SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 22
Baixar para ler offline
UNIVERSITI MALAYSIA SABAH
SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL


      DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI
                DALAM PENDIDIKAN


         SEMESTER II SESI 2012/2013


                     Tajuk Kerja Kursus:


              WEB 2.0 : FACEBOOK



                    Ahli Kumpulan :

      Fatimah Aribahal                     PT122337CT
      Rosmawati Mohamad                    PT122313CT
      Rukizah Moong                        PT122316CT
      Siti Norprisiella Lasah               PT122338CT
      Zuraina Maskul                       PT122300CT




                                1
1.0       PENGENALAN

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook
merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi
yang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satu
fenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian
telah dilakukan.

          Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris,
2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh
dunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg
lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli
politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi
celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi
pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang
diselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010).

          Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakan
facebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka juga
menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini
penulis    cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan
pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21.




2.0       TEORI PEMBELAJARAN

Corak pembelajaran yang wujud pada masa kini adalah hasil daripada usaha individu –
individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Hasil
usaha tersebut telah membawa kepada terhasilnya beberapa teori pembelajaran yang
digunapakai di dalam bilik darjah. Terdapat tiga teori yang utama iaitu Teori Tingkah Laku
(Behaviouris), Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme.




                                              2
2.1 TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIOURIS)

                                       BEHAVIORISME


    •    Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan.
    •    Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran
    •    atau hukuman.
    •    Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang
    •    boleh diukur atau diperhatikan.
    •    Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid
    •    dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran.




Teori ini menekan perubahan tingkahlaku. Kajian tingkahlaku yang dapat dilihat atau diukur.
Ianya tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku. Antara tokoh teori ini adalah:

    •    Pavlov (1849-1936)
    •    Watson (1878-1958)
    •    Thorndike (1874-1949)
    •    Skinner (1904-1960)

Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran ialah pembentukkan suatu hubungan di
antara S-R (STIMULUS-RESPONSE). Beliau juga telah menghasilkan tiga hukum penting
iaitu:

    •    Hukum kesan
    •    Hukum latihan
    •    Hukum “readiness”

Prinsip pembelajaran yang ditekankan oleh Thorndike ialah:

    •    Pembelajaran memerlukan praktik dan ganjaran.
    •    Suatu siri tindakbalas boleh digabungkan.
    •    Pemindahan pembelajaran berlaku disebabkan pengalaman.
    •    Kepintaran adalah bergantung kepada kekerapa.




                                              3
Namun begitu, Skinner telah mengubahsuaikan kajian teori pembelajaran tingkahlaku dan
telah mencadangkan prinsip pembelajaran yang berikut:

   •   Tingkahlaku diperkukuh secara positif akan berulang.
   •   Pengukuhan intermitent berkesan.
   •   Maklumat diberi sedikit demi sedikit.
   •   Pengukuhan digeneralisasikan untuk menghasilkan perlaziman sekunder.

Walau bagaimanapun, teori pembelajaran tingkahlaku telah memberikan kesan kepada:

   •   Objektif tingkah laku pembelajaran.
   •   Analisis taksonomi tingkah laku pembelajaran
   •   Taksonomi matlamat pembelajaran Gagne
   •   Pembelajaran mastery
   •   Pendekatan industry dan tentera
   •   Mesin mengajar dan pengajaran terancang
   •   Pengajaran individu




Kekuatan teori ini ialah menekankan asas bahawa pelajar terfokus kepada matlamat yang
jelas dan boleh bertindak balas terhadap matlamat itu manakala kelemahan teori ini ialah
terdapat kemungkinan pelajar mendapati tiada ransangan yang sesuai untuk maklum balas
berlaku, iaitu pelajar tidak dapat memberi maklum balas.




2.2 TEORI KOGNITIF

                                      KOGNITIVISME


          •   Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema.
          •   Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu
              diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau
              skema diubah suai.




                                               4
Teori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses yang berlaku dalam
fikiran pelajar. Antara tokoh teori ini adalah:

   •   Edward Tolman
   •   Bandura
   •   J.Piaget
   •   Bartlett
   •   Gagne/Briggs
   •   Good
   •   Ausubel

Implikasi Teori Kognitif dalam pengajaran ialah:

   •   Organisasi dan struktur pengetahuan.
   •   Pengetahuan prosedur yang boleh digunakan.
   •   Kemahiran mendapatkan pengetahuan.

Konsep utama teori kognitif adalah:

   •   Skema
   •   Pemprosesan maklumat
   •   Kesan bermakna
   •   Kesan kedudukan bersiri
   •   Kesan latihan
   •   Kesan pemindahan
   •   Kesan tahap memproses maklumat
   •   Kesan keadaan
   •   Kesan mnemonik
   •   Pengelola awal

Untuk mengaplikasi teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara
aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat
latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada
penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan.

Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar sesuatu dengan kaedah yang sama dan seterusnya
memupuk keseragaman dalam melakukan kerja. Manakala kelemahan teori ini pelajar hanya




                                                  5
belajar satu kaedah untuk melakukan sesuatu dan kaedah tersebut berkemungkinan bukan
kaedah yang terbaik atau yang sesuai dengan pelajar atau situasi pada masa berkenaan.




2.3 TEORI KONSTRUKTIVISME

KONSTRUKTIVISME


             •   Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan
                  kepada pengetahuan sedia ada.




Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina
konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai
perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku
apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru.

Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah:

      •   Guru mengalakkan pembelajaran melalui penemuan.
      •   Guru dan pelajar berinteraksi secara aktif.
      •   Guru menyesuaikan pengajaran mengiku kefahaman pelajar.
      •   Guru guna turutan yang paling aktif untuk memberi pengetahuan.

Kekuatan teori ini pelajar penterjemah realiti yang pelbagai, pelajar dapat menangani
masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula tiada
keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan masalah
mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masing-masing yang
mereka katakan betul.




3.0       PENDIDIKAN ABAD KE-21

          Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media dengan
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumat


                                                 6
yang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet.
Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and
Service:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untuk
menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk
pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil
dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota.
Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor Micahel
Gibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang
telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan
pelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan
pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian.
       Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketiga
dunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan
pendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan.
Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatan
terhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitu
pada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saiz
kelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE)
merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan di
seluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajaran
dan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan
anak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan data
yang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikan
menengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah
atas disediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima
sebagai satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu
pada peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari.

       Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usaha
melahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untuk
memohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini.
Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti di
Amerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar
pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajar
tidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-guru


                                              7
juga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan
bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budaya
berfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan
kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat.

       Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju di
Asia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidang
seperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemua
kemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepun
dibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral,
penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikan
di Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika
sehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri,
mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir
secara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasi
daripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar dan
penerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran.

       Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang
mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun
Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara.
Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakan
warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama
iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan
teliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan
berkualiti cemerlang.

       Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad
kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor
perindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dan
dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifat
futuristik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa
dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menangani
cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara
berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan
tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa.


                                             8
Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif,
kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri
yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslah
lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan
pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran
berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni
kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasi
dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain,
kemahiran kepimpinan dan pengurusan.




3.1    KEMAHIRAN ABAD KE 21.


       Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan
pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber
pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu,
Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru,
kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks
pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia
berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih
sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multi
media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk
digunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala
kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran.


       Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah
salah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan
pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat.
Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh
mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malah
lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi
inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru.


Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebih
dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutu
pembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah

                                            9
sama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di
Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya
INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang
bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain
malah dengan pelajar lain di seluruh dunia.


       Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus ke
arah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan
dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap
kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran
membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli
kumpulan. Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti
kurikulum menjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan
sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti
andaian-andaian, idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi
yang lebih baik atau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum
perlu banyak menonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina
daya imaginasi dan boleh memberi pandangan.

       Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generik
bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di
tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada
majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.
Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam
bidang yang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi
penekanan. Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa
supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala
maklumat dalam pelbagai bahasa.




3.2    GURU ABAD KE 21.

       Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaan
proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru.
Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan
tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, para


                                              10
pendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kaya
maklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdaya
usahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan.

       Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains,
teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagai
warna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini,
guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapat
mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkan
peranan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Guru
mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspek
termasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yang
inovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras dengan
perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di
reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya
literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap
terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar.

       Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya
dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di
bilik darjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan
pengajaran, mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala
kelemahan. Guru juga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah
ilmu pengetahuan dan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang
dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat
dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan
sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh
masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen
perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah,
murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan
masyarakat setempat. Secara ringkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur
hidup sebagai budaya hidupnya

       Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua hal
perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran,
peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada


                                            11
tatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada proses
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterima
dan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran
kaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya
mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah:

   •   Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta
       penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik.
   •   Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat
       baru untuk dikongsikan.
   •   Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di
       capai.
   •   Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam
       negeri tetapi secara global.
   •   Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam
       pendidikan serta perubahan kurikulumnya.
   •   Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi
       dan perubahan pendidikan.
   •   Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan.
   •   Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan.
   •   Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan
       sepanjang hayat.
   •   Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi
       cabaran globalisasi pendidikan.

       Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan
dapat dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati
pelbagai laluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan
profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkan
prestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahan
akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, guru
mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus dan
menjadi pengurus kepada perubahan ini.



                                            12
3.3       PELAJAR ABAD KE-21


      Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami
tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi
tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu
mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya
tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asas
pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih
pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri
pelajar abad ke-21 antaranya:


      •   Berupaya menbuat hubung kait
      •   Bijak menyoal
      •   Yakin dalam berkomunikasi
      •   Mengambil risiko
      •   Dahagakan ilmu
      •   Bersifat ingin tahu
      •   Menjana idea
      •   Fleksibel
      •   Tidak mudah berputus asa
      •   Mendengar dan membuat refleksi sendiri
      •   Berani mencuba
      •   Mampu berfikir sendiri
      •   Mampu belajar dengan orang lain
      •   Membuat perubahan
      •   Berintegriti
      •   Berkeperibadian tinggi


      Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri
tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi
muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat
berguna terhadap negara




                                              13
Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang
diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan
teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serba
canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21
sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi
membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital.
Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet,
mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas
maklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital
sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21.


       Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar
untuk berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat
mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi
pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina
kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat
berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility
(bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian
sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal
perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube.


       Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan
perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah
atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah
memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program
pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara
asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21.


4.0    WEB 2.0 FACEBOOK

4.1    Apakah itu facebook

Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet
merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook
merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi
yang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan
dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun

                                            14
ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook
lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan
dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai
makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang
dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada
timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran
universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan
membantu penuntut saling mengenali.

       Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan
rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes.
Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian
beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan
Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana
pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang
berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif
seluruh dunia.

       Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah
sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan
mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh
tahun,iaitu "face book".

4.2    Kelebihan facebook

Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009).
Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia.
“Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi
maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai
kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi Dan
Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda
sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di
kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk
bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang
kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan

                                           15
tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat
bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri
diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak
terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009).

       Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi,
maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain
boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh
mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat"
sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar.
Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari
pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada
para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan"
melainkan ditetapkan sebaliknya.

       Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalam
penyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasi
oleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru dan
pelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan media
pembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran kerana
pembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagai
pusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri dengan
belajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator.

Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawab
belajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif,
membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatih
penggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning.
Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru
meng add / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru
Semenanjung walaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan
mudah bertukar maklumat yang terkini.




4.3    Cara menggunakan facebook dalam pendidikan




                                               16
Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada
pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta
pelajar untuk:

1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang-
kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka.

2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai
tugasan kursus, serta permohonan kursus.

3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza.

Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
Caranya ialah:

1. Semua pelajar membuat akaun facebook.

2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombongan
belajar.

3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes.

4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru.

5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga boleh
memberikan tugas berbeza individu.

6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya.

7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group

8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat

Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positif
Facebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapa
kemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya cara
memanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktiviti
melayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciri
aplikasi yang berikut :

   •   Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga
       boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh

                                            17
berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua
    rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau
    gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di
    facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai
    panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian
    ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau
    komen terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut.

•   Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook.
    Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh
    digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah
    kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru
    boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam
    kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan
    jawapan yang mereka berikan.

•   Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang
    mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag
    ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh
    menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu.

•   Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah
    satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook
    Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal
    dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji
    pengetahuan geografi dari pemain-pemain.

•   Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang
    bahan-bahan   yang   akan   dipelajari   dalam   pertemuan   seterusnya,   memberi
    rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen",
    sehingga pelajar terpancing untuk berbincang.

•   Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar
    dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar.

•   Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik
    (upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian



                                        18
gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan
          "komen"

      •   Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan
          sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa
          memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet.

      •   Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh
          memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam
          mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang
          berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time.




4.4       Penggunaan facebook dalam P&P

‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia.
Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk
menemui remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial
seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk
berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang
terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai
tahap pengajaran yang berkesan.

          Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi
berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik
darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya
pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam
pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam
pengajaran mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan,
memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru
perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial.
Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah
kepada murid-murid.

          Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulu
mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan,
guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru boleh


                                              19
melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya,
guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai
tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi
gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini
mengukuhkan kefahaman pelajar.

       Dalam    pengajaran    guru   boleh   melakukan   aktiviti   pelbagai   aktiviti   seperti
menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di
dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita
tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam
pengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni
satu dunia pembelajaran yang baharu baginya.

       Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab oleh
pelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihan
dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan
berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat
jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing,
pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik
untuk menjadi yang terbaik.

       Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik
setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan
menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk
tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai
oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar
tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba
membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakal
dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”.

       Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar,
video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik
video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya.
Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web
yang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru
boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di



                                             20
dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan
apa yang terdapat dalam laman tersebut.

       Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru
adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru,
guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan
dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk
menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan
teman-teman sosial yang lain.




5.0    PENUTUP

       Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan
laman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyak
menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman
sosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajar
dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.

       Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan
suasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih
banyak interaksi dan peluang pengajaran.    Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip
belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin
mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan
sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan
kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik
mereka (PennState 2007).




RUJUKAN

ICT     Pupuk     Kemahiran      Abad      ke-2    (2001)     (Atas    Talian).Diperoleh:
       http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012).

Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan.
       Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh:
       http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf    (17 Disember 2012 ).


                                           21
Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21
        (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012).

Teori   Pembelajaran    Dalam    Perlaksanaan     Pengajaran   (Atas   Talian   ).   Diperoleh:
        http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012).




                                             22

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)NOREHANHUSIN
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubahskteena0112
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden wanhafshah
 
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan42.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4Sumitra Kan
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043murshidyzila
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Sherly Jewinly
 
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaranhibatullah92
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHMohd Fuad
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisTeacher Nasrah
 
Aplikasi model addie
Aplikasi model addieAplikasi model addie
Aplikasi model addieEni Nasution
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifNur Liz
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKamarudin Jaafar
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajianmilatusamsi
 
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1NUR FADLILLAH NAZAR
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakMiss Miaa
 

Mais procurados (20)

KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
KPS 3014 PENGURUSAN PEMBELAJARAN (UPSI)
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Definisi pembolehubah
Definisi pembolehubahDefinisi pembolehubah
Definisi pembolehubah
 
pendidikan moden
pendidikan moden pendidikan moden
pendidikan moden
 
Jsu baiki
Jsu baikiJsu baiki
Jsu baiki
 
Teknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdPTeknik KBKK dalam PdP
Teknik KBKK dalam PdP
 
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan42.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
2.2 trialogical learning-proses-bm2018jan4
 
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
Sekolah dan masyarakat dpli kps 4043
 
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
Usaha usaha kementerian pendidikan malaysia dalam memantapkan perpaduan dan i...
 
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi PengajaranPenggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
Penggunaan Kajian Kes Sebagai Strategi Pengajaran
 
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAHPERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
PERUBAHAN PARADIGMA DALAM PENILAIAN DAN PENYELIDIKAN KURIKULUM BILIK DARJAH
 
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Aplikasi model addie
Aplikasi model addieAplikasi model addie
Aplikasi model addie
 
Teori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitifTeori konstruktivisme kognitif
Teori konstruktivisme kognitif
 
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajianKuliah 3   pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
Kuliah 3 pemboleh ubah hipotesis dan soalan kajian
 
Mengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus KajianMengenal Pasti Fokus Kajian
Mengenal Pasti Fokus Kajian
 
8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme8.5 teori interaksionisme
8.5 teori interaksionisme
 
heutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogyheutagogy dan cybergogy
heutagogy dan cybergogy
 
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
Jadual spesifikasi ujian (jsu) MATEMATIK TINGKATAN 1
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
 

Semelhante a Facebook dalam pendidikan

Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiahiezaku
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran Opie Mohamad
 
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaranMakalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaransundelubek1
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&pNurul Nadia
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran Universiti selangor
 
Peta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media PembelajaranPeta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media Pembelajarangawukbalap
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggiStar Ng
 
Model Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungModel Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungRose Lind
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikelike ikram
 

Semelhante a Facebook dalam pendidikan (20)

Tekno pdf
Tekno pdfTekno pdf
Tekno pdf
 
Ujian semester strategi
Ujian semester strategiUjian semester strategi
Ujian semester strategi
 
Penulisan ilmiah
Penulisan ilmiahPenulisan ilmiah
Penulisan ilmiah
 
Ppt
PptPpt
Ppt
 
Problematika sejarah
Problematika sejarahProblematika sejarah
Problematika sejarah
 
model-model pengajaran
model-model pengajaran model-model pengajaran
model-model pengajaran
 
Pkp matematika juita ut raha
Pkp matematika juita ut rahaPkp matematika juita ut raha
Pkp matematika juita ut raha
 
Model pembelajaran
Model pembelajaranModel pembelajaran
Model pembelajaran
 
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaranMakalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
Makalah kelomppk 2 teoribelajar dan pembelajaran
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
7 teori pengajaran  kaedah pengajaran 7 teori pengajaran  kaedah pengajaran
7 teori pengajaran kaedah pengajaran
 
Teori & model p&p
Teori & model p&pTeori & model p&p
Teori & model p&p
 
Pendekatan inkuiri
Pendekatan inkuiriPendekatan inkuiri
Pendekatan inkuiri
 
Peta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media PembelajaranPeta Konsep Media Pembelajaran
Peta Konsep Media Pembelajaran
 
Konstruktivisme
KonstruktivismeKonstruktivisme
Konstruktivisme
 
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
239602990 pengajaran-kemahiran-berfikir-aras-tinggi
 
Model model pembelajaran
Model model pembelajaranModel model pembelajaran
Model model pembelajaran
 
Model Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran LangsungModel Pembelajaran Langsung
Model Pembelajaran Langsung
 
Lesson study artikel
Lesson study artikelLesson study artikel
Lesson study artikel
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 

Mais de Rukizah Moong

10 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k110 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k1Rukizah Moong
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdaganganRukizah Moong
 
Rph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRukizah Moong
 

Mais de Rukizah Moong (6)

10 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k110 jpnt trial_pdg_k1
10 jpnt trial_pdg_k1
 
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
[Edu.joshuatly.com] negeri sembilan spm trial 2011 perdagangan
 
Rph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bankRph bab 1 perkhidmatan bank
Rph bab 1 perkhidmatan bank
 
Latihan excel
Latihan excelLatihan excel
Latihan excel
 
Gambar
GambarGambar
Gambar
 
Latihan excel 2
Latihan excel 2Latihan excel 2
Latihan excel 2
 

Facebook dalam pendidikan

  • 1. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH SEKOLAH PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL DTT5212 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN SEMESTER II SESI 2012/2013 Tajuk Kerja Kursus: WEB 2.0 : FACEBOOK Ahli Kumpulan : Fatimah Aribahal PT122337CT Rosmawati Mohamad PT122313CT Rukizah Moong PT122316CT Siti Norprisiella Lasah PT122338CT Zuraina Maskul PT122300CT 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi yang semakin canggih. Memandangkan kesan penggunaan facebook telah memberi satu fenomena dan memberikan impak yang besar kepada penggunanya, jadi banyak kajian telah dilakukan. Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. Menurut Datuk Seri Najib “Malaysia ialah satu generasi baru, bukan penyandang beg lama. Kita perlu sesuaikan dengan keadaan, mereka tidak mahu melihat kita sebagai ahli politik yang keletihan. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya, satu perubahan dalam jawapan rutinnya yang diselitkan dengan politik. (The Malaysiainsider, 2010). Dalam sebuah kajian yang telah dijalankan mendapati ramai pelajar menggunakan facebook untuk tujuan sosial. Namun demikian, pada masa yang sama mereka juga menggunakan facebook bagi tujuan pendidikan. Oleh yang demikian, dalam penulisan ini penulis cuba untuk menjelaskan sejauh mana facebook berguna dalam pendidikan dan pengajaran dan pembelajaran alaf ke-21. 2.0 TEORI PEMBELAJARAN Corak pembelajaran yang wujud pada masa kini adalah hasil daripada usaha individu – individu yang berusaha untuk membuat kajian tentang sifat-sifat proses pembelajaran. Hasil usaha tersebut telah membawa kepada terhasilnya beberapa teori pembelajaran yang digunapakai di dalam bilik darjah. Terdapat tiga teori yang utama iaitu Teori Tingkah Laku (Behaviouris), Teori Kognitif dan Teori Konstruktivisme. 2
  • 3. 2.1 TEORI TINGKAH LAKU (BEHAVIOURIS) BEHAVIORISME • Menekankan kepada tingkah laku yang boleh diperhatikan. • Perlakuan boleh diperkukuh atau dihentikan melalui ganjaran • atau hukuman. • Pengajaran dirancang berdasarkan objektif perlakuan yang • boleh diukur atau diperhatikan. • Guru tidak perlu mengambil tahu pengetahuan sedia ada murid • dan perubahan yang berlaku dalam minda semasa pengajaran. Teori ini menekan perubahan tingkahlaku. Kajian tingkahlaku yang dapat dilihat atau diukur. Ianya tidak mengambil kira proses pemikiran yang berlaku. Antara tokoh teori ini adalah: • Pavlov (1849-1936) • Watson (1878-1958) • Thorndike (1874-1949) • Skinner (1904-1960) Thorndike mengatakan bahawa pembelajaran ialah pembentukkan suatu hubungan di antara S-R (STIMULUS-RESPONSE). Beliau juga telah menghasilkan tiga hukum penting iaitu: • Hukum kesan • Hukum latihan • Hukum “readiness” Prinsip pembelajaran yang ditekankan oleh Thorndike ialah: • Pembelajaran memerlukan praktik dan ganjaran. • Suatu siri tindakbalas boleh digabungkan. • Pemindahan pembelajaran berlaku disebabkan pengalaman. • Kepintaran adalah bergantung kepada kekerapa. 3
  • 4. Namun begitu, Skinner telah mengubahsuaikan kajian teori pembelajaran tingkahlaku dan telah mencadangkan prinsip pembelajaran yang berikut: • Tingkahlaku diperkukuh secara positif akan berulang. • Pengukuhan intermitent berkesan. • Maklumat diberi sedikit demi sedikit. • Pengukuhan digeneralisasikan untuk menghasilkan perlaziman sekunder. Walau bagaimanapun, teori pembelajaran tingkahlaku telah memberikan kesan kepada: • Objektif tingkah laku pembelajaran. • Analisis taksonomi tingkah laku pembelajaran • Taksonomi matlamat pembelajaran Gagne • Pembelajaran mastery • Pendekatan industry dan tentera • Mesin mengajar dan pengajaran terancang • Pengajaran individu Kekuatan teori ini ialah menekankan asas bahawa pelajar terfokus kepada matlamat yang jelas dan boleh bertindak balas terhadap matlamat itu manakala kelemahan teori ini ialah terdapat kemungkinan pelajar mendapati tiada ransangan yang sesuai untuk maklum balas berlaku, iaitu pelajar tidak dapat memberi maklum balas. 2.2 TEORI KOGNITIF KOGNITIVISME • Semua idea dan imej dalam minda individu diwakili melalui skema. • Jika maklumat baru secocok dengan skema, maka maklumat itu diterima. Jika tidak, maklumat itu ditolak atau diubah suai, atau skema diubah suai. 4
  • 5. Teori ini menekan proses pemikiran di sebalik tingkah laku, iaitu proses yang berlaku dalam fikiran pelajar. Antara tokoh teori ini adalah: • Edward Tolman • Bandura • J.Piaget • Bartlett • Gagne/Briggs • Good • Ausubel Implikasi Teori Kognitif dalam pengajaran ialah: • Organisasi dan struktur pengetahuan. • Pengetahuan prosedur yang boleh digunakan. • Kemahiran mendapatkan pengetahuan. Konsep utama teori kognitif adalah: • Skema • Pemprosesan maklumat • Kesan bermakna • Kesan kedudukan bersiri • Kesan latihan • Kesan pemindahan • Kesan tahap memproses maklumat • Kesan keadaan • Kesan mnemonik • Pengelola awal Untuk mengaplikasi teori kognitif dalam pengajaran, guru mesti melibatkan pelajar secara aktif. Contohnya memberi kawalan kepada pelajar dan memastikan pelajar boleh membuat latihan pada bila-bila masa. Selain itu, guru juga perlu memberikan perhatian kepada penstrukturan dan organisasi maklumat untuk memudahkan pemprosesan. Kekuatan teori ini ialah melatih pelajar sesuatu dengan kaedah yang sama dan seterusnya memupuk keseragaman dalam melakukan kerja. Manakala kelemahan teori ini pelajar hanya 5
  • 6. belajar satu kaedah untuk melakukan sesuatu dan kaedah tersebut berkemungkinan bukan kaedah yang terbaik atau yang sesuai dengan pelajar atau situasi pada masa berkenaan. 2.3 TEORI KONSTRUKTIVISME KONSTRUKTIVISME • Pengetahuan dibina sendiri oleh murid secara aktif berdasarkan kepada pengetahuan sedia ada. Teori ini menekan pembelajaran merupakan suatu proses yang aktif dan pelajar membina konsep baru atau pengetahuan baru berasaskan pengalaman. Setiap individu mempunyai perwakilan pengetahuan sendiri melalui pengalaman yang dialami. Pembelajaran berlaku apabila ketidakseimbangan berlaku di antara kerangka dengan maklumat baru. Implikasi teori ini dalam pengajaran ialah: • Guru mengalakkan pembelajaran melalui penemuan. • Guru dan pelajar berinteraksi secara aktif. • Guru menyesuaikan pengajaran mengiku kefahaman pelajar. • Guru guna turutan yang paling aktif untuk memberi pengetahuan. Kekuatan teori ini pelajar penterjemah realiti yang pelbagai, pelajar dapat menangani masalah sebenar dalam pelbagai bentuk. Manakala kelemahan teori ini pula tiada keseragaman. Pelajar mempunyai perwakilan model mental masing-masing dan masalah mungkin timbul apabila setiap individu mengutarakan pandangan masing-masing yang mereka katakan betul. 3.0 PENDIDIKAN ABAD KE-21 Globalisasi dalam pendidikan bermaksud merentas sempadan dan media dengan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Sebarang bentuk ilmu dan maklumat 6
  • 7. yang diperoleh tidak terhad di bangku sekolah sahaja tetapi boleh berlaku melalui internet. Perjanjian Perkhidmatan Pendidikan atau GATS (General Agreement on Trade and Service:1999) yang telah ditandatangani oleh kebanyakan negara maju bersetuju untuk menghapuskan rintangan pendemokrasian pendidikan dan membuka peluang untuk pertukaran pakar pendidikan, penubuhan institusi pendidikan serta pengiktirafan sijil-sijil dari semua peringkat persekolahan dan institusi pendidikan di antara anggota-anggota. Berdasarkan kenyataan setiausaha Agung Universiti komanwel iaitu Profesor Micahel Gibbons, globalisasi merupakan proses berterusan dalam perindustrian pendidikan yang telah berlaku lama dahulu. Globalisasi pendidikan ialah proses perubahan untuk amalan dan pelaksanaan pengajaran berkualiti. Ia menggalakkan penyelidikan untuk pengajaran dan pembelajaran dalam bidang methodologi, psikologi serta pengujian dan penilaian. Merujuk kepada pelaksanaan pendidikan di Finland yang merupakan tempat ketiga dunia dalam penilaian global, usaha Kementerian Pelajaran untuk memperkasakan pendidikan vokasional telah mengambil sistem pendidikan Finland sebagai rujukan. Umumnya, sistem pendidikan vokasional di Finland bersifat disentralisasi. Pendekatan terhadap pendidikan umum juga berbeza yang mana hanya satu peperiksaan awam iaitu pada peringkat akhir menengah atas. Sistem pendidikannya juga tidak menetapkan saiz kelas kecuali untuk pelajar berkeperluan khas. Finnish National Board Of Education (FNBE) merupakan satu badan yang menentukan kerangka kurikulum yang akan dilaksanakan di seluruh negara. Guru yang ditugaskan mengajar akan menentukan metodologi pengajaran dan bahan pengajaran yang akan digunakan. Ibu bapa boleh mengikuti perkembangan anak-anak mereka secara online manakala pihak sekolah akan menyediakan pangkalan data yang lengkap tentang pelajar untuk disemak oleh ibu bapa. Kurikulum untuk pendidikan menengah atas disediakan untuk tiga tahun. Pendidikan vokasional peringkat menengah atas disediakan di kolej vokasional. Pendidikan vokasional di pandang tinggi dan diterima sebagai satu alternatif oleh rakyat Finland. Pendidikan di Finland juga tidak terlalu tertumpu pada peperiksaan tetapi lebih bersifat menjadikan pelajar mampu berfikir dan berdikari. Sistem pendidikan negara Finland turut memartabatkan guru dalam usaha melahirkan guru abad ke 21. Ramai dalam kalangan graduan cemerlang cenderung untuk memohon menjadi sehingga berlaku peningkatan dalam tempoh lima tahun terakhir ini. Beban mengajar guru di Finland adalah jauh lebih rendah berbanding negara lain seperti di Amerika Syarikat dan New Zealand. Guru-guru secara langsung dilatih untuk mengajar pelajar bagi membolehkan pelajar melepasi ujian dengan skor yang baik. Guru dan pelajar tidak didoktrinkan dengan ujian tetapi ditekankan kepada pembelajaran kendiri. Guru-guru 7
  • 8. juga di latih agar menggunakan pendekatan yang lebih bercorak pembelajaran kreatif dan bersahaja. Ia bertujuan untuk merangsang perkembangan minda dan menggalakkan budaya berfikir dalam kalangan pelajar. Usaha memartabatkan guru termasuklah memastikan kerjaya ini mempunyai masa depan yang gemilang menerusi kenaikan pangkat. Sistem pendidikan di Jepun merupakan salah satu contoh pendidikan yang maju di Asia Tenggara. Kemajuan sistem pendidikan Jepun dapat dilihat dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, teknologi, ilmu pengetahuan, sosial, politik dan lain-lain. Kesemua kemajuan ini sangat berkait rapar dengan kemajuan dalam pendidikan. Pendidikan di Jepun dibangunkan atas prinsip-prinsip seperti legalisme, pentadbiran yang demokratik, neutral, penyesuaian dan penetapan persekitaran pendidikan dan desentralisasi. Tujuan pendidikan di Jepun adalah untuk membesarkan anak yang sihat fikiran dan badan serta penuh estetika sehingga melahirkan pelajar yang ideal iaitu pelajar yang selalu melatih diri sendiri, mematuhi peraturan, bersedia bekerja secara sukarela dan mempunyai dasar untuk berfikir secara internasional. Umumnya, kaedah pengajaran yang digunakan adalah kombinasi daripada penjelasan dan soal jawab dengan guru, perbincangan sesama pelajar dan penerokaan oleh pelajar dengan menggunakan alat pembelajaran. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan negara. Laporan Kabinet mengkaji pelaksanaan Dasar Negara dalam proses menyediakan warganegara Malaysia dengan pendidikan yang lengkap bagi mengisi dua keperluan utama iaitu keperluan individu dan keperluan negara, kurikulum perlu dirancang dan diurus dengan teliti. Ini amat penting untuk menentukan agar kurikulum ini sesuai dengan keperluan dan berkualiti cemerlang. Pembangunan tenaga manusia dan tenaga rakyat menjelang abad ke 21 tidak terhad kepada penyediaan dan pembekalan tenaga pekerja yang berketrampilan dalam sektor perindustrian dan perdagangan. Kurikulum abad ke 21 adalah relevan dan koheran dan dapat memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Perancangan kurikulum mestilah bersifat futuristik, fleksibel dan dinamil agar dapat menentukan corak masyarakat dan profil bangsa dan warganegara Malaysia. Warganegara Malaysia abad 21 mestilah dapat menangani cabaran yang akan dibawa arus oleh globalisasi, ledakan ilmu dan maklumat. Warganegara berupaya merancang masa depan mereka dan mampu membuat pilihan yang bijak dan tepat sesuai dengan budaya dan nilai-nilai semasa. 8
  • 9. Hasrat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bersikap terbuka dan kreatif, kurikulum yang direncanakan haruslah mampu membekalkan pelajar dengan kesediaan diri yang kukuh dari segi intelek, rohani, jasmani dan emosi. Fokus pengisian kurikulum haruslah lebih daripada penguasaan pengetahuan dan kemahiran asas tetapi kepada penguasaan pelbagai kemahiran iaitu kemahiran berfikir secara kritikal dan kreatif, kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kemahiran menikmati keindahan ciptaan dan seni kemahiran membuat pilihan dan membuat keputusan, kemahiran mencari, menginterpretasi dan mengaplikasi maklumat, kemahiran bergaul dan bekerjasama dengan orang lain, kemahiran kepimpinan dan pengurusan. 3.1 KEMAHIRAN ABAD KE 21. Guru selaku penyampai maklumat kepada pelajar perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan yang secukupnya dalam bidang teknologi maklumat kerana sumber pengetahuan utama abad ke 21 berkaitan dengan teknologi maklumat. Oleh itu, Kesinambungan integrasi ICT bermula di peringkat universiti yang melatih bakal guru, kemudiannya guru ini pula akan mengajar generasi baru di sekolah. Dalam konteks pendidikan, perkembangan bidang teknologi maklumat dapat memudahkan manusia berkomunikasi dalam mengurus, menyimpan dan menyebar maklumat dengan lebih canggih sama ada dalam bentuk data teks, imej atau suara. Kemudahan seperti komputer, multi media, cekera padat dan lebuh raya maklumat seperti 'internet' perlu disediakan untuk digunakan oleh semua pelajar. Menjelang abad ke 21, pelajar perlu mendapat segala kemudahan yang disediakan untuk membantu mereka dalam proses pembelajaran. Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan adalah salah satu pendekatan utama dalam pemupukan kemahiran abad ke-21 dalam kalangan pelajar. Pelajar dalam abad ke 21 pasti berada dalam gelombang teknologi maklumat. Amatlah penting generasi baru menguasai kemahiran abad ke-21 ini supaya mereka boleh mengharungi cabaran era globalisasi yang padat dengan informasi dan teknologi. Malah lebih penting lagi ialah pembelajaran yang bukan sahaja melibatkan pengetahuan tetapi inovasi dan kreativiti baru yang mengolah proses pembelajaran dalam suasana yang baru. Oleh itu, setiap pelajar perlu memiliki kemahiran dalam penggunaan komputer atau lebih dikenali sebagai celik komputer. Ini kerana, komputer beupaya meningkatkan mutu pembelajaran. Menjelang abad ke 21, komputer menjadi alat standard di semua sekolah 9
  • 10. sama ada di peringkat rendah, menengah dan lepasan menengah. Semua sekolah di Malaysia akan dihubungkan antara satu sama lain melalui JARING dan seterusnya INTERNET. Pelajar kita akan tergolong dalam 'global classroom'. Mereka berpeluang bersidang dan bertukar pendapat tentang apa sahaja dengan rakan mereka di sekolah lain malah dengan pelajar lain di seluruh dunia. Pengisian kurikulum perlu memberi penekanan kepada kemahiran yang menjurus ke arah pembelajaran koperatif iaitu kurikulum berkisar dalam bentuk tugasan, permasalahan dan projek yang dijalankan oleh pelajar dalam kumpulan yang mengandungi pelbagai tahap kebolehan. Penglibatan diri dalam kemahiran interpersonal merangkumi kemahiran membuat keputusan, mengendalikan konflik dan mengekalkan hubungan antara ahli kumpulan. Penekanan terhadap cara berfikir secara kritis dan reflektif iaitu setiap aktiviti kurikulum menjurus kepada kebolehan membuat pilihan dan keputusan berlandaskan sebab-sebab yang rasional serta justifikasi. Minda yang kritis berupaya mengenal pasti andaian-andaian, idea, pandangan yang membawa kepada perubahan tingkah laku peribadi yang lebih baik atau penghasilan produk baru. Selain itu, pengembangan kreativiti kurikulum perlu banyak menonjolkan aktiviti yang kreatif termasuklah berfikir secara logik, membina daya imaginasi dan boleh memberi pandangan. Kemahiran Generik juga diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum generik bolehguna dapat menyediakan tenaga pekerja yang mahir, cekap dan berketerampilan di tempat kerja dan alam pekerjaan. Pekerja yang berketerampilan menjadi aset kepada majikan, dapat memajukan diri dan menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Penguasaan kemahiran generik memberi peluang kepelbagaian jenis pekerjaan dalam bidang yang berlainan. Kebolehan bertutur dalam pelbagai bahasa juga turut diberi penekanan. Arus globalisasi dan ledakan maklumat memerlukan kebolehan pelbagai bahasa supaya boleh berkomunikasi dengan berkesan dan berupaya menggunakan segala maklumat dalam pelbagai bahasa. 3.2 GURU ABAD KE 21. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa guru ialah teras kepada pelaksanaan proses pendidikan walaupun proses pendidikan boleh berlangsung tanpa adanya guru. Terdapat banyak peranan yang perlu dimainkan oleh guru dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai pendidik. Dalam usaha melahirkan manusia yang berkualiti, para 10
  • 11. pendidik perlulah dilengkapi dengan ciri-ciri tertentu agar generasi alaf baru yang kaya maklumat, kekuatan minda, memiliki nilai luhur, bersemangat jati diri, jaya diri, berdaya usahawan dan berketrampilan berjaya dilahirkan. Abad ke 21 akan membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Gelombang ini akan terus mewarnai dunia dengan pelbagai warna mengakibatkan berlakunya perubahan yang tidak dapat dijangka. Dalam konteks ini, guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Paling mustahak, guru mesti dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. Guru juga seharusnya memainkan peranan sebagai pemimpin dan paling kurang sebagai pemimpin dalam bilik darjah. Guru mesti berusaha untuk memperkembangkan setiap potensi pelajarnya dari semua aspek termasuk intelek dan rohaninya. Guru perlu bersedia untuk menjadi seorang guru yang inovatif dan kreatif agar pelajar yang kreatif dan inovatif dapat di bentuk. Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik di kalangan pelajar. Sebagai seorang profesional, guru mesti memahami akan keperluan pelajarnya dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru mesti melengkapkan dirinya selaku penyelidik di bilik darjah agar dapat mengenal pasti pencapaian pelajar, menilai keberkesanan pengajaran, mengukur keberkesanan dan seterusnya berusaha memperbaiki segala kelemahan. Guru juga mesti mengamalkan sikap sebagai pelajar iaitu sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan memperbaharui ilmunya. Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid, pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan masyarakat setempat. Secara ringkasnya, guru mesti menjadikan pembelajaran seumur hidup sebagai budaya hidupnya Guru yang berkualiti ialah guru yang bersifat profesional, mahir dalam semua hal perguruan, tahu tentang teori dan amalannya, tahu tentang pengajaran dan pembelajaran, peka kepada perkembangan pendidikan, mengikuti perkembangan ilmu dan patuh kepada 11
  • 12. tatasusila profesion perguruan. Proses pendidikan yang berkualiti merujuk kepada proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan iaitu apa yang diajar oleh guru dapat diterima dan dihayati oleh murid. Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kecenderungan dan minat pelajar terhadap pelajaran. Guru perlu mempunyai kemahiran kaunseling di samping memahami psikologi pembelajaran. Guru juga seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang tugas agar proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan berkesan. Antara ciri-ciri guru abad ke 21 ialah: • Mempunyai ciri beriltizam iaitu melibatkan diri secara bersungguh-sungguh serta penuh tanggungjawab dalam pelaksanaan tugas sebagai pendidik. • Berorientasikan maklumat iaitu bersungguh-sungguh mengejar maklumat-maklumat baru untuk dikongsikan. • Mempunyai wawasan iaitu berpandangan jauh dan mempunyai visi yang ingin di capai. • Berpandangan secara global yang melihat perspektif pendidikan bukan terhad dalam negeri tetapi secara global. • Sentiasa berpandangan positif iaitu memperlihatkan reformasi dan inovasi dalam pendidikan serta perubahan kurikulumnya. • Berpengetahuan, fleksibel dan mudah menyesuaikan diri dalam reformasi, inovasi dan perubahan pendidikan. • Mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi pendidikan. • Membuat refleksi melalui penyelidikan tindakan. • Merebut peluang pendidikan terbuka iaitu mengamalkan budaya pendidikan sepanjang hayat. • Mampu mewujudkan hubungan interpersonal secara sarwajagat untuk menghadapi cabaran globalisasi pendidikan. Menjelang tahun 2012, semua elemen Pakej Kerjaya Guru baharu diharap akan dapat dilaksanakan. Profesion keguruan akan berubah apabila guru dapat menikmati pelbagai laluan kerjaya berbeza dan menerima kesan daripada pelan induk pembangunan profesionalisme yang dirangka khusus untuk guru, serta pemberian ganjaran berdasarkan prestasi bukannya tempoh perkhidmatan. Abad ke 21 akan terus membawa perubahan akibat globalisasi, kemajuan ilmu sains, teknologi dan pengetahuan. Dalam konteks ini, guru mesti dapat memahami perubahan-perubahan ini. Guru juga perlu dapat mengurus dan menjadi pengurus kepada perubahan ini. 12
  • 13. 3.3 PELAJAR ABAD KE-21 Pelajar generasi abad ke-21 seharusnya telah menjadi profesional dan amat memahami tugasan mereka sebagai seorang pelajar. Pada masa yang sama, pembelajaran tidak lagi tertumpu kepada guru sebagai punca maklumat utama. Seharusnya mereka mesti mampu mancari maklumat daripada pelbagai sumber. Sesetengah sekolah mampu melaksanakannya tetapi masih terdapat sesetengah sekolah sekolah masih bergelut dengan soal asas pembelajaran iaitu kemampuan murid untuk membaca, menulis dan mengira (3M) masih pada peringkat yang mendukacitakan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa ciri-ciri pelajar abad ke-21 antaranya: • Berupaya menbuat hubung kait • Bijak menyoal • Yakin dalam berkomunikasi • Mengambil risiko • Dahagakan ilmu • Bersifat ingin tahu • Menjana idea • Fleksibel • Tidak mudah berputus asa • Mendengar dan membuat refleksi sendiri • Berani mencuba • Mampu berfikir sendiri • Mampu belajar dengan orang lain • Membuat perubahan • Berintegriti • Berkeperibadian tinggi Berdasarkan kepada ciri-ciri di atas, seseorang pelajar seharusnya mempunyai ciri-ciri tersebut. Hal ini kerana, melalui ciri-ciri yang terkandung ini mampu melahirkan generasi muda yang bijak, inovatif dan kreatif. Ini sekaligus melahirkan modal insan yang sangat berguna terhadap negara 13
  • 14. Selain dari itu, pelajar pada abad ke-21 juga mestilah mengikut perubahan yang diperlukan untuk memenuhi keperluan semasa yang dicorakkan oleh pembangunan teknologi. Pembelajaran pelajar pada abad ke-21 patut memanfaatkan teknologi yang serba canggih ini untuk mencapai tahap pembelajaran yang maksimum. Pelajar pada abad ke-21 sangat memerlukan pendedahan terhadap ICT. Jika dahulu, literasi cuma merangkumi membaca, menulis, dan mengira tetapi literasi abad ke-21 adalah melibatkan literasi digital. Guru memainkan peranan utama dalam membimbing pelajar untuk melayari internet, mencari laman sesawang, memilih perisian yang sesuai dan mengumpul serta mengulas maklumat yang diperolehi. Dengan bimbingan guru juga kesedaran global pada era digital sepatutnya mudah dicapai dan seharusnya meningkat di kalangan pelajar abad ke-21. Tugasan menerusi pembelajaran berasaskan projek juga menggalakkan pelajar untuk berkomunikasi secara interaktif. Pelajar berbincang dan berkongsi maklumat mengenai projek bersama rakan dan guru secara bersemuka atau atas talian menerusi pelbagai alat media sosial seperti e-mel, Facebook atau blog. Sumber terbaik bagi membina kemahiran komunikasi interaktif seperti kemahiran sosial dan peribadi, semangat berpasukan dan kolaborasi adalah menerusi lima bentuk teknologi era digital iaitu mobility (bergerak) seperti telefon pintar, connectivity (penyambungan) seperti WiFi, rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, enjin carian seperti Google dan Yahoo, dan portal perkongsian maklumat seperti Wikipedia dan YouTube. Jelas sekali bahawa pembangunan abad ke-21 dalam kalangan pelajar memerlukan perubahan pada pendekatan pendidikan. Perubahan ini boleh berlaku di peringkat sekolah atau bilik darjah. Walau bagaimanapun, perubahan di peringkat sekolah atau bilik darjah memerlukan kesedaran dan kemahiran di kalangan guru dan pentadbir. Program pengurusan perubahan dan kajian semula program latihan guru adalah perkara-perkara asas yang perlu disediakan ke arah pendidikan, persekolahan dan kemahiran abad ke-21. 4.0 WEB 2.0 FACEBOOK 4.1 Apakah itu facebook Dalam era pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi yang semakin pesat, internet merupakan saluran maklumat dan komunikasi yang digunakan secara meluas. Facebook merupakan salah satu laman sesawang sosial yang lahir daripada perkembangan teknologi yang kian canggih. Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc. Sejak 2006, sesiapa yang berumur 13 tahun 14
  • 15. ke atas dan memiliki alamat e-mel yang sah boleh menjadi pengguna Facebook. Facebook lebih menyasarkan golongan belia berbanding dewasa. Pengguna boleh menambah rakan dan saling menghantar mesej, serta mengemaskini profil peribadi mereka sebagai makluman kepada rakan-rakan. Selain itu, pengguna juga boleh menyertai rangkaian yang dianjurkan oleh tempat kerja, sekolah, atau kolej. Nama Facebook berasal daripada timangan yang digunakan untuk buku-buku yang diserahkan oleh pihak pentadbiran universiti kepada para penuntut pada permulaan tahun akademik di AS dengan tujuan membantu penuntut saling mengenali. Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja yang berumur 13 ke atas. Kini, tapak web ini dianggotai oleh lebih 400 juta pengguna aktif seluruh dunia. Konsep asal Facebook dipinjam dari hasil keluaran Akademi Phillips Exeter, sebuah sekolah persediaan yang pernah dihadiri oleh Zuckerberg, yang menerbitkan dan mengedarkan manual bercetak untuk semua pelajar dan fakulti selama berpuluh-puluh tahun,iaitu "face book". 4.2 Kelebihan facebook Facebook adalah salah satu media perhubungan sosial yang sangat terkenal (Zamris, 2009). Melalui facebook masyarakat dapat berinteraksi dengan sesiapa sahaja di seluruh dunia. “Kita perlu berubah dengan masa kerana mereka adalah generasi celik IT (teknologi maklumat)”. Itulah jawapan yang ceria Datuk Seri Najib berkongsi pendapatnya mengenai kempen facebooknya,(The Malaysiainsider, 2010).Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia telah mewujudkan Kumpulan facebook 1 Malaysia sebagai tanda sokongan rakyat terhadap kumpulan 1 Malaysia. Untuk makluman penggunaan facebook di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) telah berleluasa sejak tahun 2008 lagi. Facebook menjadi satu platform utama untuk bersosial dalam kalangan pegawai dan staf KPKK selepas digalakkan penggunaanya oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerangan. Tujuan utama adalah untuk memberikan peluang kepada semua staf KPKK untuk berinteraksi dengan Ketua Pengarah dan pegawai atasan 15
  • 16. tanpa sebarang kekangan terutama berkenaan masalah yang dihadapi di peringkat bawahan. Ketua Pengarah Jabatan Penerangan juga mahukan setiap Pengarah negeri diwajibkan mempunyai akaun facebook bagi memudahkan interaksi dengan semua pihak terutamanya dengan HQ KPKK (Oficial Portal, 2009). Pengguna boleh mencipta profil dengan gambar, senarai kegemaran peribadi, maklumat hubungan dan lain-lain. Perhubungan dengan rakan-rakan dan pengguna lain boleh dilakukan melalui mesej peribadi atau awam atau ciri sembang. Pengguna juga boleh mencipta dan menyertai kumpulan minat dan "laman suka" (dahulunya "laman peminat" sehingga 19 April 2010), sesetengahnya dijadikan alat pengiklanan oleh pertubuhan luar. Laman web ini adalah percuma kepada semua pengguna, dan menjana pendapatan dari pengiklanan, seperti iklan sepanduk. Pemaparan data profil terperinci adalah terhad kepada para pengguna sama rangkaian dan mengikut "batasan komuniti yang berpatutan" melainkan ditetapkan sebaliknya. Penggunaan facebook sebagai media pembelajaran sangat membantu guru dalam penyampaian bahan-bahan pelajaran yang cukup banyak, sehingga guru tidak lagi dibatasi oleh waktu yang terbatas kerana penggunaan media pembelajaran facebook, guru dan pelajar boleh melakukannya di luar waktu sekolah, dan juga dengan mengunakan media pembelajaran facebook pelajar menjadi lebih tertarik dan aktif dalam pembelajaran kerana pembelajaran dengan media pembelajaran facebook tidak lagi merujuk kepada guru sebagai pusat, akan tetapi pelajar sebagai pusat dan membina pengetahuannya sendiri dengan belajar mandiri melalui internet, di sini guru hanya sebagai fasilitator dan evaluator. Dengan media pembelajaran facebook pelajar dilatih belajar mandiri/tanggung jawab belajar, aktif, dan bekerja sama dalam menyelesaikan permasalahan, kolaboratif, membangunkan strategi belajar, juga melatih pelajar dalam penguasaan TMK dan melatih penggunaan bahasa Inggeris, pembelajaran yang meaningfull dan engaged learning. Kelebihan bagi para guru adalah dalam peringkat jejaringnya, contohnya seorang guru meng add / submit rakan guru lain atau menjadi fans dari Persatuan Guru-guru Semenanjung walaupun guru tersebut bearada di Sabah, akhirnya mereka dapat dengan mudah bertukar maklumat yang terkini. 4.3 Cara menggunakan facebook dalam pendidikan 16
  • 17. Amat penting bagi guru dan pensyarah untuk memperkenalkan rangkaian sosial kepada pelajar. Menurut Caroline dan Terri (2009), sebagai tugasan elektif, guru boleh meminta pelajar untuk: 1. Membuka akaun Facebook mereka sendiri dan “menjadi kawan” kepada sekurang- kurangnya seorang daripada rakan sekelas mereka. 2. Menyiarkan gambar yang bersesuaian dan berkaitan dengan kelas, pesanan mengenai tugasan kursus, serta permohonan kursus. 3. Mencuba penggunaan ciri-ciri yang berbeza. Cadangan idea dalam memanfaatkan Facebook untuk menyokong aktiviti pembelajaran. Caranya ialah: 1. Semua pelajar membuat akaun facebook. 2. Guru add semua pelajar di facebook dan memasukkannya satu group sesuai rombongan belajar. 3. Guru menyediakan bahan-bahan pembelajaran melalui Nota / Notes. 4. Pelajar membaca bahan-bahan dari Nota guru. 5. Guru memberikan tugas melalui kotak mesej kepada semua pelajarnya sehingga boleh memberikan tugas berbeza individu. 6. Pelajar menjawab tugas dengan menghantar mesej ke gurunya. 7. Guru memberikan ruang perundingan melalui forum / group 8. Guru membentuk ruang perbincangan melalui kemudahan chat Facebook sebenarnya tetap mempunyai banyak manfaat. Sebagai bukti akan nilai positif Facebook ini, khususnya bagi dunia pendidikan, dapat dilihat iaitu akan kewujudan beberapa kemudahan dan ciri-ciri yang ada dalam Facebook. Justeru, bagaimana sebenarnya cara memanfaatkan facebook sebagai sarana pembelajaran / pendidikan ini dilakukan? Aktiviti melayari facebook dalam pendidikan adalah dengan cara menjalankan beberapa ciri-ciri aplikasi yang berikut : • Facebook Share: Ini merupakan ciri-ciri asas di facebook. Ciri-ciri ini pastinya juga boleh digunakan sebagai alat untuk membantu pembelajaran. Siapapun boleh 17
  • 18. berkongsi apapun (tulisan singkat, link, gambar, video dan sebagainya) ke semua rakan-rakannya. Dengan ciri-ciri ini guru dapat mencari laman-laman web atau gambar-gambar yang berkaitan dengan pembelajaran, kemudian di kongsi/share di facebook untuk seterusnya boleh diakses oleh pelajar, sehingga pelajar mempunyai panduan dalam mencari bahan-bahan pembelajaran di internet, dengan perkongsian ini juga guru boleh menugaskan pelajar untuk memberikan analisis, kritik atau komen terhadap fenomena sosial yang berada di dalam share / pautan tersebut. • Facebook Quiz : Pada masa ini, sudah banyak kuiz-kuiz yang terdapat di facebook. Kebanyakaan kuiz yang dibuat hanya untuk suka-suka. Ciri-ciri ini sejatinya boleh digunakan untuk melakukan quiz online. Guru boleh membuat kuiz dengan mudah kemudian mengarahkan pelajar-pelajarnya untuk menjawab kuiz tersebut. Guru boleh menukar tugasan yang berbentuk soalan dengan membuat kuiz ini, di dalam kuiz ini guru juga boleh menetapkan skor yang diperoleh pelajar berdasarkan jawapan yang mereka berikan. • Facebook Note: Guru boleh memancing pelajar-pelajarnya saling berbincang mengenai topik tertentu. Guru hanya perlu membuat note di wall kemudian men tag ke seluruh pelajar-pelajarnya untuk memancing perbincangan. Dengan ini guru boleh menggalakkan murid-muridnya saling berbincang mengenai topik tertentu. • Facebook Apps: Dengan ciri-ciri ini hampir segalanya boleh dilakukan. Salah satunya adalah dengan membuat sebuah game edutainment pada platform facebook Apps ini. Salah satu contoh Facebook Apps game edutainment yang cukup terkenal dan banyak dimainkan adalah Geo Challenge. Sebuah aplikasi game untuk menguji pengetahuan geografi dari pemain-pemain. • Up Date Status: Melalui Up Date Status, guru boleh mengingatkan pelajar tentang bahan-bahan yang akan dipelajari dalam pertemuan seterusnya, memberi rangsangan, atau memberi jalan sebagai pokok perbincangan melalui "komen", sehingga pelajar terpancing untuk berbincang. • Forum: Ciri-ciri ini juga boleh dijadikan sebagai cara perbincangan antara pelajar dengan guru mahupun pelajar dengan pelajar. • Up Load Photo: Dengan ciri-ciri ini guru mahupun pelajar biasa memuatnaik (upload) gambar / gambar yang berkaitan dengan bahan-bahan pelajaran, kemudian 18
  • 19. gambar tersebut boleh di share dan dijadikan tema perbincangan dengan cadangan "komen" • Mesej: Melalui perkhidmatan mesej, guru boleh memberikan tugas atau cadangan sumber yang boleh pelajar akses di internet.Pesan. Melalui layanan pesan, guru bisa memberikan tugas atau rekomen sumber yang pelajar boleh akses di internet. • Chating: Dengan ada perkhidmatan chating di facebook, guru dan pelajar boleh memanfaatkannya untuk aktiviti soal jawab ataupun perbincangan pelajar dalam mengerjakan suatu tugas dari guru walaupun pelajar tersebut berada di tempat yang berbeza, sebaiknya bagi kelas maya yang real time. 4.4 Penggunaan facebook dalam P&P ‘Facebook” merupakan laman sosial yang mempunyai pelanggan jutaan manusia. Pelanggan-pelanggan tersebut termasuklah juga dari golongan remaja. Sangat sukar untuk menemui remaja yang tidak mempunyai laman sosial sendiri. Pada masa kini, laman sosial seakan-akan sudah menjadi satu keperluan, bukan lagi sebagai kemudahan untuk berinteraksi dengan rakan-rakan dari seluruh dunia. Guru seharusnya mengambil peluang terhadap kepesatan dunia internet untuk mengubah cara mengajar dalam usaha mencapai tahap pengajaran yang berkesan. Tidak dinafikan, penggunaan pen marker dan papan tulis, serta buku masih lagi berfungsi dan relevan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seorang guru di dalam bilik darjah. Namun, sebagai guru yang baik, guru perlu mengambil kesempatan mengubah gaya pengajaran agar lebih menarik dan menambah minat murid untuk belajar. Dalam pengajaran terdapat pelbagai cara untuk guru mengaplikasikan laman sosial ini dalam pengajaran mereka. Selain laman-laman sosial digunakan sebagai medan meluah perasaan, memuat naik gambar, memberitahu aktiviti semasa yang dilakukan dan sebagainya, guru perlu memikul tugas untuk menerapkan suatu budaya belajar dalam dunia laman sosial. Guru perlu membuatkan laman sosial sebagai laman ilmu dan laman yang memberi faedah kepada murid-murid. Untuk melakukan pengajaran melalui ‘facebook’, guru perlulah terlebih dahulu mempunyai akaun laman sosial tersebut. Melalui akaun laman sosial yang telah diwujudkan, guru perlu menambah pelajar-pelajarnya sebagai rakan. Seterusnya,barulah guru boleh 19
  • 20. melakukan pengajaran berbantukan laman sosial tersebut. Dalam pengajaran misalnya, guru boleh memuat naik bahan pengajaran atau nota sehari sebelum pengajaran sebagai tatapan awal pelajar sebelum masuk ke kelas keesokkan harinya. Perkara ini dapat memberi gambaran awal kepada pelajar terhadap apa yang bakal dipelajarinya dan perkara dapat ini mengukuhkan kefahaman pelajar. Dalam pengajaran guru boleh melakukan aktiviti pelbagai aktiviti seperti menyambung cerita di laman “Facebook”, contohnya, guru menulis satu perenggan di dinding laman sosial dan kemudiannya meminta pelajar untuk menyambung jalan cerita tersebut. Pengajaran sebegini sangat menarik dan merupakan suatu kelainan ketara dalam pengajaran guru. Pelajar tentunya teruja apabila dapat belajar dalam laman sosial, yakni satu dunia pembelajaran yang baharu baginya. Selain itu, guru juga boleh memuat naik nota-nota dan latihan untuk dijawab oleh pelajar. Guru memberikan satu tempoh masa untuk pelajar menjawab soalan-soalan latihan dalam laman sosial. Salah satu faedah mengadakan kuiz di laman sosial ialah, pelajar akan berlumba-lumba menjawab soalan yang diberikan kerana rakan-rakan mereka boleh melihat jawapan yang diberikan. Apabila masing-masing boleh melihat jawapan masing-masing, pastilah pelajar=pelajar akan saling bersaing menjawab soalan yang diberikan dengan baik untuk menjadi yang terbaik. Di samping itu, guru juga boleh memuat naik contoh jawapan atau hasil kerja terbaik setiap kali latihan diberikan di dalam kelas. Hasil kerja pelajar yang terbaik diimbas dengan menggunakan mesin pengimbas, lalu dimuat naik ke dalam laman-laman sosial untuk tontonan umum. Pelajar yang terlibat pasti berasa bangga dan gembira serta rasa dihargai oleh guru. Peneguhan melalui cara ini sangat berkesan bukan sahaja kepada diri pelajar tersebut, malah memberi motivasi kepada pelajar-pelajar yang lain. Mereka akan cuba membuat latihan sebaik mungkin untuk menjadi hasil kerja/jawapan pilihan yang bakal dimuat naik oleh guru di laman sosial seperti di “Facebook”. Laman sosial memberi kemudahan kepada penggunanya untuk berkongsi gambar, video, fail dan sebagainya. Guru boleh mengambil kesempatan ini dengan memuat naik video yang berkaitan dengan pengajaran seperti video forum, video debat dan sebagainya. Guru juga boleh memberi maklumat melalui perkongsian pautan untuk ke laman-laman web yang berbicara mengenai aspek pengajaran. Untuk memastikan keberkesanan cara ini, guru boleh meminta pelajar membuka pautan yang dikongsikan dan fahami apa yang ada di 20
  • 21. dalam laman tersebut, dan keesokkan harinya guru boleh meminta pelajar menerangkan apa yang terdapat dalam laman tersebut. Guru memikul tanggungjawab yang besar selain daripada tugas mengajar. Guru adalah contoh terbaik kepada pelajar. Melalui laman-laman sosial yang dimiliki oleh guru, guru perlu menerapkan budaya berbahasa dengan baik serta menanamkan nilai kesopanan dalam berbahasa. Guru perlu menggunakan bahasa yang baik dalam usaha untuk menerapkan penggunaan bahasa dengan baik oleh pelajar-pelajar dan dalam kalangan teman-teman sosial yang lain. 5.0 PENUTUP Kesimpulannya, dalam era internet sekarang, amat wajar guru mengaplikasikan laman “facebook” dalam pengajaran. Cara ini dilihat lebih berkesan kerana pelajar banyak menghabiskan masa di laman-laman sosial. Cara ini dapat membuatkan penggunaan laman sosial lebih berfaedah dan membuatkan pelajar seronok dan termotivasi apabila belajar dengan menggunakan laman sosial yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini. Secara keseluruhannya, platform sebegini boleh membantu untuk menjadikan suasana pengajaran lebih terbuka dan mudah dicapai, sekali gus menggalakkan lebih banyak interaksi dan peluang pengajaran. Pelajar mungkin akan mula berkongsi tip-tip belajar sewaktu mereka menemui modul/nota yang paling berguna. Mereka mungkin mencadangkan modul/nota kepada rakan mereka berdasarkan keperluan yang dinyatakan sewaktu interaksi sosial. Kesemua aktiviti ini boleh membantu pelajar untuk meningkatkan kemahiran belajar mereka, seterusnya memperkaya pengalaman dan kepuasan akademik mereka (PennState 2007). RUJUKAN ICT Pupuk Kemahiran Abad ke-2 (2001) (Atas Talian).Diperoleh: http://pmr.penerangan.gov.my (12/11/2012). Mohamed Amin Embi (2012). Aplikasi Perangkaian Sosial Web 2.0 dalam Pendidikan. Pembangunan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (Atas Talian). Diperoleh: http://www.ukm.my/fst/images/ebook/sosial.pdf (17 Disember 2012 ). 21
  • 22. Pendidikan bertaraf dunia: Antara Sumbangan Dan Cabaran Dalam Menempuh Abad Ke-21 (Atas Talian). Diperoleh : http://sarjana.tripod.com (15/11/2012). Teori Pembelajaran Dalam Perlaksanaan Pengajaran (Atas Talian ). Diperoleh: http://whatta.ipgmksm.edu.my/?p=71 ( 10 Disember 2012). 22