SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 11
Baixar para ler offline
WALI SYAITAN

       Tiap-tiap Nabi, begitu juga orang yang hendak memperbaiki masyarakat suatu umat
mesti ada musuhnya iaitu syaitan dari bangsa manusia dan bangsa jin. Syaitan itu pandai sekali
membisikkan kepada teman sejawatnya perkataan yang lemah-lembut dan manis untuk
memperdayakan, menarik hati orang-orang yang tiada beriman teguh, supaya mereka-mereka
suka mengerjakan pekerjaan yang keji, firman Allah:

Maksudnya:    Demikianlah Kami adakan musuh, bagi tiap-tiap Nabi, iaitu syaitan-syaitan
              manusia dan jin; setengah mereka membisikkan perkataan yang manis kepada
              yang lain, untuk memperdayakannya. Kalau Tuhanmu menghendaki, nescaya
              tiadalah mereka itu memperbuatnya sebab itu biarlah mereka bersama-sama
              apa-apa yang diadakannya.
                                                                        (Al-An’am:112)

        Ingatlah dan berhati-hatilah wahai manusia sesungguhnya syaitan-syaitan yang dari
golongan manusia dan jin itu sentiasa mengintai-intai untuk membinasakanmu. Setiap
urusanmu untuk mengajak manusia kembali kepada jalan Allah, maka disitulah syaitan-syaitan
ini menunggu dengan lahapnya membisikkan bisikan-bisikan yang halus agar mereka itu lari
daripadamu. Janganlah kamu terpedaya dengan bisikannya sebagaimana ia telah mengeluarkan
ibu bapamu dari dalam syurga dan yang menanggalkan pakaian keduanya sehingga terbuka
kemaluan mereka. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu dan bala tenteranya melihat kamu sedang
kamu tidak melihat mereka.
        Apabila manusia itu mengingkari perintah Tuhannya, lalu Allah mengangkat syaitan
manusia menjadi pemimpin mereka supaya bertambah sesat mereka lantaran kedegilan mereka
itu. Ia akan datang kepada mereka untuk memperdayakan mereka dengan bisikan dan tipu
muslihatnya dari hadapan, belakang, kiri dan kanan mereka sehingga mereka itu tidak sedar
akan kehadirannya kerana ketika itu kamu telah menjadi sebahagian daripada mereka.
        Perhatikanlah akan diri orang yang fasiq yang tidak mahu menerima hukum Tuhan
sepenuhnya, dan mereka lebih gemar kepada undang-undang dan hukum yang berasaskan otak
manusia kerana pada mereka itu adalah lebih baik. Inilah jenis manusia yang mengaku adanya
Tuhan tetapi enggan mengikuti sunnahNya kerana sesungguhnya mereka ini terdiri dari orang-
orang yang fasiq; dengan sebab itulah mereka mengangkat orang-orang kafir dan syaitan
menjadi wali mereka, firman Allah

Maksudnya:    Engkau lihat kebanyakan mereka mengangkat orang-orang kafir jadi wali.
              Sungguh amat jahat mereka kerjakan untuk diri mereka, iaitu amarah Allah
              kepada mereka, sedang mereka itu kekal dalam siksaan.
                                                                         (Al-Maidah:80)

       Lihatlah! Betapa orang-orang yang tidak beriman itu sanggup mengambil orang-orang
yang kufur menjadi pemimpin-pemimpin mereka. Alangkah jahil dan bodohnya mereka
melakukan perkara tersebut. Apakah mereka buta dan tidak berakal sehingga mereka tidak
nampak dan berfikir bahawa orang-orang yang kufur itu sudah tentulah tidak akan melakukan
kebaikan di atas muka bumi ini. Orang-orang yang kufur ini adalah orang-orang tidak mahu



                                              1
mentadbir muka bumi ini dengan berlandaskan hukum Al-Quran, sebaliknya mereka lebih
percaya dengan hukum yang terbit dari otak manusia yang bangsa zulmah itu. Inilah dia tipu
daya syaitan yang sangat sesat itu. Syaitan mengajarkan kepada mereka alasan-alasan yang
perlu diberikan apabila mereka ditanya mengapa mereka tidak menjalankan hukum Tuhan.
        Keadaan orang-orang ini samalah seperti keadaannya orang-orang Yahudi Madinah
yang telah pergi mendapatkan orang-orang musyrik Mekah untuk mereka jadikan pemimpin
dan sahabat, asal saja orang-orang musyrik itu berjanji mahu bekerjasama dengan mereka
untuk memerangi dan membinasakan Nabi Muhammad s.a.w.. Hal yang demikian itu samalah
terjadi di mana-mana dunia Islam pada hari ini. Tidak hairanlah kerana syaitan-syaitan telah
berjaya menduduki takhta hati mereka dengan menjadikan mereka itu khadam kepadanya
secara kebetulan mereka itu juga mahu disesatkan. Sesungguhnya perbuatan mengambil orang-
orang musyrik yang kufur menjadi pemimpin, menyebabkan Allah murka kepada mereka. Dan
mereka akan diberi balasan yang seberat-beratnya yang tak dapat mereka elakkan, iaitu
berkekalan mendapat seksa di dalam api neraka.
        Demikianlah apa yang terjadi di kebanyakan dunia Islam hari ini, ramai pemimpin-
pemimpin yang diangkat terdiri dari puak-puak yang jahil tentang agama, sekadar mereka itu
menyandar pula ulama-ulama yang dipilih mereka yang mahu mendengar kata mereka dan
diberinya gaji serta kesenangan hidup supaya mereka itu mudah ditarik hidungnya. Maka
pemimpin yang jahil itu pula akan bertidak melaksanakan hukum-hukum di dalam
pemerintahannya dengan undang-undang ‘Islam Sekular’ berdasarkan hasil ciptaan otak
manusia yang kufur dengan hukum Tuhan. Maka berlakulah permusuhan terhadap Al-Quran
dan isi kandungannya.
        Hairannya! Alangkah butanya mata orang-orang yang memilih pemimpin mereka itu
sehingga langsung tidak dapat membezakan diantara manusia yang beriman dengan yang tidak
beriman? Maka nyatalah orang-orang yang memilih pemimpin itu juga adalah terdiri dari
orang-orang yang juga tidak beriman sebagaimana pemimpin mereka.
        Kalaulah sekiranya orang-orang tersebut betul-betul beriman dengan Allah dan percaya
terhadap Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah serta percaya pula kepada segala wahyu yang
diturunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang-orang yang jahil agama
menjadi pemimpin-pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong-penolongnya. Tetapi
ternyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telah menjadi
fasiq (jahat), kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya.
Pada fikiran mereka ulama-ulama adalah tidak layak duduk di takhta pemerintahan negara
kerana mereka tidak punyai ilmu keduniaan sepertimana orang-orang kafir yang serba canggih
itu.
        Sebenarnya mereka telah diperdaya oleh syaitan-syaitan, syaitan jin dan syaitan
manusia. Maka syaitan-syaitan inilah yang mempertakuti manusia-manusia itu supaya menolak
pimpinan Al-Quran dengan membisikkan pada hati mereka: “Sekiranya kamu memilih hukum-
hukum Al-Quran sebagai pedoman penghukuman nescaya kamu akan berada di dalam
kesusahan dan kesukaran, dan kamu tidak akan dapat mengecapi nikmat dunia dan
kesenangannya lagi sebagaimana yang engkau sedang miliki ini”, dan berbagai-bagai ugutan
ketakutan lagi. Apabila mereka menerima bisikan ini dan menurutnya maka hilanglah iman
yang ada pada mereka kerana mengambil syaitan sebagai wali mereka bukan Allah s.w.t.
Firman Allah:




                                             2
Maksudnya:    Dan kalau mereka percaya kepada Allah, Nabi Muhammad dan apa-apa yang
              diturunkannya, tentulah mereka tiada mengambil orang-orang (yang kufur) itu
              menjadi pemimpin. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang
              yang fasiq.
                                                                         (Al-Maidah:81)

       Kalaulah sekiranya orang-orang yang ingkar tersebut betul-betul beriman dengan Allah
dan percaya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah serta percaya pula kepada
segala wahyu yang diturunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang-
orang yang kufur itu menjadi pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong kepada mereka
itu. Tetapi nyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telah
menjadi fasiq, kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya.
       Lazimnya apabila di tiap-tiap tempat itu apabila ramai manusia yang tidak beriman dari
yang beriman, maka pemimpin yang akan dipilih mereka juga tentulah dari kalangan yang
serupa juga dengan mereka iaitu dari jenis manusia yang di dalam jiwa mereka telah diasuh
dan dididik oleh syaitan yang menjadi wali baginya. Meskipun ia berkehendakkan kepada
agama, tetapi jalannya itu hanyalah yang mengikut kesesuaian dengan nafsunya serta yang
boleh membawa kepada keuntungan dunia. Maka mereka yang mempunyai keimanan yang
teguh diketepikan di dalam pemerintahannya, tetapi digunakan untuk menjadi imam
sembahyang, tukang baca doa, tukang baca talqin orang mati dan tak lebih dari itu. Mereka
mengawal masjid-masjid dan surau-surau dengan guru-guru yang mereka pilih menjadi tenaga
pengajar di situ untuk menyampaikan mesej agama yang terkawal mengikut pentadbiran
‘Allah Sekular’ yang mereka cipta berdasarkan otak mereka.
Firman Allah:

Maksudnya:    Barangsiapa yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka ia
              tiada akan selamat (dari seksa) di muka bumi dan tak ada baginya wali-wali
              (penolong) selain daripadaNya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata.
                                                                           (Al-Ahqaaf:32)

       Orang-orang yang tidak mengambil Rasul dan pewarisnya sebagai guru ikutannya serta
menyahut seruan Rasul yang diperintahkan oleh Allah di dalam perkara Tauhid dan beramal
dengan mentaatinya (segala sunnahnya), dia tidak akan terlepas untuk menyelamatkan diri dari
di seksa oleh Allah. Dan tidak ada sesiapapun yang boleh menolong dan menyelamatkannya
kerana dia tidak ada penolong, melainkan Allah jualah yang boleh menolongnya. Tetapi oleh
kerana mereka ini terdiri dari orang-orang yang gemar mengingkari perintah Allah (meskipun
mereka melakukan sembahyang, puasa, zakat dan haji kerana untuk menunjukkan Allah)
kerana mengikut telunjuk syaitan dan menggunakan otak mereka. Dengan sebab itulah mereka
ini hanyalah Allah pada zahir sahaja tetapi tidak pada hakikatnya kerana mereka tidak beriman
dengan RasulNya serta barang yang dibawanya.
Allah Ta’ala menempelak mereka ini di dalam firman-Nya:

Maksudnya:    Sesungguhnya Kami angkat syaitan-syaitan itu menjadi wali-wali (penolong)
              bagi orang-orang yang tiada beriman.
                                                                         (Al-A’raaf:27)




                                             3
Orang yang tidak beriman amatlah mudah terpengaruh oleh pujukan syaitan, kerana
tidak ada persiapan dirinya untuk menentang dan melawannya. Malahan dijadikannya
pemimpin kerana telah dapat menguasainya. Apabila mereka itu telah menolak Allah menjadi
wali bagi mereka kerana keingkaran dan kedegilan mereka, lalu Allah jadikan syaitan-syaitan
itu penolong bagi mereka. Jadilah mereka itu pengikut kepada syaitan-syaitan dari golongan
manusia yang menentang Allah dan RasulNya. Sesungguhnya syaitan manusia yang mereka
angkat menjadi pemimpin ini sebenarnya lebih angkuh dan lebih zalim lagi dari syaitan yang
sebenarnya. Kerana syaitan yang sebenarnya sememangnya mengingkari akan RasulNya
dengan terang-terangan, sedangkan syaitan jenis manusia ini terdiri dari orang-orang yang
munafik kerana menyatakan Allah mereka pada zahirnya tetapi menentang kebenaran secara
baling batu sembunyi tangan serta menafikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber yang
sebenarnya.
Firman Allah:

Maksudnya:    Kerana mereka ini mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang
              mereka mengira bahawa mereka ini mendapat petunjuk.
                                                                       (Al-A’raf:30)

        Golongan yang layak disesatkan itu ialah kerana sikap mereka rela menjadikan syaitan
itu rakan yang memimpin ke arah berbuat mungkar dan maksiat, dan menjadikannya penolong
yang mengarahkan mereka dalam kekufuran dan derhaka. Sementara itu pula, mereka yang
diselubungi kesesatan itu menyangka pula bahawa diri mereka adalah dalam kebenaran.
Dengan demikian jadilah mereka orang yang degil dan keras kepala, padahal orang yang degil
dan keras kepala itu pendiriannya adalah didasarkan atas sangka-sangka sahaja. Mereka
menyangka bahawa apa yang mereka sedang lakukan di dalam pentadbiran diri dan juga negeri
mereka adalah mengikut seperti yang Allah kehendaki; dan apabila syaitan menyuruh mereka
mengambil undang-undang ‘Taghut’ lalu merekapun mengambilnya kerana mereka tidak dapat
dan mahu membezakan diantara Allah wali dan wali syaitan.
        Mengapa terjadi demikian? Inilah akibatnya, mereka diberikan pendidikan atau tarbiah
yang menyeleweng dari sunnah Rasulullah s.a.w.. Semenjak dari kecil lagi mereka telah
dibimbing dengan pendidikan taghut mana mungkin untuk mereka mengenal Allah dan
RasulNya dan tentulah taghut yang lebih dikenalinya dan tentulah juga undang-undang taghut
yang dipilihnya apabila ia diangkat menjadi pemimpin kerana katanya itulah yang terbaik
meskipun di dalam rumahnya juga terdapat Al-Quran dan Al-Hadis yang hanya dirujuk bila
berkepentingan sahaja! Padanya Allah hanya tempat untuk meminta sahaja tetapi dalam
pemerintahan dipakainya undang-undang taghut, maka inilah yang dikatakan bersekutu dan
orang-orang bersekutu itu munafik! Dan sesungguhnya ini berada di dalam kesesatan yang
nyata. Firman Allah:

Maksudnya:    Allah penolong (pemimpin) orang-orang yang beriman, dikeluarkannya mereka
              itu dari gelap-gelita kepada terang-benderang. Orang-orang yang kafir itu
              Taghutlah pemimpin mereka, dikeluarkannya mereka dari terang-benderang
              kepada gelap-gelita. Mereka itulah penduduk neraka, mereka akan berkekalan
              di dalamnya.
                                                                        (Al-Baqoroh:257)




                                             4
Sesungguhnya Allah lah yang menjadi penolong, pemimpin dan pengurus orang-orang
yang beriman. Mereka diberi petunjuk, ditolong dan dikeluarkan dari cahaya kegelapan yang
merupakan kekufuran kepada keselamatan dan kebahagiaan yang merupakan keimanan.
        Adapun orang-orang yang kafir pula, taghutlah yang menjadi pemimpin mereka dari
terang kepada gelap dan menjerumuskannya ke dalam bahaya iaitu dari iman menjadi kufur.
Mereka yang telah dijerumuskan di dalam lembah kesesatan dan kekufuran ini adalah menjadi
pengisi neraka, dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya
        Begitulah keadaan orang-orang yang tidak berada di bawah naungan dua kalimah
syahadah; diri mereka itu tidak dapat dipandu dan dipimpin ke arah cahaya yang gilang-
gemilang menuju Allah. Diri mereka zahir dan batinnya disekat dan dihijab oleh
‘Nurulzulmah’ yakni cahaya kegelapan yang dipimpin oleh syaitan dan kuncu-kuncunya yang
sentiasa merangsang dan memutar-belitkan fikiran mereka ke arah zulmah sebagaimana
dilaknat oleh Allah s.w.t. Bagaimanakah mereka harus keluar dari kawalan syaitan laknatullah
itu sedangkan mereka juga mahukan dan kasihkan kesesatan tersebut berterusan di atas muka
bumi ini?
Firman Allah:

Maksudnya:    Dan begitulah pula kami jadikan sebahagian penganiaya-penganiaya itu
              berkuasa ke atas sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka
              kerjakan.
                                                                       (Al-An’am:129)

       Adapun yang digelarkan ‘Dzolimin’ atau penganiaya-penganiaya ialah setengahnya
telah ditakdirkan oleh Allah menjadi orang-orang yang berkuasa dan mempunyai jawatan
untuk memimpin dan memerintah dengan zalim dan aniaya. Sebabnya pemimpin-pemimpin itu
berlaku zalim dan aniaya kerana adanya pihak-pihak yang menyokong kezaliman, atau
keadaan rakyat yang dipimpin itu sendiri telah banyak yang berlaku zalim dan aniaya. Ini
menempati sebuah “Athar” yang berbunyi:

Maksudnya:    Sesiapa yang menyokong kezaliman, nescaya Allah timpakan kezaliman itu ke
              atasnya.

        Ibnu Abbas ada mengatakan: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu, jika menghendaki sesuatu
kaum itu menjadi baik, Dia jadikan pemimpin mereka orang yang paling baik dari kalangan
mereka. Dan jika Allah menghendaki sesuatu kaum menjadi jahat, Dia jadikan pemimpin
mereka orang yang paling jahat daripada kalangan mereka.
        Jelaslah daripada keterangan di atas, bahawasanya sesuatu umat itu manakala telah
banyak melakukan perbuatan zalim dan aniaya, pasti Allah utuskan kepada mereka seorang
pemimpin yang zalim pula seperti mereka; atau suatu kerajaan yang memerintah mereka
dengan peraturan-peraturan yang zalim dan aniaya. Dan siapa yang ingin terlepas dari
kezaliman, janganlah dia berlaku zalim. Adanya pihak penganiaya-penganiaya yang berkuasa
ke atas suatu umat atau bangsa – baik jin mahupun manusia – adalah disebabkan kejahatan dan
keburukan yang dilakukan oleh umat itu sendiri.
        Apa yang berlaku ke atas umat Islam hari ini ialah mereka terlalu mengusai
‘Kejahilan’ yakni yang hidup di dalam keadaan ‘jahiliah moden’. Pada mereka siapa yang
memerintah itu tidak perlu diambil bicara, asalkan mereka dapat hidup senang dengan adanya


                                             5
harta dan tidak ada orang yang mengganggu mereka. Seolah-olahnya matlamat hidup mereka
itu semata-mata untuk dunia sahaja. Ibadat pada mereka jika rajin dan senang boleh buat, kalau
menyusahkan tidak usah. Mereka meletakkan “WANG” dihadapan mereka bukan Allah.
Apabila mereka telah meletakkan wang dihadapan mereka, maka Allah mereka letak
dipunggung mereka, dan jadilah mereka ini seperti Abu Jahal yang tidak percaya kepada Allah
tetapi percaya kepada “Berhala-berhala” ciptaan mereka seperti manusia hari ini percaya
kepada “Kuasa Wang”!
        Inilah yang dikatakan orang-orang yang membuat kezaliman dan aniaya kerana mereka
tidak menyembah Allah tetapi menyembah taghut. Mereka membelakangkan Allah dan
RasulNya kerana terpesona dengan kelembutan dunia dan rebah di pangkuan syaitan yang
terkutuk itu. Lalu Allah angkatkan seorang pemimpin yang berupa manusia tetapi berhati
syaitan untuk memimpin mereka ke arah kesesatan sebagaimana yang mereka sendiri pilih dan
kehendaki!

Firman Allah:

Maksudnya:      Iaitu yang menghalang-halangi jalan Allah, dan menghendaki jalan itu menjadi
                bengkok.

         Orang-orang yang zalim atau aniaya itu ialah kerana mereka telah menghalangi orang
yang akan menempuh jalan Allah, iaitu jalan yang menyampaikan mereka kepada keredhaan
Allah. Bahkan jalan tersebut diusahakan oleh penganiaya tersebut supaya menjadi bengkok,
supaya berubah daripada asal ia disyariatkan, misalnya dengan mengubah peraturannya atau
menokok dan menambah syariat Allah itu dengan peraturan atau undang-undang yang
menyalahinya, sehingga orang yang menempuh akan menjadi sesat.
         Jalan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Hadis NabiNya s.a.w. itu
diketepikan dan sesetengahnya dimansuhkan supaya generasi-generasi yang akan datang akan
terus sesat sebagaimana mereka itu telah disesatkan oleh syaitan-syaitan Dajjal yang bermata
satu itu yang hanya nampak kejahatan sahaja. Maka jalan-jalan kesesatan yang bengkok ini
dihiaskan dengan seindah-indahnya oleh pakar-pakar dan juru hias syaitan ini sehingga
ramailah manusia yang tak beriman terpegun dan kagum dengan keanggunan hiasan tersebut,
sehinggalah bangkai yang disifatkan oleh Allah itu pada mereka adalah kasturi yang tersangat
harum baunya.
         Akhirnya diri-diri mereka yang mengangkat syaitan sebagai penolong yang memimpin
mereka dengan kesesatan itu terkulai layu di dalam pilihan mereka itu. Syaitan akan berlepas
diri setelah mereka itu tersesat jalan dalam pilihan mereka yang inginkan kesesatan itu. Tapi
sayang, telah berapa banyak peringatan yang Allah dan RasulNya telah berikan namun mereka
masih kasih dan cinta kepada taghut yang kufur itu, yang mereka angkatnya menjadi
pemimpin. Sekiranya mereka itu diberikan balasan azab yang amat pedih walau di atas dunia
ini lagi, itu adalah hasil dari pilihan mereka yang mereka sendiri usahakan. Firman Allah:

Maksudnya:      Dan apa-apa kejahatan yang menimpamu, adalah dari sebab dirimu sendiri.
                                                                             (An-Nisa:79)

Dan firmanya lagi:




                                              6
Maksudnya:      Hendaklah kamu ikut apa yang diturunkan Tuhanmu kepada mu, dan janganlah
                pula kamu ikut pemimpin yang selain Allah, tetapi sedikit benar kamu ingat.
                                                                                   (Al-A’raf:3)

        Allah menyuruh Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada manusia: Hendaklah kamu ikut
pengajaran yang diturunkan Allah dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu mengandungi
petunjuk, dan merupakan cahaya dan penerangan yang dapat membimbing sesiapa jua yang
tersesat jalan. Rasulullah telah wafat, maka ikutlah ulama-ulama pewaris baginda s.a.w. yang
menjunjung Al-Quran sebagai ikutan, mudah-mudahan kamu selamat. Demikianlah perintah
Allah kepada seluruh hambaNya supaya kembali kepada jalan yang diredhaiNya iaitu dengan
kembali kepada dua kalimah syahadah, duduk di bawah panji-panji kemuliaannya itu dengan
menjadikan Rasulullah s.a.w. itu guru yang maha agung. Dengan itu Allah akan menjadi
penolong yang akan memimpin manusia-manusia yang telah kembali kepada kalimah
keagunganNya ke jalan yang benar.
        Justeru itu syaitan dan kuncu-kuncunya tidak akan dapat peluang untuk mengharu-
birukan mana-mana iman manusia yang menerima kembali akan dua kalimah syahadah yang
mulia ini. Islam tidak bermula dengan sembahyang atau puasa, tetapi bermula dengan ucapan
dua kalimah syahadah. Orang yang memulakan hidupnya dengan kalimah tersebut akan
berakhir juga dengan kalimah yang sama. Manakala orang yang ingkar atau degil atau tidak
mahu akan kalimah tersebut dengan katanya dirinya telah Islam sejak kecil lagi, maka dia akan
berakhir sebagaimana pemimpin yang diangkatnya menjadi pemimpin iaitulah syaitan dan
kuncu-kuncunya, nauzubillah.
        Yang dimaksudkan dengan syaitan itu terbahagi kepada dua jenis; jenis yang pertama
iaitu syaitan yang sebenarnya yang kejadiannya dari api, dan jenis yang kedua iaitu jenis
manusia. Maka yang sangat ditakuti iaitulah syaitan dari jenis manusia. Syaitan jenis ini
rupanya sangatlah baik pada zahirnya tetapi pada batinnya tersangatlah sesat dan jahat dan
terlebih jahat dari syaitan yang sebenarnya.
        Manusia jenis manakah yang dikatakan berwatak syaitan ini? Iaitu manusia yang terdiri
dari golongan yang berpura-pura baik pada zahirnya, yang menunjuk-nunjuk di dalam
amalannya kepada manusia ramai, yang meminta manusia mengangkatnya menjadi pemimpin,
yang tidak bersetuju Al-Quran dan Al-Hadis dijadikan panduan serta mengatakan kedua-
duanya itu tidak sesuai untuk zaman ini dan yang berpegang pada zahir ayat Al-Quran, yang
tidak tepat iktiqad, yang semata-mata mempelajari ilmu hakikat, yang samada belajar dan
mengajar ilmu yang tiada tahu asal-usulnya dan yang seumpamanya. Sesungguhnya inilah dia
rupa syaitan manusia yang tersangat sesat dan memberi fitnah yang sangat besar dan dirinya
juga adalah fitnah kepada sekelian alam.

Firman Allah:

Maksudnya:      Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat orang-orang kafir
                menjadi wali, bukan orang mukmin.
                                                                        (An-Nisa:144)

Allah telah memberikan amaran sejak awal-awal lagi kepada orang-orang yang beriman supaya
jangan sekali-kali mengangkat orang-orang kafir iaitu syaitan manusia menjadi walinya
(penolong) kerana mereka ini akhirnya akan merosak binasakan manusia Islam itu


                                               7
sebagaimana yang telah dan sedang berlaku sekarang ini. Mereka ini adalah merupakan musuh
Allah dan juga musuh manusia. Demikianlah Allah memperingati manusia kerana Dia lebih
mengetahui akan segala sesuatu. Firman Allah:

Maksudnya:    Orang-orang yang beriman berperang pada Sabilillah, dan orang-orang kafir
              berperang pada jalan syaitan, maka perangilah oleh mu wali-wali syaitan,
              sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah.
                                                                          (An-Nisa:76)

        Dengan demikian itulah Allah memerintah kepada orang-orang yang beriman iaitu
mereka-mereka yang hatinya telah tetap pada Allah dan RasulNya supaya memerangi wali-wali
syaitan yang terdiri daripada syaitan yang sebenar dan syaitan manusia. Ini ialah kerana Allah
menjadi penolong kepada mereka yang beriman bagi memusnahkan kekuatan kekufuran
syaitan-syaitan itu dan wali-walinya. Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu tidak terlekat bagi
orang-orang yang beriman.
        Sesungguhnya Tuhan mengadakan musuh-musuh kepada manusia beriman ialah supaya
semakin besar pahala yang diterima, setimpal dengan rintangan dan halangan yang dihadapi
daripada musuh-musuh tersebut. Disamping Allah menguji ketahanan iman para hambaNya
yang benar-benar berjihad di jalan Allah.
        Adapun musuh-musuh itu ialah yang terdiri daripada syaitan bangsa manusia dan
syaitan bangsa jin. Sebabnya disebutkan demikian, manusia dan jin itu masing-masing ada
syaitannya. Kerja kedua-dua syaitan itu ialah menggoda manusia dan jin untuk mencelakakan
mereka semua dan menjadikan mereka itu kufur dan ingkar kepada Allah sebagaimana kufur
dan ingkarnya syaitan itu. Dan syaitan-syaitan itu adalah anak cucu Iblis Laknatullah.
        Pernah Abu Dzar r.a. meriwayatkan: Manakala Nabi s.a.w selesai mengerjakan
sembahyang lalu bersabda kepadanya:

Maksudnya:    Wahai Abu Dzar, adakah telah berlindung kepada Allah dari bencana syaitan
              bangsa manusia dan jin?
Saya pun berkata: Wahai rasulullah, adakah pada manusia itu syaitan? Jawab baginda: Ya!

       Kata Malik bin Dinar: Sesungguhnya syaitan manusia lebih jahat daripada syaitan jin.
Kerana jika saya berlindung kepada Allah, maka berundurlah syaitan jin itu, sedang syaitan
manusia pula datang kepada ku lalu menarik diriku ke dalam maksiat.
       Kata Ibnu Abbas r.a.: Iblis telah membahagi-bahagikan tentera-tenteranya kepada dua
pasukan, satu pasukan dihantarnya kepada bangsa jin dan satu pasukan lagi kepada bangsa
manusia, yang bererti ditugaskan untuk menggoda dan mencelakakan manusia dan jin. Dan
mereka ini semuanya menjadi musuh kepada Nabi s.a.w dan musuh kepada auliyaNya daripada
orang-orang mukmin dan orang-orang soleh.
       Antara sesama mereka membisikkan kata-kata indah dan manis seperti madu tetapi
yang sebenarnya palsu, sedang orang terpikat kepada bisikan itu telah tertipu lalu bebaslah ia
menjalankan tindak laku. Adapun manusia yang mula-mula terpikat kepada bisikan syaitan
ialah bapa kita Adam a.s. dan ibu kita Hawa a.s.. Keduanya telah terpesona oleh keindahan
kata-kata Iblis yang palsu kerana memujuknya agar memakan buah larangan di dalam syurga
supaya mereka kekal di sana – tetapi sebenarnya ia telah tertipu – akhirnya terhalau ke dalam
dunia.


                                              8
Maka inilah dia golongan-golongan yang mendakwa diri mereka sebenarnya telah
.mengikuti akan sunnah Nabi s.a.w..Tetapi bila ditanya bilakah mereka telah menerima dari
Rasulullah atau dari waris-warisnya akan Islam itu? Maka jawab mereka, “Kami telahpun
Islam sejak dari kecil lagi kerana emak dan bapa kami Islam. Inilah dia yang dikatakan hakikat
Islam Baka atau Islam Keturunan yang tidak termasuk di dalam kata Islam Pusaka yakni ‘Asli’
iaitu yang menerima akan ikrar dua kalimah syahadah melalui jalan yang sahih. Golongan-
golongan ini dikira termasuk dalam kata umat yang derhaka meskipun mereka mendakwa
mereka beramal soleh, yang akhirnya segala amal mereka itu yang baik-baik yang mereka
kerjakan itu lalu dijadikan seperti debu-debu yang berterbangan yang tidak ada nilai langsung
di sisi Allah. Jadilah mereka orang yang merugi sepanjang hayatnya lantaran amalan mereka
ditolak oleh Allah melainkan penat dan letih jua dan mereka akan diseksa di dalam neraka.
Firman Allah:

Maksudnya:    Demikian itu kerana Allah wali (penolong orang-orang yang beriman dan
              orang-orang yang kafir tidak ada walinya.
                                                                   (Muhammad:11 * )

        Beruntunglah orang-orang yang Allah menjadi walinya kerana mereka ini akan dibantu
dan ditolong oleh Allah pada setiap masa; Allah akan menjaga mereka ruhani dan jasmaninya
sentiasa di dalam rahmat Allah, sentiasa mendapat nikmat yang tak terduga, hati mereka
sentiasa tenang dan tidak ada resah gelisah kerana mereka ini sentiasa berada di bawah
naungan rahmat Allah.. Jalan untuk mendapatkan Allah sebagai wali iaitulah dengan
berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w kerana itulah satu-satunya jalan yang diredhai
Allah. Sekiranya ada mereka yang enggan jadilah mereka orang yang tidak mempunyai wali
seperti orang-orang kafir.
Firman Allah:

Maksudnya:    Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan janganlah
              kamu rosakkan amalan kamu.
                                                                       (Muhammad:33 * )

        Siapakah orang-orang yang beriman? Iaitulah orang-orang yang membenarkan
(mentasydid) # akan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w serta barang yang dibawanya serta
diikrarkan dengan lidah akan dua kalimah syahadah. Orang-orang inilah yang diperintahkan
oleh Allah supaya mengikut Allah dan RasulNya lantaran mereka terdiri dari orang-orang
mempercayai akan Allah dan RasulNya. Perintah Allah itu ialah supaya mereka kembali
menerima dua kalimah syahadah sekiranya mereka orang yang beriman mengikut akan
NabiNya sebagai utusan Allah yang mengeluarkan manusia dari syirik kepada tauhid
(sekiranya Rasul telah wafat maka ikutilah pula akan ulam-ulama pewarisnya yang diakui
sebagai muktabar serta jalan-jalan yang mereka bawa kerana mereka juga telah sampai kepada
Allah sebagaimana Rasul itu sampai lantaran Rasul itulah yang membawa mereka kepada
makrifah sebagaimana berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj).
        Kemudian Allah memerintahkan supaya menjaga amalan-amalan mereka agar
terpelihara daripada kerosakan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mampukah manusia itu
memelihara amalan-amalannya dari kerosakan dan kebinasaan? Iblis yang telah hidup jauh
lebih dulu daripada manusia terlalu bijak dalam mengetahui kelemahan-kelemahan manusia


                                              9
dan dia (Iblis) memang menyediakan dirinya untuk merosakkan amalan-amalan manusia agar
bersama-samanya mengkufurkan segala nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada
mereka. Hanyalah Allah yang dapat memelihara diri dan juga amalan-amalan manusia itu
daripada kebinasaan apabila manusia menjadikan Allah itu walinya iaitu caranya dengan
mengikuti kembali akan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Manakala mana-mana
manusia yang enggan, Allah menyediakan pula syaitan-syaitan sebagai penolong mereka yang
mana akan merosakkan segala amalan-amalan mereka bahkan juga diri mereka sendiri. Apabila
mereka enggan kembali kepada sunnatullah dan sunnah Rasulullah, maka wali-wali syaitan itu
akan menolong mereka membantu menambahkan kesesatan dan kemungkaran mereka kepada
Tuhan Azzawajalla.
       Janganlah menyalahkan Allah sekiranya mereka itu sentiasa berada di dalam kesesatan
kerana Allah telahpun memberi peluang kepada mereka untuk memilih samada Allah atau
Syaitan sebagai wali mereka. Sebenarnya fitrah insaniyyah sudah sedia mengenali dan
mengakui akan ketuhanan Allah s.w.t. Semenjak dilahirkan dari kecil lagi manusia telah
dikurniakan Allah dengan fitrah iaitu naluri semulajadi di dalam setiap diri. Naluri ini asalnya
condong untuk beraqidah ataupun mempercayai satu kekuasaan Zat Allah yang Maha
Berkuasa, firman Allah:

Maksudnya:      Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang
                menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah”
                “Katakanlah: Segala puji bagi Allah”: tetapi kebanyakan manusia tidak
                mengetahui.
                                                                         (Luqman:25)

Firman Allah:

Maksudnya:      Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan.
                Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, sesungguhnya
                merugilah orang yang mengotorinya.
                                                                       (Asy-Syam:8-10)

        Tiap-tiap jiwa yang Allah datangkan ke dunia ini terlebih dahulu diberinya
(diilhamkan) dengan jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Dan manusia itu dikurniakan akal
fikiran yang boleh dipergunakannya untuk memerhatikan tanda-tanda adanya Allah dan
kebesaranNya. Maka jika dipergunakannya akal untuk menurut semestinya nescaya ia akan
mengakui ada Allah dan kekuasaanNya, melainkan ia sengaja mahu menafikan akan kekuasaan
Allah itu kerana kedegilannya itu.
        Jiwa manusia itu diperkenalkan oleh Allah dengan perkara yang salah sebagai orang
fasiq, dan dengan perkara yang benar sebagai orang yang bertakwa. Allah bersumpah dengan
menyebutkan tujuh macam makhluk iaitu; matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa
manusia, untuk menunjukkan keagungan Qudrat dan keunggulanNya sebagai Tuhan.
Disamping itu ditunjukkanNya betapa besar faedah yang ditimbulkan oleh makhluk-makhluk
itu untuk kepentingan hidup manusia. Adapun makhluk-makhluk tersebut pasti ada yang
mencipta, mentadbirkan peredaran dan perjalanannya samada bergerak mahupun berhenti.
        Semuanya ini untuk menarik akal manusia supaya memikirkan keagungan Allah s.w.t.
SumpahNya itu bertujuan untuk menguatkan bahawa sesungguhnya manusia akan beruntung


                                              10
kalau dapat dia mensucikan jiwanya dengan mentaati Allah dari dicemari oleh perbuatan
maksiat dan dosa. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya lantaran bersifat
kufur dan derhaka yang akan membawanya kelembah kebinasaan. Sesungguhnya siapa yang
menuruti kemahuan hawa nafsunya dan menderhakai perintah Tuhannya, terkeluarlah dia dari
kalangan orang yang dikira berakal, dan termasuklah ke dalam kumpulan orang yang jahil lagi
bebal.
        Orang-orang yang merugi itu ialah yang terdiri dari mereka yang tidak mahu
membenarkan Nabi s.a.w serta barang yang dibawakannya. Kiranya mereka itu telah
membenarkan baginda tentulah mereka tidak akan berlaku ingkar dengan segala sunnahnya
dan berusaha melaksanakannya sepenuhnya (bukan separuh-separuh dan yang sesuai dengan
nafsunya sahaja) di dirinya zahir dan batin. Malangnya mereka ini termasuk di dalam kaum
yang degil lagi ingkar kerana mereka lebih gemar mengikuti langkah syaitan manusia dan
syaitan jin. Mereka hanya akan mengikut dan berkata-kata akan sunnah itu pabila ianya sesuai
dengan nafsu mereka atau yang mereka itu mempunyai kepentingan diri sendiri bagi
mendapatkan laba dunia.
        Dengan demikian itu jadilah jiwa mereka jiwa yang kotor, yang telah tercemar dengan
keangkuhan dan kesombongan yang mereka miliki itu. Apabila jiwa itu telah tercemar dipenuhi
dengan karat-karat, maka sukarlah baginya untuk menyucikannya melainkan ia perlulah
kembali kepada menerima semula akah Syahadatain supaya dapat dibersihkan akan kekotoran-
kekotoran yang ada pada jiwa mereka itu. Inilah satu-satunya jalan untuk kembali semula
kepada fitrahnya yang semulajadi iaitu suci bersih sebagaimana kain putih yang bersih.
Firman Allah:

Maksudnya:    Dan katakanlah: “Kebenaran itu datang dari Tuhanmu; maka barangsiapa
              ingin (beriman) hendaklah ia beriman, barangsiapa yang ingin (kafir)
              biarkanlah ia kafir”.
                                                                              ( * ).




                                            11

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah MelayuManifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayumakodimslide
 
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah MelayuProklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayumakodimslide
 
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahan
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahanProposal nikah & tips merencanakan pernikahan
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahanYode Arliando
 
Proposal Nikah Dudung.net
Proposal Nikah Dudung.netProposal Nikah Dudung.net
Proposal Nikah Dudung.netWandi Budiman
 
Orang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaOrang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaHelmon Chan
 
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surgawidyaitnaira84
 
Orang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaOrang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaHelmon Chan
 
Agama perilaku tercela
Agama perilaku tercelaAgama perilaku tercela
Agama perilaku tercelaIndriHutami
 
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPLembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPruangkuliahpai6f
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8Insan Cendikia6f
 
Republik Indonesia sudah Lenyap
Republik Indonesia sudah LenyapRepublik Indonesia sudah Lenyap
Republik Indonesia sudah Lenyapmakodimslide
 
Taubat_PAI 2010
Taubat_PAI 2010Taubat_PAI 2010
Taubat_PAI 2010apandin
 
Ma’rifatul islam
Ma’rifatul islamMa’rifatul islam
Ma’rifatul islamRohma Yuli
 

Mais procurados (20)

Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah MelayuManifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Manifesto Politik Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
 
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah MelayuProklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
Proklamasi Negara Khilafah Islam Ad Daulatul Islamiyah Melayu
 
Tobat dan Raja'
Tobat dan Raja'Tobat dan Raja'
Tobat dan Raja'
 
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahan
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahanProposal nikah & tips merencanakan pernikahan
Proposal nikah & tips merencanakan pernikahan
 
Proposal Nikah Dudung.net
Proposal Nikah Dudung.netProposal Nikah Dudung.net
Proposal Nikah Dudung.net
 
Orang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaOrang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surga
 
Proposal Nikah
Proposal NikahProposal Nikah
Proposal Nikah
 
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga
[MATERI KEPUTRIAN] Wanita yang dirindukan surga
 
Orang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surgaOrang2 yg di jamin masuk surga
Orang2 yg di jamin masuk surga
 
Ismul 'azhom
Ismul 'azhomIsmul 'azhom
Ismul 'azhom
 
Agama perilaku tercela
Agama perilaku tercelaAgama perilaku tercela
Agama perilaku tercela
 
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMPLembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
Lembar Kerja Mata Pelajaran PAI SMP
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8
Modul Mata Pelajaran PAI SMP Kelas 8
 
Republik Indonesia sudah Lenyap
Republik Indonesia sudah LenyapRepublik Indonesia sudah Lenyap
Republik Indonesia sudah Lenyap
 
Kepribadian Muslimah dan Hijab (Siti Khadijah Ibrahim)
Kepribadian Muslimah dan Hijab (Siti Khadijah Ibrahim)Kepribadian Muslimah dan Hijab (Siti Khadijah Ibrahim)
Kepribadian Muslimah dan Hijab (Siti Khadijah Ibrahim)
 
Taubat_PAI 2010
Taubat_PAI 2010Taubat_PAI 2010
Taubat_PAI 2010
 
Ma’rifatul islam
Ma’rifatul islamMa’rifatul islam
Ma’rifatul islam
 
Wirdullatif
WirdullatifWirdullatif
Wirdullatif
 
Doa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji waDoa penyejuk ji wa
Doa penyejuk ji wa
 

Semelhante a Wali Syaitan

Memurnikan ketaatan
Memurnikan ketaatanMemurnikan ketaatan
Memurnikan ketaatancentronet
 
002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betinaArifuddin Ali
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptxMuhammadDaud49625
 
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Putrybq
 
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamStudi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamDwi Febrianto
 
Aku bangga menjadi seorang muslim
Aku bangga menjadi seorang muslimAku bangga menjadi seorang muslim
Aku bangga menjadi seorang muslimIvan Syar'ie
 
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl Events
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl EventsSeminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl Events
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl EventsNahl Events
 
74 wasiat untuk para pemuda
74 wasiat untuk para pemuda74 wasiat untuk para pemuda
74 wasiat untuk para pemudaMas Hans
 
74 wasiat-untuk-para-pemuda
74 wasiat-untuk-para-pemuda74 wasiat-untuk-para-pemuda
74 wasiat-untuk-para-pemudaPak Fajar
 
Tuntunan quran dalam memilih pemimpin
Tuntunan quran dalam memilih pemimpinTuntunan quran dalam memilih pemimpin
Tuntunan quran dalam memilih pemimpinHelmon Chan
 
002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina 002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina Arifuddin Ali.
 
Risalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanRisalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanmr_haryono
 

Semelhante a Wali Syaitan (20)

Hukum 01
Hukum 01Hukum 01
Hukum 01
 
Memurnikan ketaatan
Memurnikan ketaatanMemurnikan ketaatan
Memurnikan ketaatan
 
null.pptx
null.pptxnull.pptx
null.pptx
 
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
MAKALAH Materi 1 Kelompok 6
 
002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina
 
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
1.1.1.03.015-Larangan-berhubungan-dengan-jin.pptx
 
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
Baiq Septia Rizkia Putri, Agama Islam, Ilmu Komunikasi, Dr. Taufiq Ramdani, S...
 
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islamStudi isalam hal hal yang membatalkan islam
Studi isalam hal hal yang membatalkan islam
 
Aku bangga menjadi seorang muslim
Aku bangga menjadi seorang muslimAku bangga menjadi seorang muslim
Aku bangga menjadi seorang muslim
 
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl Events
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl EventsSeminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl Events
Seminar Memahami Jin & Sihir Menurut Bimbingan Kitab & Sunnah - Nahl Events
 
74 wasiat untuk para pemuda
74 wasiat untuk para pemuda74 wasiat untuk para pemuda
74 wasiat untuk para pemuda
 
74 wasiat-untuk-para-pemuda
74 wasiat-untuk-para-pemuda74 wasiat-untuk-para-pemuda
74 wasiat-untuk-para-pemuda
 
Membongkar syubhat neo murji'ah
Membongkar syubhat neo murji'ahMembongkar syubhat neo murji'ah
Membongkar syubhat neo murji'ah
 
Tuntunan quran dalam memilih pemimpin
Tuntunan quran dalam memilih pemimpinTuntunan quran dalam memilih pemimpin
Tuntunan quran dalam memilih pemimpin
 
25 NABI
25 NABI25 NABI
25 NABI
 
Surat al-hasyr
Surat al-hasyrSurat al-hasyr
Surat al-hasyr
 
002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina 002.al baqarah-sapi betina
002.al baqarah-sapi betina
 
27.4.2012
27.4.201227.4.2012
27.4.2012
 
Jauhilah gaya hidup orang kafir
Jauhilah gaya hidup orang kafirJauhilah gaya hidup orang kafir
Jauhilah gaya hidup orang kafir
 
Risalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunanRisalah tentangsihirdanperdukunan
Risalah tentangsihirdanperdukunan
 

Último

APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024GilbertFibriyantAdan
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEIGilbertFibriyantAdan
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024milliantefraim
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Adam Hiola
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)ErnestBeardly1
 
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptxHadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptxHerman022
 

Último (6)

APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
APA YANG TERJADI SEKARANG NEW.pptx BULAN MEI 2024
 
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEISIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
SIAPAKAH KITA DI DALAM KRISTUS.pptx BULAN MEI
 
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
Panduan Liturgi untuk sekolah minggu 2024
 
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
Sekolah Sabat - Triwulan 2 2024 - Pelajaran 6
 
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
Pelajaran Masa Lalu (Sekolah Sabat Dewasa, 10 Mac 2024)
 
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptxHadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
Hadits Arbain 35 tentang Sesama Muslim Bersaudara.pptx
 

Wali Syaitan

  • 1. WALI SYAITAN Tiap-tiap Nabi, begitu juga orang yang hendak memperbaiki masyarakat suatu umat mesti ada musuhnya iaitu syaitan dari bangsa manusia dan bangsa jin. Syaitan itu pandai sekali membisikkan kepada teman sejawatnya perkataan yang lemah-lembut dan manis untuk memperdayakan, menarik hati orang-orang yang tiada beriman teguh, supaya mereka-mereka suka mengerjakan pekerjaan yang keji, firman Allah: Maksudnya: Demikianlah Kami adakan musuh, bagi tiap-tiap Nabi, iaitu syaitan-syaitan manusia dan jin; setengah mereka membisikkan perkataan yang manis kepada yang lain, untuk memperdayakannya. Kalau Tuhanmu menghendaki, nescaya tiadalah mereka itu memperbuatnya sebab itu biarlah mereka bersama-sama apa-apa yang diadakannya. (Al-An’am:112) Ingatlah dan berhati-hatilah wahai manusia sesungguhnya syaitan-syaitan yang dari golongan manusia dan jin itu sentiasa mengintai-intai untuk membinasakanmu. Setiap urusanmu untuk mengajak manusia kembali kepada jalan Allah, maka disitulah syaitan-syaitan ini menunggu dengan lahapnya membisikkan bisikan-bisikan yang halus agar mereka itu lari daripadamu. Janganlah kamu terpedaya dengan bisikannya sebagaimana ia telah mengeluarkan ibu bapamu dari dalam syurga dan yang menanggalkan pakaian keduanya sehingga terbuka kemaluan mereka. Sesungguhnya syaitan-syaitan itu dan bala tenteranya melihat kamu sedang kamu tidak melihat mereka. Apabila manusia itu mengingkari perintah Tuhannya, lalu Allah mengangkat syaitan manusia menjadi pemimpin mereka supaya bertambah sesat mereka lantaran kedegilan mereka itu. Ia akan datang kepada mereka untuk memperdayakan mereka dengan bisikan dan tipu muslihatnya dari hadapan, belakang, kiri dan kanan mereka sehingga mereka itu tidak sedar akan kehadirannya kerana ketika itu kamu telah menjadi sebahagian daripada mereka. Perhatikanlah akan diri orang yang fasiq yang tidak mahu menerima hukum Tuhan sepenuhnya, dan mereka lebih gemar kepada undang-undang dan hukum yang berasaskan otak manusia kerana pada mereka itu adalah lebih baik. Inilah jenis manusia yang mengaku adanya Tuhan tetapi enggan mengikuti sunnahNya kerana sesungguhnya mereka ini terdiri dari orang- orang yang fasiq; dengan sebab itulah mereka mengangkat orang-orang kafir dan syaitan menjadi wali mereka, firman Allah Maksudnya: Engkau lihat kebanyakan mereka mengangkat orang-orang kafir jadi wali. Sungguh amat jahat mereka kerjakan untuk diri mereka, iaitu amarah Allah kepada mereka, sedang mereka itu kekal dalam siksaan. (Al-Maidah:80) Lihatlah! Betapa orang-orang yang tidak beriman itu sanggup mengambil orang-orang yang kufur menjadi pemimpin-pemimpin mereka. Alangkah jahil dan bodohnya mereka melakukan perkara tersebut. Apakah mereka buta dan tidak berakal sehingga mereka tidak nampak dan berfikir bahawa orang-orang yang kufur itu sudah tentulah tidak akan melakukan kebaikan di atas muka bumi ini. Orang-orang yang kufur ini adalah orang-orang tidak mahu 1
  • 2. mentadbir muka bumi ini dengan berlandaskan hukum Al-Quran, sebaliknya mereka lebih percaya dengan hukum yang terbit dari otak manusia yang bangsa zulmah itu. Inilah dia tipu daya syaitan yang sangat sesat itu. Syaitan mengajarkan kepada mereka alasan-alasan yang perlu diberikan apabila mereka ditanya mengapa mereka tidak menjalankan hukum Tuhan. Keadaan orang-orang ini samalah seperti keadaannya orang-orang Yahudi Madinah yang telah pergi mendapatkan orang-orang musyrik Mekah untuk mereka jadikan pemimpin dan sahabat, asal saja orang-orang musyrik itu berjanji mahu bekerjasama dengan mereka untuk memerangi dan membinasakan Nabi Muhammad s.a.w.. Hal yang demikian itu samalah terjadi di mana-mana dunia Islam pada hari ini. Tidak hairanlah kerana syaitan-syaitan telah berjaya menduduki takhta hati mereka dengan menjadikan mereka itu khadam kepadanya secara kebetulan mereka itu juga mahu disesatkan. Sesungguhnya perbuatan mengambil orang- orang musyrik yang kufur menjadi pemimpin, menyebabkan Allah murka kepada mereka. Dan mereka akan diberi balasan yang seberat-beratnya yang tak dapat mereka elakkan, iaitu berkekalan mendapat seksa di dalam api neraka. Demikianlah apa yang terjadi di kebanyakan dunia Islam hari ini, ramai pemimpin- pemimpin yang diangkat terdiri dari puak-puak yang jahil tentang agama, sekadar mereka itu menyandar pula ulama-ulama yang dipilih mereka yang mahu mendengar kata mereka dan diberinya gaji serta kesenangan hidup supaya mereka itu mudah ditarik hidungnya. Maka pemimpin yang jahil itu pula akan bertidak melaksanakan hukum-hukum di dalam pemerintahannya dengan undang-undang ‘Islam Sekular’ berdasarkan hasil ciptaan otak manusia yang kufur dengan hukum Tuhan. Maka berlakulah permusuhan terhadap Al-Quran dan isi kandungannya. Hairannya! Alangkah butanya mata orang-orang yang memilih pemimpin mereka itu sehingga langsung tidak dapat membezakan diantara manusia yang beriman dengan yang tidak beriman? Maka nyatalah orang-orang yang memilih pemimpin itu juga adalah terdiri dari orang-orang yang juga tidak beriman sebagaimana pemimpin mereka. Kalaulah sekiranya orang-orang tersebut betul-betul beriman dengan Allah dan percaya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. utusan Allah serta percaya pula kepada segala wahyu yang diturunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang-orang yang jahil agama menjadi pemimpin-pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong-penolongnya. Tetapi ternyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telah menjadi fasiq (jahat), kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya. Pada fikiran mereka ulama-ulama adalah tidak layak duduk di takhta pemerintahan negara kerana mereka tidak punyai ilmu keduniaan sepertimana orang-orang kafir yang serba canggih itu. Sebenarnya mereka telah diperdaya oleh syaitan-syaitan, syaitan jin dan syaitan manusia. Maka syaitan-syaitan inilah yang mempertakuti manusia-manusia itu supaya menolak pimpinan Al-Quran dengan membisikkan pada hati mereka: “Sekiranya kamu memilih hukum- hukum Al-Quran sebagai pedoman penghukuman nescaya kamu akan berada di dalam kesusahan dan kesukaran, dan kamu tidak akan dapat mengecapi nikmat dunia dan kesenangannya lagi sebagaimana yang engkau sedang miliki ini”, dan berbagai-bagai ugutan ketakutan lagi. Apabila mereka menerima bisikan ini dan menurutnya maka hilanglah iman yang ada pada mereka kerana mengambil syaitan sebagai wali mereka bukan Allah s.w.t. Firman Allah: 2
  • 3. Maksudnya: Dan kalau mereka percaya kepada Allah, Nabi Muhammad dan apa-apa yang diturunkannya, tentulah mereka tiada mengambil orang-orang (yang kufur) itu menjadi pemimpin. Tetapi kebanyakan daripada mereka adalah orang-orang yang fasiq. (Al-Maidah:81) Kalaulah sekiranya orang-orang yang ingkar tersebut betul-betul beriman dengan Allah dan percaya terhadap Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah serta percaya pula kepada segala wahyu yang diturunkan kepadanya, nescaya tiadalah mereka akan mengambil orang- orang yang kufur itu menjadi pemimpin mereka dan mereka menjadi penolong kepada mereka itu. Tetapi nyatalah dengan jelasnya bahawasanya ramai diantara mereka kemudiannya telah menjadi fasiq, kerana terkeluar dari mentaati Allah dan enggan tunduk kepada perintahNya. Lazimnya apabila di tiap-tiap tempat itu apabila ramai manusia yang tidak beriman dari yang beriman, maka pemimpin yang akan dipilih mereka juga tentulah dari kalangan yang serupa juga dengan mereka iaitu dari jenis manusia yang di dalam jiwa mereka telah diasuh dan dididik oleh syaitan yang menjadi wali baginya. Meskipun ia berkehendakkan kepada agama, tetapi jalannya itu hanyalah yang mengikut kesesuaian dengan nafsunya serta yang boleh membawa kepada keuntungan dunia. Maka mereka yang mempunyai keimanan yang teguh diketepikan di dalam pemerintahannya, tetapi digunakan untuk menjadi imam sembahyang, tukang baca doa, tukang baca talqin orang mati dan tak lebih dari itu. Mereka mengawal masjid-masjid dan surau-surau dengan guru-guru yang mereka pilih menjadi tenaga pengajar di situ untuk menyampaikan mesej agama yang terkawal mengikut pentadbiran ‘Allah Sekular’ yang mereka cipta berdasarkan otak mereka. Firman Allah: Maksudnya: Barangsiapa yang tidak menurut orang yang menyeru kepada Allah, maka ia tiada akan selamat (dari seksa) di muka bumi dan tak ada baginya wali-wali (penolong) selain daripadaNya. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata. (Al-Ahqaaf:32) Orang-orang yang tidak mengambil Rasul dan pewarisnya sebagai guru ikutannya serta menyahut seruan Rasul yang diperintahkan oleh Allah di dalam perkara Tauhid dan beramal dengan mentaatinya (segala sunnahnya), dia tidak akan terlepas untuk menyelamatkan diri dari di seksa oleh Allah. Dan tidak ada sesiapapun yang boleh menolong dan menyelamatkannya kerana dia tidak ada penolong, melainkan Allah jualah yang boleh menolongnya. Tetapi oleh kerana mereka ini terdiri dari orang-orang yang gemar mengingkari perintah Allah (meskipun mereka melakukan sembahyang, puasa, zakat dan haji kerana untuk menunjukkan Allah) kerana mengikut telunjuk syaitan dan menggunakan otak mereka. Dengan sebab itulah mereka ini hanyalah Allah pada zahir sahaja tetapi tidak pada hakikatnya kerana mereka tidak beriman dengan RasulNya serta barang yang dibawanya. Allah Ta’ala menempelak mereka ini di dalam firman-Nya: Maksudnya: Sesungguhnya Kami angkat syaitan-syaitan itu menjadi wali-wali (penolong) bagi orang-orang yang tiada beriman. (Al-A’raaf:27) 3
  • 4. Orang yang tidak beriman amatlah mudah terpengaruh oleh pujukan syaitan, kerana tidak ada persiapan dirinya untuk menentang dan melawannya. Malahan dijadikannya pemimpin kerana telah dapat menguasainya. Apabila mereka itu telah menolak Allah menjadi wali bagi mereka kerana keingkaran dan kedegilan mereka, lalu Allah jadikan syaitan-syaitan itu penolong bagi mereka. Jadilah mereka itu pengikut kepada syaitan-syaitan dari golongan manusia yang menentang Allah dan RasulNya. Sesungguhnya syaitan manusia yang mereka angkat menjadi pemimpin ini sebenarnya lebih angkuh dan lebih zalim lagi dari syaitan yang sebenarnya. Kerana syaitan yang sebenarnya sememangnya mengingkari akan RasulNya dengan terang-terangan, sedangkan syaitan jenis manusia ini terdiri dari orang-orang yang munafik kerana menyatakan Allah mereka pada zahirnya tetapi menentang kebenaran secara baling batu sembunyi tangan serta menafikan Al-Quran dan Al-Hadis sebagai sumber yang sebenarnya. Firman Allah: Maksudnya: Kerana mereka ini mengangkat syaitan menjadi wali bukan Allah, sedang mereka mengira bahawa mereka ini mendapat petunjuk. (Al-A’raf:30) Golongan yang layak disesatkan itu ialah kerana sikap mereka rela menjadikan syaitan itu rakan yang memimpin ke arah berbuat mungkar dan maksiat, dan menjadikannya penolong yang mengarahkan mereka dalam kekufuran dan derhaka. Sementara itu pula, mereka yang diselubungi kesesatan itu menyangka pula bahawa diri mereka adalah dalam kebenaran. Dengan demikian jadilah mereka orang yang degil dan keras kepala, padahal orang yang degil dan keras kepala itu pendiriannya adalah didasarkan atas sangka-sangka sahaja. Mereka menyangka bahawa apa yang mereka sedang lakukan di dalam pentadbiran diri dan juga negeri mereka adalah mengikut seperti yang Allah kehendaki; dan apabila syaitan menyuruh mereka mengambil undang-undang ‘Taghut’ lalu merekapun mengambilnya kerana mereka tidak dapat dan mahu membezakan diantara Allah wali dan wali syaitan. Mengapa terjadi demikian? Inilah akibatnya, mereka diberikan pendidikan atau tarbiah yang menyeleweng dari sunnah Rasulullah s.a.w.. Semenjak dari kecil lagi mereka telah dibimbing dengan pendidikan taghut mana mungkin untuk mereka mengenal Allah dan RasulNya dan tentulah taghut yang lebih dikenalinya dan tentulah juga undang-undang taghut yang dipilihnya apabila ia diangkat menjadi pemimpin kerana katanya itulah yang terbaik meskipun di dalam rumahnya juga terdapat Al-Quran dan Al-Hadis yang hanya dirujuk bila berkepentingan sahaja! Padanya Allah hanya tempat untuk meminta sahaja tetapi dalam pemerintahan dipakainya undang-undang taghut, maka inilah yang dikatakan bersekutu dan orang-orang bersekutu itu munafik! Dan sesungguhnya ini berada di dalam kesesatan yang nyata. Firman Allah: Maksudnya: Allah penolong (pemimpin) orang-orang yang beriman, dikeluarkannya mereka itu dari gelap-gelita kepada terang-benderang. Orang-orang yang kafir itu Taghutlah pemimpin mereka, dikeluarkannya mereka dari terang-benderang kepada gelap-gelita. Mereka itulah penduduk neraka, mereka akan berkekalan di dalamnya. (Al-Baqoroh:257) 4
  • 5. Sesungguhnya Allah lah yang menjadi penolong, pemimpin dan pengurus orang-orang yang beriman. Mereka diberi petunjuk, ditolong dan dikeluarkan dari cahaya kegelapan yang merupakan kekufuran kepada keselamatan dan kebahagiaan yang merupakan keimanan. Adapun orang-orang yang kafir pula, taghutlah yang menjadi pemimpin mereka dari terang kepada gelap dan menjerumuskannya ke dalam bahaya iaitu dari iman menjadi kufur. Mereka yang telah dijerumuskan di dalam lembah kesesatan dan kekufuran ini adalah menjadi pengisi neraka, dan akan kekal di dalamnya selama-lamanya Begitulah keadaan orang-orang yang tidak berada di bawah naungan dua kalimah syahadah; diri mereka itu tidak dapat dipandu dan dipimpin ke arah cahaya yang gilang- gemilang menuju Allah. Diri mereka zahir dan batinnya disekat dan dihijab oleh ‘Nurulzulmah’ yakni cahaya kegelapan yang dipimpin oleh syaitan dan kuncu-kuncunya yang sentiasa merangsang dan memutar-belitkan fikiran mereka ke arah zulmah sebagaimana dilaknat oleh Allah s.w.t. Bagaimanakah mereka harus keluar dari kawalan syaitan laknatullah itu sedangkan mereka juga mahukan dan kasihkan kesesatan tersebut berterusan di atas muka bumi ini? Firman Allah: Maksudnya: Dan begitulah pula kami jadikan sebahagian penganiaya-penganiaya itu berkuasa ke atas sebahagian yang lain, disebabkan apa yang telah mereka kerjakan. (Al-An’am:129) Adapun yang digelarkan ‘Dzolimin’ atau penganiaya-penganiaya ialah setengahnya telah ditakdirkan oleh Allah menjadi orang-orang yang berkuasa dan mempunyai jawatan untuk memimpin dan memerintah dengan zalim dan aniaya. Sebabnya pemimpin-pemimpin itu berlaku zalim dan aniaya kerana adanya pihak-pihak yang menyokong kezaliman, atau keadaan rakyat yang dipimpin itu sendiri telah banyak yang berlaku zalim dan aniaya. Ini menempati sebuah “Athar” yang berbunyi: Maksudnya: Sesiapa yang menyokong kezaliman, nescaya Allah timpakan kezaliman itu ke atasnya. Ibnu Abbas ada mengatakan: Sesungguhnya Allah Ta'ala itu, jika menghendaki sesuatu kaum itu menjadi baik, Dia jadikan pemimpin mereka orang yang paling baik dari kalangan mereka. Dan jika Allah menghendaki sesuatu kaum menjadi jahat, Dia jadikan pemimpin mereka orang yang paling jahat daripada kalangan mereka. Jelaslah daripada keterangan di atas, bahawasanya sesuatu umat itu manakala telah banyak melakukan perbuatan zalim dan aniaya, pasti Allah utuskan kepada mereka seorang pemimpin yang zalim pula seperti mereka; atau suatu kerajaan yang memerintah mereka dengan peraturan-peraturan yang zalim dan aniaya. Dan siapa yang ingin terlepas dari kezaliman, janganlah dia berlaku zalim. Adanya pihak penganiaya-penganiaya yang berkuasa ke atas suatu umat atau bangsa – baik jin mahupun manusia – adalah disebabkan kejahatan dan keburukan yang dilakukan oleh umat itu sendiri. Apa yang berlaku ke atas umat Islam hari ini ialah mereka terlalu mengusai ‘Kejahilan’ yakni yang hidup di dalam keadaan ‘jahiliah moden’. Pada mereka siapa yang memerintah itu tidak perlu diambil bicara, asalkan mereka dapat hidup senang dengan adanya 5
  • 6. harta dan tidak ada orang yang mengganggu mereka. Seolah-olahnya matlamat hidup mereka itu semata-mata untuk dunia sahaja. Ibadat pada mereka jika rajin dan senang boleh buat, kalau menyusahkan tidak usah. Mereka meletakkan “WANG” dihadapan mereka bukan Allah. Apabila mereka telah meletakkan wang dihadapan mereka, maka Allah mereka letak dipunggung mereka, dan jadilah mereka ini seperti Abu Jahal yang tidak percaya kepada Allah tetapi percaya kepada “Berhala-berhala” ciptaan mereka seperti manusia hari ini percaya kepada “Kuasa Wang”! Inilah yang dikatakan orang-orang yang membuat kezaliman dan aniaya kerana mereka tidak menyembah Allah tetapi menyembah taghut. Mereka membelakangkan Allah dan RasulNya kerana terpesona dengan kelembutan dunia dan rebah di pangkuan syaitan yang terkutuk itu. Lalu Allah angkatkan seorang pemimpin yang berupa manusia tetapi berhati syaitan untuk memimpin mereka ke arah kesesatan sebagaimana yang mereka sendiri pilih dan kehendaki! Firman Allah: Maksudnya: Iaitu yang menghalang-halangi jalan Allah, dan menghendaki jalan itu menjadi bengkok. Orang-orang yang zalim atau aniaya itu ialah kerana mereka telah menghalangi orang yang akan menempuh jalan Allah, iaitu jalan yang menyampaikan mereka kepada keredhaan Allah. Bahkan jalan tersebut diusahakan oleh penganiaya tersebut supaya menjadi bengkok, supaya berubah daripada asal ia disyariatkan, misalnya dengan mengubah peraturannya atau menokok dan menambah syariat Allah itu dengan peraturan atau undang-undang yang menyalahinya, sehingga orang yang menempuh akan menjadi sesat. Jalan yang telah ditetapkan oleh Allah di dalam Al-Quran dan Hadis NabiNya s.a.w. itu diketepikan dan sesetengahnya dimansuhkan supaya generasi-generasi yang akan datang akan terus sesat sebagaimana mereka itu telah disesatkan oleh syaitan-syaitan Dajjal yang bermata satu itu yang hanya nampak kejahatan sahaja. Maka jalan-jalan kesesatan yang bengkok ini dihiaskan dengan seindah-indahnya oleh pakar-pakar dan juru hias syaitan ini sehingga ramailah manusia yang tak beriman terpegun dan kagum dengan keanggunan hiasan tersebut, sehinggalah bangkai yang disifatkan oleh Allah itu pada mereka adalah kasturi yang tersangat harum baunya. Akhirnya diri-diri mereka yang mengangkat syaitan sebagai penolong yang memimpin mereka dengan kesesatan itu terkulai layu di dalam pilihan mereka itu. Syaitan akan berlepas diri setelah mereka itu tersesat jalan dalam pilihan mereka yang inginkan kesesatan itu. Tapi sayang, telah berapa banyak peringatan yang Allah dan RasulNya telah berikan namun mereka masih kasih dan cinta kepada taghut yang kufur itu, yang mereka angkatnya menjadi pemimpin. Sekiranya mereka itu diberikan balasan azab yang amat pedih walau di atas dunia ini lagi, itu adalah hasil dari pilihan mereka yang mereka sendiri usahakan. Firman Allah: Maksudnya: Dan apa-apa kejahatan yang menimpamu, adalah dari sebab dirimu sendiri. (An-Nisa:79) Dan firmanya lagi: 6
  • 7. Maksudnya: Hendaklah kamu ikut apa yang diturunkan Tuhanmu kepada mu, dan janganlah pula kamu ikut pemimpin yang selain Allah, tetapi sedikit benar kamu ingat. (Al-A’raf:3) Allah menyuruh Rasulullah s.a.w. mengatakan kepada manusia: Hendaklah kamu ikut pengajaran yang diturunkan Allah dalam Al-Quran kerana Al-Quran itu mengandungi petunjuk, dan merupakan cahaya dan penerangan yang dapat membimbing sesiapa jua yang tersesat jalan. Rasulullah telah wafat, maka ikutlah ulama-ulama pewaris baginda s.a.w. yang menjunjung Al-Quran sebagai ikutan, mudah-mudahan kamu selamat. Demikianlah perintah Allah kepada seluruh hambaNya supaya kembali kepada jalan yang diredhaiNya iaitu dengan kembali kepada dua kalimah syahadah, duduk di bawah panji-panji kemuliaannya itu dengan menjadikan Rasulullah s.a.w. itu guru yang maha agung. Dengan itu Allah akan menjadi penolong yang akan memimpin manusia-manusia yang telah kembali kepada kalimah keagunganNya ke jalan yang benar. Justeru itu syaitan dan kuncu-kuncunya tidak akan dapat peluang untuk mengharu- birukan mana-mana iman manusia yang menerima kembali akan dua kalimah syahadah yang mulia ini. Islam tidak bermula dengan sembahyang atau puasa, tetapi bermula dengan ucapan dua kalimah syahadah. Orang yang memulakan hidupnya dengan kalimah tersebut akan berakhir juga dengan kalimah yang sama. Manakala orang yang ingkar atau degil atau tidak mahu akan kalimah tersebut dengan katanya dirinya telah Islam sejak kecil lagi, maka dia akan berakhir sebagaimana pemimpin yang diangkatnya menjadi pemimpin iaitulah syaitan dan kuncu-kuncunya, nauzubillah. Yang dimaksudkan dengan syaitan itu terbahagi kepada dua jenis; jenis yang pertama iaitu syaitan yang sebenarnya yang kejadiannya dari api, dan jenis yang kedua iaitu jenis manusia. Maka yang sangat ditakuti iaitulah syaitan dari jenis manusia. Syaitan jenis ini rupanya sangatlah baik pada zahirnya tetapi pada batinnya tersangatlah sesat dan jahat dan terlebih jahat dari syaitan yang sebenarnya. Manusia jenis manakah yang dikatakan berwatak syaitan ini? Iaitu manusia yang terdiri dari golongan yang berpura-pura baik pada zahirnya, yang menunjuk-nunjuk di dalam amalannya kepada manusia ramai, yang meminta manusia mengangkatnya menjadi pemimpin, yang tidak bersetuju Al-Quran dan Al-Hadis dijadikan panduan serta mengatakan kedua- duanya itu tidak sesuai untuk zaman ini dan yang berpegang pada zahir ayat Al-Quran, yang tidak tepat iktiqad, yang semata-mata mempelajari ilmu hakikat, yang samada belajar dan mengajar ilmu yang tiada tahu asal-usulnya dan yang seumpamanya. Sesungguhnya inilah dia rupa syaitan manusia yang tersangat sesat dan memberi fitnah yang sangat besar dan dirinya juga adalah fitnah kepada sekelian alam. Firman Allah: Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu angkat orang-orang kafir menjadi wali, bukan orang mukmin. (An-Nisa:144) Allah telah memberikan amaran sejak awal-awal lagi kepada orang-orang yang beriman supaya jangan sekali-kali mengangkat orang-orang kafir iaitu syaitan manusia menjadi walinya (penolong) kerana mereka ini akhirnya akan merosak binasakan manusia Islam itu 7
  • 8. sebagaimana yang telah dan sedang berlaku sekarang ini. Mereka ini adalah merupakan musuh Allah dan juga musuh manusia. Demikianlah Allah memperingati manusia kerana Dia lebih mengetahui akan segala sesuatu. Firman Allah: Maksudnya: Orang-orang yang beriman berperang pada Sabilillah, dan orang-orang kafir berperang pada jalan syaitan, maka perangilah oleh mu wali-wali syaitan, sesungguhnya tipu daya syaitan itu amat lemah. (An-Nisa:76) Dengan demikian itulah Allah memerintah kepada orang-orang yang beriman iaitu mereka-mereka yang hatinya telah tetap pada Allah dan RasulNya supaya memerangi wali-wali syaitan yang terdiri daripada syaitan yang sebenar dan syaitan manusia. Ini ialah kerana Allah menjadi penolong kepada mereka yang beriman bagi memusnahkan kekuatan kekufuran syaitan-syaitan itu dan wali-walinya. Sesungguhnya tipu-daya syaitan itu tidak terlekat bagi orang-orang yang beriman. Sesungguhnya Tuhan mengadakan musuh-musuh kepada manusia beriman ialah supaya semakin besar pahala yang diterima, setimpal dengan rintangan dan halangan yang dihadapi daripada musuh-musuh tersebut. Disamping Allah menguji ketahanan iman para hambaNya yang benar-benar berjihad di jalan Allah. Adapun musuh-musuh itu ialah yang terdiri daripada syaitan bangsa manusia dan syaitan bangsa jin. Sebabnya disebutkan demikian, manusia dan jin itu masing-masing ada syaitannya. Kerja kedua-dua syaitan itu ialah menggoda manusia dan jin untuk mencelakakan mereka semua dan menjadikan mereka itu kufur dan ingkar kepada Allah sebagaimana kufur dan ingkarnya syaitan itu. Dan syaitan-syaitan itu adalah anak cucu Iblis Laknatullah. Pernah Abu Dzar r.a. meriwayatkan: Manakala Nabi s.a.w selesai mengerjakan sembahyang lalu bersabda kepadanya: Maksudnya: Wahai Abu Dzar, adakah telah berlindung kepada Allah dari bencana syaitan bangsa manusia dan jin? Saya pun berkata: Wahai rasulullah, adakah pada manusia itu syaitan? Jawab baginda: Ya! Kata Malik bin Dinar: Sesungguhnya syaitan manusia lebih jahat daripada syaitan jin. Kerana jika saya berlindung kepada Allah, maka berundurlah syaitan jin itu, sedang syaitan manusia pula datang kepada ku lalu menarik diriku ke dalam maksiat. Kata Ibnu Abbas r.a.: Iblis telah membahagi-bahagikan tentera-tenteranya kepada dua pasukan, satu pasukan dihantarnya kepada bangsa jin dan satu pasukan lagi kepada bangsa manusia, yang bererti ditugaskan untuk menggoda dan mencelakakan manusia dan jin. Dan mereka ini semuanya menjadi musuh kepada Nabi s.a.w dan musuh kepada auliyaNya daripada orang-orang mukmin dan orang-orang soleh. Antara sesama mereka membisikkan kata-kata indah dan manis seperti madu tetapi yang sebenarnya palsu, sedang orang terpikat kepada bisikan itu telah tertipu lalu bebaslah ia menjalankan tindak laku. Adapun manusia yang mula-mula terpikat kepada bisikan syaitan ialah bapa kita Adam a.s. dan ibu kita Hawa a.s.. Keduanya telah terpesona oleh keindahan kata-kata Iblis yang palsu kerana memujuknya agar memakan buah larangan di dalam syurga supaya mereka kekal di sana – tetapi sebenarnya ia telah tertipu – akhirnya terhalau ke dalam dunia. 8
  • 9. Maka inilah dia golongan-golongan yang mendakwa diri mereka sebenarnya telah .mengikuti akan sunnah Nabi s.a.w..Tetapi bila ditanya bilakah mereka telah menerima dari Rasulullah atau dari waris-warisnya akan Islam itu? Maka jawab mereka, “Kami telahpun Islam sejak dari kecil lagi kerana emak dan bapa kami Islam. Inilah dia yang dikatakan hakikat Islam Baka atau Islam Keturunan yang tidak termasuk di dalam kata Islam Pusaka yakni ‘Asli’ iaitu yang menerima akan ikrar dua kalimah syahadah melalui jalan yang sahih. Golongan- golongan ini dikira termasuk dalam kata umat yang derhaka meskipun mereka mendakwa mereka beramal soleh, yang akhirnya segala amal mereka itu yang baik-baik yang mereka kerjakan itu lalu dijadikan seperti debu-debu yang berterbangan yang tidak ada nilai langsung di sisi Allah. Jadilah mereka orang yang merugi sepanjang hayatnya lantaran amalan mereka ditolak oleh Allah melainkan penat dan letih jua dan mereka akan diseksa di dalam neraka. Firman Allah: Maksudnya: Demikian itu kerana Allah wali (penolong orang-orang yang beriman dan orang-orang yang kafir tidak ada walinya. (Muhammad:11 * ) Beruntunglah orang-orang yang Allah menjadi walinya kerana mereka ini akan dibantu dan ditolong oleh Allah pada setiap masa; Allah akan menjaga mereka ruhani dan jasmaninya sentiasa di dalam rahmat Allah, sentiasa mendapat nikmat yang tak terduga, hati mereka sentiasa tenang dan tidak ada resah gelisah kerana mereka ini sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah.. Jalan untuk mendapatkan Allah sebagai wali iaitulah dengan berhubung kembali dengan Rasulullah s.a.w kerana itulah satu-satunya jalan yang diredhai Allah. Sekiranya ada mereka yang enggan jadilah mereka orang yang tidak mempunyai wali seperti orang-orang kafir. Firman Allah: Maksudnya: Hai orang-orang yang beriman, ikutlah Allah dan ikutlah Rasul dan janganlah kamu rosakkan amalan kamu. (Muhammad:33 * ) Siapakah orang-orang yang beriman? Iaitulah orang-orang yang membenarkan (mentasydid) # akan kebenaran Nabi Muhammad s.a.w serta barang yang dibawanya serta diikrarkan dengan lidah akan dua kalimah syahadah. Orang-orang inilah yang diperintahkan oleh Allah supaya mengikut Allah dan RasulNya lantaran mereka terdiri dari orang-orang mempercayai akan Allah dan RasulNya. Perintah Allah itu ialah supaya mereka kembali menerima dua kalimah syahadah sekiranya mereka orang yang beriman mengikut akan NabiNya sebagai utusan Allah yang mengeluarkan manusia dari syirik kepada tauhid (sekiranya Rasul telah wafat maka ikutilah pula akan ulam-ulama pewarisnya yang diakui sebagai muktabar serta jalan-jalan yang mereka bawa kerana mereka juga telah sampai kepada Allah sebagaimana Rasul itu sampai lantaran Rasul itulah yang membawa mereka kepada makrifah sebagaimana berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj). Kemudian Allah memerintahkan supaya menjaga amalan-amalan mereka agar terpelihara daripada kerosakan yang dilakukan oleh mereka sendiri. Mampukah manusia itu memelihara amalan-amalannya dari kerosakan dan kebinasaan? Iblis yang telah hidup jauh lebih dulu daripada manusia terlalu bijak dalam mengetahui kelemahan-kelemahan manusia 9
  • 10. dan dia (Iblis) memang menyediakan dirinya untuk merosakkan amalan-amalan manusia agar bersama-samanya mengkufurkan segala nikmat-nikmat yang telah Allah berikan kepada mereka. Hanyalah Allah yang dapat memelihara diri dan juga amalan-amalan manusia itu daripada kebinasaan apabila manusia menjadikan Allah itu walinya iaitu caranya dengan mengikuti kembali akan sunnah yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Manakala mana-mana manusia yang enggan, Allah menyediakan pula syaitan-syaitan sebagai penolong mereka yang mana akan merosakkan segala amalan-amalan mereka bahkan juga diri mereka sendiri. Apabila mereka enggan kembali kepada sunnatullah dan sunnah Rasulullah, maka wali-wali syaitan itu akan menolong mereka membantu menambahkan kesesatan dan kemungkaran mereka kepada Tuhan Azzawajalla. Janganlah menyalahkan Allah sekiranya mereka itu sentiasa berada di dalam kesesatan kerana Allah telahpun memberi peluang kepada mereka untuk memilih samada Allah atau Syaitan sebagai wali mereka. Sebenarnya fitrah insaniyyah sudah sedia mengenali dan mengakui akan ketuhanan Allah s.w.t. Semenjak dilahirkan dari kecil lagi manusia telah dikurniakan Allah dengan fitrah iaitu naluri semulajadi di dalam setiap diri. Naluri ini asalnya condong untuk beraqidah ataupun mempercayai satu kekuasaan Zat Allah yang Maha Berkuasa, firman Allah: Maksudnya: Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Tentu mereka akan menjawab: “Allah” “Katakanlah: Segala puji bagi Allah”: tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Luqman:25) Firman Allah: Maksudnya: Maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketaqwaan. Sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu, sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy-Syam:8-10) Tiap-tiap jiwa yang Allah datangkan ke dunia ini terlebih dahulu diberinya (diilhamkan) dengan jalan kebenaran dan jalan kesesatan. Dan manusia itu dikurniakan akal fikiran yang boleh dipergunakannya untuk memerhatikan tanda-tanda adanya Allah dan kebesaranNya. Maka jika dipergunakannya akal untuk menurut semestinya nescaya ia akan mengakui ada Allah dan kekuasaanNya, melainkan ia sengaja mahu menafikan akan kekuasaan Allah itu kerana kedegilannya itu. Jiwa manusia itu diperkenalkan oleh Allah dengan perkara yang salah sebagai orang fasiq, dan dengan perkara yang benar sebagai orang yang bertakwa. Allah bersumpah dengan menyebutkan tujuh macam makhluk iaitu; matahari, bulan, siang, malam, langit, bumi dan jiwa manusia, untuk menunjukkan keagungan Qudrat dan keunggulanNya sebagai Tuhan. Disamping itu ditunjukkanNya betapa besar faedah yang ditimbulkan oleh makhluk-makhluk itu untuk kepentingan hidup manusia. Adapun makhluk-makhluk tersebut pasti ada yang mencipta, mentadbirkan peredaran dan perjalanannya samada bergerak mahupun berhenti. Semuanya ini untuk menarik akal manusia supaya memikirkan keagungan Allah s.w.t. SumpahNya itu bertujuan untuk menguatkan bahawa sesungguhnya manusia akan beruntung 10
  • 11. kalau dapat dia mensucikan jiwanya dengan mentaati Allah dari dicemari oleh perbuatan maksiat dan dosa. Dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotori jiwanya lantaran bersifat kufur dan derhaka yang akan membawanya kelembah kebinasaan. Sesungguhnya siapa yang menuruti kemahuan hawa nafsunya dan menderhakai perintah Tuhannya, terkeluarlah dia dari kalangan orang yang dikira berakal, dan termasuklah ke dalam kumpulan orang yang jahil lagi bebal. Orang-orang yang merugi itu ialah yang terdiri dari mereka yang tidak mahu membenarkan Nabi s.a.w serta barang yang dibawakannya. Kiranya mereka itu telah membenarkan baginda tentulah mereka tidak akan berlaku ingkar dengan segala sunnahnya dan berusaha melaksanakannya sepenuhnya (bukan separuh-separuh dan yang sesuai dengan nafsunya sahaja) di dirinya zahir dan batin. Malangnya mereka ini termasuk di dalam kaum yang degil lagi ingkar kerana mereka lebih gemar mengikuti langkah syaitan manusia dan syaitan jin. Mereka hanya akan mengikut dan berkata-kata akan sunnah itu pabila ianya sesuai dengan nafsu mereka atau yang mereka itu mempunyai kepentingan diri sendiri bagi mendapatkan laba dunia. Dengan demikian itu jadilah jiwa mereka jiwa yang kotor, yang telah tercemar dengan keangkuhan dan kesombongan yang mereka miliki itu. Apabila jiwa itu telah tercemar dipenuhi dengan karat-karat, maka sukarlah baginya untuk menyucikannya melainkan ia perlulah kembali kepada menerima semula akah Syahadatain supaya dapat dibersihkan akan kekotoran- kekotoran yang ada pada jiwa mereka itu. Inilah satu-satunya jalan untuk kembali semula kepada fitrahnya yang semulajadi iaitu suci bersih sebagaimana kain putih yang bersih. Firman Allah: Maksudnya: Dan katakanlah: “Kebenaran itu datang dari Tuhanmu; maka barangsiapa ingin (beriman) hendaklah ia beriman, barangsiapa yang ingin (kafir) biarkanlah ia kafir”. ( * ). 11