SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 10
Saturday, 18 July 2015
Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik Sudut Pandang
Apakah itu Teknik Sudut Pandang?
Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada
Sudut = Bahagian Tertentu
Pandang = Arah Mata Kita Melihat
Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat.
Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik.
Visual maknanya menggunakan deria penglihatan.
Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan.
Apa yang kita nampak, kita TAHU
TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang
dalam sesuatu bidang.
Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU
bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI.
Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak
tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak -
anak kita untuk pandai Vocab BI.
Jadi apakah penyelesaiannya?
Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya.
Anda mungkin juga meminati:
Apakah MAKNA frasa "PANDAI BI"?
Bagaimana Nak MULA Mengajar Anak Bercakap BI Semasa Umur 4 ...
Salam Oh My English!
Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris
Linkwithin
Posted by Home Tutor Amir UK at 23:39 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Friday, 17 July 2015
Anak Tak Suka Belajar BI sebab MEMBOSANKAN? Let's make
it FUN!
Jangan kata anak, kita sendiri berasa BOSAN masa belajar BI di sekolah, kolej dan universiti dulu.
Kenapa begitu ya?
Ada 2 sebab utama:
1) Cikgu kita MEMBOSANKAN - sesiapa yang dapat teacher/lecturer yang giler-giler, subjek BI TAK
PERNAH membosankan. It's FUN all the way!
2) Kita sendiri MEMBOSANKAN - kita selalu nampak kesalahan dan kekurangan orang. The fact that kita
sendiri tak kreatif, kita sendiri malasa nak cari 'CARA' untuk jadikan subjek BI tu menarik, sebenarnya
itulah punca utama subjek BI tu membosankan
Pelajar Sekarang Bernasib Baik?
Ada pendapat mengatakan pelajar sekarang bernasib baik kerana ada INTERNET. Di internet seperti di
FB, ada pelbagai jenis pages dan groups yang mengajar BI secara kreatif dan gila2 macam saya sebut di
atas. Di Youtube sahaja pun ada beribu-ribu video belajar BI yang amat menarik. Itu belum ditambah
dengan pelbagai websites dan blogs yang mengajar rahsia English is Fun.
Tapiiiiiiiii......hanya segelintir yang mengambil lauk yang terhidang di depan mata. Mereka seolah-olah
hilang deria baru. Merek tidak dapat menghidu makanan lazat yang terhidang. mereka seolah-olah buta.
Mereka tidak nampak zat dan kebaikan makanan tersebut.
Mengapa saya berkata begitu? Kerana masih ramai yang MALAS nak berusaha untuk mencari dan
menggunakan sumber2 yang ada itu.
Maksudnya, punca utama English itu membosankan masih lagi INDIVIDU itu sendiri. Ya, KITA YANG
BERSALAH. Bukan orang lain.
Contohnya, rajah di atas. Tentang adverbs of Frequency. Dalam MBBI ada mengajar tentang ini.
Walaupun tulisan dalam MBBI berwarna-warni, a step higher than buku yang tidak berwarna, namun bagi
sesetengah orang itu masih membosankan. Mereka mahu something MORE.
Jadi bila saya terlihat rajah di atas dalam satu Page belajar BI di FB, saya pun ambil. Saya design
semula dan jadikan rajah itu milik saya. Tiru je. Tak salah. Ilmu tu dari buku pun yang mana asalnya dari
Allah juga. Saya hanya make it clearer sahaja. Saya tambah column akhir tentang PECAHAN tu.
Menarik tak? Kalau menarik....saya nak bagitau ni.....TIRU je idea orang lain. make it more FUN. Jadi
English AKAN JADI FUN dan TIDAK MEMBOSANKAN!
Pokok pangkalnya KITA!
Ingat tu!
p/s: Do Our Best, Allah will Do The Rest.
Anda mungkin juga meminati:
Apakah MAKNA frasa "PANDAI BI"?
Bagaimana Nak MULA Mengajar Anak Bercakap BI Semasa Umur 4 ...
Salam Oh My English!
Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris
Linkwithin
Posted by Home Tutor Amir UK at 19:49 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest
Thursday, 7 May 2015
Nak Pandai Tulis Esei BI, salinlah Esei Cikgu BI kata.
Tapi...........
.........TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin
esei orang lain.....PERCAYALAH!
Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan
Penulisan Pelajar
Teknik ini AMAT BERKESAN!
Saya yang menciptanya.
Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya
Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau pusat tuisyen
atau home tuition
Gunalah
Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI!
p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan biarkan sahaja.
Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang menanti....
Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni
.......Tak cukup sekadar nak menyalin esei
orang lain kalau nak pandai Penulisan BI
Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay je, dia
akan jadi Pandai?
Eikkkkkkkk! It's not like that at all!
Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI
pelajar yang pandai!
Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa?
Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang
BERKESAN.
Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat.
STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku
apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan
cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik
menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari
dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan
semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis
yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam
RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book
(BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru.
STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni,
jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun
boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada
soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ.
STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi
perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT
DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori
Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2
setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs)
telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk
salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita
mengelat!
STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah
satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi.
Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh
bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu
verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.
STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam
bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman
anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli
sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat
notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam
notanya.
STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah
verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini
dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak
contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah
warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan
menggunakan pen merah.
STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya
adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs
dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang
STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini.
Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang
tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih
belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS
yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil
kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada
satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses
pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat
dimaksimumkan.
Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak
kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi.
Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin
meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident
dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa
mudahnya BI ni.
Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x!
Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris
Sebelum ini pernah dibincangkan Soalan tentang "Apakah MAKNA Pandai BI?". Untuk baca jawapan
pelajar dewasa saya dan pendapat saya tentang soalan itu, boleh rujuk → SINI.
Hari ini saya ingin berkongsi The Secret to Master English Language, FAST & EASY, sepertimana yang
saya ringkaskan dalam diagram di atas.
Apabila saya kongsikan THE SECRET tersebut, majority of my students akan kata mereka TAHU semua
tu. Tiada apa yang SECRETnya kata mereka.
Ya, mungkin mereka tahu semua itu, tetapi adakah mereka tahu the REAL SECRET? The real secret
bukanlah LSRW kerana itu semua orang tahu. The Real Secret atau Rahsia SEBENAR untuk Pandai BI
terdapat pada ayat terakhir dalam diagram tersebut.
Bila saya bagitau begitu, barulah mereka sedar. Sebenarnya mudah atau susah BI itu, rahsianya bukan
terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri.
The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS/TABIAT.
Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas
atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan
membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan
mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat
Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI.
Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu
di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan
isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam
omputeh.
00 CARA Untuk Pandai BI Dengan PANTAS
4 Asas THE SECRET = LISTEN, SPEAK, READ &
WRITE
Setelah memperkenalkan THE SECRET TO MASTER ENGLISH LANGUAGE, saya tanya soalan cepu
emas berikut:
"Apakah 100 CARA yang boleh dibuat untuk memastikan kita GUNAKAN Bahasa Inggeris setiap
hari?"
Sebagai contoh, dalam kelas Whatsapp Siri Ke-10 saya, apabila ditanya soalan tersebut, para pelajar
saya menyenaraikan 100 cara berikut:
100 CARA untuk AMALKAN the secret (according to WA10 Class)
1. spend lebih masa utk study.
2. Hari2 kena ckp english.
3.Baca paper BI
4.Bercakap dgn org disekeliling kita
5.Baca kamus
6. Banyak membaca
7. Dgr radio bi
8. Watch eng MOVIE0
9. bergaul dgn chinese or india n speak eng with them
10. Read eng story books
11.Buat kamus BI sendiri
12. Tulis diari dlm inggeris
13.Tulis beberapa ayat dlm Bi
14. HafaI grammar
15..ape yg kita nampak kita ubah perkataan tu dlm bi..
16.Kamus sentiasa ada di sisi atau setiap masa..
17. Try to write in english now...he3
18.praktis cakap bi di tempt kerja
19. Baca papan tanda di shopping complex
20.Baca papan tanda di shopping mall
21. Selalu buat tulis ayat2 pendek
22. Read, read and read
23. Tgk gambar and cuba cerita dlm bi secara ringkas
24. Wasap n sms dgn sesiapa dlm bi
25. Speak, speak and speak
26. Write, write and write
27. Listen, listen and listen
28. tgok kartun bi..
29. Jgn malu nak ckp bi
30. Jgn tkt nak ckp bi
31. ajar anak bi n sambil belajar
32. Baca buku ceta bi
33. Setiap benda yg dipegang..sebut in english..
34. Tulis pkataan yg kita x th. Kemudian cr makna dn ayat yg sesuai
35. Join wa english lesson with cg amir
36. Tulis lagu bi n cri maknanya
37. Main game coc dan communicate dgn org luar msia
38. Meeting dlm bi
39. Guna ayat bi dlm kehidupan seharian wpun 1 ayat
40. Nyanyi lagu inggeris
41. Cr makna lagu dlm inggeris
42. Baca kata-kata motivasi inggeris
43. Baca sajak inggeris
44. Membaca dgn suara yg kuat utk mmbiasakan dgn sebutan
45. ckap bi sorang2 dpn cetmin setiap hari..
46. Tgk Dan faham berita bi
47. Guna bi masa bercuti luar negara
48. Tgk berita eng
49. Speak in eng in your house with your family
50. Solve eng crossword puzzle
51.Main game silangkata BI
52. Main teka teki in bi
53. Tulis seberapa byk pkataan yg kita th di sekeliling kita dan bina ayat
54. Baca buku komik BI
55. Baca kamus bergambar kanak2
56. Buat latih tubi setiap pelajaran yg tlh diajar
57. Back to basic.. p & j is the best books (u want more info, pm kak maz...sori sir)
58.Gunakan BM dgn nahu yg betul
59.Bljr bhs lain spt arab,f[truncated by WhatsApp]
60. Just google if u want to know anything about english
61.Cari kwn baru yg guna bi sepenuhnyer cth twitter, facebook, instagram
62. Jika kerja melibatkan org ramai make sure iklan yg di buat seperti phamplet, cards di tulis dlm bahasa
inggeris -sir yg nie boleh ker
63. Like any page in fb relate to eng
64. Everyday is eng day
65.start borak gan anak,
66. Also communicate in eng with your cat
67. Create eng environment wherever you go
68.setiap brg yg ada kat umah kita tagging dgn nama english
69. In your garden also, labelling
70.guna bi dlm phone
71. Speaking depan cermin
72. Peramah.asal jumpa org tegur lam bi
72. Buat peta minda bg ingat nahu /perkara asas english
74.menterjemah ayat yg kita jumpa
75. Sentiasa azam perkara utama yg perlu di buat setiap hari semua dlm English
76.tulis apa-apa je yg terlintas kt minda
77.hafal ayat bi sekurg2nya 1 ayat dlm shari
78.hafal ayat/perkataan sblm tidur
79.sebut ayat/perkataan bi dgn kuat & jelas
80. Nyanyi lagu kanak2 in english
81. Jawab soalan upsr thn2 lps
82. Tengok cartoon network dgn anak2
83. Tambahkan vocab. Hafal 10 perkataan 1 hari.
84. Cakap sorang2 dlm kete guna english..
85. Belajar kata dasar sesuatu perkataan
86. jgn terjemah english dlm bhs melayu
87. Just speak, do not border either it is correct or wrong
88. Just write, do not border either it is correct or wrong
89. Bila bljr perkataan baru cr sekali perktaan seerti dan berlwnan
90.Selalu main2 spelling with sape saje
91.tampal & gantung ayat2/perkataan bi
92. Mind your language
93. Do your homework
94. listkan brg yg nk kita bli in english
95. Dictation. Dengar dr CD atau kwn
96. Listen and write
97. Berangan or cakap sorang2 lam bi
99. Have a dream in english
100. Jika nervous semasa bercakap tarik nafas 2kali
Senarai di atas TIDAK LENGKAP dan TIDAK BAGUS sebenarnya. Banyak points yang SERUPA.
Tetapi saya tetap kongsikan just to prove the point that ada pelbagai cara yang boleh kita fikirkan untuk
mengamalkan ilmu BI yang kita tahu.
In other words, ada banyak cara lain yang lebih praktikal dan lebih efektif daripada yang disenaraikan di
atas. But that's not the point. The point is, siapa pun anda, jika anda terfikir satu atau dua cara untuk
membolehkan anda mengamalkan BI, why not you buat, kan? Kenapa nak terikut-ikut cara orang?
That's why selepas para pelajar menyenaraikan 100 Cara tersebut, saya minta mereka :
1. Pilih 3 cara yang mereka rasa mereka MAMPU buat
2. Terus laksanakan bermula hari ini
3. Isqtiqamah atau Consistent amalkan selamat 21 Hari.
BI is all about practise and usage. Tanpa penggunaan yang kerap dan konsisten, sampai bila-bila pun
seseorang itu takkan pandai BI. I strongly believe that's TRUE.
On top of that, saya minta pelajar saya beri daily progress report tentang amalan mereka yang
melibatkan 3 cara yang telah mereka pilih.
So far so good.
Ada seorang pelajar yang memberanikan diri meminta rakan sekerjanya membantu dia speak English.
Saya respect Norasilana for her bravery. I am confident that her English will improve drastically soon.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (6)

Tips lulus usm stan
Tips lulus usm stanTips lulus usm stan
Tips lulus usm stan
 
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201Modul pecutan kecemerlangan akademik  bahasa melayu upsr 201
Modul pecutan kecemerlangan akademik bahasa melayu upsr 201
 
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
166590722 modul-bahasa-malaysia-upsr-2013
 
Toefl Killer PDF
Toefl Killer PDFToefl Killer PDF
Toefl Killer PDF
 
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2Modul pembelajaran bahasa melayu  kertas 1 dan kertas 2
Modul pembelajaran bahasa melayu kertas 1 dan kertas 2
 
Latihan soal soal tkp cpns 2019 dan pembahasan
Latihan soal soal tkp cpns 2019 dan pembahasanLatihan soal soal tkp cpns 2019 dan pembahasan
Latihan soal soal tkp cpns 2019 dan pembahasan
 

Semelhante a Saturday can speak english

Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudahEbook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Golden Apple
 
Rahasia bahasa inggris
Rahasia bahasa inggrisRahasia bahasa inggris
Rahasia bahasa inggris
Ejoen Marjun
 
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
akulah27
 
Menumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajarMenumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajar
Nina Safitri
 

Semelhante a Saturday can speak english (20)

Anak balita
Anak balitaAnak balita
Anak balita
 
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudahEbook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
 
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudahEbook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
Ebook belajar-bahasa-inggris-dengan-mudah
 
Downloadebookgratisdotcom rahasiainggris
Downloadebookgratisdotcom rahasiainggrisDownloadebookgratisdotcom rahasiainggris
Downloadebookgratisdotcom rahasiainggris
 
Rahasia bahasa inggris
Rahasia bahasa inggrisRahasia bahasa inggris
Rahasia bahasa inggris
 
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
7 rahasia-belajar-bahasa-inggris-cepat
 
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri RiauSEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
SEMINAR PENDIDIKAN Guru-guru SMP IT Mutiara Duri Riau
 
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmaraBahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
Bahasa Inggris Itu Super Asyik! by @aditriasmara
 
Cara-cara dan Tipe Belajar Pada Anak (The Ways and The Types of Learning for ...
Cara-cara dan Tipe Belajar Pada Anak (The Ways and The Types of Learning for ...Cara-cara dan Tipe Belajar Pada Anak (The Ways and The Types of Learning for ...
Cara-cara dan Tipe Belajar Pada Anak (The Ways and The Types of Learning for ...
 
Proposal
ProposalProposal
Proposal
 
Menumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajarMenumbuhkan semangat belajar
Menumbuhkan semangat belajar
 
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajarRpl cara_menghilangkan_malas_belajar
Rpl cara_menghilangkan_malas_belajar
 
Jazmedia - Diskas Home Education Ibu Profesional Surabaya
Jazmedia - Diskas Home Education Ibu Profesional SurabayaJazmedia - Diskas Home Education Ibu Profesional Surabaya
Jazmedia - Diskas Home Education Ibu Profesional Surabaya
 
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdfre uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
re uploaded the documen downloaded -LAMPIRAN-.pdf
 
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptxPPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
PPT CARA BELAJAR EFEKTIF.pptx
 
Belajar efektif
Belajar efektifBelajar efektif
Belajar efektif
 
Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==
Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==
Esensi bahasa inggris (FGroupIndonesia) == English Community Session ==
 
Kemampuan guru
Kemampuan guruKemampuan guru
Kemampuan guru
 
Aplikom
AplikomAplikom
Aplikom
 
CARA BELAJAR EFEKTIF
CARA BELAJAR EFEKTIFCARA BELAJAR EFEKTIF
CARA BELAJAR EFEKTIF
 

Mais de Noor Harlina Jalil (20)

Ithink
IthinkIthink
Ithink
 
Mesyuarat
MesyuaratMesyuarat
Mesyuarat
 
Soalan peperiksaan percubaan spm moral 2016
Soalan peperiksaan percubaan spm moral 2016Soalan peperiksaan percubaan spm moral 2016
Soalan peperiksaan percubaan spm moral 2016
 
[Worksheet] lorekkan set & ketaksamaan linear
[Worksheet] lorekkan set & ketaksamaan linear[Worksheet] lorekkan set & ketaksamaan linear
[Worksheet] lorekkan set & ketaksamaan linear
 
286656896 tanjong-rhu
286656896 tanjong-rhu286656896 tanjong-rhu
286656896 tanjong-rhu
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
242033937 continuous-writing
242033937 continuous-writing242033937 continuous-writing
242033937 continuous-writing
 
8
88
8
 
Laporan pca pt3
Laporan pca pt3Laporan pca pt3
Laporan pca pt3
 
Carta organisasi
Carta organisasiCarta organisasi
Carta organisasi
 
Soalan ujian selaras 1 rbt 2017
Soalan ujian selaras 1 rbt 2017Soalan ujian selaras 1 rbt 2017
Soalan ujian selaras 1 rbt 2017
 
Soalan mac kh ert 2017
Soalan mac kh ert 2017Soalan mac kh ert 2017
Soalan mac kh ert 2017
 
Terms and conditions
Terms and conditionsTerms and conditions
Terms and conditions
 
We are the world
We are the worldWe are the world
We are the world
 
Activate
ActivateActivate
Activate
 
Word skills2
Word skills2Word skills2
Word skills2
 
Tentatif program kem perkaderan 2015
Tentatif program kem perkaderan 2015Tentatif program kem perkaderan 2015
Tentatif program kem perkaderan 2015
 
Alam benda&buah
Alam benda&buahAlam benda&buah
Alam benda&buah
 
Borders
BordersBorders
Borders
 
Hari sukan negara 2015
Hari sukan negara 2015Hari sukan negara 2015
Hari sukan negara 2015
 

Último

Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
ssuser35630b
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
NurindahSetyawati1
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
HafidRanggasi
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
AgusRahmat39
 

Último (20)

Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptxPerumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
Perumusan Visi dan Prakarsa Perubahan.pptx
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase CModul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
Modul Ajar Pendidikan Pancasila Kelas 5 Fase C
 
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptxBab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
Bab 7 - Perilaku Ekonomi dan Kesejahteraan Sosial.pptx
 
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptxPendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
Pendidikan-Bahasa-Indonesia-di-SD MODUL 3 .pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdfSalinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
Salinan dari JUrnal Refleksi Mingguan modul 1.3.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
Materi Sosiologi Kelas X Bab 1. Ragam Gejala Sosial dalam Masyarakat (Kurikul...
 
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptxPERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
PERAN PERAWAT DALAM PEMERIKSAAN PENUNJANG.pptx
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docxMembuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
Membuat Komik Digital Berisi Kritik Sosial.docx
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajaraksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
aksi nyata penyebaran pemahaman merdeka belajar
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.pptppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
ppt-akhlak-tercela-foya-foya-riya-sumah-takabur-hasad asli.ppt
 

Saturday can speak english

  • 1. Saturday, 18 July 2015 Anak Lemah Vocab BI? → Gunalah Teknik Sudut Pandang Apakah itu Teknik Sudut Pandang? Teknik = Cara Belajar dengan Memfokuskan pada Sudut = Bahagian Tertentu Pandang = Arah Mata Kita Melihat Maksudnya, kita FOKUS pada sudut tertentu yang mata kita sedang lihat. Kuncinya ialah menggunakan kepintaran Visual dan Kinestetik. Visual maknanya menggunakan deria penglihatan. Kinestetik maknanya menggunakan deria sentuhan dan pergerakan fizikal badan. Apa yang kita nampak, kita TAHU TAHU bermaksud sedar yang benda itu wujud. Tetapi itu baru tahap pertama kepandaian seseorang dalam sesuatu bidang. Dalam bidang Vocab BI ini, apabila anak memandang ke sudut bilik tidur contohnya, anak sudah TAHU bahawa ada items tertentu dalam bilik itu. Anak akan mula sedar tentang makna items tersebut dalam BI. Tetapi PENGETAHUAN tersebut hanyalah dalam bentuk memori jangka pendek. Hari ini tahu. Esok tidak tahu. Hari ini jika ditanya dia akan ingat. Esok ditanya, dia akan lupa. Itulah HALANGAN terbesar anak - anak kita untuk pandai Vocab BI. Jadi apakah penyelesaiannya? Teknik Sudut Pandanglah penyelesaiannya. Anda mungkin juga meminati: Apakah MAKNA frasa "PANDAI BI"? Bagaimana Nak MULA Mengajar Anak Bercakap BI Semasa Umur 4 ...
  • 2. Salam Oh My English! Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris Linkwithin Posted by Home Tutor Amir UK at 23:39 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Friday, 17 July 2015 Anak Tak Suka Belajar BI sebab MEMBOSANKAN? Let's make it FUN! Jangan kata anak, kita sendiri berasa BOSAN masa belajar BI di sekolah, kolej dan universiti dulu. Kenapa begitu ya? Ada 2 sebab utama: 1) Cikgu kita MEMBOSANKAN - sesiapa yang dapat teacher/lecturer yang giler-giler, subjek BI TAK PERNAH membosankan. It's FUN all the way! 2) Kita sendiri MEMBOSANKAN - kita selalu nampak kesalahan dan kekurangan orang. The fact that kita sendiri tak kreatif, kita sendiri malasa nak cari 'CARA' untuk jadikan subjek BI tu menarik, sebenarnya itulah punca utama subjek BI tu membosankan Pelajar Sekarang Bernasib Baik? Ada pendapat mengatakan pelajar sekarang bernasib baik kerana ada INTERNET. Di internet seperti di FB, ada pelbagai jenis pages dan groups yang mengajar BI secara kreatif dan gila2 macam saya sebut di atas. Di Youtube sahaja pun ada beribu-ribu video belajar BI yang amat menarik. Itu belum ditambah dengan pelbagai websites dan blogs yang mengajar rahsia English is Fun. Tapiiiiiiiii......hanya segelintir yang mengambil lauk yang terhidang di depan mata. Mereka seolah-olah hilang deria baru. Merek tidak dapat menghidu makanan lazat yang terhidang. mereka seolah-olah buta. Mereka tidak nampak zat dan kebaikan makanan tersebut. Mengapa saya berkata begitu? Kerana masih ramai yang MALAS nak berusaha untuk mencari dan menggunakan sumber2 yang ada itu. Maksudnya, punca utama English itu membosankan masih lagi INDIVIDU itu sendiri. Ya, KITA YANG BERSALAH. Bukan orang lain.
  • 3. Contohnya, rajah di atas. Tentang adverbs of Frequency. Dalam MBBI ada mengajar tentang ini. Walaupun tulisan dalam MBBI berwarna-warni, a step higher than buku yang tidak berwarna, namun bagi sesetengah orang itu masih membosankan. Mereka mahu something MORE. Jadi bila saya terlihat rajah di atas dalam satu Page belajar BI di FB, saya pun ambil. Saya design semula dan jadikan rajah itu milik saya. Tiru je. Tak salah. Ilmu tu dari buku pun yang mana asalnya dari Allah juga. Saya hanya make it clearer sahaja. Saya tambah column akhir tentang PECAHAN tu. Menarik tak? Kalau menarik....saya nak bagitau ni.....TIRU je idea orang lain. make it more FUN. Jadi English AKAN JADI FUN dan TIDAK MEMBOSANKAN! Pokok pangkalnya KITA! Ingat tu! p/s: Do Our Best, Allah will Do The Rest. Anda mungkin juga meminati: Apakah MAKNA frasa "PANDAI BI"? Bagaimana Nak MULA Mengajar Anak Bercakap BI Semasa Umur 4 ... Salam Oh My English! Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris Linkwithin Posted by Home Tutor Amir UK at 19:49 No comments: Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest Thursday, 7 May 2015 Nak Pandai Tulis Esei BI, salinlah Esei Cikgu BI kata. Tapi...........
  • 4. .........TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain.....PERCAYALAH! Teknik Salin Karangan BerVisi Memantapkan Penulisan Pelajar Teknik ini AMAT BERKESAN! Saya yang menciptanya. Tapi Allah yang memberi ilham kpd saya Jadi saya amat berbesar hati sekiranya sesiapa pun nak gunakan teknik ni di sekolah atau pusat tuisyen atau home tuition Gunalah Asalkan anak2 kita lebih bijak menulis sama ada BM atau BI! p/s: Kalau anda dah dengar tentang Teknik ni, gunakanlah. Cubalah dgn anak2.Jangan biarkan sahaja. Sharelah dengan rakan2. Sebarkan kebaikan. In shaa Allah ada pahala yang menanti.... Berbalik kepada persoalan/tajuk blog post yang ni .......Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain kalau nak pandai Penulisan BI Pertama sekali, itu MYTH terbesar selama ini. Kita ingat kita suruh anak salin contoh essay je, dia akan jadi Pandai? Eikkkkkkkk! It's not like that at all! Kalau setakat 'menyalin contoh essays' dah boleh jadi Pandai dalam Penulisan BI, pastinya dah RAMAI pelajar yang pandai! Tapi HAKIKATNYA masih ramai yang nak dapat 50% dalam essay mereka pun susah! Kenapa? Hah, di sini saya akan kongsikan RAHSIANYA. Saya akan kongsikan Teknik Menyalin Essays yang BERKESAN. Bukan setakat menyalin sahaja, tetapi ada STEPS/LANGKAH2 lain yang perlu dibuat. STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau takde jugak, buku apa pun boleh. Asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu TAKKAN JADI sebab itu menunjukkan cita2 kecik. Biar buku besar, jadi cita2 pun besar. Di sini lah BEZAnya Teknik saya dengan Teknik menyalin karangan yang biasa tu. Bagi saya, GIMIK tu penting. Biar buku nak salin tu BESAR, selari dengan hati kita yang BESAR nak tengok anak jadi pandai BI dan kesannya akan membuatkan semangat anak kita BESAR untuk berjaya. Bagi saya juga, saya cari DIARI LAMA2 kat kedai alatulis
  • 5. yang mereka dah tak boleh jual. Dah tak laku. So saya beli murah2 daripada tokey kedai. Dapatlah dalam RM4/5 untuk diari lama yang tebal lebih 300 m/s saiz F4. Saya namakan buku saya itu Big Blue Book (BBB) sebab kebetulan cover-nya berwarna biru. STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk Tahun 4 5 6. Katalah takde duit nak beli buku ni, jangan delay niat nak gunakan teknik saya nak ajarkan ni. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada Cadangan Jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan Section C (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ. STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. OK, now di sini satu lagi perbezaan teknik saya dengan teknik orang lain. Di sini saya minta anak murid saya untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words demi words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam BBB tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat2 setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara Visual, Auditori dan Kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh di atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat! STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlight-kan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Kalau saya, saya suka warna OREN sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri. STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Now minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang Apakah itu Verbs dan apakah JENIS2 Verbs. Barulah betul2 menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir./ Sebagai contoh, gambar di atas, anak saya membuat notanya di bawah essay yang disalin. Not bad sebab hampir separuh jawapan yang saya nak, ada dalam notanya. STEP 6 : Now baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri MESTI tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tak pasti, mudah sahaja, guna Cambridge Online Dictionary. Ini dictionary favourite saya. Memang terbaik! Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada, dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada! Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah. STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis2 verbs yang betul. Again, anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis2 verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingga STEP 4 bagi essay yang baru. Contohnya seperti di bawah ini. Dalam Essay #2 ini anak saya telah pelajari daripada kesilapan dalam Essay #1 tetapi masih ada yang
  • 6. tertinggal dan tersilap. Tidak mengapa. Jangan marah dia. Sebab dia BELUM TAHU. Sebab dia masih belum jelas apa itu verbs. Explain lagi. Bantu dia lagi. Akan ada keadaan di mana ada JENIS VERBS yang BARU, yang dalam Essay #2 ni baru muncul, seperti Root Verb selepas Infinitive 'To'. Maka ambil kesempatan ini untuk ajar dia ilmu baru. Ilmu bukan semuanya dapat diturunkan sekaligus atau pada satu masa sahaja. Jika begitu, pembelajaran tidak berlaku secara semulajadi. Hanya apabila proses pengajaran dan pembelajaran berlaku secara semulajadi, maka kesan pembelajaran akan dapat dimaksimumkan. Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan Parts of Speech. Jadi keran ingatkan dia lagi dan lagi dan lagi. Seterusnya, kita dah boleh sambung dengan Essay #3. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping itu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa PANDAI. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ni. Nah, itu baru sahaja 3 kali salinan. Bayangkan jika 100x, atau 300x atau 10,000x! Rahsia SEBENAR Untuk Pandai Bahasa Inggeris Sebelum ini pernah dibincangkan Soalan tentang "Apakah MAKNA Pandai BI?". Untuk baca jawapan pelajar dewasa saya dan pendapat saya tentang soalan itu, boleh rujuk → SINI. Hari ini saya ingin berkongsi The Secret to Master English Language, FAST & EASY, sepertimana yang saya ringkaskan dalam diagram di atas. Apabila saya kongsikan THE SECRET tersebut, majority of my students akan kata mereka TAHU semua tu. Tiada apa yang SECRETnya kata mereka. Ya, mungkin mereka tahu semua itu, tetapi adakah mereka tahu the REAL SECRET? The real secret bukanlah LSRW kerana itu semua orang tahu. The Real Secret atau Rahsia SEBENAR untuk Pandai BI
  • 7. terdapat pada ayat terakhir dalam diagram tersebut. Bila saya bagitau begitu, barulah mereka sedar. Sebenarnya mudah atau susah BI itu, rahsianya bukan terletak pada bahasa itu semata-mata, tetapi lebih terletak pada diri seseorang itu sendiri. The Key = Have FUN and be CONSISTENT, lantas akan menjadi HABITS/TABIAT. Yang membuatkan kita terasa BI susah, atau mengapa kita tak pandai BI walaupun telah belajar berbelas atau berpuluh tahun sejak sekolah tadika ialah kerana kita tidak mengamalkannya. Kita tidak jadikan membaca dalam BI sebagai hobi. Kita tidak bercakap BI sebagai tabiat yang natural. Kita tidak amalkan mendengar orang Puteh bercakap BI. Bila menonton movie pun kita tak cuba TANGKAP apa yang Mat Saleh tu cakap. Bila menulis, kita malu nak update FB atau dalam Whatsapp guna BI. Paling TERUK, kita segan dengan diri sendiri untuk cuba berbahasa Inggeris dengan anak2 di rumah. Itu di rumah. Kalau dalam lif atau di restoran, kita langsung tiada hidung nak bercakap dalam BI dengan isteri atau suami atau anak2. Kita TAKUT orang lain kata kita nak berlagak atau perasan macam omputeh. 00 CARA Untuk Pandai BI Dengan PANTAS 4 Asas THE SECRET = LISTEN, SPEAK, READ & WRITE Setelah memperkenalkan THE SECRET TO MASTER ENGLISH LANGUAGE, saya tanya soalan cepu emas berikut: "Apakah 100 CARA yang boleh dibuat untuk memastikan kita GUNAKAN Bahasa Inggeris setiap hari?" Sebagai contoh, dalam kelas Whatsapp Siri Ke-10 saya, apabila ditanya soalan tersebut, para pelajar saya menyenaraikan 100 cara berikut:
  • 8. 100 CARA untuk AMALKAN the secret (according to WA10 Class) 1. spend lebih masa utk study. 2. Hari2 kena ckp english. 3.Baca paper BI 4.Bercakap dgn org disekeliling kita 5.Baca kamus 6. Banyak membaca 7. Dgr radio bi 8. Watch eng MOVIE0 9. bergaul dgn chinese or india n speak eng with them 10. Read eng story books 11.Buat kamus BI sendiri 12. Tulis diari dlm inggeris 13.Tulis beberapa ayat dlm Bi 14. HafaI grammar 15..ape yg kita nampak kita ubah perkataan tu dlm bi.. 16.Kamus sentiasa ada di sisi atau setiap masa.. 17. Try to write in english now...he3 18.praktis cakap bi di tempt kerja 19. Baca papan tanda di shopping complex 20.Baca papan tanda di shopping mall 21. Selalu buat tulis ayat2 pendek 22. Read, read and read 23. Tgk gambar and cuba cerita dlm bi secara ringkas 24. Wasap n sms dgn sesiapa dlm bi 25. Speak, speak and speak 26. Write, write and write 27. Listen, listen and listen 28. tgok kartun bi.. 29. Jgn malu nak ckp bi 30. Jgn tkt nak ckp bi 31. ajar anak bi n sambil belajar 32. Baca buku ceta bi 33. Setiap benda yg dipegang..sebut in english.. 34. Tulis pkataan yg kita x th. Kemudian cr makna dn ayat yg sesuai 35. Join wa english lesson with cg amir 36. Tulis lagu bi n cri maknanya 37. Main game coc dan communicate dgn org luar msia 38. Meeting dlm bi 39. Guna ayat bi dlm kehidupan seharian wpun 1 ayat 40. Nyanyi lagu inggeris 41. Cr makna lagu dlm inggeris 42. Baca kata-kata motivasi inggeris 43. Baca sajak inggeris 44. Membaca dgn suara yg kuat utk mmbiasakan dgn sebutan 45. ckap bi sorang2 dpn cetmin setiap hari.. 46. Tgk Dan faham berita bi
  • 9. 47. Guna bi masa bercuti luar negara 48. Tgk berita eng 49. Speak in eng in your house with your family 50. Solve eng crossword puzzle 51.Main game silangkata BI 52. Main teka teki in bi 53. Tulis seberapa byk pkataan yg kita th di sekeliling kita dan bina ayat 54. Baca buku komik BI 55. Baca kamus bergambar kanak2 56. Buat latih tubi setiap pelajaran yg tlh diajar 57. Back to basic.. p & j is the best books (u want more info, pm kak maz...sori sir) 58.Gunakan BM dgn nahu yg betul 59.Bljr bhs lain spt arab,f[truncated by WhatsApp] 60. Just google if u want to know anything about english 61.Cari kwn baru yg guna bi sepenuhnyer cth twitter, facebook, instagram 62. Jika kerja melibatkan org ramai make sure iklan yg di buat seperti phamplet, cards di tulis dlm bahasa inggeris -sir yg nie boleh ker 63. Like any page in fb relate to eng 64. Everyday is eng day 65.start borak gan anak, 66. Also communicate in eng with your cat 67. Create eng environment wherever you go 68.setiap brg yg ada kat umah kita tagging dgn nama english 69. In your garden also, labelling 70.guna bi dlm phone 71. Speaking depan cermin 72. Peramah.asal jumpa org tegur lam bi 72. Buat peta minda bg ingat nahu /perkara asas english 74.menterjemah ayat yg kita jumpa 75. Sentiasa azam perkara utama yg perlu di buat setiap hari semua dlm English 76.tulis apa-apa je yg terlintas kt minda 77.hafal ayat bi sekurg2nya 1 ayat dlm shari 78.hafal ayat/perkataan sblm tidur 79.sebut ayat/perkataan bi dgn kuat & jelas 80. Nyanyi lagu kanak2 in english 81. Jawab soalan upsr thn2 lps 82. Tengok cartoon network dgn anak2 83. Tambahkan vocab. Hafal 10 perkataan 1 hari. 84. Cakap sorang2 dlm kete guna english.. 85. Belajar kata dasar sesuatu perkataan 86. jgn terjemah english dlm bhs melayu 87. Just speak, do not border either it is correct or wrong 88. Just write, do not border either it is correct or wrong 89. Bila bljr perkataan baru cr sekali perktaan seerti dan berlwnan 90.Selalu main2 spelling with sape saje 91.tampal & gantung ayat2/perkataan bi 92. Mind your language
  • 10. 93. Do your homework 94. listkan brg yg nk kita bli in english 95. Dictation. Dengar dr CD atau kwn 96. Listen and write 97. Berangan or cakap sorang2 lam bi 99. Have a dream in english 100. Jika nervous semasa bercakap tarik nafas 2kali Senarai di atas TIDAK LENGKAP dan TIDAK BAGUS sebenarnya. Banyak points yang SERUPA. Tetapi saya tetap kongsikan just to prove the point that ada pelbagai cara yang boleh kita fikirkan untuk mengamalkan ilmu BI yang kita tahu. In other words, ada banyak cara lain yang lebih praktikal dan lebih efektif daripada yang disenaraikan di atas. But that's not the point. The point is, siapa pun anda, jika anda terfikir satu atau dua cara untuk membolehkan anda mengamalkan BI, why not you buat, kan? Kenapa nak terikut-ikut cara orang? That's why selepas para pelajar menyenaraikan 100 Cara tersebut, saya minta mereka : 1. Pilih 3 cara yang mereka rasa mereka MAMPU buat 2. Terus laksanakan bermula hari ini 3. Isqtiqamah atau Consistent amalkan selamat 21 Hari. BI is all about practise and usage. Tanpa penggunaan yang kerap dan konsisten, sampai bila-bila pun seseorang itu takkan pandai BI. I strongly believe that's TRUE. On top of that, saya minta pelajar saya beri daily progress report tentang amalan mereka yang melibatkan 3 cara yang telah mereka pilih. So far so good. Ada seorang pelajar yang memberanikan diri meminta rakan sekerjanya membantu dia speak English. Saya respect Norasilana for her bravery. I am confident that her English will improve drastically soon.