SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 6
KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA
Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824)
Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal.
Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik,
pengetahuan dan juga sifat kerohanian.
      Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah
pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-
sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan
Kedah.
      Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana
pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi
daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang
bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi.


SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956)
TEMPOH PERTAMA (1784-1941)
Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941)
Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri-
negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-
sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun
1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan
dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863,
kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.
      Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah
Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan
bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri
Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For
Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di
dalam perkhidmatan kerajaan.
      Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam
kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya
sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di
mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
Perkembangan Sekolah Vernakular Cina
Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri
Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua
orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan
sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains
Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah
sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris
kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik.


Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil
Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa
sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil
untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah
cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian
banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada
peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah
sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung    Tanah Melayu. Sepertimana           sekolah Vernakular Melayu,        sekolah-sekolah
Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,
kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan
tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India.


Perkembangan Sekolah Inggeris
Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh
Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa
matlamat seperti berikut:
1. untuk semua bangsa;
2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;
3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan;
4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira;
5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;
6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;
7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain;
8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria
Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun
ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah
Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat
atasan.


TEMPOH KEDUA (1946-1957)
Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka
Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini,
kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun.
Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula.
Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal.
Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan
Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.
Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan
kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di
sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik
serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.


Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969)
Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam
Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur.
Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga
Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960.


Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969
Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan
tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam
pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan
dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di
sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September
1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:
      “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk
      kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan
      bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek
      mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu
      dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu,
      berdisiplin dan terlatih.”
      (Sumber: Education In Malaysia, 1980)


      Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum,
kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang
menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan
program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah
dicadangkan.
      Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan
perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa,
penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.
Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk
masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat
dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan
menengah di seluruh Malaysia.


Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang
Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk
melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu
bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya
diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif
ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.
Pendidikan Zaman Dahulu
Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu,
dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek
mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal
mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu,
pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti
kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia
akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap
sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat
beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah
beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti
Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956.


Pendidikan Zaman Sekarang
Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan
negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia
Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi
agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari
formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi
seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara.
Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan
teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh
menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan.


Pendidikan Zaman Akan Datang
Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek
pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad
kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi
ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga
mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan
bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya
menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu
diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran
berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian
teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para
pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya
untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang
telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini
bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat,
malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa
akan datang.


Kesimpulan
Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British
hinggalah zaman selepas merdeka,          kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak
perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang
berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik
beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan
oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan
akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka
insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
      Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang
secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani
secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan
daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan
berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan
perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi
mencapai taraf individu yang berjaya.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumAziyan Bakar
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibDenne Freddy
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasionalRosnaliza07
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikanأمير الشفيق
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025mbkppdhl
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetDenne Freddy
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Siti Nur Ain
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Jean Dcedric
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAHzerat88
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 

Mais procurados (20)

Penyata razak 1956
Penyata razak 1956Penyata razak 1956
Penyata razak 1956
 
Konsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulumKonsep dan definisi kurikulum
Konsep dan definisi kurikulum
 
Laporan Rahman Talib
Laporan Rahman TalibLaporan Rahman Talib
Laporan Rahman Talib
 
Integrasi nasional
Integrasi nasionalIntegrasi nasional
Integrasi nasional
 
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif PendidikanIsu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Kssm baru
Kssm baruKssm baru
Kssm baru
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 
Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)Sosiologi pendidikan (1)
Sosiologi pendidikan (1)
 
KPS SEJARAH
KPS SEJARAHKPS SEJARAH
KPS SEJARAH
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 

Destaque

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kini
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan KiniPendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kini
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kiniaaron90
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Presentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibPresentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibZahir Abu Bakar
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaSyuhaila Shukri
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)nurul syuhaida rahim
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysiaNor Amalina Che ZamZan
 
4 fokus-pengurusan-pendidikan
4 fokus-pengurusan-pendidikan4 fokus-pengurusan-pendidikan
4 fokus-pengurusan-pendidikanColyn George
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatIkhram Johari
 
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Hazman Azhar
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)kuangwei94
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysiafiro HAR
 
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kBorang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kmariulfah
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 

Destaque (20)

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kini
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan KiniPendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kini
Pendidikan di Negara Malaysia Dahulu dan Kini
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Presentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talibPresentation1 laporan rahman talib
Presentation1 laporan rahman talib
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Laporan fenn wu
Laporan fenn wuLaporan fenn wu
Laporan fenn wu
 
Perkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di MalaysiaPerkembangan pendidikan di Malaysia
Perkembangan pendidikan di Malaysia
 
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
Kurikulum bersepadu sekolah menengah (kbsm)
 
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
2. kepelbagaian sosio budaya di malaysia
 
4 fokus-pengurusan-pendidikan
4 fokus-pengurusan-pendidikan4 fokus-pengurusan-pendidikan
4 fokus-pengurusan-pendidikan
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
 
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
Dasar Pendidikan Negara Sebelum 1970
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
JURNAL (SUKAN SEBAGAI TARIKAN PELANCONGAN DI MALAYSIA)
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
 
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_kBorang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
Borang soal selidik-tingkah_laku_emosi_k
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Baba dan-nyonya
Baba dan-nyonyaBaba dan-nyonya
Baba dan-nyonya
 

Semelhante a Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)rabbaniridhwan
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Yayasan Negeri
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disIzwan Samsudin
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxNurulHudaHusin
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaAbu eL IQram
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-bAdlinaHayda
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negarafiro HAR
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanAzizi Ahmad
 

Semelhante a Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia (20)

Soalan 1
Soalan 1Soalan 1
Soalan 1
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)Unit 8 (pendidikan di malaysia)
Unit 8 (pendidikan di malaysia)
 
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga disSistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
Sistem persekolahan sebelum merdeka boleh juga dis
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptxBAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
BAB 8 PENDIDIKAN DI MALAYSIA.pptx
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Pendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysiaPendidikan islam di malaysia
Pendidikan islam di malaysia
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Tajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysiaTajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysia
 
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
5.manuskrip icip.dr-atiqah- -prof-ong-b
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
Sejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negaraSejarah pendidikan negara
Sejarah pendidikan negara
 
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum PenjajahanSejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan
 

Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia

  • 1. KRONOLOGI PENDIDIKAN SEKOLAH DI MALAYSIA Sistem Pendidikan Sebelum Kedatangan British (sebelum 1824) Pada zaman ini pada umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan juga sifat kerohanian. Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah- sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang amat tinggi. SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA PENJAJAHAN BRITISH (1786-1956) TEMPOH PERTAMA (1784-1941) Perkembangan Sekolah Vernakular Melayu (1786-1941) Pada zaman ini, kerajaan British telah mula mengambil perhatian terhadap pendidikan di negeri- negeri Selat. Blundell (Gabenor negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah- sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan, Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”. Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan. Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah. Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.
  • 2. Perkembangan Sekolah Vernakular Cina Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun 1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China. Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi bertambah baik. Perkembangan Sekolah Vernakular Tamil Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina, kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri Lanka dan India. Perkembangan Sekolah Inggeris Pada peringkat awal, kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti berikut: 1. untuk semua bangsa; 2. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin; 3. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran sekolah dengan kadar berpatutan; 4. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris dan mempelajari Ilmu Kira-kira; 5. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu; 6. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain; 7. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan menjahit dan lain-lain; 8. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.
  • 3. Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun 1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. TEMPOH KEDUA (1946-1957) Sistem dan Struktur Pendidikan Sebelum Merdeka Pihak Jepun telah menakluki Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah diajar dalam bahasa Jepun. Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar. Sistem Pendidikan Awal Kemerdekaan (1957-1969) Sistem pendidikan pada zaman ini masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun 1960. Sistem Pendidikan Kebangsaan selepas 1969 Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.
  • 4. Perkembangan Sistem Pendidikan Kebangsaan Selepas 1979 Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi: “Mengkaji semula matlamat dan berkesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar palajaran yang wujud, dengan tujuan untuk memastikan bahawa keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangkapanjang, dan lebih-lebih lagi untuk memastikan bahawa sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.” (Sumber: Education In Malaysia, 1980) Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar, perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah dicadangkan. Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan. Perkembangan terhadap pendidikan berterusan sehingga ke hari ini dan akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia. Perbezaan Tahap Pendidikan Dahulu, Sekarang dan Akan Datang Sejak pendidikan dijadikan satu institusi formal, harapan semua lapisan masyarakat ialah untuk melihat setiap pelajar yang terlibat mencapai tahap kecemerlangan bukan sahaja dalam satu bidang malah dalam semua bidang yang terdapat dalam sistem tersebut. Tumpuan pada mulanya diberikan kepada aspek kognitif tetapi kini lebih tertumpu kepada semua aspek, sama ada kognitif ataupun afektif, konvensional ataupun inovatif serta normal ataupun kreatif.
  • 5. Pendidikan Zaman Dahulu Berdasarkan kenyataan yang telah diterangkan berkaitan sejarah pendidikan di Tanah Melayu, dapat dibuat kesimpulan bahawa pendidikan pada zaman dahulu amat mengambil berat aspek mengagungkan tanah air sendiri. Contohnya pendidikan Cina yang berorientasikan negara asal mereka iaitu China, manakala pendidikan India pula berasaskan negara India. Selain itu, pendidikan zaman dahulu juga menitikberatkan aspek kecenderungan terhadap agama, seperti kewujudan sekolah-sekolah pondok untuk mengajar Al-Quran dan hal-hal berkaitan dunia akhirat. Selepas kemasukan kurikulum berasaskan British, maka berlakulah rombakan terhadap sistem pendidikan asal yang diamalkan sebelum ini. Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat beberapa kelemahan dalam sistem pendidikan yang dianjurkan oleh British. Maka, wujudlah beberapa laporan yang bertujuan untuk memperbaiki sistem pendidikan British ini seperti Laporan Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan Laporan Razak 1956. Pendidikan Zaman Sekarang Bermula selepas Malaysia memperolehi kemerdekaan daripada pihak British, sistem pendidikan negara mula mencapai tahap reformasi secara beransur-ansur. Dalam Rancangan Malaysia Pertama (RM1) hingga Rancangan Malaysia Ketujuh (RM7), aspek pendidikan sentiasa menjadi agenda utama bagi setiap intipati dalam resolusi yang telah dibuat. Kerajaan sentiasa mencari formula baru bagi memastikan para pelajar yang keluar dari institusi pendidikan akan menjadi seorang individu yang mampu memberikan sumbangan maksimum terhadap kemajuan negara. Pendidikan prasekolah, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM), pendidikan peringkat tinggi, pendidikan guru, pendidikan vokasional dan teknik serta pendidikan swasta sentiasa dikaji bagi mengesan sebarang kelemahan yang boleh menyebabkan kegagalan mencapai objektif yang telah ditetapkan. Pendidikan Zaman Akan Datang Kerajaan telahpun membuat beberapa cadangan untuk melakukan transformasi dalam aspek pendidikan di sekolah-sekolah. Dengan pesatnya kemajuan teknologi maklumat pada dekad kebelakangan ini, pendidikan negara juga tidak mahu ketinggalan dalam menyerapkan teknologi ini dalam menyediakan para pelajar yang bukan sahaja mempunyai ilmu pengetahuan, malah juga mampu mengaplikasikan teknologi maklumat bagi kemudahan umat sejagat. Kerajaan dengan bantuan daripada organisasi-organisasi gergasi dalam bidang teknologi maklumat telah berjaya menyenaraikan beberapa resolusi dalam memastikan pendidikan alaf akan datang mampu diaplikasikan sepenuhnya tanpa mengenepikan aspek tatasusila dan etika pelajar.
  • 6. Salah satu daripada resolusi yang telah dibuat ialah mewujudkan mata pelajaran berkonsepkan teknologi maklumat, seperti pengenalan kepada komputer dan juga pengaplikasian teknologi maklumat terhadap kehidupan. Kerajaan turut bercadang untuk mendedahkan para pelajar dengan aplikasi internet serta mel elektronik bagi membiasakan mereka menggunakannya untuk tujuan menghantar kerja sekolah atau membuat rujukan. Walaupun banyak resolusi yang telah dibentuk, kerajaan tetap meletakkan aspek etika pelajar di tempat yang paling atas sekali. Ini bagi memastikan setiap pelajar bukan sahaja menjadi pakar dalam bidang teknologi maklumat, malah mempunyai etika dan disiplin yang amat diperlukan untuk menerajui negara pada masa akan datang. Kesimpulan Setelah mengetahui segala kronologi pendidikan sejak zaman sebelum penjajahan British hinggalah zaman selepas merdeka, kita dapat membuat kesimpulan bahawa banyak perkembangan telah dilakukan terhadap sistem pendidikan negara. Bermula daripada sistem yang berorientasikan kepada bangsa dan agama sendiri kepada sistem pendidikan yang menitik beratkan aspek pendidikan berteknologi tinggi. Walaupun banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Namun, di sebalik usaha-usaha murni tersebut, tersembunyi beberapa kelemahan yang secara tidak langsungnya akan menyebabkan barah yang lebih besar sekiranya tidak ditangani secara total oleh pihak kerajaan. Usaha menyembuhkan barah ini memerlukan pengorbanan daripada seluruh rakyat yang mengaku dirinya seorang warganegara yang berdisiplin dan berhemah tinggi. Hanya dengan cara ini sajalah perkembangan pendidikan akan selaras dengan perkembangan etika para pelajar yang semestinya perlu diberi didikan yang sempurna demi mencapai taraf individu yang berjaya.