SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 8
SKRIP CERITA
TAJUK : Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang
Bodoh.
Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum
air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke
sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek sahaja, jernih
dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya
setakat lutut sahaja. Kerbau itumenuju ke tengah-tengah
sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi
jernih.Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di
tepi sungai. Kerbau merenung kearah suara itu. Kerbau
ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba
terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh.
Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!”
Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau
ternampak sesuatuberbalam-balam dari jauh seperti
batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta
tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau
mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya
ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah
belakangnya.
Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”
Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok
yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh
batang kayu ini,"
Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba
mengangkat kayu itu dengantanduknya. Apabila batang
kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya.
Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke
bawah, buaya segera menangkapnya.
Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?"
Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi
rezeki aku."
Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam
dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik,
kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat
jahat dibalas jahat. "
Buaya : "Aku tidak peduli."
Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya
menguatkan lagi gigitannya. Kerbautidak mampu
melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya
menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau
merayu supaya buaya tidak membunuhnya.
Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu
hidup. Kau makanlah benda lain."
Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu
syarat."
Kerbau : "Apakah syaratnya?" 1
Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak
bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa
yang lalu di sini. Kalau jawapannya sama sebanyak tiga
kali,aku akan bebaskan kau."
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh
buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja
yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba
mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya
pun bertanya pada saji.
Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?"
Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah,
aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih,
dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata,aku
banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing
dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi
aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,tidak
berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai.
Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat. "
Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut.
Buaya : "Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa
yang aku kata?"
Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih.
Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan
menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang
baik," kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian,
kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ.
Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya
berlubang. Tetapi kasut itu bergantung kepada
pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu
hanyut bersama-sama .
Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya.
Kasut, betul atau tidakberbuat baik dibalas baik?"
Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.”
Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila
mendengar kasut memberi jawapan itu.Kasut lalu
bercerita.
Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh
tuanku. Setiap hari akudibersihkan dan dikilatkan. Apabila
malam, aku disimpan di tempat selamat. Akujuga hanya
dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja.
Kalau tuanku pergike tempat berpasir atau berlumpur,
aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,aku
tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku
dibaling ke tepi tanggaselepas digunakan. Apabila
malam, aku ditinggalkan di halaman rumah.
Akudibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga,
aku menjadi tempat persembunyian katak puru untuk
menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu burukdan
koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya
aku hanyut ke sini.”
Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama
arus air.
Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku
bagi satu peluang lagi.Kalau datang yang ketiga, sama
jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. "
Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda
yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak
minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan
kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit
kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang.
Manakala buaya pula kelihatan bengis. Kancil : "Ada apa
kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?"
Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang
menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami."
Kancil : “Mengapa?”
Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas
jahat."
Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"
Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih
batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya
tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya
menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya.
Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku
mahu tengok kejadian asalnya."
Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah.
Batang pokok itu jatuhmenimpa belakang aku."
Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu
berada di atas belakang kau?"
Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau
sudah alihkan batang kayuitu."
Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat
asal, tempat engkau kena tindih."
Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya
melepaskan kaki kerbau lalu dudukdekat batang pokok.
Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah
kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan
padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?"
Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil.
Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu
itu diangkat? Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena
tindih. Kuat lagi, kuat lagi”
Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan
diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk
mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya
sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak
bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu
arahan kancil.
Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?"
Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku
mengangkat batang pokok itu.Apabila buaya terlepas, ia
gigit kaki aku."
Kancil : "Bagaimanakah cara kamu
mengangkatnya?"Kerbau segera mendekati batang
pokok itu. Kerbau menundukkan kepala
hendakmengangkat batang kayu itu.
Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham.
Jangan angkat kayu itu."
Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya?
Tentu buaya akan mati."
Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!
Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau
tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima
balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik."
Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya
bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya
tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik.
Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing
mengikut kancil.
Buaya : "Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku
akan makan kau."
Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya
lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil.
Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah
menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima
balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
Ajak Kur
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
guru
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
Nor Zura
 

Mais procurados (20)

Teks bercerita bm
Teks bercerita bmTeks bercerita bm
Teks bercerita bm
 
Perumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa MelayuPerumpamaan Bahasa Melayu
Perumpamaan Bahasa Melayu
 
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3 Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
Peraturan pemarkahan bahasa melayu pt3
 
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang saktiTeks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
Teks cerita bm sang kacil dan tali pinggang sakti
 
Perumpamaan
PerumpamaanPerumpamaan
Perumpamaan
 
Singa yang sombong
Singa yang sombongSinga yang sombong
Singa yang sombong
 
Pesan ibu beribu ribu
Pesan ibu beribu ribuPesan ibu beribu ribu
Pesan ibu beribu ribu
 
Jenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektifJenis jenis kata adjektif
Jenis jenis kata adjektif
 
Tingkatan 2 pantun kasih sayang
Tingkatan 2 pantun kasih sayangTingkatan 2 pantun kasih sayang
Tingkatan 2 pantun kasih sayang
 
Prosa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padiProsa tradisional asal padi
Prosa tradisional asal padi
 
KOMSAS Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
KOMSAS Sajak Pesan Ibu Beribu-ribuKOMSAS Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
KOMSAS Sajak Pesan Ibu Beribu-ribu
 
Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014Cerita murid tahun 2 2014
Cerita murid tahun 2 2014
 
Syair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaehSyair burung nuri karya rahman kaeh
Syair burung nuri karya rahman kaeh
 
Peribahasa t2
Peribahasa t2Peribahasa t2
Peribahasa t2
 
Contoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-PengalamanContoh karangan-Pengalaman
Contoh karangan-Pengalaman
 
Sajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum MawarSajak Pada Sekuntum Mawar
Sajak Pada Sekuntum Mawar
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Pantun kanak kanak
Pantun kanak kanakPantun kanak kanak
Pantun kanak kanak
 
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)NOTA  BUKU TEKS  RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
NOTA BUKU TEKS RBT TINGKATAN 1 (FERTIGASI)
 
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
551920773-Bahasa-Melayu-Standard-Kempimpinan-Melalui-Teladan (1).pdf
 

Destaque

Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
andry_dwi
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
ku d pulau Mahsuri
 
Pertandingan bercerita
Pertandingan berceritaPertandingan bercerita
Pertandingan bercerita
noranizamurad
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
fatimah Baharin
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
Nur Afifa
 

Destaque (20)

Skrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatanSkrip cerita arti sebuah persahabatan
Skrip cerita arti sebuah persahabatan
 
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayuSkrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
Skrip cerita pertandingan bercerita bahasa melayu
 
Bercerita
BerceritaBercerita
Bercerita
 
Pertandingan bercerita
Pertandingan berceritaPertandingan bercerita
Pertandingan bercerita
 
Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Mahsuri
MahsuriMahsuri
Mahsuri
 
Iclues
IcluesIclues
Iclues
 
Cerita pendek
Cerita pendekCerita pendek
Cerita pendek
 
Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2Buku cerita tahap 2
Buku cerita tahap 2
 
The Legend Of Mahsuri
The Legend Of MahsuriThe Legend Of Mahsuri
The Legend Of Mahsuri
 
Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)Cerita pendek (cerpen)
Cerita pendek (cerpen)
 
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanakPemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
Pemuda miskin dengan singa- contoh cerita kanak-kanak
 
Kesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayuKesusasteraan melayu
Kesusasteraan melayu
 
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
Teknik Menjawab Soalan PemahamanTeknik Menjawab Soalan Pemahaman
Teknik Menjawab Soalan Pemahaman
 
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik berceritaKajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
Kajian tindakan bahasa melayu teknik bercerita
 
Rph bahasa melayu tahap 2
Rph bahasa melayu tahap 2Rph bahasa melayu tahap 2
Rph bahasa melayu tahap 2
 
Cerita anak bergambar
Cerita anak bergambarCerita anak bergambar
Cerita anak bergambar
 
Pkjr
PkjrPkjr
Pkjr
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggrisKancil dan buaya dalam bahasa inggris
Kancil dan buaya dalam bahasa inggris
 

Semelhante a Skrip cerita

Sang kerbau
Sang kerbauSang kerbau
Sang kerbau
zahorien
 
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Tutorial  dan isl sdp minggu 3Tutorial  dan isl sdp minggu 3
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Izzat Najmi
 
Burung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketamBurung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketam
Wan Ndi
 
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
Xiao Yao
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
mrfuji
 
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Faizah Yusof
 
Dongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCILDongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCIL
Herawati18
 
Dongeng si kancil kena batu nya
Dongeng si kancil kena batu nyaDongeng si kancil kena batu nya
Dongeng si kancil kena batu nya
Herawati93
 
Dongeng sikancil kena batunya
Dongeng sikancil kena batunyaDongeng sikancil kena batunya
Dongeng sikancil kena batunya
Herawati93
 
Dongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCILDongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCIL
Herawati123
 
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
Puvanes Wary
 

Semelhante a Skrip cerita (20)

Sang kerbau
Sang kerbauSang kerbau
Sang kerbau
 
Tutorial dan isl sdp minggu 3
Tutorial  dan isl sdp minggu 3Tutorial  dan isl sdp minggu 3
Tutorial dan isl sdp minggu 3
 
Cerita anak 2
Cerita anak 2 Cerita anak 2
Cerita anak 2
 
Burung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketamBurung bangau dengan seekor ketam
Burung bangau dengan seekor ketam
 
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
43839749 petikan-sang-kancil-dan-buaya
 
Anak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipuAnak ikan yang suka menipu
Anak ikan yang suka menipu
 
Sungai yang tenang (hudan hidayat)
Sungai yang tenang (hudan hidayat)Sungai yang tenang (hudan hidayat)
Sungai yang tenang (hudan hidayat)
 
Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2Kumpulan ceritadongenganak2
Kumpulan ceritadongenganak2
 
Dongenganak anak
Dongenganak anakDongenganak anak
Dongenganak anak
 
Kumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anakKumpulan cerita dongeng_anak
Kumpulan cerita dongeng_anak
 
Natasya ungu violet
Natasya ungu violetNatasya ungu violet
Natasya ungu violet
 
Pakej tutorial pembelajaran
Pakej tutorial pembelajaranPakej tutorial pembelajaran
Pakej tutorial pembelajaran
 
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbauCerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
Cerita kanak persembahan sang kancil menolong kerbau
 
Dongeng Kancil dan Buaya.docx
Dongeng Kancil dan Buaya.docxDongeng Kancil dan Buaya.docx
Dongeng Kancil dan Buaya.docx
 
Dongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCILDongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCIL
 
Dongeng si kancil kena batu nya
Dongeng si kancil kena batu nyaDongeng si kancil kena batu nya
Dongeng si kancil kena batu nya
 
Dongeng sikancil kena batunya
Dongeng sikancil kena batunyaDongeng sikancil kena batunya
Dongeng sikancil kena batunya
 
Dongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCILDongeng SI KANCIL
Dongeng SI KANCIL
 
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
Dongengkuuuuuuuuuuuuuuuuuuu 140615220751-phpapp02
 
Fabel 1
Fabel 1Fabel 1
Fabel 1
 

Skrip cerita

  • 1. SKRIP CERITA TAJUK : Hikayat Sang Kancil, Kerbau dan Buaya yang Bodoh. Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air. Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu agak luas. Airnya cetek sahaja, jernih dan sejuk. Kerbau itu mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itumenuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah sungai lagi jernih.Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu di tepi sungai. Kerbau merenung kearah suara itu. Kerbau ternampak air terhambur naik di tebing sungai. Tiba-tiba terdengar suara dari tepi sungai dekat rimbunan buluh. Buaya : “Tolong! Tolong! Tolong aku , kerbau!” Kerbau cuba memerhati dan meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatuberbalam-balam dari jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok kayu, betul-betul di tengah belakangnya. Kerbau : “Oh, buaya! Kenapa ini?”
  • 2. Buaya : "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu ini," Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba mengangkat kayu itu dengantanduknya. Apabila batang kayu terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera menangkapnya. Kerbau : "Eh, buaya! Kenapa ini?" Buaya : . "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki aku." Kerbau : . "Kaulah binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat. Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat. " Buaya : "Aku tidak peduli." Kerbau cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya. Kerbautidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air. Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas. Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. Kerbau : "Janganlah bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda lain."
  • 3. Buaya : "Aku boleh melepaskan kau tetapi dengan satu syarat." Kerbau : "Apakah syaratnya?" 1 Buaya : "Kita cuba dapatkan jawapan, betul atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa yang lalu di sini. Kalau jawapannya sama sebanyak tiga kali,aku akan bebaskan kau." Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya. Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau yang hanyut di dalam sungai itu.Tiba-tiba mereka ternampak sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji. Buaya : "Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" Saji : "Tidak betul. Berbuat baik dibalas jahat. Di rumah, aku digunakan untuk menutup makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi. Pendek kata,aku banyak menolong dan berbakti kepada tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi. Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai. Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat. " Saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut. Buaya : "Macam mana kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?"
  • 4. Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya. Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya berlubang. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu hanyut bersama-sama . Buaya : "Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya. Kasut, betul atau tidakberbuat baik dibalas baik?" Kasut : “Tidak betul kerana berbuat baik dibalas jahat.” Hancurlah harapan kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan itu.Kasut lalu bercerita. Kasut : “Pada suatu masa lalu, aku amat disayangi oleh tuanku. Setiap hari akudibersihkan dan dikilatkan. Apabila malam, aku disimpan di tempat selamat. Akujuga hanya dipakai oleh tuanku apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau tuanku pergike tempat berpasir atau berlumpur, aku tidak dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk,aku tidak disayangi lagi. Badanku tidak dikilatkan lagi. Aku dibaling ke tepi tanggaselepas digunakan. Apabila malam, aku ditinggalkan di halaman rumah.
  • 5. Akudibiarkan berembun dan berhujan. Ketika itu juga, aku menjadi tempat persembunyian katak puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu burukdan koyak, aku dibuangkan ke dalam sungai. Itulah sebabnya aku hanyut ke sini.” Kasut menamatkan ceritanya lalu pergi bersama-sama arus air. Buaya : "Sudah dua jawapan. Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi.Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan menjadi habuanku. " Ketika kerbau dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang. Manakala buaya pula kelihatan bengis. Kancil : "Ada apa kerbau? Kenapa buaya gigit kaki engkau?" Buaya : "Mujurlah engkau datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk mengadili kami." Kancil : “Mengapa?” Buaya : “Kami bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat." Kancil : "Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?"
  • 6. Buaya lalu bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi rezekinya. Kancil : "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu tengok kejadian asalnya." Buaya : "Mula-mula aku kena tindih batang pokok patah. Batang pokok itu jatuhmenimpa belakang aku." Kancil : "Boleh aku tengok macam mana pokok itu berada di atas belakang kau?" Buaya : "Macam mana aku hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayuitu." Kancil : "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal, tempat engkau kena tindih." Buaya mengikut sahaja arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu dudukdekat batang pokok. Kancil : "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah kayu itu berada di atas belakang buaya? Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat batang kayu itu?" Kerbau melakukan apa yang disuruh oleh kancil. Kancil : "Cuba engkau bergerak, buaya! Bolehkah kayu itu diangkat? Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih. Kuat lagi, kuat lagi”
  • 7. Buaya terus mencuba tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal. Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan kancil. Kancil : "Selepas itu apakah yang terjadi?" Kerbau : . "Selepas itu aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu.Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku." Kancil : "Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?"Kerbau segera mendekati batang pokok itu. Kerbau menundukkan kepala hendakmengangkat batang kayu itu. Kancil : "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat kayu itu." Kerbau : "Habis itu macam mana pula dengan buaya? Tentu buaya akan mati." Kancil : "Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau! Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi baik." Kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya
  • 8. tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. Buaya : "Jaga, kancil! Kau tipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau." Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu