SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 44
BAB 6

PEMBANGUNAN POLITIK DALAM
  KONTEKS HUBUNGAN ETNIK
        DI MALAYSIA
OBJEKTIF BAB
• Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Memahami integrasi politik yang wujud antara
   pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan Parti
   Perikatan.
2. Membincangkan peristiwa kerusuhan etnik Mei 1969
   dan kerajaan darurat.
3. Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia
   untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan
   konsep Rakyat Malaysia Baru.
4. Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh
   kerajaan    bagi   mewujudkan      perpaduan     dan
   keharmonian antara kaum.
6.1 PENGENALAN

• Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik
  yang turut berbeza dari aspek agama,
  kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan-
  kepentingan lain.
• Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu
  suasana politik yang stabil supaya masyarakat
  berbilang kaum dapat hidup dalam suasana
  harmoni.
• Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan
  integrasi antara etnik yang berbeza.
6.2 INTEGRASI POLITIK

• Bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada
  kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang
  berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara
  (Rabushka, 1968).
• Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan
  keadaan.
   – Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik
     tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum.
   – Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan
     berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam
     sesebuah negara (Rabushka, 1968).
• Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan
  pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih
  pemimpin-pemimpin mereka.
6.3 PARTI PERIKATAN

• Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya
  terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili
  kepentingan kelompok etnik masing-masing.
• Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah
  semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila
  cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA.
• Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep
  perikatan antara parti-parti etnik yang utama,
• Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah
  UMNO.
   – Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun
     1951.
   – Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.
• UMNO berjaya menarik minat masyarakat Melayu
  dalam perjuangan menentang Malayan Union.
• Mengguna orang-orang Melayu dalam perkhidmatan
  kerajaan di setiap negeri bagi mobilisasi politik.
• Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan
  menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat
  daerah, yang kemudian mendapat bantuan dari para
  penghulu, untuk membangkitkan orang-orang
  kampung supaya bertindak.
• Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO berjaya
  menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu tradisional
  di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah
  parti politik semasa (Leonard dan Barbara Andaya,
  1983).
• Parti yang kedua terbesar dalam Perikatan ialah MCA.
• Prinsip utamanya ialah mengekalkan keharmonian
  kaum etnik melalui penyesuaian antara satu sama lain.
• Dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat
  Cina.
• Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam
  kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina
  disuarakan.
• Presidennya Tun Tan Cheng Lock, berjaya
  melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh
  UMNO (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
• Pada 1957 muncul golongan di bawah pimpinan Dr Lim
  Chong Eu yang disokong oleh golongan kiri kaum
  intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar-
  bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh.
  Walaupun bilangannya kecil, golongan ini sangat
  efektif dan mempunyai motivasi yang tinggi (Leonard
  dan Barbara Andaya, 1983).
• Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai
  Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock. Dr
  Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul Rahman
  untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan
  UMNO.
• Walau bagaimanapun, tidak dapat dijalinkankan
  hubungan persahabatan peribadi seperti yang wujud
  sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan
  Cheng Lock (Means, 1976).
• Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama bagi
  pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen.
• MCA diperuntukkan hampir separuh bilangan kerusi
  yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang-
  orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 %
  dari keseluruhan pengundi.
• Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat
  kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang
  kewarganegaraan yang baru.
• Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi
  hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr.
  Lim mendesak secara terbuka supaya MCA diberi 40
  daripada 104 kerusi.
• Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA lalu
  UMNO akan bertanding tanpa MCA.
• Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk
  pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka
  dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan.
• Krisis dalaman MCA menyebabkan Presiden MCA telah
  menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu
  sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan.
• Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang
  berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka
  supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu
  (Tunku Abdul Rahman, 1987, Malaysia Kita, 2002).
• MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam
  Perikatan.
• Bilangan pengundi India hanya 7.4% daripada
  jumlah pengundi pada tahun 1959.
• Pada awal penubuhannya, MIC kurang
  mendapat sokongan kerana kebanyakan
  orang-orang India merupakan buruh dari kelas
  bawahan yang merupakan golongan majoriti
  kaum India di Tanah Melayu dan pemimpin-
  pemimpin MIC terdiri daripada golongan
  professional.
• 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di
  bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan juga menyertai
  Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi
  menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
• MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum
  India setelah menyertai Perikatan pada tahun 1955
  (Malaysia Kita, 2002).
• MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya
  dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO.
  Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak
  berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang
  berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India
  dalam Perikatan (Means, 1976).
• Menurut Means (1976), kejayaan MIC dalam Perikatan
  pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan
  peribadi yang erat antara Tunku dan (Tun) V.T.
  Sambathan, Presiden MIC.
• Tun V.T. Sambathan merupakan seorang tuan punya
  ladang getah dan terdidik dalam kedua-dua bahasa
  Tamil dan Inggeris.
• Apabila sesetengah ahli radikal yang bersifat
  perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan
  dengan UMNO, mereka telah dipecat dari parti itu.
• Setelah tahun 1958, pimpinan golongan lama
  mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan
  bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis
  Kebangsaan Perikatan
• Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958
  sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada
  parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak
  sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul
  Rahman.
• Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang
  viabel disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh
  ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif
  seperti kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak
  istimewa orang Melayu.
• MCA meminta agar asas mendapat kewarganegaraan
  ialah prinsip jus soli yang membolehkan semua yang
  lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi
  warganegara.
• UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dan
  meminta persetujuan MCA mengenai dasar pelajaran,
  iaitu mewajibkan bahasa Melayu di semua sekolah
  dan mewujudkan satu ‘kurikulum Malaya’ yang sama
  bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar.
• MCA dan MIC juga bersetuju nisbah 4:1 yang wujud,
  Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam
  Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai
  bahasa Kebangsaan.
• UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa
  dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk
  membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan
  diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha
  mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang
  berat sebelah.
• Perikatan mengambilalih peranan mewakili
  kepentingan ketiga-tiga kumpulan etnik
  utama di Tanah Melayu.
• Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh
  mendapat kerusi begitu banyak untuk
  mencabar Parti Perikatan kerana parti ini
  mendapat mandat untuk membina satu
  masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang
  bersaingan serta bermusuhan.
6.4 RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN
  DARURAT
• Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipenuhi
  isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa.
• Pilihanraya 1969 itu sebagai peluang untuk
  mengekalkan        kepentingan     sendiri   terhadap
  pencerobohan kelompok lain.
• Keputusan pilihanraya merupakan satu pukulan teruk
  kepada Parti Perikatan.
   – kerusi dalam Dewan Rakyat, merosot daripada 89 pada
     tahun 1964 kepada 66,
   – jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada
     48.5%.
   – Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan
     PAS memenangi 12 kerusi.
• Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3
  dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh lagi
  meminda Perlembagaan menurut sesuka hati
  (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
• Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya, parti-
  parti pembangkang iaitu Gerakan dan DAP serta
  penyokong-penyokong mereka telah merayakan
  kemenangan mereka dengan bersorak di
  sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara
  ini membangkitkan kemarahan masyarakat
  Melayu (Malaysia Kita, 2002).
• Perarakan balas oleh para penyokong UMNO
  pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan
  yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur
  (Means, 1967).
• Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah
  artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan
  Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia
  diperintah oleh Majlis Gerakan Negara
  (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan
  Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18
  bulan.
• Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan
  sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri.
• Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas
  mentadbir negara dan membina semula struktur
  pembangunan negara (Malaysia Kita, 2002).
• Keamanan dan ketenteraman dapat dipulihkan
  setelah empat hari pertumpahan darah.
• Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei,
  kejadian-kejadian keganasan perkauman masih
  berterusan.
• Kerajaan     akhirnya   mengancam      akan
  mengambil tindakan keras ke atas kumpulan-
  kumpulan militan Melayu, terutamanya
  mereka yang mendesak Tunku supaya
  meletak jawatan kerana amalan polisinya
  yang terlalu mengalah kepada kaum-kaum
  etnik yang lain.
• Pimpinan       Melayu    dalam    Perikatan
  menyalahkan pihak pembangkang kerana
  kecaman mereka yang lantang terhadap hak-
  hak     istimewa    orang    Melayu    yang
  menyebabkan orang Melayu bertindak ganas.
• Namun dakwaan ini dinafikan dengan kerasnya.
  Kerajaan telah memberi amaran sekiranya
  perbuatan melampau itu berterusan, sistem
  pemerintahan secara demokrasi berparlimen
  perlu diubah.
• Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara
  ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi
  kebangsaan, disamping menyusun program sosial
  dan ekonomi yang baru.
• Pada 31 Ogos 1970, ideologi baru yang
  dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan
  dengan rasmi.
• Januari 1970, Majlis Perundingan Negara
  ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan
  yang positif dan praktikal bagi kerjasama
  antara kaum dan integrasi sosial.
  – Diwakili oleh menteri, kerajaan negeri, parti
    politik, kumpulan agama, badan professional,
    perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, persatuan
    majikan, pihak akhbar, guru-guru dan kumpulan
    minoriti.
• Kerajaan memerintah secara muafakat dalam
  sebuah perhimpunan am secara demokrasi
  berparlimen, menurut corak barat.
6.5 PENYUSUNAN SEMULA POLITIK

• Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh
  Dewan Rakyat setelah pemerintahan berparlimen dipulihkan.
   – menghapuskan isu-isu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik serta
     memperbetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam sektor-sektor
     tertentu.
   – perbincangan umum, menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja Melayu,
     hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu
     sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara
     dianggap sebagai menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
   – menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi Pengajian
     Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan etnik dalam
     profesion.
• Hasilnya, menjelang tahun 1975, terdapat 58.5% dari keseluruhan
  bilangan bumiputera dalam kelima-lima universiti di Malaysia
  terdiri daripada anak-anak Melayu, meskipun bilangan mereka
  dalam bidang sains masih rendah.
• Kesan yang paling        penting     dari   pindaan
  perlembagaan
  – sekatan melakukan perbincangan mengenai isu
    sensitif.
  – Parlimen dan pihak media menjadi alat pengesahan
    dan sebulat suara dan tidak lagi menjadi pengkritik
    terhadap tindakan kerajaan.
  – Istilah ‘muhibah’ yang bermakna berbaik-baik antara
    semua kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan
    selepas tahun 1969.
  – Dasar kerajaan semakin mencerminkan idea
    pemimpin-pemimpin UMNO. Ini kerana semua
    pembangkang sudah tidak dapat bersuara lantang
    setelah berlakunya rusuhan etnik pada tahun 1969.
• Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail telah
  memberi amaran lebih baik UMNO membubarkan
  Perikatan sekiranya MCA dan MIC berada dalam
  keadaan ‘hidup segan, mati tak mahu’.
• Sebagai reaksi, Gerakan Perpaduan Cina telah dibentuk
  dan dipimpin oleh beberapa tokoh MCA termasuk Tun
  Tan Siew Sin.
• Mendapat sambutan baik dari masyarakat Cina dan
  mendapat sokongan meluas.
• Kerajaan menganggap gerakan ini merbahaya. Oleh
  itu, permohonan gerakan ini untuk mendaftar sebagai
  sebuah parti ditolak.
• Dua orang anggota pengasasnya ditahan atas tuduhan
  menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
• Dengan matinya Gerakan Perpaduan Cina itu,
  beberapa orang anggotanya yang aktif memutuskan
  agar mereka terus berada dalam MCA untuk
  mencurahkan khidmat. Perkara ini pada mulanya
  dilihat positif oleh pimpinan UMNO.
• Bagaimanapun, tidak lama kemudian gerakan
  pembaruan itu telah merosot menjadi medan
  pertarungan untuk menguasai parti. Pimpinan parti
  dimenangi oleh golongan tua di bawah Tun Tan Siew
  Sin. Kesan dari pertarungan itu menjadikan MCA
  semakin lemah dan kurang meyakinkan untuk menjaga
  kepentingan masyarakat Cina.
• Pada tahun 1970, UMNO di bawah Tun Abdul
  Razak mengekalkan kedudukan yang dominan
  dalam Parti Perikatan.
• Muncul satu kumpulan muda elit yang militan
  serta berpendidikan Barat berganding bahu
  dengan kumpulan berpendidikan Melayu dan
  Arab dalam UMNO, dan tidak lagi dengan
  golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan
  Inggeris.
• Barisan Nasional dibentuk yang terdiri daripada
  10 parti politik, termasuk PAS, untuk bertanding
  dalam pilihanraya Persekutuan tahun 1974.
• Tun Abdul Razak telah memberitahu MCA
  bahawa parti itu tidak lagi merupakan parti
  tunggal yang mewakili masyarakat Cina dalam
  Barisan Nasional.
• MIC juga telah menunjukkan sambutan positif
  terhadap arahan UMNO apabila Tun Abdul Razak
  masuk campurtangan bagi menyelesaikan
  pertarungan untuk pucuk pimpinan parti yang
  berpanjangan, menjamin persaraan (Tun)
  Sambathan dan menaikkan pangkat timbalannya,
  V. Manickavasagam, sebagai Presiden parti yang
  baru pada bulan Jun 1973 (Leonard dan Barbara
  Andaya, 1983).
• Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos 1974, Barisan Nasonal
  telah memenangi 104 kerusi. 62 kerusi dimenangi oleh
  UMNO. Barisan Nasional berjaya memenangi semua
  kerajaan negeri termasuk Kelantan kerana PAS pada masa
  itu termasuk dalam Barisan Nasional.
• Kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar sosial dan politik
  yang bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia
  yang bersatu padu.
• Jabatan Perpaduan Negara bertukar menjadi Lembaga, dan
  berperanan menjalankan kelas-kelas perpaduan negara di
  seluruh Malaysia dengan memfokuskan pengajaran
  terhadap bahasa Kebangsaan, siviks dan tradisi-tradisi
  kebudayaan masyarakat pelbagai etnik. Kementerian
  Penerangan pula bekerjasama dengan Lembaga Perpaduan
  Negara bagi memupuk kesedaran nasional menerusi
  program radio dan televisyen.
• Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar-dasar
  yang sederhana yang dapat mengurangkan ketegangan
  serta menghapuskan kecurigaan dikalangan kumpulan-
  kumpulan etnik.
• Meninggal pada 14 Januari 1976. dan digantikan oleh
  Datuk Hussein Onn.
• Datuk Hussein telah berjaya menegakkan kekuasaan
  kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri di
  Perak, Melaka dan Kelantan.
• Pilihanraya pada Julai 1982, Barisan Nasional (kecuali
  PAS yang menarik diri pada tahun 1977) telah
  mencapai kemenangan besar dengan mendapat 131
  kerusi dari jumlah 154 yang ditandinginya di seluruh
  Malaysia.
6.6 PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI
   MALAYSIA

• Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan
  untuk membentuk satu identiti baru.
• Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat
  menerusi Laporan Razak 1956, dipengerusikan oleh Tun Abdul
  Razak bin Dato’ Hussein iaitu Menteri Pelajaran pada waktu
  tersebut.
• Jawatankuasa tersebut terdiri daripada sembilan orang wakil
  Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu.
• Mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955 hingga 14 April
  1956, dan telah menerima 151 memorandum.
• Menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Dibentang dan diluluskan
  oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957, dan
  dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.
• Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa
  Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya
  Kebangsaan pada tahun 1959 di Tanah Melayu.
• Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri
  Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang
  ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli
  UMNO.
• Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang
  termaktub dalam Akta Pelajaran 1961.
• Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk
  mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan.
   – penekanan     kepada     keperluan    pembangunan,
     pembentukan identiti,   pemantapan   pemikiran dan
     perpaduan negara.
6.6.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan

1. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan
   kesedaran dan perpaduan kebangsaan.
2. Menyatukan kanak-kanak sekolah dari pelbagai
   kaum melalui sistem pendidikan yang tidak
   membebankan kewangan negara.
3. Memperkembang dan mengubahsuai rancangan-
   rancangan pelajaran dan latihan untuk
   melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan,
   bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi
   memenuhi keperluan ekonomi negara.
4.Melahirkan        warganegara         yang
  bertanggungjawab, bersatu padu, berdisiplin
  dan berakhlak.
5.Memperbaiki     kemudahan     penyelidikan,
  perancangan dan perlaksanaan bagi mencapai
  mtlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
6.7 RAKYAT MALAYSIA BARU

• Kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat supaya
  menentukan satu identiti Malaysia yang mempunyai
  terasnya tradisi-tradisi kebudayaan dan bahasa orang
  Melayu.
• Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim galakan
  ekonomi dan program latihan teknik menyumbang ke
  arah memberi orang Melayu bahagian yang lebih besar
  dalam ekonomi negara.
   – Diharapkan pada suatu masa nanti, orang Melayu dapat
     memainkan semula peranan penting dalam bidang
     perdagangan dan perniagaan yang telah dirampas dari
     tangan mereka, selepas kedatangan penjajah British.
     (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
• Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar bandar
  semakin membimbangkan. Sebaliknya, golongan kelas menengah
  Melayu yang semakin membesar telah mendapat banyak manfaat
  dari dasar-dasar baru kerajaan. Walau bagaimanapun, kadar
  kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu masih tinggi.
• Orang-orang Cina pula secara umumnya percaya bahawa sebarang
  percubaan oleh kerajaan untuk memberi kepada orang-orang
  Melayu sebahagian dari kegiatan ekonomi bermakna merampas
  dari bahagian mereka.
   – Orang-orang Cina memiliki lebih kurang 20% dari modal saham di
     Malaysia,
   – Pihak asing pula memiliki bahagian terbesar, iaitu 60%.
• Pada tahun-tahun 1970-an masih teragak-agak untuk mengambil
  tindakan terhadap sebarang syarikat asing kerana bimbang mereka
  tidak mahu lagi melabur di Malaysia dan berpindah melabur di
  negara lain.
• Orang-orang Cina bimbang sekiranya peruntukan sumber
  modal dari orang Melayu diambil dari bahagian mereka.
• Kebimbangan tersebut diredakan dengan adanya dua
  perkembangan:
• (i) Angka-angka yang menunjukkan bahawa sungguhpun
  pemilikan ekuiti perbadanan oleh kaum Cina dan India
  pada tahun-tahun 1970-an meningkat sebanyak 6% kepada
  40% dari jumlah besar, penambahan ini disebabkan
  merosotnya pemilikan saham oleh orang-orang asing.
• (ii) Pengambilan oleh orang-orang Malaysia pada tahun
  1981 penguasaan ke atas semua sekali kecuali satu
  kumpulan ladang Inggeris yang terbesar dalam negeri ini.
  Oleh yang demikian, adalah dipercayai bahawa pemilikan
  30% oleh orang Melayu boleh dicapai dengan
  mengambilalih milik saham asing.
• Pada tahun 1975, MCA meluluskan ketetapan merayu
  supaya kaum Cina diberi hak
   – mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan tanah
     kerajaan,
   – diambil menjadi anggota pasukan keselamatan dan
   – mendapat peratusan tempat-tempat di universiti-
     universiti setimpal dengan nisbah penduduk Cina negara
     ini.
• Berikutan dengan peristiwa Mei 1969, beberapa orang
  pemimpin Melayu tidak bersetuju komponen Melayu
  dalam tentera dikurangkan. Mengenai tempat belajar
  di universiti, kerajaan menganggap latihan bagi banyak
  orang Melayu adalah penting bagi kejayaan DEB
  (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
• Kaum India pula tidak pernah berada di bahagian
  hadapan dalam pertikaian antara etnik disebabkan
  bilangan mereka yang kecil di negara ini.
• Namun menerusi MIC,
  – berjaya bertindak sebagai orang tengah semasa
    perdebatan kaum yang hangat antara dua kumpulan etnik
    yang utama.
  – 'Blue Print Ekonomi' MIC yang dikeluarkan sebagai
    sambutan kepada DEB.
  – mendapatkan seberapa banyak penyertaan orang India
    dalam rancangan tanah kerajaan
  – mengarahkan pandangan kerajaan terhadap keadaan
    pengangguran di kalangan kaum India.
  – kaum India boleh berasa lega bahawa DEB juga bertujuan
    untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
6.8 KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA

6.8.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990

• Rancangan jangka panjang kerajaan 20 tahun (1971-1990)
  sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional.
• DEB mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu
   – (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
   – (ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan
          menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan
          ekonomi.
• DEB diperkenalkan dengan harapan untuk melahirkan
  masyarakat Malaysia yang memiliki system nilai yang sama
  tanpa dibataskan oleh budaya dan sosioekonomi setiap
  kaum yang berbeza.
6.8.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000)

• Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh Dato’ Seri
  Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991.
• Kesinambungan daripada DEB, DPN berteraskan satu
  konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah
  negara maju menjelang tahun 2020.
• Matlamat DPN:
   – (i) Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif.
   – (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti.
   – (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan
          pertumbuhan ekonomi.
   – (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara
     maju        dalam semua aspek pembangunan.
6.8.3 Wawasan 2020

• Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha
  kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum
  dan membentuk bangsa Malaysia yang disegani
  dunia pada masa hadapan.
• Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr.
  Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis
  Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur.
• Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni,
  positif dan dinamik untuk menjadikan Malaysia
  sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
6.9 KESIMPULAN
• Kerajaan Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan
   politik dan menangani dengan baik masalah politik antara
   pelbagai etnik yang wujud di Malaysia.
• Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama dan
   persefahaman di kalangan tiga buah parti politik terbesar di
   Malaysia.
• Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini telah
   melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan
   negara dan menyelesaikan permasalahan yang wujud
   dalam ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan
   di meja rundingan.
• Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia
   dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini
   berhadapan dengan cabaran semasa.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Irwan John Imbayan
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Nor Hayati Fatmi Talib
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
INSTAQLIM
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Mastura Ismail
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
Nur Az
 

Mais procurados (20)

Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4Hubungan Etnik Bab-4
Hubungan Etnik Bab-4
 
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 5   Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 5 Pembangunan Politik Dan Hubungan Etnik
 
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
PERUBAHAN SISTEM POLITIK DI TANAH MELAYU (ZAMAN PENJAJAHAN)
 
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasionalpengajian Am:Dasar pembangunan nasional
pengajian Am:Dasar pembangunan nasional
 
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
Hubungkait antara politik dan hubungan etnik di semenanjung malaysia sebelum ...
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
Dasar Pembangunan Nasional (DPN)
 
Undang undang adat
Undang undang adatUndang undang adat
Undang undang adat
 
BADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIFBADAN EKSEKUTIF
BADAN EKSEKUTIF
 
Bab 2 potret hubungan etnik
Bab 2  potret hubungan etnikBab 2  potret hubungan etnik
Bab 2 potret hubungan etnik
 
Kesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi KapitalisKesan Ekonomi Kapitalis
Kesan Ekonomi Kapitalis
 
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
Analisis kepentingan perpaduan dan integrasi dalam konteks hubungan etnik di ...
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Dasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysiaDasar dasar awam di malaysia
Dasar dasar awam di malaysia
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Dasar negara
Dasar negaraDasar negara
Dasar negara
 
10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan10 dasar-dasar kerajaan
10 dasar-dasar kerajaan
 
Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969Peristiwa 13 mei 1969
Peristiwa 13 mei 1969
 
Pilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di MalaysiaPilihan Raya di Malaysia
Pilihan Raya di Malaysia
 
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONALPERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
PERANAN MASYARAKAT KE ARAH INTEGRASI NASIONAL
 

Destaque

Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Hijaz Husna
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
Nur Khairani
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
WanBK Leo
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
INSTAQLIM
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Nur Az
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Are Matt
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Mahyuddin Khalid
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 

Destaque (11)

Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6Hubungan Etnik Bab-6
Hubungan Etnik Bab-6
 
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan   Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
Kebebasan beragama di malaysia & hubungkait dengan perlembagaan
 
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIAPEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
PEMBANGUNAN POLITIK DAN EKONOMI SEHARUSNYA MENZAHIRKAN JATI DIRI ACUAN MALAYSIA
 
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan KemerdekaanPengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
Pengajian malaysia (Perjuangan Kemerdekaan
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan EtnikHubungan Etnik Bab 4   Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
Hubungan Etnik Bab 4 Pembangunan Ekonomi Dan Hubungan Etnik
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msiaBab 3  perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
Bab 3 perlembagaan msia dalam konteks hubungan etnik di msia
 
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysiaBab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
Bab 5 permuafakatan politik dalam konteks hubungan etnik di malaysia
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
 
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
Usaha dan strategi yang diambil oleh kerajaan bagi memantapkan usaha mencapai...
 

Semelhante a Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

Semelhante a Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia (20)

Kump 6
Kump 6Kump 6
Kump 6
 
P r esentation slide 4 he (10)
P r esentation slide 4 he (10)P r esentation slide 4 he (10)
P r esentation slide 4 he (10)
 
5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu5 kemerdekaan tanah melayu
5 kemerdekaan tanah melayu
 
he
hehe
he
 
Masyarakat pluralistik alam melayu
Masyarakat pluralistik alam melayuMasyarakat pluralistik alam melayu
Masyarakat pluralistik alam melayu
 
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIKCABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
CABARAN POLITIK DALAM HUBUNGAN ETNIK
 
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajarFormat laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
Format laporan skrip pembentangan tugasan makro pelajar
 
Ummeno
UmmenoUmmeno
Ummeno
 
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik diProses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
Proses dan tindakan politik dalam hubungan etnik di
 
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5Latihan dan aktiviti bab 5 T5
Latihan dan aktiviti bab 5 T5
 
Kenegaraan
KenegaraanKenegaraan
Kenegaraan
 
Kuliah 4 cont
Kuliah 4 contKuliah 4 cont
Kuliah 4 cont
 
Hubungan etnik
Hubungan etnikHubungan etnik
Hubungan etnik
 
M5 hubungan+etnik
M5 hubungan+etnikM5 hubungan+etnik
M5 hubungan+etnik
 
M5 hubungan+etnik
M5 hubungan+etnikM5 hubungan+etnik
M5 hubungan+etnik
 
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasiPengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
Pengajian Malaysia: Perpaduan dan intergrasi
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
P A K A T A N M U R N I T5
P A K A T A N  M U R N I  T5P A K A T A N  M U R N I  T5
P A K A T A N M U R N I T5
 
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnikJawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
Jawatankuasa hubungan antara kaum- hubungan etnik
 
Tesis jebat
Tesis jebatTesis jebat
Tesis jebat
 

Mais de Nur Az

Mais de Nur Az (20)

Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandar
 
Cukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan maxCukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan max
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport KokoEkonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
 
Ekonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi EksportEkonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi Eksport
 
Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bank
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
Ekonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awamEkonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awam
 
Ekonomi - Tabungan pelaburan
Ekonomi -  Tabungan pelaburanEkonomi -  Tabungan pelaburan
Ekonomi - Tabungan pelaburan
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-KlasikEkonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
 
Ekonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-DomerEkonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-Domer
 
Ekonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori RostowEkonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori Rostow
 
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarxEkonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
 

Bab 6 pembangunan politik dlm konteks hubungan etnik di msia

  • 1. BAB 6 PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA
  • 2. OBJEKTIF BAB • Selepas mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh: 1. Memahami integrasi politik yang wujud antara pelbagai etnik di Malaysia melalui penubuhan Parti Perikatan. 2. Membincangkan peristiwa kerusuhan etnik Mei 1969 dan kerajaan darurat. 3. Mengenalpasti penyusunan semula politik di Malaysia untuk menyatupadukan rakyat pelbagai etnik dan konsep Rakyat Malaysia Baru. 4. Mengenalpasti dasar-dasar yang dijalankan oleh kerajaan bagi mewujudkan perpaduan dan keharmonian antara kaum.
  • 3. 6.1 PENGENALAN • Malaysia mempunyai penduduk pelbagai etnik yang turut berbeza dari aspek agama, kebudayaan, pekerjaan dan kepentingan- kepentingan lain. • Tugas utama kerajaan ialah mewujudkan satu suasana politik yang stabil supaya masyarakat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni. • Kesan dari zaman penjajahan menyulitkan integrasi antara etnik yang berbeza.
  • 4. 6.2 INTEGRASI POLITIK • Bermaksud pertukaran dari memberikan sepenuh kesetiaan kepada kaum etnik sendiri kepada memberikan sepenuh kesetiaan yang berbentuk semangat kebangsaan kepada sesebuah negara (Rabushka, 1968). • Menurut Karl Deutsch, integrasi politik merupakan proses dan keadaan. – Sebagai satu keadaan, negara yang mengamalkan integrasi politik tidak lagi berhadapan dengan masalah pertelingkahan antara kaum. – Sebagai satu proses pula, integrasi politik akan menyebabkan berlakunya perubahan di mana keamanan akan wujud dalam sesebuah negara (Rabushka, 1968). • Satu kaedah untuk mewujudkan integrasi politik ialah mengadakan pilihanraya setiap lima tahun di mana rakyat dapat memilih pemimpin-pemimpin mereka.
  • 5. 6.3 PARTI PERIKATAN • Parti-parti politik yang penting di Tanah Melayu biasanya terdiri daripada pertubuhan perkauman yang mewakili kepentingan kelompok etnik masing-masing. • Kerjasama yang pertama antara parti perkauman ialah semasa pilihanraya setempat pada tahun 1952, apabila cawangan UMNO Selangor bergabung dengan MCA. • Kemenangan pilihanraya ini, tumbuhlah satu konsep perikatan antara parti-parti etnik yang utama, • Kumpulan yang besar pengaruhnya dalam Perikatan ialah UMNO. – Dato Onn Jaafar sejak diasaskan pada tahun 1946 hingga tahun 1951. – Tunku Abdul Rahman dari tahun 1951 hingga tahun 1970.
  • 6. • UMNO berjaya menarik minat masyarakat Melayu dalam perjuangan menentang Malayan Union. • Mengguna orang-orang Melayu dalam perkhidmatan kerajaan di setiap negeri bagi mobilisasi politik. • Pegawai-pegawai kanan Melayu dalam kerajaan menyusun tenaga pegawai Melayu di peringkat daerah, yang kemudian mendapat bantuan dari para penghulu, untuk membangkitkan orang-orang kampung supaya bertindak. • Menerusi pentadbiran kolonial itu, UMNO berjaya menggunakan pemimpin-pemimpin Melayu tradisional di peringkat bawahan supaya muncul sebagai sebuah parti politik semasa (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 7. • Parti yang kedua terbesar dalam Perikatan ialah MCA. • Prinsip utamanya ialah mengekalkan keharmonian kaum etnik melalui penyesuaian antara satu sama lain. • Dianggap sebagai pelindung kepentingan masyarakat Cina. • Hubungan yang baik dengan pucuk pimpinan dalam kerajaan membolehkan keperluan orang-orang Cina disuarakan. • Presidennya Tun Tan Cheng Lock, berjaya melaksanakan hubungan kerja dengan tokoh-tokoh UMNO (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 8. • Pada 1957 muncul golongan di bawah pimpinan Dr Lim Chong Eu yang disokong oleh golongan kiri kaum intelek berpendidikan Barat yang tinggal di bandar- bandar seperti Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Ipoh. Walaupun bilangannya kecil, golongan ini sangat efektif dan mempunyai motivasi yang tinggi (Leonard dan Barbara Andaya, 1983). • Pada tahun 1958, Dr Lim telah terpilih sebagai Presiden MCA menggantikan Tun Tan Cheng Lock. Dr Lim memberi jaminan kepada Tunku Abdul Rahman untuk mengekalkan kerjasama antara MCA dan UMNO. • Walau bagaimanapun, tidak dapat dijalinkankan hubungan persahabatan peribadi seperti yang wujud sebelum ini antara Tunku Abdul Rahman dan Tun Tan Cheng Lock (Means, 1976).
  • 9. • Pilihanraya 1959 merupakan pilihanraya pertama bagi pelantikan sepenuhnya wakil-wakil ke Parlimen. • MCA diperuntukkan hampir separuh bilangan kerusi yang dipertandingkan oleh Perikatan walaupun orang- orang Cina pada masa itu hanya merupakan 11.2 % dari keseluruhan pengundi. • Pada tahun 1959, para pengundi Cina meningkat kepada 35.6% disebabkan oleh undang-undang kewarganegaraan yang baru. • Namun Majlis Kebangsaan Perikatan secara tidak rasmi hanya memperuntukkan 28 kerusi kepada MCA. Dr. Lim mendesak secara terbuka supaya MCA diberi 40 daripada 104 kerusi.
  • 10. • Tunku tidak dapat melayan permintaan MCA lalu UMNO akan bertanding tanpa MCA. • Kerana bimbang risiko bertanding seorang diri, pucuk pimpinan MCA menimbang semula kedudukan mereka dan berjaya mengekalkan kedudukan dalam Perikatan. • Krisis dalaman MCA menyebabkan Presiden MCA telah menerima tekanan hebat daripada ahli-ahli parti itu sehingga menyebabkan beliau meletak jawatan. • Orang-orang Cina mula mencari pemimpin yang berwibawa untuk menjaga kepentingan mereka supaya tidak ditenggelamkan oleh orang-orang Melayu (Tunku Abdul Rahman, 1987, Malaysia Kita, 2002).
  • 11. • MIC merupakan parti ketiga terbesar dalam Perikatan. • Bilangan pengundi India hanya 7.4% daripada jumlah pengundi pada tahun 1959. • Pada awal penubuhannya, MIC kurang mendapat sokongan kerana kebanyakan orang-orang India merupakan buruh dari kelas bawahan yang merupakan golongan majoriti kaum India di Tanah Melayu dan pemimpin- pemimpin MIC terdiri daripada golongan professional.
  • 12. • 1951-1953, MIC bekerjasama dengan Parti IMP di bawah pimpinan Dato’ Onn Jaafar dan juga menyertai Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (AMCJA) bagi menentang Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. • MIC mula mendapat sokongan sepenuhnya dari kaum India setelah menyertai Perikatan pada tahun 1955 (Malaysia Kita, 2002). • MIC berusaha untuk kekal dalam Perikatan supaya dapat menjalinkan hubungan dengan UMNO. Kebanyakan orang-orang India sendiri tidak berpuashati dengan prestasi MIC kerana kurang berjaya menyuarakan kepentingan orang-orang India dalam Perikatan (Means, 1976).
  • 13. • Menurut Means (1976), kejayaan MIC dalam Perikatan pada peringkat awal adalah disebabkan hubungan peribadi yang erat antara Tunku dan (Tun) V.T. Sambathan, Presiden MIC. • Tun V.T. Sambathan merupakan seorang tuan punya ladang getah dan terdidik dalam kedua-dua bahasa Tamil dan Inggeris. • Apabila sesetengah ahli radikal yang bersifat perkauman dalam MIC cuba merosakkan hubungan dengan UMNO, mereka telah dipecat dari parti itu. • Setelah tahun 1958, pimpinan golongan lama mengekalkan pengawasan yang tegas ke atas MIC dan bergerak dengan penuh harmoni dengan Majlis Kebangsaan Perikatan
  • 14. • Parti Perikatan yang didaftarkan pada tahun 1958 sebagai sebuah parti politik yang tidak terikat kepada parti-parti anggotanya, telah dipusatkan dan bergerak sebagai satu entiti di bawah arahan Tunku Abdul Rahman. • Perikatan hanya dapat menjadi jentera politik yang viabel disebabkan tolak ansur yang telah dicapai oleh ketiga-tiga parti komponen berhubung isu-isu sensitif seperti kewarganegaraan, pendidikan dan hak-hak istimewa orang Melayu. • MCA meminta agar asas mendapat kewarganegaraan ialah prinsip jus soli yang membolehkan semua yang lahir di Tanah Melayu secara automatik menjadi warganegara.
  • 15. • UMNO bersetuju dengan saranan tersebut dan meminta persetujuan MCA mengenai dasar pelajaran, iaitu mewajibkan bahasa Melayu di semua sekolah dan mewujudkan satu ‘kurikulum Malaya’ yang sama bagi semua sekolah tanpa mengira bahasa pengantar. • MCA dan MIC juga bersetuju nisbah 4:1 yang wujud, Melayu/bukan Melayu dalam Perkhidmatan Awam Malaya serta penerimaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. • UMNO telah meyakinkan kedua parti lain bahawa dasar ekonomi yang liberal akan diterapkan untuk membolehkan orang-orang bukan Melayu melibatkan diri dalam kegiatan ekonomi tanpa bimbang usaha mereka akan dirampas atau dikenakan cukai yang berat sebelah.
  • 16. • Perikatan mengambilalih peranan mewakili kepentingan ketiga-tiga kumpulan etnik utama di Tanah Melayu. • Tiada kumpulan politik lawan yang lain boleh mendapat kerusi begitu banyak untuk mencabar Parti Perikatan kerana parti ini mendapat mandat untuk membina satu masyarakat baru dari pelbagai kumpulan yang bersaingan serta bermusuhan.
  • 17. 6.4 RUSUHAN ETNIK MEI 1969 DAN KERAJAAN DARURAT • Pilihanraya Persekutuan pada tahun 1969 dipenuhi isu-isu sensitif mengenai pendidikan dan bahasa. • Pilihanraya 1969 itu sebagai peluang untuk mengekalkan kepentingan sendiri terhadap pencerobohan kelompok lain. • Keputusan pilihanraya merupakan satu pukulan teruk kepada Parti Perikatan. – kerusi dalam Dewan Rakyat, merosot daripada 89 pada tahun 1964 kepada 66, – jumlah undi merosot dari 58.4% pada tahun 1964 kepada 48.5%. – Parti Gerakan, DAP dan PPP memenangi 25 kerusi, dan PAS memenangi 12 kerusi.
  • 18. • Kerajaan Perikatan telah hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat dan tidak boleh lagi meminda Perlembagaan menurut sesuka hati (Leonard dan Barbara Andaya, 1983). • Pada 13 Mei, tiga hari sesudah pilihanraya, parti- parti pembangkang iaitu Gerakan dan DAP serta penyokong-penyokong mereka telah merayakan kemenangan mereka dengan bersorak di sepanjang jalanraya di Kuala Lumpur dan perkara ini membangkitkan kemarahan masyarakat Melayu (Malaysia Kita, 2002).
  • 19. • Perarakan balas oleh para penyokong UMNO pada 13 Mei bertukar, menjadi keganasan yang sukar dikawal di seluruh Kuala Lumpur (Means, 1967). • Keadaan darurat telah diisytiharkan di bawah artikel 150 dari Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan telah dibubarkan dan Malaysia diperintah oleh Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, selama 18 bulan.
  • 20. • Tunku Abdul Rahman telah meletak jawatan sebagai pemimpin UMNO dan Perdana Menteri. • Tun Abdul Razak Hussein mengambil alih tugas mentadbir negara dan membina semula struktur pembangunan negara (Malaysia Kita, 2002). • Keamanan dan ketenteraman dapat dipulihkan setelah empat hari pertumpahan darah. • Selama dua bulan sesudah rusuhan 13 Mei, kejadian-kejadian keganasan perkauman masih berterusan.
  • 21. • Kerajaan akhirnya mengancam akan mengambil tindakan keras ke atas kumpulan- kumpulan militan Melayu, terutamanya mereka yang mendesak Tunku supaya meletak jawatan kerana amalan polisinya yang terlalu mengalah kepada kaum-kaum etnik yang lain. • Pimpinan Melayu dalam Perikatan menyalahkan pihak pembangkang kerana kecaman mereka yang lantang terhadap hak- hak istimewa orang Melayu yang menyebabkan orang Melayu bertindak ganas.
  • 22. • Namun dakwaan ini dinafikan dengan kerasnya. Kerajaan telah memberi amaran sekiranya perbuatan melampau itu berterusan, sistem pemerintahan secara demokrasi berparlimen perlu diubah. • Pada Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara ditubuhkan untuk mencipta satu ideologi kebangsaan, disamping menyusun program sosial dan ekonomi yang baru. • Pada 31 Ogos 1970, ideologi baru yang dinamakan Rukunegara telah diisytiharkan dengan rasmi.
  • 23. • Januari 1970, Majlis Perundingan Negara ditubuhkan untuk mengadakan garis panduan yang positif dan praktikal bagi kerjasama antara kaum dan integrasi sosial. – Diwakili oleh menteri, kerajaan negeri, parti politik, kumpulan agama, badan professional, perkhidmatan awam, kesatuan sekerja, persatuan majikan, pihak akhbar, guru-guru dan kumpulan minoriti. • Kerajaan memerintah secara muafakat dalam sebuah perhimpunan am secara demokrasi berparlimen, menurut corak barat.
  • 24. 6.5 PENYUSUNAN SEMULA POLITIK • Februari 1971, berlaku pindaan perlembagaan yang diluluskan oleh Dewan Rakyat setelah pemerintahan berparlimen dipulihkan. – menghapuskan isu-isu sensitif di kalangan rakyat pelbagai etnik serta memperbetulkan keadaan yang tidak seimbang dalam sektor-sektor tertentu. – perbincangan umum, menyentuh kuasa dan taraf Raja-raja Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan dan Islam sebagai agama rasmi negara dianggap sebagai menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983). – menentukan kuota bilangan pelajar bumiputera di Institusi Pengajian Tinggi sebagai satu cara mewujudkan keseimbangan etnik dalam profesion. • Hasilnya, menjelang tahun 1975, terdapat 58.5% dari keseluruhan bilangan bumiputera dalam kelima-lima universiti di Malaysia terdiri daripada anak-anak Melayu, meskipun bilangan mereka dalam bidang sains masih rendah.
  • 25. • Kesan yang paling penting dari pindaan perlembagaan – sekatan melakukan perbincangan mengenai isu sensitif. – Parlimen dan pihak media menjadi alat pengesahan dan sebulat suara dan tidak lagi menjadi pengkritik terhadap tindakan kerajaan. – Istilah ‘muhibah’ yang bermakna berbaik-baik antara semua kumpulan etnik menjadi cogankata kerajaan selepas tahun 1969. – Dasar kerajaan semakin mencerminkan idea pemimpin-pemimpin UMNO. Ini kerana semua pembangkang sudah tidak dapat bersuara lantang setelah berlakunya rusuhan etnik pada tahun 1969.
  • 26. • Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail telah memberi amaran lebih baik UMNO membubarkan Perikatan sekiranya MCA dan MIC berada dalam keadaan ‘hidup segan, mati tak mahu’. • Sebagai reaksi, Gerakan Perpaduan Cina telah dibentuk dan dipimpin oleh beberapa tokoh MCA termasuk Tun Tan Siew Sin. • Mendapat sambutan baik dari masyarakat Cina dan mendapat sokongan meluas. • Kerajaan menganggap gerakan ini merbahaya. Oleh itu, permohonan gerakan ini untuk mendaftar sebagai sebuah parti ditolak. • Dua orang anggota pengasasnya ditahan atas tuduhan menghasut (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 27. • Dengan matinya Gerakan Perpaduan Cina itu, beberapa orang anggotanya yang aktif memutuskan agar mereka terus berada dalam MCA untuk mencurahkan khidmat. Perkara ini pada mulanya dilihat positif oleh pimpinan UMNO. • Bagaimanapun, tidak lama kemudian gerakan pembaruan itu telah merosot menjadi medan pertarungan untuk menguasai parti. Pimpinan parti dimenangi oleh golongan tua di bawah Tun Tan Siew Sin. Kesan dari pertarungan itu menjadikan MCA semakin lemah dan kurang meyakinkan untuk menjaga kepentingan masyarakat Cina.
  • 28. • Pada tahun 1970, UMNO di bawah Tun Abdul Razak mengekalkan kedudukan yang dominan dalam Parti Perikatan. • Muncul satu kumpulan muda elit yang militan serta berpendidikan Barat berganding bahu dengan kumpulan berpendidikan Melayu dan Arab dalam UMNO, dan tidak lagi dengan golongan bangsawan Melayu yang berpendidikan Inggeris. • Barisan Nasional dibentuk yang terdiri daripada 10 parti politik, termasuk PAS, untuk bertanding dalam pilihanraya Persekutuan tahun 1974.
  • 29. • Tun Abdul Razak telah memberitahu MCA bahawa parti itu tidak lagi merupakan parti tunggal yang mewakili masyarakat Cina dalam Barisan Nasional. • MIC juga telah menunjukkan sambutan positif terhadap arahan UMNO apabila Tun Abdul Razak masuk campurtangan bagi menyelesaikan pertarungan untuk pucuk pimpinan parti yang berpanjangan, menjamin persaraan (Tun) Sambathan dan menaikkan pangkat timbalannya, V. Manickavasagam, sebagai Presiden parti yang baru pada bulan Jun 1973 (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 30. • Pilihanraya Persekutuan bulan Ogos 1974, Barisan Nasonal telah memenangi 104 kerusi. 62 kerusi dimenangi oleh UMNO. Barisan Nasional berjaya memenangi semua kerajaan negeri termasuk Kelantan kerana PAS pada masa itu termasuk dalam Barisan Nasional. • Kerajaan terus melaksanakan dasar-dasar sosial dan politik yang bertujuan untuk membentuk sebuah negara Malaysia yang bersatu padu. • Jabatan Perpaduan Negara bertukar menjadi Lembaga, dan berperanan menjalankan kelas-kelas perpaduan negara di seluruh Malaysia dengan memfokuskan pengajaran terhadap bahasa Kebangsaan, siviks dan tradisi-tradisi kebudayaan masyarakat pelbagai etnik. Kementerian Penerangan pula bekerjasama dengan Lembaga Perpaduan Negara bagi memupuk kesedaran nasional menerusi program radio dan televisyen.
  • 31. • Tun Abdul Razak telah memperkenalkan dasar-dasar yang sederhana yang dapat mengurangkan ketegangan serta menghapuskan kecurigaan dikalangan kumpulan- kumpulan etnik. • Meninggal pada 14 Januari 1976. dan digantikan oleh Datuk Hussein Onn. • Datuk Hussein telah berjaya menegakkan kekuasaan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri di Perak, Melaka dan Kelantan. • Pilihanraya pada Julai 1982, Barisan Nasional (kecuali PAS yang menarik diri pada tahun 1977) telah mencapai kemenangan besar dengan mendapat 131 kerusi dari jumlah 154 yang ditandinginya di seluruh Malaysia.
  • 32. 6.6 PENDIDIKAN UNTUK MENYATUKAN PELBAGAI ETNIK DI MALAYSIA • Kerajaan telah memperkenalkan Dasar Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk satu identiti baru. • Usaha ke arah penggubalan Dasar Pendidikan Kebangsaan dibuat menerusi Laporan Razak 1956, dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein iaitu Menteri Pelajaran pada waktu tersebut. • Jawatankuasa tersebut terdiri daripada sembilan orang wakil Melayu dan enam orang wakil bukan Melayu. • Mengadakan perjumpaan dari 30 September 1955 hingga 14 April 1956, dan telah menerima 151 memorandum. • Menerbitkan laporan pada 16 Mei 1956. Dibentang dan diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan pada 7 Mac 1957, dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957.
  • 33. • Ordinan tersebut disemak semula oleh Jawatankuasa Rahman Talib yang dibentuk selepas Pilihan Raya Kebangsaan pada tahun 1959 di Tanah Melayu. • Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran, Dato’ Abdul Rahman Talib dengan tiga orang ahli MCA seorang ahli MIC dan empat orang ahli UMNO. • Dikenali sebagai Laporan Rahman Talib 1960 yang termaktub dalam Akta Pelajaran 1961. • Dasar Pendidikan Kebangsaan telah digubal untuk mewujudkan perpaduan kaum melalui pendidikan. – penekanan kepada keperluan pembangunan, pembentukan identiti, pemantapan pemikiran dan perpaduan negara.
  • 34. 6.6.1 Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan 1. Menyatukan sistem pendidikan bagi mewujudkan kesedaran dan perpaduan kebangsaan. 2. Menyatukan kanak-kanak sekolah dari pelbagai kaum melalui sistem pendidikan yang tidak membebankan kewangan negara. 3. Memperkembang dan mengubahsuai rancangan- rancangan pelajaran dan latihan untuk melahirkan tenaga kerja yang berpendidikan, bermotivasi, berdisiplin dan terlatih bagi memenuhi keperluan ekonomi negara.
  • 35. 4.Melahirkan warganegara yang bertanggungjawab, bersatu padu, berdisiplin dan berakhlak. 5.Memperbaiki kemudahan penyelidikan, perancangan dan perlaksanaan bagi mencapai mtlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan.
  • 36. 6.7 RAKYAT MALAYSIA BARU • Kerajaan menggalakkan integrasi masyarakat supaya menentukan satu identiti Malaysia yang mempunyai terasnya tradisi-tradisi kebudayaan dan bahasa orang Melayu. • Rancangan kemajuan tanah kerajaan, skim galakan ekonomi dan program latihan teknik menyumbang ke arah memberi orang Melayu bahagian yang lebih besar dalam ekonomi negara. – Diharapkan pada suatu masa nanti, orang Melayu dapat memainkan semula peranan penting dalam bidang perdagangan dan perniagaan yang telah dirampas dari tangan mereka, selepas kedatangan penjajah British. (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 37. • Tetapi kadar kemiskinan dikalangan orang Melayu luar bandar semakin membimbangkan. Sebaliknya, golongan kelas menengah Melayu yang semakin membesar telah mendapat banyak manfaat dari dasar-dasar baru kerajaan. Walau bagaimanapun, kadar kemiskinan dikalangan orang-orang Melayu masih tinggi. • Orang-orang Cina pula secara umumnya percaya bahawa sebarang percubaan oleh kerajaan untuk memberi kepada orang-orang Melayu sebahagian dari kegiatan ekonomi bermakna merampas dari bahagian mereka. – Orang-orang Cina memiliki lebih kurang 20% dari modal saham di Malaysia, – Pihak asing pula memiliki bahagian terbesar, iaitu 60%. • Pada tahun-tahun 1970-an masih teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap sebarang syarikat asing kerana bimbang mereka tidak mahu lagi melabur di Malaysia dan berpindah melabur di negara lain.
  • 38. • Orang-orang Cina bimbang sekiranya peruntukan sumber modal dari orang Melayu diambil dari bahagian mereka. • Kebimbangan tersebut diredakan dengan adanya dua perkembangan: • (i) Angka-angka yang menunjukkan bahawa sungguhpun pemilikan ekuiti perbadanan oleh kaum Cina dan India pada tahun-tahun 1970-an meningkat sebanyak 6% kepada 40% dari jumlah besar, penambahan ini disebabkan merosotnya pemilikan saham oleh orang-orang asing. • (ii) Pengambilan oleh orang-orang Malaysia pada tahun 1981 penguasaan ke atas semua sekali kecuali satu kumpulan ladang Inggeris yang terbesar dalam negeri ini. Oleh yang demikian, adalah dipercayai bahawa pemilikan 30% oleh orang Melayu boleh dicapai dengan mengambilalih milik saham asing.
  • 39. • Pada tahun 1975, MCA meluluskan ketetapan merayu supaya kaum Cina diberi hak – mengambil bahagian dalam rancangan-rancangan tanah kerajaan, – diambil menjadi anggota pasukan keselamatan dan – mendapat peratusan tempat-tempat di universiti- universiti setimpal dengan nisbah penduduk Cina negara ini. • Berikutan dengan peristiwa Mei 1969, beberapa orang pemimpin Melayu tidak bersetuju komponen Melayu dalam tentera dikurangkan. Mengenai tempat belajar di universiti, kerajaan menganggap latihan bagi banyak orang Melayu adalah penting bagi kejayaan DEB (Leonard dan Barbara Andaya, 1983).
  • 40. • Kaum India pula tidak pernah berada di bahagian hadapan dalam pertikaian antara etnik disebabkan bilangan mereka yang kecil di negara ini. • Namun menerusi MIC, – berjaya bertindak sebagai orang tengah semasa perdebatan kaum yang hangat antara dua kumpulan etnik yang utama. – 'Blue Print Ekonomi' MIC yang dikeluarkan sebagai sambutan kepada DEB. – mendapatkan seberapa banyak penyertaan orang India dalam rancangan tanah kerajaan – mengarahkan pandangan kerajaan terhadap keadaan pengangguran di kalangan kaum India. – kaum India boleh berasa lega bahawa DEB juga bertujuan untuk membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.
  • 41. 6.8 KE ARAH PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA 6.8.1 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 1971-1990 • Rancangan jangka panjang kerajaan 20 tahun (1971-1990) sebagai usaha mewujudkan integrasi nasional. • DEB mempunyai matlamat serampang dua mata, iaitu – (i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. – (ii) Menyusun semula masyarakat bagi mengurangkan dan menghapuskan pengenalan kaum berdasarkan kegiatan ekonomi. • DEB diperkenalkan dengan harapan untuk melahirkan masyarakat Malaysia yang memiliki system nilai yang sama tanpa dibataskan oleh budaya dan sosioekonomi setiap kaum yang berbeza.
  • 42. 6.8.2 Dasar Pembangunan Nasional (DPN) (1991-2000) • Dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia oleh Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 17 Jun 1991. • Kesinambungan daripada DEB, DPN berteraskan satu konsep pembangunan iaitu menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020. • Matlamat DPN: – (i) Melengkapkan rakyat Malaysia dengan nilai-nilai positif. – (ii) Melahirkan tenaga kerja berkualiti. – (iii) Mewujudkan perpaduan kaum serta mengekalkan pertumbuhan ekonomi. – (iv) Membolehkan Malaysia mencapai taraf sebagai negara maju dalam semua aspek pembangunan.
  • 43. 6.8.3 Wawasan 2020 • Dasar Wawasan 2020 merupakan satu usaha kerajaan untuk menggerakkan perpaduan kaum dan membentuk bangsa Malaysia yang disegani dunia pada masa hadapan. • Dasar ini diumumkan oleh Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur. • Wawasan 2020 merupakan satu langkah murni, positif dan dinamik untuk menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang tahun 2020.
  • 44. 6.9 KESIMPULAN • Kerajaan Malaysia telah dapat mewujudkan perpaduan politik dan menangani dengan baik masalah politik antara pelbagai etnik yang wujud di Malaysia. • Parti Perikatan telah dapat mewujudkan kerjasama dan persefahaman di kalangan tiga buah parti politik terbesar di Malaysia. • Dengan penubuhan barisan nasional parti-parti ini telah melafazkan ikrar untuk bekerjasama bagi pembangunan negara dan menyelesaikan permasalahan yang wujud dalam ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan kebudayaan di meja rundingan. • Sikap pragmatisme yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia dan rakyatnya telah menyebabkan kejayaan negara ini berhadapan dengan cabaran semasa.