SlideShare a Scribd company logo
1 of 7
Download to read offline
Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah


Zurina binti Yasak                Shamsudin bin Yamhari              Dr Ahmad bin Esa
Fakulti Pendidikan Teknikal       Sek Keb Taman Mount                Fakulti Pendidikan Teknikal
Universiti Tun Hussein Onn        Austin                             Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia                          Jalan Mutiara Emas 2/1             Malaysia
Parit Raja, Batu Pahat,           Taman Mount Austin, Johor          Parit Raja, Batu Pahat,
Johor                             Bahru                              Johor
019-7555290                       07-3572590                         019-7677349
07- 4541050                       sham9794@yahoo.com.my              07-4541050
zurina@uthm.edu.my                                                   ahmad@uthm.edu.my



Pembelajaran menggunakan teknologi sering dibahaskan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun
di peringkat antarabangsa. Penggunaannya di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kekerapan,
kelemahan dan impak penggunaan teknologi di dalam kelas bagi pelajar-pelajar sekolah rendah.
Kajian ini dilakukan secara kuantitatif yang mana instrumen yang digunakan adalah borang soal
selidik, log penggunaan CD dan borang pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru. Seramai 148
orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains daripada 18 buah sekolah rendah Zon Johor
Jaya Daerah Pasir Gudang diambil. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kekerapan penggunaan
teknologi masih di tahap sederhana manakala beberapa kelemahanan atau kekangan dikesan semasa
sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Keputusan kajian ini boleh digunakan
untuk dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain.


Sub tema: Innovasi dalam pendidikan guru
Pengenalan
Perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah didorong oleh kepentingan teknologi
maklumat dan ilmu pengetahuan. Impak daripada perkembangan yang menggalakkan ini, komputer
tidak lagi dianggap sebagai bahan mewah atau simbol kemewahan tetapi dianggap sebagai satu
perkakasan yang menjadi keperluan hidup bagi individu, guru dan masyarakat untuk memperolehi
ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat terkini yang amat berguna dalam kehidupan seharian.
Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah diberikan gelaran
sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya istilah Information and
Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya negara-negara membangun berlumba-
lumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara
masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan mana-
mana kerajaan di negara membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT.

   Perubahan ini memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan
negara. Penggunaan teknologi di dalam kelas perlu diberi perhatian sewajarnya. Sekolah-sekolah
mula diberikan sejumlah peruntukan untuk membina makmal komputer. Persekitaran pembelajaran
mula berubah. Ramai guru dihantar untuk menghadiri kursus bagi memahirkan diri untuk
mengendalikan kelas menggunakan bantuan ICT. Hilary (1991) menegaskan bahawa komputer dapat
membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kenyataan
tersebut memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya
pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat
menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah.

   Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam penggunaan komputer dalam kelas, namun tidak
semua kajian memberikan hasil dapatan yang positif. Laurillard (1992) menyatakan bahawa
pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal.
Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan
mudah.

   Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan
mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan
yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu
diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains.
Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan
Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi
membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini
dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru
dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut
Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi
pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran.

   Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di salah sebuah
sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang menggunakan perisian pendidikan
Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat
melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian
pendidikan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan
penggunaan perisian pendidikan Sains selain mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan
penggunaan bahan tersebut.



Metodologi

Kajian ini dilakukan secara diskriptif di mana data-data secara statistikal dikumpulkan dan
terjemahkan ke dalam bentuk yang difahami. Kajian dijalankan di 18 buah sekolah rendah yang terdiri
daripada 15 buah Sekolah Kebangsaan dan 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di
Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 240 orang guru yang
mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Berdasarkan persampelan Jadual Penentuan Saiz Sampel
dari Populasi Krejcie dan Morgan (1970), seramai 148 orang diambil sebagai sampel kajian.

   Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu bahagian kekerapan penggunaan, kekangan atau kelemahan dan impak penggunaan. Sebanyak
10 soalan disediakan untuk setiap bahagian. Data-data yang dikumpulkan dianalisis untuk
mendapatkan min, peratus dan kekerapan jawapan.



Analisis Data
1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains boleh dilihat pada Jadual 1.

    No          Item                                                         Min        Tahap
    Item
       1        Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan Sains dalam 3.51          Sederhana
                P&P di dalam kelas
       2.       Saya hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila     3.83       Tinggi
                diperlukan dalam P&P di dalam kelas.
       3.       Saya mengunakan perisian pendidikan Sains dalam proses       3.79       Tinggi
                pengukuhan P&P
       4.       Saya yakin kekerapan menggunakan perisian pendidikan         3.99       Tinggi
                Sains membantu P&P.
       5.       Saya menggunakan perisian pendidikan Sains setiap kali       3.00       Sederhana
                pengajaran
       6.       Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan   3.50       Tinggi
Sains dalam buku log penggunaan.
      7.    Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan               perisian   3.77    Tinggi
            pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah
            Min purata                                                      3.62    Sederhana
                      Jadual 1: Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains.


   Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang menyatakan
   persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan Sains dapat membantu P&P.
   Sebanyak 73 peratus bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan Sains
   apabila diperlukan di dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan
   P&P.

      Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains juga dilihat pada catatan yang dibuat pada
   buku log penggunaan. Didapati purata penggunaan yang dicatatkan menunjukkan penurunan
   penggunaan setiap tahun di mana pada tahun 2004, penggunaan perisian pendidikan Sains adalah
   sebanyak 12 penggunaan atau pinjaman, manakala pada tahun 2005 sebanyak 10 penggunaan
   yang dicatatkan. Namun pada tahun 2008, hanya satu penggunaan sahaja yang dicatatkan.


2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru Sains

   Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan
   Sains dalam P&P di kelas.



   No        Item                                                           Min     Tahap
   Item
      1.     Saya mempunyai kemahiran           yang    tinggi   dalam 3.42         Sederhana
             mengendalikan komputer.
      2.     Saya dapati kandungan dalam perisian pendidikan Sains          3.77    Tinggi
             merangkumi semua tajuk pelajaran.
      3.     Saya mendapat pendedahan yang mencukupi tentang 3.60                   Sederhana
             penggunaan perisian pendidikan Sains.
      4.     Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah           3.46    Sederhana
             adalah mencukupi untuk kegunaan guru Sains.
      5.     Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan JPN adalah          3.33    Sederhana
             mencukupi
      6.     Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian        3.66    Sederhana
             pendidikan Sains di dalam kelas.
      7.     Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah           3.45    Sederhana
             adalah berkualiti tinggi.
             Purata min                                                     3.53    Sederhana
Jadual 2: Taburan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains
                                         dalam P&P di kelas.



    Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2, menunjukkan min
    yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan pernyataan yang diajukan.
    Min purata adalah sebanyak 3.53 di mana berada pada tahap sederhana setuju.


3. Impak penggunaan perisian pendidikan Sains

    Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai
    alat bantu mengajar.



    No item   Item                                                        Min         Tahap
       1.     Murid-murid berasa seronok                                  4.04        Tinggi
       2.     Murid-murid mudah memahami isi pelajaran                    3.83        Tinggi
       3.     Saya yakin penggunaan perisian pendidikan Sains boleh       4.02        Tinggi
              membantu proses pembelajaran murid.
       4.     Perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana        4.01        Tinggi
              P&P.
       5.     Perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti     3.66        Sederhana
              yang sesuai mengikut kemampuan murid.
       6.     Perisian pendidikan Sains menggalakkan murid berfikir       3.69        Tinggi
              secara kritis dan kreatif.
       7.     Perisian pendidikan Sains membolehkan objektif pelajar      3.79        Tinggi
              dicapai dengan mudah.
              Jumlah min                                                  3.86        Tinggi
    Jadual 3: Taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar.


    Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai responden bersetuju dan yakin dengan impak yang
    ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Hanya
    pada item 5, responden sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian pendidikan Sains
    mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid.


Perbincangan dan Kesimpulan
Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains masih di tahap sederhana.
Hasil ini adalah signifikan dengan kajian Hayazi (2008) yang menyatakan bahawa tahap penggunaan
alat bahan mengajar dalam kalangan guru-guru berada pada tahap yang sederhana. Walau
bagaimanapun, hasil dapatan kajian ini agak baik berbanding kajian oleh Wan Zah et al. (2006), sejak
7 tahun sekolah bestari dilancarkan, penggunaan ICT di dalam kelas masih ditahap rendah. Ini
disokong oleh kajian Sathiamoorthy (2001) dan Lee (2000) yang menunjukkan penggunaan ICT oleh
guru-guru masih di tahap minimum. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti responden
pernah menggunakan perisian pendidikan Sains di dalam kelas. Mereka berpendapat bahawa
penggunaan perisian tersebut dapat membantu pengajaran mereka dan menggunakannya sebagai
bahan pengukuhan P&P. Mereka juga yakin dengan kemampuan perisian pendidikan Sains
diaplikasikan dalam kelas masing-masing.

   Dari segi kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru dalam proses penggunaan perisian
pendidikan Sains di sekolah rendah Zon Johor Jaya Pasir Gudang, secara keseluruhannya
menunjukkan min yang sederhana. Hasil kajian ini hampir menyamai keputusan kajian yang
dilakukan oleh Chen (2004), di mana beliau mendapati integrasi penggunaan komputer dalam proses
pendidikan masih amat       mengecewakan walaupun banyak peruntukan dibelanjakan bagi
menggalakkan penggunaan komputer, perkakasan dan perisian di sekolah pada masa kini. Keadaan ini
boleh menjejaskan penggunaan sumber pendapatan negara dan seterusnya negara akan kehilangan
modal-modal insan yang kreatif dan inovatif.

   Analisis kajian mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains menimbulkan rasa seronok dalam
kalangan murid dan dapat membantu proses pembelajaran murid. Di samping itu, perisian pendidikan
Sains dapat menghidupkan suasana P&P yang ceria, memudahkan pelajar memahami isi pelajaran dan
menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian Ropp (1999), mendapati bahan
pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk
mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan
pembelajaran. Melalui multimedia interaktif, suasana P&P menjadi lebih menarik (Noor Azliza &
Lilia, 2002). Kajian Ismail et. al (2005) pula mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains dapat
membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan murid kerana terdapatnya elemen-elemen
grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding buku teks.

   Secara kesimpulannya, penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains
sekolah rendah masih lagi ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan
perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P mereka namun mereka
seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut dengan kurangnya
penggunaannya di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru Sains sekolah rendah seharusnya diberi peluang
dan ruang untuk menggunakan perisian pendidikan Sains ini secara optimum.
Rujukan
Chen, L-L (2004). “Pedagogical Strategies to Increase Pre-Service Teachers’ Confidence in Computer
      Learning” Educational Technology & Society, 7(3), 50-60.

Hayazi Mohd Yasin (2008). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di
      Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana
      Muda.

Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). “Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan
      Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah” International
      Islamic University Malaysia (IIUM).

Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri
      Kedah dan Perlis. “Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah
      Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar” 8-11 November 2002. Hotel Bayview, Pulau
      Langkawi.
Naisbitt, J. (1982). “Megatrends” New York:Warner Books.

Noor Azliza & Lilia, (2002) “Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia
      pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM”. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38.
Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). “Intergrating Technology into Teaching and Learning”
      Singapore:Prentice Hill.

Ropp, M.M (1999), “Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use
      Computers in Preservice Teachers Preparation” Journal of Research on Computing in
      Education. Boston: Pearson Education.

Sathiamoorthy Kannan (2001) “Intergrating of computer into teaching-learning: A study of concerns
      and managing ability among smart school teachers” Prosiding International Conference on
      Technology & Vocational-Technical Education: Globalization and Future Trend” 12-13
      November, volume 1&2. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Toffler, A. (1980) :The Third Wave” New York: Basic Books.

Wan Zah Wan Ali et al. (2006) “Syarat Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di
      Sekolah Bestari.” Selangor:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.

More Related Content

What's hot

Laporan analisis jurnal TORJET
Laporan analisis jurnal TORJETLaporan analisis jurnal TORJET
Laporan analisis jurnal TORJETongheakin
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)Wak Sekawi
 
11198 20368-1-sm
11198 20368-1-sm11198 20368-1-sm
11198 20368-1-smTerdy Kaka
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnalhanyjamal
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranMohamad Ishak
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)Letchumi Perumal
 
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Nadrah Rosman
 
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)Reskiani Embatau
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranHishamuddin Jabar
 
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Faculty of Economics
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminarFKIP UHO
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiTee Teh
 
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematikshare with me
 
Modul Media Pembelajaran
Modul Media PembelajaranModul Media Pembelajaran
Modul Media Pembelajarannurulfirdaus720
 
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]cindy aprillia arfani
 
Contoh Artikel
Contoh ArtikelContoh Artikel
Contoh Artikelf' yagami
 

What's hot (20)

Laporan analisis jurnal TORJET
Laporan analisis jurnal TORJETLaporan analisis jurnal TORJET
Laporan analisis jurnal TORJET
 
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
KAJIAN TINJAUAN PENGGUNAAN PORTAL MYGURU2 (UPSI) KPT 6044 (14DIS2013)
 
11198 20368-1-sm
11198 20368-1-sm11198 20368-1-sm
11198 20368-1-sm
 
Rumusan jurnal
Rumusan jurnalRumusan jurnal
Rumusan jurnal
 
Guru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaranGuru dalam pengajaran
Guru dalam pengajaran
 
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERBANTUKAN KOMPUTER (PPBk)
 
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
Kajian Tindakan (KEBERKESANAN PENGGUNAAN BAHAN VISUAL DALAM PROSES PENGAJARAN...
 
Artikel presentasi
Artikel presentasiArtikel presentasi
Artikel presentasi
 
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)
2. jurnal (media pembelajaran interaktif jaringan komputer)
 
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaranPenggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
Penggunaan+teknologi+dlm+pengajaran
 
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
Pengaruh pemanfaatan multimedia dalam pembelajaran fisika terhadap pemeroleha...
 
Untitled 1
Untitled 1Untitled 1
Untitled 1
 
Jurnal media
Jurnal mediaJurnal media
Jurnal media
 
Makalah seminar
Makalah seminarMakalah seminar
Makalah seminar
 
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologiPengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
Pengajaran pembelajaran matematik dan teknologi
 
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
17370211 teknologi-dalam-pengajaran-matematik
 
Modul Media Pembelajaran
Modul Media PembelajaranModul Media Pembelajaran
Modul Media Pembelajaran
 
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]
Jurnal pneumatik dan_hidrolik_b.indo[1]
 
Kajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPAKajian tinjauanICT JPA
Kajian tinjauanICT JPA
 
Contoh Artikel
Contoh ArtikelContoh Artikel
Contoh Artikel
 

Viewers also liked

Microsoft: Get Game Smart Portfolio
Microsoft: Get Game Smart PortfolioMicrosoft: Get Game Smart Portfolio
Microsoft: Get Game Smart PortfolioEdelman Showcase
 
Fuel Up To Play 60 Portfolio
Fuel Up To Play 60 PortfolioFuel Up To Play 60 Portfolio
Fuel Up To Play 60 PortfolioEdelman Showcase
 
A Story Of Transformation
A Story Of TransformationA Story Of Transformation
A Story Of Transformationdelissat
 
Digital Strategy For Brand Marketers
Digital Strategy For Brand MarketersDigital Strategy For Brand Marketers
Digital Strategy For Brand Marketersdelissat
 
Where Is My Insurance
Where Is My InsuranceWhere Is My Insurance
Where Is My Insuranceascendusa
 
Instrumentos cuantitativos
Instrumentos cuantitativosInstrumentos cuantitativos
Instrumentos cuantitativosWilson1985
 
Instrumentos de investigacion cualitativa
Instrumentos de investigacion cualitativaInstrumentos de investigacion cualitativa
Instrumentos de investigacion cualitativaJenifer Mora
 

Viewers also liked (8)

Microsoft: Get Game Smart Portfolio
Microsoft: Get Game Smart PortfolioMicrosoft: Get Game Smart Portfolio
Microsoft: Get Game Smart Portfolio
 
Fuel Up To Play 60 Portfolio
Fuel Up To Play 60 PortfolioFuel Up To Play 60 Portfolio
Fuel Up To Play 60 Portfolio
 
Acampada sol
Acampada solAcampada sol
Acampada sol
 
A Story Of Transformation
A Story Of TransformationA Story Of Transformation
A Story Of Transformation
 
Digital Strategy For Brand Marketers
Digital Strategy For Brand MarketersDigital Strategy For Brand Marketers
Digital Strategy For Brand Marketers
 
Where Is My Insurance
Where Is My InsuranceWhere Is My Insurance
Where Is My Insurance
 
Instrumentos cuantitativos
Instrumentos cuantitativosInstrumentos cuantitativos
Instrumentos cuantitativos
 
Instrumentos de investigacion cualitativa
Instrumentos de investigacion cualitativaInstrumentos de investigacion cualitativa
Instrumentos de investigacion cualitativa
 

Similar to Zurina yasak (dekan2010)

Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiAminah Rahmat
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahyaindraf13
 
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli AkademikKesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademiksyazwanihadzir
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranFarah Liyana Sholehhuddin
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanMunirah Sobri
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis MathsTee Teh
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauansiti75
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"suciherna
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"yuniasih331
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&Pisuict12
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Sivaneswari Muniandy
 

Similar to Zurina yasak (dekan2010) (20)

Unit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologiUnit 9 integrasi teknologi
Unit 9 integrasi teknologi
 
Tajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptxTajuk_10.pptx
Tajuk_10.pptx
 
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
[Jurnal] 07520244086 bisono indra cahya
 
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli AkademikKesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik
Kesedaran , Penilaian dan Penerimaan e-Pembelajaran Dalam Kalangan Ahli Akademik
 
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah PembelajaranAplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
Aplikasi Teknologi Untuk Pelajar Masalah Pembelajaran
 
Tes skripsi lia
Tes skripsi liaTes skripsi lia
Tes skripsi lia
 
Esei siap
Esei siapEsei siap
Esei siap
 
Teknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikanTeknologi dalam pendidikan
Teknologi dalam pendidikan
 
Bab3(5)
Bab3(5)Bab3(5)
Bab3(5)
 
15.pdf
15.pdf15.pdf
15.pdf
 
Pwr point jurnal wani
Pwr point jurnal waniPwr point jurnal wani
Pwr point jurnal wani
 
Tesis Maths
Tesis MathsTesis Maths
Tesis Maths
 
Jurnal pp
Jurnal ppJurnal pp
Jurnal pp
 
MULTIMEDIA GRAFIS
MULTIMEDIA GRAFISMULTIMEDIA GRAFIS
MULTIMEDIA GRAFIS
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
Tugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauanTugasan 3: Kajian tinjauan
Tugasan 3: Kajian tinjauan
 
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
 
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
 
Penggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&PPenggunaan ICT Dalam P&P
Penggunaan ICT Dalam P&P
 
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653Krt3013  teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
Krt3013 teknologi maklumat sekolah rendah d20102040653
 

Zurina yasak (dekan2010)

  • 1. Penggunaan Teknologi dalam Mengajar Sains di Sekolah Rendah Zurina binti Yasak Shamsudin bin Yamhari Dr Ahmad bin Esa Fakulti Pendidikan Teknikal Sek Keb Taman Mount Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussein Onn Austin Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Jalan Mutiara Emas 2/1 Malaysia Parit Raja, Batu Pahat, Taman Mount Austin, Johor Parit Raja, Batu Pahat, Johor Bahru Johor 019-7555290 07-3572590 019-7677349 07- 4541050 sham9794@yahoo.com.my 07-4541050 zurina@uthm.edu.my ahmad@uthm.edu.my Pembelajaran menggunakan teknologi sering dibahaskan sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa. Penggunaannya di dalam kelas adalah pelengkap kepada penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kajian ini dijalankan bagi mengetahui kekerapan, kelemahan dan impak penggunaan teknologi di dalam kelas bagi pelajar-pelajar sekolah rendah. Kajian ini dilakukan secara kuantitatif yang mana instrumen yang digunakan adalah borang soal selidik, log penggunaan CD dan borang pemantauan pengajaran dan pembelajaran guru. Seramai 148 orang responden yang terdiri daripada guru-guru sains daripada 18 buah sekolah rendah Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang diambil. Dapatan menunjukkan bahawa tahap kekerapan penggunaan teknologi masih di tahap sederhana manakala beberapa kelemahanan atau kekangan dikesan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknologi. Keputusan kajian ini boleh digunakan untuk dibandingkan dengan guru-guru yang mengajar mata pelajaran lain. Sub tema: Innovasi dalam pendidikan guru
  • 2. Pengenalan Perkembangan media elektronik di negara-negara maju adalah didorong oleh kepentingan teknologi maklumat dan ilmu pengetahuan. Impak daripada perkembangan yang menggalakkan ini, komputer tidak lagi dianggap sebagai bahan mewah atau simbol kemewahan tetapi dianggap sebagai satu perkakasan yang menjadi keperluan hidup bagi individu, guru dan masyarakat untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pelbagai maklumat terkini yang amat berguna dalam kehidupan seharian. Toffler (1980) dan Naisbitt (1982) menyatakan bahawa komputer dan perisian telah diberikan gelaran sebagai the wave of the future. Gelaran ini membawa kepada wujudnya istilah Information and Communication Technology (ICT). Semua negara terutamanya negara-negara membangun berlumba- lumba untuk menguasai bidang ICT yang dilihat sebagai satu landasan untuk memperkenalkan negara masing-masing dengan perkongsian maklumat yang lebih cepat dan tepat. Suasana ini menekan mana- mana kerajaan di negara membangun untuk memiliki pekerja-pekerja mahir dalam bidang ICT. Perubahan ini memaksa bidang pendidikan direncana semula agar dapat memenuhi keperluan negara. Penggunaan teknologi di dalam kelas perlu diberi perhatian sewajarnya. Sekolah-sekolah mula diberikan sejumlah peruntukan untuk membina makmal komputer. Persekitaran pembelajaran mula berubah. Ramai guru dihantar untuk menghadiri kursus bagi memahirkan diri untuk mengendalikan kelas menggunakan bantuan ICT. Hilary (1991) menegaskan bahawa komputer dapat membantu guru melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Kenyataan tersebut memperkukuhkan lagi keperluan guru untuk mempunyai pengetahuan sekurang-kurangnya pada peringkat asas dalam mengendalikan perkakasan dan perisian komputer sebelum mereka dapat menghasilkan kaedah pengajaran yang berkesan dalam bilik darjah. Banyak kajian menyatakan kebaikan dalam penggunaan komputer dalam kelas, namun tidak semua kajian memberikan hasil dapatan yang positif. Laurillard (1992) menyatakan bahawa pembelajaran berasaskan komputer akan dapat meningkatkan pemahaman konsep teoritikal. Penggunaan simulasi dan bantuan komputer dapat meningkatkan tahap pemahaman pelajaran dengan mudah. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) Sains merupakan satu pengalaman yang seronok dan mencabar bagi setiap murid. Bagi menepati tujuan ini, penggunaan pelbagai teknik P&P serta latihan yang berperingkat, bermakna dan sesuai dengan kebolehan, pengalaman dan minat murid perlu diambil kira. Penggunaan perisian pendidikan mula diperkenalkan dalam mata pelajaran Sains. Kebanyakan perisian ini dibekalkan oleh Pusat Pembangunan Perkembangan Kurikulum (PPK) dan Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP). Perisian ini dihasilkan sebagai bahan bantu mengajar bagi membantu guru menyampaikan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Bahan ini dibangunkan bukan untuk menggantikan bahan maujud tetapi lebih kepada meringankan tugas guru dan seterusnya menggalakkan guru berinteraksi dengan murid mengikut kemampuan sendiri. Menurut
  • 3. Pispa (1994), intergrasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Berdasarkan kajian awal, pemerhatian dan pemantauan terhadap guru-guru Sains di salah sebuah sekolah rendah telah menunjukkan bahawa guru-guru Sains jarang menggunakan perisian pendidikan Sains yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Keadaan ini dapat dilihat melalui proses penyeliaan guru semasa mengajar di dalam kelas dan buku log penggunaan perisian pendidikan. Oleh yang demikian, satu kajian perlu dijalankan untuk mengenal pasti tahap kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains selain mengesan kelemahan dan mengkaji kelemahan penggunaan bahan tersebut. Metodologi Kajian ini dilakukan secara diskriptif di mana data-data secara statistikal dikumpulkan dan terjemahkan ke dalam bentuk yang difahami. Kajian dijalankan di 18 buah sekolah rendah yang terdiri daripada 15 buah Sekolah Kebangsaan dan 3 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Zon Johor Jaya Daerah Pasir Gudang. Populasi kajian adalah terdiri daripada 240 orang guru yang mengajar Sains Tahun 1 hingga Tahun 6. Berdasarkan persampelan Jadual Penentuan Saiz Sampel dari Populasi Krejcie dan Morgan (1970), seramai 148 orang diambil sebagai sampel kajian. Pengkaji menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian kekerapan penggunaan, kekangan atau kelemahan dan impak penggunaan. Sebanyak 10 soalan disediakan untuk setiap bahagian. Data-data yang dikumpulkan dianalisis untuk mendapatkan min, peratus dan kekerapan jawapan. Analisis Data 1. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains boleh dilihat pada Jadual 1. No Item Min Tahap Item 1 Saya sentiasa menggunakan perisian pendidikan Sains dalam 3.51 Sederhana P&P di dalam kelas 2. Saya hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila 3.83 Tinggi diperlukan dalam P&P di dalam kelas. 3. Saya mengunakan perisian pendidikan Sains dalam proses 3.79 Tinggi pengukuhan P&P 4. Saya yakin kekerapan menggunakan perisian pendidikan 3.99 Tinggi Sains membantu P&P. 5. Saya menggunakan perisian pendidikan Sains setiap kali 3.00 Sederhana pengajaran 6. Saya sering membuat catatan penggunaan perisian pendidikan 3.50 Tinggi
  • 4. Sains dalam buku log penggunaan. 7. Saya memanfaatkan sepenuhnya kemudahan perisian 3.77 Tinggi pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah Min purata 3.62 Sederhana Jadual 1: Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains. Peratusan tertinggi yang menjawab sangat setuju iaitu sebanyak 78 peratus yang menyatakan persetujuan bahawa kekerapan menggunakan perisian pendidikan Sains dapat membantu P&P. Sebanyak 73 peratus bersetuju bahawa mereka hanya menggunakan perisian pendidikan Sains apabila diperlukan di dalam kelas dan mereka menggunakan perisian untuk proses pengukuhan P&P. Kekerapan penggunaan perisian pendidikan Sains juga dilihat pada catatan yang dibuat pada buku log penggunaan. Didapati purata penggunaan yang dicatatkan menunjukkan penurunan penggunaan setiap tahun di mana pada tahun 2004, penggunaan perisian pendidikan Sains adalah sebanyak 12 penggunaan atau pinjaman, manakala pada tahun 2005 sebanyak 10 penggunaan yang dicatatkan. Namun pada tahun 2008, hanya satu penggunaan sahaja yang dicatatkan. 2. Kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru Sains Jadual 2 menunjukkan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains dalam P&P di kelas. No Item Min Tahap Item 1. Saya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam 3.42 Sederhana mengendalikan komputer. 2. Saya dapati kandungan dalam perisian pendidikan Sains 3.77 Tinggi merangkumi semua tajuk pelajaran. 3. Saya mendapat pendedahan yang mencukupi tentang 3.60 Sederhana penggunaan perisian pendidikan Sains. 4. Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah 3.46 Sederhana adalah mencukupi untuk kegunaan guru Sains. 5. Kursus-kursus yang dianjurkan oleh PPD dan JPN adalah 3.33 Sederhana mencukupi 6. Kawalan kelas tidak terjejas akibat penggunaan perisian 3.66 Sederhana pendidikan Sains di dalam kelas. 7. Perisian pendidikan Sains yang dibekalkan ke sekolah 3.45 Sederhana adalah berkualiti tinggi. Purata min 3.53 Sederhana
  • 5. Jadual 2: Taburan kekangan yang dihadapi guru ketika menggunakan perisian pendidikan Sains dalam P&P di kelas. Berdasarkan Jadual 2, menunjukkan hampir kesemua item kecuali item 2, menunjukkan min yang sederhana. Ini menunjukkan mereka sederhana setuju dengan pernyataan yang diajukan. Min purata adalah sebanyak 3.53 di mana berada pada tahap sederhana setuju. 3. Impak penggunaan perisian pendidikan Sains Jadual 3 di bawah menunjukkan taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. No item Item Min Tahap 1. Murid-murid berasa seronok 4.04 Tinggi 2. Murid-murid mudah memahami isi pelajaran 3.83 Tinggi 3. Saya yakin penggunaan perisian pendidikan Sains boleh 4.02 Tinggi membantu proses pembelajaran murid. 4. Perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana 4.01 Tinggi P&P. 5. Perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti 3.66 Sederhana yang sesuai mengikut kemampuan murid. 6. Perisian pendidikan Sains menggalakkan murid berfikir 3.69 Tinggi secara kritis dan kreatif. 7. Perisian pendidikan Sains membolehkan objektif pelajar 3.79 Tinggi dicapai dengan mudah. Jumlah min 3.86 Tinggi Jadual 3: Taburan impak penggunaan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Berdasarkan Jadual 3 menunjukkan ramai responden bersetuju dan yakin dengan impak yang ditunjukkan selepas menggunakan perisian pendidikan Sains sebagai alat bantu mengajar. Hanya pada item 5, responden sederhana setuju terhadap penyataan bahawa perisian pendidikan Sains mengandungi pelbagai aktiviti yang sesuai mengikut kemampuan murid. Perbincangan dan Kesimpulan Hasil kajian menunjukkan bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains masih di tahap sederhana. Hasil ini adalah signifikan dengan kajian Hayazi (2008) yang menyatakan bahawa tahap penggunaan alat bahan mengajar dalam kalangan guru-guru berada pada tahap yang sederhana. Walau
  • 6. bagaimanapun, hasil dapatan kajian ini agak baik berbanding kajian oleh Wan Zah et al. (2006), sejak 7 tahun sekolah bestari dilancarkan, penggunaan ICT di dalam kelas masih ditahap rendah. Ini disokong oleh kajian Sathiamoorthy (2001) dan Lee (2000) yang menunjukkan penggunaan ICT oleh guru-guru masih di tahap minimum. Hasil dapatan kajian juga mendapati bahawa majoriti responden pernah menggunakan perisian pendidikan Sains di dalam kelas. Mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian tersebut dapat membantu pengajaran mereka dan menggunakannya sebagai bahan pengukuhan P&P. Mereka juga yakin dengan kemampuan perisian pendidikan Sains diaplikasikan dalam kelas masing-masing. Dari segi kekangan atau kelemahan yang dihadapi guru dalam proses penggunaan perisian pendidikan Sains di sekolah rendah Zon Johor Jaya Pasir Gudang, secara keseluruhannya menunjukkan min yang sederhana. Hasil kajian ini hampir menyamai keputusan kajian yang dilakukan oleh Chen (2004), di mana beliau mendapati integrasi penggunaan komputer dalam proses pendidikan masih amat mengecewakan walaupun banyak peruntukan dibelanjakan bagi menggalakkan penggunaan komputer, perkakasan dan perisian di sekolah pada masa kini. Keadaan ini boleh menjejaskan penggunaan sumber pendapatan negara dan seterusnya negara akan kehilangan modal-modal insan yang kreatif dan inovatif. Analisis kajian mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains menimbulkan rasa seronok dalam kalangan murid dan dapat membantu proses pembelajaran murid. Di samping itu, perisian pendidikan Sains dapat menghidupkan suasana P&P yang ceria, memudahkan pelajar memahami isi pelajaran dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. Kajian Ropp (1999), mendapati bahan pembelajaran berunsur multimedia interaktif mampu bertindak sebagai satu alat kognitif untuk mencetuskan proses pembelajaran, pemikiran kritis dan kreatif, penyelesaian masalah dan pembelajaran. Melalui multimedia interaktif, suasana P&P menjadi lebih menarik (Noor Azliza & Lilia, 2002). Kajian Ismail et. al (2005) pula mendapati penggunaan perisian pendidikan Sains dapat membantu kefahaman dan meningkatkan pengetahuan murid kerana terdapatnya elemen-elemen grafik, animasi dan audio yang lebih menarik berbanding buku teks. Secara kesimpulannya, penggunaan perisian pendidikan Sains dalam kalangan guru-guru Sains sekolah rendah masih lagi ditahap sederhana. Walaupun mereka berpendapat bahawa penggunaan perisian pendidikan Sains ini dapat membantu melicinkan lagi proses P&P mereka namun mereka seolah-olah kurang percaya dengan kemampuan perisian pendidikan Sains tersebut dengan kurangnya penggunaannya di dalam kelas. Oleh itu, guru-guru Sains sekolah rendah seharusnya diberi peluang dan ruang untuk menggunakan perisian pendidikan Sains ini secara optimum.
  • 7. Rujukan Chen, L-L (2004). “Pedagogical Strategies to Increase Pre-Service Teachers’ Confidence in Computer Learning” Educational Technology & Society, 7(3), 50-60. Hayazi Mohd Yasin (2008). “Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru-guru Teknikal di Sekolah Menengah Teknik Daerah Johor Bahru” Universiti Teknologi Malaysia: Tesis Sarjana Muda. Ismail Sheikh Ahmad et. al (2005). “Laporan Kajian Keberkesanan Penggunaan ICT (CDRI dan Rancangan TV Pendidikan) dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah” International Islamic University Malaysia (IIUM). Lee Lai Guan (2000) Pengendalian Pengajaran Pembelajaran Bestari di Sekolah Bestari printis negeri Kedah dan Perlis. “Prosoding di Seminar Penyelidikan Pendidikan Kebangsaan 2000: Ke arah Peningkatan Prestasi Pembelajaran Pelajar” 8-11 November 2002. Hotel Bayview, Pulau Langkawi. Naisbitt, J. (1982). “Megatrends” New York:Warner Books. Noor Azliza & Lilia, (2002) “Reka bentuk dan keberkesanan pembelajaran berbantukan multimedia pendekatan konstruktivisme bagi sains KBSM”. Jurnal Teknologi 36(E), 19-38. Pispa, J. (1994) in William, D.M. (2000). “Intergrating Technology into Teaching and Learning” Singapore:Prentice Hill. Ropp, M.M (1999), “Exploring Individual Characteristics Associated With Learning to Use Computers in Preservice Teachers Preparation” Journal of Research on Computing in Education. Boston: Pearson Education. Sathiamoorthy Kannan (2001) “Intergrating of computer into teaching-learning: A study of concerns and managing ability among smart school teachers” Prosiding International Conference on Technology & Vocational-Technical Education: Globalization and Future Trend” 12-13 November, volume 1&2. Universiti Kebangsaan Malaysia. Toffler, A. (1980) :The Third Wave” New York: Basic Books. Wan Zah Wan Ali et al. (2006) “Syarat Pengintergrasian ICT dalam Pengajaran dan Pembelajaran di Sekolah Bestari.” Selangor:Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia.