SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 33
SME 6044
     CONTEMPORARY ISSUES IN
    MATHEMATICS EDUCATION

               SEMESTER 2
             SESSION 2011/2012

            LECTURER’S NAME :
      PROFESOR DR. MARZITA PUTEH


KUMPULAN 11: BUDAYA SEKOLAH


              PREPARED BY:
 SUZANA BINTI AYOB           (M20111000355)
 NOR ASHIKIN BINTI SUED      (M20111000451)
 SITI RAUDHAH BINTI ISMAIL (M20111000737)
 SITI KHALIJAH BT AB.RAHIM (M20111000735)
ISI KANDUNGAN
PERKARA                                                                            Halaman

1.0      Pengenalan                                                                   2
2.0      Siapakah Yang Membentuk Budaya Sekolah                                       2

3.0     Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar                                            4

3.1   Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum                            4
      MencapaiTahap Professional
  3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua                                                   5
   3.1.2 Usaha -Usaha Untuk Memartabatkan Professionalisme Pengetua / Guru            6
         Besar
3.2    Tugas Dan Peranan Pengetua
                                                                                      8
      3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan        8
            Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah .

3.3    Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan                       11
       Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan
       Pengajaran

3.4    Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah)                       13

3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh        Pengetua /     14
     Guru Besar
4.0 Hubungan Guru Dengan Budaya Sekolah                                              16
        4.1    Komitmen Guru Dengan Kepemimpinan Pengetua                            17
                                                                                     18
       4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru
5.0 Pencapaian Pelajar dan Budaya Sekolah                                            19
        5.1    SK VS SRJKC                                                           22
                                                                                     23
        5.2    Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana dan Lemah

6.0 Persekitaran Yang Kondusif dan Hubungan Dengan Budaya Sekolah                    24


7.0 Kesimpulan                                                                       30




 1.0       PENGENALAN


                                                                                          2
Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu
dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan
pelajar. Rusni (2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi
segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai,
kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Budaya sekolah ini ada yang
di warisi dan ada yang dibentuk oleh warganya sendiri. Budaya sekolah juga boleh
ditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadi
amalan guru (Yaakob, 2007). Dapat dirumuskan di sini bahawa budaya sekolah merupakan
cara warga sekolah itu melakukan sesuatu yang telah dipersetujui, berdasarkan norma, nilai
dan kepercayaan mereka.

         Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)          mempunyai
hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan berkualiti di rantau Asia Tenggara.
Dalam merealisasikan matlamat ini, kepemimpinan pengetua dianggap sebagai teras utama
kepada pembangunan pendidikan berkualiti, iaitu merujuk kepada kecemerlangan pengurusan
dan kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah
dilihat sebagai kunci utama kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung
kepada pengurusan berkualiti yang perlu di sertakan dengan kepemimpinan pengetua yang
dapat menjana modal insan. Pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti
kerana proses kepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah (Lokman et.al.,
2008).

2.0      SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAH

Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah,
dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Yaakob, 2007).
Ini bermakna budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetua. Pengetua
mempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukan
perubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama. Ini adalah kerana warga sekolah yang
berada di situ telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Apa yang harus dilakukan oleh
pemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masa
berinteraksi dengan para guru. Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah
memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkan
guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan.
                                                                                          3
Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting dan
bertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budaya sekolah yang positif dapat
mewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaan
persekitaran sekolah yang bersih serta di penuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaan
ini akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai
murni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Oleh itu, Fiore
(2000) berpendapat pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi pemimpin
sekolah.

       Bagi pengetua yang baru bertugas di sesebuah sekolah pula, beliau harus peka
terhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pengetua baru ini akan mengalami kesulitan untuk
menjalankan tugas, jika beliau tidak memahami budaya sekolah itu. Pembaharuan dan
perubahan akan sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yang
dianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut. Pengetahuan tentang
budaya sekolah juga penting bagi guru-guru kerana mereka adalah orang yang hampir dengan
pengetua dalam membantu sekolah mencapai matlamat yang telah dirancang. Justeru, sebagai
orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang telah
dipersetujui bersama maka mereka juga perlu memahami budaya sekolah. Kefahaman
tersebut juga dapat membantu mereka mengenal pasti amalan-amalan yang tidak produktif
dan kemudiannya membentuk satu budaya yang lebih kuat.

       Selain itu, pengetahuan tentang budaya akan dapat membantu guru memikirkan
unsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan menentukan proses pengajaran &
pembelajaran yang mempengaruhi amalan di sekolah agar dapat menghasilkan pelajar-pelajar
bersikap positif, cerdas dan berpandangan jauh. Guru-guru akan memperoleh kepuasan
bekerja dan produktiviti yang tinggi jika persekitarannya mempunyai ideologi organisasi
yang kuat, penglibatan bersama, kepimpinan yang berkarisma dan hubungan yang rapat
antara warga sekolah. Budaya mempunyai kaitan dengan motivasi guru dan pelajar,
produktiviti, kepuasan kerja, sikap guru dan pencapaian pelajar (Rusni, 2005). Oleh itu, pihak
pentadbir harus membina budaya sekolah yang kuat agar warga sekolah akan berusaha ke
arah pencapaian matlamat yang ditentukan dan akhirnya berjaya dicapai.

3.0   KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR


                                                                                            4
Banyak pendapat yang mengatakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ada
hubungan dengan kepemimpinan pengetuanya. Namun begitu, isu kelemahan kepemimpinan
pengetua dalam memimpin sekolah bukanlah isu baru dalam kajian kepengetuaan. Abdul
Shukor (2004) mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinan
pengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan
berkesan. Antaranya stail kepimpinan pengetua yang sentiasa merujuk kepada model
birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu
menjana komitmen guru terhadap sekolah.

3.1    Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum Mencapai Tahap
        Professional

Professional bererti pengetua adalah orang yang pakar dalam bidangnya dan yakin akan
keunggulan pekerjaan yang di jalankan kerana ciri-ciri professional itu ialah kecekapan,
komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kepakaran (Abdul Shukor, 2004). Ciri-ciri yang ada ini
pula tidak dibiarkan statik. Beliau akan terus meningkatkan kecemerlangan dengan
menambah kemahiran-kemahiran baru dan membawa sikap baru yang lebih positif. Beliau
juga tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi.

       Menurut Abdul Shukor (2004), taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negara
ini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanya
dapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untuk
mencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaiki
sehingga mencapai tahap professional. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Noh (di petik dari
Rusni, 2005), yang mendapati pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahap
sebagai pengurus sekolah yang berkesan. Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum
diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961
masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak di masukkan ke
dalam senarai pegawai pentadbiran.

       3.1.1   Pelantikan Jawatan Pengetua

Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana
pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah
oleh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah lah
yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya
                                                                                        5
dalam pengajaran atau pentadbiran. Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia,
jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru penolong kanan tanpa mengambil kira sama
ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau tidak.

       Hussein Ahmad (2001) & Brown et. al. (di petik dari Lokman et.al. 2008)
berpendapat lantikan pengetua berdasarkan kekananan sebagai guru tidak akan menjamin
kecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan persoalan adakah pengetua dapat
memimpin sekolah dengan berkesan? Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai aspek dalam
pengurusan sekolah akan terjejas dan tidak dapat diurus dengan lancar. Di luar negara
misalnya Amerika Syarikat, jawatan pengetua dimohon oleh individu yang berkelayakan
malah menurut Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan, 2001),
beliau membandingkan piawaian profesionalisme itu dengan negara maju lain seperti di
Amerika Syarikat di mana pentadbiran sesebuah sekolah tidak diganggu oleh kerajaan.

       Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, beliau
akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan
tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan. Ishak Sin (2007) telah
mendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formal
sebelum dilantik ke jawatan pentadbir sedangkan ia amat perlu dalam menentukan
keberkesanan kepemimpinan. Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadi
pengetua atau guru besar sekolah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan
perguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua, mereka bergantung
kepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat ataupun mengikut kaedah trial
and error atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran. Justeru itu, timbullah pelbagai kepincangan kepemimpinan pengetua/
guru besar semasa mengurus sekolah.

       Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) dan Audit Sekolah (2001) turut
mendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewangan
yang berakar umbi daripada kurangnya pengetahuan pengetua terhadap ilmu pengurusan
sekolah khususnya pengurusan kewangan.

       3.1.2   Usaha-Usaha Untuk Memartabatkan Professianalisme Pengetua / Guru
               Besar



                                                                                        6
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedar kepincangan yang berlaku ini berpunca
daripada kurangnya kemahiran seseorang pengetua dalam memimpin institusi seperti sekolah.
Seseorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan mencukupi dalam melaksana
peranan mereka khususnya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruh
organisasi sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetua yang
berketrampilan dan mempunyai sikap serta sahsiah yang terpuji. Pelbagai usaha telah
dilaksanakan KPM untuk meningkatkan professionalisme pengurusan pendidikan di negara
ini khususnya dalam bidang pengurusan di sekolah.

       Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuh bagi memastikan dimensi penting
pengurusan pendidikan diberi keutamaan dalam menjamin kejayaan pemantapan kualiti
pendidikan negara selaras dengan hasrat KPM. Latihan merupakan fungsi utama IAB dalam
usaha melahirkan para pengurus dan pemimpin pendidikan yang professional, progresif dan
dinamik. Pelabagai kursus jangka panjang dan jangka pendek yang dijalankan. Kursus-kursus
jangka panjang adalah seperti Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP), Program
Kelayakan    Profesional   Kepengetuaan     Kebangsaan   (NPQEL)     dan   Program   Khas
Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Selain itu, terdapat juga kursus – kursus jangka pendek
yang dianjurkan IAB, PPD, JPN bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pengetua/ guru
besar untuk mengurus sekolah masing-masing. Universiti-universiti tempatan juga
menawarkan program sarjana pengurusan pendidikan seperti Sarjana Kepengetuaan di
Universiti Malaya yang bertujuan memberi latihan dan penganugerahan ijazah peringkat
sarjana dan kedoktoran dalam bidang kepengetuaan kepada bakal pengetua sekolah dan
institut-institut pendidikan seumpamanya.

       Di England, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan
menyertai dan menyempurnakan program Latihan National Professional Qualification for
Leadership (NPQH) (Bush, di petik dari Yaakob 2008). Mulai 1 April 2004, semua guru
besar atau pengetua yang dilantik buat pertama kalinya ke jawatan tersebut mestilah
mempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Menjelang 1
April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baru
seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES, di petik dari
Yaakob, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf
sebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan.



                                                                                        7
Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred jawatan
pengetua iaitu pengetua DG48 dan pengetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikan
jawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusan
sekolah. Pengetua kanan dituntut memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya
mereka dapat mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanan
dianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu
markah       prestasi    melebihi     90%      selama      3      tahun     berturut-turut.
(Lokman et. al. 2008). Kementerian Pelajaran juga telah menambah bilangan jawatan
pengetua dan guru besar gred Jusa C dan DG54 dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama
(KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses pendidikan
berkualiti dan berkemampuan.

         Mulai tahun 2010, KPM memperkenalkan program Tawaran Baru melalui NKRA
bertujuan menilai prestasi pengetua berdasarkan pencapaian bagi meningkatkan kualiti
keberhasilan murid. Program ini sesuai dilaksanakan kerana prestasi pengetua dinilai atas
pencapaian sekolah berdasarkan kualiti keberhasilan murid. Matlamat program ini
diwujudkan supaya pemimpin sekolah lebih akauntabel dan lebih memainkan peranan utama
sebagai pemutus dasar dalam memacu sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah diukur
berdasarkan pencapaian murid.

         Kekerapan pengetua yang baru dilantik mengikuti kursus juga menimbulkan isu di
sekolah di mana pengetua / guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk
mengurus hal ehwal sekolah. Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana sekolah menjadi
tempat latihan pengetua yang baru dilantik untuk mendapat pengalaman sebagai pemimpin
sekolah. Hal ini memberi implikasi yang besar kepada sekolah terbabit apabila setiap tahun
akan bertukar pengetua yang baru. Kesannya, budaya di sekolah tersebut tidak pernah
berubah.

3.2      Tugas Dan Peranan Pengetua

Di sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspek
pentadbiran, pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan
perjalanan organisasi sekolah sebagai institusi pendidikan formal. Pengetua memainkan
pelbagai peranan seperti pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik, guru dan pelbagai lagi.
Mc Nulty et. al. (2005) pula menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada

                                                                                         8
tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan
modal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat
dengan komited dan efektif. Pendapat ini disokong oleh Shields (2005) dan Day et. al. (2000)
yang menyatakan bahawa tugas utama pengetua tidak terhad kepada melaksanakan
fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan, dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan
atau sumber inspirasi kepada guru-guru.

   3.2.1      Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan
              Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah Iaitu :

Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta
mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada juga yang cukup berpengalaman dalam
menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah, menjadikannya kekuatan untuk mencapai
kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan
kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. KPM perlulah menetapkan kriteria-kriteria
untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah supaya mendapat kecekapan dan
keberkesanan dalam pentadbiran sekolah. Hasil kajian yang telah dibuat oleh KPM, terdapat
10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada pada
seseorang pengetua sekolah iaitu :

   1. Stail Kepimpinan

       Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri. Namun demikian
       seseorang pengetua dapat memimpin dan mengurus dengan cekap jika mempunyai
       kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan mengikut keadaan dan masa
       seterusnya melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi
       itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi.

   2. Personaliti / ketokohan

       Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan
       personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang
       mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui pertuturannya,
       akal budinya dan tingkah lakunya. Imej beliau yang baik dan disaluti dengan ciri-ciri



                                                                                           9
kepimpinan yang berkualiti membuatkan beliau disegani dan dihormati. Ini sedikit
     sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya.

3. Kepemimpinan

     Kepemimpinan pengetua amat penting kerana beliau merupakan pemimpin
     sekolahnya dan beliau juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepemimpinannya juga
     mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi.

4.   Keilmuan

     Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat terutama sekali
     kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian
     pengetua   sekolah   haruslah   mengemaskini    pengetahuan    dan   ilmu   tentang
     professionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan
     bidang tugas dan tanggungjawab membolehkan seseorang pengetua itu memimpin
     dan mengurus dengan baik organisasinya. Sekiranya berpeluang melanjutkan
     pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan
     kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua.

5. Komunikasi

     Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan memang tidak dapat
     dinafikan. Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang
     luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan
     gaya ini membolehkan beliau mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan
     itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam
     organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan
     kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor. Situasi ini
     sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling
     bantu-membantu dan memahami sesama rakan sekerja.

6. Pengiktirafan

     Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat
     martabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan di jadikan
                                                                                      10
matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan
   pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi.
   Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan
   kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah
   positif ke arah mengangkat martabat para pengetua. KPM juga telah mewujudkan
   jawatan ‘Pengetua / Guru Besar Cemerlang’, di mana jawatan ini merupakan
   pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecemerlangan kepemimpinan di peringkat
   sekolah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang di anggap pakar dalam bidang
   kepemimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan di peringkat
   organisasi sekolah.

7. Komitmen

   Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti
   mereka. Pendapat seorang pengetua di sebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas
   mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu
   saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa
   isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua.

8. Keberkesanan / Kecemerlangan

   Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan
   pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat
   bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan
   sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di
   dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapat berjalan dengan
   cekap. Sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan
   lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan, maka cara-
   cara   pengurusan     moden   perlu   diterap   dalam   pengurusan   agar   mencapai
   kecemerlangan.

9. Kemahiran

   Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang
   pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Kemahiran yang

                                                                                    11
tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau
         metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea bagi membantu guru-guru
         meningkatkan profesional kerja. Tidak semua orang mempunyai kemahiran untuk
         menjadi pemimpin namun kemahiran boleh diperoleh oleh seseorang melalui
         pembelajaran, latihan dan pengalaman.

      10. Kesihatan

         Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum
         melayakkannya     menjalankan    tugas.   Kepelbagaian   tugas   seorang   pengetua
         menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik.
         Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat
         memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu
         fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik.

3.3      Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran
         Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran

Laporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan
kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja
dan tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan
melaksanakan kurikulum. Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati peranan pengetua
sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional seperti
yang di inginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing
guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif.
Menurut Shahril (2002) peranan pengetua yang hanya menjalankan urusan pentadbiran
sekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan
2020.

         Dalam melaksanakan       fungsi-fungsi kepemimpinan      pengajaran   ini pengetua
seharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu
melibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima
pandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru. Pengetua berperanan
mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.
Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru
                                                                                         12
dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan pentadbiran di
sekolah atau di luar sekolah.

         Hussein Mahmood (2008), berpendapat peranan pengetua yang hanya melaksanakan
tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah di dapati tidak lagi berkesan. Pengetua telah
dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yang
penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah
termasuklah juga prestasi pelajar. Menurut beliau lagi, banyak inovasi pendidikan telah gagal
kerana pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi tersebut.

   Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia (Bernama, 2010) menggariskan
dua dimensi utama tugas pengetua iaitu dimensi pentadbiran & pengurusan, dan dimensi
kepimpinan pengajaran. Menurut beliau, dimensi terpenting yang perlu dimainkan oleh
pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan
budaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua berperanan memberi
kepimpinan dan sokongan kepada guru dan murid di samping mewujudkan keadaan
persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran dan
pembelajaran




   3.4         Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah)

Memandangkan negara kita mengamalkan sistem pendidikan berpusat, misi sekolah tidak
boleh dipisahkan daripada misi KPM iaitu ‘membangunkan sistem pendidikan yang
berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan
memenuhi aspirasi negara malaysia’. Berpandukan misi KPM ini, pemimpin sekolah perlu
menterjemahkan ke dalam bentuk yang sesuai yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah.


          Purkey dan Smith (di petik dari Hussein Mahmood, 2008) berpendapat kebolehan
pengetua menjelaskan matlamat dengan baik merupakan satu ciri pengetua yang berkesan.
Sesebuah sekolah yang tidak menentukan hala tuju proses pendidikannya pasti tidak
mempunyai kriteria untuk mengukur sama ada sekolah berjaya melaksanakan proses itu atau



                                                                                          13
tidak. Berikut adalah beberapa isu yang berkaitan dengan perkongsian misi, visi dan
matlamat sekolah.


   1. Warga sekolah tidak berkongsi visi / misi
        Salah satu faktor yang di kenal pasti membawa kepada kegagalan perkongsian misi
        sekolah dengan seluruh warga sekolah, khususnya dalam kalangan guru adalah
        kegagalan komunikasi. Untuk mendefinisikan misi sekolah perlu dibuat dengan
        kerjasama staf, ibubapa, dan pihak-pihak berkepentingan dengan mengenal pasti
        bidang-bidang yang perlu dipertingkatkan di samping menetapkan matlamat setiap
        bidang. Misi itu kemudiannya perlu dikongsi bersama dengan semua pihak melalui
        pelbagai saluran komunikasi sama ada secara formal mahupun informal. Ini kerana
        misi sekolah tidak boleh dicapai secara berseorangan oleh pemimpin tetapi
        memerlukan kerjasama dan usaha daripada semua pihak.


   2. Murid adalah golongan yang diabaikan dalam usaha merealisasikan misi sekolah.
        Murid adalah matlamat utama suatu misi sekolah. Golongan ini boleh menjadi
        kuasa penghalang atau pendorong pencapaian misi sekolah. Menurut Dave Burton
        (di petik dari Mc Ewan, 2003), murid perlu diberikan matlamat yang wajar bersama
        dengan ganjaran, keseronokan dan sokongan yang sesuai untuk meniupkan
        semangat mereka.


   3. Ibubapa dan waris murid juga harus dilibatkan dalam usaha merealisasikan misi
        sekolah.
        Golongan ini merupakan kumpulan yang setia dan bersedia memberi sumbangan
        kewangan dan masa sekiranya diberikan peluang dan diyakinkan hasilnya. Oleh itu
        golongan ini harus didampingi dan di alu-alukan kehadiran mereka untuk berkongsi
        pemikiran dan hala tuju.


   4. Visi dan misi yang tidak realistik
        Visi dan misi yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam dunia nyata hanyalah mimpi
        kosong. Pemimpin boleh memperkemaskan serta memperhalusi visi sekolah dari
        semasa ke semasa sekaligus menolak tanggapan visi sekolah tidak boleh diubah



                                                                                      14
selepas ditetapkan. Mc Ewan (2003) mencadangkan visi sekolah harus
         diperjelaskan dan dipertahankan melalui pelbagai kegiatan di sekolah.


3.5    Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua /
       Guru Besar

Guru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering berada dalam keadaan
tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya. Ada juga guru yang berfikiran
kurang terbuka yang sentiasa berprasangka buruk dan beranggapan pemimpin menyelia dan
menilai pengajaran mereka untuk mencari kesalahan. Sikap guru pada idea penyeliaan itu
sendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di sekolah. Penyeliaan bertujuan
memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara
berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan.
Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah suatu proses jaminan
kualiti yang bersifat pembangunan kerana penambahbaikan perlu sentiasa dibuat mengikut
keperluan (James Ang & Balasandran, 2009).

Isu-isu lain yang turut dihadapi adalah seperti berikut:

1.     Pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana
       kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah.

2.     Terdapat pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan
       bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian
       daripada penyeliaan.

3.     Sesetengah pemimpin sekolah berpendapat adalah memadai berada di kelas selama 10
       minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan pembelajaran.

4.     Pemimpin sekolah yang tidak berpeluang menjalankan penyeliaan menurunkan kuasa
       kepada barisan guru penolong kanan bagi menyempurnakan tugas itu, tetapi tidak
       mendapatkan maklum balas dan laporan kemajuan pelaksanaan pengajaran dan
       pembelajaran.

5.     Pemimpin sekolah menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan atau tidak memberi
       maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan.


                                                                                         15
6.     Pemimpin sekolah menggunakan instrumen penyeliaan sebagai senarai semak tanpa
       membuat penilaian secara kualitatif dan beranggapan pengajaran dan pembelajaran
       yang memenuhi ciri-ciri yang di senaraikan dalam senarai semak itu sebagai
       pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang.

7.     Terdapat pemimpin sekolah yang berpendapat guru yang berpengalaman tidak perlu
       diselia.

8.     Pemimpin sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pengajaran dan
       pembelajaran kerana kurang memiliki kemahiran bimbingan dan mentoring.

9.     Penyeliaan   yang dijalankan    hanya berfokus pada pengajaran        guru tanpa
       menghiraukan aspek pembelajaran murid kerana menganggap terdapat pertalian sebab
       akibat antara pengajaran dengan pembelajaran. Jika pengajaran berjalan dengan baik,
       dengan sendirinya pembelajaran di anggap berlaku.

10.    Isu Pengurus Pertengahan

       Pemimpin sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada guru-guru Penolong Kanan
       Penyelia Petang atau guru-guru kanan bagi menjalankan penyeliaan di bilik darjah
       Sungguhpun demikian, penglibatan kumpulan ini masih kurang memuaskan kerana
       mereka kurang jelas akan kepentingan dan skop tugas penyeliaan pengajaran &
       pembelajaran. Mereka juga tidak mendapat latihan dan bimbingan daripada pemimpin
       sekolah tentang cara melaksanakan penyeliaan yang betul.

Sekiranya isu-isu seperti ini tidak difahami dan ditangani oleh pemimpin sekolah bukan
sahaja guru tidak berpeluang meningkatkan kualiti pengajaran mereka malah pemimpin
sekolah itu sendiri tidak mampu merangka strategi penyeliaan yang lebih baik dan mantap
bagi meningkatkan tahap pembelajaran murid.

       Kesimpulannya,    kepemimpinan    sekolah     secara   umumnya   bertanggungjawab
membina budaya sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja bidang akademik
yang mudah diukur melalui peperiksaan, tetapi juga kecemerlangan akal budi, mewujudkan
semangat persaudaraan sesama manusia dan berpotensi menggerakkan peradaban tinggi
bangsa kita. Justeru, pengetua atau guru besar perlu cuba melaksanakan beberapa strategi
praktikal untuk membolehkan ciri-ciri sekolah berjaya dapat dibudayakan di kalangan guru
dan pelajar. Secara ringkasnya, kepemimpinan pengetua menentukan kejayaan sesebuah
                                                                                       16
sekolah. Sekolah yang berjaya dan maju mempunyai kepemimpinan yang berkesan. Fred
M.Hechinger merupakan Presiden, New York Times pernah berkata:

“Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang
baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua
yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah-
sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi
setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti
pengetua.”




4.0    HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH


Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang
mempunyai budaya tersendiri. Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin (2005) menjelaskan
budaya sebagai satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh
individu dalam satu-satu kumpulan. Budaya menentukan identiti sesuatu kumpulan manusia
kerana nilai dan norma yang dikongsi bersama dipelajari dan diamalkan oleh ahli-ahli dalam
kumpulan. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri
organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada
perubahan (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Malahan sebarang aktiviti kerja
berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan
pegagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran
guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003).


       Kajian yang dijalankan oleh Hashimah (2000) mendapati terdapat hubungan yang
signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang
signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan
motivasi guru (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Keberkesanan dan halatuju
organisasi pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesempurnaan koordinasi halatuju
pengharapan masyarakat (Patimah Ibrahim, 2002). Menghasilkan perubahan sikap yang
sesuai dengan matlamat organisasi pendidikan, mewujudkan keadaan yang memuaskan bagi
menarik perhatian pelajar untuk mengubah sikap secara sukarela dan mewujudkan


                                                                                       17
permintaan dari pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran adalah tugas yang
paling penting (Celep, 2000).


       Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selain
profesionalisme ini menuntut kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai
pelbagai ilmu pengetahuan terrnasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi "ibu" dan
"bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap
keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar (Aishah Bee, 2004). Oleh itu,
golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang
dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadi
sebuah negara maju menjelang 2020 (Woo Yoke Ling, 2007).


4.1    Komitmen Guru Dengan Kepimpinan Pengetua


Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar (2007) mengatakan bahawa kepimpinan merupakan satu
aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara
pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi
kepimpinan yang berupa mempengaruhi dan dipengaruhi. Yaakob (2007) menyatakan
kepimpinan sekolah dapat menggambarkan penglibatan, komitmen, pemantauan kemajuan
pelajar, persekitaran yang positif yang disokong kuat oleh pentadbiran sekolah dan ibu bapa
serta pengajaran yang berstruktur. Macneil dan Maclin (2005) dalam Yaakob (2007)
menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian idea-idea,
kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepada
pengwujudan dan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. Kajian
Pashiardis (2000) menunjukkan pemimpin sekolah boleh mempengaruhi budaya kerja guru,
komunikasi dan pencapaian akademik pelajar.


       Azizi et.al (2004) menyatakan bahawa pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat
membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah,
pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan
kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai
masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di alam
sekitar sekolah atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah. Pengetua

                                                                                          18
dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat
memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukan
guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung
prestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat. Oleh yang demikian, pengetua adalah
orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke
tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang
akademik.


4.2    Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti Dan Motivasi Kerja Guru


Azura (2004) mengatakan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang
bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan
yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada
kepentingan organisasi. Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikan
proses mendidik pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama
pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran
perubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini peka
terhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian
diri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan
yang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus dimainkan supaya kepuasan kerja dapat
dilahirkan dalam profesion mereka (Woo Yoke Ling, 2007). Ini kerana, guru bukan sahaja
menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi
pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat (Fatimah, 2002).


       Azizi et. al (2004) menyatakan bahawa sekolah adalah institusi di mana berlakunya
peringkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu, institusi sekolah
memainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakan
diperingkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti ini
mewujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadap
keberkesanan perlaksanaannya. Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang
penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah yang berkesan tercapai.
Betapa baik sekalipun sistem sekolah itu dibangunkan, matlamat untuk menjadikan sebuah
sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen.

                                                                                            19
Menurut Kim (1994) dalam kajiannya, guru-guru yang merasakan tidak puas terhadap
kerjayanya lebih cenderung melakukan perlakuan negative seperti ponteng kelas, kurang beri
tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar. Manakala apabila
kepuasan kerja guru-guru adalah tinggi, mereka akan berasa seronok melaksanakan
tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian
matlamat sekolah juga tinggi (Anderment, Belzer dan Smith, 1991).



5.0    PENCAPAIAN PELAJAR DAN BUDAYA SEKOLAH

Pencapaian sekolah secara tidak langsung dipengaruhi oleh budaya sekolah itu sendiri.
Budaya yang dibawa oleh setiap warga dalam konteks pendidikan itu sendiri mmberikan
kesan kepada pencapaian pelajar. Memandangkan pendidikan di Malaysia adalah
berorientasikan pepeperiksaan, maka budaya yang ada di sekolah melambangkan tahap
pencapaian sesebuah organisasi itu iaitu sekolah itu sendiri.

       Menurut Lambert(2003) pencapaian murid dalam konteks kapasiti kepimpinan adalah
lebih luas daripada skor ujian. Pengukuran pencapaian murid enggunakan pelbagai ukuran
pembangunan dan dan prestasi sebagai tambahan kepada skor ujian termasuk portfolio, bahan
pameran, pengetahuan kendiri dan kematangan sosial. Ia juga merangkumi pemahaman yang
luas dan komprehensif tentang pencapaian murid dalam pembangunan diri dan sivik seperti
melibatkan diri dalam kerja yang memerlukan semangat yang tidak mudah luntur. Ini
termasuk faktor sosial, peluang melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada matlamat
serta mempunyai perasaan tanggungjawab pada masa hadapannya. Ini secara tidak langsung
merupakan budaya yang dibawa oleh diri individu tersebut.

       Keputusan ujian dan peperiksaan bukan sekadar berperanan sebagai sumber
membezakan murid yang mampu menguasai ilmu dengan yang lemah, malah menentukan
tahap pencapaian sesebuah sekolah. Keputusan ujian dan peperiksaan adalah sumber
maklumat yang amat berguna pada pihak sekolah, terutama bagi mengenalpasti kekuatan dan
kelemahan murid supaya program intervensi yang sesuai boleh digunakan dalam
pengajarannnya. Untuk tujuan ini, data pencapaian murid perlu dianalisis dan maklumat
terperinci perlu disalurkan kepada pemimpin instruksional dan barisan pentadbir sekolah



                                                                                       20
yang lain supaya mereka mengenalpasti punca kelemahan murid dan mengambil tindakan –
tindakan yang tepat bagi menangani masalah akademik murid itu.

       Walaubagaimanapun, apabila keputusan diumumkan hanya sebilangan kecil sekolah
sahaja yang dianggap cemerlang berbanding sebahagian besarnya sederhana atau lemah.
Begitu juga dengan bilangan pelajar cemerlang jauh lebih kecil daripada bilangan yang
kurang atau tidak cemerlang. Kegagalan pelajar mendapat keputusan yang baik sedikit
sebanyak akan menjejaskan masa depan mereka. Misalnya jika mereka gagal mendapat 5A
dalam UPSR mereka tidak akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang dianggap ‘elit’ seperti
Maktab Rendah SainsMara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dan Sekolah
Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Primer Negeri, dan Sekolah Primer
Daerah. Pada umumnya sekolah-sekolah ‘elit’ ini pada setiap tahun menujukkan keputusan
yang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Keputusan yang baik dalam PMR dan SPM
pula meningkatkan peluang pelajar ke universiti dalam bidang yang mempunyai nilai
ekonomi yang tinggi misalnya bidang kejuruteraan dan perubatan.


       Keputusan peperiksaan juga dikatakan memberi gambaran tentang pencapaian
sekolah yang tidak sama, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana,
latihan, dan guru terlatih yang hampir sama. Ketaksamaan peluang mungkin salah satu sebab
mengapa ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Ibu bapa
mengharapkan anak-anak mereka memasuki sekolah yang dianggap cemerlang, namun hanya
sebilangan kecil saja sekolah yang dapat menyediakan peluang tersebut kerana kekurangan
tempat. Sepatutnya semua sekolah dianggap cemerlang atau mempunyai piawai yang
dikatakan cemerlang. Dalam laporan Sekolah Lima Bintang sekolah-sekolah di Kedah,
hanya 238 buah sekolah atau 45.2 peratus dianggap cemerlang berbanding dengan 54.8
peratus yang kurang cemerlang (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, 2004). Jelasnya terdapat
ruang yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan pelajar.


       Pada peringkat nasional Kementerian Pelajaran Malaysia belum berpuas hati terhadap
pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains di kalangan pelajar Bumiputera,
terutama di sekolah kebangsaan. Jika dibandingkan pencapaian mata pelajaran Matematik
dan Sains SK dengan SJKC, SK masih jauh lebih rendah, justeru semua pegawai KPM dan
guru harus membabitkan diri dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasa SK dengan
mengurangkan jurang perbezaan antara SK dengan SJKC (Ahmad Sipon, BH 30 Jun, 2005).
                                                                                  21
Ketidakpuasan tentang pencapaian orang-orang Melayu disuarakan lagi oleh Perdana Menteri
Malaysia dalam amanat Presiden UMNO pada 6 Febuari, 2005 dan mahukan supaya usaha-
usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar SK menjadi kewajipan setiap pemimpin
dan ahli UMNO mulai sekarang (Abdullah Ahmad Badawi, 2005). Kerajaan sedar dengan
pemerkasaan SK akan membawa banyak kebaikan kepada pembinaan anak bangsa. Kerajaan
berhasrat memperhebat agenda memperkasa SK kerana yakin SK merupakan wadah terbaik
untuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan semangat cintakan negara di kalangan generasi
muda.
        Kerajaan akan meningkatkan prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian
akademik, pencapaian kokurikulum, penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat, kualiti
guru dan pengurusan sekolah. Keperihatinan kerajaan juga jelas apabila Rancangan Malaysia
ke-9 (RMK9) berusaha menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam
semua aspek (Hishammudin Hussein, 2005). Mahathir Mohamad dalam “Face the Facts”
(2001) menyarankan supaya para pendidik dan penyelidik mencari sebab-sebab kemerosotan
pencapaian SK, dan sanggup menerima kebenaran apa jua daripada dapatan kajian bagi
pembaikan sekolah dan mengatasi kelemahan. Pada sidang kemuncak pendidikan 2004 sekali
lagi Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyarankan Kementerian Pelajaran
melakukan perubahan penting bagi menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai ‘sekolah
pilihan’ dengan memelihara kedudukan, meningkatkan kualiti supaya ibu bapa senanguntuk
menghantar anak-anak mereka ke sekolah SK.


        Walaupun SK ditubuhkan sebagai aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat
Malaysia, tetapi beberapa kelemahan perlu diatasi supaya SK menjadi pilihan utama
masyarakat. Antara kelemahan SK ialah tanggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik
di SK lebih rendah berbanding sekolah aliran Cina (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
2006-2010).


5.1     SK VS SRJKC
        Justeru, kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Lim Chap Sam telah dapat mengenal
pasti amalan budaya di dua aliran sekolah yang dominan di Malaysia iaitu SK dan SJKC. Ini
secara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada keberkesanan sesebuah sekolah yang
mungkin dapat meningkatkan lagi keputusan pelajar. Berikut amalan ataupun budaya yang
diamalkan di sekolah SK dan SRJKC:

                                                                                       22
SRJKC                                           SK
       -   64%         daripada     30      minit   -   43% daripada 30 minit pengajaran
           pengajaran                   Matematik       Matematik untuk menerangkan konsep
           digunakan untuk menerangkan                  dan kemahiran
           konsep dan kemahiran.
       -   Soalan latihan yang banyak               -   Soalan latihan yang sedikit
           (10-40 soalan sehari)
       -   Menghafal sifir dari tahun 2             -   Menghafal sifir        semasa berada di
           lagi                                         tahun 5
       -   Kelas tambahan untuk pelajar             -   Kelas tambahan untuk pelajar yang
           yang bermasalah dan sejak                    pencapaian baik sahaja dan untuk
           tahun 4                                      pelajar tahun 6 shj.
       -   aktiviti       pengayaan         yang    -   pelajar hanya diberi latihan secara
           digunakan di SRJKC iaitu:                    individu dan guru akan berjalan dalam
                  i.    Pertandingan       antara       kelas     membantu        pelajar     yang
                        kumpulan                        memerlukan bantuan.
               ii.      Penyelesaian masalah
                        berkumpulan
              iii.      Menyelesaikan
                        soalan     di     hadapan
                        kelas


5.2    Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana, Lemah


Dalam kajian yang dilakukan oleh Nor, Pihie, dan Ali (2008) pula mengkaji tiga buah
sekolah luar bandar yang mempunyai prestasi cemerlang, sederhana dan lemah. Di dapati
amalan pemantauan pencapaian murid adalah berbeza walaupun secara umumnya ketiga-tiga
sekolah itu menyediakan maklumat analisis potensi murid (headcount), memantau buku
latihan murid dan menganalisa keputusan murid. Hasil kajian mereka ialah:


Sekolah Cemerlang                   Sekolah Sederhana         Sekolah Lemah
Membuat     analisis            dan Hanya         membekalkan Guru kurang                   memahami
                                                                                                     23
seterusnya           merencanakan maklumat       analisis    tanpa proses            menyediakan
aktiviti     intervensi     seperti merancang pelan tindakan maklumat            analisis      dan
bengkel       teknik      menjawab demi meningkatkan kualiti mereka          gagal    merancang
soalan, latih tubi topikal dan pengajaran                     dan program     pengajaran       dan
melaksanakan                sukatan pembelajaran.                  pembelajaran yang sesuai.
pelajaran minimum.
Pelajar yang lemah diberikan Pelajar          yang   lemah   juga Tidak diamalkan.
motivasi      dari     semasa   ke diberikan motovasi.
semasa.
Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jurang Perbezaan Pencapaian Dalam Pelbagai
Budaya Sekolah


Menurut Fullan, sekolah perlu memiliki kompetensi dalam empat aspek apabila memantau
pencapaian murid. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah:


   i.      kemampuan menganalisa pencapaian dan keputusan murid secara terperinci.
  ii.      Melaksanakan perubahan kritikal.
 iii.      Keupayaan memahami perkembangan di bilik darjah dan merancang pelan
           pembangunan sekolah bagi meningkatkan prestasi.
 iv.       Mengambil langkah terbuka dan proaktif apabila berdepan dengan isu prestsi sekolah.
           Selain itu, budaya kerja sekolah cemerlang perlu dicontohi sebagai contoh, Kolej

           Tunku Kursiah, (TKC), Seremban telah memperoleh keputusan yang cemerlang
           dalam PMR dan SPM. Kajian yang dijalankan oleh Nor, Pihie dan Ali(2008)
           menunjukkan pendekatan headcount berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik
           sekolah itu.




Menurut Connelly (2008) pula, murid yang lemah memerlukan masa yang lebih untuk
pembelajaran. Dengan mengkaji data penilaian murid, guru dapat merancang atau
menggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk golongan murid ini. Levy(2008) pula
berpendapat, pendekatan pengajaran yang berbeza (differentiated instruction) dapat
membantu murid mencapai atau melepasi standard akademik yang dikehendaki. Pencapaian
murid dapat dipantau melalui kandungan pengajaran, proses dan hasil yang diperoleh.

                                                                                               24
6.0    ISU: HUBUNGAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT
       DENGAN BUDAYA SEKOLAH

Persekitaran sekolah yang positif adalah sekolah yang menyediakan persekitaran yang
kondusif dan selamat bagi pelajar dan juga staf di dalamnya. Hal ini membolehkan pelajar
belajar dalam keadaan yangs selesa dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap
pembelajaran manakala bagi guru pula, mereka akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik-
baiknya sebagai seorang pendidik di sekolah. Persekitaran ditakrifkan oleh persekitaran
merujuk kepada keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau individu).
Manakala, kondusif membawa bermaksud sesuai (Noriati A. Rashid et. al 2009).

       Persekitaran yang kondusif boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu fizikal, sosial,
perkembangan intelek dan bahasa. Jika dilihat dari aspek fizikal, perkara pertama yang perlu
dititikberatkan adalah organisasi bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang kondusif
hendaklah mempunyai susunan meja dan kerusi yang teratur supaya guru dan pelajar dapat
berkomunikasi dengan mudah dan berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran
dijalankan. Seterusnya keadaan di dalam bilik darjah itu sndiri hendakla ceria contohnya di
sudut-sudut di dalam bilik darjah ditampalkan nota-nota yang berwarna-warni bagi
memudahkan pelajar lebih mudah mengingati ape yang dipelajari di dalam kelas. Bilangan
pelajar di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas. Mengikut saranan dari Kelas Rancangan khas bilangan pelajar
hendaklah seramai 35 orang sahaja per kelas. Hal ini bagi memudahkan guru supaya dapat
mengawal kelas dengan baik.

       Kemudian kita boleh lihat dari segi lanskap sekolah. Lanskap sekolah yang menarik
dapat melahirkan suasana yang aman dan tenang di dalam sekolah tersebut. Suasana yang
tenang dapat dilahirkan dengan adanya pohon-pohon yang rendang, pokok-pokok bunga,
lukisan mural di dinding-dinding sekolah, kolam ikan dan banyak lagi. Selain itu, kebersihan
sekolah hendaklah dijaga dengan baik terutamanya kebersihan tandas dan kantin sekolah.
Perkara ini penting bagi memastikan tumpuan pelajar tidak terganggu dan juga bagi
mengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku. Bagi mengelakkan masalah
keracunan makanan ini berlaku, pihak sekolah dan pihak kantin harus bertanggungjawab
dalam membekalkan makanan dan minuman yang bersih kepada pelajar. Pihak sekolah harus

                                                                                         25
sentiasa menjalankan pemeriksaan kebersihan ke atas kantin sekolah supaya dapat
memastikan kebersihan katin berada pada tahap yang optimum.

       Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan juga amat penting dalam membantu
pembelajaran pelajar. Pelajar dapat menambahkan pengetahuan dengan adanya perpustakaan
dan pusat sumber yang lengkap. Pelajar boleh menambahkan pemahaman dalam pelajaran
dengan membaca banyak buku-buku ilmiah. Secara tidak langsung dapat memupuk minat
pelajar untuk membaca. Padang sekolah juga hendaklah diselenggara dengan baik supaya
supaya pelajar dapat melakukan aktiviti senaman dengan selamat. Rumput-rumput di padang
hendaklah dipastikan sentiasa pendek dan alatan sukan dipastikan berada dalam keadaan
yang baik. Makmal sains dan matematik juga memainkan peranan penting dalam
pembelajaran. Makmal sains sering digunakan oleh pelajar untuk melakukan eksperimen.
Bagi mencapai objektif eksperimen yang dijalankan, peralatan dan bahan kimia hendaklah
sentiasa mencukupi dan guru hendaklah sentiasa peka terhadap bahan kimia tersebut dan guru
perlu tahu sejauh mana bahan kimia itu selamat digunakan.

       Seterusnya, dengan adanya makmal matematik guru-guru boleh mencuba kaedah baru
dalam pembelajaran dan pengajaran. Contohnya dengan penggunaan Geometer’s Sketchpad
dan kalkulator grafik dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Bagi pelajar
yang tinggal di asrama kemudahan yang lengkap adalah sangat penting bagi keselesaan
pelajar. Tinggal di asrama yang dilengkapi kemudahan dapat menyumbang kepada
pencapaian pelajar.

6.1    Sumbangan Kerajaan Untuk Memperbaiki Prasarana Sekolah

Kerajaan telah banyak memberi sumbangan untuk memperbaiki prasana sekolah terutama
sekali di kawasan luar bandar. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM
2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh
negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan
(Utusan Malaysia,29 Ogos 2006).

       Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM310.5 juta bagi mewujudkan kemudahan
dan prasarana di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman seluruh negara sepanjang tahun
ini. Keutamaan diberi kepada sekolah luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah
yang sebahagian besar masih lagi ketinggalan khususnya dalam menikmati bekalan elektrik
dan air. Bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah pedalaman Sabah yang tidak mempunyai
                                                                                 26
bekalan elektrik, kementerian akan membekalkan generator. Dengan adanya bekalan elektrik,
kita berharap sekolah-sekolah di pedalaman sabah dapat menikmati kemudahan IT sama
seperti sekolah di kawasan bandar. (Utusan Malaysia).

       Manakala, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Haji Ahmad
Sharom Yasin berkata “Projek baru di bawah penyeliaan JPP terbahagi kepada tiga kategori
iaitu membaiki padang sekolah yang memperuntukkan (kira-kira) RM300,000, membaiki
makmal dan juga tandas masing-masing memerlukan kos antara RM100,000 hingga
RM200,000”. Penyediaan sebanyak 1,262 makmal komputer khusus di sekolah-sekolah luar
bandar menjadi matlamat utama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2001 untuk
mempastikan jurang digital antara bandar dan luar bandar dirapatkan (Azizi et. al, 2011).

       Kerajaan telah banyak menyalurkan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkap
kepada sekolah-sekolah terutama di kawasan luar bandar. Dengan demikian, diharapkan
jurang diantara pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan dikurangkan. Namun, adakah
dana yang disalurkan ini berbaloi kerana seperti yang kita lihat tidak ramai guru yang
menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak faktor
yang ,menghalang penggunaan ICT dalam pnp. Faktor yang pertama adalah kekangan masa.
Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan mengajar atau pun nota
dari power point, flash dan sebagainya. Selain itu, guru juga mempunyai pengalaman lepas
yang negatif semasa menggunakan LCD atau projector di mana mungkin pada masa tersebut
alatan tersebut tidak berfungsi dengan baik malah telah melambatkan proses pembelajaran.
Hal ini menyebabkan guru lebih gemar menggunakan buku teks sepenuhnya.

       Guru-guru juga kurang berkeyakinan dalam mengendalikan kemudahan ini kerana
mereka kurang mahir menggunakannya dan guru-guru juga kurang pengetahuan dalam aspek
teknikal kerana tidak diberi peluang mengikuti kursus. Tambahan pula, di sekolah
penggunaan makmal dan bilik media adalah terhad. Di mana guru-guru perlu tempah bilik
tersebut dari awal supaya tidak berlaku masalah dengan kelas yang lain. Bagi mengatasi
masalah ini, pihak sekolah perlu menyediakan kursus di mana guru-guru diajar
mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan
sebagainya yang berkaitan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Guru-guru juga
hendaklah dibekalkan modul-modul yang ringkas dan mudah bagi memudahkan pnp. Selain



                                                                                            27
itu, guru juga perlu mempunyai semangat dalam memajukan diri dalam mempelajari sesuatu
yang baru.

6.2    Persekitaran Sekolah Selamat

Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharusnya
terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap
gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan
kemudahan sekolah. Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan
untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana
pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di
bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai (Shamsiah et. al, 2005)

       Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang
semakin menjadi-jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan
akhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Di Ipoh, pada 1 Julai 2004, seramai 19
orang pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat dekat sini, cedera selepas satu paip gas di
makmal sains sekolah itu meletup. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai
seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan
lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang
pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah
pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat
kecederaan di tulang belakang.

       Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah
meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah
dimakan anai-anai. Di Rembau, seorang pengawal keselamatan telah merogol seorang pelajar
perempuan tingkatan 5 di sebuah kelas kosong, 16 April 2012. Tahun lalu, sebanyak 434 kes
keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkan
berlaku di 135 buah sekolah. Ekoran dari kes-kes yang telah berlaku adakah sekolah dapat
menyediakan persekitaran yang selamat kepada penghuni yang ada di dalamnya kerana
kebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah.




                            Rajah 1.0 : Model Sekolah Selamat

                                                                                       28
Keluarga                       Sekolah yang                          Masyarakat
                                                                              yang
       yang
                                        selamat


 Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States.
                                          Hlm.3

Rajah 1.0, menunjukkan bahawa sekolah yang selamat dipengaruhi oleh keluarga dan
masyarakat yang selamat. Selalunya, kita lihat pelajar yang lemah melakukan kesalahan
disiplin di sekolah. Hal ini mungkin disebabkan pelajar tersebut lahir dari keluarga yang
bermasalah atau pun dari latar belakang masyarakat yang bermasalah. Apa yang penting di
sini adalah didikan keluarga amat penting untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana
bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya.

6.3     Cara Untuk Memastikan Persekitaran Sekolah Selamat

Persekitaran sekolah yang selamat boleh dihasilkan dengan kepemimpinan yang berkesan
terutamanya dari pentadbir sekolah iaitu pengetua. Pengetua berperanan penting dalam
memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Beliau hendaklah tegas
dalam melaksanakan tugas, adil dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan
baik tanpa ada pihak-pihak yang tersinggung. Sekolah juga bertanggungjawab dalam
menyediakan prasarana dan kawasan sekolah yang selamat. Contohnya, sekolah perlu
menyediakan tempat berkumpul yang selamat bagi para pelajar yang sampai pada awal pagi
sebelum permulaan kelas dan tempat menunggu kenderaan untuk sebelah petang selepas sesi
persekolahan.

        Sekolah juga perlu membersihkan semak samun di kawasan laluan pelajar supaya
pelajar berasa lebih selamat dan terbuka. Selain itu, bagi mempertingkatkan mutu disiplin
dikalangan pelajar guru-guru hendaklah menekankan disiplin dalam bilik darjah. Guru-guru
hendaklah bersikap tegas apabila berhadapan dengan pelajar terutama kepada pelajar yang
mempunyai masalah disiplin supaya pelajar berasa hormat terhadap guru serta secara tidak
langsung dapat mengurangkan salah laku pelajar. Selain itu, penting bagi sekolah
mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat. Contohnya, dengan adanya
mesyuarat PIBG dapat mendekatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa pelajar dan
masyarakat.
                                                                                        29
Dengan demikian, pihak sekolah dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama ibu
bapa dan masyarakat serta dapat berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi sekolah bersama. Cara lain bagi memastikan persekitaran sekolah selamat adalah
dengan menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan guru. Hubungan yang mesra
antara pelajar dan guru dapat menghasilkan suasana yang menyeronokkan dalam pnp. Hal ini
secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran dan juga dapat
menghalang konflik antara guru dan pelajar yang boleh membawa kepada masalah disiplin.

       Disiplin yang baik dapat diwujudkan dengan zero defect dalam semua aktiviti pelajar
iaitu tiada masalah dalam pnp, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalah
keceriaan sekolah dan sebagainya(Mok Soon Sang, 2009). Kesimpulannya, iklim
persekolahan yang kondusif dan selamat adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan
baik, elok dipandang dan teratur susunannya.




7.0   KESIMPULAN

Sehingga tahun 2010, terdapat sebanyak 60 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 120 buah
Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di
seluruh Malaysia. Konsep SBT diperkenalkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak,
unik dan menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Tradisi budaya kerja tinggi dan
cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan
akan meningkatkan daya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan
masyarakat ialah aset utama SBT. Pada tahun 2012, Malaysia dijangka mempunyai 100 buah
SBT (Laporan Tahunan KPM, 2010). Berdasarkan data tersebut, jumlah ini hanyalah 1%
daripada jumlah sekolah-sekolah di Malaysia di mana jumlah sekolah di Malaysia pada bulan
Mei 2012 ialah sebanyak 10,019 buah. Ini menunjukkan taraf kepemimpinan pengetua-
pengetua / guru besar di Malaysia masih tidak memuaskan dan belum mampu membawa
sekolah masing-masing ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan oleh KPM.

       Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isu
yang lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Ini adalah
kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru
besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka


                                                                                         30
seharusnya di dasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan
dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang.




                                                 Rujukan

Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman . 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum . Tanjong Malim: Quatum
        Books.

Abd Ghani dan Tang Keow Ngang. 2006. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif            Pengurus
        Pendidikan Wanita: Jurnal Pendidikan. (31), 97 – 105.

Abdul Shukor Abdullah. 2004. Ucap utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12.
       Kertas Kerja Seminar Nasional Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Anjuran
       Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Genting Highlands, 14-17 Julai.

Azura Mohd Nor . 2004. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam Bidang Teknik dan
        Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan.
        Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda.

Azizi Hj Yahya, Nordin Hj Yahya dan Sharifudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan
        Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi di Beberapa            Buah      Sekolah
        Terpilih Di Negeri Sembilan.

http://eprints.utm.my/2353/1/AziziYahaya_Tingkah_laku_Kepimpinan_Pengetua_dan_T ekanan Kerja.pdf

Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya
        Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of
        Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 78-112/ISSN: 2231-735X. Fakulti
        Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.

Chan Kah Yein, Judith Mousley. 2005. Using Word Problems in Malaysian Mathematics Education: Looking
       Beneath The Surface ,Inti College Subang Jaya, Malaysia & Deakin University, Australia

Day, C., Harris, A., Hadfield, M., Tolley, H. & Beresford, J. 2000. Leading Schools In Times of Change. Milton
         Keyres: Open Universiti Press.

Fiore, D. 2000. Positive School Culture : The Importance Of Visible Leaders. Contemporary Education 71(2):
        11-13

Gable, R.A. 2004. Assessing Professional Collaboration in Schools: Knowing What Works. Preventing School
        Failure. 48(3): 4 – 8.

Hussein Ahmad. 2001. Kesepaduan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Keperluan dan Tuntutan. Ucap
        Utama Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Nasional ke 9.Anjuran Institut Aminuddin
        Baki. Genting Highlands, 1-3 Ogos.
                                                                                                           31
Hussein Mahmood. 2008. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ishak Sin. 2007. Mengurus dan Memimpin Sekolah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan. Isu-Isu Pendidikan
        Negara Ketiga:Dasar da Pelaksanaan .Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
        13-14 Februari

Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar. 2007. Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi dan               Tranformasi
        Pengetua           keatas        Tingkah           Laku            Kerja            Guru-Guru.
                 http://repo.uum.edu.my/1736/1/IMPAK_TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_TRANSA
                 KSI.pdf

Institut Aminuddin Baki. 2004. Amalan Pengurusan dan Kepemimpinan Terbaik Di Sekolah Cemerlang. Institut
          Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran Malaysia

Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin. 2005. Budaya Organisasi Maktab di Malaysia: Yang Sedia Ada dan
        Yang Diingini. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Vol 5, No 1.

Johnson, B.L . 2003. Teacher Collaboration: Good for some, not so good for others: Journal of Educational
        Studies. 29 (4): 337 – 349.

Jemaah Nazir Sekolah 2001. Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SKTP). Kuala Lumpur:
       Jemaah Nazir Sekolah

James, A.J. & Balasandran, R. 2009. Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional
        Publishing : Kuala Lumpur.

Laporan Audit Sekolah Tahun 2001. Dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan
        Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil.2

Laporan Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Lim Chap Sam, Cultural Differences and Mathematics Learning in Malaysia, School of Educational Studies,
       University of Science Malaysia,Penang, Malaysia

Lokman Mohd Tahir, Hamdan Saad, Rosni Zanuddin, Sanitah Mohd Yusof. 2008. Analisis Kepemimpinan
      Pengetua Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Mc Ewan, E.K. 2003a. Seven Steps To Effective Instructional Leadership. Corwin Press Inc.Thousand Oaks,
      California.

McNulty,B., Walters,T. & Marzato, R. 2005. School Leadership That Works:From Research to Result.
       Virginia: Association For Supervision and Curriculum Development.

Muhyiddin Yassin. 2010. Ucapan Perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua
       Cemerlang Ketiga. Anjuran Institut Aminuddin Baki. Bernama . 02 November.

Noor Hashimah Hj Hassan. 2000 . Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi
        Guru: Tinjauan di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat.             Universiti          Kebangsaan
        Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan.

Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur.Utusan Publication& Distributor.

Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2007. Persepsi Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap
        Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah
        Kluang. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
                                                                                                           32
Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan 35(75):30-40

Rusni Mohd. Nor. 2005. Perkaitan Antara Budaya Sekolah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri
       Sembilan. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia

Shamsiah, Shahrulbanun & Azaiah. 2005. Konsep dan Perlaksanaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan,
        Fakulti Pendidikan UKM.

Shahril@Charil Marzuki. 2002. Ciri-ciri Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar yang berkesan yang dapat
        menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan & Pendidikan Institut
        Aminuddin Baki. 10(02):1-17

Shields, C. 2005. School Leadership in the 21st Century: Broading The Base. Connecticut: Information ASC
         Publishing

Woo Yoke Ling . 2007. Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan     Vokasional          di
        Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim.     Universiti Teknologi Malaysia:
        Ijazah Sarjana Pendidikan.

Yaakob Daud. 2007. Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi
       dan Pencapaian Akademik. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia.




                                                                                                     33

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranMenggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranNoor Idayu Abu Bakar
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaNorliza Ahmad
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumadah awie
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANNURUL AZREEN
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.ElezaR1
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)naassyura
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknanoorfarahanahmohdnoo
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulumHayati Mustaffa
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfSurachaiAirak3
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanNur Fazlin Mohd Naim
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendahmisri bohari
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan-
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinanEp Loh
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumWan Suhaimi Wan Setapa
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 

Mais procurados (20)

Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm PentaksiranMenggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
Menggunakan Projek, Amali dll. dlm Pentaksiran
 
Kertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermaknaKertas konsep pembelajaran bermakna
Kertas konsep pembelajaran bermakna
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
Melaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulumMelaksanakan perubahan kurikulum
Melaksanakan perubahan kurikulum
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
Perbezaan KLSR, KBSR & KSSR (Pendidikan Islam Sekolah Rendah)
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulumPendapat dan pandangan pakar  pakar tentang kurikulum
Pendapat dan pandangan pakar pakar tentang kurikulum
 
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdfPERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
PERANAN GURU DALAM TADBIR URUS INSAN DAN KEWARGANEGARAAN (1).pdf
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah RendahPengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
Pengenalan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Rendah
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan4.1 teori keprihatinan
4.1 teori keprihatinan
 
Model taba
Model taba Model taba
Model taba
 
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulumTajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
Tajuk 1 pengenalan kepada gerak kerja kokurikulum
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Tajuk 4 done
Tajuk 4 doneTajuk 4 done
Tajuk 4 done
 

Semelhante a BudayaSekolah

KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerak
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru PenggerakKONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerak
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerakanistyasalindri1
 
Makalah
MakalahMakalah
MakalahAyybee
 
Tugasan 2 budaya sekolah
Tugasan 2   budaya sekolahTugasan 2   budaya sekolah
Tugasan 2 budaya sekolahyunging84
 
Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Zarina Anang
 
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)Arjuna Ahmadi
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Nurul Atiyah
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahsman 2 mataram
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahsman 2 mataram
 
Karakteristik dan peran dalam mbs
Karakteristik dan peran dalam mbsKarakteristik dan peran dalam mbs
Karakteristik dan peran dalam mbsbagibagiilmu
 
Pengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangPengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangmohdmazli
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Sherly Jewinly
 
Transformasi kepsek iklim guru
Transformasi kepsek  iklim guruTransformasi kepsek  iklim guru
Transformasi kepsek iklim guruChaing Saing
 

Semelhante a BudayaSekolah (20)

KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerak
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru PenggerakKONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerak
KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 3.2 Pendidikan Guru Penggerak
 
Makalah
MakalahMakalah
Makalah
 
Tugasan 2 budaya sekolah
Tugasan 2   budaya sekolahTugasan 2   budaya sekolah
Tugasan 2 budaya sekolah
 
Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2Budaya sekolah edit 2
Budaya sekolah edit 2
 
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
 
Artikel mudin
Artikel mudinArtikel mudin
Artikel mudin
 
Artikel tesis
Artikel tesisArtikel tesis
Artikel tesis
 
Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)Jurang pencapaian matematik (budaya)
Jurang pencapaian matematik (budaya)
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolah
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolah
 
Bab I_Tesis
Bab I_TesisBab I_Tesis
Bab I_Tesis
 
Artikel ilmiah1
Artikel ilmiah1Artikel ilmiah1
Artikel ilmiah1
 
Analisis pp 13
Analisis pp 13Analisis pp 13
Analisis pp 13
 
Mkalah menejemen ok
Mkalah menejemen okMkalah menejemen ok
Mkalah menejemen ok
 
Karakteristik dan peran dalam mbs
Karakteristik dan peran dalam mbsKarakteristik dan peran dalam mbs
Karakteristik dan peran dalam mbs
 
Pengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlangPengurusan guru besar cemerlang
Pengurusan guru besar cemerlang
 
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
Ciri-ciri kualiti guru positif dan Implikasi penerapan ciri-ciri kualiti guru...
 
Penulisan Ilmiah
Penulisan IlmiahPenulisan Ilmiah
Penulisan Ilmiah
 
Transformasi kepsek iklim guru
Transformasi kepsek  iklim guruTransformasi kepsek  iklim guru
Transformasi kepsek iklim guru
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 

Último

POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPAnaNoorAfdilla
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdfMMeizaFachri
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...MarwanAnugrah
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxHeruFebrianto3
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfTaqdirAlfiandi1
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisNazla aulia
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdfShintaNovianti1
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmeunikekambe10
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxrahmaamaw03
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasAZakariaAmien1
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxRioNahak1
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2noviamaiyanti
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaEzraCalva
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxintansidauruk2
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxmtsmampunbarub4
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaAbdiera
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasHardaminOde2
 

Último (20)

POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMPPOWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
POWERPOINT BAHAN AJAR SENYAWA KELAS VIII SMP
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdfPEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques  Rousseau.pdf
PEMIKIRAN POLITIK Jean Jacques Rousseau.pdf
 
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...Wawasan Nusantara  sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
Wawasan Nusantara sebagai satu kesatuan, politik, ekonomi, sosial, budaya, d...
 
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptxPPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
PPT Materi Jenis - Jenis Alat Pembayaran Tunai dan Non-tunai.pptx
 
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdfAKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
AKSI NYATA Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di Kelas (1).pdf
 
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara InggrisKelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
Kelompok 4 : Karakteristik Negara Inggris
 
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
1.2.a.6. Demonstrasi Konstektual - Modul 1.2 (Shinta Novianti - CGP A10).pdf
 
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmmaksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docxSILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
SILABUS MATEMATIKA SMP kurikulum K13.docx
 
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnasPembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
Pembahasan Soal UKOM gerontik persiapan ukomnas
 
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptxalat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
alat-alat liturgi dalam Gereja Katolik.pptx
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
PRESENTASI PEMBELAJARAN IPA PGSD UT MODUL 2
 
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup BangsaDinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
Dinamika perwujudan Pancasila sebagai Dasar Negara dan Pandangan Hidup Bangsa
 
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptxKonflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
Konflik, Kekerasan, dan Perdamaian Bagian 1.pptx
 
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptxadap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
adap penggunaan media sosial dalam kehidupan sehari-hari.pptx
 
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum MerdekaModul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Matematika Kelas 2 Fase A Kurikulum Merdeka
 
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam KelasMembuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
Membuat Strategi Penerapan Kurikulum Merdeka di dalam Kelas
 

BudayaSekolah

  • 1. SME 6044 CONTEMPORARY ISSUES IN MATHEMATICS EDUCATION SEMESTER 2 SESSION 2011/2012 LECTURER’S NAME : PROFESOR DR. MARZITA PUTEH KUMPULAN 11: BUDAYA SEKOLAH PREPARED BY: SUZANA BINTI AYOB (M20111000355) NOR ASHIKIN BINTI SUED (M20111000451) SITI RAUDHAH BINTI ISMAIL (M20111000737) SITI KHALIJAH BT AB.RAHIM (M20111000735)
  • 2. ISI KANDUNGAN PERKARA Halaman 1.0 Pengenalan 2 2.0 Siapakah Yang Membentuk Budaya Sekolah 2 3.0 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar 4 3.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum 4 MencapaiTahap Professional 3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua 5 3.1.2 Usaha -Usaha Untuk Memartabatkan Professionalisme Pengetua / Guru 6 Besar 3.2 Tugas Dan Peranan Pengetua 8 3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan 8 Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah . 3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan 11 Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran 3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah) 13 3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / 14 Guru Besar 4.0 Hubungan Guru Dengan Budaya Sekolah 16 4.1 Komitmen Guru Dengan Kepemimpinan Pengetua 17 18 4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti dan Motivasi Kerja Guru 5.0 Pencapaian Pelajar dan Budaya Sekolah 19 5.1 SK VS SRJKC 22 23 5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana dan Lemah 6.0 Persekitaran Yang Kondusif dan Hubungan Dengan Budaya Sekolah 24 7.0 Kesimpulan 30 1.0 PENGENALAN 2
  • 3. Budaya sekolah merupakan komponen yang sangat penting untuk memajukan sekolah iaitu dengan memastikan budaya sekolah positif dan memberi perhatian kepada ibu bapa, guru dan pelajar. Rusni (2005) menakrifkan budaya sekolah sebagai cara hidup sekolah yang meliputi segala amalan sekolah sama ada di luar dan di dalam bilik darjah yang mencerminkan nilai, kepercayaan dan norma yang dikongsi bersama oleh warganya. Budaya sekolah ini ada yang di warisi dan ada yang dibentuk oleh warganya sendiri. Budaya sekolah juga boleh ditakrifkan sebagai pengumpulan nilai dan norma daripada warga sekolah yang menjadi amalan guru (Yaakob, 2007). Dapat dirumuskan di sini bahawa budaya sekolah merupakan cara warga sekolah itu melakukan sesuatu yang telah dipersetujui, berdasarkan norma, nilai dan kepercayaan mereka. Dalam bidang pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempunyai hasrat untuk meletakkan Malaysia sebagai hab pendidikan berkualiti di rantau Asia Tenggara. Dalam merealisasikan matlamat ini, kepemimpinan pengetua dianggap sebagai teras utama kepada pembangunan pendidikan berkualiti, iaitu merujuk kepada kecemerlangan pengurusan dan kepemimpinan pendidikan. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai kunci utama kepada penghasilan pendidikan yang berkualiti. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa kecemerlangan dan kejayaan sesebuah sekolah amat bergantung kepada pengurusan berkualiti yang perlu di sertakan dengan kepemimpinan pengetua yang dapat menjana modal insan. Pengetua perlu mengamalkan kepemimpinan yang berkualiti kerana proses kepemimpinan adalah penentu kepada kecemerlangan sekolah (Lokman et.al., 2008). 2.0 SIAPAKAH YANG MEMBENTUK BUDAYA SEKOLAH Pengurusan sekolah mempunyai pengaruh yang kuat untuk mencorakkan budaya sekolah, dan budaya sekolah yang positif akan meningkatkan keberkesanan sekolah (Yaakob, 2007). Ini bermakna budaya sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetua. Pengetua mempunyai kuasa dalam membentuk budaya sekolahnya sendiri dan untuk melakukan perubahan ini, ia mungkin memakan masa yang lama. Ini adalah kerana warga sekolah yang berada di situ telah biasa dengan budaya yang sedia ada. Apa yang harus dilakukan oleh pemimpin adalah dengan melakukan perubahan itu secara perlahan dan meningkatkan masa berinteraksi dengan para guru. Pengetua yang mengetuai sistem pengurusan sekolah mestilah memupuk semangat kekitaan dan kepunyaan di kalangan warga sekolah dan melibatkan guru-guru dalam proses perancangan dan membuat keputusan. 3
  • 4. Sebagai ketua pentadbir sekolah, pengetua adalah orang yang penting dan bertanggungjawab dalam membentuk budaya yang positif. Budaya sekolah yang positif dapat mewujudkan pola-pola perhubungan manusia yang baik, suasana yang tenteram, keadaan persekitaran sekolah yang bersih serta di penuhi dengan aktiviti-aktiviti keilmuan. Keadaan ini akan dapat melahirkan kesan positif terhadap proses pembelajaran dan penghayatan nilai murni. Dengan cara demikian, usaha untuk pembentukkan akhlak dan sahsiah pelajar dapat berjalan dengan lancar dan berkesan (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1991). Oleh itu, Fiore (2000) berpendapat pengetahuan tentang budaya sekolah adalah penting bagi pemimpin sekolah. Bagi pengetua yang baru bertugas di sesebuah sekolah pula, beliau harus peka terhadap budaya sekolah yang sedia ada. Pengetua baru ini akan mengalami kesulitan untuk menjalankan tugas, jika beliau tidak memahami budaya sekolah itu. Pembaharuan dan perubahan akan sukar dilaksanakan jika beliau tidak memahami apakah nilai-nilai yang dianggap penting oleh guru, ibu bapa dan pelajar sekolah tersebut. Pengetahuan tentang budaya sekolah juga penting bagi guru-guru kerana mereka adalah orang yang hampir dengan pengetua dalam membantu sekolah mencapai matlamat yang telah dirancang. Justeru, sebagai orang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan rancangan-rancangan yang telah dipersetujui bersama maka mereka juga perlu memahami budaya sekolah. Kefahaman tersebut juga dapat membantu mereka mengenal pasti amalan-amalan yang tidak produktif dan kemudiannya membentuk satu budaya yang lebih kuat. Selain itu, pengetahuan tentang budaya akan dapat membantu guru memikirkan unsur-unsur yang mempengaruhi budaya sekolah dan menentukan proses pengajaran & pembelajaran yang mempengaruhi amalan di sekolah agar dapat menghasilkan pelajar-pelajar bersikap positif, cerdas dan berpandangan jauh. Guru-guru akan memperoleh kepuasan bekerja dan produktiviti yang tinggi jika persekitarannya mempunyai ideologi organisasi yang kuat, penglibatan bersama, kepimpinan yang berkarisma dan hubungan yang rapat antara warga sekolah. Budaya mempunyai kaitan dengan motivasi guru dan pelajar, produktiviti, kepuasan kerja, sikap guru dan pencapaian pelajar (Rusni, 2005). Oleh itu, pihak pentadbir harus membina budaya sekolah yang kuat agar warga sekolah akan berusaha ke arah pencapaian matlamat yang ditentukan dan akhirnya berjaya dicapai. 3.0 KEPEMIMPINAN PENGETUA / GURU BESAR 4
  • 5. Banyak pendapat yang mengatakan kejayaan dan keberkesanan sesebuah sekolah ada hubungan dengan kepemimpinan pengetuanya. Namun begitu, isu kelemahan kepemimpinan pengetua dalam memimpin sekolah bukanlah isu baru dalam kajian kepengetuaan. Abdul Shukor (2004) mendedahkan bahawa terdapat beberapa kelemahan dalam kepemimpinan pengetua yang berupaya mengendalakan pengurusan sekolah untuk berfungsi dengan berkesan. Antaranya stail kepimpinan pengetua yang sentiasa merujuk kepada model birokratik menyebabkan mereka kabur tentang peranan mereka sebagai pemimpin yang perlu menjana komitmen guru terhadap sekolah. 3.1 Kepemimpinan Pengetua / Guru Besar Di Malaysia Belum Mencapai Tahap Professional Professional bererti pengetua adalah orang yang pakar dalam bidangnya dan yakin akan keunggulan pekerjaan yang di jalankan kerana ciri-ciri professional itu ialah kecekapan, komitmen, dedikasi, pengorbanan dan kepakaran (Abdul Shukor, 2004). Ciri-ciri yang ada ini pula tidak dibiarkan statik. Beliau akan terus meningkatkan kecemerlangan dengan menambah kemahiran-kemahiran baru dan membawa sikap baru yang lebih positif. Beliau juga tidak membiarkan kepentingan peribadi berkonflik dengan kepentingan rasmi. Menurut Abdul Shukor (2004), taraf pendidikan dan pengurusan pendidikan di negara ini belum mencapai tahap professional, maka dengan itu pengurusan berkualiti yang biasanya dapat merealisasikan program-program peningkatan pendidikan sukar dicapai. Untuk mencapai taraf pendidikan yang tinggi, terlebih dahulu taraf pengurusan perlu dibaiki sehingga mencapai tahap professional. Kenyataan ini disokong oleh Mohd Noh (di petik dari Rusni, 2005), yang mendapati pengetua-pengetua sekolah menengah belum mencapai tahap sebagai pengurus sekolah yang berkesan. Di Malaysia, jawatan pengetua sekolah belum diberi status pentadbir ataupun profesional. Hal ini demikian kerana Akta Pelajaran 1961 masih menganggap pengetua sebagai guru sekolah dan jawatan itu tidak di masukkan ke dalam senarai pegawai pentadbiran. 3.1.1 Pelantikan Jawatan Pengetua Perkhidmatan Pendidikan Malaysia ialah perkhidmatan yang terbuka. Oleh itu, mana-mana pegawai dalam perkhidmatan tersebut boleh dilantik sebagai pengetua sekolah menengah oleh Kementerian Pelajaran. Walaubagaimanapun, mengikut amalan biasa, guru sekolah lah yang dipilih untuk kenaikan pangkat sebagai pengetua berdasarkan kepada pengalamannya 5
  • 6. dalam pengajaran atau pentadbiran. Dalam konteks lantikan jawatan pengetua di Malaysia, jawatan pengetua lazim diberikan kepada guru penolong kanan tanpa mengambil kira sama ada mereka mempunyai pengalaman dan ilmu tentang pengurusan sekolah atau tidak. Hussein Ahmad (2001) & Brown et. al. (di petik dari Lokman et.al. 2008) berpendapat lantikan pengetua berdasarkan kekananan sebagai guru tidak akan menjamin kecekapan dalam pengurusan malah menimbulkan persoalan adakah pengetua dapat memimpin sekolah dengan berkesan? Apabila keadaan ini berlaku, pelbagai aspek dalam pengurusan sekolah akan terjejas dan tidak dapat diurus dengan lancar. Di luar negara misalnya Amerika Syarikat, jawatan pengetua dimohon oleh individu yang berkelayakan malah menurut Datuk Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah (Ketua Pengarah Pendidikan, 2001), beliau membandingkan piawaian profesionalisme itu dengan negara maju lain seperti di Amerika Syarikat di mana pentadbiran sesebuah sekolah tidak diganggu oleh kerajaan. Apabila seseorang guru dilantik menjadi pengetua tanpa latihan profesional, beliau akan menghadapi satu dilema tentang tugasnya kerana tidak ada bidang tugas atau panduan tertentu untuk ia berfungsi sebagai pengetua sekolah yang berkesan. Ishak Sin (2007) telah mendedahkan bahawa terdapat pentadbir pendidikan yang tidak diberikan latihan formal sebelum dilantik ke jawatan pentadbir sedangkan ia amat perlu dalam menentukan keberkesanan kepemimpinan. Hari ini, oleh sebab kebanyakkan guru yang dilantik menjadi pengetua atau guru besar sekolah hanya mendapat latihan asas dalam bidang pendidikan perguruan sahaja, maka untuk menjalankan tugas sebagai pengetua, mereka bergantung kepada pengalaman kerja, panduan dan nasihat rakan sejawat ataupun mengikut kaedah trial and error atau surat-surat pekeliling pentadbiran dan ikhtisas yang disediakan oleh Kementerian Pelajaran. Justeru itu, timbullah pelbagai kepincangan kepemimpinan pengetua/ guru besar semasa mengurus sekolah. Menurut Laporan Jemaah Nazir Sekolah (2001) dan Audit Sekolah (2001) turut mendapati bahawa 40% sekolah di Malaysia menghadapi masalah pengurusan kewangan yang berakar umbi daripada kurangnya pengetahuan pengetua terhadap ilmu pengurusan sekolah khususnya pengurusan kewangan. 3.1.2 Usaha-Usaha Untuk Memartabatkan Professianalisme Pengetua / Guru Besar 6
  • 7. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sedar kepincangan yang berlaku ini berpunca daripada kurangnya kemahiran seseorang pengetua dalam memimpin institusi seperti sekolah. Seseorang pengetua perlu mempunyai pengetahuan dan latihan mencukupi dalam melaksana peranan mereka khususnya untuk mempengaruhi, memimpin dan menggerakkan seluruh organisasi sekolah ke arah mencapai matlamat. Ini memerlukan pengetua yang berketrampilan dan mempunyai sikap serta sahsiah yang terpuji. Pelbagai usaha telah dilaksanakan KPM untuk meningkatkan professionalisme pengurusan pendidikan di negara ini khususnya dalam bidang pengurusan di sekolah. Institut Aminuddin Baki (IAB) telah ditubuh bagi memastikan dimensi penting pengurusan pendidikan diberi keutamaan dalam menjamin kejayaan pemantapan kualiti pendidikan negara selaras dengan hasrat KPM. Latihan merupakan fungsi utama IAB dalam usaha melahirkan para pengurus dan pemimpin pendidikan yang professional, progresif dan dinamik. Pelabagai kursus jangka panjang dan jangka pendek yang dijalankan. Kursus-kursus jangka panjang adalah seperti Kursus Kepimpinan Pengurusan Pendidikan (KKPP), Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQEL) dan Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Selain itu, terdapat juga kursus – kursus jangka pendek yang dianjurkan IAB, PPD, JPN bagi memberi latihan dan bimbingan kepada pengetua/ guru besar untuk mengurus sekolah masing-masing. Universiti-universiti tempatan juga menawarkan program sarjana pengurusan pendidikan seperti Sarjana Kepengetuaan di Universiti Malaya yang bertujuan memberi latihan dan penganugerahan ijazah peringkat sarjana dan kedoktoran dalam bidang kepengetuaan kepada bakal pengetua sekolah dan institut-institut pendidikan seumpamanya. Di England, sesiapa yang ingin menjadi seorang pentadbir sekolah diwajibkan menyertai dan menyempurnakan program Latihan National Professional Qualification for Leadership (NPQH) (Bush, di petik dari Yaakob 2008). Mulai 1 April 2004, semua guru besar atau pengetua yang dilantik buat pertama kalinya ke jawatan tersebut mestilah mempunyai atau sedang berusaha mendapatkan kelayakan dalam latihan NPQH. Menjelang 1 April 2009, NPQH merupakan syarat mandatori bagi semua guru besar dan pengetua baru seperti yang termaktub dalam Seksyen 135, Akta Pendidikan 2002 (DfES, di petik dari Yaakob, 2008). Hal ini menunjukkan bahawa kepimpinan dan pengurusan telah diiktiraf sebagai faktor penting dalam mempertingkatkan standard pendidikan. 7
  • 8. Sistem pendidikan di Malaysia telah menetapkan bahawa terdapat dua gred jawatan pengetua iaitu pengetua DG48 dan pengetua Kanan DG54. Matlamat utama perlantikan jawatan pengetua kanan adalah sebagai pakar rujuk yang arif dan cekap dalam pengurusan sekolah. Pengetua kanan dituntut memberi khidmat nasihat kepada pengetua baru supaya mereka dapat mengurus sekolah berdasarkan sistem yang betul. Jawatan pengetua kanan dianugerahkan kepada pengetua yang telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang iaitu markah prestasi melebihi 90% selama 3 tahun berturut-turut. (Lokman et. al. 2008). Kementerian Pelajaran juga telah menambah bilangan jawatan pengetua dan guru besar gred Jusa C dan DG54 dalam usaha mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Mulai tahun 2010, KPM memperkenalkan program Tawaran Baru melalui NKRA bertujuan menilai prestasi pengetua berdasarkan pencapaian bagi meningkatkan kualiti keberhasilan murid. Program ini sesuai dilaksanakan kerana prestasi pengetua dinilai atas pencapaian sekolah berdasarkan kualiti keberhasilan murid. Matlamat program ini diwujudkan supaya pemimpin sekolah lebih akauntabel dan lebih memainkan peranan utama sebagai pemutus dasar dalam memacu sekolah. Ini kerana kejayaan sesebuah sekolah diukur berdasarkan pencapaian murid. Kekerapan pengetua yang baru dilantik mengikuti kursus juga menimbulkan isu di sekolah di mana pengetua / guru besar tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengurus hal ehwal sekolah. Selain itu, terdapat juga kes-kes di mana sekolah menjadi tempat latihan pengetua yang baru dilantik untuk mendapat pengalaman sebagai pemimpin sekolah. Hal ini memberi implikasi yang besar kepada sekolah terbabit apabila setiap tahun akan bertukar pengetua yang baru. Kesannya, budaya di sekolah tersebut tidak pernah berubah. 3.2 Tugas Dan Peranan Pengetua Di sekolah, pengetua menjalankan pelbagai tugas. Tugasnya berkaitan dengan aspek pentadbiran, pengurusan penyeliaan, kepemimpinan, pendidikan dan yang berkaitan dengan perjalanan organisasi sekolah sebagai institusi pendidikan formal. Pengetua memainkan pelbagai peranan seperti pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik, guru dan pelbagai lagi. Mc Nulty et. al. (2005) pula menegaskan bahawa tugas pengetua tidak terhad hanya kepada 8
  • 9. tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala bentuk sumber dan modal insan di bawah tadbirannya terutama guru supaya mereka dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Pendapat ini disokong oleh Shields (2005) dan Day et. al. (2000) yang menyatakan bahawa tugas utama pengetua tidak terhad kepada melaksanakan fungsional seperti pengelolaan, penyelarasan, dan penilaian tetapi perlu menjadi suri teladan atau sumber inspirasi kepada guru-guru. 3.2.1 Isu-isu Yang Berkaitan Dengan Kekuatan Pengurusan dan Kepemimpinan Yang Perlu Ada Pada Seseorang Pengetua Sekolah Iaitu : Terdapat sesetengah pengetua yang mempunyai kelayakan akademik yang baik serta mengikuti kurus-kursus dalam pengurusan dan ada juga yang cukup berpengalaman dalam menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah, menjadikannya kekuatan untuk mencapai kejayaan . Namun demikian terdapat juga sesetengah pengetua yang gagal menampilkan kualiti pengurusan dan kepimpinan yang baik. KPM perlulah menetapkan kriteria-kriteria untuk memilih dan menilai pengetua-pengetua sekolah supaya mendapat kecekapan dan keberkesanan dalam pentadbiran sekolah. Hasil kajian yang telah dibuat oleh KPM, terdapat 10 isu-isu yang berkaitan dengan kekuatan pengurusan dan kepimpinan yang perlu ada pada seseorang pengetua sekolah iaitu : 1. Stail Kepimpinan Setiap pengetua mempunyai stail kepimpinan yang tersendiri. Namun demikian seseorang pengetua dapat memimpin dan mengurus dengan cekap jika mempunyai kebolehan mengubah stail kepimpinan dan pengurusan mengikut keadaan dan masa seterusnya melahirkan keutuhan sesebuah organisasi dan berjaya membawa organisasi itu ke arah keberkesanan dan kecemerlangan dalam mencapai matlamat organisasi. 2. Personaliti / ketokohan Sebagai pengurus dan pemimpin seorang pengetua itu sewajarnya menampilkan personaliti yang amat baik dan memeliharanya setiap masa. Pengetua yang mempunyai personaliti yang tinggi dapat menjelmakannya melalui pertuturannya, akal budinya dan tingkah lakunya. Imej beliau yang baik dan disaluti dengan ciri-ciri 9
  • 10. kepimpinan yang berkualiti membuatkan beliau disegani dan dihormati. Ini sedikit sebanyak membantu menyumbang keberkesanan pengurusan dan kepimpinannya. 3. Kepemimpinan Kepemimpinan pengetua amat penting kerana beliau merupakan pemimpin sekolahnya dan beliau juga menentukan hala tuju sekolahnya. Kepemimpinannya juga mencorakkan keputusan yang diambil bagi mencapai matlamat organisasi. 4. Keilmuan Semua pengetua mesti peka kepada perubahan dalam masyarakat terutama sekali kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Oleh yang demikian pengetua sekolah haruslah mengemaskini pengetahuan dan ilmu tentang professionnya. Pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang berkaitan dengan bidang tugas dan tanggungjawab membolehkan seseorang pengetua itu memimpin dan mengurus dengan baik organisasinya. Sekiranya berpeluang melanjutkan pelajaran atau mengikuti kursus dan seminar, maka ianya tidak seharusnya dilepaskan kerana cara ini juga dapat meningkatkan keilmuan seorang pengetua. 5. Komunikasi Kepentingan komunikasi dalam pengurusan dan kepimpinan memang tidak dapat dinafikan. Seorang pengetua itu seharusnya mempunyai jaringan komunikasi yang luas, menegak dan mendatar. Corak komunikasinya juga adalah pelbagai hala dan gaya ini membolehkan beliau mengurus sebuah organisasi dengan berkesan. Dengan itu misi dan visi seseorang pengetua akan sampai pada semua peringkat di dalam organisasinya. Satu contoh yang baik ialah berhubung dengan permasalahan guru dan kakitangan sekolah yang mana pengetua boleh bertindak sebagai kaunselor. Situasi ini sedikit sebanyak telah dapat mewujudkan persekitaran kerja yang harmoni, saling bantu-membantu dan memahami sesama rakan sekerja. 6. Pengiktirafan Pengiktirafan terhadap hasil kerja seorang pengetua adalah penting untuk mengangkat martabat seseorang pengetua. Walaupun ianya bukan ditagih dan bukan di jadikan 10
  • 11. matlamat utama, namun kepuasan kerja sahaja tanpa penghormatan dan pengiktirafan pelbagai pihak, belum cukup mengangkat martabat pengetua ke tempat yang tinggi. Pengiktirafan ini lebih dilihat sebagai anugerah kecemerlangan dalam pengurusan dan kepimpinan seorang pengetua dan ini secara tidak langsung merupakan langkah positif ke arah mengangkat martabat para pengetua. KPM juga telah mewujudkan jawatan ‘Pengetua / Guru Besar Cemerlang’, di mana jawatan ini merupakan pengiktirafan terhadap keberkesanan dan kecemerlangan kepemimpinan di peringkat sekolah. Pengetua Cemerlang adalah seorang yang di anggap pakar dalam bidang kepemimpinan, pengurusan, dan penyelesaian masalah pendidikan di peringkat organisasi sekolah. 7. Komitmen Pengetua secara umumnya adalah komited terhadap tugas, tanggungjawab dan aktiviti mereka. Pendapat seorang pengetua di sebuah sekolah, "Prioriti saya ialah tugas mengajar saya. Itu yang menyebabkan saya jadi pengetua. Urusan lain kena tunggu saya habis kelas." Pengetua sanggup bertanggungjawab sepenuhnya terhadap apa-apa isu atau keputusan secara tidak langsung menunjukkan komitmen seorang pengetua. 8. Keberkesanan / Kecemerlangan Seorang pengetua itu merupakan ‘the central figure’ dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah. Beliau menjadi tempat rujukan, tempat rundingan, tempat bicara, tempat mendapat keputusan, tempat mendapat khidmat nasihat dan sebagainya. Sekiranya pengetua kekurangan maklumat dan kurang pengetahuan di dalam pengurusan maka sudah tentulah banyak perkara tidak dapat berjalan dengan cekap. Sebagai contoh tindakan yang dibuat hanyalah dari maklumat yang sedikit dan lebih kepada tekaan dan agakan. Ini boleh memburukkan lagi keadaan, maka cara- cara pengurusan moden perlu diterap dalam pengurusan agar mencapai kecemerlangan. 9. Kemahiran Kebolehan memimpin dan kemahiran mengurus sekolah amat penting bagi seorang pengetua sekolah untuk menerajui organisasinya dengan berkesan. Kemahiran yang 11
  • 12. tinggi dalam pengajaran dan pembelajaran sama ada berkaitan dengan teknologi atau metodologinya adalah penting untuk menyumbang idea bagi membantu guru-guru meningkatkan profesional kerja. Tidak semua orang mempunyai kemahiran untuk menjadi pemimpin namun kemahiran boleh diperoleh oleh seseorang melalui pembelajaran, latihan dan pengalaman. 10. Kesihatan Kesihatan merupakan prasyarat yang utama untuk seseorang itu sebelum melayakkannya menjalankan tugas. Kepelbagaian tugas seorang pengetua menuntutnya mempunyai ketahanan fizikal dan mental serta kesihatan yang baik. Faktor seperti tekanan kerja, tidak sempurna makan-minum dan waktu rehat memburukkan lagi kesihatan seseorang pengetua. Oleh itu seorang pengetua itu perlu fitness agar ia dapat menjalankan tugas dengan baik. 3.3 Peranan Pengetua Yang Mengutamakan Tugas Pengurusan Dan Pentadbiran Sekolah dan Mengabaikan Fungsinya Sebagai Kepimpinan Pengajaran Laporan Jemaah Nazir (2001), menunjukkan kebanyakan pengetua tidak memberi panduan kurikulum kepada guru masing-masing, sebaliknya lebih mirip kepada pentadbiran am sahaja dan tidak dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, terutama pedagogi serta pendekatan melaksanakan kurikulum. Abdul Shukor Abdullah (2004) mendapati peranan pengetua sekolah kini hanya sebagai pentadbir dan bukan pemimpin pendidikan professional seperti yang di inginkan oleh pihak KPM iaitu mencakupi peranan sebagai pendidik, pembimbing guru serta pemimpin yang dapat menjana kesetiaan guru supaya lebih komited dan produktif. Menurut Shahril (2002) peranan pengetua yang hanya menjalankan urusan pentadbiran sekolah kini tidak lagi sesuai untuk mencapai matlamat pendidikan bagi memenuhi Wawasan 2020. Dalam melaksanakan fungsi-fungsi kepemimpinan pengajaran ini pengetua seharusnya tahu serta mampu menggunakan orientasi yang sesuai. Pengetua juga perlu melibatkan guru dalam aktiviti, memberi maklumat yang cukup kepada guru, menerima pandangan guru secara terbuka dan menghargai sumbangan guru. Pengetua berperanan mewujudkan suasana yang kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran. Bagaimanapun pengetua selalu menghadapi kesempitan waktu untuk mencerap guru-guru 12
  • 13. dalam kelas. Kebanyakan masa dihabiskan untuk menyelesaikan urusan pentadbiran di sekolah atau di luar sekolah. Hussein Mahmood (2008), berpendapat peranan pengetua yang hanya melaksanakan tugas pengurusan dan pentadbiran sekolah di dapati tidak lagi berkesan. Pengetua telah dikenalpasti sebagai orang yang amat penting di sekolah dan sebagai pembolehubah yang penting bagi menentukan kejayaan atau kegagalan sesuatu inovasi pendidikan di sekolah termasuklah juga prestasi pelajar. Menurut beliau lagi, banyak inovasi pendidikan telah gagal kerana pengetua kurang melibatkan diri secara berkesan dalam pelaksanaan inovasi tersebut. Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia (Bernama, 2010) menggariskan dua dimensi utama tugas pengetua iaitu dimensi pentadbiran & pengurusan, dan dimensi kepimpinan pengajaran. Menurut beliau, dimensi terpenting yang perlu dimainkan oleh pengetua adalah dimensi kepimpinan pengajaran terutama dalam mencorakkan iklim dan budaya pengajaran dan pembelajaran. Dalam dimensi ini pengetua berperanan memberi kepimpinan dan sokongan kepada guru dan murid di samping mewujudkan keadaan persekitaran yang kondusif, sihat serta memberangsangkan proses pengajaran dan pembelajaran 3.4 Perkongsian (Misi / Visi / Matlamat / Objektif Sekolah) Memandangkan negara kita mengamalkan sistem pendidikan berpusat, misi sekolah tidak boleh dipisahkan daripada misi KPM iaitu ‘membangunkan sistem pendidikan yang berkualiti bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan memenuhi aspirasi negara malaysia’. Berpandukan misi KPM ini, pemimpin sekolah perlu menterjemahkan ke dalam bentuk yang sesuai yang boleh dilaksanakan di peringkat sekolah. Purkey dan Smith (di petik dari Hussein Mahmood, 2008) berpendapat kebolehan pengetua menjelaskan matlamat dengan baik merupakan satu ciri pengetua yang berkesan. Sesebuah sekolah yang tidak menentukan hala tuju proses pendidikannya pasti tidak mempunyai kriteria untuk mengukur sama ada sekolah berjaya melaksanakan proses itu atau 13
  • 14. tidak. Berikut adalah beberapa isu yang berkaitan dengan perkongsian misi, visi dan matlamat sekolah. 1. Warga sekolah tidak berkongsi visi / misi Salah satu faktor yang di kenal pasti membawa kepada kegagalan perkongsian misi sekolah dengan seluruh warga sekolah, khususnya dalam kalangan guru adalah kegagalan komunikasi. Untuk mendefinisikan misi sekolah perlu dibuat dengan kerjasama staf, ibubapa, dan pihak-pihak berkepentingan dengan mengenal pasti bidang-bidang yang perlu dipertingkatkan di samping menetapkan matlamat setiap bidang. Misi itu kemudiannya perlu dikongsi bersama dengan semua pihak melalui pelbagai saluran komunikasi sama ada secara formal mahupun informal. Ini kerana misi sekolah tidak boleh dicapai secara berseorangan oleh pemimpin tetapi memerlukan kerjasama dan usaha daripada semua pihak. 2. Murid adalah golongan yang diabaikan dalam usaha merealisasikan misi sekolah. Murid adalah matlamat utama suatu misi sekolah. Golongan ini boleh menjadi kuasa penghalang atau pendorong pencapaian misi sekolah. Menurut Dave Burton (di petik dari Mc Ewan, 2003), murid perlu diberikan matlamat yang wajar bersama dengan ganjaran, keseronokan dan sokongan yang sesuai untuk meniupkan semangat mereka. 3. Ibubapa dan waris murid juga harus dilibatkan dalam usaha merealisasikan misi sekolah. Golongan ini merupakan kumpulan yang setia dan bersedia memberi sumbangan kewangan dan masa sekiranya diberikan peluang dan diyakinkan hasilnya. Oleh itu golongan ini harus didampingi dan di alu-alukan kehadiran mereka untuk berkongsi pemikiran dan hala tuju. 4. Visi dan misi yang tidak realistik Visi dan misi yang tidak dapat diterjemahkan ke dalam dunia nyata hanyalah mimpi kosong. Pemimpin boleh memperkemaskan serta memperhalusi visi sekolah dari semasa ke semasa sekaligus menolak tanggapan visi sekolah tidak boleh diubah 14
  • 15. selepas ditetapkan. Mc Ewan (2003) mencadangkan visi sekolah harus diperjelaskan dan dipertahankan melalui pelbagai kegiatan di sekolah. 3.5 Penyeliaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Dalam Kelas Oleh Pengetua / Guru Besar Guru yang tidak memahami tujuan dan objektif penyeliaan sering berada dalam keadaan tertekan apabila diselia oleh pemimpin atau wakil-wakilnya. Ada juga guru yang berfikiran kurang terbuka yang sentiasa berprasangka buruk dan beranggapan pemimpin menyelia dan menilai pengajaran mereka untuk mencari kesalahan. Sikap guru pada idea penyeliaan itu sendiri adalah salah satu cabaran utama pemimpin di sekolah. Penyeliaan bertujuan memperbaiki dan mempertingkatkan kualiti penyampaian pengajaran para guru secara berterusan bagi memantapkan tahap pembelajaran murid dan membangunkan modal insan. Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran sebenarnya adalah suatu proses jaminan kualiti yang bersifat pembangunan kerana penambahbaikan perlu sentiasa dibuat mengikut keperluan (James Ang & Balasandran, 2009). Isu-isu lain yang turut dihadapi adalah seperti berikut: 1. Pemimpin sekolah tidak menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kesibukan mengurus dan mentadbir sekolah. 2. Terdapat pemimpin sekolah yang beranggapan berjalan di sekeliling blok bangunan bilik darjah bagi memastikan guru dan murid berada di kelas sebagai sebahagian daripada penyeliaan. 3. Sesetengah pemimpin sekolah berpendapat adalah memadai berada di kelas selama 10 minit atau kurang bagi mendapatkan gambaran status pengajaran dan pembelajaran. 4. Pemimpin sekolah yang tidak berpeluang menjalankan penyeliaan menurunkan kuasa kepada barisan guru penolong kanan bagi menyempurnakan tugas itu, tetapi tidak mendapatkan maklum balas dan laporan kemajuan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. 5. Pemimpin sekolah menjalankan penyeliaan tanpa garis panduan atau tidak memberi maklum balas kepada guru bagi tujuan membimbing dan penambahbaikan. 15
  • 16. 6. Pemimpin sekolah menggunakan instrumen penyeliaan sebagai senarai semak tanpa membuat penilaian secara kualitatif dan beranggapan pengajaran dan pembelajaran yang memenuhi ciri-ciri yang di senaraikan dalam senarai semak itu sebagai pengajaran dan pembelajaran yang cemerlang. 7. Terdapat pemimpin sekolah yang berpendapat guru yang berpengalaman tidak perlu diselia. 8. Pemimpin sekolah tidak bersifat professional semasa penyeliaan pengajaran dan pembelajaran kerana kurang memiliki kemahiran bimbingan dan mentoring. 9. Penyeliaan yang dijalankan hanya berfokus pada pengajaran guru tanpa menghiraukan aspek pembelajaran murid kerana menganggap terdapat pertalian sebab akibat antara pengajaran dengan pembelajaran. Jika pengajaran berjalan dengan baik, dengan sendirinya pembelajaran di anggap berlaku. 10. Isu Pengurus Pertengahan Pemimpin sekolah boleh mendapatkan bantuan daripada guru-guru Penolong Kanan Penyelia Petang atau guru-guru kanan bagi menjalankan penyeliaan di bilik darjah Sungguhpun demikian, penglibatan kumpulan ini masih kurang memuaskan kerana mereka kurang jelas akan kepentingan dan skop tugas penyeliaan pengajaran & pembelajaran. Mereka juga tidak mendapat latihan dan bimbingan daripada pemimpin sekolah tentang cara melaksanakan penyeliaan yang betul. Sekiranya isu-isu seperti ini tidak difahami dan ditangani oleh pemimpin sekolah bukan sahaja guru tidak berpeluang meningkatkan kualiti pengajaran mereka malah pemimpin sekolah itu sendiri tidak mampu merangka strategi penyeliaan yang lebih baik dan mantap bagi meningkatkan tahap pembelajaran murid. Kesimpulannya, kepemimpinan sekolah secara umumnya bertanggungjawab membina budaya sekolah yang menjurus kepada kecemerlangan bukan saja bidang akademik yang mudah diukur melalui peperiksaan, tetapi juga kecemerlangan akal budi, mewujudkan semangat persaudaraan sesama manusia dan berpotensi menggerakkan peradaban tinggi bangsa kita. Justeru, pengetua atau guru besar perlu cuba melaksanakan beberapa strategi praktikal untuk membolehkan ciri-ciri sekolah berjaya dapat dibudayakan di kalangan guru dan pelajar. Secara ringkasnya, kepemimpinan pengetua menentukan kejayaan sesebuah 16
  • 17. sekolah. Sekolah yang berjaya dan maju mempunyai kepemimpinan yang berkesan. Fred M.Hechinger merupakan Presiden, New York Times pernah berkata: “Sepanjang kerjaya saya sebagai seorang wartawan, saya tidak pernah melihat sekolah yang baik dipimpin oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang lemah dipimpin oleh pengetua yang baik. Saya telah melihat sekolah-sekolah yang tidak berjaya diubah menjadi sekolah- sekolah berjaya, dan kesalnya, sekolah-sekolah terkemuka merosot dengan cepat. Bagi setiap kes, jatuh bangunnya sesebuah sekolah dengan mudah boleh dikaitkan dengan kualiti pengetua.” 4.0 HUBUNGAN GURU DENGAN BUDAYA SEKOLAH Menurut Abu Bakar dan Ikhsan (2003), sekolah adalah satu masyarakat kecil yang mempunyai budaya tersendiri. Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin (2005) menjelaskan budaya sebagai satu gelagat, kepercayaan, sikap, nilai dan idea yang dikongsi bersama oleh individu dalam satu-satu kumpulan. Budaya menentukan identiti sesuatu kumpulan manusia kerana nilai dan norma yang dikongsi bersama dipelajari dan diamalkan oleh ahli-ahli dalam kumpulan. Sekolah yang mengamalkan budaya kolaboratif dikatakan mempunyai ciri organisasi yang sihat, termasuk kesediaan untuk berubah dan lebih responsif kepada perubahan (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Malahan sebarang aktiviti kerja berasaskan budaya kolaboratif dianggap sebagai salah satu cara guru menyuburkan amalan pegagoginya secara bersama kerana dapat memperbaiki amalan pengajaran dan pembelajaran guru (Gable, 2004) serta berupaya meningkatkan motivasi kerja guru (Johnson, 2003). Kajian yang dijalankan oleh Hashimah (2000) mendapati terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan budaya kolaboratif dengan tahap motivasi guru. Hubungan yang signifikan ini menjelaskan bahawa pengurusan budaya kolaboratif berupaya meningkatkan motivasi guru (Abd Ghani dan Tang Keow Ngang, 2006). Keberkesanan dan halatuju organisasi pendidikan bergantung sepenuhnya kepada kesempurnaan koordinasi halatuju pengharapan masyarakat (Patimah Ibrahim, 2002). Menghasilkan perubahan sikap yang sesuai dengan matlamat organisasi pendidikan, mewujudkan keadaan yang memuaskan bagi menarik perhatian pelajar untuk mengubah sikap secara sukarela dan mewujudkan 17
  • 18. permintaan dari pelajar untuk menguasai pengetahuan dan kemahiran adalah tugas yang paling penting (Celep, 2000). Tugas seorang guru sebenarnya tidak semudah yang disangkakan. Selain profesionalisme ini menuntut kesabaran dan ketabahan, seseorang guru juga perlu menguasai pelbagai ilmu pengetahuan terrnasuk ilmu psikologi. Di sekolah, guru menjadi "ibu" dan "bapa" kepada para pelajar mereka. Lantaran itu, mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan, disiplin dan pencapaian akademik pelajar (Aishah Bee, 2004). Oleh itu, golongan tenaga pengajar kini telah diklasifikasikan sebagai golongan terpenting yang dipertanggungjawabkan untuk merealisasikan impian dan matlamat negara untuk menjadi sebuah negara maju menjelang 2020 (Woo Yoke Ling, 2007). 4.1 Komitmen Guru Dengan Kepimpinan Pengetua Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar (2007) mengatakan bahawa kepimpinan merupakan satu aspek kehidupan sosial yang memperlihatkan hubungan manusia, khususnya hubungan antara pemimpin dengan pengikut. Hubungan ini biasanya diperlihatkan dalam bentuk fungsi kepimpinan yang berupa mempengaruhi dan dipengaruhi. Yaakob (2007) menyatakan kepimpinan sekolah dapat menggambarkan penglibatan, komitmen, pemantauan kemajuan pelajar, persekitaran yang positif yang disokong kuat oleh pentadbiran sekolah dan ibu bapa serta pengajaran yang berstruktur. Macneil dan Maclin (2005) dalam Yaakob (2007) menjelaskan ciri-ciri sekolah yang berjaya mempunyai ciri-ciri seperti perkongsian idea-idea, kolaboratif dan kerja berpasukan, kesaksamaan dan kepimpinan menjurus kepada pengwujudan dan perkongsian visi serta melahirkan budaya sekolah yang positif. Kajian Pashiardis (2000) menunjukkan pemimpin sekolah boleh mempengaruhi budaya kerja guru, komunikasi dan pencapaian akademik pelajar. Azizi et.al (2004) menyatakan bahawa pengaruh dan kecekapan pemimpin dapat membawa ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi. Oleh itu, organisasi seperti sekolah, pengaruh kepimpinan dan kecekapan pengetua sekolah amat penting dalam menentukan kejayaan sekolah di bawah pimpinannya. Peranan pengetua dalam menangani pelbagai masalah yang melibatkan sama ada kakitangan di bawah pimpinannya, komuniti di alam sekitar sekolah atau pun urusan di peringkat atas mempengaruhi prestasi sekolah. Pengetua 18
  • 19. dianggap sebagai nadi sesebuah sekolah di mana sekiranya corak kepimpinannya dapat memberi kepuasan kepada semua kakitangannya yang terdiri daripada guru-guru dan bukan guru akan mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan dan secara tidak langsung prestasi guru dan kakitangan lain akan meningkat. Oleh yang demikian, pengetua adalah orang yang bertanggungjawab meningkatkan profesionalisme dan moral guru-gurunya ke tahap yang tinggi dan juga memastikan pelajar-pelajarnya cemerlang dalam bidang akademik. 4.2 Kepuasan Kerja Guru Dengan Kualiti Dan Motivasi Kerja Guru Azura (2004) mengatakan kepuasan kerja adalah kehendak naluri setiap individu yang bekerja. Kehendak ini akan mendorong kepada perasaan tanggungjawab dan penglibatan yang menyeluruh ke arah pencapaian matlamat kerjaya seterusnya menyumbang kepada kepentingan organisasi. Arus perubahan yang berlaku di negara kita kini telah menjadikan proses mendidik pelajar-pelajar sekarang bertambah kompleks. Justeru, matlamat utama pendidikan masa kini ialah membentuk generasi muda yang mampu menangani cabaran perubahan pembangunan. Matlamat ini boleh dicapai jika guru-guru pada hari ini peka terhadap perubahan yang berlaku dan tahu bahawa perubahan ini memerlukan penyesuaian diri dari pelbagai aspek termasuk tanggungjawab, beban tugas, penambahan pengetahuan yang harus dipertingkatkan serta peranan yang harus dimainkan supaya kepuasan kerja dapat dilahirkan dalam profesion mereka (Woo Yoke Ling, 2007). Ini kerana, guru bukan sahaja menjadi pendidik dan pengasas kepada pengetahuan pelajar-pelajar tetapi juga menjadi pemimpin, penasihat dan agen perubahan dalam masyarakat (Fatimah, 2002). Azizi et. al (2004) menyatakan bahawa sekolah adalah institusi di mana berlakunya peringkat perlaksanaan segala dasar, polisi dan inovasi pendidikan. Oleh itu, institusi sekolah memainkan peranan penting. Sebarang dasar atau inovasi pendidikan yang dilaksanakan diperingkat sekolah memberikan kesan terhadap tingkah laku guru. Keadaan seperti ini mewujudkan tekanan dan kekangan terhadap kerja guru yang menjadi penentu terhadap keberkesanan perlaksanaannya. Guru-guru merupakan staf yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan matlamat menjadikan sebuah sekolah yang berkesan tercapai. Betapa baik sekalipun sistem sekolah itu dibangunkan, matlamat untuk menjadikan sebuah sekolah berkesan tidak akan tercapai sekiranya guru-guru tidak efektif dan efisyen. 19
  • 20. Menurut Kim (1994) dalam kajiannya, guru-guru yang merasakan tidak puas terhadap kerjayanya lebih cenderung melakukan perlakuan negative seperti ponteng kelas, kurang beri tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran dan tidak minat mengajar. Manakala apabila kepuasan kerja guru-guru adalah tinggi, mereka akan berasa seronok melaksanakan tanggungjawabnya dan secara tidak langsung komitmen mereka terhadap pencapaian matlamat sekolah juga tinggi (Anderment, Belzer dan Smith, 1991). 5.0 PENCAPAIAN PELAJAR DAN BUDAYA SEKOLAH Pencapaian sekolah secara tidak langsung dipengaruhi oleh budaya sekolah itu sendiri. Budaya yang dibawa oleh setiap warga dalam konteks pendidikan itu sendiri mmberikan kesan kepada pencapaian pelajar. Memandangkan pendidikan di Malaysia adalah berorientasikan pepeperiksaan, maka budaya yang ada di sekolah melambangkan tahap pencapaian sesebuah organisasi itu iaitu sekolah itu sendiri. Menurut Lambert(2003) pencapaian murid dalam konteks kapasiti kepimpinan adalah lebih luas daripada skor ujian. Pengukuran pencapaian murid enggunakan pelbagai ukuran pembangunan dan dan prestasi sebagai tambahan kepada skor ujian termasuk portfolio, bahan pameran, pengetahuan kendiri dan kematangan sosial. Ia juga merangkumi pemahaman yang luas dan komprehensif tentang pencapaian murid dalam pembangunan diri dan sivik seperti melibatkan diri dalam kerja yang memerlukan semangat yang tidak mudah luntur. Ini termasuk faktor sosial, peluang melibatkan diri dan memberi sumbangan kepada matlamat serta mempunyai perasaan tanggungjawab pada masa hadapannya. Ini secara tidak langsung merupakan budaya yang dibawa oleh diri individu tersebut. Keputusan ujian dan peperiksaan bukan sekadar berperanan sebagai sumber membezakan murid yang mampu menguasai ilmu dengan yang lemah, malah menentukan tahap pencapaian sesebuah sekolah. Keputusan ujian dan peperiksaan adalah sumber maklumat yang amat berguna pada pihak sekolah, terutama bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan murid supaya program intervensi yang sesuai boleh digunakan dalam pengajarannnya. Untuk tujuan ini, data pencapaian murid perlu dianalisis dan maklumat terperinci perlu disalurkan kepada pemimpin instruksional dan barisan pentadbir sekolah 20
  • 21. yang lain supaya mereka mengenalpasti punca kelemahan murid dan mengambil tindakan – tindakan yang tepat bagi menangani masalah akademik murid itu. Walaubagaimanapun, apabila keputusan diumumkan hanya sebilangan kecil sekolah sahaja yang dianggap cemerlang berbanding sebahagian besarnya sederhana atau lemah. Begitu juga dengan bilangan pelajar cemerlang jauh lebih kecil daripada bilangan yang kurang atau tidak cemerlang. Kegagalan pelajar mendapat keputusan yang baik sedikit sebanyak akan menjejaskan masa depan mereka. Misalnya jika mereka gagal mendapat 5A dalam UPSR mereka tidak akan ditempatkan di sekolah-sekolah yang dianggap ‘elit’ seperti Maktab Rendah SainsMara (MRSM), Sekolah Berasrama Penuh (SBP), dan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Primer Negeri, dan Sekolah Primer Daerah. Pada umumnya sekolah-sekolah ‘elit’ ini pada setiap tahun menujukkan keputusan yang lebih baik daripada sekolah-sekolah lain. Keputusan yang baik dalam PMR dan SPM pula meningkatkan peluang pelajar ke universiti dalam bidang yang mempunyai nilai ekonomi yang tinggi misalnya bidang kejuruteraan dan perubatan. Keputusan peperiksaan juga dikatakan memberi gambaran tentang pencapaian sekolah yang tidak sama, walaupun kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan prasarana, latihan, dan guru terlatih yang hampir sama. Ketaksamaan peluang mungkin salah satu sebab mengapa ada pelajar yang berjaya dengan cemerlang atau kurang cemerlang. Ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka memasuki sekolah yang dianggap cemerlang, namun hanya sebilangan kecil saja sekolah yang dapat menyediakan peluang tersebut kerana kekurangan tempat. Sepatutnya semua sekolah dianggap cemerlang atau mempunyai piawai yang dikatakan cemerlang. Dalam laporan Sekolah Lima Bintang sekolah-sekolah di Kedah, hanya 238 buah sekolah atau 45.2 peratus dianggap cemerlang berbanding dengan 54.8 peratus yang kurang cemerlang (Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, 2004). Jelasnya terdapat ruang yang boleh diperbaiki bagi meningkatkan kecemerlangan sekolah dan pelajar. Pada peringkat nasional Kementerian Pelajaran Malaysia belum berpuas hati terhadap pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains di kalangan pelajar Bumiputera, terutama di sekolah kebangsaan. Jika dibandingkan pencapaian mata pelajaran Matematik dan Sains SK dengan SJKC, SK masih jauh lebih rendah, justeru semua pegawai KPM dan guru harus membabitkan diri dengan bersungguh-sungguh untuk memperkasa SK dengan mengurangkan jurang perbezaan antara SK dengan SJKC (Ahmad Sipon, BH 30 Jun, 2005). 21
  • 22. Ketidakpuasan tentang pencapaian orang-orang Melayu disuarakan lagi oleh Perdana Menteri Malaysia dalam amanat Presiden UMNO pada 6 Febuari, 2005 dan mahukan supaya usaha- usaha ke arah meningkatkan kecemerlangan pelajar SK menjadi kewajipan setiap pemimpin dan ahli UMNO mulai sekarang (Abdullah Ahmad Badawi, 2005). Kerajaan sedar dengan pemerkasaan SK akan membawa banyak kebaikan kepada pembinaan anak bangsa. Kerajaan berhasrat memperhebat agenda memperkasa SK kerana yakin SK merupakan wadah terbaik untuk memupuk perpaduan, kerjasama, dan semangat cintakan negara di kalangan generasi muda. Kerajaan akan meningkatkan prasarana, disiplin dan keselamatan pelajar, pencapaian akademik, pencapaian kokurikulum, penguasaan teknologi komunikasi dan maklumat, kualiti guru dan pengurusan sekolah. Keperihatinan kerajaan juga jelas apabila Rancangan Malaysia ke-9 (RMK9) berusaha menjadikan SK sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam semua aspek (Hishammudin Hussein, 2005). Mahathir Mohamad dalam “Face the Facts” (2001) menyarankan supaya para pendidik dan penyelidik mencari sebab-sebab kemerosotan pencapaian SK, dan sanggup menerima kebenaran apa jua daripada dapatan kajian bagi pembaikan sekolah dan mengatasi kelemahan. Pada sidang kemuncak pendidikan 2004 sekali lagi Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyarankan Kementerian Pelajaran melakukan perubahan penting bagi menjadikan Sekolah Kebangsaan sebagai ‘sekolah pilihan’ dengan memelihara kedudukan, meningkatkan kualiti supaya ibu bapa senanguntuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah SK. Walaupun SK ditubuhkan sebagai aliran perdana bagi memupuk perpaduan rakyat Malaysia, tetapi beberapa kelemahan perlu diatasi supaya SK menjadi pilihan utama masyarakat. Antara kelemahan SK ialah tanggapan masyarakat bahawa pencapaian akademik di SK lebih rendah berbanding sekolah aliran Cina (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010). 5.1 SK VS SRJKC Justeru, kajian yang telah dijalankan oleh Prof. Lim Chap Sam telah dapat mengenal pasti amalan budaya di dua aliran sekolah yang dominan di Malaysia iaitu SK dan SJKC. Ini secara tidak langsung dapat dijadikan panduan kepada keberkesanan sesebuah sekolah yang mungkin dapat meningkatkan lagi keputusan pelajar. Berikut amalan ataupun budaya yang diamalkan di sekolah SK dan SRJKC: 22
  • 23. SRJKC SK - 64% daripada 30 minit - 43% daripada 30 minit pengajaran pengajaran Matematik Matematik untuk menerangkan konsep digunakan untuk menerangkan dan kemahiran konsep dan kemahiran. - Soalan latihan yang banyak - Soalan latihan yang sedikit (10-40 soalan sehari) - Menghafal sifir dari tahun 2 - Menghafal sifir semasa berada di lagi tahun 5 - Kelas tambahan untuk pelajar - Kelas tambahan untuk pelajar yang yang bermasalah dan sejak pencapaian baik sahaja dan untuk tahun 4 pelajar tahun 6 shj. - aktiviti pengayaan yang - pelajar hanya diberi latihan secara digunakan di SRJKC iaitu: individu dan guru akan berjalan dalam i. Pertandingan antara kelas membantu pelajar yang kumpulan memerlukan bantuan. ii. Penyelesaian masalah berkumpulan iii. Menyelesaikan soalan di hadapan kelas 5.2 Sekolah Berpencapaian Cemerlang, Sederhana, Lemah Dalam kajian yang dilakukan oleh Nor, Pihie, dan Ali (2008) pula mengkaji tiga buah sekolah luar bandar yang mempunyai prestasi cemerlang, sederhana dan lemah. Di dapati amalan pemantauan pencapaian murid adalah berbeza walaupun secara umumnya ketiga-tiga sekolah itu menyediakan maklumat analisis potensi murid (headcount), memantau buku latihan murid dan menganalisa keputusan murid. Hasil kajian mereka ialah: Sekolah Cemerlang Sekolah Sederhana Sekolah Lemah Membuat analisis dan Hanya membekalkan Guru kurang memahami 23
  • 24. seterusnya merencanakan maklumat analisis tanpa proses menyediakan aktiviti intervensi seperti merancang pelan tindakan maklumat analisis dan bengkel teknik menjawab demi meningkatkan kualiti mereka gagal merancang soalan, latih tubi topikal dan pengajaran dan program pengajaran dan melaksanakan sukatan pembelajaran. pembelajaran yang sesuai. pelajaran minimum. Pelajar yang lemah diberikan Pelajar yang lemah juga Tidak diamalkan. motivasi dari semasa ke diberikan motovasi. semasa. Langkah-Langkah Untuk Mengatasi Jurang Perbezaan Pencapaian Dalam Pelbagai Budaya Sekolah Menurut Fullan, sekolah perlu memiliki kompetensi dalam empat aspek apabila memantau pencapaian murid. Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan ialah: i. kemampuan menganalisa pencapaian dan keputusan murid secara terperinci. ii. Melaksanakan perubahan kritikal. iii. Keupayaan memahami perkembangan di bilik darjah dan merancang pelan pembangunan sekolah bagi meningkatkan prestasi. iv. Mengambil langkah terbuka dan proaktif apabila berdepan dengan isu prestsi sekolah. Selain itu, budaya kerja sekolah cemerlang perlu dicontohi sebagai contoh, Kolej Tunku Kursiah, (TKC), Seremban telah memperoleh keputusan yang cemerlang dalam PMR dan SPM. Kajian yang dijalankan oleh Nor, Pihie dan Ali(2008) menunjukkan pendekatan headcount berjaya meningkatkan kecemerlangan akademik sekolah itu. Menurut Connelly (2008) pula, murid yang lemah memerlukan masa yang lebih untuk pembelajaran. Dengan mengkaji data penilaian murid, guru dapat merancang atau menggunakan strategi pengajaran yang sesuai untuk golongan murid ini. Levy(2008) pula berpendapat, pendekatan pengajaran yang berbeza (differentiated instruction) dapat membantu murid mencapai atau melepasi standard akademik yang dikehendaki. Pencapaian murid dapat dipantau melalui kandungan pengajaran, proses dan hasil yang diperoleh. 24
  • 25. 6.0 ISU: HUBUNGAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF DAN SELAMAT DENGAN BUDAYA SEKOLAH Persekitaran sekolah yang positif adalah sekolah yang menyediakan persekitaran yang kondusif dan selamat bagi pelajar dan juga staf di dalamnya. Hal ini membolehkan pelajar belajar dalam keadaan yangs selesa dan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pembelajaran manakala bagi guru pula, mereka akan dapat menjalankan tugas dengan sebaik- baiknya sebagai seorang pendidik di sekolah. Persekitaran ditakrifkan oleh persekitaran merujuk kepada keadaan yang menjadi seperti latar belakang (seseorang atau individu). Manakala, kondusif membawa bermaksud sesuai (Noriati A. Rashid et. al 2009). Persekitaran yang kondusif boleh dilihat dari pelbagai aspek iaitu fizikal, sosial, perkembangan intelek dan bahasa. Jika dilihat dari aspek fizikal, perkara pertama yang perlu dititikberatkan adalah organisasi bilik darjah. Organisasi bilik darjah yang kondusif hendaklah mempunyai susunan meja dan kerusi yang teratur supaya guru dan pelajar dapat berkomunikasi dengan mudah dan berkesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Seterusnya keadaan di dalam bilik darjah itu sndiri hendakla ceria contohnya di sudut-sudut di dalam bilik darjah ditampalkan nota-nota yang berwarna-warni bagi memudahkan pelajar lebih mudah mengingati ape yang dipelajari di dalam kelas. Bilangan pelajar di dalam kelas juga memainkan peranan penting dalam keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Mengikut saranan dari Kelas Rancangan khas bilangan pelajar hendaklah seramai 35 orang sahaja per kelas. Hal ini bagi memudahkan guru supaya dapat mengawal kelas dengan baik. Kemudian kita boleh lihat dari segi lanskap sekolah. Lanskap sekolah yang menarik dapat melahirkan suasana yang aman dan tenang di dalam sekolah tersebut. Suasana yang tenang dapat dilahirkan dengan adanya pohon-pohon yang rendang, pokok-pokok bunga, lukisan mural di dinding-dinding sekolah, kolam ikan dan banyak lagi. Selain itu, kebersihan sekolah hendaklah dijaga dengan baik terutamanya kebersihan tandas dan kantin sekolah. Perkara ini penting bagi memastikan tumpuan pelajar tidak terganggu dan juga bagi mengelakkan masalah keracunan makanan dari berlaku. Bagi mengelakkan masalah keracunan makanan ini berlaku, pihak sekolah dan pihak kantin harus bertanggungjawab dalam membekalkan makanan dan minuman yang bersih kepada pelajar. Pihak sekolah harus 25
  • 26. sentiasa menjalankan pemeriksaan kebersihan ke atas kantin sekolah supaya dapat memastikan kebersihan katin berada pada tahap yang optimum. Penggunaan pusat sumber dan perpustakaan juga amat penting dalam membantu pembelajaran pelajar. Pelajar dapat menambahkan pengetahuan dengan adanya perpustakaan dan pusat sumber yang lengkap. Pelajar boleh menambahkan pemahaman dalam pelajaran dengan membaca banyak buku-buku ilmiah. Secara tidak langsung dapat memupuk minat pelajar untuk membaca. Padang sekolah juga hendaklah diselenggara dengan baik supaya supaya pelajar dapat melakukan aktiviti senaman dengan selamat. Rumput-rumput di padang hendaklah dipastikan sentiasa pendek dan alatan sukan dipastikan berada dalam keadaan yang baik. Makmal sains dan matematik juga memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Makmal sains sering digunakan oleh pelajar untuk melakukan eksperimen. Bagi mencapai objektif eksperimen yang dijalankan, peralatan dan bahan kimia hendaklah sentiasa mencukupi dan guru hendaklah sentiasa peka terhadap bahan kimia tersebut dan guru perlu tahu sejauh mana bahan kimia itu selamat digunakan. Seterusnya, dengan adanya makmal matematik guru-guru boleh mencuba kaedah baru dalam pembelajaran dan pengajaran. Contohnya dengan penggunaan Geometer’s Sketchpad dan kalkulator grafik dapat menarik minat pelajar dalam mempelajari matematik. Bagi pelajar yang tinggal di asrama kemudahan yang lengkap adalah sangat penting bagi keselesaan pelajar. Tinggal di asrama yang dilengkapi kemudahan dapat menyumbang kepada pencapaian pelajar. 6.1 Sumbangan Kerajaan Untuk Memperbaiki Prasarana Sekolah Kerajaan telah banyak memberi sumbangan untuk memperbaiki prasana sekolah terutama sekali di kawasan luar bandar. Menerusi RMK-9, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM 2.3 billion bagi meningkatkan kemudahan serta kelengkapan ICT di semua sekolah seluruh negara. Setakat ini kira-kira 97 peratus sekolah sudah mempunyai kelengkapan berkenaan (Utusan Malaysia,29 Ogos 2006). Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM310.5 juta bagi mewujudkan kemudahan dan prasarana di sekolah luar bandar dan kawasan pedalaman seluruh negara sepanjang tahun ini. Keutamaan diberi kepada sekolah luar bandar terutama di kawasan pedalaman Sabah yang sebahagian besar masih lagi ketinggalan khususnya dalam menikmati bekalan elektrik dan air. Bagi mengatasi masalah sekolah-sekolah pedalaman Sabah yang tidak mempunyai 26
  • 27. bekalan elektrik, kementerian akan membekalkan generator. Dengan adanya bekalan elektrik, kita berharap sekolah-sekolah di pedalaman sabah dapat menikmati kemudahan IT sama seperti sekolah di kawasan bandar. (Utusan Malaysia). Manakala, Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Terengganu, Haji Ahmad Sharom Yasin berkata “Projek baru di bawah penyeliaan JPP terbahagi kepada tiga kategori iaitu membaiki padang sekolah yang memperuntukkan (kira-kira) RM300,000, membaiki makmal dan juga tandas masing-masing memerlukan kos antara RM100,000 hingga RM200,000”. Penyediaan sebanyak 1,262 makmal komputer khusus di sekolah-sekolah luar bandar menjadi matlamat utama Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 2001 untuk mempastikan jurang digital antara bandar dan luar bandar dirapatkan (Azizi et. al, 2011). Kerajaan telah banyak menyalurkan dana bagi menyediakan prasarana yang lengkap kepada sekolah-sekolah terutama di kawasan luar bandar. Dengan demikian, diharapkan jurang diantara pencapaian pelajar bandar dan luar bandar akan dikurangkan. Namun, adakah dana yang disalurkan ini berbaloi kerana seperti yang kita lihat tidak ramai guru yang menggunakan kemudahan ICT dalam pembelajaran dan pengajaran. Terdapat banyak faktor yang ,menghalang penggunaan ICT dalam pnp. Faktor yang pertama adalah kekangan masa. Guru tidak mempunyai masa yang cukup untuk menyediakan bahan mengajar atau pun nota dari power point, flash dan sebagainya. Selain itu, guru juga mempunyai pengalaman lepas yang negatif semasa menggunakan LCD atau projector di mana mungkin pada masa tersebut alatan tersebut tidak berfungsi dengan baik malah telah melambatkan proses pembelajaran. Hal ini menyebabkan guru lebih gemar menggunakan buku teks sepenuhnya. Guru-guru juga kurang berkeyakinan dalam mengendalikan kemudahan ini kerana mereka kurang mahir menggunakannya dan guru-guru juga kurang pengetahuan dalam aspek teknikal kerana tidak diberi peluang mengikuti kursus. Tambahan pula, di sekolah penggunaan makmal dan bilik media adalah terhad. Di mana guru-guru perlu tempah bilik tersebut dari awal supaya tidak berlaku masalah dengan kelas yang lain. Bagi mengatasi masalah ini, pihak sekolah perlu menyediakan kursus di mana guru-guru diajar mengenai penggunaan Microsoft Word, Microsoft Excel, pengurusan emel, blog dan sebagainya yang berkaitan melalui Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP). Guru-guru juga hendaklah dibekalkan modul-modul yang ringkas dan mudah bagi memudahkan pnp. Selain 27
  • 28. itu, guru juga perlu mempunyai semangat dalam memajukan diri dalam mempelajari sesuatu yang baru. 6.2 Persekitaran Sekolah Selamat Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye konsep ``sekolah selamat'' tidak seharusnya terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan, peralatan dan kemudahan sekolah. Kementerian Pelajaran pada bulan September 2004 memaklumkan untuk menutup lebih 60 sekolah rendah dan menengah yang dikatakan tidak selamat kerana pelbagai masalah seperti dinding dan tiang retak, sistem pendawaian lama, kebocoran di bahagian bumbung dan siling serta masalah anai-anai (Shamsiah et. al, 2005) Kejadian rogol, cabul, gangsterisme, dan membakar sekolah oleh pelajar yang semakin menjadi-jadi isu yang hangat diperkatakan. Setiap hari terdapat sahaja laporan akhbar menceritakan tentang keselamatan pelajar. Di Ipoh, pada 1 Julai 2004, seramai 19 orang pelajar Sekolah Menengah Gunung Rapat dekat sini, cedera selepas satu paip gas di makmal sains sekolah itu meletup. Pada awal Februari 2005 kita dikejutkan mengenai seorang pelajar tingkatan 5 MRSM Pendang Kedah Mohd Zaki Shukri patah tulang rusuk dan lebam di badan selepas di pikul oleh lima rakan di asrama. Pada bulan Julai pula seorang pelajar sekolah agama di Kuantan (Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin) telah dibelasah pelajar senior di asrama dan mengalami kecederaan serius iaitu hampir lumpur akibat kecederaan di tulang belakang. Baru-baru ini, seorang guru dari Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina telah meninggal dunia akibat jatuh dari tingkat atas bangunan sekolah yang lantainya telah dimakan anai-anai. Di Rembau, seorang pengawal keselamatan telah merogol seorang pelajar perempuan tingkatan 5 di sebuah kelas kosong, 16 April 2012. Tahun lalu, sebanyak 434 kes keracunan makanan dilaporkan di seluruh negara dan daripada jumlah itu 146 kes dilaporkan berlaku di 135 buah sekolah. Ekoran dari kes-kes yang telah berlaku adakah sekolah dapat menyediakan persekitaran yang selamat kepada penghuni yang ada di dalamnya kerana kebanyakan masa pelajar dihabiskan di sekolah. Rajah 1.0 : Model Sekolah Selamat 28
  • 29. Keluarga Sekolah yang Masyarakat yang yang selamat Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3 Rajah 1.0, menunjukkan bahawa sekolah yang selamat dipengaruhi oleh keluarga dan masyarakat yang selamat. Selalunya, kita lihat pelajar yang lemah melakukan kesalahan disiplin di sekolah. Hal ini mungkin disebabkan pelajar tersebut lahir dari keluarga yang bermasalah atau pun dari latar belakang masyarakat yang bermasalah. Apa yang penting di sini adalah didikan keluarga amat penting untuk melahirkan pelajar yang berdisiplin kerana bak kata pepatah melentur buluh biar dari rebungnya. 6.3 Cara Untuk Memastikan Persekitaran Sekolah Selamat Persekitaran sekolah yang selamat boleh dihasilkan dengan kepemimpinan yang berkesan terutamanya dari pentadbir sekolah iaitu pengetua. Pengetua berperanan penting dalam memastikan keadaan sekolah berada dalam keadaan yang terkawal. Beliau hendaklah tegas dalam melaksanakan tugas, adil dan tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah dengan baik tanpa ada pihak-pihak yang tersinggung. Sekolah juga bertanggungjawab dalam menyediakan prasarana dan kawasan sekolah yang selamat. Contohnya, sekolah perlu menyediakan tempat berkumpul yang selamat bagi para pelajar yang sampai pada awal pagi sebelum permulaan kelas dan tempat menunggu kenderaan untuk sebelah petang selepas sesi persekolahan. Sekolah juga perlu membersihkan semak samun di kawasan laluan pelajar supaya pelajar berasa lebih selamat dan terbuka. Selain itu, bagi mempertingkatkan mutu disiplin dikalangan pelajar guru-guru hendaklah menekankan disiplin dalam bilik darjah. Guru-guru hendaklah bersikap tegas apabila berhadapan dengan pelajar terutama kepada pelajar yang mempunyai masalah disiplin supaya pelajar berasa hormat terhadap guru serta secara tidak langsung dapat mengurangkan salah laku pelajar. Selain itu, penting bagi sekolah mewujudkan hubungan dengan keluarga dan masyarakat. Contohnya, dengan adanya mesyuarat PIBG dapat mendekatkan hubungan antara sekolah dengan ibu bapa pelajar dan masyarakat. 29
  • 30. Dengan demikian, pihak sekolah dapat berkongsi masalah yang dihadapi bersama ibu bapa dan masyarakat serta dapat berbincang bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sekolah bersama. Cara lain bagi memastikan persekitaran sekolah selamat adalah dengan menekankan perhubungan yang positif antara pelajar dan guru. Hubungan yang mesra antara pelajar dan guru dapat menghasilkan suasana yang menyeronokkan dalam pnp. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian pelajar dalam pelajaran dan juga dapat menghalang konflik antara guru dan pelajar yang boleh membawa kepada masalah disiplin. Disiplin yang baik dapat diwujudkan dengan zero defect dalam semua aktiviti pelajar iaitu tiada masalah dalam pnp, tiada konflik, tiada perlanggaran disiplin, tiada masalah keceriaan sekolah dan sebagainya(Mok Soon Sang, 2009). Kesimpulannya, iklim persekolahan yang kondusif dan selamat adalah sebuah sekolah yang dikelolakan dengan baik, elok dipandang dan teratur susunannya. 7.0 KESIMPULAN Sehingga tahun 2010, terdapat sebanyak 60 buah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 120 buah Sekolah Kluster Kecemerlangan (SKK) dan 20 buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) di seluruh Malaysia. Konsep SBT diperkenalkan sebagai sekolah yang mempunyai etos, watak, unik dan menyerlah dalam semua aspek pendidikan. Tradisi budaya kerja tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang secara holistik dan berterusan akan meningkatkan daya saing di persada antarabangsa dan menjadi sekolah pilihan masyarakat ialah aset utama SBT. Pada tahun 2012, Malaysia dijangka mempunyai 100 buah SBT (Laporan Tahunan KPM, 2010). Berdasarkan data tersebut, jumlah ini hanyalah 1% daripada jumlah sekolah-sekolah di Malaysia di mana jumlah sekolah di Malaysia pada bulan Mei 2012 ialah sebanyak 10,019 buah. Ini menunjukkan taraf kepemimpinan pengetua- pengetua / guru besar di Malaysia masih tidak memuaskan dan belum mampu membawa sekolah masing-masing ke arah kecemerlangan seperti yang di harapkan oleh KPM. Isu kepimpinan pendidikan dan pengurusan pendidikan bukanlah merupakan suatu isu yang lapuk walaupun telah lama dibincangkan oleh pakar-pakar pendidikan. Ini adalah kerana, sebuah sekolah yang berkesan dan cemerlang selalunya diterajui oleh seorang guru besar atau pengetua yang berkesan dan cemerlang. Keberkesanan dan kecemerlangan mereka 30
  • 31. seharusnya di dasari oleh kemampuan dan keupayaan untuk menangani isu-isu kepimpinan dan pengurusan secara berkesan dan cemerlang. Rujukan Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman . 2003. Falsafah Pendidikan dan Kurikulum . Tanjong Malim: Quatum Books. Abd Ghani dan Tang Keow Ngang. 2006. Motivasi Guru dan Pengurusan Budaya Kolaboratif Pengurus Pendidikan Wanita: Jurnal Pendidikan. (31), 97 – 105. Abdul Shukor Abdullah. 2004. Ucap utama Seminar Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Kertas Kerja Seminar Nasional Nasional Pengurusan & Kepemimpinan Pendidikan ke 12. Anjuran Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia. Genting Highlands, 14-17 Julai. Azura Mohd Nor . 2004. Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Kepuasan Kerja Guru Dalam Bidang Teknik dan Vokasional Berdasarkan Teori Maslow di Sekolah Akademik di Daerah Pasir Puteh, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Azizi Hj Yahya, Nordin Hj Yahya dan Sharifudin Ismail. 2004. Tingkah laku Kepimpinan Pengetua dan Hubungannya dengan Tekanan Kerja dan Keberkesanan Organisasi di Beberapa Buah Sekolah Terpilih Di Negeri Sembilan. http://eprints.utm.my/2353/1/AziziYahaya_Tingkah_laku_Kepimpinan_Pengetua_dan_T ekanan Kerja.pdf Azizi Yahaya & Nurfaizah Abd. Majid. 2011. Hubungan Antara Budaya Formal Sekolah Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Sekolah Menengah. Journal of Educational Psychology and Counseling, volume 2, Jun 2011, Pages 78-112/ISSN: 2231-735X. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Chan Kah Yein, Judith Mousley. 2005. Using Word Problems in Malaysian Mathematics Education: Looking Beneath The Surface ,Inti College Subang Jaya, Malaysia & Deakin University, Australia Day, C., Harris, A., Hadfield, M., Tolley, H. & Beresford, J. 2000. Leading Schools In Times of Change. Milton Keyres: Open Universiti Press. Fiore, D. 2000. Positive School Culture : The Importance Of Visible Leaders. Contemporary Education 71(2): 11-13 Gable, R.A. 2004. Assessing Professional Collaboration in Schools: Knowing What Works. Preventing School Failure. 48(3): 4 – 8. Hussein Ahmad. 2001. Kesepaduan Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Keperluan dan Tuntutan. Ucap Utama Seminar Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Nasional ke 9.Anjuran Institut Aminuddin Baki. Genting Highlands, 1-3 Ogos. 31
  • 32. Hussein Mahmood. 2008. Kepimpinan Dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka Ishak Sin. 2007. Mengurus dan Memimpin Sekolah. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan. Isu-Isu Pendidikan Negara Ketiga:Dasar da Pelaksanaan .Anjuran Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. 13-14 Februari Ishak Md Shah dan Mastura Mahfar. 2007. Impak Tingkah Laku Kepimpinan Transaksi dan Tranformasi Pengetua keatas Tingkah Laku Kerja Guru-Guru. http://repo.uum.edu.my/1736/1/IMPAK_TINGKAH_LAKU_KEPIMPINAN_TRANSA KSI.pdf Institut Aminuddin Baki. 2004. Amalan Pengurusan dan Kepemimpinan Terbaik Di Sekolah Cemerlang. Institut Aminuddin Baki: Kementerian Pelajaran Malaysia Jainabee Mohd Kassim dan Robiah Sidin. 2005. Budaya Organisasi Maktab di Malaysia: Yang Sedia Ada dan Yang Diingini. Jurnal Pendidikan Universiti Malaya. Vol 5, No 1. Johnson, B.L . 2003. Teacher Collaboration: Good for some, not so good for others: Journal of Educational Studies. 29 (4): 337 – 349. Jemaah Nazir Sekolah 2001. Pernyataan Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan (SKTP). Kuala Lumpur: Jemaah Nazir Sekolah James, A.J. & Balasandran, R. 2009. Kepimpinan Instruksional: Satu Panduan Praktikal. PTS Professional Publishing : Kuala Lumpur. Laporan Audit Sekolah Tahun 2001. Dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun Kementerian Pelajaran Malaysia. Bil.2 Laporan Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia 2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia. Lim Chap Sam, Cultural Differences and Mathematics Learning in Malaysia, School of Educational Studies, University of Science Malaysia,Penang, Malaysia Lokman Mohd Tahir, Hamdan Saad, Rosni Zanuddin, Sanitah Mohd Yusof. 2008. Analisis Kepemimpinan Pengetua Sekolah Menengah Di Johor. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia Mc Ewan, E.K. 2003a. Seven Steps To Effective Instructional Leadership. Corwin Press Inc.Thousand Oaks, California. McNulty,B., Walters,T. & Marzato, R. 2005. School Leadership That Works:From Research to Result. Virginia: Association For Supervision and Curriculum Development. Muhyiddin Yassin. 2010. Ucapan Perasmian Persidangan Kebangsaan Pengurusan Pendidikan Pengetua Cemerlang Ketiga. Anjuran Institut Aminuddin Baki. Bernama . 02 November. Noor Hashimah Hj Hassan. 2000 . Perkaitan Antara Gaya Kepimpinan Pengetua Dengan Tahap Motivasi Guru: Tinjauan di Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Segamat. Universiti Kebangsaan Malaysia: Tesis Sarjana Pendidikan. Noraini Idris. 2005. Pedagogi Dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur.Utusan Publication& Distributor. Othman B. Md. Johan & Lukman Bin Dinyati. 2007. Persepsi Guru-Guru Pendidikan Islam Terhadap Penggunaan ICT Untuk Tujuan Pengajaran Dan Pembelajaran Sekolah Kebangsaan Di Daerah Kluang. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. 32
  • 33. Pusat Perkembangan Kurikulum. 1991. Pengesanan Budaya Sekolah. Jurnal Pendidikan 35(75):30-40 Rusni Mohd. Nor. 2005. Perkaitan Antara Budaya Sekolah Dengan Pencapaian Akademik Pelajar Di Negeri Sembilan. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia Shamsiah, Shahrulbanun & Azaiah. 2005. Konsep dan Perlaksanaan Sekolah Selamat. Seminar Pendidikan, Fakulti Pendidikan UKM. Shahril@Charil Marzuki. 2002. Ciri-ciri Kepemimpinan Pengetua/Guru Besar yang berkesan yang dapat menghadapi cabaran dan harapan pada abad ke 21. Jurnal Pengurusan & Pendidikan Institut Aminuddin Baki. 10(02):1-17 Shields, C. 2005. School Leadership in the 21st Century: Broading The Base. Connecticut: Information ASC Publishing Woo Yoke Ling . 2007. Kepuasan Kerja Guru-Guru Aliran Pendidikan Teknikal dan Vokasional di Sekolah-Sekolah Menengah Teknik di Negeri Johor Darul Takzim. Universiti Teknologi Malaysia: Ijazah Sarjana Pendidikan. Yaakob Daud. 2007. Budaya Sekolah Rendah: Hubungannya dengan Kepemimpinan, Komitmen Organisasi dan Pencapaian Akademik. Thesis Ijazah Doktor Falsafah. Universiti Sains Malaysia. 33