sektor yang wujud di Pusat perdagangan Pontian. Mewujudkan peluang
pekerjaan ini adalah salah satu usaha untuk memberi galakkan kepada masyarakat sentiasa
berusaha mencari pekerjaan di pelbagai sektor dan premis-premis perniagaan yang terdapat di
Pusat perdagangan Pontian. Tiada alasan untuk masyarakat terpaksa membuat imigrasi untuk
keluar dari kawasan bandar berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan kerana peluang
pekerjaan di kawasan berkenaan dapat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk
bekerja dengan lebih mudah dengan jarak kediaman yang dekat.

11
4.2 Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat setempat
Keupayaan untuk menjadi sebuah bandar yang berpusat adalah sukar kerana
memerlukan pelbagai strategi dan perancangan dengan penuh teliti. Membawa perubahan
unutk kemudahan orang ramai juga perlu diteliti agar dapat memenuhi kehendak dan
keperluan masyarakat dapat dicapai. Pusat Perdagangan Pontian, pada mulanya hanya
tertumpu dengan aktivit-aktiviti perniagaan dan banyak menumpukan pengumpulan
keuntungan bagi pihak tertentu seperti usahawan dan ahli perniagaan. Apabila, migrasi
masyarakat dan membuatkan Pusat Perdagangan Pontian menjadi suatu kawasan
tertumpunya masyarakat, pihak kerajaan tempatan telah membuka jalan dan ruang untuk
membina kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam.11 Pada ketika dahulu, perkhidmatan
pengangkutan awam beroperasi di tempat lain tetapi kawasan tersebut tidak sesuai untuk
dijadikan kawasan paerkhidmatan pengangkuan awam kerana keadaan jalan raa di kawasan
tersebut agak sibuk dengan lalu lintas dan kenderaan yang padat. Oleh itu, pihak kerajaan
tempatan telah membuat perpindahan stesen bas dan teksi di Pusat Perdagangan Pontian
dengan lebih strategi dan teratur. Tambahan pula, keadaan bangunan yang djadikan sebagai
tempat stesen bas dan teksi lebih kondusif dan baru untuk memberi keselesaan kepada orang
ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Namun begitu, pelbagai
kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan untuk member yang terbaik kepada
orang ramai. Sebagai pengguna haruslah menggunakan setiap kemudahan yang terdapat di
Pusat Perdagangan Pontian dengan baik agar sentiasa menjadi tempat yang bersih dan selesa.

11

Pengangkutan awam - sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh
orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan.

12
Selain itu, keadaan jalan raya yang baik juga dititikberatkan di Pusat Perdagangan
Pontian. Kemudahan jalan raya juga disediakan unutk masyarakat berhubung dan
memudahkan orang ramai untuk bergerak berurusan di kaasan Pusat Perdagangan Pontian
kerana kawasan tersebut telah menjadi kawasan yang terpenting untuk masyarakat berurusan.
Oleh it, pihak kerajaan tempatan telah membuat satu strategi untuk memberi kemudahan
laluan yang sesuai untuk kenderaan-kenderaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat.
Selain itu, keadaan jalan raya di Pusat perdagangan Pontian adalah baik dan terdapat
peraturan-peraturan jalan raya di kawasan tersebut bagi mengelakkan kesesakan 12 jalan raya
dan berlakunya kemalangan di Pusat Perdagangan Pontian. Namun begitu, walaupun keadaan
jalan di kawasan tersebut adalah baik, tetapi orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan
haruslah bertanggungjawab dengan menggunakan jalan raya di kawasan tersebut dengan
penuh bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain khususnya
antara pengguna-pengguna jalan di kawasan Pusat perdagangan Pontian. Akan tetapi,
terdapat kelemahan yang berlaku apabila keadaan jalan raya yang kondusif dan teratur telah
menyebabkan segelintir masyarakat khususnya remaja yang menggunakan jalan berkenaan
sebagai tempat untuk berlumba antara satu sama lain. Namun, gejala sosial seperti ini telah
dapa sedikit sebanyak ditangani oleh pihak polis daerah Pontian dengan teratur kerana
terdapat pengawasan dari pihak polis di Pusat Perdagangan Pontian, telah menyebabkan
remaja yang inigin melakukan perlumbaan tidak dapat dilakukan kerana takut akan undangundang dan tindakan sewajarnya di kawasan tersebut.

12

Kesesakan - menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk
mengelakkan kesesakan lalu lintas.

13
5.0 Keputusan kajian kawasan :
5.1 Membuka minat dan tarikan terhadap perniagaan Francais
Pusat perdagangan Pontian telah mengalami proses perbandaran yang begitu pesat
walaupun kawasan tersebut merupakan sebahagian kecil dalam daerah Pontian. Pembinaan
bangunan-bangunan yang dapat meyakinkan pihak yang ingin menjalankan perniagaan secara
francais13 telah dapat diwujudkan kerana pihak yang ingin membuka perniagaan secara
francais yakin bahawa Pusat Perdagangan Pontian adalah sebagai kawasan yang strategi yang
mampu member keuntungan dan menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung di
Pontian. Perniagaan francais yang telah wujud di Pusat perdaganagan Pontian adlah seperti
Mc Donalds, KFC, Marry Brown, A&W, 7 Eleven, Snogurt, Season dan Ice Blog.
Keuntungan bukan sahaja dapat dinikmati oleh pihak yang membuka perniagaan francais
tersebut, malah dapat menjana pendapatan pihak kerajaan kerana dari sgi pembayaran cukai
yang merupakan sebahagian daripada peraturan pembayaran cukai makanan yang dicukaikan
kepada perniagaan francais. Kemudahan yang disediakan dapat menarik perhatian kepada
orang ramai terhadap kawasan Pusat Perdagangan Pontian. Akan tetapi, perniagaan francais
di kawasan tersebut telah menyebabkan perniagaan-perniagaan tempatan menjadi tinggi
persaingannya sebagai cabaran untuk mencari pelbagai strategi meningkatkan perniagaan
masing-masing. Walau bagaimanapun, keseimbangan perlu dilakukan di kawasan Pusat
Perdagangan Pontian dengan menumpukan kepentingan perniagaan tempatan yang berniaga
secara kecil-kecilan berbanding dengan perniagaan francais yang terdapat di kawasan
tersebut.

13

Francais - hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk
memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau
kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd
pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat.

14
6.0 Kesimpulan
Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berlaku dengan segala
usaha kerajaan tempatan untuk menarik kedatangan orang ramai. Setelah kajian dilakukan di
dapati bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran kerana aktivitiaktiviti yang didapati adalah semakin berubah dengan menuju perbandaran. Proses
perbandaran yang dicapai telah membawa perubahan kepada memenuhi kehendak dan
keperluan masayarakat dari segi kemudahan yang di sediakan dan terdapat di Pusat
Perdagangan Pontian. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan di Pusat Perdagangan
Pontian yang menjurus kegiatan ekonomi menjana pendapatan masyarakat setempat yang
berkhidmat dan bekerja di kawasan berkenaan. Setelah berlakunya pembangunan, Pusat
Perdagangan Pontian telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai yang datang berurusan
seharian untuk berjalan dengan lancar. Jelaslah, bahawa perbandaran memberi perubahan
kepada sesuatu kawasan yang dahulunya hanya mempunyai aktiviti yang terhad kini
berkembang pesat dengan aktiviti-aktiviti yang khususnya melibatkan aktiviti ekonomi.
Namun begitu, usaha kerajaan tempatan terhadap membangunkan sesuatu kawasan perlu
mempunyai penilaian dan strategi yang baik untuk mencapai pembangunan yang berjaya.
Selain itu, perancangan yang baik dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan
yang dijalankan kepada kerajaan tempatan itu sendiri dan juga masyarakat. Apabila kawasan
Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan bandar, aspek-aspek menjaga kebersihan
sekitarnya perlu dititikberatkan. Hal ini disebabkan, bandar yang bersih adalah suatu nilai
yang menunjukkan bahawa masyarakatnya mempunyai nilai-nilai positif untuk bersama-sama
menjaga kebersihan alam sekitar dengan bertanggungjawab tidak membuang sampah meratarata dan membuang sampah ditempat yang disediakan. Oleh itu, Pusat Perdagangan Pontian
menjadi suatu contoh sebagai kawasan yang mengalami proses perbandaran yang berjaya.

15
BIBLIOGRAFI
Chan Kok Eng. (1987) : Current and Prospective Urbanization in Malaysia, Malaysia Journal
of Tropical Geography, vol.15

Hj Wan Rozali Hj Wan Husin. (2000 May 12). ‘Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran
di Malaysia.

Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. (2012 November 5) MPD. Retrived from
http://www.mdpontian.gov.my/web/guest/kawasan_pentadbiran-mdp (diperolehi 20/11/2012,
5.00 petang)

Majlis Derah Pontian. (2012 November 12). Proses kemajuan bandar. Retrieved from
http://www.mdpontian.gov.my

Pontian

district.

(2012

November

5)

Wikipedia.

Retrived

from

http

://en.wikipedia.org/wiki/Pontian_District

16
LAMPIRAN

Gambar 1: Menunjukkan kedudukan Pusat Perdagangan Pontian yang terletak dengan
berhampiran laut.

Gambar 2: Menunjukkan kawasan nelayan menjalankan aktiviti perikanan. Gambar ini
sebelum Pusat Perdagangan Pontian di bangunkan sebagai bandar.

17
Gambar 3 : Menunjukkan kawasan Pusat Perdagangan Pontian telah mengalami proses
perbandaran dengan wujudnya pelbagai aspek-aspek pembangunan.

Gambar 4 : Menunjukkan kemudah-kemudahan yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian
seperti kemudahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang membuktikan kawasan tersebut
telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai.

18
Gambar 5 : Menunjukkan bangunan Hotel Pontian yang menjadi salah satu tempat
penginapan bagi orang ramai yang datang ke Pusat Perdagangan Pontian dan juga daerah
Pontian.

Gambar 6 : Menunjukan Kawasan Pusat Perdagangan menjadi tempat tumpuan kepada
perniagaan-perniagaan Francais sebagai contoh Mc Donalds.

19

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a SITI NORSAHLIZA WAGIAH

Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaranilahmamat
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamMohd Afif
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)UNie ONie
 
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21Fauziah31
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)NURSYAMIMI SHARIFF
 
Projek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampanProjek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampanhana syakirah
 
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21Amiraqilah97
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21Yong Shih Nee
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)Meera Zaheed
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranAzizah Had
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirNur Hafizah Mohd Abas
 

Semelhante a SITI NORSAHLIZA WAGIAH (20)

Bab14 pembandaran
Bab14 pembandaranBab14 pembandaran
Bab14 pembandaran
 
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islamProjek akhir pembangunan mapan dalam islam
Projek akhir pembangunan mapan dalam islam
 
Rancangan Pembanguna Bagan Serai 30 Tahun Akan Datang
Rancangan Pembanguna Bagan Serai 30 Tahun Akan DatangRancangan Pembanguna Bagan Serai 30 Tahun Akan Datang
Rancangan Pembanguna Bagan Serai 30 Tahun Akan Datang
 
Agenda 21
Agenda 21Agenda 21
Agenda 21
 
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
Pusat Tranformasi Luar Bandar (RTC)
 
Agenda 21
Agenda 21Agenda 21
Agenda 21
 
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21
Tugasan 5 PEMBANGUNAN BANDAR MAPAN: BANDAR ANDA DAN AGENDA TEMPATAN KE 21
 
Pembangunan Bandar di Kota Bharu
Pembangunan Bandar di Kota BharuPembangunan Bandar di Kota Bharu
Pembangunan Bandar di Kota Bharu
 
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
Tugasan 7(lmcp 1532 pembangunan bandar mapan)
 
Projek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampanProjek akhir pembangunan mampan
Projek akhir pembangunan mampan
 
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
Tugasan 5 : Agenda Tempatan 21
 
Agenda 21 t5
Agenda 21 t5Agenda 21 t5
Agenda 21 t5
 
LMCP1552 Tugasan Akhir
LMCP1552 Tugasan AkhirLMCP1552 Tugasan Akhir
LMCP1552 Tugasan Akhir
 
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
Bandar Anda dan Agenda Tempatan 21
 
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
PROSES PEMBANDARAN (URBANISASI)
 
Bandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaranBandar dan pembandaran
Bandar dan pembandaran
 
Tugasan 5
Tugasan 5Tugasan 5
Tugasan 5
 
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek AkhirLMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
LMCP 1552 Pembangunan Mapan Dalam Islam - Projek Akhir
 
Utc final (1)
Utc final (1)Utc final (1)
Utc final (1)
 
Urbanisasi.ppt
Urbanisasi.pptUrbanisasi.ppt
Urbanisasi.ppt
 

SITI NORSAHLIZA WAGIAH

  • 1. 202 DASAR EKONOMI DAN PEMBANGUNAN MALAYSIA SEMESTER 3 (2012/2012) KERTAS KERJA ILMIAH (KKI) NAMA : SITI NORSAHLIZA BINTI WAGIAH NO. KAD PENGENALAN : 911015016724 NO. MATRIK : 110463 MASA TUTORIAL : KHAMIS (2.00 – 2.50 PETANG) NAMA PENSYARAH : PROF. MADYA DR. OSMAN MD YUSOFF
  • 2. ABSTRAK Proses perbandaran adalah berpunca daripada pertambahan penduduk dan perubahan untuk meningkatkan kualiti hidup sosial di sesebuah bandar. Pembangunan bandar, jika dirancang dan dikawal dengan baik dapat membantu dalam meningkatkan tahap pembangunan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Kawasan kajian yang dipilih adalah kawasan Pusat Perdagangan Pontian yang merupakan kawasan kajian kerana terdapat berlakunya proses perbandaran. Pelbagai kalsifikasi yang dapat melalui kajian yang dilaksanakan di kawasan tersebut kerana proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berkenaan memberi impak yang meyakinkan untuk kerajaan tempatan untuk bersedia melakukan aktiviti pembangunan dari masa ke masa dengan memberi perhatian sepenuhnya akan kepentingan kemudahan yang diberkan kepada masyarakat. Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian telah memberi gambaran yang jelas dalam kajian bahawa pembangunan adalah amat penting untuk meningkatkan ekonomi sesebuah kawasan. Sehubungan dengan itu, pelbagai gambaran aktiviti-aktiviti pembangunan yang dibincangkan dalam kajian di Pusat Perdagangan Pontian ini. Kemajuan yang ingin dicapai melalui pelbagai inisiatif dan strategi telah digiatkan oleh kerajaan tempatan untuk membawa perubahan kawasan yang dahulunya sebagai kawasan nelayan tetapi berubah kepada aktiviti-aktiviti yang lebih pesat lagi seperti perniagaan dan perkhidmatan awam yang wujud di Pusat perdagangan Pontian. 1
  • 3. 1.0 Pendahuluan Proses perbandaran berlaku apabila aktiviti-aktiviti yang melibatkan ekonomi yang tertumpu di kawasan tersebut. Pihak yang berwajib seperti Majlis Daerah juga memainkan peranan penting untuk membangunkan kawasan tersebut untuk menarik lagi minat masyarakat menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perniagaan kecil-kecilan, membuka premis perniagaan dan menyediakan perkhidmatan. Sehubungan dengan proses perbandaran, kita perlu mendalami yang dimaksudkan dengan bandar. Definisi bandar adalah dapat dilihat secara luas kerana pelbagai aspek dapat dikaitkan dengan definisi bandar iaitu dari segi fizikal sebgai output yang wujud, bilangan penduduk atau komuniti yang wujud dan aktivitiaktiviti ekonomi yang dilakukan di kawasan bandar tersebut. Namun, secara ringkasnya bandar dapat dijelaskan dengan kemudahan-kemudahan yang disediakan untuk memenuhi kehendak dan keperluan komuniti dan berlakunya perubahan-perubahan fizikal seperti bangunan, kemudahan perhubungan seperti jalan raya dan kemudahan untuk komuniti berurusan dalam kehidupan seharian. Apabila bandar dikaitkan dengan proses perubahan yang berlaku, dapat dikaitkan dengan pembangunan bandar. Pembangunan amat berkait rapat dengan bandar kerana jika tiada pembangunan, perubahan untuk menjadikan sesebuah kawasan itu menjadi sebuah bandar. Pembangunan pula, dapat didefinisikan sebagai ukuran ekonomi – KDNK, pertumbuhan ekonomi, kadar pengangguran1 dan kadar inflasi yang melibatkan daripada pelbagai sudut pandangan ekonomi mengenai pembangunan 1 Pengangguran - perihal (keadaan) menganggur, keadaan (ramai) orang tidak mempunyai pekerjaan: kerajaan bercadang hendak mengurangkan ~ dgn memesatkan pembangunan negara; ~ bermusim pengangguran yg terdapat (berlaku) pd jangka masa tertentu (disebabkan keadaan cuaca yg tidak membolehkan sesuatu pekerjaan dilaksanakan dll); 2
  • 4. 2.0 Kawasan Kajian : 2.1 Perbandaran di Pusat Perdagangan, Pontian Pengkaji telah memilih kawasan yang terlibat dengan proses perbandaran adalah di Pusat Perdagangan, Pontian. Kawasan tersebut mengalami proses perbandaran kerana perubahan secara evolusi yang diperuntukkan oleh Majlis Daerah yang merupakan pihak yang bertanggungjawab untuk mentransformasikan kawasan Pusat Perdagangan, Pontian tersebut. Pengkaji tertarik untuk membuat kajian di kawasan tersebut kerana kini perbandaran di kawasan tersebut sudah jelas apabila pelbagai aktiviti-aktiviti sosioekonomi2 berjalan dengan lancar dan bilangan komuniti yang melibatkan dengan aktiviti-aktiviti ekonomi turut meningkat dari semasa ke semasa. Pada dahulunya, Pusat perdagangan Pontian tidak dipanggil sebagai pusat perdagangan kerana aktiviti sosioekonomi di kawsan tersebut adlah terhad kerana hanya menumpukan dengan kegiatan nelayan dan pasar menjual bahan-bahan makanan basah seperti ikan. Hasil tangkapan ikan-ikan adalah yang segar dari laut yang berhampiran di kawasan tersebut dan dijual terus kepada pelanggan yang datang di pasar berkenaan. Taraf ekonomi pada ketika itu juga rendah dan mempunyai skala pendapatan yang rendah dengan hanya menjalankan aktiviti mennagkap ikan. Pada ketika itu juga, tiada pembangunan yang dilaksanakan keran kawasan tersebut berhampiran dengan laut dan perlu ditambak jika ingin mewujudkan pembangunan di kawasan tersebut. Oleh hal demikian, masyarakat di kawasan itu menggelarkan kawasan tersebut sebagai tambak Pontian kerana kebanyakkan tempat-tempat yang inigin dibangunkan dengan pembangunan, telah ditambak untuk mewujudkan sebuah bandar di Pusat Perdagangan Pontian. 2 Sosioekonomi - berkaitan dgn, melibatkan unsur-unsur atau faktor-faktor kemasyarakatan dan ekonomi: kajian-kajian ~. 3
  • 5. 3.0 Pemerhatian : 3.1 Klasifikasi pembangunan yang dapat dilihat Proses perbandaran di Pusat Perdagangan Pontian, sudah pasti yang melibatkan dengan aktiviti-aktiviti pembangunan yang mempunyai pelbagai dimensi yang dapat dikasifikasikan seperti fizikal sebagai output, sosiekonomi dan sosiobudaya. Pembangunan fizikal yang wujud di Pusat Perdagangan Pontian banyak yang dapat dilihat dengan terbinanya bangunan-bangunan yang menjalankan aktiviti-ativiti perniagan dan bukan itu sahaja malah turut terbinanya bangunan-bangunan yang menawarkan perkhidmatan untuk komuniti seperti Bank dan perkhidmatan pengangkutan seperti sistem pengangkutan bas dan teksi. Pembangunan dari sudut fizikal (output) dapat kita kenalpasti dengan prasaranaprasaranan yang wujud seperti yang dapat kita lihat di kawasan yang dikaji iaitu di Pusat Perdagangan Pontian. Prasarana yang disediakan dapat melancarkan lagi aktiviti-aktiviti komuniti setempat unutk berurusan dan di samping itu juga dapat menarik kedatangan masyarakat luar untuk datang ke bandar Pusat Perdagangan Pontian yang telah berubah menjadi bandar untuk memenuhi kehendak dan keperluan komuniti di Pusat Perdagangan Pontian. Pembangunan yang berkaitan dengan fizikal juga dapat dilihat apabila wujudnya pembangunan tempat-tempat kediaman sebagai perumahan turut disediakan untuk komuniti di kawsan bandar tersebut yang manjadi suatu mekanisma sebagai kemudahan dan perkhidmatan yang secara asas yang perlu untuk menarik kedatangan komuniti unutk bergiat dalam berurusan di Pusat Perdagangan Pontian di samping komuniti juga sebagai mekanisma untuk kemajuan pembangunan sebagai output di Pusat Perdagangan Pontian. Sistem jalan raya yang wujud juga dapat memudahkan aktiviti perhubungan yang dilakukan oleh komuniti untuk berurusan di Pusat Perdagangan Pontian. 4
  • 6. Pembangunan di Pusat Perdagangan Pontian dari sudut sosioekonomi dapat dilihat apabila perindustrian turut wujud di kawasan bandar tersebut. Perindustrian bukan sahaja dapat meningkatkan ekonomi tempatan malah meningkatkan pendapatan masyarakat khususnya di Pontian. Sosioekonomi berlaku apabila kitaran yang melibatkan urusan wang berjalan dengan lancar. Perniagaan-perniagaan telah dibuka di kawasan Pusat Perdagangan Pontian, telah menyebabkan aktiviti ekonomi dapat dijanakan. Selain itu, masyarakat dapat berurusan di Pusat Perdagangan Pontian seperti membeli barangan di premis-premis perniagaan yang disediakan dan ditawarkan oleh peniaga. Pusat Perdagangan Pontian juga telah membawa kesedaran kepada masyarakat untuk menceburi bidang perniagaan terutama kepada kaum Melayu yang kurang melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Usaha dan insentif yang diberikan oleh kerajaan tempatan, telah membawa masyarakat untuk terlibat dengan perniagaan secara kecil-kecilan seperti Industri Kecil Sederhana (IKS) yang diberikan kepada masyarakat untuk menjadi peniaga dan usahawan kecil di Pusat Perdagangan Pontian. Perubahan perbandaran ini, telah membawa perubahan kepada pembangunan yang memberi kebaikan kepada masyarakat. Jelaslah, bahawa di kawasan tersebut bersesuaian untuk dibangunkan oleh kerajaan tempatan dengan pelbagai kemudahan infrastruktur yang dibangunkan. Selain itu, masayarakat juga dapat menikmati kemudahan dengan perkhidmatan Bank yang disediakan seperti Maybank dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian. Ekonomi yang pada mulanya adalah berskala kecil sebelum bandar berkenaan dibangunkan, seperti aktiviti nelayan yang terhad di kawasan tersebut akan tetapi kini kawasan bandar tersebut telah dibangunkan dan ekonominya semakin meningkat berkoordinasikan dengan Pusat Perdagangan Pontian yang strategi menjadi tumpuan masyarakat di kawasan tersebut. 5
  • 7. Pembangunan yang dilihat daripada sudut sosiobudaya adalah dapat dikaitkan dengan sosial masyarakat di kawasan bandar tersebut iaitu di Pusat Perdagangan Pontian. Masyarakat dapat membentuk identiti yang sejahtera dengan aktiviti beriadah bersama keluarga. Di Pusat Perdagangan Pontian, kawasan tersebut adalah berdekatan dengan laut yang bersebelahan dengan Pulau Pisang yang dapat dilihat dari jauh. Pada waktu petang, kawasan di Pusat Perdagangan Pontian yang berhampiran dengan laut, amat sesuai dengan aktiviti beriadah seperti bersenam, bermain layang-layang dan berkelah. Tidak hairan jika pada dahulu kawasan tersebut tidak dilawati oleh orang ramai tetapi kini menjadi tumpuan orang ramai untuk menikmati kemudahan dan keindahan yang ada di Pusat Perdagangan Pontian terutama di kawasan yang berhampiran dengan laut. Selain itu, masyarakat juga dapat mengeratkan hubungan antara pelbagai kaum dengan mengenali antara satu sama lain walaupun berbeza kaum dan agama. Masyarakat dapat meningkatkan hubungan yang sejahtera3 dengan bersama-sama menggunakan kemudahan yang disediakan di Pusat Perdagangan Pontian. Tiada syarat dan peraturan yang tertentu untuk masyarakat telah menyebabkan masyarakat mengenali antara satu sama lain. Kebiasaannya, di Pusat Perdagangan Pontian, pada waktu pagi, masyarakat Cina gemar melakukan aktiviti bersenam yang dikanali sebagai senaman Tai Chi yang memerlukan kawasan yang aman dan damai. Terdapat juga masyarakat Melayu yang mengikuti senaman tersebut untuk memperoleh kebaikan dan kesihatan disamping itu juga dapat mengeratkan perpaduan antara satu sama lain. 3 Sejahtera - aman dan makmur, senang dan ten-teram, terpelihara drpd bencana (kesusahan, gangguan, dll): moga-moga kita dapat hidup dlm ~; selamat ~; menyejahterakan menjadikan sejahtera, mengamankan, menyelamatkan: Ya Tuhan-ku, sejahterakanlah Laksamana itu; kesejahteraan keselamatan, kesenangan (hidup dll), kesentosaan, ketenteraman: manusia mesti bekerja keras utk mendapat ~ di dunia dan di akhirat. 6
  • 8. 3.2 Pelaksanaan ekonomi dan pembangunan yang wujud Pembangunan bagi sesebuah bandar adalah amat sinonim dengan ekonomi pembangunan. Pada masa kini ekonomi pembangunan adalah amat penting untuk menggerakkan proses pembangunan itu bergerak dan memberi kesan yang dapat memberikan kesan yang positif dan manfaat dengan berlakunya pembangunan di Pusat Perdagangan Pontian. Strategi ekonomi dengan mengubah tahap pendapatan di kawasan tersebut oleh kerajaan tempatan telah menyebabkan strategi tersebut mendapat perubahan yang positif. Pada ketika dahulu, ekonomi yang dijalankan adalah aktiviti yang begitu terhad iaitu aktiviti penangkapan ikan yang sangat minimum dan terdapat juga kedai-kedai makan nelayan yang terdapat di kawasan tersebut. Pihak kerajaan tempatan telah membuat perubahan dengan mengalihkan struktur kawasan tersebut dengan menambak sebahagian kawasan tersebut. Pada ketika proses penambakan, masyarakat di kawasan tersebut mengelarkan kawasan tersebut adalah ‘tambak Pontian’ kerana tiada aktiviti ekonomi yang dijalankan dan pembangunan juga masih kurang dilaksanakan. Kerajaan tempatan telah membuat keputusan untuk mengalihkan penumpuan aktiviti nelayan dan penangkapan ikan di kawasan yang lebih strategi dan bersesuaian iaitu di kawasan bersebelahan Pusat Perdagangan Pontian. Bagi perubahan proses pembangunan yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian, tenaga buruh yang diperlukan untuk perubahan membina bangunan-bangunan adalah memerlukan tenaga buruh yang tinggi. Kedatangan buruh asing yang menyumbang tenaga buruh dalam sektor pembinaan telah wujud di kawasan tersebut. Bilangan tenaga buruh yang diperlukan yang banyak telah menyebabkan proses pembinaan berjalan dengan lancar dan dapat dibina dengan sepenuhnya. Tambahan pula, dari semasa ke semasa perbandaran di Pusat Perdagangan Pontian, memerlukan tenaga buruh yang banyak untuk pelaksanaan pembangunan yang bakal dibangunkan pada masa akan datang. 7
  • 9. 3.3 Kawasan membangun dan keselamatan turut dikuatkuasakan Perubahan sesuatu kawasan yang menjadi bandar akan mengalami perubahan yang paling jelas iaitu keadaan sosial di kawasan berkenaan. Semakin membangun sesuatu kawasan, keselamatan perlu dikuatkuasakan dan diambil perhatian sepenuhnya, terutama pihak yang bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan yang terjamin. Apabila Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan tumpuan,4 kemasukan dan perubahan masyarakat turut berlaku iaitu kawasan menjadi tumpuan masayarakat. Bandar yang selamat perlu dijaga dengan betul dan sentiasa mengambil perhatian yang penuh dengan menghalang berlakunya jenayah5 yang dapat membimbangkan keselamatan orang ramai yang datang ke Pusat Perdagangan Pontian. Sehubungan dengan itu, kerajaan tempatan telah menyediakan tempat khas Polis Daerah Pontian untuk menjaga keselamatan6 di persekitaran Pusat Perdagangan Pontian supaya sentiasa berkeadaan baik dan selamat untuk orang ramai. Selain itu juga, tempat khas Polis Daerah Pontian di kawasan tersebut juga berperanan sebagai tempat membuat aduan mengenai masalah yang dihadapi oleh orang ramai berkenaan bandar kawasan Pusat Perdagangan Pontian 4 Tumpuan - sesuatu yg digunakan utk bertumpu ketika hendak melompat dll. 2 orang dll yg menjadi pusat perhatian (tempat mengadu dll): Beliaulah yg menjadi ~ orang-orang kampung. 3 pusat tempat bertumpu atau tempat berkumpul; pusat atau pangkalan utk menyerang dll. 5 Jenayah - kejahatan, kesalahan jenayah; hukum ~ = undang-undang ~ undang-undang bkn perbuatanperbuatan jenayah; perkara ~ perkara (kes) jenayah; tindakan (perbuatan) ~ perbuatan yg dianggap sbg jenayah; kitab undang-undang hukum ~ buku undang-undang yg menyatakan hukuman-hukuman jenayah. 6 Keselamatan - Perlindungan yang diberikan dari segi teknikal dan pentadbiran terhadap sistem komputer supaya tidak diceroboh, termusnah, atau tercemar secara sengaja atau tidak. 8
  • 10. 3.4 Menjana aktiviti pelancongan Pusat Perdagangan Pontian berhampiran dengan kawasan bandar-bandar yang lain kerana Pusat Perdagangan Pontian adalah berada di bahagian tengah antara jalan Benut, jalan Johor Bharu dan jalan Kukup. Kedudukannya yang strategic telah menarik orang ramai untuk datang ke Pusat Perdagangan Pontian. Walaupun tiada persekitaran yang lebih tertumpu kepada alam semula jadi, akan tetapi kedudukannya yang bersebelahan dengan laut telah menyebabkan terbinanya Hotel Pontian. Terbinanya Hotel Pontian dapat memberi kemudahan kepada orang ramai yang datang ke Pontian dengan menginap di Hotel Pontian. Perkhidmatan yang disediakan adalah kondusif7 walaupun Hotel Pontian hanya dibina satu sahaja, tetapi itu membuktikan bahawa ada satu usaha untuk membangunkan kawasan Pusat Perdagangan dengan perbandaran yang sesuai. Selain itu, Hotel Pontian bergabung dengan sebuah restoran yang terkenal di kawasan tersebut iaitu Restoran Aliff yang menyediakan pelbagai jenis makanan yang sangat istimewa untuk para pengunjung yang datang ke Pusat Perdagangan Pontian. Restoran berkenaan juga menyediakan perkhidamatan jalur lebar untuk orang ramai yang berada di kawasan tersebut untuk mendapatkan kemudahan internet. Ini membuktikan proses perbandaran di kawasan Pusat perdagangan Pontian amat memberansangkan dan memenuhi kehendak orang ramai dan penduduk di Pontian. 7 Kondusif - sesuai, baik dsb utk membantu, mencapai atau mendorong menghasilkan sesuatu: dgn penyediaan persekitaran yg ~, negara akan terus mengalami perkembangan ekonomi yg menggalakkan; keadaan ini dikatakan tidak ~ dlm melahirkan suatu generasi baru pemikiran dan intelektual yg berwibawa. 9
  • 11. Selain itu, Pusat Perdagangan Pontian turut menyediakan kawasan untuk orang ramai memancing ikan di laut berkenaan. Aktiviti memancing di Pusat Perdagangan Pontian bukan sahaja tidak mendapat perhatian orang ramai malah orang luar yang bukan penduduk di Pontian, turut tertarik dengan aktiviti memancing di laut berkenaan. Pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan memancing dengan pertandingan joran8 turut diadakan setiap kali bagi menarik kedatangan orang ramai ke Pusat Perdagangan Pontian dengan aktiviti memancing tidak kira sama ada aktiviti memancing yang diadakan dalam pertandingan 9 mahupun aktiviti untuk mengisi masa lapang bagi penggemar memancing ikan di laut. Penarikan tempattempat yang besesuaian untuk menarik orang ramai datang ke Pusat Perdagangan Pontian dari masa ke masa telah membawa perubahan yang lebih tetumpu dengan menyediakan pelbagai tempat-tempat permainan dan bersukan. Misalnya, di Pusat Perdagangan Pontian turut menyediakan kawasan untuk bermain futsal dan tempat untuk bersenam. Keperihatinan kerajaan tempatan menyediakan kemudahan-kemudahan seperti itu merupakan satu usaha10 bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran yang mempunyai impak positif kepada penarikan orang ramai terhadap Pusat Perdagangan Pontian. 8 Joran - batang pancing; tangkai pancing. 9 Pertandingan - perihal bertanding, perlawanan (bola dll), perlumbaan (berlari, berenang, dll), peraduan: satu ~ menembak dgn menggunakan pistol akan diadakan di Jalan Padang Tembak; 2. perihal bersaing, perlumbaan (utk mencapai kejayaan dll), persaingan; 3. perbandingan. 10 Usaha - menjadikan pesat (pantas, cepat); 2. memperkembangkan (memajukan) dgn cepat, melaksanakan (menggerakkan dsb) dgn pesat atau lebih pesat: keinginan hendak mengeluarkan bahan makanan yg cukup telah membuat kerajaan ~ lagi usaha-usaha mencari benih-benih tanaman yg terpilih; usaha-usaha dan langkah-langkah yg membantu ~ perkembangan bahasa Melayu; 10
  • 12. 4.0 Dapatan kawasan kajian : 4.1 Proses perbandaran telah mewujudkan peluang pekerjaan Proses dan perkembangan sesebuah bandar memerlukan mekanisma buruh untuk mencapai kitaran bandar itu berjalan dengan lancar. Sebelum Pusat Perdagangan dibina, kawasan tersebut tidak menawarkan pelbagai jenis pekerjaan kerana keadaan pembangunan adalah amat terhad. Setelah Pusat Perdagangan Pontian dibangunkan dari masa ke masa telah menyebabkan kadar permintaan untuk peluang pekerjaan adalah semakin tinggi kerana pelbagai pekerjaan dapat ditawarkan kepada orang ramai. Selain itu, premis-premis perniagaan turut dibuka menyebabkan masyarakat meminta pekerjaan di premis-premis perniagaan untuk memperoleh kebaikan yang berada di Pusat Perdaganagan Pontian. Usaha mewujudkan peluang pekerjaan bukan sahaja member kebaikan dan keuntungan kepada pemilik dan usahawan, malah amat memberi kebaikan kepada masyarakat untuk meningkatkan pendapatan masyarakat. Jelaslah bahawa, proses perbandaran di Pusat Perdagangan Pontian, bukan sahaja dapat mewujudkan kawasan yang kondusif dan membuktikan Pusat Perdagangan Pontian mengalami perubahan perbandaran tetapi usaha ini dapat member peluang kepada masyarakat untuk meningkatkan pandapatan dengan bekerja di pelbagai bidang dan sektor yang wujud di Pusat perdagangan Pontian. Mewujudkan peluang pekerjaan ini adalah salah satu usaha untuk memberi galakkan kepada masyarakat sentiasa berusaha mencari pekerjaan di pelbagai sektor dan premis-premis perniagaan yang terdapat di Pusat perdagangan Pontian. Tiada alasan untuk masyarakat terpaksa membuat imigrasi untuk keluar dari kawasan bandar berkenaan untuk mendapatkan pekerjaan kerana peluang pekerjaan di kawasan berkenaan dapat memberi kemudahan kepada masyarakat untuk bekerja dengan lebih mudah dengan jarak kediaman yang dekat. 11
  • 13. 4.2 Memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat setempat Keupayaan untuk menjadi sebuah bandar yang berpusat adalah sukar kerana memerlukan pelbagai strategi dan perancangan dengan penuh teliti. Membawa perubahan unutk kemudahan orang ramai juga perlu diteliti agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan masyarakat dapat dicapai. Pusat Perdagangan Pontian, pada mulanya hanya tertumpu dengan aktivit-aktiviti perniagaan dan banyak menumpukan pengumpulan keuntungan bagi pihak tertentu seperti usahawan dan ahli perniagaan. Apabila, migrasi masyarakat dan membuatkan Pusat Perdagangan Pontian menjadi suatu kawasan tertumpunya masyarakat, pihak kerajaan tempatan telah membuka jalan dan ruang untuk membina kemudahan perkhidmatan pengangkutan awam.11 Pada ketika dahulu, perkhidmatan pengangkutan awam beroperasi di tempat lain tetapi kawasan tersebut tidak sesuai untuk dijadikan kawasan paerkhidmatan pengangkuan awam kerana keadaan jalan raa di kawasan tersebut agak sibuk dengan lalu lintas dan kenderaan yang padat. Oleh itu, pihak kerajaan tempatan telah membuat perpindahan stesen bas dan teksi di Pusat Perdagangan Pontian dengan lebih strategi dan teratur. Tambahan pula, keadaan bangunan yang djadikan sebagai tempat stesen bas dan teksi lebih kondusif dan baru untuk memberi keselesaan kepada orang ramai yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam. Namun begitu, pelbagai kemudahan yang disediakan oleh kerajaan tempatan untuk member yang terbaik kepada orang ramai. Sebagai pengguna haruslah menggunakan setiap kemudahan yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian dengan baik agar sentiasa menjadi tempat yang bersih dan selesa. 11 Pengangkutan awam - sistem pengangkutan bermotor spt teksi, bas, dan kereta api yg boleh digunakan oleh orang ramai di kawasan tertentu dgn kadar tambang yg telah ditetapkan. 12
  • 14. Selain itu, keadaan jalan raya yang baik juga dititikberatkan di Pusat Perdagangan Pontian. Kemudahan jalan raya juga disediakan unutk masyarakat berhubung dan memudahkan orang ramai untuk bergerak berurusan di kaasan Pusat Perdagangan Pontian kerana kawasan tersebut telah menjadi kawasan yang terpenting untuk masyarakat berurusan. Oleh it, pihak kerajaan tempatan telah membuat satu strategi untuk memberi kemudahan laluan yang sesuai untuk kenderaan-kenderaan bergerak dari satu tempat ke satu tempat. Selain itu, keadaan jalan raya di Pusat perdagangan Pontian adalah baik dan terdapat peraturan-peraturan jalan raya di kawasan tersebut bagi mengelakkan kesesakan 12 jalan raya dan berlakunya kemalangan di Pusat Perdagangan Pontian. Namun begitu, walaupun keadaan jalan di kawasan tersebut adalah baik, tetapi orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan haruslah bertanggungjawab dengan menggunakan jalan raya di kawasan tersebut dengan penuh bertanggungjawab dan saling hormat-menghormati antara satu sama lain khususnya antara pengguna-pengguna jalan di kawasan Pusat perdagangan Pontian. Akan tetapi, terdapat kelemahan yang berlaku apabila keadaan jalan raya yang kondusif dan teratur telah menyebabkan segelintir masyarakat khususnya remaja yang menggunakan jalan berkenaan sebagai tempat untuk berlumba antara satu sama lain. Namun, gejala sosial seperti ini telah dapa sedikit sebanyak ditangani oleh pihak polis daerah Pontian dengan teratur kerana terdapat pengawasan dari pihak polis di Pusat Perdagangan Pontian, telah menyebabkan remaja yang inigin melakukan perlumbaan tidak dapat dilakukan kerana takut akan undangundang dan tindakan sewajarnya di kawasan tersebut. 12 Kesesakan - menyebabkan tidak dpt dilalui (ttg jalan, sungai dll); menghalang: Polis telah ~ jalan itu utk mengelakkan kesesakan lalu lintas. 13
  • 15. 5.0 Keputusan kajian kawasan : 5.1 Membuka minat dan tarikan terhadap perniagaan Francais Pusat perdagangan Pontian telah mengalami proses perbandaran yang begitu pesat walaupun kawasan tersebut merupakan sebahagian kecil dalam daerah Pontian. Pembinaan bangunan-bangunan yang dapat meyakinkan pihak yang ingin menjalankan perniagaan secara francais13 telah dapat diwujudkan kerana pihak yang ingin membuka perniagaan secara francais yakin bahawa Pusat Perdagangan Pontian adalah sebagai kawasan yang strategi yang mampu member keuntungan dan menarik perhatian orang ramai yang datang berkunjung di Pontian. Perniagaan francais yang telah wujud di Pusat perdaganagan Pontian adlah seperti Mc Donalds, KFC, Marry Brown, A&W, 7 Eleven, Snogurt, Season dan Ice Blog. Keuntungan bukan sahaja dapat dinikmati oleh pihak yang membuka perniagaan francais tersebut, malah dapat menjana pendapatan pihak kerajaan kerana dari sgi pembayaran cukai yang merupakan sebahagian daripada peraturan pembayaran cukai makanan yang dicukaikan kepada perniagaan francais. Kemudahan yang disediakan dapat menarik perhatian kepada orang ramai terhadap kawasan Pusat Perdagangan Pontian. Akan tetapi, perniagaan francais di kawasan tersebut telah menyebabkan perniagaan-perniagaan tempatan menjadi tinggi persaingannya sebagai cabaran untuk mencari pelbagai strategi meningkatkan perniagaan masing-masing. Walau bagaimanapun, keseimbangan perlu dilakukan di kawasan Pusat Perdagangan Pontian dengan menumpukan kepentingan perniagaan tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan berbanding dengan perniagaan francais yang terdapat di kawasan tersebut. 13 Francais - hak atau kebenaran yg diberikan oleh pengeluar atau sesebuah syarikat kpd pengusaha utk memasarkan barangannya atau perkhidmatan yg diasaskannya. memfrancaiskan memberikan hak atau kebenaran terhadap barangan keluaran atau perkhidmatan yg diasaskan oleh pengeluar atau syarikat asal kpd pengusaha utk dipasarkan: Syarikat itu ~ hasil pengeluarannya kpd individu yg berminat. 14
  • 16. 6.0 Kesimpulan Proses perbandaran yang berlaku di Pusat Perdagangan Pontian berlaku dengan segala usaha kerajaan tempatan untuk menarik kedatangan orang ramai. Setelah kajian dilakukan di dapati bahawa Pusat Perdagangan Pontian mengalami proses perbandaran kerana aktivitiaktiviti yang didapati adalah semakin berubah dengan menuju perbandaran. Proses perbandaran yang dicapai telah membawa perubahan kepada memenuhi kehendak dan keperluan masayarakat dari segi kemudahan yang di sediakan dan terdapat di Pusat Perdagangan Pontian. Pelbagai aktiviti-aktiviti yang dapat dilakukan di Pusat Perdagangan Pontian yang menjurus kegiatan ekonomi menjana pendapatan masyarakat setempat yang berkhidmat dan bekerja di kawasan berkenaan. Setelah berlakunya pembangunan, Pusat Perdagangan Pontian telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai yang datang berurusan seharian untuk berjalan dengan lancar. Jelaslah, bahawa perbandaran memberi perubahan kepada sesuatu kawasan yang dahulunya hanya mempunyai aktiviti yang terhad kini berkembang pesat dengan aktiviti-aktiviti yang khususnya melibatkan aktiviti ekonomi. Namun begitu, usaha kerajaan tempatan terhadap membangunkan sesuatu kawasan perlu mempunyai penilaian dan strategi yang baik untuk mencapai pembangunan yang berjaya. Selain itu, perancangan yang baik dapat memberi kesan yang positif kepada pembangunan yang dijalankan kepada kerajaan tempatan itu sendiri dan juga masyarakat. Apabila kawasan Pusat Perdagangan Pontian menjadi kawasan bandar, aspek-aspek menjaga kebersihan sekitarnya perlu dititikberatkan. Hal ini disebabkan, bandar yang bersih adalah suatu nilai yang menunjukkan bahawa masyarakatnya mempunyai nilai-nilai positif untuk bersama-sama menjaga kebersihan alam sekitar dengan bertanggungjawab tidak membuang sampah meratarata dan membuang sampah ditempat yang disediakan. Oleh itu, Pusat Perdagangan Pontian menjadi suatu contoh sebagai kawasan yang mengalami proses perbandaran yang berjaya. 15
  • 17. BIBLIOGRAFI Chan Kok Eng. (1987) : Current and Prospective Urbanization in Malaysia, Malaysia Journal of Tropical Geography, vol.15 Hj Wan Rozali Hj Wan Husin. (2000 May 12). ‘Kualiti hidup sosial dan proses perbandaran di Malaysia. Kawasan pentadbiran Majlis Daerah Pontian. (2012 November 5) MPD. Retrived from http://www.mdpontian.gov.my/web/guest/kawasan_pentadbiran-mdp (diperolehi 20/11/2012, 5.00 petang) Majlis Derah Pontian. (2012 November 12). Proses kemajuan bandar. Retrieved from http://www.mdpontian.gov.my Pontian district. (2012 November 5) Wikipedia. Retrived from http ://en.wikipedia.org/wiki/Pontian_District 16
  • 18. LAMPIRAN Gambar 1: Menunjukkan kedudukan Pusat Perdagangan Pontian yang terletak dengan berhampiran laut. Gambar 2: Menunjukkan kawasan nelayan menjalankan aktiviti perikanan. Gambar ini sebelum Pusat Perdagangan Pontian di bangunkan sebagai bandar. 17
  • 19. Gambar 3 : Menunjukkan kawasan Pusat Perdagangan Pontian telah mengalami proses perbandaran dengan wujudnya pelbagai aspek-aspek pembangunan. Gambar 4 : Menunjukkan kemudah-kemudahan yang terdapat di Pusat Perdagangan Pontian seperti kemudahan Perkhidmatan Pengangkutan Awam yang membuktikan kawasan tersebut telah menjadi kawasan tumpuan orang ramai. 18
  • 20. Gambar 5 : Menunjukkan bangunan Hotel Pontian yang menjadi salah satu tempat penginapan bagi orang ramai yang datang ke Pusat Perdagangan Pontian dan juga daerah Pontian. Gambar 6 : Menunjukan Kawasan Pusat Perdagangan menjadi tempat tumpuan kepada perniagaan-perniagaan Francais sebagai contoh Mc Donalds. 19