1. Dokumen tersebut memberikan panduan dan teknik menjawab soalan UPSR Bahasa Melayu Kertas 2.
2. Kertas 2 terdiri dari 3 bahagian yaitu Bahagian A (mentafsir bahan grafik), Bahagian B (menulis karangan), dan Bahagian C (membuat ulasan).
3. Diberikan penerangan format soalan dan contoh soalan Bahagian A serta langkah-langkah menjawabnya.
6. UPSR (BAHASA MELAYU)
FORMAT BAHARU MULAI 2005
KERTAS 2
Markah.
Markah penuh : 60 markah
Bahagian A : 10 markah
Bahagian B : 30 markah
Bahagian C : 20 markah
8. BAHAGIAN A
MENTAFSIR BAHAN GRAFIK
(MEMINDAHKAN MAKLUMAT DALAM GAMBAR)
10 markah
Tiada had bilangan
patah perkataan tetapi
terhad kepada 5 ayat
sahaja.
Ayat berdasarkan
bahan grafik yang
diberikan
9. APA ITU BAHAN GRAFIK ?
Gambar - Tunggal @
Bersiri
Carta
Graf
Jadual
Peta
Pelan
Contoh : Gambar
Tunggal
10. SOALAN BAHAGIAN A
- Cadangan masa menjawab -
15 minit
-Wajib dijawab
-Soalan berdasarkan grafik yang diberi
-Mungkin terdiri daripada gambar bersiri
atau gambar tunggal.
-Ayat yang dibina mestilah berdasarkan apa yang
terdapat dalam gambar sahaja.
11. TERDAPAT DUA ARAHAN YANG POPULAR
DALAM PEPERIKSAAN:
1. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP TENTANG
AKTIVITI-AKTIVITI YANG TERDAPAT DALAM
GAMBAR.
2. TULIS LIMA AYAT YANG LENGKAP
BERDASARKAN GAMBAR DI BAWAH.
12. UPSR 2005
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-aktiviti
yang terdapat dalam gambar.
16. 2009
Lihat gambar di bawah dengan teliti.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
17. 2010
Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang
terdapat dalam gambar di bawah.
18. PANDUAN UNTUK MENJAWAB BAHAGIAN A
1. Baca dan fahamkan arahan.
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti
yang terdapat dalam gambar.(2005)
- Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar/situasi
di bawah.(2006)
- Gambar di bawah menunjukkan …………………. Tulis
lima ayat yang lengkap tentang ………..tersebut.(2007)
2. Perhatikan bahan grafik. Kaitkan kehendak soalan
dengan bahan grafik yang diberi.
Cari maklumat yang terdapat dalam bahan grafik
seberapa banyak yang ada dan tandakan atau
senaraikan maklumat tersebut.
19. 3. Buat lima ayat sahaja, walaupun terdapat banyak
maklumat dalam bahan grafik yang diberi.
a. Bina ayat berdasarkan kehendak soalan.
i. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti-
aktiviti yang terdapat dalam gambar .
- Maknanya calon dikehendaki menulis lima
ayat tentang aktiviti yang melibatkan kata
kata kerja sahaja.
20. ii. Tulis lima ayat yang lengkap tentang gambar /
situasi di bawah.
- Maknanya calon boleh membina apa saja perkara
yang terdapat dalam bahan grafik, tidak kira sama
ada melibatkan kata kerta atau situasi yang ada
dalam bahan grafik yang diberi.
iii. Boleh gunakan nama watak, tempat, atau apa saja
yang sesuai asalkan ayatnya baik tanpa kesalahan
ejaan, tanda baca dan struktur ayat.
21. iii. Gambar di bawah menunjukkan aktiviti gotong-royong.
Tulis lima ayat yang lengkap tentang gotong-royong
tersebut.
- Maknanya calon mesti menulis ayat berhubungkait
dengan segala aktiviti/perkara yang ada kaitan dengan
gotong-royong yang terdapat dalam gambar tersebut.
iv. Ayat yang ditulis berfokus kepada aktiviti ataupun
situasi yang terdapat dalam gambar sahaja.
22. 4. Kalau gambar bersiri, pastikan ayat yang dibina
seimbang.
Tiga ayat daripada
gambar pertama atau
dua ayat daripada gambar
pertama.
Dua ayat daripada
gambar kedua atau
tiga ayat daripada
gambar kedua.
23. 5. Bagi mendapat markah penuh atau
cemerlang dalam Bahagian A ini, anda
seharusnya:-
a. Membina ayat yang sesuai dengan gambar
yang diberi.
b. Jangan bina ayat yang tiada kaitan dengan
gambar dan arahan yang diberi.
c. Elakkan daripada membina ayat yang
tersirat.
d. Bina ayat dengan menggunakan kosa kata
yang sesuai dan menarik. Elakkan membina
ayat yang mudah.
24. Ayat yang dibina boleh ditulis dalam bentuk:-
a. Urutan nombor;
1. .……………………………………
2. …………………………………......
b. Urutan abjad;
a. ……………………………………
b. ……………………………………
c. Simbol ( -, /, * dan seumpamanya)
d. Perenggan
Ayat yang ditulis tidak semestinya
berkaitan antara satu sama lain
28. CARA MENULIS AYAT
SIAPA KATA
KERJA
APA MANA/TUJUAN/
OBJEK/PERKARA
PELAKU AKTIVITI OBJEK PERLUASAN AYAT
SIAPA - BERKAITAN DENGAN WATAK/PELAKU YANG TERDAPAT
DALAM GAMBAR.
- Aminah, Seorang budak lelaki, Ali…………………………..
KATA KERJA – AKTIVITI ATAU PERBUATAN YANG DILAKUKAN.
- Menyapu, mengecat, mengikis………………………
29. APA – OBJEK ATAU BENDA YANG DIPEGANG ATAU APA
SAHAJA YANG BERKAITAN DENGAN GAMBAR.
- penyapu, berus cat, pisau, …………………………….
SIAPA KATA
KERJA
APA MANA/TUJUAN/
OBJEK/PERKARA
MANA – TEMPAT PERISTIWA/SUASANA DALAM GAMBAR.
- di kawasan sekolah, di Taman Sains ……………….
TUJUAN – SEBAB DAN UNTUK APA.
- untuk menceriakan kawasan sekolah, ……………..
OBJEK – BENDA YANG TERDAPAT ATAU YANG DIPEGANG.
- sebatang penyapu, sebatang berus cat,……………
PERKARA – PERLUASAN AYAT/KESAN/HASIL/PERASAAN.
- dengan riang gembira, membersihkan kawasan……
30. APA YANG PERLU DITULIS
INGAT -
1. SIAPA/KATA KERJA
2. APA
3. MANA/TUJUAN/OBJEK/
PERKARA.
TULIS AYAT DALAM BENTUK AYAT MAJMUK.
AYAT YANG DIBINA PERLU MENGANDUNGI KATA HUBUNG/
KATA SENDI/KATA BANTU YANG SESUAI.
dan, lalu, manakala, sambil, supaya, dengan, hingga…………..
34. 1. Pada hari Sabtu yang lalu, Mimi sekeluarga telah
pergi berkelah di pantai Port Dickson.
2. Ibu dan kakak menyusun makanan di atas tikar,
manakala saya membantu ayah mengeluarkan
barang dari kereta.
3. Seorang budak lelaki menolong ibu dan ayahnya
mengemas barang.
4. Saya dan kakak mandi-manda sambil menunggu
ibu menyiapkan makanan.
5. Kami datang ke sana untuk berehat sambil
bergembira dan boleh mengeratkan silaturrahim
sesama keluarga.
35. • Seorang budak lelaki sedang menolong ayahnya
mengangkat barang keperluan berkelah
• Seorang ibu pula sedang menyusun makanan
di atas tikar manakala anak perempuannya
menghulurkan makanan kepada ibunya.
• Mereka berkelah di sebuah pantai yang indah
dan menarik.
• Mereka berkelah berhampiran sebuah pohon
yang rendang.
• Mereka sekeluarga berasa sangat gembira dan
seronok berkelah bersama-sama.
36. Maria dan keluarganya berkelah di tepi pantai.
Mereka membawa peralatan untuk berkelah.
Ibu membawa makanan dan minuman untuk
berkelah.Maria dan keluarganya sangat gembira dapat
berkelah bersama-sama.Maria dan ibunya
menyediakan makanan untuk Azman dan ayahnya.
39. BAHAGIAN B
KARANGAN
30 markah
Tidak kurang 80 patah
perkataan
Diberikan tiga buah
karangan. Pilih dan jawab
satu karangan sahaja.
Karangan
Berformat
Karangan
Tidak
Berformat
40. Karangan Berformat:
- Surat Kiriman Rasmi
- Surat Kiriman Tidak Rasmi
- Syarahan
- Dialog
- Laporan
- Berita
- Ucapan
- Perbahasan
- Catatan Harian
Karangan Tidak Berformat:
- Cerita
- Melengkapkan cerita
- Keperihalan gambaran
- Fakta
- Auto biografi
- Biografi
- Gambar
41. UNTUK RENUNGAN
KARANGAN BERFORMAT:-
SURAT TIDAK RASMI - 2002/2009
SURAT RASMI - 2000
SYARAHAN - 2001
DIALOG - 2003/2005/2006
LAPORAN - 2004/2010
BERITA - 2002/2007
UCAPAN - 2006
PERBAHASAN - 1998
CATATAN HARIAN - 2005
KARANGAN TIDAK BERFORMAT
FAKTA - 2006/2008/2010
KEPERIHALAN - 2005/2007/2008/2010
MELENGKAPKAN CERITA - 2007/2009
46. • Cara-cara mengindahkan kawasan
sekolah
• Cara-cara menggunakan masa …
• Cara-cara kita boleh mengembirakan
ibu bapa
• Cara-cara menjaga kesihatan
• Cara-cara berjimat cermat
• Cara-cara menjaga kebersihan diri dan
tempat tinggal.
CARA-CARA …
47. FAEDAH…
-Faedah bersukan
-Faedah belajar berkumpulan
-Faedah menabung
-Faedah bergotong-royong
-Faedah membaca
-Pentingnya membaca
-Pentingnya kerjasama di kalangan murid
48. -Pentingnya membaca
-Pentingnya kerjasama di kalangan murid
-Pentingnya menabung
-Pentingnya mematuhi peraturan sekolah
-Pentingnya berjimat cermat
-Pentingnya air
-Pentingnya menjaga kebersihan
-Pentingnya aktiviti kokurikulum
PENTINGNYA...
49. BINCANGKAN...
Perpaduan menjamin kesejahteraan
hidup bermasyarakat. Bincangkan.
Makanan ringan tidak berzat.
Bincangkan.
Belajar berkumpulan sangat berkesan.
Bincangkan.
Mengapa pelajar mesti mematuhi
peraturan sekolah? Bincangkan
50. CERITAKAN...
Kamu dan keluarga, berpeluang
melancong kesuatu tempat yang sangat
menarik. Ceritakan pengalaman kamu
itu.
Kamu telah dimasukkan ke hospital
kerana keracunan makanan. Ceritakan
pengalaman kamu itu.
Ceritakan suasana pasar malam yang
pernah kamu kunjungi.
53. PERENGGAN ISI
ISI POKOK
3 AYAT
HURAIAN
HURAIAN
LANJUT
BUKTI
CONTOH
KOSA KATA
YANG BAIK
SATU ISI
SATU PERENGGAN
PENGOLAHAN
JELAS
ISI DALAM
PERENGGAN
54. PERENGGAN ISI
Satu perenggan isi
lebih kurang 30 perkataan
Soalan:
Cara-Cara Menjadi Pelajar Cemerlang
Langkah yang pertama menjadi pelajar
cemerlang ialah kita mesti membuat jadual
harian dan mematuhi jadual tersebut.
Hasilnya kita akan menjadi pelajar yang
berdisiplin dan dedikasi.
Soalan: Pentingnya Membaca Akhbar
Membaca akhbar akan mendedahkan
kita kepada isu-isu semasa. Pandangan
kita akan lebih meluas dan tentunya kita
tidak akan ketinggalan dalam
perkembangan dunia terkini.
Soalan: Cara-Cara Mengisi Masa Lapang
dengan Kegiatan yang Berfaedah.
Pada waktu petang, selain bermain
kita juga boleh berkebun sayur di halaman
rumah. Di samping menyihatkan badan,
kita turut mendapat hasil daripada
kegiatan tersebut.
55. Berapa isi yang perlu ada dalam sesuatu
karangan ?
Bagi soalan Bahagian B, isi dikehendaki –
Minimum TIGA (3) isi penting. Kalau lebih …… ?
Kalau lebih daripada itu digalakkan kerana gabungan
beberapa isi adakalanya sesuai diberi pertimbangan
markah yang baik walaupun tanpa huraian lanjut
tentang isi, lebih-lebih lagi karangan yang berbentuk
penceritaan.
Pertimbangan markah yang sesuai perlu
diberi bagi isi yang disertakan contoh dan
huraian, isi beserta contoh atau isi
sahaja.
57. kembangkan
isi karangan
gaya yang baik
dan menarik
menulis karangan
tanda baca
struktur ayat
aspek bahasa
imbuhan
ejaan
penggunaan kata
58. Kumpulan
penanda wacana
Jadi
Oleh itu
Oleh sebab itu
Oleh yang demikian
Akhirnya
Akibatnya
Berdasarkan
Bagi tujuan itu
Sekiranya begitu
Kesimpulannya
Berasaskan
Menunjukkan maksud sebab
60. MEMBUAT ULASAN
20 markah
Ulasan yang dibuat berpandukan
soalan kepada situasi yang
diberikan.
Tidak lebih 50 patah perkataan.
*Tidak lebih daripada 50/60 patah
perkataan.
61. BAHAGIAN C
Bahagian ini amat penting .
Perlu memahami dan meneliti dengan jelas petikan
yang diberi.
Calon tidak digalakkan mencatat atau menyalin
semula .
Pastikan nilai-nilai murni yang perlu dikaitkan
berdasarkan petikan yang disediakan.
Tidak perlu menulis semula nama orang yang
diceritakan .
62. Pastikan mengikut arahan soalan .
Nilai murni yang disampaikan boleh dicampur-aduk .
Nilai yang negatif tidak boleh diterima.
Jawapan yang disampai dalam satu perenggan.
Jawapan yang mempunyai lebih daripada satu
perenggan tidak diterima .
Penggunaan watak contoh nama orang , saya , kita
boleh diterima.
63. JENIS SOALAN : 1. AMALAN BAIK
Belajar bersungguh-sungguh
Mendisiplinkan diri
Menolong orang yg. ditimpa kesusahan
Mengambil berat / memberi perhatian
Luhur tanpa menyimpan rasa dendam
Bijak memujuk dgn kata-kata yg. Sopan
Tidak buang masa
Menanam sikap rajin bekerja
65. CARA MENJAWAB SOALAN
Baca dan fahami situasi.
Gariskan kata kunci dalam soalan.
Sediakan rangka karangan. Catatkan
nilai-nilai murni atau pengajaran yang
terdapat dalam teks.
Tulis ulasan yang ringkas lebih kurang 5
hingga 10 ayat sahaja.
Panjang jawapan tidak kurang 50 patah
perkataan/tidak lebih daripada
50 atau 60 patah perkataan.
66. CONTOH SOALAN
MEMBUAT ULASAN
Setiap hari Salina akan bangun awal pagi. Setelah
menyiapkan diri, Salina akan ke dapur membantu ibunya
menyiapkan sarapan. Salina dan keluarganya akan
bersarapan bersama-sama. Sebelum pergi ke sekolah,
Salina akan bersalaman dengan ayah dan ibunya.
Sementara menunggu bas, Salina membaca buku. Tiba
di sekolah, Salina terus masuk ke kelas. Dia akan
menyapu atau mengemaskan kelasnya. Dia akan
memastikan kelasnya berada dalam keadaan ceria.
67. AMALAN BAIK PENERANGAN/SEBAB
BANGUN AWAL PAGI TIDAK TERGESA-GESA
MENYIAPKAN DIRI/TIDAK
LEWAT KE SEKOLAH
MEMBANTU IBU MERINGANKAN BEBAN
KERJA IBU/TANGGUNGJAWAB
BERSARAPAN
BERSAMA-SAMA
MENGERATKAN HUBUNGAN
KASIH SAYANG/
SILATURRAHIM
BERSARAPAN
MENJAGA KESIHATAN/TIDAK
LAPAR/DAPAT BERI TUMPUAN
KETIKA BELAJAR
68. AMALAN BAIK PENERANGAN/SEBAB
BERSALAMAN DENGAN
AYAH DAN IBU
MENGHORMATI IBU BAPA/
MOHON RESTU
MEMBACA BUKU
RAJIN/MENGHARGAI
MASA
MENYAPU/
MEMBERSIH KELAS
TANGGUNGJAWAB/
MENJAGA KEBERSIHAN
KELAS YANG CERIA
SERONOK & SELESA
BELAJAR
69. Ahmad bangun lewat pada pagi itu kerana dia menonton
televisyen hingga larut malam. Dia tidak sempat
bersarapan. Dia terus mencapai basikalnya untuk pergi
ke sekolah tanpa sempat bersalam dengan ibu dan
bapanya. Tiba di persimpangan jalan, dia tidak menghirau-
kan lampu merah lalu terus memecut ke sekolah. Mujurlah
tiada kenderaan ketika itu. Sesampainya di hadapan
sekolah, murid-murid telah berada di tapak perhimpunan.
Dia terus berlari ke tapak perhimpunan tanpa mengunci
basikalnya. Sedang semua murid menyanyi lagu
“Negaraku”, dia masih lagi berlari untuk masuk ke dalam
barisan. Ketika hendak pulang ke rumah, dia mendapati
bahawa basikalnya telah hilang. Dia telah diberi tumpang
oleh rakan untuk pulang ke rumah.
70. 1. Tidur larut malam
2. Membuang masa menonton televisyen
3. Tidak bersarapan
4. Tidak menghormati ibu bapa
5. Tidak mematuhi peraturan jalanraya
6. Tergesa-gesa
7. Tidak menjaga keselamatan harta sendiri
8. Tidak menghormati lagu kebangsaan
9. Menolong orang yang dalam kesusahan.
71. Ayat Permulaan Ulasan & Rumusan : Bahagian C
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima nilai murni. Antaranya …
Berdasarkan teks di atas, terdapat lima pengajaran. Antaranya …
Kita boleh memperoleh lima nilai murni daripada teks di atas. Misalnya …
Kita boleh memperoleh lima pengajaran daripada teks di atas. Misalnya …
Lima nilai murni yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
Lima pengajaran yang dapat kita jadikan panduan daripada petikan di atas. ...
72. BAHAGIAN C – Cara menulis.
Antara nilai murni yang terdapat di dalam petikan
ini ialah ……………………………..(huraian).
Seterusnya, ………………………..……………………
...................................(huraian)……………...
Di samping itu, ……………………….……………......
(huraian)………………………………………..
Selain itu, ……………………….……………………….
……………………………..(huraian)………….
………………………………………………………………
Akhirnya, kita……………………….(huraian)
……………………………………………………………..
•Contoh perlu ditulis jika bersesuaian dan perlu sahaja.
Jika tidak jangan tulis contoh dalam ulasan anda.
73. Nilai murni yang terdapat ialah, kita mestilah…..
………………….agar………………………(huraian)
Kita juga perlu………………………untuk…………
………………………………………….……(huraian)
Seterusnya, kita perlu……………………………….
untuk………………………………………..(huraian)
Kita juga harus……………………………supaya…
……………………………………………….(huraian)
Kita mestilah juga……………………………………
bagi…………………………………………(huraian)
Apa yang penting setiap amalan/nilai/
pengajaran mesti ada huraian
74. Elakkan daripada menulis ulasan
menggunakan perkataan,
“………………..itu merupakan amalan yang
baik”.
“……………….itu merupakan sikap yang
terpuji”.
“……………….itu merupakan amalan yang
mulia”.
76. Aminah sedang membaca buku sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi.
Menghargai masa
Belas kasihan
Menghargai jasa
77. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk
menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Berdisiplin
Simpati
Kebersihan
78. Aminah sedang membaca buku sambil
menunggu bas sekolahnya. Tiba-tiba beliau
dihampiri seorang pengemis. Pengemis itu
meminta wang daripada Aminah. Aminah telah
memberikan wang syiling baki wang sakunya
kepada pengemis itu. Pengemis itu mengucapkan
terima kasih sebelum pergi.
Melakukan aktiviti yang berfaedah
Membantu meringankan beban
Disayangi dan dihormati
79. Apabila bas sekolahnya tiba, Aminah beratur
sebelum menaiki bas. Dia memberikan peluang
kepada murid-murid yang lebih kecil untuk
menaiki bas dahulu. Ketika berada di dalam bas,
dia ternampak seorang murid tahun dua
membuang sampah melalui tingkap bas. Dia telah
menegur budak itu dan memberitahunya bahawa
perbuatan itu tidak wajar dilakukan kerana boleh
menimbulkan berbagai-bagai kesan.
Tidak berlaku kemalangan
Menghormati
kanak-kanak
Menjaga alam sekitar
80. Akhir sekali,
perlu
hendak
harus
patut
Kata Bantu
Nilai murni/
pengajaran
Kata
Hubung Huraian Penanda
Wacana
dengan
kerana
agar
supaya
seperti
Selain itu,
Di samping itu
Seterusnya,
mesti
menghargai
masa
belas kasihan
berdisipin
Menghargai
jasa
simpati
melakukan
aktiviti berfaedah
Meringankan
beban
tidak ditimpa
kemalangan
Orang yang
membantu.
Memberi murid
kecil menaiki bas
81. CONTOH ULASAN YANG LENGKAP
Nilai yang diperoleh daripada petikan ialah kita
mestilah menghargai masa dengan melakukan aktiviti yang
berfaedah. Selain itu, kita perlulah mempunyai perasaan
belas kasihan untuk meringankan sedikit beban mereka. Di
samping itu, kita hendaklah sentiasa berdisiplin ketika
menaiki bas agar tidak ditimpa kemalangan. Seterusnya ,
kita juga harus menghargai jasa orang yang telah
membantu kita . Akhir sekali, kita patut berasa simpati
kepada murid-murid kecil seperti yang Aminah lakukan.
82. Untuk mendapat markah yang cemerlang
Dalam bahagian C ini, anda mestilah:
1. Membuat ulasan yang jelas dan tepat.
2. Menggunakan ayat yang lengkap/gramatis
3. Berdasarkan bahan rangsangan yang diberi.
4. Menggunakan pelbagai kata dan kosa kata
yang sesuai dan menarik.
5. Pastikan ejaan dan tanda baca serta imbuhan
yang digunakan betul.
6. Pastikan penggunaan penanda wacana yang
betul dan sesuai bagi mengaitkan ayat yang
dibina. Kenalpasti penanda wacana.