SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 51
Baixar para ler offline
PENGHARGAAN


Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala di

atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khusus

berasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek Pendidikan

Seni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya.

Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada

ibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa

kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberi

dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang

menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkan

amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas

sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam

melengkapkan kerja khusus ini.
Halaman Pengakuan




“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya”.




Tandatangan           : ………………………………………………………………….


Nama Penulis : ………………………………………………………………….


Tarikh                : ……………………………….
1.0 PENGENALAN


      Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran

Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat

corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional.

Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan

aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan.


      Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui

penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan

dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi

pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa

bersama nilai yang disebutkan. Bidang mcbuat corak dan rekaan ini membolehkan

murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian.


      Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak

terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek

apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh

dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


      Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan

sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang

tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan

rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain

kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara

teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada

dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh

terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang.

Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.


      Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid

memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi

suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana-

mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak

terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak

terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam

susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis

susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak

tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh

dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN

3.1 Susunan Ulang Sekata

Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi

menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan

grid sebagai panduan.




3.2 Susunan Berselang Seli

Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara

ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak

yang menarik.
3.3 Susunan Batu Bata

Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya

disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya.




3.4 Susunan Bertimbal/cerminan


Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang
bertentangan.




3.5 Susunan Bertindih

Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga

membentuk corak yang menarik.
3.6 Susunan Berpusat

Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif

ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan

sebagainya.




3.7 Susunan sisik ikan




3.8 Susunan Orgee
3.9 Susunan turun separa




3.10 Susunan Berpusat
3.11 Susunan Berombak




3.12 Susunan Jidar




3.13 Susunan Pucuk Rebung
3.14 Susunan Siku Keluang




4.0 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN


Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialah

sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri

daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif di dalam membuat corak dan

rekaan boleh didapati daripada:


a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi

b) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang


  lain.

c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia

d) Rupa atau bentuk angka dan huruf

e) Rupa atau bentuk kraf tradisional.
5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas

seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat

penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik

memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip

rekaan.


5.1 Unsur seni terdiri daripada:


(a) Garisan

(b) Warna-Warna terdiri daripada;

1. Warna asas - biru, merah dan kuning

2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning

dicampur merah = oren

3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder.

(c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada

kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan

manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri

dari ciptaan Yang Maha Kuasa.

Jalinan terbahagi dua jenis:

(i) Jalinan tampak

(ii) Jalinan sentuh

(d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung


   garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk
yang khusus)


(e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu

(i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua

  dimensi

(ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan

   mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu

   atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang

(f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek.



5.2 Prinsip rekaan terdiri daripada:

a) Harmoni- situasi yang selesa

b) Penegasan- menarik perhatian si pemerhati

c) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya

d) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri

e) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu

f) Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat

g) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan




6.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

6.1 Perlakuan

a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu.

b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas.

c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan

gubahan seni.

e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda.

f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni.

g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan.

h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran.

i) Membezakan jenis corak tertentu.

j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak.

k) Mengatur corak.

l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari.

m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak.

n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan

tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni.

o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara

terperinci terhadap ciptaan tersebut.


6.2 Persepsi

a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan,


  kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak.

b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan.

c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar.

d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak.

e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian.

f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik.

h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan.

i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak.

j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak.

k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea.

l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya

dengan kehidupan mereka.

m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan

karya yang berharmoni dan bermakna.

n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni.




6.3 Pengetahuan Budaya

a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah.

b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf

tradisional.

c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat

kegunaan harian.

d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf

tradisional.

e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan

kebangsaan.
7.0 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek

b) Corak sebagai elemen hiasan

c) Corak sebagai nilai estetik


8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG)


Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melalui

kegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan

percikan.


8.1 Pualaman


Pualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keatas

kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terncang.




8.2 Tiupan


Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan

angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak

terancang).
8.3 Titisan


Titisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara

menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak.




8.4 Ikatan dan celupan


Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan.

Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup

cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
8.5 Renjisan dan percikan


Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak

terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk

kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.

Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza

tetapi   memerlukan       kemahiran,     kesedaran   dan   pengetahuan   seni   untuk

menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang

berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.




9.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TERANCANG)


Kegiatan corak tidak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan

guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi.


9.1 Lukisan


Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan

Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil,

krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.
Contoh lukisan


9.2 Catan


Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya,

membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau

dilihatnya dalam bentuk imej visual.

Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corak

dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik.




Contoh catan
9.3 Capan


Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan

ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan

warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan

dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan




Contoh capan

9.4 Cetakan

Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan

dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang

disediakan ke atas sesuatu permukaan lain.




Contoh cetakan
9.5 Lipatan dan guntingan


Menghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan dan

guntingan.




Contoh lipatan dan guntingan


9.6 Resis


Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat

dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh

menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis

memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.

Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan

asas rekaan dan prinsip rekaan.




     Contoh resis
9.7 Kolaj


Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal

sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih

untuk menghasilkan sesuatu corak.




Contoh kolaj

9.8 Teknik Kaligrafi


Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang

digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran. Motif yang

dilukiskan kemudian diwarnakan.




                                Contoh Teknik Kaligrafi
10.0 KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( CORAK TIDAK

   TERANCANG)

JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG

10.1 TEKNIK : TITISAN

  Penerangan

  Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang

  melibatkan titisan dengan menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat

  meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas,

  plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan

  yang spontan dan menarik.


  Alatan dan bahan

  Kertas lukisan, palet, warna poster, straw dan berus




  Langkah-langkah


  1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan.
2. Celupkan berus atau straw didalam warna yang dikehendaki dan mulakan titisan

   pada kertas lukisan.




3. Titiskan secara berulang-ulang warna lain sehingga dapat membentuk corak

   titisan.
4. Lukisan yang telah siap




        Asas Seni Reka Dalam Karya


        Unsur Seni

           Rupa - rupa organik

           Bentuk – Ilusi.

           Jalinan –Tampak.

           Ruang - Terdapat pada titisan yang berulang- ulang.

           Warna - Menggunakan warna sekunder (jingga, hijau) dan warna

            asas (biru).


       Prinsip Rekaan


        Kontra- Terdapat pada warna jingga,biru dan hijau.

        Imbangan- Tidak simetri.

        Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.

        Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.


       Organisasi Rekaan


        Komposisi- Susunan corak titisan berkenaan yang berulang-ulang.
JENIS CORAK         : TIDAK TERANCANG

    10.2 TEKNIK          : RENJISAN DAN PERCIKAN


Penerangan

Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan

renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan

yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas,

kain dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang menarik melalui teknik

renjisan dan percikan.



Alatan dan bahan

Kertas lukisan, warna poster, palet, berus dan berus gigi




Langkah-langkah

1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan (biru, hijau,

   jingga).
2. Celupkan berus gigi didalam warna yang dikehendaki dan mulakan percikan

   pada kertas lukisan.




3. Percikan pula warna kedua iaitu warna kuning.
4. Percikan pula warna ketiga iaitu warna merah pada kertas lukisan.




5. Lukisan yang telah siap




 Asas Seni Reka Dalam Karya


       Unsur Seni

      Bentuk – Ilusi.

      Jalinan –Tampak.

      Ruang - Terdapat pada percikan yang berulang- ulang.

      Warna -   Menggunakan warna asas ( biru).

                 Warna sekunder ( hijau dan jingga).
Prinsip Rekaan


         Kontra- Jingga, biru dan hijau

         Imbangan- Tidak simetri.

         Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.

         Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.



10.3 JENIS CORAK       : TIDAK TERANCANG

     TEKNIK            : CERMINAN



Penerangan

Satu aktiviti mencorak yang dihasilkan dari warna basah yang dititiskan satu persatu

dengan warna yang berbeza-beza pada satu bahagian kertas lukisan. Kertas lukisan

itu kemudian dilipat kepada dua bahagian dan digosok-gosok sehingga warna

tersebut tersebar pada bahagian kertas lukisan sebelahnya. Teknik ini dapat

menghasilkan corak tidak terancang cerminan.


Alatan dan bahan


Kertas lukisan, warna poster, palet dan berus.
Langkah-langkah

1. Lipat kertas kepada dua bahagian untuk mendapatkan garisan
   tengah.




2. Buka balik kertas lukisan tersebut.




3. Titiskan warna satu persatu pada sebelah bahagian kertas lukisan
   sahaja.
4. Lipat kepada dua bahagian kertas lukisan tersebut, kemudian

   gosokkan kertas lukisan tersebut bagi memastikan warna tersebar.




5. Buka kertas lukisan tersebut. Dapat dilihat hasil yang telah siap kesan


   daripada gosokan pada kertas lukisan tersebut.
Asas Seni Reka Dalam Karya


    Unsur Seni

   Bentuk – Ilusi.

   Jalinan –Tampak.

   Ruang – Terdapat pada warna lipatan dan latar

   Warna -     Menggunakan warna asas (merah) dan warna sekunder (jingga).


Prinsip Rekaan


   Kontra- Jingga, hitam, merah

   Imbangan- Simetri.

   Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.

   Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.


Organisasi Rekaan


   Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada lipatan

    tersebut.
10.4 JENIS CORAK       : TIDAK TERANCANG

        TEKNIK            : TIUPAN

Penerangan

Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan

angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak

terancang). Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan

asalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang

diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Hasil corak tidak

terancang ini menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna

dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Corak tiupan diaplikasikan dengan

media serta proses dan teknik secara kreatif dan membuat apresiasi terhadap karya.




                                   Bahan/alatan:

                                     kertas lukisan

                               warna poster @ buncho
bekas pembancuh warna

                                berus warna

                        straw @ penyedut minuman

                                 Langkah 1




     1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan.
                    2. Mulakan dengan warna yang cerah.
             3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas.


                                 Langkah 2




1. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman.
      2. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang.

                                 Langkah 3
1. Tambahkan warna-warna yang lain dan ulang seperti di langkah 2.
                                     Langkah 4




                                Hasil yang telah siap.



         Asas Seni Reka Dalam Karya


          Unsur Seni

         Garidan – Pelbagai jenis garisan

         Warna – Asas dan sekunder

         Jalinan- tampak


     Prinsip Rekaan
   Ritma dan pergerakan- garisan pelbagai arah

   Kepelbagaian- warna, garisan dan jalinan

   Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.

   Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai.


Organisasi Rekaan


   Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada tiupan tersebut.
11.0 PEMINDAHAN ILMU (LAWATAN)

     TEMPAT : EENA BATIK SUTERA, TOK JEMBAL, KUALA

                 TERENGGANU, TERENGGANU.

     TARIKH     : 19 April 2012

     JAM        : 2.45 Petang hingga 5.00 petang



Bagi memantapkan lagi tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya telah membuat

temujanji dan mengadakan lawatan ke Eena Batik Sutera di Kampung Tok Jembal,

Kuala Terengganu 19 April 2012 yang lalu. Kami bertolak ke sana pada jam 2.45

petang.

      Setibanya disana saya dan rakan-rakan disambut mesra oleh pengusaha

batik tersebut iaitu Puan Rohaina binti Talib. Kami telah menemuramah dan

bertanya tentang perusahaan batik yang dijalankan oleh beliau di Kampung itu.

      Beliau yang juga ahli Persatuan Pengusaha Batik Terengganu dan Malaysia

memaklumkan, batik yang dihasilkan di kilang beliau ini telah dipasarkan di Kuala

Lumpur, Terengganu, Selangor dan juga negeri-negeri lain. Bagi memperluaskan

lagi perusahaan batiknya kepada pengunjung luar, beliau telah mempamerkan batik

beliau di Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu.

      Saya juga telahbertanyakan kepada beliau tentang penghasilan batik

daripada awal sehingga batik berkenaan siap. Saya juga berkesempatan mengambil

gambar ketika pekerja Eena Batik Sutera sedang melakukan aktiviti mencanting dan

mewarna batik berkenaan.

      Puan Rohaina juga telah mengajar saya dan rakan-rakan cara mencanting

dan mewarna batik dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat agar batik
yang dihasilkan tidak rosak atau cacat. Kami semua telah diberikan kain Fuji

   sebanyak setengah meter dan dibahagi kepada empat bahagian untuk kami

   hasilkan corak rekaan kami sendiri pada kain berkenaan.

          Bagi saya, pengalaman melukis dan mewarna batik dengan menggunakan

   kreativiti sendiri ini sangat mencabar, tetapi menyeronokkan kerana saya dapat

   mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah saya cuba sebelum ini.

          Selain itu, beliau juga menunjukkan kepada kami alatan dan bahan-bahan

   yang digunakan untuk memulakan dan menghasilkan batik. Menurut beliau, batik

   biasanya      diwarnakan beberapa lapis bagi menghasilkan batik yang cantik dan

   berkualiti.

          Akhir sekali, temuramah selama dua jam itu telah memberikan saya

   maklumat yang sangat berguna yang dapat saya aplikasikannya apabila saya telah

   mengajar kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Rohaina

   diatas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami.



12.0 SEJARAH BATIK MALAYSIA


      Negeri     Kelantan   dan   Terengganu   merupakan     perintis   kepada   sejarah

perkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu,

Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa.           Kain batik

Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yang

digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang

bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan-

rakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong
Gajah       Mati,   Kota   Bharu.   Seterusnya,   perkembangan   pembuatan   batik

diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia.


Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses

melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk

utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam

semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan.



   13.0 BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN BATIK


           Warna yang digunakan untuk mewarnakan batik




Berus untuk mmewarna
   Kain yang digunakan untuk menghasilkan batik




   Pemidang digunakan untuk meletakkan batik yang hendak dilukis.




   Kekuda digunakan untuk meletakkan pemidang.
   Canting digunakan untuk membuat lakaran pada batik




   Pencedok Lilin digunakan untuk mencedok lilin.
   Sodium Silicate digunakan untuk mematikan warna pada kain. Supaya warna

    kekal dan tidak luntur.




   Soda (untuk menanggalkan lilin pada kain).




   Lilin (putih) dan ‘Diamond’ (Kuning).
14.0 PROSES PENGHASILAN BATIK

  1. Kain batik direntangkan pada pemidang.




  2. Corak yang sesuai dilukis dan diwarnakan pada kain berkenaan.
3. Batik yang telah dilukis dan diwarna itu di kemaskan dengan lilin untuk

       bahagian yang lain pula. Teknik ini dipanggil ‘canting’.




4. Batik diletakkan pada pemidang dan diwarnakan pula bahagian latar pada kain

   berkenaan.




5. Batik yang telah diwarnakan akan direndam dalam sodium silicate selama beberapa

   jam mengikut jenis kain untuk mematikan warna.

6. Selepas itu kain hendaklah dibilas sehingga bersih dan jemur.

7. Kemudian rebus air sehingga mengelegak, masukkan soda untuk menanggalkan

   lilin dan rebus kain selama beberapa minit.

8. Angkat kain tersebut dan jemur batik ditempat yang panas.
15.0 PENUTUP

      Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat

memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang

dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik.

Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk

menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan

berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan.


      Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat

diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang

itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visual

menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan

berbudaya.


      Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah.

Secara tidak langsung, tugasan ini memberi tambahan ilmu dan kemahiran kepada

saya nanti apabila bergelar sebagai seorang guru kelak. Pendidikan Seni juga

memainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui

persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan

reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea dan

ekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada murid

amnya dan kepada guru khasnya.
BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS


 NAMA PELAJAR                      : RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN

 NO. MATRIK                        : 124953

 KUMPULAN                          : DPLI – SR (PSV 1)

 SEMESTER                          : 1 / 2012

 MATA PELAJARAN                    : PENDIDIKAN SENI VISUAL (SVC2103)

 PENSYARAH                         : PN.MARINI BT. MOHAMED SALIHIN



Bil                  PERKARA YANG
      TARIKH                                        CATATAN               T/TANGAN
 .                   DIBINCANGKAN

1.    20.02.12   Menerima soalan tugasan      - Taklimat diadakan di
                 dan taklimat daripada          kelas PSV 1.
                 pensyarah mata pelajaran
                                              - Tugasan perlu          (Pn. Marini bt
                 – Pn. Marini                   dihantar pada          Mohamed Salihin)
                                                22.4.2012

2.    28.02.12   Memahami kehendak            - Merangka sub topik
                 soalan tugasan               - Membuat jadual

                                                Kerja

3.    15.03.12   Mencari maklumat soalan      - Membuat pinjaman
                 tugasan dari Pusat             sebanyak 2 buah
                 Sumber .                       buku


                 Menyediakan draf tugasan     - menyusun maklumat
4.    20.03.12   individu.                      mengikut keutamaan

                                              - menganalisis
maklumat
                                              berdasarkan
                                              kehendak soalan

5.   24.03.12   Mencari maklumat soalan   - membuat pinjaman
                tugasan dari Pusat            lagi 2 buah buku
                Sumber.                   - mencari isi-isi

                                              Penting

6.   03.04.12   Menaip tugasan.           - memperincikan
                                              tugasan huraian dan
                                              contoh

                                          - membaiki cara
                                              penulisan

7.   19.04.12   Lawatan Pemerolehan       - melihat sendiri
                Ilmu ke Perusahan Batik       proses penghasilan
                                              batik
                Eenaa Batik Sutera, Tok
                Jembal.                   -mendokumentasikan
                                          proses yang terlibat.

8.   21.04.12   Menyemak dan              - membuat
                memperbaiki tugasan           penambahan huraian
                                              dan maklumat

9.   21.04.12   Menyempurnakan dan        - melengkapkan
                mengedit tugasan              segala maklumat
                                          -    lampiran yang perlu
                                               dimasukkan


10. 22.04.12    Menghantar tugasan             diterima dan
                lengkap kepada                 direkodkan            (Pn.Marini bt.
                pensyarah                                            Mohamed Salihin)
REFLEKSI


       Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat

saya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek

Pendidikan Seni Visual (SVC2103). Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Pn.

Marini bt Mohamed Salihin yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan

tugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu

cabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan

berkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk

menyiapkan tajuk yang diberikan.


       Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupi

konsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak dan rekaan yang

terancang serta corak dan rekaan yang tidak terancang. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlu

menyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuai

bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri.

Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas

seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru

seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini kerana

kreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan

dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni.


        Selain itu, saya juga perlu mengatur satu sesi pemerolehan ilmu dengan cara

membuat lawatan ke satu tempat pembuatan hasil batik iaitu batik sutera yang terletak

di Tok Jembal, berhampiran dengan IPG KDRI. Sesi temuramah dengan pengusaha
dan pekerja di tempat pembuatan batik adalah bagi menambah ilmu dan kemahiran

dalam penghasilan corak dan rekaan mereka. Bagi aktiviti ini saya bersama empat

orang rakan lagi telah turut serta ke tempat perusahaan batik ini. Di sini, kami telah

mengumpul hasil data dalam pemprosesan pembuatan hasil batik ini. Proses artistiknya

juga turut kami rakamkan. Selain itu juga, kami turut mengambil kesempatan dalam

mengembangkan bakat dan kemahiran dalam membuat satu hasil batik.


      Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah proses

memulakan tugasan ini saya agak sukar kerana menjelaskan konsep corak dan rekaan,

mempunyai pecahan-pecahan tajuk ini agak meluas. Keadaan ini memerlukan banyak

pembacaan dan pemahaman terhadap tugasan ini. Huraian utama dinyatakan perlulah

jelas dan tepat serta lengkap dengan contoh. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini

mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami.

Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya

melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan

kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori corak dan rekaan perlu

difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini.


      Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjang

melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang corak dan rekaan.

Merasakan bahawa Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah

penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mencorak dan rekaan. Sebelum ini saya

tidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak.

Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat

menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya
mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalam

bidang ini dari teknik susah kepada teknik senang.


       Bidang mencorak dan rekaan ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atau

sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, saya

mengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan

aktiviti seni di dalam kelas. Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akan

menyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan

alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta

rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni

yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, „Kalau tak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya‟

        Selain itu juga, pemerolehan ilmu semasa mengadakan temuramah adalah

cukup bermakna. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguh

berharga. Sikap tidak lokek ilmu yang ada dalam diri pengusaha perusahaan batik

tersebut haruslah ada juga di setiap masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Tugasan ini

juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah di

manipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidak

ada kesedaran tentang itu.


       Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak

faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini

serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti

bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang

terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya

ini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datang

supaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya.


Disediakan oleh,


……………………………


(RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN)


NO.MATRIK :124953

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualshiemah
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Boss
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKamal Khalid
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahErica Leenya
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativitisafarinsalwa
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanEzzatul Nadeera Idris
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualMathilda Chung
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniLaila Wati Johari
 
Jenis susunan motif
Jenis susunan  motifJenis susunan  motif
Jenis susunan motifxerrul
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarAngel Spaghcoroni
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visualSue Suraiza
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualWany Hardy
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanNur Aisya
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratIzzat Hakim
 

Mais procurados (20)

Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visualStrategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
Strategi pengajaran dan pembelajaran pendidikan seni visual
 
Seni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikanSeni dalam pendidikan
Seni dalam pendidikan
 
Kraf
KrafKraf
Kraf
 
Projek seni (presentation
Projek seni (presentation Projek seni (presentation
Projek seni (presentation
 
Teknik kolograf
Teknik kolografTeknik kolograf
Teknik kolograf
 
4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV4 BIDANG DALAM PSV
4 BIDANG DALAM PSV
 
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanakKajian dan analisis lukisan kanak kanak
Kajian dan analisis lukisan kanak kanak
 
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah RendahKepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
Kepentingan Perkembangan Kurikulum PSV Sekolah Rendah
 
Pengertian kreativiti
Pengertian kreativitiPengertian kreativiti
Pengertian kreativiti
 
4 bidang psv
4 bidang psv4 bidang psv
4 bidang psv
 
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikanPengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
Pengetahuan dan kemahiran asas seni dalam pendidikan
 
Reka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni VisualReka Bentuk Seni Visual
Reka Bentuk Seni Visual
 
Pentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seniPentaksiran dalam pendidikan seni
Pentaksiran dalam pendidikan seni
 
Jenis susunan motif
Jenis susunan  motifJenis susunan  motif
Jenis susunan motif
 
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajarPengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
Pengurusan sumber dan bahan bantu mengajar
 
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
Pengetahuan asas pendidikan  seni  visualPengetahuan asas pendidikan  seni  visual
Pengetahuan asas pendidikan seni visual
 
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visualTopik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
Topik 4 pengetahuan asas dalam seni visual
 
Seni catan
Seni catanSeni catan
Seni catan
 
Bidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaanBidang membentuk dan membuat binaan
Bidang membentuk dan membuat binaan
 
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni BaratPerbandingan Seni Oriental & Seni Barat
Perbandingan Seni Oriental & Seni Barat
 

Semelhante a MEMBENTUK CORAK

Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2An Hawa
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Herney Aqilah Kay
 
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 20151. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015zai man
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrshafizasabudin
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Anita Muhammad
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG melissaluai
 
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docxRPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docxRahayuningsih50
 
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdfzai man
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)kamarulbaharin
 
Rpt t2 psv 2017
Rpt t2 psv 2017Rpt t2 psv 2017
Rpt t2 psv 2017nur eleeza
 
Bahasa seni visual tahun 4
Bahasa seni visual tahun 4Bahasa seni visual tahun 4
Bahasa seni visual tahun 4SK BATANG BENAR
 
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1GE CENTRE
 
Belajar Desain Busana Dasar Lengkap
Belajar Desain Busana Dasar LengkapBelajar Desain Busana Dasar Lengkap
Belajar Desain Busana Dasar LengkapDavid Adi Nugroho
 
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdfBuku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdfNurHastuti6
 

Semelhante a MEMBENTUK CORAK (20)

Lukisan 2
Lukisan 2Lukisan 2
Lukisan 2
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 20151. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
1. rujukan glosari psv kssr psv tahun 6 2015
 
4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr4 bidang psv kbsr
4 bidang psv kbsr
 
Pendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssrPendidikan seni visual kssr
Pendidikan seni visual kssr
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
Topik4pengetahuanasasdalamsenivisual 110913001702-phpapp01
 
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
PSV 3053 TEMA DAN KANDUNGAN DALAM EMPAT BIDANG
 
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docxRPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
RPP KELAS VIII SENI RUPA .docx
 
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf
1.rujukan glosaripsvkssrpsvtahun6 2015.pdf
 
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
Komponen kreativiti dan estetik (pend seni visual)
 
Rpt t2 psv 2017
Rpt t2 psv 2017Rpt t2 psv 2017
Rpt t2 psv 2017
 
Absensi latihan kabaret
Absensi latihan kabaretAbsensi latihan kabaret
Absensi latihan kabaret
 
Rptsv thn6
Rptsv thn6Rptsv thn6
Rptsv thn6
 
Bab 2 Kelas X Seni Budaya
Bab 2 Kelas X Seni Budaya Bab 2 Kelas X Seni Budaya
Bab 2 Kelas X Seni Budaya
 
Bahasa seni visual tahun 4
Bahasa seni visual tahun 4Bahasa seni visual tahun 4
Bahasa seni visual tahun 4
 
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1
Soal PTS Prakarya Kelas7 semester 1
 
Psv 1
Psv 1Psv 1
Psv 1
 
Belajar Desain Busana Dasar Lengkap
Belajar Desain Busana Dasar LengkapBelajar Desain Busana Dasar Lengkap
Belajar Desain Busana Dasar Lengkap
 
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdfBuku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
Buku Guru Seni Rupa - Buku Panduan Guru Seni Rupa Unit 1 - Fase B.pdf
 

Mais de Linda Midy

Singular and Plural
Singular and PluralSingular and Plural
Singular and PluralLinda Midy
 
Collective nouns
Collective nounsCollective nouns
Collective nounsLinda Midy
 
Preposition for Year 6
Preposition for Year 6Preposition for Year 6
Preposition for Year 6Linda Midy
 
Comparatives & superlatives
Comparatives & superlativesComparatives & superlatives
Comparatives & superlativesLinda Midy
 
Verbs to be island pearl project
Verbs to be   island pearl projectVerbs to be   island pearl project
Verbs to be island pearl projectLinda Midy
 
Types of sentences
Types of sentencesTypes of sentences
Types of sentencesLinda Midy
 
Part of Speech
Part of SpeechPart of Speech
Part of SpeechLinda Midy
 
Note Expansion - Section C
Note Expansion - Section CNote Expansion - Section C
Note Expansion - Section CLinda Midy
 
Information Transfer - Section B
Information Transfer - Section BInformation Transfer - Section B
Information Transfer - Section BLinda Midy
 
Historically important people
Historically important peopleHistorically important people
Historically important peopleLinda Midy
 
English UPSR Paper 2 Section A
English UPSR Paper 2 Section AEnglish UPSR Paper 2 Section A
English UPSR Paper 2 Section ALinda Midy
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangLinda Midy
 
My selected quotes
My selected quotesMy selected quotes
My selected quotesLinda Midy
 
Ciri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangCiri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangLinda Midy
 
Pelajar bermotivasi
Pelajar bermotivasiPelajar bermotivasi
Pelajar bermotivasiLinda Midy
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola balingLinda Midy
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangLinda Midy
 

Mais de Linda Midy (20)

Articles
ArticlesArticles
Articles
 
Quantifiers
QuantifiersQuantifiers
Quantifiers
 
Singular and Plural
Singular and PluralSingular and Plural
Singular and Plural
 
Collective nouns
Collective nounsCollective nouns
Collective nouns
 
Preposition for Year 6
Preposition for Year 6Preposition for Year 6
Preposition for Year 6
 
Comparatives & superlatives
Comparatives & superlativesComparatives & superlatives
Comparatives & superlatives
 
Verbs to be island pearl project
Verbs to be   island pearl projectVerbs to be   island pearl project
Verbs to be island pearl project
 
Types of sentences
Types of sentencesTypes of sentences
Types of sentences
 
Part of Speech
Part of SpeechPart of Speech
Part of Speech
 
Summary Tips
Summary TipsSummary Tips
Summary Tips
 
Note Expansion - Section C
Note Expansion - Section CNote Expansion - Section C
Note Expansion - Section C
 
Information Transfer - Section B
Information Transfer - Section BInformation Transfer - Section B
Information Transfer - Section B
 
Historically important people
Historically important peopleHistorically important people
Historically important people
 
English UPSR Paper 2 Section A
English UPSR Paper 2 Section AEnglish UPSR Paper 2 Section A
English UPSR Paper 2 Section A
 
Ke Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar CemerlangKe Arah Pelajar Cemerlang
Ke Arah Pelajar Cemerlang
 
My selected quotes
My selected quotesMy selected quotes
My selected quotes
 
Ciri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlangCiri ciri pelajar cemerlang
Ciri ciri pelajar cemerlang
 
Pelajar bermotivasi
Pelajar bermotivasiPelajar bermotivasi
Pelajar bermotivasi
 
Permainan bola baling
Permainan bola balingPermainan bola baling
Permainan bola baling
 
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlangBagaimana menjadi pelajar cemerlang
Bagaimana menjadi pelajar cemerlang
 

MEMBENTUK CORAK

  • 1. PENGHARGAAN Alhamdulillah, di sini saya ingin melahirkan rasa syukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata‟ala di atas limpah kurnia dan hidayah-Nya kerana saya dapat menyiapkan tugasan kerja khusus berasaskan ilmu (KKP) ini untuk memenuhi syarat seperti dalam performa subjek Pendidikan Seni Visual (SVC2103) sekaligus memberi pengalaman dan menambah pengetahuan saya. Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada ibu bapa tercinta dan keluarga yang turut memberikan semangat dan cetusan idea. Tidak lupa kepada pensyarah subjek ini iaitu Pn.Marini binti Mohamaed Salihin kerana banyak memberi dorongan, tunjuk ajar, bimbingan dan segala cadangan yang beliau telah berikan sepanjang menyiapkan kerja khusus ini. Sikap kesabaran, dedikasi serta minat yang beliau tunjukkan amat saya hargai. Jutaan terima kasih juga saya ucapkan. kepada kawan-kawan sekelas sahabat saya yang sama-sama membantu dan berkongsi ilmu mahupun idea saya dalam melengkapkan kerja khusus ini.
  • 2. Halaman Pengakuan “Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”. Tandatangan : …………………………………………………………………. Nama Penulis : …………………………………………………………………. Tarikh : ……………………………….
  • 3. 1.0 PENGENALAN Terdapat empat bidang yang disusun dalam Kandungan Sukatan Pelajaran Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah menjurus kepada menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. Subjek ini lebih menegaskan kegiatan dalam proses penghasilan dengan melibatkan aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh perasaan estetika dan daya kreativiti individu melalui penajaman daya intuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Murid diharapkan dapat mengamalkan pertimbangan seni visual, meningkatkan lagi kepekaan, menjadi pengkarya yang rasional dan mampu mengendalikan kehidupan dengan membawa bersama nilai yang disebutkan. Bidang mcbuat corak dan rekaan ini membolehkan murid mengenali dan mengkaji pelbagai corak dalam alam dan kehidupan seharian. Kegiatan ini memberi peluang kepada murid membuat rekaan corak tidak terancang, corak terancang dan juga corak tradisional dengan teknik tertentu. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pergerakan, peragaan dan lakonan.
  • 4. 2.0 MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Membuat corak dan rekaan merupakan suatu asas utama dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pada dasarnya, tanpa corak dan rekaan, hasil seni sama ada yang tradisional mahupun yang mengikut zaman akan tidak terhasil. Membuat corak dan rekaan ini juga suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Corak ialah suatu susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Ini bermaksud corak boleh dibahagikan kepada dua cabang iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif dan secara bebas atau corak tidak terancang. Pembahagian corak ini untuk mewujudkan kesan tampak yang berbeza dan memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Bidang kegiatan membuat corak dan rekaan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan corak dan mengaplikasikannya menjadi suatu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga dipadankan kepada mana- mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan sebagainya. Corak terhasil daripada pelbagai teknik dan cara iaitu corak terancang dan corak tidak terancang. Corak terancang dibuat menggunakan motif dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Manakala corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya.
  • 5. 3.0 JENIS-JENIS SUSUNAN DALAM CORAK DAN REKAAN 3.1 Susunan Ulang Sekata Motif yang diulang secara berurutan dalam baris dan lajur yang sama bagi menghasilkan corak yang menarik. Susunan corak ini selalunya menggunakan garisan grid sebagai panduan. 3.2 Susunan Berselang Seli Motif yang disusun secara berselang seli di antara motif yang lain atau di antara ruangan yang kosong. Penggunaan garisan grid dapat membantu menghasilkan corak yang menarik.
  • 6. 3.3 Susunan Batu Bata Motif disusun secara berurutan pada baris atau lajur yang sama. Motif seterusnya disusun di antara pertemuan dua motif yang sebelumnya. 3.4 Susunan Bertimbal/cerminan Motif ini diwujudkan secara cerminan. Motif akan kelihatan dalam posisi yang bertentangan. 3.5 Susunan Bertindih Motif yang sama disusun secara bertindih atau bertindan antara satu sama lain sehingga membentuk corak yang menarik.
  • 7. 3.6 Susunan Berpusat Motif susunan berpusat berpunca daripada satu titik tengah yang dikembangkan. Motif ini boleh dihasilkan dalam bentuk bulatan, segi empat, hexagon, oktagon dan sebagainya. 3.7 Susunan sisik ikan 3.8 Susunan Orgee
  • 8. 3.9 Susunan turun separa 3.10 Susunan Berpusat
  • 9. 3.11 Susunan Berombak 3.12 Susunan Jidar 3.13 Susunan Pucuk Rebung
  • 10. 3.14 Susunan Siku Keluang 4.0 JENIS-JENIS MOTIF DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Reka corak terdapat dalam seni bina, hiasan, lanskap, kraf dan sebagainya. Motif ialah sama ada rupa atau bentuk asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada motif flora, fauna, geometrical dan organik. Motif di dalam membuat corak dan rekaan boleh didapati daripada: a) Rupa atau bentuk daripada alam ciptaan Ilahi b) Rupa atau bentuk asas seperti persegi, bulat, bujur, segitiga dan rupa geometri yang lain. c) Rupa atau bentuk dari bahan buatan manusia d) Rupa atau bentuk angka dan huruf e) Rupa atau bentuk kraf tradisional.
  • 11. 5.0 ELEMEN ASAS SENI REKA DALAM MEMBUAT CORAK DAN REKAAN Mencipta reka corak melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Pemahaman dalam asas seni reka sangat penting dalam setiap penghasilan karya seni visual. Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dan prinsip rekaan. 5.1 Unsur seni terdiri daripada: (a) Garisan (b) Warna-Warna terdiri daripada; 1. Warna asas - biru, merah dan kuning 2. Warna sekunder- kuning dicampur biru=hijau. Merah dicampur biru = ungu, kuning dicampur merah = oren 3. Warna tertier- Warna asas + warna sekunder. (c) Jalinan-Jalinan ialah kesan yang terdapat pada sesuatu permukaan objek sama ada kasar, halus, kesat dan sebagainya. Jalinan wujud secara semulajadi atau dari buatan manusia. Jalinan yang wujud secara semulajadi mempunyai fungsi yang tersendiri dari ciptaan Yang Maha Kuasa. Jalinan terbahagi dua jenis: (i) Jalinan tampak (ii) Jalinan sentuh (d) Rupa-cantuman antara dua hujung garisan iaitu permulaan garisan dan penghujung garisan. Rupa organik (garisan luaran yang berbagai) dan rupa geometri (bentuk
  • 12. yang khusus) (e) Bentuk-Bentuk secara mudahnya mempunyai isipadu (i) Bentuk ilusi (maya)- dalam bentuk gambar, catan, foto,illustrasi- dalam bentuk dua dimensi (ii) Bentuk konkrit- bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang bersifat tiga dimensi, maujud, berisipadu atau berjisim dan mempunyai ton, warna, jalinan dan ruang (f) Ruang merupakan kawasan di antara atau kawasan di sekeliling objek. 5.2 Prinsip rekaan terdiri daripada: a) Harmoni- situasi yang selesa b) Penegasan- menarik perhatian si pemerhati c) Imbangan- agihan ruang dari segi kedudukannya d) Kontra- percanggahan atau perlawanan dengan ciri-ciri e) Pergerakan- sebagai kekuatan imej gambar itu f) Kesatuanmenimbulkan suatu tema atau keseragaman pendapat g) Kepelbagaian- kombinasi dari pelbagai gagasan, nilai dan pesembahan 6.0 TUJUAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN 6.1 Perlakuan a) Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. b) Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. c) Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan.
  • 13. d) Memilih dan mendapatkan benda-benda utk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. e) Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. f) Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. g) Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. h) Mengenal unsur corak yang terdapat di persekitaran. i) Membezakan jenis corak tertentu. j) Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. k) Mengatur corak. l) Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. m) Membuat penerokaan dan eksperimentasi motif dan warna dalam mencorak. n) Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. o) Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut. 6.2 Persepsi a) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, dan kontras dalam penghasilan corak. b) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. c) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. d) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. e) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. f) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak.
  • 14. g) Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. h) Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. i) Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. j) Meneyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. k) Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. l) Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. m) Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. n) Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni. 6.3 Pengetahuan Budaya a) Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. b) Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. c) Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. d) Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional. e) Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.
  • 15. 7.0 KEPENTINGAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN a) Mencantikkan bahagian atau permukaan luar sesuatu objek b) Corak sebagai elemen hiasan c) Corak sebagai nilai estetik 8.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TIDAK TERANCANG) Corak tidak terancang terhasil daripada pelbagai teknik dan cara. Antara melalui kegiatan seperti pualaman, tiupan, titisan, ikatan dan celupan serta renjisan dan percikan. 8.1 Pualaman Pualaman adalah corak yang terhasil dari campuraduk warna yang diterapkan keatas kertas atau kain atau apa-apa permukaan yang menghasilkan corak tidak terncang. 8.2 Tiupan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang).
  • 16. 8.3 Titisan Titisan merupakan satu teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan warna pada permukaan kertas lukisan secara rawak. 8.4 Ikatan dan celupan Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
  • 17. 8.5 Renjisan dan percikan Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif. Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. 9.0 CORAK DAN REKAAN (CORAK TERANCANG) Kegiatan corak tidak terancang ialah lukisan, catan, cetakan, capan, lipatan dan guntingan, resis, kolaj dan kaligrafi. 9.1 Lukisan Lukisan ialah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi dengan menggunakan media kering seperti pensil, krayon, pen, pestel,arang, pen marker, pensel warna, pastel dan sebagainya.
  • 18. Contoh lukisan 9.2 Catan Catan adalah suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Corak dalam catan boleh terbentuk secara terancang dan tidak terancang. Corak dalam catan terbentuk kesan daripada kemahiran artis menggunakan media dan teknik. Contoh catan
  • 19. 9.3 Capan Secaranya amnya teknik capan boleh digolongkan di bawah cetakan. Teknik capan ialah cara untuk menghasilkan karya dengan menggunakan bahan yang disapukan warna (cat air/ poster) dan dicatkan di atas satu pemukaan. Capan boleh dihasilkan dengan pelbagai rupa bentuk dengan menggunakan jenis bahan Contoh capan 9.4 Cetakan Satu proses hasil kerja seni menggunakan dakwat yang dicipta melalui perpindahan dakwat ke atas satu permukaan. Proses ulangan imej daripada satu permukaan yang disediakan ke atas sesuatu permukaan lain. Contoh cetakan
  • 20. 9.5 Lipatan dan guntingan Menghasilkan pelbagai corak bertibal balik dalam susunan bebas melalui lipatan dan guntingan. Contoh lipatan dan guntingan 9.6 Resis Reka corak resis didefinisikan sebagai suatu bentuk kreativiti artistik yang berkait rapat dengan penggunaan media berasaskan air dan minyak. Reka corak resis boleh menghasilkan corak terancang dan corak tidak terancang. Reka corak resis memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya. Mencipta reka corak resis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Contoh resis
  • 21. 9.7 Kolaj Ia juga boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti gambar foto atau dari cetakan majalah disusun dan ditindih untuk menghasilkan sesuatu corak. Contoh kolaj 9.8 Teknik Kaligrafi Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan. Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran. Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan. Contoh Teknik Kaligrafi
  • 22. 10.0 KEMAHIRAN MEMBUAT CORAK DAN REKAAN ( CORAK TIDAK TERANCANG) JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG 10.1 TEKNIK : TITISAN Penerangan Teknik yang menggunakan berus, berus gigi atau penyedut minuman yang melibatkan titisan dengan menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik. Alatan dan bahan Kertas lukisan, palet, warna poster, straw dan berus Langkah-langkah 1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan.
  • 23. 2. Celupkan berus atau straw didalam warna yang dikehendaki dan mulakan titisan pada kertas lukisan. 3. Titiskan secara berulang-ulang warna lain sehingga dapat membentuk corak titisan.
  • 24. 4. Lukisan yang telah siap Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Rupa - rupa organik  Bentuk – Ilusi.  Jalinan –Tampak.  Ruang - Terdapat pada titisan yang berulang- ulang.  Warna - Menggunakan warna sekunder (jingga, hijau) dan warna asas (biru). Prinsip Rekaan  Kontra- Terdapat pada warna jingga,biru dan hijau.  Imbangan- Tidak simetri.  Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. Organisasi Rekaan  Komposisi- Susunan corak titisan berkenaan yang berulang-ulang.
  • 25. JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG 10.2 TEKNIK : RENJISAN DAN PERCIKAN Penerangan Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang menarik melalui teknik renjisan dan percikan. Alatan dan bahan Kertas lukisan, warna poster, palet, berus dan berus gigi Langkah-langkah 1. Bancuh warna yang sesuai untuk menghasilkan titisan (biru, hijau, jingga).
  • 26. 2. Celupkan berus gigi didalam warna yang dikehendaki dan mulakan percikan pada kertas lukisan. 3. Percikan pula warna kedua iaitu warna kuning.
  • 27. 4. Percikan pula warna ketiga iaitu warna merah pada kertas lukisan. 5. Lukisan yang telah siap Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Bentuk – Ilusi.  Jalinan –Tampak.  Ruang - Terdapat pada percikan yang berulang- ulang.  Warna - Menggunakan warna asas ( biru). Warna sekunder ( hijau dan jingga).
  • 28. Prinsip Rekaan  Kontra- Jingga, biru dan hijau  Imbangan- Tidak simetri.  Pergerakan- Terdapat pada setiap titisan.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. 10.3 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG TEKNIK : CERMINAN Penerangan Satu aktiviti mencorak yang dihasilkan dari warna basah yang dititiskan satu persatu dengan warna yang berbeza-beza pada satu bahagian kertas lukisan. Kertas lukisan itu kemudian dilipat kepada dua bahagian dan digosok-gosok sehingga warna tersebut tersebar pada bahagian kertas lukisan sebelahnya. Teknik ini dapat menghasilkan corak tidak terancang cerminan. Alatan dan bahan Kertas lukisan, warna poster, palet dan berus.
  • 29. Langkah-langkah 1. Lipat kertas kepada dua bahagian untuk mendapatkan garisan tengah. 2. Buka balik kertas lukisan tersebut. 3. Titiskan warna satu persatu pada sebelah bahagian kertas lukisan sahaja.
  • 30. 4. Lipat kepada dua bahagian kertas lukisan tersebut, kemudian gosokkan kertas lukisan tersebut bagi memastikan warna tersebar. 5. Buka kertas lukisan tersebut. Dapat dilihat hasil yang telah siap kesan daripada gosokan pada kertas lukisan tersebut.
  • 31. Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Bentuk – Ilusi.  Jalinan –Tampak.  Ruang – Terdapat pada warna lipatan dan latar  Warna - Menggunakan warna asas (merah) dan warna sekunder (jingga). Prinsip Rekaan  Kontra- Jingga, hitam, merah  Imbangan- Simetri.  Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. Organisasi Rekaan  Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada lipatan tersebut.
  • 32. 10.4 JENIS CORAK : TIDAK TERANCANG TEKNIK : TIUPAN Penerangan Teknik Tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik tiupan ini senang dan menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang). Bagi menghasilkan teknik ini straw atau bahan yang lain digunakan asalnya dapat digunakan untuk meniup atau tiupan mulut. Kemudian warna yang diletakkan diatas sekeping kertas ditiup ke arah yang dikehendaki. Hasil corak tidak terancang ini menggunakan teknik tiupan dengan menekankan unsur garisan, warna dan jalinan serta prinsip irama dan pergerakan. Corak tiupan diaplikasikan dengan media serta proses dan teknik secara kreatif dan membuat apresiasi terhadap karya. Bahan/alatan: kertas lukisan warna poster @ buncho
  • 33. bekas pembancuh warna berus warna straw @ penyedut minuman Langkah 1 1. Celupkan berus warna dan percikkan warna ke atas kertas lukisan. 2. Mulakan dengan warna yang cerah. 3. Percikkan seberapa banyak warna ke atas kertas. Langkah 2 1. Tiupkan warna yang telah dititik itu dengan menggunakan penyedut minuman. 2. Tiup warna-warna itu ke serata arah supaya warna itu berkembang. Langkah 3
  • 34. 1. Tambahkan warna-warna yang lain dan ulang seperti di langkah 2. Langkah 4 Hasil yang telah siap. Asas Seni Reka Dalam Karya Unsur Seni  Garidan – Pelbagai jenis garisan  Warna – Asas dan sekunder  Jalinan- tampak Prinsip Rekaan
  • 35. Ritma dan pergerakan- garisan pelbagai arah  Kepelbagaian- warna, garisan dan jalinan  Pergerakan- Terdapat pada warna yang dilipat.  Kepelbagaian- Penggunaan unsur dan warna yang pelbagai. Organisasi Rekaan  Komposisi-Terdapat pada susunan warna satu persatu pada tiupan tersebut.
  • 36. 11.0 PEMINDAHAN ILMU (LAWATAN) TEMPAT : EENA BATIK SUTERA, TOK JEMBAL, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU. TARIKH : 19 April 2012 JAM : 2.45 Petang hingga 5.00 petang Bagi memantapkan lagi tugasan ini, saya dan rakan-rakan saya telah membuat temujanji dan mengadakan lawatan ke Eena Batik Sutera di Kampung Tok Jembal, Kuala Terengganu 19 April 2012 yang lalu. Kami bertolak ke sana pada jam 2.45 petang. Setibanya disana saya dan rakan-rakan disambut mesra oleh pengusaha batik tersebut iaitu Puan Rohaina binti Talib. Kami telah menemuramah dan bertanya tentang perusahaan batik yang dijalankan oleh beliau di Kampung itu. Beliau yang juga ahli Persatuan Pengusaha Batik Terengganu dan Malaysia memaklumkan, batik yang dihasilkan di kilang beliau ini telah dipasarkan di Kuala Lumpur, Terengganu, Selangor dan juga negeri-negeri lain. Bagi memperluaskan lagi perusahaan batiknya kepada pengunjung luar, beliau telah mempamerkan batik beliau di Hotel Permai Inn, Jalan Sultan Mahmud Kuala Terengganu. Saya juga telahbertanyakan kepada beliau tentang penghasilan batik daripada awal sehingga batik berkenaan siap. Saya juga berkesempatan mengambil gambar ketika pekerja Eena Batik Sutera sedang melakukan aktiviti mencanting dan mewarna batik berkenaan. Puan Rohaina juga telah mengajar saya dan rakan-rakan cara mencanting dan mewarna batik dengan menggunakan teknik yang betul dan tepat agar batik
  • 37. yang dihasilkan tidak rosak atau cacat. Kami semua telah diberikan kain Fuji sebanyak setengah meter dan dibahagi kepada empat bahagian untuk kami hasilkan corak rekaan kami sendiri pada kain berkenaan. Bagi saya, pengalaman melukis dan mewarna batik dengan menggunakan kreativiti sendiri ini sangat mencabar, tetapi menyeronokkan kerana saya dapat mempelajari sesuatu yang baru yang tidak pernah saya cuba sebelum ini. Selain itu, beliau juga menunjukkan kepada kami alatan dan bahan-bahan yang digunakan untuk memulakan dan menghasilkan batik. Menurut beliau, batik biasanya diwarnakan beberapa lapis bagi menghasilkan batik yang cantik dan berkualiti. Akhir sekali, temuramah selama dua jam itu telah memberikan saya maklumat yang sangat berguna yang dapat saya aplikasikannya apabila saya telah mengajar kelak. Terima kasih yang tidak terhingga diucapkan kepada Puan Rohaina diatas layanan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada kami. 12.0 SEJARAH BATIK MALAYSIA Negeri Kelantan dan Terengganu merupakan perintis kepada sejarah perkembangan pembuatan batik di Malaysia. Pembuatan batik bermula di Kota Bharu, Kelantan sejak tahun 1914 yang telah dipelajari di Kepulauan Jawa. Kain batik Malaysia mula dicipta oleh Haji Che Su bin Ishak ynag berasal dari Kelantan. Kain yang digunakan untuk membuat batik dikenali sebagai Kain Pereir atau Kain Pelangi yang bermaksud kain sutera tiruan ynag berasal dari negeri Siam. Haji Che Su dan rakan- rakannya telah mengusahakan perusahaan bati pelangi di tepi sungai iaitu di lorong
  • 38. Gajah Mati, Kota Bharu. Seterusnya, perkembangan pembuatan batik diperkembangkan ke negeri Terengganu dan negeri-negeri lain di Malaysia. Motif pembuatan batik adalah corak-corak hiasan yang digunakan dalam proses melukis atau menerap batik. Bentuk-bentuk motif batik dihasilkan dalam dua bentuk utama iaitu Motif Organik dan Motif Geometrik. Motif Organik berunsurkan alam semulajadi seperti awan larat, tumbuh-tumbuhan, bunga-bungaan, dan haiwan. 13.0 BAHAN-BAHAN UNTUK MENGHASILKAN BATIK  Warna yang digunakan untuk mewarnakan batik Berus untuk mmewarna
  • 39. Kain yang digunakan untuk menghasilkan batik  Pemidang digunakan untuk meletakkan batik yang hendak dilukis.  Kekuda digunakan untuk meletakkan pemidang.
  • 40. Canting digunakan untuk membuat lakaran pada batik  Pencedok Lilin digunakan untuk mencedok lilin.
  • 41. Sodium Silicate digunakan untuk mematikan warna pada kain. Supaya warna kekal dan tidak luntur.  Soda (untuk menanggalkan lilin pada kain).  Lilin (putih) dan ‘Diamond’ (Kuning).
  • 42. 14.0 PROSES PENGHASILAN BATIK 1. Kain batik direntangkan pada pemidang. 2. Corak yang sesuai dilukis dan diwarnakan pada kain berkenaan.
  • 43. 3. Batik yang telah dilukis dan diwarna itu di kemaskan dengan lilin untuk bahagian yang lain pula. Teknik ini dipanggil ‘canting’. 4. Batik diletakkan pada pemidang dan diwarnakan pula bahagian latar pada kain berkenaan. 5. Batik yang telah diwarnakan akan direndam dalam sodium silicate selama beberapa jam mengikut jenis kain untuk mematikan warna. 6. Selepas itu kain hendaklah dibilas sehingga bersih dan jemur. 7. Kemudian rebus air sehingga mengelegak, masukkan soda untuk menanggalkan lilin dan rebus kain selama beberapa minit. 8. Angkat kain tersebut dan jemur batik ditempat yang panas.
  • 44.
  • 45. 15.0 PENUTUP Rekaan dan corak merupakan suatu bentuk kreativiti artistik yang dapat memenuhi keperluan domain kognitif, psikomotor dan efekif. Rekaan corak terancang dan corak tidak terancang menghasilkan kesan tampak yang berbeza dan menarik. Walaubagaimanapun, kemahiran kesedaran dan pengetahuan amat diperlukan untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif dan menarik kerana ianya melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan dan prinsip rekaan. Untuk menjadi seseorang individu yang mahir, latihan berterusan adalah amat diperlukan untuk menguasai kemahiran-kemahiran yang tinggi akan menjadi seseorang itu lebih kreatif dalam menghasilkan sesuatu karya seni. Pendidikan Seni Visual menjadi subjek penting untuk berkarya bagi melahirkan insan yang celik seni dan berbudaya. Tugasan ini dapat membantu menyediakan bahan bantu mengajar di sekolah. Secara tidak langsung, tugasan ini memberi tambahan ilmu dan kemahiran kepada saya nanti apabila bergelar sebagai seorang guru kelak. Pendidikan Seni juga memainkan peranan memperkembang sifat-sifat kreatif, ekspresif dan aktif melalui persepsi visual, imaginasi dan daya pemikiran. Kegiatan pemikiran, penerokaan dan reka bentuk dalam pelbagai jenis visual akan membolehkan menyatakan idea dan ekspresi diri. Bidang mencorak dan membina banyak memberi kreativiti kepada murid amnya dan kepada guru khasnya.
  • 46. BORANG REKOD KOLABORATIF KERJA KURSUS NAMA PELAJAR : RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN NO. MATRIK : 124953 KUMPULAN : DPLI – SR (PSV 1) SEMESTER : 1 / 2012 MATA PELAJARAN : PENDIDIKAN SENI VISUAL (SVC2103) PENSYARAH : PN.MARINI BT. MOHAMED SALIHIN Bil PERKARA YANG TARIKH CATATAN T/TANGAN . DIBINCANGKAN 1. 20.02.12 Menerima soalan tugasan - Taklimat diadakan di dan taklimat daripada kelas PSV 1. pensyarah mata pelajaran - Tugasan perlu (Pn. Marini bt – Pn. Marini dihantar pada Mohamed Salihin) 22.4.2012 2. 28.02.12 Memahami kehendak - Merangka sub topik soalan tugasan - Membuat jadual Kerja 3. 15.03.12 Mencari maklumat soalan - Membuat pinjaman tugasan dari Pusat sebanyak 2 buah Sumber . buku Menyediakan draf tugasan - menyusun maklumat 4. 20.03.12 individu. mengikut keutamaan - menganalisis
  • 47. maklumat berdasarkan kehendak soalan 5. 24.03.12 Mencari maklumat soalan - membuat pinjaman tugasan dari Pusat lagi 2 buah buku Sumber. - mencari isi-isi Penting 6. 03.04.12 Menaip tugasan. - memperincikan tugasan huraian dan contoh - membaiki cara penulisan 7. 19.04.12 Lawatan Pemerolehan - melihat sendiri Ilmu ke Perusahan Batik proses penghasilan batik Eenaa Batik Sutera, Tok Jembal. -mendokumentasikan proses yang terlibat. 8. 21.04.12 Menyemak dan - membuat memperbaiki tugasan penambahan huraian dan maklumat 9. 21.04.12 Menyempurnakan dan - melengkapkan mengedit tugasan segala maklumat - lampiran yang perlu dimasukkan 10. 22.04.12 Menghantar tugasan diterima dan lengkap kepada direkodkan (Pn.Marini bt. pensyarah Mohamed Salihin)
  • 48. REFLEKSI Jutaan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya dapat saya menyelesaikan tugasan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) bagi subjek Pendidikan Seni Visual (SVC2103). Terima kasih juga kepada Pensyarah saya Pn. Marini bt Mohamed Salihin yang banyak memberi tunjuk ajar dalam melaksanakan tugasan ini. Pada awalnya saya merasakan tugasan yang diberikan ini merupakan satu cabaran kepada saya. Ini disebabkan kesukaran dalam mendapatkan bahan rujukan berkaitan tajuk yang diperoleh. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada saya untuk menyiapkan tajuk yang diberikan. Dalam tajuk tugasan ini saya perlu menyediakan satu tugasan yang mencakupi konsep membuat corak dan rekaan yang terdiri daripada corak dan rekaan yang terancang serta corak dan rekaan yang tidak terancang. Setiap tajuk-tajuk ini saya perlu menyertakan sekali contoh gambar atau hasil karya lukisan mengikut tajuk yang sesuai bagi memudahkan sesiapa sahaja untuk memahaminya selain dari diri saya sendiri. Bidang mencorak dan membina ini perlu menggabungjalinkan dengan elemen asas seni reka iaitu unsur seni dan prinsip rekaan. Ini kerana ianya penting bagi seorang guru seni untuk menilai dan menyediakan pelajaran yang berkesan untuk pelajarnya. Ini kerana kreatviti dan imaginatif murid adalah berbeza dan luas. Guru juga perlu melihat kepada keperluan dan kemahiran di dalam menyediakan sesuatu alat bantu mengajar untuk pelajaran seni. Selain itu, saya juga perlu mengatur satu sesi pemerolehan ilmu dengan cara membuat lawatan ke satu tempat pembuatan hasil batik iaitu batik sutera yang terletak di Tok Jembal, berhampiran dengan IPG KDRI. Sesi temuramah dengan pengusaha
  • 49. dan pekerja di tempat pembuatan batik adalah bagi menambah ilmu dan kemahiran dalam penghasilan corak dan rekaan mereka. Bagi aktiviti ini saya bersama empat orang rakan lagi telah turut serta ke tempat perusahaan batik ini. Di sini, kami telah mengumpul hasil data dalam pemprosesan pembuatan hasil batik ini. Proses artistiknya juga turut kami rakamkan. Selain itu juga, kami turut mengambil kesempatan dalam mengembangkan bakat dan kemahiran dalam membuat satu hasil batik. Kekangan yang perlu saya lalui semasa menyiapkan tugasan ini ialah proses memulakan tugasan ini saya agak sukar kerana menjelaskan konsep corak dan rekaan, mempunyai pecahan-pecahan tajuk ini agak meluas. Keadaan ini memerlukan banyak pembacaan dan pemahaman terhadap tugasan ini. Huraian utama dinyatakan perlulah jelas dan tepat serta lengkap dengan contoh. Pada pendapat saya tajuk kerja kursus ini mempunyai banyak fakta dan kemahiran yang perlu diingati, dipelajari dan difahami. Saya perlu memahami setiap isi dalam setiap tajuk agar mudah untuk saya melaksanakan tugasan yang diberikan. Ketika inilah pemikiran yang tinggi, kritis dan kritikal perlu digunakan kerana terdapat banyak teori-teori corak dan rekaan perlu difahami konsepnya selaras dengan kehendak tugasan ini. Terdapat beberapa kelebihan dan kelemahan saya kenalpasti sepanjang melaksanakan tugasan kerja kursus yang berkisahkan tentang corak dan rekaan. Merasakan bahawa Antara kelebihan yang diperoleh dari tugasan ini adalah penambahan ilmu dan kreativiti tentang bidang mencorak dan rekaan. Sebelum ini saya tidak mengetahui untuk membezakan antara teknik bidang menggambar dan mencorak. Setelah tugasan ini siap, saya dapat merasakan bahawa aktiviti ini sangat menyeronokkan kepada saya dan murid saya khususnya nanti. Selain itu juga saya
  • 50. mendapat pendedahan ilmu tentang susunan dan teknik yang boleh digunakan dalam bidang ini dari teknik susah kepada teknik senang. Bidang mencorak dan rekaan ini juga dapat menyediakan alat bantu mengajar atau sesuatu karya seni amatlah perlu dikuasai oleh seorang guru seni. Seterusnya, saya mengharapkan murid saya nanti akan dapat melihat betapa seronoknya pelajar saya melakukan aktiviti seni di dalam kelas. Contohnya aktiviti membuat kolaj yang dijalankan di dalam kelas akan menyeronokkan kepada murid-murid nanti. Kepentingan seorang guru seni untuk menyediakan alat bantu mengajar yang menarik dan berkesan, diikuti kaedah-kaedah yang sesuai serta rancangan mengajar yang lengkap banyak membantu di dalam menyediakan satu pelajaran seni yang menarik dan berkesan kepada pelajar. Bak katapepatah, „Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya‟ Selain itu juga, pemerolehan ilmu semasa mengadakan temuramah adalah cukup bermakna. Kerjasama yang diberikan dan segala perkongsian ilmu sungguh berharga. Sikap tidak lokek ilmu yang ada dalam diri pengusaha perusahaan batik tersebut haruslah ada juga di setiap masyarakat diseluruh pelusuk dunia. Tugasan ini juga banyak mengajar dan membuka minda dan mata kami tentang seni yang telah di manipulasikan dalam kehidupan harian kita. Masyarakat sekeliling sahaja yang tidak ada kesedaran tentang itu. Secara keseluruhannya, tugasan kerja kursus ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang kreatif dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dan sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara.
  • 51. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak dalam proses menyiapkan kerja kursus saya ini. Segala kelemahan dan kekurangan akan diperbaiki untuk kursus yang akan datang supaya tercapai segala matlamat dan objektif dengan jayanya. Disediakan oleh, …………………………… (RAJA NORHAYATI BINTI RAJA SULAIMAN) NO.MATRIK :124953