SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 27
KERJA KURSUS PENDIDIKAN SIVIK DAN
KEWARGANEGARAAN
TAJUK:
TOKOH-TOKOH
YANG BERJAYA
NAMA:JUNI IZYAN BT. JOHARI
KELAS:3 RK
GURU:EN.SHUKRI
TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA
1.TUNKU ABDUL RAHMAN
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari
1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana
Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada
tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai
"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Kehidupan peribadi
Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin,
Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul
Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan
Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb),
seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau
bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan
Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya
yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak
kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga
menghidapi penyakit puru di kakinya.
Pendidikan
Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu,
Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang
guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke
sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di
sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang.
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama
Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat
(Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang
Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif,
beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet.
Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk
melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan
penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan
Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar
aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat
British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.
Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang
pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai
Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang
berbaju Melayu, siap dengan tengkolok.
Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir),
H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).
Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28
kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki
peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan
bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada
tahun 1925.
Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti
Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus
semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas
pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang
Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun
berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat
British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani.
Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku.
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung
pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke
Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada
1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan
Kedah.
Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya
yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi
beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama
dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya
di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku
Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal
pengganti Sultan Kedah.
Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf
baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera
Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku
kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang
pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star.
Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh
itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk
Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai
setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut
kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti
Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun ,
barulah Tunku layak menjadi peguam.[1]
Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa
yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih
sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang
beliau memegang sehingga 1976.
Keluarga
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya
mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada
tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah.
Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di
England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan
untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed
Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui
kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak
mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan
Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan
rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor
Hayati dan Tunku Mastura.
Kerjaya politik
Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah
pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala
Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang
Dipertua Mahkamah Sesyen.
Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah-
tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat:
Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO
memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai
presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun.
Laluan ke kemerdekaan
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi
kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang
berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu
merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili
kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955.
Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang
kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh
kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku
mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan
yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam
mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa.
Sebagai Perdana Menteri
Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke
kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia
pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak,
dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun
1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali
Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama.
Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang
menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA
berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan
sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di
Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah
parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam
bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya
perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO.
Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan
Malaysia.
Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa
Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan.
Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan
sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan
Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan
kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965.
Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang
memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan
perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8
Ogos 1967.
Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat.
Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan
rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang
diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan
MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan
darurat.
Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970,
beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan
jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh
'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa
Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana
Menteri.
Dengan pakaian rasmi.
Kegiatan Islam
Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan
Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf
Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden
PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya.
Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat
Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku
sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951.
Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan
sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan
Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden
"Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga
1988.
Kehidupan kemudian
Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat
khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya,
"Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See
It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan
surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas
Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO
Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.
Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang
diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46
dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot.
Meninggal dunia
Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau
dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu
berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja
Langgar, Alor Star.
2.TUN ABDUL GHAFFAR BIN BABA
Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan
Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul
Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15
Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik
kampungan' yang berjiwa Melayu tulen.
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh
hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri
Sembilan. [1]
Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi
kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi
/ pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di-
Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman.
Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di
Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti
di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan
tidur di bilik darjah sahaja.
Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku
Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian
berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada
tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu
Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah
meninggal dunia.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah
Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab
Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949).
Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya
kepada kerjaya politik (1955 - 2004).
Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian
oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru
pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli
dengan mengadakan mogok secara aman.
Politik
Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertai
Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang guru
lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris]]) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktif
dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMM
diharamkan oleh kerajaan British.
Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ Onn
Jaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantik
sebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka.
Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan 'Hidup Melayu' ditukar kepada
'Merdeka' , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri Aishah
Ghani. Catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai
bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluar
UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empat
kali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka.
Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka yang pertama. Waktu itu jawatan Setiausaha
bukan dilantik tetapi dipilih. Terus menerus, tidak terputus walau sehari jua pun, beliau
memegang jawatan dalam UMNO selama 42 tahun sehingga saya meletakkan jawatan Timbalan
Presiden pada 30 Oktober 1993.[2]
Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar British
mengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan
Perundangan Persekutuan (Legco). Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha Kerajaan
British menolak usul itu. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka
mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina /
Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA.
Satu rombongan dihantar ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana.
Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha
UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis
Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah
(1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993).
Pada 15 Jun 1955 Ghafar meletak jawatan sebagai guru bergaji tetap dan menyertai pilihan raya
umum Malaysia yang pertama 1955 di parlimen Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar
23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi menolak.
Pada 20 Februari 1956, Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar-
besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi di
Lapangan Terbang Batu Berendam dan ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000
rakyat menanti. Tan Cheng Lock, V. T. Sambanthan dan Datuk Panglima Bukit Gantang
mewakili Raja-Raja Melayu, Abdul Ghafar dan Tunku Abdul Rahman telah berucap.
Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Abdul Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan
dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan
Guru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku Menteri
Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti
yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Kesatuan guru mengecam
UMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini dan
mengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958. Abdul Ghafar memberi
alasan kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran . Guru-guru seperti Hajah Ibu
Zain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan menyokong penjelasan itu dan hanya 40
orang guru keluar UMNO.
Pada Pilihan raya umum Malaysia 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjung Kling, menang
dengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua
Menteri selama dua penggal 1959- 1967. Pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi
MARA dan MARA.Abdul Ghafar meletak jawatan KM Melaka dan dipindahkan ke Pusat.
Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku
Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabila
transit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara,
menang dengan majoriti 6,811 undi .Pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan Luar
Bandar dalam Kabinet Tun Abdul Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siri
Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dan
sebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahir
YPEIM.
Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976 di London, Hussein Onn dilantik Perdana
Menteri. Hussein meminta Ghafar terus kekal dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap dengan
pendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi.
Pada 1983 , Dr Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNO
dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut
bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas
15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang
di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua
perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam
dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja
dilanjutkan kepada 60 hari.
Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku
insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar
membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja
terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk
pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di
mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas.
Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan
1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad.
Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara pasukan Wawasan yang
diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar,
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sanusi Junid dll . Ghafar berundur untuk memberi
laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Pada 15
Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. UMNO
menghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO.
[3]
Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di
Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan
Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11
pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau memperoleh 25,559 undi mengalahkan calon
Pas dan Parti Melayu Semangat 46. Kedua-dua calon pembangkang itu hilang wang
pertaruhannya. Majoriti Abdul Ghafar meningkat daripada 14,000 dalam Pilihan raya umum
Malaysia 1990 kepada 22,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 itu.
Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri
iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet
selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir
dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada
tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Ketua Menteri Melaka
Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa
Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk
membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan
memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.[4]
MARA
Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31
Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan
pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang
kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi
Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10
tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Masalah kepimpinan MCA
Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA
sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda
krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden
Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Ketika krisis ini, Abdul Ghafar menjadi Setiausaha Agung Barisan
Nasional .
Menolak jawatan Menteri
Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn .
Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir
Mohamad.
Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar,
Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir
menjalani pembedahan jantung.
Timbalan Perdana Menteri
Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam
bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi.
Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri
Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia
pada 1987.
Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan
Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk
Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan
kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik
VIP Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[4]
Jawatan
Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951,
Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955
Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973
Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967
Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993
Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962
Naib Presiden UMNO 1962 - 1987
Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985
dan 1986)
Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993
Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa
Melayu.
3.MOKHTAR DAHARI
Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda
pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana
kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972
hinggalah 1985.
Biodata Mokhtar Dahari
Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah
Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966-
1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun
1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya
Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong
Yik Bank (sekarang Bank RHB).
MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971
PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972
MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972
KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul
1985
KAPS: 167
GOL PIALA MALAYSIA: 177
GOL ANTARABANGSA: 125
JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978
PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa
Sukan Asia 1974 di Teheran
ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976
Penglibatan Dalam Bola Sepak
Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya
sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu.
Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir
semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat
imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola
Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang
lawan.
Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah
World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai
Olahragawan Kebangsaan 1976.
Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen
penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah
ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca
gerakan lawan dan meloloskan diri.
Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas
bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad
England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1
hasil jaringan menakjubkan Mokhtar.
Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini
sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila
mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia
memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain.
Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah
Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati
dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil
menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong
untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya.
Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di
padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati.
Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi
sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi
meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya.
Tahukah Anda
Bahagian
trivia
adalah
tidak
digalakkan
di bawah
garis
panduan
Wikipedia.
Rencana ini
boleh
diperbaiki
dengan
menyatukan
bahan
relevan dan
membuang
bahan yang
kurang
sesuai.
MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas
menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu.
Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya
seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh.
Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh
ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak
saya."[1]
Garis Masa Karier Mokhtar Dahari
1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching,
Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada
perlawanan itu.
1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun
dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0
dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di
Bangkok.
- Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya.
Perlawanan pertama menentang Sri Lanka.
1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola
Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar
jaringkan dua gol.
1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima
gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran.
1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan
kedua-dua gol itu.
1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka.
1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976.
1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand
2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol.
1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan
seri 1-1.
1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera)
apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas
berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Asia
Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan
persaraan arena bola sepak antarabangsa.
1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas
tewas kepada Maghribi di final.
1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura
(Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala
Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi
kali kedua.
1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona.
1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang
Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga
dan terakhir.
1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik
Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi
`keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor.
1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi.
1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara
Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil.
1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan
lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan.
1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk.
1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi
4.DATO’ UNGKU DR.ZETI AKHTAR
Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang
merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang
pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang
wanita yang begitu berkuasa di Malaysia.
Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance
Kehidupan Awal [sunting]
Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah
Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi
dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana
dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978.
Kerjaya [sunting]
Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank
Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada
tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank
Negara Malaysia.
Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1
September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk
Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank
Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 -
2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun2004.
Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi
tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011.
[1]
Keluarga [sunting]
Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak.
Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia [sunting]
Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh
majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan
mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat
Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan
Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah).
[2]
5.NICOL ANN DAVID
Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang
menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau
pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaranTerbuka
Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010.
Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali;
iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain
skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini
dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu
mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya
sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau
menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David
dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal
Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan
Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia
oleh UNDP.
Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998,
2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi
kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham
di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah
selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010.
Kehidupan peribadi [sunting]
Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah
berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India
[3][4]
yang pernah menjadi
olahragawan dan pemain bola sepak negeri.
[5][6]
Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan
Cheryl,
[7]
yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan.
[8]
Sewaktu muda, Nicol
paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah;
[9]
beliau pernah bercita-cita menjadi
jurutera.
[9]
Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil
Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green
Lane di Green Lane, Pulau Pinang.
[10]
Beliau beragama Kristian (Katolik Roma).
Anugerah dan penghormatan [sunting]
Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.)
[11]
sempena sambutan hari
keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.
[12]
Beliau merupakan penerima pertama
anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975.
[12]
Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang
melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan.
[11][12]
Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena
hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas.
[13]
Nicol merupakan
antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN),
[14]
yang membawa
gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau
Pinang.
[13]
Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari
Pulau Pinang,
[15]
pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya.
[5]
Pada tahun 2007, Nicol
menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham.
[10]
Nicol turut
menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga
2010.
[16][17]
Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik
Athens 2004,
[18][19]
di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program
Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
[20]
Kerjaya [sunting]
Sebelum 2000: Zaman junior [sunting]
Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur.
Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih
sejak usia lapan tahun.
[9]
Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee
Phoeh Hoon,
[21]
yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang,
bersama adik-beradiknya.
[8]
Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol
pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang.
[22]
Juga pada tahun 1992,
beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior
Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah-
16.
[22]
Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk
temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara
pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu.
[4]
Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran
antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12.
[22]
Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya
pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun.
[23]
Yang menariknya,
beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan
itu.
[23]
Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau
merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah
skuasy;
[24][25]
ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield.
[26]
Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior
British (juara Bawah-17),
[27]
Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19),
[4]
Sukan SEA (Juara kategori
Senior dan Pasukan),
[4]
dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan.
[28]
Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di
mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan
seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus
menjadi juara termuda kejohanan itu.
[4][23]
Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia
yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul
kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998.
[23]
Nicol juga
merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di
Terbuka Junior British.
[27]
2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak [sunting]
Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007.
Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini
pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk
menjadi juara skuasy termuda di dunia.
[49]
Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang
memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara
tersebut.
[50]
Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka
Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan
Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah
menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55
minit.
[51]
Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai
tangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para
ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005.
[52]
Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga
Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini.
[53][54]
Beliau juga
menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada
April 1983.
[54]
Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa
Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis
[55]
dan Terbuka Kuala
Lumpur
[56]
. Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2
dalam ranking dunia.
[57]
Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut-
turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia.
[58]
Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara
Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam
perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita.
[59]
Beliau
menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan
orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah.
[60]
Nicol turut
menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge,
[61]
Kejohanan Terbuka British
Dunlop,
[62]
Terbuka Hong Kong,
[63]
Terbuka Pulau Pinang
[64]
dan Terbuka Malaysia CIMB.
[65]
Nicol
mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing
terdekatnya, Rachael Grinham,
[66]
dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama,
beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua.
[67]
2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi
Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael
Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit.
[68]
Sebulan
kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di
tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69
minit.
[69]
Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak
April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan
Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini.
[70]
Pada bulan Disember, Nicol memenangi
anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga
kesukanan.
[71]
Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah.
[72]
Nicol David
melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong
Kong Cathay Pacific
[73]
buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah
dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan.
[73][74]
Nicol meraikan setahun kalendar
penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember,
maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas.
[75]
Kejayaan WISPA Nicol
pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari,
[76]
diikuti dengan
Terbuka KL di Malaysia,
[77]
Terbuka British di England,
[78]
Terbuka Seoul di Korea Selatan,
[79]
Terbuka
Malaysia,
[80]
Masters Singapura,
[81]
Terbuka Belanda,
[82]
Terbuka Dunia di England,
[83]
Qatar
Classic
[84]
dan Terbuka Hong Kong.
[73]
Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan
Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang
pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998,
[85]
kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk
menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.
2009–kini: Mencapai rekod [sunting]
Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009.
Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol
menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2;
kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4.
[75]
Dalam
pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17
bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan
akhir.
[87]
Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman
yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan
kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya
yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA.
[88]
Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi
gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat
set.
[89]
Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.
21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul
keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set.
[90]
Sebulan kemudian, pada 24 Julai,
beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie
Grinham dari Belanda dalam tiga set.
[91][92]
Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan
Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison
Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang
memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada
tahun 1975.
[93]
Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk
memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam
sebulan.
[94]
Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA
kelimanya dalam tahun itu.
[94]
Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya
skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia
Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang
ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita.
[95]
Pada 12 September, Nicol tewas
kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari
kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan
Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat.
[96]
Nicol mengakhiri tahun ini dengan
hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS.
[97]
Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut.
[98]
Wajahnya
muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari.
[99]
Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah
Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac;
[100]
beliau memenangi semua perlawanannya
dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu
dimahkotakan juaranya.
[101]
13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya
Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan
WISPA kedua pada tahun itu.
[102]
Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas
dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008.
[103]
Nicol meneruskan kecemerlangannya
sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij”
[104][105][106]
pada 22
September.
[107]
Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai
rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak.
[108]
Pada bulan Oktober, dalam
perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny
Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas.
[109]
Kemudian, Nicol ke
kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau
menumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut.
[110]
Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia
WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi
menewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja
[111]
, sekaligus
melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun
2010.
[112]
Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan
Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou,
China.
[113]
Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol
sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong
Kong juga.
[114]
Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol
David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9–
11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat.
[115]
Sebulan kemudian, pada awal bulan
Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai,India, tetapi beliau direhatkan
pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun
pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England.
[116]
Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran
Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011.
[117]
Pada 20 Mac, tuah kembali
menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan
menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

A visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiaA visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiamisman amin
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Nur Bazilah Amna
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)aisya97
 
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaGSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaDemolish Wolf
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonanbunikshah
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikirTopik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikirNorlifatinizzati
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Namastark
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakUNie ONie
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 

Mais procurados (20)

A visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysiaA visit to an interesting place in malaysia
A visit to an interesting place in malaysia
 
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
Kumpulan 4 (Tun Hussien Onn)
 
Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)Bm(abdullah munsyi)
Bm(abdullah munsyi)
 
Maksud diftong
Maksud diftongMaksud diftong
Maksud diftong
 
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat MalaysiaGSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
GSB Isu Kesantunan Masyarakat Malaysia
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8 Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
Sejarah Tingkatan 5: Bab 8
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
TEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACATEKNIK MEMBACA
TEKNIK MEMBACA
 
Vokal dan konsonan
Vokal dan konsonanVokal dan konsonan
Vokal dan konsonan
 
Topik 4 kemahiran berfikir
Topik 4  kemahiran berfikirTopik 4  kemahiran berfikir
Topik 4 kemahiran berfikir
 
Nota bab 1 ting 3
Nota bab 1 ting 3Nota bab 1 ting 3
Nota bab 1 ting 3
 
Nota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti NamaNota: Kata Ganti Nama
Nota: Kata Ganti Nama
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Kata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancainderaKata adjektif pancaindera
Kata adjektif pancaindera
 
Isu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga MinyakIsu Kenaikan Harga Minyak
Isu Kenaikan Harga Minyak
 
Format karangan
Format karanganFormat karangan
Format karangan
 
Bapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaanBapa kemerdekaan
Bapa kemerdekaan
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 

Destaque

Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Dania
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivikshiek66
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011smklunas2011
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011jabatan perpaduan
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatAsri Wahab
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3angora6750232
 
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting FARHAN HANIF NORMAN
 
Nota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivikNota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivikSyIrah Ismail
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)Syeda Yuuras
 
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizTokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizBong Tong
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3angora6750232
 
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARASLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARAmazuramatzain
 
Borang kemasukan timbang mengaris
Borang kemasukan timbang mengarisBorang kemasukan timbang mengaris
Borang kemasukan timbang mengarisSuliani Sedik Suh
 

Destaque (20)

Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
Folio Sivik Khidmat Masyarakat Tingkatan 5 Kajian Mengatasi Gejala Sosial Mer...
 
Folio sivik
Folio sivikFolio sivik
Folio sivik
 
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat SivikLaporan Khidmat Masyarakat Sivik
Laporan Khidmat Masyarakat Sivik
 
Folio kerjaya
Folio kerjayaFolio kerjaya
Folio kerjaya
 
Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011Taklimat inhouse psk smkl 2011
Taklimat inhouse psk smkl 2011
 
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
Pendidikan moral-folio-2010-or-2011
 
Kertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakatKertas kerja khidmat masyarakat
Kertas kerja khidmat masyarakat
 
Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3Tema 4 psk tingkatan 3
Tema 4 psk tingkatan 3
 
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
Folio Kerjaya Doktor Perubatan MRSM Serting
 
Nota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivikNota pendidikan sivik
Nota pendidikan sivik
 
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
LAPORAN PENUH (KHIDMAT SOSIAL)
 
Adat Resam PSK TIng.3
Adat Resam PSK TIng.3Adat Resam PSK TIng.3
Adat Resam PSK TIng.3
 
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku AzizTokoh Terkenal-Ungku Aziz
Tokoh Terkenal-Ungku Aziz
 
Folio Packing Report
Folio Packing Report Folio Packing Report
Folio Packing Report
 
Senarai kandungan
Senarai kandunganSenarai kandungan
Senarai kandungan
 
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3
Pppmpendidikansivikdankewarganegaraan tingkatan3
 
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARASLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
SLAID PETIKAN SUMBANGAN WIRA NEGARA
 
Borang kemasukan timbang mengaris
Borang kemasukan timbang mengarisBorang kemasukan timbang mengaris
Borang kemasukan timbang mengaris
 
Borang Temuduga Ibubapa
Borang Temuduga IbubapaBorang Temuduga Ibubapa
Borang Temuduga Ibubapa
 
Nota psv311
Nota psv311Nota psv311
Nota psv311
 

Semelhante a Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

Tunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsxTunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsxRazakAhmad10
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanshafiq014840
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysianorhizal
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdekaNana Aziz
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanUmi Jauhar
 
Tun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin BabaTun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin Babakerolaiman
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaMiz Arien
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaASMANIZA ABDULLAH
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiayanthi3007
 
dato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfdato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfarliliza
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraQishin Norham
 
Biodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarBiodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarsiti fatimah
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Nor Yusof
 

Semelhante a Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan (20)

Folio sivik
Folio sivik Folio sivik
Folio sivik
 
Tunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsxTunku Abdul Rahman.ppsx
Tunku Abdul Rahman.ppsx
 
Cerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahmanCerita tentang tunku abdul rahman
Cerita tentang tunku abdul rahman
 
Folio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysiaFolio perdanamenteri malaysia
Folio perdanamenteri malaysia
 
Tokoh dato' onn
Tokoh dato' onnTokoh dato' onn
Tokoh dato' onn
 
Tokoh merdeka
Tokoh merdekaTokoh merdeka
Tokoh merdeka
 
Dato najib
Dato najibDato najib
Dato najib
 
Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba Tunabdulghafarbinbaba
Tunabdulghafarbinbaba
 
Tokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaanTokoh kemerdekaan
Tokoh kemerdekaan
 
Tun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin BabaTun Abdul Ghafar bin Baba
Tun Abdul Ghafar bin Baba
 
ISLAM IN TURKI
ISLAM IN TURKIISLAM IN TURKI
ISLAM IN TURKI
 
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di MalaysiaEmpat Perdana Menteri Di Malaysia
Empat Perdana Menteri Di Malaysia
 
Sejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan MalaysiaSejarah kemerdekaan Malaysia
Sejarah kemerdekaan Malaysia
 
Tun tan cheng lock
Tun tan cheng lockTun tan cheng lock
Tun tan cheng lock
 
Perdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysiaPerdana menteri malaysia
Perdana menteri malaysia
 
perjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaanperjuangan mencapai kemerdekaan
perjuangan mencapai kemerdekaan
 
dato jaffar.pdf
dato jaffar.pdfdato jaffar.pdf
dato jaffar.pdf
 
Tokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negaraTokoh kemerdekaan negara
Tokoh kemerdekaan negara
 
Biodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajarBiodata perdana menteri hajar
Biodata perdana menteri hajar
 
Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2Mpu 2163 topik 2
Mpu 2163 topik 2
 

Kerja kursus pendidikan sivik dan kewarganegaraan

  • 1. KERJA KURSUS PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN TAJUK: TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA NAMA:JUNI IZYAN BT. JOHARI KELAS:3 RK GURU:EN.SHUKRI
  • 2. TOKOH-TOKOH YANG BERJAYA 1.TUNKU ABDUL RAHMAN Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia". Kehidupan peribadi Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Kelahiran Tunku disambut secara biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan Kedah. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.
  • 3. Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya. Pendidikan Tunku bermula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar. Biasa berbahasa Siam di rumah, beliau belajar bahasa Melayu di sekolah itu. Seorang guru pula datang ke rumahnya untuk mengajar bahasa Inggeris. Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid. Di sini, beliau belajar di sekolah pada waktu siang dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, Tunku dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid, abang sulungnya, dan belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin. Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet. Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Beliau merupakan penuntut pertama untuk menerima pendidikan di United Kingdom dibawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf. Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, Ivor Jenning (Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah). Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge. Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir Ijazah Sarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925. Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930. Selepas pemulangannya, Tunku bertugas sebagai Pegawai Latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931, dan dilantik sebagai Pegawai Jajahan untuk Kuala Nerang pada tahun berikutnya. Beliau dipindahkan ke Pulau Langkawi pada tahun 1935 oleh Clayton, Penasihat British sewaktu itu. Pada tahun 1937, Tunku bertugas sebagai Pegawai Jajahan di Sungai Petani
  • 4. bersamping bertindak sebagai hakim daerah dan Pengerusi Lembaga Kebersihan Sungai Petani. Sebuah masjid di Sungai Petani telah dinamakan Masjid Rahmaniah sempena nama Tunku. Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India. Bagi beliau, tidak wajarlah seseorang sultan melarikan diri daripada tanah airnya sewaktu peperangan. Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah. Pada 19 Disember 1941, Sultan Abdul Hamid dibawa semula ke Alor Star. Jepun mengiktiraf baginda sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya diletakkan di bawah Gabernor dan Tentera Jepun. Sultan Abdul Hamid meninggal pada tahun 1943. Semasa Jepun memerintah, Tunku kekal sebagai Pegawai Jajahan Kulim tetapi ditemani oleh Ohata, seorang pegawai Jepun yang pernah menjadi tukang gunting di pekan Alor Star. Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Setelah belajar 25 tahun , barulah Tunku layak menjadi peguam.[1] Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976. Keluarga Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan Mariam, seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata, iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Selepas kematian Mariam, Tunku berkahwin dengan Violet Coulson, bekas tuan rumahnya di England. Antara saksi perkahwinannya di Geylang Serai, Singapura ialah Syed Ahmad al Sagoff.
  • 5. Tunku mengalami nasib yang sama seperti Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid. Dititahkan untuk menceraikan Violet oleh Pemangku Raja Kedah, Tunku kemudian berkahwin dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah, seorang saudara jauh yang juga merupakan adik Syed Omar Barakbah, rakan sekuliahnya di England, pada tahun 1939. Perkahwinan ini direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah. Oleh sebab perkahwinan ini tidak mendapat seorang anak pun, mereka mengambil tiga anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Tunku juga telah mengahwini seorang yang berbangsa Cina pada tahun 1963 dengan rahsia dan telah mendapat dua orang cahaya mata perempuan yang diberi nama Tunku Noor Hayati dan Tunku Mastura. Kerjaya politik Selepas pemulangannya ke Malaya pada tahun 1949, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Star. Beliau kemudian meminta perpindahan ke Kuala Lumpur di mana beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya dan selepas itu, dilantik sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada tempoh itu, semangat nasionalisme bertambah hebat di kalangan kaum Melayu di tengah- tengah pengisytiharan penubuhan Malayan Union oleh Britain. Datuk Onn Jaafar mengetuai Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) untuk menentangi Malayan Union (sila lihat: Sejarah Malaysia) dan Tunku menyertai partinya. Pada Ogos 1951, suatu krisis di dalam UMNO memaksakan Datuk Onn meletakkan jawatan sebagai presiden parti dan Tunku dilantik sebagai presiden yang baru. Beliau memegang jawatan itu selama 20 tahun. Laluan ke kemerdekaan Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya. Pada tahun yang berikut, pilihan raya persekutan yang pertama diadakan. Parti Perikatan yang pada saat itu merupakan parti campuran UMNO dengan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi yang ditandingi. Tunku dilantik sebagai Ketua Menteri Malaya yang pertama. MIC yang mewakili kaum India kemudian menyertai Parti Perikatan pada tahun 1955. Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan. Sewaktu bendera British diturun di Kuala Lumpur pada hari kemerdekaan, Tunku mengetuai orang ramai untuk menyorak "Merdeka!". Gambar-gambar Tunku dengan tangan yang diangkat naik, dan perakaman-perakaman suaranya yang penuh emosi tetapi berazam mengetuai sorakan, kini merupakan lambang kemerdekaan Malaysia yang biasa. Sebagai Perdana Menteri Selepas kemerdekaan, Tunku mendominasikan politik Malaya dan memimpin Parti Perikatan ke kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada tahun 1959 dan 1964. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaian Tunku yang teragung.
  • 6. Tunku pertama sekali mencadangkan sebuah persekutuan Malaya, Singapura, Sabah, Sarawak, dan Brunei dalam ucapannya kepada "Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara" pada tahun 1961 di Singapura. Pada 16 September 1963, dengan persekutuan negeri-negeri tersebut kecuali Brunei, beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Bagaimanapun, faktor-faktor perkauman bertambah buruk dengan pemasukan Singapura yang menaikkan bahagian kaum Cina sehingga hampir-hampir 40%. Kedua-dua UMNO dan MCA berasa tegang terhadap daya tarikan Parti Tindakan Rakyat (PAP pada waktu itu, diperlihatkan sebagai sebuah parti sosialis yang radikal) Lee Kwan Yew kepada pengundi-pengundi di Malaya. Untuk mengatasi kebimbangan itu, Parti Perikatan mencuba membentukkan sebuah parti di Singapura untuk mencabar kedudukan Lee di sana. Sebagai gerak balas, Lee mengancam bahawa PAP akan menyertai Pilihan Raya Persekutuan 1964 di Malaya, walaupun terdapatnya perjanjian awal bahawa beliau tidak akan berbuat demikian (sila lihat Hubungan PAP-UMNO. Ini membangkitkan kemarahan Tunku yang mendesak supaya Singapura meninggalkan Malaysia. Pada 7 Ogos 1965, Tunku mengumumkan kepada Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur bahawa Parliamen haruslah mengundi untuk menyokong peninggalan Singapura daripada Persekutuan. Dalam perkataannya, Parliamen harus memilih untuk "memutuskan semua pertalian dengan sebuah Kerajaan Negeri yang tidak mempertunjukkan sebarang kesetiaan kepada Kerajaan Pusat" berbanding kaedah yang tidak diingini untuk menindas tindakan PAP. Pemisahan dan kemerdekaan Singapura menjadi rasmi pada 9 Ogos 1965. Pada tahun 1961, Tunku menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) yang memperkumpulkan Malaya, Thailand dan Filipina Perkumpulan ini kemudian digantikan dengan perkumpulan yang lebih besar, iaitu Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN), pada 8 Ogos 1967. Dalam Pilihan Raya Umum 1969, majoriti Parti Perikatan dikurangkan dengan hebat. Perhimpunan-perhimpunan tunjuk perasaan yang mengikuti pilihan raya itu mencetuskan rusuhan kaum pada 13 Mei di Kuala Lumpur. Sebahagian pemimpin-pemimpin UMNO yang diketuai oleh Tun Abdul Razak kritis terhadap cara pengendalian krisis itu oleh Tunku, dan MAGERAN, sebuah jawatan kuasa darurat, mengambil alih kuasa dan mengisytiharkan keadaan darurat. Kuasa Tunku sebagai Perdana Menteri dibatasi secara besar, dan pada 22 September 1970, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Tunku kemudian meletakkan jawatannya sebagai Presiden UMNO pada Jun 1971 di tengah-tengah penentangan hebat oleh 'Turki Muda' yang terdiri daripada penentang-penentang parti seperti Dr Mahathir dan Musa Hitam. Pasangan itu kemudian masing-masing menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
  • 7. Dengan pakaian rasmi. Kegiatan Islam Selepas menjadikan Islam sebagai agama Malaysia yang rasmi pada 1960, Tunku mengasaskan Pertubuhan Kebajikan Agama Islam (PERKIM), sebuah pertubuhan untuk membantu mualaf Islam untuk menyesuaikan diri kepada penghidupan baru. Beliau memegang jawatan Presiden PERKIM sehingga setahun sebelum kematiannya. Pada 1961, Malaysia menjadi tuan rumah kepada "Pertandingan Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa" yang pertama, suatu peristiwa yang diperkembangkan daripada gagasan Tunku sewaktu beliau mengadakan pertandingan tahap negeri yang pertama di Kedah pada tahun 1951. Pada 1969, Tunku membantu menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) dan dilantikkan sebagai Setiausaha Agung yang pertama. Beliau kemudian menubuhkan Bank Pembangunan Islam sebagai sebuah institusi yang khusis di dalam OIC. Tunku juga merupakan Presiden "Majlis Da'wah Islamiah Serantau Asia Tenggara dan Pasifik" (RISEAP) dari 1982 sehingga 1988. Kehidupan kemudian Pada 1977, setelah memperolehi sebahagian besar hak milik The Star, sebuah syarikat surat khabar yang berasaskan di Pulau Pinang, Tunku menjadi pengerusinya. Ruang-ruangnya, "Mengenang kembali" ("Looking Back") dan "Sebagaimana yang Saya Perlihatkan" ("As I See It") kritis kepada kerajaan, dan pada tahun 1987, Perdana Menteri Dr Mahathir mengharamkan surat khabar itu. Ini menyebabkan perpecahan di dalam UMNO, dengan Tunku dan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn menubuhkan sebuah parti baru yang digelar "UMNO Malaysia", tetapi pendaftarannya dibatalkan oleh Dr Mahathir yang menubuhkan UMNO Baru.
  • 8. Tunku kemudian menyokong Semangat 46 yang merupakan kumpulan serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau berkempen dengan cergas untuk Semangat 46 dalam Pilihan Raya Umum 1990, tetapi sewaktu itu, kesihatannya telah merosot. Meninggal dunia Dalam tahun-tahun terakhirnya, Tunku tinggal di sebuah rumah di Pulau Pinang.Apabila sakit beliau dirawat di Hospital Besar Kuala Lumpur .Beliau meninggal dunia pada 6 Disember 1990 sewaktu berumur 87.Jenazah dibawa ke kediamannya di Bukit Tunku dan esoknya disemadikan di Makam Diraja Langgar, Alor Star. 2.TUN ABDUL GHAFFAR BIN BABA Allahyarham Tun Abdul Ghafar bin Baba (18 Februari 1925 - 23 April 2006) merupakan Timbalan Perdana Menteri di bawah pemerintahan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Abdul Ghafar bin Baba mula memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 10 Mei 1986 sehingga 15 Oktober 1993. Kehadiran beliau dilihat sebagai tokoh penstabil politik Malaysia, ikon 'tokoh politik kampungan' yang berjiwa Melayu tulen. Kehidupan awal Beliau dilahirkan pada 18 Februari 1925 di Tebat Kering, sebuah solok terpencil dikelilingi oleh hutan belukar dan kebun getah terletak di Kampung Bukit Tembun, daerah Kuala Pilah, Negeri Sembilan. [1] Adik-beradiknya seramai 10 orang dan beliau anak ke-6. Beliau pernah menjaja ubi kayu di Melaka untuk menambah pendapatan keluarga. Ketika usia 14 tahun beliau menjadi kedi / pemungut bola golf dan dibayar 1 sen sehari dan bola tenis golongan atasan seperti Yang di- Pertuan Agong pertama, Tunku Abdul Rahman.
  • 9. Apabila ibu bapanya ,meninggal dunia, empat adik beradik meninggalkannya sebatang kara di Kuala Pilah. Beliau tinggal bersama bapa saudaranya. Abdul Ghafar pernah makan reja-reja roti di kedai kopi seorang Cina Hailam. Kadang-kala beliau menumpang tidur di rumah kawan dan tidur di bilik darjah sahaja. Ketika umur 34 tahun beliau menjadi Ketua Menteri Melaka dan duduk semeja dengan Tunku Abdul Rahman apabila menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja di Istana Negara. Keluarga Beliau berkahwin dengan Allahyarhamah Toh Puan Hajjah Asmah binti Alang dan kemudian berkahwin dengan Dayang Heryati binti Abdul Rahim pada tahun 1992, tetapi bercerai pada tahun 2003. Beliau dikurniakan 11 orang anak. Antaranya ialah bekas ahli parlimen Batu Berendam , Dato Tamrin Abdul Ghafar dan anak bungsu Kartika Sri. Tiga anaknya telah meninggal dunia. Pendidikan Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kuala Pilah (1931 - 1936) dan dan Sekolah Melayu Tangga Batu (1937 - 1940), Melaka. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Sultan Idris (kini Universiti Pendidikan Sultan Idris), Tanjung Malim (1946 - 1949). Beliau memulakan kerjaya sebagai seorang guru (1949 - 1955) sebelum beralih sepenuhnya kepada kerjaya politik (1955 - 2004). Selaku ketua pelajar di SITC, beliau membuat tuntutan agar kebajikan pelajar diberi perhatian oleh pentadbir Inggeris, supaya elaun pelajar dinaikkan dan sebagai kakitangan kerajaan, guru pelatih hendaklah diberi subsidi Cost Of Living Allowances (COLA) dan tuntutan ini disusuli dengan mengadakan mogok secara aman. Politik Abdul Ghafar terlibat dalam politik sejak 1939 sewaktu berumur 14 tahun dengan menyertai Kesatuan Melayu Muda. KMM ditubuhkan oleh Ibrahim Yaakob (IBHY), bekas seorang guru lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan Idris]]) berasal dari Temerloh, Pahang.Kemudian aktif dalam PKMM sejak 1945 hingga 1948 iaitu selepas Perang Dunia Kedua. Pada 1948 PKMM diharamkan oleh kerajaan British. Ghafar yang berjiwa radikal, tidak mahu aktif dalam politik akomodatif yang dibawa Dato’ Onn Jaafar, sebaliknya memilih untuk aktif dalam Persatuan Guru Melaka di mana beliau dilantik sebagai Setiausaha Kesatuan Guru-Guru Melayu Melaka. Apabila UMNO Melaka ditubuhkan pada 1955 dan slogan 'Hidup Melayu' ditukar kepada 'Merdeka' , ramai pemimpin PKMM menyertai UMNO termasuk beliau dan Tan Sri Aishah Ghani. Catatan Tunku dalam bukunya ‘‘Political Awakening’’ penyertaan Ghafar dan ramai
  • 10. bekas aktivis kiri dalam UMNO cukup kritikal kerana ramai pemimpin kanan UMNO keluar UMNO dan menyertai parti IMP tajaan Onn. Abdul Ghafar dipindah sekolah sebanyak empat kali oleh Mr. Henry Gurney, pentadbir British sebagai Pengarah Pendidikan Melaka. Beliau dilantik sebagai Setiausaha UMNO Melaka yang pertama. Waktu itu jawatan Setiausaha bukan dilantik tetapi dipilih. Terus menerus, tidak terputus walau sehari jua pun, beliau memegang jawatan dalam UMNO selama 42 tahun sehingga saya meletakkan jawatan Timbalan Presiden pada 30 Oktober 1993.[2] Pada tahun 1953 dalam Perhimpunan Agung UMNO di Melaka meluluskan usul agar British mengadakan pilihan raya pada tahun 1954 bagi memilih 4/5 daripada 98 Ahli Dewan Perundangan Persekutuan (Legco). Namun Sir Oliver Lyttleton selaku Setiausaha Kerajaan British menolak usul itu. Tunku mengarahkan Ghafar selaku Setiausaha UMNO Melaka mengadakan Mesyuarat Agung Tergempar pada 18 April 1954, di Dewan Perhimpunan Cina / Chinese Assembly Hall dan turut dihadiri Datuk Sir Tan Cheng Lock, Presiden dan wakil MCA. Satu rombongan dihantar ke London untuk melobi Ahli Parlimen di sana. Bintang politik beliau semakin terserlah apabila memegang beberapa jawatan seperti Setiausaha UMNO Melaka, Pengerusi UMNO Melaka, Pegawai Penerangan UMNO Malaya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Naib Presiden UMNO (1962-1987), Ketua Perhubungan UMNO Sabah (1991) , Pengerusi BN Sabah (1992), dan Setiausaha Agung Barisan Nasional (1974-1993). Pada 15 Jun 1955 Ghafar meletak jawatan sebagai guru bergaji tetap dan menyertai pilihan raya umum Malaysia yang pertama 1955 di parlimen Melaka Luar. Ghafar menang majoriti besar 23,969 undi dan ditawarkan jawatan Ketua Menteri Melaka tetapi menolak. Pada 20 Februari 1956, Tunku memberi kepercayaan kepada Ghafar menganjur sambutan besar- besaran rombongan merdeka yang kembali dari London. Rombongan tiba 10.45 pagi di Lapangan Terbang Batu Berendam dan ke Padang Bandar Hilir Melaka di mana lebih 100,000 rakyat menanti. Tan Cheng Lock, V. T. Sambanthan dan Datuk Panglima Bukit Gantang mewakili Raja-Raja Melayu, Abdul Ghafar dan Tunku Abdul Rahman telah berucap. Pada Persidangan UMNO tahun 1958 Abdul Ghafar dipilih Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO. Guru-guru Melayu melalui Kesatuan Persatuan Guru-Guru Melayu (KPGMS) membuat tuntutan kepada Mohamed Khir Johari selaku Menteri Pelajaran, supaya sekolah menengah aliran Melayu diwujudkan pada 1 Februari 1958, seperti yang dijanjikan pada Perhimpunan Agung UMNO 30 Januari 1957. Kesatuan guru mengecam UMNO dan kerajaan kerana tidak tegas dalam melaksanakan aspirasi bangsa Melayu ini dan mengugut akan keluar UMNO beramai-ramai pada 15 Februari 1958. Abdul Ghafar memberi alasan kekurangan guru Melayu dan kemudahan pembelajaran . Guru-guru seperti Hajah Ibu Zain, Cikgu Ahmad Arshad, Cikgu Md Nor Dahan menyokong penjelasan itu dan hanya 40 orang guru keluar UMNO. Pada Pilihan raya umum Malaysia 1959 Ghafar bertanding di DUN Tanjung Kling, menang dengan majoriti besar 2,742 undi dan dilantik Ketua Menteri Melaka. Ketika menjadi Ketua
  • 11. Menteri selama dua penggal 1959- 1967. Pada 1967 Tunku melantik Ghafar sebagai Pengerusi MARA dan MARA.Abdul Ghafar meletak jawatan KM Melaka dan dipindahkan ke Pusat. Pada tahun 1968 Ghafar dilantik Senator dan secara paksa dilantik ke dalam Kabinet selaku Menteri Tanpa Portfolio oleh Tunku, ketika dalam lawatan ke Rusia. Beliau hanya tahu apabila transit di Bangkok. Pada 11 Mei 1969 Ghafar bertanding di kawasan Parlimen Melaka Utara, menang dengan majoriti 6,811 undi .Pada 1972 dilantik Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar dalam Kabinet Tun Abdul Razak. Ketika inilah Ghafar menganjurkan beberapa siri Kongres Ekonomi Bumiputera yang melahirkan Bank Bumiputera, UDA, Pernas, dan sebagainya. Ghafar juga pernah menganjurkan Kongres Ekonomi Islam yang darinya lahir YPEIM. Tun Abdul Razak meninggal dunia 14 Januari 1976 di London, Hussein Onn dilantik Perdana Menteri. Hussein meminta Ghafar terus kekal dalam Kabinet tetapi Ghafar tetap dengan pendirian menolak tawaran itu kerana ingin bergiat dalam perniagaan dan ekonomi. Pada 1983 , Dr Mahathir Mohamad meminta beliau membantu menyelesaikan krisis UMNO dengan Istana pada 1983 iaitu apabila Perdana Menteri ingin meminda Article 66 yang menyebut bahawa setiap Rang Undang-Undang (Bill) yang diluluskan Parlimen akan berkuat kuasa selepas 15 hari setelah dipersembahkan kepada Yang diPertuan Agong. Majlis Raja-Raja yang bersidang di Kota Kinabalu menolak usul ini. Majlis Tertinggi UMNO melantik Ghafar selaku ketua perunding untuk menyelesaikan krisis itu. Rundingan diadakan di Istana Kayangan Shah Alam dan akhirnya kedua-dua pihak berkompromi dengan jangka masa memohon perkenan Raja dilanjutkan kepada 60 hari. Sekali lagi, pada 1992 UMNO terpaksa berdepan dengan Raja-Raja Melayu apabila berlaku insiden Sultan Johor mencederakan Douglas Gomez. UMNO sekali lagi meminta Ghafar membentangkan satu usul di Parlimen mengambil ketetapan supaya insiden kezaliman Raja terhadap rakyat ini tidak berulang. Usul ini mencatat sejarah di mana disokong 100% termasuk pembangkang. Akhirnya Raja-Raja Melayu bersetuju agar Perlembagaan Persekutuan dipinda di mana Raja-Raja Melayu boleh didakwa dan dibicara dalam sebuah Mahkamah Khas. Beliau memberi laluan jawatan TPM kepada tokoh yang lebih junior – 1972 kepada Hussien dan 1976 kepada Dr. Mahathir Mohamad. Pada tahun 1993 berlaku pertandingan sengit dalam UMNO di antara pasukan Wawasan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pemimpin-pemimpin UMNO lain seperti Ghafar, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Sanusi Junid dll . Ghafar berundur untuk memberi laluan kepada golongan pendesak yang dikatakan mendapat restu Presiden UMNO. Pada 15 Oktober 1993 Ghafar meletakkan jawatan TPM dan Timbalan Presiden UMNO. UMNO menghadapi krisis pada 1997 di mana berlaku komplot untuk menggulingkan Presiden UMNO. [3] Kawasan pilihan raya terakhir yang diwakilinya ialah kawasan Parlimen Batu Berendam di Melaka yang dimenanginya pada pilihan raya umum 1999. Beliau menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka atau Ahli Parlimen Jasin selama 49 tahun berturut-turut, menerusi 11
  • 12. pilihan raya umum sejak 1955 hingga 1999. Beliau memperoleh 25,559 undi mengalahkan calon Pas dan Parti Melayu Semangat 46. Kedua-dua calon pembangkang itu hilang wang pertaruhannya. Majoriti Abdul Ghafar meningkat daripada 14,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1990 kepada 22,000 dalam Pilihan raya umum Malaysia 1995 itu. Beliau merupakan antara kepimpinan UMNO yang telah berkhidmat di bawah 3 Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Mahathir. Beliau keluar kabinet selama 10 tahun apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri. Apabila Tun Dr. Mahathir dilantik Perdana Menteri beliau masih berada di luar kerajaan dan hanya masuk kembali pada tahun 1986 apabila Tun Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ketua Menteri Melaka Seawal 1959 Tun Ghafar menolak tawaran jawatan Ketua Menteri Melaka sehingga memaksa Perdana Menteri Malaysia ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj mengancam untuk membiarkan negeri itu tanpa Ketua Menteri. Ghafar akhirnya akur dengan kehendak Tunku dan memegang jawatan itu selama lapan (1959-1967) tahun.[4] MARA Ghafar Baba pernah menjadi pengerusi MARA yang pertama dari 1 September 1967 hingga 31 Oktober 1971 bagi meninggikan martabat ekonomi orang Melayu. Beliau juga merupakan pengasas Kolej MARA (1972),Institut Kemahiran Mara, Yayasan Pelajaran Mara dan ITM yang kini dikenali sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM). Beliau juga pernah menjadi Pengerusi Lembaga Pengarah Utusan Melayu (M) Bhd dan Kompleks Kewangan selama 10 tahun bermula 1 September 1976 hingga 1986 apabila dilantik Timbalan Perdana Menteri. Masalah kepimpinan MCA Ghafar merupakan satu-satunya pemimpin UMNO yang diberi kepercayaan menerajui MCA sebagai pemangku Presiden MCA selama 10 bulan ketika parti berasaskan kaum Cina itu dilanda krisis akibat perebutan kuasa antara presidennya ketika itu, Tan Koon Swan dan bekas presiden Tan Sri Dr Neo Yee Pan. Ketika krisis ini, Abdul Ghafar menjadi Setiausaha Agung Barisan Nasional . Menolak jawatan Menteri Pada 1974 Tun Ghafar meninggalkan kabinet pimpinan Perdana Menteri Tun Hussein Onn . Pada 1981 menolak jawatan Menteri Pelajaran yang ditawarkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Antara jawatan yang disandangnya ialah Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar, Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar dan Menteri Perumahan dan Kerajaan
  • 13. Tempatan. Pada 1989 Tun Ghafar memangku jawatan Perdana Menteri semasa Dr. Mahathir menjalani pembedahan jantung. Timbalan Perdana Menteri Dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO 1987, beliau berjaya mengalahkan Musa Hitam bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO dengan majoriti tipis, 40 undi. Encik Ghafar Baba dilantik oleh Dr Mahathir Mohamad menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia selepas Musa Hitam meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 1987. Pada 1993 Tun Ghafar berundur daripada jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri apabila kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dicabar oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tujuannya bagi mengelak perpecahan dalam parti dan mempertahankan kestabilan negara. Surat perletakan jawatan ditulis pada kertas Penerbangan Malaysia di bilik VIP Lapangan Terbang Subang untuk berlepas ke Korea Selatan bagi tugas rasmi.[4] Jawatan Setiausaha Kesatuan guru - guru 1949 - 1951, Setiausaha UMNO Melaka 1951 - 1955 Pengerusi UMNO Melaka 1955 - 1973 Ketua Menteri Melaka 1959 - 1967 Ahli Majlis Tertinggi UMNO 1957 - 1993 Ketua Penerangan UMNO 1958 - 1962 Naib Presiden UMNO 1962 - 1987 Presiden de facto MCA pada tahun 1985 (MCA mengalami krisis kepimpinan pada 1985 dan 1986) Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri 1986 - 1993 Beliau merupakan seorang yang rendah diri, tabah dan sentiasa berjuang demi nasib bangsa Melayu.
  • 14. 3.MOKHTAR DAHARI Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari ( 13 November 1953 - 11 Julai 1991) adalah legenda pemain bola sepak kebangsaan Malaysia dari Selangor. Beliau telah diberi gelaran SuperMokh kerana kecemerlanganya menjaringkan banyak gol sepanjang kariernya. Dia mewakili Malaysia dari tahun 1972 hinggalah 1985. Biodata Mokhtar Dahari Dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur, Mokhtar mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Jalan Kuantan (1960-1965) dan Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria (1966- 1970). Anak kepada Dahari Abeng dan Maimon Sadikin ini mula mewakili Selangor pada tahun 1971 pada Piala Burnley. Beliau juga Pernah menyertai beberapa kelab bola sepak antaranya
  • 15. Kelab Sultan Sulaiman, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Talasco, dan Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB). MULA WAKILI SELANGOR: Piala Burnley 1971 PIALA MALAYSIA: Wakili Selangor 1972 MULA WAKILI NEGARA: Pestabola Merdeka 1972 KALI TERAKHIR WAKILI NEGARA: Pra-Piala Dunia menentang Korea Selatan di Seoul 1985 KAPS: 167 GOL PIALA MALAYSIA: 177 GOL ANTARABANGSA: 125 JARINGAN TERBAIK: Gol penyamaan menentang England B pada 1978 PENCAPAIAN: Membantu Selangor memenangi Piala Malaysia 10 kali. Menang pingat gangsa Sukan Asia 1974 di Teheran ANUGERAH: Olahragawan Kebangsaan 1976 Penglibatan Dalam Bola Sepak Allahyarham Mokhtar Dahari yang masih dikenang sehingga ke hari ini walaupun hayatnya sudah bersemadi hampir 21 tahun lalu. Walaupun ramai generasi muda masa kini tidak begitu mengenali bintang negara itu, tapi hampir semua pasti pernah mendengar namanya - pemain dengan bakat semulajadi yang mengangkat imej Malaysia setaraf dengan jaguh bola sepak dunia. Paling ketara adalah dikancah Pestabola Merdeka yang menjadi gelanggang dia mempamer taring dan kehebatannya menembusi gawang lawan. Pada usia 23 tahun, Mokhtar atau lebih terkenal dengan gelaran SuperMokh diiktiraf Majalah World Star Soccer sebagai penyerang terbaik Asia dan ketika itu jugalah dia dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan 1976. Kelebihan dimiliki ‘Supermokh’ banyak dengan sepakan deras bak peluru menjadi elemen penting hinggakan tiga jari mendiang R.Arumugam, bekas penjaga gol negara pernah patah ketika cuba menampannya. Itu belum dikira bijaknya penyerang ternama negara itu membaca gerakan lawan dan meloloskan diri.
  • 16. Dengan 167 kaps antarabangsa, dia berjaya meletakkan Malaysia di kedudukan tertinggi pentas bola sepak Asia seterusnya mampu membuka mata dunia hingga kuasa bola sepak dunia. Skuad England B bimbingan Bobby Robson turut merasa bahangnya selepas diikat skuad negara 1-1 hasil jaringan menakjubkan Mokhtar. Walaupun kelibat pemain istimewa seperti Mokhtar yang tiada galang gantinya sehingga kini sudah lama meninggalkan kita, bayangan kehebatannya tidak pernah padam apatah lagi apabila mengingati susah payah anak kelahiran Setapak, Kuala Lumpur itu mencipta nama walaupun dia memang sudah memiliki kurniaan yang tiada pada orang lain. Mokhtar sangat gigih ketika latihan, sejak di bangku sekolah lagi dia yang menuntut di Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria tidak pernah jemu berlatih sehingga namanya sudah sebati dengan di skuad kebangsaan pun dia masih sama apabila terus mengawal bola sambil menggelecek tiang-tiang kecil sebelum melepaskan tendangan kencang ke gawang yang kosong untuk menajamkan kuasa pemusnah yang ada pada dirinya. Bahkan dia tidak suka diganggu ketika latihan apatah lagi mengaitkan kemasyhuran dirinya di padang dengan kehidupan peribadi hingga menjadikan dia idola yang paling diminati. Apapun kehilangan permata paling berharga bola sepak negara itu tidak seharusnya ditangisi sampai bila-bila dan generasi sekarang sepatutnya mencuba menjadikannya sebagai motivasi meningkatkan diri supaya bola sepak negara kembali segar seperti sebelumnya. Tahukah Anda Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai. MOKHTAR dihadiahkan sepasang but bola hanya berharga RM15 oleh ayahnya selepas menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) 1968 atau lebih tepat dipanggil LCE ketika itu.
  • 17. Dengan kasut itulah dia menempa nama sebaris dengan wira-wira negara sebelumnya seperti Datuk Abdul Ghani Minhat dan Arthur Koh. Dan dia amat menghargai pemberian itu sambil berkata: “"Kasut but yang diberi oleh ayah saya hanya berharga RM15, tetapi ia amat bermakna dalam kerjaya bola sepak saya."[1] Garis Masa Karier Mokhtar Dahari 1971: Mewakili Selangor dalam Pertandingan Piala Burnley (sekarang Piala Razak), di Kuching, Sarawak. Perlawanan pertama menentang Kedah dan menjaringkan gol pertamanya pada perlawanan itu. 1972: Kali pertama turun mewakili pasukan utama Selangor menentang Kelab Hitachi dari Jepun dan perlawanan akhir pertama Piala Malaysia ialah ketika Selangor menewaskan Perak 3-0 dengan Mokhtar menjaringkan satu gol. Mula mewakili Malaysia di Kejohanan Belia Asia, di Bangkok. - Kali pertama terpilih mewakili pasukan utama Malaysia ke Kejohanan Piala Jakartaraya. Perlawanan pertama menentang Sri Lanka. 1973: Mewakili Malaysia ke pra Piala Dunia di Seoul. Kali pertama beraksi di Pestabola Merdeka menentang Kuwait pada perlawanan akhir. Malaysia menang 3-1 dan Mokhtar jaringkan dua gol. 1974: Mencipta gol terbanyak dalam satu perlawanan antarabangsa apabila menjaringkan lima gol ketika menentang Filipina di Sukan Asia Teheran. 1975: Mewakili negara menentang Arsenal. Malaysia menang 2-0. Mokhtar menjaringkan kedua-dua gol itu. 1976: Mendapat kaps Malaysia ke-100 ketika menentang Jepun di Pestabola Merdeka. 1977: Mendapat Anugerah Olahragawan Kebangsaan 1976. 1977: Membawa negara meraih pingat emas Sukan Sea pertama apabila menewaskan Thailand 2-0 pada perlawanan akhir. Mokhtar menjaringkan 1 gol. 1978: Menjaringkan gol penyamaan ketika menentang England `B'. Perlawanan berkesudahan seri 1-1.
  • 18. 1979: Kali pertama dipilih menjadi ketua pasukan Piala Malaysia Selangor (menentang Tentera) apabila Soh Chin Aun enggan meneruskan tugas itu. Mengakhiri zaman bujang selepas berkahwin dengan Tengku Zarina Tengku Ibrahim. Mempertahankan pingat emas Sukan Asia Tenggara dengan mengalahkan Indonesia 1-0 menerusi jaringan gol tunggal. - Mengumumkan persaraan arena bola sepak antarabangsa. 1980: Kembali beraksi di Pestabola Merdeka dan membawa negara muncul naib juara selepas tewas kepada Maghribi di final. 1981: Menerima kad merah pertama dan terakhir dalam kariernya ketika menentang Singapura (Piala Malaysia). Pengadil `bersejarah' itu ialah Othman Omar. Mewakili negara ke pra Piala Dunia di Kuwait. Malaysia dikecam kerana gagal. Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali kedua. 1982: Mengetuai Pilihan Selangor menentang Boca Juniors yang diketuai Diego Maradona. 1985: Kembali menyarung jersi negara ke pertandingan pra Piala Dunia di Seoul menentang Korea Selatan. Malaysia tewas 0-2 dan Mokhtar mengumumkan persaraannya bagi kali ketiga dan terakhir. 1986: Memimpin Selangor menjadi juara Piala Malaysia dan muncul sebagai `Pemain Terbaik Perlawanan Akhir'. Mengumumkan persaraan peringkat negeri dan menghadiahkan jersi `keramat' nombor 10 kepada Raja Muda Selangor. 1987: Menarik balik persaraannya untuk mewakili Selangor semusim lagi. 1987: Menyertai Kwong Yik Bank (sekarang Bank RHB) dan membawa kelab itu menjadi juara Liga Selangor. Khabar angin bertiup Mokhtar mengidap penyakit ganjil. 1989: Disahkan mengidap penyakit Distrofi otot. - berlepas ke London untuk mendapat rawatan lanjut. Pulang ke tanah air tanpa sebarang perubahan. 1990: Keadaan Mokhtar semakin buruk. 1991: Meninggal dunia di Pusat Perubatan Subang pada Khamis, 11 Julai jam 8.25 pagi
  • 19. 4.DATO’ UNGKU DR.ZETI AKHTAR Y.M. Tan Sri Dato' Ungku Dr. Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz (Lahir 27 Ogos 1947) yang merupakan anak kepada Profesor Diraja Ungku Aziz dan Sharifah Azah Aziz, adalah wanita yang pertama dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia. Beliau juga dilihat sebagai salah seorang wanita yang begitu berkuasa di Malaysia. Pada 13 September 2010, Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance Kehidupan Awal [sunting] Beliau dilahirkan di Johor Bahru, Johor dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya pada 1958. Pada tahun 1970, beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Analitikal dan kemudiannya melanjutkan pengajian beliau ke peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah dalam bidang kewangan dan ekonomi antarabangsa pada 1978. Kerjaya [sunting] Beliau memulakan kerjaya sebagai Penyelidik ekonomi di Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran Bank Pusat Asia Tenggara (South-East Asia Central Bank Training & Research Centre) pada tahun 1979 hingga 1984. Kemudian beliau dilantik sebagai Penolong Pengurus Jabatan Ekonomi di Bank Negara Malaysia. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Ketua Jabatan Ekonomi Bank Negara Malaysia. Pada 1 September 1998, beliau dilantik sebagai Pemangku Gabenor Bank Negara Malaysia selepas Datuk Ahmad Mohd Don mengundurkan diri. Kemudian pada 1 Mei 2000, beliau dilantik sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia ketujuh dan wanita pertama dilantik dalam jawatan tersebut.
  • 20. Beliau juga pernah dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Danaharta Nasional Bhd dari tahun 1998 - 2000. Beliau juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Bhd sejak tahun2004. Pada 20 April 2011, beliau telah dilantik semula sebagai Gebenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuat kuasa 1 Mei 2011. [1] Keluarga [sunting] Beliau berkahwin dengan Dr Taufik Ayman dan dikurniakan 2 orang anak. Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia [sunting] Pada 13 September 2010, Dr Zeti terpilih sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik Dunia oleh majalah Global Finance. Ia berdasarkan faktor kawalan inflasi, sasaran pertumbuhan ekonomi, kestabilan mata wang dan pengurusan kadar faedah. Turut menerima anugerah ialah Ketua Bank Pusat Australia Glenn Stevens, Stanley Fischer (Israel), Lee Seong-tae (Korea Selatan), Fai-Nan Perng (Taiwan), Durmus Yilmaz (Turki) dan Trichet (Kesatuan Eropah). [2] 5.NICOL ANN DAVID Datuk Nicol Ann David ialah seorang pemain skuasy profesional wanita berbangsa Malaysia yang menjadi wanita Asia pertama yang menduduki tangga #1 dunia dalam sukan skuasy wanita. Beliau pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, dan juga gelaranTerbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010. Nicol merupakan pemain skuasy pertama yang menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia dua kali; iaitu pada tahun 1999 dan 2001 di bawah bimbingan Richard Glanfield. Beliau kekal satu-satunya pemain skuasy wanita yang berbuat demikian, sehingga Raneem El Weleily menyamai pencapaian beliau ini dengan memenangi Kejohanan Junior Sedunia keduanya pada tahun 2007. Nicol menyertai WISPA lalu mencapai status profesional pada tahun 2000 apabila memenangi gelaran WISPA sulungnya hanya sebulan selepas penyertaannya itu. Kemenangan itu tercapai pada bulan Februari apabila beliau menewaskan Salma Shabana di pusingan akhir Terbuka Finland Savcor. Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti sempena hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Nicol turut diundang untuk membawa obor Olimpik untuk Malaysia sewaktu persediaan ke Sukan Olimpik di Athens pada tahun 2004 di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh UNDP. Antara pencapaian lain Nicol David termasuk Kejohanan Skuasy Asia yang dijuarainya tujuh kali (1998, 2000, 2002, 2004, 2006, 2008 dan 2010). Beliau juga mempertahankan tempoh kejuaraan demi kejuaraan selama 13 bulan dan 51 perlawanan mulai Mac 2006, hingga tewas di tangan Natalie Grinham
  • 21. di Terbuka Seoul pada April 2007. Bagaimanapun, beliau sekali lagi membuat rentetan tanpa kalah selama Nicol turut meraih Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, dari tahun 2005 hingga 2010. Kehidupan peribadi [sunting] Dilahirkan di Pulau Pinang, Nicol merupakan anak kepada Ann Marie David, seorang guru sekolah berketurunan Cina dan Desmond David, seorang jurutera berketurunan India [3][4] yang pernah menjadi olahragawan dan pemain bola sepak negeri. [5][6] Nicol mempunyai dua adik-beradik, iaitu Lianne dan Cheryl, [7] yang merupakan pemain skuasy cemerlang di peringkat kebangsaan. [8] Sewaktu muda, Nicol paling cemerlang dalam mata pelajaran Matematik di sekolah; [9] beliau pernah bercita-cita menjadi jurutera. [9] Nicol mendapat tujuh A dalam Penilaian Menengah Rendah dan tujuh A lagi dalam Sijil Pelajaran Malaysia, sewaktu menelaah di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Green Lane di Green Lane, Pulau Pinang. [10] Beliau beragama Kristian (Katolik Roma). Anugerah dan penghormatan [sunting] Pada 7 Jun 2008, Nicol David dikurniakan gelaran Darjah Bakti (D.B.) [11] sempena sambutan hari keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. [12] Beliau merupakan penerima pertama anugerah ini yang diasaskan pada 26 Jun 1975. [12] Anugerah ini terhad kepada 10 penerima yang melakukan sumbangan besar kepada bidang kesenian, sains dan kemanusiaan. [11][12] Pada 12 Julai 2008, Nicol menjadi salah satu daripada 497 orang yang diberi penghormatan sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas. [13] Nicol merupakan antara 28 orang yang menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri award (DSPN), [14] yang membawa gelaran Datuk, justeru beliau menjadi tokoh termuda yang dikurniakan gelaran Datuk di negeri Pulau Pinang. [13] Perdana Menteri Malaysia ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga berasal dari Pulau Pinang, [15] pernah mengakui bahawa Nicol lebih terkenal daripadanya. [5] Pada tahun 2007, Nicol menerima ijazah kehormat Sarjana Kesenian honoris causa dari Universiti Nottingham. [10] Nicol turut menerima anugerah Pemain Terbaik WISPA enam kali berturut-turut, mulai tahun 2005 hingga 2010. [16][17] Nicol diberi penghormatan membawa obor Olimpik sebagai wakil Malaysia menjelang Sukan Olimpik Athens 2004, [18][19] di samping dilantik sebagai Duta Muhibah Kebangsaan Malaysia oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. [20] Kerjaya [sunting]
  • 22. Sebelum 2000: Zaman junior [sunting] Nicol Ann David di Terbuka Malaysia CIMB 2008 di Kuala Lumpur. Nicol David mula bermain skuasy sewaktu berusia lima tahun, kemudian menerima bimbingan jurulatih sejak usia lapan tahun. [9] Ketika berlatih di Pusat Skuasy Bukit Dumbar, bakat Nicol ditemui oleh Ee Phoeh Hoon, [21] yang kemudiannya memujuk pemudi ini supaya mewakili negeri asalnya, Pulau Pinang, bersama adik-beradiknya. [8] Kerjaya skuasy Nicol bermula pada tahun 1992, apabila beliau menggondol pingat perak dalam kategori Bawah-14 Kejohanan Junior Negeri Pulau Pinang. [22] Juga pada tahun 1992, beliau mendapat kemenangan sulungnya di peringkat kebangsaan di Kejohanan Antara Negeri Junior Kebangsaan Milo-Dunlop Sport, di mana beliau mendapat pingat perak dalam kategori Bawah- 16. [22] Pada tahun 1994, Nicol dipilih untuk menyertai pasukan skuasy negeri Pulau Pinang untuk temasya Sukan Malaysia, apabila beliau membantu skuad negeri menggondol pingat emas dalam acara pasukan, walaupun jatuh sakit ketika itu. [4] Pada tahun yang sama, beliau meraih dua gelaran antarabangsa pertamanya, iaitu Hong Kong Bawah-13 dan Terbuka Junior Scotland Bawah-12. [22] Nicol menjuarai Kejohanan Skuasy Junior Sedunia Wanita 1999 di Antwerp, Belgium, menjadikannya pemain perempuan termuda yang menjadi juara dunia remaja pada usia 15 tahun. [23] Yang menariknya, beliau menumpaskan tiga orang pemain yang berada dalam tangga 20 teratas dalam kejohanan itu. [23] Beliau berjaya mempertahankan gelaran itu di Pulau Pinang pada tahun 2001, oleh itu beliau merupakan satu daripada dua pemain sahaja yang menjuarainya dua kali sepanjang sejarah skuasy; [24][25] ketika itu, beliau dilatih oleh Richard Glanfield. [26] Pada tahun 1999, Nicol semakin rancak menjuarai kejohanan remaja utama, termasuk Terbuka Junior British (juara Bawah-17), [27] Terbuka Junior Jerman (juara Bawah-19), [4] Sukan SEA (Juara kategori Senior dan Pasukan), [4] dan Juara Junior Asia untuk acara individu dan pasukan. [28]
  • 23. Nicol melakar kejayaan terbesarnya sebagai jaguh remaja di Kejohanan Junior Sedunia di Antwerp, di mana murid sekolah berumur 15 tahun ini mencapai taraf juara junior dunia setelah menewaskan rakan seperjuangan, Leong Siu Lynn 9–5, 9–3, 9–2 di pusingan akhir acara perseorangan wanita, sekaligus menjadi juara termuda kejohanan itu. [4][23] Nicol mencapai pusingan suku akhir Kejohanan Junior Sedunia yang sebelumnya pada Ogos 1997 di Brazil, ketika berusia 13 tahun. Semenjak itu, beliau merangkul kejuaraan junior dan senior Asia, dan juga pingat emas di Sukan Asia pada Disember 1998. [23] Nicol juga merupakan antara sebilangan kecil pemain skuasy yang pernah memenangi kesemua kategori umur di Terbuka Junior British. [27] 2005–2006: Juara dunia mencapai kemuncak [sunting] Nicol Ann David memegang piala Terbuka Skuasy Malaysia CIMB 2007. Dengan hanya tewas dua kali pada tahun 2005, wirawati asal Pulau Pinang yang berusia 21 tahun ini pulang ke tanah air pada bulan Julai setelah memenangi pingat emas di Terbuka Dunia di Jerman untuk menjadi juara skuasy termuda di dunia. [49] Selepas itu, beliau menjadi pemain tempatan pertama yang memenangi kejuaraan Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB sepanjang sejarah 31 tahun acara tersebut. [50] Pada bulan Oktober, Nicol membuktikan kejayaannya di Terbuka Dunia dan Terbuka Malaysia bukan sekadar kebetulan, apabila menjadi warga Malaysia pertama yang merangkul kejuaraan Skuasy Terbuka British, dan orang Asia pertama yang mendapat kejuaraan wanita, setelah menumpaskan Natalie Grinham dari Australia dalam pusingan akhir wanita dalam masa 55 minit. [51] Dalam masa dua bulan selepas kejayaan Terbuka British dan Terbuka Dunia, Nicol mencapai tangga teratas dalam ranking dunia buat julung kalinya. Pada tahun yang sama, beliau diundi oleh para ahli WISPA sebagai Pemain Terbaik WISPA 2005. [52] Pada usia 23 tahun, Nicol menjadi pemain skuasy #1 Dunia pada Januari 2006, sekaligus menjadi warga Malaysia dan wanita Asia pertama yang mencapai tangga #1 Dunia dalam sukan ini. [53][54] Beliau juga menjadi orang ke-12 yang memegang gelaran unggul ini semenjak sistem ranking mulai dipakai pada
  • 24. April 1983. [54] Nicol membuka tahun 2006 dengan hambar kerana kalah dua kali kepada Vanessa Atkinson pada bulan Februari, di kedua-dua pusingan akhir Terbuka Apawamis [55] dan Terbuka Kuala Lumpur [56] . Kekalahan kepada Atkinson dua kali berturut-turut ini menyebabkan Nicol jatuh ke tangga #2 dalam ranking dunia. [57] Apapun, Nicol mula meningkat kembali dan merangkul enam kejuaraan berturut- turut lalu merampas kembali kedudukan #1 dunia. [58] Nicol berjaya mempertahankan gelaran juara Terbuka Dunia di Belfast pada 25 November 2006, dengan menewaskan Natalie Grinham dalam perlawanan akhir yang dikatakan sebagai antara yang hebat dalam Terbuka Dunia Wanita. [59] Beliau menjadi atlit Malaysia pertama yang merangkul gelaran juara dunia buat kali kedua berturut-turut, dan orang keempat yang mempertahankan Kejohanan Skuasy Terbuka Dunia dalam sejarah. [60] Nicol turut menggondol kejuaraan Terbuka Qatar Airways Challenge, [61] Kejohanan Terbuka British Dunlop, [62] Terbuka Hong Kong, [63] Terbuka Pulau Pinang [64] dan Terbuka Malaysia CIMB. [65] Nicol mengungguli ranking WISPA Disember dengan purata mata yang hampir dua kali banyak pesaing terdekatnya, Rachael Grinham, [66] dan dalam Anugerah WISPA tahunan kedua pada bulan yang sama, beliau diundi sebagai pemain wanita terbaik buat kali kedua. [67] 2007–2008: Kejayaan demi kejayaan dan dominasi Nicol merangkul enam lagi kejuaraan pada awal tahun 2007, sebelum dikalahkan oleh Rachael Grinham dari Australia di perlawanan akhir Terbuka British yang berlangsung selama 87 minit. [68] Sebulan kemudian, Nicol sekali lagi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Dunia kerana tersungkur di tangan Shelley Kitchen di pusingan kedua dengan markah 0–9, 1–9, 9–2, 9–3, 6–9 dalam 69 minit. [69] Inilah kali pertama beliau gagal melayakkan diri ke dalam pusingan suku akhir kejohanan sejak April 2004, setelah tewas kepada orang yang merampas pingat gangsa daripadanya di Sukan Komanwel di Melbourne sembilan bulan sebelum ini. [70] Pada bulan Disember, Nicol memenangi anugerah Olahragawati Terbaik Asia setelah mengatasi lebih 100 pesaing yang mewakili 25 lembaga kesukanan. [71] Pada tahun 2008, Nicol menggondol sepuluh kejuaraan Jelajah Dunia WISPA tanpa kalah. [72] Nicol David melengkapkan tahun paling berjayanya setakat ini dengan mempertahankan kejuaraan Terbuka Hong Kong Cathay Pacific [73] buat kali ketiga berturut-turut pada bulan November supaya rekod tanpa kalah dalam Jelajah sejak Oktober 2007 mencapai 53 perlawanan. [73][74] Nicol meraikan setahun kalendar penuh keduanya sebagai jaguh nombor satu dunia dalam Ranking Skuasy Dunia Wanita Disember, maka sudah 30 tahun berturut-turut beliau bermaharajalela di tangga teratas. [75] Kejayaan WISPA Nicol pada tahun 2008 bermula dengan Terbuka Apawamis di New York pada bulan Februari, [76] diikuti dengan Terbuka KL di Malaysia, [77] Terbuka British di England, [78] Terbuka Seoul di Korea Selatan, [79] Terbuka Malaysia, [80] Masters Singapura, [81] Terbuka Belanda, [82] Terbuka Dunia di England, [83] Qatar Classic [84] dan Terbuka Hong Kong. [73] Di luar jelajah WISPA, Nicol mempertahankan kejuaraan Kejohanan Asia dwitahunan yang kelima berturut-turut pada bulan Februari, setelah memenangi yang pertama ketika berusia 14 tahun pada Julai 1998, [85] kemudian menerajui pasukan Malaysia untuk menggondol pingat gangsa di Kejohanan Pasukan Dunia Wanita di Kaherah.
  • 25. 2009–kini: Mencapai rekod [sunting] Nicol Ann David in beraksi pada hari keenam Terbuka Hong Kong 2009. Dalam bulan ke-30 berturut-turut sebagai pemain nombor satu dunia dalam ranking WISPA, Nicol menerajui jaguh empat teratas yang tidak berubah-ubah, iaitu Natalie Grinham (Belanda) di tangga #2; kakaknya Rachael Grinham (Australia) di #3; dan Natalie Grainger (Amerika Syarikat) di #4. [75] Dalam pertandingan pertamanya pada tahun itu, iaitu Terbuka Kuala Lumpur, rekod tanpa kalah Nicol selama 17 bulan dan 56 perlawanan akhirnya dipecah apabila beliau tewas kepada Natalie Grainger di pusingan akhir. [87] Selepas kekalahan itu, Nicol bangkit untuk merangkul kejuaraan Terbuka Kepulauan Cayman yang julung kali diadakan, di mana beliau dapat menebus kekalahannya kepada Grainger dengan kemenangan 11–8, 11-6, 11–5 di pusingan akhir. Inilah kejuaraannya yang ke-35 dan penampilannya yang ke-50 dalam perlawanan akhir Jelajah WISPA. [88] Seminggu kemudian, Nicol lantas memenangi gelaran juara kedua tahun itu dengan sekali lagi mengetepikan saingan Grainger, kali ini dengan empat set. [89] Nicol David beraksi pada hari ketujuh Terbuka Hong Kong 2009.
  • 26. 21 hari selepas kejuaraan Terbuka Texas, Nicol menggondol kejuaraan Terbuka Bandaraya Seoul keduanya dengan menumpaskan Jenny Duncalf dalam empat set. [90] Sebulan kemudian, pada 24 Julai, beliau mempertahankan pingat emas Sukan Dunia dengan menewaskan lawan ketatnya, Natalie Grinham dari Belanda dalam tiga set. [91][92] Seminggu kemudian, pada 1 Ogos, Nicol merangkul kejuaraan Terbuka Malaysia kelima berturut-turut dengan menang 11–6, 11–8, 9–11, 11–7 ke atas Alison Waters dari London setelah 60 minit berhempas-pulas. Justeru itu, Nicol menjadi jaguh pertama yang memenangi lima kejuaraan Terbuka Malaysia berturut-turut sejak pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1975. [93] Nicol mendominasi gelanggang skuasy dengan mengetepikan saingan Natalie Grinham untuk memenangi kejohanan Singapore Masters yang ketiga berturut-turut, dan kejuaraan ketiganya dalam sebulan. [94] Beliau mengatasi Natalie dalam tiga set dengan mata 11–9, 11–8, 11–9 untuk gelaran WISPA kelimanya dalam tahun itu. [94] Nicol kemudiannya mencapai satu lagi kejayaan besar dalam kerjaya skuasynya dengan memasuki bulan ke-41 sebagai pemain nombor satu dunia dalam Ranking Dunia Wanita September, sekaligus memintas mentornya sendiri, Sarah Fitz-Gerald sebagai pemain yang ketiga paling lama menduduki tangga teratas ranking wanita. [95] Pada 12 September, Nicol tewas kepada Madeline Perry di suku akhir Terbuka British dalam perlawanan lima set selama 76 minit; 15 hari kemudian, beliau bangkit untuk menumpas musuh ketat Natalie Grinham di perlawanan akhir Kejohanan Terbuka Dunia untuk menggondol kejuaraan buat kali keempat. [96] Nicol mengakhiri tahun ini dengan hambar setelah kalah kepada Jenny Duncalf di pusingan separuh akhir Qatar Classic dan Terbuka AS. [97] Nicol memulakan tahun 2010 di tangga teratas ranking buat bulan ke-42 berturut-turut. [98] Wajahnya muncul dalam kalendar WISPA untuk bulan Januari. [99] Pertandingan pertama Nicol pada tahun itu ialah Terbuka Chennai bernilai AS$53,000 pada bulan Mac; [100] beliau memenangi semua perlawanannya dalam tiga set, termasuk menebus kekalahan kepada Jenny Duncalf pada akhir tahun 2009, lalu dimahkotakan juaranya. [101] 13 hari kemudian, di Terbuka Kuala Lumpur, Nicol mengetepikan Omneya Abdel Kawy dari Mesir yang mengaibkan Jenny Duncalf di separuh akhir, supaya mendapat kejuaraan WISPA kedua pada tahun itu. [102] Inilah kejuaraan Nicol yang keenam di Terbuka Kuala Lumpur selepas dimenanginya pada tahun 2000, 2002, 2005, 2007 dan 2008. [103] Nicol meneruskan kecemerlangannya sepanjang tahun 2010 dengan menjuarai gelaran Terbuka Dunia yang “berprestij” [104][105][106] pada 22 September. [107] Kemenangan Terbuka Dunia ini adalah yang kelima buat Nicol, sekaligus menyamai rekod Sarah Fitz-Gerald untuk kejuaraan Terbuka Dunia yang terbanyak. [108] Pada bulan Oktober, dalam perlawanan akhir perseorangan wanita Sukan Komanwel di Delhi, Nicol menumpaskan Jenny Duncalf 11–3, 11–5, 11–7 dalam masa 40 minit untuk meraih pingat emas. [109] Kemudian, Nicol ke kejohanan Terbuka Mexico WISPA yang julung kali diadakan di Toluca, di mana beliau menumpaskan Rachael Grinham 12–10, 11–4, 11–5 untuk merangkul kejuaraan ke-34 berturut-turut. [110] Pada bulan November, Nicol melanjutkan rekod kecemerlangannya kepada 50 kejuaraan Jelajah Dunia WISPA keseluruhannya dengan menjuarai Qatar Classic buat kali keempat dengan sekali lagi menewaskan Rachael Grinham 11–5, 11–8, 11–9 dalam masa 34 minit sahaja [111] , sekaligus melengkapkan rekod tanpa kalah dengan koleksi 12 kejuaraan WISPA sepanjang tahun 2010. [112] Kemudian, beliau memenangi pingat emas acara skuasy perseorangan wanita Sukan Asia dengan menumpaskan Annie Au dari Hong Kong 11–8, 8–11, 11–6, 11–7 di Guangzhou, China. [113] Di temasya yang sama, beliau membantu pasukan skuasy wanita Malaysia menggondol sebutir lagi pingat emas dalam acara skuasy berpasukan wanita dengan menumpaskan pasukan Hong Kong juga. [114]
  • 27. Pada Februari 2011 pula, iaitu bulan ke-58-nya di tangga teratas WISPA, rentetan tanpa kalah Nicol David selama 14 bulan akhirnya terhenti apabila beliau dikalahkan oleh Laura Massaro dari England 9– 11, 7–11, 11–9, 8–11 di Cleveland Classic di Amerika Syarikat. [115] Sebulan kemudian, pada awal bulan Mac, Nicol mengetuai pasukan Malaysia ke Piala Dunia WSF di Chennai,India, tetapi beliau direhatkan pada separuh akhir untuk memberi peluang kepada Low Wee Wern untuk mengambil tempatnya, namun pasukan Malaysia kalah 2–1 kepada pasukan England. [116] Walau apapun, Nicol tetap memenangi gelaran Olahragawati Kebangsaan 2010 buat kali kelapan pada 16 Mac 2011. [117] Pada 20 Mac, tuah kembali menyebelahi Nicol apabila beliau merangkul kejuaraan Terbuka Kuala Lumpur buat kali ketujuh dengan menumpaskan Madeline Perry dari Ireland 11–6, 11–6, 11–2 dalam masa setengah jam sahaja