1. Peluang Internet
E-Majalah Keusahawan Internet
www.PeluangInternet.com
Edisi #2
April 27, 2008
Membongkar Perjalanan Dunia Usahawan
Internet Bersama Amirol Zolkifli
“Kejayaan Masa Depan Anda Adalah Bergantung
Kepada Apa Yang Anda Usahakan Pada Hari Ini”
Penerbit:
Profit Internet Solutions (NS0035799-X)
Penulis:
Amirol Zolkifli
URL:
www.PeluangInternet.com
Anda boleh mencetak, mengedar dan memberikan e-zine ini kepada sesiapa sahaja TANPA
mengubah mana – mana bahagian di dalam bahagian e-zine ini atau menyalin dan meniru isi
kandungan e-zine dalam apa jua bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran daripada pihak
penerbit iaitu Profit Internet Solutions (NS0035799-X) dan penulis Amirol Zolkifli. Sila rujuk
Syarat dan Terma Syarikat untuk maklumat lanjut.
E-Zine ini adalah dilindungi dibawah Akta Hak Cipta Terpelihara 1987 dan mana – mana undang-
undang Harta Intelek yang berkaitan di negara Malaysia.
Adakah Anda Telah Mendapatkan E-Zine Peluang Internet Edisi Terbaru? Klik Sini >>>
2. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Isi Kandungan
Isi Kandungan............................................................................................................................... 2
Membezakan antara “PERNIAGAAN” dan “PROGRAM”...................................................... 2
Jenis – Jenis Program Internet.................................................................................................. 3
Erti Sebenar Perniagaan Di Internet ............................................................................................... 9
Akhir Kata Daripada Penulis – Amirol Zolkifli...................................................................... 10
Membezakan antara “PERNIAGAAN” dan “PROGRAM”
Sebagai pengguna internet yang berminat untuk menjana pendapatan menerusi
internet itu sendiri, anda perlulah memahami erti – erti perkataan yang digunapakai
serta memahami konsep sebenar “buat duit” di internet.
Saya sering kali menerima email daripada pengguna – pengguna internet yang
bertanyakan pendapat saya berkaitan “program – program” tertentu. Ini adalah kerana
mereka berminat untuk menyertai program tersebut kerana merasakan “tawaran” yang
diberikan oleh sesetengah “program” ini dirasakan cukup senang untuk menjana
pendapatan.
Memang tak dinafikan bahawa sesetengah tawaran yang diberikan sememangnya
“menjolok mata”… Bahkan ada yang boleh membuat kita berasa teruja dengan melihat
“nilai pulangan” yang bakal kita perolehi jika menyertai program tersebut.
Untuk makluman anda, saya juga dahulu pernah terpengaruh menyertai program –
program “janji manis” ini. Saya masuk program A, masuk B, C, D …. Tetapi akhirnya
saya sedar bahawa program – program seumpama ini sebenarnya hanyalah satu bentuk
penipuan sahaja.
Jadi, sebelum memulakan sebarang aktiviti di internet, fahami terlebih dahulu apakah
sebenarnya maksud “PERNIAGAAN DI INTERNET” dan “PROGRAM DI INTERNET”
Ramai orang berkata, “Saya berminat untuk buat bisnes internet” atau “Saya berminat
nak mulakan perniagaan internet…” namun pada hakikatnya, mereka sebenarnya masih
kekurangan kefahaman berkaitan maksud sebenarnya menjalankan perniagaan
menerusi internet.
Apabila kita sebut “perniagaan”, maka sudah tentulah harus wujud aktiviti jual dan beli.
Boleh anda maklumkan kepada saya apakah perniagaan yang tak melibatkan aktiviti
jual dan beli? Saya rasa jika tiada melibatkan aktiviti jual dan beli ini, maka ia bukanlah
satu bentuk perniagaan.
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
2
3. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Dan untuk perniagaan juga, sudah tentunya kita memerlukan “produk” untuk
dipasarkan. Jika tiada produk, maka ia bukanlah dinamakan perniagaan tetapi
sebaliknya lebih kepada konsep “program”.
Sebagai peniaga atau usahawan, sudah tentunya mereka harus memiliki kuasa mutlak
terhadap perniagaan yang dijalankan dan BUKANnya bergantung kepada orang lain.
Berbeza pula dengan “program”, kita perlu BERGANTUNG kepada si pengusaha.
Konsep program ini kebiasaannya lebih kepada aktiviti kita sama ada perlu “melabur
duit”, “recruit orang baru” dan tiada produk yang jelas yang dipasarkan. Jika ada pun,
produk tersebut tiada manfaat serta tidak ada fungsinya buat diri si peserta.
Jenis – Jenis Program Internet
Sebenarnya “program buat duit” yang ada di internet ini boleh dikategorikan kepada 2
bahagian iaitu :
1. Program Stabil
2. Program Tak Stabil
(Nota : Kedua - dua nama bahagian diatas ini diberikan adalah untuk memudahkan
pemahaman anda dalam penerangan yang akan saya sampaikan)
Program Tak Stabil.
Apabila disebut “Tak Stabil”, maka sudah tentulah program ini tak stabil bukan?
Nasihat saya, ELAKKAN daripada terpengaruh dengan konsep program seperti ini.
Antara ciri – ciri program tak stabil ini adalah :
1. Kebiasannya program ini memfokus dan menuju ke arah “skim jana wang”,
“konsep keuntungan” atau “pendapatan segera”.
2. Menggunakan konsep “referral” yang memerlukan kita “recruit” orang baru
untuk menyertai program tersebut sebagai downline kita. Jika anda tak recruit
orang baru, maka anda tak dapat pendapatan yang ditawarkan.
3. Kebiasannya menggunakan konsep “berlevel – level iaitu melebihi 2 level”.
Sebagai contoh mereka akan mengatakan anda hanya perlu promosikan / taja
XXX orang sahaja dan anda berpeluang untuk meraih pendapatan sebanyak
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
3
4. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
RM120,00 sehingga ke XXX level. AWAS… ini adalah merupakan satu bentuk
program buat duit yang PERLU, PERLU dan PERLU anda jauhi.
4. Menyuruh anda tengok iklan (ads) dengan mengatakan apabila anda tengok
iklan untuk XXX jumlah, anda akan dibayar $XXX per iklan yang ditonton. Dan
dalam masa yang sama juga, anda disuruh untuk mempromosikan program ini
kepada orang lain supaya income anda lebih meningkat kerana ia menggunakan
konsep “berlevel – level”
5. Lebih bercerita kepada jumlah pendapatan yang “tetap” yang bakal anda terima.
Ini biasanya berlaku untuk program yang menawarkan konsep “pelaburan”
dimana anda akan diminta untuk memberi modal dan perlu tunggu dalam
beberapa tempoh untuk “matang” dan baru mendapat kembali modal dan
keuntungan. Konsep pelaburan internet ini haruslah dijauhi dan jangan sekali
terniat untuk menyertainya….
6. Memberi JANJI bahawa anda berpeluang untuk mendapat sekian – sekian
jumlah yang dinyatakan di laman web mereka.
7. Menggunakan ayat – ayat seperti “sumbangan, derma, sponsor” dari satu level ke
level yang lain.
8. Tiada latar belakang, profil atau kenyataan empunya perniagaan yang sebenar. Ia
lebih bersikap seperti “sembunyi diri”. Jadi, mengapa anda mahu percaya kepada
orang yang tak mahu jujur dengan anda dalam urusniaga mereka?
9. Biasanya konsepnya adalah “sistem pyramid”, “ponzi” yang mana akan
menguntungkan pihak “atasan” sahaja iaitu orang yang sertai program tersebut
lebih awal daripada anda.
Banyak lagi ciri – ciri lain yang boleh dikesan namun cukuplah saya nyatakan 9 ciri
utama sahaja.
Apa yang pasti, saya amat menekankan bahawa anda PERLU jauhi daripada terjebak
dalam program sebegini. Ya, nampak memang mengasyikkan, tapi hakikatnya bukanlah
begitu. Mungkin anda “boleh” untung dan buat belanja duit kopi, tapi adakah
pendapatan tersebut adalah daripada pendapatan yang “baik”?
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
4
5. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Perkara paling mudah untuk mengesan sesetengah program tersebut adalah Program
Tak Stabil atau tidak, hanya perlu lihat apakah perkara yang mereka pasarkan… Adakah
berkaitan “skim menjana wang mudah”? Jika ya, maka jauhilah diri anda.
Mungkin sesetengah orang tak kesah nak sertai program begini sebab nak dapat duit
mudah (walau hakikatnya TIDAK), tapi saya percaya anda bukan salah seorang
daripada mereka. Dan kerana itulah anda membaca e-zine ini. ;)
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
5
6. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Program Stabil.
Cukup dengan program Tak Stabil itu tadi, kali ini saya akan terangkan pula program
yang benar – benar stabil yang boleh anda lakukan dan TERBUKTI bahawa anda boleh
buat duit menerusi program – program ini.
Kebiasaannya, ciri – ciri program yang stabil ini mempunyai latar belakang aktiviti
program yang jelas serta diketahui sumber – sumber pendapatannya.
Sebagai contoh adalah “program affiliate”. Program affiliate ini kebiasaannya adalah
satu program yang mana ada 2 pihak yang terlibat iaitu:
1. Pengusaha Affiliate
2. Agen Affiliate
Pengusaha affiliate biasanya akan menyediakan satu sistem “pemasaran” untuk mana –
mana pengguna internet yang berminat untuk memasarkan produk mereka. Fokus
program affiliate ini adalah berdasarkan promosi kepada “produk” yang dijual.
Anda menjadi agen affiliate (pemasaran) kepada produk yang anda minat dan pasarkan
produk tersebut kepada bakal – bakal pembeli produk.
Sebagai contoh, seorang pengusaha laman web yang menjual produk baju tae-kwondo
telah membuka tawaran kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi agen pemasaran
beliau. Jadi, apa yang boleh anda lakukan adalah anda mendaftar sebagai agen
pemasaran (affiliate) beliau dan kemudiannya lakukan promosi terhadap produknya
menerusi “link affiliate” yang dibekalkan oleh “sistem” affiliate yang disediakan oleh si
pengusaha untuk merekod butiran promosi yang anda lakukan.
Contoh link affiliate adalah :
http://www.webjualan.com/index.html?id=saya
Dengan melakukan promosi menggunakan link affiliate ini, butiran promosi anda (ID.
Contoh : id=saya) akan disimpan sebagai “cookies” ke dalam komputer prospek anda.
Jadi, apabila mereka melakukan pembelian terhadap produk yang anda promosikan,
sistem affiliate akan menyemak “cookies” sama ada terdapat butiran agen yang
melakukan promosi ataupun tidak. Jika ada, maka sistem akan merekod komisyen
untuk agen affiliate itu tadi.
Pendek kata, program affiliate ini sebenarnya adalah berdasarkan kepada USAHA anda
melakukan promosi / pemasaran terhadap PENJUALAN produk dan BUKAN kepada
konsep “recruit” ahli.
Ini adalah kerana, anda bukan menaja orang untuk masuk sebagai “downline” anda
tetapi sebaliknya anda membawa pembeli untuk membeli produk yang dipromosikan
sahaja. Si pembeli sama sekali TIDAK perlu menjadi agen affiliate kepada produk
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
6
7. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
tersebut. Beliau hanya jadi pembeli disebabkan ingin menggunakan produk yang telah
dipromosikan.
Kebiasaannya, konsep program affiliate ini hanya menggunakan konsep 1 level sahaja.
Ada jualan yang anda buat, maka ada bayaran.
NOTA : Kadang kala ada terdapat sesetengah program yang “menyalahgunakan” nama
program affiliate ini untuk kepentingan mereka. Oleh itu, jika anda ragu – ragu, rujuk
kembali kepada ciri – ciri program tak stabil yang telah dinyatakan.
Penerangan nombor pada rajah:
1. Pengusaha memiliki produk untuk dipasarkan
2. Pengusaha menawarkan konsep program affiliate untuk mendapatkan agen –
agen pemasaran bagi produk beliau.
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
7
8. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
3. Agen affiliate melakukan pemasaran menerusi laman web agen (atau link
affiliate) yang disediakan.
4. Prospek melihat tawaran produk dan dalam masa yang sama, data agen affiliate
telah tersimpan ke dalam komputer prospek.
5. Prospek berminat dengan produk yang ditawarkan dan bersedia untuk membuat
pembelian produk. Sewaktu proses pembelian berlaku, “sistem” affiliate akan
menyemak data agen affiliate yang tersimpan di dalam komputer prospek.
6. Apabila pembelian berjaya dilakukan, “sistem” affiliate akan merekod jumlah
komisyen yang perlu dipecahkan kepada agen affiliate dan kepada pengusaha.
Program affiliate ini ditawarkan sama ada secara individu atau secara dibawah sesebuah
organisasi.
Sebagai contoh:
Secara individu : http://www.webjualan.com/affiliate.html
Dibawah organisasi : http://www.clickbank.com
Banyak lagi program – program affiliate yang menawarkan peluang kepada untuk anda
menjana wang secara PERCUMA sahaja! Ya… Anda boleh menjadi agen affiliate secara
percuma.
Jadi, mengapa perlu untuk anda menghabiskan duit menyertai SKIM – SKIM cepat
kaya yang memerlukan anda membelanjakan wang anda terlebih dahulu? ;)
Contoh lain program affiliate yang “establish” adalah program affiliate daripada salah
satu syarikat Gergasi dunia iaitu Google. Jika anda pernah mendengar tentang Google
Adsense, maka itu merupakan salah satu konsep program affiliate yang dipanggil Pay
Per Click (PPC). Maksud PPC adalah, anda dibayar berdasarkan jumlah klik terhadap
promosi iklan yang anda lakukan.
Saya tak akan ceritakan hal ini lebih lanjut buat masa ini. Anda boleh buat kajian anda
sendiri berkaitan PPC ini. Saya akan terangkan hal PCC ini di edisi - edisi ezine yang
akan datang.
Cukup sekadar penerangan ringkas berkaitan perbezaan antara program tak stabil
dan program stabil.
Saranan saya, berhati – hatilah ketika ingin menceburi sesuatu perkara itu. Jika anda
berasa ragu – ragu tentang sesuatu perkara, dapatkan bantuan atau penerangan
daripada mereka yang telah lama bergiat dalam industri ini.
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
8
9. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Erti Sebenar Perniagaan Di Internet
Hah… Akhirnya masuk juga ke bahagian erti “perniagaan” di internet. Seperti yang saya
terangkan diatas tadi, apabila kita sebut pernaiagaan, maka sudah tentulah harus
wujud aktiviti jual dan beli.
Untuk menjalankan perniagaan di internet, terdapat banyak bentuk model perniagaan
yang boleh di lakukan. Berkaitan hal model ini, saya tak akan cerita lebih lanjut
memandangkan saya telahpun menyediakan informasi tentang model ini pada Preview
Pakej Web Jualan saya. Anda boleh dapatkan preview tersebut di
http://www.webjualan.com
Perniagaan di internet merangkumi pelbagai aspek seperti :
1. Anda membuat jualan produk anda sendiri
2. Menjadi supplier kepada orang lain
3. Menjadi orang tengah yang menjual produk daripada supplier
4. Menyediakan perkhidmatan seperti design, pengiklanan, web development, tulis
artikel dan sebagainya.
Dengan menjalankan aktiviti perniagaan di internet, anda mempunyai HAK MUTLAK
terhadap perniagaan anda. Apa yang anda nak buat, apa yang anda inginkan, apa yang
anda usulkan, semuanya bergantung kepada keputusan anda sendiri.
Inilah adalah perkara yang menyeronokkan berbanding jika anda menyertai “program”
kerana terpaksa bergantung dengan mereka.
Selain itu juga, dengan membina perniagaan anda sendiri di internet, anda sebenarnya
mengukuhkan lagi kedudukan kewangan anda. Cuba anda bayangkan jika anda hanya
fokus kepada program sahaja dan tiba – tiba satu hari program tersebut TUTUP…
Adussss… Pastinya hancur berkecai jiwa dan raga kerana SUMBER pendapatan anda
juga turut tertutup.
Berbeza pula jika anda memiliki perniagaan sendiri… Anda yang menentukan sama ada
anda nak tutup perniagaan anda tersebut atau ingin jalankan selama – lamanya. You
are the BOSS. ☺
Kesimpulannya di sini, jika anda dah faham apakah konsep sebenar perniagaan
di internet, maka tiada masalah untuk anda memulakan langkah dalam mengejar
impian anda menjadi “usahawan internet”. Pada ezine edisi seterusnya, saya akan
berkongsikan pula konsep perniagaan produk fizikal dan digital.
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
9
10. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Akhir Kata Daripada Penulis – Amirol Zolkifli
Tahniah saya ucapkan kerana telah meluangkan sedikit daripada masa anda untuk
membaca informasi – informasi yang disediakan di dalam e-zine ini sehingga ke
bahagian ini.
Saya harapkan semoga informasi yang diberi dan dikongsikan di dalam e-zine ini dapat
membantu anda walaupun hanya sedikit sahaja.
E-zine ini disediakan adalah bertujuan untuk membantu anda dalam mendapatkan
informasi – informasi yang diperlukan berkaitan dengan industri perniagaan dan
keusahawan internet sama ada dari dalam ataupun diluar negara.
Segala isikandungan yang disediakan adalah UNIK kerana ia ditulis berdasarkan
daripada pengalaman, percubaan serta pengetahuan yang dimiliki oleh saya sendiri.
Jadi, secara tidak langsung anda sebenarnya berpeluang untuk mendapat tips – tips
yang saya gunakan dalam segala aktiviti perniagaan saya di internet.
Jika anda baru sahaja mendapatkan e-zine keluaran PeluangInternet.com ini dan
tertanya – tanya siapa saya, jangan risau… Anda akan lebih mengenali saya dalam
sedikit masa sahaja lagi. Saya juga turut berasa gembira untuk mengenali anda dengan
lebih dekat memandangkan anda sudi untuk mendapatkan e-zine ini.
Jika anda mempunyai masa terluang, jangan lupa untuk singgah ke blog saya di
http://www.MohdAmirol.com untuk mendapatkan lebih informasi dari semasa ke
semasa.
Semoga kita bertemu lagi di E-zine yang akan datang!
Yang Benar & Ikhlas,
Pemilik dan Pengusaha
PeluangInternet.com
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
10
11. E-Zine Keusahawanan dan Perniagaan Di Internet Bersama PeluangInternet.com Edisi #1
Jika anda merasakan artikel yang disediakan di dalam E-zine ini banyak
manfaatnya, jangan lupa untuk sebarkan kepada rakan – rakan anda
supaya mereka turut sama mendapat informasi yang diperlukan.
Pastikan juga anda telah berdaftar secara langsung sebagai pelanggan E-zine ini
untuk mendapat pelbagai kelebihan istimewa sebagai pelanggan seperti produk
digital percuma (ebook, software,script etc), kupon, Joint Venture dan lain – lain
hal yang akan dikirimkan ke email anda.
www.PeluangInternet.com
Sebarkan E-Zine Ini Kepada Kenalan Anda Supaya Mereka Sama – Sama Mendapat Manfaat
11