SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 28
Baixar para ler offline
Sistem Latihan Dual Nasional
Noor Azyani A. Jalil1
, Rawiyah Abd Hamid2
, Ijlal Saja3
, Hazwani Husna Zainudin4
Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor.
noorazyannie@gmail.com, rh521575@gmail.com, arabiah_smile@yahoo.com,
husnazainudin@gmail.com
Abstrak
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud
latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan.
Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan. Artikel
membincangkan mengenai aplikasi SLDN itu sendiri juga membincangkan mengenai kekuatan,
kelemahan,peluang dan ancaman yang boleh meningkatkan penggunaan sistem ini di
Malaysia. SLDN salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti pekerja di Malaysia.
Kata kunci: SLDN, syarikat, institut latihan.
Abstract
NDTS is a shortform for National Dual Training System. Dual stands for training in dual
situation learning, in real workplace and learning institute. It being managed by joint venture
of companies and learning institutes in Malaysia. This article disscussing the application of
NDTS in our education system and also expalin about the SWOT analysis which are the
strenghts, weaknesses, opportunities, and threats that can increased the used of NDTS in
Malaysia. It is known NDTS also one of an effort to increase the quality of workers in
Malaysia
Keywords: NDTS, companies, learning institutes
1.0 Pengenalan
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual '
bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang
sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-
syarikat dan institusi-institusi latihan.
Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat
pada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YAB Perdana
Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungan kerjasama
yang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada 1996. Satu
hasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkan bahawa
hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus diperkukuhkan lagi
pada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jerman ini
dipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP ini terdiri
daripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahli lain
yang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialah bermula
pasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001).
2.0 Definisi Konsep
Konsep pembelajaran SLDN ini telah lama digunakan di negara Jerman. Di
dalam sejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana ia
telah diterapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejak
abad ke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalah
kerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda
dengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapat
perangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telah
disediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969
untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan
di sekolah-sekolah.
Titik permulaan pembelajaran SLDN ini masih lagi baru dalam sistem
pendidikan di negara kita. Konsep pembelajaran di negara Malaysia bermula
apabila perjanjian usaha sama di antara negara Jerman dan Malaysia di lakukan
pada pertengahan tahun 1990-an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankan
di Malaysia adalah khusus kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiran
untuk kepentingan dan meningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selain
itu juga, di negara Malaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khusus
diakta kan untuk konsep pendidikan ini.
Selain meningkatkan ekonomi di negara kita, objektif utama yang
difikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yang berketrampilan k-pekerja
dimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiran sosial dan kemanusian
serta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkan mereka yamg sanggup
untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berupaya bekerja dalam
jaringan dan berkumpulan serta berupaya untuk menjangka keperluan masa
hadapan di tempat kerja.
Pada Julai 2008, CIAST telah diberikan mandate oleh kerajaan negara
kita bagi memberi latihan kepada pusat-pusat yang telah didaftarkan dengan
SLDN. Selain daripada CIAST pusat-pusat latihan yang turut terlibat adalah
Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kolej Komuniti – Kementerian Pengajian
Tinggi, Jabatan Tenaga Manusia dan Institut Kemahiran Belia Negara.
3.0 Aplikasi Sistem Latihan Dual Nasional
Sehingga bulan Jun 2007, penyertaan syarikat-syarikat dalam pelaksanaan
Sistem Latihan Dual Nasional adalah tidak menggalakkan. Sebanyak 31
syarikat yang menaja 929 perantis, diantaranya ialah Daimler Chrysler (M)
Sdn. Bhd., Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd., Tractors Malaysia Sdn.
Bhd., Majuikan, HICOM Engineering Sdn. Bhd., Panasonic HA Air
Conditioning (M) Sdn. Bhd., Chelos Sdn. Bhd., UEM Group Berhad,
Elektrisola (M) Sdn. Bhd. dan sebagainya.
Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklah
kurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagi
Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan di
institusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yang
pelbagai.
Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusat latihan bertauliah dari
pelbagai kementerian dalam negara seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP),
Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dan sebagainya (Jailani, 2006; JPK,
2009). Statistik penglibatan pelatih, pusat latihan bertauliah dan syarikat
industri ini terus meningkat dan mendapat sambutan dari tahun ke tahun
sepanjang perlaksanaan SLDN.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga
bulan Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang
sedang menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem
dual ini yang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustrian
dan 119 pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkan
statistik yang dikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaan
SLDN yang dijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidak
berjaya dengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamat
mengeluarkan sejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010
sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini.
Rajah 1. Graf Pencapaian SLDN sehingga Tahun 2010
Bagi mengembangkan perlaksnaan sistem ini,terdapat empat pakej yang
berbeza telah dibangunkan dan ciri-ciri pakej tersebut ialah:
Pakej A
Program latihan selama dua tahun di syarikat dan institusi latihan Penanda aras
bagi latihan ialah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau
Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) Perantis yang berkelayakan
akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perantis dipilih oleh
syarikat sama ada lepasan sekolah atau majikan yang sedia ada.
Pakej B
Menjalani latihan dalaman yang sedia ada yang dijalankan oleh syarikat-
syarikat. Syarikat-syarikat mewujudkan usaha sama dengan Pusat Bertauliah
yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
Penanda aras bagi kualiti latihan ialah Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (SKPK) atau Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK)
Perantis yang berkelayakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) Perantis dipilih oleh syarikat sama ada lepasan sekolah atau majikan
yang sedia ada.
Pakej C
Pusat bertauliah telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan
membangun dan menguruskan program latihan SLDN. Pusat yanng bertauliah
tersebut akan menghantar perantis kepada syarikat untuk menjalani program
latihan pekerjaan atau industri.
Pakej D
Program latihan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
tetapi terdapat usaha sama diantara pusat yang bertauliah dengan syarikat yang
terlibat dan telah didaftarkan dibawah SLDN. Perantis yang dipilih ialah
pekerja yang berkerja dengan syarikat yang terlibat dengan SLDN atau calon
perantis dipilih dari pangkalan data SLDN.
Rajah 2 : Carta Alir Proses Perlaksanaan Sistem LatihanDual Nasional.
Diantara contoh aplikasi SLDN ialah yang melibatkan industri ialah Syarikat
Cubic Group SDN BHD, syarikat ini mengaplikasikan metodologi SLDN
dibawah Cubic Integrated Learning dimana ia boleh mengurangkan
pengeluaran tenaga kerja yang kurang mahir dan tidak memenuhi kehendak
semasa industri. Konsep latihan yang mereka sediakan ialah berada di dua
lapangan iaitu di tapak pembuatan di Cubic Integrated Manufacturing dan
latihan di kelas di Cubic Integrated Learning dengan nisbah latihan tersebut
ialah 80/20.
Di tapak pembuatan perantis akan menjalani latihan dan kerja kursus
selama empat atau lima hari dan dua hari untuk pembelajaran di institusi
latihan. Kursus ini berterusan selama enam bulan. Perantis diberi pelbagai
kemudahan oleh syarikat Cubic Group diantranya ialah yuran latihan ditaja
oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan perantis diberi elaun
sebayank RM300 setiap bulan untuk menghabiskan keseluruhan latihan
tersebut. Perantis yang cemerlang akan dianugerahkan dengan Sijil SLDN K-
pekerja (sama taraf dengan SKM 3) yang diiktiraf oleh JPK dan industri yang
berkaitan. Perantis mempunyai peluang yang luas untuk bekerja dibawah
syarikat Cubic Group.
Selain daripada indusri kilang, terdapat juga institusi yang lain yang
mengaplikasi sistem latihan ini iaitu Yayasan Pembangunan Keluarga
Terengganu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu, institusi diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
Malaysia. Konsep latihan yang dilaksanakan meliputi dua peringkat iaitu
konsep latihan sebanyak 20% hingga 30% dan juga praktikal dalam industri
sebanyak 70% hingga 80%. Jangkamasa keseluruhan prgram ini adalah
diantara 18 bulan hingga 24 bulan.
Manakala kaedah perlaksanaan SLDN di Yayasan Pembangunan
Keluarga Terengganu dijalankan di dua lokasi iaitu 70-80 peratus melibatkan
latihan yang dijalankan di industri yang berfokuskan kepada pengalaman
membuat secara praktik dan selebihnya sebanyak 20-30 peratus latihan
dijalankan di institut latihan yang memfokuskan kepada pengetahuan asas dan
teori berkaitan dengan sesuatu bidang. Menggunakan Kurikulum Teras
Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Core Curriculum (NOCC)
bagi menurut kehandak pasaran masa kini dan akan datang. Setiap pelatih yang
berjaya mengikuti kursus dibayar elaun hadir sebanyak RM 300.00 sebulan.
Bagi menjaga kebajikan para pelatih di Akademi Jahitan, mereka disediakan
dengan pelan perlindungan berkelopok skim Takaful Ikhlas dan dikenakan
bayaran sebayak RM20 setahun . Bayaran untuk skim perlindungan ini
ditolak dariapada elaun kehadiran pelatih
4.0 Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang Dan Ancaman)
Terhadap Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN).
Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan
terhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yang
berkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang
secara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagi
membuat keputusan menghala ke arah perancangan strategik.
Analisis SWOT boleh dilaksanakan oleh pentabir secara individu atau
pun secara kumpulan. Sungguhpun begitu, teknik secara berkumpulan lebih
efektif bagi menyediakan objektif, struktur, penerangan dan fokus
perbincangan tanpa dipengaruhi oleh politik dan kepentingan peribadi
Sungguhpun penggunaan asal analisis SWOT adalah dalam urusan perniagaan
tetapi penggunaannya dalam institusi atau pusat penggajian bukanlah suatu
pendekatan yang tidak wajar kerana terdapat persamaan dalam bidang
pengurusan oleh kedua-dua bidang ini. Teknik ini juga boleh digunakan dalam
mengatur polisi dan strategi dalam Teknologi Maklumat.
Perkembangan SLDN terbaru dalam bidang teknologi, industri, inovasi dan
berbagai-bagai ciptaan baru terutama dalam bidang teknologi yang
berkembang pesat telah menyebabkan perubahan dalam permintaan terhadap
pekerja mahir dan separuh mahir. Penyediaan kemahiran terhadap permintaan
berkaitan memerlukan kepekaan bagi institusi yang menawarkan kursus
berbentuk kemahiran dan juga akademik. Berdasarkan beberapa sumber dan
rujukan, Kumpulan kami dapat menyediakan analisis swot dengan
menggunakan kaedah persoalan dan jawapan yang perlu di perolehi samada
secara teori dan praktikal mengenai Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan
ancaman SLDN.
4.1 Kekuatan SLDN
Analisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman yang
memberi kesan kepada SLDN seperti elaun, jangka masa latihan, tempat
latihan dan minat. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai
Kekuatan secara teori dan praktikal di antaranya ialah:
a. Kelebihan SLDN yang ada.
(i) Digunapakai bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
(ii) Dijadikan sebagai asas bagi penyediaan bahan-bahan dan keperluan
latihan.
(iii) Dijadikan sebagai standard bagi menentukan tahap pencapaian dan
kualiti kemahiran perantis dalam pelaksanaan SLDN.
(iv) Dijadikan sumber rujukan utama dalam menyediakan Tugasan
Pembelajaran dan Tugasan Kerja (Learn and Work Assignment; LWA).
(v) Elaun sara diri RM500 - RM800 sebulan .
(vi) Yuran dibiayai
(vii) Persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran,Sijil Kemahiran
Malaysia (SKM)
(viii) Penempatan kerja bergaji setelah tamat (Jawatan and Majikan sedia ada)
tempoh latihan hanya 3 bulan
b. Bidang atau ruang terbaik dapat dilakukan.
Bidang Latihan Pekerjaan/ Training Occupation (To) yang bermaksud suatu
tajuk latihan bagi sesuatu bidang pekerjaan. Ianya berasaskan proses kerja
sesuatu bidang latihan bagi mengeluarkan k-pekerja mempunyai ciri-ciri
kompetensi iaitu Kompetensi Teknikal, Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan
dan Kompetensi Pembelajaran dan Metodologi
Konsep Latihan SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan
latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70%
hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%.
Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan
pihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan ‘day release’ atau ‘block
release’ iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut. Kaedah pembelajaran
mengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama
4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap
minggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan ‘block release’ ialah
pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan
selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan. Jangka masa latihan adalah selama
2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semester
c. Kekuatan organisasi SLDN dalam pasaran.
Pembangunan Human Capacity dapat meningkatkan kualiti kerana latihan yang
dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses
kerja industri. Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan
pekerja.
Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi
melaksanakan tanggungjawab sosial negara. Membantu mewujudkan satu
mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan
kemahiran pekerja sediada. Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di
industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
d. Halatuju strategik SLDN yang jelas.
Pelaksanaan SLDN dilaksanakan pada 19 Mei 2004. Jabatan Pembangunan
Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah
dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi sistem SLDN ini.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan
yang diperolehi, pada tahun 2006 sehingga 2010 seramai 25, 021 perantis telah
dilatih melibatkan 1028 syarikat dalam perlaksanaan SLDN. Menurut Yab Tan
Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, beliau mensasarkan seramai
27 500 perantis akan dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh
2011-2015. Pelaksanaan SLDN ini adalah berdasarkan konsep Self Reliant
Learning (SRL):-
(i) Pendekatan di mana perantis bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka.
(ii) Perantis perlu mengikuti latihan melalui proses kerja sebenar tanpa
penyeliaan sepenuhnya.
(iii) Perantis juga berupaya untuk menentukan aktiviti, sumber dan suasana
pembelajaran dengan pemantauan coach.
4.2 Kelemahan SLDN
Analisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan faktor
dalaman yang memberi kesan kepada SLDN. Persoalan dan jawapan yang
perlu diperolehi mengenai Kelemahan secara teori dan praktikal di antaranya
ialah:
a. Apa yang boleh diperbaiki?
Pada 3 November, 2011 Bernama.com menyiarkan bahawa SLDN dikaji
semula. Ringkasan daripada berita tersebut menytakan bahawa Sistem Latihan
Dual Nasional (SLDN), iaitu konsep latihan teknikal di dua tempat, akan dikaji
semula dalam memperbaiki kelemahan pelaksanaannya, kata Menteri Sumber
Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata sistem itu masih belum
mencapai kejayaan seperti yang dilakukan Jerman."Kita sedang lihat proses
yang ada sekarang, meningkatkannya dan buat perubahan untuk pastikan
sistem ini capai kejayaan seperti yang ada di Jerman. "Kita harap mereka yang
keluar daripada sistem ini akan ada pengalaman dan kemahiran yang tinggi
untuk bolehkan mereka berjaya dalam kerjaya mereka," katanya kepada
pemberita selepas merasmikan persidangan Pendidikan dan Latihan Malaysia-
Jerman yang pertama kali diadakan di sini, hari ini. SLDN, yang diwujudkan
pada 2005, adalah bertujuan melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70
peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusat
latihan. Beliau juga menyataka bahawa pada masa ini terdapat kira-kira 1,000
institut latihan vokasional dan teknikal di seluruh negara di mana 48 peratus
daripadanya merupakan institut latihan yang dibiayai kerajaan.
Kerajaan membelanjakan RM1.2 bilion setahun untuk menguruskan
institut latihan dan RM4 bilion lagi untuk membiayai keseluruhan program
latihan, katanya. Subramaniam berkata pembiayaan itu perlu dikaji semula
dengan mengambil kira keberkesanan sesebuah institut latihan berbanding
jumlah pengambilan pelajar dan jenis kursus yang ditawarkan. "Kami sedang
mendesak institut ini untuk memberi keutamaan kepada apa yang mereka
hasilkan dan indeks pengurusan yang berjaya adalah bagaimana para pelajar
menepati kehendak industri, kebolehpasaran pelatih dan apakah gaji yang patut
mereka peroleh menurut beliau lagi sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021
perantis dilatih melibatkan 1,028 syarikat di bawah SLDN.
b. Apakah yang terburuk telah dilaksanakan?
Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklah
kurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagi
Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan di
institusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yang
pelbagai.
c. Apakah perkara yang perlu dielakkan?
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga bulan
Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang sedang
menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem dual ini
yang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustrian dan 119
pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkan statistik yang
dikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaan SLDN yang
dijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidak berjaya
dengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamat mengeluarkan
sejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010 sebagaimana
yang dinyatakan sebelum ini. Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusat
latihan bertauliah dari pelbagai kementerian dalam negara seperti Institut
Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dan
sebagainya (Jailani, 2006; JPK, 2009). Statistik penglibatan pelatih, pusat
latihan bertauliah dan syarikat industri ini terus meningkat dan mendapat
sambutan dari tahun ke tahun sepanjang perlaksanaan SLDN
4.3 Peluang SLDN
Peluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara luaran atau
faktor luaran berkaitan SLDN. Elemen yang mempengaruhinya sebahagiannya
berkisar mengenai politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat. Persoalan dan
jawapan yang perlu diperolehi mengenai Peluang secara teori dan praktikal di
antaranya ialah:
a. Adakah pasaran dan pelangan mempunyai daya tarikan?
Peluang untuk Pelatih adalah terbuka kepada lepasan SPM dan/atau pekerja
yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat
tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan Elaun Pelatih
iaitu seperti berikut:
(i) Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
(ii) Semester 2 – RM 400.00 Sebulan
(iii) Semester 3 – RM 450.00 Sebulan
(iv) Semester 4 – RM 500.00 Sebulan
Manakala penganugerahan kelayakan adalah Sijil K-Pekerja, setaraf
dengan SKM Tahap 3 atau DKM Kelayakan (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5)
yang diluluskan oleh JPK dan pertubuhan majikan yang berkaitan. Lepasan
SPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh
pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas
tamat latihan.
b. Apakah halatuju yang menarik perhatian?
Melalui RMKe 10, kerajaan telah memperluaskan liputan pelaksanaan SLDN
bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi golongan pelajar
tercicir. Golongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi
untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan
kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan
pekerja mahir. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang
peningkatan kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang
teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan
asas. Di samping itu juga terdapar beberapa faedah iaitu dari segi:
(i) Insentif Kewangan
Dengan adanya insentif kewangan dapat mengurangkan kos pengambilan
pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan.
Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967
atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan
Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak.
Peningkatan Kualiti Produktiviti disamping itu juga dapat meningkatkan
kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di
industri. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang
mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya.
SLDN juga dapat meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikan
dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi. SLDN
juga dapat meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen
kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi
terkini semasa proses pembelajaran.
(ii) Faedah Kepada Perantis
Elaun kepada perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh
pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti Kerajaan
telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi
faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi.
Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa
sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran
maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan
masa.
Di samping itu juga laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala
Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan
aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan
institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara
berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi. Institut Latihan
Perindustrian Kuala Terengganu diamanahkan untuk membekalkan tenaga
kerja mahir yang terlatih.
Dengan itu, SLDN juga telah berjanji akan membangun dan
menjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negara
dan perkemebangan teknologi; Mengeluarkan tenaga mahir dan pensyarah
kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi; Contohnya , dengan mengiklankan
maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di Institut
Latihan Perindustrian Kuala Terengganu tiga bulan sebelum pengambilan;
Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang tiga
minggu sebelum kursus bermula; dan memberi respon kepada semua jenis
pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam. Untuk melaksanakan
tanggungjawab yang diamanahkan kepada Institut Latihan Perindustrian Kuala
Terengganu, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan
kami.
c. Adakah SLDN mempunyai teknologi atau cara tersendiri untuk
menarik perhatian?
Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan pasaran
dan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidang
organisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya.
(i) Pembangunan Kurikulum SLDN
Terdapat enam peringkat SLDN iaitu;
Peringkat Aktiviti Hasil
Pertama Analisis latihan dan proses pekerjaan
Draf
 Latihan Pekerjaan
 Profil Pekerjaan
 OCWP
Kedua
Pengesahan Profil pekerjaan dan
OCWP di tempat pekerjaan (industri)
 Latihan Pekerjaan
 Profil Pekerjaan
 OCWP
Ketiga
Pengenalan kepada Objektif
Pembelajaran dan Kompetensi Induk.
 Objektif
Pembelajaran
 Kompetensi Induk
Keempat Pembangunan LWA. Draf LWA
Kelima Pengesahan kurikulum SLDN. Draf Kurikulum SLDN.
Keenam
Kelulusan kurikulum dan JPPK dari
Ahlijawatankuasa Teknikal SLDN
Kurikulum SLDN
(ii) Struktur Pensijilian SKM
4.4 Ancaman SLDN
Ancaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang dipengaruhi
dengan elemen politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat dan sebagainya.
Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Ancaman secara teori
dan praktikaldi antaranya ialah:
a Apakah pesaing lakukan?
Dari segi kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah satu konsep latihan
yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang
meliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%.
Pendekatan latihan SLDN Khas akan ditentukan oleh industri bersama-sama
dengan pusat latihan sama ada memilih pendekatan seperti berikut:
(i) Day release
Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 hari di
industri dan latihan teori selama 1 hingga 2 hari di Pusat Latihan SLDN
setiap minggu.
(ii) Block release
Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 bulan di
industri dan latihan teori selama 1 hingga 2 bulan di Pusat Latihan SLDN
secara berterusan.
(iii) Kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan.
Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan
Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
yang masih berkuatkuasa. Manakala dari segi tempoh latihan jangka
masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula dari
Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja.
b. Adakah perubahan teknologi menjejaskan keupayaan SLDN?
Program yang boleh diikuti adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan
Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS). Keutamaan
diberi kepada sepuluh (10) bidang di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi
Utama (National Key Economic Areas - NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy;
Palm Oil; Financial Services; Tourism; Business Services; Electronics and
Electrical; Wholesale and Retail; Healthcare; Communications Content and
Infrastructure; and Agriculture.
c. Apakah Ancaman yang dihadapi?
Dalam melaksanakan SLDN ini, cabaran yang perlu ditempuhi adalah
menangani masalah syarikat-syarikat yang tidak sedar akan kepentingan
SLDN. Syarikat termasuklah syarikat-syarikat besar masih enggan mengambil
bahagian dalam SLDN . Disamping itu juga antara cabaran SLDN adalah
dengan mengadakan Penilaian Berterusan bagi Kompetensi Penilaian Teknikal,
Pembelajaran Dan Metodologi dilakukan di Syarikat dan Pusat Latihan adalah
salah satu cabaran atau cabaran SLDN.
Penilaian Berterusan di Syarikat
Penilaian di Syarikat meliputi aktiviti berdasarkan LWA atau NOSS yang
mengandugi gabungan aktiviti berikut:
(i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60%
(ii) Pelaksanaan penilaian praktikal di syarikat dilakukan oleh coach
berpandukan kepada aktviti latihan yang dijalankan oleh perantis.
(iii) Coach akan menggunakan jobsheet yang sediada atau dibangunkan bagi
tujuan penilaian. Manakala perantis perlu merekodkan aktiviti latihan di
dalam Buku Log Bilangan aktiviti berasaskan kepada modul / skop kerja
yang telah dikenalpasti dan meliputi keperluan LWA/NOSS.
(iv) Disamping kaedah penilaian secara pemerhatian (Kaedah Rubrik) oleh
coach terhadap perantis semasa latihan praktikal, coach juga boleh
menguji perantis berdasarkan soalan lisan, kuiz, persembahan, laporan
teknikal atau ujian bertulis.
(v) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untuk
mengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkira
adalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikh
Peperiksaan Akhir.
Penilaian Berterusan di Pusat Latihan
(i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60%
(ii) Pusat Latihan hendaklah menilai keterampilan perantis secara penilaian
berterusan berdasarkan LWA/NOSS yang telah dikenalpasti.
(iii) Tenaga pengajar perlu menilai keterampilan teori perantis melalui aktiviti
latihan yang dijalankan. Kaedah penilaian yang dicadangkan adalah
Laporan teknikal, Persembahan, Lisan, Ujian bertulis, Kuiz, tugasan,
Kajian kes atau lain-lain yang berkaitan.
(iv) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untuk
mengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkira
adalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikh
Peperiksaan Akhir.
(v) Pengajar di Pusat Latihan adalah dipertanggungjawabkan untuk merekod
keputusan penilaian perantis dalam Borang Rekod Bukti Pencapaian
(JPK/SLDN/P01).
d. Adakah diperlukan perubahan terhadap spesifikasi perkhidmatan
atau pengeluaran?
Kekurangan budaya latihan yang dianggap sebagai kos dan bukan daripada
pelaburan dan Syarikat-syarikat yang masih enggan menerima teknologi baru
dan masih menggunakan tenaga buruh asing. Bilangan yang terhad dalam
latihan atau pekerjaan. Bilangan jurulatih atau tenaga pengajar yang terhad
untuk melaksanakan kaedah SLDN.
Oleh itu, dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberi
gambaran lebih jelas mengenai SLDN secara teori dan praktikal . kita dapat
mengetahui apakah keperluan yang perlu dilakukan dan meletakkan atau
melihat permasalahan dalam perspektif yang betul.
Rumusan
Rumusan keseluruhannya, apa yang dapat dilihat bahawa Keputusan Kerajaan
untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004.
SLDN diperkenalkan adalah bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara
(k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang
memenuhi kehendak industri semasa. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK)
telah dilantik sebagai agensi pelaksana didalam mengendalikan sistem ini.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2004 telah bersetuju agar semua
Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melaksanakan SLDN dalam
meningkatkan penglibatan sektor swasta dan mempergiatkan latihan kemahiran
berasaskan industri. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan
Modal Insan (JKMPMI) bilangan 2/2010 pada 17 Mei 2010 pula bersetuju agar
ILKA melaksanakan SLDN dengan pengambilan perantis sekurang-kurangnya
30% daripada jumlah pengambilan pelajar. Melalui RMKe 10, kerajaan telah
memperluaskan liputan pelaksanaan SLDN bagi menyediakan latihan yang
khusus untuk memenuhi golongan pelajar tercicir. Walaubagaimana pun
golongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk
diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan
kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan
pekerja mahir.
Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan
kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang teknikal atau
vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas.
Pelaksanaan ini berkuatkuasa mulai dari 01 Julai 2011. Manakala program ini
juga akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada individu yang
cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat
melengkapkan 11 tahun pendidikan asas mengikut kriteria berikut:
(i) Warganegara Malaysia.
(ii) Berumur 16 hingga 35 tahun.
(iii) Boleh membaca, mengira, menulis serta bertutur Bahasa Malaysia atau
Bahasa Inggeris.
(iv) Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran.
(v) Menandatangani kontrak perantisan.
(vi) Sihat tubuh badan untuk menyertai program ini.
Kita dapati bahawa program ini boleh diikuti adalah berdasarkan
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills
Standard - NOSS). Keutamaan diberi kepada sepuluh (10) bidang di bawah
Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (National Key Economic Areas -
NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy; Palm Oil; Financial Services; Tourism;
Business Services; Electronics and Electrical; Wholesale and Retail;
Healthcare; Communications Content and Infrastructure; and Agriculture.
Walaubagaimanapun program SLDN Khas adalah satu konsep latihan yang
melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi
70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%.
Pendekatan latihan SLDN
Berdasarkan beberapa sumber rujukan kami telah menemui beberapa
Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh di
guna pakai untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya.
Kita dapati bahawa kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah
berdasarkan Peraturan, Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem
Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
yang masih berkuatkuasa dan dalam jangka masa latihan adalah selama 12
bulan bagi program yang bermula dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program
Tahap 2 sahaja. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan oleh Penyedia
Latihan SLDN melalui sistem atas talian eJPK. Pengambilan perantis adalah
berdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak JPK kepada Penyedia
Latihan SLDN yang berjaya. Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri
tertetu, kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh itu
terdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihak
seperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihan
perlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis dan
pelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama.
Saranan Menambah Aplikasi
Diantara saranan yang perlu dibaiki ialah dengan menaikkan jumlah elaun atau
bayaran kepada pekerja atau pelatih yang menjalani latihan dan juga institut
yang terlibat. Ini telah pub disarankan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S.
Subramaniam. Beliau juga menyatakan bahawa pelatih atau pekerja juga
mendapat hak dan dilindungi dibawah Akta Pekerja.
Penutup
Kesimpulannya, selepas menyiapkan tugasan ini berdasarkan beberapa sumber
dan maklumat kami dapati bahawa terdapat beberapa Kekuatan, kelemahan,
peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh di guna pakai untuk
mengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya samada dari segi
pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan, Syarat
Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang masih berkuatkuasa dan
dalam jangka masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula
dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja. Pendaftaran perantis
hendaklah dilakukan oleh Penyedia Latihan SLDN melalui sistem atas talian
eJPK. Pengambilan perantis adalah berdasarkan surat tawaran yang
dikeluarkan oleh pihak JPK kepada Penyedia Latihan SLDN yang berjaya.
Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu
mengenai kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh itu
terdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihak
seperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihan
perlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis dan
pelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama. Seperti kita ketahui
bahawa Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005
telah dibuat pada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungan
kerjasama yang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada
1996. Satu hasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkan
bahawa hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus
diperkukuhkan lagi pada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysia
dan Jerman ini dipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP ini
terdiri daripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahli
lain yang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialah
bermula pasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001).
Disamping itu juga kami dapat mengetahui tentang konsep
pembelajaran SLDN ini yang telah lama digunakan di negara Jerman. Dalam
sejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana ia telah
diterapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejak abad
ke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalah
kerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda
dengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapat
perangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telah
disediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969
untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan
di sekolah-sekolah.
Selain itu juga, hasil daripada beberapa sumber atau maklumat yang
kami perolehi dapat kami ketahui bahawa titik permulaan pembelajaran SLDN
ini masih lagi baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Konsep
pembelajaran di negara Malaysia bermula apabila perjanjian usaha sama di
antara negara Jerman dan Malaysia di lakukan pada pertengahan tahun 1990-
an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankan di Malaysia adalah khusus
kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiran untuk kepentingan dan
meningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selain itu juga, di negara
Malaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khusus diakta kan untuk
konsep pendidikan ini. Disamping meningkatkan ekonomi di negara kita,
objektif utama yang difikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yang
berketrampilan k-pekerja dimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiran
sosial dan kemanusian serta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkan
mereka yamg sanggup untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat,
berupaya bekerja dalam jaringan dan berkumpulan serta berupaya untuk
menjangka keperluan masa hadapan di tempat kerja. Jesteru itu, panduan
penilaian ini dibangunkan bagi memastikan pengeluaran k-Pekerja dapat
mencapai tahap kualiti yang dikehendaki oleh industri negara.
Akhirnya dengan jayanya kami dapat menyiapkan tugasan ini dan kami
dapat memperolehi banyak maklumat dan pengetahuan baru tentang SLDN.
Penghargaan
Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran
kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan
ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada
Encik Mohd Noor B. Hashim pensyarah mata pelajaran Pembangunan
Kurikulum dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (MBE 22503) atas
kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Tugasan yang bertajuk
Sistem Latihan Duo Nasional (SLDN) telah memberi banyak kefahaman
kepada kami seperti konsep perlaksanaan persijilan, kemahiran malaysia
melalui SLDN, peranan dan tanggungjawab personel dalam perlaksanaan
SLDN, kaedah penilaian dan persijilan kepada perantis sistem pengrekodan
dan dokumentasi, aplikasi SLDN dan hingga akhir sekali kami dapat membuat
analisis SWOT SLDN. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada
rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung
sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat
kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan
paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa
khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu
pendidikan di muka bumi ini.
"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya
racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-
menerus"
RAWIYAH BT. ABDUL HAMID IJLAL BT SAJA@ MEARAJ
______________________ _____________________
(HB100073) (HB100193)
NOOR AZYANI BT A. JALIL HAZWANI HUSNA BT.ZAINUDIN
______________________ _____________________
(HB100216) (HB100062)
Senarai Rujukan
Spahat, Ghazally & Wan Mohamed, Wan Azlinda, (2010) Sistem Latihan Dual
Nasional-Satu Inovasi Dalam Program PLTV. Universiti Tun Hussein
Onn Malaysia.
Taklimat Pemantapan Program SLDN. Kuantan. 30 November 2010.
Jabatan pembangunan Kemahiran (2012), Sistem Latihan Dual Nasional Di
capai Pada April,4 2012 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran
(www.ejpk.gov.my)
Jabatan Pembangunan Kemahiran (2009), Laporan Tahunan Kementerian
Sumber Manusia.
Wan Ahmad (2008) To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian
Industry Through National Dual Training System (NDTS) Department
Of Skills Development
Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, (Mei 2005), Panduan Pelaksanaan
Sistem Latihan Dual Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia.
Ahmad, Wan Ahmad, Kasa, Gessler & Spootle (2010) Efectiveness Of
Learning In The National Dualtraining System (NDTS) In Malaysia
Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan Dan
Keusahawanan

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
ghazali76
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
PPD HULU SELANGOR
 

Mais procurados (20)

Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alafDefinisi tahun, dekad, abad dan alaf
Definisi tahun, dekad, abad dan alaf
 
Soalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kesSoalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kes
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Dedikasi
DedikasiDedikasi
Dedikasi
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 
Penggodaman
Penggodaman Penggodaman
Penggodaman
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan dalam pentaksiran - Pentaksiran dalam...
 
Penggolongan kata
Penggolongan kataPenggolongan kata
Penggolongan kata
 
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulumDasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
Dasar perlaksanaan kegiatan kokurikulum
 
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi DigitalSCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
SCES3152 Contoh Proposal Projek Inovasi Digital
 
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
Surat Tarik Diri dari Firma (Latihan Industri)
 
perniagaan antarabangsa AirAsia Berhad
perniagaan antarabangsa AirAsia Berhadperniagaan antarabangsa AirAsia Berhad
perniagaan antarabangsa AirAsia Berhad
 
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10   membina budaya kerja yang cemerlangBab 10   membina budaya kerja yang cemerlang
Bab 10 membina budaya kerja yang cemerlang
 
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa MelayuKesalahan umum dalam Bahasa Melayu
Kesalahan umum dalam Bahasa Melayu
 
Undang-undang siber
Undang-undang siberUndang-undang siber
Undang-undang siber
 
Kod etika
Kod etikaKod etika
Kod etika
 
asal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayuasal usul bangsa melayu
asal usul bangsa melayu
 
Definisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawananDefinisi usahawan dan keusahawanan
Definisi usahawan dan keusahawanan
 
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
Kertas Kerja Perniagaan (LM 2025)
 
Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)Sumber manusia(pp)
Sumber manusia(pp)
 

Destaque

Pengurusan latihan vokasional(nota)
Pengurusan latihan vokasional(nota)Pengurusan latihan vokasional(nota)
Pengurusan latihan vokasional(nota)
hazmilplv
 
Panduan format kertas soalan penilaian prestasi
Panduan format kertas soalan penilaian prestasiPanduan format kertas soalan penilaian prestasi
Panduan format kertas soalan penilaian prestasi
inovatifinsan
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
afinde
 
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SinopsisPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
abemiusa
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Tengkurex
 
Komunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasiKomunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasi
Salam Nurani Training and Consultancy
 

Destaque (20)

Pengurusan latihan vokasional(nota)
Pengurusan latihan vokasional(nota)Pengurusan latihan vokasional(nota)
Pengurusan latihan vokasional(nota)
 
Apa itu sldn
Apa itu sldnApa itu sldn
Apa itu sldn
 
DEVELOPMENT AND APPLICATION OF LEARN AND WORK ASSIGNMENTS (LWAs)
DEVELOPMENT AND APPLICATION OF LEARN AND WORK ASSIGNMENTS (LWAs)DEVELOPMENT AND APPLICATION OF LEARN AND WORK ASSIGNMENTS (LWAs)
DEVELOPMENT AND APPLICATION OF LEARN AND WORK ASSIGNMENTS (LWAs)
 
Panduan format kertas soalan penilaian prestasi
Panduan format kertas soalan penilaian prestasiPanduan format kertas soalan penilaian prestasi
Panduan format kertas soalan penilaian prestasi
 
17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldn17. susunan rp sldn
17. susunan rp sldn
 
NDTS
NDTSNDTS
NDTS
 
Langkah Membuat Pola Baju Melayu
Langkah Membuat Pola Baju MelayuLangkah Membuat Pola Baju Melayu
Langkah Membuat Pola Baju Melayu
 
Langkah Membuat Pola Seluar Lelaki
Langkah Membuat Pola Seluar LelakiLangkah Membuat Pola Seluar Lelaki
Langkah Membuat Pola Seluar Lelaki
 
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musangUkuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
Ukuran kain plaket, kolar, & poket baju melayu cekak musang
 
Pendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVETPendidikan Umum Dan TVET
Pendidikan Umum Dan TVET
 
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL SinopsisPENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL Sinopsis
 
Blaus
Blaus Blaus
Blaus
 
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan iiUndang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
Undang-undang Malaysia : Kanun Keseksaan ii
 
08 s4-pd pc
08 s4-pd pc08 s4-pd pc
08 s4-pd pc
 
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
Akta keselamatan dan kesihatan perkerjaan 1994
 
Kreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasiKreativiti dan inovasi
Kreativiti dan inovasi
 
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN 1994 - AKTA 514
 
Bab 3 kreativiti dan inovasi
Bab 3   kreativiti dan inovasiBab 3   kreativiti dan inovasi
Bab 3 kreativiti dan inovasi
 
Unit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusanUnit2 : pengurus dan pengurusan
Unit2 : pengurus dan pengurusan
 
Komunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasiKomunikasi berkesan dalam organisasi
Komunikasi berkesan dalam organisasi
 

Semelhante a Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)

05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
imecommunity
 
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruanReview jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
ismail syam
 
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringanLaporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
Guntex
 
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
TawonNakal
 
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
ferryarifin2
 
Investasi sdm melalui program magang
Investasi sdm melalui program magangInvestasi sdm melalui program magang
Investasi sdm melalui program magang
Yuca Siahaan
 
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Atunn Ismail
 

Semelhante a Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1) (20)

Masalah sldn
Masalah sldnMasalah sldn
Masalah sldn
 
Laporan l.i
Laporan l.iLaporan l.i
Laporan l.i
 
PROPOSAL PENGEMBANGAN TEACHING FACTORY.docx
PROPOSAL PENGEMBANGAN TEACHING FACTORY.docxPROPOSAL PENGEMBANGAN TEACHING FACTORY.docx
PROPOSAL PENGEMBANGAN TEACHING FACTORY.docx
 
05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
05 framework for entrepreneurship education bahasa indonesia
 
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruanReview jurnal pendidikan teknologi kejuruan
Review jurnal pendidikan teknologi kejuruan
 
Nota Tajuk 5 Sistem ptv
Nota Tajuk 5 Sistem ptvNota Tajuk 5 Sistem ptv
Nota Tajuk 5 Sistem ptv
 
Tajuk5 sistem pendidikan teknik dan vokasional
Tajuk5 sistem pendidikan teknik dan vokasional Tajuk5 sistem pendidikan teknik dan vokasional
Tajuk5 sistem pendidikan teknik dan vokasional
 
PROGRAM LINK AND MATCH.docx
PROGRAM LINK AND MATCH.docxPROGRAM LINK AND MATCH.docx
PROGRAM LINK AND MATCH.docx
 
Report latihan industri
Report latihan industriReport latihan industri
Report latihan industri
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timurDasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
Kertas cadangan kursus mobile repairing course
Kertas cadangan kursus mobile repairing courseKertas cadangan kursus mobile repairing course
Kertas cadangan kursus mobile repairing course
 
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringanLaporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
Laporan Prakerin Teknik komputer & jaringan
 
k3 ilo2.pdf
k3 ilo2.pdfk3 ilo2.pdf
k3 ilo2.pdf
 
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
Makalah pelatihan dan pengembangan (lsi hasna)
 
Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi
Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasiKertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi
Kertas cadangan program pembangunan usahawan telekomunikasi
 
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
0140. Buku K3 sebagai sarana dan produktivitas.pdf
 
Investasi sdm melalui program magang
Investasi sdm melalui program magangInvestasi sdm melalui program magang
Investasi sdm melalui program magang
 
ILO Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) di Tempat Kerja
ILO Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) di Tempat KerjaILO Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) di Tempat Kerja
ILO Keselamatan dan Kesehatan Kerja (K3) di Tempat Kerja
 
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikalMengarusperdanakan pendidikan teknikal
Mengarusperdanakan pendidikan teknikal
 
Score modul ILO
Score modul ILOScore modul ILO
Score modul ILO
 

Sistem latihan dual nasional, noor azyani, rawiyah, ijlal, hazwani husna(1)

  • 1. Sistem Latihan Dual Nasional Noor Azyani A. Jalil1 , Rawiyah Abd Hamid2 , Ijlal Saja3 , Hazwani Husna Zainudin4 Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor. noorazyannie@gmail.com, rh521575@gmail.com, arabiah_smile@yahoo.com, husnazainudin@gmail.com Abstrak SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan. Artikel membincangkan mengenai aplikasi SLDN itu sendiri juga membincangkan mengenai kekuatan, kelemahan,peluang dan ancaman yang boleh meningkatkan penggunaan sistem ini di Malaysia. SLDN salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti pekerja di Malaysia. Kata kunci: SLDN, syarikat, institut latihan. Abstract NDTS is a shortform for National Dual Training System. Dual stands for training in dual situation learning, in real workplace and learning institute. It being managed by joint venture of companies and learning institutes in Malaysia. This article disscussing the application of NDTS in our education system and also expalin about the SWOT analysis which are the strenghts, weaknesses, opportunities, and threats that can increased the used of NDTS in Malaysia. It is known NDTS also one of an effort to increase the quality of workers in Malaysia Keywords: NDTS, companies, learning institutes 1.0 Pengenalan SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran, tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama syarikat- syarikat dan institusi-institusi latihan. Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YAB Perdana
  • 2. Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungan kerjasama yang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada 1996. Satu hasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkan bahawa hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus diperkukuhkan lagi pada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jerman ini dipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP ini terdiri daripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahli lain yang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialah bermula pasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001). 2.0 Definisi Konsep Konsep pembelajaran SLDN ini telah lama digunakan di negara Jerman. Di dalam sejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana ia telah diterapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejak abad ke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalah kerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda dengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapat perangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telah disediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969 untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan di sekolah-sekolah. Titik permulaan pembelajaran SLDN ini masih lagi baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Konsep pembelajaran di negara Malaysia bermula apabila perjanjian usaha sama di antara negara Jerman dan Malaysia di lakukan pada pertengahan tahun 1990-an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankan di Malaysia adalah khusus kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiran untuk kepentingan dan meningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selain itu juga, di negara Malaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khusus diakta kan untuk konsep pendidikan ini.
  • 3. Selain meningkatkan ekonomi di negara kita, objektif utama yang difikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yang berketrampilan k-pekerja dimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiran sosial dan kemanusian serta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkan mereka yamg sanggup untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berupaya bekerja dalam jaringan dan berkumpulan serta berupaya untuk menjangka keperluan masa hadapan di tempat kerja. Pada Julai 2008, CIAST telah diberikan mandate oleh kerajaan negara kita bagi memberi latihan kepada pusat-pusat yang telah didaftarkan dengan SLDN. Selain daripada CIAST pusat-pusat latihan yang turut terlibat adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kolej Komuniti – Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Tenaga Manusia dan Institut Kemahiran Belia Negara. 3.0 Aplikasi Sistem Latihan Dual Nasional Sehingga bulan Jun 2007, penyertaan syarikat-syarikat dalam pelaksanaan Sistem Latihan Dual Nasional adalah tidak menggalakkan. Sebanyak 31 syarikat yang menaja 929 perantis, diantaranya ialah Daimler Chrysler (M) Sdn. Bhd., Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd., Tractors Malaysia Sdn. Bhd., Majuikan, HICOM Engineering Sdn. Bhd., Panasonic HA Air Conditioning (M) Sdn. Bhd., Chelos Sdn. Bhd., UEM Group Berhad, Elektrisola (M) Sdn. Bhd. dan sebagainya. Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklah kurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagi Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan di institusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yang pelbagai. Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusat latihan bertauliah dari pelbagai kementerian dalam negara seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dan sebagainya (Jailani, 2006; JPK, 2009). Statistik penglibatan pelatih, pusat latihan bertauliah dan syarikat
  • 4. industri ini terus meningkat dan mendapat sambutan dari tahun ke tahun sepanjang perlaksanaan SLDN. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga bulan Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang sedang menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem dual ini yang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustrian dan 119 pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaan SLDN yang dijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidak berjaya dengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamat mengeluarkan sejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010 sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Rajah 1. Graf Pencapaian SLDN sehingga Tahun 2010 Bagi mengembangkan perlaksnaan sistem ini,terdapat empat pakej yang berbeza telah dibangunkan dan ciri-ciri pakej tersebut ialah: Pakej A
  • 5. Program latihan selama dua tahun di syarikat dan institusi latihan Penanda aras bagi latihan ialah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) Perantis yang berkelayakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perantis dipilih oleh syarikat sama ada lepasan sekolah atau majikan yang sedia ada. Pakej B Menjalani latihan dalaman yang sedia ada yang dijalankan oleh syarikat- syarikat. Syarikat-syarikat mewujudkan usaha sama dengan Pusat Bertauliah yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Penanda aras bagi kualiti latihan ialah Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) Perantis yang berkelayakan akan dianugerahkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Perantis dipilih oleh syarikat sama ada lepasan sekolah atau majikan yang sedia ada. Pakej C Pusat bertauliah telah diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran dan membangun dan menguruskan program latihan SLDN. Pusat yanng bertauliah tersebut akan menghantar perantis kepada syarikat untuk menjalani program latihan pekerjaan atau industri. Pakej D Program latihan yang tidak diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran tetapi terdapat usaha sama diantara pusat yang bertauliah dengan syarikat yang terlibat dan telah didaftarkan dibawah SLDN. Perantis yang dipilih ialah pekerja yang berkerja dengan syarikat yang terlibat dengan SLDN atau calon perantis dipilih dari pangkalan data SLDN.
  • 6. Rajah 2 : Carta Alir Proses Perlaksanaan Sistem LatihanDual Nasional.
  • 7. Diantara contoh aplikasi SLDN ialah yang melibatkan industri ialah Syarikat Cubic Group SDN BHD, syarikat ini mengaplikasikan metodologi SLDN dibawah Cubic Integrated Learning dimana ia boleh mengurangkan pengeluaran tenaga kerja yang kurang mahir dan tidak memenuhi kehendak semasa industri. Konsep latihan yang mereka sediakan ialah berada di dua lapangan iaitu di tapak pembuatan di Cubic Integrated Manufacturing dan latihan di kelas di Cubic Integrated Learning dengan nisbah latihan tersebut ialah 80/20. Di tapak pembuatan perantis akan menjalani latihan dan kerja kursus selama empat atau lima hari dan dua hari untuk pembelajaran di institusi latihan. Kursus ini berterusan selama enam bulan. Perantis diberi pelbagai kemudahan oleh syarikat Cubic Group diantranya ialah yuran latihan ditaja oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia dan perantis diberi elaun sebayank RM300 setiap bulan untuk menghabiskan keseluruhan latihan tersebut. Perantis yang cemerlang akan dianugerahkan dengan Sijil SLDN K- pekerja (sama taraf dengan SKM 3) yang diiktiraf oleh JPK dan industri yang berkaitan. Perantis mempunyai peluang yang luas untuk bekerja dibawah syarikat Cubic Group. Selain daripada indusri kilang, terdapat juga institusi yang lain yang mengaplikasi sistem latihan ini iaitu Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu merupakan badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu, institusi diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia. Konsep latihan yang dilaksanakan meliputi dua peringkat iaitu konsep latihan sebanyak 20% hingga 30% dan juga praktikal dalam industri sebanyak 70% hingga 80%. Jangkamasa keseluruhan prgram ini adalah diantara 18 bulan hingga 24 bulan. Manakala kaedah perlaksanaan SLDN di Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu dijalankan di dua lokasi iaitu 70-80 peratus melibatkan latihan yang dijalankan di industri yang berfokuskan kepada pengalaman membuat secara praktik dan selebihnya sebanyak 20-30 peratus latihan
  • 8. dijalankan di institut latihan yang memfokuskan kepada pengetahuan asas dan teori berkaitan dengan sesuatu bidang. Menggunakan Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Core Curriculum (NOCC) bagi menurut kehandak pasaran masa kini dan akan datang. Setiap pelatih yang berjaya mengikuti kursus dibayar elaun hadir sebanyak RM 300.00 sebulan. Bagi menjaga kebajikan para pelatih di Akademi Jahitan, mereka disediakan dengan pelan perlindungan berkelopok skim Takaful Ikhlas dan dikenakan bayaran sebayak RM20 setahun . Bayaran untuk skim perlindungan ini ditolak dariapada elaun kehadiran pelatih 4.0 Analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang Dan Ancaman) Terhadap Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN). Analisis SWOT adalah sesuatu teknik yang mudah membuat pemeriksaan terhadap Kekuatan dan Kelemahan dalaman organisasi dan persekitaran yang berkaitan dengan Peluang dan Ancaman. Ianya merupakan satu alat yang secara umumnya digunakan sebagai asas atau peringkat permulaan bagi membuat keputusan menghala ke arah perancangan strategik. Analisis SWOT boleh dilaksanakan oleh pentabir secara individu atau pun secara kumpulan. Sungguhpun begitu, teknik secara berkumpulan lebih efektif bagi menyediakan objektif, struktur, penerangan dan fokus perbincangan tanpa dipengaruhi oleh politik dan kepentingan peribadi Sungguhpun penggunaan asal analisis SWOT adalah dalam urusan perniagaan tetapi penggunaannya dalam institusi atau pusat penggajian bukanlah suatu pendekatan yang tidak wajar kerana terdapat persamaan dalam bidang pengurusan oleh kedua-dua bidang ini. Teknik ini juga boleh digunakan dalam mengatur polisi dan strategi dalam Teknologi Maklumat. Perkembangan SLDN terbaru dalam bidang teknologi, industri, inovasi dan berbagai-bagai ciptaan baru terutama dalam bidang teknologi yang berkembang pesat telah menyebabkan perubahan dalam permintaan terhadap pekerja mahir dan separuh mahir. Penyediaan kemahiran terhadap permintaan
  • 9. berkaitan memerlukan kepekaan bagi institusi yang menawarkan kursus berbentuk kemahiran dan juga akademik. Berdasarkan beberapa sumber dan rujukan, Kumpulan kami dapat menyediakan analisis swot dengan menggunakan kaedah persoalan dan jawapan yang perlu di perolehi samada secara teori dan praktikal mengenai Kekuatan, Kelemahan, Peluang dan ancaman SLDN. 4.1 Kekuatan SLDN Analisis mengenai Kekuatan difokuskan mengenai faktor dalaman yang memberi kesan kepada SLDN seperti elaun, jangka masa latihan, tempat latihan dan minat. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Kekuatan secara teori dan praktikal di antaranya ialah: a. Kelebihan SLDN yang ada. (i) Digunapakai bagi proses pengajaran dan pembelajaran. (ii) Dijadikan sebagai asas bagi penyediaan bahan-bahan dan keperluan latihan. (iii) Dijadikan sebagai standard bagi menentukan tahap pencapaian dan kualiti kemahiran perantis dalam pelaksanaan SLDN. (iv) Dijadikan sumber rujukan utama dalam menyediakan Tugasan Pembelajaran dan Tugasan Kerja (Learn and Work Assignment; LWA). (v) Elaun sara diri RM500 - RM800 sebulan . (vi) Yuran dibiayai (vii) Persijilan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran,Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) (viii) Penempatan kerja bergaji setelah tamat (Jawatan and Majikan sedia ada) tempoh latihan hanya 3 bulan
  • 10. b. Bidang atau ruang terbaik dapat dilakukan. Bidang Latihan Pekerjaan/ Training Occupation (To) yang bermaksud suatu tajuk latihan bagi sesuatu bidang pekerjaan. Ianya berasaskan proses kerja sesuatu bidang latihan bagi mengeluarkan k-pekerja mempunyai ciri-ciri kompetensi iaitu Kompetensi Teknikal, Kompetensi Sosial dan Kemanusiaan dan Kompetensi Pembelajaran dan Metodologi Konsep Latihan SLDN adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di institusi latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pihak institusi latihan sama ada memilih pendekatan ‘day release’ atau ‘block release’ iaitu mengikut kesesuaian industri tersebut. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan day release ialah perantis akan menjalani latihan selama 4 hingga 5 hari di industri dan 1 hingga 2 hari di institusi latihan pada setiap minggu. Kaedah pembelajaran mengikut pendekatan ‘block release’ ialah pelatih akan menjalani latihan di industri selama 4 hingga 5 bulan serta latihan selama 1 hingga 2 bulan di institusi latihan. Jangka masa latihan adalah selama 2 tahun yang dibahagikan kepada 4 semester c. Kekuatan organisasi SLDN dalam pasaran. Pembangunan Human Capacity dapat meningkatkan kualiti kerana latihan yang dijalani sepanjang tempoh yang ditetapkan berdasarkan kepelbagaian proses kerja industri. Memberi kesan positif dari segi prestasi pekerja dan kepuasan pekerja. Meningkatkan imej syarikat/ majikan sebagai pengeluar K-Pekerja bagi melaksanakan tanggungjawab sosial negara. Membantu mewujudkan satu mekanisma tambahan bagi tujuan kenaikan pangkat dan meningkatkan kemahiran pekerja sediada. Memberi peluang kepada pekerja mahir sediada di industri didedahkan dengan ilmu dan kemahiran kejurulatihan.
  • 11. d. Halatuju strategik SLDN yang jelas. Pelaksanaan SLDN dilaksanakan pada 19 Mei 2004. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) telah dipertanggungjawabkan sebagai agensi pelaksana bagi sistem SLDN ini. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan yang diperolehi, pada tahun 2006 sehingga 2010 seramai 25, 021 perantis telah dilatih melibatkan 1028 syarikat dalam perlaksanaan SLDN. Menurut Yab Tan Sri Dato’ Hj. Muhyiddin Bin Haji Mohd Yassin, beliau mensasarkan seramai 27 500 perantis akan dilatih dengan melibatkan 967 syarikat bagi tempoh 2011-2015. Pelaksanaan SLDN ini adalah berdasarkan konsep Self Reliant Learning (SRL):- (i) Pendekatan di mana perantis bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. (ii) Perantis perlu mengikuti latihan melalui proses kerja sebenar tanpa penyeliaan sepenuhnya. (iii) Perantis juga berupaya untuk menentukan aktiviti, sumber dan suasana pembelajaran dengan pemantauan coach. 4.2 Kelemahan SLDN Analisis sudut Kelemahan juga seperti Kekuatan yang merupakan faktor dalaman yang memberi kesan kepada SLDN. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Kelemahan secara teori dan praktikal di antaranya ialah: a. Apa yang boleh diperbaiki? Pada 3 November, 2011 Bernama.com menyiarkan bahawa SLDN dikaji semula. Ringkasan daripada berita tersebut menytakan bahawa Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN), iaitu konsep latihan teknikal di dua tempat, akan dikaji semula dalam memperbaiki kelemahan pelaksanaannya, kata Menteri Sumber
  • 12. Manusia Datuk Dr S. Subramaniam. Beliau berkata sistem itu masih belum mencapai kejayaan seperti yang dilakukan Jerman."Kita sedang lihat proses yang ada sekarang, meningkatkannya dan buat perubahan untuk pastikan sistem ini capai kejayaan seperti yang ada di Jerman. "Kita harap mereka yang keluar daripada sistem ini akan ada pengalaman dan kemahiran yang tinggi untuk bolehkan mereka berjaya dalam kerjaya mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Pendidikan dan Latihan Malaysia- Jerman yang pertama kali diadakan di sini, hari ini. SLDN, yang diwujudkan pada 2005, adalah bertujuan melahirkan pekerja berpengetahuan, iaitu 70 peratus latihan di tempat kerja sebenar di industri dan 30 peratus di pusat latihan. Beliau juga menyataka bahawa pada masa ini terdapat kira-kira 1,000 institut latihan vokasional dan teknikal di seluruh negara di mana 48 peratus daripadanya merupakan institut latihan yang dibiayai kerajaan. Kerajaan membelanjakan RM1.2 bilion setahun untuk menguruskan institut latihan dan RM4 bilion lagi untuk membiayai keseluruhan program latihan, katanya. Subramaniam berkata pembiayaan itu perlu dikaji semula dengan mengambil kira keberkesanan sesebuah institut latihan berbanding jumlah pengambilan pelajar dan jenis kursus yang ditawarkan. "Kami sedang mendesak institut ini untuk memberi keutamaan kepada apa yang mereka hasilkan dan indeks pengurusan yang berjaya adalah bagaimana para pelajar menepati kehendak industri, kebolehpasaran pelatih dan apakah gaji yang patut mereka peroleh menurut beliau lagi sejak 2006 hingga 2010, seramai 25,021 perantis dilatih melibatkan 1,028 syarikat di bawah SLDN. b. Apakah yang terburuk telah dilaksanakan? Faktor utama yang mengehadkan pelaksanaan SLDN ini termasuklah kurangnya penglibatan syarikat sederhana dan kecil, bilangan yang terhad bagi Kurikulum Teras Pekerjaan Kebangsaan (KTPK) dan bilangan latihan di institusi yang terhad untuk meliputi semua latihan pekerjaan atau industri yang pelbagai.
  • 13. c. Apakah perkara yang perlu dielakkan? Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh JPK sendiri, sehingga bulan Disember tahun 2010 terdapat sejumlah 25, 021 orang pelatih yang sedang menjalani atau telah menyelesaikan program latihan di bawah sistem dual ini yang mana ianya telah melibatkan sekitar 1028 syarikat perindustrian dan 119 pusat latihan bertauliah yang berbeza (JPK, 2010). Berdasarkan statistik yang dikeluarkan ini juga, didapati bahawa fasa pertama pelaksanaan SLDN yang dijalankan bermula pada tahun 2005 sehingga tahun 2010 ini tidak berjaya dengan sepenuhnya mencapai target enrolmen iaitu matlamat mengeluarkan sejumlah 31, 500 orang pekerja mahir menjelang tahun 2010 sebagaimana yang dinyatakan sebelum ini. Ianya juga telah melibatkan pelbagai pusat latihan bertauliah dari pelbagai kementerian dalam negara seperti Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Bina Negara (IKBN) dan sebagainya (Jailani, 2006; JPK, 2009). Statistik penglibatan pelatih, pusat latihan bertauliah dan syarikat industri ini terus meningkat dan mendapat sambutan dari tahun ke tahun sepanjang perlaksanaan SLDN 4.3 Peluang SLDN Peluang adalah merupakan faktor yang berkaitan dengan perkara luaran atau faktor luaran berkaitan SLDN. Elemen yang mempengaruhinya sebahagiannya berkisar mengenai politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Peluang secara teori dan praktikal di antaranya ialah: a. Adakah pasaran dan pelangan mempunyai daya tarikan? Peluang untuk Pelatih adalah terbuka kepada lepasan SPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan Elaun Pelatih iaitu seperti berikut: (i) Semester 1 – RM 350.00 Sebulan
  • 14. (ii) Semester 2 – RM 400.00 Sebulan (iii) Semester 3 – RM 450.00 Sebulan (iv) Semester 4 – RM 500.00 Sebulan Manakala penganugerahan kelayakan adalah Sijil K-Pekerja, setaraf dengan SKM Tahap 3 atau DKM Kelayakan (Tahap 4) atau DLKM (Tahap 5) yang diluluskan oleh JPK dan pertubuhan majikan yang berkaitan. Lepasan SPM dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan. b. Apakah halatuju yang menarik perhatian? Melalui RMKe 10, kerajaan telah memperluaskan liputan pelaksanaan SLDN bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi golongan pelajar tercicir. Golongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Di samping itu juga terdapar beberapa faedah iaitu dari segi: (i) Insentif Kewangan Dengan adanya insentif kewangan dapat mengurangkan kos pengambilan pekerja mahir dari segi latihan, penilaian, pengiklanan dan pemilihan. Layak mendapat potongan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 atau layak menuntut bayaran latihan daripada Tabung Pembangunan Sumber Manusia (TPSM) untuk syarikat /majikan yang layak. Peningkatan Kualiti Produktiviti disamping itu juga dapat meningkatkan kualiti kerja kerana pekerja yang dilatih adalah mengikut keperluan di
  • 15. industri. Ia juga dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja yang mengikuti SLDN boleh memenuhi keperluan pekerjaan sepenuhnya. SLDN juga dapat meningkatkan daya saing kerana syarikat/ majikan dibekalkan dengan pekerja mahir yang releven dan mencukupi. SLDN juga dapat meningkatkan penggunaan teknologi baru yang lebih efisen kerana perantis SLDN diberi pendedahan kepada pelbagai teknologi terkini semasa proses pembelajaran. (ii) Faedah Kepada Perantis Elaun kepada perantis layak menerima elaun bulanan minumum oleh pihak syarikat/ majikan bagi sepanjang tempoh latihan seperti Kerajaan telah memperkenalkan Koridor Raya Multimedia bagi memperolehi faedah daripada perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi. Alaf baru ini memperlihatkan negara-negara di dunia menjadi tanpa sempadan dan proses globalisasi turut mendorong kepada penyebaran maklumat berlandaskan ketelusan dan pengeluaran data yang bertepatan masa. Di samping itu juga laman web Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu telah diwujudkan bagi menyediakan maklumat kursus-kursus dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta maklumat lain yang berkaitan dengan institut ini. Maklumat-maklumat yang diberi juga sentiasa dikemaskini secara berterusan sepanjang masa apabila maklumat baru diperolehi. Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu diamanahkan untuk membekalkan tenaga kerja mahir yang terlatih. Dengan itu, SLDN juga telah berjanji akan membangun dan menjalankan program latihan kemahiran bersesuaian dengan keperluan negara dan perkemebangan teknologi; Mengeluarkan tenaga mahir dan pensyarah kompeten, berkualiti dan berhemah tinggi; Contohnya , dengan mengiklankan
  • 16. maklumat peluang latihan kemahiran bagi kursus jangka panjang di Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu tiga bulan sebelum pengambilan; Mengeluarkan tawaran kemasukan bagi kursus jangka panjang tiga minggu sebelum kursus bermula; dan memberi respon kepada semua jenis pertanyaan dan aduan dalam masa 24 jam. Untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan kepada Institut Latihan Perindustrian Kuala Terengganu, khidmat yang mesra dan cemerlang adalah menjadi pegangan kami. c. Adakah SLDN mempunyai teknologi atau cara tersendiri untuk menarik perhatian? Peluang dapat diperolehi dan dimanfaatkan juga melalui perubahan pasaran dan teknologi, perubahan polisi kerajaan yang berhubungkait bidang organisasi, perubahan gaya hidup dan seumpamanya. (i) Pembangunan Kurikulum SLDN Terdapat enam peringkat SLDN iaitu; Peringkat Aktiviti Hasil Pertama Analisis latihan dan proses pekerjaan Draf  Latihan Pekerjaan  Profil Pekerjaan  OCWP Kedua Pengesahan Profil pekerjaan dan OCWP di tempat pekerjaan (industri)  Latihan Pekerjaan  Profil Pekerjaan  OCWP Ketiga Pengenalan kepada Objektif Pembelajaran dan Kompetensi Induk.  Objektif Pembelajaran  Kompetensi Induk Keempat Pembangunan LWA. Draf LWA
  • 17. Kelima Pengesahan kurikulum SLDN. Draf Kurikulum SLDN. Keenam Kelulusan kurikulum dan JPPK dari Ahlijawatankuasa Teknikal SLDN Kurikulum SLDN (ii) Struktur Pensijilian SKM 4.4 Ancaman SLDN Ancaman seperti juga Peluang yang berkaitan aspek luaran yang dipengaruhi dengan elemen politik, teknologi, ekonomi dan masyarakat dan sebagainya. Persoalan dan jawapan yang perlu diperolehi mengenai Ancaman secara teori dan praktikaldi antaranya ialah:
  • 18. a Apakah pesaing lakukan? Dari segi kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN Khas akan ditentukan oleh industri bersama-sama dengan pusat latihan sama ada memilih pendekatan seperti berikut: (i) Day release Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 hari di industri dan latihan teori selama 1 hingga 2 hari di Pusat Latihan SLDN setiap minggu. (ii) Block release Perantis akan menjalani latihan kemahiran selama 4 hingga 5 bulan di industri dan latihan teori selama 1 hingga 2 bulan di Pusat Latihan SLDN secara berterusan. (iii) Kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan. Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang masih berkuatkuasa. Manakala dari segi tempoh latihan jangka masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja. b. Adakah perubahan teknologi menjejaskan keupayaan SLDN? Program yang boleh diikuti adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS). Keutamaan diberi kepada sepuluh (10) bidang di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (National Key Economic Areas - NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy; Palm Oil; Financial Services; Tourism; Business Services; Electronics and Electrical; Wholesale and Retail; Healthcare; Communications Content and Infrastructure; and Agriculture.
  • 19. c. Apakah Ancaman yang dihadapi? Dalam melaksanakan SLDN ini, cabaran yang perlu ditempuhi adalah menangani masalah syarikat-syarikat yang tidak sedar akan kepentingan SLDN. Syarikat termasuklah syarikat-syarikat besar masih enggan mengambil bahagian dalam SLDN . Disamping itu juga antara cabaran SLDN adalah dengan mengadakan Penilaian Berterusan bagi Kompetensi Penilaian Teknikal, Pembelajaran Dan Metodologi dilakukan di Syarikat dan Pusat Latihan adalah salah satu cabaran atau cabaran SLDN. Penilaian Berterusan di Syarikat Penilaian di Syarikat meliputi aktiviti berdasarkan LWA atau NOSS yang mengandugi gabungan aktiviti berikut: (i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60% (ii) Pelaksanaan penilaian praktikal di syarikat dilakukan oleh coach berpandukan kepada aktviti latihan yang dijalankan oleh perantis. (iii) Coach akan menggunakan jobsheet yang sediada atau dibangunkan bagi tujuan penilaian. Manakala perantis perlu merekodkan aktiviti latihan di dalam Buku Log Bilangan aktiviti berasaskan kepada modul / skop kerja yang telah dikenalpasti dan meliputi keperluan LWA/NOSS. (iv) Disamping kaedah penilaian secara pemerhatian (Kaedah Rubrik) oleh coach terhadap perantis semasa latihan praktikal, coach juga boleh menguji perantis berdasarkan soalan lisan, kuiz, persembahan, laporan teknikal atau ujian bertulis. (v) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untuk mengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkira adalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikh Peperiksaan Akhir.
  • 20. Penilaian Berterusan di Pusat Latihan (i) Markah Lulus bagi setiap penilaian adalah 60% (ii) Pusat Latihan hendaklah menilai keterampilan perantis secara penilaian berterusan berdasarkan LWA/NOSS yang telah dikenalpasti. (iii) Tenaga pengajar perlu menilai keterampilan teori perantis melalui aktiviti latihan yang dijalankan. Kaedah penilaian yang dicadangkan adalah Laporan teknikal, Persembahan, Lisan, Ujian bertulis, Kuiz, tugasan, Kajian kes atau lain-lain yang berkaitan. (iv) Perantis yang tidak mencapai tahap minimun dibenarkan untuk mengulang penilaian tersebut, tetapi markah maksimum yang diambilkira adalah 60%. Penilaian ulangan perlu dilakukan sebelum tarikh Peperiksaan Akhir. (v) Pengajar di Pusat Latihan adalah dipertanggungjawabkan untuk merekod keputusan penilaian perantis dalam Borang Rekod Bukti Pencapaian (JPK/SLDN/P01). d. Adakah diperlukan perubahan terhadap spesifikasi perkhidmatan atau pengeluaran? Kekurangan budaya latihan yang dianggap sebagai kos dan bukan daripada pelaburan dan Syarikat-syarikat yang masih enggan menerima teknologi baru dan masih menggunakan tenaga buruh asing. Bilangan yang terhad dalam latihan atau pekerjaan. Bilangan jurulatih atau tenaga pengajar yang terhad untuk melaksanakan kaedah SLDN. Oleh itu, dengan membuat analisis terhadap Ancaman ianya mernberi gambaran lebih jelas mengenai SLDN secara teori dan praktikal . kita dapat mengetahui apakah keperluan yang perlu dilakukan dan meletakkan atau melihat permasalahan dalam perspektif yang betul.
  • 21. Rumusan Rumusan keseluruhannya, apa yang dapat dilihat bahawa Keputusan Kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004. SLDN diperkenalkan adalah bertujuan untuk menyediakan tenaga mahir negara (k-Pekerja) melalui satu kaedah latihan komprehensif dan terkini yang memenuhi kehendak industri semasa. Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah dilantik sebagai agensi pelaksana didalam mengendalikan sistem ini. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 19 Mei 2004 telah bersetuju agar semua Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) melaksanakan SLDN dalam meningkatkan penglibatan sektor swasta dan mempergiatkan latihan kemahiran berasaskan industri. Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai Pembangunan Modal Insan (JKMPMI) bilangan 2/2010 pada 17 Mei 2010 pula bersetuju agar ILKA melaksanakan SLDN dengan pengambilan perantis sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah pengambilan pelajar. Melalui RMKe 10, kerajaan telah memperluaskan liputan pelaksanaan SLDN bagi menyediakan latihan yang khusus untuk memenuhi golongan pelajar tercicir. Walaubagaimana pun golongan ini adalah sumber tenaga kerja yang besar dan berpotensi untuk diberi latihan kemahiran. Jika diberi latihan dan dilengkapkan dengan kemahiran yang tepat, mereka akan meningkatkan dengan ketara bilangan pekerja mahir. Secara khususnya, program ini akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas. Pelaksanaan ini berkuatkuasa mulai dari 01 Julai 2011. Manakala program ini juga akan menyediakan peluang peningkatan kemahiran kepada individu yang cenderung kepada bidang teknikal atau vokasional tetapi tidak dapat melengkapkan 11 tahun pendidikan asas mengikut kriteria berikut: (i) Warganegara Malaysia. (ii) Berumur 16 hingga 35 tahun.
  • 22. (iii) Boleh membaca, mengira, menulis serta bertutur Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. (iv) Berminat untuk mengikuti latihan kemahiran. (v) Menandatangani kontrak perantisan. (vi) Sihat tubuh badan untuk menyertai program ini. Kita dapati bahawa program ini boleh diikuti adalah berdasarkan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (National Occupational Skills Standard - NOSS). Keutamaan diberi kepada sepuluh (10) bidang di bawah Bidang Keberhasilan Ekonomi Utama (National Key Economic Areas - NKEAs) iaitu Oil, Gas and Energy; Palm Oil; Financial Services; Tourism; Business Services; Electronics and Electrical; Wholesale and Retail; Healthcare; Communications Content and Infrastructure; and Agriculture. Walaubagaimanapun program SLDN Khas adalah satu konsep latihan yang melibatkan latihan yang dijalankan di dua tempat iaitu di industri yang meliputi 70% hingga 80% dan di pusat latihan yang meliputi 20% hingga 30%. Pendekatan latihan SLDN Berdasarkan beberapa sumber rujukan kami telah menemui beberapa Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh di guna pakai untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya. Kita dapati bahawa kaedah pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan, Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang masih berkuatkuasa dan dalam jangka masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan oleh Penyedia Latihan SLDN melalui sistem atas talian eJPK. Pengambilan perantis adalah berdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak JPK kepada Penyedia Latihan SLDN yang berjaya. Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri
  • 23. tertetu, kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh itu terdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihak seperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihan perlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis dan pelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama. Saranan Menambah Aplikasi Diantara saranan yang perlu dibaiki ialah dengan menaikkan jumlah elaun atau bayaran kepada pekerja atau pelatih yang menjalani latihan dan juga institut yang terlibat. Ini telah pub disarankan oleh Menteri Sumber Manusia, Datuk S. Subramaniam. Beliau juga menyatakan bahawa pelatih atau pekerja juga mendapat hak dan dilindungi dibawah Akta Pekerja. Penutup Kesimpulannya, selepas menyiapkan tugasan ini berdasarkan beberapa sumber dan maklumat kami dapati bahawa terdapat beberapa Kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (analisis S.W.O.T) yang boleh di guna pakai untuk mengkaji sejauhmanakah keberkesanan perlaksanaannya samada dari segi pelaksanaan program SLDN Khas adalah berdasarkan Peraturan, Syarat Pentauliahan dan Panduan Pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) yang masih berkuatkuasa dan dalam jangka masa latihan adalah selama 12 bulan bagi program yang bermula dari Tahap 1 dan 6 bulan bagi program Tahap 2 sahaja. Pendaftaran perantis hendaklah dilakukan oleh Penyedia Latihan SLDN melalui sistem atas talian eJPK. Pengambilan perantis adalah berdasarkan surat tawaran yang dikeluarkan oleh pihak JPK kepada Penyedia Latihan SLDN yang berjaya. Oleh itu pelaksaan SLDN in mempunyai ciri-ciri tertentu iaitu mengenai kebaikan, kelemahan, peluang dan ancaman yang tersendiri. Oleh itu terdapat pro dan contra nya dalam pelaksanaan program ini. Semua pihak seperti pihak kerajaan, JPK, syarikat-syarikat tertentu dan pusat-pusat latihan
  • 24. perlulah memainkan peranan penting dari segi penkajian, analisis dan pelaksaan SLDN untuk kebaikan dan faedah bersama. Seperti kita ketahui bahawa Keputusan kerajaan untuk melaksanakan SLDN mulai tahun 2005 telah dibuat pada 19 Mei 2004 dan perasmiannya telah dilaksanakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 3 Mei 2008. Ini adalah berikutan hubungan kerjasama yang terjalin di antara kita Malaysia dengan negara Jerman pada 1996. Satu hasil penyelidikan telah ditemui dan seterusnya mengesyorkan bahawa hubungan kerjasama di antara Malaysia dan Jerman harus diperkukuhkan lagi pada masa hadapan. Hubungan kerjasama antara Malaysia dan Jerman ini dipanggil Projek Sistem Dua Hala (DSP). Pembentukan DSP ini terdiri daripada pemimpin pasukan Jerman bersama-sama dengan empat ahli lain yang dilantik secara sepenuh masa. Jangka masa untuk projek ini ialah bermula pasa tahun 2000 dan berakhir pada tahun 2005 (DSP,2001). Disamping itu juga kami dapat mengetahui tentang konsep pembelajaran SLDN ini yang telah lama digunakan di negara Jerman. Dalam sejarah Jerman sistem ini merupakan sistem yang panjang dimana ia telah diterapkan seawal abad ke 20 dan latihan apperantice telah bermula sejak abad ke 17. Matlamat utama SLDN di negara Jerman ini dilaksanakan adalah kerana pendidikan dan latihan vokasional menyediakan semua kaum muda dengan kelayakan yang diperakui. Selain itu juga di negara Jerman ini terdapat perangkaan undang-undang dimana akta undang-undang yang mantap telah disediakan. Akta undang-undang tersebut adalah Vocational Training Act 1969 untuk latihan di tempat kerja dan State (Lander) Education Acts untuk latihan di sekolah-sekolah. Selain itu juga, hasil daripada beberapa sumber atau maklumat yang kami perolehi dapat kami ketahui bahawa titik permulaan pembelajaran SLDN ini masih lagi baru dalam sistem pendidikan di negara kita. Konsep pembelajaran di negara Malaysia bermula apabila perjanjian usaha sama di antara negara Jerman dan Malaysia di lakukan pada pertengahan tahun 1990- an. Tujuan utama konsep SLDN ini dilaksankan di Malaysia adalah khusus
  • 25. kepada keperluan tenaga pekerja yang berkemahiran untuk kepentingan dan meningkatkan ekonomi Malaysia semata-mata. Selain itu juga, di negara Malaysia belum lagi terdapat undang-undang yang khusus diakta kan untuk konsep pendidikan ini. Disamping meningkatkan ekonomi di negara kita, objektif utama yang difikirkan adalah melahirkan tenaga pekerja yang berketrampilan k-pekerja dimana merangkumi kompetensi teknikal, kemahiran sosial dan kemanusian serta metodologi pembelajran. Seterusnya melahirkan mereka yamg sanggup untuk menjalani pembelajaran sepanjang hayat, berupaya bekerja dalam jaringan dan berkumpulan serta berupaya untuk menjangka keperluan masa hadapan di tempat kerja. Jesteru itu, panduan penilaian ini dibangunkan bagi memastikan pengeluaran k-Pekerja dapat mencapai tahap kualiti yang dikehendaki oleh industri negara. Akhirnya dengan jayanya kami dapat menyiapkan tugasan ini dan kami dapat memperolehi banyak maklumat dan pengetahuan baru tentang SLDN.
  • 26. Penghargaan Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran kehadratilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan kepada Encik Mohd Noor B. Hashim pensyarah mata pelajaran Pembangunan Kurikulum dalam Pendidikan Teknikal dan Vokasional (MBE 22503) atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Tugasan yang bertajuk Sistem Latihan Duo Nasional (SLDN) telah memberi banyak kefahaman kepada kami seperti konsep perlaksanaan persijilan, kemahiran malaysia melalui SLDN, peranan dan tanggungjawab personel dalam perlaksanaan SLDN, kaedah penilaian dan persijilan kepada perantis sistem pengrekodan dan dokumentasi, aplikasi SLDN dan hingga akhir sekali kami dapat membuat analisis SWOT SLDN. Kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigmadalam era globalisasi ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini.
  • 27. "Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus- menerus" RAWIYAH BT. ABDUL HAMID IJLAL BT SAJA@ MEARAJ ______________________ _____________________ (HB100073) (HB100193) NOOR AZYANI BT A. JALIL HAZWANI HUSNA BT.ZAINUDIN ______________________ _____________________ (HB100216) (HB100062)
  • 28. Senarai Rujukan Spahat, Ghazally & Wan Mohamed, Wan Azlinda, (2010) Sistem Latihan Dual Nasional-Satu Inovasi Dalam Program PLTV. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Taklimat Pemantapan Program SLDN. Kuantan. 30 November 2010. Jabatan pembangunan Kemahiran (2012), Sistem Latihan Dual Nasional Di capai Pada April,4 2012 dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (www.ejpk.gov.my) Jabatan Pembangunan Kemahiran (2009), Laporan Tahunan Kementerian Sumber Manusia. Wan Ahmad (2008) To Inculcate Training Culture Amongst Malaysian Industry Through National Dual Training System (NDTS) Department Of Skills Development Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan, (Mei 2005), Panduan Pelaksanaan Sistem Latihan Dual Kebangsaan, Kementerian Sumber Manusia. Ahmad, Wan Ahmad, Kasa, Gessler & Spootle (2010) Efectiveness Of Learning In The National Dualtraining System (NDTS) In Malaysia Persidangan Kebangsaan Pendidikan Kejuruteraan Dan Keusahawanan