SlideShare a Scribd company logo
1 of 6
Aktiviti 7.3 (m/s 95)

    1. Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia.
    2. Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan.

    Sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah
mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh
Weber. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal.Antara perkara-perkara yang menunjukkan
formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas,
memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain.

    Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Pendidikan Malaysia
boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikan
dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa
dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan
oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia
seperti di Singapura dan China.

    Terdapat beberapa jenis sekolah yang ada di negara kita Malaysia.Antara sekolah-sekolah tersebut
ialah sekolah kebangsaan, sekolah kluster, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah bestari,
sekolah teknik dan vokasional dan sekolah berasrama penuh.

    Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang
menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun sehingga umur dua belas
tahun.Manakala bagi sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan pula
menyediakan Pendidikan Menengah untuk pelajar yang berumur tiga belas tahun sehingga tujuh belas
tahun. Sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama.
Manakala bagi Bahasa Inggeris pula, ianya menjadi sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu juga, terdapat
kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina atau Tamil dimana bahasa tersebut hendaklah diadakan jika ibu
bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya. Hal ini juga perlu bagi
bahasa-bahasa ibunda kaum asli lain yang hendak mengadakan pengajaran bagi bahasa ibunda mereka
jika didapati munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu
memintanya.

    Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah
kluster juga merupakan satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam
klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster
bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun
sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar
klusternya.Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30
Mac 2007.Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
(PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan
pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster
kecemerlangan    yang   mekanismenya      dinyatakan   dalam    Teras   Strategik   Ke-6,   Melonjakkan
Kecemerlangan Institusi Pendidikan.Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan
sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.Pengelompokan yang
dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan.

    Sekolah Jenis Kebangsaan pula terdiri daripada dua jenis iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina dan
sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kurikulum di sekolah jenis kebangsaan ini adalah sama sahaja dengan
sekolah kebangsaan. Perbezaan antara sekolah jenis kebangsaan dengan sekolah kebangsaan ialah bahasa
pengantar yang digunakan.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan
manakala Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis
Kebangsaan.

    Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu
kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah
rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai
bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan
penghubung (link-way).Terdapat beberapa tujuan dan matlamat sekolah wawasan diwujudkan. Antaranya
untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang,
untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, untuk melahirkan generasi yang
mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu
padu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui
perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah.

    Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada
pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia
merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai
potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan.
Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat
permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan
diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik
pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk
perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi
Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah
Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam
perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui
penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan
pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah,
Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam
perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah
Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan
berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan
Negara.

   Sekolah Vokasional merupakan sekolah yang lebih menjurus ke dalam bidang-bidang pertukangan
dan kemahiran.Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional ialah kursus lepasan PMR selama 2 tahun di
Sekolah Menengah Vokasional dimana pelajar-pelajar akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat.
Di antara jurusan yang ditawarkan ialah bidang ketukangan kejuruteraan, ekonomi rumahtangga,
perdagangan, pertanian dan kejenteraan ladang.Manakala bagi Sekolah Teknik pula, pelajar-pelajarnya
terdiri dari pelajar yang berminat dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.Diantara jurusan yang
ditawarkan di sekolah teknik ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera,
pertanian dan perdagangan.

   Sekolah Berasrama Penuh adalah sekolah yang mengawal proses pembelajaran pelajar secara
menyeluruh dan terancang. Sekolah jenis ini terdapat dengan banyaknya di seluruh negara.Syarat-syarat
kemasukannya pula adalah agak ketat.Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha
berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan
sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah
kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan
agama, bangsa dan negara.

   Ibu bapa atau penjaga murid mungkin ada banyak sebab mengapa mereka menghantar anak mereka
ke sesebuah sekolah. Ada yang memberikan sebab yang mudah seperti sudah ada abang atau kakaknya
yang belajar di sekolah yang sama. Ada juga yang mempertimbangkan faktor jarak sekolah yang dekat
dengan rumah dan memudahkan anak dihantar ke sekolah.Ada juga ibu bapa yang lebih cenderung
menjadikan faktor pencapaian sekolah dalam kokurikulum seperti mempunyai pasukan bola sepak yang
berjaya dan menang di peringkat daerah atau negeri sambil menaruh harapan besar agar anaknya akan
turut dipilih sebagai pemain sekolah.Tetapi kebanyakan ibu bapa lebih suka mengukur pencapaian
kurikulum sekolah terutama dalam kalangan mereka yang memberi tumpuan kepada pencapaian
akademik anak-anak mereka.

   Mereka jenis ini akan memberi pertimbangan lebih halus ke atas faktor kemampuan guru dan
pengetua sebagai pemimpin instruksional dalam membantu menunaikan impian besar mereka untuk
melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran.Bagi mereka yang berorientasikan begini, itulah sebab
utama wujudnya sekolah dan atas sebab itulah mereka berhempas pulas memastikan anak-anak mereka
datang ke sekolah serta mengikuti dengan penuh tekun pengajaran dan pembelajaran di dalam
kelas.Sebahagian besar ibu bapa dalam kategori ini hampir-hampir tidak kisah tentang kejayaan yang
dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Mereka ini berasa sudah memadai jika anak
mereka terlibat pada kadar biasa dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, tanpa mengharapkan anak
mereka turut serta dalam aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun negara. Jika ada pun yang mereka
banggakan ialah kejayaan yang ada hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah seperti dalam
kegiatan bercorak koakademik.

   Begitulah juga halnya dengan ibu bapa yang berasa yakin dengan tahap keselamatan anak-anak
mereka natijah daripada mutu disiplin murid yang semakin meningkat dan kuatnya tahap kawalan
keselamatan oleh pengawal keselamatannya serta sistem keselamatan yang wujud yang menjadi satu lagi
faktor pendorong yang kuat mengapa ibu bapa memilih sekolah A dan bukannya sekolah B.Ada yang
mungkin melihat faktor kantin sekolah yang menyediakan pelbagai menu harian yang banyak, mencukupi
dan mengenyangkan khususnya bagi mereka yang ada anak yang mempunyai selera makan yang besar.
Atau bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga urusan makan dan minum anak-anak mereka pun
diharapkan kepada kantin sekolah.

   Tidak juga dinafikan ada ibu bapa yang menggunakan alasan yang agak peribadi seperti telah
mengenali guru-guru di sekolah yang dipilih, wujud di sekolah tersebut guru Matematiknya yang mahir
dan berpengalaman, atau Guru Bimbingan dan Kaunselingnya yang baik, boleh dipercayai dan sentiasa
ingin membantu atau mungkin juga kerana guru itu jiran mereka, atau sahabat mereka.Pendek kata ibu
bapa mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka memilih sesebuah sekolah bagi tujuan
penempatan anak mereka.Banyak sebab dan alasan yang diberikan, bukan terhad kepada satu atau dua
sebab sahaja.Tetapi semua itu diikat oleh satu keadaan bahawa apapun sebabnya, sebab itu bukan guru
yang menentukannya, tetapi ibu bapa sendiri yang menentukannya.
SEBAB PALING DOMINAN

   Namun yang paling tinggi nilainya ialah apabila sebab yang diberikan itu bersangkutan dengan
kepercayaan ibu bapa bahawa pihak sekolah dapat memenuhi impian mereka dan anak mereka, sekaligus
mengharapkan anak-anak mereka tidak dipersia-siakan dan dijaga dengan baik akan kebajikan dan
keselamatan mereka.Rekod-rekod sekolah berupa pencapaian terbaiknya dalam pelbagai bidang seperti
kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain cukup membantu dan menjadi indikator yang paling jelas
dalam menarik minat seseorang ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sesebuah
sekolah.Sebab itu mengusahakan kemenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang bukan menjadi angan-
angan lagi tetapi adalah suatu tuntutan yang perlu direalisasikan oleh setiap individu di sekolah yang
diketuai oleh Pengetuanya.

   Justeru, kejayaan kecil yang diraih oleh mana-mana ahli kepada sebuah keluarga besar sekolah tidak
boleh diremehkan atau dipandang sebagai tidak penting dalam keghairahan para peneraju memburu
kejayaan besar kerana kejayaan besar biasanya bermula daripada kejayaan kecil ini.Sekolah yang terpaksa
berhempas pulas untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik dan melalui pengalaman getir untuk
memburu walaupun satu dua kejayaan boleh bergantung kepada satu dua kejayaan kecil ini sebelum
kejayaan lebih besar menjadi kenyataan.




SEKOLAH PERLU DIPASARKAN

   Malahan kemenangan dan kejayaan yang diperoleh oleh sekolah merupakan alat pemasaran sekolah
yang paling ampuh bagi menarik minat ibu bapa dan penjaga murid untuk menghantar anak mereka ke
sekolah kita.Cerita-cerita baik yang cepat membiak dari mulut ke mulut akan menjadi bentuk pemasaan
pelbagai tingkat yang paling ampuh yang akan menjenamakan nama sekolah ke suatu tahap tertentu di
mana apabila disebut sahaja nama sekolah A orang ramai sudah mengetahui bahawa sekolah itu terkenal
dengan ragbinya, sekolah B pula terkenal dengan pidatonya dan banyak lagi.Jelas sekali kejayaan dan
kemenangan yang kita harapkan bukan lagi setakat terkekang dalam kepompong angan-angan, sebaliknya
benar-benar terjelma lalu menyemarak dan menyubur dalam kalangan warga sekolah atau lebih tepat lagi
menjadi budaya sekolah.Percayalah, apabila hal ini menjadi kenyataan apa pun yang kita lakukan selepas
ini akan menjadi lebih mudah daripada sebelumnya.

   Natijah akhirnya keyakinan masyakarat terhadap sekolah semakin meningkat seiring dengan
meningkatnya pencapaian sekolah.Itulah yang sepatutnya berlaku kepada sesebuah sekolah.Apa yang
sepatutnya berlaku ialah semakin lama sekolah itu wujud, semakin menokoklah kejayaan yang
diperolehnya dan rentetan daripada itu semakin baiklah disiplin murid-muridnya yang diakhiri dengan
semakin baiklah imej sekolah itu.

More Related Content

What's hot

Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNorkaspawati Kassim
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)cikgumacholah
 
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)Nurul Huda Kasim
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Cikgu Syahidon
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Chon Seong Hoo
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Chell Mn
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuitiNad0209
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysiazulhazmihamad
 
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng  -memperkasakan_pend_luar_bandarProcedng  -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandarLili Yanty
 

What's hot (17)

Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapanNota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
Nota enam teras strategik pipp melangkah ke hadapan
 
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
Bahan ceramah pppm bab 4 (1)
 
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
2015 buletin anjakan bil_5-2015_(final)
 
Nkra pendidikan
Nkra pendidikanNkra pendidikan
Nkra pendidikan
 
Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016Buletin anjakan bil.1 2016
Buletin anjakan bil.1 2016
 
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
Anjakan: Buletin Bulanan Transformasi Kementerian Pelajaran Malaysia Isu #1
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
 
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
Anjakan sistem pendidikan 2013 2025
 
Akses dan ekuiti
Akses dan ekuitiAkses dan ekuiti
Akses dan ekuiti
 
Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013Bahan assg ps dan bm jan 2013
Bahan assg ps dan bm jan 2013
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan MalaysiaPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
 
Nkra
NkraNkra
Nkra
 
Soalan lazim kpm
Soalan lazim kpmSoalan lazim kpm
Soalan lazim kpm
 
Tiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppmTiga gelombang pppm
Tiga gelombang pppm
 
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayuApakah pembestarian p&p bahasa melayu
Apakah pembestarian p&p bahasa melayu
 
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng  -memperkasakan_pend_luar_bandarProcedng  -memperkasakan_pend_luar_bandar
Procedng -memperkasakan_pend_luar_bandar
 

Viewers also liked

KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANNURUL AZREEN
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)En Asyraf
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssrالمدرسة
 
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017chegukapon
 

Viewers also liked (8)

Perbezaan kbsr dan kssr baru
Perbezaan kbsr dan kssr baruPerbezaan kbsr dan kssr baru
Perbezaan kbsr dan kssr baru
 
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGANKANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
KANDUNGAN KURIKULUM DAN PELAKSANAAN KBSR DAN KSSR SUATU PERBANDINGAN
 
klsr kbsr kssr
klsr kbsr kssrklsr kbsr kssr
klsr kbsr kssr
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
Kurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSRKurikulum KBSR dan KSSR
Kurikulum KBSR dan KSSR
 
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
 
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
03 elemen merentas kurikulum emk dalam kssr
 
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017
Perbezaan kssr 2011 dgn kssr semakan 2017
 

Similar to Aktiviti 7.3

nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4Rainne Lee
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKamal Tomon
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahzuridah wahab
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfssuserd0ceaf
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiKrishna Veeni
 
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)Rozhan Zakaria
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaFadzliaton Zainudin
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumnoorqaseh_ramadhan
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahAbdul Karim Kamaruzaman
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaDr. Saprani
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Nirwanah Snd
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT FazHani Faz
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasionalPendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasionalSaranya Kaliappan
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahnizam mohd
 
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasionalEdu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasionallebah12345
 

Similar to Aktiviti 7.3 (20)

nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4nota SPP Bab 4
nota SPP Bab 4
 
Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2Jurang pendidikan 2
Jurang pendidikan 2
 
Konsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestariKonsep sekolah bestari
Konsep sekolah bestari
 
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedahKertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
Kertas konsep-sekolah-penyayang-peringkat-negeri-kedah
 
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdfProgram_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
Program_Transformasi_Sekolah_2025_pdf.pdf
 
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasiHubungan antara kepimpinan_transformasi
Hubungan antara kepimpinan_transformasi
 
Pandangan Individu
Pandangan IndividuPandangan Individu
Pandangan Individu
 
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)Presentation seminar   sek kluster & sbt latest (2)
Presentation seminar sek kluster & sbt latest (2)
 
Teks ucapan kppm
Teks ucapan kppmTeks ucapan kppm
Teks ucapan kppm
 
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah MalaysiaPiawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
Piawaian Pusat Sumber Sekolah Malaysia
 
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulumBudaya Sekolah : Perancangan kurikulum
Budaya Sekolah : Perancangan kurikulum
 
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendahPeranan guru mencapai objektif sek rendah
Peranan guru mencapai objektif sek rendah
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
Keadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbezaKeadilan dalam pedagogi terbeza
Keadilan dalam pedagogi terbeza
 
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT PENGLIBATAN  IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
PENGLIBATAN IBU BAPA, KOMUNITI DAN SEKTOR SWASTA DALAM KBAT
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasionalPendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional
Pendemokrasian pendidikan mewujudkan integrasi nasional
 
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolahBook Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
Book Chapter : Pengagihan sumber modal insan di sekolah
 
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasionalEdu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
Edu 3109-bagaimana-pendemokrasian-dlm-pendidikan-meningkatkan-integrasi-nasional
 

Aktiviti 7.3

  • 1. Aktiviti 7.3 (m/s 95) 1. Senaraikan jenis-jenis sekolah yang terdapat di Malaysia. 2. Huraikan sebab mengapa terdapat sekolah yang menjadi pilihan. Sekolah merupakan suatu institusi sosial formal moden. Sebagai sebuah institusi sosial, sekolah mempunyai ciri-ciri tersendiri yang sesuai dengan ciri-ciri organisasi moden seperti yang dinyatakan oleh Weber. Sekolah juga sering dirujuk sebagai organisasi formal.Antara perkara-perkara yang menunjukkan formaliti sekolah ialah wujudnya peraturan, prosedur, carta organisasi, manual organisasi, deskripsi tugas, memorandum, minit, fail, jawatankuasa, status jawatan, diari dan lain-lain. Sistem pendidikan di Malaysia diselia oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.Pendidikan Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara sendiri.Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di Singapura dan China. Terdapat beberapa jenis sekolah yang ada di negara kita Malaysia.Antara sekolah-sekolah tersebut ialah sekolah kebangsaan, sekolah kluster, sekolah jenis kebangsaan, sekolah wawasan, sekolah bestari, sekolah teknik dan vokasional dan sekolah berasrama penuh. Sekolah Kebangsaan ialah sekolah rendah kerajaan atau sekolah rendah bantuan kerajaan yang menyediakan Pendidikan Rendah yang sesuai bagi murid dari umur enam tahun sehingga umur dua belas tahun.Manakala bagi sekolah menengah kerajaan atau sekolah menengah bantuan kerajaan pula menyediakan Pendidikan Menengah untuk pelajar yang berumur tiga belas tahun sehingga tujuh belas tahun. Sekolah kebangsaan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Manakala bagi Bahasa Inggeris pula, ianya menjadi sebagai mata pelajaran wajib. Selain itu juga, terdapat kemudahan bagi pengajaran Bahasa Cina atau Tamil dimana bahasa tersebut hendaklah diadakan jika ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya. Hal ini juga perlu bagi bahasa-bahasa ibunda kaum asli lain yang hendak mengadakan pengajaran bagi bahasa ibunda mereka jika didapati munasabah dan ibu bapa sekurang-kurangnya lima belas orang murid di sekolah itu memintanya. Sekolah Kluster ialah sekolah yang bertaraf tinggi antara sekolah-sekolah lain di Malaysia. Sekolah kluster juga merupakan satu jenama yang diberi kepada sekolah yang dikenal pasti cemerlang dalam klusternya daripada aspek pengurusan sekolah dan kemenjadian murid. Pewujudan sekolah kluster
  • 2. bertujuan melonjakkan kecemerlangan sekolah dalam sistem pendidikan Malaysia dan membangun sekolah yang boleh dicontohi oleh sekolah dalam kluster yang sama dan sekolah lain di luar klusternya.Sehingga kini, beberapa buah sekolah telahpun diisytiharkan sebagai sekolah kluster sejak 30 Mac 2007.Penubuhan Sekolah Kluster terkandung dalam Bab 9, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), yang telah dilancarkan pada 16 Januari 2006.Pewujudan Sekolah Kluster adalah berdasarkan pendekatan kedua PIPP, iaitu untuk mengembangkan sepenuhnya potensi sekolah dalam kluster kecemerlangan yang mekanismenya dinyatakan dalam Teras Strategik Ke-6, Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.Tinjauan literatur menunjukkan bahawa amalan mengelompokkan sekolah dilaksanakan di luar negara untuk peningkatan kualiti pendidikan.Pengelompokan yang dilaksanakan di luar negara adalah berasaskan lokaliti ataupun kecemerlangan. Sekolah Jenis Kebangsaan pula terdiri daripada dua jenis iaitu sekolah jenis kebangsaan Cina dan sekolah jenis kebangsaan Tamil. Kurikulum di sekolah jenis kebangsaan ini adalah sama sahaja dengan sekolah kebangsaan. Perbezaan antara sekolah jenis kebangsaan dengan sekolah kebangsaan ialah bahasa pengantar yang digunakan.Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Kebangsaan manakala Bahasa Tamil atau Bahasa Mandarin digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Jenis Kebangsaan. Sekolah Wawasan adalah sekolah rendah yang berkonsepkan belajar bersama-sama dalam satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama. Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama lain dengan menggunakan jambatan penghubung (link-way).Terdapat beberapa tujuan dan matlamat sekolah wawasan diwujudkan. Antaranya untuk mewujudkan perpaduan di kalangan murid-murid yang berbagai-bagai bangsa dan latar belakang, untuk memupuk semangat integrasi antara pelajar dari pelbagai aliran, untuk melahirkan generasi yang mempunyai sifat toleransi dan persefahaman yang tinggi demi mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan untuk menggalakkan interaksi yang maksimum antara semua warga sekolah melalui perkongsian kemudahan sekolah dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti lain di sekolah. Sekolah Bestari merupakan satu konsep sekolah di Malaysia. Konsep ini akan membawa kepada pendemokrasian pendidikan sepenuhnya. Sekolah ini bukan hanya untuk mereka yang pintar tetapi ia merupakan cara bestari bagi menjamin setiap pelajar - kuat atau lemah, kaya atau miskin - mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai mengikut kadar dan gaya pembelajaran yang berlainan. Teknologi komputer akan membolehkan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Pada peringkat permulaan, empat mata pelajaran, iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains, akan
  • 3. diperkenalkan di Sekolah Bestari dengan menggunakan teknolgi terkini sebagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Semua bahan pengajaran dan pembelajaran disediakan dalam bentuk perisian yang direka oleh Pusat Pemkembangan Kurikulum bersama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.Untuk menentukan kejayaan pelaksanaan konsep Sekolah Bestari, guru-guru di sekolah yang dipilih menjadi sekolah bestari, akan diberi latihan dalam perkhidmatan, khasnya dalam bidang pedagogi untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan teknologi terkini. Bagi sekolah-sekolah bestari yang ditubuhkan, tenaga pengajar dan pentadbirnya akan dipilih oleh Ketua Pasukan Bertugas Sekolah Bestari di bawah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia.Perkembangan Sekolah Bestari telah menjadi satu arah-aliran dalam perkembangan pendidikan yang tidak dapat dielakkan dalam reformasi pendidikan di Malaysia. Sekolah Bestari ini merupakan sekolah satu-satunya dapat melahirkan pelajar-pelajar yang cerdik dan berpengetahuan, dan dijangkakan akan mampu bersaing apabila menghadapi cabaran-cabaran Wawasan Negara. Sekolah Vokasional merupakan sekolah yang lebih menjurus ke dalam bidang-bidang pertukangan dan kemahiran.Takrif Sekolah Pendidikan Vokasional ialah kursus lepasan PMR selama 2 tahun di Sekolah Menengah Vokasional dimana pelajar-pelajar akan menduduki Peperiksaan SPM setelah tamat. Di antara jurusan yang ditawarkan ialah bidang ketukangan kejuruteraan, ekonomi rumahtangga, perdagangan, pertanian dan kejenteraan ladang.Manakala bagi Sekolah Teknik pula, pelajar-pelajarnya terdiri dari pelajar yang berminat dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.Diantara jurusan yang ditawarkan di sekolah teknik ialah kejuruteraan awam, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan jentera, pertanian dan perdagangan. Sekolah Berasrama Penuh adalah sekolah yang mengawal proses pembelajaran pelajar secara menyeluruh dan terancang. Sekolah jenis ini terdapat dengan banyaknya di seluruh negara.Syarat-syarat kemasukannya pula adalah agak ketat.Pendidikan di Sekolah Berasrama Penuh adalah suatu usaha berterusan bagi menyediakan suasana persekolahan dan pembelajaran yang terancang, terkawal dan sempurna untuk memupuk dan memperkembangkan kebolehan pelajar-pelajar berpontensi ke arah kecemerlangan sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap tuntutan agama, bangsa dan negara. Ibu bapa atau penjaga murid mungkin ada banyak sebab mengapa mereka menghantar anak mereka ke sesebuah sekolah. Ada yang memberikan sebab yang mudah seperti sudah ada abang atau kakaknya yang belajar di sekolah yang sama. Ada juga yang mempertimbangkan faktor jarak sekolah yang dekat dengan rumah dan memudahkan anak dihantar ke sekolah.Ada juga ibu bapa yang lebih cenderung
  • 4. menjadikan faktor pencapaian sekolah dalam kokurikulum seperti mempunyai pasukan bola sepak yang berjaya dan menang di peringkat daerah atau negeri sambil menaruh harapan besar agar anaknya akan turut dipilih sebagai pemain sekolah.Tetapi kebanyakan ibu bapa lebih suka mengukur pencapaian kurikulum sekolah terutama dalam kalangan mereka yang memberi tumpuan kepada pencapaian akademik anak-anak mereka. Mereka jenis ini akan memberi pertimbangan lebih halus ke atas faktor kemampuan guru dan pengetua sebagai pemimpin instruksional dalam membantu menunaikan impian besar mereka untuk melihat anak mereka berjaya dalam pelajaran.Bagi mereka yang berorientasikan begini, itulah sebab utama wujudnya sekolah dan atas sebab itulah mereka berhempas pulas memastikan anak-anak mereka datang ke sekolah serta mengikuti dengan penuh tekun pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.Sebahagian besar ibu bapa dalam kategori ini hampir-hampir tidak kisah tentang kejayaan yang dicapai oleh pihak sekolah dalam bidang kokurikulum. Mereka ini berasa sudah memadai jika anak mereka terlibat pada kadar biasa dalam aktiviti kokurikulum di sekolah, tanpa mengharapkan anak mereka turut serta dalam aktiviti di peringkat daerah, negeri mahupun negara. Jika ada pun yang mereka banggakan ialah kejayaan yang ada hubungannya dengan pencapaian akademik di sekolah seperti dalam kegiatan bercorak koakademik. Begitulah juga halnya dengan ibu bapa yang berasa yakin dengan tahap keselamatan anak-anak mereka natijah daripada mutu disiplin murid yang semakin meningkat dan kuatnya tahap kawalan keselamatan oleh pengawal keselamatannya serta sistem keselamatan yang wujud yang menjadi satu lagi faktor pendorong yang kuat mengapa ibu bapa memilih sekolah A dan bukannya sekolah B.Ada yang mungkin melihat faktor kantin sekolah yang menyediakan pelbagai menu harian yang banyak, mencukupi dan mengenyangkan khususnya bagi mereka yang ada anak yang mempunyai selera makan yang besar. Atau bagi ibu bapa yang sentiasa sibuk sehingga urusan makan dan minum anak-anak mereka pun diharapkan kepada kantin sekolah. Tidak juga dinafikan ada ibu bapa yang menggunakan alasan yang agak peribadi seperti telah mengenali guru-guru di sekolah yang dipilih, wujud di sekolah tersebut guru Matematiknya yang mahir dan berpengalaman, atau Guru Bimbingan dan Kaunselingnya yang baik, boleh dipercayai dan sentiasa ingin membantu atau mungkin juga kerana guru itu jiran mereka, atau sahabat mereka.Pendek kata ibu bapa mempunyai alasan yang tersendiri mengapa mereka memilih sesebuah sekolah bagi tujuan penempatan anak mereka.Banyak sebab dan alasan yang diberikan, bukan terhad kepada satu atau dua sebab sahaja.Tetapi semua itu diikat oleh satu keadaan bahawa apapun sebabnya, sebab itu bukan guru yang menentukannya, tetapi ibu bapa sendiri yang menentukannya.
  • 5. SEBAB PALING DOMINAN Namun yang paling tinggi nilainya ialah apabila sebab yang diberikan itu bersangkutan dengan kepercayaan ibu bapa bahawa pihak sekolah dapat memenuhi impian mereka dan anak mereka, sekaligus mengharapkan anak-anak mereka tidak dipersia-siakan dan dijaga dengan baik akan kebajikan dan keselamatan mereka.Rekod-rekod sekolah berupa pencapaian terbaiknya dalam pelbagai bidang seperti kurikulum, kokurikulum, sahsiah dan lain-lain cukup membantu dan menjadi indikator yang paling jelas dalam menarik minat seseorang ibu bapa atau penjaga menghantar anak mereka ke sesebuah sekolah.Sebab itu mengusahakan kemenangan dan kejayaan dalam pelbagai bidang bukan menjadi angan- angan lagi tetapi adalah suatu tuntutan yang perlu direalisasikan oleh setiap individu di sekolah yang diketuai oleh Pengetuanya. Justeru, kejayaan kecil yang diraih oleh mana-mana ahli kepada sebuah keluarga besar sekolah tidak boleh diremehkan atau dipandang sebagai tidak penting dalam keghairahan para peneraju memburu kejayaan besar kerana kejayaan besar biasanya bermula daripada kejayaan kecil ini.Sekolah yang terpaksa berhempas pulas untuk mengejar kejayaan dalam bidang akademik dan melalui pengalaman getir untuk memburu walaupun satu dua kejayaan boleh bergantung kepada satu dua kejayaan kecil ini sebelum kejayaan lebih besar menjadi kenyataan. SEKOLAH PERLU DIPASARKAN Malahan kemenangan dan kejayaan yang diperoleh oleh sekolah merupakan alat pemasaran sekolah yang paling ampuh bagi menarik minat ibu bapa dan penjaga murid untuk menghantar anak mereka ke sekolah kita.Cerita-cerita baik yang cepat membiak dari mulut ke mulut akan menjadi bentuk pemasaan pelbagai tingkat yang paling ampuh yang akan menjenamakan nama sekolah ke suatu tahap tertentu di mana apabila disebut sahaja nama sekolah A orang ramai sudah mengetahui bahawa sekolah itu terkenal dengan ragbinya, sekolah B pula terkenal dengan pidatonya dan banyak lagi.Jelas sekali kejayaan dan kemenangan yang kita harapkan bukan lagi setakat terkekang dalam kepompong angan-angan, sebaliknya benar-benar terjelma lalu menyemarak dan menyubur dalam kalangan warga sekolah atau lebih tepat lagi menjadi budaya sekolah.Percayalah, apabila hal ini menjadi kenyataan apa pun yang kita lakukan selepas ini akan menjadi lebih mudah daripada sebelumnya. Natijah akhirnya keyakinan masyakarat terhadap sekolah semakin meningkat seiring dengan meningkatnya pencapaian sekolah.Itulah yang sepatutnya berlaku kepada sesebuah sekolah.Apa yang sepatutnya berlaku ialah semakin lama sekolah itu wujud, semakin menokoklah kejayaan yang
  • 6. diperolehnya dan rentetan daripada itu semakin baiklah disiplin murid-muridnya yang diakhiri dengan semakin baiklah imej sekolah itu.