SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
Adat kematian kaum kadazan

KEMATIAN
Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang
dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di
mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh
diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh
masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian.
Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di
kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan
moginupus.
Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua
penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana
setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh
keluarga si mati.

Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian
juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak
boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian
dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat
Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah
sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan
menimpa mereka pula.

Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan
yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan
masih boleh melakukan sebarang pekerjaan.

 [Berjaga-Jaga]
Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan
pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya
semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke
dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan
pada bibirnya buat seketika.

Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh
hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga
dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam.
Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan
bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung
besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan
mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di
sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia.
suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap
kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran,
yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu
hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan
waktu tengah malam.

 [Moginupus]
Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli
keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai
menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong,
tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap
iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian.

Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian
sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan
bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang
telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti.

[Pengebumian]

Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan
keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang
dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat
mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong,
gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus
menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu
berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat.
Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di
liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat
orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut.
Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di
atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat
demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau
kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati
dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup.
Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka
akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang
besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan
masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang
dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di
dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah
untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat
tersebut sebelum dikebumikan.
Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang
penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan.
Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa
yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan
kegemaran si mati semasa hidup.
Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh
hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati
berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya
yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik
oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda
sebanyak RM5 atau seekor ayam.

Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan
pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai
hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati
mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga
wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain
itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu.

Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana
dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam
sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di
rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih
kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah
si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih.


 [Selepas Kematian]
Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai
beberapa tahap iaitu:

- Makan Tiga dan Tujuh Hari
- Makan Empat Puluh Hari
- Makan Seratus Hari
- Makan TigaTahun

[Makan Tiga dan Tujuh Hari]

Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan
pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke
bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan
lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan.
Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan
sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan
yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan
istimewa yang disediakan.

[Makan Empat Puluh Hari]

Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza
daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri
ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan
keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak,
mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah-
buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat.
Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan
pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai
kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang
berada di rumah si mati boleh menjamu selera.
Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati
mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir
mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara
yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh
dimakan oleh tetamu yang berada di situ.

[Makan Seratus Hari

Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar
jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik
dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini
kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang
sama beberapa ekor ayam turut disembelih.
Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih
yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian
biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik
sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai
pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala
kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si
mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka.

Makan Tiga Tahun
Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding
kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang
bermaksud makan-makan untuk kenangan.
Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara
bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan
pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak,
tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor
kerbau disediakan.

Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam.
Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis,
seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita
yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus
yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan.

Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah
pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik
sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang
hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke
dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga
rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang
masih hidup di situ.

Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan
dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau
yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah
di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai
kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih
pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling
hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain.

Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali
teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si
mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain
menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini
dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah
seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki
meminum arak sekaligus.

Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu
diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu
malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali.
Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan
tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau
terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir.

Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang
bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan
antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum
beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan
berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian
masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi
kehidupan masyarakat mereka.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaCik Nurul Afiqah
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cinadila teen
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaSang Kidal
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnikFAROUQ
 
Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Nur Syafika
 
Etika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananEtika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananSyahremie Teja
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea PerniagaanAyubkhan Kks
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Mrs. Raudhah
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuSiti Nor BahijAh
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhIda Ayuni
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportPang Shuen
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIANajihah Wahdaniah
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIALAsri Mohad
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaamiraaa96
 

Mais procurados (20)

Budaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum IndiaBudaya & adat resam Kaum India
Budaya & adat resam Kaum India
 
Adat kaum cina
Adat kaum cinaAdat kaum cina
Adat kaum cina
 
Definisi kebudayaan
Definisi kebudayaanDefinisi kebudayaan
Definisi kebudayaan
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
adat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cinaadat perkahwinan masyarakat cina
adat perkahwinan masyarakat cina
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnikBab 7 hubungan etnik   cabaran hubungan etnik
Bab 7 hubungan etnik cabaran hubungan etnik
 
Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi Faktor yang mempengaruhi migrasi
Faktor yang mempengaruhi migrasi
 
Etika etika keusahawanan
Etika etika keusahawananEtika etika keusahawanan
Etika etika keusahawanan
 
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2  Penjanaan idea PerniagaanTopik 2  Penjanaan idea Perniagaan
Topik 2 Penjanaan idea Perniagaan
 
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
Kerja kursus Sejarah STPM penggal 2 2016
 
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum MelayuAdat dan Pantang Larang Kaum Melayu
Adat dan Pantang Larang Kaum Melayu
 
Adat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuhAdat resam iban, melanau, bidayuh
Adat resam iban, melanau, bidayuh
 
Baba Nyonya Report
Baba Nyonya ReportBaba Nyonya Report
Baba Nyonya Report
 
Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2Adat resam tugasan 2
Adat resam tugasan 2
 
Suku kaum murut
Suku kaum murutSuku kaum murut
Suku kaum murut
 
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIAPERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
PERUNTUKAN UTAMA PERLEMBAGAAN MALAYSIA
 
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
13.2 TANGGUNGJAWAB SOSIAL
 
Peranan majlis raja raja
Peranan majlis raja rajaPeranan majlis raja raja
Peranan majlis raja raja
 

Destaque

Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cinanur fara
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahdausjalil
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanRenee Evelyn
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf Trif Fauzi Yazid
 
pengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanpengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanShoanna94
 
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...Nur Adillah Arifah Nazri
 
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangPakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangShantipa
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuIla Nazira Mustafar
 
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi  bajau sempornaKepercayaan dan amalan tradisi  bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau sempornaMohd Irfan Izaruddien
 
Pantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliPantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliabbyieda
 
Baba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesBaba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesPang Shuen
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahRuzaifi Ras
 

Destaque (19)

Masyarakat dusun
Masyarakat dusunMasyarakat dusun
Masyarakat dusun
 
Adat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang CinaAdat Resam Orang Cina
Adat Resam Orang Cina
 
Adat resam kaum
Adat resam kaumAdat resam kaum
Adat resam kaum
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang  larang masyarakat cinaAdat resam dan pantang  larang masyarakat cina
Adat resam dan pantang larang masyarakat cina
 
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-ibanAdat resam-kelahiran-kaum-iban
Adat resam-kelahiran-kaum-iban
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 
Psk t 3 nota tema 4
Psk t 3 nota tema 4Psk t 3 nota tema 4
Psk t 3 nota tema 4
 
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf
Soalan ulangkaji BMM3142 Kebudayaan Melayu pdf
 
pengkebumian tempayan
pengkebumian tempayanpengkebumian tempayan
pengkebumian tempayan
 
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...Presentation  Sejarah (Pantang  Larang  dalam  Kalangan  Etnik Baba  dan  Nyo...
Presentation Sejarah (Pantang Larang dalam Kalangan Etnik Baba dan Nyo...
 
Pantang larang
Pantang larangPantang larang
Pantang larang
 
Kelahiran
KelahiranKelahiran
Kelahiran
 
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampangPakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
Pakaian istiadat masyarakat kadazan dari penampang
 
Pantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayuPantang larang masyarakat melayu
Pantang larang masyarakat melayu
 
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi  bajau sempornaKepercayaan dan amalan tradisi  bajau semporna
Kepercayaan dan amalan tradisi bajau semporna
 
Pantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asliPantang larang masyarakat asli
Pantang larang masyarakat asli
 
Baba Nyonya Slides
Baba Nyonya SlidesBaba Nyonya Slides
Baba Nyonya Slides
 
Pantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabahPantang larang kaum sabah
Pantang larang kaum sabah
 

Semelhante a Adat kematian kaum kadazan

17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayuGreen Heart
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUDanial DI
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)princessvalues
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisAini Firdaus
 
Suku dayak benuaq
Suku dayak benuaqSuku dayak benuaq
Suku dayak benuaqSutriana
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore VJ Asenk
 
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"Niki Anane
 
Antroplogi agama kel 6
Antroplogi agama kel 6Antroplogi agama kel 6
Antroplogi agama kel 6Husain Rahim
 
Tahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamTahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamMuhammad Idris
 
Nilai nilai kebudayaan kalimantan
Nilai nilai kebudayaan kalimantanNilai nilai kebudayaan kalimantan
Nilai nilai kebudayaan kalimantanUmi Muc
 
Tugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaanTugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaancicinkura
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaanAzarina Arsat
 

Semelhante a Adat kematian kaum kadazan (20)

Presentation tamadun islam
Presentation tamadun islamPresentation tamadun islam
Presentation tamadun islam
 
Suku kaum kadazan
Suku kaum kadazanSuku kaum kadazan
Suku kaum kadazan
 
17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu17227101 adat-resam-kaum-melayu
17227101 adat-resam-kaum-melayu
 
Adat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS SejarahAdat kematian PBS Sejarah
Adat kematian PBS Sejarah
 
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYUBUDAYA DAN RESAM MELAYU
BUDAYA DAN RESAM MELAYU
 
Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)Power point perspektif agama (soalan 8)
Power point perspektif agama (soalan 8)
 
Kepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugisKepercayaan kaum bugis
Kepercayaan kaum bugis
 
Suku dayak benuaq
Suku dayak benuaqSuku dayak benuaq
Suku dayak benuaq
 
Isbd klp 2
Isbd klp 2Isbd klp 2
Isbd klp 2
 
Contoh foklore
Contoh foklore Contoh foklore
Contoh foklore
 
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"
Suku mentawai "Kesederhanaan yang nyaris hilang"
 
Kaum murut
Kaum murutKaum murut
Kaum murut
 
Antroplogi agama kel 6
Antroplogi agama kel 6Antroplogi agama kel 6
Antroplogi agama kel 6
 
Kanibalisme suku asmat
Kanibalisme suku asmatKanibalisme suku asmat
Kanibalisme suku asmat
 
Tahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islamTahlilan dalam-perspektif-islam
Tahlilan dalam-perspektif-islam
 
Nusa tenggara timur (ntt)
Nusa tenggara timur (ntt)Nusa tenggara timur (ntt)
Nusa tenggara timur (ntt)
 
Nilai nilai kebudayaan kalimantan
Nilai nilai kebudayaan kalimantanNilai nilai kebudayaan kalimantan
Nilai nilai kebudayaan kalimantan
 
Hungry Ghost Festival
Hungry Ghost FestivalHungry Ghost Festival
Hungry Ghost Festival
 
Tugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaanTugas ti tentang kebudayaan
Tugas ti tentang kebudayaan
 
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
104367785 adat-resam-dan-kepercayaan
 

Adat kematian kaum kadazan

  • 1. Adat kematian kaum kadazan KEMATIAN Bagi masyarakat Kadazan, mereka mempercayai kepada alamat akan mati yang dipanggil mogombiruoh. Perkara ini boleh diandaikan oleh dukun melalui mimpi, di mana ramalan akan diberi oleh dukun tersebut. Kesembuhan penyakit juga boleh diketahui melalui cara yang sama. Berikut adalah adat-adat yang sering dilakukan oleh masyarakat Kadazan apabila berlaku sesuatu kematian. Terdapat beberapa adat yang dilakukan ketika berlakunya sesuatu kematian di kalangan masyarakat Kadazan, antaranya ialah adat memberitahu, berjaga-jaga dan moginupus. Apabila salah seorang di kalangan masyarakat Kadazan meninggal dunia, semua penduduk kampung akan diberitahu tentang kematian tersebut. Ini penting kerana setiap ahli masyarakat perlu bekerjasama supaya kesedihan tidak hanya dialami oleh keluarga si mati. Oleh kerana masyarakat Kadazan kaya dengan pantang-larang, dalam soal kematian juga pantang-larang itu amat dititikberatkan. Setiap anggota masyarakat Kadazan tidak boleh melakukan apa-apa pekerjaan terutama apabila upacara pengkebumian dilakukan. Pekerjaan menanam padi amat dilarang. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan sekiranya mereka melakukan juga pekerjaan tersebut kerja-kerja itu hanyalah sia-sia kerana tidak mendatangkan hasil. Selain itu kemungkinan penyakit akan menimpa mereka pula. Namun pantang larang itu hanya dikenakan kepada mereka yang tinggal di kawasan yang berhampiran sahaja, manakala masyarakat Kadazan yang tinggal berjauhan masih boleh melakukan sebarang pekerjaan. [Berjaga-Jaga] Selepas dimandikan dan seluruh badan dilap, mayat tersebut akan dipakaikan dengan pakaian yang indah-indah dan kemudian direnjiskan dengan air wangi. Sekiranya semasa hidup si mati menghisap rokok, ahli keluarga akan memasukkan rokok ke dalam mulut si mati supaya tidak kempunan. Begitu juga dengan cerut yang diselitkan pada bibirnya buat seketika. Mayat akan disimpan di rumah selama beberapa hari iaitu selama tiga, lima atau tujuh hari sebelum dikebumikan. Semasa mayat diletakkan di ruang tamu, mayat akan dijaga dengan baik supaya tidak ada binatang yang melangkahinya terutama kucing hitam. Masyarakat Kadazan percaya sekiranya kucing hitam yang melangkah, mayat akan bangun dan mengamuk sehingga boleh membunuh mereka yang berada di situ.
  • 2. Tujuan berjaga adalah untuk mengawasi iblis atau jin yang menyerupai seekor burung besar yang digelar pendaatan. Mereka percaya burung itu hendak menerbangkan mayat. Untuk mengelak daripada serangan burung itu, mereka menyangkut pakaian di sekeliling mayat. Burung itu akan menyangka pakaian tersebut adalah tubuh rnanusia. suasana di dalam rumah juga hendaklah sunyi. Sesiapa pun tidak dibenarkan bercakap kasar atau marah-marah. Cuma pukulan gong dan gendang sahaja yang kedengaran, yakni dipalu perlahan-lahan. lrama gendang itu disebut surabaya. Bunyi-bunyian itu hanya dipalu tiga kali dalam sehari iaitu semasa matahari terbit, matahari terbenam dan waktu tengah malam. [Moginupus] Moginupus adalah bahasa Kadazan yang bermaksud simpati terhadap si mati. Ahli keluarga, saudara mara dan sahabat handai akan menangis sekuat hati sebagai menunjukkan simpati terhadap si mati. Mereka memukul harta benda seperti gong, tajau atau apa-apa sahaja yang terdapat di sekeliling rumah sebagai marah terhadap iblis atau jin yang telah menyebabkan kematian. Bagi keluarga yang kaya, kerbau atau lembu akan disembelih pada hari pengkebumian sebagai penghormatan yang terakhir. Daging kerbau yang telah dimasak dimakan bersama oleh semua orang yang hadir pada hari itu. Tanduk kerbau atau lembu yang telah dikorbankan akan disangkutkan pada kayu nesan kubur si mati nanti. [Pengebumian] Pada umumnya masyarakat Kadazan akan mengusung mayat dengan menggunakan keranda atau tajau. Oleh itu mayat terlebih dahulu dimasukkan ke dalam kain yang dibungkus dan diikat pada sebatang kayu untuk memudahkan orang ramai mengangkat mayat tersebut. Usungan mayat itu seringkali disertakan dengan paluan gong, gendang, letupan mercun atau senapang. Bunyi-bunyian ini dilakukan secara tenus menerus sehingga ke kawasan perkuburan. Adalah lebih baik sekiranya bunyi itu berterusan untuk menakutkan hantu daripada meresap masuk ke tubuh mayat. Apabila tiba di kubur, mayat itu dijampi oleh seorang tua yang dikhaskan menunggu di liang kubur. Liang itu disapu dengan daun pinang hijau untuk mengelakkan semangat orang ramai yang mengikut ke kubur itu tinggal di liang tersebut. Kemudian mayat diletakkan di dalam liang dan sebatang kayu beringin dicacakkan di atas pusat mayat. Selepas itu barulah mayat dikambus dengan tanah. Tujuan berbuat demikian untuk mengetahui adakah si mati ingat pada keluarganya atau tidak. Kalau kayu itu bertunas bererti dia masih ingat pada keluarganya tetapi jika tidak, si mati dianggap sudah melupai mereka yang masih hidup. Bagi masyarakat Kadazan dari kalangan yang berada, mayat ahli keluarga mereka akan dimasukkan ke dalam sebuah tajau yang besar dan ditutup rapat sebelum
  • 3. ditanam. Sebaik sahaja mayat diusung ke kawasan perkuburan sebuah tajau yang besar dan berukiran lebih cantik akan diletakkan ke atas kubur. Ada juga di kalangan masyarakat Kadazan yang memasukkan tajau itu ke dalam hang lahat. Mayat yang dimasukkan ke daham tajau tidak akan dimasukkan ke dalam kubur sebaliknya di dalam rumah beberapa hari atau diletakkan ke sebuah pondok yang dibina. Ini adalah untuk menanti saudara-mara yang jauh memberi penghormatan terakhir kepada mayat tersebut sebelum dikebumikan. Setelah itu sebuah pondok kecil beratap daun atau zink dan berdinding papan yang penuh dengan ukiran yang cantik akan didirikan di tengah-tengah kawasan perkuburan. Di tengah-tengah pondok pula diletakkan beberapa jenis kain dan pakaian, cekapa yang berisi dengan sirih pinang, rokok dan sebagainya mengikut kemampuan dan kegemaran si mati semasa hidup. Ahli keluarga si mati perlu menghantar makanan pada tiap-tiap petang selama tujuh hari berturut-turut. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sebelum roh si mati berpindah ke tempat lain, roh itu masih memerlukan makanan daripada keluarganya yang masih hidup. Bahan makanan yang disediakan untuk si mati tidak boleh diusik oleh sesiapa. Jika diganggu juga seseorang itu akan dikenakan sugit atau denda sebanyak RM5 atau seekor ayam. Mengikut kepercayaan masyarakat Kadazan, sekiranya masa pengkebumian dilakukan pada hari hujan, bermaksud si mati berada dalam kesedihan yang diibaratkan sebagai hujan yang turun itu adalah air mata si mati. Jika panas terik bermakna si mati mendapat kebahagiaan kelak. Bagi mereka yang menguruskan kematian, ahli keluarga wajib menghadiahi mereka sehelai sapu tangan dan dua lembar benang menah. Selain itu mereka juga akan diberi daging kerbau atau lembu. Apabila balik ke rumah masing-masing, mereka tidak boleh terus naik ke rumah kerana dikehendaki mandi terlebih dahuhu. Semua pakaian ditanggalkan dan direndam sehingga keesokan hari. Barangan yang dipinjam untuk menguruskan hal si mati di rumah, apabila dikembalikan hendaklah dihadiahkan seekor ayam hitam atau putih kepada tuan punya barang. Banang-barang atau harta benda yang ada di dalam rumah si mati pula mestilah dikemaskan dan dicuci sehingga bersih. [Selepas Kematian] Sekiranya berlaku kematian, majlis makan akan diadakan. Majlis ini mempunyai beberapa tahap iaitu: - Makan Tiga dan Tujuh Hari - Makan Empat Puluh Hari - Makan Seratus Hari
  • 4. - Makan TigaTahun [Makan Tiga dan Tujuh Hari] Setelah genap tiga hari mayat dikebumikan, kenduri makan tiga hari akan diadakan pada malam hari. Pada masa itu keluarga si mati akan menitikkan tiga titik lilin ke bawah rumah melalui celah lantai. Sekiranya adat makan tujuh hari dilakukan, titikan lilin sebanyak tujuh kali pula dilakukan. Kenduri ini hanya diadakan secara kecih-kecilan sahaja. Hanya saudara-mara dan sahabat-handai yang terdekat sahaja dipanggil menghadiri kenduri tersebut. Makanan yang disediakan adalah makanan harian masyarakat Kadazan dan tidak ada makanan istimewa yang disediakan. [Makan Empat Puluh Hari] Kenduri ini diadakan selepas empat puluh hari kematian si mati. Kenduri kali ini berbeza daripada kenduri yang pertama kerana diadakan pada waktu siang dan malam. Kenduri ini juga lebih besar dengan memanggil seluruh keluarga yang ada pertalian dengan keluarga si mati, sahabat handai yang jauh dan dekat. Dari segi hidangan lebih banyak, mencakupi lauk-pauk, kuih-muih dan buah-buahan yang lazat. Nasi, daging dan buah- buahan disediakan dengan banyak sekali untuk dijamu kepada masyarakat setempat. Dalam kenduri itu juga seorang kanak-kanak lelaki yang biasanya anak si mati akan pergi ke kubur bapa atau ibunya dengan tujuan menjemput si mati untuk menyertai kenduri tersebut. Setelah kanak-kanak itu pulang dari perkuburan, barulah mereka yang berada di rumah si mati boleh menjamu selera. Pada malam berikutnya gong dan gendang dipalu secara serentak. Anak-anak si mati mulai menari tarian semazau mengelilingi hidangan yang disediakan secara bergilir-gilir mengikut usia. Kemudian diikuti cucu-cucu si matinya pula dan akhirnya saudara-mara yang berdekatan. Selepas upacara menari Semazau selesai, barulah hidangan boheh dimakan oleh tetamu yang berada di situ. [Makan Seratus Hari Kenduri akan terus diadakan setelah seratus hari kematian. Kenduri kali ini lebih besar jika dibandingkan dengan kenduri empat puluh hari. Jika kenduri dahulu hanya muzik dimainkan, hanya dijamukan dengan ayam, kuih-muih atau buah-buahan, tetapi kali ini kenduri dilakukan dengan menyembelih seekor kerbau atau lembu. Pada masa yang sama beberapa ekor ayam turut disembelih. Tujuan kenduri seratus hari ini diadakan untuk merasmikan penukaran pakaian putih yang selama ini dipakai sebagai pakaian berkabung keluarga si mati dengan pakaian biasa. Kemudian rambut juga digunting mengikut adat masyarakat Kadazan. Sebaik sahaja ditanggalkan, pakaian tersebut segera dibakar. Ahli keluarga bebas memakai
  • 5. pakaian mengikut kegemaran masing-masing. Dengan ini mereka percaya segala kekotoran atau bala yang terlekat pada tubuh mereka akan hilang. Semangat roh si mati juga akan hilang dari tubuh badan mereka. Makan Tiga Tahun Kenduri makan tiga tahun merupakan kenduri yang paling besar dan meriah berbanding kenduri-kenduri yang diadakan sebelum ini. Kenduri ini dinamakan Kenduri Minum yang bermaksud makan-makan untuk kenangan. Dalam kenduri ini pelbagai jenis makanan disediakan oleh ahli keluarga si mati secara bergotong-royong dengan saudara-mara dan sahabat-handai. Sebanyak tujuh ekor ikan pari, tujuh ekor ikan yu, tujuh tandan pisang, empat belas ikan lain, satu tempayan tuak, tujuh ekor arak benas, tiga tempayan air tapai, 30 gantang kuih kelupis dan seekor kerbau disediakan. Kenduri ini diadakan pada waktu malam dan dimulakan pada pukul lapan malam. Sebanyak tujuh talam atau dulang hidangan khas yang mengandungi 30 biji kelupis, seekor ikan yu, seekor ikan pari, dua sikat pisang dan sebatang lilin. Seorang wanita yang telah lanjut usia perlu ada bersama hidangan tersebut yang dijadikan pengurus yang lebih dikenali sebagai pengupeh di kalangan masyarakat Kadazan. Pengupeh akan duduk di sebelah hidangan tersebut dengan memegang sebilah pedang. Kemudian sebatang lilin yang ada di setiap hidangan dinyalakan. Sebaik sahaja pengupeh menghidupkan lilin, dia akan menjampi untuk memanggil hantu yang hendak makan hidangan tersebut. Hidangan yang ada di dalam talam dimasukkan ke dalam sebuah tempurung kelapa dan tempurung itu akan diletakkan di pangkal tangga rumah. Ini adalah untuk memberitahu hantu supaya tidak mengacau ahli keluarga yang masih hidup di situ. Sebaik sahaja pengupeh naik ke atas rumah, paluan gong dan gendang akan dibunyikan mengikut nama gendang minum tapai. Ini diikuti dengan tarian semazau yang terlebih dahulu dimulakan oleh seorang lelaki yang dianggap sebagai ketua rumah di situ. Pengupeh akan bangkit untuk memberi minum secawan arak dan secawan tapai kepada lelaki ketua rumah. Pengupeh juga menyorongkan celapa yang berisi sirih pinang. Selepas itu pengupeh menarikan tarian semazau dan menari mengeliling hidangan tersebut sambil diikuti penari yang lain. Penari pertama perlu menghabiskan arak yang diberi oleh pengupeh dengan sekali teguk. Pada mulanya tarian semazau ditarikan oleh ahli keluarga dan saudara mara si mati. Selepas itu barulah terbuka kepada orang ramai yang berada di situ. Selain menarikan tarian semazau, acara berbahas pantun juga turut dilakukan. Acara ini dinamakan bobogoh daham bahasa Kadazan. Mereka akan membahagikan kepada
  • 6. dua kumpulan yang diketuai oleh seorang lelaki yang telah lanjut usia. Sekiranya salah seorang daripada ahli kumpulan tidak dapat menjawab pantun, mereka dikehendaki meminum arak sekaligus. Pada keesokan harinya, hidangan perlu diletak di ruang tamu. Talam hidangan itu diperbuat daripada tembaga dan diisi dengan sirih pinang dan rokok daun. Pada waktu malam pesta diadakan pula. Tarian semazau akan ditarikan dengan rancak sekali. Pada mulanya seorang lelaki yang mahir menarikan tarian semazau akan memulakan tarian dengan diikuti oleh tujuh penari perempuan. Selepas itu barulah tarian semazau terbuka kepada penari lain secara bergilir-gilir. Seperti agama lain, masyarakat Kadazan percaya tentang kejadian roh dan jasad yang bergabung dalam diri seseorang. Setelah seseorang itu mati bermakna perpisahan antara jasad dan roh berlaku. Dalam masyarakat Kadazan, mereka yang belum beragama percaya apabila mereka meninggal dunia, roh meneka akan berkunjung dan berehat di kemuncak gunung Kinabalu untuk selamanya. Oleh yang demikian masyanakat Kadazan mempercayai gunung Kinabahu adalah tempat terakhir bagi kehidupan masyarakat mereka.