2. Pada zaman dulu-dulu
tu.. Ada seorang gadis yang
sangat cantik dan anggun
macam penyanyi Anggun tu.
Gadis ini bernama Cinderella.
Dipendekkan cerita, Ibu
Cinderella telah meninggal
dunia. Jadi, macam biasalah..
bapa Cinderella ni pun
kahwinlah lagi satu. Janda
beranak dua lagi pulak tu.
3. Ibu dan adik-beradik tiri
Cinderella itu pula tersangat
jahatnya (lebih jahat dari ibu tiri
Snow White).
Cinderella pula selalu didera
oleh mereka, jiran-jiran tetangga
pula membutakan mata
memekakkan telinga tidak mahu
melaporkan kejadian dera itu
kepada pihak polis atau menelefon
talian dera kanak-kanak di talian
15999.
Bapa Cinderella pula
tersangat sibuk dengan urusan kerja
menaiktarafkan halaju broadband di
Malaysia. Oleh itu, Cinderella kerap
kali ditinggalkan oleh bapanya
(ahaks, macam best!)
4. pada suatu hari, Putera
lagi kacak ni dari kerajaan Raja-
raja dan kerabatnya
mengumumkan akan menjadi
hos acara tari-menari Sehati
Berdansa di istana Putih Kuning
miliknya 4 hari lagi. Semua
gadis-gadis (sahaja) dijemput
menyertai majlis itu.
Kedua-dua kakak tiri
Cinderella dengan sebulat hati
menyertai acara tersebut.
5. Ibu tiri Cinderella yang
kedekut itu pun menyuruh
Cinderella menjahit Gaun untuk
kedua-dua anaknya secantik-
cantiknya. Padahal kedai jahit
Jaleha hanya meminta upah yang
murah kalau menjahit gaun.
Cinderella pun menjahitlah
gaun-gaun yang cantik. Gaun
untuk kakak pertamanya
bermanik-manik dan
berlabuci, gaun kakak keduanya
bermanikkan kristal hijau.
6. Hari yang ditunggu-
tunggu pun tiba. Kakak-kakak
tiri Cinderella pun bersiap-siap
dan bersolek-solek sambil
mentertawakan Cinderella. “Kau
takkan pernah dapat kawen
dengan Putera lagi kacak ni!”
Cinderella sedih apabila
ditertawakan. Kesedihannya
semakin menjadi-jadi setelah
kakak-kakak tirinya itu pergi
7. Dalam kesedihan malam
baru pukul 7.00. Cinderella
teresak-esak menangis di tepi
mesin basuh Samsung WA91V3
automatik…(sob..sob..sob
huwaaaaaaa… ciannya…)
Tiba-tiba… cahaya yang
berkelipan seperti kunang-kunang
(oh.. Memang pun) semakin
mendekatinya. Terlihatlah seorang
pari-pari (alah..manusia jua pon)
yang sangat cantik macam Selena
Gomez. Muncul sambil menyanyi
lagu “Who says” ala ala Selena.
8. “Siapa kau?” “apa yang
kau mahukan?” tanya Cinderella
bertubi-tubi
“Aku adalah Pari-pari
pengasuhmu” (sebenarnya
orang itu bekas pengasuhnya)
“namaku..pari-pari.. Dan aku ke
sini untuk membantumu
bersiap untuk ke majlis tari-
menari sehati berdansa jam
8.00 nanti” kata si pari-pari.
9. Cinderella gembira kerana pari-
pari mahu membantunya.
“tetapi… ada syaratnya wahai
Cinderella” (eleh..)
Mula-mula Cinderella diminta ke
kebun mencari labu yang paling besar
saiz dirinya (hukaloh!). Dengan bantuan
seekor keldai. Cinderella berjaya
membawa labu yang besar itu ke taman.
10. Pari-pari pun dengan
menggunakan pisau hiasan
masakan yang dibelinya
daripada chef Dato Ismail dan
mula mengukir labu itu sehingga
menjadi kereta kuda yang cantik.
Kemudian, kerusi baldu ibu
tirinya pun dimasukkan ke
dalam kereta kuda daripada labu
tersebut ditambah pula dengan
langsir mahal berjuntai-juntai
kristal milik ibu tirinya (hua hua
hua padan muka)
11. Kemudian, pari-pari
mengarahkan Cinderella
membawakan 6 ekor keldai dari
kandang.
dengan menggunakan
kemahiran dandanan akhirnya
pari-pari berjaya menukarkan
imej keldai menjadi kuda yang
tersangat hensem (Cuma tinggi
ja tidak berjaya di ubah)
keldai-keldai palsu itulah
akhirnya menjadi penarik kereta
labu Cinderella.
12. Untuk tugas yang
terakhir, Cinderella diarahkan
mencari seekor orang utan
peliharaan bapanya.
Akhirnya, pari-pari berjaya
mengubah orang utan itu
nampak macam manusia (dari
jauh) apabila memakai kot
Giorgio Armani hitam milik bapa
Cinderella.
Semua siap..ready to go!
Alamak!!! Lupa.
Gaunnya gimana dong??
Kuang kuang kuang hehe
13. Pari-pari dengan selambanya
mengarahkan Cinderella
membawakannya kain langsir sutera
dari bilik ibu tirinya.
Dengan kemahiran dan
ketangkasannya, kain langsir itu pun
dijahit menjadi gaun yang sangat
cantik dengan kristal sejernih air di
dada gaunnya.
Pari-pari juga turut
menghadiahkan Cinderella kasut
tinggi Made in Gombak (Promo only
kio!) kepadanya dengan pesanan
Belilah barangan buatan Malaysia yo!”
14. Cinderella gembira sakan
kerana mendapat gaun dan
kasut cantik. Eh.. Ada lagi. Pari-
pari pun memake overkan
Cinderella dengan make up
golden style menggunakan
jenama SK II terhebat di pasaran
gerenti tak rugi ,puas hati. You!
Cinderella pun bertolak
dengan pesanan daripada pari-
pari agar dia pulang sebelum
pukul 12 malam kerana segala-
galanya akan bertukar seperti
sedia kala.
15. Cinderella tiba di istana Putih
kuning dan semua orang kagum
dan terpegun ternganga lagi you
melihat kecantikkan Cinderella.
Namun tiada seorang pun
termasuklah kakak-kakak tirinya
mengenali Cinderella.
Putera lagi kacak ni pun
terjatuh cinta at first sight lah
kunun. Jadi, mereka pun
menarilah.. Sehati berdansa!! Ala-
ala Hollywood gitu. Menari Salsa
lagi I tell you! (Thumb drive kalau
suka! Eh, silap thumb up yo!!
16. dipendekkan cerita. Ding dong
,12.00 malam!
Cinderella pun lari lintang
pukang meninggalkan Putera lagi
kacak ni terkulat-kulat di dewan
dengan pesanan don’t cry for me
Argentina! (eh…silap lagi.., don’t cry
for me puteraku!)
ketika sedang berlari
menuruni tangga.. Cinderella
tersandung dan tertinggallah
sebelah kasut Gombaknya saiz 6 di
tangga. Putera raja pun bertekad
mencari pemilik sebenar kasut
tersebut.
17. Kerana takut berlaku
penipuan setelah melihat terlalu
ramai gadis-gadis beratur ingin
mencuba kasut cap Gombak saiz 6
itu. Putera lagi kacak ni pun
menelefon tuan Horatio dari CSI
Miami untuk meminta bantuannya
menyelidik DNA yang ada pada
kasut cap Gombak itu.
Akhirnya setelah sebulan
berlalu, keputusan DNA pun
keluarlah.. Tuan Horatio pun
mentwitter bahawa DNA pada kasut
itu milik Cinderella.
18. Akhirnya putera lagi kacak ni
berkahwin dan hidup bahagia dengan
Cinderella selama-lamanya (yey!yey!)
Sekian,terima kasih: Kicauku Berlagu
a.k.a (Namaku Mahani)
Moral of the story:
1. Buat baik dibalas baik. (jangan dera
adik/kakak /anak tiri kita-kalau ada)
2. Jangan mudah putus asa (Usaha tangga
kejayaan yo!)
3. Keajaiban jarang berlaku – bulan takkan
jatuh ke riba you!(zaman sekarang kena ada
bukti dan caranya Weeeee…..)