Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Sajakku Untukmu
1. Pada Tarikh Yang Sama
Tiada yang istimewa
Tiada yang luar biasa
Pada Tarikh
Yang Sama
Insan itu hanya berdiam
Air mata bertakung di hatinya
Engkau tidak mampu melihat
Kerana tiada di matanya
Insan itu tetap tersenyum
Teringat akan peristiwa
Pada Tarikh
Yang Sama
Sesungguhnya Insan itu sedar
Tiada yang istimewa
Tiada yang luar biasa
Pada Tarikh
Yang Sama
Insan itu hanya menunggu
Pada Tarikh
Yang Sama
Dan akhirnya
Insan itu pergi
Membawa diri
Engkau tidak ketemunya lagi.
4 Jun 2009
2. Berdiam
Diamku sebenarnya bermakna
Diamku kerana dikunci kedaifan kau
Diamku kerana mentertawakan kau
Diamku jangan disalahtafsirkan
kerana aku berdiam
melihat kau haiwan yang bertopengkan manusia
Yang tiada berhati perut
Yang tiada otak fikiran
Sudah, usah kau bertanya lagi
kenapa kuberdiam
kerana kau tidak akan memahami
dan aku enggan membuang masa
Maka itu
Lebih baiklah aku
BERDIAM
26 Julai 2010
3. Siapakah Engkau?
Aku diberitahu
Manusia tidak dibezakan
Kerana bangsa, agama, kerakyatan
Kerana warna, darah dan jantina
Aku diberitahu
Ada dua jenis
Yang membezakan manusia
Yang baik dan Yang jahat
Aku tidak tahu
Mengapa manusia
Masih tetap dengan cara tradisinya
Masih tetap dengan cara kunonya
Oh kerna engkau berkuasa?
Aku ingin tahu
Adakah engkau
Jenis Yang jahat?
Atau Yang pura-pura baik?
Aku tersenyum
Senyumanku bermakna
1 September 2010
4. Air Mata
Mataku berair
Bukan kerana hiba
Mataku berair
Bukan kerana duka
Mataku berair
Bukan kerana sedih
Air mataku
Menitis akhirnya
Air mataku
Menitik akhirnya
Kerana ragam manusia
Kerana sikap angkuh
Kerana tipu muslihat
Kerana hasad dengki
Kerana perang mulut
Mataku berair
Air mataku mengalir
7 September 2010