Dokumen tersebut membahas tentang berbagai bentuk dan jenis pantun tradisional Melayu seperti pantun dua baris, empat baris, enam baris, delapan baris, serta jenis pantun seperti pantun adat, agama, budi, jenaka, perpisahan, pahlawan, nasihat, peribahasa, percintaan dan teka-teki.
1. PANTUN
Bahagian 2
MOHD NAIM DAIPI
www.saujana.sg
www saujana sg
2. Dalam bahagian pertama, kita telah
Dalam bahagian pertama kita telah
mempelajari cirri‐ciri pantun. Bahagian
kedua pula akan menyentuh bentuk
p y
dan jenis pantun. Pantun yang
mengandungi pembayang dan maksud
mempunyai beberapa bentuk, iaitu:
Pantun dua baris (pameo / karmina)
Pantun dua baris (pameo / karmina)
Pantun empat baris (kuatren)
Pantun enam baris (talibun)
( )
Pantun lapan baris
Bentuk pantun boleh terdiri lebih daripada lapan baris tetapi
jumlah baris bagi pembayang dan maksudnya hendaklah sama
banyak.
banyak
14. 1 PANTUN ADAT DAN RESAM MANUSIA
Baik‐baik mengail tenggiri
Jangan kena jambatan larangan
Baik‐baik merendah diri
Jangan muka disapu arang.
Anak CIna menjual madat
Dari Makasar langsung ke Deli
Dari Makasar langsung ke Deli
Hidup di dunia biar beradat
Bahasa tidak terjual beli.
15. 2 PANTUN AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Banyaklah hari antara hari,
Tidak semulia hari Jumaat;
Banyak nabi antara nabi,
Tidak semulia Nabi Muhammad.
Hari ini hari Khamis,
Hari esok hari Jumaat;
Hari esok hari Jumaat;
Barang siapa tersenyum manis,
Itulah tanda umat Muhammad.
16. 3 PANTUN BUDI
Anak beruk di tepi pantai,
Pandai melompat pandai menari;
Biar buruk kain dipakai,
Asal hidup pandai berbudi.
Puas saya bertanam ubi,
Nanas juga dipandang orang;
Nanas juga dipandang orang;
Puas sudah kutabur budi,
Emas juga dipandang orang.
17. 4 PANTUN JENAKA
Buah salak di rumah Tuk Imam,
Sirih sekapur pergi menjala;
Anjing menyalak harimau demam,
Kucing di dapur pening kepala.
Lenggang lenggang kangkung,
Kangkung di atas kotak;
Kangkung di atas kotak;
Nasib abang sungguh beruntung,
Dapat isteri rambutnya botak.
18. 5 PANTUN PERPISAHAN
Hari ini menanam jagung,
Hari esok menanam serai;
Hari ini kita berkampung,
Hari esok kita bercerai.
Asap api embun berderai,
Patah galah haluan perahu;
Patah galah haluan perahu;
Niat hati tak mahu bercerai,
Kehendak Allah siapa tahu.
19. 6 PANTUN PAHLAWAN
Apa guna kepuk di ladang,
Kalau tidak berisi padi;
Apa guna berambut panjang,
Kalau tidak berani mati.
Kalau tuan pergi ke pasar,
Belikan saya ikan bilis;
Belikan saya ikan bilis;
Kalau tuan bercakap besar,
Mari kita beradu keris.
20. 7 PANTUN NASIHAT
Bintang tujuh sinar berseri,
Bulan purnama datang menerpa;
Ajaran guru hendaklah dicari,
Mana yang dapat jangan di lupa.
Dayung perahu tuju haluan,
Bawa rokok bersama rempah;
Bawa rokok bersama rempah;
Kalau ilmu tidak diamalkan,
Ibarat pokok tidak berbuah.
21. 8 PANTUN PERIBAHASA
Anak merpati disambar helang,
Terbang ke titi di dalam huma;
Harimau mati meninggalkan belang.
Manusia mati meninggalkan nama.
Ke tanjung menjual bayam,
Dayung terlepas sampan terapung;
Dayung terlepas sampan terapung;
Jangan diikut resmi ayam,
Bertelur sebiji riuh sekampung.
22. 9 PANTUN PERCINTAAN
Dari mana punai melayang,
Dari paya turun ke padi;
Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
Buah selasih di atas bangku,
Ditanam orang dipangkal serai;
Ditanam orang dipangkal serai;
Kalau rindu sebut namaku,
Air mata jangan berderai.
23. 10 PANTUN TEKA‐TEKI
Kalau ada tombak Kencana,
Gunung Daik boleh didaki;
Kalau tuan bijak laksana,
Apa binatang keris di kaki?
Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga si pucuk rebung;
Bawa juga si pucuk rebung;
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tanduk di hidung?