SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 55
Baixar para ler offline
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  1
TAJUK 1 PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN
PENILAIAN
SINOPSIS
Topik ini membincangkan definisi istilah bagi ujian, pengukuran, pentaksiran
dan penilaian.Seterusnya membincangkan beberapa tujuan pentaksiran seperti
maklum balas,laporan,penempatan, perancangan dan penggredan.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan maksud dan konsep bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan
penilaian.
2. Menghuraikan tujuan pentaksiran seperti untuk maklum balas, pelaporan,
penempatan, perancangan serta penggredan.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.0 Kerangka tajuk
Definisi istilah
Pengujian/ujian
Pengukuran Pentaksiran
penilaian
maklumbalas
Pelaporan
Penempatan
Perancangan
Penggredan
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  2
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan
Aktiviti penilaian dalam bidang sains bermula dengan kajian yang dijalankan oleh
Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Konsep penilaian
seterusnya berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan
seperti pengukuran, penilaian dan pentaksiran.
1.1 Pengujian
Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan
yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur
sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar atau individu.
Menurut Cronbach(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk
memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan
menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu system
yang berkategori.Menurut Raminah(1991), ujian adalah suatu cara untuk
mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam
keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh akan
dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan.
Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti
pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip
jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui tahap
pencapaian pelajar mereka. Oleh itu kecekapan guru untuk membina alat
pengujian yang baik sangat mustahak bagi menjamin keberkesanan
pengajaran dan pembelajaran para pelajar.
1.2 Pengukuran
Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk
mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang
sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  3
dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan
sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Untuk
lebih mudah difahami tentang prestasi dan keupayaan seseorang
individu kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka,
misalnya peratus ujian sains adalah untuk menggambarkan
prestasi pelajar dalam subjek tersebut.
1.3 Pentaksiran
Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan
maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan
tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah
aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan
secara formal atau tidak formal semasa pengajaran berjalan sama
ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak seiring
dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan
yang tertentu seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau
penerokaan.
Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu
kemestian dalam pengajaran. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari
pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Secara umumnya
pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian,
iaitu skop pentaksiran lebih luas daripada penilaian. Dalam
pentaksiran sudah termasuk elemen penilaian formal dan tidak
formal.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  4
1.4 Penilaian
Penilaian dilakukan dengan pelbagai matlamat. Ia juga dianggap
sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang
sesuatu perkara. Ia seringkali digunakan dalam sebarang kaedah
untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru ia dianggap
sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam
memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau
perkara. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses
menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan
memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan
alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah
satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis
data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah
ditetapkan itu telah tercapai. Popham(1975) menyatakan penilaian
yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang
nilai fenomena pendidikan.
Dalam bidang pendidikan penilaian mencakupi aspek-aspek hasil
pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil sesuatu program
pengajian. Selain data kuantitatif penilaian juga boleh dibuat
melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau
temubual. Secara ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses
utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan
menginterpretasikan ukuran.
Latihan
1. Dapatkan maklumat lanjut dari laman web
http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf
2. Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan
pentaksiran.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  5
2.0 TUJUAN PENTAKSIRAN
Matlamat utama pentaksiran yang dilaksanakan adalah untuk
memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya sudah
tentu akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja guru tetapi
juga pelajar, ibu bapa serta pembuat dasar di kementerian
pelajaran. Hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas oleh
guru untuk mengambil sebarang keputusan berkait dengan proses
pengajaran demi untuk meningkatkan keberkesanannya.
Secara umumnya tujuan pentaksiran atau penilaian yang
dilaksanakan adalah untuk mendapatkan Maklum balas,membuat
pelaporan, penempatan, merancang aktiviti serta penggredan.
2.1 Maklum balas
Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat memberikan
maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan
pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah
diajar. Selain itu penilaian juga dapat memberi maklum balas
tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru dapat
mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar serta tahap
kecerdasan dan kecepatan seseorang pelajar. Seterusnya
guru dapat mengambil tindakan yang bersesuaian bagi
menangani sebarang masalah pelajarnya.
Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran
dan pembelajaran dapat menunjukkan kemajuan pelajar
dalam satu jangka masa tertentu. Ianya dapat memberi
maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  6
pelajar seterusnya mengambil tindakan serta pendekatan
yang paling sesuai untuk membantu pelajar.
2.2 Pelaporan
Hasil penilaian yang dilaksanakan oleh guru seharusnya
dikongsi bersama oleh pelajar, ibu bapa serta pihak
kementerian. Justeru satu bentuk pelaporan yang standard
perlu disebarkan bagi makluman dan tindakan seterusnya.
Laporan yang dihasilkan juga boleh membantu pelajar
menyedari tahap kendiri serta prestasi masing-masing yang
menyumbang kepada motivasi mahu pun tindakan
penambahbaikan. Kepada ibu bapa ianya sangat mustahak
bagi mengenalpasti dan maklumat sebenar berkaitan
prestasi anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa di rumah
bagi membantu anak-anak dalam menguasai pengetahuan
dan kemahiran sangat membantu pelajar bagi
meningkatkan pencapaian mereka. Kepada pihak PPD,
JPN serta kementerian ianya sangat membantu dalam
menggubal atau menambahbaik kurikulum yang sedia ada
serta memperkenalkan pembaharuan di mana-mana yang
perlu dalam sistem pendidikan negara.
2.2 Penempatan
Tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan
menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan dan
kemahiran mereka. Ia juga bertujuan untuk menentukan
aliran serta kecenderungan mereka dalam bidang yang
berbeza-beza. Secara lebih khusus guru perlu
menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai supaya
guru dapat menyesuaikan pula dengan kaedah dan
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  7
pendekatan yang diambil semasa proses pengajaran dan
pembelajaran.
2.4 Perancangan
Pentaksiran yang dijalankan juga dapat menggambarkan
tahap penguasaan pelajar dalam isi kandungan serta
kemahiran yang dikuasai. Ini akan membantu guru
merancang aktiviti serta mengambil tindakan yang
sewajarnya serta bersesuaian dengan pelajar berkaitan.
Perancangan jangka pendek dan jangka panjang akan
membantu guru mencapai target yang ditetapkan atau yang
harus dicapai.
2.5 Penggredan
Penilaian sumatif yang dilaksanakan memerlukan intepretasi
yang lebih terperinci terutamanya bagi menentukan tahap
pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek atau kemahiran.
Untuk itu pelajar perlu diberi gred bagi memudahkan pihak
ketiga mengenal pasti keupayaan pelajar terutama apabila
memilih aliran atau untuk menyambung pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi.
Latihan
1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki
pengajaran dan pembelajaran?
2. Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam bilik darjah?
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  8
Ringkasan
Pengujian: Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur
pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan
pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam
sesuatu sesi pembelajaran.
Pengukuran:Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur
perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara
pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah
untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk
pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar.
Penilaian: Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat
pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan
untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik,
kemahiran atau sikap.
Pentaksiran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan
maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  9
TAJUK 2 Bidang pentaksiran dan Bentuk pentaksiran.
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai bidang pentaksiran dan bentuk pentaksiran
yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti bidang pentaksiran dalam pendidikan sains.
2. Menentukan bentuk pentaksiran dalam pengajaran sains di sekolah-
sekolah rendah.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.0 Kerangka tajuk
Pentaksiran
Bidang
Pengetahuan Kemahiran
Sikap saintifik
dan nilai murni
Bentuk
Formatif Sumatif Autentik
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  10
ISI KANDUNGAN
2.1 Bidang Pentaksiran
Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam
pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan warga negara yang
berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki nilai murni. Manakala
bagi subjek sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan
ialah tentang sikap saintifik. Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan
bertujuan menyemak sejauh mana bidang-bidang tersebut dapat dikuasai
oleh murid-murid.
2.1.1 Pengetahuan
Pengetahuan atau ilmu (Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia
terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang
sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu
mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia.
Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang
memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu
sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian
ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat
iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak
dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang
contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna
sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna
kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data.
Bagi subjek sains pengetahuan adalah berasaskan kepada metodologi
empirikal, bermakna ilmu sains berkembang melalui penerokaan,
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  11
penyiasatan dan eksperimen. Disiplin sains menekankan kepada dapatan-
dapatan atau bukti-bukti yang konkrit seterusnya membina teori-teori dan
konsep-konsep sains yang seterusnya berkembang membentuk
pengetahuan baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang dinamik.
Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka
konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling
mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada
murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat
pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia
ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru.
Berasaskan kaedah inkuiri, sains dapat memperkembangkan kemahiran
untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu
pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan
murid memperkembangkan sikap yang positif.
2.1.2 Kemahiran
Kemahiran proses sains perlu ditekankan kerana pertama, nilai
penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi
daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran
proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan
dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai
kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan
tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri
.Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di
luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing
tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka
sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  12
sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada
melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru.
Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada:
* Memerhati
* Mengelas
* Mengukur dan menggunakan nombor
* Membuat inferens
* Meramal
* Berkomunikasi
* Menggunakan perhubungan ruang dan masa
* Mentafsir maklumat
* Mendefinisikan secara operasi
* Mengawal pembolehubah
* Membuat hipotesis
* Mengeksperimen
2.1.3 Sikap saintifik
Sikap saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada seseorang
khususnya pelajar-pelajar kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan
sikap sesuai sebagaiamana seorang saintis. Terdapat beberapa sikap
saintifik yang perlu ada iaitu;
1. Bersikap inkuiri
2. Mempunyai objektif (Objectivity)
3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness)
4. Perseverance
5. Kemanusiaan (Huminity)
6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to
accept failure).
7. Skeptikal
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  13
2.2 Bentuk Pentaksiran
2.2.1 Penilaian Formatif
 Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran.
 Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi
maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah
dikuasai.
 Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta
potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang
sewajarnya.
 Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk
aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat.
2.2.2 Penilaian Sumatif
 Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada
akhir semester.
 Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang
murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat
pemilihan.
 Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya
dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.
 Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang
pencapaian murid di seluruh negara.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  14
2.2.3 Autentik
Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian
yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak
di dalam bilik darjah.
Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek
merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian
masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi
terhadap situasi dunia sebenar.-
Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses
yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek
tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti
yang releven.-
Kepentingan PentaksiranAutentikdan PentaksiranPerformance BasedAutentik
- Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan
bermakna
- Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran
(contohnya, penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran
komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis)
- Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan
penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa
dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan.
- Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran,
pengetahuan, kemampuan yangada dalam dunia sebenar.
- kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio,
persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan
eksperimen
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  15
Latihan
Jawab soalan-soalan berikut.
1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran
dan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan
merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara cuba kenal pasti perkara-
perkara tersebut.
2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai
dengan melengkapkan jadual berikut;
Bidang Contoh Aktiviti Penilaian
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  16
TAJUK 3 Alat pentaksiran
SINOPSIS
Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran yang digunakan untuk
tujuan penilaian dan pentaksiran sains sekolah rendah.
HASIL PEMBELAJARAN
1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pengajaran
sains di sekolah-sekolah rendah.
2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan sesuai dengan
tujuan dan aktiviti pentaksiran.
KERANGKA TAJUK-TAJUK
Rajah 1.0 Kerangka tajuk
Alat Pentaksiran
Potfolio
Sampel Kerja Pelajar
Contoh: Jurnal
Buku Nota
Laporan amali
Peta Konsep
Projek
Aktiviti Bilik Darjah
Cth: Perbincangan
Sumbang saran
Teknik Penilaian
Kumpulan
Ujian Kertas Pensel
Ujian objektif
Ujian Subjektif
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  17
ISI KANDUNGAN
3.0 Alat-alat Pentaksiran
3.1 Portfolio
Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang
disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman,
aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan
strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi
ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio
yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan
jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi
pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri.
3.2 Sampel kerja pelajar
Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil
kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar
dan dinilai ialah;
a. Jurnal
Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran
dan bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka
masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar
membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk
berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang
telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar
berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan
dan pengalaman seseorang pelajar.
b. Buku Nota
Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar
atau dicari sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek.
Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan dari
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  18
aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan
maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai
samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan
menarik
c. Laporan amali
Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas
selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan
laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen, prosedue,
keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat
yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah
dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali.
d. Peta Konsep
Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat
puluhan ribu pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan
dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang sama
seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam
menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika
informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep,
kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta
pembelajaran adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta
utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan format
global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan
dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah
secara serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan
menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati
operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan
memungkinkan keluwesan pemikiran .
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  19
e. Projek
Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan
pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian
dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada
pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk
membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan.
Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan
kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan
yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri.
Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang
dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna.
3. Aktiviti bilik darjah
Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan,
dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui
pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan
pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat
pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku,
tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang mungkin
timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur subjektif
ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya
tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan
boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam
menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara
yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan
membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati
juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens.
Supaya lebih tekal dan sistematik pemerhati perlu menyediakan borang
pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan,
dan kemahiran itu timbul.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  20
4. Ujian kertas pensel.
Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular
untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian
boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian
gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka
masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan
alat ini ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif.
Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati sukatan pelajaran
dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan.
Latihan
Jawab soalan-soalan berikut;
1. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya tiada penilaian dan
pentaksiran murid-murid tidak akan serius dalam pembelajaran mereka.
Apa komen anda?
2. Laporan amali atau eksperimen perlu digabungkan dengan pantaksiran
pemerhatian. Adakah anda bersetuju dengaan pendapat tersebut dan beri
justifikasi anda.
3. Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik
berbanding potfolio. Beri komen anda.
4. Pendekatan semasa yang mementingkan alat ujian dan peperiksaan tidak
menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Apa pendapat anda?
Kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula beralih kepada Penilaian
Berasaskan Sekolah. Jelaskan implikasinya kepada tugas guru di sekolah.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  21
TAJUK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN
SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan berkaitan objektif ujian,tempoh masa dan
jenis ujian, jadual spesifikasi ujian, taksonomi Bloom dan taksonomi
SOLO.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Mengenal pasti beberapa objektif ujian yang dilaksanakan di
sekolah.
2. Mengenal pasti tempoh masa dan jenis ujian yang biasa dijalankan
di sekolah
3. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan jenis ujian yang akan
dilaksanakan.
4. Mengkaji dan memahami taksonomi SOLO dan taksonomi Bloom
KERANGKA TAJUK
Rajah 2 : Kerangka Tajuk-Tajuk
Reka Bentuk dan
Pembinaan Ujian
Objektif ujian
Tempoh masa
dan jenis ujian jadual spesifikasi
ujian
Taksonomi SOLO
dan Taksonomi
Bloom
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  22
ISI KANDUNGAN
5.1 Objektif Ujian
Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan tujuan atau objektif
ujian tersebut. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan
bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah,
tujuan ujian dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik,
ujian formatif dan ujian sumatif.
Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang dapat digunakan
untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian diagnostik pula
bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah pemulihan dapat
diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk menentukan
kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian sumatif
pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu
kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan.
5.2 Tempoh Masa dan Jenis Ujian
Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan penilaian itu
dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma
dijalankan bagi membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid
yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya meliputi
satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif. Ia juga
digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu. Ujian ini disediakan
menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap
kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  23
Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan pencapaian dengan
kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang
terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci perlu disediakan.
Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia digunakan dalam
penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran.
Peringkat kesukarannya hampir sama.
5.2.1 Ujian Pencapaian
Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana
sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai
sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam
bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah
(rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik
(rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian
pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian
pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik,
attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat
mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran
dan pembelajaran di bilik darjah.
Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga
Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).
Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah.
Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM,
STPM dalam sebagainya.
5.2.2 Ujian Kecerdasan
Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan
di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan
perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  24
Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba
mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di
antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek
mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian
kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon.
Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian
ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan
memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid-
murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat
telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian
kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge-
Thorndike dan lain-lain.
5.2.3 Ujian Prestasi
Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai
tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu
kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi
berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti
seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan
itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian
prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada
ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu
yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang
lain yang bersesuaian dengan minatnya.
Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa
sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan
maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan
tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam
aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri
melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  25
5.2.4 Ujian Diagnostik
Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam
pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang
menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk
menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab-
sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu
sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan
memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan.
Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred
kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu,
maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih
berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat
daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu
berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat
memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya
oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid
yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan
menyebut huruf.
Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini
memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan
kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu
melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab,
inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  26
5.2.5 Ujian Kecekapan
Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji
kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan
sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan
penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta
tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan
sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada
peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan
perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan
lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji
kaji menggunakan radas tertentu.
5.2.6 Ujian Bakat
Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu
dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh
seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua
kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran.
Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota
tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan
sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu.
Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan
prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon
melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan
biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan
individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  27
5.2.7 Ujian Personaliti
Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri,
personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang
diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori,
indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey
Temperament.
5.2 Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama kepada penggubal item
ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat-
maklumat penting kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU
ialah:
1. Tajuk atau topik yang akan diuji
2. Bentuk dan panjangnya ujian
3. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji
4. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan
kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.
5. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan
penegasan yang diberi dalam pengajaran.
6. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang
akan diuji.
7. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan
soalan subjektif.
8. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.
Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab.
9. Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  28
Bilangan item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang
diperuntukkan untuk pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan
bilangan soalan senang, sederhana dan sukar mengikut aras kesukarannya.
Secara umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan
antaranya:
1. Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan
2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian
3. Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian
4. Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu
ujian
5. Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa
6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang
lain
7. Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain.
Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah yang perlu
diikuti;
Langkah pertama
1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji
2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.
Langkah dua
1. Menentukan soalan yang ingin dibina.
Contohnya;
soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)
2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.
Langkah tiga
1. Menentukan aras kesukaran
2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  29
3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.
Langkah empat
1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.
2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain.
(bergantung kepada format)
Langkah Lima
1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen
2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)
3. Menetapkan pemarkahan.
Langkah enam
1. Menyatakan matapelajaran
2. Tingkatan atau kelas
3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.
Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas
Jenis soalan : Objektif
Bil Topik Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Jumlah
1 a 1 2 2
2 b 3 , 4 5 3
3 c 6 7, 8, 9 10 5
10
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  30
5.3 Taksonomi Bloom
Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam
pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma
itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan
untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif-
objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap
dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama
domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar yang menekankan aspek
intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain
afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar
seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah
domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar.
Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan
sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh
Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud
cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia.
5.3.1 Domain Taksonomi Bloom
Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan.
Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi.
Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen –
elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu
pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Berikut adalah hierarki
Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S
Bloom.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  31
Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom
5.3.2 Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom
Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling
rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat
kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat
dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus
berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua
adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik
atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalah
pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu
bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri
khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses
mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta,
prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di
dalam kelas.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  32
Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan
murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini
terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan
murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah
mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau
maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi
iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan
berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah
seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan
dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru.
Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah
seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan
kelaskan.
Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar
menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan
murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan
masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses
aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang
sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan
dan susunkan.
Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid
untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan
memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan
pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis
adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan
unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia
ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan
hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu
mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan
sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  33
aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan
memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada
komponen dan melihat perkaitan antara komponen.
Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid
untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi
aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu
komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau
pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan
dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua
adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah
kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan
membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori,
hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta.
Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan
dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi.
Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid
menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu
membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian
bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian
tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri
khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas
sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan
pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu
kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu
pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu,
menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan
menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang
dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi
kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  34
dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama,
generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu.
Rumusan
Taksonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang
melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti
pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini
mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran
mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan,
pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.
Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah
kepada aras pemikiran tinggi.
5.4 Taksonomi SOLO
Taksonomi SOLO singkatan dari:
Structure (Struktur),Observed(Pengamatan),Learning(Belajar),Outcomes(Hasil)
Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam Biggs
dan Tang (2007)Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar.
Melalui lima tahap, yang menggambarkan peringkat-peringkat kefahaman pelajar
ke atas sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Ada lima tahap kefahaman
pelajar iaitu;
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  35
1. Prastruktur: Di sini pelajar memperoleh maklumat
yang tidak berhubungan antara satu dengan yang lain. Justeru kefahaman
yang diperoleh juga secara kabur dan tidak jelas
2. Unistruktur: Menunjukkan perhubungan yang
sederhana dan jelas,namun belum cukup kuat untuk memberikan
penjelasan.
3. Multistruktur: Berlaku banyak perhubungan antara
maklumat. Namun masih tidak dapat membuat penjelasan atau kesimpulan
secara menyeluruh
4. Perkaitan: Pelajar telah dapat mengaitkan kesemua
fakta dan maklumat serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau
pun secara menyeluruh.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  36
5. Abstrak: Pelajar mampu melakukan hubungan secara
menyeluruh tidak hanya dalam ruang lingkup tertentu, tetapi juga
merangkumi persekitarannya. Mampu melakukan generalisasi dan
memindahkan prinsip-prinsip dan idea-idea yang dipelajari.
Dikutip dari :
http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm
Latihan
1. Bincangkan bagaimanakah jenis dan tujuan ujian mempengaruhi
pelaksanaan ujian yang dilaksanakan di sekolah sepanjang sesi
pembelajaran.
2. Dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, bina
satu JSU yang akan digunakan oleh guru untuk menyediakan
kertas peperiksaan pertengahan tahun.
3. Bincangkan secara banding-beza antara Taksonomi Bloom dan
Taksonomi SOLO.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  37
TAJUK 6 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN
SINOPSIS
Tajuk ini akan membincangkan berkaitan kebolehanpercayaan item ujian
dan kesahan item ujian
HASIL PEMBELAJARAN
1. Membincangkan kepentingan kebolehpercayaan dan kesahan bagi
sesuatu item ujian.
2. Mengenal pasti jenis-jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang
berkaitan dengan item ujian.
Rajah 6.0 Kerangka Tajuk
Reka Bentuk dan
Pembinaan ujian
Kebolehpercayaan item
ujian
Kesahan item ujian
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  38
ISI KANDUNGAN
6.1 Kebolehpercayaan item ujian
Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian
tersebut dapat mengukur secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu alat
pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap
kali digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang
sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama. Namun demikian perlu
diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang
tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa
yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi
kedua-dua perkara tersebut.
Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal
keadaan ujian supaya ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon.
Antara langkag-langkah yang boleh diambil ialah:
1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya
calon tidak keliru.
2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara
lisan harus juga diberi secara bertulis.
3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara)
semakin tinggi kebolehpercayaannya.
4. Masa yang diberikan harus mencukupi.
5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan keadaan fizikal)
harus disediakan untuk semua calon.
6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang
sama digunakan untuk semua calon.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  39
Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
1. bilangan soalan
2. panjang soalan
3. kesukaran soalan
4. kejelasan soalan
Bilangan Soalan
Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih
panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna
ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai
Panjang Soalan
Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan
pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Kesukaran Soalan
Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana
akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi.
Kejelasan Soalan
Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap
kebolehpercayaan ujian.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  40
6.1.1 Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian.
Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan
kebolehpercayaan skor ujian.
1. Pentadbiran dua ujian.
(a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method)
(b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk
selang-seli (Alternate Form Method)
 Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran
kebolehpercayaan pengukuran akademik.
 Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang
seli atau bentuk selari
 Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item
yang diuji
 Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama
 Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali
kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan
 Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian
pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1
pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua
bentuk ini adalah setara
 Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan
penyetaraaan
 Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah
memenuhi spesifikasi berikut:
 sama bilangan
 sama bentuk
 sama arahan
 sama tempoh ujian
 sama format
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  41
 sama kandungan
 sama julat
 sama aras kesukaran
 soalan berbeza
2. Pentadbiran satu ujian.
Kaedah belah dua (Split half method)
(a) Kaedah Belah Dua.
 Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan
calon.
 Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua
sub-ujian.
 Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item yang asal.
 Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk
mendapatkan dua ujian yang selari mungkin.
6.2.1 Kesahan Item Ujian
Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan
menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika
maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada
masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang
dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah
setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian
sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat
diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang
diukur itu.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  42
Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan
kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan
pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi
kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan
sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang
pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil
menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu
ujian tersebut.
Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan
mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian,
keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi
skor ujian itu.
Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori:
1. kesahan konstruk,
2. kesahan isi kandungan, dan
3. kesahan kaitan-kriteria.
Kesahan Konstruk
Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan.
Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada
markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya
diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil
ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu
konstruk.
Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu
menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  43
masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat
muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk
kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam
bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat
tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM.
Kesahan Kandungan
Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses
pembinaan ujian.
Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu
kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti
daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif
pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut.
Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian
(JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang
terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan
kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga
wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang
teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji.
Kesahan Kaitan-Kriteria
Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria
yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan
pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi.
Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  44
1. kesahan ramalan, dan
2. kesahan serentak/semasa.
Kesahan Ramalan
Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia
sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu
membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar.
Kesahan Serentak/Semasa
Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu
ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada.
Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu
mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa.
Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah
baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada.
Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu
menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa.
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria
Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut:
1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak
masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini
akan mengurangkan kesahan ramalan.
2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang
rendah mengurangkan kesahan.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  45
3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian,
kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian,
semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu
sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian.
Latihan
1. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan
kesahan ujian
2. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi
penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah
3. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian
yang dilaksanakan.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  46
TAJUK 7 Pembinaan Ujian Objektif
SINOPSIS
Membuat pilihan tentang jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar
anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar
sebagaimana membina item itu sendiri. Justeru itu memilih jenis ujian itu
bergantung kepada objektif yang ditetapkan terlebih dahulu.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menjelaskan definisi item objektif
2. Membincangkan format soalan objektif
3. Memperihalkan skema pemarkahan
ISI KANDUNGAN
Item Objektif
Definisi Garis Panduan Jenis
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  47
7.1 Definisi Item Objektif
Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada
beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan
pendek dan melengkapkan ayat.
7.1.1 Item Lengkapkan
Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata
tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh
mengandungi satu atau lebih tempat kosong.
7.1.2 Item Betul-Salah
Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada
dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis
soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat jawapan adalah
separuh (kelemahan utama).
7.1.3 Item Padanan
Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan
perkara di sebelah
7.1.4 Item Pengkelasan
Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk
diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau
tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan
yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  48
7.1.5 Item Objektif Jenis Anika Pilihan
Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang penting;
a. Stimulus/rangsangan
Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan
seumpamanya.
b. Stem/ pokok soalan
Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan
kebiasaannya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan
c. Pilihan/ opsyen bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan
berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah dan jadual. Komponen ini
berfungsi sebagai pilihan betul dan juga pengganggu.
Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk yang berbeza
antonim , sinonim ,jawapan disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan
cantuman dan kloz.
7.2 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif
7.2.1 Reka Bentuk Ujian
Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk terlebih dahulu agar tahap
pengetahuan dan kefahaman murid boleh diukur secara lebih spesifik.
7.2.2 Menulis Soalan Ujian
Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka pilihan, mengisi tempat
kosong, jawapan soalan pendek, soalan betul-salah dan soalan padanan namun
pilihannya bergantung kepada hasil pembelajaran dan topik dalam sukatan
pelajaran.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  49
Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan item ujian;
a. Arahan bagi setiap jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak
mengelirukan.
b. Bahasa yang digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan
c. Menulis item soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik
d. Penulisan dalam bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut
dielakkan
7.3 Skema Pemarkahan
Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif ini amat mudah
berbanding dengan penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah dicatatkan
walaupun skrip jawapan diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza.
Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh
diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang
sama ketika memeriksa kertas yang sama.
Grondlund,1977
Latihan 1
1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek
2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini
3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan
kekangan soalan berbentuk ini
Membuat Nota
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  50
TAJUK 8 Pembinaan Ujian Subjektif
Sinopsis
Item subjektif ini mampu menguji kedalaman pengetahuan dan kemahiran
pelajar terhadap sesuatu topik serta memupuk kemahiran berfikir untuk
menyelesaikan permasalahan yang timbul.
Hasil Pembelajaran
1. Menyatakan definisi item subjektif secara jelas dengan mengemukakan
contoh yang sesuai.
2. Menyenaraikan kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan tugasan yang
hendak diselesaikan.
3. Memperihalkan jenis-jenis item ujian subjektif
Isi Kandungan
Item Subjektif/
Item Esei
Definisi Kata Tugas Garis Panduam Jenis
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  51
8.1 Definisi
Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen
pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap
kebolehan kognitif pelajar calon melalui respon secara tulisan.
8.2 Kata Tugas
Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan
yang diberikan untuk pelajar memberi respon. Kegagalan menggunakan kata
tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang
dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru.
Bil Kata Tugas Respon Yang Diharapkan
1. Apakah Memberi maklumat yang khusus.
2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai
dengan jangkaan.
3. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu
aspek atau perkara.
4. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua
atau lebih item.
5. Bincangkan Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara.
6. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua
atau lebih perkara.
7. Berikan Justifikasi Membuat rumusan setelah semua pertimbangan
diambil kira.
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  52
8.3 Jenis Item Esei
Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding
dengan item objektif. Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan
markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk
membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan
bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan
petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang
mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan
prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item
esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek.
8.3.1 Item Gerakbalas Terhad
Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui
skop topik yang disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh
cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini,
suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun
begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar
yang menghadkan penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis
ini, guru bukan sekadar membina item jenis mengingatkan fakta dan kefahaman
sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran menyelesaikan masalah.
Ciri-ciri gerak balas terbuka.
Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui:-
– skop yang disoal
– ruangan jawapan tersedia
– respons dalam satu frasa
– beberapa ayat atau satu perenggan
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  53
– kerencaman konstruk
– Tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi
– Sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran
kognitif
– Kemungkinan banyak respons meneka
– Peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif
– Terangkan maksud wati subahah
– Bezakan antara kolonialisi dengan penjelajahan
– Terangkan dengan ringkas empat sebab utama mengapa Melaka
menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke-15
8.2.2 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHAD
 Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua
bentuk:-
 soalan
 lengkapan
 Contoh :
 Senaraikan dua keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran.
Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir
pernyataannya.
8.3.2 Item Gerak Balas Terbuka
Bebas:-
 melahirkan Idea
 merangka, memilih, mengorganisasi fakta / isi
 mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau
tulisan
 Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan
maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran
 Menghasilkan sesuatu idea yang asli
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  54
 Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau
maklumat
 Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi
menyelesaikan masalah
 Masa yang panjang untuk menskor berbanding dengan soalan
objektif
 Pemeriksa yang terlatih untuk menskor
 Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif
 Tulisan perlu jelas dan boleh dibaca
 Penskoran secara subjektif
 Boleh wujudkan kesan halo
 Huraikan kejadian air pasang surut
 Terangkan kemajuan ilmu yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Acheh
pada abad ke-16
 Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar masa
kini
8.3.3 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA
 Pastikan perkara yang hendak ditaksir
 Peringkat mana perkara itu akan ditaksir
 Aras kesukaran yang ditetapkan
 Aspek penting dalam kurikulum diberikan perhatian
 Untuk memastikan kesahan, soalan hendaklah meliputi tajuk yang
luas dan pelbagai aras kemahiran
 Kata tugas yang digunakan seperti;
 “Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”,
“Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan”
[MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI
GOODLUCK IN EXAM  55
 Untuk keobjektifan dan kebolehperca-yaan item, peraturan
permarkahan hendaklah disediakan
 Tugasan dalam soalan perlu jelas
 Tetapkan masa
 Sertakan markah setiap soalan
 Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa
yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik
 Periksa dan uji kualiti soalan dengan mencuba dahulu menulis
jawapan. Ini menolong mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh
pelajar
Latihan 2
1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek
2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini
3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan
kekangan soalan berbentuk ini

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianatraxtra88
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiranAie Sharom
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Anis Asneh
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...FaFai S.
 
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIANPENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN@f!Q@H @F!N@
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahHon Shan Shan
 
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikanHbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikanAzan Hamin
 
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiPengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiMulyati Rahman
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Nurul Othman
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Penilaian Pembelajaran
Penilaian PembelajaranPenilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajarandidinalislami
 
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan EvaluasiPerbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasialvinnoor
 
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanPenilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanSPidEr Mohd
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianNur Aqeela Alia Ahmad
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanAhmad Fahmi
 

Mais procurados (20)

Pengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaianPengujian,pentaksiran,penilaian
Pengujian,pentaksiran,penilaian
 
Jenis pentaksiran
Jenis pentaksiranJenis pentaksiran
Jenis pentaksiran
 
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.Pengujian, pengukuran dan penilaian.
Pengujian, pengukuran dan penilaian.
 
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
Konsep asas pengujian, pengukuran, penilaian dan Pentaksiran - Pentaksiran da...
 
K Onsep Pentaksiran
K Onsep PentaksiranK Onsep Pentaksiran
K Onsep Pentaksiran
 
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIANPENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN
PENTAKSIRAN , PENILAIAN, PENGUJIAN
 
penilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaranpenilaian untuk pembelajaran
penilaian untuk pembelajaran
 
Tujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & PenilaianTujuan Pengukuran & Penilaian
Tujuan Pengukuran & Penilaian
 
Pentaksiran Prasekolah
Pentaksiran PrasekolahPentaksiran Prasekolah
Pentaksiran Prasekolah
 
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikanHbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
Hbef3203 pengukuran-dan-penilaian-dalam-pendidikan
 
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen MulyatiPengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
Pengukuran, penilaian dan assesmen Mulyati
 
Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran Penilaian pembelajaran
Penilaian pembelajaran
 
Pengenalan penilaian
Pengenalan penilaianPengenalan penilaian
Pengenalan penilaian
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Penilaian Pembelajaran
Penilaian PembelajaranPenilaian Pembelajaran
Penilaian Pembelajaran
 
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan EvaluasiPerbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
Perbedaan Pengukuran, Asesmen dan Evaluasi
 
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaanPenilaian, pentaksiran dan peperiksaan
Penilaian, pentaksiran dan peperiksaan
 
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan PenilaianPerbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
Perbezaan Pengujian, Pentaksiran Dan Penilaian
 
MODUL PSV3111
MODUL PSV3111 MODUL PSV3111
MODUL PSV3111
 
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam PendidikanNota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
Nota Padat EDUP3063 - Pentaksiran Dalam Pendidikan
 

Destaque

2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan RingkasNur Hikmah
 
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...Muhamad Farhan
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanZarina Selamat
 
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)Masitah Irdina
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaianmadiah jaafar
 
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4FREE FILE DOWNLOAD
 
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)Erwina Masir
 
Soalan latihan unit 8 : Keadaan Bahan
Soalan latihan unit 8 : Keadaan BahanSoalan latihan unit 8 : Keadaan Bahan
Soalan latihan unit 8 : Keadaan Bahansaintahun5
 
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza Zuzan Michael Japang
 
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016Jinigirl94
 

Destaque (20)

2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
2b K Esahan Dan Kebolehpercayaaan Ringkas
 
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...
Kesahan & kebolehpercayaan pembentukan instrumen, kesahan dan kebolehpercayaa...
 
Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran Alat Pentaksiran
Alat Pentaksiran
 
Kesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaanKesahan dan kebolehpercayaan
Kesahan dan kebolehpercayaan
 
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)
Kesahan kebolehpercayaan (minggu 3)
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian2. jenis ujian dan penilaian
2. jenis ujian dan penilaian
 
Pentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
 
Perancangan ujian
Perancangan ujianPerancangan ujian
Perancangan ujian
 
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
Modul PDP SAINS (VERSI BM ) TAHUN 4
 
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)
DISIPLIN MENGIKUT TOKOH ISLAM (PENTADBIRAN)
 
Soalan latihan unit 8 : Keadaan Bahan
Soalan latihan unit 8 : Keadaan BahanSoalan latihan unit 8 : Keadaan Bahan
Soalan latihan unit 8 : Keadaan Bahan
 
Penulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apaPenulisan rujukan apa
Penulisan rujukan apa
 
Polisi
PolisiPolisi
Polisi
 
Bahagian a
Bahagian aBahagian a
Bahagian a
 
Pembinaan Ujian
Pembinaan  UjianPembinaan  Ujian
Pembinaan Ujian
 
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
Peta Konsep, Aras Taksonomi Bloom, JPK, RPH Model Hunter, Jadual Banding Beza
 
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016
Kebolehpercayaan sej3093 ranjini_lalitha_2016
 
bahagian b
bahagian bbahagian b
bahagian b
 
Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)
 

Semelhante a Modul sce 3111

3.vina serevina wawan gunawan
3.vina serevina wawan gunawan3.vina serevina wawan gunawan
3.vina serevina wawan gunawanvinaserevina
 
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnHadi Wahyono
 
Konsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaranKonsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaransiti sangidah
 
5.vina serevina fitria herliana
5.vina serevina fitria herliana5.vina serevina fitria herliana
5.vina serevina fitria herlianavinaserevina
 
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranKonsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranHariyatunnisa Ahmad
 
PPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxPPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxGABerkatLaSe
 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSmansabihu Aeknabara
 
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaEvaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaDx Lupheparentseverafter
 
Strategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkStrategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkEgi Ramadah
 
15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihanvinaserevina
 
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsLangkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsEDUCATIONAL TECHNOLOGY
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_amirafirda
 

Semelhante a Modul sce 3111 (20)

Modul sce
Modul sceModul sce
Modul sce
 
3.vina serevina wawan gunawan
3.vina serevina wawan gunawan3.vina serevina wawan gunawan
3.vina serevina wawan gunawan
 
MONITORING
MONITORINGMONITORING
MONITORING
 
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKnMengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
Mengembangkan Penilaian Hasil Belajar PKn
 
Konsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaranKonsep pengembangan media pembelajaran
Konsep pengembangan media pembelajaran
 
5.vina serevina fitria herliana
5.vina serevina fitria herliana5.vina serevina fitria herliana
5.vina serevina fitria herliana
 
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi PembelajaranKonsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
Konsep Dasar Evaluasi Pembelajaran
 
PPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptxPPT YULIANA NDRURU.pptx
PPT YULIANA NDRURU.pptx
 
09. tajuk 1
09. tajuk 109. tajuk 1
09. tajuk 1
 
Slide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontesSlide analisis butir tes dan nontes
Slide analisis butir tes dan nontes
 
Prosedur penilaian
Prosedur penilaianProsedur penilaian
Prosedur penilaian
 
Topik 1
Topik 1Topik 1
Topik 1
 
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematikaEvaluasi proses dan hasil belajar matematika
Evaluasi proses dan hasil belajar matematika
 
Strategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbkStrategi pengembangan pbk
Strategi pengembangan pbk
 
15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan15.vina serevina solihan
15.vina serevina solihan
 
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluationsLangkah 10 designing and conducting summative evaluations
Langkah 10 designing and conducting summative evaluations
 
Penilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajarPenilaian hasil-belajar
Penilaian hasil-belajar
 
Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_Evaluasi pembelajaran _makalah_
Evaluasi pembelajaran _makalah_
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 
Rancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pknRancangan penilaian pkn
Rancangan penilaian pkn
 

Modul sce 3111

  • 1. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  1 TAJUK 1 PENGUJIAN, PENGUKURAN, PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN SINOPSIS Topik ini membincangkan definisi istilah bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian.Seterusnya membincangkan beberapa tujuan pentaksiran seperti maklum balas,laporan,penempatan, perancangan dan penggredan. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan maksud dan konsep bagi ujian, pengukuran, pentaksiran dan penilaian. 2. Menghuraikan tujuan pentaksiran seperti untuk maklum balas, pelaporan, penempatan, perancangan serta penggredan. KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 1.0 Kerangka tajuk Definisi istilah Pengujian/ujian Pengukuran Pentaksiran penilaian maklumbalas Pelaporan Penempatan Perancangan Penggredan
  • 2. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  2 ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan Aktiviti penilaian dalam bidang sains bermula dengan kajian yang dijalankan oleh Galton dan Binet untuk mengukur kebolehan individu. Konsep penilaian seterusnya berkembang sehingga muncul beberapa istilah yang berkaitan seperti pengukuran, penilaian dan pentaksiran. 1.1 Pengujian Pengujian bolehlah dianggap sebagai proses penyerahan set soalan yang piawai yang perlu dijawab, atau satu set instrument bagi mengukur sampel tingkah laku atau perubahan seseorang pelajar atau individu. Menurut Cronbach(1970), ujian ialah satu prosedur yang sistematik untuk memerhati perlakuan atau tingkah laku seseorang individu dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor, atau satu system yang berkategori.Menurut Raminah(1991), ujian adalah suatu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid dalam keadaan yang dikawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan. Proses pengujian biasanya bermula dengan peringkat persediaan, diikuti pelaksanaan/pentadbiran ujian dan berakhir dengan pemeriksaan skrip jawapan. Melalui pengujian inilah seseorang guru mengetahui tahap pencapaian pelajar mereka. Oleh itu kecekapan guru untuk membina alat pengujian yang baik sangat mustahak bagi menjamin keberkesanan pengajaran dan pembelajaran para pelajar. 1.2 Pengukuran Pengukuran didefinisikan sebagai suatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numerik(melalui angka) tentang sebanyak mana pelajar mempunyai sesuatu ciri yang diukur
  • 3. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  3 dengan menggunakan alat tertentu atau proses menentukan sejauhmana seseorang individu memiliki ciri-ciri tertentu. Untuk lebih mudah difahami tentang prestasi dan keupayaan seseorang individu kita menggunakan sesuatu pengukuran berbentuk angka, misalnya peratus ujian sains adalah untuk menggambarkan prestasi pelajar dalam subjek tersebut. 1.3 Pentaksiran Pentaksiran boleh didefinisikan sebagai proses mendapatkan maklumat dan menggunakannya untuk membuat keputusan tentang pelajar, kurikulum, program atau dasar. Pentaksiran ialah aktiviti pelengkap dalam sesuatu pengajaran. Ianya dilaksanakan secara formal atau tidak formal semasa pengajaran berjalan sama ada secara sedar atau tidak. Aktiviti pentaksiran bergerak seiring dengan aktiviti pengajaran serta mempunyai tujuan dan peranan yang tertentu seperti untuk tujuan formatif, sumatif, diagnostik atau penerokaan. Mentaksir kebolehan pelajar secara ujian merupakan satu kemestian dalam pengajaran. Ujian yang dilaksanakan terdiri dari pelbagai bentuk iaitu objektif dan subjektif. Secara umumnya pentaksiran membawa maksud yang berbeza daripada penilaian, iaitu skop pentaksiran lebih luas daripada penilaian. Dalam pentaksiran sudah termasuk elemen penilaian formal dan tidak formal.
  • 4. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  4 1.4 Penilaian Penilaian dilakukan dengan pelbagai matlamat. Ia juga dianggap sebagai satu cara untuk mendapatkan bukti yang tepat tentang sesuatu perkara. Ia seringkali digunakan dalam sebarang kaedah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Justeru ia dianggap sebagai proses membuat pertimbangan atau keputusan dalam memberikan nilai, mutu, kualiti atau harga bagi sesuatu benda atau perkara. Menurut Stufflebeam(1971), penilaian sebagai proses menerangkan sesuatu secara terperinci melalui mencari dan memberi maklumat yang berguna dalam mempertimbangkan alternatif-alternatif keputusan. Menurut Gay(1985), penilaian ialah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah tercapai. Popham(1975) menyatakan penilaian yang sistematik perlu mempunyai satu tafsiran yang formal tentang nilai fenomena pendidikan. Dalam bidang pendidikan penilaian mencakupi aspek-aspek hasil pengajaran dan pembelajaran dan juga hasil sesuatu program pengajian. Selain data kuantitatif penilaian juga boleh dibuat melalui data berbentuk kualitatif misalnya melalui pemerhatian atau temubual. Secara ringkasnya penilaian merangkumi tiga proses utama iaitu, mengukur, menganalisis ukuran dan menginterpretasikan ukuran. Latihan 1. Dapatkan maklumat lanjut dari laman web http://www.gao.gov/special.pubs/pe1014.pdf 2. Jelaskan perbezaan antara pengujian,pengukuran,penilaian dan pentaksiran.
  • 5. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  5 2.0 TUJUAN PENTAKSIRAN Matlamat utama pentaksiran yang dilaksanakan adalah untuk memperbaiki proses pengajaran dan pembelajaran. Ianya sudah tentu akan memberikan manfaat kepada bukan sahaja guru tetapi juga pelajar, ibu bapa serta pembuat dasar di kementerian pelajaran. Hasil penilaian yang dijalankan dapat dijadikan asas oleh guru untuk mengambil sebarang keputusan berkait dengan proses pengajaran demi untuk meningkatkan keberkesanannya. Secara umumnya tujuan pentaksiran atau penilaian yang dilaksanakan adalah untuk mendapatkan Maklum balas,membuat pelaporan, penempatan, merancang aktiviti serta penggredan. 2.1 Maklum balas Penilaian yang dilakukan oleh guru dapat memberikan maklum balas kepada guru tentang tahap penguasaan pelajar terhadap pengetahuan dan kemahiran yang telah diajar. Selain itu penilaian juga dapat memberi maklum balas tentang masalah yang dihadapi oleh pelajar. Guru dapat mengenal pasti kemajuan seseorang pelajar serta tahap kecerdasan dan kecepatan seseorang pelajar. Seterusnya guru dapat mengambil tindakan yang bersesuaian bagi menangani sebarang masalah pelajarnya. Penilaian yang dijalankan sepanjang tempoh pengajaran dan pembelajaran dapat menunjukkan kemajuan pelajar dalam satu jangka masa tertentu. Ianya dapat memberi maklum balas kepada guru tentang masalah yang dihadapi
  • 6. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  6 pelajar seterusnya mengambil tindakan serta pendekatan yang paling sesuai untuk membantu pelajar. 2.2 Pelaporan Hasil penilaian yang dilaksanakan oleh guru seharusnya dikongsi bersama oleh pelajar, ibu bapa serta pihak kementerian. Justeru satu bentuk pelaporan yang standard perlu disebarkan bagi makluman dan tindakan seterusnya. Laporan yang dihasilkan juga boleh membantu pelajar menyedari tahap kendiri serta prestasi masing-masing yang menyumbang kepada motivasi mahu pun tindakan penambahbaikan. Kepada ibu bapa ianya sangat mustahak bagi mengenalpasti dan maklumat sebenar berkaitan prestasi anak-anak mereka. Kerjasama ibu bapa di rumah bagi membantu anak-anak dalam menguasai pengetahuan dan kemahiran sangat membantu pelajar bagi meningkatkan pencapaian mereka. Kepada pihak PPD, JPN serta kementerian ianya sangat membantu dalam menggubal atau menambahbaik kurikulum yang sedia ada serta memperkenalkan pembaharuan di mana-mana yang perlu dalam sistem pendidikan negara. 2.2 Penempatan Tujuan penilaian juga adalah untuk memilih dan menempatkan pelajar mengikut tahap penguasaan dan kemahiran mereka. Ia juga bertujuan untuk menentukan aliran serta kecenderungan mereka dalam bidang yang berbeza-beza. Secara lebih khusus guru perlu menempatkan pelajar dalam kumpulan yang sesuai supaya guru dapat menyesuaikan pula dengan kaedah dan
  • 7. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  7 pendekatan yang diambil semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.4 Perancangan Pentaksiran yang dijalankan juga dapat menggambarkan tahap penguasaan pelajar dalam isi kandungan serta kemahiran yang dikuasai. Ini akan membantu guru merancang aktiviti serta mengambil tindakan yang sewajarnya serta bersesuaian dengan pelajar berkaitan. Perancangan jangka pendek dan jangka panjang akan membantu guru mencapai target yang ditetapkan atau yang harus dicapai. 2.5 Penggredan Penilaian sumatif yang dilaksanakan memerlukan intepretasi yang lebih terperinci terutamanya bagi menentukan tahap pencapaian pelajar dalam sesuatu subjek atau kemahiran. Untuk itu pelajar perlu diberi gred bagi memudahkan pihak ketiga mengenal pasti keupayaan pelajar terutama apabila memilih aliran atau untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Latihan 1. Bagaimanakah penilaian dapat membantu memperbaiki pengajaran dan pembelajaran? 2. Mengapakah penilaian perlu dijalankan dalam bilik darjah?
  • 8. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  8 Ringkasan Pengujian: Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur pencapaian pelajar yang biasanya dibuat secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan pencapaian pelajar dalam sesuatu sesi pembelajaran. Pengukuran:Proses/prosedur yang sistematik bagi mengukur perubahan tingkah laku pelajar yang boleh dibuat secara pemerhatian, lisan atau secara bertulis. Tujuan pengujian ialah untuk menentukan perubahan tingkah laku pelajar, termasuk pencapaian akademik, penguasaan kemahiran dan sikap pelajar. Penilaian: Proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap. Pentaksiran: Proses/prosedur yang sistematik bagi mendapatkan maklumat dan membuat pertimbangan tentang hasil pembelajaran.
  • 9. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  9 TAJUK 2 Bidang pentaksiran dan Bentuk pentaksiran. SINOPSIS Topik ini membincangkan mengenai bidang pentaksiran dan bentuk pentaksiran yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti bidang pentaksiran dalam pendidikan sains. 2. Menentukan bentuk pentaksiran dalam pengajaran sains di sekolah- sekolah rendah. KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 1.0 Kerangka tajuk Pentaksiran Bidang Pengetahuan Kemahiran Sikap saintifik dan nilai murni Bentuk Formatif Sumatif Autentik
  • 10. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  10 ISI KANDUNGAN 2.1 Bidang Pentaksiran Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara aspek-aspek penting dalam pendidikan di Malaysia ialah untuk melahirkan warga negara yang berpengetahuan dan berkemahiran serta memiliki nilai murni. Manakala bagi subjek sains aspek satu lagi aspek penting ialah untuk diterapkan ialah tentang sikap saintifik. Oleh itu pentaksiran yang dilaksanakan bertujuan menyemak sejauh mana bidang-bidang tersebut dapat dikuasai oleh murid-murid. 2.1.1 Pengetahuan Pengetahuan atau ilmu (Knowledge) merujuk kepada kefahaman manusia terhadap sesuatu perkara, yang mana ia merupakan kefahaman yang sistematik dan diusahakan secara sedar. Pada umumnya, ilmu mempunyai potensi untuk dimanfaatkan demi kebaikan manusia. Ilmu merupakan pemahaman bermakna ataupun sesuatu yang memberikan makna kepada diri individu apabila datangnya sesuatu sumber maklumat yang dikatakan berkaitan dengan sesuatu kajian ataupun memerlukan kefahaman.Ilmu adalah berbeza dengan maklumat iaitu sesuatu maklumat tidak bererti atau bermakna sekiranya ia tidak dapat dijadikan makna atau mendatangkan makna kepada seseorang contohnya data-data dari komputer (binary code) tidak bermakna sekiranya tidak dirangkumkan untuk dijadikan perisian yang berguna kepada manusia dan ianya hanya akan kekal sebagai data. Bagi subjek sains pengetahuan adalah berasaskan kepada metodologi empirikal, bermakna ilmu sains berkembang melalui penerokaan,
  • 11. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  11 penyiasatan dan eksperimen. Disiplin sains menekankan kepada dapatan- dapatan atau bukti-bukti yang konkrit seterusnya membina teori-teori dan konsep-konsep sains yang seterusnya berkembang membentuk pengetahuan baru kerana ilmu itu adalah sesuatu yang dinamik. Sebagai satu bidang ilmu pengetahuan, sains membekalkan satu rangka konsep yang membolehkan kanak-kanak memahami alam sekeliling mereka. Ilmu pengetahuan sains ini akan menjadi lebih bermakna kepada murid jika mereka dibantu menghubungkan fakta dan konsep, membuat pengitlakan dan mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada. Ini membolehkan mereka memahami situasi dan maklumat baru. Berasaskan kaedah inkuiri, sains dapat memperkembangkan kemahiran untuk menyiasat alam sekitar mereka di samping mendapatkan ilmu pengetahuan. Inkuiri secara saintifik juga memerlu dan membolehkan murid memperkembangkan sikap yang positif. 2.1.2 Kemahiran Kemahiran proses sains perlu ditekankan kerana pertama, nilai penguasaan kemahiran proses sains dari segi intelek adalah lebih tinggi daripada semata-mata penguasaan fakta dan prinsip sains. Kemahiran proses yang dipelajari dalam sains adalah sebenarnya boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian kita. Apabila murid-murid telah menguasai kemahiran ini, mereka boleh mengemukakan soalan dan mencari jawapan tentang alam sekeliling serta membentuk idea dan konsep dengan sendiri .Kedua, menurut kajian yang telah dijalankan oleh beberapa universiti di luar negara, mendapati murid-murid membentuk idea masing-masing tentang fenomena alam semulajadi sejak kecil lagi. Oleh itu, mereka sebenarnya bukanlah semata-mata mempelajari sesuatu yang baru di
  • 12. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  12 sekolah tetapi membina atau mengubahsuai pengalaman yang sediada melalui pendekatan inkuiri yang digunakan oleh guru. Kemahiran Proses Sains terbahagi kepada: * Memerhati * Mengelas * Mengukur dan menggunakan nombor * Membuat inferens * Meramal * Berkomunikasi * Menggunakan perhubungan ruang dan masa * Mentafsir maklumat * Mendefinisikan secara operasi * Mengawal pembolehubah * Membuat hipotesis * Mengeksperimen 2.1.3 Sikap saintifik Sikap saintifik ialah merujuk kepada sikap yang perlu ada pada seseorang khususnya pelajar-pelajar kearah membentuk pemikiran, kemahiran dan sikap sesuai sebagaiamana seorang saintis. Terdapat beberapa sikap saintifik yang perlu ada iaitu; 1. Bersikap inkuiri 2. Mempunyai objektif (Objectivity) 3. Berfikiran terbuka (Open-mindedness) 4. Perseverance 5. Kemanusiaan (Huminity) 6. Sanggup menerima kegagalan (Ability to accept failure). 7. Skeptikal
  • 13. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  13 2.2 Bentuk Pentaksiran 2.2.1 Penilaian Formatif  Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.  Maklumat yang diperoleh daripada penilaian formatif dapat memberi maklum balas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai.  Maka guru dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.  Guru juga boleh menilai kemajuan murid dalam pelbagai aspek termasuk aspek-aspek yang tidak dapat dinilai secara berpusat. 2.2.2 Penilaian Sumatif  Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir tahun atau pada akhir semester.  Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaian seorang murid dengan murid lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan.  Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR, SPM dan STPM biasanya dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.  Keputusan penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian murid di seluruh negara.
  • 14. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  14 2.2.3 Autentik Pentaksiran autentik menurut Pert (1990) merupakan bentuk penilaian yang berdasarkanpencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh kanak-kanak di dalam bilik darjah. Pentaksiran autentik ini meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial, sikap terhadappersekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.- Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses yang melibatkanpelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh mereflek tahap pembelajaran pelajar,kejayaan, motivasi dan sikap pada aktiviti yang releven.- Kepentingan PentaksiranAutentikdan PentaksiranPerformance BasedAutentik - Menghendaki pelajar menggunakan pengetahuan dengan bermakna - Menghendaki pelajar mahir menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan,penyelidikan, perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis) - Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan penambahbaikan melaluipemikiran kritis dari masa ke semasa dalam memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. - Merangsang pelajar menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yangada dalam dunia sebenar. - kurang kepada kertas dan pensel lebih kepada amali, portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen
  • 15. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  15 Latihan Jawab soalan-soalan berikut. 1. Kurikulum Sains Rendah mengintegrasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Dengan merujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara cuba kenal pasti perkara- perkara tersebut. 2. Cadangkan satu contoh aktiviti penilaian dan bidang yang dinilai dengan melengkapkan jadual berikut; Bidang Contoh Aktiviti Penilaian
  • 16. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  16 TAJUK 3 Alat pentaksiran SINOPSIS Topik ini membincangkan mengenai alat-alat pentaksiran yang digunakan untuk tujuan penilaian dan pentaksiran sains sekolah rendah. HASIL PEMBELAJARAN 1.Mengenal pasti alat-alat pentaksiran yang digunakan dalam pengajaran sains di sekolah-sekolah rendah. 2. Menjelaskan bagaimana alat-alat tersebut digunakan sesuai dengan tujuan dan aktiviti pentaksiran. KERANGKA TAJUK-TAJUK Rajah 1.0 Kerangka tajuk Alat Pentaksiran Potfolio Sampel Kerja Pelajar Contoh: Jurnal Buku Nota Laporan amali Peta Konsep Projek Aktiviti Bilik Darjah Cth: Perbincangan Sumbang saran Teknik Penilaian Kumpulan Ujian Kertas Pensel Ujian objektif Ujian Subjektif
  • 17. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  17 ISI KANDUNGAN 3.0 Alat-alat Pentaksiran 3.1 Portfolio Portfolio pelajar adalah dokumen yang merupakan koleksi bukti-bukti yang disediakan oleh pelajar untuk menunjukkan penguasaan, kefahaman, aplikasi dan sintesis konsep-konsep sains. Pentaksiran menggunakan strategi portfolio mengambil masa yang agak lama namun dapat memberi ruang kepada pelajar untuk mendalaminya. Bagi menyediakan portfolio yang berkualiti pelajar perlu menyusun, sintesis dan menerangkan dengan jelas apa yang telah dipelajari. Oleh itu portfolio merupakan refleksi pelajar keatas proses pembelajaran mereka sendiri. 3.2 Sampel kerja pelajar Hasil kerja pelajar boleh digunakan sebagai alat pentaksiran. Antara hasil kerja pelajar yang boleh digunakan sebagai bukti pembelajaran pelajar dan dinilai ialah; a. Jurnal Jurnal pembelajaran adalah koleksi nota, pemerhatian, pemikiran dan bahan yang relevan dimana telah dibina dalam satu jangka masa tertentu. Jurnal pembelajaran membantu pelajar membuat refleksi pembelajaran dan berpeluang untuk berkomunikasi mengenai proses berfikir tentang apa yang telah dilakukan. Ia adalah bersifat peribadi kepada pelajar berkenaan dan menggambarkan personaliti, kecenderungan dan pengalaman seseorang pelajar. b. Buku Nota Bahan-bahan pembelajaran samada yang disampaikan oleh pelajar atau dicari sendiri oleh pelajar dikumpul sebagai nota subjek. Berdasarkan buku nota tersebut penilaian boleh dilakukan dari
  • 18. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  18 aspek adakah nota itu lengkap, merangkumi semua topik dan maklumat yang detail. Persembahan nota juga boleh dinilai samada tersusun, menggunakan pengurusan grafik, jelas dan menarik c. Laporan amali Laporan amali adalah satu laporan berformat yang dibuat selepas selesai sesuatu sesi amali atau penyiasatan sains. Kandungan laporan amali adalah terdiri dari tujuaneksperimen, prosedue, keputusan dan perbincangan. Laporan amali berfungsi sebagai alat yang efektif dalam usaha memberi makna kepada apa yang telah dilakukan oleh pelajar semasa sesi amali. d. Peta Konsep Otak manusia boleh diibaratkan sebagai hutan di mana terdapat puluhan ribu pohon dengan ratusan ribu cabang besar, jutaan dahan dan ranting. Peta konsep dibuat dengan cara yang sama seperti pohon yang mempunyai cabang-cabang dan ranting. Dalam menyusun peta konsep otak kiri dan otak kanan dilibatkan. Ketika informasi baru diserap dengan menggunakan peta-peta konsep, kapasiti penyimpanan akan meningkat.Peta konsep atau peta pembelajaran adalah cara dinamik untuk menangkap fakta-fakta utama informasi yang signifikan. Mereka menggunakan format global atau umum, yang memungkinkankan informasi ditujukan dalam cara mirip seperti otak kita berfungsi dalam pelbagi arah secara serentak. Dengan demikian, proses menyajikan dan menangkap isi pelajaran dalam peta-peta konsep mendekati operasi asas dalam berfikir tentang suatu subjek secara global dan memungkinkan keluwesan pemikiran .
  • 19. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  19 e. Projek Kaedah projek yang diasaskan oleh John Deney, menggalakkan pelajar mempelajari sesuatu melalui pengalaman, permerhatian dan percubaan. Biasanya kaedah ini memberi peluang kepada pelajar menggunakan kemudahan alat deria mereka untuk membuat pengamatan dan penanggapan secara berkesan. Kaedah ini member peluang kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti, imaginasi dan bakat mereka dalam menyiapkan tugasan yang telah diberikan oleh guru mengikut cara mereka sendiri. Pelajar merasa seronok menjalankan ujikaji aktiviti lain yang dilakukan dalam situasi sebenar dan bermakna. 3. Aktiviti bilik darjah Aktiviti-aktiviti dalam bilik darjah seperti pembentangan, perbincangan, dan sumbang saran dapat dijadikan sebagai alat pentaksiran melalui pemerhatian oleh guru atau penilaian rakan sebaya. Untuk tujuan pelaksanaan pentaksiran guru perlu bersedia untuk membuat pemerhatian denganmembuat keputusan tentang jenis tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran yang ingin diperhatikan. Masalah yang mungkin timbul dalam penilaian berdasarkan pemerhatian adalah unsur subjektif ketidakadilan. Masalah ini sebenarnya tidak akan timbul sekiranya tingkahlaku yang ingin diperhatikan diberi definisi secara objektif dan boleh dilihat sebagai ada atau tiada. Sebagai satu panduan dalam menggunakan kaedah pentaksiran ini, berikut adalah perkara-perkara yang perlu dilakukan ialah dengan memahami asas pemerhatian dan membezakan di antara tingkahlaku yang subjektif dan objektif. Pemerhati juga perlu membezakan di antara deskripsi dan membuat inferens. Supaya lebih tekal dan sistematik pemerhati perlu menyediakan borang pemerhatian untuk merekod kekerapan sesuatu tingkahlaku, tindakan, dan kemahiran itu timbul.
  • 20. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  20 4. Ujian kertas pensel. Pentaksiran menggunakan alat ujian kertas dan pensel amat popular untuk mendapat maklumbalas atau data mengenai prestasi pelajar. Ujian boleh dibina samada ujian objektif atau ujian subjektif. Penggunaan ujian gemar digunakan oleh penilai kerana ia boleh digunakan dalam jangka masa yang singkat dan mudah dikendalikan. Cabaran utama penggunaan alat ini ialah dalam pembinaan item ujian samada objektif dan subjektif. Soalan-soalan yang dibina perlu berkualiti, menepati sukatan pelajaran dan memenuhi dari aspek kesahan dan keboleh percayaan. Latihan Jawab soalan-soalan berikut; 1. Ada pandangan yang mengatakan bahawa sekiranya tiada penilaian dan pentaksiran murid-murid tidak akan serius dalam pembelajaran mereka. Apa komen anda? 2. Laporan amali atau eksperimen perlu digabungkan dengan pantaksiran pemerhatian. Adakah anda bersetuju dengaan pendapat tersebut dan beri justifikasi anda. 3. Penilaian secara ujian pen dan pensel lebih mudah dan lebih baik berbanding potfolio. Beri komen anda. 4. Pendekatan semasa yang mementingkan alat ujian dan peperiksaan tidak menggalakkan kreativiti dalam kalangan pelajar. Apa pendapat anda? Kini pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah mula beralih kepada Penilaian Berasaskan Sekolah. Jelaskan implikasinya kepada tugas guru di sekolah.
  • 21. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  21 TAJUK 5 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan berkaitan objektif ujian,tempoh masa dan jenis ujian, jadual spesifikasi ujian, taksonomi Bloom dan taksonomi SOLO. HASIL PEMBELAJARAN 1. Mengenal pasti beberapa objektif ujian yang dilaksanakan di sekolah. 2. Mengenal pasti tempoh masa dan jenis ujian yang biasa dijalankan di sekolah 3. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan jenis ujian yang akan dilaksanakan. 4. Mengkaji dan memahami taksonomi SOLO dan taksonomi Bloom KERANGKA TAJUK Rajah 2 : Kerangka Tajuk-Tajuk Reka Bentuk dan Pembinaan Ujian Objektif ujian Tempoh masa dan jenis ujian jadual spesifikasi ujian Taksonomi SOLO dan Taksonomi Bloom
  • 22. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  22 ISI KANDUNGAN 5.1 Objektif Ujian Dalam pembinaan ujian langkah pertama ialah menentukan tujuan atau objektif ujian tersebut. Perkara ini sangat penting kerana ia akan menentukan bagaimana jadual spesifikasi ujian akan disediakan. Dalam konteks bilik darjah, tujuan ujian dikelaskan kepada empat iaitu ujian penempatan, ujian diagnostik, ujian formatif dan ujian sumatif. Ujian penempatan bertujuan untuk memperoleh maklumat yang dapat digunakan untuk menempatkan murid dalam kumpulan tertentu. Ujian diagnostik pula bertujuan untuk menentukan punca masalah supaya langkah pemulihan dapat diambil dengan segera dan betul. Ujian formatif bertujuan untuk menentukan kemajuan murid serta tahap penguasaan mereka dalam pelajaran. Ujian sumatif pula mengukur pencapaian murid pada akhir tahun atau pada akhir sesuatu kursus untuk tujuan penggredan dan pemeringkatan. 5.2 Tempoh Masa dan Jenis Ujian Secara umumnya terdapat dua jenis ujian berdasarkan tujuan penilaian itu dibuat, iaitu ujian rujukan norma dan ujian rujukan kriteria. Ujian rujukan norma dijalankan bagi membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid yang lain dalam satu ujian yang sama. Ujian rujukan norma biasanya meliputi satu bidang pelajaran yang luas dan selalunya untuk penilaian sumatif. Ia juga digunakan untuk mengukur perbezaan pencapaian individu. Ujian ini disediakan menggunakan jadual spesifikasi ujian serta merangkumi pelbagai tahap kesukaran untuk mendapatkan diskriminasi maksimum antara calon.
  • 23. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  23 Ujian rujukan kriteria pula digunakan untuk membandingkan pencapaian dengan kriteria yang ditentukan. Ia lebih tertumpu pada tugas-tugas pembelajaran yang terhad. Bagi menyediakan ujian ini kriteria secara terperinci perlu disediakan. Taraf mutlak menentukan peringkat pencapaian calon. Ia digunakan dalam penilaian formatif iaitu untuk mengukur penguasaan sesuatu kemahiran. Peringkat kesukarannya hampir sama. 5.2.1 Ujian Pencapaian Ujian pencapaian ialah ujian yang digubal oleh guru bagi mengukur sejauh mana sesuatu kumpulan murid atau seseorang murid berkenaan telah menguasai sesuatu topik yang telah dipelajari. Ujian pencapaian boleh dijalankan dalam bentuk membuat perbandingan dengan pelajar lain dalam sesuatu bilik darjah (rujukan norma) atau membuat rujukan tertentu bagi sesuatu aras dalam topik (rujukan kriteria) sesebuah dalam kurikulum. Kebanyakan pembinaan ujian pencapaian serta penskoran adalah berteraskan ujian rujukan norma. Ujian pencapaian boleh digunakan untuk mengukur aspek pencapaian akademik, attitud, siasah, minat, sikap dan sebagainya. Ujian pencapaian akademik dapat mengukur kebolehan, pengetahuan serta kemahiran pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Ujian ini dibina oleh guru dan pada peringkat institusi seperti Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM). Penggubalan pada peringkat perseorangan dikenali ujian di bilik darjah. Manakala bagi pencapaian peringkat pusat dikenali sebagai UPSR, PMR, SPM, STPM dalam sebagainya. 5.2.2 Ujian Kecerdasan Ujian kecerdasan dikenali juga ujian mental. Ujian ini cuba mengukur perbezaan di antara individu. Ujian ini banyak mengalami perubahan serentak dengan perkembangan bidang psikologi. Sejarah ujian ini bermula sejak tahun 1796.
  • 24. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  24 Ujian ini mula berkembang sejak Galton pada tahun 1969 apabila beliau cuba mengukur ketajaman deria, gambaran mental serta pencapaian intelektual di antara pelajar genius. Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam mengukur aspek mental termasuklah Wundt, Cattell d n Binet (Abu Bakar, 1986). Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah skala Binet-Simon. Bagi kanak-kanak ujian kecerdasan tidak menekankan aspek kebahasaan. Ujian ini mencerminkan pengalaman pada peringkat kanak-kanak. Ujian kecerdasan memberikan bukti secara tidak langsung tentang potensi yang ditunjukkan murid- murid berdasarkan prestasinya. Ujian ini kerap digunakan untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian kecerdasan lain seperti Ujian IQ, Skala Stanford-Binet, Weschler, Ujian Lorge- Thorndike dan lain-lain. 5.2.3 Ujian Prestasi Ujian prestasi memerlukan para pelajar membuat beberapa tugasan lain sebagai tambahan kepada menjawab soalan. Penekanan yang diberikan tertumpu kepada kebolehan murid-murid melakukan sesuatu tugasan yang diberi berbanding hanya menjawab soalan sahaja. Hal ini kerana maklumat personaliti seseorang tidak bernilai jika dia menyedari bahawa dia sedang dinilai. Dengan itu dia akan melakukan dengan sebaik yang mungkin. Dalam konteks ujian prestasi, tidak ada gerak balas boleh dianggap sebagai `baik’. Misalnya tidak ada ukuran baik atau buruknya minat seseorang itu pada dunia perladangan. Individu yang berminat boleh meneruskan ladang dan sebaliknya boleh memilih bidang lain yang bersesuaian dengan minatnya. Pada umumnya, ujian prestasi adalah rumit. Guru bebas menggunakan apa sahaja kaedah seperti pemerhatian atau laporan kendiri untuk mendapatkan maklumat pelajar. Pemerhatian boleh dilaksanakan semasa murid melaksanakan tugas yang diberikan, misalnya perbincangan kumpulan, peranan murid dalam aktiviti. Manakala melalui laporan kendiri pelajar sendiri menilai diri sendiri melalui soal selidik tertentu yang menilai peribadi diri.
  • 25. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  25 5.2.4 Ujian Diagnostik Ujian ini mengenal pasti sesuatu perkara atau masalah yang berlaku dalam pengajaran dan pembelajaran dan menentukan punca-punca yang menyebabkan masalah berkenaan berlaku. Pentadbiran ujian ini bertujuan untuk menentukan kedudukan murid dalam pelajarannya dan mengenal pasti sebab- sebab berlakunya kelemahan murid dalam pembelajarannya. Apabila sesuatu sebab dapat dikenal pasti maka tindakan selanjutnya dalam merancang dan memulihkan keadaan yang berlaku dapat dilaksanakan. Ciri-ciri ujian diagnostik termasuklah ujian tidak memberikan skor atau gred kepada murid. Disebabkan ujian ini untuk memperbaiki kelemahan tertentu, maka ujian ini dilaksanakan pada masa pengajaran dan pembelajaran masih berjalan bukan pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat daripada ujian dalam ujian ini diterjemahkan dalam bentuk profil individu berasaskan skor tentang aspek-aspek pembelajaran. Profil yang dibuat dapat memperlihatkan kepada guru tentang aspek yang belum dikuasai sepenuhnya oleh murid-murid. Contoh ujian diagnostik seperti ujian menilai bacaan murid yang bertujuan mengenal pasti kemahiran murid untuk mengenal huruf dan menyebut huruf. Ujian ini penting kerana ia dapat mengenal pasti kelemahan murid dan ini memberikan peluang kepada guru untuk menjalankan langkah pemulihan kepada murid-murid berkenaan. Di samping mengadakan secara formal iaitu melibatkan pensel dan kertas, ujian ini juga boleh dijalankan secara soal jawab, inventory, pemerhatian dan tugasan dari semasa ke semasa.
  • 26. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  26 5.2.5 Ujian Kecekapan Ujian kecekapan ialah ujian yang digunakan oleh seseorang guru untuk menguji kebolehan atau kecekapan seseorang murid atau calon dalam melaksanakan sesuatu tugas atau aktiviti yang diberikan. Lazimnya ujian ini melibatkan penggunaan instrumen yang konkrit seperti penggunaan gambar dan radas serta tidak semata-mata tertumpu kepada aspek bahasa dan pensel-kertas melainkan sewaktu mendapatkan arahan. Contoh ujian kecekapan seperti ujian pada peringkat pra-persekolahan dengan meminta murid mencantum-cantumkan perkataan dengan gambar yang diberikan atau membina semula gambar dengan lengkap daripada potongan-potongan gambar yang diberi atau menjalankan uji kaji menggunakan radas tertentu. 5.2.6 Ujian Bakat Ujian yang dikaitkan dengan aktiviti membuat telahan ke atas calon. Suatu waktu dahulu bakat dikenal sebagai kebolehan istimewa semulajadi yang dimiliki oleh seseorang individu. Pada umumnya ujian bakat dapat dibahagikan kepada dua kumpulan, iaitu: (i) ujian bakat yang berasaskan kajian secara besar-besaran. Misalnya pada tahun 1930, kajian yang dijalankan oleh Universiti Minnesota tentang bakat mekanikal; dan (ii) ujian bakat yang berasaskan kepada tujuan sesuatu ujian itu dijalankan bagi keperluan tertentu. Pada umumnya, ujian ini memberikan maklumat asas dalam membuat telahan prestasi masa depan calon. Ujian ini lazimnya digunakan untuk pemilihan calon melakukan pekerjaan tertentu, kemasukan ke program latihan, permohonan biasiswa dan sebagainya. Ujian ini juga digunakan bagi tujuan mengelompokkan individu dalam kumpulan tertentu mengikut kebolehan calon atau individu.
  • 27. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  27 5.2.7 Ujian Personaliti Ujian personaliti ialah ujian yang disediakan untuk mengenal pasti potensi diri, personaliti, tahap kemahiran, keupayaan , minat, nilai dan sikap seseorang yang diukur melalui alat-alat (instrumen psikologi) yang berbentuk ujian, inventori, indikator dan indeks. Contoh ujian personaliti seperti Ujian Keirsey Temperament. 5.2 Jadual Spesifikasi Ujian Jadual spesifikasi ujian(JSU) merupakan pelan utama kepada penggubal item ujian. JSU merupakan satu jadual dua hala yang membekalkan maklumat- maklumat penting kepada penggubal ujian. Maklumat yang didapati dalam JSU ialah: 1. Tajuk atau topik yang akan diuji 2. Bentuk dan panjangnya ujian 3. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji 4. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu. 5. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran. 6. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji. 7. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif. 8. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab. 9. Bilangan item mengikut tajuk,kemahiran dan aras kesukaran.
  • 28. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  28 Bilangan item ujian bagi setiap topik ditentukan oleh jumlah masa yang diperuntukkan untuk pengajarannya di bilik darjah. JSU juga menetapkan bilangan soalan senang, sederhana dan sukar mengikut aras kesukarannya. Secara umumnya JSU mempunyai kepentingan yang tidak dapat disangkalkan antaranya: 1. Mengelakkan ujian yang dibuat secara sembarangan 2. Menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian 3. Satu panduan dan penentu kepada penggubal ujian 4. Menentukan bidang serta pemberatan yang akan diberi dalam sesuatu ujian 5. Memantapkan taraf serta aras kesukaran dari semasa ke semasa 6. Membolehkan perbandingan dibuat antara satu ujian dengan ujian yang lain 7. Membolehkan sesuatu ujian dibina oleh penggubal soalan yang lain. Bagi memudahkan guru menyediakan JSU ada beberapa langkah yang perlu diikuti; Langkah pertama 1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji 2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar. Langkah dua 1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format) 2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik. Langkah tiga 1. Menentukan aras kesukaran 2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)
  • 29. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  29 3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom. Langkah empat 1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji. 2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format) Langkah Lima 1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen 2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah) 3. Menetapkan pemarkahan. Langkah enam 1. Menyatakan matapelajaran 2. Tingkatan atau kelas 3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk. Berikut adalah satu contoh bentuk JSU ringkas Jenis soalan : Objektif Bil Topik Pengetahuan Kefahaman Aplikasi Jumlah 1 a 1 2 2 2 b 3 , 4 5 3 3 c 6 7, 8, 9 10 5 10
  • 30. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  30 5.3 Taksonomi Bloom Taksonomi ialah kajian tentang prinsip, peraturan, dan amalan dalam pengelasan organisma berdasarkan persamaan dan perbezaan sifat organisma itu. Dalam bidang pendidikan, taksonomi ialah satu model yang biasa digunakan untuk menganalisis bidang-bidang pendidikan. Ia berkaitan dengan objektif- objektif pendidikan yang melibatkan bidang-bidang seperti pengetahuan, sikap dan psikomotor. Terdapat tiga domain dalam pendidikan iaitu yang pertama domain kognitif yang melibatkan pemikiran pelajar yang menekankan aspek intelektual seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain afektif pula melibatkan perkembangan sikap, perasaan ,emosi, nilai pelajar seperti minat, sikap, apresiasi dan cara penyesuaian diri. Seterusnya adalah domain psikomotor yang melibatkan perkembangan kemahiran fizikal pelajar. Domain Kognitif Taksonomi Bloom merupakan satu aras yang digunakan sebagai elemen di dalam pentaksiran. Ia pertama kali diperkenalkan oleh Benjamin S. Bloom pada tahun 1959. Taksonomi di dalam konsep ini bermaksud cabang kognitif iaitu elemen yang melibatkan otak dan pemikiran manusia. 5.3.1 Domain Taksonomi Bloom Domain taksonomi Bloom menitik beratkan aspek kognitif atau pengetahuan. Taksonomi ini bercorak hierarki iaitu dari tahap rendah kepada tahap tinggi. Terdapat enam elemen dalam domain kognitif Taksonomi Bloom. Elemen – elemen tersebut pula telah dibahagikan kepada dua aras pemikiran iaitu pemikiran aras rendah dan pemikiran aras tinggi. Berikut adalah hierarki Taksonomi Bloom berdasarkan apa yang telah dinyatakan oleh Benjamin S Bloom.
  • 31. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  31 Rajah 1 : hierarki Taksonomi Bloom 5.3.2 Elemen-elemen dalam Aras Taksonomi Bloom Elemen pertama adalah aras pengetahuan iaitu aras taksonomi yang paling rendah. Aras ini menguji sejauh mana keupayaan pelajar untuk mengingat kembali fakta atau pengetahuan yang telah dipelajari. Terdapat tiga peringkat dalam aras pengetahuan ini iaitu yang pertama pengetahuan fakta khusus berkaitan dengan istilah berbentuk perkataan atau simbol. Aras yang kedua adalah pengetahuan tentang proses, aliran, pemeringkatan, pengkelasan, teknik atau prosedur tertentu dalam menyelesaikan masalah. Aras yang ketiga adalah pengetahuan tentang perkara yang bersifat sejagat dan abstrak dalam sesuatu bidang contohnya seperti siapa, apa, di mana, bila dan bagaimana. Ciri-ciri khusus soalan aras pengetahuan ini ialah murid perlu menggunakan proses mental untuk mengingat semula apa yang telah dipelajari seperti istilah, fakta, prinsip dan prosedur bergantung kepada apa yang telah diajar oleh guru di dalam kelas.
  • 32. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  32 Elemen yang kedua ialah aras kefahaman. Aras ini memerlukan keupayaan murid memberi huraian atau makna sesuatu perkara. Aras kefahaman ini terbahagi kepada tiga iaitu yang pertama penterjemahan yang memerlukan murid menerangkan makna tanpa menggubah makna asal. Yang kedua adalah mentafsir atau intepretasi iaitu mentafsir idea dan menerangkan idea atau maksud tersurat dalam ayat sendiri. Manakala yang ketiga adalah ekstrapolasi iaitu membuat ramalan tentang apa yang akan berlaku pada masa hadapan berdasarkan maklumat yang diberi. Ciri-ciri soalan bagi aras kefahaman adalah seperti membuat interpretasi mudah dan menunjukkan bukti kefahaman dan dapat menggunakan ayat dan maklumat untuk diubah kepada bentuk yang baru. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras kefahaman ini adalah seperti jelaskan, huraikan, terangkan, mengapakah, bezakan, nyatakan dan kelaskan. Elemen yang ketiga adalah aras aplikasi. Aras ini menguji keupayaan pelajar menggunakan konsep, teori, prinsip, hukum dan prosedur. Aras ini memerlukan murid benar-benar memahami segala konsep, teori, hukum untuk menyelesaikan masalah. Soalan aras aplikasi biasanya memerlukan penggunaan proses aplikasi mental. Soalan aras ini biasanya melibatkan tiga frasa. Perkataan yang sering digunakan dalam soalan bagi aras ini adalah seperti selesaikan, tunjukkan dan susunkan. Elemen yang berikutnya adalah aras analisis. Aras ini mengkehendaki murid untuk memecahkan sesuatu perkara kepada unsur-unsur kecil dan memperlihatkan pertalian antara unsur-unsur. Aras ini menekankan keupayaan pelajar mengenalpasti unsur – unsur dan struktur. Jenis-jenis aras analisis adalan yang pertama aras analisis unsur iaitu memerlukan murid menentukan unsur-unsur. Murid juga perlu mencari bukti untuk menyokong unsur yang sedia ada. Aras kedua adalah analisis hubungan iaitu membuat perkaitan bukti dan hipotesis. Dan yang ketiga adalah aras analisis prinsip iaitu murid perlu mengenal pasti prinsip sesuatu organisasi yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu dengan menganalisis tujuan, pandangan dan pendirian. Ciri-ciri soalan
  • 33. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  33 aras analisis ialah soalan tersebut menggunakan proses mental analisis dan memerlukan pemahaman perhubungan khasnya dengan memecahkan kepada komponen dan melihat perkaitan antara komponen. Elemen yang kelima adalah aras sintesis. Aras ini memerlukan keupayaan murid untuk menggabungkan sesuatu struktur yang lebih jelas. Kategori soalan bagi aras sintesis ini penghasilan satu komunikasi unik iaitu pembinaan suatu komunikasi dimana murid cuba menyampaikan suatu idea, perasaan atau pengalaman kepada orang lain. Contohnya kebolehan menulis dengan susunan dan gaya yang menarik untuk menyampaikan buah fikiran. Kategori yang kedua adalah penghasilan suatu rancangan atau pelan operasi dan yang ketiga adalah kategori membina suatu hubungan yang abstrak. Ia melibatkan kebolehan membina atau membangunkan set hubungan yang abstrak seperti teori, hipotesis untuk menghuraikan sesuatu fenomena atau mengklasifikasikan fakta. Contohya kebolehan membuat deduksi berdasarkan maklumat yang diberikan dan dapat membuat suatu teori daripada data atau faktor yang diberi. Elemen yang terakhir adalah aras penilaian. Aras ini menguji keupayaan murid menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui. Murid perlu membuat pertimbangan tentang nilai sesuatu idea hasil kerja penyelesaian bahan, sesuatu idea atau sebagainya. Pertimbangan dibuat dengan piawaian tertentu seperti tepat, berkesan, memuaskan, baik, buruk dan lain-lain. Ciri-ciri khusus aras penilaian ini adalah murid perlu membuat pertimbangan nilai ke atas sesuatu bahan, idea, kaedah bagi sesuatu tujuan. Membuat penelitian dan pertimbangkan sejauh mana sesuatu bahan atau kaedah memenuhi sesuatu kriteria. Pertimbangan dalam penilaian juga dikategorikan kepada dua iaitu pertimbangan dari segi bukti dalaman iaitu menilai ketepatan sesuatu, menggunakan bukti-bukti logik, ketekalan dan lain-lain. Contoh kebolehan menunjukkan kesilapan-kesilapan dari segi logik dalam sesuatu hujah yang dikemukakan oleh seseorang. Kategori kedua adalan pertimbangan dari segi kriteria luaran iaitu penilaian bahan yang merujuk kepada beberapa kriteria yang
  • 34. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  34 dipilih atau yang diingati. Contohnya perbandingan mengenai teori-teori utama, generaliasasi dan fakta mengenai kebudayaan tertentu. Rumusan Taksonomi Bloom menghuraikan aras yang terdapat dalam domain kognitif yang melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan ketrampilan berfikir. Domain kognitif ini mengandungi enam elemen yang terdiri dariapda dua aras iaitu aras pemikiran mudah dan aras pemikiran tinggi. Elemen tersebut adalah pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Elemen ini disusun secara menaik mengikut aras pemikiran iaitu dari aras mudah kepada aras pemikiran tinggi. 5.4 Taksonomi SOLO Taksonomi SOLO singkatan dari: Structure (Struktur),Observed(Pengamatan),Learning(Belajar),Outcomes(Hasil) Ini dikembangkan oleh Biggs dan Collis (1982), dan juga dijelaskan dalam Biggs dan Tang (2007)Taksonomi ini menggambarkan tahap kefahaman pelajar. Melalui lima tahap, yang menggambarkan peringkat-peringkat kefahaman pelajar ke atas sesuatu tajuk atau konsep yang dipelajari. Ada lima tahap kefahaman pelajar iaitu;
  • 35. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  35 1. Prastruktur: Di sini pelajar memperoleh maklumat yang tidak berhubungan antara satu dengan yang lain. Justeru kefahaman yang diperoleh juga secara kabur dan tidak jelas 2. Unistruktur: Menunjukkan perhubungan yang sederhana dan jelas,namun belum cukup kuat untuk memberikan penjelasan. 3. Multistruktur: Berlaku banyak perhubungan antara maklumat. Namun masih tidak dapat membuat penjelasan atau kesimpulan secara menyeluruh 4. Perkaitan: Pelajar telah dapat mengaitkan kesemua fakta dan maklumat serta dapat menjelaskan sama ada secara khusus atau pun secara menyeluruh.
  • 36. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  36 5. Abstrak: Pelajar mampu melakukan hubungan secara menyeluruh tidak hanya dalam ruang lingkup tertentu, tetapi juga merangkumi persekitarannya. Mampu melakukan generalisasi dan memindahkan prinsip-prinsip dan idea-idea yang dipelajari. Dikutip dari : http://www.learningandteaching.info/learning/solo.htm Latihan 1. Bincangkan bagaimanakah jenis dan tujuan ujian mempengaruhi pelaksanaan ujian yang dilaksanakan di sekolah sepanjang sesi pembelajaran. 2. Dengan merujuk kepada Sukatan Pelajaran Sains Tahun 5, bina satu JSU yang akan digunakan oleh guru untuk menyediakan kertas peperiksaan pertengahan tahun. 3. Bincangkan secara banding-beza antara Taksonomi Bloom dan Taksonomi SOLO.
  • 37. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  37 TAJUK 6 REKA BENTUK DAN PEMBINAAN UJIAN SINOPSIS Tajuk ini akan membincangkan berkaitan kebolehanpercayaan item ujian dan kesahan item ujian HASIL PEMBELAJARAN 1. Membincangkan kepentingan kebolehpercayaan dan kesahan bagi sesuatu item ujian. 2. Mengenal pasti jenis-jenis kebolehpercayaan dan kesahan yang berkaitan dengan item ujian. Rajah 6.0 Kerangka Tajuk Reka Bentuk dan Pembinaan ujian Kebolehpercayaan item ujian Kesahan item ujian
  • 38. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  38 ISI KANDUNGAN 6.1 Kebolehpercayaan item ujian Kebolehpercayaan ujian merujuk kepada ketekalan ujian iaitu adakah ujian tersebut dapat mengukur secara konsisten. Sebagai contoh sesuatu alat pengukur itu dikatakan boleh dipercayai atau mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia sentiasa memberikan bacaan yang sama atau konsisten setiap kali digunakan untuk mengukur. Begitu juga sesuatu ujian itu dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi jika ia memberikan markah yang sama setiap kali diuji kepada seorang pelajar yang sama. Namun demikian perlu diingat iaitu sesuatu item ujian itu mungkin mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi tetapi adakah ia dapat memenuhi objektif item tersebut(sah), iaitu apa yang hendak diukur oleh item tersebut. Satu item yang baik mestilah memenuhi kedua-dua perkara tersebut. Untuk menjamin kebolehpercayaan yang tinggi sesorang guru harus mengawal keadaan ujian supaya ia tidak menimbulkan perbezaan atau selisih antara calon. Antara langkag-langkah yang boleh diambil ialah: 1. Gunakan bahasa serta istilah yang tepat dan mudah difahami supaya calon tidak keliru. 2. Sediakan arahan yang jelas dan mencukupi. Arahan yang diberi secara lisan harus juga diberi secara bertulis. 3. Bilangan soalan harus mencukupi. Semakin banyak soalan(yang setara) semakin tinggi kebolehpercayaannya. 4. Masa yang diberikan harus mencukupi. 5. Keadaan ujian yang sama(arahan, soalan, masa dan keadaan fizikal) harus disediakan untuk semua calon. 6. Skema pemarkahan yang objektif harus disediakan dan skema yang sama digunakan untuk semua calon.
  • 39. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  39 Kebolehpercayaan sesuatu ujian dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti: 1. bilangan soalan 2. panjang soalan 3. kesukaran soalan 4. kejelasan soalan Bilangan Soalan Pada umumnya, sekiranya faktor-faktor yang lain tidak berubah, ujian yang lebih panjang mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Ini bermakna ujian yang mempunyai lebih banyak soalan adalah lebih boleh dipercayai Panjang Soalan Sekiranya masa ujian tetap, ujian yang mengandungi sebilangan besar soalan pendek akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kesukaran Soalan Pada umumnya, ujian yang mengandungi soalan yang kesukarannya sederhana akan mempunyai tahap kebolehpercayaan yang lebih tinggi. Kejelasan Soalan Soalan yang tidak jelas tugasannya akan mengurangkan tahap kebolehpercayaan ujian.
  • 40. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  40 6.1.1 Prosedur menganggar kebolehpercayaan skor ujian. Terdapat dua prosedur yang sering digunakan dalam menganggarkan kebolehpercayaan skor ujian. 1. Pentadbiran dua ujian. (a) Kaedah uji dan uji sekali lagi (Test Retest Method) (b) Kaedah ujian bentuk setara (Parallel Form Method) atau kaedah bentuk selang-seli (Alternate Form Method)  Merupakan kaedah terbaik dalam membuat anggaran kebolehpercayaan pengukuran akademik.  Kebolehpercayaan bentuk setara juga disebut sebagai teknik selang seli atau bentuk selari  Kaedah ini digunakan untuk mengelakkan calon dari mengingat item yang diuji  Skor kedua-dua ujian yang ditadbirkan kepada calon yang sama  Sekiranya kedua-dua ujian itu ditadbirkan secara bergilir, maka pekali kebolehpercayaan dipanggil sebagai pekali penyetaraan  Pekali ini menggambarkan variasi prestasi calon antara ujian pertama dengan ujian kedua. Sekiranya calon diuji dengan bentuk 1 pada satu ketika dan bentuk 2 pada ketika yang lain, kedua-dua bentuk ini adalah setara  Skornya dikorelasikan, maka kita akan dapat pekali kestabilan dan penyetaraaan  Ujian bentuk setara ini dibina secara berasingan dan mestilah memenuhi spesifikasi berikut:  sama bilangan  sama bentuk  sama arahan  sama tempoh ujian  sama format
  • 41. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  41  sama kandungan  sama julat  sama aras kesukaran  soalan berbeza 2. Pentadbiran satu ujian. Kaedah belah dua (Split half method) (a) Kaedah Belah Dua.  Pembina memberikan satu bentuk ujian kepada satu kumpulan calon.  Untuk menskorkan ujian, pembina membahagikan item kepada dua sub-ujian.  Setiap ujian mengandungi ½ daripada bilangan item yang asal.  Tujuan membahagikan kepada dua sub-ujian ialah untuk mendapatkan dua ujian yang selari mungkin. 6.2.1 Kesahan Item Ujian Kesahan ujian merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul dapat mengukur dan menilai dengan tepat. Secara ringkasnya sesuatu ujian itu dikatakan sah jika maklumat yang diperoleh adalah benar. Kesahan ujian bergantung kepada masa, situasi dan kumpulan sasaran yang diukur dan dinilai. Setiap ujian yang dibina oleh guru haruslah disemak bagi menentukan penggunaannya adalah sah setiap kali ia ditadbirkan. Kesahan ujian adalah berkaitan dengan pengertian sejauh mana markah yang diperoleh daripada sesuatu ujian itu dapat diinterpretasikan sebagai ukuran ciri, sifat atau konstruk yang telah dirancang diukur itu.
  • 42. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  42 Dalam peperiksaan, isu mengenai kesahan ujian itu difokuskan kepada soal sama ada keperluan kesahan isi kandungan sukatan pelajaran telah dipenuhi atau tidak. Secara ringkas, kesahan isi kandungan adalah berkaitan dengan isu sama ada isi kandungan sesuatu ujian itu merupakan sampel yang “representatif” bidang pengetahuan atau kemahiran yang sepatutnya diukur. Ini diambil menjadi satu indikator atau penunjuk bagi menunjukkan mutu ujian tersebut. Oleh itu sesuatu ujian itu dianggap sah selagi ujian itu dapat mengesan dan mengukur apa yang sepatutnya ia ukur. Ia juga merujuk kepada kesesuaian, keertian dan kebergunaan sesuatu inferens yang akan dibuat daripada interpretasi skor ujian itu. Kesahan boleh dibahagikan kepada tiga kategori: 1. kesahan konstruk, 2. kesahan isi kandungan, dan 3. kesahan kaitan-kriteria. Kesahan Konstruk Ujian boleh digunakan dalam berbagai keadaan dan untuk berbagai tujuan. Adalah penting kita memahami apakah keertian yang boleh diberikan kepada markah ujian yang diperoleh itu dan bagaimana ianya diinterpretasikan berkaitan seseorang individu yang mengambil ujian tersebut. Sesuatu ujian dibina untuk mengukur sesuatu konstruk. Satu ujian mungkin dibina untuk mengukur kebolehan individu menyelesaikan masalah matematik. Kebolehan menyelesaikan
  • 43. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  43 masalah matematik pada sesuatu peringkat adalah satu konstruk. Ujian bakat muzik mengukur konstruk kebolehan dalam bidang muzik dan memberi petunjuk kepada kita sama ada seseorang individu itu mempunyai kebolehan dalam bidang muzik. Ujian Fizik SPM mengukur pencapaian pelajar pada peringkat tingkatan 4 dan 5 dalam kurikulum Fizik SPM. Kesahan Kandungan Kesahan Isi Kandungan adalah aspek yang terpenting di dalam proses pembinaan ujian. Ujian adalah pensampelan yang representatif tingkah laku pelajar dalam sesuatu kurikulum, supaya markah atau skor yang diperoleh nanti daripada ujian tersebut adalah gambaran yang representatif pengetahuan dan kemahiran pelajar dalam kurikulum tersebut. Untuk memperoleh kesahan ini satu Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) dibina. Jadual ini akan mengandungi maklumat yang terperinci mengenai kurikulum yang diuji tentang isi kandungan kurikulum, kemahiran yang akan diuji, taraf kesukaran, bilangan item, dan juga wajaran atau pemberatan setiap tajuk dan subtajuk kurikulum itu. Berpegang teguh kepada JSU menjamin ujian menguji apa yang ia sepatutnya menguji. Kesahan Kaitan-Kriteria Kesahan Kaitan-Kriteria mengaitkan kesahan ujian kepada sesuatu kriteria yang ditentukan. Yang dikaitkan ialah skor ujian itu dengan kriteria. Kekuatan pertalian skor ujian dengan kriteria diukur melalui teknik korelasi. Sehubungan dengan ini terdapat dua jenis kesahan iaitu:
  • 44. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  44 1. kesahan ramalan, dan 2. kesahan serentak/semasa. Kesahan Ramalan Kesahan Ramalan berkait rapat dengan tujuan ujian, iaitu meramal sesuatu. Ia sangat-sangat bergantung kepada kebolehan skor ujian itu membuat ramalan tentang prestasi masa hadapan pelajar. Kesahan Serentak/Semasa Kesahan Serentak/Semasa merujuk kepada kesahan sesuatu ujian yang seiras dengan sesuatu ujian yang lain yang sedia ada. Pertalian korelasi di antara ujian yang baru dengan ujian yang sedia ada itu mengukur kekuatan kesahan serentak/semasa. Kesahan ini juga digunakan apabila kita memerlukan mengujudkan satu kaedah baru (yang lebih baik) untuk menggantikan kaedah lama yang sedia ada. Pertalian korelasi markah ujian yang digunakan di dalam kedua kaedah itu menggambarkan kekuatan kesahan serentak/semasa. Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria Faktor-faktor yang mempengaruhi kesahan kaitan-kriteria adalah seperti berikut: 1. Tempoh masa di antara peramal dengan kriteria. Lebih lama jarak masa, membolehkan peramal menambah ilmu dan pengalaman. Ini akan mengurangkan kesahan ramalan. 2. Kebolehpercayaan ujian yang digunakan. Kebolehpercayaan yang rendah mengurangkan kesahan.
  • 45. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  45 3. Populasi, bilangan item dalam ujian, panjang soalan dalam ujian, kejelasan soalan dalam ujian, panjang masa ujian, kesukaran ujian, semuanya mempengaruhi kebolehpercayaan ujian. Dengan itu sudah tentu akan mempengaruhi kesahan ujian. Latihan 1. Bincangkan apakah perkaitan antara kebolehpercayaan ujian dan kesahan ujian 2. Bagaimanakah kebolehpercayaan ujian dapat mempengaruhi penilaian yang dilaksanakan di bilik darjah 3. Bagaimanakah seorang guru dapat membuktikan kesahan ujian yang dilaksanakan.
  • 46. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  46 TAJUK 7 Pembinaan Ujian Objektif SINOPSIS Membuat pilihan tentang jenis ujian yang akan diberikan kepada pelajar anda bagi tujuan mengukur pencapaian mereka boleh menjadi sukar sebagaimana membina item itu sendiri. Justeru itu memilih jenis ujian itu bergantung kepada objektif yang ditetapkan terlebih dahulu. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menjelaskan definisi item objektif 2. Membincangkan format soalan objektif 3. Memperihalkan skema pemarkahan ISI KANDUNGAN Item Objektif Definisi Garis Panduan Jenis
  • 47. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  47 7.1 Definisi Item Objektif Item objektif memerlukan pelajar membuat pilihan jawapan yang betul daripada beraneka pilihan atau memberikan jawapan dalam bentuk perkataan, jawapan pendek dan melengkapkan ayat. 7.1.1 Item Lengkapkan Item jenis ini adalah dalam bentuk satu ayat dengan perkataan atau rangkai kata tertentu diganti dengan tempat kosong untuk diisi oleh pelajar. Ayat boleh mengandungi satu atau lebih tempat kosong. 7.1.2 Item Betul-Salah Satu pernyataan diberi dan calon dikehendaki membuat pilihan, iaitu sama ada dia bersetuju atau tidak dengan pernyataan itu. Item ini merupakan sejenis soalan yang paling mudah dibina. Peluang untuk mendapat jawapan adalah separuh (kelemahan utama). 7.1.3 Item Padanan Item ini memerlukan seseorang calon memilih perkara di ruang kanan dengan perkara di sebelah 7.1.4 Item Pengkelasan Item ini hampir sama dengan item padanan. Beberapa pernyataan atau tajuk diberi dan kemudian diberikan beberapa soalan berasaskan pernyataan atau tajuk tersebut. Pelajar dikehendaki memilih perkataan/rangkai kata/ pernyataan yang paling berkaitan dengannya. Huruf ditulis atau ditandakan di sebelahnya.
  • 48. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  48 7.1.5 Item Objektif Jenis Anika Pilihan Item jenis ini mestilah mempunyai tiga komponen asas yang penting; a. Stimulus/rangsangan Rangsangan dimaksudkan kepada teks, grafik, jadual, perbualan dan seumpamanya. b. Stem/ pokok soalan Pokok soalan ialah bahagian yang mengandungi tugasan dan kebiasaannya berbentuk ayat lengkap, ayat tidak lengkap dan soalan c. Pilihan/ opsyen bermaksud perkara yang diberikan sebagai jawapan berbentuk angka, simbol, frasa, gambarajah dan jadual. Komponen ini berfungsi sebagai pilihan betul dan juga pengganggu. Item jenis anika pilihan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bentuk yang berbeza antonim , sinonim ,jawapan disenaraikan ,interpretif ,mencari kesilapan cantuman dan kloz. 7.2 Garis Panduan Pembinaan Item Objektif 7.2.1 Reka Bentuk Ujian Objektif sesuatu topik dan subtopik perlu dirujuk terlebih dahulu agar tahap pengetahuan dan kefahaman murid boleh diukur secara lebih spesifik. 7.2.2 Menulis Soalan Ujian Terdapat banyak jenis item objektif ini, item aneka pilihan, mengisi tempat kosong, jawapan soalan pendek, soalan betul-salah dan soalan padanan namun pilihannya bergantung kepada hasil pembelajaran dan topik dalam sukatan pelajaran.
  • 49. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  49 Perkara berikut perlu diberi perhatian ketika menyediakan item ujian; a. Arahan bagi setiap jenis soalan mestilah mudah, ringkas dan tidak mengelirukan. b. Bahasa yang digunakan juga mestilah jelas dan tidak mengelirukan c. Menulis item soalan ini memerlukan pengetahuan yang spesifik d. Penulisan dalam bentuk negetif boleh mengelirukan pelajar dan sepatut dielakkan 7.3 Skema Pemarkahan Menilai prestasi pelajar dengan menggunakan item objektif ini amat mudah berbanding dengan penyediaan soalan. Tiada perbezaan markah dicatatkan walaupun skrip jawapan diperiksa oleh pemeriksa yang berbeza. Ujian objektif adalah dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif, pemeriksa yang berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa kertas yang sama. Grondlund,1977 Latihan 1 1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek 2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini 3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini Membuat Nota
  • 50. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  50 TAJUK 8 Pembinaan Ujian Subjektif Sinopsis Item subjektif ini mampu menguji kedalaman pengetahuan dan kemahiran pelajar terhadap sesuatu topik serta memupuk kemahiran berfikir untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Hasil Pembelajaran 1. Menyatakan definisi item subjektif secara jelas dengan mengemukakan contoh yang sesuai. 2. Menyenaraikan kata tugas yang sesuai untuk menunjukkan tugasan yang hendak diselesaikan. 3. Memperihalkan jenis-jenis item ujian subjektif Isi Kandungan Item Subjektif/ Item Esei Definisi Kata Tugas Garis Panduam Jenis
  • 51. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  51 8.1 Definisi Item subjektif merupakan satu pernyataan bersifat pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif pelajar calon melalui respon secara tulisan. 8.2 Kata Tugas Kata tugas atau kosa kata ini bermaksud arahan yang terdapat di dalam tugasan yang diberikan untuk pelajar memberi respon. Kegagalan menggunakan kata tugas yang sesuai menyebabkan pelajar gagal memberi respon yang dikehendaki oleh tugasan dan seterusnya mengganggu proses penilaian guru. Bil Kata Tugas Respon Yang Diharapkan 1. Apakah Memberi maklumat yang khusus. 2. Anggarkan Memberikan nilai kuantitatif yang dianggap sesuai dengan jangkaan. 3. Analisiskan Membuat pernyataan terperinci tentang sesuatu aspek atau perkara. 4. Bandingkan Menyatakan persamaan dan perbezaan antara dua atau lebih item. 5. Bincangkan Perkongsian bersama mengenai sesuatu perkara. 6. Bezakan Menyatakan kelainan, ketidaksamaan antara dua atau lebih perkara. 7. Berikan Justifikasi Membuat rumusan setelah semua pertimbangan diambil kira.
  • 52. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  52 8.3 Jenis Item Esei Item jenis ini paling digemari oleh guru kerana senang disediakan berbanding dengan item objektif. Namun begitu permasalahan timbul untuk memarkatkan markah, adalah guru menggunakan skema tertentu atau model jawapan untuk membuat pertimbangan ketika member markah. Banyak pendapat mengatakan bahawa item esei lebih baik berbanding ujian objektif kerana boleh memberikan petunjuk sebenar pencapaian pelajar. Pelajar perlukan pengetahuan yang mencukupi bagi membolehkan mereka menghubungkan fakta, konsep dan prinsip untuk membentuk idea yang mantap. Keupayaan ini membolehkan item esei ini mengukur idea pelajar yang lebih komplek. 8.3.1 Item Gerakbalas Terhad Item ini menghadkan isi dan bentuk jawapan calon, isi biasanya dihadkan melalui skop topik yang disoal, panjang gerak balas yang diperlukan ditentukan oleh cara soalan dikemukakan. Untuk menghadkan gerak balas jawapan calon ini, suatu ruangan terhad sahaja diperuntukkan di dalam kertas soalan. Namun begitu kelemahan yang mungkin timbul adalah perbezaan saiz tulisan pelajar yang menghadkan penulisan jawapan mereka. Dalam menyediakan soalan jenis ini, guru bukan sekadar membina item jenis mengingatkan fakta dan kefahaman sahaja tetapi mesti menjurus kepada kemahiran menyelesaikan masalah. Ciri-ciri gerak balas terbuka. Menghadkan bentuk dan respons pelajar melalui:- – skop yang disoal – ruangan jawapan tersedia – respons dalam satu frasa – beberapa ayat atau satu perenggan
  • 53. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  53 – kerencaman konstruk – Tidak sesuai untuk menguji konstruk lebih tinggi – Sukar mengumpulkan maklumat yang mencukupi tentang kemahiran kognitif – Kemungkinan banyak respons meneka – Peraturan pemarkahan perlu jelas dan komprehensif – Terangkan maksud wati subahah – Bezakan antara kolonialisi dengan penjelajahan – Terangkan dengan ringkas empat sebab utama mengapa Melaka menjadi pelabuhan terpenting pada awal kurun ke-15 8.2.2 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERHAD  Item jenis respons terhad boleh dibina dengan dua bentuk:-  soalan  lengkapan  Contoh :  Senaraikan dua keburukan dan kebaikan membeli barang secara ansuran. Soalan bentuk lengkapan haruslah ada tempat kosong di bahagian akhir pernyataannya. 8.3.2 Item Gerak Balas Terbuka Bebas:-  melahirkan Idea  merangka, memilih, mengorganisasi fakta / isi  mempersembahkan idea dalam pelbagai cara secara lisan atau tulisan  Menyatu dan menggabungjalinkan pelbagai pengetahuan, idea dan maklumat daripada pelbagai sumber pembelajaran  Menghasilkan sesuatu idea yang asli
  • 54. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  54  Membuat pertimbangan dan penilaian tentang sesuatu idea atau maklumat  Menerokai pelbagai pilihan, cara atau pendekatan bagi menyelesaikan masalah  Masa yang panjang untuk menskor berbanding dengan soalan objektif  Pemeriksa yang terlatih untuk menskor  Penyediaan set peraturan pemarkahan yang jelas dan komprehensif  Tulisan perlu jelas dan boleh dibaca  Penskoran secara subjektif  Boleh wujudkan kesan halo  Huraikan kejadian air pasang surut  Terangkan kemajuan ilmu yang dicapai oleh Kerajaan Islam di Acheh pada abad ke-16  Bincangkan masalah keruntuhan akhlak di kalangan pelajar masa kini 8.3.3 PANDUAN MEMBINA ITEM RESPONS TERBUKA  Pastikan perkara yang hendak ditaksir  Peringkat mana perkara itu akan ditaksir  Aras kesukaran yang ditetapkan  Aspek penting dalam kurikulum diberikan perhatian  Untuk memastikan kesahan, soalan hendaklah meliputi tajuk yang luas dan pelbagai aras kemahiran  Kata tugas yang digunakan seperti;  “Huraikan”, “Terangkan”, “Bincangkan”, “Bezakan”, “Bandingkan”, “Nilaikan”, “Rancangkan”, “Tunjukkan”
  • 55. [MODUL SCE 3111 : PENTAKSIRAN DALAM SAINS] IPGKDRI GOODLUCK IN EXAM  55  Untuk keobjektifan dan kebolehperca-yaan item, peraturan permarkahan hendaklah disediakan  Tugasan dalam soalan perlu jelas  Tetapkan masa  Sertakan markah setiap soalan  Untuk mengelakkan salah faham dan kekeliruan, istilah dan bahasa yang digunakan dalam soalan hendaklah spesifik  Periksa dan uji kualiti soalan dengan mencuba dahulu menulis jawapan. Ini menolong mengenal pasti kerumitan yang dihadapi oleh pelajar Latihan 2 1. Jelaskan apa maksud soalan esei berjawapan pendek 2. Berikan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini 3. Berikan contoh-contoh soalan yang sesuai untuk menjelaskan kekuatan dan kekangan soalan berbentuk ini