SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 2
Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri




Assalammualaikum buat semua.mulanya nak ucapkan terimakasih banyak-banyak buat khairiah
khaizu,MaDiHaA a.k.a Ratna,Melly Octaviana,CA ,Chik Att , Marsita yahya, cikgu
dZana, Hafizah Mohamad, Zurina , rahel, zila norazila, Shiela , Qasey Honey, Azian
Elias, ibundo, Asmah Yusof, Yatie , kak leni, Rohah & mama sara nur yg wish
Anniversary dan doakan buat kami berdua....setiap ucapan amatlah dihargai. moga kita semua
sentiasa aman bahgia rukun damai rumah tangga. Amin...

Hari ni mama nak kongsi yg cukup menarik dan berguna utk para isteri...
Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri
9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui
masakan ‘air tangan’ anda.
1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri
kelas dan kursus masakan.
2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda
cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur.
3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran.
4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan
simpan stok untuk seminggu.
5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan
lagi hubungan anda berdua.
6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat
untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda.
7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang
pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen.
Masak dan sediakan untuk suami anda.
8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti
bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda
boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu.
9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan
untuk suami anda.
Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan
anda.(Sumber; Kursus Perkahwinan.Com)

Sekiranya ada adik2 yg baru nak belajar masak...teruskan usaha yg baik itu.tambah skrg mudah sgt
nak belajar masak, byk blog yg kongsi resepi utk di cuba, search je resepi apa...berderet2 yg
keluar...tinggal pilih yg mana berkenan. wpun masak menu yg mudah, tak mengapa....yg penting kita
masak sendiri....air tangan isteri itu yg penting, dpt juga menjimatkan perbelanjaan dan makanan yg
kita hidangkan sudah pasti halal dan bersih. Mama masa awal kahwinpun tak pandai masak...tahu
sikit2 yg asas tp sbb lepas kahwin terus terbang ke UK....nak tak nak mmg kena masak sendiri.
berbekalkan buku2 resepi...mulalah sikit2 belajar memasak, tambahan di luar negara bahan2 masak
amat terhad . Masa itu tiada blog masakan mcm skrg kalau nak rujuk resepi....mmg susah sikit, jadi
belajar yg mudah2 dulu.Teringat kdg2 ke library tempat mr husben belajar utk salin resepi dr
suratkhabar Msia...kebetulan ada suratkhabar dr Msia disediakan di situ(dulu2 byk juga resepi yg
dikongsi dlm suratkhabar). Dan thn pertama kahwin ada jemput beberapa famili beraya di rumah
kami... lupa pula apa menu yg dimasak.Bila thn ke 2 ada buat open house utk kawan-kwn
Msia.menunya masih ingat iaitu rendang ayam, lemang segera masak dlm oven,dodol microwave,
soto nasi dan nasi pilau Pakistan (belajar dg wife tuan rumah org Pakistan)...sayang masa tu tak
ambil gambar makanan sbb tak minat sgt bergambar mcm skrg. Kemudian sikit2 mencuba resepi2
yg berkenan...cuba jaya...ada yg jadi...ada yg tidak...hinggalah ada Fotopages Mamasya dan kini
Dapurmamasya...itulah kisahnya, sekadar berkongsi sikit pengalaman yg ada. Jumpa lagi next
entry....harap tips yg dikongsikan berguna buat semua & moga semua bahgia selalu......

Mais conteúdo relacionado

Mais de Bituin Faecho (17)

Chapter 9
Chapter 9Chapter 9
Chapter 9
 
Chapter 8
Chapter 8Chapter 8
Chapter 8
 
Chapter 6
Chapter 6Chapter 6
Chapter 6
 
Chapter 5
Chapter 5Chapter 5
Chapter 5
 
Chapter 4
Chapter 4Chapter 4
Chapter 4
 
Chapter 3
Chapter 3Chapter 3
Chapter 3
 
Chapter 2
Chapter 2Chapter 2
Chapter 2
 
Chapter 1
Chapter 1Chapter 1
Chapter 1
 
Chapter 15
Chapter 15Chapter 15
Chapter 15
 
Ch 10 industrial relation
Ch 10   industrial relationCh 10   industrial relation
Ch 10 industrial relation
 
Ch 09 employee safety & health
Ch 09   employee safety & healthCh 09   employee safety & health
Ch 09 employee safety & health
 
Ch 08 employee compensation
Ch 08   employee compensationCh 08   employee compensation
Ch 08 employee compensation
 
Ch 03 ja, jd, js
Ch 03   ja, jd, jsCh 03   ja, jd, js
Ch 03 ja, jd, js
 
Ch 02 hr planning
Ch 02   hr planningCh 02   hr planning
Ch 02 hr planning
 
Ch 07 performance appraisal
Ch 07   performance appraisalCh 07   performance appraisal
Ch 07 performance appraisal
 
Doa nabi allah yunus
Doa nabi allah yunusDoa nabi allah yunus
Doa nabi allah yunus
 
Cara buka file & subtitle
Cara buka file & subtitleCara buka file & subtitle
Cara buka file & subtitle
 

Tips pikat suami dengan air tangan isteri

  • 1. Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri Assalammualaikum buat semua.mulanya nak ucapkan terimakasih banyak-banyak buat khairiah khaizu,MaDiHaA a.k.a Ratna,Melly Octaviana,CA ,Chik Att , Marsita yahya, cikgu dZana, Hafizah Mohamad, Zurina , rahel, zila norazila, Shiela , Qasey Honey, Azian Elias, ibundo, Asmah Yusof, Yatie , kak leni, Rohah & mama sara nur yg wish Anniversary dan doakan buat kami berdua....setiap ucapan amatlah dihargai. moga kita semua sentiasa aman bahgia rukun damai rumah tangga. Amin... Hari ni mama nak kongsi yg cukup menarik dan berguna utk para isteri... Tips Pikat Suami Dengan Air Tangan Isteri 9 tips agar anda boleh terus mengikat tali perkahwinan anda dengan penuh bahagia melalui masakan ‘air tangan’ anda. 1. Jangan jadikan alasan anda tidak tahu memasak. Keluarkan sedikit modal untuk pergi menghadiri kelas dan kursus masakan. 2. Kerapkan menonton rancangan masakan yang ada di TV dan ambil nota. Kemudian terus anda cuba resipi yang anda dapat itu untuk mencuba memasaknya di dapur. 3. Beli dan baca buku masakan yang ada di pasaran. 4. Pada hujung minggu, anda boleh ajak suami anda untuk pergi membeli barang-barang dapur dan simpan stok untuk seminggu. 5. Jika anda penat, pujuk suami anda untuk turut membantu anda di dapur. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan anda berdua. 6. Anda boleh bertanya sekali-sekala kepada suami anda apakah masakan yang dia teringin sangat untuk rasa. Cuba penuhi permintaan dia. Pasti dia akan bertambah-tambah sayang anda. 7. Jangan biarkan dapur anda langsung tidak berasap untuk jangka masa yang lama. Paling kurang pun anda boleh beli makanan sejuk beku seperti sosej, nugget, kentang-goreng, karipap frozen. Masak dan sediakan untuk suami anda. 8. Untuk menjimatkan masa, anda boleh sediakan sekali dulu bahan-bahan asas masakan seperti bawang dan cili kering yang siap dikisar. Simpan dalam peti ais kerana ia lebih tahan lama. Anda boleh pujuk minta bantuan dari suami anda untuk sama-sama membantu. 9. Dalam sehari, sesibuk mana anda pun, anda wajib meluangkan masa menyediakan masakan untuk suami anda. Semoga tips-tips ini dapat membantu anda untuk terus ‘tambat’ perut suami anda dengan air tangan anda.(Sumber; Kursus Perkahwinan.Com) Sekiranya ada adik2 yg baru nak belajar masak...teruskan usaha yg baik itu.tambah skrg mudah sgt
  • 2. nak belajar masak, byk blog yg kongsi resepi utk di cuba, search je resepi apa...berderet2 yg keluar...tinggal pilih yg mana berkenan. wpun masak menu yg mudah, tak mengapa....yg penting kita masak sendiri....air tangan isteri itu yg penting, dpt juga menjimatkan perbelanjaan dan makanan yg kita hidangkan sudah pasti halal dan bersih. Mama masa awal kahwinpun tak pandai masak...tahu sikit2 yg asas tp sbb lepas kahwin terus terbang ke UK....nak tak nak mmg kena masak sendiri. berbekalkan buku2 resepi...mulalah sikit2 belajar memasak, tambahan di luar negara bahan2 masak amat terhad . Masa itu tiada blog masakan mcm skrg kalau nak rujuk resepi....mmg susah sikit, jadi belajar yg mudah2 dulu.Teringat kdg2 ke library tempat mr husben belajar utk salin resepi dr suratkhabar Msia...kebetulan ada suratkhabar dr Msia disediakan di situ(dulu2 byk juga resepi yg dikongsi dlm suratkhabar). Dan thn pertama kahwin ada jemput beberapa famili beraya di rumah kami... lupa pula apa menu yg dimasak.Bila thn ke 2 ada buat open house utk kawan-kwn Msia.menunya masih ingat iaitu rendang ayam, lemang segera masak dlm oven,dodol microwave, soto nasi dan nasi pilau Pakistan (belajar dg wife tuan rumah org Pakistan)...sayang masa tu tak ambil gambar makanan sbb tak minat sgt bergambar mcm skrg. Kemudian sikit2 mencuba resepi2 yg berkenan...cuba jaya...ada yg jadi...ada yg tidak...hinggalah ada Fotopages Mamasya dan kini Dapurmamasya...itulah kisahnya, sekadar berkongsi sikit pengalaman yg ada. Jumpa lagi next entry....harap tips yg dikongsikan berguna buat semua & moga semua bahgia selalu......