SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 54
Baixar para ler offline
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
SEKOLAH RENDAH (PGSR)
MOD KURSUS DALAM CUTI
MODUL
PRA3105
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Berkuat kuasa pada November 2008
SEMESTER 4
MAJOR
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
i
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.
Falsafah Pendidikan Guru
Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan
saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung
warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu,
dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu,
demokratik, progresif, dan berdisiplin.
Cetakan Jun 2008
Kementerian Pelajaran Malaysia
Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak
ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa
mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan
dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi,
mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
ii
Cetakan Mei 2009
Bahagian Pendidikan Guru
Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan
Kementerian Pelajaran Malaysia
MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR
YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH
SARJANA MUDA PERGURUAN.
MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
iii
Falsafah Pendidikan Kebangsaan i
Falsafah Pendidikan Guru i
Kandungan iii
Kata Alu-aluan iv
Panduan Pelajar v
Pengenalan vii
Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii
Tajuk Pembelajaran
Tajuk 1 Perkembangan Kognitif kanak-kanak 1
1.1 Sinopsis 1
1.2 Hasil Pembelajaran 1
1.3 Kerangka Tajuk 2
1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 2
Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 11
2.1 Sinopsis 11
2.2 Hasil Pembelajaran 11
2.3 Kerangka Tajuk 11
2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 14
Tajuk 3
Lima Proses Piawaian National Council
Teaching Mathematic, (2000) dan Kaitan
Dengan Pembelajaran Metematik Kanak-
kanak Prasekolah
25
3.1 Sinopsis 25
KANDUNGAN MUKA SURAT
iv
3.2 Hasil Pembelajaran 26
2.3 Kerangka Tajuk 26
2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27
Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains
33
4.1 Sinopsis 33
4.2 Hasil Pembelajaran
33
4.3 Kerangka Tajuk 33
4.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34
Rujukan
Panel Penulis Modul
Panel Pemurni Modul
Ikon Modul
Struktur Pelaksanaan
v
Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar
anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk
belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin
tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang
kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber
pembelajaran, dan masa anda.
Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang
pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda.
Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras
pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan
mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai
peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.
Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat
semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang
apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan.
Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih
membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau
menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial.
Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi
bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk
dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah,
tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul
ini.
Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar
pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan
kepada anda makna-makna ikon tersebut.
Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus.
Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan
bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.
Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.
1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan
diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.
2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.
PANDUAN PELAJAR
vi
3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira
sasaran pembelajaran anda.
4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.
5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda.
Teliti maklumat yang diterima.
6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.
7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
vii
Pengenalan
Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan
Kognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains di
prasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenai
prinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM)
dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah..
Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti
pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan
pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu
pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga
bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip
pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah.
Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu
dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.
viii
AGIHAN TAJUK
Panduan kepada pengguna
Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima
belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk
untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul.
(Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform)
Bil. Tajuk/Topik
Interaksi
Bersemuka
(jam)
Modul
(jam)
Jum.
Jam
1.
Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
- 5 5
2.
Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah
- 5 5
3. Lima Proses Piawaian National Council
teaching Mathematics, (2000) )Five Process
standards-National Council Teaching
Mathematics) dan kaitan dengan
pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak
prasekolah.
- 4 4
4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 3
5. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 5
6. Perancangan Program Awal Sains di
Prasekolah
2 - 2
7. Penggunaan Pendekatan Projek (Project
Approach)
3 - 3
8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sains
dengan Aktiviti Seharian
3 - 3
9. Amali: Lima Proses Piawaian National
Council teaching Mathematics, (2000) )Five
Process standards-National Council Teaching
Mathematics) dan kaitan dengan
pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak
prasekolah.
5
-
5
10. Amali: Kemahiran Matematik
Prasekolah(berdasarkan Kurikulum Stardard
Prasekolah kebangsaan, KPM)
8 - 8
11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 7
12 Amali: Perancangan Program Awal Sains di
Prasekolah
5 - 5
13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek
(Project Approach)
5 - 5
45 15 60
ix
*** isi ikut pecahan berikut:
Pecahan kredit Interasksi
Bersemuka (jam)
Modul (jam) Jum. Jam
( 3+0) 30 15 45
(2+1) 45 15 60
(2+0) 15 15 30
(1+1) 30 15 45
(1+0) 0 15 15
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1
Tajuk 1 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak
1.1 Sinopsis
Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan
membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita
sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita
dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan
juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang
terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu anda
mengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat
sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih
berkeyakinan dan kreatif.
1.2 Hasil Pembelajaran
1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif.
2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang
dikemukakan oleh Jean Piaget.
3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan
kognitif kanak-kanak.
1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Perkembangan
Kognitif Kanak-kanak
Subtajuk 1
Konsep Kognitif
Subtajuk 2
Pengertian
Perkembangan Kognitif
Subtajuk 3
Teori-teori
Perkembangan Kognitif
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
2
1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas
konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci.
Perkataan „perkembangan kognitif kanak-kanak‟ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak
pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik.
1.4.1 Konsep Kognitif
Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif .
Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk
mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah
pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai
perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004).
1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran
dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan
dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan
dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah.
Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak
menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat
pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh,
memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington &
Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah
Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
3
Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi
penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan
pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang
seterusnya.
1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif
1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p
iaget
Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahir
dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi
dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan
memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema).
Skema
Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh
individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema
menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabila
kanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari
tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan
penglamannya menjadi skema ”menghisap puting getah” dan skema ” menghisap jari
tangan”.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
4
Asimilasi
Merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru
ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang
sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai
maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yang
semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak
telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang.
Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak.
Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri
tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung.
Akomodasi
Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba
mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema
yang sesuai (disequilibrium) ketidakseimbangan.
Oleh itu terdapat dua pilihan:
 Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru
 Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru
Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor
ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak
terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat
yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat
terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian
kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang.
Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema
yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada.
Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau
equilibrium.
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan
asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
5
Tahap Perkembangan Kognitif
Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat
tahap iaitu:
1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)
 Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria
 Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari
 Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta
cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat
dalam persekitarannya.
2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)
 Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang
secara hafalan.
 Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan
sesuatu atau peristiwa.
 Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit),
kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu.
3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun)
Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila
menyelesaikan masalah.
 Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan
bukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan
objek.
 Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
6
Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve
dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalah
sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau
appearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan
lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi
akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara
lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan
bilangan guli adalah sama.
Contoh lain:
Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga
menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu
jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika
bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti
sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
7
Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area.
Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan).
Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak
guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang
lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnya
seriasi saiz, warna dan bentuk.
4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)
 Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.
 Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.
 Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan.
Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan
perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
8
1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky
http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/
vygotsky
Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa
perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga
dengan rakan sebaya.
Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan
bantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yang
berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah
berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu.
Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa,
guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa
fungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang
kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih
rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi.
Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid
menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau
cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). amalan
pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding.
Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau
rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi
lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung
sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan
berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
9
Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky
Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep
zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau,
sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang
dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai
tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang
lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila
mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantara
kedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development.
Konsep ini ialah “tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan
sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum
potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing
secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”.
Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi,
menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
10
campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan
itu.
Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara
yang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita
tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah
diberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu
membuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kita
tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan
atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa
seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan
kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar
bantuan yang berbeza.
Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier
anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan
aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang
disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada
anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkan
apakah perubahan yang perlu dilakukan?
Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah
sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada
minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh
melakukannya
http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm
http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html
http://www.kolar.org/vygotsky
http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html
http://tip.psychology.org/vygotsky.html
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
11
Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah
2.1 Sipnosis
Unit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran
Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching
Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya
memahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini
dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan
Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standard
prasekolah kebangsaan.
2.2Hasil Pembelajaran
1. Membezakan beberapa definisi Matematik
2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak.
3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak-
kanak.
4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM dengan
pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.
2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini
Pembelajaran Awal
Matematik di
Prasekolah
Subtajuk 1
Pengertian
Matematik
Subtajuk 2
Kepentingan
Pembelajaran
Matematik
Subtajuk 3
Prinsip-prinsip
pembelajaran
Matematik NCTM
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
12
2.4 Pengertian Matematik
Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya
perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri
dengan jawapan dalam nota di bawah ini.
Matematik berasal dari „mathema‟ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia
didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal.
Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh
Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens.[1]
Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur,
perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar
rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak
menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah
kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat
jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
13
Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur,
ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin
Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia
berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada
membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek
fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan
corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang
dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai.
Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematik
bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan
perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol.
Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir
secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia
juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan
nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik.
2.5 Kepentingan Pembelajaran Matematik
Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran
Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting?
Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
14
Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung
matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapa
pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanak-
kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang
menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka?
Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990),
menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak
formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanak
akan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟,
„segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang
tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan
lain-lain juga berlaku semasa bermain.
Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan
persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang
merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga
berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak
memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian,
mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan
pembelajaran Matematik adalah;
a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional.
b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan,
makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa
kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahli
keluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli)
c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol
dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa
untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat)
d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan,
menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor.
e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik.
f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimana
kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
15
g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat.
h) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan
yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti
kalkulator dan komputer)
i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada
idea di dunia yang abstrak.
2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM)
Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics
(NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet
(http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat
bersama rakan-rakan.
NCTM President J. Michael Shaughnessy
The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah
ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah
organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran
Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa.
NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang
menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik
sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional
dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:
 Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.
 Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru.
 Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
16
NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi
NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah
diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran
Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan
Principles and Standard for School Mathematic yang terkini.
NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli
Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip
(Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi)
yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh
tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini
dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri,
Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian
Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran).
2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan
pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah.
2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity)
Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti
kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti
pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain.
Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk
meneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum
haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu
didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik
yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang
tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua
perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam
pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik.
2.7.2 Kurikulum (Curiculum)
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
17
Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenar
Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang
dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila
murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih
memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih
peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan
mereka.
2.7.3 Pengajaran (Teaching)
Sumber: www.scholastic.ca/teacher/
Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada
kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap
komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam
menyelesaikan masalah.
Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya
pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkara-
perkara berikut:
i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai.
ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai.
iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut.
iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu.
v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti.
vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
18
2.7.4 Pembelajaran (Learning)
Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm
Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara
aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik
sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara
fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomous
learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan
masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan
bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah.
2.7.5 Pentaksiran (Assesment)
Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan
maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan
kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan,
mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid
yang memerlukan latihan tambahan.
Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih
tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa
yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian
bertulis dan lain-lain.
The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsip
pentaksiran(2000) menyatakan bahawa “Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
19
Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid”. Elemen-elemen
berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:
 Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi
sebahagian daripada arahan setiap hari.

 Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran
melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.
 Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan
seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri.
2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran
i)Pemerhatian
Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan
sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam
situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis
konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti
kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang
pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlaku
kanak-kanak yang ditulis dan direkodkan:
Contoh 1:
Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok
yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh
mengasing dan menyusun blok.
Contoh 2:
Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia
memahami konsep padanan satu dengan satu.
ii) Perbualan Informal
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
20
Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat
komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk
mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56),
mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang
mereka fikirkan. Contoh:
 Beritahu saya lebih lanjut.
 Boleh tunjukkan saya cara yang lain.
 Tolong fahamkan saya.
 Kenapa kamu...?
 Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?
 Apa lagi yang kamu tahu...?
 Apa yang kamu fikir apabila kamu...?
iii) Temubual
Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus.
Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana
kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi
menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana
kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermula
dengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh:
Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu
dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima
cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu
piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia
tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan
konsep “lebih daripada”. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tiga
tahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu
cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat
sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan
tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan
tersebut.
iv) Laporan
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
21
Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan
portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula
mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang
kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara
sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada
pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja
bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh
dimasukkan ke dalam portfolio:
 Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan
 Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya.
 Diagram,graf, data
 Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial.
 Contoh-contoh penyelesaian masalah
 Pita video
 jurnal
2.7.6 Teknologi (Technology)
Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities
_for.html
Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia
mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator
komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid
mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul.
Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer
terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan
bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
22
yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains
daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas.
Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan-
kemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu
memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya
memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru
pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi.
Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkan
keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang
diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
23
2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi
Push C 0 + 2 =
What do you see?_______________
Push = again
What do you see?________________
What will the calculator show if you push = again? ____________
Do it. Were you correct?______________
Push = = =.
Guest what the calculator will show each time. ________
_________ ____________
What happened? _________________________________
Complete the following. Then use your calculator to see if you are
correct.
Push c 0 + 3 =
The calculator will show _________________
Push
= _______________________
= _______________________
= _______________________
Push c 0 + 4 =
Then calculator will show _______________
Push
= ____________
= ____________
= ____________
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
24
Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain
yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh
melayari laman web http://www.noggin.com
Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami
topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal
Matematik.
http://standards.nctm.org
http://eprints.utm.my
http://www.noggin.com
http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
25
Unit 3
LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHING
MATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN
MATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH
1.1 Sipnosis
PENGENALAN
Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematik
dan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagai
seorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentang
kelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak prasekolah.
Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajaran
dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan
proses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:
 Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel
 Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari
 Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian
National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaitu
enam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telah
dibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai proses
yang berikut:
1. Penyelesaian masalah (Problem solving)
2. Sebab/Akibat (Reasoning)
3. Komunikasi (Communication)
4. Hubungan/Hubungkait (Connection)
5. Gambaran (Representation)
Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut
kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses
harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia
harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
26
Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan
pengertian terbaik berdasarkan “mengajar metematik menurut piawai NCTM.
1.2 Hasil Pembelajaran
1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaran
matematik berdasarkan National Council Teaching Matematik.
2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council Teaching
Matematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah
1.4 Kerangka Konsep Tajuk ini
1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM)
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas
kelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran dan
pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah.
Piawai Proses NCTM
Hubungan/HubungkaitKomunikasi
Sebab/AkibatPenyelesaian
masalah
Gambaran
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
27
1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING)
Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsi
intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses
kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan
kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabila
sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada
satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan
sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah
serta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankan
kemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah
tradisional.
Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk
 Menggunakan bahan-bahan manipulasi
 Cuba-cuba
 Membuat senarai
 Melukis gambar rajah
 Mencari-cari pola
 Melakonkan masalah
 Teka dan semak
Sebilangan teknik penyelesaian masalah
 Strategi pendakian bukit
 Analisis cara dan hasil
 Bekerja cara terbalik
 Cuba-cuba
 Perah otak
 Kotak morfologi
 Kaedah objek focus
 Pemikiran lateral
 Teknik George Polya
 Penyelidikan
 Analogi
 Pengujian hipotesis
 Pemeriksaan kekangan
 Mengambil lebih banyak masa
 Pengeraman
 Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah
 Analisis punca masalah
 Terowong angin
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
28
 Set pandangan batin Rory O‟Connor
Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanak-
kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaran
bermakna.
Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:
 Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik
 Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah.
 Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak.
 Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata.
Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yang
pertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untuk
pencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah.
1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING)
Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala
pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakah
dan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluang
untuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah.
Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahaman
konsep.
Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah
mengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiran
berkomunikasi dan bersosial.
Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:
 Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalam
menyelesaikan masalah.
 Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi.
 Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina
kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
29
Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah
menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin cara
anda ini berkesan? Beri justifikasi anda.
1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS)
Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur,
menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalam
matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran
yang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan idea
kepada orang lain.
Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami
konsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan
berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak-
kanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi
guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling
mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti
bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala
aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja
Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:
 Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.
 Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.
 Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.
 Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan
seharian.
Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk
memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman
persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep
matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang
tidak berkesan.
1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS)
Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia
ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satu
aspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
30
Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan
hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan
dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu
konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya.
Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain.
Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial.
Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian.
Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran
perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak.
Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti
yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama
pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah
menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta
menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza.
Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah:
Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:
 Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan
mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.
 Membina kemahiran berfikir murid-murid.
 Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk
pembelajaran yang bermakna.
Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yang
menghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupan
seharian.
1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS)
Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau
perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
31
gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan
seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi.
Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math
dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai
matematik.
Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkan
konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang
sangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahan
satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah
pemahaman terhadap sesuatu konsep.
Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:
 Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak
 Membantu proses penyelesaian masalah
Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran anda
sebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat.
Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaian
masalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaian
masalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaian
masalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selalu
berpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanak-
kanak melakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, mereka
menyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan
gambaran.
RUMUSAN
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
32
LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI
Latihan 1
Latihan 2
Soalan 2
Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yang
lain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia di
sekelilingnya?
Selamat mencuba..........
Soalan 1:
Rancangkan
dengan meng
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
33
Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains
4.1 Sinopsis
Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat
perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itu
pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid-
murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka
seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa
iaitu sebelum, semasa dan selepas.
4.2 Hasil Pembelajaran
1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains.
3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains.
Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)
 Sebelum : Memperkenalkan aktiviti
 Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dan
kemahiran proses Sains
 Selepas: Membincang, membuat refleksi
Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorang
guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
34
Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal
sains kepada murid prasekolah?
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam
Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi
tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah
standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah?
Dengan ringkas ianya merangkumi:
 kemahiran saintifik
 menyiasat alam hidupan
 menyiasat alam bahan
 menyiasat alam fizikal
Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti
pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau
sebaliknya?
Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas?
Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran
yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak
mengajar awal sains di kelas prasekolah.
Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda
sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai
pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan
merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya
jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat
penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran
secara keseluruhan termasuk pembelajaran sains.
Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:
 sebelum
 semasa dan
 selepas
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang
aktiviti pembelajaran awal sains ialah:
 Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
35
 relevan dan berdasarkan pengalaman murid
 konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah
serta „hands-on‟
 tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak
 bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi
 memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih
aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya,
kandungan standard pembelajaran “menyiasat alam bahan”.
 Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran
tercapai dengan maksima; samada:
 aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen
 aktiviti bentuk permainan
 aktiviti bentuk projek
 aktivti bentuk kuiz
 aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan
 aktiviti bentuk menonton video
 Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan
yang perlu disediakannya.
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti
pembelajaran awal sains ialah:
 Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik
dengan:
 menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai
 meminta memerhati perubahan
 tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati
 memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu
mengenai pemerhatiannya
 Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat
dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana:
 murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan
kreatif
 dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid
 aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru
 penglibatan murid sepenuhnya mula merosot
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
36
Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti
pembelajaran awal sains ialah:
 Guru mengadakan sesi perbincangan:
 bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah
lalui sepanjang aktiviti
 sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan
 persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan
ingin tahu
 Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan:
 perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen,
permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka
 dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusi
dapat dicapai
 Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:
 kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep
sains yang diajar pada hari berkenaan
 perkara ini dicapai dengan aktiviti „hands-on‟, minds-on‟, serta penerokaan
yang mendalam
Rumusan:
Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains,
perlu ikut beberapa panduan; iaitu:
 bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran
yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai
sikap toleransi yang tinggi
 sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid
 bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan
semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan
 sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus
mencuba
Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru
prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
37
http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html
http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html
http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub
[Type text] PRA3105
PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK
1
RUJUKAN :
BUKU
Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children. NY: Thomson
Delmar Learning.
Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: Thomsom
Delmar Learning.
Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPK
Martin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning.
Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching Young
Children. NY: Tomson Delmar Learning.
Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for Early
Childhood. NY: Tomson Delmar Learning
Kementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah
Malaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia.
LAMAN WEB
http://standards.nctm.org/document/appendix/process.htm
http://eprints.utm.my
http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm
http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm
PANEL PENULISAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
(PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)
NAMA KELAYAKAN
SHARIFAH HANIM BT. SYED AKBAR
Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:
Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM
Sarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UM
Dip. Pendidikan Khas (Kesusasteraan
Melayu),UM
Sijil Perguruan Asas , Institut Bahasa
Pengalaman:
Guru Sekolah Rendah - 7 Tahun
Guru Sekolah Menengah – 5 Tahun
Pensyarah Prasekolah
HAFIZA BT SULAIMAN
Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:
Sarjana (Pendidikan Prasekolah), UKM
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UM
Pengalaman:
Guru Prasekolah - 7 Tahun
Pensyarah Prasekolah
VENNILA VEERAPPAN
Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
vvnila05@yahoo.com
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM
Sijil Perguruan Asas,MPRM
Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah
(5 tahun)
Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
NAMA KELAYAKAN
PN. NORZAINI YANG
Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:
M. Ed (Curriculum & Instruction)
B. Sc. (Family and Child Development)
MAED (U.S. Teacher Prep. Program)
Pengalaman:
Guru Matematik & Bhs. Inggeris
Pensyarah Prasekolah & Pendidikan Awal
Kanak-kanak PERMATA
DATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAF
Pensyarah
IPG Kampus Bahasa Melayu
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
Kelulusan:
M. Ed (Pentadbiran)
B.A Hons (Sosiologi)
Dip. Ed.
Pengalaman:
Guru Sekolah Menengah
Pensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber,
Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun Islam
& Asia, Kajian Tempatan
PANEL PEMURNIAN MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
(PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK)
NAMA KELAYAKAN
Dr NORIATI BINTI A. RASHID
Ketua Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
Kelulusan:
PhD.(Sosiolinguistik), UM
Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM
B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM
Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM
EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF
Penolong Pengarah
Unit Kurikulum
Bahagian Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia
ujangserdang@yahoo.com
Kelulusan:
M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM
Bac.Pend. PBMP. UPM
Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani),
MPIK
Sijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi)
Pengalaman:
Penolong Pengarah Unit Kurikulum
(Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah,
Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun
Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun
En. ZULKIPLY BIN YAAKOB
Pensyarah
IPGM Kampus Tun Hussein Onn
Km 7.75 Jalan Kluang,
83000 Batu Pahat,
Johor.
zulky54@gmail.com
Kelulusan:
M.Ed.(Pendidikan Prasekolah)
B.Ed. Hons. (Muzik)
Sijil Guru Khas (Muzik)
Sijil Guru (PPAK)
Pengalaman:
Pesyarah IPTHO
Pensyarah MPTAA
Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun)
VENNILA VEERAPPAN
Pensyarah
IPGM Kampus Bahasa Melayu Malaysia
Jalan Lembah Pantai
59990 Kuala Lumpur
vvnila05@yahoo.com
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM
Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM
Sijil Perguruan Asas,MPRM
Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah
(5 tahun)
Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
NAMA KELAYAKAN
UMI KALSOM BT. TAKRIFF
Pensyarah
IPGM Kampus Raja Melewar
Jalan Sikamat
70400 Seremban
Negeri Sembilan
umiktakriff@yahoo.com
Kelulusan:
Sarjana Pendidikan Prasekolah, UKM
Bac Perakaunan, UPM
Diploma Pendidikan MPPPP
Pengalaman:
Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )
Guru Sekolah Menengah (9 tahun)
NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN
Pensyarah
IPGM Kampus Tuanku Bainun
14000 Mengkuang
Pulau Pinang
puterimiza@yahoo.com
Kelulusan:
MSc.Edu. (Pengurusan Pendidikan), UUM
B.A.(Hons) Childhood Education, UM
Diploma Pendidikan Universiti Malaya
Pengalaman:
Pensyarah Ilmu Pendidikan ( 5 tahun )
Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun)
Guru Sekolah Menengah (11 tahun)
WAN NOR HAYATI BT WAN MD NOR
Pensyarah
IPGM Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
kullah70_t70@yahoo.com
Kelulusan:
MSc.Edu. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM
B.A.(Hons) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM
Sijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MP
Kuala Terengganu
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun)
Guru Sekolah Menengah (1 tahun)
Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun)
Guru Prasekolah (3 tahun)
HJ. MAZLAN BIN TALIB
Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah
IPGM Kampus Sultan Mizan
22200 Besut
Terengganu
m6470t@yahoo.com
Kelulusan:
M.Sc.Edu. (Pentadbiran Pendidikan), UPM
B.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. Pendidikan, USM
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)
Guru Sekolah Menengah (13 tahun)
WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMAN
Pensyarah
IPGM Kampus Kota Bharu
16109 Kota Bharu
Kelantan
wjazlan@yahoo.com
Kelulusan:
M.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI
B.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPM
Sijil Perguruan Khas, MPKT, Batu Rakit
Sijil Perguruan Asas, MPPP Kuala Terengganu
Pengalaman:
Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun)
Guru Sekolah Menengah (2 tahun)
Guru Sekolah Rendah (10 tahun)
LAMPIRAN A
IKON
Rehat
Perbincangan
Bahan Bacaan
Buku Rujukan
Latihan
Membuat Nota
Senarai Semakan
Layari Internet
Panduan Pengguna
Mengumpul Maklumat
Tutorial
Memikir
Tamat

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)miemasjuri
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakUkhuwahfillah Dua Benua
 
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkFalsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkSalmah Mohamod Janab
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasNurhaliza Hamid
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakRaihan Raihana
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Emma Subpei Shafie
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctmAdilah Said
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakNur Syamimi Ahmad Othman
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 

Mais procurados (20)

Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
Teori jean piaget(perkembangan kanak-kanak)
 
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdfEDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
EDUP3103 : TEORI PERAPATAN JOHN BOWLBY.pdf
 
Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanakanalisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
analisis dua teori dalam perkembangan kanak-kanak
 
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakkFalsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
Falsafah dan pandangan ibnu khaldun dalam pakk
 
Pembentangan headstart
Pembentangan headstartPembentangan headstart
Pembentangan headstart
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khasTajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
Tajuk 10 kanak kanak berkeperluan khas
 
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanakKepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
Kepentingan penaksiran dan penilaian perkembangan kanak
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanakPemerhatian terhadap kanak-kanak
Pemerhatian terhadap kanak-kanak
 
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
Kesediaan Belajar (Maksud, Jenis2, Faktor2 Mempengaruhi, Implikasi terhadap PnP)
 
Unit 4 prinsip nctm
Unit 4   prinsip  nctmUnit 4   prinsip  nctm
Unit 4 prinsip nctm
 
Perkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanakPerkembangan Kanak-kanak
Perkembangan Kanak-kanak
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanakTajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
Tajuk 2 - Pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
 
teori kematangan
teori kematanganteori kematangan
teori kematangan
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 

Semelhante a Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranhaslinda041770
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaerine2312
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Ong Ngi Song
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srmoiprincessa
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srAMira LIzza
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuGman Radziman
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiAisyalaila
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasanajib6766
 
Unit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusUnit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusAminah Rahmat
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorSMK Damansara Damai 1
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjahPejal Ragbi Terengganu
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuMuhammad Aizat
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_syikin Mawaddah
 

Semelhante a Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak (20)

Murid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaranMurid dan pembelajaran
Murid dan pembelajaran
 
Pjm3103 olahraga
Pjm3103 olahragaPjm3103 olahraga
Pjm3103 olahraga
 
Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]Pjm3103 olahraga[1]
Pjm3103 olahraga[1]
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_srBmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
Bmm3103 pentaksiran bahasa_melayu_sr
 
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayuBmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
Bmm3104 pengajaran kemahiran_bahasa_melayu
 
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_iiWaj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
Waj3116 bahasa mealayu_komunikatif_ii
 
Alam sekitar
Alam sekitarAlam sekitar
Alam sekitar
 
Bmm3104
Bmm3104Bmm3104
Bmm3104
 
Waj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasaWaj3104 literasi bahasa
Waj3104 literasi bahasa
 
Unit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursusUnit 0 maklumat kursus
Unit 0 maklumat kursus
 
i think maps
i think mapsi think maps
i think maps
 
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motorPjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
Pjm3105 pertumbuhan perkembangan_pembelajaran_motor
 
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
150977685 mzu3107-muzik-di-dalam-bilik-darjah
 
PRESENTASI IKM.pptx
PRESENTASI IKM.pptxPRESENTASI IKM.pptx
PRESENTASI IKM.pptx
 
I think
I thinkI think
I think
 
I think1
I think1I think1
I think1
 
teacher
teacherteacher
teacher
 
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayuBmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
Bmm3101 bmm3101 pengajian_sukatan_pelajaran_bahasa_melayu
 
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
Pim3101 pengenalan kurikulum_pendidikan_islam_sr_
 

Mais de Hon Shan Shan

Tajuk 2. perancangan petaksiran
Tajuk 2. perancangan petaksiranTajuk 2. perancangan petaksiran
Tajuk 2. perancangan petaksiranHon Shan Shan
 
Pentaksiran prasekolah.ulangkaji
Pentaksiran prasekolah.ulangkajiPentaksiran prasekolah.ulangkaji
Pentaksiran prasekolah.ulangkajiHon Shan Shan
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahHon Shan Shan
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahHon Shan Shan
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianHon Shan Shan
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralHon Shan Shan
 
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...Hon Shan Shan
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakHon Shan Shan
 
Sistem respirasi new
Sistem respirasi newSistem respirasi new
Sistem respirasi newHon Shan Shan
 

Mais de Hon Shan Shan (15)

Jadual waktu
Jadual waktuJadual waktu
Jadual waktu
 
Tajuk 2. perancangan petaksiran
Tajuk 2. perancangan petaksiranTajuk 2. perancangan petaksiran
Tajuk 2. perancangan petaksiran
 
Pentaksiran prasekolah.ulangkaji
Pentaksiran prasekolah.ulangkajiPentaksiran prasekolah.ulangkaji
Pentaksiran prasekolah.ulangkaji
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
Kualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolahKualiti pendidikan prasekolah
Kualiti pendidikan prasekolah
 
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolahPendidikan khas kanak kanak prasekolah
Pendidikan khas kanak kanak prasekolah
 
Pengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolahPengurusan prasekolah
Pengurusan prasekolah
 
Edu presentation
Edu presentationEdu presentation
Edu presentation
 
Pentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaianPentaksiran dan penilaian
Pentaksiran dan penilaian
 
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moralModul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
Modul 3108 prekembangan kerohanian dan moral
 
Kemahiran Asertif
Kemahiran AsertifKemahiran Asertif
Kemahiran Asertif
 
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...
Keberkesanan Rancangan-rancangan Pembangunan dalam Pembasmian Kemiskinan Kaum...
 
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanakPRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
PRA 3106 Perkembangan Kreativiti Kanak-kanak
 
Sistem respirasi new
Sistem respirasi newSistem respirasi new
Sistem respirasi new
 

Pra3105 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak

  • 1. PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2008 SEMESTER 4 MAJOR IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPGM
  • 2. i Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Falsafah Pendidikan Guru Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin. Cetakan Jun 2008 Kementerian Pelajaran Malaysia Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 3. ii Cetakan Mei 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN. MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.
  • 4. iii Falsafah Pendidikan Kebangsaan i Falsafah Pendidikan Guru i Kandungan iii Kata Alu-aluan iv Panduan Pelajar v Pengenalan vii Agihan Tajuk ( Interaksi dan Modul ) viii Tajuk Pembelajaran Tajuk 1 Perkembangan Kognitif kanak-kanak 1 1.1 Sinopsis 1 1.2 Hasil Pembelajaran 1 1.3 Kerangka Tajuk 2 1.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 2 Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 11 2.1 Sinopsis 11 2.2 Hasil Pembelajaran 11 2.3 Kerangka Tajuk 11 2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 14 Tajuk 3 Lima Proses Piawaian National Council Teaching Mathematic, (2000) dan Kaitan Dengan Pembelajaran Metematik Kanak- kanak Prasekolah 25 3.1 Sinopsis 25 KANDUNGAN MUKA SURAT
  • 5. iv 3.2 Hasil Pembelajaran 26 2.3 Kerangka Tajuk 26 2.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 27 Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 33 4.1 Sinopsis 33 4.2 Hasil Pembelajaran 33 4.3 Kerangka Tajuk 33 4.4 Kandungan (rujuk lampiran ) 34 Rujukan Panel Penulis Modul Panel Pemurni Modul Ikon Modul Struktur Pelaksanaan
  • 6. v Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini. 1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan. 2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan. PANDUAN PELAJAR
  • 7. vi 3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran pembelajaran anda. 4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda. 5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima. 6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan- bahan yang bermakna. 7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.
  • 8. vii Pengenalan Modul ini memberikan pendedahan dan pemahaman tentang Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang merangkumi pembelajaran awal Matematik dan Sains di prasekolah. Tidak ketinggalan juga modul ini akan membincangkan mengenai prinsip-prinsip dan proses piawaian National Council Teaching Mathematic (NCTM) dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah.. Modul ini diharapkan dapat membantu anda untuk meningkatkan mutu dan kualiti pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Anda juga akan diberikan latihan pengukuhan kendiri untuk menguji kefahaman anda bersesuaian dengan ilmu pengetahuan yang disampaikan. Aktiviti yang diselitkan menerusi modul ini juga bertujuan untuk menggalakkan anda mengaplikasikan konsep dan prinsip pengajaran yang telah didedahkan dalam konteks pengajaran sebenar di bilik darjah. Ini merupakan pendedahan secara kontekstual bagi memantapkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda sebagai seorang guru yang dedikasi dan berinovasi.
  • 9. viii AGIHAN TAJUK Panduan kepada pengguna Kadungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Kursus Proform) Bil. Tajuk/Topik Interaksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam 1. Perkembangan Kognitif Kanak-kanak - 5 5 2. Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah - 5 5 3. Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. - 4 4 4. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 2 1 3 5. Pembelajaran Awal Sains di Prasekolah 5 - 5 6. Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah 2 - 2 7. Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach) 3 - 3 8. Pengintegrasian Pelajaran Awal Sains dengan Aktiviti Seharian 3 - 3 9. Amali: Lima Proses Piawaian National Council teaching Mathematics, (2000) )Five Process standards-National Council Teaching Mathematics) dan kaitan dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. 5 - 5 10. Amali: Kemahiran Matematik Prasekolah(berdasarkan Kurikulum Stardard Prasekolah kebangsaan, KPM) 8 - 8 11 Amali: Aktiviti-aktiviti Matematik 7 - 7 12 Amali: Perancangan Program Awal Sains di Prasekolah 5 - 5 13 Amali: Penggunaan Pendekatan Projek (Project Approach) 5 - 5 45 15 60
  • 10. ix *** isi ikut pecahan berikut: Pecahan kredit Interasksi Bersemuka (jam) Modul (jam) Jum. Jam ( 3+0) 30 15 45 (2+1) 45 15 60 (2+0) 15 15 30 (1+1) 30 15 45 (1+0) 0 15 15
  • 11. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1 Tajuk 1 Perkembangan Kognitif Kanak-kanak 1.1 Sinopsis Unit ini merupakan pengenalan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak yang akan membincangkan konsep kognitif. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya mengetahui tentang konsep kognitif dalam pendidikan prasekolah supaya kita dapat melaksanakan peranan sebagai seorang pendidik dengan lebih efektif. Penjelasan juga akan menjurus kepada teori perkembangan kognitif oleh dua orang tokoh yang terkenal iaitu Jean Piaget dan Lev Vygotsky yang dikira mampu membantu anda mengaplikasi pengetahuan berkenaan di dalam lapangan pendidikan secara jelas. Ia dilihat sebagai penjana idea untuk merancang aktiviti kognitif di kelas prasekolah dengan lebih berkeyakinan dan kreatif. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengetahui konsep kognitif dan pengertian perkembangan kognitif. 2. Mengenal pasti tahap-tahap atau peringkat perkembangan kognitif yang dikemukakan oleh Jean Piaget. 3. Menyatakan perbezaaan teori Jean Piaget dan Lev Vygotsky dalam perkembangan kognitif kanak-kanak. 1.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Perkembangan Kognitif Kanak-kanak Subtajuk 1 Konsep Kognitif Subtajuk 2 Pengertian Perkembangan Kognitif Subtajuk 3 Teori-teori Perkembangan Kognitif
  • 12. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 2 1.4 Perkembangan Kognitif Kanak- kanak Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas konsep kognitif kanak-kanak, secara terperinci. Perkataan „perkembangan kognitif kanak-kanak‟ diberikan pelbagai tafsiran oleh banyak pihak. Antaranya, perkembangan yang melibatkan otak atau berkaitan dengan matematik. 1.4.1 Konsep Kognitif Mari kita sama-sama cuba fahami apakah yang dimaksudkan dengan kognitif . Terdapat banyak definisi kognitif. Kognitif didefinisikan sebagai proses mental untuk mentafsir, mempelajari dan memahami sesuatu: proses pembelajaran termasuklah pengamatan yang berlaku dalam otak manusia. Kognitif juga boleh didefinisikan sebagai perkara yang berkaitan dengan minda dan bagaimana ia bekerja (Charlesworth 2004). 1.4.2 Pengertian Perkembangan Kognitif Perkembangan kognitif ialah perkembangan yang dialami oleh akal dari aspek pemikiran dan ia dapat dilihat melalui perubahan dalam tingkah laku dan percakapan. Ia berkaitan dengan keupayaan seseorang individu menerima maklumat dari persekitaran, menyimpan dan bagaimana ia diingat semula apabila diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif merupakan aras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut bagi memahami dunia di sekitar mereka. Terdapat pelbagai teori dan penjelasan mengenai bagaimana kanak-kanak memperoleh, memproses dan menggunakan pengetahuan ini dalam aktiviti mereka Hetherington & Parke (1986). Antara ahli-ahli psikologi yang dikaitkan dengan perkembangan kognitif ialah Jean Piaget dan Lev Vygotsky.
  • 13. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 3 Manakala menurut Haliza bt Hamzah (2008) pula perkembangan kognitif memberi penekanan terhadap pembinaan pemikiran kanak-kanak. Ia berpusat daripada perubahan pemikiran kanak-kanak yang berlaku daripada satu peringkat perkembangan kepada yang seterusnya. 1.4.3 Teori-teori Perkembangan Kognitif 1.4.3.1 Teori Perkembangan Kognitif Piaget http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyograhy/p iaget Jean Piaget (1869-1980) pakar biologi Switzerland, berpendapat setiap kanak-kanak lahir dengan tingkah laku refleks (menangis, menghisap dan menggapai), untuk berinteraksi dan menafsir persekitaran. Beliau merujuk kepada kebolehan asas untuk menyusun dan memproses maklumat ini sebagai struktur kognitif (skema). Skema Skema ialah struktur kognitif yang berbentuk idea dan konsep yang digunakan oleh individu untuk mentafsir persekitaran. Salah satu daripada skema terawal ialah skema menghisap. Pada mulanya tingkah laku menghisap berlaku secara pantulan. Apabila kanak-kanak menghisap benda yang berbeza seperti puting getah botol susu dan jari tangan, ini bermakna bayi telah mengesan, membezakan serta, mengorganisasikan penglamannya menjadi skema ”menghisap puting getah” dan skema ” menghisap jari tangan”.
  • 14. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 4 Asimilasi Merupakan proses kognitif dimana seseorang menyatukan pengalaman-pengalaman baru ke dalam skema yang sedia ada, iaitu penyerapan maklumat baru ke dalam struktur yang sedia ada. Asimilasi berlaku sepanjang masa kerana manusia sentiasa melalui pelbagai maklumat dan pengalaman. Keadaan ini boleh disamakan dengtan sebuah belon yang semakin membesar apabila ditiupkan angin ke dalamnya. Sebagai contoh, kanak-kanak telah mengenali ciri-ciri yang terdapat pada burung seperti bersayap dan dapat terbang. Maklumat baru ini akan diterima dan akan masuk ke dalam skema baru kanak-kanak. Sekiranya kanak-kanak terjumpa seekor burung merpati yang masih memenuhi ciri-ciri tersebut, maklumat ini akan ditambahkan ke dalam skema burung. Akomodasi Berlaku apabila kanak-kanak bertembung dengan pengalaman baru dan cuba mengasimilasikan dengan skema yang sedia ada tetapi tidak berjaya kerana tiada skema yang sesuai (disequilibrium) ketidakseimbangan. Oleh itu terdapat dua pilihan:  Mengubahsuai (modification) skema sedia ada untuk menerima pengalaman baru  Membentuk atau mewujudkan skema baru untuk menerima pengalaman baru Contohnya kanak-kanak yang telah memahami skema burung tadi, menjumpai seekor ayam yang bersayap. Dalam skemanya, ia termasuk dalam keluarga burung tetapi tidak terbang. Dengan pengalaman baru ini kanak-kanak perlu mengakomodasikan maklumat yang ada dalam skema burung sebelum ini, untuk mengambil kira burung yang tidak dapat terbang iaitu semua burung pada umumnya boleh terbang tetapi ada juga pengecualian kepada fakta ini kerana ada burung yang tidak boleh terbang. Kesimpulannya, akomodasi ialah penciptaan skema baru atau pengubahsuaian skema yang sedia ada lalu membentuk skema baru dan meningkatkan skema yang sedia ada. Proses akomodasi dan asimilasi sentiasa berlaku sehingga wujudnya keseimbangan atau equilibrium. Sudahkah anda mendapat gambaran tentang skema, akomodasi dan asimilasi? Cuba buat perbandingan antara akomodasi dan asimilasi.
  • 15. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 5 Tahap Perkembangan Kognitif Berdasarkan pandangan Piaget, perkembangan kognitif dapat dibahagikan kepada empat tahap iaitu: 1. Peringkat deria motor (0-2 tahun)  Tahap ini ialah kebolehan memahami melalui deria  Pemahaman tentang dunia berasaskan gerakan spontan yang tidak dipelajari  Kanak-kanak belajar koordinasi di antara deria motor dengan gerakannya serta cuba mengaitkan perkataan-perkataan dengan objek-objek yang dapat dilihat dalam persekitarannya. 2. Peringkat Praoperasi (2-7 tahun)  Tahap memahami konsep asas; misalnya konsep asas nombor dan membilang secara hafalan.  Kanak-kanak boleh menggunakan simbol, objek atau perkataan untuk mewakilkan sesuatu atau peristiwa.  Pada peringkat ini kanak-kanak belum memahami konsep keabadian (konkrit), kebolehbalikan, pengekalan jisim dan isi padu. 3. Peringkat Operasi Konkrit (7-12 tahun) Perkataan operasi disini bermaksud operasi logik atau prinsip yang digunakan apabila menyelesaikan masalah.  Tahap ini kanak-kanak boleh memahami sesuatu konsep apabila disertai dengan bukti konkrit; misalnya mula memahami konsep nombor dan mengaitkan dengan objek.  Mula memperolehi konsep transformasi dan kebolehbalikan.
  • 16. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 6 Pada peringkat ini kanak-kanak sudah dapat menguasai prinsip ketekalan atau conserve dari segi nombor, panjang dan isipadu cecair. Ketekalan atau conservation adalah sesuatu kuantiti tidak berubah walaupun terdapat perubahan dalam kewujudannya atau appearance. Jika anda tunjukkan empat guli kepada kanak-kanak dalam satu barisan lurus, kemudian anda meletakkan guli tadi secara berselerak, kanak-kanak praoperasi akan mengatakan guli yang berselerak itu adalah lebih banyak dari yang disusun secara lurus. Berbeza dengan kanak-kanak pada peringkat operasi konkrit pula akan mengatakan bilangan guli adalah sama. Contoh lain: Ambil segenggam plastisin atau tanah liat dan ulinya menjadi bulat, kemudian uli sehingga menjadi panjang atau boleh juga dibuat bentuk bulat (saiz kecil), kanak-kanak akan tahu jumlah plastisin atau tanah liat yang digunakan masih sama. Kanak-kanak juga tahu jika bulatan kecil jika digabungkan akan menjadi satu bentuk bulat yang besar (sama seperti sebelumnya) dikenali sebagai prinsip kebolehbalikan atau reversibility.
  • 17. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 7 Contoh di atas menunjukkan prinsip konservasi kawasan atau area. Pada peringkat ini kanak-kanak belajar klasifikasi atau pengelasan dan seriasi (turutan). Klasifikasi merujuk kepada persoalan sama ada lebih banyak guli merah atau lebih banyak guli hitam? Sekarang kanak-kanak mula mendapat idea satu set boleh masuk yang lain. Seriasi pula ialah meletakkan objek dalam satu aturan atau in order. Contohnya seriasi saiz, warna dan bentuk. 4. Peringkat Operasi Formal (12 tahun ke atas)  Peringkat mula berfikir dan memahami sesuatu secara logik dan abstrak.  Menggunakan prinsip tertentu untuk menyelesaikan masalah yang lebih kompleks.  Menguji disamping meramal dan merancang sesuatu tindakan. Cuba anda layari internet dan dapatkan maklumat berkaitan perkembangan kognitif oleh Jean Piaget.
  • 18. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 8 1.4.3.2 Teori Perkembangan Kognitif Vygotsky http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http:/faculty.frostburg.edu/mbradley/psyography/ vygotsky Lev Semanovich Vygotsky, seorang ahli psikologi Rusia merumuskan bahawa perkembangan intelek adalah berdasarkan interaksi sosial antara murid dan guru dan juga dengan rakan sebaya. Beliau telah mengemukakan pembelajaran membina (konstruktivisme) berasaskan bantuan (constructivist concept of assisted learning). Menurut beliau faktor-faktor yang berpengaruh dalam pembentukan bagaimana seseorang individu berfikir adalah berdasarkan sejarah masyarakatnya dan pengalamannya dalam masyarakat itu. Perkembangan kognitif terhasil daripada interaksi sosial kanak-kanak dengan ibubapa, guru, orang dewasa lain dan rakan sebayanya. Menurut beliau, bayi lahir dengan beberapa fungsi asas mental (elementary functions) iaitu perhatian, persepsi dan memori yang kemudiannya berubah menerusi konteks dengan budaya kepada proses mental yang lebih rumit dikenali sebagai fungsi mental peringkat tinggi. Dalam pembelajaran berbantukan guru, guru akan memberi panduan supaya murid menghayati fungsi ini. Apabila kemahiran ini diperolehi, murid akan memperoleh alat atau cara tertentu untuk pembelajaran terarah-kendiri (self guided learning). amalan pembelajaran dengan bantuan dan panduan ini juga dikenali sebagai scaffolding. Scaffolding adalah bantuan/bimbingan, petunjuk, tatacara oleh orang dewasa atau rakan yang lebih berpengetahuan dalam menguasai sesuatu kemahiran. Bantuan diberi lebih besar di awal pembelajaran dan semakin berkurangan dan akhirnya tiada langsung sebab kanak-kank telah boleh membuatnya sendiri. Pembelajaran ini menurut beliau akan berlaku dalam zone of proximal development (ZPD).
  • 19. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 9 Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) Vygotsky Aplikasi yang penting yang dikemukakan Vygotsky dalam teori pembelajaran ialah konsep zone of proximal development (ZPD) atau zon perkembangan terdekat. Menurut beliau, sebenarnya terdapat dua tahap perkembangan kognitif. Yang pertama adalah tahap yang dicapai oleh seseorang apabila dia berfungsi secara bersendirian yang dikenali sebagai tahap perkembangan sebenar (actual development) dan tahap kedua ialah paras yang lebih tinggi yang seseorang itu berpotensi mencapainya (potential development) apabila mendapat bimbingan daripada semua pihak yang lebih berkebolehan. Jarak diantara kedua tahap ini dikenali sebagai zone of proximal development. Konsep ini ialah “tahap jurang atau jarak yang dikenalpasti antara tahap perkembangan sebenar individu dalam menyelesaikan masalah tanpa dibantu dengan tahap maksimum potensi perkembangan individu yang dibantu oleh orang dewasa atau yang dibimbing secara kolaborasi daripada rakan sebaya yang lebih pandai atau berpengalaman”. Peranan orang dewasa semasa penyelesaian masalah sebagai penyelia di sisi, menyelia bagaimana murid menangani sesuatu tugasan dan guru akan memantau atau
  • 20. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 10 campur tangan mengikut keperluan murid tersebut supaya mencapai hasil masteri tugasan itu. Siapa yang memerlukan bantuan? Adakah kita memerlukan bantuan? Ada perkara yang kita boleh melaksanakannya sendiri tanpa bantuan orang lain. Ada masanya kita tidak dapat melaksanakan sesuatu perkara, walaupun beberapa bantuan telah diberikan.ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan atau panduan orang lain. Ada kalanya perkara itu kita tidak mampu membuat seorang diri dan kita mampu membuatnya setelah diberi bantuan atau pandangan orang lain. Yang pentingnya, guru sebagai pemudahcara atau ibubapa seharusnya memberikan bantuan atau panduan kepada kanak-kanak mengikut jenis dan kadar yang mereka perlukan. Setiap kanak-kanak mungkin memerlukan cara dan kadar bantuan yang berbeza. Adakah anda pernah melaksanakan aktiviti sebegini sepanjang karier anda? Jika ya, apakah perasaan anda setelah melihat keberkesanan aktiviti tersebut? Sudah pasti anda telah melaksanakan apa yang disarankan oleh Lev Vygotsky secara berkesan, bukan? Syabas kepada anda di atas komitmen tersebut. Jika sebaliknya? Cuba renungkan apakah perubahan yang perlu dilakukan? Berikan ruang untuk berehat sebentar. Tenangkan fikiran anda dan jamahlah sedikit minuman atau makanan untuk memberikan sedikit tenaga kepada minda bagi meneruskan penerokaan modul ini. Anda pasti boleh melakukannya http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.html http://www.kolar.org/vygotsky http://mathforum.org/mathed/dvygotsky.html http://tip.psychology.org/vygotsky.html
  • 21. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 11 Tajuk 2 Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah 2.1 Sipnosis Unit ini akan membincangkan tentang pengertian Matematik, kepentingan pembelajaran Matematik dan prinsip-prinsip pembelajaran Matematik National Council Teaching Mathematic (NCTM) . Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan kita sepatutnya memahami tentang konsep Matematik dan bagaimana untuk mengajar matapelajaran ini dengan cara yang menyeronokkan seterusnya memupuk perasaan suka dan minat akan Matematik dalam kalangan kanak-kanak, sesuai dengan kehendak kurikulum standard prasekolah kebangsaan. 2.2Hasil Pembelajaran 1. Membezakan beberapa definisi Matematik 2. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak. 3. Mengenal pasti kepentingan pembelajaran Matematik dalam Pendidikan Awal Kanak- kanak. 4. Membuat hubungkait bagi setiap prinsip pembelajaran Matematik NCTM dengan pembelajaran Matematik oleh kanak-kanak prasekolah. 2.3 Kerangka Konsep Tajuk-tajuk Modul ini Pembelajaran Awal Matematik di Prasekolah Subtajuk 1 Pengertian Matematik Subtajuk 2 Kepentingan Pembelajaran Matematik Subtajuk 3 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM
  • 22. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 12 2.4 Pengertian Matematik Cuba anda fikirkan, apakah maksud Matematik? Dari manakah asalnya perkataan Matematik itu? Cuba buat perbandingan jawapan yang anda beri dengan jawapan dalam nota di bawah ini. Matematik berasal dari „mathema‟ yang bermaksud mempelajari, menimba, sains dan ia didatangi untuk menjurus kepada makna yang lebih teknikal. Euclid, Ahli matematik Yunani tersohor pada abad ke-3 SM, seperti yang digambarkan oleh Raphael di dalam pencirian ini daripada The School of Athens.[1] Matematik didefinisikan sebagai pembelajaran/kajian mengenai kuantiti, corak struktur, perubahan dan ruang, atau dalam erti kata lain, kajian mengenai nombor dan gambar rajah. Matematik juga ialah penyiasatan aksiomatik yang menerangkan struktur abstrak menggunakan logik dan simbol matematik. Matematik dilihat sebagai lanjutan mudah kepada bahasa perbualan dan penulisan, dengan kosa kata dan tatabahasa yang sangat jelas, untuk menghurai dan mendalami hubungan fizikal dan konsep.
  • 23. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 13 Matematik juga adalah badan ilmu berpusat pada konsep-konsep ibarat kuantiti, struktur, ruang, dan perubahan, dan disiplin kajian-kajian ilmiah berkaitan dengannya; Benjamin Peirce memanggil ia "sains yang melukis kesimpulan-kesimpulan yang perlu". Ia berkembang, melalui penggunaan pemujaradan dan penaakulan logik, daripada membilang, pengiraan, pengukuran, dan kajian bentuk-bentuk dan pergerakan objek-objek fizikal. Ahli-ahli matematik meneroka konsep-konsep tersebut bertujuan untuk merumuskan corak-corak baru dan mewujudkan kebenaran mereka secara penyuntingan ketat yang dipilih melalui aksiom dan takrif-takrif yang sesuai. Mengikut Arbak Othman dalam kamus komprehensif Bahasa Melayu ,(2005), Matematik bermaksud ilmu pengetahuan nombor tentang angka, bentuk, susunan, hubungan perkiraan dan lain-lain dengan menggunakan simbol. Kesimpulannya, Matematik adalah satu bidang ilmu yang melatih minda supaya berfikir secara mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Ia juga melibatkan pemikiran ataupun pertimbangan induktif dan deduktif menggunakan nombor dengan berkesan dan menyelesaikan masalah secara saintifik. 2.5 Kepentingan Pembelajaran Matematik Mari kita bincangkan bersama-sama tentang kepentingan pembelajaran Matematik dalam pendidikan awal kanak-kanak. Mengapa ia penting? Bagaimana Matematik boleh memberi kesan kepada kehidupan manusia?
  • 24. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 14 Dalam Kurikulum Standard Kebangsaan Prasekolah, Tunjang Kognitif yang mengandung matapelajaran Matematik dan Sains merupakan tunjang teras yang penting. Mengapa pentingnya kanak-kanak diajar Matematik? Bagaimana guru boleh mendedahkan kanak- kanak dengan pengajaran dan pembelajaran Matematik dalam situasi yang menyeronokkan dan bukannya sesuatu yang menakut dan membosankan mereka? Kajian yang dijalankan ke atas kanak-kanak di tadika oleh Baroody & Ginsburg (1990), menunjukkan bahawa kanak-kanak sendiri membina pengetahuan matematik yang tidak formal sebelum mereka mengikuti kelas formal di sekolah.Semasa bermain, kanak-kanak akan menggunakan istilah-istilah matematik seperti „lebih tinggi‟, „lebih rendah‟, „segitiga‟,‟bulat‟, „tiga‟,‟dua‟, dan sebagainya. Selain itu proses-proses pembelajaran yang tidak formal tentang pengetahuan matematik, seperti ukuran, ruang, bentuk geometri dan lain-lain juga berlaku semasa bermain. Maka, pembelajaran matematik berlaku apabila kanak-kanak berinteraksi dengan persekitarannya, rakan sebaya dan guru. Pengalaman seseorang kanak-kanak itu yang merupakan asas kepada pembinaan pengetahuan matematik dalam minda juga berhubungkait dengan persekitarannya. Dalam proses membesar, kanak-kanak memperoleh pengalaman melalui proses interaksi iaitu dengan melakukan pemerhatian, mendengar, bercakap, menyentuh, merasa, meniru dan sebagainya. Antara kepentingan pembelajaran Matematik adalah; a) Melatih individu menaakul secara logik dan rasional. b) Meningkatkan kemahiran dalam kehidupan seharian seperti urusniaga, perjalanan, makanan, pembelajaran dan membuat kerja.(Contoh: mengira berapa banyak masa kita perlukan untuk bekerja, berapa banyak makanan yang diperlukan untuk ahli keluarga, dan berapa harga makanan yang hendak dibeli) c) Memahami dan menyedari konsep ruang, luas, panjang, besar, masa dan simbol dalam matematik. (contoh: meramalkan keadaan lalulintas dan merancang masa untuk mulakan perjalanan ke sesuatu tempat) d) Memberi peluang mengembangkan kemahiran mengelas, membanding, turutan, menyukat, membuat graf, membilang dan operasi nombor. e) Meningkatkan pengetahuan dan pengalaman tentang asas matematik. f) Meningkatkan kemahiran tertentu seperti berfikir. (contoh: menerangkan bagaimana kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan)
  • 25. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 15 g) Meningkatkan perasaan ingin tahu dan suka menyiasat. h) Memberi pelbagai peluang memegang, meneroka bahan, mengubahsuai bahan yang berkaitan dengan idea Matematik. (Contoh: penggunaan teknologi seperti kalkulator dan komputer) i) Mengambil bahagian dalam aktiviti bermula daripada aktiviti dunia fizikal kepada idea di dunia yang abstrak. 2.6 National Council Teaching Mathematics (NCTM) Pernahkah anda membaca tentang National Council Teaching Mathematics (NCTM)? Jika tidak, sila cari maklumat tentang NCTM daripada internet (http:/www.nctm.org) dan kemudian kongsi maklumat yang anda dapat bersama rakan-rakan. NCTM President J. Michael Shaughnessy The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) telah ditubuhkan pada tahun 1920. Ia telah berkembang menjadi salah sebuah organisasi yang terbesar di dunia yang barkaitan dengan pembelajaran Matematik. Terdapat hampir 100.000 ahli serata USA dan Canada serta antarabangsa. NCTM juga merupakan saluran suara orang ramai tentang pendidikan matematik yang menyokong para guru untuk memastikan kesamarataan dalam pendidikan matematik sehingga mencapai kualiti tertinggi menerusi visi, kepimpinan, pembangunan profesional dan penyelidikan. Maka, antara misi yang digariskan oleh NCTM adalah:  Saluran untuk orang ramai menyatakan pendapat mengenai pendidikan Matematik.  Menggalakkan pembinaan visi, kepimpinan dan profesionalisme dikalangan guru.  Menyumbang kepada pembelajaran Matematik yang berkualiti.
  • 26. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 16 NCTM bukanlah sebuah badan yang mengetuai penyelidikan pendidikan Matematik tetapi NCTM telah membangunkan kurikulum dan penilaian Standard untuk Matematik sekolah diikuti dengan Profesional Standard untuk pengajaran Matematik (19991) dan Pentaksiran Standard untuk Matematik sekolah (1995). Pada tahun 2000 NCTM mengeluarkan Principles and Standard for School Mathematic yang terkini. NCTM telah menggariskan beberapa proses yang melibatkan guru-guru, ahli-ahli Matematik dan para penyelidik. Dokumen itu menghasilkan enam prinsip (Perkongsian/Keadilan, Kurikulum,Pengajaran, Pembelajaran, Pentaksiran dan Teknologi) yang menjelaskan tentang rangka kerja untuk program-program Matematik dan sepuluh tunjang atau standard yang merentas kurikulum Matematik sekolah. Tunjang-tunjang ini dibahagi kepada beberapa kandungan Matematik ( Nombor & operasi, Algebra, Geometri, Ukuran dan Analisis Data, dan Kebarangkalian) dan proses-proses (Penyelesaian Masalah, Sebab Akibat, Komunikasi, Perhubungan dan Gambaran). 2.7 Prinsip-prinsip pembelajaran Matematik NCTM dan kaitannya dengan pembelajaran Matematik oleh Kanak-kanak Prasekolah. 2.7.1 Perkongsian/keadilan (Equity) Budaya dalam equity mementingkan kerjasama atau usaha daripada semua pihak seperti kanak-kanak, guru, keluarga dan pembina polisi. Semua anggota dalam komuniti pendidikan perlu menghormati dan menghargai setiap sumbangan antara satu sama lain. Pihak sekolah pula perlu memupuk semua pengalaman, kepercayaan dan cara untuk meneroka Matematik.Manakala semua bahan dan rujukan untuk pengajaran yang optimum haruslah diperlengkapkan untuk kemudahan guru dan murid. Murid-murid perlu didedahkan dengan suasana yang mencabar dan pengalaman pembelajaran matematik yang lebih bermakna . terdapat beberapa elemen dalam perkongsian iaitu harapan yang tinggi, menghormati, memahami dan sokongan moral yang tinggi kepada murid. Semua perkara dalam elemen tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan dalam pengajaran Matematik bagi memaksimakan pemerolehan pembelajaran Matematik. 2.7.2 Kurikulum (Curiculum)
  • 27. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 17 Kurikulum yang digubal mestilah berkaitan , berfokus kepada kepentingan sebenar Matematik dan selaras dengan perkembangan dan umur kanak-kanak. Kurikulum yang dibentuk harus mempunyai perkaitan antara satu topik dengan satu topik yang lain. Apabila murid dapat membina perhubungan dan kemahiran antara topik, maka murid akan lebih memahami dengan lebih mendalam dan berkembang. Oleh itu murid perlu diberi lebih peluang untuk meneroka dunia matematik yang akan meningkatkan tahap perkembangan mereka. 2.7.3 Pengajaran (Teaching) Sumber: www.scholastic.ca/teacher/ Pengajaran Matematik yang efektif memerlukan guru mengetahui pengetahuan sedia ada kanak-kanak , menguasai bidang dan kemahiran Matematik yang diajar dan bersikap komited kepada murid seperti memberi latihan dan bimbingan yang sewajarnya dalam menyelesaikan masalah. Sebagai guru, mereka harus mencipta suasana pembelajaran yang menggalakkan budaya pemikiran matematik. Antara pengajaran Matematik yang efektif melibatkan perkara- perkara berikut: i. Pilih dan guna alat bantu mengajar yang sesuai. ii. Gunakan teknik penyampaian yang sesuai. iii. Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam diri guru tersebut. iv. Menentukan topik yang hendak difokuskan pada hari itu. v. Mengetahui bagaimana menguruskan murid untuk melakukan aktiviti. vi. Menyediakan pelbagai soalan mengikut aras kesukaran.
  • 28. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 18 2.7.4 Pembelajaran (Learning) Sumber: beehivepreschool.blogspot.com/2009/12/christm Murid harus belajar Matematik dengan pemahaman, pembinaan ilmu yang baru secara aktif melalui pengalaman dan pengetahuan sedia ada. Asas pembelajaran Matematik sangat penting. Asas yang baik akan membantu kanak-kanak menggunakan ilmu secara fleksibel. Kanak-kanak yang benar-benar memahami konsep akan menjadi autonomous learner berkebolehan menyelesaikan pelbagai bentuk masalah, lebih suka menyelesaikan masalah dengan usaha sendiri, fleksibel untuk meneroka idea-idea Matematik dan bersedia menghadapi sebarang bentuk masalah. 2.7.5 Pentaksiran (Assesment) Pentaksiran mestilah menyokong kepentingan pembelajaran Matematik dan membekalkan maklumat penting kepada guru dan murid. Melalui pentaksiran guru dapat menentukan kaedah terbaik untuk pengayaan sama ada dalam bentuk bahan rujukan tambahan, mengajar semula topik yang sukar atau menyediakan latihan yang berlainan kepada murid yang memerlukan latihan tambahan. Guru perlu melakukan pelbagai jenis pentaksiran agar memperoleh keputusan yang lebih tepat. Guru perlu memastikan semua murid diberi peluang untuk mendemonstrasikan apa yang telah mereka pelajari. Contoh pentaksiran adalah melalui, soalan, temubual, ujian bertulis dan lain-lain. The National Council of Teachers of Mathematics (NCTM) , prinsip-prinsip pentaksiran(2000) menyatakan bahawa “Pentaksiran mestilah menyokong pembelajaran
  • 29. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 19 Matematik dan memberikan maklumat berguna kepada guru dan murid”. Elemen-elemen berikut mesti ada dalam sesuatu pentaksiran:  Pentaksiran mesti dapat meningkatkan pembelajaran murid-murid dengan menjadi sebahagian daripada arahan setiap hari.   Kemahiran berkomunikasi murid-murid dapat dipertingkatkan apabila pentaksiran melibatkan pemerhatian, perbualan, temubual, laporan lisan dan jurnal.  Panduan penilaian (rubrik) boleh menjelaskan apa dia kelemahan dan kekuatan seseorang murid dan membolehkan penilaian kendiri. 2.7.5.1 Kaedah-kaedah Pentaksiran i)Pemerhatian Pemerhatian digunakan untuk mengenalpasti bagaimana kanak-kanak menggunakan sesuatu konsep dalam kehidupan harian mereka. Pemerhatian boleh dijalankan dalam situasi naturalistic, informal dan aktiviti berstruktur. Guru sepatutnya sudah tahu jenis konsep yang digunakan oleh kanak-kanak. Apa sahaja konsep yang dilihat semasa aktiviti kanak-kanak akan dicatat dalam rekod mereka. Ini akan membantu guru merancang pengalaman-pengalaman di masa hadapan. Berikut adalah beberapa contoh tingkahlaku kanak-kanak yang ditulis dan direkodkan: Contoh 1: Iman (18 bulan) mencampakkan semua blok di atas lantai. Dia mengambil semua blok yang berbentuk bulat dan menyusunnya. Ini menunjukkan bahawa Iman sudah boleh mengasing dan menyusun blok. Contoh 2: Sofia (4 tahun) menyediakan meja untuk makan tengah hari. Dia ingat semuanya. Sofia memahami konsep padanan satu dengan satu. ii) Perbualan Informal
  • 30. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 20 Semasa kanak-kanak sedang meneroka bahan, guru boleh secara informal membuat komen atau bertanya soalan-soalan tentang aktiviti yang dilakukan dengan tujuan untuk mengenalpasti apa yang mereka fikirkan. Glanfield, Bush, and Stenmark (2003, p. 56), mencadangkan beberapa jenis soalan yang meransang kanak-kanak berkongsi apa yang mereka fikirkan. Contoh:  Beritahu saya lebih lanjut.  Boleh tunjukkan saya cara yang lain.  Tolong fahamkan saya.  Kenapa kamu...?  Bagaimana kamu tahu apa yang akan dilakukan selepas ini?  Apa lagi yang kamu tahu...?  Apa yang kamu fikir apabila kamu...? iii) Temubual Temubual secara individu dilakukan untuk mengetahui sesuatu maklumat secara terus. Guru boleh memberi tugasan dan membuat pemerhatian serta merekodkan bagaimana kanak-kanak itu melakukan tugasan dan mengemukakan cadangan-cadangan bagi menyelesaikan masalah. Betul atau salah bukan perkara yang penting tetapi bagaimana kanak-kanak mendapatkan jawapan adalah penting. Biasanya mereka akan bermula dengan betul tetapi tersasar di pertengahan masalah. Contoh: Kate (3 tahun) dikehendaki memadankan empat piring dan empat cawan (padanan satu dengan satu). Dia membuat tugasan tersebut dengan mudah. Selepas itu, Kate diberi lima cawan dan enam piring. Dia meletakkan setiap cawan di atas setiap piring. Ada baki satu piring. Kate meletakkan piring tersebut di bawah piring yang sudah ada pasangannya. Dia tersenyum. Daripada pemerhatian, guru boleh lihat bahawa Kate tidak faham dengan konsep “lebih daripada”. Ini merupakan perkara biasa untuk peringkat praoperasi umur tiga tahun . Kate cuba menyelesaikan masalah dengan meletakkan dua piring di bawah satu cawan. Dia faham akan idea padanan satu dengan satu tetapi tidak boleh membuat sesuatu yang lebih daripada itu. Hanya dengan membuat pemerhatian keseluruhan tugasan, guru akan dapat jawapan sebab-sebab kepada kesalahan dalam tugasan tersebut. iv) Laporan
  • 31. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 21 Semua laporan tentang prestasi dan aktiviti kanak-kanak disimpan di dalam folder dan portfolio. Folder tersebut mengandung rekod anekdot dan senarai semak. Portfolio pula mengandungi koleksi hasil kerja kanak-kanak yang memberi maklumat tentang kesungguhan, prestasi dan pencapaian mereka. Merupakan koleksi yang dibuat secara sistematik untuk memberi bukti dan memantau perkembangan. Portfolio terdiri daripada pentaksiran autentik iaitu hasil kerja kanak-kanak. Guru bersama murid akan bekerja bersama, membuat refleksi dan menilainya. Berikut adalah beberapa item yang boleh dimasukkan ke dalam portfolio:  Gambar: lukisan, foto-foto semasa aktiviti, lakaran, tampalan  Laporan aktiviti, penyiasatan, pengalaman, idea, perancangan dan sebagainya.  Diagram,graf, data  Ulasan jurnal Matematik, sains dan pembelajaran sosial.  Contoh-contoh penyelesaian masalah  Pita video  jurnal 2.7.6 Teknologi (Technology) Sumber:http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities _for.html Teknologi merupakan satu keperluan dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik. Ia mempengaruhi pengajaran dan memperkukuh pengetahuan murid. Penggunaan kalkulator komputer dan perisian komputer, serta interaktif laman web membenarkan murid mempelajari Matematik secara mendalam melalui cara penggunaan yang betul. Douglas H. Clements, seorang penyelidik tentang keberkesanan penggunaan komputer terhadap kanak-kanak (Clements,1992,2001;Clements and Sarama, 2002b), menyatakan bahawa aktiviti berbantu komputer akan membantu kanak-kanak menghubungkan sesuatu
  • 32. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 22 yang konkrit kepada abstrak. Kanak-kanak boleh belajar konsep Matematik dan Sains daripada perisian yang mengandung tugasan, soalan dan memberi maklumbalas. Teknologi juga membantu murid menyelesaikan masalah sukar dengan kemudahan- kemudahan fungsi istimewa. Tetapi perlu diingat bahawa teknologi hanya membantu memudahkan pembelajaran tetapi bukan sebagai guru sebenar. Murid seharusnya memahami sesuatu konsep terlebih dahulu sebelum boleh menggunakan teknologi. Guru pula perlu menentukan bilakah masa yang sesuai murid boleh menggunakan teknologi. Dalam melaksanakan tugas pengajaran, guru harus berusaha meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri.
  • 33. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 23 2.7.6.1 Contoh aktiviti yang melibatkan penggunaan teknologi Push C 0 + 2 = What do you see?_______________ Push = again What do you see?________________ What will the calculator show if you push = again? ____________ Do it. Were you correct?______________ Push = = =. Guest what the calculator will show each time. ________ _________ ____________ What happened? _________________________________ Complete the following. Then use your calculator to see if you are correct. Push c 0 + 3 = The calculator will show _________________ Push = _______________________ = _______________________ = _______________________ Push c 0 + 4 = Then calculator will show _______________ Push = ____________ = ____________ = ____________
  • 34. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 24 Mari kita rehat sebentar dan fikirkan apakah aktiviti-aktiviti Matematik lain yang boleh dijalankan dengan menggunakan teknologi? Anda juga boleh melayari laman web http://www.noggin.com Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk membantu guru prasekolah memahami topik ini dan seterusnya memberi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran awal Matematik. http://standards.nctm.org http://eprints.utm.my http://www.noggin.com http://www.associatedcontent.com/article/18930/free_online_games_and_activities_for.html
  • 35. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 25 Unit 3 LIMA PROSES PIAWAIAN NATIONAL COUNCIL TEACHING MATHEMATIC, (2000) DAN KAITAN DENGAN PEMBELAJARAN MATEMATIK OLEH KANAK-KANAK PRASEKOLAH 1.1 Sipnosis PENGENALAN Unit ini menerangkan tentang lima proses piawai National Council Teaching Matematik dan perkaitan dengan pembelajaran matematik oleh kanak-kanak prasekolah. Sebagai seorang guru prasekolah yang berkesan dan efektif anda sepatutnya mengetahui tentang kelima-lima proses NCTM dan mengapliksikan proses ini dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran matematik menekankan pembelajaran dengan kefahaman dan kemahiran memahami prosedur, konsep dan proses.Keberkesanan pengajaran matematik akan membantu kanak-kanak:  Mengembangkan pengetahuan yang fleksibel  Mengaitkan kehidupan antara matematik dengan kehidupan sehari  Mengaplikasikan pembelajaran matematik dalam kehidupan seharian National Council Teaching Matematics (NCTM) menegaskan mengenai tiga aspek iaitu enam prinsip, lima piawai kandungan dan lima piawai proses. Enam prinsip NCTM telah dibincangkan dalam tajuk 2. Unit ini akan membincangkan mengenai lima piawai proses yang berikut: 1. Penyelesaian masalah (Problem solving) 2. Sebab/Akibat (Reasoning) 3. Komunikasi (Communication) 4. Hubungan/Hubungkait (Connection) 5. Gambaran (Representation) Piawai proses merujuk kepada proses matematik yang mana melalui proses tersebut kanak-kanak memperolehi dan mengguna pengetahuan matematik. Kelima-lima proses harus tidak boleh dipisahkan dari piawai kandungan dalam kurikulum matematik, malah ia harus dilihat sebagai aspek yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran.
  • 36. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 26 Mengajar matematik yang mengaplikasikan kelima-lima piawai proses merupakan pengertian terbaik berdasarkan “mengajar metematik menurut piawai NCTM. 1.2 Hasil Pembelajaran 1. Mengenal pasti kelima-lima piawai proses pengajaran dan pembelajaran matematik berdasarkan National Council Teaching Matematik. 2. Menyatakan perkaitan kelima-lima piawai proses National Council Teaching Matematik dengan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak prasekolah 1.4 Kerangka Konsep Tajuk ini 1.4 Proses Piawai National Council Teaching Matematics (NCTM) Mari kita mulakan perbincangan ini dengan menghayati secara ringkas kelima-lima piawai proses NCTM dan perkaitannya dengan pengajaran dan pembelajaran matematik kanak-kanak prasekolah. Piawai Proses NCTM Hubungan/HubungkaitKomunikasi Sebab/AkibatPenyelesaian masalah Gambaran
  • 37. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 27 1.4.1 PENYELESAIAN MASALAH (PROBLEM SOLVING) Penyelesaian masalah merupakan sebahagian pemikiran. Di anggap sebagai fungsi intelektual yang paling rumit, penyelesaian masalah telah ditakrifkan sebagai satu proses kognitif yang berperingkat tinggi dan yang memerlukan pemodulatan serta pengawalan kemahiran-kemahiran yang lebih rutin atau asas. Penyelesaian masalah berlaku apabila sebuah organism atau sistem kecerdasan buatan tidak tahu bagaimana menuju daripada satu keadaan yang diberikan kepada satu keadaan sasaran yang diingini. Ia merupakan sebahagian daripada proses masalah yang lebih besar yang meliputi pencarian masalah serta pembentukan masalah. Bidang matematik berdasarkan piawai tidak menekankan kemahiran-kemahiran khusus berdasarkan kandungan serta pengajaran kaedah-kaedah tradisional. Sebilangan strategi penyelesaian masalah yang dikenal pasti oleh NCTM termasuk  Menggunakan bahan-bahan manipulasi  Cuba-cuba  Membuat senarai  Melukis gambar rajah  Mencari-cari pola  Melakonkan masalah  Teka dan semak Sebilangan teknik penyelesaian masalah  Strategi pendakian bukit  Analisis cara dan hasil  Bekerja cara terbalik  Cuba-cuba  Perah otak  Kotak morfologi  Kaedah objek focus  Pemikiran lateral  Teknik George Polya  Penyelidikan  Analogi  Pengujian hipotesis  Pemeriksaan kekangan  Mengambil lebih banyak masa  Pengeraman  Membina (atau menulis) satu atau lebih model abstrak untuk masalah  Analisis punca masalah  Terowong angin
  • 38. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 28  Set pandangan batin Rory O‟Connor Penyelesaian masalah melibatkan proses memperolehi jawapan dan bagaimana kanak- kanak mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dan membentuk pembelajaran bermakna. Kepentingan penyelesaian masalah kepada kanak-kanak prasekolah:  Membentuk konsep dan pengetahuan mengenai matematik  Mencungkil semangat ingin tahu kanak-kanak ketika menyelesaikan masalah.  Membentuk sikap bekerjasama sesama kanak-kanak.  Melihat proses penyelesaian masalah bukan hasilnya semata-mata. Sudahkah anda mendapat gambaran tentang piawai proses NCTM yang pertama dan bagaimana anda dapat membantu kanak-kanak untuk pencapaian pemahaman konsep yang baik melalui penyelesaian masalah. 1.4.2. SEBAB/ AKIBAT (REASONING) Penyelesaian masalah merupakan proses utama dalam matematik, manakala pemahaman merupakan cara berfikiran logik yang membantu anda memutuskan apakah dan mengapakah penyelesaian anda logik. Oleh itu kanak-kanak perlu diberi peluang untuk memberi pandangan dan penjelasan dalam dalam sesuatu penyelasaian masalah. Menyelidiki penyelasaian merupakan proses yang dapat meningkatkan pemahaman konsep. Pemikiran yang logik merupakan langkah untuk memahami dan menyelesaikan masalah mengenai matematik. Sebab dan akibat berkait rapat dengan perkembangan kemahiran berkomunikasi dan bersosial. Kepentingan sebab/ akibat kepada kanak-kanak prasekolah:  Merangsang murid-murid untuk meramal dan membina pendapat dalam menyelesaikan masalah.  Melatih murid-murid mahir dengan bahan maujud dan teknologi.  Membantu murid-murid kenal pasti, mengembangkan ramalan dan membina kemahiran tentang math melalui pemikiran logik.
  • 39. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 29 Bagaimanakah anda memberi peluang kepada kanak-kanak prasekolah menyelesaikan sesuatu masalah atau persoalan? Adakah anda yakin cara anda ini berkesan? Beri justifikasi anda. 1.4.3. KOMUNIKASI (COMMUNICATIONS) Piawai komunikasi menitikberatkan betapa pentingnya kanak-kanak dapat bertutur, menulis, menggambarkan dan menjelaskan konsep matematik. Komunikasi dalam matematik membantu perkembangan bahasa untuk menjana idea dalam pembelajaran yang aktif. Cara yang terbaik untuk menjanakan idea ialah dengan menyampaikan idea kepada orang lain. Komunikasi merupakan langkah untuk kanak-kanak berkongsi idea dalam memahami konsep matematik. Proses komunikasi ini melibatkan aktiviti mendengar, membaca dan berfikir dan secara langsungnya membantu mengembangkan kemahiran intelektual kanak- kanak. Corak komunikasi atau interaksi yang biasa dilihat di prasekolah adalah interaksi guru dengan murid, murid dengan murid dan murid dengan bahan-bahan di sekeliling mereka. Aktiviti yang boleh dilaksanakan boleh secara lisan dan bertulis. Antara aktiviti bertulis seperti membuat latihan, membina projek dan menghasilkan buku skrap, manakala aktiviti lisan seperti bercerita, kuiz, perbincangan dan persembahan hasil kerja Kepentingan komunikasi kepada kanak-kanak prasekolah:  Membentuk keyakinan dalam diri murid-murid.  Melatih murid-murid menjadi pendengar yang aktif.  Membina kefahaman murid-murid mengenai math dengan lebih mendalam.  Menjana minda murid-murid untuk mengaitkan idea-idea baru dengan kehidupan seharian. Komunikasi guru yang berkesan dapat membantu kanak-kanak untuk memahami konsep matematik dengan mudah. Imbas kembali zaman persekolahan anda di mana anda tidak atau kurang memahami konsep matematik yang hendak disampaikan oleh guru kerana komunikasi yang tidak berkesan. 1.4.4. HUBUNGAN/ HUBUNG KAIT (CONNECTIONS) Matematik merupakan komponen kognitif yang sentiasa mengaitkan pengetahuan sedia ada kanak-kanak dengan idea yang baru. Menurut piawai proses, hubungan adalah satu aspek yang dapat membantu kanak-kanak dalam memahami konsep.
  • 40. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 30 Piawai hubungan mempunyai dua aspek yang berbeza. Pertama piawai berkaitan dengan hubungan di dalam dan antara konsep matematik. Contohnya nombor dihubungkan dengan simbol dan bilangan. Kanak-kanak harus dibantu utnuk melihat bagaimana suatu konsep matematik dibina di atas konsep yang lainnya. Kedua, matematik harus dihubungkan dengan dunia nyata dan mata pelajaran yang lain. Kanak-kanak dapat melihat matematik diintegrasikan dalam seni, sains dan bidang sosial. Matematik juga harus diserapkan dalam kehidupan seharian. Sebagai seorang guru prasekolah, langkah-langkah dalam pengajaran dan pembelajaran perlu saling berkait antara konsep matematik dengan kehidupan seharian kanak-kanak. Antara langkah pengajaran dalam menghubung kait ini, guru bolehlah merancang aktiviti yang mengalakkan murid-murid berfikir secara individu, bertukar pendapat bersama pasangan kemudian berkongsi bersama rakan-rakan sekelas. Selain itu, aktiviti perlulah menggunakan kesemua deria murid-murid dalam meneroka pembelajaran math serta menyediakan aktiviti matematik melalui pendekatan pengajaran yang berbeza. Kepentingan hubungan/hubung kait kepada murid prasekolah: Kepentingan hubungan/ hubung kait kepada murid-murid prasekolah:  Membantu murid-murid menyedari bahawa matematik sentiasa bersepadu dan mempunyai hubungan dengan kehidupan seharian.  Membina kemahiran berfikir murid-murid.  Meningkatkan semangat bekerjasama dan bertukar-tukar maklumat untuk pembelajaran yang bermakna. Sebagai seorang guru prasekolah fikir dan senaraikan contoh aktiviti yang menghubungkan matematik dengan matapelajaran yang lain serta kehidupan seharian. 1.4.5. GAMBARAN (REPRESENTATIONS) Gambaran merupakan proses piawaian NCTM yang memaparkan konsep atau perhubungan semasa proses menyelesaikan masalah dengan hasilnya.Hal ini bermakna,
  • 41. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 31 gambaran membantu murid-murid mencari perkaitan idea matematik dengan kehidupan seharian sama ada secara informal, pemikiran abstrak dan melalui intuisi. Gambaran menjadi lebih efektif dan bermakna jika murid-murid memahami konsep math dengan baik hasil pengajaran guru dan penerokaan murid-murid itu sendiri mengenai matematik. Simbol, grafik, rajah dan model merupakan cara yang sangat baikuntuk mengambarkan konsep dan hubungan dalam matematik. Ia juga merupakan media pembelajaran yang sangat berguna dalam menyampaikan konsep matenatik kepada orang lain. Perubahan satu gambaran ke gambaran yang lain merupakan cara penting untuk menambah pemahaman terhadap sesuatu konsep. Kepentingan gambaran kepada murid-murid prasekolah:  Menjana murid-murid berfikir secara konkrit ke abstrak  Membantu proses penyelesaian masalah Andai tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Pembelajaran anda sebagai seorang guru merupakan satu proses sepanjang hayat. Piawai NCTM (2000) merangkumi aspek lima proses yang terdiri dari penyelesaian masalah, sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. Penyelesaian masalah adalah proses yang utama. Bagi peringkat awal kanak-kanak penyelesaian masalah adalah cara yang penting untu membina pengetahuan matematik. Masalah selalu berpunca dari rutin harian, aktiviti bermain, alat permainan dan cerita. Semasa kanak- kanak melakukan aktiviti dan berinterksi dengan bahan di sekeliling, mereka menyelesaikan masalah melalui sebab/akibat, komunikasi, hubungan/hubung kait dan gambaran. RUMUSAN
  • 42. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 32 LATIHAN PENGUKUHAN KENDIRI Latihan 1 Latihan 2 Soalan 2 Bagaimanakah pengintergrasian metamatik dengan matapelajaran yang lain dapat meningkatkan kefahaman kanak-kanak dengan dunia di sekelilingnya? Selamat mencuba.......... Soalan 1: Rancangkan dengan meng
  • 43. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 33 Tajuk 4 Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains 4.1 Sinopsis Unit ini akan membincangkan bagaimana seorang guru prasekolah boleh membuat perancangan untuk mengajar awal Sains supaya proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan memberi kesan yang positif kepada murid-murid. Disamping itu pengajaran awal sains akan menjadi sesuatu yang bermakna dan menyeronokkan murid- murid. Untuk pengajaran dan pembelajaran awal sains, guru harus tahu bahawa mereka seharusnya merancang terlebih dahulu sesebuah aktiviti yang mana melibatkan tiga frasa iaitu sebelum, semasa dan selepas. 4.2 Hasil Pembelajaran 1. Memahami bagaimana untuk merancang aktiviti pembelajaran awal sains. 2. Mengenal pasti beberapa contoh aktiviti awal sains. 3. Mengetahui peranan guru dalam melaksanakan aktiviti awal sains. Merancang Aktiviti Pembelajaran Awal Sains (1jam)  Sebelum : Memperkenalkan aktiviti  Semasa: Menggalakkan pemikiran saintifik dan kemahiran proses Sains  Selepas: Membincang, membuat refleksi Mari kita mulakan perbincangan ini dengan memilirkan bagaimana seorang guru prasekolah dapat merancang dan menjalankan aktiviti sains?
  • 44. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 34 Apakah pendekatan yang perlu diikuti oleh guru semasa mengajar awal sains kepada murid prasekolah? Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan menyarankan pengajaran sains dalam Tunjang Sains dan Teknologi. Terdapat tiga perkara atau matapelajaran yang menjadi tonggak kepada tunjang ini iaitu Awal Sains, Awal Matematik dan ICT. Jadi, apakah standard pembelajaran yang hendak disampaikan kepada murid-murid prasekolah? Dengan ringkas ianya merangkumi:  kemahiran saintifik  menyiasat alam hidupan  menyiasat alam bahan  menyiasat alam fizikal Bagaimana anda menilai kedudukan seorag guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains? Adakah anda rasa ianya sesuatu yang amat mencabar atau sebaliknya? Siapa boleh mengajar sains di kelas prasekolah? Adakah gurunya perlu latihan khas? Jawapannya mudah sahaja; mana-mana guru yang boleh menyediakan iklim pemelajaran yang kondusif, sudi menerima pandangan murid dan menggalakkan penerokaan layak mengajar awal sains di kelas prasekolah. Selain dari itu, seorang guru prasekolah yang inginkan anak muridnya mempunyai minda sains harus berfikiran positif terhadap aktiviti sains, menjadi pemangkin serta sebagai pakar rujuk murid. Adalah menjadi kebiasaan bagi kanak-kanak untuk mendekati dan merapatkan diri dengan seseorang yang boleh ditanya dan tidak disoal. Alangkah baiknya jika orang itu adalah gurunya. Perapatan (bonding) antara guru dengan murid sangat penting dan ianya dapat digunakan oleh guru untuk meningkatkan prestasi pembelajaran secara keseluruhan termasuk pembelajaran sains. Merancang aktiviti pembelajaran awal sains mempunyai tiga tahap iaitu:  sebelum  semasa dan  selepas Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah sebelum merancang aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Tajuk-tajuk aktiviti dipilih oleh guru berdasarkan:
  • 45. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 35  relevan dan berdasarkan pengalaman murid  konsep yang ingin belajar dapat disampaikan melalui aktiviti yang mudah serta „hands-on‟  tahap penyelesaian masalah hendaklah pada tahap kanak-kanak  bahan bantu belajar (BBB) murah dan mudah diperolehi  memperkenalkan aktiviti: guru hendaklah merujuk kandungan KSPK; dan pilih aktiviti yang sesuai dengan tajuk-tajuk standard pembelajaran. Contohnya, kandungan standard pembelajaran “menyiasat alam bahan”.  Guru hendaklah memilih aktiviti yang sesuai supaya standard pembelajaran tercapai dengan maksima; samada:  aktiviti bentuk ujikaji / eksperimen  aktiviti bentuk permainan  aktiviti bentuk projek  aktivti bentuk kuiz  aktiviti bentuk membaca fakta dan menerangkan  aktiviti bentuk menonton video  Guru juga perlu fikirkan pendekatan dan strategi pengajaran; serta bahan-bahan yang perlu disediakannya. Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah semasa aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Guru menggalakkan muridnya berfikir ke arah menjawab persoalan saintifik dengan:  menanyakan soalan-soalan terbuka yang sesuai  meminta memerhati perubahan  tunjuk (pointing) supaya murid akan melihat (notice) dan memerhati  memberi tumpuan dan mendengar jika murid mengatakan sesuatu mengenai pemerhatiannya  Guru perlu memberi kelonggaran terhadap perjalanan aktiviti; tidak terlalu terikat dengan masa atau susun atur agenda aktivitnya. Ini adalah kerana:  murid akan rasa terkongkong dan ini akan menghalang pemikiran kritis dan kreatif  dominasi guru lebih daripada pembelajaran murid  aktiviti berubah bentuk dari pusatkan murid kepada pusatkan guru  penglibatan murid sepenuhnya mula merosot
  • 46. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 36 Perkara-perkara yang perlu dilakukan oleh seorang guru prasekolah selepas aktiviti pembelajaran awal sains ialah:  Guru mengadakan sesi perbincangan:  bertujuan untuk ingat semula (recall) perkara-perkara yang mereka telah lalui sepanjang aktiviti  sumbangkan pengetahuan serta idea dalam tajuk berkenaan  persoalan-persoalan / kemusykilan lain dikemukakan oleh murid bagi tujuan ingin tahu  Guru mengadakan sesi refleksi supaya ahli kumpulan:  perbincangan apa telah berlaku dalam aktiviti tadi (ujikaji / eksperimen, permainan, projek dab) serta menjelaskan kemusykilan mereka  dapat membuat rumusan bahawa ada kalanya lebih daripada satu kongklusi dapat dicapai  Guru mengadakan sesi rumusan perbincangan:  kongklusi setiap kumpulan disatukan untuk memahamkan sesuatu konsep sains yang diajar pada hari berkenaan  perkara ini dicapai dengan aktiviti „hands-on‟, minds-on‟, serta penerokaan yang mendalam Rumusan: Andaikata seorang guru ingin berjaya dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains, perlu ikut beberapa panduan; iaitu:  bertindak sebagai fasilitator: merancang, menyediakan persekitaran pembelajaran yang boleh membantu murid berkembang, sedia mengambil risiko serta mempunyai sikap toleransi yang tinggi  sebagai pemangkin mencungkil kebolehan intelek murid  bertindak sebagai pakar rujuk: memerhati, mendengar dan menjawab persoalan semasa murid terlibat secara aktif dalam penerokaan  sebagai model: menggalakkan trait ingin tahu, menghargai, berkreativiti dan terus mencuba Berikut adalah beberapa alamat laman web untuk aktiviti sains yang boleh membantu guru prasekolah dalam merancang aktiviti pembelajaran awal sains.
  • 47. PRA 3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 37 http://www.sciencekids.co.nz/lessonplans.html http://www.tryscience.org/teachers/teacherstsic.html http://www.nsta.org/highschool/?lid=pub
  • 48. [Type text] PRA3105 PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK 1 RUJUKAN : BUKU Charlesworth, R. & Lind, K.K. (2002). Maths & Science For Young Children. NY: Thomson Delmar Learning. Karen K. Lind (2005). Exploring Science in Early Childhood Education. NY: Thomsom Delmar Learning. Kementerian Pendidikan Malaysia, (2002) Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, PPK Martin D.J (2001). Constructing Early Childhood Science. NY. Tomson Delmar Learning. Praire, A.P. (2004). Inquiry into Maths, Science & Technology for Teaching Young Children. NY: Tomson Delmar Learning. Wellhousen, K. (2002). Outdoor Play Every Day: Innovative Play Conceots for Early Childhood. NY: Tomson Delmar Learning Kementerian Pelajaran Malaysia.(1993). Garis Panduan Kurikulum Prasekolah Malaysia.KL. Kementerian Pelajaran Malaysia. LAMAN WEB http://standards.nctm.org/document/appendix/process.htm http://eprints.utm.my http://www.learningandteaching.info/learning/piaget.htm http://webspace.ship.edu/cgboer/piaget.htm
  • 49. PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK) NAMA KELAYAKAN SHARIFAH HANIM BT. SYED AKBAR Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM Sarjana Muda(Kesusasteraan Melayu), UM Dip. Pendidikan Khas (Kesusasteraan Melayu),UM Sijil Perguruan Asas , Institut Bahasa Pengalaman: Guru Sekolah Rendah - 7 Tahun Guru Sekolah Menengah – 5 Tahun Pensyarah Prasekolah HAFIZA BT SULAIMAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: Sarjana (Pendidikan Prasekolah), UKM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-kanak UM Pengalaman: Guru Prasekolah - 7 Tahun Pensyarah Prasekolah VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur vvnila05@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
  • 50. NAMA KELAYAKAN PN. NORZAINI YANG Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: M. Ed (Curriculum & Instruction) B. Sc. (Family and Child Development) MAED (U.S. Teacher Prep. Program) Pengalaman: Guru Matematik & Bhs. Inggeris Pensyarah Prasekolah & Pendidikan Awal Kanak-kanak PERMATA DATIN SAKHIYAH BT. ABD. MANAF Pensyarah IPG Kampus Bahasa Melayu Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur Kelulusan: M. Ed (Pentadbiran) B.A Hons (Sosiologi) Dip. Ed. Pengalaman: Guru Sekolah Menengah Pensyarah Prasekolah, Pengurusan sumber, Pengurusan Media Pengajaran, Tamadun Islam & Asia, Kajian Tempatan
  • 51. PANEL PEMURNIAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) (PRA3105:PERKEMBANGAN KOGNITIF KANAK-KANAK) NAMA KELAYAKAN Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM B.A. Hons.(Geografi & Bahasa Melayu), UM Dip. Pendidikan (Geografi & Bahasa Melayu),UM EN. BAHARUDDIN B. AB. LATIF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ujangserdang@yahoo.com Kelulusan: M.Ed.(Pentadbiran Pendidikan ), UPM Bac.Pend. PBMP. UPM Sijil Perguruan Khas (Pendidikan Jasmani), MPIK Sijil Asas Perguruan (Sejarah dan Geografi) Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pendidikan Jasmani, Pendidikan Prasekolah, Kokurikulum, Bina Insan Guru)- 7 Tahun Pend. Awal Kanak-Kanak PERMATA – 1 Tahun En. ZULKIPLY BIN YAAKOB Pensyarah IPGM Kampus Tun Hussein Onn Km 7.75 Jalan Kluang, 83000 Batu Pahat, Johor. zulky54@gmail.com Kelulusan: M.Ed.(Pendidikan Prasekolah) B.Ed. Hons. (Muzik) Sijil Guru Khas (Muzik) Sijil Guru (PPAK) Pengalaman: Pesyarah IPTHO Pensyarah MPTAA Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah ( 7 tahun) VENNILA VEERAPPAN Pensyarah IPGM Kampus Bahasa Melayu Malaysia Jalan Lembah Pantai 59990 Kuala Lumpur vvnila05@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan awal Kanak-Kanak, UM Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas,MPRM Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan & Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Rendah (16 tahun)
  • 52. NAMA KELAYAKAN UMI KALSOM BT. TAKRIFF Pensyarah IPGM Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat 70400 Seremban Negeri Sembilan umiktakriff@yahoo.com Kelulusan: Sarjana Pendidikan Prasekolah, UKM Bac Perakaunan, UPM Diploma Pendidikan MPPPP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Guru Sekolah Menengah (9 tahun) NOOR MIZA BINTI ABDUL RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Tuanku Bainun 14000 Mengkuang Pulau Pinang puterimiza@yahoo.com Kelulusan: MSc.Edu. (Pengurusan Pendidikan), UUM B.A.(Hons) Childhood Education, UM Diploma Pendidikan Universiti Malaya Pengalaman: Pensyarah Ilmu Pendidikan ( 5 tahun ) Pensyarah Pengajian Prasekolah (5 tahun) Guru Sekolah Menengah (11 tahun) WAN NOR HAYATI BT WAN MD NOR Pensyarah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu kullah70_t70@yahoo.com Kelulusan: MSc.Edu. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UM B.A.(Hons) Pendidikan Awal Kanak-Kanak, UM Sijil Perguruan Asas (Pengajian Prasekolah), MP Kuala Terengganu Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (7 tahun) Guru Sekolah Menengah (1 tahun) Pegawai Khas Prasekolah, PPD (1 tahun) Guru Prasekolah (3 tahun) HJ. MAZLAN BIN TALIB Ketua Jabatan Pendidikan Prasekolah IPGM Kampus Sultan Mizan 22200 Besut Terengganu m6470t@yahoo.com Kelulusan: M.Sc.Edu. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A.(Hons) Kemanusiaan Dgn. Pendidikan, USM Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (13 tahun) WAN AHMAD JAZLAN WAN AB. RAHMAN Pensyarah IPGM Kampus Kota Bharu 16109 Kota Bharu Kelantan wjazlan@yahoo.com Kelulusan: M.Ed. (Pendidikan Awal Kanak-kanak), UPSI B.Ed.(Hons) Bimbingan Dan Kaunseling, UPM Sijil Perguruan Khas, MPKT, Batu Rakit Sijil Perguruan Asas, MPPP Kuala Terengganu Pengalaman: Pensyarah Pengajian Prasekolah (8 tahun) Guru Sekolah Menengah (2 tahun) Guru Sekolah Rendah (10 tahun)
  • 53.
  • 54. LAMPIRAN A IKON Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat