SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Baixar para ler offline
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Rahsia Kejayaan
Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah
Oleh: Eruwan Gerry Norsen
www.RahsiaRajaLelong.com
Diterbitkan oleh:
1
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Perhatian
Ebook ini telah ditulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan
maklumat mengenai tajuk yang diberikan. Ia tidak seharusnya diambil sebagai
mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau undang-undang. Segala
pendapat dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk
setiap individu dan tidak akan menjamin kejayaan buat semua pihak.
Usaha telah dijalankan untuk memastikan ketepatan ebook ini semasa peringkat
penulisan. Namun demikian, sila maklum bahawa dunia maklumat sentiasa
bergerak dengan pantas. Oleh yang demikian, beberapa maklumat di dalam
ebook ini mungkin tidak lagi tepat pada masa anda membacanya.
Tiada jaminan bahawa setiap maklumat yang terkandung di dalam ebook ini
adalah tepat dan menyeluruh. Pihak penerbit dan penulis tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerugian dan risiko – sama ada
peribadi atau tidak yang berpunca daripada penggunaan maklumat yang
terkandung di dalam ebook ini secara langsung atau tidak langsung.
2
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Hakcipta & Cap Dagangan
Ebook ini merupakan terbitan syarikat e-Auction Marketing Center.
Hasil karya ini merupakan hakcipta Eruwan Gerry Norsen.
Semua logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam
ebook ini sama ada secara format bertulis atau visual merupakan hakcipta dan
hakmilik pemiliknya masing-masing.
PERINGATAN
• [YA] Anda BOLEH menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan
untuk tujuan peribadi
• [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menjual ebook ini kepada individu lain
• [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH memberikan ebook ini secara percuma
atau sebagai bonus
• [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang maklumat
atau tulisan di dalam ebook ini
• [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang pautan di dalam
ebook ini
3
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Pengenalan
Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan di antara ikon yang paling
terkenal di dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia. Beliau
telah berada di tempat teratas di dalam bidang ini di Malaysia semenjak
berbelas-belas tahun lamanya!
Oleh itu, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama-sama
dengan beliau di dalam satu majlis rasmi. Peluang ini sudah pasti tidak saya sia-
siakan.
Setelah kami mempunyai kelapangan untuk berbual selepas majlis tersebut,
saya telah mengajukan satu persoalan kepada beliau yang sudah lama ingin
saya ajukan kepada beliau iaitu – ”Apakah rahsia kejayaan beliau?”
Beliau tanpa berselindung telah berkongsi dengan saya secara panjang lebar
apa yang pada pendapat beliau telah membolehkan beliau berjaya dan
mengekalkan kejayaan beliau untuk satu tempoh yang lama.
Menurut beliau, rezeki yang telah beliau perolehi adalah pemberian Allah S.W.T.
Namun demikian, Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada kita tanpa
sebarang usaha daripada diri kita sendiri.
Oleh itu, di laman-laman yang seterusnya, saya menyenaraikan amalan yang
beliau pegang di dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk mencapai
kejayaan yang berterusan. Semoga ilmu yang beliau kongsikan kepada saya
sebelum ini dapat saya kongsikan kepada anda dan menjadi pendorong kepada
diri anda untuk terus maju di dalam bidang anda.
4
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
1. Berusaha melakukan yang terbaik
Dalam apa jua perkara yang beliau lakukan, Dato’ akan berusaha bersungguh-
sungguh untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak suka untuk melakukan
sesuatu dengan sambil lewa atau tidak dengan sepenuh hati. Beliau akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua yang beliau ingin
lakukan.
Sikap inilah yang telah mampu membantu beliau untuk terus berada di puncak
tertinggi senarai pakar motivasi yang terdapat di Malaysia pada masa kini.
Pada saya, sikap hebat yang beliau miliki ini wajib dicontohi oleh sesiapa sahaja
tanpa mengira apa jua bidang yang anda ceburi.
Di dalam perniagaan internet, anda perlu memiliki sikap ini untuk membolehkan
anda mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang
anda ceburi. Terlalu ramai orang yang menceburi sesuatu model perniagaan
internet pada masa kini tetapi hanya melakukannya dengan sambil lewa dan
tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya, hasil yang mereka perolehi tidaklah
seberapa. Ini akan mengakibatkan mereka menyalahkan model perniagaan
internet tersebut yang telah menyebabkan mereka tidak mampu mencapai
kejayaan walhal sebenarnya ia adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang
tidak bersungguh-sungguh di dalam menjalankan model perniagaan tersebut.
Oleh itu, jika anda ingin mencapai kejayaan yang hebat di dalam model
perniagaan internet yang anda ceburi, contohilah sikap Dato’ Dr. Hj. Mohd.
Fadzilah Kamsah iaitu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam
apa jua perkara yang anda lakukan.
5
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
2. Jangan ulangi kesilapan
Memandangkan Dato. Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sudah lama berada di
dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia, beliau sudah melalui
segala-galanya yang boleh dilalui oleh seseorang usahawan di dalam
menjalankan perniagaan. Dengan ini, pengalaman yang dimiliki oleh beliau
memang tidak dapat disaingi oleh mana-mana individu lain yang turut sama
memberikan perkhidmatan seperti apa yang boleh beliau berikan.
Dengan berbekalkan pengalaman tersebut, perkara paling utama yang perlu
seseorang usahawan titik-beratkan adalah untuk tidak mengulangi sesuatu
kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini.
Jika anda sebagai seorang usahawan, telah mencuba satu strategi baru, tetapi
strategi tersebut tidak berkesan dan telah mengakibatkan anda mengalami
kerugian, maka anda tidak sepatutnya mengulangi strategi tersebut kerana
sudah terbukti yang ianya tidak berkesan.
Perkara yang penting di sini adalah, jika anda telah melakukan sesuatu
kesilapan, belajarlah daripada kesilapan tersebut dan pastikan yang anda tidak
mengulangi kesilapan tersebut. Carilah cara lain yang lebih berkesan dan
gunakan cara tersebut.
Jika anda masih menggunakan cara yang sama walaupun sudah tahu yang
ianya tidak berkesan, maka anda hanya akan merugikan diri anda sendiri.
6
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
3. Jangan ada rasa riak
Menurut Dato’ lagi, jangan ada sebarang perasaan riak di dalam diri anda.
Walaupun anda sudah berjaya sampai ke sesuatu tahap yang lebih baik
daripada orang-orang lain yang berada di dalam bidang yang sama dengan
anda, janganlah sehingga anda menyimpan rasa riak, bangga dan sombong
terhadap orang lain.
Itulah prinsip hidup yang Dato’ pegang. Di sepanjang perbualan saya dengan
beliau, terdapat ramai orang daripada pelbagai lapisan seperti orang-orang yang
berpangkat besar sehingga orang-orang yang berpangkat rendah menegur dan
menyapa beliau, dan beliau melayan mereka sama sahaja tanpa ada sebarang
rasa riak ataupun sombong. Daripada pengamatan saya itu, memang jelas yang
Dato’ berpegang kepada kata-katanya. Tidak hairanlah rezeki beliau semakin
bertambah disebabkan sikap rendah diri yang beliau miliki. Saya memang
bertambah kagum dengan beliau.
Malangnya ramai dikalangan orang-orang lain yang telah berjaya, mula bersikap
sombong dan riak di atas kejayaan mereka. Mereka mula beranggapan bahawa
orang-orang lain berada di bawah mereka dan tidak sepatutnya berbual mesra
dengan mereka.
Janganlah sampai anda juga terjerumus ke dalam keadaan yang sama. Ikutlah
resmi padi, semakin berisi maka semakin tunduk.
7
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
4. Bantu orang lain untuk berjaya
Salah satu lagi rahsia yang telah Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan
kepada saya adalah, jika anda ingin berjaya, terlebih dahulu anda perlu
membantu orang lain untuk berjaya.
Semakin ramai orang yang anda bantu untuk berjaya maka akan semakin
besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi.
Perkara ini merujuk kepada ilmu dan bantuan yang anda berikan kepada orang
lain. Semakin banyak ilmu dan bantuan yang anda hulurkan kepada orang lain
untuk membantu orang tersebut untuk berjaya, maka Allah S.W.T akan turut
membantu memurahkan rezeki anda dan akan membantu anda untuk berjaya.
Semakin besar jumlah orang yang anda bantu maka akan lebih cepat dan
besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi.
Namun demikian, perkara yang harus diingat di sini adalah bantuan yang anda
hulurkan itu perlulah ikhlas dan anda tidak sepatutnya mengharapkan sebarang
balasan daripada orang yang telah anda bantu tadi.
Insya-Allah dengan niat yang baik dan ilmu berguna yang telah anda sampaikan,
anda juga akan mampu mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan anda.
8
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
5. Jangan berhenti menuntut ilmu
Pada masa saya berbual dengan Dato’, beliau sudah pun berumur 58 tahun.
Namun demikian, beliau masih lagi aktif untuk mempelajari perkara-perkara baru
mengenai bidang yang beliau ceburi.
Ini merupakan di antara rahsia kejayaan beliau iaitu beliau sentiasa memperbaiki
diri dengan mempelajari perkara-perkara baru. Jika terdapat sebarang
perkembangan-perkembangan terbaru yang berkaitan dengan bidang kajian dan
perniagaan beliau, maka beliau tidak akan teragak-agak untuk mempelajarinya.
Beliau juga merupakan seorang yang rajin membaca dan sentiasa membaca
buku-buku ilmiah, agama dan perniagaan yang boleh membantu diri beliau untuk
menjadi seorang yang lebih berilmu.
Jika Dato’ yang sudah berumur 58 tahun masih lagi aktif belajar, apa pula
dengan diri kita yang jauh lebih muda daripada Dato’. Kita sepatutnya
menjadikan amalan beliau ini satu motivasi kepada diri kita untuk terus menerus
mempelajari sebarang ilmu baru yang berkaitan dengan bidang perniagaan kita.
9
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
6. Sentiasa berdoa
Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah memang menjaga solat beliau. Di samping
solat-solat Fardhu, beliau juga selalu melakukan solat-solat sunat.
Setiap kali selepas solat, beliau akan berdoa kepada Allah S.W.T untuk terus
memberikan kekuatan kepada beliau untuk membantu orang lain dan juga untuk
mempermudahkan urusan beliau dan menambahkan rezeki beliau.
Ujar Dato’, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T pada setiap masa
kerana rezeki datang daripada Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang
memberikan rezeki kepada manusia. Oleh itu, kita sebagai hamba-hambanya
perlu memohon daripada-Nya untuk sebarang keinginan kita.
Jika kita menginginkan rezeki kita bertambah, maka kita perlu memohon kepada-
Nya dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri.
Selepas berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal selepas habis berusaha.
Rezeki hanya datang daripada Allah S.W.T, oleh itu, kita tidak seharusnya segan
untuk memohon daripada-Nya.
10
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
7. Doa keluarga
Selain daripada doa yang datang daripada diri kita sendiri, salah satu lagi doa
yang akan mempengaruhi rezeki dan kejayaan yang bakal kita perolehi adalah
doa yang datang daripada keluarga kita sendiri.
Sekiranya anda belum berkahwin, ia adalah doa daripada ibu bapa anda.
Sekiranya anda sudah berkahwin, ia adalah doa daripada suami atau isteri anda.
Doa yang dipohon oleh ahli keluarga anda akan turut menjadi penentu kejayaan
diri anda.
Dalam pada itu, Dato’ telah berpesan agar kita sentiasa menjaga perhubungan
kita dengan ahli-ahli keluarga kita iaitu ibu bapa, suami atau isteri dan juga
kepada anak-anak. Ini adalah kerana doa mereka terhadap kita adalah mustajab.
Jika ahli keluarga kita mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita, maka besar
kemungkinan ianya akan berlaku. Sekiranya ahli keluarga kita mendoakan
sesuatu yang baik untuk kita, maka besar kemungkinan yang ianya akan berlaku.
Lebih-lebih lagi jika doa tersebut datang daripada ibu bapa kita sendiri.
Oleh itu, jagalah perhubungan anda dengan ahli-ahli keluarga anda dan mintalah
mereka untuk mendoakan perkara-perkara yang baik untuk diri dan perniagaan
anda.
11
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
8. Kesihatan mental dan fizikal
Menurut Dato’, kesihatan mental dan fizikal berkait rapat dengan faktor
pemakanan dan aktiviti sosial kita.
Jika kita menginginkan tubuh yang sihat, maka kita perlu sentiasa menjaga
pemakanan kita dengan memakan makanan yang baik dan halal. Selain itu, kita
perlu selalu bersenam dan melakukan aktiviti riadah dengan tujuan untuk
menyihatkan badan.
Dari segi kesihatan mental, selain pemakanan, aktiviti baik dan berbentuk
spiritual juga perlu kita lakukan. Jangan sampai kita bertindak melakukan
perkara-perkara yang haram dan tidak baik kerana lambat laun ia akan
menjejaskan kesihatan mental kita. Oleh itu, perbanyakkan melihat, membaca
dan melakukan aktiviti-aktiviti yang baik kerana ianya akan mampu memberikan
kesihatan yang baik untuk mental kita.
Setelah kita memiliki kesihatan mental dan fizikal yang baik, maka kita akan lebih
bersedia untuk berusaha untuk mencapai kejayaan di dalam apa juga yang kita
lakukan.
Saya amat pasti yang Dato’ mementingkan kesihatan mental dan fizikal beliau
kerana perwatakan beliau amat baik dan rupa paras beliau langsung tidak
menggambarkan seseorang yang sudah berumur 58 tahun tetapi lebih kepada
seseorang yang berumur di dalam lingkungan 40-an.
12
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Penutup
Saya amat pasti yang anda merasakan kesemua rahsia yang telah Dato’
kongsikan kepada saya ini nampak mudah dan ringkas. Tetapi pada hakikatnya,
amalan-amalan inilah yang membolehkan beliau untuk terus berada di puncak
kejayaan untuk satu jangkamasa yang lama.
Jika amalan-amalan mudah ini yang telah mampu membawa Dato’ Dr. Hj Mohd
Fadzilah Kamsah ke puncak kejayaan, siapalah kita untuk mengatakan yang
rahsia-rahsia ini tidak boleh membantu kita tanpa terlebih dahulu mencubanya.
Menurut Dato’, apa yang penting di dalam amalan kita adalah kita melakukannya
secara konsisten untuk satu jangkamasa yang panjang. Jangan mengharapkan
kejayaan dengan hanya melakukan sesuatu perkara sekali sahaja atau untuk
satu jangkamasa yang singkat sahaja.
Kejayaan yang sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan daripada diri
kita.
Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha ke arah kejayaan dengan
berpandukan rahsia-rahsia yang telah Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
kongsikan kepada kita ini.
Saya akan mendoakan kejayaan anda.
Salam hormat.
Eruwan Gerry Norsen
www.RahsiaRajaLelong.com
13
© Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com
Biografi
Eruwan Gerry Norsen merupakan Pakar Lelongan Online di Malaysia.
Beliau merupakan penjual dan pembeli veteran di dalam portal lelongan online
#1 di Malaysia iaitu Lelong.com.my dan juga portal lelongan online #1 di dunia
iaitu eBay.com.
Beliau juga merupakan “Education Specialist trained by eBay” yang menjadikan
beliau di antara sebilangan kecil ahli di Malaysia yang telah menerima
pengiktirafan dari eBay sebagai individu yang layak mengajar individu lain
mengenai eBay.
Beliau merupakan penulis buku utama di Malaysia mengenai lelongan online,
telah muncul di kaca televisyen dan telah mengadakan pelbagai ceramah di
seluruh negara mengenai topik tersebut.
Kini beliau sedang menjalankan pelbagai projek dengan tujuan untuk membantu
lebih ramai rakyat Malaysia memulakan perniagaan internet yang berjaya.
Beliau menawarkan newsletter bulanan percuma yang mengandungi pelbagai
rahsia dan tip-tip lelongan online melalui laman web beliau di
www.RahsiaRajaLelong.com
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, beliau boleh dihubungi di
alamat email eruwan@rahsiarajalelong.com.
14

Mais conteúdo relacionado

Semelhante a Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah

Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Primary School
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2guest2c4d07b
 
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebritiSiti Nur Zulaikha
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanyeizornalmar
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbingaynNUR
 
Tugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuTugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuHafizzah Kudus
 
nota coachingg.docx
nota coachingg.docxnota coachingg.docx
nota coachingg.docxAbdMajidTaib
 
nota coachingg.docx
nota coachingg.docxnota coachingg.docx
nota coachingg.docxAbdMajidTaib
 
Karangan thn 6
Karangan thn 6Karangan thn 6
Karangan thn 6Sis Nurul
 
Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2Mohd Yusopp
 
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAANKK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAANCORNELIUSMATHHIASJAG
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaHafizzah Kudus
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kesCik BaCo
 
Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Ahmad Kamil
 
Mengenali ciri - ciri usahawan
Mengenali ciri - ciri usahawanMengenali ciri - ciri usahawan
Mengenali ciri - ciri usahawanSyahremie Teja
 

Semelhante a Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah (20)

Nota psk t2
Nota psk t2Nota psk t2
Nota psk t2
 
Contoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPGContoh Refleksi Assignment IPG
Contoh Refleksi Assignment IPG
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
 
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
Rahsia Sistem Bulk Sms Version 2
 
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
10 perkara yang akan saya lakukan untuk malaysia jika menjadi seorang selebriti
 
Smidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaanSmidec memulakan perniagaan
Smidec memulakan perniagaan
 
Anugerah guru pembimbing
Anugerah  guru pembimbingAnugerah  guru pembimbing
Anugerah guru pembimbing
 
Tugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individuTugasan keusahawanan individu
Tugasan keusahawanan individu
 
nota coachingg.docx
nota coachingg.docxnota coachingg.docx
nota coachingg.docx
 
nota coachingg.docx
nota coachingg.docxnota coachingg.docx
nota coachingg.docx
 
Profil perniagaan2
Profil perniagaan2Profil perniagaan2
Profil perniagaan2
 
Karangan thn 6
Karangan thn 6Karangan thn 6
Karangan thn 6
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2Training nuqaba part 2
Training nuqaba part 2
 
Rahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudungRahsia bisnes tudung
Rahsia bisnes tudung
 
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAANKK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
KK PP ainarazak (5)(3) PENGAJIAN PERNIAGAAN
 
Rancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taskaRancangan perniagaan taska
Rancangan perniagaan taska
 
Kajian kes
Kajian kesKajian kes
Kajian kes
 
Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1Kecemerlangan Upsr1
Kecemerlangan Upsr1
 
Mengenali ciri - ciri usahawan
Mengenali ciri - ciri usahawanMengenali ciri - ciri usahawan
Mengenali ciri - ciri usahawan
 

Mais de Idea Bisnes Internet

Mais de Idea Bisnes Internet (20)

7 Teknik Viral di Facebook
7 Teknik Viral di Facebook7 Teknik Viral di Facebook
7 Teknik Viral di Facebook
 
Preview Pakej Rujukan PTD 2014
Preview Pakej Rujukan PTD 2014Preview Pakej Rujukan PTD 2014
Preview Pakej Rujukan PTD 2014
 
17 rahsia sulit pemasaran emel
17 rahsia sulit pemasaran emel17 rahsia sulit pemasaran emel
17 rahsia sulit pemasaran emel
 
Teknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudungTeknik kira keuntungan bisnes tudung
Teknik kira keuntungan bisnes tudung
 
Rahsia Kumpul Database
Rahsia Kumpul DatabaseRahsia Kumpul Database
Rahsia Kumpul Database
 
Case study rm400++
Case study rm400++Case study rm400++
Case study rm400++
 
Tips Menjual di Facebook
Tips Menjual di FacebookTips Menjual di Facebook
Tips Menjual di Facebook
 
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
4 Teknik Mengancam Menulis Ayat Jualan
 
Ebook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power HeadlineEbook Case Study Power Headline
Ebook Case Study Power Headline
 
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualanLaporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
Laporan 4 teknik mengancam menulis ayat jualan
 
Fb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshopFb affiliate income wokshop
Fb affiliate income wokshop
 
Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2Fb affiliate income wokshop 2
Fb affiliate income wokshop 2
 
Buat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.myBuat duit dengan murahnya.my
Buat duit dengan murahnya.my
 
Rahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internetRahsia usahawan internet
Rahsia usahawan internet
 
Skrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wangSkrol jurus bebas wang
Skrol jurus bebas wang
 
Laporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikanLaporan hukum tarikan
Laporan hukum tarikan
 
27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd27 sebab gagal ptd
27 sebab gagal ptd
 
Tingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucapTingkatkan pengaruh berucap
Tingkatkan pengaruh berucap
 
Ujian motivasi
Ujian motivasiUjian motivasi
Ujian motivasi
 
Urus wang
Urus wangUrus wang
Urus wang
 

Rahsia kejayaan Dato Fadzilah Kamsah

  • 1. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Rahsia Kejayaan Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah Oleh: Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Diterbitkan oleh: 1
  • 2. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Perhatian Ebook ini telah ditulis dengan tujuan untuk berkongsi pendapat, pengalaman dan maklumat mengenai tajuk yang diberikan. Ia tidak seharusnya diambil sebagai mengandungi nasihat kewangan, perniagaan atau undang-undang. Segala pendapat dan idea yang dikongsi di dalam ebook ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak akan menjamin kejayaan buat semua pihak. Usaha telah dijalankan untuk memastikan ketepatan ebook ini semasa peringkat penulisan. Namun demikian, sila maklum bahawa dunia maklumat sentiasa bergerak dengan pantas. Oleh yang demikian, beberapa maklumat di dalam ebook ini mungkin tidak lagi tepat pada masa anda membacanya. Tiada jaminan bahawa setiap maklumat yang terkandung di dalam ebook ini adalah tepat dan menyeluruh. Pihak penerbit dan penulis tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti, kerugian dan risiko – sama ada peribadi atau tidak yang berpunca daripada penggunaan maklumat yang terkandung di dalam ebook ini secara langsung atau tidak langsung. 2
  • 3. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Hakcipta & Cap Dagangan Ebook ini merupakan terbitan syarikat e-Auction Marketing Center. Hasil karya ini merupakan hakcipta Eruwan Gerry Norsen. Semua logo, slogan, barangan dan harta intelek yang terkandung di dalam ebook ini sama ada secara format bertulis atau visual merupakan hakcipta dan hakmilik pemiliknya masing-masing. PERINGATAN • [YA] Anda BOLEH menggunakan ebook ini sebagai sumber rujukan untuk tujuan peribadi • [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menjual ebook ini kepada individu lain • [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH memberikan ebook ini secara percuma atau sebagai bonus • [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang maklumat atau tulisan di dalam ebook ini • [TIDAK] Anda TIDAK BOLEH menukar sebarang pautan di dalam ebook ini 3
  • 4. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Pengenalan Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah merupakan di antara ikon yang paling terkenal di dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia. Beliau telah berada di tempat teratas di dalam bidang ini di Malaysia semenjak berbelas-belas tahun lamanya! Oleh itu, saya berasa amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama-sama dengan beliau di dalam satu majlis rasmi. Peluang ini sudah pasti tidak saya sia- siakan. Setelah kami mempunyai kelapangan untuk berbual selepas majlis tersebut, saya telah mengajukan satu persoalan kepada beliau yang sudah lama ingin saya ajukan kepada beliau iaitu – ”Apakah rahsia kejayaan beliau?” Beliau tanpa berselindung telah berkongsi dengan saya secara panjang lebar apa yang pada pendapat beliau telah membolehkan beliau berjaya dan mengekalkan kejayaan beliau untuk satu tempoh yang lama. Menurut beliau, rezeki yang telah beliau perolehi adalah pemberian Allah S.W.T. Namun demikian, Allah S.W.T tidak akan memberikan rezeki kepada kita tanpa sebarang usaha daripada diri kita sendiri. Oleh itu, di laman-laman yang seterusnya, saya menyenaraikan amalan yang beliau pegang di dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk mencapai kejayaan yang berterusan. Semoga ilmu yang beliau kongsikan kepada saya sebelum ini dapat saya kongsikan kepada anda dan menjadi pendorong kepada diri anda untuk terus maju di dalam bidang anda. 4
  • 5. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 1. Berusaha melakukan yang terbaik Dalam apa jua perkara yang beliau lakukan, Dato’ akan berusaha bersungguh- sungguh untuk melakukan yang terbaik. Beliau tidak suka untuk melakukan sesuatu dengan sambil lewa atau tidak dengan sepenuh hati. Beliau akan berusaha bersungguh-sungguh untuk melakukan apa jua yang beliau ingin lakukan. Sikap inilah yang telah mampu membantu beliau untuk terus berada di puncak tertinggi senarai pakar motivasi yang terdapat di Malaysia pada masa kini. Pada saya, sikap hebat yang beliau miliki ini wajib dicontohi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira apa jua bidang yang anda ceburi. Di dalam perniagaan internet, anda perlu memiliki sikap ini untuk membolehkan anda mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi. Terlalu ramai orang yang menceburi sesuatu model perniagaan internet pada masa kini tetapi hanya melakukannya dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh. Akhirnya, hasil yang mereka perolehi tidaklah seberapa. Ini akan mengakibatkan mereka menyalahkan model perniagaan internet tersebut yang telah menyebabkan mereka tidak mampu mencapai kejayaan walhal sebenarnya ia adalah disebabkan sikap mereka sendiri yang tidak bersungguh-sungguh di dalam menjalankan model perniagaan tersebut. Oleh itu, jika anda ingin mencapai kejayaan yang hebat di dalam model perniagaan internet yang anda ceburi, contohilah sikap Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah iaitu sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara yang anda lakukan. 5
  • 6. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 2. Jangan ulangi kesilapan Memandangkan Dato. Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah sudah lama berada di dalam bidang motivasi dan kecemerlangan diri di Malaysia, beliau sudah melalui segala-galanya yang boleh dilalui oleh seseorang usahawan di dalam menjalankan perniagaan. Dengan ini, pengalaman yang dimiliki oleh beliau memang tidak dapat disaingi oleh mana-mana individu lain yang turut sama memberikan perkhidmatan seperti apa yang boleh beliau berikan. Dengan berbekalkan pengalaman tersebut, perkara paling utama yang perlu seseorang usahawan titik-beratkan adalah untuk tidak mengulangi sesuatu kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini. Jika anda sebagai seorang usahawan, telah mencuba satu strategi baru, tetapi strategi tersebut tidak berkesan dan telah mengakibatkan anda mengalami kerugian, maka anda tidak sepatutnya mengulangi strategi tersebut kerana sudah terbukti yang ianya tidak berkesan. Perkara yang penting di sini adalah, jika anda telah melakukan sesuatu kesilapan, belajarlah daripada kesilapan tersebut dan pastikan yang anda tidak mengulangi kesilapan tersebut. Carilah cara lain yang lebih berkesan dan gunakan cara tersebut. Jika anda masih menggunakan cara yang sama walaupun sudah tahu yang ianya tidak berkesan, maka anda hanya akan merugikan diri anda sendiri. 6
  • 7. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 3. Jangan ada rasa riak Menurut Dato’ lagi, jangan ada sebarang perasaan riak di dalam diri anda. Walaupun anda sudah berjaya sampai ke sesuatu tahap yang lebih baik daripada orang-orang lain yang berada di dalam bidang yang sama dengan anda, janganlah sehingga anda menyimpan rasa riak, bangga dan sombong terhadap orang lain. Itulah prinsip hidup yang Dato’ pegang. Di sepanjang perbualan saya dengan beliau, terdapat ramai orang daripada pelbagai lapisan seperti orang-orang yang berpangkat besar sehingga orang-orang yang berpangkat rendah menegur dan menyapa beliau, dan beliau melayan mereka sama sahaja tanpa ada sebarang rasa riak ataupun sombong. Daripada pengamatan saya itu, memang jelas yang Dato’ berpegang kepada kata-katanya. Tidak hairanlah rezeki beliau semakin bertambah disebabkan sikap rendah diri yang beliau miliki. Saya memang bertambah kagum dengan beliau. Malangnya ramai dikalangan orang-orang lain yang telah berjaya, mula bersikap sombong dan riak di atas kejayaan mereka. Mereka mula beranggapan bahawa orang-orang lain berada di bawah mereka dan tidak sepatutnya berbual mesra dengan mereka. Janganlah sampai anda juga terjerumus ke dalam keadaan yang sama. Ikutlah resmi padi, semakin berisi maka semakin tunduk. 7
  • 8. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 4. Bantu orang lain untuk berjaya Salah satu lagi rahsia yang telah Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan kepada saya adalah, jika anda ingin berjaya, terlebih dahulu anda perlu membantu orang lain untuk berjaya. Semakin ramai orang yang anda bantu untuk berjaya maka akan semakin besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi. Perkara ini merujuk kepada ilmu dan bantuan yang anda berikan kepada orang lain. Semakin banyak ilmu dan bantuan yang anda hulurkan kepada orang lain untuk membantu orang tersebut untuk berjaya, maka Allah S.W.T akan turut membantu memurahkan rezeki anda dan akan membantu anda untuk berjaya. Semakin besar jumlah orang yang anda bantu maka akan lebih cepat dan besarlah kejayaan yang bakal anda perolehi. Namun demikian, perkara yang harus diingat di sini adalah bantuan yang anda hulurkan itu perlulah ikhlas dan anda tidak sepatutnya mengharapkan sebarang balasan daripada orang yang telah anda bantu tadi. Insya-Allah dengan niat yang baik dan ilmu berguna yang telah anda sampaikan, anda juga akan mampu mencapai kejayaan di dalam bidang perniagaan anda. 8
  • 9. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 5. Jangan berhenti menuntut ilmu Pada masa saya berbual dengan Dato’, beliau sudah pun berumur 58 tahun. Namun demikian, beliau masih lagi aktif untuk mempelajari perkara-perkara baru mengenai bidang yang beliau ceburi. Ini merupakan di antara rahsia kejayaan beliau iaitu beliau sentiasa memperbaiki diri dengan mempelajari perkara-perkara baru. Jika terdapat sebarang perkembangan-perkembangan terbaru yang berkaitan dengan bidang kajian dan perniagaan beliau, maka beliau tidak akan teragak-agak untuk mempelajarinya. Beliau juga merupakan seorang yang rajin membaca dan sentiasa membaca buku-buku ilmiah, agama dan perniagaan yang boleh membantu diri beliau untuk menjadi seorang yang lebih berilmu. Jika Dato’ yang sudah berumur 58 tahun masih lagi aktif belajar, apa pula dengan diri kita yang jauh lebih muda daripada Dato’. Kita sepatutnya menjadikan amalan beliau ini satu motivasi kepada diri kita untuk terus menerus mempelajari sebarang ilmu baru yang berkaitan dengan bidang perniagaan kita. 9
  • 10. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 6. Sentiasa berdoa Dato’ Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah memang menjaga solat beliau. Di samping solat-solat Fardhu, beliau juga selalu melakukan solat-solat sunat. Setiap kali selepas solat, beliau akan berdoa kepada Allah S.W.T untuk terus memberikan kekuatan kepada beliau untuk membantu orang lain dan juga untuk mempermudahkan urusan beliau dan menambahkan rezeki beliau. Ujar Dato’, kita perlu sentiasa berdoa kepada Allah S.W.T pada setiap masa kerana rezeki datang daripada Allah S.W.T. Hanya Allah S.W.T yang memberikan rezeki kepada manusia. Oleh itu, kita sebagai hamba-hambanya perlu memohon daripada-Nya untuk sebarang keinginan kita. Jika kita menginginkan rezeki kita bertambah, maka kita perlu memohon kepada- Nya dengan ikhlas dan penuh rasa rendah diri. Selepas berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T, kita perlu berusaha bersungguh-sungguh dan seterusnya bertawakal selepas habis berusaha. Rezeki hanya datang daripada Allah S.W.T, oleh itu, kita tidak seharusnya segan untuk memohon daripada-Nya. 10
  • 11. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 7. Doa keluarga Selain daripada doa yang datang daripada diri kita sendiri, salah satu lagi doa yang akan mempengaruhi rezeki dan kejayaan yang bakal kita perolehi adalah doa yang datang daripada keluarga kita sendiri. Sekiranya anda belum berkahwin, ia adalah doa daripada ibu bapa anda. Sekiranya anda sudah berkahwin, ia adalah doa daripada suami atau isteri anda. Doa yang dipohon oleh ahli keluarga anda akan turut menjadi penentu kejayaan diri anda. Dalam pada itu, Dato’ telah berpesan agar kita sentiasa menjaga perhubungan kita dengan ahli-ahli keluarga kita iaitu ibu bapa, suami atau isteri dan juga kepada anak-anak. Ini adalah kerana doa mereka terhadap kita adalah mustajab. Jika ahli keluarga kita mendoakan sesuatu yang buruk untuk kita, maka besar kemungkinan ianya akan berlaku. Sekiranya ahli keluarga kita mendoakan sesuatu yang baik untuk kita, maka besar kemungkinan yang ianya akan berlaku. Lebih-lebih lagi jika doa tersebut datang daripada ibu bapa kita sendiri. Oleh itu, jagalah perhubungan anda dengan ahli-ahli keluarga anda dan mintalah mereka untuk mendoakan perkara-perkara yang baik untuk diri dan perniagaan anda. 11
  • 12. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 8. Kesihatan mental dan fizikal Menurut Dato’, kesihatan mental dan fizikal berkait rapat dengan faktor pemakanan dan aktiviti sosial kita. Jika kita menginginkan tubuh yang sihat, maka kita perlu sentiasa menjaga pemakanan kita dengan memakan makanan yang baik dan halal. Selain itu, kita perlu selalu bersenam dan melakukan aktiviti riadah dengan tujuan untuk menyihatkan badan. Dari segi kesihatan mental, selain pemakanan, aktiviti baik dan berbentuk spiritual juga perlu kita lakukan. Jangan sampai kita bertindak melakukan perkara-perkara yang haram dan tidak baik kerana lambat laun ia akan menjejaskan kesihatan mental kita. Oleh itu, perbanyakkan melihat, membaca dan melakukan aktiviti-aktiviti yang baik kerana ianya akan mampu memberikan kesihatan yang baik untuk mental kita. Setelah kita memiliki kesihatan mental dan fizikal yang baik, maka kita akan lebih bersedia untuk berusaha untuk mencapai kejayaan di dalam apa juga yang kita lakukan. Saya amat pasti yang Dato’ mementingkan kesihatan mental dan fizikal beliau kerana perwatakan beliau amat baik dan rupa paras beliau langsung tidak menggambarkan seseorang yang sudah berumur 58 tahun tetapi lebih kepada seseorang yang berumur di dalam lingkungan 40-an. 12
  • 13. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Penutup Saya amat pasti yang anda merasakan kesemua rahsia yang telah Dato’ kongsikan kepada saya ini nampak mudah dan ringkas. Tetapi pada hakikatnya, amalan-amalan inilah yang membolehkan beliau untuk terus berada di puncak kejayaan untuk satu jangkamasa yang lama. Jika amalan-amalan mudah ini yang telah mampu membawa Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah ke puncak kejayaan, siapalah kita untuk mengatakan yang rahsia-rahsia ini tidak boleh membantu kita tanpa terlebih dahulu mencubanya. Menurut Dato’, apa yang penting di dalam amalan kita adalah kita melakukannya secara konsisten untuk satu jangkamasa yang panjang. Jangan mengharapkan kejayaan dengan hanya melakukan sesuatu perkara sekali sahaja atau untuk satu jangkamasa yang singkat sahaja. Kejayaan yang sebenarnya memerlukan usaha yang berterusan daripada diri kita. Oleh itu, marilah kita bersama-sama berusaha ke arah kejayaan dengan berpandukan rahsia-rahsia yang telah Dato’ Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah kongsikan kepada kita ini. Saya akan mendoakan kejayaan anda. Salam hormat. Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com 13
  • 14. © Copyright Eruwan Gerry Norsen www.RahsiaRajaLelong.com Biografi Eruwan Gerry Norsen merupakan Pakar Lelongan Online di Malaysia. Beliau merupakan penjual dan pembeli veteran di dalam portal lelongan online #1 di Malaysia iaitu Lelong.com.my dan juga portal lelongan online #1 di dunia iaitu eBay.com. Beliau juga merupakan “Education Specialist trained by eBay” yang menjadikan beliau di antara sebilangan kecil ahli di Malaysia yang telah menerima pengiktirafan dari eBay sebagai individu yang layak mengajar individu lain mengenai eBay. Beliau merupakan penulis buku utama di Malaysia mengenai lelongan online, telah muncul di kaca televisyen dan telah mengadakan pelbagai ceramah di seluruh negara mengenai topik tersebut. Kini beliau sedang menjalankan pelbagai projek dengan tujuan untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memulakan perniagaan internet yang berjaya. Beliau menawarkan newsletter bulanan percuma yang mengandungi pelbagai rahsia dan tip-tip lelongan online melalui laman web beliau di www.RahsiaRajaLelong.com Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan, beliau boleh dihubungi di alamat email eruwan@rahsiarajalelong.com. 14