SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
WARNA
roda warna
pengenalan
warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat
dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat
warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat.
Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna.
warna terbahagi kepada 3 bahagian
a. warna Asas
b. warna Sekunder
c. warna Tertier
a. Warna Asas
* Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning.
* Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna
lain.
* Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain
warna.
b. Warna Sekunder
* Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu.
* Ia merupakan campuran dua warna asas spt dibawah
warna asas warna sekunder
kuning + biru hijau
biru + merah ungu
merah + kuning jingga
c. Warna Tertier
* Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang
bersebelahan dalam roda warna.
Mewarna
* Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya
ialah
1.pensil warna
2. warna air
3. krayon
4. magic colour
5. marker dan sebagainya
sebelum mewarna perlu
* Diteliti arah cahaya
* Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya.
* Campuran warna
* Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat, pensil dll
Teknik Mewarna
langkah 1
penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan.
langkah 2
Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan
ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis.
langkah 3
warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar.
lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam
warna air yang kita akan gunakan.
langkah 4
teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan.
kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak
diwarnakan.
KRAF TRADISIONAL
Motif batik
1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain-
lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung
biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong
2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu
3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’
dll
4.Motif benda – wau, wayang kulit dll
5.Motif abstrak
Isen
Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi
untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu
pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll
Jenis-jenis Kain
Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji
Jenis-jenis Batik
1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting
2. Batik terap / blok /cap
3. Batik skrin
4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin) BATIK TULIS/ CONTENG
Alatan
Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin
yang digunakan untuk melakar corak pada kain
Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa
mencanting
Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair
Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin
Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain
Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin
Bahan
Kain putih - Jenis sutera dan cotton
Campuran lilin - Lilin putih (paraffin)
Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah
Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain
Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain
Bahan pewarna - Remazol atau primazin
Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada
kain
Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin
Proses Batik Canting
1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan
2.Kain ditegangkan pada pemidang kayu
3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik
telah mahir)
4. Panaskan campuran lilin sehingga cair
5.Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan
pada kain mengikut motif yang telah
dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak
pada kain tersebut
6.Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin
7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian
rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain
tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam
Ciri-ciri khas batik tulis/conteng/lukis
1.warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas
2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif
3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik
4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai
corak yang tersendiri
Kekemasan dan persembahan
1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus
2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni
3. sambungan garisan tidak ketara
4. warna yang tidak bertelar-telar
5. tidak ada kesan lilin
6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah
Pemeliharaan dan penjagaan
1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh
2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik
BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP
Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang
sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu
adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang sama
Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian
seragam
Jenis kain batik blok/terap
(i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan
dalam upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan
tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga
dikenali sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang
(ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter
mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu
untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal
Alatan dan Fungsi
Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan
dipateri mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain
dengan menggunakan lilin
Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang
yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain.
Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin
Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin
Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin
melalui cara merebus kain
Bahan
1.kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas
2. campuran lilin
a. lilin putih (paraffin)
b. campuran rosin(damar)
c. lemak binatang
d. minyak kelapa
3. bahan pewarna – napthol
4. debu soda (soda ash)
5. kanji – untuk mengilatkan kain batik
Proses
1.basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan
2. bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk
membolehkan proses penerapan lancar dan kemas
3. panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair
4. celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan
kain.Pastilkan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk
sehelai kain batik sarung, corak badan kain dan kepala dan bahagian kain
berbeza.untuk menghasilkan sehelai kain
5. Celup kain dalam pewarna napthol.Warna yang berbeza digunakan dimulai
dengan warna cerah diikuti dengan warna gelap
6.proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untruk mendapatkan
beraneka corak dan warna
7. untuk mendapatkan kesan ‘retak seribu’ lilin hendaklah disapu pada seluruh
permukaan kain kemudian direnyukkan
8. kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda
9. basuh dan jemurkan kain
10. kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih
berkilat dan berseri
Ciri-ciri khas batik blok
1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali
2. mempunyai corak ‘retak seribu’
3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela
Kekemasan dan persembahan
1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan
2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh
3. susunan motif utama dan isen berharmoni
4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas
Pemeliharaan dan penjagaan
1. petua membasuh:
-campurkan air dengan cuka
-cucian dengan air the untuk mengelakkan luntur warna
2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci
3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik
BATIK SKRIN / BATIK SUTERA SARING / BATIK CETAK
Pengenalan
• ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20
• ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik
pembuatannya yang lebih ringkas
• teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan
adalah corak tradisional
Alatan
1.Skrin
– diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik
sarung
– kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain
pemidang
– setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja
2.sekuji (squeegee)
– diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya
-- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang
– digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin
3. kelongsong stensil (funnel pen)
– alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong
– diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin
– digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin
4. meja pengecap – meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses
mencetak
5. kuali dan bekas – untuk merendam dan membersihkan kain
6. pengukus – untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain
Bahan
1.kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang
2. bahan pewarna – jenis reactive dan pigmen dye
3. bahan lacquer / laker
– sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam
kelongsong stensil untuk melukis corak pada skrin
– bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke
bahagian-bahagian yang telah ditutup
dengan lacquer
Proses
1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang
perlu digunakan .Bilangan
pemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada bilangan warna
2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan
menggunakan kelongsong stensil yang berisi lacquer
3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga
kering
4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang
skrin di atas permukaan kain
5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata
menggunakan sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak
yang ditetapkan neggunakan pemidang skrin yang berbeza
6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan.
Pengewapan ini dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur
7.Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi
melembutkan kain serta membuang lebihan pewarna
8.kain dijemur sehingga kering
Ciri-ciri batik skrin
1.amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik
2. proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali
ganda lebih cepat daripada teknik blok
3. warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur
Kekemasan dan persembahan
1. ketepatan dalam reka bentuk imejnya
2. kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara dan
petak-petak warna yang kemas
3. warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur
BATIK PELANGI
• Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan
oleh Che Minah Pelangi dari
Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808)
• Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’
• Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori
pakaian terutama inang dan dayang di istana
• Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup
• Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk
menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan
corak dan warna pada kain
Batik pelbagai jenis
1.Batik lasem kelantan – batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk
rebung pada bahagian kepala kain
2.Batik perkalongan Kelantan – bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan
kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus
halus
3.batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias
yang bebas
4. Batik solo kelantan – dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik
panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan
kuning
TOKOH BATIK
1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan)
2. Hj. Mohd.Yusof –kelantan
3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu
4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur
PELUKIS BATIK TANAHAIR
1. Chuah Thean Teng- karyanya:Musim Buah dan Mengejar ayam
2. Tay Mo Leong –karyanya : Fishing Village
3. Khalil Ibrahim –Karyanya; Pantai Timur
4. Syed Shaharuddin Bakeri – Karyanya: Fabrik Marah, Biru, Hijau
Perbezaan Batik tulen dan Batik tiruan
Tulen - Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok
Tiruan - Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin
Tulen - Warnanya hidup dan segar di dua-dua belah kain
Tiruan - Warna di sebelah luar kelihatan berseri tetapi di sebelah dalam kusam
Tulen - Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin
Tiruan - Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin
Tulen - Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses
pembuatannya
Tiruan - Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri
sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen
Tulen - Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan
terutama pada batik tulis
Tiruan - Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin
Dimensi baru dalam batik
Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan
hasil ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan
sebagainya. Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan
rumah(langsir,kusyen, pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik
tidur(cadar, sarung bantal, selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan
perhiasan diri (tas tangan, skaf, pakaian dan kasut)
PERBEZAAN BATIK MALAYSIA DAN INDONESIA
Sejarah
Malaysia - Perusahaan batik hanya bermula di Kelantan awal tahun 1911 dan kini
bertumpu di Pantai timur
sahaja
Indonesia - Telah bermula sejak kurun ke12
Motif dan corak
Malaysia - Motif flora lebih diutamakan berbanding dengan motif geometri dan fauna.
Motif fauna terhad kepada serangga, unggas dan kehidupan marin sahaja. Motif
figura tidak dibenarkan.Kurang penggunaan morif isen
Indonesia - Unsur motif tidak terhad, pengisian / isen sangat popular
Peralatan dan bahan
Malaysia - Penggunaan canting yang mempunyai satu mata sahaja, menggunakan
pemidang untuk mencanting
Indonesia - Penggunaan canting pelbagai mata, melakukan proses mencanting
secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan
Fungsi
Malaysia - Kegunaan pakaian dan perhiasan
Indonesia - Kegunaan adapt istiadat perkahwinan
Warna
Malaysia - Menggunakan pewarna import
Indonesia - Pewarna asli banyak digunakan selain dari pewarna kimia

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados (20)

Tenunan Songket
Tenunan SongketTenunan Songket
Tenunan Songket
 
BATIK
BATIKBATIK
BATIK
 
Prakarya Batik indonesia
Prakarya Batik indonesiaPrakarya Batik indonesia
Prakarya Batik indonesia
 
PPT Batik Tradisional Nusantara
PPT Batik Tradisional NusantaraPPT Batik Tradisional Nusantara
PPT Batik Tradisional Nusantara
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Proses pembuatan batik
Proses pembuatan batik Proses pembuatan batik
Proses pembuatan batik
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Batik Jumputan Prakarya
Batik Jumputan PrakaryaBatik Jumputan Prakarya
Batik Jumputan Prakarya
 
Teknik dan proses pembuatan batik
Teknik dan proses pembuatan batikTeknik dan proses pembuatan batik
Teknik dan proses pembuatan batik
 
Lap batik cap
Lap batik capLap batik cap
Lap batik cap
 
Membuat batik
Membuat batikMembuat batik
Membuat batik
 
Batik Tulis
Batik TulisBatik Tulis
Batik Tulis
 
Presentasi Batik Indonesia (Indonesian batik presentation)
Presentasi Batik Indonesia (Indonesian batik presentation)Presentasi Batik Indonesia (Indonesian batik presentation)
Presentasi Batik Indonesia (Indonesian batik presentation)
 
Prakarya Batik Tulis
Prakarya Batik TulisPrakarya Batik Tulis
Prakarya Batik Tulis
 
Reka bentuk teknologi
Reka bentuk teknologiReka bentuk teknologi
Reka bentuk teknologi
 
Materi karya seni rupa batik
Materi karya seni rupa batikMateri karya seni rupa batik
Materi karya seni rupa batik
 
Batik dindonesia
Batik dindonesiaBatik dindonesia
Batik dindonesia
 
BATIK
BATIKBATIK
BATIK
 
Nusantara
NusantaraNusantara
Nusantara
 
materi prakarya kelas X
materi prakarya kelas Xmateri prakarya kelas X
materi prakarya kelas X
 

Destaque

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Cikgu Bibi
 
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisu
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisuTeknik shibori untuk pembuatan kotak tisu
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisuPretty Menur
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Fairuz Alwi
 
Analisis Item Sains Akhir 2009
Analisis Item Sains Akhir 2009Analisis Item Sains Akhir 2009
Analisis Item Sains Akhir 2009masyati
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanQing9595
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikAfiqah Nooh
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )cikguwanida
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaAbby Piong
 

Destaque (14)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (HOTS)
 
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisu
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisuTeknik shibori untuk pembuatan kotak tisu
Teknik shibori untuk pembuatan kotak tisu
 
Interior and exterior design
Interior and exterior designInterior and exterior design
Interior and exterior design
 
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
Seni visual penggal 1: sejarah perkembangan seni lukis di malaysia
 
Analisis Item Sains Akhir 2009
Analisis Item Sains Akhir 2009Analisis Item Sains Akhir 2009
Analisis Item Sains Akhir 2009
 
Tokoh seni
Tokoh seniTokoh seni
Tokoh seni
 
Tokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catanTokoh tokoh catan
Tokoh tokoh catan
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Soalan psv objektif
Soalan psv objektifSoalan psv objektif
Soalan psv objektif
 
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknikStrategi,pendekatan, kaedah dan teknik
Strategi,pendekatan, kaedah dan teknik
 
Panduan soalan 2013
Panduan soalan 2013Panduan soalan 2013
Panduan soalan 2013
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
 
Batik
Batik Batik
Batik
 
Sejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual MalaysiaSejarah Seni Visual Malaysia
Sejarah Seni Visual Malaysia
 

Semelhante a KRAF TRADISIONAL

BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptx
BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptxBAB 2 Kerajinan Tekstil.pptx
BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptxWahyuCholivah
 
Kerajinan dari bahan lunak
Kerajinan dari bahan lunakKerajinan dari bahan lunak
Kerajinan dari bahan lunakNoti Setiani
 
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077RevaNku TeeNa
 
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaProduk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaSarahtarnia
 
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaProduk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaSarahtarnia
 
PK LK 1 Kelompok 1
PK LK 1 Kelompok 1PK LK 1 Kelompok 1
PK LK 1 Kelompok 1lailatulmagh
 
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan Tekstil
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan TekstilMenerapkan Ragam Hias pada Bahan Tekstil
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan TekstilRitio Quarter's
 
Semester 1 kls 8 seni budaya
Semester 1 kls 8 seni budayaSemester 1 kls 8 seni budaya
Semester 1 kls 8 seni budayaAwang Deswari
 
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdf
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdfKerajinan bahan lunak dan wirausaha pdf
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdfEndang Rahayu
 

Semelhante a KRAF TRADISIONAL (20)

BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptx
BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptxBAB 2 Kerajinan Tekstil.pptx
BAB 2 Kerajinan Tekstil.pptx
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Batik
BatikBatik
Batik
 
Kerajinan dari bahan lunak
Kerajinan dari bahan lunakKerajinan dari bahan lunak
Kerajinan dari bahan lunak
 
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077Karya tulis kemasan batik  titik agustina t1210077
Karya tulis kemasan batik titik agustina t1210077
 
BATIK.pptx
BATIK.pptxBATIK.pptx
BATIK.pptx
 
Modil i
Modil iModil i
Modil i
 
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaProduk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
 
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 JeparaProduk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
Produk kerajinan dari bahan keras XI MIPA 1 SMAN 1 Jepara
 
Presentation 2
Presentation 2Presentation 2
Presentation 2
 
Sejarah Seni Batik 1 (7)
Sejarah Seni Batik 1 (7)Sejarah Seni Batik 1 (7)
Sejarah Seni Batik 1 (7)
 
PK LK 1 Kelompok 1
PK LK 1 Kelompok 1PK LK 1 Kelompok 1
PK LK 1 Kelompok 1
 
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan Tekstil
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan TekstilMenerapkan Ragam Hias pada Bahan Tekstil
Menerapkan Ragam Hias pada Bahan Tekstil
 
Batik.pptx
Batik.pptxBatik.pptx
Batik.pptx
 
Semester 1 kls 8 seni budaya
Semester 1 kls 8 seni budayaSemester 1 kls 8 seni budaya
Semester 1 kls 8 seni budaya
 
Seni rupa batik
Seni rupa batikSeni rupa batik
Seni rupa batik
 
Seni rupa batik
Seni rupa batikSeni rupa batik
Seni rupa batik
 
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdf
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdfKerajinan bahan lunak dan wirausaha pdf
Kerajinan bahan lunak dan wirausaha pdf
 
Uts
UtsUts
Uts
 
Batik
BatikBatik
Batik
 

KRAF TRADISIONAL

  • 1. WARNA roda warna pengenalan warna merupakan kesan pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek yang dapat dikesan melalui visual atau deria penglihatan. Tanpa cahaya kita tidak dapat melihat warna. Justeru itu warna dan cahaya merupakan dua perkara yang berkait rapat. Kesimpulannya dengan adanya cahaya kita dapat mengesan warna. warna terbahagi kepada 3 bahagian a. warna Asas b. warna Sekunder c. warna Tertier a. Warna Asas * Terdiri daripada warna merah, biru dan kuning. * Juga dikenali sebagai warna yang tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna lain. * Merupakan warna utama, yang mana apabila dicampurkan akan menghasilkan lain warna.
  • 2. b. Warna Sekunder * Terdiri daripada warna hijau, jingga dan ungu. * Ia merupakan campuran dua warna asas spt dibawah warna asas warna sekunder kuning + biru hijau biru + merah ungu merah + kuning jingga c. Warna Tertier * Terdiri daripada campuran satu warna asas dan satu warna sekunder yang bersebelahan dalam roda warna. Mewarna * Bahan-bahan yang digunakan bagi menghasilkan kerja-kerja mewarna antaranya ialah 1.pensil warna 2. warna air 3. krayon 4. magic colour 5. marker dan sebagainya sebelum mewarna perlu * Diteliti arah cahaya * Kesan pencahayaan seperti bayang, pembalikan cahaya dan sebagainya. * Campuran warna * Bahan dan Media yang digunakan cth. cat air, cat, dakwat, pensil dll
  • 3. Teknik Mewarna langkah 1 penghasilan lakaran objek yang hendak di lukis dan diwarnakan. langkah 2 Garisan-garisan halus yang dihasilkan oleh pensil ditutup dengan palitan warna dan ton gelap bagi menimbulkan bentuk siput yang dilukis. langkah 3 warna biru dimasukkan bagi mengasingkan antara objek dan latar. lakaran yang baik ialah dengan menggunakan dakwat kerana ia mudah larut dalam warna air yang kita akan gunakan.
  • 4. langkah 4 teknik cat air menggunakan warna lapisan demi lapisan. kesan cahaya yang nyata dapat menimbulkan bentuk objek yang hendak diwarnakan. KRAF TRADISIONAL Motif batik 1.Motif flora – bunga kenangan , cempaka, Daun Siti Fatimah , daun keladi dan lain- lain yang biasanya dijadikan motif pada badan kain. Manakala motif pucuk rebung biasanya dijadikan motif pada kepala kain batik sarong 2.Motif fauna – burung,ayam, siput, kupu-kupu 3.Motif geometri – banji, ceplok, parang rusak, kawung , swastika, pilin berganda ‘s’ dll 4.Motif benda – wau, wayang kulit dll 5.Motif abstrak Isen Motif pengisian yang melatari dan bertabur di sekeliling motif utama. Motif pengisi untuk memenuhi kain batik tradisional ataiu sebagai latar belakang kepada sesuatu pola corak Contoh : ada-ada, antel. Poleng, galangan dll Jenis-jenis Kain Cotton, sutera, lawn, crepe satin, jacquard, rayon/ fuji Jenis-jenis Batik 1. Batik tulis / lukis/ conteng/ canting 2. Batik terap / blok /cap 3. Batik skrin 4. Batik pelangi ( tanpa penggunaan lilin) BATIK TULIS/ CONTENG
  • 5. Alatan Canting/ tjanting - Alat yang diperbuat daripada tembaga yang menjadi bekas lilin yang digunakan untuk melakar corak pada kain Pemidang - Digunakan untuk meregang kain supaya kain tidak melendut semasa mencanting Berus lembut - Digunakan untuk menyapu bahan pewarna pada kain dan lilin cair Periuk - Untuk memasak bahan campuran lilin Kuali atau bekas - Untuk mencelup, merendam dan merebus kain Dapur - Tempat meletakkan periuk dan memanaskan campuran lilin Bahan Kain putih - Jenis sutera dan cotton Campuran lilin - Lilin putih (paraffin) Lilin lebah - supaya lilin kenyal dan tidak mudah patah Damar - supaya lilin cepat lekat pada kain Minyak kelapa/ masak- supaya lilin cepat cair dan licin pada kain Bahan pewarna - Remazol atau primazin Bahan fixer - Pemati warna sodium / natrium silikat : untuk mengekalkan warna pada kain Debu soda /soda ash - Untuk menanggalkan lilin Proses Batik Canting 1. Kain dasar dibersihkan terlebih dahulu untuk menghilangkan kanji dan dikeringkan 2.Kain ditegangkan pada pemidang kayu 3. Motif dan corak dilakarkan dengan menggunakan pensel (tidak perlu jika pembatik telah mahir) 4. Panaskan campuran lilin sehingga cair 5.Cedukkan lilin cair tersebut dengan, menggunakan canting kemudian lakarkan pada kain mengikut motif yang telah dibuat dengan menggunakan pensel tadi.Buat begitu sehingga habis lakaran corak pada kain tersebut 6.Mewarnakan motif yang telah siap dicanting / lilin 7. Apabila kain telah siap diwarnakan , biarkan pewarna dan kain kering kemudian rendamkan kain tersebut ke dalam bahan fixer supaya warna akan kekal pada kain tersebut. Biarkan kain tersebut selama8 – 12 jam Ciri-ciri khas batik tulis/conteng/lukis 1.warna yang segar dan eksklusif serta motif yang dihasilkan adalah bebas 2. setiap helaian batik adalah ciptaan individu serta eksklusif 3. setiap hasilan memaparkan unsur-unsur sezaman yang unik 4. harganya tinggi kerana kain dan bahan pewarnanya mahal serta mempunyai corak yang tersendiri
  • 6. Kekemasan dan persembahan 1. garisan lilin yang kemas dan tidak putus-putus 2. aliran corak yang seimbang dan berharmoni 3. sambungan garisan tidak ketara 4. warna yang tidak bertelar-telar 5. tidak ada kesan lilin 6. corak dan warna motif bersesuaian dengan warna tanah Pemeliharaan dan penjagaan 1. Tidak boleh direndam terlalu lama semasa membasuh 2. Tidak boleh didedahkan kepada cahaya matahari yang terik BATIK TERAP/ BATIK BLOK/ BATIK CAP Batik ini berbeza dengan batik tulis/ lukis kerana batik ini mempunyai corak yang sama. Corak dibuat secara perulangan pada kain putih kerana corak yang diterap itu adalah berasaskan blok kayu / tembaga yang sama Tumpuan penghasilan batik ini lebih kepada kain sarung atau kain untuk pakaian seragam Jenis kain batik blok/terap (i) Kain batik lepas- kain ini lebih panjang daripada kain batik sarung, digunakan dalam upacara pengkebumian masyarakat Melayu kerana saiznya yang panjang dan tidak perlu dijahit.Coraknya seragam dan tidak mempunyai corak kepala kain.Ia juga dikenali sebagai kain batik solo, batik belit atau batik panjang (ii) Batik ela – dihasilkan dalam bentuk yang panjang dan dijual dalam ukuran meter mengikut kehendak pembeli.Batik ini menjadi pilihan pertubuhan dan badan tertentu untuk dijadikan pakaian seragam atau pakaian untuk majlis formal Alatan dan Fungsi Sarang / blok bunga - diperbuat daripada logam / tembaga yang dibentuk dan dipateri mengikut rekaan corak.Digunakan untuk mengecap corak di atas kain dengan menggunakan lilin Meja pengecap - meja ini dilapisi dengan span, kain guni dan kelopak batang pisang yang telah direndam di dalam air garam selama 12 jam, untuk mengecap kain. Tujuan kelopak batang pisang digunakan untuk mempercepatkan penyejukan lilin Kuali leper - Digunakan untuik memasak bahan campuran lilin Kuali kawah - Digunakan untuk mendiidihkan air bagi proses menanggalkan lilin melalui cara merebus kain Bahan 1.kain putih bergantung kepada kesesuaian jenis cotton / kapas 2. campuran lilin a. lilin putih (paraffin)
  • 7. b. campuran rosin(damar) c. lemak binatang d. minyak kelapa 3. bahan pewarna – napthol 4. debu soda (soda ash) 5. kanji – untuk mengilatkan kain batik Proses 1.basuh kain untuk menghilangkan kanji kemudian keringkan 2. bentang kain di atas meja pengecap, pastikan kain rata dan tegang untuk membolehkan proses penerapan lancar dan kemas 3. panaskan campuran lilin di dalam kuali leper sehingga cair 4. celup blok / sarang ke dalam lilin dan terapkan lilin ke atas permukaan kain.Pastilkan blok yang digunakan adalah betul mengikut corak kerana untuk sehelai kain batik sarung, corak badan kain dan kepala dan bahagian kain berbeza.untuk menghasilkan sehelai kain 5. Celup kain dalam pewarna napthol.Warna yang berbeza digunakan dimulai dengan warna cerah diikuti dengan warna gelap 6.proses menerap dan mencelup warna dilakukan berulangkali untruk mendapatkan beraneka corak dan warna 7. untuk mendapatkan kesan ‘retak seribu’ lilin hendaklah disapu pada seluruh permukaan kain kemudian direnyukkan 8. kemudian masukkan kain ke dalam air panas dicampurkan debu soda 9. basuh dan jemurkan kain 10. kadang kala kain dikanji terutama kain batik sarung supaya kain kelihatan lebih berkilat dan berseri Ciri-ciri khas batik blok 1. kain yang lembut kerana direbus banyak kali 2. mempunyai corak ‘retak seribu’ 3. dapat menghasilkan kain dalam bentuk bandela Kekemasan dan persembahan 1. capan lilin sama jelas,sambungan corak tidak kelihatan 2. warna tidak bertelar-telar dan tidak luntur walaupun banyak kali dibasuh 3. susunan motif utama dan isen berharmoni 4. bentuk kain sarung yang lengkap,kaki dan gigi kainnya kemas Pemeliharaan dan penjagaan 1. petua membasuh: -campurkan air dengan cuka -cucian dengan air the untuk mengelakkan luntur warna 2. tidak boleh direndam terlalu lama masa mencuci 3. elakkan daripada jemuran di bawah matahari terik
  • 8. BATIK SKRIN / BATIK SUTERA SARING / BATIK CETAK Pengenalan • ia di bawa dari negeri Thai dan diperkenalkan di Kelantan pada awal kurun ke 20 • ia giat berkembang kerana mempunyai pasaran yang luas dan teknik pembuatannya yang lebih ringkas • teknik ini mirip kepada kaedah cetakan sutera saring hanya corak yang digunakan adalah corak tradisional Alatan 1.Skrin – diperbuat daripada bingkai kayu yang biasanya berukuran sebesar kain batik sarung – kain nipis yang dikenali sebagai sutera saring / organdi digunakan sebagai kain pemidang – setiap skrin digunakan untuk menyapu satu warna sahaja 2.sekuji (squeegee) – diperbuat daripada kayu pada bahagian atas dan getah di bahagian bawahnya -- panjang sekuji biasanya sama dengan lebar pemidang – digunakan untuk menyapu bahan pewarna dengan rata di atas permukaan skrin 3. kelongsong stensil (funnel pen) – alat yang berfungsi sebagai pen yang berbentuk kelongsong – diisi dengan bahan lacquer / laker yang bertindak sebagai lilin – digunakan untuk melukis corak dan motif di atas permukaan skrin 4. meja pengecap – meja yang cukup memuatkan pemidang skrin untuk proses mencetak 5. kuali dan bekas – untuk merendam dan membersihkan kain 6. pengukus – untuk proses pengewapan bagi mengekalkan warna pada kain Bahan 1.kain putih- jenis kapas yang berukuran sama dengan saiz pemidang 2. bahan pewarna – jenis reactive dan pigmen dye 3. bahan lacquer / laker – sejenis campuran bahan tinner dan emulsion yang dimasukkan ke dalam kelongsong stensil untuk melukis corak pada skrin – bertindak sebagai lilin yang menghalang bahan pewarna daripada meresap ke bahagian-bahagian yang telah ditutup dengan lacquer Proses 1. Merancang dan menyediakan corak pada kertas termasuk merancang warna yang perlu digunakan .Bilangan
  • 9. pemidang skrin yang akan digunakan bergantung pada bilangan warna 2. Lukis corak di atas skrin yang telah dipasang dengan sutera saring dengan menggunakan kelongsong stensil yang berisi lacquer 3. kain putih yang hendak dicetak mestilah direbus , dibilas dan dijemur sehingga kering 4. kain tersebut diregang dan diletakkan di atas meja pengecap.Letakkan pemidang skrin di atas permukaan kain 5. tuang warna di bahagian hujung skrin dan sapukan warna dengan rata menggunakan sekuji. Ulang semula proses ini mengikut bilangan warna dan corak yang ditetapkan neggunakan pemidang skrin yang berbeza 6. kain dijemur sehingga kering sebelum dikukus dalam proses pengewapan. Pengewapan ini dilakukan untuk memastikan warna kain tidak luntur 7.Rendam kain dalam air suam yang dicampur dengan bahan pelembut bagi melembutkan kain serta membuang lebihan pewarna 8.kain dijemur sehingga kering Ciri-ciri batik skrin 1.amat popular kerana harganya yang sederhana dan coraknya yang menarik 2. proses pembuatannya menjimatkan masa dan memberikan hasil sepuluh kali ganda lebih cepat daripada teknik blok 3. warnanya juga lebih tahan lama dan tidak mudah luntur Kekemasan dan persembahan 1. ketepatan dalam reka bentuk imejnya 2. kejituan pembuatan yang tinggi dengan sambungan garisan yang tidak ketara dan petak-petak warna yang kemas 3. warna yang tidak bertelar-telar dan tidak luntur BATIK PELANGI • Batik pelangi ialah batik yang dihasilkan tanpa penggunaan lilin dan diperkenalkan oleh Che Minah Pelangi dari Terengganu ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin II (1793 – 1808) • Ia disebut juga sebagai kain ‘rawa’ • Digunakan sebagai tudung / selendang serta menjadi pelengkap atau eksesori pakaian terutama inang dan dayang di istana • Ia dihasilkan dengan menggunakan teknik ikat dan celup • Kain diikat beberapa kali dengan menggunakan lilin atau apa sahaja untuk menghalang penyerapan warna. Bilangan ikatan dan celupan warna menentukan corak dan warna pada kain Batik pelbagai jenis 1.Batik lasem kelantan – batik yang direbus dua kali dan menggunakan motif pucuk
  • 10. rebung pada bahagian kepala kain 2.Batik perkalongan Kelantan – bercirikan motif bunga pada kepala kain dan badan kain .Warna motif tidak dicelupkan sebaliknya mencalit warna menggunakan berus halus 3.batik selapis- menggunakan satu warna sahaja dengan menggunakan ragam hias yang bebas 4. Batik solo kelantan – dikenali juga batik belit, batik lepas, dan batik panjang.Penggunaan warnanya terhad pada tiga warna sahaja iaitu hitam, biru dan kuning TOKOH BATIK 1. Hajah Cik Su Bt Haji Ishak (kelantan) 2. Hj. Mohd.Yusof –kelantan 3. Hj.Ali, En.Awang bin Long, En Long Bin Abdullah dari Terengganu 4. Tunku Zubeidah dan Azman Sutan Aman dari Kuala Lumpur PELUKIS BATIK TANAHAIR 1. Chuah Thean Teng- karyanya:Musim Buah dan Mengejar ayam 2. Tay Mo Leong –karyanya : Fishing Village 3. Khalil Ibrahim –Karyanya; Pantai Timur 4. Syed Shaharuddin Bakeri – Karyanya: Fabrik Marah, Biru, Hijau Perbezaan Batik tulen dan Batik tiruan Tulen - Dihasilkan dengan tangan.contohnya batik lukis dan batik blok Tiruan - Dihasilkan dengan menggunakan mesin atau skrin contohnya batik skrin Tulen - Warnanya hidup dan segar di dua-dua belah kain Tiruan - Warna di sebelah luar kelihatan berseri tetapi di sebelah dalam kusam Tulen - Coraknya mempunyai ciri-ciri batik asli kerana mempunyai kesan lilin Tiruan - Corak kurang hidup kerana tidak mempunyai kesan lilin Tulen - Tidak kecut kerana telah direbus beberapa kali sewaktu proses pembuatannya Tiruan - Pewarna jenis pigmen yang digunakan tidak begitu lut sinar dan berseri sebagaimana bahan pewarna yang digunakan untuk batik tulen Tulen - Jalinan coraknya lebih hidup dan penuh gaya kerana dikawal dengan tangan terutama pada batik tulis Tiruan - Jalinan coraknya statik dan seragam kerana telah ditetapkan pada skrin Dimensi baru dalam batik Bahan tambahan yang sesuai digunakan untuk mencantum dan menggabungkan
  • 11. hasil ciptaan baru seperti rotan, anyaman , fabrik, span, kulit ,tali, tembikar dan sebagainya. Diantara hasil ciptaan dimensi baru ialah kelengkapan rumah(langsir,kusyen, pengadang ruang dan hiasan dinding), kelengkapan bilik tidur(cadar, sarung bantal, selipar),aksesori (bekas tisu, bekas serbaguna) dan perhiasan diri (tas tangan, skaf, pakaian dan kasut) PERBEZAAN BATIK MALAYSIA DAN INDONESIA Sejarah Malaysia - Perusahaan batik hanya bermula di Kelantan awal tahun 1911 dan kini bertumpu di Pantai timur sahaja Indonesia - Telah bermula sejak kurun ke12 Motif dan corak Malaysia - Motif flora lebih diutamakan berbanding dengan motif geometri dan fauna. Motif fauna terhad kepada serangga, unggas dan kehidupan marin sahaja. Motif figura tidak dibenarkan.Kurang penggunaan morif isen Indonesia - Unsur motif tidak terhad, pengisian / isen sangat popular Peralatan dan bahan Malaysia - Penggunaan canting yang mempunyai satu mata sahaja, menggunakan pemidang untuk mencanting Indonesia - Penggunaan canting pelbagai mata, melakukan proses mencanting secara duduk dengan meletakkan kain di atas tapak tangan Fungsi Malaysia - Kegunaan pakaian dan perhiasan Indonesia - Kegunaan adapt istiadat perkahwinan Warna Malaysia - Menggunakan pewarna import Indonesia - Pewarna asli banyak digunakan selain dari pewarna kimia