SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
Bab 2: Media Pengajaran
1
KANDUNGAN
Bab 1: Pengenalan kepada Teknologi
Bab 2: Media Pengajaran
Bab 3: Pengajaran Berbantukan
Komputer
Bab 4: Media Pengajaran 2-Dimensi
Bab 5: Media Pengajaran 3-Dimensi
Bab 6: Kad Imbasan
Bab 7: Audio dalam Pengajaran
Bab 8: Video dalam Pengajaran
Bab 9: Web 2.0 dalam Pengajaran
BAB 2: Media Pengajaran
Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:
a) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan media pengajaran
b) Bezakan di antara jenis-jenis media pengajaran
c) Jelaskan bagaimana Kon Dale membantu guru memilih media pengajaran
serta kaedah mengajar
d) Huraikan bagaimana Model Shulman menjelaskan penginterasian teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran
2.1 Mukadimah
2.1 Apakah media pengajaran?
2.3 Jenis media pengajaran?
2.4 Mengapakah media digunakan
dalam pengajaran Bahasa Melayu?
2.5 Pemiihan media pengajaran
2.6 Kon Dale
2.7 Model Shulman
Ringkasan
Rujukan
Bab 2: Media Pengajaran
2
Media pengajaran memainkan peranan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah. Bab ini memperkenalkan konsep media pengajaran dengan tumpuan kepada jenis
media pengajaran, alasan pemilihan media pengajaran, bagaimana media pengajaran
mempengaruhi pembelajaran serta perbincangan tentang model Dale dan Shulman.
Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada perkataan
Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar. Dengan perkataan lain,
‘media’ merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada
penerima Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru
kepada pelajar (Lihat Rajah 2.1). Terdapat pelbagai jenis media dan diantaranya ialah radio,
televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid dan lain-lain.
Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau
kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada penerima (pelajar)
2.1 Mukadimah
2.2 Apakah Media Pengajaran?
Murid - penerima
Media - gambar
Guru - penyampai
Bab 2: Media Pengajaran
3
sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar yaang membawa
kepada proses pembelajaran. Media bertujuan meningkatkan kefahaman dalam kalangan
pelajar (penerima).
Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu saluran
mesej, bentuk mesej dan mesej.
 Mesej - Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej
berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai
mesej yang ingin disampaikan
 Bentuk Mesej - bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas,
bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh
disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.
 Saluran Mesej - peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang
membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor
filem, projektor LCD dan sebagainya
Rajah 2.2 Komponen-Komponen Media Pengajaran
Pada masa kini terdapat pelbagai jenis media pengajaran yang boleh digunakan oleh guru
untuk mengajar berbagai mata pelajaran kepada pelajar di tadika hingga ke pengajian tinggi.
Berikut ini ialah suatu cadangan klasifikasi media pengajaran:
Mesej
Bentuk Mesej
Saluran Mesej
2.3 Jenis Media Pengajaran
Bab 2: Media Pengajaran
4
Jenis Media Contoh
1 Media Tayang Statik transparensi, slaid dan mikrofilem
2 Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem
3 Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf
4 Gambar Statik gambar foto, kad imbasan dan poskad
5 Bahan Pameran 3-Dimensi model, boneka, diorama dan puppet
6 Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan
papan buletin, smart board
7 Media Audio pita kaset, cakera padat, podcast
8 Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan
risalah, kad imbasan
Jadual 2.1 Jenis Media Pengajaran
Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan itu
sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak. Sesuatu media
pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan.
Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih
konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Sesuatu media
pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan
berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar
yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Ini jelas
dapat digambarkan dalam Jadual 2.2
MEDIA PENGALAMAN
Perkataan Abstrak
Konkrit
Rajah
Peta
Gambar Foto
Video
Model 3D
Objek / Realia
Demonstrasi
Simulasi Komputer
Situasai sebenar
Jadual 2.2 Media Pengajaran Konkrit hingga Abstrak
Bab 2: Media Pengajaran
5
Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran
dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media
sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.
Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam
suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan
pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk
salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir
simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut.
Media digunakan dalam pengajaran untuk: Lihat Rajah 232.
 Memperjelaskan Penyampaian Mesej - Anggapan, perkataan sudah memadai
untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai
masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar
atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan
maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui
penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.
 Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera - Antara contoh
berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera:
o Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar,
transparensi, filem atau video.
o Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse
atau high-speed photography.
o Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem,
gambar foto mahupun secara lisan.
2.4 Mengapakah Media Digunakan dalam Pengajaran
Bahasa Melayu?
a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘media pengajaran’?
b) Jelaskan tiga komponen media pengajaran yang diutarakan oleh
Torkelson (1972).
c) Senaraikan jenis-jenis media pengajaran.
d) Apakah yang maksudkan dengan ‘media konkrit’ dan ‘media abstrak’?
Bab 2: Media Pengajaran
6
o Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam
bentuk model, gambar rajah, dll.
o Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.
 Menarik Minat - Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat
mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi
dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut
kemampuan dan keselesaan masing-masing.
Rajah 2.3 Mengapakah Media Pengajaran Digunakan?
 Pengalaman dan Persepsi yang Sama - Walaupun kurikulum dan bahan
pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap
pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami
kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya
dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya,
sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan
Mengapakah
Media
Digunakan
dalam
Pengajaran?
Memperjelaskan Penyampaian
Mesej
Mengatasi Batasan Ruang, Waktu
& Pancaindera
Menarik Minat
Pengalaman & Persepsi yang Sama
Tanpa Bergantung kepada Guru
Bab 2: Media Pengajaran
7
kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk
persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.
 Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Guru - Media boleh digunakan secara
berkesan tanpa kehadiran guru, sama ada kerana guru tidak ada atau sedang
membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar
dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda
mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri.
Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu
menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai
pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas
guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan
kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata.
Pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran
berkesan. Pemilihan media perlu berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media.
Ini bermakna, pendekatan yang akan diambil oleh seorang adalah untuk menghasilkan sendiri
media pengajaran. Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh,
tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana mungkin media yang digunakan tidak
sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Contohnya, dalam
pengajaran Bahasa Melayu pelbagi istilah yang abstrak sukar dibayangkan, jika hanya
diucapkan secara lisan. Ia perlu disertakan dengan media-media yang sesuai. Berikut ini
dibincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu media pengajaran.
1) Objektif Pelajaran- Pemilihan media pengajaran sangat bergantung kepada objektif
pelajaran. Guru tidak menggunakan sesuatu media pengajaran semata-mata ingin
menunjukkan kepada pihak tertentu bahawa ‘banyak menggunakan bahan bantuan
mengajar’ kecualikan ia berkait rapat dengan objektif pelajaran. Contohnya, guru
yang ingin melatih kemahiran mendengar murid mungkin menggunakan pita rakaman
atau guru yang ingin mengajar kanak-kanak menguasai abjad mungkin menggunakan
kad imbasan atau gambar.
2) Stail Pembelajaran Murid - Satu aspek penting dalam pemilihan media pengajaran
ialah mengetahui ciri-ciri pelajar. Dengan mengetahui siapa pelajar, guru dapat
memastikan media yang paling sesuai bagi mereka. Ciri paling penting ialah stail
pembelajaran. Stail pembelajaran ditafsirkan sebagai cara yang paling selesa bagi
seseorang itu mempelajari sesuatu. TIGA stail pembelajaran yang lazim terdapat
dalam kalangan murid-murid ialah stail pembelajaran visual, stail pembelajaran
auditori dan stail pembelajaran kinesthetic (Lihat Rajah 2.4).
2.5 Pemilihan Media Pengajaran
Bab 2: Media Pengajaran
8
Rajah 2.4 Tiga Stail Pembelajaran Murid
Pelajar visual biasanya:
 Perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. Oleh itu guru perlu
menggunakan media pengajaran seperti slaid, video, gambar rajah dan ilustrasi
apabila menjelaskan konsep dan prinsip penting.
 Oleh kerana pelajar visual sangat sensitif terhadap warna, pelbagai kod warna harus
digunakan dalam penyediaan nota dan bahan-bahan percetakan.
 Pelajar menghadapi masalah mempelajari sesuatu yang disampaikan secara lisan
dengan menggunakan perkataan. Oleh itu guru perlu cuba mengilustrasi atau
menggambarkan perkataan dalam bentuk rajah, katun atau carta aliran.
Pelajar auditori biasanya:
 Lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar. Mereka menghadapi
masalah mengikuti arahan secara bertulis. Untuk memahami konsep dan prinsip
penting, mereka perlu mendengar untuk memahami dan.
 Mereka jugan mengahadapi keskuaran memahami arahan berbentuk bertulis dan
kurang minat membaca.
 Oleh itu pelajar ini lebih minat sekiranya arahan dan penerangan konsep serta princip
disampaikan secara lisan atau disampaikan dengan menggunakan alat perakam suara..
Pelajar kinestatik biasanya:
 Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti) dan boleh mencantum bahagian-bahagian
alat-alatan tanpa membaca panduan. Mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep
atau prinsip jika terlibat secara fizikal.
 Oleh itu, guru perlu membuka peluang untuk murid mempelajari seacara ‘experential’
dengan membuat model, membuat kerja dimakmal atau melakonkan kefahaman
mereka.
3) Kaedah Pengajaran - Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah
mengajar yang digunakan. Contohnya, jika kaedah mengajar melibatkan keseluruhan
kelas, mungkin TV atau radio boleh disiarkan untuk ditontoh atau didengar oleh
semua pelajar dalam kelas, Sebaliknya, jika kaedah mengajar memerlukan setiap
pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja mungkin
diedarkan untuk pelajar membuat latihan. Sebaliknya, jika pendidikan jarak jauh
AUDITORI KINESTETIK
Bab 2: Media Pengajaran
9
digunakan, bahan pembelajaran kendiri perlu disediakan untuk membolehkan pelajar
mengikuti pelajaran secara bersendirian dan guru berperanan sebagai fasilitator.
4) Pelaksanaan -Akhir sekali ialah faktor ‘pelaksanaan’. Adakah media pengajaran
yang ingin digunakan mudah diperoleh? Jika mudah diperoleh, adakah mudah
digunakan? Contohnya, guru ingin menggunakan ‘laptop’ dalam bilik darjah, tetapi
terdapat dua ‘laptop’. Mungkin guru perlu menyesuaikan penggunaan dua ‘laptop’
berkenaan dengan 35 pelajar dalam kelas. Banyak yang kita ingini tetapi tidak
keadaan tidak menizinkan. Oleh demikian guru yang ingin melaksanakan sesuatu
media dalam bilik dajah perlu mengambil kira keadaan sebenar.
Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang
disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teorinya, Dale
memperjelaskan kesan media terhadap pembelajaran (Lihat Rajah 2.5). Kon ini menyusun
media pengajaran daripada konkrit hingga abstrak. Dale mengklasifikasi media dan teknik
yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran
berkesan. Teori ini menjelaskan bahawa impak daripada bahan bantu mengajar atau kaedah
teknik pengajaran yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Media pengajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada yang sukar kepada lebih
mudah, iaitu konkrit kepada abstrak. Sehubungan itu, Dale menyarankan agar pengajaran
haruslah bermula daripada yang konkrit kepada abstrak. Menurut beliau, pengunaan
teknologi dalam pengajaran boleh memaksimumkan penguasaan pelajar. Teori Dale ini telah
mengubah persepsi ahli pendidikan tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran
dan pembelajaran. Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga
peringkat iaitu penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.
PERINGKAT PENGLIBATAN
2.6 Kon Pengalaman Dale
a) Mengapakah media digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di
sekolah rendah?
b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu jenis
media pengajaran.
c) Sejauh manakah anda bersetuju, bahawa stail pembelajaran penting
dalam pemilihan media pengajaran?
Bab 2: Media Pengajaran
10
Peringkat yang pertama ialah penglibatan yang membabitkan pengalaman konkrit. Oleh hal
yang demikian, kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar
menjadi asas permulaan dengan penglibatan pelajar itu sendiri sama ada melalui
pengalaman sebenar, pengalaman hipotetikal (tiruan) atau pengalaman melalui lakonan
atau drama. Sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan
pertanian, bahan bantu mengajar yang maujud seperti sayur-sayuran atau buah-buahan sesuai
dijadikan sebagai media pengajaran. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat mengalami
sendiri proses pembelajaran iaitu mereka dapat merasa, memegang, melihat, menghidu dan
sebagainya menggunakan pancaindera sendiri. Pastinya, aktiviti sebegini akan menjadikan
proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna serta berkualiti.
Rajah 2.5 Pengalaman Pembelajaran Menurut Kon Dale (1964)
PERINGKAT PEMERHATIAN
Seterusnya, pada peringkat yang berikutnya, pengalaman konkrit akan semakin berkurangan
sejajar dengan peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan.
Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian, pelajar bertindak sebagai pemerhati
terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan dalam bentuk demonstrasi (tunjuk cara),
lawatan, tunjuk cara, pameran, dan video (filem). Lazimnya, pengajaran berbantukan
multimedia masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar
untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih lagi berpusatkan
pelajar. Kedua-dua peringkat ini, iaitu penglibatan dan pemerhatian ini diaplikasikan secara
Simbol
Verbal
Simbol
Visual
Rakaman
Audio
Video
Bahan Pameran
Lawatan
Demonstrasi
Lakonan & Drama
Simulasi Hipotetikal
Mengalami dengan Sendiri
Peringkat
Penglibatan
Peringkat
Pemerhatian
Peringkat
Persimbolan
Bab 2: Media Pengajaran
11
beransur-ansur kerana ia bersesuaian dengan proses pemerolehan objektif pembelajaran yang
kandungan amat sedikit atau tidak diketahui pelajar. Selaras dengan era teknologi maklumat,
penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti cakera
padat, video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran
pembelajaran yang positif dan kondusif.
PERINGKAT PERSIMBOLAN
Peringkat tertinggi dalam Kon Pengalaman Dale ialah peringkat persimbolan iaitu yang
paling abstrak. Dalam hal ini, pelajar akan mengalami pengalaman yang abstrak iaitu
mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa tersebut. Pengalaman
abstrak merupakan pengajaran konvesional yang amat menitikberatkan teks. Segala
perancangan yang direncanakan sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun
kedapatan risikonya. Lazimnya, pelajar mungkin akan terkeliru dengan penggunaan simbol
verbal dan visual kerana mereka masih tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut.
Oleh hal yang demikian, semakin banyak penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual),
semakin ia disifatkan sebagai “fast but risky”. berdasarkan Kon Pengalaman Dale, objektif
pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika pelajar telah mempunyai
pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Hal ini ada dijelaskan oleh Edgar
Dale (1946) bahawa prasyarat setiap pelajar telah mempunyai banyak maklumat konkrit
sebelum mereka mampu memanfaatkan dan memanipulasikan aktiviti pembelajaran bagi
mentafsir konsep yang abstrak.
Sedia maklum, rangsangan dan kecerdasan pemikiran diperlukan dalam mengoptimumkan
impak pembelajaran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling sesuai menjadi
bahan bantu untuk diproses oleh kecerdasan dan akan menghasilkan pengetahuan dan
pengalaman. Meskipun rangsangan daripada alam sekeliling ini amat banyak, namun tidak
semuanya itu dapat difahami atau ditanggapi manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap
tidak akan dapat diproses dan tidak akan membentuk pengalaman baharu. Justeru, seseorang
pelajar yang memiliki kecerdasan yang tinggi, namun kurang mendapat rangsangan, maka ia
tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. Dapat
dirumuskan bahawa guru berperanan besar dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan
pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan wadah yang mampu
mewujudkan rangsangan lantas akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman
pelajar. Pastinya penggunaan bahan-bahan bantu mengajar berdasarkan Kon Pengalaman
Dale adalah antara aspek yang memberi kesan terhadap peningkatan prestasi para pelajar.
a) Jelaskan tiga klasifikasi penggunaan media pengajaran yang
dicadangkan oleh Edgar Dale.
b) Peringkat manakah yang paling berkesan dalam pembelajaran.
Mengapakah?
Bab 2: Media Pengajaran
12
Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah ditekankan oleh berbagai
pihak seperti Kementerian Pendidikan, pihak ibu bapa, pihak majikan, ahli politik dan lain-
lain. Kadang-kala guru dan pihak-pihak tertentu terlalu tertarik dengan ‘teknologi’ dan
mengabaikan ‘pedagogi’. Mereka lebih mengutamakan peralatan teknologi seperti tablet,
laptop, projektor LCD, smartphone dan sebagainya. Walau pun alat-alat ini penting, ia tidak
bererti penyerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dengan
berkesan.
Lihat pernyataan di atas. Komputer dan internet tidak bermakna selagi guru tidak dapat
mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengintegrasi teknologi dalam
P&P tidak hanya terhad kepada arif menggunakan teknologi tetapi mengetahui bagaimana
menerapkannya dalam pengajaran seharian. Contohnya, bagaimana guru menggunakan
simulasi, animasi, facebook, blog, laman sesawang yang terdapat pada internet dalam
pengajaran Bahasa Melayu [Kita akan membincang perkara-perkara ini dengan lebih
mendalam dalam bab-bab seterusnya]
Kerap kali teknologi diperkenalkan, penggunaannya dalam pendidikan dan latihan kurang
berkesan berbanding dengan sektor-sektor lain seperti perubatan, pembuatan, perkilangan,
pengangkutan dan lain-lain. Apakah sebabnya? Faktor utama pengintegrasian teknologi
dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan disebabkan pengabaikan aspek
‘pedagogi’. Kadang-kala guru dan pentadbir tertarek dengan alat-alat teknologi (seperti
komputer riba, interactive whiteboard, smartphone dan lain-lain) dengan tidak mengambil
kira bagaimana alat-alat membantu atau tidak membantu pengajaran dan pembelajaran. Pada
tahun 1986 Shulman (1986), memperkenalkan model yang menggabungkan DUA aspek;
iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi-kandungan. Pada tahun 2006 Mishra &
Koehler telah memperluaskan kerangka konseptual yang di cadangkan Shulman (1986)
dengan menambahkan komponen “pengetahuan teknologi” (Lihat Rajah 2.4).
2.7 Model Shulman Tentang Penyerapkan Teknologi
“… all the educational technology is worth nothing if teachers don’t
know how to use it effectively. Computers aren’t magic, teachers
are.”
Graig Barrett, CEO, Intel Corporation.
Bab 2: Media Pengajaran
13
Rajah 2.4 Gabungan Tiga Komponen Pengajaran & Pembelajaran
 Pengetahuan Pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran.
Contohnya, kaedah projek, kaedah main peranan (role paying), kaedah perbincangan
dalam kumpulan kecil, kaedah bercerita, kaedah inkuiri-penemuan, kaedah
sumbangsaran dan lain-lain. Untuk pengajaran Bahasa Melayu kaedah-kaedah ini
telah diubahsuai untuk mengajar kefahaman bacaan (reading comprehension),
kefahaman pendengaran (listening comprehension), kemahiran penulisan dan
seterusnya.
 Pengetahuan Isi Kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.
Contohnya, guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu mempunyai pengetahuan
mendalam tentang psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik, tatabahasa, teori-teori
kefahaman bacaan, penulisan kreatif, semantik, puisi, cerpin, novel dan sebagainya.
 Pengetahuan Teknologi - Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet
guru masa kini dicabar mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Guru tidak boleh memberi alasan teknologi tidak penting dalam pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu mengetahui tentang penggunaan alat teknologi seperti
komputer, tablet & smartphone), perisian aplikasi (seperti MS Word, Powerpoint),
courseware (seperti perisian mengajar awal bacaan), Web 2.0 (seperti blog, twitter,
Facebook, Google Docs) dan menerokasi Internet dengan menggunakan engin carian
Google, YouTube dan sebagainya.
Gabungan tiga komponen ini ialah apa yang dipanggil ‘pengintegrasian teknologi dalam
pengajaran dan pembelajaran’ atau ‘pengetahuan pedagogi-teknologi-isi kandungan’.
Guru yang ingin menerapkan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayau hendaklah
mengetahui bagaimana mengabungankan ketiga-tiga kompenen berkenaan.
Pengetahuan
Teknologi
Pengetahuan
Isi Kandungan
Pengetahuan
Pedagogi
Pengetahuan
Pedagogi-
Teknologi-Isi
Kandungan
[PPTIK]
Bab 2: Media Pengajaran
14
Menurut Shulman (1986), guru tidak boleh hanya mengetahui dengan mendalam tentang
mata pelajaran yang diajar ATAU kaedah & strategi mengajar. Contohnya, di universiti,
seorang pensyarah yang mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam biologi boleh mengajar
biologi tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang kaedah atau strategi mengajar.
Shulman memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi-isu kandungan (secara ringkas
PPTIK) yang dikembangkan bersama rakan-rakannya dalam projek The Knowledge Growth
in Teaching. PPIK ialah,
.........satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia
berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi
(pengetahuan tentang cara mengajar) dengan pengetahuan isi
kandungan (pengetahuan tentang apa yang perlu diajar). Integrasi
kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan
pedagogi-isi kandungan (Shulman, 1986).
Persoalan utama Shulman dan rakan-rakannya ialah bagaimana untuk membawa seseorang
yang pintar dengan pengetahuan kandungan menjadi guru berkesan. PPIK berkaitan dengan
kebolehan seseorang guru untuk mengubah dan menyampaikan pengetahuan isi kandungan
yang dimilikinya kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut (Norasliza Hassan & Zaleha
Ismail, 2008).
Bertambah pula, kefahaman tentang kaedah dan strategi mengajar secara umum juga tidak
mencukupi. Guru perlu menegetahui kaedah-kaedah yang khusus untuk isi kandungan atau
mata pelajaran yang diajar. Contohnya, dalam pendidikan bahasa, teknik mengajar kosa kata
(vocabulary development) kepada pelajar cemerlang dan pelajar lemah berbeza sekali. Bagi
mata pelajaran sains pula, guru hendaklah mengetahui cara menggunakan kaedah inkuiri
khusus untuk sains. Menurut Grossman, (1990), konsep PPTIK adalah di mana guru perlu
“psychologize” sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. Dengan kata lain, guru perlu fikirkan
bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan
dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama.
 Pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan
konsep yang dialami oleh pelajar
 Pengetahuan tentang kurikulum dan bahan pengajaran
 Pengetahuan tentang kaedah penilaian
 Pengetahuan dan kepercayaaan tentang tujuan atau objektif pengajaran sesuatu
topik
a) Menurut model Shulman, pengetahuan teknologi sahaja tidak
mencukupi. Jelaskan
b) Dengan menggunakan model Shulman, bolehkah anda menjelaskan
mengapakah penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa
Melayu kurang berkesan?
c) Terangkan PPTIK.
Bab 2: Media Pengajaran
15
 Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada
perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar.
 Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru kepada
pelajar.
 Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau
mesej atau kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada
penerima (pelajar) sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian
pelajar yaang membawa kepada proses pembelajaran.
 Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu
saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.
 Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan
itu sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak.
 Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang
lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.
 Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang
lebih konkrit maknanya.
 Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang
digunakan.
 Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang
disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman).
 Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga peringkat iaitu
penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.
 Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran.
 Pengetahuan isi kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.
 Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet guru masa kini dicabar
mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Bab 2: Media Pengajaran
16
 Dale, E. (1946) Audio-visual methods in teaching. New York: The Dryden Press.
 Kartini Baharum, Mohd Nasrudin Basar, Mahanom Mat Som & Lee Leh Hong,
(2010). Kelestarian Kualiti Guru: Satu Model Kontinuum Pembangunan Guru. Jurnal
Penyelidikan Pendidikan Guru. 5. 247-257.
 Magnusson, S.(1998). Nature, Source, and Development of Pedagogical Content
Knowledge for Science Teaching in Gess-Newsome. Knowledge for Science
Teaching. US: Kluwer
 Mishra, P. & Koehler, M.J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A
framework for teacher knowledge. Dalam Teachers College Record. Columbia
University.Volume 108, Number 6, June 2006, pp. 1017-1054.
 Norasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru Pelatih
Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
 Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005). Perkembangan Profesional Guru
Secara Berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber. Masalah Pendidikan. 13(2).
131-139.
 Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching.
Educational Research, 15 (2), 4-14.
 Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform.
Harvard Education Review, 56 (1), 1-22.
 Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery. Psychology Today. 20(7). 32-38.

More Related Content

What's hot

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANcik noorlyda
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroAfifah Yusoff
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarSalini Dharan
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujianSakilah96
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismesahronzulkepli
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PNurimani Yase
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiNik Ibrahim Nik Mat
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridIzzat Najmi
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifFauzan Zain
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpfaizzuddinz
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projekaflah jamaluddin
 

What's hot (20)

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKANMENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
MENGAPA HASIL PEMBELAJARAN HARUS DITENTUKAN
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
PRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran MakroPRKA3012 Pengajaran Makro
PRKA3012 Pengajaran Makro
 
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajarTajuk 4 bahan bantu mengajar
Tajuk 4 bahan bantu mengajar
 
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 -   Laporan pentaksiran ujianEdup3063 -   Laporan pentaksiran ujian
Edup3063 - Laporan pentaksiran ujian
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
 
Teori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivismeTeori pembelajaran konstruktivisme
Teori pembelajaran konstruktivisme
 
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&PMEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
MEDIA PENGAJARAN DALAM P&P
 
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologiTopik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
Topik 2 reka bentuk pengajaran teknologi
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang EfektifCiri-ciri Guru Yang Efektif
Ciri-ciri Guru Yang Efektif
 
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdpPerbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
Perbezaan penggunaan sumber bertulis dan elektronik di dalam pdp
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan ProjekPembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Projek
 
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik DarjahKepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
Kepimpinan Kurikulum Bilik Darjah
 

Similar to Media pengajaran

Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062
Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062
Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062NoviPky
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaranElinYunistira
 
Prinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediaPrinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediabagibagiilmu
 
Karakteristik Media Pembelajaran
Karakteristik Media PembelajaranKarakteristik Media Pembelajaran
Karakteristik Media PembelajaranDedy Wiranto
 
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02Mviw Novita
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranRahmaikaJulaika
 
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUAL
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUALMODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUAL
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUALLUTPHIMEINALDI1
 
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Yanwar Sudartono
 
PPT TEKNOLOGI.pptx
PPT TEKNOLOGI.pptxPPT TEKNOLOGI.pptx
PPT TEKNOLOGI.pptxNurAfifahiza
 
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA Meidamayani
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajarannurahdiantidian
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaranrisnawatijune
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaranfirman_pai
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikReskiani Embatau
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikIsna fatimah 12005210
 

Similar to Media pengajaran (20)

Summary buku
Summary bukuSummary buku
Summary buku
 
Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062
Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062
Modul media pemeblajaran di sd novi 193020212062
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Prinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan mediaPrinsip pemilihan media
Prinsip pemilihan media
 
Karakteristik Media Pembelajaran
Karakteristik Media PembelajaranKarakteristik Media Pembelajaran
Karakteristik Media Pembelajaran
 
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02
Mediapembelajaranlelilestari 111223211219-phpapp02
 
Tugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaranTugas modul media pembelajaran
Tugas modul media pembelajaran
 
Media pembelajaran leli lestari
Media pembelajaran leli lestariMedia pembelajaran leli lestari
Media pembelajaran leli lestari
 
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUAL
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUALMODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUAL
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN AUDIO,VISUAL DAN AUDIO VISUAL
 
Isl minggu 2
Isl minggu 2Isl minggu 2
Isl minggu 2
 
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
Media dan pemanfaatan sumber belajar ips kelas 5 dan 6
 
Media Pembelajaran
Media PembelajaranMedia Pembelajaran
Media Pembelajaran
 
PPT TEKNOLOGI.pptx
PPT TEKNOLOGI.pptxPPT TEKNOLOGI.pptx
PPT TEKNOLOGI.pptx
 
Media dalam proses pembelajaran
Media dalam proses pembelajaranMedia dalam proses pembelajaran
Media dalam proses pembelajaran
 
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran  Tingkat SMA
Laporan Pengaplikasian Media Pembelajaran Tingkat SMA
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Modul media pembelajaran
Modul media pembelajaranModul media pembelajaran
Modul media pembelajaran
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarik
 
Membuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarikMembuat media pembelajaran yang menarik
Membuat media pembelajaran yang menarik
 

Recently uploaded

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxErikaPuspita10
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxherisriwahyuni
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPCMBANDUNGANKabSemar
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiIntanHanifah4
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptGirl38
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxarnisariningsih98
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...jumadsmanesi
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.aechacha366
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 

Recently uploaded (20)

IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptxIPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
IPA Kelas 9 BAB 10 - www.ilmuguru.org.pptx
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docxModul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
Modul Ajar Bahasa Indonesia - Menulis Puisi Spontanitas - Fase D.docx
 
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptxPRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
PRESENTASI EEC social mobile, and local marketing.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajiiEdukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
Edukasi Haji 2023 pembinaan jemaah hajii
 
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..pptpolinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
polinomial dan suku banyak kelas 11..ppt
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptxMODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
MODUL 2 BAHASA INDONESIA-KELOMPOK 1.pptx
 
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
UNGGAH PEGANGAN LOKAKARYA DAN PENDAMPINGAN INDIVIDU DALAM KEGIATAN PEMBEKALAN...
 
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
PUEBI.bahasa Indonesia/pedoman umum ejaan bahasa Indonesia pptx.
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 

Media pengajaran

  • 1. Bab 2: Media Pengajaran 1 KANDUNGAN Bab 1: Pengenalan kepada Teknologi Bab 2: Media Pengajaran Bab 3: Pengajaran Berbantukan Komputer Bab 4: Media Pengajaran 2-Dimensi Bab 5: Media Pengajaran 3-Dimensi Bab 6: Kad Imbasan Bab 7: Audio dalam Pengajaran Bab 8: Video dalam Pengajaran Bab 9: Web 2.0 dalam Pengajaran BAB 2: Media Pengajaran Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: a) Menerangkan apa yang dimaksudkan dengan media pengajaran b) Bezakan di antara jenis-jenis media pengajaran c) Jelaskan bagaimana Kon Dale membantu guru memilih media pengajaran serta kaedah mengajar d) Huraikan bagaimana Model Shulman menjelaskan penginterasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran 2.1 Mukadimah 2.1 Apakah media pengajaran? 2.3 Jenis media pengajaran? 2.4 Mengapakah media digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu? 2.5 Pemiihan media pengajaran 2.6 Kon Dale 2.7 Model Shulman Ringkasan Rujukan
  • 2. Bab 2: Media Pengajaran 2 Media pengajaran memainkan peranan dalam pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Bab ini memperkenalkan konsep media pengajaran dengan tumpuan kepada jenis media pengajaran, alasan pemilihan media pengajaran, bagaimana media pengajaran mempengaruhi pembelajaran serta perbincangan tentang model Dale dan Shulman. Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar. Dengan perkataan lain, ‘media’ merujuk kepada apa sahaja yang membawa maklumat daripada penyampai kepada penerima Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru kepada pelajar (Lihat Rajah 2.1). Terdapat pelbagai jenis media dan diantaranya ialah radio, televisyen, rakaman audio, gambar foto, slaid dan lain-lain. Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada penerima (pelajar) 2.1 Mukadimah 2.2 Apakah Media Pengajaran? Murid - penerima Media - gambar Guru - penyampai
  • 3. Bab 2: Media Pengajaran 3 sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar yaang membawa kepada proses pembelajaran. Media bertujuan meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar (penerima). Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.  Mesej - Isi kandungan, apa sahaja yang terkandung dalam media sama ada mesej berbentuk memberitahu, menaikkan semangat dan lain-lain yang dianggap sebagai mesej yang ingin disampaikan  Bentuk Mesej - bagaimana mesej disimpan, terangkum dalam satu ruang yang luas, bermula dari bentuk bahan sebenar hingga ke bentuk yang abstrak. Mesej boleh disimpan dalam bentuk perkataan, lisan, gambar, objek, simbol dan lain-lain.  Saluran Mesej - peralatan fizikal sama ada berbentuk elektrikal atau mekanikal yang membolehkan mesej dipersembahkan kepada pelajar seperti televisyen, projektor filem, projektor LCD dan sebagainya Rajah 2.2 Komponen-Komponen Media Pengajaran Pada masa kini terdapat pelbagai jenis media pengajaran yang boleh digunakan oleh guru untuk mengajar berbagai mata pelajaran kepada pelajar di tadika hingga ke pengajian tinggi. Berikut ini ialah suatu cadangan klasifikasi media pengajaran: Mesej Bentuk Mesej Saluran Mesej 2.3 Jenis Media Pengajaran
  • 4. Bab 2: Media Pengajaran 4 Jenis Media Contoh 1 Media Tayang Statik transparensi, slaid dan mikrofilem 2 Media Tayang Bergerak pita video, cakera padat digital dan filem 3 Bahan Grafik lukisan, poster, kartun, carta dan graf 4 Gambar Statik gambar foto, kad imbasan dan poskad 5 Bahan Pameran 3-Dimensi model, boneka, diorama dan puppet 6 Papan Pameran papan kapur, papan putih, papan flanel dan papan buletin, smart board 7 Media Audio pita kaset, cakera padat, podcast 8 Media Cetak modul, buku teks, surat khabar, majalah dan risalah, kad imbasan Jadual 2.1 Jenis Media Pengajaran Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan itu sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Ini jelas dapat digambarkan dalam Jadual 2.2 MEDIA PENGALAMAN Perkataan Abstrak Konkrit Rajah Peta Gambar Foto Video Model 3D Objek / Realia Demonstrasi Simulasi Komputer Situasai sebenar Jadual 2.2 Media Pengajaran Konkrit hingga Abstrak
  • 5. Bab 2: Media Pengajaran 5 Sesuatu media pengajaran dipilih berasaskan potensinya melaksanakan objektif pembelajaran dengan berkesan. Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak. Dalam kon ini, pengalaman konkrit dimulakan dengan pelajar sendiri melibatkan diri dalam suatu pengalaman yang sebenar. Pengalaman konkrit ini semakin berkurangan apabila peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Peristiwa sebenar dalam bentuk salinan seperti rakaman video. Akhirnya, pengalaman abstrak dialami apabila pelajar mentafsir simbol visual dan lisan yang mewakili peristiwa tersebut. Media digunakan dalam pengajaran untuk: Lihat Rajah 232.  Memperjelaskan Penyampaian Mesej - Anggapan, perkataan sudah memadai untuk menyatakan sesuatu mesej seringkali menyebabkan kita menghadapi pelbagai masalah komunikasi. Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya. Dalam era teknologi komputer dan maklumat ini, penjelasan akan lebih berkesan dan menarik seperti melalui penggunaan animasi, bunyi dan muzik dapat dilakukan.  Mengatasi Batasan Ruang, Waktu dan Pancaindera - Antara contoh berkaitan dengan mengatasi batasan ruang, waktu dan pancaindera: o Objek yang terlalu besar atau kecil boleh digantikan dengan model, gambar, transparensi, filem atau video. o Gerak yang terlalu lambat atau terlalu cepat dapat dibantu dengan timelapse atau high-speed photography. o Kejadian yang berlaku pada masa lalu dapat ditampilkan dalam bentuk filem, gambar foto mahupun secara lisan. 2.4 Mengapakah Media Digunakan dalam Pengajaran Bahasa Melayu? a) Apakah yang dimaksudkan dengan ‘media pengajaran’? b) Jelaskan tiga komponen media pengajaran yang diutarakan oleh Torkelson (1972). c) Senaraikan jenis-jenis media pengajaran. d) Apakah yang maksudkan dengan ‘media konkrit’ dan ‘media abstrak’?
  • 6. Bab 2: Media Pengajaran 6 o Objek yang terlalu kompleks (misalnya mesin) dapat ditunjukkan dalam bentuk model, gambar rajah, dll. o Konsep yang terlalu luas atau abstrak dapat divisualkan.  Menarik Minat - Penggunaan media pengajaran secara betul dan bervariasi dapat mengatasi sikap pasif pelajar kerana ia menimbulkan minat, meningkatkan interaksi dan kefahaman pelajar tentang realiti. Pelajar juga boleh belajar sendirian, menurut kemampuan dan keselesaan masing-masing. Rajah 2.3 Mengapakah Media Pengajaran Digunakan?  Pengalaman dan Persepsi yang Sama - Walaupun kurikulum dan bahan pengajaran ditentukan sama bagi setiap pelajar, sifat unik yang ada pada setiap pelajar, ditambah dengan persekitaran yang berbeza membuatkan guru mengalami kesulitan. Keadaan ini dapat diatasi dengan media pengajaran kerana kemampuannya dalam memberikan rangsangan pengalaman dan persepsi yang sama. Misalnya, sebuah perisian kursus boleh digunakan berulang kali oleh pelajar tanpa merosakkan Mengapakah Media Digunakan dalam Pengajaran? Memperjelaskan Penyampaian Mesej Mengatasi Batasan Ruang, Waktu & Pancaindera Menarik Minat Pengalaman & Persepsi yang Sama Tanpa Bergantung kepada Guru
  • 7. Bab 2: Media Pengajaran 7 kandungan asal. Belajar secara berulang kali ini membantu pelajar membentuk persepsi yang sama dan tepat tentang sesuatu konsep atau prinsip.  Pengajaran Tanpa Bergantung Kepada Guru - Media boleh digunakan secara berkesan tanpa kehadiran guru, sama ada kerana guru tidak ada atau sedang membantu pelajar lain. Ini tidak bermakna pelajar belajar tanpa panduan. Pelajar dibimbing oleh pereka media tersebut (seperti mana penulis membimbing anda mempelajari modul ini) dan pengajaran jenis ini dikenali sebagai pengajaran kendiri. Media yang digunakan dalam situasi ini biasanya dipakej dengan sempurna, iaitu menerangkan dengan jelas tentang tujuan, objektif, cara mengguna dan menilai pencapaian sendiri. Pengajaran seperti ini tidak berhasrat untuk menggantikan tugas guru. Sebaliknya, dengan cara ini guru boleh menjadi pengurus yang lebih cekap dan kreatif, tidak hanya sebagai penyampai maklumat semata-mata. Pemilihan media merupakan satu perkara yang amat penting dalam memastikan pembelajaran berkesan. Pemilihan media perlu berfokuskan kepada pemilihan format atau bentuk media. Ini bermakna, pendekatan yang akan diambil oleh seorang adalah untuk menghasilkan sendiri media pengajaran. Biasanya kita menganggap pelajar yang tidak belajar itu malas atau bodoh, tetapi sebenarnya mereka tidak dapat belajar kerana mungkin media yang digunakan tidak sesuai dengan kandungan pelajaran serta gaya pembelajaran mereka. Contohnya, dalam pengajaran Bahasa Melayu pelbagi istilah yang abstrak sukar dibayangkan, jika hanya diucapkan secara lisan. Ia perlu disertakan dengan media-media yang sesuai. Berikut ini dibincangkan beberapa faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu media pengajaran. 1) Objektif Pelajaran- Pemilihan media pengajaran sangat bergantung kepada objektif pelajaran. Guru tidak menggunakan sesuatu media pengajaran semata-mata ingin menunjukkan kepada pihak tertentu bahawa ‘banyak menggunakan bahan bantuan mengajar’ kecualikan ia berkait rapat dengan objektif pelajaran. Contohnya, guru yang ingin melatih kemahiran mendengar murid mungkin menggunakan pita rakaman atau guru yang ingin mengajar kanak-kanak menguasai abjad mungkin menggunakan kad imbasan atau gambar. 2) Stail Pembelajaran Murid - Satu aspek penting dalam pemilihan media pengajaran ialah mengetahui ciri-ciri pelajar. Dengan mengetahui siapa pelajar, guru dapat memastikan media yang paling sesuai bagi mereka. Ciri paling penting ialah stail pembelajaran. Stail pembelajaran ditafsirkan sebagai cara yang paling selesa bagi seseorang itu mempelajari sesuatu. TIGA stail pembelajaran yang lazim terdapat dalam kalangan murid-murid ialah stail pembelajaran visual, stail pembelajaran auditori dan stail pembelajaran kinesthetic (Lihat Rajah 2.4). 2.5 Pemilihan Media Pengajaran
  • 8. Bab 2: Media Pengajaran 8 Rajah 2.4 Tiga Stail Pembelajaran Murid Pelajar visual biasanya:  Perlu melihat apa yang sedang dipelajari untuk memahaminya. Oleh itu guru perlu menggunakan media pengajaran seperti slaid, video, gambar rajah dan ilustrasi apabila menjelaskan konsep dan prinsip penting.  Oleh kerana pelajar visual sangat sensitif terhadap warna, pelbagai kod warna harus digunakan dalam penyediaan nota dan bahan-bahan percetakan.  Pelajar menghadapi masalah mempelajari sesuatu yang disampaikan secara lisan dengan menggunakan perkataan. Oleh itu guru perlu cuba mengilustrasi atau menggambarkan perkataan dalam bentuk rajah, katun atau carta aliran. Pelajar auditori biasanya:  Lebih gemar mendapatkan maklumat dengan cara mendengar. Mereka menghadapi masalah mengikuti arahan secara bertulis. Untuk memahami konsep dan prinsip penting, mereka perlu mendengar untuk memahami dan.  Mereka jugan mengahadapi keskuaran memahami arahan berbentuk bertulis dan kurang minat membaca.  Oleh itu pelajar ini lebih minat sekiranya arahan dan penerangan konsep serta princip disampaikan secara lisan atau disampaikan dengan menggunakan alat perakam suara.. Pelajar kinestatik biasanya:  Lebih suka “hands-on” (membuat aktiviti) dan boleh mencantum bahagian-bahagian alat-alatan tanpa membaca panduan. Mereka lebih mudah memahami sesuatu konsep atau prinsip jika terlibat secara fizikal.  Oleh itu, guru perlu membuka peluang untuk murid mempelajari seacara ‘experential’ dengan membuat model, membuat kerja dimakmal atau melakonkan kefahaman mereka. 3) Kaedah Pengajaran - Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang digunakan. Contohnya, jika kaedah mengajar melibatkan keseluruhan kelas, mungkin TV atau radio boleh disiarkan untuk ditontoh atau didengar oleh semua pelajar dalam kelas, Sebaliknya, jika kaedah mengajar memerlukan setiap pelajar terlibat dalam pengajaran dan pembelajaran, lembaran kerja mungkin diedarkan untuk pelajar membuat latihan. Sebaliknya, jika pendidikan jarak jauh AUDITORI KINESTETIK
  • 9. Bab 2: Media Pengajaran 9 digunakan, bahan pembelajaran kendiri perlu disediakan untuk membolehkan pelajar mengikuti pelajaran secara bersendirian dan guru berperanan sebagai fasilitator. 4) Pelaksanaan -Akhir sekali ialah faktor ‘pelaksanaan’. Adakah media pengajaran yang ingin digunakan mudah diperoleh? Jika mudah diperoleh, adakah mudah digunakan? Contohnya, guru ingin menggunakan ‘laptop’ dalam bilik darjah, tetapi terdapat dua ‘laptop’. Mungkin guru perlu menyesuaikan penggunaan dua ‘laptop’ berkenaan dengan 35 pelajar dalam kelas. Banyak yang kita ingini tetapi tidak keadaan tidak menizinkan. Oleh demikian guru yang ingin melaksanakan sesuatu media dalam bilik dajah perlu mengambil kira keadaan sebenar. Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman). Dalam teorinya, Dale memperjelaskan kesan media terhadap pembelajaran (Lihat Rajah 2.5). Kon ini menyusun media pengajaran daripada konkrit hingga abstrak. Dale mengklasifikasi media dan teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menghasilkan pembelajaran berkesan. Teori ini menjelaskan bahawa impak daripada bahan bantu mengajar atau kaedah teknik pengajaran yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Media pengajaran dapat mengubah kefahaman pelajar daripada yang sukar kepada lebih mudah, iaitu konkrit kepada abstrak. Sehubungan itu, Dale menyarankan agar pengajaran haruslah bermula daripada yang konkrit kepada abstrak. Menurut beliau, pengunaan teknologi dalam pengajaran boleh memaksimumkan penguasaan pelajar. Teori Dale ini telah mengubah persepsi ahli pendidikan tentang pentingnya penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga peringkat iaitu penglibatan, pemerhatian dan persimbolan. PERINGKAT PENGLIBATAN 2.6 Kon Pengalaman Dale a) Mengapakah media digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah? b) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan sesuatu jenis media pengajaran. c) Sejauh manakah anda bersetuju, bahawa stail pembelajaran penting dalam pemilihan media pengajaran?
  • 10. Bab 2: Media Pengajaran 10 Peringkat yang pertama ialah penglibatan yang membabitkan pengalaman konkrit. Oleh hal yang demikian, kita dapat lihat bahawa pengalaman konkrit atau pengalaman sebenar menjadi asas permulaan dengan penglibatan pelajar itu sendiri sama ada melalui pengalaman sebenar, pengalaman hipotetikal (tiruan) atau pengalaman melalui lakonan atau drama. Sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Melayu yang bertemakan pertanian, bahan bantu mengajar yang maujud seperti sayur-sayuran atau buah-buahan sesuai dijadikan sebagai media pengajaran. Oleh hal yang demikian, pelajar dapat mengalami sendiri proses pembelajaran iaitu mereka dapat merasa, memegang, melihat, menghidu dan sebagainya menggunakan pancaindera sendiri. Pastinya, aktiviti sebegini akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna serta berkualiti. Rajah 2.5 Pengalaman Pembelajaran Menurut Kon Dale (1964) PERINGKAT PEMERHATIAN Seterusnya, pada peringkat yang berikutnya, pengalaman konkrit akan semakin berkurangan sejajar dengan peranan pelajar sebagai pemerhati kepada peristiwa sebenar berkurangan. Pada peringkat kedua iaitu peringkat pemerhatian, pelajar bertindak sebagai pemerhati terhadap peristiwa sebenar sesuai dilaksanakan dalam bentuk demonstrasi (tunjuk cara), lawatan, tunjuk cara, pameran, dan video (filem). Lazimnya, pengajaran berbantukan multimedia masih lagi berkesan dalam membantu meningkatkan tahap penguasaan pelajar untuk memahami konsep kerana strategi pengajaran yang dijalankan masih lagi berpusatkan pelajar. Kedua-dua peringkat ini, iaitu penglibatan dan pemerhatian ini diaplikasikan secara Simbol Verbal Simbol Visual Rakaman Audio Video Bahan Pameran Lawatan Demonstrasi Lakonan & Drama Simulasi Hipotetikal Mengalami dengan Sendiri Peringkat Penglibatan Peringkat Pemerhatian Peringkat Persimbolan
  • 11. Bab 2: Media Pengajaran 11 beransur-ansur kerana ia bersesuaian dengan proses pemerolehan objektif pembelajaran yang kandungan amat sedikit atau tidak diketahui pelajar. Selaras dengan era teknologi maklumat, penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran seperti cakera padat, video dan multimedia interaktif sangat berkesan dalam mewujudkan persekitaran pembelajaran yang positif dan kondusif. PERINGKAT PERSIMBOLAN Peringkat tertinggi dalam Kon Pengalaman Dale ialah peringkat persimbolan iaitu yang paling abstrak. Dalam hal ini, pelajar akan mengalami pengalaman yang abstrak iaitu mereka mentafsir simbol visual dan verbal yang mewakili peristiwa tersebut. Pengalaman abstrak merupakan pengajaran konvesional yang amat menitikberatkan teks. Segala perancangan yang direncanakan sememangnya lebih cepat dan kos yang murah namun kedapatan risikonya. Lazimnya, pelajar mungkin akan terkeliru dengan penggunaan simbol verbal dan visual kerana mereka masih tidak mahir dalam mentafsir simbol-simbol tersebut. Oleh hal yang demikian, semakin banyak penggunaan simbol abstrak (verbal dan visual), semakin ia disifatkan sebagai “fast but risky”. berdasarkan Kon Pengalaman Dale, objektif pembelajaran pada peringkat ini hanya akan tercapai jika pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada yang telah dikuasai secara konkrit. Hal ini ada dijelaskan oleh Edgar Dale (1946) bahawa prasyarat setiap pelajar telah mempunyai banyak maklumat konkrit sebelum mereka mampu memanfaatkan dan memanipulasikan aktiviti pembelajaran bagi mentafsir konsep yang abstrak. Sedia maklum, rangsangan dan kecerdasan pemikiran diperlukan dalam mengoptimumkan impak pembelajaran. Rangsangan yang diterima daripada alam sekeliling sesuai menjadi bahan bantu untuk diproses oleh kecerdasan dan akan menghasilkan pengetahuan dan pengalaman. Meskipun rangsangan daripada alam sekeliling ini amat banyak, namun tidak semuanya itu dapat difahami atau ditanggapi manusia. Rangsangan yang sukar ditanggap tidak akan dapat diproses dan tidak akan membentuk pengalaman baharu. Justeru, seseorang pelajar yang memiliki kecerdasan yang tinggi, namun kurang mendapat rangsangan, maka ia tidak akan menghasilkan perkembangan kecerdasan dan pengalaman yang berkesan. Dapat dirumuskan bahawa guru berperanan besar dalam menentukan bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran. Hal ini adalah kerana bahan-bahan itu merupakan wadah yang mampu mewujudkan rangsangan lantas akan bertindak memperkembang kecerdasan dan pengalaman pelajar. Pastinya penggunaan bahan-bahan bantu mengajar berdasarkan Kon Pengalaman Dale adalah antara aspek yang memberi kesan terhadap peningkatan prestasi para pelajar. a) Jelaskan tiga klasifikasi penggunaan media pengajaran yang dicadangkan oleh Edgar Dale. b) Peringkat manakah yang paling berkesan dalam pembelajaran. Mengapakah?
  • 12. Bab 2: Media Pengajaran 12 Penggunaan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran telah ditekankan oleh berbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan, pihak ibu bapa, pihak majikan, ahli politik dan lain- lain. Kadang-kala guru dan pihak-pihak tertentu terlalu tertarik dengan ‘teknologi’ dan mengabaikan ‘pedagogi’. Mereka lebih mengutamakan peralatan teknologi seperti tablet, laptop, projektor LCD, smartphone dan sebagainya. Walau pun alat-alat ini penting, ia tidak bererti penyerapan teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan dengan berkesan. Lihat pernyataan di atas. Komputer dan internet tidak bermakna selagi guru tidak dapat mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Mengintegrasi teknologi dalam P&P tidak hanya terhad kepada arif menggunakan teknologi tetapi mengetahui bagaimana menerapkannya dalam pengajaran seharian. Contohnya, bagaimana guru menggunakan simulasi, animasi, facebook, blog, laman sesawang yang terdapat pada internet dalam pengajaran Bahasa Melayu [Kita akan membincang perkara-perkara ini dengan lebih mendalam dalam bab-bab seterusnya] Kerap kali teknologi diperkenalkan, penggunaannya dalam pendidikan dan latihan kurang berkesan berbanding dengan sektor-sektor lain seperti perubatan, pembuatan, perkilangan, pengangkutan dan lain-lain. Apakah sebabnya? Faktor utama pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran kurang berkesan disebabkan pengabaikan aspek ‘pedagogi’. Kadang-kala guru dan pentadbir tertarek dengan alat-alat teknologi (seperti komputer riba, interactive whiteboard, smartphone dan lain-lain) dengan tidak mengambil kira bagaimana alat-alat membantu atau tidak membantu pengajaran dan pembelajaran. Pada tahun 1986 Shulman (1986), memperkenalkan model yang menggabungkan DUA aspek; iaitu pengetahuan pedagogi dan pengetahuan isi-kandungan. Pada tahun 2006 Mishra & Koehler telah memperluaskan kerangka konseptual yang di cadangkan Shulman (1986) dengan menambahkan komponen “pengetahuan teknologi” (Lihat Rajah 2.4). 2.7 Model Shulman Tentang Penyerapkan Teknologi “… all the educational technology is worth nothing if teachers don’t know how to use it effectively. Computers aren’t magic, teachers are.” Graig Barrett, CEO, Intel Corporation.
  • 13. Bab 2: Media Pengajaran 13 Rajah 2.4 Gabungan Tiga Komponen Pengajaran & Pembelajaran  Pengetahuan Pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran. Contohnya, kaedah projek, kaedah main peranan (role paying), kaedah perbincangan dalam kumpulan kecil, kaedah bercerita, kaedah inkuiri-penemuan, kaedah sumbangsaran dan lain-lain. Untuk pengajaran Bahasa Melayu kaedah-kaedah ini telah diubahsuai untuk mengajar kefahaman bacaan (reading comprehension), kefahaman pendengaran (listening comprehension), kemahiran penulisan dan seterusnya.  Pengetahuan Isi Kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar. Contohnya, guru yang mengajar Bahasa Melayu perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang psikolinguistik, sosiolinguistik, linguistik, tatabahasa, teori-teori kefahaman bacaan, penulisan kreatif, semantik, puisi, cerpin, novel dan sebagainya.  Pengetahuan Teknologi - Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet guru masa kini dicabar mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru tidak boleh memberi alasan teknologi tidak penting dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mengetahui tentang penggunaan alat teknologi seperti komputer, tablet & smartphone), perisian aplikasi (seperti MS Word, Powerpoint), courseware (seperti perisian mengajar awal bacaan), Web 2.0 (seperti blog, twitter, Facebook, Google Docs) dan menerokasi Internet dengan menggunakan engin carian Google, YouTube dan sebagainya. Gabungan tiga komponen ini ialah apa yang dipanggil ‘pengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran’ atau ‘pengetahuan pedagogi-teknologi-isi kandungan’. Guru yang ingin menerapkan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayau hendaklah mengetahui bagaimana mengabungankan ketiga-tiga kompenen berkenaan. Pengetahuan Teknologi Pengetahuan Isi Kandungan Pengetahuan Pedagogi Pengetahuan Pedagogi- Teknologi-Isi Kandungan [PPTIK]
  • 14. Bab 2: Media Pengajaran 14 Menurut Shulman (1986), guru tidak boleh hanya mengetahui dengan mendalam tentang mata pelajaran yang diajar ATAU kaedah & strategi mengajar. Contohnya, di universiti, seorang pensyarah yang mempunyai ijazah kedoktoran (PhD) dalam biologi boleh mengajar biologi tanpa mempunyai sebarang pengetahuan tentang kaedah atau strategi mengajar. Shulman memperkenalkan konsep pengetahuan pedagogi-isu kandungan (secara ringkas PPTIK) yang dikembangkan bersama rakan-rakannya dalam projek The Knowledge Growth in Teaching. PPIK ialah, .........satu jenis pengetahuan yang unik bagi seseorang guru dan ia berdasarkan kepada cara guru mengaitkan pengetahuan pedagogi (pengetahuan tentang cara mengajar) dengan pengetahuan isi kandungan (pengetahuan tentang apa yang perlu diajar). Integrasi kedua-dua jenis pengetahuan tersebut menghasilkan pengetahuan pedagogi-isi kandungan (Shulman, 1986). Persoalan utama Shulman dan rakan-rakannya ialah bagaimana untuk membawa seseorang yang pintar dengan pengetahuan kandungan menjadi guru berkesan. PPIK berkaitan dengan kebolehan seseorang guru untuk mengubah dan menyampaikan pengetahuan isi kandungan yang dimilikinya kepada pelajar dengan berkesan dan memahami masalah pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar khususnya dalam isi pelajaran tersebut (Norasliza Hassan & Zaleha Ismail, 2008). Bertambah pula, kefahaman tentang kaedah dan strategi mengajar secara umum juga tidak mencukupi. Guru perlu menegetahui kaedah-kaedah yang khusus untuk isi kandungan atau mata pelajaran yang diajar. Contohnya, dalam pendidikan bahasa, teknik mengajar kosa kata (vocabulary development) kepada pelajar cemerlang dan pelajar lemah berbeza sekali. Bagi mata pelajaran sains pula, guru hendaklah mengetahui cara menggunakan kaedah inkuiri khusus untuk sains. Menurut Grossman, (1990), konsep PPTIK adalah di mana guru perlu “psychologize” sesuatu isi pelajaran untuk pelajar. Dengan kata lain, guru perlu fikirkan bagaimana hendak membina jambatan di antara kefahaman guru tentang isi kandungan dengan kefahaman pelajar berkenaan isi kandungan yang sama.  Pengetahuan tentang kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep dan kesilapan konsep yang dialami oleh pelajar  Pengetahuan tentang kurikulum dan bahan pengajaran  Pengetahuan tentang kaedah penilaian  Pengetahuan dan kepercayaaan tentang tujuan atau objektif pengajaran sesuatu topik a) Menurut model Shulman, pengetahuan teknologi sahaja tidak mencukupi. Jelaskan b) Dengan menggunakan model Shulman, bolehkah anda menjelaskan mengapakah penggunaan teknologi dalam pengajaran Bahasa Melayu kurang berkesan? c) Terangkan PPTIK.
  • 15. Bab 2: Media Pengajaran 15  Media dipinjam daripada perkataan Bahasa Inggeris ‘media’ yang berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud ‘perantara’; iaitu antara guru dan pelajar.  Media pengajaran pula ialah saluran yang membawa maklumat daripada guru kepada pelajar.  Media pengajaran digunakan untuk menyalurkan fakta, konsep dan prinsip (atau mesej atau kandungan) daripada pengirim (guru, jurulatih, penceramah) kepada penerima (pelajar) sehingga dapat merangsang fikiran, perasaan, minat serta perhatian pelajar yaang membawa kepada proses pembelajaran.  Torkelson (1972) membahagikan media pengajaran kepada tiga komponen iaitu saluran mesej, bentuk mesej dan mesej.  Fungsi media pengajaran adalah sangat bergantung kepada perkembangan pendidikan itu sendiri samada ianya dilaksanakan dengan kehadiran guru atau pun tidak.  Pengalaman pembelajaran seharusnya dimulakan daripada situasi/media sebenar yang lebih konkrik dan mudah difahami sebelum kepada situasi/media yang abstrak.  Adalah lebih berkesan jika perkataan disertakan dengan gambar atau simbol yang lebih konkrit maknanya.  Pemilihan media pengajaran juga bergantung kepada kaedah mengajar yang digunakan.  Pada tahun 1946, Edgar Dale mengemukakan pendapatnya tentang pembelajaran yang disebut sebagai ‘Cone of Experience’ (Kon Pengalaman).  Dale mengklasifikasikan penggunaan media pengajaran kepada tiga peringkat iaitu penglibatan, pemerhatian dan persimbolan.  Pengetahuan pedagogi ialah pengetahuan tentang kaedah dan strategi pengajaran.  Pengetahuan isi kandungan ialah pengetahuan tentang mata pelajaran yang diajar.  Dengan perkembangan teknologi komputer dan internet guru masa kini dicabar mengintegrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 16. Bab 2: Media Pengajaran 16  Dale, E. (1946) Audio-visual methods in teaching. New York: The Dryden Press.  Kartini Baharum, Mohd Nasrudin Basar, Mahanom Mat Som & Lee Leh Hong, (2010). Kelestarian Kualiti Guru: Satu Model Kontinuum Pembangunan Guru. Jurnal Penyelidikan Pendidikan Guru. 5. 247-257.  Magnusson, S.(1998). Nature, Source, and Development of Pedagogical Content Knowledge for Science Teaching in Gess-Newsome. Knowledge for Science Teaching. US: Kluwer  Mishra, P. & Koehler, M.J. (2006). Technological pedagogical content knowledge: A framework for teacher knowledge. Dalam Teachers College Record. Columbia University.Volume 108, Number 6, June 2006, pp. 1017-1054.  Norasliza Hassan & Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia, Johor.  Omar Abdull Kareem & Khuan Wai Bing (2005). Perkembangan Profesional Guru Secara Berterusan: Perspektif Pembangunan Sumber. Masalah Pendidikan. 13(2). 131-139.  Shulman, L. S. (1986). Those who understand: knowledge growth in teaching. Educational Research, 15 (2), 4-14.  Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Education Review, 56 (1), 1-22.  Trotter, R. (1986). The Mystery of Mastery. Psychology Today. 20(7). 32-38.