SlideShare a Scribd company logo
1 of 28
KEMALANGAN JALAN RAYA
           Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari
s e m a s a k e semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu
kereta,lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa.
Negarakita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan
rayayang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita
berpuncadaripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri.
           Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih
danm e n g a n t u k . A k i b a t h e n d a k s e g e r a s a m p a i k e d e s t i n a s i y a n g d i t u j u ,
m e r e k a t i d a k menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan.
A k i b a t n y a k e n d e r a a n d i p a n d u dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam
keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya
dapat memberitumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan.
           Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah
memandumelebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika
memandu.Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya
dan kawalanlalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka
hatit a n p a m e m i k i r k a n k e s e l a m a t a n d i r i s e n d i r i d a n o r a n g l a i n . M a l a h ,
a d a j u g a y a n g berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya
seperti yang biasadilakukan oleh golongan remaja.
           Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyang
praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat
harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada
pelbagai j a b a t a n s e p e r t i J a b a t a n P e n g a n g k u t a n J a l a n , p o l i s , d a n J a b a t a n K e r j a
Raya harusm e m b u a t p e m a n t a u a n d a r i s e m u a a s p e k u n t u k
m e n d i s i p l i n k a n p a r a p e m a n d u d a n menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi
keselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan
denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk
menyedarkan pengguna jalanr a y a . S e k t o r s w a s t a j u g a m e m a i n k a n p e r a n a n p e n t i n g
d a l a m m e n a n g a n i m a s a l a h i n i dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi
kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain.
           Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya.
Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan
pengguna j a l a n r a y a y a n g l a i n . P e r a t u r a n j a l a n r a y a h a r u s l a h d i p a t u h i
u n t u k m e m a s t i k a n keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa
memandu kerana kecuaian m e n j a d i p u n c a n y a w a s e n d i r i d a n o r a n g l a i n
y a n g t i d a k b e r s a l a h t u r u t t e r a n c a m . Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu
sebelum memulakan perjalanan.
           Kesimpulann ya, keselamatan di atas jalan raya merupakan
t a n g g u n g j a w a b pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan
berlaku danh a l i n i t i d a k h a r u s d i b i a r k a n b e r t e r u s a n u n t u k m e n j a m i n
k e s e l a m a t a n s e m u a p i h a k . Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan
kesilapan tetapi kesilapan yangd a p a t m e n y e b a b k a n n y a w a o r a n g l a i n j u g a t u r u t
m e l a y a n g h a r u s l a h d i e l a k k a n d e m i kesejahteraan bersama.
Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan.

Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan.


       Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang
biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut
dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantu
suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah
menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja.

        Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan.
Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai
kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi
terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan
erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya.

       Malah, remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini.
Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka
menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan
pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti
berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini.

        Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja
mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu
membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang
tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu
tinggi kepada remaja.

        Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus
diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan
kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka
sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang
lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat.

         Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus
secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja
sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri,
adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan
aktiviti berfaedah yang lain.
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan
kepentingannya.

       Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran
bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin
hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak
kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada
kepentingannya.

       Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan
perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan
terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum
yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu,
hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran.

        Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak
setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula
semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui
majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan
majlis sebegini.

        Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran
semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah
pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal
tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat
itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha
memupuk semangat mulia ini.

      Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah
memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat.
Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh
masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar
dalam masyarakat kita.

        Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang
dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan
oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru.

Huraikan pernyataan di atas.

       Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan
memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif
pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula.

        Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk
memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung
menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi
lebih erat melalui acara sukan sebegini.

        Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang
sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua,
disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat
kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu.

        Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta
syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan
kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program
seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan
sedar kelebihan masing-masing pula.

       Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum
diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam
peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua "bagai aur dengan tebing" yang membuktikan
bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah
Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh
anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja.

Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita.

       Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran
sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga
menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul
ekoran aktiviti yang tidak sihat ini.

        Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama
di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan
taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan
begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa
rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan.

       Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat
umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu
untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana
masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah
dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini.

       Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama
dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat
pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan
membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut
boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula.

       Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini
tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak
baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk
menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.
Semangat cinta akan negara dalam jiwa pelajar semakin menghilang.
Berikan sebab-sebab berlakunya.


       Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negara
dalam tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajar
kini semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawa
masalah ini berlaku?

       Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan oleh
pihak media massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidak
wujud atau penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akan
negara terus hilang daripada naluri pelajar kita.

       Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah ini
terus menular dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskan
aspek nasionalisme dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidak
melihat semangat itu sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalah
yang bertanggungjawab untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal.

        Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untuk
memahami erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masa
dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economi
juga telah berjalan lancar. Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab mereka
harus berkorban demi negara kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka.

       Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajar
terhadap subjek Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberi
apa-apa kesan buat masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarah
telah membawa pelajar itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalisme
dalam naluri mereka.

        Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga mereka
tidak lagi memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiri
amat diperlukan agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa 'biar putih tulang jangan putih
mata' membuktikan betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang.
Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun.

Huraikan punca-puncanya.

Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan
atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa
kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka
kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk
memahami masalah ini.

Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika
menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk
atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan
boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan
orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi,
kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini.

Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya
menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi
lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan
jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan
lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi
lebih selamat buat pengguna jalan raya.

Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus
berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika
dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar
kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat
mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai
piawaian yang baik.

Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap
tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan
kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku
di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku
amat tinggi.

Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu
usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular
lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini?

Jelaskan.

Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan
satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat
terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk
memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi.

Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak
pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan
lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama
dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih
banyak penggiat industri ini pula.

Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan
teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini
supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan
sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing
dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong.

Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah
ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan
produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi
tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada
masa yang sama.

Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di Malaysia.
Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu
memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada
masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan?

Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai
hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam
negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya
pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.
“Bersatu teguh bercerai roboh” perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia.

Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam
sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh
rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidak
bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik dunia
yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untuk
dihayati oleh masyarakat kita.

Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini kerana
satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Mereka
perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula.
Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitu
mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin boleh
menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnya
perpaduan itu.

Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasana
politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat
negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat
keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politik
yang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela.

Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan
dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk
menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh
menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secara
mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam satu
suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton di
televisyen pula.

Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuan
kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu integrasi untuk
menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalan
bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaan
yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi
kebanggaan semua rakyat negara ini.

Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peri
pentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana
pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita
harus sedar bahawa amalan “bagai aur dengan tebing” amat penting dipraktikkan di negara ini.
Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai pengguna
kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik.

Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak.

Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasan
urbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya
mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu
perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu.

Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membeli
barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang boleh
digunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat juga
merupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna.

Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini boleh
menjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anak
terutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satu
jaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masa
depannya.

Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya barangan
yang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor
kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal.
Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza
mengikut kawasan tertentu.

Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah pengguna tidak harus mengutamakan
jenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar.
Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan
pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula.

Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal
fikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih
banyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam
mengharungi kemelut kenaikan harga barang.
Pencemaran alam sekitar menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini.

Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar.

Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak media
massa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda
alam ini. Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam
kehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak
dalam menangani masalah ini.

Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan
kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan
undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah.
Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam
begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal
pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada.

Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut memainkan peranan yang penting.
Maknanya, lebih banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalu
mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklah
dilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan praktikal untuk memudahkan mereka
melaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang banyak memastikan
aspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan.

Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen
kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama
yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita.
Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka
dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen
yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada
pengekalan alam sekitar di negara ini.

Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus
wujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang
lain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan
alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan
susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alam
ini sesuatu yang mudah pula.

Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih dan
berkekalan. Cuma kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelan
kerakusan sikap manusia sendiri yang mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yang
menganggap mereka makhluk yang paling baik menyebabkan kita alpa akan tugas kita untuk
menjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada kita tetapi amanah yang
harus kita serahkan kepada generasi akan datang pula.
Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan
di negara ini" untuk bacaan kelas anda.

Huraikan.

Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun
Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut
suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini
menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada
banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini.

Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum
dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni
setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu.
Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu,
perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum.

Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing-
masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham
akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan
timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman
tentang budaya kaum yang lain.

Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama
pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang
kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya
banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan
penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada
negara dengan begitu mudah.

Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada
masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati
bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini.
Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.
Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri
anak-anak.

Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama
ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utama
dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampu
dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini.

Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Mereka
perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahan
penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka. Contoh yang diberikan
oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak mereka lalu menjadi
satu tabiat positif pula.

Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur
anak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapi
mungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi
pengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka.

Malahan, satu sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumah
oleh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan kerusi serta
meja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh menjadi tempat anak-anak
menghabiskan masa lapang mereka dengan begitu berfaedah.

Tambahan pula, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyimpan wang untuk membeli
buku. Setiap hujung bulan ibu bapa boleh membawa anak ke kedai buku dan membenarkan mereka
membeli buku-buku yang mereka suka. Mungkin juga ibu bapa boleh memberi sedikit bantuan
kewangan jika harga buku yang dibeli oleh anak itu melebihi daripada wang yang mereka kumpul
sebelum ini sebagai tanda menghargai sikap membaca mereka itu.

Kesimpulannya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda
kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana
merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Sikap membaca yang tinggi juga mampu
menjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kelak.
Masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Anda tertarik
untuk menulis rencana berkaitan isu ini.

Tulis rencana anda selengkapnya.

Disiplin dan pelajar: Satu Pandangan Umum?
Oleh; Noor Azman Mahat

Isu-isu disiplin makin hangat diperdebatkan oleh semua pihak terutama pihak media massa.
Pelbagai pihak pula saling menyalahkan satu sama lain atau menuding jari tanpa mahu melihat
kesilapan sendiri. Pada masa yang sama tidak ada pihak yang ingin mencari jalan penyelesaiannya.

Sebenarnya pembentukan sahsiah anak-anak atau remaja bermula di rumah. Ada ibu bapa yang suka
menyalahkan satu sama lain apabila berlakunya masalah disiplin dalam diri anak mereka. Ibu bapa
juga suka melepaskan tanggung jawab mereka mendidik anak dengan menyerahkan tugas itu
kepada guru dan pembantu rumah dengan alasan mereka sibuk bekerja. Maka, anak-anak mudah
terbabit dengan masalah disiplin lantaran sikap ibu bapa mereka itu.

Selain itu, masyarakat yang dahulunya dianggap menjadi mata dan telinga bagi ibu bapa tidak lagi
berperanan sebegitu. Semua teguran yang diberikan oleh jiran akan dikatakan sebagai penyibuk
atau menjaga tepi kain orang pula. Ibu bapa biasanya akan menganggap anak mereka baik sahaja
walaupun ditegur oleh jiran-jiran mereka. Maka, ramai remaja yang mudah terbabit dalam masalah
disiplin sekolah.

Pengaruh media massa merumitkan lagi masalah ini menerusi penayangan pelbagai filem aksi yang
menjadi ikutan remaja pula. Aktiviti meluasnya pengesaran cakera padat yang berunsur lucah telah
menyebabkan masalah ini semakin parah lalu sukar untuk dikawal. Pelbagai usaha kerajaan untuk
mengatasi masalah ini menemukan jalan buntu. Jelaslah, kewujudan media massa telah
memarakkan lagi masalah disiplin dalam kalangan remaja.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hasilnya tidak begitu jelas dalam kemelut ini.
Kejadian pelajar atau remaja melawan guru dan ibu bapa semakin menjadi-jadi pula. Semua teguran
dan nasihat yang diberikan dibalas dengan tindakan yang menakutkan kita semua pula. Remaja
tidak lagi memiliki rasa hormat akan orang tua mereka. Sesungguhnya, masalah ini semakin
meruncing.

Kesimpulannya, semua pihak terutama yang terlibat secara langsung dengan remaja seperti ibu
bapa, guru malah masyarakat perlu aktif membendung pelanggaran disiplin pelajar ini. Kita semua
harus sedar bahawa remaja merupakan pelapis negara pada masa hadapan. Remaja pula haruslah
berfikir proaktif dengan tidak menimbulkan pelbagai masalah dan membuktikan bahawa mereka
memang baik.
Sistem Pengangkutan Awam negara terus menerima kritikan demi kritikan.

Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini.

Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi,
Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan
untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai
kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani
masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini.

Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita
ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat
sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini
menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak
menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat
sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat
negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT.

Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak
cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap
terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan
menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi
turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh
itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi
jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan
awam mereka.

Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah
untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan
monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur
untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi
yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan
masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera
sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan.

Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu
teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu
kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan
kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah
memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam
negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk
memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan.
Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih
gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk
mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu
perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu
itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya
kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini.
Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah
mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula
menekankan aspek kokurikulum juga.

Huraikan.

Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak
mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka
dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini
dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak
kebaikan yang tersirat.

Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar
dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang
penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan
yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka
yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat
sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum.

Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang
tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan
masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang
terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka.
Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti
melepak.

Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini.
Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau
mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan
mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk
mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti
memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara.

Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan
pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum
itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk
menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman
ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar.

Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka
buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam
peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu
proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses
kehidupan kita sebagai manusia.
Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat
negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu
buku sahaja setahun.

Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca

Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai
membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku
setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah
pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar
pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani
kehidupan seharian sebelum pantas mengkritik kelemahan negara lain.

Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga
buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat
membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih
banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan
masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan.

Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk
menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan
pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini
akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka
akan mengaut keuntungan.

Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada
masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk
mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan
perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan
drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di
kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh.

Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidak
harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga.
Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan
mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?
Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat. Keadaan
ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan.

Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjaga
kesihatan.

Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatan
menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan
seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang
mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak
kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik.

Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kita
dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikan
badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu
menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik
ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas
dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang.

Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang
penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap
kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam
keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu
tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun.

Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah mampu
memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti
senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam
masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang
itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan
masyarakat moden terutama di negara ini.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua
orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan
telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini
supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang
penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa
wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.
Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang mengatakan
bahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik.

Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi.

Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada yang suka
bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan berbagai-bagai hobi.
Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu.
Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannya
terutama dalam kalangan remaja? Elok kita semua renungkan.

Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik. Masa memang
emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita menghabiskan masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi
mempunyai kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaik
mungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa
untuk riadah.

Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi itu hanya
mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa, teman yang akan
dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu. Jadi, kekerapan melakukan
sesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinya
lebih baik dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuat
untuk mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini.

Pemilikan hobi juga mampu mengeratkan hubungan baik keluarga atau rakan rapat seseorang itu.
Aktiviti hobi boleh dilaksanakan bersama-sama dengan anak atau kawan lalu menyebabkan
interaksi semakin kerap berlaku. Tindakan ini memberikan satu pemahaman yang baik tentang
sikap seseorang. Jelaslah, hobi berupaya menjadikan hubungan sosial manusia semakin positif.

Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal-usul.
Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu dalam aspek kesihatan mental
dan fizikal seseorang itu. Kehidupan kita juga menjadi lebih bermakna dan menarik untuk
diteruskan dari hari ke hari. Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini?
Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan
merupakan antara bencana alam tersebut.

Nyatakan punca-punca menangani masalah ini.

Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara
kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang
mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami
perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor
yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya
daripada terus berlaku.

Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan
hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan
berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan
air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong
mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan
lebih teliti oleh pihak kerajaan.

Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana
alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan
sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada
tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas
terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang
berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang
penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem
ekologi secara drastik.

Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan
pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan
kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah
mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang
menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku
kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik.

Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil
lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini
menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana
alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai
nyawa manusia sama seperti alam?
Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal dikatakan
menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat.

Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak di
negara ini.

Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita pula
memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahun
walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini kerana
sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media
cetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat
negara yang berkualiti mindanya.

Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat kepada
masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara ini
dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yang
berlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak untuk
mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat lebih
awal mengenai sesuatu perkara.

Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebih
kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang berlandaskan
penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca mampu melihat
sesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang
berlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh
amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki
minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik.

Malahan, media cetak turut menyiarkan cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran. Berita-
berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah pasti
menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini memberi satu
pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan berlakunya satu
perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media
cetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa kebaikan.

Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalam
memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang untuk media
cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah berbanding jenis media
yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan media cetak yang lebih
mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara
ini.
Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering
dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita.

Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada
remaja.

Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadap
negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama
dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan
perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini
terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif.

Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas.
Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas
dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan
memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini
mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja.

Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi
kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan
media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan
tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini
mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang
negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah
mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat
remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini.

Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang
melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan
semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa
yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur
sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama
meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi
baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka.

Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaan
ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu
anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita
mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan
negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu.
Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka
banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya,
semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai
kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi.

Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam
pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan
perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka
menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri,
“apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan
oleh negara kepada mereka”.
Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin
gusar.

Huraikan punca-punca tercetus.


Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras
ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang
terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di
sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat
merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan,
masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar
dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu,
setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah
dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup
melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan
perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan
nilai kemanusiaan.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga
menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap
materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini
mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli,
pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli
kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi
peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang
boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan
seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam
pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan
Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli
ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan
buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli
ini.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu
bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat
negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin
semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan
menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa,
pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha
menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan
onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang
dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar
luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai
masyarakat sesebuah negara.

Ulaskan pernyataan di atas.

Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia
kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka
yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh
cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas
dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia.

Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu
sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara
terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin
amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di
kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti
media massa yang lain.

Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti
kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber)
lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan
seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran
bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara
yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas.

Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan
bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar
kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan
mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari
lembaran tidak dapat dinafikan lagi.

Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan
internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia
sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang
melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja
setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala
ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula.

Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi
menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang
diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan
sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita
yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan
satu keadaan yang mengancam keselamatan negara.

Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan
yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak
dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara
atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa
masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di
sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.
Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan
dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh
membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih
pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan
tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita.


Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan
siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan
siswazah tetapi golongan lain juga.

Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya.

Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban
tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk
memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma
setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti
dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku

Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini
menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan
sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang
terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi
kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa
kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an.

Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia
kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti.
Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam
pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan
akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama
penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer.

Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup
ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka
hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan
ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama
menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi
mereka pekerjaan selepas tamat belajar.

Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan
perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini
cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di
negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan
ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju
KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan
pelbagai cukai.

Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti
mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan
negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang
mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang
berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak.

Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran
positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut
teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang
sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”.




Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan
pesakit yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan
keburukan hospi tal.


Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas
hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung
peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan
buruk yang timbul daripadanya.
Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan
kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit
yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor
yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk
memastikan penyakit mereka sembuh.
Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.
Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital
kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak
memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini
menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.
Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana
mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka
tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan
terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka
mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini
bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang
diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu
mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?
Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor
sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan
pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan
etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia
secara tidak sah.
Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat
negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita
melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar
perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital
swasta tidak menmgambil kesempatan atas pesakit mereka.
Buah-buah import semakin banyak di negara ini. Jelaskan langkah-langkah
yang mampu dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini.


Buah import merujuk buah yang ditanam atau dibawa masuk dari luar negara seperti epal dan
anggur. Manakala buah tempatan ialah buah yang ditanam di Malaysia seperti rambutan dan durian.
Sememangnya ada banyak langkah yang mampu direalisasikan oleh pelbagai pihak untuk
mengawal fenomena mengutamakan buah-buahan import ini.

Langkah pertama yang boleh diambil oleh kerajaan ialah negara mengenakan kadar cukai yang
tinggi terhadap buah import. Tindakan mengenakan cukai ini akan menyebabkan harga buah import
akan meningkat secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mampu untuk
membelinya dengan kerap. Jadi, langkah ini pasti memberi kesan dalam aspek pembelian pengguna.

Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan.
Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan
media massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama di
kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk
memilih buah-buahan tempatan daripada import.

Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka.
Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buah
yang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatan
akan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benih
dan buah yang terbaik.

Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buah-buahan tempatan.
Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsi
yang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, pengguna
harus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja.

Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutama
pengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industri
buah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negara
asing.
Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakit
yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan keburukan hospital
swasta.

Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas
hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung
peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan
buruk yang timbul daripadanya.

Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan
kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit
yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor
yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk
memastikan penyakit mereka sembuh.
Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.
Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital
kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak
memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini
menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal.
Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana
mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka
tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan
terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka
mendapatkan rawatan di hospital swasta.
Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini
bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang
diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu
mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin?
Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor
sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan
pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan
etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia
secara tidak sah.
Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat
negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita
melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar
perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital
swasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka

More Related Content

What's hot

Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejirananSuzaki Nor
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayatNurull Sya
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Vivian Wmn
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiMohd Nizar Mohtar
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporanjasfarten
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bAi Li
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifAlaireena Hms
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriasiyah97
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaDebbie Tcy
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatBong Shuying
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Junidah Sukiman
 

What's hot (20)

Semangat kejiranan
Semangat kejirananSemangat kejiranan
Semangat kejiranan
 
Nota Pola ayat
Nota Pola ayatNota Pola ayat
Nota Pola ayat
 
Akronim
AkronimAkronim
Akronim
 
Kata ganti nama diri
Kata ganti nama diriKata ganti nama diri
Kata ganti nama diri
 
Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)Contoh karangan jenis fakta (1)
Contoh karangan jenis fakta (1)
 
Kata Kerja Pasif
Kata Kerja PasifKata Kerja Pasif
Kata Kerja Pasif
 
Kata terbitan
Kata terbitanKata terbitan
Kata terbitan
 
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmiContoh surat rasmi and tidak rasmi
Contoh surat rasmi and tidak rasmi
 
Karangan laporan
Karangan laporanKarangan laporan
Karangan laporan
 
Sukan & Rekreasi
Sukan & RekreasiSukan & Rekreasi
Sukan & Rekreasi
 
Semangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-bSemangat kejiranan-b
Semangat kejiranan-b
 
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasifkata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
kata kerja - kata kerja transitif aktif pasif
 
Pengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitriPengalaman di hari raya aidilfitri
Pengalaman di hari raya aidilfitri
 
Sumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannyaSumber semula jadi dan kegunaannya
Sumber semula jadi dan kegunaannya
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
Amalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihatAmalan gaya hidup sihat
Amalan gaya hidup sihat
 
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
Skrip pidato 'memartabatkan bahasa melayu'
 
KBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPMKBAT Sejarah SPM
KBAT Sejarah SPM
 
Subjek & Predikat
Subjek & PredikatSubjek & Predikat
Subjek & Predikat
 
Jenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kirimanJenis jenis contoh surat kiriman
Jenis jenis contoh surat kiriman
 

Viewers also liked

TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...Rafiza Diy
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Loh Yan
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan skgowselya
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internetKamal Muchtar
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusaneilamiera
 
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017RAMLAH BINTI A. RANI
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganAbdul Hamzzah
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaOmy Hong
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg bKamarudin Jaafar
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatJeya Kumar
 

Viewers also liked (15)

TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
TAMADUN CHINA DALAM PEMANTAPAN TAMADUN MALAYSIA DAN DUNIA + KEKUATAN TAMADUN ...
 
Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1Contoh karangan-berpandu-1
Contoh karangan-berpandu-1
 
contoh Penghargaan
contoh Penghargaan contoh Penghargaan
contoh Penghargaan
 
Contoh karangan
Contoh  karanganContoh  karangan
Contoh karangan
 
Modul penulisan sk
Modul penulisan skModul penulisan sk
Modul penulisan sk
 
Bahan bm dari internet
Bahan bm dari internetBahan bm dari internet
Bahan bm dari internet
 
Surat kelulusan
Surat  kelulusanSurat  kelulusan
Surat kelulusan
 
Surat rasmi sukan
Surat rasmi sukanSurat rasmi sukan
Surat rasmi sukan
 
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
Manual format dan contoh penulisan esei berformat bm p2 2017
 
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan SumbanganTITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
TITAS CTU551: Tamadun India Sejarah dan Sumbangan
 
Sumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cinaSumbangan tamadun cina
Sumbangan tamadun cina
 
4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b4 praktis topikal bm 012 bhg b
4 praktis topikal bm 012 bhg b
 
Format dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformatFormat dan Contoh penulisan esei berformat
Format dan Contoh penulisan esei berformat
 
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
Format Esei kERJA kURSUS BM 2016
 
surat memohon kebenaran
surat memohon kebenaransurat memohon kebenaran
surat memohon kebenaran
 

Similar to Contoh karangan

tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Maimunah Sibli
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxディー アン
 
393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karanganAqashahArshad
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganPRA-UNIVERSITY
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialnursyadzadzulkifli
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialnursyadzadzulkifli
 
Rangkuman seminar parenting zaman now 2622020 (1)
Rangkuman  seminar parenting zaman now 2622020 (1)Rangkuman  seminar parenting zaman now 2622020 (1)
Rangkuman seminar parenting zaman now 2622020 (1)Teguh Budi
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan latTwin Sis
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah SosialThomas Mon
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok
 
Kebaikan gotong
Kebaikan gotongKebaikan gotong
Kebaikan gotongDevi Sweet
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeIkhwan Syazwan
 
karangan power.ppt
karangan power.pptkarangan power.ppt
karangan power.pptAdnan Hassan
 

Similar to Contoh karangan (20)

tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
bm karangan 3.docx
bm karangan 3.docxbm karangan 3.docx
bm karangan 3.docx
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocx
 
393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan
 
Ramalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karanganRamalan spm 2012 karangan
Ramalan spm 2012 karangan
 
Ringkasan
RingkasanRingkasan
Ringkasan
 
Pidato Di Raja
Pidato  Di  RajaPidato  Di  Raja
Pidato Di Raja
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Rangkuman seminar parenting zaman now 2622020 (1)
Rangkuman  seminar parenting zaman now 2622020 (1)Rangkuman  seminar parenting zaman now 2622020 (1)
Rangkuman seminar parenting zaman now 2622020 (1)
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 
Masalah Sosial
Masalah SosialMasalah Sosial
Masalah Sosial
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
Kebaikan gotong
Kebaikan gotongKebaikan gotong
Kebaikan gotong
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
 
karangan power.ppt
karangan power.pptkarangan power.ppt
karangan power.ppt
 

Contoh karangan

  • 1. KEMALANGAN JALAN RAYA Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari s e m a s a k e semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta,lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negarakita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan rayayang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpuncadaripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih danm e n g a n t u k . A k i b a t h e n d a k s e g e r a s a m p a i k e d e s t i n a s i y a n g d i t u j u , m e r e k a t i d a k menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. A k i b a t n y a k e n d e r a a n d i p a n d u dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberitumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandumelebihi had laju yang ditetapkan dan menggunakan telefon bimbit ketika memandu.Walaupun banyak papan tanda had laju diletakkan di sepanjang jalan raya dan kawalanlalu lintas oleh pihka berkuasa, namun mereka masih berdegil dan memandu sesuka hatit a n p a m e m i k i r k a n k e s e l a m a t a n d i r i s e n d i r i d a n o r a n g l a i n . M a l a h , a d a j u g a y a n g berlumba secara haram menggunakan motosikal di atas jalan raya seperti yang biasadilakukan oleh golongan remaja. Untuk mengelakkan kejadian kemalangan yangteruk meningkat, langkah-langkahyang praktikal perlu diambil oleh semua pihak. Pihak kerajaan, swasta dan rakyat harus bekerjasama demi memastikan keselamatan semua. Pihak kerajaan daripada pelbagai j a b a t a n s e p e r t i J a b a t a n P e n g a n g k u t a n J a l a n , p o l i s , d a n J a b a t a n K e r j a Raya harusm e m b u a t p e m a n t a u a n d a r i s e m u a a s p e k u n t u k m e n d i s i p l i n k a n p a r a p e m a n d u d a n menyediakan laluan jalan raya yang selesa demi keselamatan pemandu. Penguatkuasaanundang-undang, kempen kesedaran, dan pelaksanaan denda atau saman bagi kesalahan jalan raya adalah antara langkah yang wajar diambil untuk menyedarkan pengguna jalanr a y a . S e k t o r s w a s t a j u g a m e m a i n k a n p e r a n a n p e n t i n g d a l a m m e n a n g a n i m a s a l a h i n i dengan menyiarkan iklan yang dapat memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya yang lain. Masyarakat harus sedar tentang peranan masing-masing di jalan raya. Merekatidak harus mementingkan diri sendiri sebaliknya perlu bertolak ansur dengan pengguna j a l a n r a y a y a n g l a i n . P e r a t u r a n j a l a n r a y a h a r u s l a h d i p a t u h i u n t u k m e m a s t i k a n keselamatan semua pihak. Jangan gopoh gapah semasa memandu kerana kecuaian m e n j a d i p u n c a n y a w a s e n d i r i d a n o r a n g l a i n y a n g t i d a k b e r s a l a h t u r u t t e r a n c a m . Kenderaan perlulah diperiksa terlebih dahulu sebelum memulakan perjalanan. Kesimpulann ya, keselamatan di atas jalan raya merupakan t a n g g u n g j a w a b pengguna jalan raya sendiri. Kecuaian merupakan punca utama kemalangan berlaku danh a l i n i t i d a k h a r u s d i b i a r k a n b e r t e r u s a n u n t u k m e n j a m i n k e s e l a m a t a n s e m u a p i h a k . Manusia memang tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan tetapi kesilapan yangd a p a t m e n y e b a b k a n n y a w a o r a n g l a i n j u g a t u r u t m e l a y a n g h a r u s l a h d i e l a k k a n d e m i kesejahteraan bersama.
  • 2. Dewasa ini, banyak pelajar bekerja sambilan semasa cuti persekolahan. Pada pendapat anda, wajarkah pelajar bekerja secara sambilan. Apakah kerja sambilan? Sebenarnya kerja sambilan ini merujuk kerja sementara yang biasanya dilakukan oleh golongan remaja terutama ketika musim cuti sekolah. Kerja ini turut dilakukan oleh golongan tua dan wanita atas dasar untuk menambah pendapatan atau membantu suami menyara keluarga. Sememangnya kerja sambilan wajar dilakukan oleh remaja kerana sudah menjadi satu gaya hidup moden tetapi gaya ini turut mencetuskan pelbagai impak terhadap remaja. Kerja sambilan ini memberi satu pengajaran berguna kepada remaja dalam kehidupan. Jangka masa yang pendek bersama-sama rakan sekerja dan majikan pasti meninggalkan pelbagai kesan yang menarik. Remaja menyedari betapa kehidupan social memerlukan kemahiran tinggi terutama ketika di tempat kerja. Jadi, pengalaman kerja sambilan menjadi alat untuk menjelaskan erti kehidupan sebenar kepada remaja sebelum mereka benar-benar melaluinya. Malah, remaja mampu membentuk personaliti yang menarik menerusi kerja sambilan ini. Tugas di tempat kerja membina jati diri remaja yang baru kerana kerja ini memerlukan mereka menepati masa, rajin bekerja, menurut arahan, dan menggunakan minda ketika berinteraksi dengan pelanggan. Remaja yang dahulunya malas, tiada wawasan,tidak yakin diri dan sebagainya pasti berubah sebaik sahaja mereka bekerja secara sambilan ini. Sudah pasti kelebihan ketara bekerja secara sambilan ini ialah aspek kewangan. Remaja mempunyai wang mereka sendiri yang memberi sedikit kepuasan dalam hidup. Perasaan mampu membeli sesuatu atas kemampuan kewangan sendiri sememangnya membawa satu perasaan yang tidak dapat dihuraikan. Jelaslah, kerja sambilan memberi satu kepuasan kewangan yang begitu tinggi kepada remaja. Cuma dalam keghairahan remaja bekerja secara sambilan ini, aspek impak negatifnya harus diberi pertimbangan sewajarnya. Remaja menjadi individu yang terlalu sibuk, mementingkan kewangan,lupa tugas belajar mereka dan mungkin terlalu angkuh sehingga menganggap mereka sudah mampu hidup sendiri tanpa bantuan keluarga. Sikap terlalu rapat dengan rakan sekerja yang lebih dewasa turut mampu menjerumuskan remaja ke arah budaya yang tidak sihat. Kesimpulannya, kerja sambilan sememangnya wajar dilakukan oleh remaja tetapi harus secara bertanggungjawab. Remaja harus menimbang dengan mendalam sebelum menyertai kerja sambilan. Bukan sahaja kebenaran ibubapa penting tetapi remaja harus bertanya kepada diri sendiri, adakah ini sesuatu yang ingin mereka lakukan? Atau mereka penuhkan masa cuti mereka dengan aktiviti berfaedah yang lain.
  • 3. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah untuk meningkatkan semangat ini dan kepentingannya. Semangat kejiranan merujuk semangat membantu masyarakat setempat terutama jiran bersebelahan dalam kehidupan seharian mereka. Sememangnya semangat kejiranan ini semakin hilang dalam masyarakat kita sehingga menimbulkan pelbagai isu semasa pula. Jadi, ada banyak kaedah yang boleh dilaksanakan untuk memastikan semangat ini berterusan kerana memang ada kepentingannya. Langkah awal ialah masyarakat menghidupkan semua konsep rukun tetangga di kawasan perumahan mereka. Rukun tetangga berfungsi untuk mengawal keselamatan kawasan perumahan terutama pada malam hari. Aktiviti ini memerlukan pembabitan semua pihak tanpa mengira kaum yang mampu menanam semangat kejiranan ketika melakukan rondaan bersama-sama. Oleh itu, hubungan rapat yang terjalin melalui rukun tetangga ini mengeratkan lagi perhubungan antara jiran. Selain itu, semangat ini mampu dipupuk dengan mengadakan pelbagai majlis yang bercorak setempat. Majlis perkahwinan, rumah terbuka dan hari keluarga mampu menghidupkan semula semangat yang murni ini. Semua jiran akan beramah mesra dan mengenali satu sama lain melalui majlis seperti ini. Sesungguhnya, semangat kejiranan berupaya tumbuh dengan subur berdasarkan majlis sebegini. Kerajaan turut mampu memainkan peranan dengan mengadakan kempen kesedaran semangat kejiranan ini. Penggunaan media massa seluas mungkin dengan iklan yang menarik sudah pasti berupaya menarik perhatian masyarakat terhadap isu ini. Masyarakat akan mula mempersoal tahap semangat kejiranan mereka dan berusaha ke arah mengekalkan serta meningkatkan semangat itu di kawasan mereka. Sememangnya kerajaan berperanan penting dalam memulakan usaha memupuk semangat mulia ini. Dalam masa yang sama sikap dan persepsi masyarakat perlu berubah. Masyarakat hendaklah memandang semangat kejiranan ini sebagai satu perkara penting dalam kehidupan bermasyarakat. Semangat ini perlulah diutamakan dalam sebarang tindakan yang ingin dilaksanakan oleh masyarakat. Jelaslah, paradigma yang baru ini memastikan semangat kejiranan akan terus mekar dalam masyarakat kita. Kesimpulannya, semangat kejiranan memang boleh dicapai melalui beberapa kaedah yang dijelaskan tadi. Semua pihak perlulah berusaha untuk memastikan semangat ini terus diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Mungkin kita semua harus bertanya diri sendiri "siapakah jiran kita?
  • 4. Kegiatan kokurikulum boleh merapatkan hubungan antara pelajar dengan guru. Huraikan pernyataan di atas. Kegiatan luar bilik darjah juga dikenali dengan nama akitiviti kokurikulum. Pihak kerajaan memberi galakan aktiviti ini untuk membantu pembelajaran di bilik darjah menjadi lebih efektif pula. Oleh itu, hubungan guru dengan pelajar pasti menjadi baik melalui aktiviti sebegini pula. Aktiviti sukan dan permainan menyebabkan pelajar akan saling membantu untuk memperoleh kemenangan dalam sesuatu acara itu. Tindakan bekerjasama ini secara tidak langsung menjadikan mereka rapt antara satu sama lain. Jadi, hubungan sesame ahli pasukan akan menjadi lebih erat melalui acara sukan sebegini. Manakala dalam aktiviti pasukan beruniform pula, para pelajar boleh berbincang tentang sesuatu aktiviti itu dengan meluas. Pelajar akan memperoleh kemahiran mengikut arahan ketua, disiplin dan pengalaman tertentu. Sesungguhnya, hubungan pelajar dengan guru menjadi lebih rapat kerana guru akan membimbing mereka dalam setiap tindakan itu. Selain itu, aktiviti berunsur kelab dan persatuan seperti berbalas pan tun dan quiz serta syarahan banyak membawa impak positif terhadap interaksi guru dengan pelajar. Perancangan dan kerjasama serta muafakat diperlukan antara guru dengan pelajar untuk berjaya dalam program seperti ini. Kekerapan pelajar dan guru berinteraksi menyebabkan mereka saling memahami dan sedar kelebihan masing-masing pula. Konklusinya, hubungan yang baik dan rapat memang terjalin apabila aktiviti kokurikulum diadakan di sekolah kita. Keadaan ini boleh menyumbang ke arah kejayaan mutlak dalam peperiksaan umum pula. Bak kata orang tua-tua "bagai aur dengan tebing" yang membuktikan bahawa kerjasama guru dan pelajar itu penting untuk kejayaan sesebuah sekolah
  • 5. Vandalisme merupakan salah satu daripada perlakuan negatif yang sering dilakukan oleh anggota masyarakat yang tidak bertanggungjawab, terutama golongan remaja. Jelaskan kesan-kesan kegiatan vandalisme di negara kita. Dalam memasuki era globalisasi ini masih ada segelintir rakyat di negara ini yang berfikiran sempit dan tidak bermoral. Golongan sebegini sanggup melakukan aktiviti vandalisme sehingga menyusahkan banyak pihak terutama pihak masyarakat umum. Pelbagai masalah boleh timbul ekoran aktiviti yang tidak sihat ini. Impak yang paling ketara ialah masalah vandalisme ini mencacatkan pemandangan terutama di kawasan tandas awam yang dipenuhi dengan tulisan-tulisan yang tidak elok. Begitu juga kawasan taman permainan kanak-kanak yang menyaksikan banyak peralatan di situ yang sudah dimusnahkan begitu sahaja. Keadaan ini memberikan satu gambaran negatif kepada masyarakat luar bahawa rakyat di negara ini tidak begitu menghargai kemudahan awam yang disediakan. Masalah vandalisme ini juga bakal menimbulkan pelbagai kesulitan kepada masyarakat umum. Rakyat kehilangan hak mereka untuk menggunakan kemudahan yang sepatutnya mampu untuk menjamin keselesaan hidup terutama kemusnahan telefon awam. Bayangkan bagaimana masyarakat hendak menggunakan telefon awam ketika kecemasan jika kemudahan ini telah dimusnahkan oleh golongan yang tidak bertanggungjawab ini. Pada masa yang sama amalan vandalisme ini turut membebankan pihak berkuasa terutama dalam aspek kewangan. Kerajaan terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk membuat pembaikan terhadap semua kemudahan awam yang sudah mengalami kerosakan ini. Tindakan membaiki kemudahan awam ini membuktikan berlakunya satu pembaziran kerana wang tersebut boleh digunakan untuk membantu rakyat dalam aspek pembangunan yang lain pula. Kesimpulannya, rakyat harus memikul tanggung jawab dalam memastikan vandalisme ini tidak berleluasa. Sebarang tindakan vandalisme boleh membawa impak negatif kepada semua pihak baik masyarakat mahupun kerajaan. Lantaran itu, semua pihak memikul tanggung jawab untuk menjamin kemakmuran hidup masyarakat di negara ini.
  • 6. Semangat cinta akan negara dalam jiwa pelajar semakin menghilang. Berikan sebab-sebab berlakunya. Semangat cinta akan negara bolehlah dikaitkan sebagai satu perasaan mengutamakan negara dalam tindakan seseorang itu. Memang sudah ada banyak pendant yang mengatakan bahawa pelajar kini semakin kurang semangat cinta akan negaranya itu. Jadi, apakah punca-punca yang membawa masalah ini berlaku? Sudah pasti punca yang utama ialah kempen mengenai semangat ini jarring disiarkan oleh pihak media massa kita. Ketiadaan kempen ini membuatkan pelajar menganggap semangat ini tidak wujud atau penting dalam kehidupan mereka. Sesungguhnya, tanpa kempenlah semangat cinta akan negara terus hilang daripada naluri pelajar kita. Pada masa yang sama, kegagalan ibu bapa untuk mendidik juga menjadikan masalah ini terus menular dalam jiwa pelajar. Orang tua pelajar tidak mengambil inisiatif untuk menjelaskan aspek nasionalisme dalam jiwa anak mereka kerana terlalu sibuk bekerja atau mereka sendiri tidak melihat semangat itu sesuatu yang penting untuk diterapkan kepada anak mereka. Maka, ibubapalah yang bertanggungjawab untuk menerapkan semangat ini tetapi gagal. Selain itu, kehidupan mewah yang dialami oleh pelajar telah membawa mereka sukar untuk memahami erti kepayahan dan pengorbanan yang dilakukan oleh pejuang negara suatu masa dahulu. Kebanyakan pelajar yang ada sudah lahir ketika negara merdeka malah kemajuan economi juga telah berjalan lancar. Keadaan ini membawa pelajar tidak boleh memahami sebab mereka harus berkorban demi negara kerana kehidupan mewah itu telah menutup jiwa mereka. Malah, masalah ketiadaan semangat ini juga dikaitkan dengan kurangnya minat pelajar terhadap subjek Sejarah. Banyak yang melihat subjek ini sebagai membosankan dan tidak memberi apa-apa kesan buat masa deepen mereka. Jadi, kegagalan untuk melihat kepentingan subjek Sejarah telah membawa pelajar itu gagal memahami kepentingan untuk memiliki semangat nationalisme dalam naluri mereka. Kesimpulannya, semua punca tadi memang berlaku dalam jiwa pelajar kita sehingga mereka tidak lagi memiliki sikap cinta akan negara ini. Kerjasama semua pihak terutama pelajar sendiri amat diperlukan agar semangat ini boleh dipupuk semula. Peribahasa 'biar putih tulang jangan putih mata' membuktikan betapa pentingnya kedaulatan negara itu kepada seseorang.
  • 7. Kadar kemalangan jalan raya begitu meningkat setiap tahun. Huraikan punca-puncanya. Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian akibat kemalangan yang tinggi. Oleh itu ada banyak punca yang harus kita kaji untuk memahami masalah ini. Punca pertama ialah kemalangan disebabkan oleh kecuaian pemandu itu sendiri ketika menggunakan jalan raya. Ramai pemandu yang memandu dalam keadaan mabuk dan mengantuk atau tidak sedarkan diri. Ada juga yang tidak suka menjaga kenderaan mereka lalu kemalangan boleh berlaku kerana masalah brek, tayar dan sebagainya. Mereka tidak menghiraukan keselamatan orang lain ketika memandu kerana menganggap mereka cekap mengawal stering kenderaan. Jadi, kemalangan mudah berlaku akibat kecuaian mereka ini. Selain itu kemalangan juga disebabkan oleh keadaan jalan raya yang tidak baik. Biasanya jalan raya menjadi lebih bahaya ketika waktu hujan turun kerana air hujan menyebabkan jalanraya menjadi lebih licin lalu sukar untuk dikawal jika pemandunya tidak berhati-hati. Begitu juga dengan keadaan jalan raya yang tidak lurus dan turun naik yang menyukarkan pemandu untuk memberi tumpuan lalu mudah berlakunya peristiwa ngeri ini. Maka, keadaan jalan raya harus diubah supaya menjadi lebih selamat buat pengguna jalan raya. Malah, ada pihak yang menyalahkan pemandu baru yang menyebabkan kemalangan terus menerus berlaku di negara ini. Mereka dikatakan tidak mahir untuk mengawal kenderaan terutama ketika dalam keadaan kecemasan yang menyebabkan banyak yang panik. Golongan muda juga diselar kerana mereka biasanya suka memandu dengan bahaya dan laju. Sesungguhnya, satu alat mekanisme baru harus dicari untuk memastikan tahap pemanduan pemandu baru mencapai piawaian yang baik. Jumlah kemalangan bertambah juga berkaitan dengan jumlah kenderaan yang bertambah setiap tahun. Pertambahan bilangan kenderaan menjadikan lalu lintas begitu sibuk dan penuh dengan kenderaan. Sudah pasti keadaan ini meningkatkan peratusan untuk sesuatu kemalangan itu berlaku di jalan raya. Jelaslah, semakin banyak kenderaan di jalan raya risiko untuk kemalangan berlaku amat tinggi. Kesimpulannya, kadar kemalangan jalan raya di negara ini begitu menakutkan kita semua. Satu usaha yang berani harus dilaksanakan oleh pihak berkuasa untuk menghalang masalah ini menular lagi. Kita harus sedar bahawa nilai nyawa manusia begitu berharga. Pandu cermat jika selamat.
  • 8. Apakah langkah-langkah yang dapat diambil untuk memajukan industri ini? Jelaskan. Industri kraf tangan ialah kerja-kerja penghasilan barangan kraf tradisional. Industri ini merupakan satu industri yang berpetensi besar untuk membantu meningkatkan tahap kehidupan masyarakat terutama masyarakat desa. Oleh itu, wujud pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk memajukan industri ini ke tahap yang lebih baik lagi. Tindakan yang paling logik untuk memajukan industri ini adalah dengan membina lebih banyak pusat kraf tangan di negara. Penubuhan lebih banyak pusat kraf sebegini sudah pasti menjadikan lebih banyak produk yang boleh dipamerkan dan mudah untuk diperoleh oleh pelancong terutama dari luar. Dalam masa yang sama pusat ini juga boleh dijadikan sebagai tempat melatih lebih banyak penggiat industri ini pula. Kerajaan juga harus menjalankan usaha untuk meningkatkan produktiviti industri ini. Pengenalan teknologi dan reka bentuk yang unik sudah pasti mampu meninggikan lagi keluaran industri ini supaya kos menjadi lebih murah dan harga yang dikenakan kepada pembeli boleh dikurangkan sehingga ke tahap minima. Produktiviti yang tinggi juga menjadikan industri ini lebih berdaya saing dan kreatif untuk memastikan produk mereka terus mendapat tempat dalam hati pelancong. Kempen kesedaran yang meluas harus dilaksanakan terutama dalam kalangan generasi muda. Sudah ada remaja yang tidak lagi mengenali hasil kraf tangan negara kerana mereka tidak menggunakan produk itu sebaliknya lebih suka menggunakan sesuatu yang bercorak moden atau berteknologi tinggi. Kempen yang meluas juga mampu mengiklan dan meninggikan imej hasil kraf tangan pada masa yang sama. Produk kraf tangan ini juga perlulah menggunakan hasil semula jadi yang wujud di Malaysia. Usaha mengeksploitasikan sumber semula jadi negara untuk dijadikan kraf tangan mampu memberikan sentuhan unik terhadap produk tersebut lalu meninggikan permintaannya pada masyarakat luar. Bukankah kraf tangan harus menggunakan sumber semula jadi tempatan? Konklusinya, industri ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang remeh. Semua negara menghargai hasil kraf tangan mereka dan menjadi tugas kita untuk memastikan hasil ini terus hidup subur dalam negara ini. Kegagalan kita mengekalkan kraf tangan seolah-olah menjadi buktik betapa teruknya pandangan masyarakat terhadap industri kraf tangan sendiri.
  • 9. “Bersatu teguh bercerai roboh” perlu menjadi pegangan hidup masyarakat Malaysia. Peribahasa bersatu teguh bercerai roboh bermaksud kepentingan bekerjasama dan perpaduan dalam sesebuah negara itu. Konsep ini begitu penting kerana keutuhan negara banyak ditentukan oleh rakyat yang mempunyai kesepaduan yang sebenarnya. Negara yang mempunyai rakyat yang tidak bersatu pasti akan menerima impak negatifnya terutama dengan keadaan ekonomi dan politik dunia yang begitu berkaitan hubungannya. Jelaslah, peribahasa ini mempunyai banyak kepentingan untuk dihayati oleh masyarakat kita. Kehidupan masyarakat kita yang berbilang kaum memerlukan pengamalan peribahasa ini kerana satu tindakan yang tidak bijak mampu menjejaskan keamanan yang dihayati selama ini. Mereka perlu berpegang pada prinsip peribahasa ini untuk membina kekuatan negara kita semula. Masyarakat yang berbilang yang wujud di negara ini menyebabkan perasaan perpaduan itu begitu mudah dikikis jika kita tidak berhati-hati dalam melakukan sesuatu tindakan yang mungkin boleh menjatuhkan air muka kaum yang lain. Maka, peribahasa ini mengingatkan kita betapa pentingnya perpaduan itu. Selain itu, konsep perpaduan yang diutarakan dalam peribahasa ini juga penting dalam suasana politik negara. Perpaduan diperlukan dalam politik kerana politik boleh membela nasib rakyat negara ini. Perpecahan yang wujud dalam sistem politik atau pentadbiran negara boleh menggugat keamanan negara pada jangka masa panjang.Tanpa perpaduan yang utuh tiadalah sistem politik yang kukuh untuk memastikan nasib rakyat di negara ini terus terbela. Pada masa yang sama, makna perpaduan juga penting untuk memudahkan pembangunan dilaksanakan di negara ini. Semua aktiviti pembangunan yang dirancang bertujuan untuk menjadikan negara ini lebih makmur dan maju. Sebarang tindakan negatif atau jahat boleh menjejaskan pembangunan yang kemudiannya menjadikan taraf kehidupan rakyat menurun secara mendadak. Keadaan ini jika berterusan akan menjadikan rakyat di negara ini hidup dalam satu suasana yang begitu menyedihkan seperti keadaan negara asing yang kita sering tonton di televisyen pula. Malahan, peribahasa ini turut mencanangkan maksud perpaduan rakyat dalam bentuk penyatuan kebudayaan. Kita sedia maklum budaya negara ini berbilang yang memerlukan satu integrasi untuk menjadikan semua kebudayaan kita itu satu kebudayaan Malaysia yang sebenarnya. Amalan bekerjasama atau perpaduan yang dihayati oleh rakyat negara ini membolehkan semua kebudayaan yang berbeza itu diserapkan secara tabii menjadi satu kebudayaan kebangsaan yang boleh menjadi kebanggaan semua rakyat negara ini. Kesimpulannya, peribahasa ini banyak membawa peringatan kepada kita semua akan peri pentingnya perpaduan atau semangat bekerjasama itu. Sikap menuding jari terhadap mana-mana pihak apabila mengalami sesuatu masalah bukanlah satu tindakan yang sesuai di negara ini. Kita harus sedar bahawa amalan “bagai aur dengan tebing” amat penting dipraktikkan di negara ini.
  • 10. Kenaikan harga barangan di pasaran pada masa sekarang begitu ketara. Sebagai pengguna kita perlu bijak berbelanja supaya kewangan kita dapat diurus dengan baik. Bincangkan cara-cara untuk menjadi seorang pengguna yang bijak. Masalah kenaikan harga barangan sememangnya begitu ketara pada masa kini terutama di kawasan urbanisasi. Sebagai pengguna kita perlu memiliki sifat-sifat pengguna yang bijak untuk berupaya mengharungi kehidupan sebegini. Maka, kita mempunyai kuasa untuk menentukan barangan itu perlu atau sebaliknya dalam menjalani kehidupan harian itu. Pengguna mestilah berjimat cermat untuk menjadi pengguna yang bijak. Kita hanya perlu membeli barangan yang benar-benar perlu dan tidak membazir. Pada masa yang sama barangan yang boleh digunakan semula janganlah dibuang dengan begitu sahaja. Jelaslah, amalan berjimat cermat juga merupakan satu amalan yang mulia yang harus dimiliki oleh semua pengguna. Selain itu, pengguna boleh mengamalkan amalan menabung sejak muda. Sikap menabung ini boleh menjadi satu kaedah simpanan pada hari depan yang turut boleh dimanfaatkan oleh anak-anak terutama ketika mereka ingin melanjutkan pelajaran mereka kelak. Menabung memberikan satu jaminan kehidupan yang lebih baik kepada pengguna kerana kehidupan ini suka diduga masa depannya. Malah, pengguna yang bijak tidak akan berbelanja di kawasan-kawasan mewah. Biasanya barangan yang dijual di kawasan mewah lebih mahal harganya bukan kerana kualiti tetapi kerana faktor kawasan, suasana dan sewa kedai yang lebih tinggi menyebabkan kos barang menjadi mahal. Sebenarnya, semua barang hampir serupa sahaja kualitinya tetapi harga yang dijual berbeza-beza mengikut kawasan tertentu. Berkaitan dengan tidak membeli di kawasan mewah ialah pengguna tidak harus mengutamakan jenama sahaja. Sikap terlalu mengutamakan jenamalah yang membawa pengguna berbelanja besar. Konsep hidup sederhana dan tidak mementingkan aspek kebendaan membolehkan kehidupan pengguna lebih selesa dan tenang tanpa sebarang masalah kewangan pula. Kesimpulannya, masalah kenaikan harga barang ini boleh diatasi jika pengguna menggunakan akal fikiran ketika berbelanja. Semua perbelanjaan yang dirancang akan mampu memberikan lebih banyak manfaat kepada pengguna. Sikap penggunalah yang menentukan kejayaan mereka dalam mengharungi kemelut kenaikan harga barang.
  • 11. Pencemaran alam sekitar menjadi ancaman kepada kehidupan manusia pada hari ini. Bincangkan langkah-langkah untuk mengatasi pencemaran alam sekitar. Alam sekitar semakin tercemar dan itu merupakan realiti yang harus kita semua sedari. Pihak media massa turut sama menyiarkan pelbagai komen dan analisis mereka tentang kemelut yang melanda alam ini. Semakin lama kita mengabaikan kenyataan ini semakin seriuslah masalah ini dalam kehidupan manusia. Lantaran itu, pelbagai tindakan konkrit perlu dilaksanakan oleh semua pihak dalam menangani masalah ini. Langkah paling awal ialah kerajaan perlu mengawal perlepasan asap dan pembuangan toksik bahan kilang dengan efektif. Pengawalan ini boleh dilakukan menerusi tindakan menguatkuasakan undang-undang terutama meningkatkan aspek dendaan dan hukuman penjara kepada pesalah. Rakyat negara ini pasti akan berasa takut apabila mendengar bahawa hukuman mencemarkan alam begitu berat sehingga mereka tidak lagi berani mencemarkan alam. Jadi, kerajaan perlu mengawal pencemaran alam dengan mengetatkan peraturan yang sedia ada. Selain mengetatkan peraturan, aspek penguatkuasaan turut memainkan peranan yang penting. Maknanya, lebih banyak pegawai penguatkuasa alam sekitar dilatih untuk mampu mengesan lalu mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan pencemaran alam ini. Pegawai ini hendaklah dilatih dengan menggunakan teknologi terkini dan praktikal untuk memudahkan mereka melaksanakan tugas dengan baik. Oleh itu, jumlah pegawai penguatkuasa yang banyak memastikan aspek perundangan negara terhadap isu alam sekitar dilaksanakan dengan berkesan. Pada masa yang sama isu pencemaran alam ini mampu diatasi menerusi tindakan membuat kempen kesedaran yang efektif. Kempen kesedaran ini boleh difokuskan terhadap golongan muda terutama yang masih berada di bangku sekolah kerana golongan inilah yang akan mewarisi alam sekitar kita. Kesedaran ketika masih muda menjadikan rakyat kita boleh melakukan sesuatu apabila mereka dewasa kelak terutama untuk memastikan alam sentiasa bersih dan berkekalan. Oleh itu, kempen yang difokuskan kepada sasaran yang tepat mampu membuahkan hasil yang baik kepada pengekalan alam sekitar di negara ini. Malahan, perubahan sikap masyarakat turut penting dalam memastikan alam sekitar kita terus wujud. Sikap tidak apa atau menganggap tugas menjaga alam sekitar boleh dilakukan oleh orang lain perlulah dikikis segera. Sebaik sahaja kita melihat atau mengetahui satu tindakan mencemarkan alam berlaku sepantas kilat kita memaklumkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan. Maka, perubahan sikap masyarakat menjadikan usaha mengatasi masalah pencemaran alam ini sesuatu yang mudah pula. Konklusinya, kita mempunyai banyak pilihan untuk memastikan alam sekitar kita terus bersih dan berkekalan. Cuma kita masih enggan mengakui bahawa alam sekitar semakin hilang ditelan kerakusan sikap manusia sendiri yang mengutamakan kebendaan itu. Mungkin naluri manusia yang menganggap mereka makhluk yang paling baik menyebabkan kita alpa akan tugas kita untuk menjaga alam sekitar ini. Alam sekitar bukanlah anugerah Tuhan kepada kita tetapi amanah yang harus kita serahkan kepada generasi akan datang pula.
  • 12. Anda diminta untuk menulis satu karangan bertajuk "Kepentingan sambutan hari perayaan di negara ini" untuk bacaan kelas anda. Huraikan. Sambutan hari perayaan di negara ini meliputi perayaan Hari Raya Puasa buat orang Islam, Tahun Baru Cina buat orang Cina dan perayaan Deepavali buat orang India. Ketika perayaan ini disambut suasananya pasti dengan kegembiraan dan sedikit hidangan makanan. Semua rakyat negara ini menanti-nanti setiap perayaan dengan penuh debaran dan semangat tinggi. Oleh itu memang ada banyak kebaikan jika sambutan perayaan ini dilaksanakan di negara ini. Kalau semua perayaan ini disambut bersama-sama sudah pasti akan berlaku interaksi antara kaum dan hubungan erat akan terjalin. Perayaan di negara ini mempunyai konsep rumah terbuka yakni setiap perayaan akan diadakan majlis melawat rumah orang yang menyambut sesuatu perayaan itu. Lawatan yang diadakan sudah pasti akan menyebabkan berlakunya interaksi antara kaum. Oleh itu, perayaan memang mampu meningkatkan interaksi kaum. Interaksi yang wujud ketika melawat rumah seseorang itu akan meningkatkan pengetahuan masing- masing akan budaya kaum yang lain. Pemahaman sebegini menjadikan masyarakat lebih faham akan tindakan seseorang daripada kaum yang berbeza dalam sesuatu perkara. Sudah pasti tidak akan timbul sebarang salah faham antara kaum pula. Maka, perayaan mampu meningkatkan kefahaman tentang budaya kaum yang lain. Malah, imej negara juga akan turut menjadi lebih baik pada mata masyarakat dunia terutama pelancong asing. Bukan mudah untuk memiliki sebuah negara yang aman jika rakyatnya berbilang kaum berdasarkan masa masyarakat antarabangsa. Kejayaan Malaysia mengekalkan keamanannya banyak bergantung kepada keupayaan rakyat negara ini menyambut perayaan setiap kaum dengan penuh kegembiraan. Jelaslah, perayaan di negara ini memberikan satu imej yang positif kepada negara dengan begitu mudah. Kesimpulannya, sambutan hari perayaan mestilah diamalkan oleh masyarakat di negara ini. Pada masa yang sama sambutan ini hendaklah dijadikan satu perayaan kebangsaan yang dinikmati bersama-sama. Generasi muda akan mendapat banyak manfaat daripada sambutan sebegini. Masyarakat yang harmoni akan wujud menerusi perayaan sebegini pada masa hadapan.
  • 13. Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam memupuk budaya membaca dalam diri anak-anak. Huraikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. Peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya memberikan bukti yang jelas akan peranan utama ibu bapa dalam aspek pembacaan anak-anak. Ibu bapa menjadi tunggak atau pendorong utama dalam memupuk sikap membaca generasi muda kita kelak. Maka, pelbagai peranan yang mampu dilaksanakan oleh ibu bapa dalam menyelesaikan isu ini. Ibu bapa perlulah menunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak dalam aspek ini. Mereka perlulah sendiri mengamalkan sikap membaca dengan jelas seperti membaca semua bahan-bahan penting seperti akhbar atau bersama-sama membaca bersama anak mereka. Contoh yang diberikan oleh ibu bapa ini sudah pasti akan tertanam dalam dalam sanubari anak-anak mereka lalu menjadi satu tabiat positif pula. Malah, ibu bapa boleh membelikan bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur anak mereka. Bahan bacaan ini tidak semestinya merupakan bahan bacaan sekolah sahaja tetapi mungkin bacaan umum. Kepelbagaian bahan bacaan ini mampu memberikan satu dimensi pengetahuan yang unik kepada anak selain memupuk sikap membaca mereka. Malahan, satu sudut khas untuk menyimpan buku atau ruang membaca harus disediakan di rumah oleh ibu bapa. Ruang atau bilik ini perlulah dilengkapi dengan pelbagai jenis buku dan kerusi serta meja untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Bilik ini boleh menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka dengan begitu berfaedah. Tambahan pula, ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mereka menyimpan wang untuk membeli buku. Setiap hujung bulan ibu bapa boleh membawa anak ke kedai buku dan membenarkan mereka membeli buku-buku yang mereka suka. Mungkin juga ibu bapa boleh memberi sedikit bantuan kewangan jika harga buku yang dibeli oleh anak itu melebihi daripada wang yang mereka kumpul sebelum ini sebagai tanda menghargai sikap membaca mereka itu. Kesimpulannya, amalan membaca membolehkan pelbagai jenis ilmu diperoleh oleh generasi muda kita. Peranan dan sikap ibu bapa amat penting dalam memupuk sikap membaca ini kerana merekalah yang menjadi teladan kepada anak-anak. Sikap membaca yang tinggi juga mampu menjadikan warga masyarakat kita satu kelompok masyarakat yang berilmu tinggi kelak.
  • 14. Masalah pelanggaran disiplin dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Anda tertarik untuk menulis rencana berkaitan isu ini. Tulis rencana anda selengkapnya. Disiplin dan pelajar: Satu Pandangan Umum? Oleh; Noor Azman Mahat Isu-isu disiplin makin hangat diperdebatkan oleh semua pihak terutama pihak media massa. Pelbagai pihak pula saling menyalahkan satu sama lain atau menuding jari tanpa mahu melihat kesilapan sendiri. Pada masa yang sama tidak ada pihak yang ingin mencari jalan penyelesaiannya. Sebenarnya pembentukan sahsiah anak-anak atau remaja bermula di rumah. Ada ibu bapa yang suka menyalahkan satu sama lain apabila berlakunya masalah disiplin dalam diri anak mereka. Ibu bapa juga suka melepaskan tanggung jawab mereka mendidik anak dengan menyerahkan tugas itu kepada guru dan pembantu rumah dengan alasan mereka sibuk bekerja. Maka, anak-anak mudah terbabit dengan masalah disiplin lantaran sikap ibu bapa mereka itu. Selain itu, masyarakat yang dahulunya dianggap menjadi mata dan telinga bagi ibu bapa tidak lagi berperanan sebegitu. Semua teguran yang diberikan oleh jiran akan dikatakan sebagai penyibuk atau menjaga tepi kain orang pula. Ibu bapa biasanya akan menganggap anak mereka baik sahaja walaupun ditegur oleh jiran-jiran mereka. Maka, ramai remaja yang mudah terbabit dalam masalah disiplin sekolah. Pengaruh media massa merumitkan lagi masalah ini menerusi penayangan pelbagai filem aksi yang menjadi ikutan remaja pula. Aktiviti meluasnya pengesaran cakera padat yang berunsur lucah telah menyebabkan masalah ini semakin parah lalu sukar untuk dikawal. Pelbagai usaha kerajaan untuk mengatasi masalah ini menemukan jalan buntu. Jelaslah, kewujudan media massa telah memarakkan lagi masalah disiplin dalam kalangan remaja. Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan tetapi hasilnya tidak begitu jelas dalam kemelut ini. Kejadian pelajar atau remaja melawan guru dan ibu bapa semakin menjadi-jadi pula. Semua teguran dan nasihat yang diberikan dibalas dengan tindakan yang menakutkan kita semua pula. Remaja tidak lagi memiliki rasa hormat akan orang tua mereka. Sesungguhnya, masalah ini semakin meruncing. Kesimpulannya, semua pihak terutama yang terlibat secara langsung dengan remaja seperti ibu bapa, guru malah masyarakat perlu aktif membendung pelanggaran disiplin pelajar ini. Kita semua harus sedar bahawa remaja merupakan pelapis negara pada masa hadapan. Remaja pula haruslah berfikir proaktif dengan tidak menimbulkan pelbagai masalah dan membuktikan bahawa mereka memang baik.
  • 15. Sistem Pengangkutan Awam negara terus menerima kritikan demi kritikan. Terangkan kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam di negara ini. Rangkaian pengangkutan awam di negara kita boleh dikategorikan sebagai pengangkutan bas, teksi, Sistem Transit Tren Ringan (LRT) dan monorel. Memang sudah ada banyak usaha yang dilakukan untuk menyatukan semua perkhidmatan ini tetapi kejayaannya masih jauh lagi. Oleh itu, pelbagai kemelut yang melanda sistem pengangkutan awam negara kita harus difahami untuk menangani masalah yang sudah berlanjutan agak lama ini. Sudah pasti dilema utama yang dihadapi oleh masyarakat terhadap sistem pengangkutan awam kita ialah harganya yang mahal. Kadar tambang terutama teksi dan LRT dianggap oleh masyarakat sebagai agak mahal untuk mereka gunakan dengan kerap sistem pengangkutan itu. Kadaan ini menyebabkan jumlah pengguna pengangkutan awam terutama LRT agak kurang dan tidak menyeluruh seperti mereka hanya menggunakan pengangkutan awam hanya untuk ke pejabat sahaja. Jadi, kemelut utama ini harus diselesaikan oleh kerajaan jika mereka mahu melihat rakyat negara ini berduyun-duyun menggunakan LRT. Selain itu, kemelut pengangkutan awam ini turut dikaitkan sistem pengangkutan awam yang tidak cekap. Masyarakat menganggap sistem pengangkutan awam terutama bas tidak boleh diharap terutama jadual perjalanannya yang menyebabkan masyarakat sukar untuk merancang dan menjangka tempoh perjalanan yang bakal mereka hadapi. Masalah penjagaan bas, LRT dan teksi turut dikatakan termasuk dalam kategori ini kerana penyelenggaraan yang tidak menyeluruh. Oleh itu, masyarakat bukan sahaja menyampah melihat kegagalan pengangkutan awam mematuhi jadualnya tetapi juga kegagalan mereka untuk menjaga tahap kualiti perkhidmatan pengangkutan awam mereka. Kalau anda sering menggunakan pengangkutan awam sudah pasti anda akan menghadapi masalah untuk menukar sistem pengangkutan, contohnya antara monorel dengan LRT atau antara bas dengan monorel. Keadaan ini menyebabkan penjalanan penumpang terganggu kerana terpaksa beratur untuk membeli tiket sebelum menaiki pengangkutan awam yang lain pula. Dalam era globalisasi yang mengutamakan kepantasan, sudah pasti keadaan ini dianggap merumitkan kehidupan masyarakat. Maka, satu sistem tiket yang bersepadu harus dihasilkan oleh kerajaan dengan segera sebelum kemelut ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Malah, pengangkutan awam turut terjejas akibat tindakan segelintir pekerja mereka seperti pemandu teksi dan pemandu bas yang tidak sopan ketika memandu. Sering kali masyarakat mengadu kerakusan pemandu pengangkutan awam di jalan raya yang dibuktikan oleh meningkatkan kemalangan yang melibatkan pengangkutan awam ini. Sikap tidak prihatin mereka ini telah memberi satu imej negatif kepada semua pekerja yang bekerja dalam sistem pengangkutan awam negara. Sesungguhnya, semua pekerja pengangkutan awam harus diberi satu kursus untuk memastikan mereka lebih mesra pelanggan dan bukannya dibenci oleh pelanggan. Kesimpulannya, masalah pengangkutan awam ini memang banyak dan sudah lama serta masih gagal diselesaikan. Situasi ini berlaku kerana kurangnya kesungguhan pihak kerajaan untuk mengambil langkah awal dalam menanganinya. Ketika masyarakat semakin gusar dengan mutu perkhidmatan pengangkutan awam, kerajaan pula terus berdiam diri dan hanya bertindak apabila isu itu menjadi tatapan masyarakat dalam media massa negara. Mungkin sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam kemelut ini.
  • 16. Kerajaan telah memberi penekanan terhadap aspek kokurikulum sekolah. Pelajar sudah mula diwajibkan untuk terlibat dalam aktiviti ini. Malah kemasukan ke universiti mula menekankan aspek kokurikulum juga. Huraikan. Kegiatan kokurikulum telah dianggap satu aktiviti yang penting tetapi pembabitan pelajar agak mengecewakan. Ada pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar tidak mahu melibatkan diri mereka dalam aktiviti ini. Sikap tidak acuh pelajar ini telah menyebabkan kerajaan mewajibkan kegiatan ini dan menjadi syarat unntuk pemilihan ke universiti. Sebenarnya, kokurikulum mempunyai banyak kebaikan yang tersirat. Pelajar yang terlibat dengan kokurikulum dapat menyihatkan badan mereka. Peluh yang keluar dapat menghilangkan toksik badan. Pelajar yang menghadapi era persekolahan zaman ini memang penuh masalah, jadi pembabitan dalam kokurikulum mampu mengurangkan tekanan ini. Kegiatan yang dijalankan itu mampu mengalih fikiran pelajar sejenak daripada persiapan peperiksaan mereka yang penuh dengan penghafalan dan membuat latihan. Jelaslah, minda mereka dapat berehat sebentar apabila melakukan aktiviti yang berbeza iaitu kegiatan kokurikulum. Dalam masa yang sama pembabitan pelajar memastikan mereka tidak terbabit dengan aktiviti yang tidak sihat. Kegiatan kokurikulum dilakukan pada masa-masa yang telah ditetapkan. Penetapan masa ini menyebabkan pelajar terpaksa menguruskan masa mereka dengan bijak. Pelajar yang terbabit dalam aktiviti ini akan mengutamakan aktiviti kokurikulum dan pembelajaran mereka. Ringkasnya, mereka kekurangan masa untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak sihat seperti melepak. Selain itu, pelajar turut dapat menambah keyakinan diri mereka melalui aktiviti kokurikulum ini. Kokurikulum menyediakan satu “medan” yang sesuai kepada pelajar untuk memimpin atau mengetuai sesuatu pertubuhan. Situasi ini memberikan mereka satu keyakinan terhadap kemampuan mereka dalam aspek-aspek tertentu. Mereka mula menyedari bakat yang ada dan berupaya untuk mengembangkannya serta mengasahnya menjadi sesuatu yang lebih cemerlang lagi seperti memimpin pertubuhan belia, syarikat dan mungkin juga negara. Malahan, aktiviti kokurikulum membuka minda dan mata pelajar tentang erti persahabatan dan pergaulan. Mereka akan bertemu dengan pelbagai orang dalam menjalankan aktiviti kokurikulum itu. Mereka mengenal jenis manusia sebenar terutama apabilamenghadapi masalah untuk menganjurkan sesuatu aktiviti. Mereka juga mengenali erti persahabatan yang sejati. Pengalaman ini semua akan mengajar pelajar erti kehidupan yang tidak boleh mereka peroleh di luar. Kesimpulannya, aktiviti kokurikulum haruslah disertai oleh semua pelajar tanpa sebarang prasangka buruk. Mereka tidak harus menganggap aktiviti ini akan menghalang kemajuan mereka dalam peperiksaan. Mereka tidak harus menyalahkan kokurikulum kalau mereka tidak memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Mereka seharusnya melihat aktiviti ini sebagai satu proses pembelajaran yang harus dialami oleh semua orang sebagai sebahagian daripada proses kehidupan kita sebagai manusia.
  • 17. Bangsa membaca bangsa berilmu sering menjadi cogan kata sesuatu majlis ilmu tetapi rakyat negara ini masih terbelakang dalam aspek pembacaan. Kita dikatakan hanya membaca satu buku sahaja setahun. Terangkan langkah-langkah untuk meningkatkan minat membaca Masyarakat kita memang tidak suka membaca kerana menganggap aktiviti ini sebagai membosankan. Kajian menunjukkan bahawa rakyat negara ini hanya membaca sebuah buku setahun berbanding negara-negara lain yang boleh mencecah 8 buku setahun. Keadaan ini sudah pasti amat memalukan kita semua kerana ketika kita mahu dianggap sebuah negara maju, kadar pembacaan kita terlalu rendah. Agaknya elok kita menilai keutamaan kita dalam menjalani kehidupan seharian sebelum pantas mengkritik kelemahan negara lain. Antara langkah yang boleh diambil untuk menangani kemelut ini ialah kerajaan menurunkan harga buku terutama buku ilmiah. Penurunan harga ini membolehkan lebih ramai membeli dan dapat membaca. Harga buku yang rendah turut menyebabkan seseorang dapat membuat rujukan lebih banyak buku terhadap sesuatu perkara. Ketika ini, harga buku yang terlalu mahal menyebabkan masyarakat menganggap membeli buku sebagai satu kerja membazir dan berbau golongan atasan. Tambahan itu, kerajaan harus memberikan banyak insentif kepada penerbit atau syarikat buku untuk menghasilkan lebih banyak buku. Insentif dalam bentuk pengecualian cukai, keuntungan dan pemberian permit penerbitan harus diberikan tanpa sebarang gangguan birokrasi. Pemberian ini akan menyebabkan lebih banyak penerbit baru muncul kerana mereka yakin perniagaan mereka akan mengaut keuntungan. Selain itu, pembukaan lebih banyak pembukaan perpustakaan akan memberi galakan kepada masyarakat untuk membaca. Kewujudan perpustakaan menyebabkan seseorang senang untuk mendapatkan ruang untuk membaca. Tiada lagi alasan untuk tidak membaca kerana ketiadaan perpustakaan terutama di kawasan pedalaman. Perpustakaan bergerak juga harus ditambah dengan drastik kerana perpustakaan ini mampu menjalankan peranannya dengan berkesan terutama di kawasan yang padat penduduk dan terlalu jauh. Kesimpulannya, pembacaan seharusnya menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang tidak harus dibiarkan begitu sahaja. Membaca juga perlu dijadikan aktiviti sihat bersama-sama keluarga. Ibubapa harus memberi teladan yang jelas dalam aspek ini kerana biasanya anak-anak akan mengikut jejak langkah orang tua mereka. Mungkin selepas ini kita semua akan membaca?
  • 18. Kadar obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini dikatakan semakin meningkat. Keadaan ini berkaitan dengan tahap kesihatan rakyat yang semakin diabaikan. Jadi, apakah cara-cara yang mampu dilakukan oleh kita sebagai rakyat biasa untuk menjaga kesihatan. Kesihatan dianggap perkara yang paling penting dalam kehidupan seseorang. Tahap kesihatan menentukan keadaan kehidupan yang dijalani oleh seseoorang itu. Semakin baik kesihatan seseorang itu semakin mudahlah mereka mengharungi kehidupan mereka. Malah, ada kajian yang mengaitkan kesihatan yang baik memastikan produktiviti seseorang itu meningkat. Ada banyak kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan kesihatan seseorang itu bertambah baik. Kesihatan ditentukan oleh pemakanan seseorang. Itulah antara kata-kata hikmah yang sering kita dengar mengenai penjagaan kesihatan. Pengambilan makanan atau diet yang seimbag memastikan badan menerima khasiat yang diperlukannya. Diet yang betul sepanjang kehidupan seseorang itu menyebabkan kesihatannya terjamin. Cuma, kita agak sukar untuk mengamalkan perkara yang baik ini untuk jangka masa panjang kerana tahap kesihatan itu sukar diperoleh dalam masa yang pantas dan agak berbeza mengikut pandangan seseorang. Bukan sahaja diet penting tetapi penjagaan kebersihan turut berperanan besar untuk menghalang penularan penyakit. Diri seseorang haruslah bersih dan kawasan tempat tinggal juga dipantau tahap kebersihannya. Malah, kawasan sekeliling turut diberi perhatian untuk memastikan semuanya dalam keadaan bersih daripada penyakit berjangkit. Semua tindakan ini akan memastikan seseorang itu tidak diserang penyakit berjangkit seperti taun. Selain itu, aktiviti luar harus dilakukan. Senaman ringan dua atau tiga kali seminggu sudah mampu memberikan tahap kesihatan yang baik. Imunisasi seseorang turut meningkat melalui aktiviti senaman ini. Peluh yang keluar membuang sisa toksik yang tidak diperlukan oleh badan. Dalam masa yang sama senaman ini turut mengurangkan tekanan atau stres yang dialami oleh seseorang itu. Stres sering dikaitkan dengan kadar kematian yang semakin meningkat dalam kalangan masyarakat moden terutama di negara ini. Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tindakan yang sepatutnya dilakukan oleh semua orang. Penjagaan kesihatan zaman ini juga dianggap menelan belanja yang banyak kerana kesihatan telah dijadikan sebagai satu kegiatan ekonomi. Seseorang itu perlulah bijak dalam menangani isu ini supaya tidak tertipu kerana tidak ada harta yang mampu membeli kesihatan yang baik. Harta yang penting dalam diri manusia ialah kesihatannya bukannya wang ringgit kerana kita boleh hidup tanpa wang tetapi tanpa kesihatan, nyawa kita akan melayang.
  • 19. Setiap orang mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada banyak pendapat yang mengatakan bahawa mempunyai hobi membawa banyak kesan baik. Pada pandangan anda, apakah fungsi-fungsi hobi. Setiap individu mempunyai hobinya yang tersendiri. Ada yang suka memancing, ada yang suka bersukan, ada yang minat berlumba, ada yang gemar mendaki gunung dan berbagai-bagai hobi. Semua orang mempunyai alasan tersendiri yang menyebabkan mereka melakukan semua hobi itu. Jadi, apakah fungsi-fungsi hobi dalam kehidupan kita dan usaha-usaha untuk menggalakkannya terutama dalam kalangan remaja? Elok kita semua renungkan. Sesungguhnya hobi memastikan masa senggang seseorang itu dipenuhi dengan baik. Masa memang emas dan harus digunakan sebaik mungkin. Hobi memudahkan kita menghabiskan masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah. Aktiviti riadah ini memang nampak mudah dan tidak menarik tetapi mempunyai kesan yang mendalam kerana memastikan masa seseorang itu digunakan sebagaik mungkin. Ada masa untuk bekerja, ada masa untuk keluarga, ada masa untuk berhibur dan masa untuk riadah. Selain itu, aktiviti hobi mampu menajamkan pemikiran seseorang itu. Sesuatu hobi itu hanya mampu dilakukan melalui perancangan dan kebolehan yang tertentu. Masa, teman yang akan dijemput dan kekerapan melakukan hobi harus ditentukan dahulu. Jadi, kekerapan melakukan sesuatu aktiviti itu menjadikan seseorang itu kritikal fikirannya terutama untuk memastikan hobinya lebih baik dan berkesan untuk jangka panjang. Minda sihat dan fizikal turut menjadi lebih kuat untuk mengharungi kehidupan moden yang penuh cabaran ini. Pemilikan hobi juga mampu mengeratkan hubungan baik keluarga atau rakan rapat seseorang itu. Aktiviti hobi boleh dilaksanakan bersama-sama dengan anak atau kawan lalu menyebabkan interaksi semakin kerap berlaku. Tindakan ini memberikan satu pemahaman yang baik tentang sikap seseorang. Jelaslah, hobi berupaya menjadikan hubungan sosial manusia semakin positif. Jadi, hobi memang harus dimiliki oleh semua orang tanpa mengira usia, pangkat dan asal-usul. Aktiviti positif ini akan memberi banyak kesan baik kepada individu dalam aspek kesihatan mental dan fizikal seseorang itu. Kehidupan kita juga menjadi lebih bermakna dan menarik untuk diteruskan dari hari ke hari. Sudahkah anda semua melakukan hobi anda hari ini?
  • 20. Bencana alam turut berlaku di negara ini. Banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan merupakan antara bencana alam tersebut. Nyatakan punca-punca menangani masalah ini. Bencana alam merujuk kejadian alam yang mampu memusnahkan negara dan penduduknya. Negara kita memang sering dilanda banjir, ribut, kemarau dan kebakaran hutan kerana pelbagai faktor yang mendorong keadaan ini mudah berlaku terutama ketiak bumi dikatakan sedang mengalami perubahan cuaca yang drastik dalam tempoh yang terdekat ini. Sesungguhnya, ada banyak faktor yang mendorong keadaan ini dan ada banyak langkah yang boleh diambil untuk membendungnya daripada terus berlaku. Kejadian bencana alam sering dikaitkan dengan kemusnahan alam sekitar terutama kemusnahan hutan belantara negara. Keadaan ini wujud kerana hutan dianggap menjadi pelindung atau penahan berlakunya kejadian banjir dan kemarau kerana keupayaannya untuk menakung air dan menyalirkan air dengan baik. Kemusnahan hutan menyebabkan muka bumi menjadi kosong dan mendorong mudahnya berlaku semua bencana alam ini. Oleh itu, kemusnahan hutan perlulah dipantau dengan lebih teliti oleh pihak kerajaan. Malahan, keghairahan negara untuk membangun dengan pesat turut mendorong berlakunya bencana alam ini. Pembukaan kawasan bandar baru, industri dan kawasan perumahan telah menyebabkan sistem ekologi yang asal tidak mampu untuk menghalang sebarang kejadian bencana alam daripada tidak berlaku. Manusia menganggap kemodenan mampu menghalang bencana alam berlaku lantas terus menerus menjalankan projek pembangunan tanpa mempunyai rasa takut atau bimbang berlakunya bencana alam di kawasan projek mereka. Justeru, pembangunan yang pesat memang penting tetapi perlulah dikawal atau dilakukan dengan berhati-hati supaya tidak menjejaskan sistem ekologi secara drastik. Tambahan pula, sikap kita dalam menguruskan sumber asli terutama penyelenggaran sungai dan pembalakan hutan yang tidak praktikal. Naluri manusia yang sering mengutamakan keuntungan kewangan daripada berfikir secara rasional perkara yang bakal berlaku pada masa depan telah mengundang padah. Semua sumber alam negara akan terus dieksploitasi kerana manusia memang menganggap diri mereka lebih baik dan bijak daripada alam. Jadi, bencana alam akan terus berlaku kerana kegagalan manusia untuk menguruskan sumber alamnya dengan baik. Kesimpulannya, bencana alam akan terus berlaku di negara kita. Sikap masyarakat yang sambil lewa kerana menganggap alam bukan tanggung jawab mereka telah menyebabkan masalah ini menjadi semakin rumit untuk diselesaikan. Mungkin kita semua lupa bahawa setiap kali bencana alam melanda negara ini setiap kali itulah ada nyawa manusia yang melayang. Agaknya kita menilai nyawa manusia sama seperti alam?
  • 21. Negara kita memiliki banyak rangkaian media cetak. Akhbar, majalah dan jurnal dikatakan menjadi sasaran utama rakyat negara ini yang memang ketandusan maklumat. Pada pendapat anda, apakah peranan-peranan yang mampu dimainkan oleh media cetak di negara ini. Media cetak sering dikaitkan dengan akhbar, majalah dan jurnal di negara ini. Negara kita pula memang boleh dianggap mempunyai penerbitan media cetak yang semakin meningkat saban tahun walaupun jumlah itu boleh ditingkatkan dengan lebih drastik dalam tempoh mendatang ini kerana sikap masyarakat yang suka membawa dan mencari informasi sudah mula kelihatan. Jadi, media cetak di negara ini memiliki peranan-peranan besar yang mampu membentuk satu masyarakat negara yang berkualiti mindanya. Sumbangan utama media cetak di negara ini ialah media cetak menjadi sumber maklumat kepada masyarakat kita. Saban hari media cetak menyiarkan pelbagai perkara yang berlaku di negara ini dan semua berita atau maklumat ini menjadikan masyarakat kita mengetahui semua perkara yang berlaku, sedang, dan bakal terjadi di negara ini. Sikap berlumba-lumba media cetak untuk mendapatkan maklumat terkini turut menyebabkan masyarakat sering mendapat maklumat lebih awal mengenai sesuatu perkara. Selain itu, kelebihan media cetak ialah media ini mampu menghasilkan analisis berita yang lebih kritis berbanding media yang lain. Situasi ini wujud kerana ciri media cetak yang berlandaskan penulisan mampu menghasilkan satu penulisan kritis yang menyebabkan pembaca mampu melihat sesuatu peristiwa yang berlaku itu dengan lebih mendalam. Media cetak mengupas semua isu yang berlaku daripada pelbagai sudut sehingga menyebabkan fenomena yang berlaku itu difahami oleh amsyarakat. Jelaslah, media cetak mampu menghasilkan satu generasi masyarakat yang memiliki minda yang kritis apabila membicarakan sesuatu topik. Malahan, media cetak turut menyiarkan cerita-cerita yang mampu dijadikan pengajaran. Berita- berita jenayah, isu keluarga, projek pembangunan dan kejayaan individu tertentu sudah pasti menjadi tatapan masyarakat kita. Pembacaan mereka terhadap berita-berita jenis ini memberi satu pengajaran secara tersirat kepada pembaca yang seterusnya menyebabkan berlakunya satu perubahan diri dan minda mereka terhadap perkara tersebut. Oleh itu, pembacaan bahan media cetak memberikan pembaca satu pengajaran yang mampu membawa kebaikan. Secara tuntasnya, media cetak di negara ini memang mempunyai peranan yang penting dalam memastikan negara terus mampu bersaing dalam era yang penuh persaingan ini. Ruang untuk media cetak berkembang turut wujud kerana media cetak dianggap lebih murah berbanding jenis media yang lain. Cuma ada sedikit kebimbangan dengan kewujudan bahan media cetak yang lebih mengutamakan isu-isu gosip atau sensasi daripada berita-berita yang benar-benar berlaku di negara ini.
  • 22. Semangat kebangsaan dalam kalangan remaja semakin menipis. Keadaan ini sering dikaitkan dengan perubahan kehidupan masyarakat kita. Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk dan kepentingan memiliki semangat ini kepada remaja. Semangat kebangsaan merujuk sikap cinta akan negara atau nasionalisme yang mendalam terhadap negara yang tercinta. Sememangnya semangat nasionalisme ini semakin berkurangan terutama dalam kalangan generasi muda kita lantaran corak kehidupan yang semakin berubah selari dengan perubahan zaman. Maka, banyak tindakan yang mampu dilaksanakan untuk memastikan sikap ini terus wujud kerana sikap ini memiliki kesan yang positif. Tindakan yang pertama ialah subjek sejarah yang diajar di sekolah dilaksanakan secara meluas. Pelajaran sejarah penting ditekankan kerana subjek ini mampu memberi rasa cinta yang meluas dalam diri remaja. Pemahaman tentang sejarah ini menyedarkan remaja mengenai kepentingan memiliki sikap menyintai negara yang mendalam. Jadi, langkah menjadikan subjek sejarah ini mampu menyuntik sikap nasionalisme dalam diri masyarakat terutamanya remaja. Selain itu, kerajaan boleh menonjolkan pejuang-pejuang negara yang sanggup berkorban demi kedaulatan negara ketika hari Kebangsaan. Penonjolan ini boleh dilakukan melalui penggunaan media massa dengan menyiarkan maklumat diri pejuang-pejuang tersebut beserta kepentingan tindakan mereka dalam menentukan hala tuju kemerdekaan negara pada masa lampau. Langkah ini mampu meningkatkan pemahaman remaja tentang sebab musabab yang membawa kepada pejuang negara itu melakukan sesuatu tindakan yang dipelajari dalam subjek sejarah. Ringkasnya, langkah mempamerkan informasi tentang pejuang-pejuang negara ini mampu meningkatkan semangat remaja untuk meniru semangat yang telah dipamerkan oleh pejuang-pejuang bangsa itu sebelum ini. Malah, kerajaan melalui Kementerian Pendidikan boleh menjalankan satu pertandingan yang melibatkan remaja seperti deklamasi sajak, menulis esei, dan pementasan drama yang bertemakan semangat kebangsaan. Aktiviti ini dapat memastikan remaja menyelami dan memahami peristiwa yang dialami oleh pejuang-pejuang negara secara lebih mendalam lagi. Pertandingan yang berunsur sastera ini dapat mendekatkan remaja dengan pejuang-pejuang negara yang sudah lama meninggalkan negara ini. Maka, aktiviti berunsur pertandingan sastera ini memberi satu dimensi baru kepada remaja untuk mencintai negara mereka. Kerajaan boleh menonjolkan kejayaan negara dalam semua aspek kehidupan masyarakat. Kejayaan ini mungkin diperoleh melalui kejayaan melangsungkan kejohanan sukan, memenangi sesuatu anugerah, dan pencapaian luar biasa rakyat kita dalam sesuatu perkara. Kejayaan rakyat kita mendaki Gunung Everest dan penghasilan kereta nasional mampu meningkatkan sikap cinta akan negara ini selain kemampuan negara dalam menganjurkan Sukan Komanwel suatu masa dahulu. Perkara ini penting ditekankan supaya remaja mempunyai sesuatu perkara yang boleh mereka banggakan dan kaitkan dengan negara apabila berbicara tentang negara sendiri. Sesungguhnya, semua kejayaan negara memberikan satu motivasi yang tinggi kepada remaja untuk turut mencapai kejayaan yang serupa atau menghasilkan kejayaan yang lebih baik lagi. Kesimpulannya, pemupukan semangat kebangsaan memang menjadi perkara penting dalam pembangunan negara sejak dahulu. Pemupukan ini penting supaya remaja tidak lupa akan perjuangan yang sudah dilakukan oleh generasi terdahulu dan membiarkan pengorbanan mereka menjadi sia-sia belaka. Mungkin remaja sekarang harus merenung dan bertanya kepada diri sendiri, “apa yang mampu mereka sumbangkan kepada negara” dan bukannya “apa yang mampu diberikan oleh negara kepada mereka”.
  • 23. Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar. Huraikan punca-punca tercetus. Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini. Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan. Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain. Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini.Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini. Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.
  • 24. Internet mampu menyebarkan maklumat dengan meluas dan murah. Namun, menyebar luaskan maklumat melalui internet boleh menjadi ancaman kepada adat, norma, dan nilai masyarakat sesebuah negara. Ulaskan pernyataan di atas. Internet merupakan satu penemuan teknologi yang mula mendapat tempat dalam kalangan manusia kini. Malah penggunaan internet sudah dianggap sebagai satu perkara lumrah kehidupan. Mereka yang tidak tahu menggunakan internet dianggap sudah ketinggalan dalam zaman yang penuh cabaran ini. Penggunaan internet telah menyebabkan penyebaran maklumat menjadi lebih meluas dan murah sehingga memberi pelbagai kesan kepada kehidupan manusia. Penyebaran maklumat secara meluas dan murah telah memberi satu identiti kepada internet iaitu sebagai penyebar berita palsu atau khabar angin. Penggunaan internet dalam soal ini amat ketara terutama oleh golongan yang mahu melihat kemusnahan sesebuah negara. Penyebaran khabar angin amat berkesan melalui internet kerana penggunaannya yang meluas dan mudah terutama di kalangan remaja. Internet juga tidak mempunyai sistem penapisan yang ketara atau berkesan seperti media massa yang lain. Masyarakat juga sudah taksub dengan penggunaan internet dengan tidak lagi mengamalkan aktiviti kunjung mengunjungi satu sama lain terutama antara jiran atau sahabat. Hubungan “siber” (cyber) lebih meluas sekarang terutama dengan adanya program dalam internet yang memudahkan seseorang itu berbual dengan orang lain tanpa perlu bersemuka dengannya. Interaksi antara jiran bukan sahaja terhapus malah hubungan ini boleh menyebabkan berlakunya penipuan dan perkara yang kurang baik kerana ketiadaan pengenalan diri yang jelas. Malah yang mengejutkan sekarang ialah sudah wujud budaya mengirim kad melalui internet dan bukan melalui kad yang dipenuhi dengan tulisan tangan seseorang. Budaya menulis dan menghantar kad akan semakin hilang ditelan zaman dan diambil oleh kad elektronik yang lebih canggih dan mengikut peredaran masa. Kemungkinan hilangnya budaya menghantar kad ketika menyambut hari lembaran tidak dapat dinafikan lagi. Internet merupakan tempat tumpuan manusia mendapatkan bahan yang berunsur lucah. Penggunaan internet dalam aspek ini amat memalukan dan memang bertentangan dengan budaya manusia sejagat. Cuma yang menyedihkan ialah semakin ramai golongan remaja malah kanak-kanak yang melihat bahan lucah ini atau terlibat sama dalam penyebarannya. Penggunaan internet bukan sahaja setakat menyebarkan bahan lucah tetapi penggunaan imej digital internet turut meningkatkan gejala ini dengan menggunakan muka orang lain dan badan orang yang lain pula. Kerajaan mengawal pembacaan beberapa buah buku dan majalah serta berita di negara ini demi menjaga keamanan negara. Namun dengan adanya internet semua buku, bahan atau berita yang diterbitkan tidak lagi mampu dikawal oleh kerajaan kerana internet tidak mempunyai sempadan dan sukar untuk dikawal. Keadaan ini menyebabkan masyarakat mudah disogok dengan buku dan berita yang tidak tepat atau kurang sesuai dengan peringkat umur mereka sehingga boleh menimbulkan satu keadaan yang mengancam keselamatan negara. Bukan sahaja buku dan berita yang tidak sihat boleh ditemui dalam internet tetapi penyiaran iklan yang tidak sesuai turut ada di dalam sistem canggih itu. Penyebaran iklan yang tidak sihat atau tidak dikawal oleh pihak berkuasa boleh membawa kesan buruk kepada masyarakat. Bagaimana perkara atau iklan ini boleh membawa kesan negatif kepada masyarakat? Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama remaja suka meniru sesuatu terutama yang mereka nampak atau dengar. Jadi di sinilah peranan iklan yang tidak sesuai di internet berlaku.
  • 25. Kesimpulannya, masalah penggunaan internet yang tidak sihat ini perlu dikawal oleh kerajaan dengan bersungguh-sungguh. Keengganan kerajaan bertindak tegas dalam persoalan ini boleh membawa kesan buruk kepada negara dalam jangka masa panjang. Masyarakat pula perlu lebih pandai menapis dan memilih bahan dalam internet agar mereka tidak terpedaya dengan golongan tertentu yang cuba menghancurkan keamanan negara kita. Isu pengangguran telah menjadi satu isu sensitif kepada masyarakat terutama golongan siswazah. Namun, ada banyak pihak yang beranggapan isu ini bukan sahaja melibatkan siswazah tetapi golongan lain juga. Jadi, apakah punca-punca wujudnya pengangguran dan apakah cara-cara mengatasinya. Pengangguran merupakan satu penyakit era globalisasi yang semakin menular ke negara ini. Saban tahun negara kita dikejutkan dengan isu kegagalan belia terutama golongan siswazah untuk memperoleh pekerjaan. Malah, berita ini sudah dianggap menjadi satu isu yang akan menjelma setiap kali keputusan peperiksaan umum negara diumumkan atau konvokesyen sesebuah universiti dijalankan. Jadi, apakah punca-punca yang mendorong isu ini berlaku Sudah pasti punca utama berkaitan dengan keadaan ekonomi negara yang merudum. Situasi ini menyebabkan banyak syarikat atu kilang terpaksa gulung tikar dan membuang pekerjanya. Bukan sahaja mereka dibuang kerja tetapi mereka juga sukar untuk memperoleh kerja dalam tempoh yang terdekat akibat tiadanya aktiviti ekonomi di negara. Malah ekonomi dunia bukan sahaja memberi kesan terhadap ekonomi negara tetapi mengambil masa yang lama untuk pulih seperti peristiwa kejatuhan ekonomi pada akhir dekad 90-an. Selain itu, pengangguran turut disebabkan oleh sikap belia yang tidak mempunyai kemahiran. Belia kita hanya didedahkan dengan konsep teori baik ketika di sekolah mahupun ketika di universiti. Akibatnya, belia kita kekurangan kemahiran berfikir, menganalisa sesuatu, berbicara dalam pelbagai bahasa, dan mempunyai kemahiran berinteraksi dengan masyarakat. Biasanya, majikan akan memilih pekerja yang mereka beranggapan mempunyai keunikan yang tertentu terutama penguasaan bahasa asing dan pengetahuan komputer. Mungkin juga faktor malas menjadi pendorong wujudnya masalah ini. Sikap belia yang hidup ketika era pembangunan pesat menyebabkan belia mengambil konsep tunggu dan lihat. Mereka hanya bertindak apabila keadaan mendesak atau sudah terlewat. Mereka menganggap pertumbuhan ekonomi negara akan berterusan maju tanpa sebarang masalah. Mereka juga sudah terlalu lama menerima bantuan kerajaan seperti pemberian biasiswa dan menganggap kerajaan akan memberi mereka pekerjaan selepas tamat belajar. Dalam usaha mengatasi ekonomi negara yang merudum, kerajaan telah menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menarik lebih banyak modal asing ke Malaysia. Rombongan ini cuba mengiklankan kelebihan negara jika pemodal asing itu sanggup menanam modal mereka di negara ini. Malah, kerajaan telah cuba menjalankan beberapa projek mega untuk memastikan ekonomi negara berjalan rancak semula. Projek Pembangunan Johor Selatan dan Kereta Api Laju KL-Singpura dijangka mampu meninggikan pertumbuhan ekonomi negara selain mengurangkan pelbagai cukai. Selain itu, kerajaan telah menjalankan pelbagai program untuk memahirkan golongan belia seperti mengadakan program bahasa Inggeris dan mengutamakan penubuhan institut kemahiran dengan negara-negara luar seperti Jerman. Program ini mampu menyediakan satu sumber manusia yang
  • 26. mempunyai kemahiran tinggi untuk bersaing dalam era globalisasi. Kewujudan buruh yang berkemahiran tinggi ini turut menjadikan negara sasaran utama pelabur asing kelak. Sebenarnya, masalah pengangguran ini bukanlah satu isu baru. Cuma masyarakat harus berfikiran positif dan cuba meninggikan kemahiran diri mereka. Dunia pekerjaan sering berubah mengikut teknologi dan mereka yang sering meningkatkan kemahiran sahaja mampu duduk di tempat yang sama sepanjang hidup mereka. “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”. Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan keburukan hospi tal. Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan buruk yang timbul daripadanya. Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk memastikan penyakit mereka sembuh. Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal. Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta. Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin? Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah. Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak menmgambil kesempatan atas pesakit mereka.
  • 27. Buah-buah import semakin banyak di negara ini. Jelaskan langkah-langkah yang mampu dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini. Buah import merujuk buah yang ditanam atau dibawa masuk dari luar negara seperti epal dan anggur. Manakala buah tempatan ialah buah yang ditanam di Malaysia seperti rambutan dan durian. Sememangnya ada banyak langkah yang mampu direalisasikan oleh pelbagai pihak untuk mengawal fenomena mengutamakan buah-buahan import ini. Langkah pertama yang boleh diambil oleh kerajaan ialah negara mengenakan kadar cukai yang tinggi terhadap buah import. Tindakan mengenakan cukai ini akan menyebabkan harga buah import akan meningkat secara mendadak. Keadaan ini menyebabkan pengguna tidak mampu untuk membelinya dengan kerap. Jadi, langkah ini pasti memberi kesan dalam aspek pembelian pengguna. Kerajaan juga boleh menjalankan kempen kesedaran mengutamakan buah-buahan tempatan. Kempen ini menjelaskan kebaikan-kebaikan membeli buah-buahan tempatan menerusi penggunaan media massa. Iklan dan ceramah mengenai buah-buah tempatan dijalanakan secara giat terutama di kawasan urban. Sesungguhnya, kempen ini menimbulkan kesedaran kepada pengguna untuk memilih buah-buahan tempatan daripada import. Selain itu, peladang buah-buah tempatan seharusnya meningkatkan kualiti buah mereka. Penanaman buah-buah tempatan seharusnya menggunakan teknik moden untuk menghasilkan buah yang lebih baik, menarik, dan sesuai dengan cita rasa pengguna. Keunikan buah-buahan tempatan akan menarik lebih banyak pengguna untuk membelinya. Jelaslah, peladang harus mencari benih dan buah yang terbaik. Malahan, pengguna juga harus berubah paradigma mereka apabila membeli buah-buahan tempatan. Kita seharusnta membuang sikap menganggap buah import lebih baik daripada tempatan. Persepsi yang negatif ini harus dikikis dengan segera melalui pembelian buah tempatan. Maka, pengguna harus bijak dengan membeli buah-buahan tempatan sahaja. Kesimpulannya, buah tempatan sememangnya sama taraf dengan import. Semua pihak terutama pengguna harus memberi peluang kepada buah-buahan tempatan kerana tanpa pengguna industri buah-buahan tempatan akan musnah. Hargailah produk tempatan dan bukannya keluaran negara asing.
  • 28. Kemunculan hospital swasta sedikit sebanyak dapat menampung bilangan pesakit yang semakin bertambah setiap hari. Huraikan kebaikan dan keburukan hospital swasta. Kemunculan hospital swasta kian pesat di negara ini umpama cendawan tumbuh selepas hujan. Kemunculan hospital swasta secara mendadak ini memang mampu menampung peningkatan pesakit penyakit terutama yang kronik. Cuma, ada beberapa impak baik dan buruk yang timbul daripadanya. Sudah pasti kebaikan yang ketara ialah kewujudan hospital ini memastikan peningkatan kemudahan serba moden. Semua hospistal swasta memiliki teknologi merawat penyakit yang terkini. Kecanggihan peralatan ini dikaitkan pula dengan kewujudan tenaga doktor yang mahir atau pakar. Keadaan ini memberi pesakit satu rawatan yang terbaik untuk memastikan penyakit mereka sembuh. Selain itu, pesakit tidak perlu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan. Hospital swasta seolah-olah menjadi pembantu kepada hospital kerajaan kerana hospital kerajaan memang sudah terlalu sesak dengan pesakit. Bilik rawatan yang lebih banyak memastikan semua pesakit dapat dirawat dalam masa yang singkat. Suasana ini menjadikan penyakit itu mudah dikawal pada peringkat awal. Hospital swasta memberi layanan yang lebih baik daripada hospital kerajaan kerana mereka memerlukan pesakit untuk terus memberikan perkhidmatan. Jika layanan mereka tidak baik, sudah pasti ramai pesakit tidak akan datang dan imej hospital mereka akan terjejas. Layanan yang mesra ini menyebabkan lebih ramai pesakit lebih suka mendapatkan rawatan di hospital swasta. Keburukan yang jelas ialah bil rawatan hospital swasta agak tinggi. Keadaan ini bersesuaian dengan kepakaran doktor mereka bersama-sama perkhidmatan mesra yang diberikan. Situasi ini menyebabkan hanya golongan kaya atau berada yang mampu mendapatkan rawatan di hospital sebegini. Bagaimana dengan golongan miskin? Lantaran itu wujudnya kes-kes penyalahgunaan kuasa turut boleh berlaku. Doktor sanggup melakukan apa-apa sahaja termasuklah menasihati supaya melakukan pembedahan yang tidak perlu untuk mengaut keuntungan. Mungkin juga wujud kesalahan etika seperti membenarkan pengguguran kandungan bayi dan mengambil organ manusia secara tidak sah. Kesimpulannya, penubuhan hospital swasta ini memang baik terutama ketika rakyat negara ini mengutamakan tahap kesihatan mereka. Namun, dalam keghairahan kita melihat pertumbuhan hospital ini, kita harus ingat hospital ini didirikan atas dasar perniagaan iaitu keuntungan. Satu sistem pemeriksaan harus diwujudkan supaya hospital swasta tidak mengambil kesempatan atas pesakit mereka